Rakaman Spontan Pelangi di Damansara
Ini bukan kali pertama saya melihat pelangi. Apabila melihat pelangi, tindakan yang pertama saya lakukan ialah menudingkan jari ke arah pelangi. Sekali ! Saya melihat jari itu kembali. Tak kudung pun ? Kali Kedua ! Saya melihat jari itu lagi. Masih tidak kudung ! Kali Ketiga ! Masih tidak kudung ! Hasilnya, saya ambil kamera digital saya, dan rakam gambar pelangi. Saya tekan punat kamera dengan jari yang saya gunakan untuk menuding ke arah pelangi itu tadi. Ada gambar yang terhasil, maknanya jari saya masih tidak kudung.
Amaran oleh Kerajaan Malaysia: Mengambil gambar sambil memandu, membahayakan kesihatan !
Projek Suitcase 2003
Saya berkesempatan untuk menonton teater monolog yang dipersembahkan sempena Projek Suitcase 2003. Karya-karya oleh penulis-penulis drama di kalangan generasi muda dari Malaysia dan Singapura seperti Faisal Tehrani, Nam Ron, Alfian Sa'at dan Aidli 'Alin' Mosbit dipersembahkan dalam bentuk persembahan monolog.
matderihkolaperlih
matderihkolaperlih hebat di pentas. Pelakon kelahiran Perlis ini bersahaja apabila melontarkan dialognya. Dialek yang digunakan mungkin sudah biasa beliau gunakan. Monolog ini diarahkan, dilakonkan dan ditulis oleh Nam Ron. Nam Ron menjadi dirinya sendiri dalam monolog ini. Begitu bersahaja tetapi lakonannya berjaya dikawal dengan baik. Penonton seolah-olah terkunci untuk menontonnya dari awal hingga akhir. Transformasi pelbagai watak juga mampu direalisasikan oleh beliau dengan cemerlang. Saat di kala beliau membuka dompet lelaki yang baru sahaja dibunuh olehnya, penonton diam. Seakan-akan dibawa bersama perasaan kecewa, sedih hasil dari lakonannya itu. Nam Ron berjaya memancing penonton dengan lakonannya dan saya pasti penonton termakan umpan lakonannya yang hebat. Satu yang agak menarik ialah penglibatan penonton yang tanpa segan silu memberikan kerjasama yang baik di dalam monolognya itu. Penonton berinteraksi dengan beliau seperti profesional. Penggunaan teknik bayang memberikan satu kelainan dalam pengarahan teater. Sebenarnya, jika diberi sedikit kelonggaran, teater mampu menjadi medium untuk penggiat teater yang “outspoken” untuk berkarya kerana apa yang dipersembahkan adalah secara langsung tanpa ada sekatan guntingan penapisan.
La Libre Latifa (Latifa yang Bebas)
La Libre Latifa berkisar tentang seorang wanita yang ingin berkahwin dengan lelaki dari India tetapi mendapat tentangan keluarganya. Lakonan Molizah Mohd Mohter sebagai Latifa amat cemerlang. Beliau beraksi dengan penuh bertenaga lalu berjaya menjiwai wataknya dengan baik. Tenaga yang disalurkan kepada watak Latifa sungguh diluar dugaan. Transformasi wataknya dengan beberapa watak lain yang harus dibawa oleh beliau berjaya dijanakan dengan lancar. Hingga saya merasakan watak tersebut dibawa oleh pelakon yang berlainan. Cerita yang dipersembahkan juga merupakan sebuah cerita masyarakat. Kisah yang biasa tetapi mesej yang ingin disampaikan berjaya mendapatkan audiennya. Kelebihan La Libre Latifa yang saya kira amat menarik ialah penggunaan teknik multimedia di dalam persembahannya. Layar video sebenarnya mampu memberi pemahaman yang lebih baik kepada penonton. Kekuatan monolog ini tentunya terletak pada arahan dan lakonan pelakonnya yang cemerlang. Kita patut membuat keputusan yang akhirnya menggembirakan diri kita dan bukannya untuk memuaskan hati orang lain.
Minah & Monyet
Minah & Monyet disogok dengan terlalu banyak sub-plot sehingga cerita utama monolog ini tenggelam. Dinilai dari aspek lakonan, saya kira Elnie Shumastri telah berjaya membawakan wataknya dengan cemerlang mengambilkira beliau hanyalah understudy. Tiga hari untuk menghafal monolog-monolog panjang amat mengkagumkan dan saya harus tabik kepada beliau. Sekali lagi transformasi pelbagai watak berjaya dilakukan dengan baik.
Monsopiad & Lain-Lain Cerita
Kata Nizam Zakaria, Monsopiad & Lain-lain Cerita adalah sebuah karya yang kabur (cukup kabur sehingga rakan penonton di sebelah saya tertidur buat beberapa ketika). Harap maaf, sayalah yang tertidur itu. Karya berbahasa asing (Dusun) ini jika sarikatanya tidak ditapis sudah pasti saya akan menontonnya dari awal hingga akhir. Ulasan saya cukup setakat ini sahaja.
Komen keseluruhan
Kesan tatacahaya yang digunakan adalah secara minima sesuai dengan konsep monolog yang dipersembahkan. Paling penting dalam monolog ialah lakonannya. Kedua adalah ceritanya dan yang akhir ialah tekniknya. Tanpa kekuatan teknik, persembahan monolog masih boleh dipersembahkan, tetapi tanpa kekuatan cerita, persembahan monolog boleh gagal. Penggunaan multimedia serta sarikata yang terpancar di dinding Stor Teater sedikit sebanyak memberikan lebih pemahaman kepada naratif cerita yang dipertontonkan. Secara keseluruhan saya harus puji penerbit Projek Suitcase 2003 yang telah berjaya memperkenalkan kepada saya generasi penggiat teater Singapura. Sebelum ini saya hanya sekadar mendengar nama dan tidak pernah berpeluang untuk menonton persembahan mereka. Karya-karya penggiat generasi muda teater perlu diperluaskan lagi agar raungan suara anak-anak muda teater kelompok ini didengar oleh khalayaknya.
Rating
matderihkolaperlih: A
La Libre Latifa (Latifa yang Bebas): A-
Minah & Monyet: B-
Monsopiad & Lain-Lain Cerita: tiada
Akademi Fantasia Zoo Negara
yahoogroup imbasan akademi fantasia
14 Disember 2003
Setelah hampir empat bulan berlalu, rupanya demam Akademi Fantasia masih belum kebah lagi. Kerana Akademi Fantasia, saya menjejakkan kaki ke Zoo Negara buat kali kedua mungkin. Saya sendiri tidak ingat bila kali terakhir saya melawat Zoo Negara.
Saya mengatur temujanji bersama beberapa orang teman untuk sama-sama ke Zoo Negara. Saya tiba sekitar jam 1.30 petang. Keadaan di Tempat Pertunjukan Singa Laut masih lagi terkawal. Walaupun tempat duduk hampir penuh.
Saya sempat bertemu dengan Shaz sekeluarga sebelum mereka beredar mencari tempat duduk. Teman-teman saya masih belum tiba. Saya mengambil keputusan untuk melawat haiwan-haiwan yang berhampiran.
Berselisih dengan MPV Astro, Atie menurunkan cermin kereta dan menegur saya. Sahri juga ada di dalam MPV tersebut. Atie mengkhabarkan yang beliau tidak dapat turut serta kerana perlu bergegas ke Istana Budaya untuk sessi latihan teater Anak Kerbau Mati Emak yang akan dipentaskan bulan Januari. Sempat bersalaman dengan mereka lalu meneruskan perjalanan untuk melawat sekitar Zoo Negara.
