Undilah

SULTANMUZAFFAR (26 Februari 2002 - sekarang)

Seorang blogger, pelayar internet, penyelam scuba dan penagih tegar televisyen dan Wii. Melihat seluruh dunia di laman blog menerusi kamera DSLR dan kacamata tebalnya (kadang-kadang kanta lekap).

Mengkritik tidak bererti menentang, menyetujui tidak semestinya menyokong, menegur tidak bermakna membenci, dan berbeza pendapat adalah kawan berfikir yang baik.
Showing posts with label roslan aziz. Show all posts
Showing posts with label roslan aziz. Show all posts

Kerana Karina (Exclusive Drama Webisode)

Entri oleh sultanmuzaffar 01 November 2007 0 komen

Image Hosted by ImageShack.us

Terbaru Gua mencipta sejarah apabila buat pertama kalinya dalam dunia penyiaran Malaysia sebuah drama bersiri telah diterbitkan khas untuk siaran Internet. Kalau selama hari ini penonton hanya berpeluang untuk menonton drama di televisyen, sebaliknya perkembangan teknologi telah merapatkan jurang tersebut. Penonton kini mempunyai banyak pilihan dan salah satunya adalah melalui capaian Internet.

Drama Kerana Karina dibintangi oleh bintang Akademi Fantasia, Marsha Londoh sebagai Karina. Karina merupakan seorang penyanyi dan watak utama dalam drama ini. Sudah pasti peminat Mawi yang masih mengharapkan Marsha merupakan pilihan hati Mawi akan menontonnya. Banyak tu !

Sebagai memenuhi kepuasan pengguna Internet, pastinya barisan pelakon yang terpilih adalah dari kalangan mereka yang mampu untuk menarik perhatian pelayar Internet yang rata-ratanya adalah dari golongan muda. Oleh itu pemilihan pelakon haruslah yang layak untuk menjadi halwa mata golongan muda. Pastinya kemunculan Sazzy Falak, Zizan Nin, Elaine Daly, Chelsia Ng, Alan Yun mampu untuk memberikan kesan yang luar biasa.

Sazzy bakal membawakan watak sebagai Sherina iaitu sepupu kepada Karina merangkap pengurus Karina sendiri. Zizan pula akan membawakan watak seorang jejaka tampan bernama Imran yang bertugas sebagai penerbit. Pastinya ada watak yang biasa kita tonton dalam drama Melayu, Zally Hussin bakal membawakan watak sebagai anak orang kaya, Huzir yang jatuh cinta pada Karina.

Pastinya kemunculan Bell Ngasri sebagai Boy yang merupakan pendandan Karina ditunggu-tunggu khalayak. Penampilannya yang agak lembut pasti mewujudkan elemen komedi dalam drama ini. Kemampuan Roslan Aziz sebagai Juri Tetap telah pun dibuktikan, kini masanya untuk keluar dari landasan muzik dan memegang watak sebagai Datuk Zainal, pemilih syarikat rakaman.

Sazzy Falak & Zizan Nin telah membuktikannya melalui siri Gol & Gincu dan Realiti. Siapa pula yang tidak kenal dengan tiga model catwalk yang popular di Malaysia dan pernah juga membintangi filem Gubra. Pasti pengaruh mereka dalam siri-siri atau filem sebelum ini boleh memberikan nilai tambah kepada Kerana Kirana.

Sesuatu yang paling menarik apabila juri tetap Malaysian Idol, Roslan Aziz akan turut membuat kemunculan sulung melalui drama ini. Nah ! Inilah peluang yang telah dibuka untuk anda mengkritik pula bukan nyanyian tetapi lakonan Abang Roslan.

Trend lagu tema dalam sebuah drama bersiri sudah mula berkembang di Malaysia. Lagu tema menjadi pengikat kepada penonton untuk terus mengikuti drama tersebut selain daripada mesej lagu tersebut yang kena dengan jalan ceritanya. Tidak ketinggalan, apabila sebuah lagu dicipta khas untuk Kerana Karina. Lagu Yang Mana telah dicipta oleh Azmeer dan liriknya nukilan M.Zulkifli.

Yang Mana membawa penonton untuk menyelami perasaan Karina (Marsha) yang masih mencari jawapan siapa yang harus dijadikan pilihannya. Setiap cabaran yang dihadapi oleh Karina perlu ditempuhi. Lebih parah apabila insan yang pernah bertakhta di hatinya kembali menagih cintanya. Karina buntu. Apakah jenis cinta yang dicarinya ? Kembali mengimbas kenangan lalu, pada yang pernah berjanji dan pada yang pernah melukakannya. Kata putus perlu dicapai oleh Karina, yang mana harus menjadi sekadar teman, yang mana pula yang harus dicintai.

