Undilah

SULTANMUZAFFAR (26 Februari 2002 - sekarang)

Seorang blogger, pelayar internet, penyelam scuba dan penagih tegar televisyen dan Wii. Melihat seluruh dunia di laman blog menerusi kamera DSLR dan kacamata tebalnya (kadang-kadang kanta lekap).

Mengkritik tidak bererti menentang, menyetujui tidak semestinya menyokong, menegur tidak bermakna membenci, dan berbeza pendapat adalah kawan berfikir yang baik.
Entri oleh sultanmuzaffar 07 July 2004 0 komen

Akademi Fantasia IIDiari Akademi Fantasia 05-05-06

Mata Ayah
Puisi Sasterawan Negara Usman Awang diberikan jiwa oleh setiap pelajar Akademi Fantasia. Dari sehari ke sehari perkembangan mutu lakonan mereka berjaya memberikan jiwa kepada puisi tersebut.

Mereka diberikan satu senario dan harus melakonkan adegan tersebut. Mereka sahabat lama yang telah lama tidak berjumpa dan kemudian telah bertemu di satu tempat yang pernah menjadi tempat kesukaan mereka. Mereka kemudiannya harus menceritakan perasaan mereka tentang ayah dan masing-masing merasainya. Ini antara lakonan terbaik mereka. Ia akan lebih menarik sekiranya tempo puisi tersebut tiada pause yang menyebabkan penonton tertunggu-tunggu.

Zahid berjaya membawakan wataknya dengan baik sekali. Selaku pelakon utama, beliau bijak mencipta emosi awal dan dapat menjadi panduan kepada para pelajar lain untuk sama-sama terbuai dengan emosinya. Zarina yang tersenyum seakan-akan faham makna baik puisi yang sedang beliau baca. Mas dalam bersahaja membacakan bait puisinya. Kaer tertunduk menghabiskan barisnya. Saya dapat melihat emosi yang terhasil dari bacaan puisi ini.

Akademi Fantasia II
Mata Ayah
Kujabat mesra tangan ayah
urat-urat daging-daging tua keras terasa
mataku tersenyum, matanya menyapa
anak yang pulang disambut mesra.

Tapi matanya, mata yang menatapku
kolam-kolam derita dan pudar bulan pagi
garis-garis putih lesu melingkungi hitam-suram
suatu kelesuan yang tak pernah dipancarkan dulu.

Kelibat senyum matanya masih jua ramah
akan menutup padaku kelesuan hidup sendiri
bagai dalam suratnya dengan kata-kata riang
memintaku pulang menikmati beras baru.

Anak yang pulang disisi ayahnya maka akulah
merasakan kepedihan yang tercermin di mata
meski kain pelekatnya bersih dalam kesegaran wuduk
dan ia tidak pernah merasa, sebab derita itu adalah dia.

Usman Awang
Gurindam Alam, 1994.

Dipetik dari http://malique.blogdrive.com

Merisik Khabar Anding
Jiwa Merisik Khabar masih belum tercapai oleh Anding. Emosi lagu tersebut masih rendah dan belum sampai kepada saya. Beliau masih menghadapi masalah pitching yang besar. Cikgu Adnan menasihatkan beliau agar menumpukan kepada melodi lagu tersebut dari baris ke baris, dari rangkap ke setiap rangkap.

Habis Sudah Umpanku Kaer
Memang tinggi lagu ini. Memang nampak jelas beliau kelihatan tidak selesa dengan lagu tersebut. Mungkin kerana sudah terbiasa dengan lagu-lagu jenis R&B yang banyak falsetto, makanya beliau sedikit tidak yakin dengan lagu ini. Itu belum showmanship yang perlu beliau tampilkan untuk lagu ini. Mampukah beliau melakukan pusingan spinning acro seperti yang pernah dilakukan oleh Azizi di Kemuncak Konsert musim lepas ?

Adam dan Tipah Tertipu
Semua menyangka Adam tiada masalah membawakan lagu rap ini. Adam menggemari rap, tetapi belum tentu beliau boleh membawakan lagu ini dengan baik. Nasihat dari Cikgu Adnan, Adam harus menjaga tempo lagu tersebut. Stamina juga perlu beliau jaga, lebih-lebih lagi beliau perlu menari untuk lagu ini.

Linda Puteri Bunian
Linda perlu menyanyi dengan lembut dan bukan sengau. Sukar untuk saya membayangkan persembahan Linda.

Nurul
Setelah melihat latihan Nurul, Cikgu Adnan menyarankan agar nada dinaikan half key. Agak rendah buat Nurul.

Akademi Fantasia II
Casa Impian bersama Camelia
Persiapan dilakukan dan rakaman dibuat dalam mode move shot technique. Saya perlu merujuk Linus, videographer OPs OPHELIA kerana kami pernah melakukan teknik yang sama sewaktu mengemas dewan dan props setelah selesai pementasan. Kamera diletakkan di satu sudut dan dibiarkan “on” sehingga kerja selesai. Perkara yang sama dilakukan oleh Akademi Fantasia untuk segmen Casa Impian.

Mereka menyiapkan ruang makan dan dekorasi mengikut tema dari negeri Sarawak. Setelah selesai menyiapkan ruang makan tersebut, para pelajar dikehendaki menyiapkan diri. Waktu itu, Camelia datang ke Akademi. Bersiap-siap di hadapan kamera dan mengumumkan tentang rakaman Casa Impian di Sekolah Akademi Fantasia.

Camelia seorang selebriti yang membuat homeworknya sama seperti Jalaluddin Hassan di Akademi Fantasia I. Beliau tahu nama pelajar seorang demi seorang. Kesemua pelajar seronok dapat berjumpa salah seorang wanita tercantik Asia itu. Nurul turut mengingatkan beliat tentang pertemuan mereka di Cuti Cuti Malaysia sewaktu di belakang pentas. Camelia sendiri mengakui yang beliau ialah peminat pelajar Akademi Fantasia. Tetapi bukan peminat nombor satu. Hahahahahahhaah

Beliau turut menghadiahkan Anding, Zahid, Zarina dan Linda sepersalinan pakaian suku kaum Iban dan Melanau.

Sambil makan, mereka berbual-bual. Adam bertanya kepada Camelia akan masalah yang dihadapi oleh Kaer. Kaer terlalu memikirkan masalah lagu yang bakal dibawakannya di konsert akan datang. Camelia menasihatkan beliau agar tidak terlalu memikirkan masalah tersebut kerana jika masalah tersebut terus bersarang di dalam kepala, hasilnya nanti ia akan terus menjadi masalah. Kita harus yakin dengan diri kita sendiri dan berkata kepada diri sendiri yang kita akan melakukan yang terbaik.

Mas bertanya tentang kecantikan yang ada pada Camelia. Menyedari yang Fitri pernah menyuarakan hasratnya untuk mereka pakaian untuk Camelia, maka beliau tidak keberatan untuk menempah pakaian dengan Fitri sebagai satu dorongan untuk beliau. Murah rezeki Fitri nampaknya. Mereka kemudiannya sama-sama menari keliling dewan.

Di penghujung, Camelia harus mengundurkan diri. Camelia turut menitiskan air mata. Dalam sekejap waktu, hubungan erat itu sudah nampak terjalin. Keakraban jelas di antara mereka. Ini adalah antara kejutan terbaik yang pernah hadir ke Akademi Fantasia. Pengalaman-pengalaman sebeginilah yang amat diperlukan oleh para pelajar. Berkongsi hati dan perasaan dengan selebriti yang telah pun mencipta nama di pesada seni.

Lagu Ayu nyanyian para pelajar menjadi lagu yang mengiringi kepulangan Camelia yang kelihatan turut menitiskan air mata kesedihan dan kegembiraan kerana berpeluang bertemu sepuluh pelajar Akademi Fantasia.

Saya pasti jika Camelia ada bertanding dalam mana-mana pertandingan yang memerlukan undian penonton seharusnya beliau akan menang mudah kerana emosi penonton telah berjaya diruntun oleh adegan tersebut. Syabas ! Kejutan yang paling melodrama.

Fungsi Encik Julian
Setelah hampir 5 minggu kita bersama di Akademi Fantasia, fungsi Encik Julian selain daripada mengambil sukatan berat badan pelajar, beliau turut memastikan pelajar menulis nama pada botol mineral. Itu sahaja yang disiarkan kepada penonton. Ketegasan beliau kurang menyerlah berbancing Cik Baha pada musim lepas. Ini jelas dapat kita dengar apabila sedang Encik Julian memberikan nasihat, beberapa pelajar masih leka mengadap hidangan makanan mereka.

Kelas Vokal Cikgu Siti Hajar
Kelas pada hari ini banyak mereka pelajari tentang teknik nyanyian. Zarina mengalah sebelum berjuang. Beliau seakan-akan menyerah kalah. Nurul mencuba dan akhirnya berjaya. Sewajarnya, setiap pelajar mempunyai daya saing seperti Nurul. Tetap mencuba untuk melakukan sebaik mungkin.

