Undilah

SULTANMUZAFFAR (26 Februari 2002 - sekarang)

Seorang blogger, pelayar internet, penyelam scuba dan penagih tegar televisyen dan Wii. Melihat seluruh dunia di laman blog menerusi kamera DSLR dan kacamata tebalnya (kadang-kadang kanta lekap).

Mengkritik tidak bererti menentang, menyetujui tidak semestinya menyokong, menegur tidak bermakna membenci, dan berbeza pendapat adalah kawan berfikir yang baik.
Showing posts with label madu II. Show all posts
Showing posts with label madu II. Show all posts
Entri oleh sultanmuzaffar 18 August 2007 0 komen

Image Hosted by ImageShack.us

Madu II : Adaptasi Teknik Layar Ke Pentas Yang Bijak !

Hujung minggu lepas saya meluangkan masa untuk menonton teater setelah agak lama mendiamkan diri dari dunia teater. Sekali-sekala bertemu rakan-rakan teater di lokasi teater yang agak kurang popular di kota Kuala Lumpur tentulah banyak cerita yang boleh dikongsi bersama.

Bertempat di Stor Teater Dewan Bahasa Pustaka, sebuah teater dari produksi Teater Ekamatra yang diterbangkan khas dari Singapura telah dipersembahkan dengan jayanya. Teater bertajuk Madu II arahan Rohaizad Suaidi telah ditulis oleh seorang penulis karya teater yang prolifik, Alfian Sa’at.

Serba sedikit latar belakang kedua-dua tulang belakang produksi teater tersebut bermula dengan Rohaizad Suaidi yang saya kutip dari buku cenderamata menyatakan Rohaizad menetap di Amerika Syarikat selama 8 tahun di mana beliau menuntut ilmu di Universiti Haiwaii dan kemudiannya mendapat ijazah Sarjana Muda dalam bidang Teater dan Tarian. Kemudiannya beliau menetap di Baltimore, Maryland selama 4 tahun untuk memperoleh Ijazah MFA dalam bidang Teater. Turut mencurahkan jasanya dengan mengajar kursus lakonan dan teater di institusi-institusi pengajian tinggi di Malaysia dan Amerika Syarikat. Sekembalinya dari Singapura pada awal tahun 2007, Rohaizad kini bertugas sebagai pensyarah separuh masa di Institut Pendidikan Kebangsaan (NIE). Rohaizad pernah mengarahkan Teater OPS Ophelia : Sabuah Fesyen Opera.

Sementara Alfian pula merupakan salah seorang daripada Pengarah Artistik Teater Ekamatra. Karya Inggeris beliau yang telah dicetak termasuklah One Fierce Hour, Corridor, 12 Short Stories dan A History of Amnesia. Antara karya pentas beliau yang telah diterbitkan oleh Teater Ekamatra termasuk Anak Bulan di Kampung Wa’ Hassan, Madu II, Tapak 7 The Miseductation of Minah Bukit, Causeway dan Mengapa Isa. Pada tahun 2001, Alfian telah dianugerahkan Anugerah Seniman Muda oleh Persatuan Seni Kebangsaan.

Madu II mengisahkan pergelutan dua wanita yang bukan sahaja berkongsi suami, malahan terpaksa juga berkongsi rumah. Bila suami bekerja, kedua-dia wanita mula bertikam lidah dan mengutuk antara satu sama lain. Perbuatan rutin ini merupakan satu permainan yang tidak akan sudah dan tidak akan ada pemenang.

Dibarisi oleh pelakon televisyen yang tidak kurang hebatnya di Singapura iaitu Mastura Ahmad dan Seri Wahyuni Jaes, kedua-duanya merupakan pemenang Pelakon Terbaik Pesta Perdana. Mereka hanya bermain di atas pentas empat segi dan telah membawa penonton ke dalam dunia mereka untuk merasai warna-warna hidup bermadu yang berlatarkan set pelamin. Pelamin ! Satu beban berat yang pasti akan ditanggung oleh setiap masyarakat Melayu.

