Undilah

SULTANMUZAFFAR (26 Februari 2002 - sekarang)

Seorang blogger, pelayar internet, penyelam scuba dan penagih tegar televisyen dan Wii. Melihat seluruh dunia di laman blog menerusi kamera DSLR dan kacamata tebalnya (kadang-kadang kanta lekap).

Mengkritik tidak bererti menentang, menyetujui tidak semestinya menyokong, menegur tidak bermakna membenci, dan berbeza pendapat adalah kawan berfikir yang baik.
Showing posts with label era. Show all posts
Showing posts with label era. Show all posts

ERA kekal No. 1 dan SINAR melonjak ke tangga ke-2

Entri oleh sultanmuzaffar 19 May 2009 10 komen

Kajian Nielsen menunjukkan ERA kekal sebagai stesen radio no. 1 Malaysia, diikuti dengan SINAR di tempat ke-2, dan Hot FM di tempat ke-3. Ini merupakan kali kesembilan belas berturut-turut kajian Nielsen meletakkan ERA sebagai radio No. 1 Malaysia !

AMP makin bersinar!
Kekal menerajui industri radio Malaysia

Keputusan rasmi kajian Ukuran Pendengar Radio, Liputan 1, 2009 meletakkan ERA dan SINAR di kedudukan No. 1 dan No. 2 dalam senarai stesen radio pilihan rakyat Malaysia. Kajian yang dijalankan oleh Nielsen Media Research ini menunjukkan keunggulan AMP Radio Networks (AMP) melalui lapan stesennya iaitu ERA, MY FM, hitz.fm. MIX fm, LiteFM, SINAR, XFM dan THR (THR Raaga dan THR Gegar) sebagai peneraju industri radio Malaysia.

Keseluruhannya, kajian ini yang dilakukan Mac lalu, mendapati majoriti penduduk Semenanjung Malaysia berumur 10 tahun ke atas (91%) menggunakan radio sebagai sumber maklumat dan hiburan. Daripada 14.9 juta pendengar radio, 75% atau lebih 11 juta orang memilih stesen kendalian AMP, menguatkan lagi dominasi AMP sebagai pengendali radio yang memiliki khalayak pendengar terbesar. Bahagian pasaran AMP juga meningkat dari 51% pada kajian lepas ke 54%, angka paling tinggi pernah dicatatkan dalam tempoh 3 tahun.

Di kalangan 43 stesen radio yang terlibat dalam kajian, stesen-stesen AMP mengukuhkan kedudukan dalam kelompok 20 stesen teratas. Lima buah stesen AMP tergolong dalam senarai 10 stesen radio paling popular negara; ERA merupakan stesen paling popular, SINAR naik ke tempat ke-2, THR (THR Raaga & THR Gegar) ke-4, MY FM ke-5, manakala hitz.fm berada di tempat ke-7.

AMP terus menggungguli penyiaran radio dalam kategori keempat-empat bahasa utama; No.1 Bahasa Malaysia (ERA), No. 1 Bahasa Cina (MY FM), No. 1 Bahasa Inggeris (hitz.fm) dan No. 1 Bahasa Tamil (THR Raaga) – pencapaian yang belum lagi digugat sejak lebih dua tahun lepas.

“Setiap stesen di AMP komited untuk sentiasa membaiki kandungan program, memanfaatkan teknologi penyiaran dan interaktif terkini serta menghasilkan kempen-kempen yang paling menarik untuk pengiklan. Harapan AMP adalah untuk maju lagi ke hadapan dalam era radio mudah alih, digital dan global,” ujar Dato’ Borhanuddin Osman, Pengarah Eksekutif AMP Radio Networks.

“Kejayaan demi kejayaan yang diperoleh ialah hasil sokongan pendengar dan dedikasi setiap warga AMP. Dari masa ke masa, kami mendapatkan maklum balas pendengar tentang apa yang mereka mahukan dari segi muzik, hiburan dan kandungan lain. Saya mempunyai pasukan yang kuat, mereka bukan sahaja meneliti informasi yang terima bahkan juga mahir dan kreatif untuk mewujudkan bunyi yang hebat menerusi corong radio,” tambah beliau.