Masalah utama Mas yang menjadi masalah utamanya sejak minggu pertama ialah fokus. Menyanyi bukan hanya sekadar menyanyi. Asal buat sahaja. Menyanyi memerlukan tumpuan untuk menghasilkan vokal yang betul dan baik. Fokus akan membolehkan penghayatan diperolehi. Penghayatan akan memberikan impak besar kepada penonton. Sayangnya, Mas tidak menggunakannya. Beliau mempunyai rasa yang cukup tetapi tidak memanafaatkannya. Sukar untuk beliau saya letakkan dalam Pilihan 5 Terbaik saya, kerana saya mahukan penyanyi yang berilmu dan bersungguh-sungguh dalam karier mereka. Mas harus tunjukkan perubahan mental dan sikap jika mahu maju. Perwatakan sahaja tidak cukup untuk menjadi penyanyi yang baik.

Mas telah banyak berusaha untuk perkara yang sama setiap minggu. Dibetulkan oleh Cikgu Siti Hajar, sehari kemudian salah kembali. Betul lagi, salah balik. Betul lagi, salah balik. Jadi, ilmu apakah yang terserap di dalam kepalanya ? Tenaganya itu perlu dijanakan dengan bersungguh-sungguh. Bukan main-main.

Bob Mengamuk dengan Akar Dan Bumi
Sebuah lagu yang sukar untuk Bob. Satu kelebihan Bob ialah kelunakan vokal beliau membolehkan lirik lagu tersebut kedengaran jelas pada vokalnya. Dalam kelantangan, vokalnya masih jelas. Yang pasti beliau harus tahu kedudukan bunyi-bunyi tersebut dan beliau mampu untuk melontarkan vokal beliau. Saya melihat kesungguhan dalam diri beliau. Berkali-kali beliau mencuba untuk mendapatkan kedudukan yang betul untuk beberapa patah perkataan pada lirik lagu tersebut. Beliau bersorak gembira apabila berjaya. Cari apa yang Cikgu Siti Hajar maksudkan.

Kaer : Habis Sudah Peluangku
Kaer mempunyai penampilan yang baik untuk mendapat undian dari para penonton. Kelebihan beliau ialah mampu juga untuk menyanyi dengan baik. Beliau menerima ajaran Cikgu Siti Hajar. Tetapi semasa diajar, sebagai seorang pelajar, kita harus mendengar dengan baik dan seboleh-bolehnya senyap. Beliau banyak memberi idea tentang cara pengajaran Cikgu Siti Hajar. Bagus. Tetapi hormati guru anda. Tunggu sehingga beliau selesai memberi pengajaran kepada anda.

Beliau harus fahamkan tempat penghasilan bunyi tersebut dan kemudian barulah cari stailnya. Cikgu Siti Hajar banyak memberi idea kepada beliau tentang corak persembahannya. Lebih garang lebih bagus. Beliau harus mengelakkan falsetto yang lemah. Yang banyak angin. Beliau mampu menyampaikan melodi lagu tersebut dengan rasanya sendiri. Tidak perlu mencorakkan lagu tersebut ke arah R&B.

Kenangan Atie dan Vince
Melihat adegan Anding mengajar Mas tentu mengingatkan saya kepada adegan Atie mendapatkan tunjuk ajar dari Vince sewaktu beliau harus menyanyikan lagu Save The Best For Last. Kali ini giliran Anding pula mengajar Mas. Memang Mas nampak bingung. Mas nampak ikhlas tidak tahu. Boleh timbul rasa simpati apabila melihat addegan tersebut.

Farah : Tenda Biru
Sebuah lagu yang agak tinggi. Cikgu Adnan berpuas hati dengan persembahan Farah. Ekspresi beliau sudah ada. Nada yang tinggi tiada masalah sumbang. Beliau turut mencadangkan agar ada lakonan untuk lagu tersebut. Sama ada beliau sebagai watak dalam lagu tersebut atau pun pencerita. Sekiranya beliau sebagai pencerita, beliau harus menggunakan tiang pembesar suara.

Nurul : Bersamamu, Sampai Bila ?
Saya melihat beliau seakan tiada masalah membawakan lagu tersebut. Nada rendahnya juga sudah boleh jelas. Tapi itu sewaktu latihan. Kita tunggu bila hari konsert Sabtu ini. Cikgu Adnan memberikan satu teknik untuk “menipu” penonton. Betul, teknik tersebut jika dipraktikkan akan berjaya menutup kelemahan diri sendiri. Mulakan menyanyi dengan menjauhkan pembesar suara. Apabila tiba low tone, dekatkan pembesar suara ke arah mulut. Maka low tone tersebut akan lebih jelas. Jika pada awal nyanyian sudah dekat, maka bila tiba low tone, makin tidak dengar. Sekurang-kurangnya, low tone dan normal tone akan seimbang. Bijak !

Akademi Fantasia IIZahid
Saya kurang menangkap apa yang diperkatakan oleh Cikgu Adnan. Tapi nampaknya seperti beliau bergembira dan berpuas hati dengan persembahan Zahid. Hanya sekadar menambah tokok idea kepada persembahan Zahid. Sewaktu latihan, saya melihat ada unsur-unsur Yusry dalam nyanyiannya. Beliau harus menggunakan nasihat Kudsia tentang menjadikan lagu tersebut miliknya dan bukan hanya sekadar separuh daripada lagu tersebut. Zahid harus men”Zahid”kan lagu tersebut seawal minit pertama. Macam bola sepak pula.

Kaer Tertekan
Seperti dapat merasakan yang kedudukan beliau semakin menurun sejak Konsert IV, beliau mendapatkan Dr Sher Kawi. Beliau kurang berpuas hati dengan persembahannya. Beliau telah menghampakan ramai orang. Buat telah cuba untuk melakukan yang terbaik. Lebih merisaukan Kaer ialah lagu Habis Sudah Umpanku. Lebih-lebih lagi di bahagian korus.

Dr Sher Kawi menasihatkan beliau agar jangan membiarkan tekanan menguasai dirinya. Beliau harus memberikan fokus kepada lagu tersebut. Berlatih lebih giat lagi untuk lagu tersebut dari menjadikan tekanan satu halangan.

Beliau sedar akan bagaimana perasaan penonton dan bagaimana untuk memberikan yang terbaik kepada penonton. Kaer sedar ruang. Bagus. Tetapi tidak harus menjadikannya sebagai halangan untuk membantutkan latihan persembahannya.

Akademi Fantasia IISiapa Ajar Siapa ?
Jika sebentar tadi Mas gigih berusaha mempelajari lirik lagu tersebut. Kali ini kita dapat melihat bagaimana Anding sendiri seakan bingung dan tergamam melihat gelagat Mas. Beliau lebih banyak bergelak ketawa. Mungkin untuk menghilangkan perasaan gemuruh dan takutnya kepada lagu tersebut. Sekurang-kurangnya dapat meredakan tekanannya. Saya melihat adegan ini sebagai satu adegan yang gelaknya lebih natural. Di hampir penghujung, Mas pula yang mengajar Anding. Cuba bayangkan jika anda berada di tempat Anding. Bagaimana perasaan anda. Tentu di dalam hati anda berkata, budak ini aku mahu ajar dia gelak pula. Tidak sedar diri.

Entri oleh sultanmuzaffar 06 July 2004 0 komen

Akademi Fantasia IIDiari Akademi Fantasia 05-03-04

Melalui mata kita boleh berkata-kata. Azri Iskandar ialah seorang pelakon yang matanya boleh berkata-kata menyampaikan dialognya. Melalui mata juga, pandangan dapat dibuat dan fokus dapat ditumpukan. Selain daripada itu, persembahan unplugged dengan gitar dan piano lebih fokus kepada muzik.

Kelas Cikgu Fauziah Nawi : Loghat
Berdasarkan lagu Anita Sarawak dan Ismail Haron, mereka perlu melakonkan babak sepasang suami dan isteri.

Zahid dan Zarina banyak menggunakan loghat Kedah. Zahid agak konsisten dalam penggunaan loghat Kedah tetapi tidak kepada Zarina. Ikut suka sahaja. Hang jadi cek, cek jadi hang, ayaq jadi air. Sebuah lakonan yang baik. Di penghujung mereka menyanyi lagu Seiiring Dan Sejalan.

Bob dan Farah tidak memberikan lakonan yang memberangsangkan. Di penghujung mereka menyanyikan lagu Keliru. Nurul dan Anding menggunakan loghat Penang dengan baik. Ia bermula dengan baik tetapi lama kelamaan menjadi loghat Kedah, Sarawak, Kelantan dan macam-macam lagi. Mas dan Kaer membawa imej sepasang suami isteri urban. Tidak menjadi. Sebuah kelas yang banyak merepek. Segala macam loghat ada, Penang, UK, Sarawak, Kelantan.

Akademi Fantasia IIAdam dan Johnny Sakit
Adam dibawa klinik hari ini kerana tidak sihat dan dinasihatkan agar berehat. Masalah utama Johnny ialah tidak boleh zoom. Ia hanya boleh berpusing ke kiri dan kanan serta atas dan bawah.