Isu yang dibawa oleh Madu II adalah isu biasa yang berlaku di kalangan masyarakat Melayu. Hidup bermadu ! Manis tetapi pahit. Membawa isu tersebut ke pentas teater bukan satu tugas mudah. Silap langkah sesebuah persembahan teater itu akan menjadi satu syarahan panjang yang tiada penghujungnya. Isu sensitif seperti poligami dalam masyarakat Melayu hari ini telah diangkat oleh Rohaizad ke pentas teater dalam sebuah persembahan yang santai tetapi cerita utama yang ingin disampaikan oleh penulisnya terbenam dalam benak penonton.

Dibekalkan dengan dua pelakon yang kekal di atas pentas sepanjang masa persembahan teater, tanpa sedikit lelah dapat dilihat kredibiliti mereka yang sungguh mengagumkan. Lakonan mereka penuh bersahaja dengan membawa penonton menyusuri kehidupan bermadu mereka. Dalam tawa ada duka, dalam senyum ada sengsara, dalam cemburu ada simpati. Hebat benar lakonan mereka. Masa 75 minit terasa begitu singkat.

Saya benar-benar tertarik dengan gaya pengarah Rohaizad kali ini. Dengan tema yang sama dalam persembahan terdahulu iaitu wanita. Dalam Ops Ophelia, Rohaizad membawa penonton menyusuri rentetan kejadian wanita dari kecil sehingga dewasa tetapi dalam Madu II hanya berkisar kepada salah satu permasalahan wanita iaitu hidup bermadu.

Tentu anda semua masih ingat filem Madu Tiga karya dan arahan Tan Sri P.Ramlee. Naskhah layar perak itu sebenarnya telah menjadi inspirasi kepada penulis untuk menghasilkan Madu II. Segala elemen ada dalam Madu Tiga dan begitu juga kaedah arahan yang telah digunakan oleh Rohaizad untuk Madu II. P.Ramlee menjentik dalam jenaka, geraknya penuh sinis, tutur katanya penuh makna. Begitu juga Rohaizad yang membawa gaya tersendiri dalam mengadaptasi kesemua elemen yang telah dibawa oleh P.Ramlee ke dalam Madu II. Rohaizad turut menggunakan klip audio dari filem Madu Tiga. Babak perbualan Jamil dan bapa mertuanya turut diselitkan dalam lakonan kedua-dua pelakonnya.

Antara adegan yang paling saya ingati adalah adegan penamat teater ini. Buktinya boleh dilihat pada gambar yang sempat saya rakamkan. Satu adegan yang sungguh mengejutkan. Persembahan teater ini bermula dengan permainan lampu pada pelamin yang memberikan kesan filem hitam putih pada pelamin dan kemudian ditamatkan di atas pelamin dengan tertera perkataan TAMMAT. Kalau filem buat macam tu memang sudah meletup !

Tahniah kepada tenaga produksi Teater Ekamatra kerana telah memberi nyawa kepada teater Melayu yang sebenar-benarnya. Penataan cahayanya juga bagus. Penataan bunyinya juga hebat. Bukan mudah untuk menggabung-jalinkan antara lakonan teater di pentas dengan klip audio dari filem Madu Tiga jika tanpa latihan yang cukup.

Saya benar-benar terhibur menonton teater ini dan khalayak penggemar seni teater Melayu yang telah ketinggalan untuk menyaksikan teater ini adalah sesuatu yang amat merugikan.

Bila agaknya Rohaizad nak buat OPS Ophelia II : Sabuah Akademi Fesyen ?

Memori Foto Teater Madu II

Image Hosted by ImageShack.us

Perhatikan periuk nasi di tepi pelamin. Simbol kepada Nasi Kangkang !

Image Hosted by ImageShack.us

Madu II pun ada Oprah Show !

Image Hosted by ImageShack.us

Konfrontasi Dua Madu !

Image Hosted by ImageShack.us

Apakah pengakhir Teater Madu II ?

Image Hosted by ImageShack.us

Bermula dan Berakhir di Pelamin, TAMMAT !

Image Hosted by ImageShack.us

Rohaizad Suaidi, Pengarah Teater Madu II

Image Hosted by ImageShack.us

Pak Hassan Muthalib, Benjamin McKay & Rohaizad Suaidi berbincang
"So, what do we do with P. Ramlee's legacy in the 21st century?"