Ternyata setelah 13 tahun beroperasi, AMP kian matang dan relevan. Berikut dihuraikan prestasi setiap stesen, berdasarkan Ukuran Pendengar Radio, Liputan 1, 2009 oleh Nielsen (untuk individu berusia 10 tahun ke atas di Semenanjung Malaysia):

ERA : Stesen radio No. 1 Bahasa Malaysia dan keseluruhan
Buat kali kesembilan belas berturut-turut, kajian Nielsen mengangkat ERA sebagai stesen radio No. 1 di Malaysia, dengan jumlah pendengar mencecah 4 juta. Program Petang ERA kendalian Nana (1-4 petang) dan Adi & Burn (4 petang – 8 malam) muncul sekali lagi sebagai program No. 1 untuk slot masing-masing. Khalayak ERA sewaktu slot ini dikongsi bersama SINAR dan XFM, dua stesen AMP yang memperlihatkan pertambahan pendengar. ERA mempunyai kekuatan kelompok pendengar eksklusif, yang setia mendengar ERA pada bila-bila masa, iaitu seramai 572,000 orang.

Menurut Nazri Noran, Pengurus Rancangan ERA, “Kami tidak menaruh harapan terlalu tinggi untuk kajian kali ini apatah lagi dengan pembaharuan yang dilakukan. Namun jelaslah segmen-segmen unik yang diketengahkan seperti ‘Drama Sebabak’ dan acara amal ‘Orang Iklan ERA’ berjaya menarik perhatian pendengar. Buat masa ini, kami sedang sibuk merantau ke 11 lokasi di seluruh Semenanjung Malaysia dalam siri Jelajah 11 ERA, sempena ulang tahun stesen ini yang ke-11. Barisan penyampai yang kita ada sekarang mungkin baru, namun mereka tekad meneruskan legasi jenama ERA yang diamanahkan kepada mereka. ERA berbesar hati kerana masih berada di hati 4 juta rakyat Malaysia”.

MY FM : Stesen Bahasa Cina No.1, Program Sarapan Bahasa Cina No.1
MY FM mempertahankan status sebagai stesen radio Bahasa Cina No. 1, meraih 2.2 juta pendengar seminggu dan meninggalkan saingannya jauh di belakang. Lebih kurang 1.5 juta pendengar memisahkan antara MY FM dan stesen radio Bahasa Cina yang mengekori di belakangnya. Jack, Mei Yan & Nicholas menemani 1.36 juta pendengar setiap pagi, menegekalkan program kendalian mereka sebagai rancangan sarapan Bahasa Cina paling popular. Selain itu, MY FM merupakan satu-satunya stesen radio yang mempunyai lebih daripada 1 juta pendengar eksklusif, iaitu 1.13 juta.

hitz.fm : Stesen Bahasa Inggeris No.1 dan Program Sarapan Bahasa Inggeris No. 1
Tidak berganjak dari kedudukan stesen radio Bahasa Inggeris No. 1 di Malaysia, hitz.fm mempunyai pendengar mencecah 1.3 juta, meningkat 414,000 berbanding pada kajian terdahulu. Antara kesemua stesen Bahasa Inggeris di Malaysia, hanya hitz.fm memiliki khalayak melebihi 1 juta. Meskipun dengan gandingan hos yang berbeza, rancangan Morning Crew – kini dengan JJ & Ean – kekal sebagai program sarapan Bahasa Inggeris yang paling digemari. Rancangan ini meraih 160,000 lagi pendengar, menjadikan bilangannya hari ini 483,000 setiap minggu.

MIX fm : Istimewa dengan kepelbagaian muzik
MIX fm memenuhi citarasa seramai 437,000 pendengar, walaupun wujud saingan daripada stesen-stesen baru yang membawa gaya kontemporari sepertinya. Sebahagian besar khalayaknya, iaitu 80%, tertumpu di bandar dan 40% mempunyai pendapatan isi rumah RM3,000 ke atas. Pendengar eksklusifnya turut bertambah ke 51,000. MIX fm terus menyediakan kepelbagaian muzik buat pendengar moden dan sofistikated, dengan lagu-lagu terbaik pelbagai genre dari koleksi 80-an hinggalah yang terkini.