Menuju Puncak
Kerana tidak mengikuti kelas Linda Jasmine dengan bersungguh-sungguh, Kaer dan Zahid telah didenda.

Kaer Pemuda Thai
Saya sudah mula bosan dengan watak terencat akal yang cuba dibawa oleh Kaer. Ini sudah kali yang entah ke berapa kali dibawakan watak sedemikian. Kaer berusaha keras untuk menampilkan imej cute yang kononnya akan mengumpan undi penonton. Di minit awal lakonannya, beliau agak bersahaja dan jelas watak pemuda Thai tersebut tetapi ia tidak konsisten dan wataknya berubah menjadi seperti tidak betul pula. Farah juga mampu menjadi pelengkap kepada watak tersebut tetapi imej Kaer seakan-akan cuba menenggelamkan imej Farah.

Ada sesiapa Peminat Fanatik Kaer yang boleh membuat satu banner tertulis "Kaer, Please Stop It ! We Hate The Retarded Character !"

Johnny dan Jenny Sakit
Saya melihat Johnny dan Jenny sebagai satu pembaharuan yang ada di dalam Akademi Fantasia II. Mewujudkan emosi dan fizikal kepada dua kamera itu secara tidak langsung memberi sedikit emosi kepada para pelajar. Pelajar berkomunikasi dengan kamera berpandukan emosinya. Ilmu-ilmu lakonan dapat dipraktikkan. Jenny sedang bersedih dan Johnny sedang demam panas.

Setidak-tidaknya, dengan adanya kamera itu para pelajar yang bijak menggunakan strategi boleh mempergunakan kamera tersebut untuk memancing undi.

Zahid, Bob, Anding, Kaer dan Adam menyanyi lagu Sejahtera Malaysia di hadapan kamera.

Akademi Fantasia IIKelas Siti Hajar : mamemimomu
Mereka harus membuat mamemimomu dalam rentak yang agak laju. Kesilapan yang dilakukan adalah tidak bersungguh-sungguh menghasilkan sebutan itu dan tenaganya tidak seimbang. Memang meletihkan untuk menjadi seorang penyanyi.

Jika dapat menghasilkan vokal yang nyaring, salah satu tandanya ialah mereka mempunyai lelangit yang berlekuk. Perempuan mempunyai lelangit lebih lengkung kerana mereka menghasilkan vokal melalui head tone.

Adam tiada
Bob ada
Anding tiada
Zahid ada
Linda ada
Farah ada

Mereka sama-sama melihat lelangit Linda yang agak dalam dan tinggi.

Linda : Bunga Melor
Improvisasi lagu Bunga Melor di tangan Linda kedengaran agak mendayu. Yang menarik apabila kita dapat melihat Cikgu Siti Hajar turut sama menyanyikan lagu tersebut bersama-sama Linda. Kita juga dapat melihat Linda bersungguh-sungguh mendapatkan lagu tersebut. Selama saya menonton Konsert Akademi Fantasia, tidak pernah sekali ada pelajar yang membuat persembahan sambil duduk. Entah mengapa tiba-tiba idea ini datang. Saya merasakan lebih sesuai jika Linda membuat persembahan sambil duduk di atas sebuah kerusi.

Mas : Yakin Diri
Cara nyanyian Mas sudah betul. Masalah utama Mas ialah keyakinan diri. Tanpa keyakinan diri, agak sukar bagi Cikgu Siti Hajar untuk memperbetulkan kesilapannya. Langkah pertama, beliau harus mendapatkan keyakinan dirinya itu. Selain sebutan, lagu ini bukanlah lagu yang agak susah untuk dinyanyikan. Lirik ulangan dan persembahan ber”attitude”.

Akademi Fantasia IIZarina : Pulangkan
Sengau merupakan masalah yang ingin dibaiki oleh Cikgu Siti Hajar terhadap Zarina. Saya melihat nyanyian Zarina agak baik. Teknik-teknik dan stail vokalnya agak menyerlah. Cara memegang pembesar suara juga diajar. Beliau perlu ada keinginan untuk melontar vokalnya supaya tidak sengau. Yang penting pada lagu tersebut ialah cara beliau membawakan rasa pada lagu tersebut. Zarina perlu mendapatkan melodi lagu tersebut. Ada kedengaran out-of-beat pada beberapa bahagian.

Nurul : Keluarkan Lagi !
Seperti Liza di Akademi Fantasia I, Nurul masih malu-malu untuk memberikan persembahan yang bertenaga. Beliau sebenarnya mampu untuk memberikan yang terbaik. Sewaktu latihan, low tone vokalnya telah keluar. Berbeza dengan sebelumnya. Teknik-teknik yang perlu dibuat telah dipraktikkan. Penghayatan pada lagu tersebut perlu diberikan agar mesejnya sampai kepada penonton.

Menuju Puncak
Agaknya kerana sudah biasa dengan Corrie, para pelajar sudah dapat menangkap setiap langkah tarian dengan baik dan melakukannya dengan bersungguh-sungguh. Sebuah koreografi yang menarik dan lebih sync.

Tipah Tertipu
Saya dapat merasakan Adam tidak menghadapi masalah untuk menari dalam lagu ini. Pergerakan yang dicipta oleh Corrie juga agak sukar dan menarik. Saya melihat ada perbezaan dalam tarian pada Akademi Fantasia I dan II. Memang jauh benar perbezaannya. Pergerakan kali ini lebih sukar tetapi menarik.

Zarina dan Pulangkan
Sebuah lagu berhantu nyanyian Misha Omar untuk Zarina. Beliau cuba untuk mencorakkan lagu tersebut mengikut gayanya. Sebuah persembahan yang bakal menarik. Cuma di dalam kepala beliau harus fokus agar tidak terkeluar vokal sengaunya.

Entri oleh sultanmuzaffar 05 July 2004 0 komen

Akademi Fantasia IIDiari Akademi Fantasia 05-01-02

Tiada ulasan untuk Diari Akademi 01 kerana tiada mood. Saya ada sahabat tapi sahabat saya itu tidak berguna langsung. Dia tidak mampu melakukan sifat-sifat biasa seorang sahabat. Dia seorang yang selfish. Amat selfish !

Menurut Pengetua Ramli MS persembahan pelajar semakin teruk. Berbeza dengan minggu sebelumnya. Saya sendiri dapat merasakannya. Ada sesuatu yang kurang pada Konsert IV. Persembahan masih menghiburkan walaupun standard persembahan agak menurun.

Bob dinasihatkan agar meneruskan perkembangan. Di atas pentas beliau masih mengekalkan tabiat lama. Beliau perlu menggandakan usaha beliau di konsert akan datang. Yang menariknya, Ramli MS mengambil Zahid sebagai contoh. Beliau melihat ada perubahan besar pada Zahid.

Menurut Ramli MS, Zarina sengau pada Konsert tersebut. Konsert 1 hingga Konsert 3 persembahan vokal Zarina baik tetapi tidak pada Konsert IV. Adam perlu menggandakan usaha beliau untuk memberikan persembahan yang lebih baik. Ada perubahan tetapi agak kecil.

Seperti Anding, saya melihat beliau telah memberikan persembahan yang baik tetapi terdapat masalah pitching yang besar. Farah pula tidak serius dan senyumannya main-main. Tariannya juga tidak serius.

Nurul menyatakan yang beliau hilang haluan. Perubahannya kecil iaitu sebanyak 4% dan 1% pada setiap minggu. Beliau terlalu emosional. Kaer tidak menggunakan peluang kejutan yang diperolehinya dengan baik. Beliau harus menguatkan ketahanan dirinya.

Linda tidak releks dengan lagu tersebut. Beliau banyak mengambil mudah tentang lagu tersebut sehingga memberikan persembahan yang tidak begitu cemerlang. Mas ada peningkatan tetapi masih lemah dalam teknik pernafasan. Menurut Siti Hajar, ada beberapa pelajar yang menyedari diri mereka lemah tetapi tiada usaha dibuat ke arah memperbaiki kelemahan tersebut. Ada di kalangan pelajar yang merasakan dirinya sudah pandai.

Jarang dapat melihat Pengetua agak marah di dalam Akademi. Beliau mengarahkan agar semua persediaan siap dari segi lagu, melodi dan lirik (boleh melihat lirik) pada hari Rabu selepas makan malam. Menjelang hari Jumaat semua persediaan lengkap.

Lagu Baru Konsert V
Kaer – Habis Sudah Umpanku oleh Azizi
Anding – Merisik Khabar oleh Sudirman Haji Arshad
Adam – Tipah Tertipu oleh Ruffedge
Zahid – Warna Kehidupan oleh Yusry
Bob – Akar Dan Bumi oleh Amuk
Nurul – Bersamamu oleh Ezlynn
Linda – Bunga Melor oleh Tan Sri P. Ramlee
Zarina – Pulangkan oleh Misha Omar
Farah – Tenda Biru oleh Desy Ratnasari
Mas – Can’t Get You Outta My Head oleh Kylie Minogue
Lagu Kumpulan : Jangan Pisahkan

Linda agak kecewa apabila dikritik oleh Ramli MS. Beliau dinasihatkan oleh Cikgu Siti Hajar agar menjadikan kekecewaan itu sebagai pendorong. Bermain boleh, tetapi biarlah bermain yang serius. Kritikan diberikan kerana kita mahu melihat orang yang disayangi lebih berjaya. Ramli MS telah pun menutup buku dan kehidupan mesti diteruskan. Beliau mempunya aset yang besar tetapi tidak digunakan. Beliau harus melihat ke hadapan.