Entri oleh sultanmuzaffar 08 August 2007 0 komen

Anda Astro Technologenius !

Hari ini telah banyak kemajuan yang berlaku kepada teknologi maklumat dan komunikasi. Kesan kemajuan ini telah merebak ke seluruh negara. Pengaruhnya turut melanda di kalangan remaja yang rata-rata merupakan generasi muda yang akan mewarisi kemajuan negara di masa akan datang.

Apa lagi kemajuan yang boleh dicipta untuk kita sebagai rakyat Malaysia menyusur gelombang kemajuan yang semakin berkembang dari hari ke sehari ? Tentunya ada banyak idea yang di luar batas pemikiran manusia normal yang boleh dijanakan untuk bergerak seiring dengan kemajuan yang ada. Astro mengambil inisiatif untuk mencari di serata Malaysia siapakah yang mampu memikul gelaran Technologenius! Idea yang terhasil mestilah yang mampu untuk merentas garis sempadan dan berguna untuk masyarakat khasnya golongan remaja.

Jika anda benar-benar yakin mempunyai idea-idea bernas, asli serta mempunyai ciri-ciri inovatif yang mampu untuk membuat perubahan kepada kehidupan manusia dan komuniti, inilah peluang anda untuk berkongsi idea bijak anda itu kepada DUNIA !

Jika idea anda terpilih, anda merupakan antara lima idea yang terbaik kerana hanya lima idea yang terbaik sahaja yang akan dipilih dan mereka yang bertuah akan diterbangkan ke Geneva, Switzerland untuk menghadiri Global Forum on Youth and ICT.

Pemenang akan diumumkan dalam satu majlis sidang media dan diikuti dengan Festival Astro Technolgenius pada 11 September 2007.

Untuk melengkapkan persediaan anda di Geneva, Astro akan menerbitkan lima idea yang terbaik dalam bentuk video untuk dipertontonkan di Global Forum on Youth and ICT yang akan berlangsung pada 24-26 September depan.

Anda tidak akan hanya berada di Geneva selama dua hari tetapi akan berada di sana selama satu minggu dan berpeluang untuk melawat tempat-tempat menarik di sana sehingga 2 Oktober 2007.

Sayang sekali saya sudah berumur 33 tahun dan TIDAK LAYAK untuk menyertai peraduan tersebut. Kalau saya berumur 23 tahun sekalipun masih TIDAK LAYAK kerana merupakan kakitangan penganjur. Anda LAYAK untuk berkongsi idea-idea bijak anda sekiranya anda berumur 18-25 tahun. Ayuh ! Cari rakan-rakan terbaik dan terbijak anda dan buat satu kumpulan yang tidak melebihi 4 orang dalam satu kumpulan.

Idea anda hendaklah menjurus kepada SALAH SATU atau LEBIH topik-topik yang berkaitan PENDIDIKAN, KESIHATAN, USAHAWAN atau PENTADBIRAN KERAJAAN.

Anda boleh guna Bahasa Malaysia atau pun Bahasa Inggeris walaupun anda sebenarnya akan terbang ke Geneva, Switzerland. Tulis apa-apa bahasa dan tidak melebihi 500 patah perkataan.

Satu lagi peringatan ialah anda mestilah mempunyai Pasport Antarabangsa dan bersedia untuk berpuasa di Geneva pada 22 September hingga 2 Oktober. Sanggup ?

Untuk maklumat lanjut berkenaan Astro Technologenius, anda boleh klik di sini. Cepat ! Muat turun borang penyertaan dan bersedia untuk terbang ke GENEVA !

[Bahasa Inggeris]
Information and communication technologies (ICT) has come so far in improving our lives and Astro is looking for Technologeniuses who can push the boundaries even further.

If you have a brilliant, original or innovative idea on ICT and how it can help better your life and our community, this is your chance to share your idea.

Only the five most brilliant ideas will be selected. If your idea gets selected Astro will fly you to Geneva, Switzerland for the Global Forum on Youth and ICT.

The winners will be announced at a press conference which will be followed with an Astro Technologenius Festival on the 11th of September 2007.