LiteFM
Terus merekodkan peningkatan, kali ini bertambah 83,000 lagi pendengar, LiteFM kini diikuti 467,000 orang. LiteFM dapat berbangga sebagai stesen Bahasa Inggeris No. 1 bagi pendengar berumur 35 tahun ke atas. Selain itu, LiteFM memiliki rancangan sarapan Bahasa Inggeris No. 1 di kalangan pendengar berusia 25 tahun ke atas, dengan 250,000 orang. Antara semua stesen Bahasa Inggeris, LiteFM mempunyai pendengar eksklusif paling ramai iaitu 123,000; dan pendengar LiteFM meluangkan masa yang paling lama mengikuti siarannya iaitu 10.07 jam.

SINAR : Stesen No. 2 keseluruhan, program sarapan No. 1 di kalangan pendengar 20+
SINAR melakar sejarah apabila meletakkan diri ke kedudukan ke-2 selepas ERA dalam senarai stesen radio paling popular. Berjaya mengumpul 484,000 lagi pendengar, stesen Muzik Retro Terbaik ini sekarang memiliki khalayak pendengar seluas 3.82 juta orang – angka paling tinggi yang pernah dicatatkannya setakat ini. Dalam tempoh hanya satu tahun, iaitu dari April 2008 sehingga Mac 2009, SINAR menambah bilangan pendengar sebanyak lebih 1.2 juta, menjadikannya stesen radio paling cemerlang sepanjang jangka masa tersebut. Perkembangan ini menunjukkan trend pendengar yang menggemari kandungan muzik yang lebih matang, terutama lagu-lagu daripada era retro yang gemilang.

SINAR Pagi kendalian Krill, Raja Azura dan Salih Yaccob makin hari makin digemari. Program ini sahaja kini meraih 2 juta pengikut, bertambah hampir 384,000 orang berbanding pada kajian sebelum ini. Ia merupakan rancangan sarapan ke-2 popular di Malaysia, dibezakan dengan hanya 67,000 pendengar berbanding program yang berada di tangga teratas. Malah, rancangan hujung minggu SINAR turut menarik sebilangan besar pendengar radio terutama pada waktu pagi dan malam. Kelompok pendengar SINAR adalah yang paling besar pada Sabtu dan Ahad iaitu seramai 2.7 juta, menjadikan SINAR stesen No. 1 sepanjang hujung minggu. Jika dahulu pendengar eksklusif SINAR hanya 105,000, kali ini 649,000 hanya memilih SINAR setiap kali mereka mendengar radio – peningkatan pendengar eksklusif paling tinggi antara kesemua stesen radio.

Pengurus Rancangan SINAR, Rostam Said mengakui pencapaian ini agak mengejutkan, “Suasana penyiaran radio di negara ini semakin meriah dengan tumbuhnya stesen-stesen baharu yang mewarnai lagi industri. Kerana itulah peningkatan jumlah pendengar yang sebegini besar tidak kami jangka. Faktor utama kejayaan ini tentunya adalah barisan penyampai yang mantap dan muzik yang hebat”.

XFM : Stesen radio belia yang semakin berkembang, kini dengan 475,000 pendengar
Dari kedudukan di tangga 20, XFM telah membaiki prestasinya dan berada di tempat ke-17 dalam senarai selepas kajian kali ini. Jumlah pendengar XFM meningkat 18% ke 475,000 seminggu. Peningkatan dilihat di semua slot masa, dan Zon Planet X (ZPX) yang ke udara setiap malam dari Isnin hingga Jumaat, merupakan rancangan paling diminati di XFM dengan 241,000 orang pendengar seminggu. XFM terbukti meraih sokongan daripada khalayak sasarannya iaitu bangsa Melayu berumur 15 hingga 24 tahun yang menggandakan masa yang mereka luangkan untuk mendengar XFM sehingga 8 jam seminggu berbanding hanya 4 jam berdasarkan kajian lepas. Pendengar eksklusif XFM juga bertambah 100 peratus dan mencecah 33,000 orang kini.

