Program yang dihoskan oleh penyampai Radio
Linda Onn serta pelakon terkenal
Fahrin Ahmad dan
Awal Ashaari; akan memperlihatkan kesemua pasangan bertanding di hadapan penonton setiap minggu. Persembahan mereka akan diadili dengan
sistem pemarkahan 50% juri dan 50% undian penonton.
Tiga orang juri (dua orang Juri tetap dan seorang Juri undangan) akan memberikan markah berdasarkan kriteria-kritea dan teknikaliti persembahan, dan kuasa penonton adalah melalui
Sistem Pesanan Ringkas (SMS) dan talian tetap. Pasangan yang mendapat
markah paling rendah setiap minggu, akan disingkirkan.
Dua orang Juri Tetap telah dilantik untuk memberi pandangan dan menilai persembahan, seterusnya menentukan nasib pasangan-pasangan ini.
Linda Jasmine dan Fathee Abdullah (EE), nama-nama yang memang tidak asing lagi dalam bidang seni tarian telah diberikan kepercayaan untuk memegang mandat ini.
Sehati Berdansa bukan sahaja menghiburkan malahan turut mendidik dan menyampaikan unsur-unsur positif. Paparan realiti kecekalan setiap pasangan untuk berusaha memberikan yang terbaik di atas nama kebajikan, akan menyentuh perasaaan penonton dan boleh dijadikan tauladan kepada generasi muda. Untuk pengetahuan semua, wang tunai yang terkumpul pada setiap minggu akan dihulurkan ke badan-badan kebajikan yang terpilih. Matlamat utama adalah menari untuk kebajikan. Hadiah bukan perkara utama, sebaliknya berusaha gigih untuk memastikan jumlah derma yang diberikan kepada pusat kebajikan dapat ditingkatkan.
Antara rumah kebajikan yang terlibat adalah
Pusat Kebangsaan Yayasan Sindrom Down Kiwanis (KDSF),
Majlis AIDS Malaysia (MAC),
Persatuan Bagi Orang Buta Malaysia (MAB),
Persekutuan Sukan Orang Pekak Malaysia (MSFD),
Persatuan Disleksia Wilayah Persekutuan,
Pertubuhan Kebajikan Orang-orang Kerdil,
Yayasan Buah Pinggang Kebangsaan Malaysia dan
Persatuan Kebangsaan Kanser Malaysia.
Melalui saluran rasminya,
Astro RIA (Saluran 104) – para penonton dapat mengikuti rutin latihan para peserta dan paparan realiti kecekalan mereka mengharungi setiap cabaran melalui
Detik Sehati Berdansa – program 5 minit, bermula
5 November,
setiap Isnin hingga Khamis, 9.00 malam. Sesi latihan mereka setiap minggu akan diimbas kembali di dalam program
Di Sebalik Sehati Berdansa, mulai
9 November,
setiap Jumaat, 9.00 malam.
Jangan ketinggalan untuk menyaksikan mereka bertanding di dalam program
Malam Sehati Berdansa, mulai
10 November,
setiap Sabtu 9.00 malam dan mengetahui keputusan pertandingan di dalam program
Debaran Sehati Berdansa yang dibawakan secara langsung mulai
11 November,
setiap Ahad 9.00 malam.
Para penonton juga boleh mendapatkan informasi mengenai Sehati Berdansa dengan melayari
laman web rasmi di
www.astro.com.my/sehatiberdansa dan dengan menekan
butang ”R” yang terdapat di alat kawalan jauh Astro.
Selain Astro, ERA sebagai Radio Rasmi akan memainkan peranan dalam mempromosikan program Sehati Berdansa. Selain temubual mingguan eksklusif bersama juri, hos dan para peserta; ERA akan mengadakan liputan lintas langsung dari lokasi konsert, dan mewawancara pasangan yang tersingkir di mana visual mereka boleh ditonton menerusi laman web Sehati Berdansa dan ERA.
Wawancara eksklusif bersama pasangan yang tersingkir akan turut dibuat dalam paparan khas di Gala TV di Astro Awani (Saluran 123).