Undilah

SULTANMUZAFFAR (26 Februari 2002 - sekarang)

Seorang blogger, pelayar internet, penyelam scuba dan penagih tegar televisyen dan Wii. Melihat seluruh dunia di laman blog menerusi kamera DSLR dan kacamata tebalnya (kadang-kadang kanta lekap).

Mengkritik tidak bererti menentang, menyetujui tidak semestinya menyokong, menegur tidak bermakna membenci, dan berbeza pendapat adalah kawan berfikir yang baik.
Showing posts with label realiti. Show all posts
Showing posts with label realiti. Show all posts

Lirik Program Realiti Keynote

Entri oleh sultanmuzaffar 12 July 2010 View Comments

Kembara Lara (Minggu 2)
Lagu : Nomad
Lirik : sultanmuzaffar
Artis : Siti Nordiana


Verse
Kau kembara damai buka mata dunia
Rentas sempadan Armada oh Pembebasan Gaza
Tinggalkan segala rasa rasa curiga
Rempuh sempadan Armada oh Pembebasan Gaza

Semangat kental, celikkan dunia (2x)

Pre-Chorus
Aku setia menunggumu
Menyimpan harapan menggunung tinggi
Aku rela menantimu
Walau badai melanda setia di sini

Chorus
Kau rasai derita yang berpanjangan tak berpenghujung
Walau hajatmu tak sampai perjuanganmu masih disanjung
Tanpa kau sedari kini kau perwira di mata dunia
Dan tanpa kau sedari lagi ada hati yang berubah

Pre-Chorus
Aku setia menunggumu
Menyimpan harapan menggunung tinggi
Aku rela menantimu
Walau badai melanda setia di sini

Semangat kental, celikkan dunia (2x)

Chorus

Kau rasai derita yang berpanjangan tak berpenghujung
Walau hajatmu tak sampai perjuanganmu masih disanjung
Tanpa kau sedari kini kau perwira di mata dunia
Dan tanpa kau sedari lagi ada hati yang berubah

______________________________________________

Hidup Tak Selalu Indah (Minggu 2)
Lagu : Shana
Lirik : Shana/sultanmuzaffar
Artis : Shana

Verse
Hati senang gembira rasa
Madah kata tak selalu manis
Rupa hanya seindah khabar
Kadang tersentuh jiwa meruntuh

Pre-Chorus
Lakaran hidup kita
Lukisah kisah suka duka
Tersurat dan tersirat segalanya

Chorus
Ada kala ku terfikir
Di mana salah lakunya
Ingatkan kepadaku
Agar ku tahu

Bridge
Ya.....
Hidup tak selalu indah
Ya....


Chorus
Ada kala ku terfikir
Di mana salah lakunya
Ingatkan kepadaku
Agar ku tahu

______________________________________________

Seru (Minggu 2)
Lagu : Fynn
Lirik : Fynn/sultanmuzaffar
Penyanyi : Fynn

Verse
Dan bila dikata kau takkan mampu hidup
Dan bila disuruh untuk kau terus merecup
Janganlah kau hirau, janganlah kau merisau
Sabarlah, Tuhan ada untuk engkau

Chorus
Teguhkan berdiri, yang patah kau ganti
Semangat kau besi, tak mengenal mati
Usungkan kendati, buka langkah kaki
Gagahkan
Derukan

Verse
Dan bila dihenyak, janganlah kau tersungkur
Dan bila dikunyak, usah kau terus terkubur

Chorus
Teguhkan berdiri, yang patah kau ganti
Semangat kau besi, tak mengenal mati
Usungkan kendati, buka langkah kaki
Gagahkan
Derukan

______________________________________________


Biarkan Aku (Minggu 3)
Lagu : Keroz
Lirik : Keroz/sultanmuzaffar
Artis : Keroz

Chorus
Tinggalkanlah aku sendiri
Bahagia bersama teman-teman sejati di sini

Verse 1
Di balik sejarah dulu
Kulupakan segala kesedihan di hati
Bersama teman-temanku di sini
Ketawa dan gembira menyanyi