Sebagai satu-satunya stesen yang memainkan 100% muzik Malaysia, XFM akan terus menyediakan platform kepada pemuzik indie tempatan untuk mengetengahkan karya mereka. Terkini, XFM bekerjasama dengan Kementerian Belia dan Sukan dalam pelaksanaan Program Radio Belia yang memberi ruang dan peluang untuk golongan muda bersuara. Sebagaimana kata Pengurus Program XFM, Adly Syairi Ramly, “Tanggungjawab diteruskan, terutama sebagai medium yang menjanakuasa revolusi bunyi baru muzik Malaysia. XFM menuju ke arah masa hadapan yang lebih cerah buat muzik dan belia negara”.

THR : Tempat ke-4 keseluruhan
Bilangan pendengar THR – stesen radio yang menggabungkan THR Gegar di Pantai Timur dan THR Raaga di bahagian lain Semenanjung – terus mencatatkan kenaikan. Pertambahan 300,000 berbanding semasa kajian lepas menjadikan THR kini mempunyai 3.18 juta pendengar dan mengekalkan kedudukannya di tempat ke-4 antara kesemua stesen.

Dengan pertambahan 170,000 pendengar, THR Gegar memperbaiki lagi prestasinya sebagai stesen radio No. 1 di Kelantan, Terengganu dan Pahang. Bukan itu sahaja, pendengar eksklusif THR Gegar juga meningkat 72% dari 194,000 pada kajian lepas ke 334,000 kini. Slot paling popular di THR Gegar ialah Gegar Petang bersama Andy Hakim yang berjaya menarik seramai 872,000 pengikut setiap minggu, manakala slot Ceria Pagi yang dihoskan Nasa dan Suzana merupakan program sarapan No. 1 di Pantai Timur dengan 720,000 pendengar.

Bagi THR Raaga pula, takhta sebagai stesen radio Bahasa Tamil No. 1 di Malaysia masih belum dapat digugat. Jumlah pendengarnya kini meningkat ke 1.77 juta. 40% daripada mereka adalah pendengar eksklusif. Pendengar THR Raaga meluangkan 18.52 jam seminggu untuk menikmati muzik dan rancangan yang dikeudarakan – jangka masa yang paling lama antara kesemua stesen radio di negara ini.

Phone Interview bersama Dato' Borhan di Astro AWANI, Gala TV pukul 3.30 petang ini !

Entri oleh sultanmuzaffar 21 July 2007 0 komen

Siapa Mereka ?

Entri ini tiada kena mengena dengan hubungan baru yang melibatkan seorang kakitangan baru yang telah mengambil alih tempat seorang kawan. Jangan spekulasi ya !

Image Hosted by ImageShack.us

Sejak kebelakangan ini banyak cerita di dada-dada akhbar dan juga gosip-gosip di Internet yang heboh memperkatakan tentang Siapa Mereka ?. Ternyata rahsia yang tersimpan begitu lama nampaknya mula terbongkar satu-persatu. Seperti hangatnya spekulasi Pengetua Akademi Fantasia, begitu jugalah yang berlaku kepada barisan Penyampai Baru di Stesen Radio Nombor Satu, ERA ! Ampu jangan tak ampu !

Akhirnya terjawab sudah pada pagi hari Jumaat yang lalu apabila Khairil Rashid yang merupakan gandingan terbaik Kieran akan mengundurkan dirinya dari stesen radio tersebut. Ke mana hala tujuan Khairil terus menjadi spekulasi selepas terjawabnya spekulasi akan berlakunya perpecahan kepada gandingan yang lebih dikenali sebagai KnK itu. Itu persoalan yang masih belum terjawab.

Dalam nada sedikit sebak, Khairil mengumumkan pengundurannya di penghujung segmen Pagi Di ERA yang merupakan segmen pagi radio paling popular di Malaysia. Gandingan Fara Fauzana dan Faizal Ismail pun belum dapat mengalahkan mereka.

Nampaknya rombakan bukan sekadar melibatkan segmen pagi tetapi turut melibatkan segmen malam apabila penyampai Nila Kurnia turut mengumumkan pengundurannya pada malam yang sama. Ke mana pula arah tujuan Nila Kurnia ? Ada cakap-cakap Internet yang mengatakan beliau akan berpindah ke stesen radio yang agak matang audiensnya iaitu Sinar. Sama ada benar atau tidak, belum dapat saya pastikan.