Tindakan Linda menjadikan tangisan sebagai penghalang untuk lebih maju adalah sesuatu yang memalukan. Menurut Cikgu Siti Hajar, menangis boleh tetapi biarlah yang positif. Linda seharusnya menutup cerita konsert minggu lepas dan bertekad untuk memberikan persembahan yang lebih baik. Nurul sememangnya seorang yang rapuh dan semangatnya mudah lemah.

Rata-rata pelajar menerima dengan baik lagu mereka. Satu cabaran yang besar buat Bob apabila menerima lagu Akar Dan Bumi. Sebuah lagu rock yang memerlukan Bob melontar seluruh vokalnya dengan lebih cemerlang tanpa unsur-unsur kepit lagi. Memberikan sebuah lagu yang baru di pasaran seperti lagu Habis Sudah Umpanku merupakan seperti kekurangan idea kepada Kaer. Namun secara positif, Kaer boleh menvariasikan lagi lagu ini. Lagu ini jugalah waktu Azizi dikritik hebat oleh Ramli MS yang vokal beliau mendatar dan tiada dinamik. Secara tidak langsung, lagu ini boleh dijadikan landasan untuk membuktikan dinamik vokal Kaer. Adam menerima sebuah lagu rap iaitu Tipah Tertipu. Masih popular di pasaran. Kehebatan showmanship beliau akan menjadi sandaran terbaik persembahan beliau. Beliau harus menjaga stamina beliau dari sekarang untuk lagu ini. Begitu juga Anding, yang mana menerima sebuah lagu killer. Persembahannya akan menjadi lebih hebat sekiranya mampu membuatkan penonton menangis. Sebuah lagu yang penuh jiwa. Lagu Warna Kehidupan tidak menjadi masalah besar kepada Zahid. Beliau harus mencorakkan lagu ini seperti lagu beliau sendiri tanpa perlu terikut-ikut gaya Yusry.

Farah menerima sebuah lagu yang agak sesuai dengan vokal beliau. Sebuah lagu balada yang agak tinggi. Rasanya tidak menjadi masalah besar kepada beliau. Zarina menerima lagu Pulangkan. Sebuah lagu yang amat sesuai dengan beliau lebih-lebih lagi liriknya yang ada kaitan dengan beliau. Saya terbayang-bayang siapakah yang akan menyanyikan bahagian vokal lelaki itu. Sebenarnya lagu itu tidak sukar. Tidak banyak lirik yang perlu dihafal. Mas perlu menggunakan kelebihan tariannya untuk lagu ini. Showmanship perlu nampak lebih attitude dan seksi. Nurul mampu untuk memberikan persembahan yang bagus untuk lagu ini. Beliau harus meningkatkan tahap keyakinannya. Nampak lemah sangat. Silap haribulan, Nurul yang tersingkir. Linda rasanya tidak menghadapi masalah untuk membawakan lagu tersebut. Beliau harus mendapatkan Bob untuk mempelajari lenggok asli Melayu.

Entri oleh sultanmuzaffar 0 komen

Novel Bersiri Akademi Impiana: Bahagian 21



“Awak boleh letak helmet awak tu di sana.” Ujar seorang wanita yang sedang mendekati Rahmat dan Linus. Rahmat meletakkan topi keledarnya di tempat yang dinyatakan oleh wanita tersebut.

Rahmat seperti terpegun melihatkan kejelitaan wanita tersebut. Wanita tersebut bertubuh menarik dengan memakai baju dalam yang ketat dengan sehelai cardigan di luarnya. Dia nampak cukup ranggi.

“Model ke?” bisik Rahmat kepada Linus.

“Entah.” Jawab Linus pendek. “Tapi macam ada potongan model...”

“Awek ni cun giler. Memang macam model.” Mata Rahmat tepat kepada wanita yang kelihatan berusia di sekitar pertengahan umur 20-an itu. “Muka dia familar pulak tu!”

“Nama saya Salina.” Ujarnya sambil menghulurkan tangannya untuk bersalaman dengan Rahmat dan kemudian dengan Linus.

Rahmat bersalaman dengan Salina. Dia berpaling ke arah Linus yang sedang tersenyum.

“Saya Accounts Manager di sini.” Jelas Salina kepada Linus dan kepada Rahmat tentang tugasnya di dalam agensi pengiklanan ini. “Tugas saya menjaga akaun Bank BKL.”

“Randy yang menyuruh kami ke sini.” Linus memberitahu. Mata Rahmat kadang-kala akan melilau melihat keadaan pejabat agensi pengiklanan yang terletak di Millenium Tower, Bukit Damansara ini. Pejabat ini kelihatan menarik dan canggih. Hiasan dalamannya juga nampak cantik dengan warna merah menjadi warna utama di sini.

“Ya saya tahu. Untuk photoshoot Rahmat, kan?”

“Ya.” Jawab Linus dan Rahmat serentak.

“I thought Randy was exaggerating when he said he found a talent that will suit the ads that we're doing.” Kata Salina dengan loghat Inggeris yang pekat. Dia tersenyum ke arah Rahmat.

“So where's Randy?” tanya Linus kepada Salina.

“Dia sibuk. Ada presentation dengan client kami sejak pagi tadi. Lagipun apa yang saya kena buat ni memang kerja saya.” Salina menjelaskan. Kemudian dia meminta agar Rahmat dan Linus ikut dia berjalan ke arah sebuah studio kecil yang terdapat di agensi pengiklanan tersebut.

Di dalam studio tersebut, kamera dan lampu semuanya telah tersedia. Yang tidak ada cuma jurufoto sahaja.

“Where's Krisnan? I thought he should be here on the dot?” tanya Salina dengan tegas kepada pembantu jurufoto yang ada di situ.

“He's going to be slightly late. There are some photos he has to develop immediately.” Jelas pembantu Krisnan.

“How long is this going to take?” tanya Linus. Dia memandang ke arah jam tangannya. Pembantu jurufoto menaikkan kedua belah bahunya.

“I think I have to go. I have a meeting at 11.” Jelas Linus kepada Salina.

“You don't have to worry about that... I can take care of Rahmat myself.” Kata Salina dengan suara nakal.

“Rahmat, kau stay sini sampai kerja ambil gambar ni habis ye?” pinta Linus kepada Rahmat. Rahmat mengangguk setuju.

Linus mengucapkan selamat tinggal, lantas berjalan keluar dari pejabat untuk pulang ke pejabatnya yang letaknya di Bukit Damansara juga.

Rahmat memandang ke arah Salina. Beliau nampaknya sedang bercakap menggunakan telefon bimbitnya. Salina nampak tenang walaupun seperti ada sesuatu yang penting yang sedang dibincangkannya.

“Krisnan akan sampai ke sini dalam masa 30 minit lagi.” Jelas Salina kemudian, setelah beliau selesai menggunakan telefon bimbitnya.

“Tak apalah... Saya tunggu.” Ujar Rahmat sambil tersenyum.

“Apa kata kita turun minum kopi?” Salina menyarankan. Rahmat mengangguk setuju. Salina memberitahu kepada pembantu jurufoto bahawa mereka akan datang kembali ke studio selepas mereka selesai minum.

Salina membawa Rahmat keluar dari Millenium Tower lantas menyeberang jalan ke Pusat Bandar Damansara. Mereka singgah ke Starbucks.

“You nak minum apa?” tanya Salina kepada Rahmat. “I belanja...”

“Apa-apa yang you nak minum, I minum sekali.”

“I nak minum cappuccino. Is cappuccino okay?”

Rahmat mengangguk. Dia mencari tempat untuk duduk. Dari jauh dia memerhatikan Salina. Didapatinya Salina seorang wanita yang yakin pada diri sendiri dan tidak memerlukan bantuan orang lain. Jarang sekali Rahmat dapat menemui wanita sepertinya.

Salina membawa minuman yang dipesannya, lantas diletakkan di atas meja. Dia mendapati Rahmat seperti masih segan kepadanya.

“Randy kata dia jumpa you kat MidValley. You pergi tonton tayangan khas Spiderman 2...” Salina memulakan perbualan.

“Ya, abang Linus yang bawa saya ke sana.”

“Randy is really good at finding raw talents.” Jelas Salina seperti berbisik kepada dirinya sendiri sambil menghirup minuman cappuccinonya. “Umur you berapa?”

“Dua puluh empat tahun... Dah tua dah.” jawab Rahmat sambil tersenyum.

“I lagi tua dari you--”

“Berapa umur you?”