Tajuk : Yang Mana
Artis: Marsha Londoh

Verse:
Dilema yang melanda
Tiba tanpa ku sangka
Kini buntu ku rasa

Yang lalu muncul kembali
Mengganggu oh emosi
Memaksaku untuk memilih

Walaupun nampak mudah
Tertera di depan mata
Kata hati yang ku dengar

Pelbagai persoalan
Disulam keraguan
Cinta apa yang kucari?

Bukan hati tak pernah diluka
dirinya, tak ku lupa

Yang satu lagi pula berjanji
Kan bahagia, selamanya

Chorus:
Yang mana satu harus jadi kawan, teman
Yang mana satu harus ku cinta

Verse:
Yang lalu muncul kembali
Mengganggu oh emosi
Memaksaku untuk memilih

Dilema ku mendalam
Mencari keputusan
Yang tak kukesal kemudian

Kupertimbangkan semua
Yang berulang ku tanya
Perlukah peluang kedua?

Bukan hati tak pernah diluka
dirinya, tak ku lupa

Yang satu lagi pula berjanji
Kan bahagia, selamanya

Chorus:
Yang mana satu harus jadi kawan, teman
Yang mana satu harus ku cinta

Lagu: Azmeer
Lirik: M.Zulkifli

Jika ada perubahan yang akan saya lakukan kepada lirik lagu ini hanya pada satu perkataan yang terdapat kesilapan ejaan iaitu Menggangu kepada Mengganggu (rangkap 2, baris 2). Perubahan kedua adalah pada rangkap 5, baris 1 iaitu perkataan diluka yang mana dilukai lebih sesuai. Agar ritma lagu ini menjadi lebih bermakna, perkataan terluka juga boleh digunakan.

Kerana Karina telah diarahkan oleh Aidilfitri Mohamed Yunos, seorang bakat baru yang pernah bekerja di belakang tabir sebagai Pengarah Kreatif dan Pereka Poster untuk filem Rock.

Drama Kerana Karina akan mula menemui pelayar Internet pada 29 Oktober ini setiap Isnin, Rabu & Jumaat di www.gua.com.my.

Entri oleh sultanmuzaffar 30 June 2007 0 komen

Siapa Anak Gemilang Malaysia Di Mata Anda ?

Image Hosted by ImageShack.us

Di mata sebilangan besar rakyat Malaysia, mereka meletakkan Siti Nurhaliza dan Mawi sebagai Anak Gemilang Malaysia. Di mata sebilangan lagi rakyat Malaysia, mereka meletakkan Mokhtar Dahari sebagai Anak Gemilang Malaysia. Siapa Anak Gemilang Malaysia di mata anda ? Keputusan terkini internet menunjukkan Tun Abdul Razak Hussein mendahului dengan hampir 40% sebulat suara memikirkan beliau layak dengan gelaran tersebut. lebih-lebih lagi dengan publisiti yang amat meluas terhadap keluarganya sejak akhir-akhir ini, tidak mustahil Bapa Pembangunan Malaysia ini mendahului dengan jarak yang agak jauh.

Satu perkembangan yang menarik apabila Dr. Hamzah Dolmat turut sama dalam senarai teratas. Begitu juga dengan Tan Sri Mohd Asri Haji Muda. Siapa mereka ini ? Seorang pemain biola yang terkenal di Malaysia dan seorang lagi merupakan bekas Presiden PAS.

Keputusan Terkini Internet
1. Tun Abdul Razak Hussein: 37%
2. Tan Sri P. Ramlee: 13%
3. Dr. Hamzah Dolmat: 7%
4. Dato' Onn Jaafar: 7%
5. Sudirman Haji Arshad: 6%
6. Tun Hussein Onn: 3%
7. Aminuddin Baki: 3%
8. Datin Seri Endon Mahmood: 2%
9. Tan Sri Mohd Asri Haji Muda: 2%
10. Mokhtar Dahari: 2%

Tun Dr. Ismail pernah berkata, "Jangan sapu ke bawah permaidani". Peribahasa ini timbul berikutan permasalahan ekonomi orang Melayu yang sangat daif tetapi cuba ditutup begitu sahaja, sehingga akhirnya tercetus Peristiwa 13 Mei.

