Undilah

SULTANMUZAFFAR (26 Februari 2002 - sekarang)

Seorang blogger, pelayar internet, penyelam scuba dan penagih tegar televisyen dan Wii. Melihat seluruh dunia di laman blog menerusi kamera DSLR dan kacamata tebalnya (kadang-kadang kanta lekap).

Mengkritik tidak bererti menentang, menyetujui tidak semestinya menyokong, menegur tidak bermakna membenci, dan berbeza pendapat adalah kawan berfikir yang baik.
Showing posts with label american idol 7. Show all posts
Showing posts with label american idol 7. Show all posts

Siapa American Idol Season 7 ? David Archuleta !

Entri oleh sultanmuzaffar 21 May 2008 0 komen



Ulasan Akademi Fantasia ? Apa itu Akademi Fantasia ? hahaha !

Saya sempat menonton American Idol Season 7 Finale yang disiarkan sebentar tadi. Apabila menonton persembahan David Archuleta, saya benar-benar terpegun dengan nyanyian. Baik untuk lagu Don't Let The Sun Go Down On Me hinggalah ke lagu barunya, In This Moment semuanya disampaikan dengan cemerlang. Benar sekali kata Simon Cowell yang persembahan David Archuleta memberikan pukulan KO untuk David Cook.

Saya sempat mengingati kembali kali pertama saya menonton persembahan Archuleta sewaktu sesi ujibakat. Persembahannya di Hollywood mengundang SMS yang kalau boleh tidak mahu saya ingati lagi, tetapi ia tetap kembali menjelma.

Hari ini Archuleta menyampaikan lagu Don't Let The Sun Go Down On Me yang boleh saya sifatkan sebuah persembahan yang jujur dan nyanyiannya amat baik sekali. Tidak mampu diucapkan dengan kata kerana ianya terlalu indah. Lagu tersebut menjadi amat indah di tangan Archuleta.

Lirik "Don't Let The Sun Go Down On Me"
I can't light no more of your darkness
All my pictures seem to fade to black and white
I'm growing tired and time stands still before me
Frozen here on the ladder of my life

Too late to save myself from falling
I took a chance and changed your way of life
But you misread my meaning when I met you
Closed the door and left me blinded by the light

Don't let the sun go down on me
Although I search myself, it's always someone else I see
I'd just allow a fragment of your life to wander free
But losing everything is like the sun going down on me

I can't find, oh the right romantic line
But see me once and see the way I feel
Don't discard me just because you think I mean you harm
But these cuts I have they need love to help them heal

Sebenarnya saya agak sibuk minggu ini. Saya baru kembali dari Singapura kerana menonton P.Ramlee The Musical di sana. Kembalinya dari sana, saya perlu menghadiri dua sesi kelas yang perlu saya habiskan sebelum menjelang Jun. Wajib ! Lagipun ada banyak blog yang masih menjalankan tanggungjawab mereka dengan gigih mengemaskini tentang Akademi Fantasia.

Esok, jika tiada aral saya akan mengemaskinikan tentang P.Ramlee The Musical di The Esplanade Singapura. Ada banyak cerita menarik di belakang tabir yang berlaku di sana. Yang pastinya watak P.Ramlee yang dipegang oleh Musly Ramlee benar-benar mengejutkan dan kini telah lahir sebutir lagi bintang dalam dunia teater Malaysia. InsyaAllah.

Kemaskini 10.30 pagi
David Cook
memenangi gelaran American Idol Season 7 dan mengalahkan David Archuleta apabila menerima undian lebih 12 juta !

Ning Baizura - Age Of Pollution

Entri oleh sultanmuzaffar 22 February 2008 0 komen



Ning Baizura telah pun melancarkan single pertamanya untuk pasaran antarabangsa.

Lagu Age Of Pollution dicipta oleh Olivia Cinquemani, Valerio Vicentini and Zara Ruban, dan diterbitkan oleh Marco Morano.

Wow ! Sesuatu yang berbeza dari apa yang pernah saya dengar sebelum ini. Satu muzik yang berbeza dan segar untuk pasaran Malaysia.