“Dua puluh enam...”

“Tak lah tua sangat... Muka you nampak muda.”

“Pandai you ambil hati I.” Salina tersenyum malu.

“Serius... You memang nampak muda. I ingatkan tadi umur you baru masuk awal 20-an.”

“I pulak ingat you sama umur dengan I... Muka you nampak matang.” Ujar Salina dengan jujur.

“Salina... You berasal dari mana?” Rahmat memberanikan dirinya untuk bertanya.

“Dari JB... Tapi... I telah dilahirkan di Singapura... Panjang ceritanya.”

“Ceritalah... I nak dengar.” Kata Rahmat dengan penuh minat. Segala tumpuannya diberikan kepada Salina.

“Well... My dad sebenarnya orang Itali. Dia telah ke Singapura untuk bekerja di sebuah syarikat semikonduktor di sana. Dia jumpa mak I di sana dan mereka berkahwin. Kami berpindah ke JB pada awal tahun 80-an dulu.”

“Patutlah muka you ni... Cantik semacam jer. Anak mat saleh rupa-rupanya!” Rahmat memuji. Rahmat dapat melihat wajah Salina yang putih melepak itu merona merah kerana menahan malu.

“Jadi you orang Singapura ke... Orang Malaysia?” tanya Rahmat lagi.

“Technically speaking, I orang Singapura. Tapi I pegang IC Malaysia.” Jawab Salina dengan selamba. “Mak I orang JB... Masa bapak I kenal dia dulu, Mak I kerja kat kilang tempat bapak I bekerja di Singapura.” Salina berterus terang tentang sejarah hidupnya. Rasa-rasanya, tidak ada apa yang harus dimalukannya tentang latar belakang keluarganya sendiri. Malah dia berbangga bahawa ibunya pernah bekerja keras di kilang untuk mencari nafkah untuk keluarganya di JB satu ketika dahulu.

“You ni model ke?”

“Tak...”

“Bohong lah! I rasa macam pernah nampak muka you kat TV.”

“Okay, pernah.” Salina akhirnya mengakui. “Iklan shampoo. Diorang nak carik talent, terus I diambil. Nak jimat kos kononnya.”

“Masa tu you punya rambut panjang...”

“Alah tu dulu. Sekarang pendek. I suka rambut pendek macam ni. Kemas sikit.”

“Jadi you tak jadi model lagi ke?”

“I tak minatlah Rahmat.” Salina menggeliat manja.

“Apa yang you minat?”

“I minat banyak benda sebenarnya... Dulu masa kat universiti, dua kali I tukar course sebab banyak sangat benda I minat nak belajar.”

“You study kat mana dulu... Apa yang you belajar?”

“I study di School of Oriental and African Studies di London dalam bidang Art History... Sepatutnya I kerja di Sotheby's atau di Christie's, tapi entahlah, tiba-tiba I terjebak dalam bidang pengiklanan pula.”

“You suka buat kerja you ni?”

“Minat tu minat juga. Kadang-kala seronok juga ikut Art Director pergi shooting.” Salina menjelaskan. “You pula kerja apa?”

“I kerja kilang. Pekerja am...”

“No kidding?” tanya Salina. Dia fikir Rahmat sedang berjenaka dengannya.

“I memang kerja kilang...” Suara Rahmat perlahan. “Baju ni I pinjam dari abang Linus. Dia suruh I pakai smart sikit. Rambut I ni pun dia yang suruh potong.”

“Maaf kalau I tanya pasal pekerjaan you tu tadi--”

“Tak apa. I tak kisah.”

“Mak I pun kerja kilang satu ketika dahulu.” Beritahu Salina dengan bangga.

“Tapi you dah berjaya sekarang... Tentu orang tua you bangga dengan you, kan?”

“Ya...” ujar Salina sambil tersenyum.

“Kenapa you tak percaya I kerja kilang.”

“Entahlah... You just don't strike me as a mat kilang.” Jelas Salina sambil memerhatikan wajah Rahmat dengan teliti. “Not like I know what a mat kilang suppose to look like. It's like... Muka you nampak macam you are extreamly intelligent. I can even see it in your eyes.” Salina berhenti seketika sebelum dia menambah lagi. “I jarang salah bila I perhatikan seseorang tu. Jadi I pelik, macam mana you boleh kerja kilang?”

“I kena berhenti sekolah sebab I terpaksa bekerja untuk sara bapak I yang tercedera dalam satu kemalangan di tempat kerjanya. Dia lumpuh. Masa tu I baru jer dapat tawaran untuk buat matrik di UM. I tak boleh sambung belajar walaupun bapak I suruh I belajar lagi. Tapi kalau bukan I yang jaga dia siapa, lagi?”

Salina nampak serba salah. Dia mula memikirkan dia telah menyakiti hati Rahmat.

“I mintak maaf kalau I tanya you soalan yang terlalu peribadi tadi.” Kata Salina dengan nada perlahan.

“I tak marah.” Rahmat cuba menjelaskan keadaan dirinya yang sebenar. “I cuma beritahu tentang keadaan diri I sekarang... Mengapa I terpaksa kerja kilang. I memang nak kerja yang senang, tapi dengan SPM dan keadaan ekonomi sekarang, I tak ada banyak pilihan.” Rahmat menjelaskan. “Kalau you nak tahu sangat, bapak I dah okay. Tak macam dulu. Dulu dia lumpuh teruk. Tak boleh jalan langsung. Sekarang dia dah boleh jaga diri dia sendiri. Sebab tu I datang ke KL untuk kerja di sini. Yang penting sekarang, I hantar duit kat dia tiap-tiap bulan. Mak cik I di kampung tolong jagakan dia.”

Salina tidak tahu apa yang perlu dinyatakan lagi kepada Rahmat. Rasa bersalahnya masih menebal. Dia terus mendiamkan dirinya.

“You ada tengok Akademi Impiana?” tanya Rahmat yang mula sedar tentang keadaan Salina yang hanya duduk membisu pada ketika itu.

“Tak... I jarang tonton TV.”

Rahmat ketawa kecil. Salina terasa pelik dirinya ditertawakan.

“Kenapa... Kelakar ke?”

“You serius ke tak suka tonton rancangan di TV?”

“Ye lah. Tapi kenapa?”

“You kan kerja dengan agensi pengiklanan... Jadi, kelakar jugak kalau you tak suka tonton TV.”

“I lebih suka membaca, dengar radio. Menulis. Surf the net. There are so many things I could do besides watching TV.”

“Betul tu...” Rahmat puas mendengar penjelasan Salina.

“So... Kenapa you tanya I jika I suka tonton Akademi Impiana?”

“Semua orang yang saya kenal suka tonton rancangan tu--”

“Yeah... I've heard about it. In fact, kalau you nak tiket pergi ke konsert Akademi Impiana, I boleh bagi. I boleh dapatkan tiket free. I'm handling one of the major sponsor's account.”

“Tak apalah. Banyak lagi benda yang I boleh buat pada malam Sabtu...”

“Like what?”

“Ronda-ronda KL. Lepak-lepak...”

“You suka melepak lah ni?”

Rahmat tidak menjawab. Dia tersenyum.

“So what do you do this Saturday?”

“Tak buat apa... Kenapa?”

“Kalau you tak busy sangat dengan lepak-melepak you tu, I ingat nak ajak you pergi makan malam. My treat!”

Rahmat tersentak buat seketika. Nadinya bergerak cepat. Teruja. Dia memandang ke wajah ayu Salina. Dia tidak dapat mempercayai kalimah-kalimah yang baru diucapkan olehnya tadi.

“You selalu ke ajak orang keluar macam ni?”

“Only if he's a model and he's gorgeous.” Kata Salina dengan manja, sengaja dia mahu mengusik. Rahmat tersengih sendiri. “Rahmat... You orang pertama yang I ajak keluar macam ni.” Kata Salina kemudian malu-malu.

“Kalau macam tu... Boleh jugak. I tak kisah.” Ujar Rahmat. Kemudian dia memandang ke cawan cappuccino di hadapannya. Dia baru sedar dia belum sempat minum air yang telah dipesan Salina sejak tadi. “I boleh keluar dengan you, dengan syarat, kita keluar dengan motor I.”

“I thought you'll never ask.”

“I bawak motor kapcai!” Rahmat sengaja menguji.

“Masa I di London dulu, I ada skuter Piaggio I sendiri. Hari-hari I bawak skuter tu dari rumah I ke universiti.” Jelas Salina. “Kalau you nak, I boleh bawak motor kapcai you, dan you duduk belakang!” ujar Salina dengan wajah yang dibuat-buat serius. Rahmat mendapati bahawa Salina suka mengusiknya dan berjenaka.

Rahmat menggaru-garu rambutnya yang tidak gatal itu sambil tersenyum.

“Okay sekarang, I nak tahu... Kenapa you nak ajak I keluar?”

“Entahlah. You seemed like a nice guy to me.”

“Tapi you tak kenal I lagi...”