Saya kembali semula ke Tempat Pertunjukan Singa Laut, hampir penuh. Saya sempat bertemu dengan Freddie Fernandez sewaktu sessi sound check. Teman-teman saya masih belum tiba.
Seketika kemudian, mereka tiba.
Antara graduan yang ada pada petang itu ialah Adifashla, Nija, Khai, Rosma, Nana, Burn, Azza dan Sahri. Persembahan pelajar Akademi Fantasia bermula dengan lagu Hanya Memuji. Saya harus memberitahu yang persembahan mereka semakin bertambah baik. Mungkin kerana itulah pekerjaan mereka dan koreograf tarian yang perlu mereka lakukan setiap hari.
Sha Na Na
Graduan perempuan menyengat dengan lagu Sha Na Na. Tempo lagu yang rancak berjaya menutup kelemahan mereka. Saya berpuas hati dengan showmanship mereka. Semakin bertambah baik. Mereka berjaya menguasai pentas dengan cemerlang terutamanya Nana.
Aladdin
Persembahan bertenaga dari empat graduan lelaki amat baik. Saya suka melihat bagaimana energetiknya Sahri melompat-lompat mendendangkan lagu ini. Jenaka spontan yang dibuat oleh mereka berjaya sampai kepada penonton. Gaya komunikasi mereka juga semakin baik dan bijak disesuaikan mengikut keadaan. Keyakinan mereka di pentas nampaknya semakin baik.
Pagi Hari Raya
Lagu raya ini didendangkan dengan baik oleh mereka. Koreograf tarian hampir serupa dengan yang dipersembahkan sewaktu Rumah Terbuka Akademi Fantasia.
Khayalan
Khayalan merupakan lagu wajib mereka. Lagu ini juga merupakan peneraju carta Top 100 Akademi Fantasia pilihan saya. Koreograf tarian mereka amat cemerlang. Saya merakam sepenuhnya persembahan lagu ini. Rap solo oleh Nana merupakan yang pertama kali saya dengar. Juga cemerlang dan sesuai dengan imej seksi beliau.
Menuju Puncak
Menuju Puncak didendangkan dengan beberapa “pelajar Akademi Fantasia musim kedua” yang terpilih. Menariknya persembahan ini kerana beberapa orang kanan-kanan yang boleh menghafal gerak tari lagu tersebut. Begitu hebat minat mereka terhadap Akademi Fantasia.
Selesai persembahan, keadaan masih dapat dikawal dan mereka dibawa pulang dengan menaiki sebuah jeep convertible. Selesai persembahan saya dan beberapa orang teman singgah sebentar di Marry Brown. Kami sama-sama melihat gambar-gambar yang sudah siap serta bercerita tentang mereka.
Saya akui demam Akademi Fantasia belum kebah lagi. Ada di antara mereka yang tidak percaya saya sanggup ke Zoo Negara. Saya sendiri tidak percaya bagaimana saya boleh sampai ke Zoo Negara kerana Akademi Fantasia. Ajaib !
Terlalu banyak perkara-perkara ajaib yang berlaku angkara Akademi Fantasia. Saya sendiri hairan bagaimana seseorang peminat itu sanggup ke KLIA untuk menyambut kepulangan mereka dari Brunei, ada yang sanggup datang menyaksikan rakaman Roda Impian, ada yang sanggup ke Zoo Negara (baca: saya), sudah terlalu banyak yahoogroup yang muncul selepas tamat Akademi Fantasia, saya sendiri menjadi ahli kepada 12 yahoogroups, Nemo juga ada yahoogroups sendiri, pembaca-pembaca weblog saya yang meminati Akademi Fantasia menubuhkan group sendiri iaitu affening juga angkara Akademi Fantasia, serta banyak lagi perkara-perkara ajaib yang berlaku kerana Akademi Fantasia. Saya di dalam proses mengumpul bahan untuk artikel "Tanda-Tanda Demam Akademi Fantasia Anda Belum Kebah".
Semoga ini berterusan lagi kerana Imbasan Akademi Fantasia akan tersiar di NTV7 bermula 22 Disember 2003. Akan muncul lebih banyak audiens baru yang akan diperolehi oleh Akademi Fantasia. Maka akan bertambah peminat-peminat Akademi Fantasia.
video gathering : adifashla ucap terima kasih
Nota: En. Kariman dan Cik Wati atau staff perkhidmatan kaunter Telekom Malaysia ! Sikap kakitangan perkhidmatan Telekom Malaysia yang merasa mereka sahaja yang ada kerja tanpa menghiraukan hal pelanggan mereka amat dikesali. Kakitangan perkhidmatan Telekom Malaysia perlu ubah sikap bangsat dan tidak bertanggungjawab ini. Saya menunggu hampir tiga jam di rumah sementara menunggu vendor dari Telekom Malaysia membuat pemasangan perkhidmatan Streamyx saya tetapi borang order masih berada di Telekom. Oleh itu 3 jam masa saya terbuang begitu sahaja. Saya akan pastikan mereka membuat pemasangan malam ini juga !
Tiga Jam Yang Terlalu Singkat
video gathering : adifashla ucap terima kasih
Salam buat semua (gathering yahoogroups adifashla, atie, sahri & nija),
Terasa seronok bila dapat berjumpa dgn kawan-kawan baru. First time pergi gathering, rasa macam culture shock. Tak reti nak cakap apa, bila ditegur baru bersuara. Hanya sekadar merakamkan foto untuk tatapan sendiri.
Tiga jam yang dipinjamkan terasa begitu singkat. Walaupun terasa masih berbaloi.
Tahniah kepada pengurusan yang berusaha gigih melaksanakan acara ini. Terima kasih juga kepada yang sudi hadir. Terima kasih yang tidak terhingga buat Adifashla, Sahri, Atie dan Nija yang sudi meminjamkan masa mereka selama tiga jam kepada kami. Tiga jam yang terlalu singkat.
SM
Foto
ASTRO: Di Mana Silapnya ?
Saya menerima email dari pembaca saya yang meminta saya menyiarkan email ini serta gambar-gambar sisipan tentang apa yang disiarkan di ASTRO:HITZ.TV. Saya merupakan antara penggemar saluran terbaru ASTRO ini terutamanya rancangan UP2U. Konsepnya segar dan interaktif. Itu yang membuatkan saya tertarik dengan saluran ini. Pernah sekali menghantar SMS ke rancangan UP2U. Tetapi gagal kerana ia memerlukan pendaftaran baru, iaitu lain daripada yang telah didaftarkan dengan Chat@15. Bukannya saya tidak menggemari video klip sebegini tetapi sekadar menunjukkan rasa peka terhadap sensitiviti masyarakat Malaysia amnya tentulah tidak salah jika sekiranya saya menyiarkan email ini.
From: XXXXXXXXXXXXXXX
To: saya@sultanmuzaffar.com
Sent: Monday, December 08, 2003 1:24 PM
Subject: ASTRO:HITZ.TV
Sultan,
Alam dah kita tak berkomunikasi..
Haa... tau tak ASTRO:HITZ.TV , video feednya tak melalui censorship ASTRO.
Semua play terus dari server untuk muatkan skin & chat space tu.. hasilnya
Video seperti ini terlepas ke umum.
VideoClip dari kumpulan enigma...
Rumah Terbuka sultanmuzaffar
Alhamdulillah, Rumah Terbuka sultanmuzaffar telah pun selamat diadakan pada 6 Disember 2003 bertempat di rumah kediaman saya. Sahabat-sahabat saya yang mengambil inisiatif untuk menganjurkan Rumah Terbuka ini. Saya hanya menyediakan tempat. Perbincangan telah berlangsung sejak minggu-minggu awal berpuasa tentang segala persiapan. Melalui pelabagai cara sama ada melalui zonkboard, conference Yahoo Messenger baik siang waktu pejabat ataupun malam sebelum tidur.