Aminuddin Baki pula lebih dikenali dalam bidang pendidikan dan turut dikenali sebagai Bapa Pendidikan Malaysia. Manakala Dr. Burhanuddin Al-Helmy pula menyatukan pemikiran dari pelbagai aliran Islamik dan nasionalis dengan hasrat untuk memperkenalkan satu pemahaman nasionalis yang luas dan universal. Beliau bermula dengan kepimpinan PAS.

Zaaba atau lebih dikenali sebagai Pendeta Zaaba terkenal dalam bidang penulisan. Tun Mohamed Suffian Hashim jaguh dalam bidang kehakiman dan dikenali sebagai seorang hakim yang bijaksana. Keadilan beliau dalam membuat keputusan amat dikenali.

Siapa HR Storey ? Memang ramai yang kurang mengenali beliau. HR Storey merupakan seorang insan kurang upaya yang menjadi penggiat utama sukan orang kurang upaya (OKU) dan menjadi nadi kepada sukan bina badan negara pada era 70-an sehingga 80-an. HR Storey dilahirkan di Great Britain tetapi mendapat kerakyatan Malaysia.

Seorang lagi orang putih yang tersenarai ialah Tan Sri Hutson atau nama sebenarnya V.M Hutson merupakan tokoh pencinta haiwan yang menjadi tulang belakang di atas penubuhan Zoo Negara pada tahun 1963 dan seterusnya berusaha keras dalam membangunkan Zoo Negara. Kenal ? Kenal Datuk Ismail Hutson, pelakon drama handalan suatu ketika dahulu. V.M.Hutson ialah bapa angkatnya dan kini beliau meneruskan khidmat beliau sebagai Pengerusi Zoo Negara Malaysia.

Tan Sri Dr. Tan Chee Khoon bukan calang-calang tokoh di Malaysia. Walaupun mewakili parti pembangkang, kehebatan beliau turut digeruni oleh pihak Kerajaan sehingga pihak Kerajaan melabelkan beliau sebagai seorang pembangkang yang berilmu dan berhemah.

Saya terpanggil untuk berkongsi dengan anda tentang Anak Gemilang Malaysia. Ramai juga yang bertanya perkara yang sama di laman web rasmi Anak Gemilang Malaysia. Persoalan utama yang berlegar-legar di kepala mereka tentunya sebab kenapa tiadanya nama Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj dan Tun Dr.Mahathir Mohamed. Ada dua sebab berbeza kenapa nama-nama agung tersebut tidak disenaraikan. Pertamanya tokoh-tokoh Anak Gemilang Malaysia adalah dari tokoh-tokoh yang telah meninggal dunia. Oleh yang demikian secara automatik Tun Dr. Mahathir tidak disenaraikan. Beliau masih mencurahkan jasa-jasanya kepada Malaysia tanpa henti walaupun setelah meletakkan jawatannya sebagai Perdana Menteri Malaysia. Keduanya, Almarhum Tunku Abdul Rahman merupakan Bapa Kemerdekaan Malaysia. Nama beliau akan sentiasa tersemat di hati rakyat Malaysia sebagai anak emas Malaysia. Jasanya tiada tolok bandingnya.

Anda telah buat pilihan ? Ada banyak cara untuk anda buat pilihan. Siapa saja boleh buat pilihan menggunakan pelbagai kaedah yang disediakan. Anda boleh membuat pilihan di laman web rasmi dan pilihlah seberapa kali pun yang anda suka. Siapa yang ada duit lebih kalau nak guna SMS pun boleh, tapi dah alang-alang boleh guna internet free apa salah guna internet saja.

YouTube Memudahkan Kerja
Kini saya sudah ada saluran sendiri di YouTube. Saya kena buat dua saluran. Satu untuk diri sendiri, satu lagi untuk Astro Malay Programming. Mudah kerja. Segala video berkenaan program Astro RIA atau pun Astro PRIMA yang ada di situ cuba disatukan dan kemudian disebarkan ke serata alam.

Teknologi sekarang benar-benar memudahkan. Saya yang sepatutnya convert dan encode video-video tersebut dan kemudian sebarkan video-video tersebut. Tetapi dengan adanya teknologi YouTube, penonton boleh melakukannya sendiri dan kemudian saya gunakan untuk memberikan nilai tambah kepada video-video tersebut. Kerja keras perlu untuk program-program yang kurang popular. Program seperti Akademi Fantasia sudah terlalu popular dan video-video yang ada terlalu banyak.