“Sebab itulah I nak ajak you keluar makan malam!” Salina senyum sambil menggigit bibirnya yang merah itu. Rahmat tersipu-sipu malu. Dia tidak pernah bertemu dengan seorang wanita seperti Salina yang berani menyuarakan pendapat serta kemahuannya. Sifat-sifat yang ada di dalam diri Salina membuatkan Rahmat sendiri mahu mengenalinya dengan lebih rapat lagi...

Entri oleh sultanmuzaffar 04 July 2004 0 komen

Novel Bersiri Akademi Impiana: Bahagian 20



Kakak Besar: Who do you think will be voted out this time around?

Abang Besar: Whatever it is, I hope it's not Boboy. Dia bagus...

Kakak Besar: I have to admit... Dia memang bagus. Tapi you tentu tahu siapa yang selalu habiskan duit untuk beli SMS yang kita jual kan?

Abang Besar: Teenage girls.

Kakak Besar: Jadi kenapa you tanya?

Abang Besar: Ye lah, teenage girls or men and women who are trapped in a body of a 16 year old girl will always vote for boys with pretty face.

Kakak Besar: Dah minat diorang...

Abang Besar: I wish they'll vote students yang ada bakat--

Kakak Besar: Katakanlah, you ni orang luar. You nak undi tak?

Abang Besar: Are you kidding? Buat apa? Banyak lagi benda I boleh buat dengan duit I tu.

Kakak Besar: So how do we make people like you to start voting?

Abang Besar: Entahlah... We are just spectators. We know the value of money. But to some, that's their problem. It's their money that will translate to more bonus to us.

Kakak Besar: Whatever it is... Fyrul just have to go.

Abang Besar: Yes. But I'll miss him. He's just to painful to watch and listen to, but that's what you call entertainment.

Kakak Besar: Kalau dia tak ada, macam dah tak ada kontroversi pulak. It's like, we have to work even harder to create drama and tension amongst our viewers...

**


“Haiyoh, Boboy boleh nyanyi kan nok?” tanya Gundutz kepada Linus.

“Eh, bukan kau tak suka dia ker?” tanya Linus kembali. Linus memerhatikan Timah. Di dapatinya Timah sedang sibuk mengundi dengan menggunakan handphonenya. “Dulu bukan main anti sangat ko kat dia!”

“Dulu lah nok... Tapi sekarang hem tengok dia memang ada bakat.”

“Wah, wah, wahhhh! Khelesssss statementz adik-adik.”

“Hem serius lah nok. He's good.”

“Tapi Akademi Impiana is not about being good. It's about how good looking you are.”

“Kalau camtu, susah lah nok. Boboy ni bila-bila boleh keluar.”

“Itulah nok. I want to hear more from him.” Ujar Gundutz dengan nada serius. Kemudian dia terus menonton konsert keempat Akademi Impiana dengan penuh khusyuk.

“Rambut makin panjang atau awak makin panjang?” ujar Azmil ketika bergurau dengan Fyrul sebelum Fyrul menyanyikan lagunya.

“Haiyoh statementz! Sentapnya nok!”jerit Linus. Beliau menjerit sekali lagi apabila Azmil sekali lagi mengeluarkan kalimah-kalimah yang lebih memeranjatkan kepada Dara pula mengenai ikannya yang telah mati:

“Lepas ini bela anak ikan pula...”

“Haiyoh! Dia hengat Dara ni macam dia ke nok? Nak bela anak ikan bagai!” ujar Gundutz membalas kata-kata Azmil.

Azmil kemudian menimbulkan kontroversi lagi (tak cukup dengan buat-buat pelat macam budak terencat akal apabila menyebut perkataan “piano” sebagai “pinano”), apabila beliau memberitahu kepada Zurina tentang haiwan peliharaan yang beliau mahukan. Maka Zurina memberitahu bahawa beliau meminati kucing, tetapi berubah memilih buaya, (mungkin kerana Zurina tak mahu Azmil mengusik, kerana kucing adalah haiwan peliharaan yang telah diberikan kepada bekas kekasihnya dahulu sebagai hadiah dari Gastro). Kata Azmil kepada Zurina: “Awak lupa yang buaya buat awak terluka?”

“Tak baiknya abang Azmil cakap macam tu!” Teriak Timah. Beliau sedia maklum bahawa buaya yang dimaksudkan Azmil adalah Khairi dan Timah adalah peminat nombor satu Khairi.

“Dah ala-ala ponen veteren molot jahat... Nak buat macam mana?” Ujar Gundutz dengan suaranya yang cukup pedas memerli.

Nampaknya pada malam itu, Gundutz dan Linus cukup tidak puas hati dengan Azmil. Banyak rasanya kesilapan yang dilakukan oleh Azmil. Banyak daripada lawak-lawak yang cuba dilakukannya tidak bertempat dan langsung tidak kelakar. Lebih ketara lagi apabila beliau tersilap menyebutkan nama pelajar yang terkeluar pada malam itu. Nama yang disebutnya adalah Zaidi.

“Oh tidak!” getus gundutz sambil menggigit hujung kusyennya.

“Apa nak jadi ni nok!” Jerit Linus pula. Wajah mereka pucat. Timah pula nampak puas dan seronok.

Keadaan berubah apabila Azmil meminta maaf, lantas memberitahu bahawa peserta yang keluar sebenarnya Fyrul. Beliau telah melakukan kesilapan membaca nama pelajar:

"Anggaplah ianya sebagai realiti bahawa kesilapan boleh berlaku."

“Koser statement spedo tak perlu!” Gundutz mengurut dadanya. Mungkin kerana terkejut. Gundutz berpaling ke arah Timah. Didapatinya Timah sedang menangis seperti perempuan kematian suami.

“Eh perlu ke menangis macam ni?” tanya Linus, sengaja dia mahu mengacau Timah.

“Aku dah undi dia... Habis sampai habis credit aku!” tersekat-sekat suara Timah menerangkan. “Macam mana dia boleh terkeluar! Tak adil! Suara dia sedap. Dia ada pakej!”

Timah terus menangis. Dia sedih kerana pelajar kesayangannya Fyrul terpaksa keluar dari Akademi Impiana.

“Eh mana kau dapat duit nak tambah prepaid ko tu? Bukan ke ko dah guna sampai habis minggu lepas?” tanya Gundutz ingin tahu.

“Rahmat bagi duit--”

“Hem tak tahu apa nak cakap kat kau, Timah.” Gundutz menggeleng-gelengkan kepalanya. Dia nampak kecewa. “Laki ko bagi duit, ko habiskan macam tu jer! Pompuan apa ko ni?”

“Sabar jelah!” Linus memegang bahu Gundutz.

“Aku tak mahu si Fyrul keluar!” jelas Timah bersungguh-sungguh.

“Hello nok. Kalau ponen tu masuk ke, keluar ke, jadi Miss World wakil Malaysia ke... Apa ko dapat nok?”

Timah tidak menjawab. Dia tidak mahu mendengar teguran dari Gundutz. Lagipun dia terlalu sedih memikirkan tentang pemergian Fyrul. Jiwanya rentum. Dia tidak kisah kehabisan wang dan harta, asalkan pelajar kesayangannya itu dapat terus ditatap wajahnya di kaca TV...

**


Bagaimana untuk penonton memahami maksud sebenar Juri Profesional (JP) ketika memberikan pendapat mereka di malam konsert Akademi Impiana:

(JP): Stage presense memang kurang. Tapi ada potensi untuk pergi jauh.
(Maksud Sebenar): Anda kaku di atas pentas

(JP): Dalam dunia hiburan bukan imej dan pakej sahaja. Bakat dalam vokal juga penting. I wish you the best.
(Maksud Sebenar): Nyah, kalau nak harapkan chantek jer tak cukup. Lepas hari ini, you boleh balik kepada dunia jahit menjahit you tu.

(JP): Mula-mula tu macam Aramugam, lepas tu macam mama Juwie
(Maksud Sebenar): Mula-mula tu macam Aramugam, lepas tu macam mama Juwie

(JP): You must have a soft heart then!
(Maksud Sebenar): Bila lupa lirik, pandai you nak cover line yer!

(JP): Baju tu sebenarnya Azmil pun mahu pakai
(Maksud Sebenar): Perlu ke komen baju pelajar yang kau sendiri dah tempah dua tiga pasang?

(JP): Dia dah tahu rahsia awak.
(Maksud Sebenar): Satu Malaya tahu rahsia awak mendrag, Azmil...

Entri oleh sultanmuzaffar 0 komen

Akademi Fantasia IIImbasan Akademi Fantasia IV

Bersama Freddy Fernandez
Di Akademi Fantasia I beliau kita kenali sebagai Pengetua Akademi Fantasia, kini beliau melibatkan diri di bawah Maestro sebuah syarikat yang menguruskan bintang Akademi Fantasia juga beberapa muka baru.

Pandangan beliau sebagai orang luar dari Akademi Fantasia II, beliau merasakan vokal pelajar Akademi Fantasia II lebih mampu menyanyi dengan baik. Berdasarkan perwatakan pelajar rasanya bintang Akademi Fantasia I dan II punya karektor mereka yang tersendiri.