Perlu diingatkan, majlis ini bukan majlis saya. Ia dianjurkan oleh sahabat-sahabat saya di affening. Oleh itu tetamu yang dijemput merupakan tetamu sahabat-sahabat saya. Makanan yang dibawa oleh masing-masing ada nama yang tersendiri bersesuaian dengan minat masing-masing. Yang minat Adi letak nama Hancur Hatiku, yang minat Liza menamakan pink sempena baju pink Liza, yang minat Nija letak tajuk lagu Nija, yang minat Sahri letak dialog yang pernah Sahri gunakan,
Nasi Lemak Umpan Dah Abis – Bibik Kak Aidid
Rendang Meriah Ala Cik Kiah – Cik Kiah
Lontong Pink Tepen - Vads
Kek Batik Pi’ie - Azzlan
Spaghetti Ello Sayang - Ymaulai
Popia Goreng Apape Pun – Bibik Kak Aidid
Sambal Tempoyak Penjara Tepen – Kak Iffa
Karipap Buatan TNB - Ted
Lemang Extreme Ala Cik Kiah – Cik Kiah
Nasi Impit Fashla ACKDD _ Sempoi
Meehun Goreng PFS – Kak Aidid
Kuah Kacang Hancur Hatiku - Sempoi
Laksa Johor Kenangan Pahit - Antu
Nugget Seri Azza & Azzlan - Azzlan
Tidbits Tak Ingin Kehilanganmu - LV
Puding Karamel Allergic - Sempoi
Puding Koktel Dambaan Pilu - Izreen
Puding Kastad Nazam Lebaran - Ymaulai
Terubuk Masin Kuching Nemo - Ros
Kek Blueberry Affening - Ymaulai
Tepung Pelita@Panjut – Kak Iffa
Rendang Tok Berebut Menu– Kak Iffa
Tembikai Bola-bola Api - Frodo
Anggur Jelingan Manja – tak sampai-sampai
Honey Dew KDN – tak sampai-sampai
Limau Sunkist Yahoo Messenger - Azzlan
Sirap Soda Sesempoii Rasa - Sempoi
Teh Tarik Tagboard SM - SM
Sunquick Tropika Hakkinen - Azzlan
Sambal Sotong Kering Nana – Bibik Kak Aidid
Rendang Kerang Hangus TerBurn – Bibik Kak Aidid
Nasi Putih Flying Kick Nija – Bibik Kak Aidid
Eskrem Epol-Epol – tak sampai-sampai
Antara tetamu yang hadir pada petang itu ialah Frodo dan Lan yang datang dari Kuala Kangsar. Sempoi dan anak serta Ymaulai muncul kemudian. LV hadir menghantar casing CD dan kemudian pulang semula ke rumahnya kerana perlu menjadi bibik. Antu sampai seketika kemudian dan terus mencurah kuah laksa. Kak Aidid tiba bersama 5 orang anaknya, diikuti Izreen dan Ted. Seketika kemudian muncul suami Kak Aidid.
Beberapa tetamu yang hadir telah pun mula menikmati juadah yang terhidang. Kemudian Kak Iffa dan suami tiba. Rumah sudah semakin sesak dengan tetamu. Di tambah lagi dengan melihatkan kenakalan anak-anak kecil. Vad dan iteri muncul bersama Yaya. Suami Sempoi kemudiannya sampai bersama bibik mereka. Spiral dan isteri serta Yaya tiba beberapa minit kemudian. Zam (housemate SM) yang baru pulang dari satu majlis lain tiba. Di sebelah malam, Akhlaken singgah sebentar setelah selesai menempah baju pengantin di Salikin. Tetamu paling VIP jatuh kepada Lanun yang muncul setelah pulang dari kenduri kahwin sepupunya di Kajang.
Saya dapat melihat keriangan semua tetamu yang hadir. Baik yang ada permit atau pun yang tiada permit KDN. Semuanya happy. Yang paling happy tentunya kanak-kanak bila mendapat duit raya. Dan yang pasti ibu-ibu mereka turut tersenyum lebar sehingga terlupa SMS gossip yang dihantar tersilap penerimanya. Majlis sambutan Hari Jadi untuk Vads turut diadakan. Yang paling ditunggu-tunggu tentunya penyerahan CD-AF The Ultimate Collections yang menjadi rebutan ramai. CD yang terkandung MP3 Konsert 1 – Konsert 9 serta The Best Of nyanyian graduan Akademi Fantasia. Turut dilampirkan ulasan Diari Akademi yang disiarkan di sini satu ketika dahulu. Adalah diharapkan CD ini akan menjadi pengikat persahabatan kita, macam anak mengikat kasih antara ayah dan ibu. :) Kerana saya pasti bukanlah CD ini menjadi punca persahabatan kita tetapi nilai-nilai serta kualiti seseorang yang unik yang ada pada diri masing-masing.
Sebelah malam, kami sama-sama menyaksikan pertandingan Miss World 2003. Lanun tiba paling akhir. Hanya sempat dihidangkan dengan hot chocolate. Jam 12 kami sama-sama menyanyikan lagu Happy Birthday untuk Vads. Setelah selesai berkemas ala kadar tetamu pun pulang.
Majlis sebegini sesuai diadakan lagi. Saya merasa lebih selesa kerana ia diadakan di tempat sendiri. Cuma yang agak menyedihkan makanan yang terlampau banyak sehingga terpaksa dibawa pulang. Lebih malang, rumah saya yang tiada peti ais yang agak besar untuk menyimpan makanan yang cepat basi. Oleh itu, makanan tidak tahan lama kecuali beberapa hidangan pencuci mulut. Tujuan majlis sebegini diadakan bukanlah makan tujuan utamanya sebaliknya bertemu mesra dengan tetamu yang ada. Di masa akan datang, seboleh-bolehnya biarlah makanan yang disediakan ala kadar iaitu tidak lebih dan tidak kurang kerana pembaziran itu tidak elok.
Bercerita tentang gambar, adalah lebih manis sekiranya gambar yang diambil disimpan di dalam CD dan diedarkan kepada semua kerana adalah tidak adil sekiranya hanya sipenyambut hari jadi sahaja yang dapat gambar versi warna.
Terima kasih kepada yang sudi hadir untuk memeriahkan Rumah Terbuka sultanmuzaffar. Semoga kita berjumpa lagi di bulan hadapan.
MISS WORLD 2003
oleh: Asrin Fuad, Melaka
Miss Ireland ( Rossana Davison) yg merupakan anak perempuan kepada penyanyi terkenal Chris de Burgh “Lady In Red” telah dimahkotakan sebaga Miss World 2003, beliau merupakan calon favorite telah mengalahkan 105 peserta yg lain. Tempat Kedua pula ialah Miss Canada Nazanin Afshin-Jam, kelahiran Iran ini telah menunjukkan persembahan yg baik dan matang. Tempat Ketiga ialah peserta tuan rumah iaitu Miss China, Guan Qi dan merupakan peserta yang seringkali mendapat tepukan gemuruh dari para hadirin. Dua lagi peserta yang layak ke peringkat akhir ialah Miss India, Ami Vashi dan Miss Filipina, Mafae Yunon.
Secara keseluruhannya persembahan Miss World 2003 yg berlangsung kelmarin adalah pada tahap memuaskan walaupun persembahan nyanyian yg agak membosankan dari dua penyanyi internasional, namun ianya dihidupkan oleh para penari akrobatik dari China yang memberi aksi yang terbaik. Apa yang saya perhatikan set dan hiasan pentasnya tidaklah begitu menarik berbanding dengan set pentas ketika Miss World diadakan di Seychelles 5 tahun yang lalu. Hanya tatacahaya lampu sahaja yang dipelbagaikan untuk memberi kelainan pada set di atas pentas. (Komen SM: Saya menyukai rekaan set yang menggambarkan sejarah negara China serta penggunaan warna putih pada set. Oleh yang demikian, penggunaan tatacahaya dapat dimaksimakan sekaligus mengindahkan set yang ada.)