Selepas tersebarnya berita gelombang perubahan ini, nyata akhbar dan Internet menjadi sumber untuk mendapatkan sumber-sumber sahih mengenai berita tersebut. Ada juga yang membuat spekulasi. Nama seperti Yasmin Hani, Cheryl Samad, Sazzy Falaq, AC Mizal, Aznil Nawawi, Jimmy Shanley dan Raja Azura disebut-sebut bakal mengambil alih tempat-tempat mereka yang dipindahkan. Satu Malaysia tahu mereka pernah menjayakan beberapa segmen percubaan bersama Penyampai sedia ada. Percubaan tersebut yang pada mulanya dilihat sebagai tujuan promosi nampaknya telah mencetuskan polemik yang lebih besar lagi. Mulut dan tangan tidak berhenti berbicara. Bermacam-macam andaian dibuat.

Sama ada perubahan yang akan dibuatkan mampu melonjakkan kembali rating audiens pendengar ERA harus sama-sama kita tunggu. Apakah perubahan yang akan dibuat itu bakal memberikan satu nilai tambah bukan sahaja kepada pendengar radio tetapi juga kepada penonton program Melayu Astro.

Sebenarnya saya sudah lama tertarik dengan gaya saingan Astro yang mengeksploitasi bakat TV dan Radio mereka untuk menyeimbangkan populariti kedua-dua medium tersebut. Buat apa kita guna bakat luar dari kita-kita sahaja. Gunakan sumber yang ada di sekeliling kita. Tentu ada bakat yang masih belum digilap dan inilah masanya untuk memperluaskan lagi pengaruh nama mereka di antara kedua-dua medium tersebut.

Bakal muncul, medium Internet yang pastinya akan memberikan kesan yang bukan sedikit kepada pendengar radio, penonton TV dan pelayar Internet. Sudah pasti !

Apakah yang cuba dilakukan oleh ERA khususnya ? Sama-sama kita tunggu gelombang perubahan yang akan berlaku Isnin ini.

Terima kasih kepada Khairil yang telah banyak menceriakan suasana setiap pagi saya dalam perjalanan ke pejabat. Gandingan Khairil dan Kieran telah membuatkan setiap pagi saya menjadi lebih bersemangat dan lebih segar. KnK telah pun menjadi satu jenama di setiap isi rumah ! Jenaka santai mereka pasti akan terus diingati !

Siapa Mereka?, sila buat tekaan anda.

Dalam pada itu, persiapan sedang giat dijalankan untuk acara esok petang. Bukan selalu dapat peluang meluahkan pendapat di hadapan orang awam dan inilah peluangnya tiba lagi. Khabarnya Nataniel Tan akan turut hadir pada petang itu.


Blogging: Friends or Foe
(Sahabat atau Seteru)


Tarikh 22 Julai 2007 (Ahad)
Masa 2 petang
Lokasi Shah’s Village Hotel PJ (bersebelahan A&W, PJ),
Stesen LRT Taman Jaya


Panel
1. Soon Li Tsin (http://polytikus.com/)
2. Jeremiah Foo (http://jeremiahfoo.com/)
3. sultanmuzaffar (http://sultanmuzaffar.blogspot.com/)

Hidangan ringan dan sijil disediakan. Kehadiran adalah percuma.

Penganjur Anwar Ibrahim Club (AIC) & Blog Bugs
Penaja Friedrich Naumann Foundation

Sila hubungi Rahimi Osman di talian 012-2676500 untuk pengesahan kehadiran.

Jumpa anda di sana esok.

Astro RIA & HITZ.TV

PRESENTS
Image Hosted by ImageShack.us

TOGEL

Jangan Togel, which loosely translates as “Hang on to your shirt!”, may already be a familiar phrase for the football-mad youth of Malaysia. It refers to an unspoken rule whereby the first team to concede a goal must take off their shirts, or play ‘togel’.

In a celebration of this distinctive trait of street football culture in Malaysia, Nike recently collaborated with some of the most creative, homegrown talents such as up-and-coming film director Kubhaer Jethwani, indie band Seven Collar T-Shirt and illustrator Leman.

