Undilah

SULTANMUZAFFAR (26 Februari 2002 - sekarang)

Seorang blogger, pelayar internet, penyelam scuba dan penagih tegar televisyen dan Wii. Melihat seluruh dunia di laman blog menerusi kamera DSLR dan kacamata tebalnya (kadang-kadang kanta lekap).

Mengkritik tidak bererti menentang, menyetujui tidak semestinya menyokong, menegur tidak bermakna membenci, dan berbeza pendapat adalah kawan berfikir yang baik.
Showing posts with label blogmob. Show all posts
Showing posts with label blogmob. Show all posts

Ulasan Teknologi : Telefon Bimbit Samsung SGH-i550W

Entri oleh sultanmuzaffar 21 April 2008 0 komen

Samsung SGH-i550W GPS diperkemaskan dengan :

• Capaian HSDPA, UMTS, EDGE, GSM 900/1800/1900 MHz +2100 MHz
• Kamera 3.2 megapixel dengan autofokus dan flash
• 2.6″ QVGA 262K color TFT display
• Sistem GPS
• FM Radio
• Bluetooth 2.0(A2DP)
• USB 2.0 High Speed
• 3.5 mm headphone jack
• Sistem Operasi Symbian 9.2 dengan antaramuka S60 3.1
• Pelayar HTML
• Menyokong RSS
• 1200 mAh bateri
• Memori dalaman 150 MB
• Penambahan ke 4GB dengan microSD
• Dimensi : 115×53x13.8 mm

Samsung SGH-i550W merupakan telefon bimbit pintar buatan Samsung yang pertama memiliki fungsi penunjuk-arah GPS. Ia turut diperkuatkan dengan fungsi multimedia dan capaian Internet yang pantas.

Rekabentuknya yang berbentuk petak, telefon bimbit Samsung SGH-i550W ini diasaskan system operasi Symbian OS versi 9.2. Dengan fungsi penunjuk-arah GPS yang turut dibekalkan dengan audio membolehkan pemandu kereta atau pejalan kaki untuk mencari arah.

Pelayar internet dan capaian ke perkhidmatan Web 2.0 dipermudahkan dengan telefon bimbit jenama ini kerana ia berasaskan HSDPA 3.6 Mbps. Lebih mudah untuk melayari internet kerana muatan memorinya yang agak tinggi iaitu 128 MB RAM.

Melungsuri kandungan internet menjadi lebih mudah dengan ciri trackball navigation dan skrin yang agak besar iaitu 2.6”. Selain daripada itu SGH-i550W turut mempunyai kamera dengan 3.2 megapixel serta fungsi penyunting video.

Turut mempunyai memori dalaman sebanyak 150MB dan radio FM.

Harga terkininya ialah RM1499 sebuah.

Ciri utama yang menyebabkan saya suka dengan telefon bimbit SGH-i550W ini ialah fungsi penunjuk arah GPS, selain daripada kemudahan yang diberikan melalui empat butang fungsi “direct access”. Butang tersebut membawa anda ke Menu, GPS, Web dan Media Player. Keempat-empatnya saya gunakan dengan maksima kerana itulah fungsi paling utama untuk saya. Walaupun fungsi butang direct access ini tidak boleh diubah, ianya tidak menjadi masalah besar kepada saya.

Samsung SGH-i550W ialah telefon bimbit pintar yang beroperasi dengan Symbian OS S60, oleh itu sistem navigasi dan rekaletak keseluruhannya ada persamaan dengan telefon bimbit Nokia. Oleh kerana saya merupakan pengguna telefon bimbit Nokia sejak dulu, maka apabila menggunakan telefon bimbit ini saya tidak berasa janggal. Salah satu sebab saya belum berminat untuk menukar jenama adalah kerana sudah selesa dengan rekaletak dan sistem navigasi Nokia.

Lebih menarik sebagai seorang pengguna Internet yang tegar terdapat integrasi Google di skrin telefon bimbit tersebut. Jika ingin melayari Internet atau pun mencapai maklumat menjadi lebih mudah dan pantas. Kotak carian Google berada di bahagian bawah skrin.

Sebenarnya saya agak kurang suka menggunakan navigasi menggunakan trackball. Saya lebih senang menggunakan kekunci berbandingnya. Jika di computer bimbit mempunyai ciri trackball pun tidak akan saya gunakan kerana lebih selesa menggunakan mouse atau kekunci.

Satu lagi ciri yang memudahkan saya ialah WiFi. Saya akan melayari Internet dengan telefon bimbit ini secara PERCUMA kerana di pejabat saya ada WiFi. Setiap kali waktu santai di lobi pejabat saya masih boleh melayari Internet kerana capaian WiFi masih boleh diperolehi.