Pengacara pada malam itu juga seperti kaku dan bercakap mengikut skrip sepenuhnya kecuali Amanda yang cuba kelihatan lebih natural, manakala Phil yang merupakan pengacara siri Amazing Race agak tenggelam manakala Zhou Yingqi, personaliti hiburan kelahiran Taiwan juga agak biasa.
Agak mengejutkan juga kerana ramai peserta yang dikatakan favorite untuk ke peringkat separuh akhir telah disingkirkan, antaranya dari Afrika Selatan, Uganda, Brazil, Russia, Uruguay ,Poland dan Macedonia. Tetapi apa yang pasti boleh dikatakan 90% dari peserta yang layak ke separuh akhir adalah berkualiti. Senarai peserta ke separuh akhir (namun tidak layak ke akhir)adalah seperti berikut :Bolivia (Helen Aponte)- Miss Personality; Georgia (Irina Onashvili)- Miss Talent, mempunyai raut muka yg menarik; Australia (Olivia Stratton) dikatakan mempunyai raut wajah Megryan dan sanagt comel; New Zealand (Melanie Paul) wajah seorang selebriti; Peru (Claudia Hernandez) mata yang menawan dan peserta yang cukup persediaan; Jamaica (Jade Fulford) catwalk yang menarik; Venezuela (Valentina Patruno) seperti biasa tiada kelainan; Norway (Elisabeth Wathne) posture tubuh yang menggiurkan; Ethiopia (Hayat Mohammed) unik dan menarik; Puerto Rico (Joyceline Montero); Dominican Republic (Maria Eugenia Vargas) seksi dan menawan; Lebanon (Marie-Jose Hnein) antara yang cantik dan senyuman menarik; Switzerland (Bianca Sissing) mempunyai wajah yang melambangkan semua bangsa iaitu latin, asia, eropah; Greece (Vasiliki Tsekoura) dan Trinidad & Tobago (Magdalene Walcott). Tapi perlu di ambil perhatian kecantikan bukanlah jaminan semata-mata untuk muncul sebagai Miss World tetapi ketrampilan dan kebijaksanaan juga diambil kira.
Kemenangan Miss Ireland adalah disifatkan sebagai istimewa kerana sejak tahun 80 dan 90 an sememangnya peserta yang berambut “blonde” agak jarang berpeluang untuk menang tetapi kini tidak, ini kerana Miss Ireland adalah satu-satunya peserta yang dilihat memberi jawapan yang ikhlas dan bertepatan dengan soalan yang diberi berbanding dengan peserta-peserta yang lain terutamanya Miss India dan Filipina yang sememangnya memberi jawapan panjang lebar yang kurang memberi keyakinan kepada juri mahupun hadirin penonton. Manakala Miss Canada dan China memberi jawapan yang agak sederhana.
Secara keseluruhannya Miss World 2003 berjaya dalam ertikata, penganjuran pertandingan yang tidak meleret-leret dan berjaya mencapai matlamat “beauty with brains”. Di harap satu hari nanti Malaysia dapat melahirkan ramai ratu seperti Lina Teoh. Bukannya muka-muka biasa yang boleh kita lihat setiap hari di Petaling Street. (Komen SM: Pencarian Miss Malaysia perlu diperhebatkan lagi, kerana bakat yang ada di Malaysia bukannya kecil. Malah popular di peringkat antarabangsa. Setelah Lina Teoh, nama Malaysia terus gagal menyinar di pertandingan sebegini.)
Keputusan Penuh
MISS WORLD 2003: Ireland, Rosanna Davison
1st Runner-up: Canada, Nazanin Afshin-Jam
2nd Runner-up: China, Guan Qi
Top 5 Finalists:
India (Ami Vashi) and Philippines (Mafae Yunon)
Top 20 Semifinalists:
Bolivia (Helen Aponte); Georgia (Irina Onashvili); Australia (Olivia Stratton); New Zealand (Melanie Paul); Peru (Claudia Hernandez); Jamaica (Jade Fulford); Venezuela (Valentina Patruno); Norway (Elisabeth Wathne); Ethiopia (Hayat Mohammed); Puerto Rico (Joyceline Montero); Dominican Republic (Maria Eugenia Vargas); Lebanon (Marie-Jose Hnein); Switzerland (Bianca Sissing); Greece (Vasiliki Tsekoura) and Trinidad & Tobago (Magdalene Walcott).
Continental Queens of Beauty:
AMERICAS: Canada, Nazanin Afshin-Jam
ASIA & OCEANIA: China, Guan Qi
AFRICA: Ethiopia, Hayat Mohammed
CARIBBEAN: Jamaica, Jade Fulford
EUROPE: Ireland, Rosanna Davison
Special Awards:
Miss Talent: Georgia, Irina Onashvili
World's Top Personality: Bolivia, Helen Aponte
Beach Beauty: Ireland, Rosanna Davison
Fitness & Training: Canada, Nazanin Afshin-Jam
People's Choice: Australia, Olivia Stratton
World's Scholarship: Albania, Denisa Kola
Best Evening Wear: Peru, Claudia Hernandez
Webmasters' Choice Award: Ireland, Rosanna Davison
Miss Global Beauties World: Ireland, Rosanna Davison
Komen SM: Saya menonton Miss World 2003 yang disiarkan di ASTRO bersama beberapa orang rakan yang hadir ke RTsm. Agak sukar untuk saya membuat ulasan dalam keadaan hiruk-pikuk yang terlampau.
Rumah Terbuka Akademi Fantasia
Rumah Terbuka Akademi Fantasia (RTAF) dijayakan dengan berjaya oleh tenaga produksi ASTRO yang diketuai oleh Adi Shamsul selaku Penerbit. Rancangan ini cuba membawa penonton mengimbau zaman anak-anak muda berhari raya di kampung halaman. Nostalgia yang dipertontonkan oleh mereka nampaknya menjadi. Konsep yang ingin ditonjolkan berjaya menepati citarasa sebilangan penonton tetapi tidak semua.
Saya pernah menonton Rumah Terbuka Tan Sri SM Salim beberapa tahun yang lepas. Apa yang boleh saya katakan, ia merupakan sebuah produksi yang boleh dibanggakan. Rancangan itu saya kira berjaya kerana menyerapkan unsur-unsur jenaka dan adakalanya berjaya menyentap emosi penonton. Rancangan yang bagus tidak banyak sedikit berjaya mendidik masyarakat bukan sekadar hiburan. Itu pandangan saya.
Konsep Hari Raya dalam Rumah Terbuka Akademi Fantasia lebih bersifat santai dan sayang, jenakanya terlalu slapstick. Lawak yang dibuat-buat dan seakan memaksa penonton untuk ketawa adalah lawak Hikayat Hang Setia terbitan RTM beberapa tahun dahulu. Rasanya lawak sedemikian sudah tidak sesuai dengan peredaran zaman.
Lakonan
Memandangkan rancangan ini dibuat bertujuan sebagai hiburan kepada penonton sempena Hari Raya, maka komedi adalah yang sesuai untuk dijadikan tunjang utama rancangan ini. Tetapi komedi yang bagaimana ? Itu yang menjadi persoalan. Adakala, komedi yang berlebihan menjadi terlalu slapstik umpama menonton Hikayat Hang Setia terbitan RTM berpuluh tahun yang dulu. Oleh itu di mana ilmu yang telah diajar kepada mereka ?