Kerja Maestro adalah untuk membangunkan artis-artis baru untuk menceburi bidang seni. Mereka turut terlibat dalam pengurusan secara profesional kepada bintang-bintang masa depan ini.

Kini, Edlin dan Fitri telah pun berada di bawah pengurusan Maestro. Edlin akan terlibat dengan Konsert Siti Fantasia di Johor Bahru. Kini, kebanyakan bintang Akademi Fantasia telah pun menjadi pelakon iklan, penyanyi, pembantu di Roda Impian, pengacara, model iklan, penyampai ERA dan juga artis rakaman.

Rosma, Nana, Nija, Liza, Atie dan Azza akan mengeluarkan album pertama iaitu Evolusi 1 dan Sahri, Adifashla dan Burn akan menghasilkan album pertama mereka berjudul Evolusi 2.

Tidak semua pelajar berpeluang untuk merakamkan album solo, tetapi dengan adanya lagu original sendiri sudah tentu ia dapat digunakan sebagai platform untuk terus berjaya di masa akan datang.

Bersama sultanmuzaffar
Antara soalan-soalan yang diberikan kepada saya sendiri. Saya merasakan lebih sesuai menulis dari bercakap di hadapan kamera. Itu bukan bidang saya. Jika suara saya tidak sedap, buat apa sibuk nak menyanyi. Satu pengalaman pertama bercakap di hadapan kamera yang kemudiannya disiarkan. Terbuka untuk diberikan komen. Tiada masalah.

Ingatkan seperti berlakon, tidak boleh pandang kamera. Bila tengok kamera saja, director jerit cut. Rupa-rupanya kena tengok kamera ya ! :)

Tidak ada skrip disediakan. Tidak realiti tv jika ada skrip. Semua soalan spot tidak mengena. Apa yg dibincang masa sebelum shoot memang tidak keluar langsung.

Satu pengalaman yang paling best dan paling sejuk tangan.

Mengapa menonton Akademi Fantasia ?
Akademi Fantasia mempunyai satu elemen human touch dalam rancangan tersebut yang tidak ada pada rancangan-rancangan yang lain yang berkonsepkan sama. Elemen human touch itulah yang menjadi kekuatan rancangan ini. Hubungan penonton dan pelajar seperti amat dekat sekali kerana penonton yang menentukan penamat cerita ini.

Rancangan ini amat berbeza dengan rancangan nyanyian lain yang lebih monotonous dan lebih mudah dijangka (predictable). Kejutan-kejutan yang muncul dan dibuat untuk pelajar merupakan keistimewaan yang ada pada Akademi Fantasia.

Apakah kesan kejutan kepada penonton ?
Tentunya dengan kejutan yang berlaku akan mengejutkan penonton. Penonton berasa seronok apabila dapat melihat gelagat-gelagat pelajar yang tidak ditonjolkan sewaktu Diari Akademi. Penonton berasa sedih apabila mengetahui Mas sebenarnya seorang ibu tunggal. Penonton dapat menghargai kemunculan artis-artis lama yang tidak muncul dalam mana-mana konsert tiba-tiba muncul menyerikan persembahan pelajar. Penonton juga merasa aura tersebut apabila mereka menerima sokongan semangat sewaktu mereka hadir ke Akademi Fantasia.

Kejutan yang berlaku adakah stereotype ?
Saya tidak melihat setiap kejutan satu yang stereotype. Jika stereotype pun ia tetap menghiburkan. Saya melihat ada dua jenis macam kejutan yang boleh berlaku di Akademi Fantasia. Ada kejutan yang boleh memberi kesan positif kepada pelajar dan ada juga kejutan yang tidak memberi apa-apa kesan kepada pelajar. Kejutan yang memberi kesan positif adalah seperti kehadiran Anita Sarawak, Rosyam Noor, Tan Sri SM Salim dan Sheila on 7. Mereka hadir membawa nasihat-nasihat berharga buat para pelajar. Manakala kejutan yang sekadar kejutan adalah seperti kemunculan Linda Onn. Kita bezakan kemunculan Linda Onn di Akademi Fantasia I dan Akademi Fantasia II. Agak Berbeza. Di musim kedua, Linda hanya datang melawat pelajar dan berbual-bual kosong dengan mereka (kita lupakan soal suntingan, itu yang dipaparkan di diari). Manakala di musim pertama Linda datang membawa sedikit pengalaman mengendalikan studio penyiaran kepada para pelajar. Ada impak pada kedua-dua kejutan tersebut.

Tiga kejutan untuk Kaer
Bagaimana seseorang pelajar itu dapat menghadapi kemungkinan menerima tiga kejutan sekaligus. Soal ketahanan diri mereka menjadi pertaruhan di sini. Rasanya Kaer tidak menghadapi masalah untuk menghadapi kejutan sebegitu kerana tidak mengejutkan sangat. Ia tidak begitu melibatkan emosi pelajar.

Penonton memang sukakan kejutan sebegini yang mana penonton dapat melihat footage-footage lama sewaktu beliau kecil.

Kejutan keputusan penyingkiran Zahid sebelum keputusan sebenar diberitahu
Saya mengaku agak terkejut apabila diberitahu Zahid tersingkir. Tetapi di dalam Akademi Fantasia, apa-apa sahaja kemungkinan boleh berlaku. Selera penonton berbeza-beza. Prioriti penonton juga berbeza-beza antara penonton yang lain. Ada yang menganggap undian itu prioriti utama mereka, ada juga yang menganggapnya tidak penting. Apa sahaja boleh berlaku. Penyingkiran Rosma satu ketika dahulu juga mengejutkan satu Malaysia. Memang sukar untuk menerimanya.

Hakikatnya saya tidak mahu berlaku hipokrit, saya boleh menerima sekiranya Fitri tersingkir tetapi tidak Zahid.

Saya mempunyai Pilihan 5 Terbaik saya iaitu Linda, Kaer, Zahid, Zarina dan seorang lagi masih kosong. Lima pilihan inilah yang akan saya tumpukan untuk membolehkan mereka berjaya sehingga Konsert Akhir.

Sekiranya Nurul yang tersingkir malam tadi, saya juga akan menerimanya kerana kalau bukan minggu ini, Nurul akan tersingkir pada minggu-minggu akan datang. Dan saya akan pastikan hanya Pilihan 5 Terbaik saya sampai ke Kemuncak Konsert.

Saya merasakan setiap penonton perlu mempunyai lima pilihan terbaik mereka dan mengundi untuk mereka. Tiada guna mengundi untuk menyelamatkan pelajar lain.

Bersama Fitri
Fitri menerima keputusan tersebut dengan fikiran terbuka. Walaupun berlaku sedikit kejutan pada peringkat awal pemberitahuan keputusan tersebut beliau tetap menerimanya.

Selaku manusia biasa, beliau merasa agak berkecil hati kerana berlakunya kesilapan sedemikian. Beliau agak terasa.

Beliau menganggap ini bukan penamat.

Hubungan rapatnya dengan Linda sememangnya diketahui umum. Beliau menyifatkan Linda seorang yang kelakar, kerek dan senang untuk didekati. Kaer dan Linda ialah dua pelajar yang akan paling dirindui oleh Fitri. Fitri menyifatkan Kaer seorang yang senang dibawa berbincang. Berfikiran terbuka.

Menurut ibu Fitri, beliau menerima keputusan tersebut dengan terbuka. Beliau menganggap kritikan dan komen-komen yang ada di internet sekadar masuk telinga kanan keluar telinga kiri.

Kedudukan Selepas Konsert : Mengejutkan
Apa semua ini, jika bukan undian simpati. Memang wajar Fitri tersingkir di Konsert IV minggu ini tetapi ini bukan caranya untuk anda mengundi. Anda sepatutnya menumpukan perhatian anda kepada Pilihan 5 Terbaik anda. Bukannya dengan menyelamatkan pelajar yang berada di tangga terkebawah.

Nurul 10%
Mas 10%
Farah 10%
Linda 10%
Kaer 9%
Zahid 9%
Adam 9%
Anding 8%
Zarina 8%
Bob 8%
Fitri 7%

Nantikan Pengalaman Rakaman Akademi Fantasia
11.00 malam - Konsert IV selesai
11.15 malam - Dipanggil untuk bersedia. Berada di Ruang Makan
11.45 malam - Menunggu di dalam Dewan. Bertemu Aznil berbincang tentang Akademi Fantasia
12.00 pagi – Kembali ke Ruang Makan bersama-sama krew penerbitan. Sesi Soal-Siasat.
12.40 pagi – Touch-up
12.45 pagi – Rakaman bermula
1.45 pagi – Rakaman tamat
2.00 pagi – Bertemu Fitri
2.10 pagi – Pulang

Entri oleh sultanmuzaffar 03 July 2004 0 komen

Akademi Fantasia IIKonsert IV Akademi Fantasia : Undi Dengan Bijak Bukan Sekadar Simpati

Pandangan Dari Atas
Malam itu saya menonton Konsert IV Akademi Fantasia dari bahagian atas ruang penonton. Pandangan saya lebih luas. Lebih-lebih ada skrin besar yang menyiarkan apa yang penonton di rumah tonton. Rakan-rakan saya yang bersama saya tidak mengetahui tentang jadual saya selepas Konsert tersebut. Setelah menonton Konsert IV yang penuh dengan kejutan mengejutkan, saya telah mendapat seorang lagi calon pilihan untuk Top 5. Pilihan saya setakat ini ialah Linda, Kaer, Zahid, Zarina dan ?.