Chorus
Tinggalkanlah aku sendiri
Bahagia bersama teman-teman sejati di sini
Biarkanlah ku terus bermimpi
Menciptakan sebuah ceritera indah (2x)

Bridge
Masih ku akui
Cinta kau masih di hati
Kini kukuatkan diri
Bagiku melupakan cintamu di hati

______________________________________________

Harap (Minggu 3)
Lagu : Nero
Lirik : sultanmuzaffar
Artis : Thiar Jimbara

Verse
Kau pergi aku dililit sepi
Bayangmu menjelma saban waktu
Tanpamu aku seperti mati
Tanpamu aku tak daya terus hidup lagi
Chorus
Ulangkanlah kitaran jam….jangan pergi
Ku mahumu terus isi jasad ini

Bridge
Kehampaan
Ku sepi
Kepiluan
Sendiri
Janganlah
Kau pergi

Chorus
Ulangkanlah kitaran jam….jangan pergi
Ku mahumu terus isi jasad ini
Tanpamu seperti mati
Tanpamu tak daya trus hidup lagi

______________________________________________

Sebelum Pergi Aku Ingin Kembali (Minggu 3)
Lagu : Nazrin
Lirik : sultanmuzaffar
Artis : Pat Candy

Verse
Darah muda menggelegak, hati tidak teragak-agak, hitam pekat melekat
Tak kenal baik dan jahat, bumi nyata tak berpijak
Jadi hamba duniawi

Chorus
Celikkanlah aku yang buta ini
Jeritkanlah aku yang pekak ini

Verse
Detik gerak amat pantas, lupa pada kau yang di atas, pasti ada dibalas
Tak kenal baik dan jahat, bumi nyata tak berpijak
Jadi hamba duniawi

Chorus
Celikkanlah aku yang buta ini
Jeritkanlah aku yang pekak ini
Untuk kenal mana hitam dan mana putih
Sebelum nafasku terhenti

______________________________________________

Jangan Marah (Minggu 1)
Lagu :Hairul
Lirik : sultanmuzaffar
Artis : Zahid

Kuat merajuk…oh! buatku bosan padamu
Menarik muncung di bibir merahmu
Ku jumpa teman lamaku isi masa kosongku
Tak sangka terkantoi oh! di depan bangloku

Sibuk di kafemu buatku tension padamu
Tak pernah kau fikirkan tentang diriku
Ku buat sibuk dating di belakang matamu
Tak sangka terkantoi oh! di depan cafemu

Janganlah marah…oooo…buah hatiku
Hanya kau satu di dalam nafasku
Mahu dipujuk….ku datang padamu
Kerna ku masih mahu bersamamu

Pujuk hatimu…oooo…buah hatiku
Maafkan aku terimalah aku
Bina semula cinta lama kita
Janganlah asyik merajuk denganku

______________________________________________

Hilanglah (Minggu 1)
Lagu : Faan
Lirik : Faan/sultanmuzaffar

Verse
Lama pergi
Mana kau menghilang
Ibu rindu pada dirimu
engkau harta yang tidak ternilai
Ibu rayu pada dirimu

Verse
Maafkanku jika kau tersinggung
Pujuk raju, hati meruntun
Tiada makna terus membencimu
Sudah-sudahlah mari kembali

Bridge
Anakku sayang
Ibumu bimbang

Chorus
Tuhanku payungi dia
Di mana dia berada
Bukakan pintu hatinya
Walau berbatu jauh merajuk pilu
Tiada dayaku mampu
Aku berserah selebihnya


Bridge
Anakku sayang
Ibumu bimbang

Chorus
Tuhanku payungi dia
Di mana dia berada
Bukakan pintu hatinya
Walau berbatu jauh merajuk pilu
Tiada dayaku mampu
Aku berserah selebihnya

Program Realiti "Keynote" Kunci Melodi Lagu

Entri oleh sultanmuzaffar 28 June 2010 View Comments

Jangan ketinggalan menyaksikan program realiti pencarian komposer muda negara yang bakal bersiaran di Astro RIA. Konsert Minggu 1 Keynote akan disiarkan Rabu ini, pukul 10 malam di Astro RIA.