Penampilan Pengacara AF iaitu Aznil Haji Nawawi sebagai Pak Nil memang cemerlang. Beliau bijak mengawal keadaan dengan lakonan bersahajanya. Pengalaman pasti memberi sedikit kelebihan kepada beliau. Pelakon lain yang wajar diberi pujian ialah Nija yang bersifat selamba dalam kebanyakan adegan. Lakonan Atie walaupun mendapat pujian banyak pihak masih kelihatan kaku dan dibuat-buat. Solekan yang digunakan untuk Atie nampak kena dengan penampilannya. Posture tubuh Atie tidak konsisten. Sekejap bongkok dan sekejap elok pergerakannya. Stamina beliau sebagai seorang pelakon perlu dijaga agar tidak mengah di pentas lalu hilang konsistensi pada watak. Lakonan Adi kelihatan natural walaupun adakalanya kelihatan sedikit over-act. Beliau seharusnya memikirkan untuk terus menceburi bidang lakonan sekiranya diberi watak yang sesuai dengannya.
Lakonan Khai dan Rosma terlalu berlebihan dan mengada-ngada sifatnya. Pelakon lain yang perlu saya beri perhatian ialah Azizi. Lakonan Azizi sebagai budak jahat tidak menjadi. Ini kali kedua beliau diberikan peranan jahat. Pertama sewaktu Drama Merdeka ERA bila mana beliau diberikan peranan sebagai komunis. Apakah tujuan dan objektif mereka memberikan watak-watak jahat yang memerlukan perlakuan ganas yang jauh beza dengan penampilan sebenar beliau kepada Azizi tidak dapat saya ketahui.
Dipermudahkan cerita, tanpa Aznil, tidak ada seorang graduan AF pun yang mampu mencipta lawak spontan.
Rekaan Set
Pertama kali melihat rekaan set yang ada di dalam studio, hati saya bertanya adakah tenaga produksi ASTRO menyelongkar stor RTM untuk mendapatkan set sedemikian. Saya merasakan rekaan set dibuat terlalu berlebihan. Ada diantara props yang ada di pentas tidak digunakan sepenuhnya dan sekadar menyesakkan pentas. Saya masih ingat lagi ilmu yang diberikan oleh Puan Fatimah Abu Bakar tentang bagaimana perlunya menggunakan props yang ada di atas pentas tatkala Azizi menjadikan Liza patung tidak bernyawa sewaktu mendendangkan lagu Gerimis Mengundang. Aznil sendiri turut menyindir yang kemunculan patung Liza ditaja oleh Kamdar.
Suasana kampung yang cuba ditonjolkan lebih kepada suasana Kampung Baru di Kuala Lumpur dan bukannya kampung yang sebenar-benar kampung. Tetapi sedikit sebanyak suasana kampung itu timbul juga dengan props sangkar ayam, adegan mengacau dodol dan memasang panjut.
Tatacahaya
Saya wajar memuji rekaan tatacahaya yang dibuat untuk RTAF. Ada perbezaan pada kesan penggunaannya. Lampu yang digunakan untuk realism dan absurdism sangat berbeza. Teknik lampu yang digunakan untuk menggambarkan kesan realism pada adegan utama yang melibatkan aspek lakonan pentas. Manakala teknik absurdism digunakan apabila pelakon menyanyi. Penggunaan teknik ini adalah untuk membezakan antara dua alam tersebut yang saya sifatkan satu yang amat membanggakan.
Lagu Raya
Hampir kesemua lagu dalam album Salam Raya didendangkan semula oleh mereka dengan beberapa perubahan kecil untuk disesuaikan dengan watak dan penceritaan skrip RTAF. Rosma dan Khai dilihat cuba mendominasi nyanyian Liza dan Azizi walaupun lagu berkenaan adalah nyanyian mereka. Perkara yang sama berlaku untuk lagu Cahaya Aidil Fitri yang didendangkan secara beramai-ramai oleh graduan lelaki AF. Lagu Dendang Perantau didendangkan oleh Sahri dengan bersahaja. Aksi paling menarik serta persembahan yang paling cemerlang tentulah nyanyian finale oleh semua yang terlibat untuk lagu Di Pagi Raya. Aksi Aznil amat menghiburkan.
Memetik kata seorang sahabat, “Sebagai hiburan ringan, saya boleh mengabaikan semua kekurangan. Selepas ni mungkin boleh membuang ide ide stereotaip jika ingin terus memancing peminat. Mungkin peminat fanatik boleh menerima hiburan ini, tetapi pihak ASTRO harus pandai untuk tidak terikut ikut gaya Senario yang semakin ketandusan idea.”
Saya masih merasakan Rumah Terbuka Tan Sri SM Salim sebagai produksi Rumah Terbuka yang terbaik pernah ASTRO terbitkan.
Rating: 2/5 bintang
Mr. Cinderella 2: Angan-Angan Orang Melayu !
Pertama kali dalam sejarah perfileman Malaysia, lima buah filem berentap untuk tayangan sempena Hari Raya tahun ini. Satu yang amat membanggakan kerana stok filem Melayu sudah dikatakan terlalu banyak sehingga berlaku lambakan di pasaran. Tetapi filem sebagaimana yang dipertontonkan kepada masyarakat, masih menjadi tandatanya.
Menonton sekuel Mr.Cinderella kali ini merupakan pengalaman yang paling membosankan. Kelemahan utama filem ini ialah sub-plot yang terlalu banyak sehingga memeningkan kepala saya. Jika tujuan filem ini dibuat adalah untuk hiburan, matlamatnya sudah jauh tersasar.
Kelancaran naratif filem ini terganggu kerana diselitkan isu-isu yang sekadar untuk menyedapkan cerita. Kita seharusnya belajar dari Iran, negara yang kita pandang sebelah mata kemajuannya dari segi politik dan pembangunan negaranya tetapi mereka sudah jauh meninggalkan kita dalam industri perfileman. Iran boleh berbangga dengan filem yang bercerita hanya tentang sepasang kasut. Tumpuan yang jelas dari awal hingga akhir dan menyebabkan kita terpaku di kerusi menonton filem sedemikian. Kelemahan sebegini sepatutnya sudah diambil iktibar sejak dahulu.
Mesej
Kekuatan utama filem ini adalah meningkatkan fantasi penonton Melayu agar terus dibuai mimpi-mimpi indah Prince Charming datang melamar Puteri Cinderellanya. Lalu masyarakat yang berjaya dihasilkan oleh filem ini adalah masyarakat yang terlalu dibuai oleh fantasi. Filem ini langsung tidak mendidik masyarakat Melayu menjadi lebih progresif sebaliknya filem ini terus menekankan yang masyarakat Melayu adalah masyarakat yang gemarkan fitnah dan salah sangka. Mungkin kerana fitnah, salah sangka, tipu muslihat itu sudah terlalu sinonim dengan Melayu sejak zaman Hang Tuah lagi.
Dipetik dari Berita Harian, Pengarah Urusan Kuasatek Pictures, Mohd Noor Kadir, berkata sekuel Mr Cinderella ini adalah sebuah kisah cinta yang lebih hebat dan diyakini akan memberi kepuasan kepada penonton filem Melayu.
Selain menonton kisah menarik, penonton juga berpeluang meneroka keindahan alam semula jadi New Zealand di sekitar Victoria Square, Botanic Gardens, Port of Lyttleton dan ladang ternakan biri-biri Malvern Abuttoir di Burnham.
Apakah itu matlamat sesebuah filem dihasilkan ? Tepuk dada tanya selera.