TOGEL takes us up, close and personal with KL’s football mad youths. It follows the real lives and dreams of 3 boys whose passion for football are probably the only that keeps them going:

· Alvin. A 17 year-old form USJ playing for one of the top junior futsal teams in the country
· Jobless and unable to get into college, nothing is going right for Hafiz, 19. Hopefully, football will put things right for him.
· Dealing with real life issues at 16 is tough. But when you have a real gift like Sharvin does, you have to stay focused on your goals.

Image Hosted by ImageShack.us
Do not miss Nike’s Togel Documentary,
this 22nd July, Sunday
at 4pm on
Astro RIA and Hitz.TV

Entri oleh sultanmuzaffar 13 February 2007 0 komen

Rezeki Mencurah Lagi

Email

Good day!

Starting next Monday, Pagi@ERA will have a new addition – the incomparable Raja Azura! Raja Azura, or Kak Engku as she is fondly nicknamed, brings with her spontaneous wit, warmth, and side-splitting one-liners that have garnered her countless awards and nominations through the years as TV host, actress and comedienne.

A radio virgin, Kak Engku is extremely excited to join the likes of Khairil and Kiran (K n K) to bring more laughter to ERA’s listeners. She will be known as the THIRD K and is the latest addition of famous celebrities such as Saiful Apek and Aznil in the ERA family.

Please welcome Kak Engku to AMP when she starts next Monday, 12th of February.

You can also visit http://sultanmuzaffar.blogspot.com and http://badrulaftersix.blogspot.com – both popular blogsites, starting next Monday to catch the same ad.

And if watching ASTRO channels are more your thang watch out for the “K n K n K” TVCs soon!
Bukan sebarang orang yang boleh email ke seluruh Astro. Hanya bos besar saja yang boleh hantar email ke mailing list. Bila datang tawaran tersebut, saya terima. Untuk berapa lama ? Biarlah rahsia.

Saya ada dengar beberapa kali setiap kali Kak Engku ke udara dalam perjalanan ke pejabat. Selalunya dalam pukul 8.15 akan ke udara Juli & Rumi. Memang saya suka segmen tersebut. Kadang-kadang saya menang. Kadang-kadang saya boleh jawab soalan Juli, dan kadang-kadang saya jawab penuh soalan untuk Rumi. Kiranya terror untuk kesemuanya. Hahaha !

Memang riuh rendah studio dengan gelak ketawa ketiga-tiga penyampai yang ada. Kak Engku memang boleh saya katakan berjaya menggamatkan studio. Tapi gamat yang bagaimana ? Kadangkala macam nak runtuh studio dan saya sendiri tidak tahu nak dengar yang mana satu. Lebih-lebih lagi bila segmen Rumi & Juli.

Kemunculan Kak Engku semacam menjadi pelengkap kepada Khairil & Kieran. Bila ada isu-isu yang dibangkitkan lebih-lebih lagi jika berkenaan dengan perbezaan jantina, maka wujudnya pandangan yang seimbang antara mereka. Tidaklah hanya Khairil dan Kieran sekadar menyokong kaum lelaki sahaja.

Saya rasa pengalaman Kak Engku dalam bidang lakonan, baik dalam drama atau teater telah membolehkan Kak Engku sendiri mengawal dirinya untuk sentiasa sedar diri. Kadang-kadang kita sendiri terlupa.

Sepanjang perjalanan saya ke pejabat semakin menjadi lebih gamat dan ceria dengan kehadiran Kak Engku. Tapi bila sampai office saja terus kelat kerana kerja pejabat semakin menggunung. Akademi Fantasia pun dah nak mula !

Masih ingat maklumat Ujibakat Akademi Fantasia 5 yang pertama kali disiarkan di blog ini dan juga diletakkan di beberapa blog dan forum yang berkaitan ? Sila pastikan anda sentiasa melekat di sini untuk maklumat panas & eksklusif berkenaan Tenaga Pengajar dan Pelajar baru Akademi Fantasia 5. Bila ? Awal bulan Mac ! Anda harus sentiasa tekan refresh !

Sedangkan maklumat Ujibakat AF5 telah memanaskan beberapa pungkoq kerana menurut mereka apa kelebihan blog ini sehingga diberikan maklumat eksklusif AF5, pastikan mereka terkena renjatan elektrik bila melihat maklumat berkenaan Pelajar Baru AF5 di sini.

Banyak kerja !!!