Undilah

SULTANMUZAFFAR (26 Februari 2002 - sekarang)

Seorang blogger, pelayar internet, penyelam scuba dan penagih tegar televisyen dan Wii. Melihat seluruh dunia di laman blog menerusi kamera DSLR dan kacamata tebalnya (kadang-kadang kanta lekap).

Mengkritik tidak bererti menentang, menyetujui tidak semestinya menyokong, menegur tidak bermakna membenci, dan berbeza pendapat adalah kawan berfikir yang baik.
Showing posts with label mawi. Show all posts
Showing posts with label mawi. Show all posts






















Dua majlis perkahwinan Mawi dan Ekin yang melibatkan Johor Bahru dan Kulai telah pun selesai. Kepenatan hasil dari dua majlis tersebut masih belum reda. Sememangnya ia merupakan satu pengalaman yang tidak dapat saya perolehi melainkan berhadapan dengannya sendiri. Banyak cerita manis, tidak kurang juga cerita pahit yang berlaku sepanjang majlis tersebut berlangsung. Banyak pengajaran yang telah saya perolehi dan melaluinya sendiri. Kontroversi yang berlaku membuka pandangan baru saya terhadap banyak isu yang selama ini tidak saya ambil peduli.

Majlis Resepsi di Felda Taib Andak dianggarkan lebih 20,000 jemputan hadir ke majlis tersebut termasuk Konsert Gempak Rewang yang diadakan malam Ahad lalu. Memang penuh dengan ribuan manusia yang saya tidak tahu dari mana. Dalam banyak-banyak tetamu yang saya temui ialah sahabat saya sewaktu bersekolah menengah satu ketika dahulu. Rupanya beliau merupakan teman kerja Mawi sewaktu sama-sama mengharungi zaman sukar di Carrefour, Subang. Walaupun Mawi telah meningkat popularitinya, kawan-kawan lamanya sewaktu zaman susah tidak pernah beliau lupakan. Itulah sisi lain yang baru saya temui.

Jika diberikan pilihan saya seboleh-bolehnya tidak mahu ke Majlis Resepsi 1001 Malam di Palace of The Golden Horses, Seri Kembangan. Jika diberikan pilihan saya seboleh-bolehnya hanya mahu menonton dari rumah. Pastinya tanggal 11 Januari itu menjadi satu hari paling panjang dan memenatkan. Pelbagai gimik telah pun dirancang dan majlis tersebut akan menjadi sebuah program televisyen yang terancang. Oleh itu, lebih sesuai sekiranya saya tonton hanya di televisyen.

Saya tertarik dengan tulisan Adam Saleh seperti yang tersiar dalam ruangan Jarum Emas di akhbar Metro Ahad yang menyebut "Natijahnya, menjadi pengamal media, ada kala kita mendapat layanan Kelas A, ada ketika tiada kelas langsung, namun kerana kelicikan kita, tanpa kelas pun kita boleh menjadi yang terbaik.". Saya pegang kata-kata itu kerana hari ini mungkin hari saya, esok belum tentu hari saya.

Entri oleh sultanmuzaffar 04 September 2007 0 komen

Dua Yang Pertama di Malaysia : Astro AWANI & Astro OASIS


Image Hosted by ImageShack.us

Ikon Astro Awani

Pagi tadi, tepat jam 11 pagi, dua saluran yang pertama seumpamanya di Malaysia telah dilancarkan dengan rasminya. Astro Awani dan Astro Oasis. Satu tentang berita dan maklumat, satu lagi tentang minda dan sanubari. Mengambil sempena sambutan 50 tahun Kemerdekaan Negara, saluran Astro Awani akan mempersembahkan berita antarabangsa mengikut pakej tempatan dari perspektif Malaysia.

Ia akan menjadi CNN untuk Malaysia. Itu pandangan saya ya. Bukan mengayat ! Dengan itu, berita-berita antarabangsa akan menjadi lebih relevan kepada penonton Malaysia. Seperti contohnya berita Madonna mengambil anak angkat akan dikaitkan dengan cerita Umie Aida menjaga anak angkat. Kaitan itu penting agar berita menjadi lebih dekat dengan penonton.

Selain daripada berita antarabangsa, kami (eh, kami pulak ! hahaha) Astro Awani akan turut memberikan kupasan terperinci berkenaan isu-isu semasa yang membabitkan Malaysia melalui program terbitannya sendiri yang merangkumi gaya hidup, dokumentari, majalah, hiburan serta wawancara bersama sumber tempatan dan antarabangsa.