Lakonan
Saya kira lakonan Yusry lebih baik dalam Cinta Kolestrol berbanding filem ini dan lakonan Erra masih terkongkong dengan skrip. Tiada keistimewaan lakonan oleh pelakon utamanya dalam filem ini kecuali lakonan oleh beberapa pelakon tambahan. Jalaluddin Hassan contohnya telah berjaya melarikan diri dari stereotype romeonya dalam filem ini. Maya Karin juga tidak begitu mengecewakan dan berpotensi untuk digilap menjadi pelakon yang lebih berjaya. Saya nantikan hasil yang lebih hebat dari Maya Karin melalui filem Pontianak Harum Sundal Malam. Kemunculan Helmi The Gimmick yang membawakan watak Hassan juga tiada kesinambungan dengan sekuel yang terdahulu. Watak beliau sebagai seorang yang ber”mulut busuk” itulah yang akhirnya menjerat dirinya sendiri. Wataknya ditamatkan dengan mudah walaupun setelah membuat fitnah yang bukan kecil terhadap bakal menantu Di Raja. Watak Anita Sarawak sebagai Suraya juga seperti ada yang tidak kena. Suaranya lebih sesuai jika menggunakan suara asal beliau daripada mengubahnya kepada suara Doraemon.
Sinematografi
Saya wajar memuji keindahan negara Malaysia dan New Zealand yang dipaparkan di dalam filem ini. Kerja kameranya nyata bagus. Walaupun terdapat gegaran pada sesetengah shot apabila melibatkan pergerakan kamera. Kemewahan golongan Di Raja diceritakan dengan terperinci dalam filem ini. Filem ini nampak begitu mewah.
Cadangan
Saya mencadangkan agar Penerbit Kuasatek Pictures terus sahaja menerbitkan Cerekarama yang jauh lebih berkualiti daripada beliau menghabiskan wang berjuta ringgit untuk menerbitkan filem yang nampak gah di luar tetapi isinya kosong. Saya amat mengkagumi Cerekarama yang telah beliau terbitkan yang saya kira amat hebat. Surah Terakhir, Rebah Di Pintu Neraka, Salam Taj Mahal, Cinta Korporat dan beberapa lagi tajuk yang tidak dapat saya ingati. Saya pasti bakal menyusul Mr. Cinderella 3 kerana Hakimi dan Puteri Megawati belum pun berkahwin di penamat filem yang satu ini. Secara keseluruhan saya resah menonton filem ini yang terlalu syok sendiri serta bunyi handphone oleh penonton dangkal yang tidak pernah memikirkan tentang penonton lain.
Pada pandangan saya biarlah filem itu jika pun mahu dikomersialkan tetapi tetap diberi sentuhan artistik yang baik serta nilai mesej yang ingin disogokkan kepada penonton berbaloi dengan nilai wang ringgit yang dibelanjakan oleh Penerbit serta nilai wang yang digunakan oleh penonton untuk menonton filem ini. Kita masih memerlukan filem komersial tetapi biarlah yang mampu mendidik masyarakat dan bukan sekadar mengaut keuntungan.
Nota: Al-Fatihah disedekahkan buat 14 mangsa yang terbunuh dalam kemalangan antara bas sekolah dan bas ekspres di Kilometer 63 Jalan Lipis-Merapoh, Kuala Lipis. Kepada pengundi di Kelantan, Terengganu dan Pahang, pastikan anda mengundi Barisan Nasional pada pilihanraya akan datang. Barisan Nasional pasti menghadiahkan kepada anda sebuah lebuhraya yang lebih baik untuk kegunaan semua. Selepas 4 tahun, undi semula PAS iaitu setelah lebuhraya disiapkan oleh kerajaan Barisan Nasional. Sebelum siapnya lebuhraya baru itu, maka semakin banyaklah nyawa yang melayang.
Foto di print screen dari website record company afdlin shauki
klik untuk ulasan Fuyoo! oleh sultanmuzaffar di sini
Salam Raya Akademi Fantasia
Fenomena Akademi Fantasia yang melanda negara memungkinkan ASTRO berusaha menerbitkan sebuah album raya yang dinyanyikan oleh artis Akademi Fantasia. Usaha murni ini bagus untuk memperdengarkan lagu-lagu raya kepada generasi-generasi baru. Lagu yang terdapat dalam cakera padat antara lain ialah:
Di Pagi Raya - Artis Akademi Fantasia
Suatu Hari di Hari Raya - Vince
Dari Jauh Ku Pohon Maaf - Azizi
Aidilfitri - Rosma
Selamat Hari Raya - Khai
Selamat Hari Raya - Liza & Nana
Dendang Perantau - Sahri
Cahaya Aidilfitri - Adi & Burn
Suasana Hari Raya - Azza & Atie
Seloka Hari Raya - Azizi & Liza
Bersama Berhari Raya - Nija
Selamat Hari Raya - Nana, Azza, Atie, Liza, Rosma & Nija
Lagu Di Pagi Raya oleh Artis Akademi Fantasia
Lagu Di Pagi Raya merupakan sebuah lagu gubahan baru yang dinyanyikan oleh semua pelajar Akademi Fantasia. Pengaruh Timur Tengah diselitkan dalam lagu berirama Malaysia ini. Melodi lagu ini agak catchy dan memudahkan pendengar untuk menghafal lagu ini. Lenggok Siti Nurhaliza cuba diadaptasikan untuk baris nyanyian Rosma, sama seperti lagu Nazam Lebaran dan Sesuci Lebaran. Seperti yang sudah dijangka, vokal Rosma hampir menguasai lagu ini dan vokal beliau nyata lebih menyerlah walaupun pembahagian baris lirik dibahagikan sama rata dengan pelajar-pelajar yang lain. Keunikan vokal setiap pelajar berjaya diadun menjadi sebuah lagu yang indah. Secara keseluruhan kelebihan lagu ini dinyanyikan oleh pelbagai bangsa sekaligus telah menaiktarafkan sebuah lagu raya dari yang tipikal kepada satu pembaharuan.
Satu Hari di Hari Raya oleh Vince
lirik
Lagu nyanyian asal M.Nasir ini telah dibawakan oleh Vince dengan gayanya sendiri. Seperti biasa Vince akan meng”R&B”kan setiap lagu yang dibawa oleh beliau. M.Nasir mencipta lagu ini lebih 15 tahun yang lalu. Lagu ini pada saya merupakan sebuah lagu soul yang memerlukannya disampaikan dengan jiwa. Benar kata Uji Rashid sewaktu Syafinaz mendendangkan lagunya, setiap lagu ada cerita di sebalik lirik lagu tersebut. Ada yang ingin disampaikan. Adakalanya penyanyi yang memberi jiwa baru kepada lagu tersebut tidak dapat menghayati mesej lagu tersebut dan mengapa ia ditulis. Satu percubaan yang baik.
Dari Jauh Ku Pohon Maaf oleh Azizi
lirik
Lagu ini pernah disampaikan oleh idola Azizi iaitu Allahyarham Sudirman Hj Arshad. Azizi memang sinonim dengan lagu-lagu yang menyentuh perasaan seperti lagu ini. Lagu ini disampaikan dengan bersahaja oleh beliau. Dialog yang diselitkan di bridge lagu ini sedikit mencacatkan lagu ini walaupun ia dibuat sebagai kelainan pada lagu ini.