Perkembangan terkini boleh didapati di blog Mr.Manager.

David Archuleta - American Idol Season 7

American Idol Season 7 vs Akademi Fantasia Musim 6

Entri oleh sultanmuzaffar 15 February 2008 0 komen


Setiap kali tiba musim American Idol sejak 6 tahun yang lalu saya tidak begitu mengendahkannya. Kalau ada pun menonton hanya sekadar menonton. Nampaknya musim ini begitu berbeza sekali. Sekali-sekala menonton episod Audition tetapi apabila tiba di Hollywood Week, persepsi saya terhadapnya nyata berbeza. Saya tertarik dengan drama yang dipersembahkan. Adakalanya terfikir kenapa drama sebegitu seakan hilang pada Akademi Fantasia.

Fenomena penonton terhadap program itu sungguh luar biasa. Walaupun diberitakan rating program tersebut jatuh pada musim ini, itu bukan satu penghalang untuk tenaga produksinya untuk terus mempersembahkan yang terbaik. American Idol sama seperti Akademi Fantasia berada dalam kelompok yang sama di Malaysia. Program realiti itu adalah satu produk dan setiap produk akan melalui kitaran produk yang sama. Jenama itu melalui proses yang sama. Lama-kelamaan penonton sudah seakan menjangkakan apa yang akan berlaku.

Semuanya terletak di tangan produksi untuk mencorakkan sesuatu yang baru kepada program tersebut. Musim ini saya melihat peserta Top 24 American Idol bagus-bagus belaka. Pada pandangan saya David Archuleta ada auranya yang tersendiri. Sekaligus menarik minat saya untuk terus menonton.

Begitu juga pada Amanda Overmeyer, penyanyi rock yang sungguh luar biasa. Saya mahu melihat bagaimana program ini mencorakkan bakat Colton David Berry dan David Archuleta. Bagaimana kematangan Luke Menard dan Michael Johns melalui persaingan dalam program ini dan apa pula yang bakal berlaku seterusnya.

Mungkin juga mahu melihat bagaimana penonton terus menerima kehadiran Ryan Seacrest tanpa jemu selama 7 musim berturut-turut sedangkan Akademi Fantasia harus berdepan dengan cabaran menerima "orang baru" mengemudi program tersebut.

Berkemampuankah Akademi Fantasia musim 6 mendapat peserta sebaik ini setelah had umur dinaikkan hingga 45 tahun ? Peserta memainkan peranan yang utama untuk menarik minat penonton selain elemen-elemen lain dalam program tersebut. Tidak dinafikan ada juga yang menonton kerana Pengetuanya iaitu maestro yang tidak perlu diperkenalkan lagi, Ramli MS. Umum sudah tahu bagaimana Ramli MS bekerja dan umum juga mahu melihat sejauh mana 100% komitmen yang akan beliau praktikkan pada musim ini.

Saya akan pastikan menonton setiap Showcase American Idol Season 7 ini. Lebih menarik jika persembahan mereka termasuk dalam feed berita antarabangsa untuk dimuatkan ke dalam Gala TV di Astro AWANI setiap minggu.

Percaya atau tidak ?

Sebuah episod khas, Fail Sulit AF Istimewa akan disiarkan secara langsung pada hari Selasa, 19 Februari ini jam 5.30 petang. Debaran semakin terasa. Mungkinkah pilihan anda terpilih ?

Segalanya akan dibongkar tidak lama lagi...

Jika Ada Spoiler...

Entri oleh sultanmuzaffar 14 February 2008 0 komen



Bayangkan kalau ini berlaku kepada Akademi Fantasia 6...Pastinya anda ternanti-nantikan siapakah yang berjaya terpilih ke AF musim ini. Pencarian telah pun tamat dan lebih menarik pemilihan juga telah tamat. Debaran semakin terasa. Mungkin anda terpilih.

Percaya atau tidak ?

Sebuah episod khas, Fail Sulit AF Istimewa akan disiarkan secara langsung pada hari Selasa, 19 Februari ini jam 5.30 petang. Debaran semakin terasa. Mungkinkah pilihan anda terpilih ?

Segalanya akan dibongkar...