Berbicara soal fungsi kamera yang terdapat pada telefon bimbit ini, dengan keupayaan imej 3 megapixel merupakan standard untuk mana-mana telefon bimbit serta menghasilkan imej yang cukup baik. Masalahnya apabila ingin merakamkan gambar kerana saya perlu menunggu agak lama untuk gambar dirakamkan kerana fungsi autofocus yang terdapat pada telefon bimbit ini. Untuk saya yang perlu merakamkan gambar dengan masa yang pantas tentunya sesuatu yang melecehkan. Bayangkan Siti Nurhaliza tidak akan menunggu lama untuk posing ke kamera saya kerana waktunya juga singkat. Saya mahukan fungsi klik dan rakam. Tidak mahu menunggu lama.

Sementara itu untuk mendengar muzik tegar seperti saya, masalah kedua yang saya temui apabila muziknya tidak begitu kuat dengan pembesar suara telefon bimbit ini. Saya perlu menggunakan headphone untuk mendengar muzik dengan lebih jelas.

Ciri paling utama tentunya GPS. Mudah sekali. Pilih saja lokasi Mula dan Destinasi saya boleh mendengar arahan penunjuk-arah. Ciri ini merupakan yang paling penting untuk wanita yang amat lemah navigasi. Seperti saya, amat kurang menggunakan GPS untuk penunjuk-arah tetapi hanya untuk main-main. Memang seronok cari mana Taman Bukit Teratai, Istana Budaya, KLCC, Hotel Impiana, Bursa Malaysia dan lain-lain.

Saya mahu menambah aplikasi-aplikasi percuma yang boleh didapati di Internet. Kata orang aplikasi WorldMate v5, SMS Export v1.01 dan Google Maps ialah yang terbaik untuk telefon bimbit ini.

Saya telah menggunakan Samsung SGH-i550W dan berpuas hati menggunakannya.

BlogMob : Samsung Mobile SGH i550

Entri oleh sultanmuzaffar 16 April 2008 0 komen

Baru-baru ini saya terlibat dengan Samsung Blog Mobile yang dikelolakan oleh Mobile World dan Samsung. Sebuah projek yang agak menarik kerana mereka memberikan saya sebuah telefon bimbit Samsung Mobile SGH i550 untuk saya gunakan dalam kegunaan seharian.

Antara blogger yang terpilih ialah Lydia Teh, Jasonmumbles, Jolene, Missycheerio/Ellie, Vincent Chow, Sultan Muzaffar, Amy Lai, Praveen Rajan, Kugan, Visithra, Abner, David, Jun Yan, Norizwan, John Ling and Jazlin Ernida.

Antara yang perlu saya lakukan ialah menunjukkan telefon bimbit tersebut kepada seberapa ramai orang yang boleh. Saya juga akan menulis ulasan tentangnya apabila saya sudah berasa selesa menggunakannya.

Salah satu ciri yang terdapat pada telefon tersebut yang saya amat suka ialah GPS. Memang saya gunakan sepenuhnya fungsi tersebut. Memang seronok tengok peta dan penunjuk jalan. Nanti saya ambil gambar handphone tersebut dan tayangkan kepada anda.

Hari pertama ini saya tayangkan beberapa orang rakan sekerja saya yang saya jadikan mangsa untuk menjadi model telefon bimbit tersebut.

Rizal (Senibina & Seni)
Syazwan (Hiburan) & Rozi (General Manager) at the back
Ian Johan Arif (Sukan)
Farahizan
Dino (Automotif)
Bakhtiar (Kewangan Peribadi & SME)
Azman (Rating Master)
Ali (Editor Kanan)

Minggu Yang Agak Sibuk

Entri oleh sultanmuzaffar 15 April 2008 0 komen

Pertamanya, minggu ini agak sibuk buat saya. Saya terlibat dengan Samsung Blog Mobile yang dikelolakan oleh Mobile World dan Samsung. Sebuah projek yang agak menarik. Selepas Konsert Celine Dion di Kuala Lumpur, saya perlu menyiapkan kandungan Akademi Fantasia untuk Gala TV hari Isnin dan satu mock-up presentation untuk hari Selasa.

Hari ini pula, saya perlu bersiap sedia untuk presentation tersebut, sebelum ke Bangsar untuk satu sesi wawancara bersama RTM mengenai blog dan kemudiannya terus ke Kuala Lumpur International Airport untuk menghantar ibu-bapa saya menunaikan Umrah.

Mohon maaf sekiranya blog ini tidak dikemaskinikan.

Sementara itu, ini merupakan lagu tugasan baru untuk Minggu 5 di Akademi Fantasia.

PELAJAR LELAKI

Alif : Hai (Adam AF2)
Nubhan : Kembali Senyum (Izwan Pilus)
Riz : Time Is Running Out (Muse)
Stanly : Umi (Dato' Shake)
Toi : Beautiful Girls (Sean Kingston)

PELAJAR WANITA

Nadia : Kalis Rindu (Elyana)
Rina : Sorga Dan Neraka (Hetty Koes Endang)
Saida : Bila Bunga Berguguran (Fauziah Ahmad Daud)
Stacy : Makhluk Tuhan Paling Sexy (Mulan)