Astro will produce the five winning ideas in a video presentation for you to show during the Global Forum on Youth and ICT taking place on the 24th-26th September. On top of this, the winners will also spend a few more days exploring the sights and sounds of Geneva till the 2nd of October.

All Malaysian Bloggers Project




Dalam pada itu sesiapa yang berminat dengan seni TEATER, hujung minggu ini akan diadakan sebuah persembahan Teater yang bertajuk MADU II yang akan dipentaskan oleh Teater Ekamatra dari Singapura.

Tempat Stor Teater, Dewan Bahasa & Pustaka, Kuala Lumpur
Tarikh/Masa 10 & 11 Ogos 2007, 8.30 malam & 11 Ogos 2007, 3.30 petang

Menariknya selepas persembahan teater pada sebelah malam akan diadakan satu forum yang bertajuk "Poligami, Islam & Hak Isteri" pada 10 Ogos dan sebuah lagi forum yang membincangkan tentang Seniman Agung P.Ramlee bertajuk "So, what do we do with P.Ramlee's legacy in the 21st Century?" bersama Benjamin McKay, Zahim Albakri & Hassan Abd. Muthalib.

[Bahasa Inggeris]
MADU II by Teater Ekamatra, Singapore at Stor Teater, Dewan Bahasa & Pustaka, Kuala Lumpur 10th & 11th August 2007, at 8.30pm & 11th August 2007 at 3.30pm

Fri 10 August night's staging will be followed by a FORUM: "Poligami, Islam, & Hak Isteri". Speakers include Toni Kassim & Al Mustaqeem.

Sat 11 August night’s staging will be followed by a FORUM: "So, what do we do with P. Ramlee's legacy in the 21st century?" Speakers: Benjamin McKay, Zahim Albakri & Hassan Abd Muthalib
Topik-topik FORUM:

1. Apakah filem-filem P Ramlee (khususnya filem-filem "masyarakat" beliau yg dikeluarkan sekitar awal tahun 1960an hingga ke awal 1970an seperti MADU TIGA) masih relevan kpd penonton hari ini?

2. Apakah kedudukan filem-filem p. ramlee dlm masyarakat hari ini?

3. Adakah kajian-kajian terbaru (film studies, film criticism) tentang filem-filem P Ramlee?

4. Premis: ramai penonton filem P Ramlee dari golongan masy Melayu (di Spura ataupun Malaysia) yg cukup kenal dgn filem-filem komedi beliau hinggakan mungkin "buta"
kpd mesej-mesej yg dpt "dibaca" dlm filem-filem ini.

5. Isu: apakah pandangan tentang usaha-usaha utk menilai atau "membaca" semula mesej-mesej dlm filem-filem P Ramlee? Contohnya, drama teater Alfian Sa'at, MADU II, yg mengkritik & menyoal "kekelakaran" & kelucuan disebalik adegan-adegan dlm filem MADU TIGA?


MADU 11
First staged on 27th Nov 1998 & later toured to KL in Jun 2001, MADU II was presented as part of the double-bill Bulan Madu’ with ‘Anak Bulan di Kg Wa’ Hassan.’ Written by the prolific young Sporean bilingual playwright/poet & NAC young artists award winner, Alfian Sa’at, the performance will feature 3 of contemporary Spore Malay theatre & TV’s most creative & versatile director & actors.

MADU II touches on the issue of polygamy in a modern Malay household. The play excavates the struggle of 2 women who not only share a husband, but also live under one roof. While their husband is away, both women exchange remarks & curses; & find themselves lost in a game where the instructions need a complete revision.

MADU II will be directed by theatre practitioner & theatre lecturer Rohaizad Suadi, & performed by award winning TV actresses Mastura Ahmad & Sri Wahyuni Jaes.

MADU II is a well-crafted light-hearted yet poignant look at the sensitive & difficult issue of polygamy in modern Malay marriage

Quotes

“…an engaging piece.” Hong Xinyi – Straits Times

“A clever work, displaying the claustrophobia of housewifery as much as the subtle competition for possession of a spouse.” Ng Yi-Sheng – The Flying Inkpot