Aidilfitri oleh Rosma
Aidil Fitri – Sanisah Huri
Kini tiba masanya berhari raya
Muslimin dan muslimat sembahyang bersama
Menyembahkan diri pada yang kuasa
Bermaaf dan maafan di antara kita
Sesudah bersembahyang di pagi hari
Menziarah pusara kaum keluarga
Bunga ditabur doa pun dibaca
Mudah-mudahan rohnya dicucuri rahmat
Selamat hari raya hari mulia
Dari hati ke hati kutujukan kata
Untuk ayah bonda dan juga keluarga
Putera puteri negara di sempadan sana
Allah Allah Allahu Akbar (2x)
Kepada suaminya yang dikasihi
Maaf zahir dan batin mohon si isteri
Kalau salah terkasar bahasaku
Ampun dan maaf kekanda yang dinda harapkan
Kepada kekasihku yang baik budi
Bimbingan dan panduan selalu diberi
Kalau kusalah silap kau maafkan
Mudah-mudahan kita akan berkekalan
Allah Allah Allahu Akbar (2x)
Permulaan lagu ini dibuat secara solo oleh Rosma. Vokal Rosma tidak perlu dipertikaikan walaupun ada unsur-unsur klon Siti Nurhaliza dalam lagu Nirmala. Rosma dicipta atas kekuatan vokal beliau yang jelas bunyi Siti Nurhalizanya. Lagu sebegini memang sesuai dengan vokalnya. Tidak banyak perbezaan dalam gubahan baru lagu ini, masih mengekalkan melodi yang lama.
Selamat Hari Raya oleh Khai
lirik
Nyanyian asal Ahmad Jais ini amat bersesuaian dengan vokal Khai. Ada unsure-unsur alternatif pada lagu ini yang diberi sentuhan baru. Zaman lagu ini dicipta mungkin pada zaman irama pop yeh yeh. Oleh itu temponya yang agak rancak disesuaikan dengan range vokal Khai yang lebih sesuai mendendangkan lagu sebegini. Vokal Khai boleh saya sifatkan agak unik dan jarang ada di pasaran muzik Malaysia. “Cut through” seperti kata Ramli MS.
Selamat Hari Raya oleh Liza & Nana
lirik
Beberapa kali saya mengulang main lagu ini untuk cuba menerima irama barunya. Vokal Nana dan Liza sudah jauh berbeza dari kala mereka berada di Akademi. Ini merupakan kebenaran yang perlu kita terima. Jika diberikan komposer yang sesuai mereka boleh pergi jauh selain mereka mempunyai pakej yang boleh diterima pendengar. Gubahan baru lagu ini pada mulanya agak sukar untuk diterima tetapi inilah antara kelainan yang cuba ditampilkan oleh album ini. Saya dapat melihat bagaimana wajah kedua orang tua saya yang berkerut apabila mendengar gubahan baru lagu ini seperti waktu kali pertama mereka mendengar Anuar Zain mendendangkan lagu Jeritan Batinku yang diberi sentuhan R&B. Dua penyanyi ini telah diberikan satu niche untuk mudah mereka menembusi pasaran kelak.
Dendang Perantau oleh Sahri
Dendang Perantau – P.Ramlee
Di hari raya
Terkenang daku kepada si dia
Kampungku indah nun jauh di sana
Ayah serta bondaku
Di tepian mandi
Danauku hijau yang aman damai selalu
Nun di sanalah tempat aku bertemu
Aku dan dia
( korus )
Apakan daya
Masa tak akan kembali
Hancur musnahlah semuanya
Impian yang murni
Tinggal menjadi kenang-kenanganku
Hanya rangkaian kata dan lagu
Dendang perantau
( ulang korus hingga akhir )
Ini lagu P.Ramlee. Saya kira Sahri berjaya mendendangkan lagu ini mengikut acuannya sendiri. Lenggok vokal suara divariasikan mengikut kesesuaian. Namun demikian, saya masih mengkagumi lagu asal yang saya sifatkan jauh lebih baik. Percubaan memberi nafas baru lagu Dendang Perantau wajar dipuji kerana penerimaan pendengar tentunya agak sukar kerana lebih terikat dengan gubahan asal Tan Sri P.Ramlee.
Cahaya Aidilfitri oleh Adi & Burn
lirik
Keserasian vokal Burn dan Adi menjadi kekuatan lagu ini. Adi amat sesuai mendendangkan lagu-lagu bermotif sedih dan suaranya boleh membuatkan pendengar menangis. Tentu kita masih ingat apa yang berlaku sewaktu Kemuncak Konsert Akademi Fantasia beberapa bulan yang lalu. Tidak banyak perubahan dibuat kepada gubahan lagu ini. Masih mengekalkan yang lama. Vokal Burn nyata lebih baik berbanding dahulu.
Suasana Hari Raya oleh Atie & Azza
lirik
Secara jujur, Azza dan Atie tidak boleh menyanyi. Mereka digandingkan bersama untuk menyeimbangkan kekurangan masing-masing. Vokal mereka tiada keserasian.
Seloka Hari Raya oleh Azizi & Liza
lirik
Lagu ini merupakan antara lagu terbaik yang ada di dalam album ini. Ada keserasian pada vokal Azizi dan Liza. Lagu ini mengingatkan saya kepada penyanyi asal lagu ini iaitu Hail Amir dan Uji Rashid. Suara Azizi yang lembut nyata kena dengan Liza. Gubahan baru lagu ini tidak banyak bezanya dengan lagu asal.
Bersama BerHari Raya oleh Nija
Selamat Berhari Raya – Rahimah Rahim
Selamat berhari raya
Ucapan ku untuk semua
Kita mengeratkan semula
Hubungan saudara
Yang terpisah
Yang jauh berkirim salam
Yang dekat berkunjung-kunjungan
Maaf dipinta dan diberi
Semoga ikatan berkekalan abadi
( korus )
Dalam kita bergembira
Pasti ada yang berduka
Enak menjamu selera
Jangan lupa yang tiada
Selamat berhari raya
Walau di mana kau berada
Suka-duka silih berganti
Apa pun dugaan
Tabahlah menghadapi
( ulang dari mula hingga akhir )
Tajuk lagu ini pada kulit album tertera Bersama Berhari Raya. Saya cuba untuk mencari lirik lagu tersebut tetapi tiada lagu yang bertajuk sedemikian. Beberapa minit kemudian saya terjumpa tajuk sebenar lagu ini iaitu Selamat Berhari Raya dendangan asal Rahimah Rahim. Kesilapan ini sewajarnya tidak patut berlaku lebih-lebih lagi melibatkan tajuk lagu serta hak milik penciptaan lagu tersebut. Nija mendendangkan lagu ini dengan caranya sendiri. Lagu rancak ini didendangkan dengan penuh bertenaga dari Nija walaupun scale vokal beliau dan range melodi lagu ini sedikit tidak sama. Seperti ada yang tidak kena dengan lagu ini.
Selamat Hari Raya oleh Nana, Azza, Atie, Liza, Rosma & Nija
Selamat Hari Raya - Saloma
( 1 )
Selamat aidil fitri
Kepada saudara serta saudari
Setahun hanya sekali
Merayakan hari yang mulia ini
( 2 )
Di masa bulan Ramdan
Kita berpuasa hingga sebulan
Pabila Syawal menjelma
Hari raya disambut dengan gembira
( korus )
Miskin kaya memakai baju baru warna-warni
Mengunjungi sanak-saudara kaum famili
Sungguh hebat pemandangan di hari raya ini
Tua muda wajah berseri-seri
Marilah bergembira
Bersama menikmati hari raya
Mintak mak kuih sepotong
Saya mahu makan kerna perut kosong
( ulang 1 & 2 )
Maafkanlah jika ada terlanjur perkataan
Diharap supaya jangan disimpan
Kuberdoa selamat panjang umur murah rezeki
Semoga Tuhan akan memberkati
Selamat hari raya
Hari untuk kita bersuka ria
Selamat kami ucapkan
Untuk kita hingga sampai tahun depan
Selamat hari raya
Lagu ini didendangkan dengan penuh meriah oleh pelajar perempuan Akademi Fantasia. Lagu asal nyanyian Biduanita Negara berjaya disampaikan oleh mereka dengan baik. Sketsa yang ditampilkan memberikan kelainan kepada lagu ini. Paling menarik tentunya pesanan Azza "Jangan main mercun,tau!"