Jika anda ada terlihat mana-mana saluran yang mempunyai banyak video berkaitan Astro Malay Programming bolehlah beritahu URLnya untuk saya linkkan saluran tersebut.

Image Hosted by ImageShack.us

Image Hosted by ImageShack.us

Astro Malay Programming youtube :
http://www.youtube.com/astromalayprogramme

Kalau betul mahu gunakan YouTube, gunakan untuk tujuan-tujuan yang baik. Hari ini dalam Metro Ahad terpampang screencapture empat video dari lambakan klip video adegan seks pelajar sekolah menengah yang masih lengkap berpakaian seragam sekolah yang telah dirakamkan menggunakan kamera telefon bimbit. Dari sebarkan klip video budak-budak sekolah ini, baik sebarkan klip video program-program Astro. hahaha.

Tom Tom Bak bersama Uncle Aznil

Kalau anda tidak mengetahui tentang program baru kelolaan Aznil Hj. Nawawi ini anda telah kerugian dua episod yang menghiburkan. Dalam Episod 1, Pak Joko memang lawak giler. Tom Tom Bak ada Hadziq, kanak-kanak cilik yang keletah ya amat ! Budak kecil itu memang berbakat besar dalam bidang pengacaraan. Senang cakap memang Hadziq bakal menggantikan Aznil satu hari nanti jika diberikan didikan yang betul dan peluang yang secukupnya. Memang puas hati dapat tengok keletah Hadziq. Dia memang pandai menceriakan suasana. Tidak kering gusi dibuatnya. Kanak-kanak yang lain nampak tidak mahu kalah dengan Hadziq dan itu menjadikan program ini lebih menarik. Dalam Episod 2 tengahari tadi ada seorang jurulatih senamrobik. Tak berapa kelakar sangat tapi bijak budaknya. Budak-budak yang terpilih untuk program ini sememangnya seorang yang bijak. Mereka kena tahu isu-isu semasa. Pak Joko bercakap tentang pekerja warga asing dan episod tadi seorang kanak-kanak bercerita tentang isu senamrobik. Best !

Image Hosted by ImageShack.us

Komen Roslan Aziz mengenai Zainal Abidin dan IKON Malaysia
"Kalau Zainal hina mereka, dia juga hina saya", komen Roslan Aziz dalam BiPop hari ini.

"Zainal mendakwa rancangan ini tak boleh dipanggil IKON Malaysia. Dia faham ke pemasaran dalam hiburan TV? Dia sendiri pernah buat Mentor, dia ada pengalaman, takkan dia tak tahu apa itu mentor, protege, betul ke ada mentor, protege?", jelas Roslan lagi.

"Memang saya terasa dengan komen Zainal. Apa yang Zainal cakap tu adalah anak-anak buah saya. Jaclyn Victor, Dina adalah anak buah saya. Begitu juga dengan Mawi, Farah dan Adam yang juga saya dah anggap seperti anak buah, seperti adik. Sekiranya mereka dihina adalah seperti menghina saya juga.", luah Roslan.

"Zainal perlu sedar, dia juga pernah bekerja dengan saya, dibimbing dan melalui proses yang sama seperti mereka. Budak-budak ini apabila menyertai IKON Malaysia, dia orang tak pernah terfikir pun, apa itu ikon. Adakah budak-budak ini kalau menang, mereka tak layak jadi ikon?", ujar Roslan.

Komen anda ?

Aspirasi: Jangan salah guna bahasa lepas geram dalam blog
Oleh Ramli MS

“ASSALAMUALAIKUM. Perantaraan internet, teknologi maklumat (IT) dan bahasa IT, memang digalakkan untuk kemajuan masa depan.

Kadang-kadang saya masuk juga ke laman blog di Malaysia. Ramai orang persendirian menulis di laman berkenaan.

Blog berkenaan lazimnya ditulis untuk mengetahui pemikiran yang berlainan bagi seseorang itu.

Ia bagus untuk kita mengetahui pandangan orang lain terhadap sesuatu topik, tidak kiralah hiburan, ekonomi, politik, sains dan sebagainya.

Ada yang menulis di laman itu secara berterus terang, berat sebelah pun ada, kelakar, sinis dan sebagainya. Di sini saya bukannya untuk memberi nasihat tetapi sekadar memberi pandangan mengenai segelintir orang yang menggunakan ayat terlalu ekstrem, keterlaluan, kasar dan cacian sehingga seseorang itu digelar kepada sesuatu yang kurang enak didengar pada laman itu.