Image Hosted by ImageShack.us

Kejar berita...

Rangkaian ini beroperasi dari pusat berita, penerbitan dan penyiaran bersepadu di tengah Bandar Raya Kuala Lumpur dan berada di puncak bukit. (Sila rujuk gambar di entri sebelum ini.)

Sementara Astro Oasis pula merupakan saluran gaya hidup famili untuk memenuhi citarasa penonton dari pelbagai usia yang tampil untuk menyajikan pengisian untuk santapan minda dan sanubari masyarakat.

Image Hosted by ImageShack.us

Nadi Astro Oasis
Astro Oasis turut memilih Heliza dan Mawi sebagai ikon saluran tersebut bersesuaian dengan konsep programnya yang berteraskan program ilmiah, maklumat, drama, dokumentari dan juga hiburan.

Ia akan menjadi platform untuk masyarakat Melayu memperolehi input yang membawa kepada kebaikan dan kedamaian selain menjadi sumber informasi tentang kehidupan umat Islam di seluruh dunia.

Antara buletin yang akan dipersembahkan oleh Astro Awani kepada penonton ialah :
(dari Siaran Akhbar)

Image Hosted by ImageShack.us

OK ! OK ! Aku letak side ko jugak...
a) Awani Global:
Awani Global merupakan buletin jenama utama Astro Awani. Ia akan menjadi bulletin pertama disiarkan pada pukul 6.00 pagi dan akan dimuatkan dengan perkembangan terkini termasuk buletin terkini pada tengahari dan waktu perdana. Awani Global akan memberi kupasan terperinci bagi empat isu utama antarabangsa dari perspektif Malaysia.

b) Atma Asia:
Atma Asia akan memfokuskan kepada laporan dan peristiwa di rantau Asia terutamanya negara jiran, Asia Tenggara. Dimuatkan dengan berita dan perkembangan terkini Negara serantau merangkumi isu semasa, sukan, perniagaan, kemanusiaan dan hiburan.

c) Nadi Global:
Nadi Global akan menumpukan kepada tajuk utama harian dengan menampilkan pandangan dari penganalisis, pakar dan lain-lain.

d) Mozaik Dunia
Mozaik Dunia adalah berita berentak pantas dan disampaikan dengan penuh bertenaga. Menyentuh secara ringkas perkembangan terkini politik dunia, peperangan, pasaran saham, sukan serta hiburan.

e) Gala TV
Buletin hiburan bermaklumat ini memuatkan perkembangan terkini dunia hiburan tempatan, serantau dan antarabangsa. Gala TV akan keudara setiap hari dan bakal menjadi penanda aras corak laporan berita hiburan TV yang baru di Malaysia. (perghhh ! penanda aras tu !)

Di samping berita, Astro Awani juga akan menerbitkan program isu semasa seperti wawancara, rencana dan majalah. Program ini mengetengahkan isu global dengan ciri serta konteks tempatan. Penerbitan seumpama ini bertujuan memberi pendedahan kepada penonton Malaysia tentang cabaran global yang relevan dan mampu mempengaruhi serta memberi kesan kepada mereka.

Image Hosted by ImageShack.us

Puas hati ?

a) Sudut Pandang
Wawancara langsung dari studio yang akan mengupas tajuk berita utama pada waktu perdana. Program ini dikendalikan Kamarul Bahrin Haron.

b) Perspektif Kita
Wawancara mingguan mengenai isu semasa. Rancangan ini memberi peluang kepada penonton untuk turut serta dalam perbincangan atau debat bersama tetamu yang juga pakar dalam tajuk yang dibincangkan. Rancangan ini dikendalikan Suhaimi Sulaiman.

c) Temujanji
Merupakan rancangan wawancara mingguan menampilkan personaliti terkemuka tempatan atau antarabangsa. Penonton juga berpeluang menemu bual secara bersemuka personaliti di studio. Ia akan dihoskan oleh Amir Mahmood Razak.

d) WW
Rancangan temubual yang menyelami pelbagai tajuk serta isu menyentuh kepentingan dan aspirasi wanita ini disiarkan secara langsung pada waktu pagi. Dangsuria Zainurdin akan mengacarakan WW.