Saya paling menggemari lagu Cahaya Aidil Fitri oleh Burn dan Adi serta Lagu Di Pagi Raya oleh Artis Akademi Fantasia. Tetapi sedikit terkilan kerana tidak semua pelajar diberikan peluang untuk mendendangkan sebuah lagu seorang. Hanya Khai, Vince, Nija, Rosma, Sahri dan Azizi sahaja berpeluang untuk menyanyi secara solo. Adalah lebih baik sekiranya semua pelajar diberi peluang yang sama dan album ini dijual dalam dua (2) cakera padat. Album satu menampilkan 12 lagu secara solo dan album dua menampilkan 10 lagu-lagu secara duet atau pun beramai-ramai. Koleksi lagu raya yang ada di Malaysia juga agak banyak. Album tersebut boleh dijual pada harga yang minimum seperti Album Konsert Akademi Fantasia yang ada di pasaran sekarang.
Lagu seperti Suasana Di Hari Raya (Anuar & Elina), Bila Takbir Bergema (Rafeah Buang), Suara Takbir (P.Ramlee), Lenggang Mak Limah, Kepulangan Yang Dinanti (Aman Shah), Halaman Asmara (Ziana Zain & Awie), Balik Kampung (Sudirman) sekadar menyebut beberapa lagu boleh dijadikan sandaran untuk album raya tahun hadapan. Tentunya lagu Musafir Di Aidil Fitri nyanyian asal S.Jibeng dikhaskan untuk Adifashla.
Musafir Di Aidil Fitri – S.Jibeng
Gema takbir di subuh hari
Menjelang sudah aidil fitri
Tapi hamba musafir diri
Ke sana sini membawa diri
Ayah ibu lamalah pergi
Pergi menyahut seruan Illahi
Tinggal hamba seorang diri
Tiada siapa ingin hampiri
( korus )
Oh Tuhan Yang Maha Kaya
Hamba menangis di pagi raya
Aidil fitri hari bahgia
Tapi hamba dilanda derita
Pusara ayah dan juga ibu
Di pagi bahgia hamba kunjungi
Dengarlah ini ratapan anakmu
Hamba musafir di aidil fitri
Rating : 2.5/5 bintang
Kredit Foto : Elle Yus Emira
Ulasan akan datang : Rumah Terbuka Akademi Fantasia, album Simbiosis oleh Ella, album Mimpi Pun Sama oleh Siti Sarah, drama Rebah Di Pintu Neraka di TV3, Tinggallah Kasih Tinggallah Sayang di ASTRO Ria dan telemovie Ampunkan Dosaku.
PRESS RELEASE
GPM launches "SMS for Charity" campaign
www.keamanan.net
KUALA LUMPUR, November 20, 2003 (Thursday): Global Peace Malaysia (GPM) today signed an agreement with SMSfocal Sdn Bhd to officially launch its "SMS for Charity" campaign.
With this campaign, members of the public can contribute to charity by using their mobile phones through all the five networks - 012,013,017,016 and 019.
The public can choose to contribute RM1,RM2,RM3,RM4 or RM5. All you need to do is to go to the "write message" box of the hand phone and type: GPM followed by space and the amount you wish to contribute i.e (1,2,3,4 or 5), then send to 39111.
Anda boleh memilih untuk menderma RM1, RM2, RM3, RM4 atau RM5. Apa yang anda perlu lakukan ialah pilih "write message" pada telefon bimbit anda dan taip: GPM diikuti dengan ruang dan nilai yang ingin anda dermakan, contoh (1,2,3,4 atau 5), dan kemudian hantar ke 39111.
"Thanks to today's technological advances, donation to charity is made so much easier and faster, which will be a boon to us, especially when we are in dire need of funds to continue our humanitarian relief work," said GPM Vice Chairman Puan Sharifah Aminah Al-Khared.
"As you know, GPM is active not only in Malaysia but also provides humanitarian aid to Iraqis, Afghans, Sri Lankans and the unfortunate people of other third world nations.
"In order to be effective, our aid projects must be long-term commitments. These normally include food programmes, children's education as well as community rebuilding and rehabilation programmes, which will take at least 3 to 5 years to have a meaningful impact," she said
"We are now in a dilemma as we are finding difficulty in fulfilling our pledge to the Iraqi children to provide basic educational materials when school commences. Our rebuilding programmes in Afghanistan and other countries are also running short of funds," said Sharifah
She said that todate all GM's humanitarian relief had been dependent on money raised through its members and friends.
She also said that GPM have been promised funds from many quarters but have received none so far.
"We are sad about this situation because we fear that if we don't receive funds soon, we may have to close down our international operations and abandon all our humanitarian programmes in Iraq and Afghanistan," she said.
Accordingly to her, GPM have been actively involved in humanitarian work since the early 1990s in war-torn countries like Croatia, Bosnia and Kosovo and currently in Afghanistan, Iraq, Sri Lanka, Cambodia and other trouble nations.
"Through our humanitarian efforts, we have earned the trust and respect of the people in the numerous countries we've work in, and they readily accept us because we are Malaysians," she said.
"We have been receiving calls for help almost daily from our counterparts in Iraq, Afghanistan, Sri Lanka and other places," said Sharifah Aminah.
"We sincerely hope our fellow Malaysians will once again help us to help these unfortunate people through our "SMS for Charity" campaign in the spirit of giving and sharing during this festive season," she said.
Speaking at the signing ceremony, SMSfocal Sdn Bhd Chief Operating Officer, Encik Muhammad Nasir Habizar said he was pleased to play a part in the charity initiative and pledged to ensure the success of the campaign.
SMSfocal is a contents and SMS solutions provider for the ICT industry. Its services include research on new SMS Technology, Trends and Applications; consultancy in multimedia application development, network applications & installation, and other ICT related management systems as well as retailer of ICT products.
Issued for and behalf of Global Peace Malaysia (GPM) by ADAD Communications. For futher information, kindly contact Ainuddin Dahlan or Karen Liew at Tel: 03-7957 6461 or Fax: 03-7957 6027 or email:adad@po.jaring.my
Dari Salman bin Amir r.a., dari Nabi saw., beliau bersabda,
"Sesungguhnya bersedekah kepada orang miskin dianggap satu pahala, sedangkan bersedekah kepada kerabat dianggap dua pahala; satu pahala sedekah dan satu pahala menyambung silaturahim."
(H.R. Nasai)
Mutiara hadis:
1. Keutamaan sedekah kepada fakir miskin dan keluarga dekat.
2. Keutamaan menyambung silaturahmi.
3. Kelipat-gandaan ganjaran bersedekah kepada keluarga dekat.
Saudara/Saudari sekalian,
Kepada semua pembaca weblog ini, saya mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Fitri, Maaf Zahir Batin. Saya memohon seribu keampunan sekiranya ada terkasar bahasa penulisan, bahasa pertuturan juga bahasa chatting. Maaf saya pinta. Semoga Syawal ini memberi erti kepada anda semua. Juga diingatkan berhati-hati apabila memandu pulang ke kampung halaman. Selamat pulang dan selamat kembali bertugas. Jangan lupa menonton Rumah Terbuka Akademi Fantasia dan ulang tayang Konsert Reunion serta Kemuncak Konsert Akademi Fantasia. :)
Pastikan anda terus bersama, kerana kejutan yang lebih hebat bermula 1 Januari 2004. Nantikan kemunculannya.
Eid Mubarak
sultanmuzaffar
Perekabentuk kad :
bogosedesign@yahoo.com
Nuppy © Ekad Malaysia 2003
Untuk grup pfs affening, don't drink and drive !