Untuk Minggu 1, dua daripada 12 peserta Keynote akan menghasilkan melodi untuk lirik nukilan saya kerjasama dengan mereka. Saya anggap ia satu pengalaman yang mengujakan kerana dalam tempoh 4 jam, saya perlu menyiapkan dua lirik lagu tersebut pada Khamis lalu. Saya akan kongsi pengalaman saya itu selepas Konsert Minggu 1 disiarkan Rabu ini. Nyatakan pandangan anda juga di sini.












Facebook Banyak Curi Masa Saya

Entri oleh sultanmuzaffar 02 February 2009 1 komen

Secara jujurnya memang saya akui Facebook banyak mencuri masa saya menulis blog. Di Facebook saya lebih terbuka dan senang berkomunikasi dengan pembaca mahu pun teman-teman saya. Saya baru saja pulang dari Kota Kinabalu kerana menghadiri sesi ujibakat Akademi Fantasia 7 di sana. Sama seperti tahun sebelumnya, sesi ujibakat tahun ini agak nyata perbezaannya.

Setiap peserta ujibakat perlu melalui 4 peringkat ujibakat. Di peringkat pertama sekadar menyanyi di hadapan dua orang juri tanpa iringan muzik. Dalam peringkat ini mereka dinilai sama ada mempunyai suara atau pun sekadar main-main. Jika berjaya mereka akan ke peringkat kedua yang mana lebih sukar kerana perlu berhadapan dengan juri profesional yang terdiri daripada penyanyi atau pun komposer. Peringkat ini peserta diuji sama ada vokalnya baik atau pun tidak. Ada keunikan atau pun sama seperti penyanyi-penyanyi yang pernah dilahirkan dulu. Jika berjaya mereka akan ke peringkat ketiga yang akan dinilai oleh komposer, wakil penerbit dan pelakon. Di sinilah perwatakan peserta diuji. Segala rahsia cuba dikorek untuk melihat sejauh mana peserta mahu menyertai pertandingan realiti itu. Kebolehan menari juga diuji dalam peringkat ini. Selain lagu pilihan, peserta juga akan diminta untuk menyanyikan beberapa lagu lain untuk menilai versatiliti peserta. Jika berjaya, barulah peserta bergerak ke Bilik Kebal Peringkat Empat. Di sinilah peserta ujibakat mencurahkan segala keinginan, harapan dan isi hati mereka dalam Akademi Fantasia.

Di peringkat tersebut jugalah beberapa rahsia peserta dicungkil untuk digunakan sebagai kejutan sekiranya mereka terpilih sebagai pelajar Akademi Fantasia kelak. Jika anda masih ingat kepada Mas dalam Akademi Fantsia 2, di peringkat inilah dia memberitahu yang dia sudah mempunyai anak. Selain Mas, ada beberapa pelajar lagi telah mendedahkan rahsia mereka di sini yang tidak wajar untuk saya tulis di sini.

Jadi apa bezanya Akademi Fantasia musim ini dengan musim terdahulu. Penyertaan peserta dari Singapura boleh dianggap sebagai perbezaan musim ini. Strategi memperluaskan jenama Akademi Fantasia ke Singapura boleh dianggap sebagai meluaskan pasaran muzik tempatan. Jika berjaya, jenama Akademi Fantasia boleh menjadi satu trademark untuk muzik Asia atau pun ASEAN. Jenama itu masih kekal di Malaysia selama 7 musim dan potensi untuk ia diteruskan di masa-masa akan datang pastinya ditunggu-tunggu oleh peminat program realiti itu.

Sebenci-bencinya peminat/pembenci dengan Akademi Fantasia, seboleh-bolehnya jugalah mereka akan menjadi penonton untuk program itu. Biar pun menonton untuk mengutuk dan mengeji, mereka pasti menonton.


Lagu Pembukaan

Baru-baru ini saya ada menonton sebuah filem bertajuk Slumdog Millionaire yang kini sedang hangat diperkatakan di Hollywood mahu pun di seluruh dunia. Filem itu menerima sepuluh pencalonan di Anugerah Akademi ke 81. Sebelum ini ia memenangi Filem Terbaik di Anugerah Golden Globes dan Ensemble Lakonan Terbaik di Anugerah Screen Actors Guild. Semalam, pengarahnya Danny Boyle diiktiraf di Anugerah Directors Guild.