Astro Awani akan mula bersiaran secara langsung pada 6 September ini di Saluran 95. (ucapkan selamat tinggal kepada kehidupan lama korang !) Manakala Astro Oasis pula akan memulakan siarannya pada Hari Raya Pertama. (habislah korang tak balik kampung !)

Klik Laman Web Astro Awani untuk maklumat lebih lanjut.

Nota : Alhamdulillah. Hati mereka nampaknya telah mula lembut.

Entri oleh sultanmuzaffar 11 July 2007 0 komen

Jingjing : "Kita Jumpa Lagi Rabu Depan"

Image Hosted by ImageShack.us

Sudah lama Jingjing tidak bercuti. Oleh itu untuk melepaskan sisa-sisa lelah Akademi Fantasia 4, Raja Lawak Astro dan Akademi Fantasia 5, Jingjing akan terbang bercuti selama satu minggu. Harap-harap tiada yang mengganggu. IKON Malaysia ke, Anak Gemilang Malaysia ke, Wazzup Mila? ke, Muallaf ke semua tidak dapat Jingjing dipenuhi. Rasa rugi juga tak dapat pergi tengok Muallaf. :(

Image Hosted by ImageShack.us

Awal minggu ini saya dikejutkan dengan satu email. Saya tidak pernah kenal siapa penghantarnya. Saya hanya sekadar borak-borak kosong sahaja. Tiba-tiba meminta saya untuk menelefonnya kembali. Mungkin ada sesuatu yang penting. Saya telefon kembali. Beliau nyatakan hasratnya.

Saya tidak pasti sama ada mahu gelak atau tersenyum sendiri. Nak gelak takut kawan baru saya ini terasa atau kecil hati. Hasratnya agak unik. Kenapa saya kata unik ?

Pemanggil : Muz, tolong aku !

SM : Tolong apa?

Pemanggil : Kawan aku mengandung !

SM : Ahh sudah ! (Apa aku nak buat ni ? Aku tak nak bersubahat ! Hahaha) Macam mana dia boleh mengandung ? (Aku sendiri tak tahu macam mana boleh terkeluar soalan bodoh tu!)

Pemanggil : Kau je yang boleh tolong aku. Dia mengidam.

SM : (Dalam kepala aku dok pikir makanan yang aku kena tolong carikan) Mengidam nak makan apa ? (Ya lah ! Kalau mengidam mesti lah makanan kan ?)

Pemanggil : Bukan makanan. Dia nak medalion Mawi !

SM : HAH ! Nak apa ??? (buat-buat terkejut sambil gelak dalam hati!)

Pemanggil : Dia nak MEDALION MAWI !

SM : (Gelak dalam hati !) Nak buat apa medalion Mawi ? Bukan boleh makan !

Pemanggil : Mana aku tahu. Dah dia nak.

SM : Dia dah berapa bulan sekarang ?

Pemanggil : 8 bulan.

SM : OK. Lama lagi. Aku call balik minggu depan. Isnin dapat kot. (Dalam kepala aku terbayang muka BadrulAfterSix yang amat kamceng dengan Kak Ita.)

Pemanggil : TQ. Janji sebelum bersalin lah.

SM : (Aku tahu lah orang mengidam mesti nak sebelum bersalin ! Selepas bersalin dia nak lain.)

Tadi saya pergi ambik medalion Mawi dari Shidah di KLCC. Ya ! SM pergi ambil medalion Mawi dari MawiFC. Saya buat pengakuan ! Tadi juga saya jumpa kawan baru saya itu dan berikan medalion Mawi yang dia hendak. Saya tidak beli satu sahaja. Saya beli TIGA. Satu untuk perempuan mengandung, satu untuk kawan baru saya itu (yang dalam diam-diam nak satu jugak) dan satu lagi untuk SAYA. Hahaha. Dah alang-alang kan. Apa salah aku beli satu. Boleh simpan dalam wallet, buat ibu duit. Hahaha. Mana tahu dengan kuasa Allah boleh jadi kaya macam Mawi.

Aku tak kira, anak kawan kau nanti, kena letak nama Mawi Muzaffar !! Hahaha !

Nota : Jumaat ini jam 9 malam di Astro RIA, Mawi akan bertandang di AC Di Sini untuk meleraikan segala kekusutan yang berlaku minggu ini. Jingjing tengah sibuk mendaki The Great Wall Of China hari tu! Jingjing uga nak ucapkan Tahniah kepada Mawi untuk IKON Malaysia Akhir !