Kalau anda hendak menggunakan ayat terlalu ekstrem, anda perlu ada akses untuk masuk ke sesuatu laman blog itu, bukannya untuk tatapan umum. Saya kurang setuju dengan kebebasan yang diberi untuk membuat blog sendiri sehingga blog itu disalahgunakan sebagai tempat melepaskan geram!

Bagi saya, anda boleh melepaskan geram, meluahkan perasaan, sekalipun mengutuk, tetapi janganlah menggunakan ayat yang terlalu rendah kedudukannya sehingga kurang enak dibaca. Orang yang membaca, menokok tambah isi kandungan blog, satu hal juga. Mereka umpama lalang. Gunalah bahasa berkias.

Jangan menggunakan ayat yang keterlaluan. Penggunaan perkataan yang sinis, kadang-kadang kita terhibur apabila membacanya.

Perkataan yang begitu sinis dan lucu mampu membuatkan saya ketawa sendirian. Tidak salah mengutuk dalam keadaan yang sinis tetapi jangan mencaci dalam keadaan nyata. Kita semua makhluk Tuhan. Buruk baik, miskin kaya dan sebagainya, kita adalah manusia, sama saja.

Tidak baik menyentuh sesuatu yang bersifat peribadi dan boleh menjatuhkan maruah orang lain.

Anda boleh melihat dan membaca macam-macam benda terutama gosip dalam laman web. Penyamar pun memang banyak. Saya berani cakap, ada wartawan, artis dan karyawan seni lain di situ yang menyamar. Cuma kita tak tahu siapa. Gelaran pun macam-macam nama! Ikon dia orang pun macam-macam rupa. Bagi saya, laman itu adalah satu tempat melepak.

Kadang-kadang, berita di luar belum disebar, tetapi di dalam blog, sudah tersebar dengan luas. Saya boleh bayangkan, mereka yang di sebalik blog berkenaan adalah orang di dalam industri sendiri.

Saya percaya, maklumat itu biasanya datang daripada empunya diri. Mungkin yang menulis di blog berkenaan adalah artis itu sendiri atau orang yang paling hampir dengan artis itu atau mungkin juga wartawan. Kalau tidak, bagaimana orang luar tahu sesuatu cerita berkenaan?

Jadi, siapa-siapa pun boleh menulis pada blog berkenaan. Apa saja mereka tahu mengenai industri hiburan, mereka boleh sentuh, tiada sekatan. Bagi saya, itu hak anda, cuma tolong jangan menggunakan bahasa terlalu ekstrem atau kasar.

Laman blog ini, bagi saya secara peribadi, ia memang ada pro dan kontra. Jadi, dalam bab blog, ia hak masing-masing. Saya yakin yang membaca lebih ramai daripada yang hendak menulis. Ia umpama satu kejadian kemalangan kereta - ramai suka berhenti di tepi jalan hendak untuk melihat lebih dekat apa yang berlaku.

Saya tidak kata, laman blog hiburan ini perlu dihenti atau diteruskan.

Terus terang saya katakan, saya terhibur setiap kali saya membaca cerita yang terkandung dalam blog berkenaan terutama yang begitu sinis dan lucu. Benar atau tidak cerita berkenaan, itu isu lain. Sama halnya apabila anda membaca gosip di laman akhbar.

Andai akhbar atau blog tidak ada cerita panas, orang tak akan berminat hendak membaca.

Kebanyakan orang tidak mahu baca, bank ini untung, atau saham itu naik dan jatuh. Tapi, kalau cerita artis bercerai, tarik rambut, baling kasut, itu yang orang nak tahu!

Namun, saya tidak menggalakkan penulis blog menulis cerita ke arah gosip murahan. Anda buatlah apa saja, namun biarlah berpada-pada. Jangan menggunakan

ayat terlalu ekstrem. Bagi saya, apabila anda menulis di blog, saya rasa anda hendak berhibur.

Kalau anda membuat cerita yang keterlaluan untuk memberitahu keburukan orang lain, ia sebenarnya menunjukkan betapa buruknya diri anda itu. Justeru, berpada-pada dalam setiap apa yang anda tulis pada blog berkenaan. Sehingga di sini saja minggu ini, mudahmudahan kita bertemu lagi minggu hadapan, wassalam.”

Apa komen anda ?