Filem itu pada mulanya dibeli hak penayangan oleh Warner Independent Picture dengan harga USD5 juta tetapi syarikat itu tidak yakin dengan filem itu dari aspek komersial. Lebih malang apabila Warner Independent Picture ditutup pada bulan Mei 2008 dan mencadangkan Slumdog Millionaire dipasarkan dalam bentuk DVD. Mujurlah Fox Searchlight Picture sanggup berkongsi dengan WIP dan seterusnya filem itu dapat ditayangkan kepada umum.

Filem itu pertama kali ditayangkan di Festival Filem Telluride pada 30 Ogos tahun lalu dan menerima respon positif daripada penonton sekaligus menjadi buah mulut masyarakat perfileman di Hollywood. Selepas ditayangkan di Festival Filem Antarabangsa Toronto pada bulan September, filem itu menjadi semakin popular sekaligus menang Anugerah Pilihan Penonton.

Sehingga kini, filem itu telah mengutip lebih USD57 juta dalam kutipan tiket di Amerika Syarikat dan lebih USD86 juta di seluruh dunia. Filem itu kini sedang ditayangkan di India. Filem itu juga telah ditayangkan di United Kingdom, lebih-lebih lagi pengarahnya berasal dari sana. Selepas memenangi empat Anugerah Golden Globes, jualan tiket melonjak naik.

Kesan kemenangan dan polemik luar biasa yang diperolehi filem ini sangat hebat. Ada yang menyukainya tidak kurang yang tidak menyukainya. Mereka tidak sekadar bercakap mengenai jalan cerita mahu pun arahannya tetapi turut menyentuh isu-isu sensitiviti yang berlaku di India. Pelakon kanak-kanak yang berlakon dalam filem itu ada di antaranya yang berasal dari kawasan daif di India yang menjadi latar jalan cerita filem itu. Nasib kanak-kanak itu turut diberikan perhatian oleh penonton filem itu lebih-lebih lagi apa yang akan berlaku kepada mereka setelah berlakon dalam filem tersebut.

Seperti yang pernah berlaku dalam filem The Kite Runner, pelakon kanak-kanak filem itu dibawa berhijrah ke negara lain selain diberikan dana pendidikan untuk meneruskan pengajian mereka sehingga berusia 18 tahun. Perkara yang sama berlaku kepada pelakon kanak-kanak filem Slumdog, cuma mereka diberikan dana pendidikan sehingga 18 tahun. Walaupun filem itu mendapat tempias populariti di karpet merah, mereka tidak didedahkan dengan glamor tersebut semata-mata agar mereka memberikan tumpuan kepada pelajaran mereka.

Filem itu adalah pilihan yang terbaik untuk kita menghargai hidup. Filem itu sempurna dari aspek penceritaan, arahan, muzik, lakonan dan sinematografi. Sangat hebat. Sekiranya anda masih belum menonton Slumdog Millionaire, anda patut menontonnya kerana saya telah menonton filem itu sebanyak 6 kali tanpa rasa jemu.

Lagu Penutup

Sehati Berdansa Musim 2

Entri oleh sultanmuzaffar 14 October 2008 6 komen


Sepuluh pasangan Sehati Berdansa Musim 2 telah pun diumumkan secara tidak sengaja oleh laman web rasmi program realiti tersebut.

Antara selebriti yang terpilih ialah :
1. Mazin & Anisa
2. Shahril Arsat & Noraini Morat
3. Ashed & Shima
4. Shasha & Salyo
5. Lisdawati & Fauzi Nawawi
6. Jamal & Faridah
7. Amyza Adnan & Izhar
8. Shahrin & Sabrina Ali
9. Ani Mayuni & Zairi
10. Khai & Rosma

Hos rancangan tersebut masih mengekalkan Linda Onn & Fahrin Ahmad.

Selain dinilai keserasian peserta program tersebut, keserasian pengacara rancangan tersebut juga bakal dinilai oleh penonton. Jangan ketinggalan untuk menyaksikan Sehati Berdansa Musim 2.