Berdasarkan pandangan saya, kesan Konsert IV tidak besar kepada saya. Sama seperti Konsert V Akademi Fantasia I. Adrenalin saya tidak berjaya dicernakan untuk ternanti-nanti penghujungnya. Mungkin disebabkan pemilihan lagu dan juga susunan giliran. Mungkin juga kerana tiada kemunculan artis undangan yang mampu menarik perhatian penonton.

Malam itu saya bertemu ramai rakan baru.

Kedudukan Sebelum Konsert
Mas 12%
Linda 11%
Kaer 11%
Adam 9%
Zahid 8%
Zarina 8%
Fitri 8%
Bob 8%
Anding 8%
Farah 8%
Nurul 8%

Pengkritik Profesional
Hanizam Abdullah merupakan Editor di Berita Harian. Mamat Khalid merupakan seorang Pengarah Filem Lang Buana dan Kudsia Kahar, Pengurus Besar ERA. Siapakah yang layak secara profesional untuk menilai vokal mereka ? Seharusnya pemilihan pengkritik profesional dapat diagih-agihkan secara saksama dalam pelbagai bidang agar pelajar Akademi Fantasia mendapat manafaat untuk pengajian mereka.

Persembahan Pelajar
Bob – Pantun Budi 8.4/10
Beliau bijak mengawal vokal beliau. Stage presense beliau memang baik sekali. Sebutannya jelas. Lenggok asli Melayunya memang kena dengan vokal beliau. Masih terikut-ikut gaya penyanyi asal. Gangguan dari Aznil sedikit pun tidak melunturkan keyakinan beliau malah beliau bijak menutup kelemahan tersebut. Interaksi beliau dengan kamera dan penonton juga bagus. Menurut Kudsia, kekuatan Bob ialah pada lagu genre world-music.

Nurul – Bawalah Daku Pergi 6.7/10
Beliau bermula dengan baik untuk lagu ini. Sayangnya beliau hanya sekdar menyanyi tanpa penghayatan yang baik untuk lagu tersebut. Jika dinilai dari Konsert I hingga ke Konsert IV ada perubahan yang agak besar pada vokal Nurul. Saya melihat beliau agak kaku di pentas. Karisma beliau terlalu rapuh dan kecil di pentas. Tanpa kekuatan vokal beliau seakan-akan tidak dipandang penonton. Tiada yang menarik untuk penonton mendengar persembahannya. Saya sangsi akan ketahanan diri beliau sekiranya diasak dengan pelbagai kejutan.

Akademi Fantasia IIFitri – Bayangan Tarimu 6.5/10
Persembahan beliau menghiburkan. Rambut afro beliau tertanggal sekaligus menjatuhkan keyakinan beliau terhadap lagu tersebut lalu persembahannya semakin tidak terkawal. Showmanship beliau bagus. Namun demikian, sebuah persembahan yang baik bukan sekadar showmanship tetapi juga kualiti vokal. Itu yang kurang pada persembahan beliau. Stamina beliau semakin hilang di penghujung lagu tersebut. Vokal beliau perlu diasah dengan lebih baik lagi untuk berjaya sebagai penyanyi.

Linda – Madah Berhelah 8.6/10
Ekspresi wajahnya bagus. Kualiti vokalnya juga cemerlang. Lebih-lebih lagi di bahagian chorus. Masih kelihatan gopoh mahu menghabiskan persembahan beliau. Beliau mempunyai karisma yang besar di pentas. Saya suka dengan vokal beliau yang agak unik. Ada orang kata sengau tetapi saya melihatnya seperti satu style vokal yang agak unik.

Anding – Ayu 8/10
Vokal beliau agak menyerlah dalam lagu ini. Penghayatan beliau hebat. Lagu ini memang sesuai dengan imej beliau. Agak sukar untuk menyanyikan lagu ini tetapi kerana lagu ini lagu pilihan beliau, agak senang melihat persembahan hebat beliau. Emosinya sampai sewaktu mendendangkan lagu tersebut.

Farah – Dancing Queen 7.5/10
Beliau mempunyai vokal yang bagus. Beberapa minggu terdahulu kita mendengar beliau dalam nada balada, kini sebuah lagu yang agak rancak. Pergerakan beliau di pentas agak mekanikal dan sedikit kaku. Masih teragak-agak. Secara keseluruhan sebuah persembahan yang agk bertenaga. Beliau perlu lebih mengasah low tone vokal beliau. Masih kedengaran tenggelam.

Akademi Fantasia IIZahid – Teratai 9.2/10
Kawalan vokal beliau agak cemerlang. Emosi lagu ini dibawa sehingga ke penghujung. Penghayatan beliau serta ekspresi wajah beliau sememangnya bagus. Lagu Teratai tidak banyak pergerakan, penguasaan pentasnya masih boleh dibaiki. Sebuah persembahan yang agak sempurna dari Zahid.

Akademi Fantasia IIZarina – Satu Cinta Dua Jiwa 9.3/10
Saya sudah mula menerima beliau sebagai salah seorang Top 5 Akademi Fantasia II. Showmanship beliau hebat. Synchronization dengan penari latar agak sempurna. Penguasaan pentas beliau hebat. Beliau mempunyai vokal yang tersendiri tanpa terikut dengan gaya penyanyi asal. Satu yang saya tabik ialah stamina beliau. Interaksi beliau dengan kamera dan penonton juga baik. Persembahan beliau diperhebatkan lagi dengan kemunculan Zahid sebagai rapper.

Akademi Fantasia IIKaer – If You’re Not The One 9/10
Kaer mencipta sejarah apabila pelajar pertama menerima tiga kejutan sebelum membuat persembahan. Pertama klip video sewaktu beliau berusia 9 tahun menari makyong dipaparkan. Kedua persembahan beliau diiringi oleh Mac Chew dan KL Quartert. Ketiga apabila menerima kemunculan Datin Azanin Datuk Ahmad iaitu guru tari Suasana Budaya ke pentas. Ketrampilan beliau di atas pentas agak meyakinkan. Penghayatan beliau juga bagus. Sebutannya jelas. Iringan mini orkestra membolehkan beliau mencorakkan persembahan beliau mengikut caranya.

Mas – Tegar 7/10
Penonton senyap menikmati persembahan beliau. Sebuah lagu emosi dari Mas. Penghayatan beliau hebat. Beliau berjaya mengawal dengan baik tone rendahnya. Tetapi sayangnya kedengaran agak sumbang pada beberapa bahagian. Tahap keyakinan beliau memang bagus apabila di pentas. Nampak jelas keyakinan beliau itu.

Adam – Gerhana 8.2/10
Saya kagum dengan persembahan Adam. Vokal beliau mula terserlah. Saya akur yang lagu ini telah menceraikan beliau dengan imej KRU. Beliau berjaya membawa dirinya ke satu imej tersendiri. Showmanship serta pergerakan tariannya superb. Pergerakannya sharp dan jelas. Beliau menari dengan hati dan bersungguh-sungguh. Tahap keyakinannya juga tinggi. Satu yang pasti beliau bijak bermain dengan gimik untuk mencantikkan persembahannya. Beliau agak kreatif mencorakkan persembahannya.

Akademi Fantasia II
Menuju Puncak
Ada sahaja perubahan pada koreograf lagu Menuju Puncak. Mereka hebat kerana dapat mempelajarinya dalam masa yang singkat.

Akademi Fantasia IIZahid ???? Fitri
Setiap manusia melakukan kesilapan. Ketika Aznil mengumumkan nama Zahid sebagai pelajar kedua tersingkir dari Akademi Fantasia, seluruh dewan hampir terkejut dengan keputusan itu. Satu keputusan yang tidak diduga sekali lagi berlaku di Akademi Fantasia seperti yang telah berlaku kepada Rosma pada musim lalu. Sukar untuk saya menilai sama ada ia benar-benar kejutan atau pun kesilapan kerana tidak menontonnya secara dekat di kaca televisyen. Apa yang pasti memang mengejutkan.

Aznil kemudiannya meminta Zahid yang telah menyangka beliau tersingkir untuk membacakan nama pelajar sebenar yang tersingkir. Memang sukar bagi Zahid. Saya boleh menerima keputusan sekiranya Fitri tersingkir tetapi tidak Zahid kerana Zahid pilihan saya untuk Top 5.

Persembahan Terbaik SM
Zarina 9.3/10
Zahid 9.2/10
Kaer 9/10
Linda 8.6/10
Bob 8.4/10
Adam 8.2/10
Anding 8/10
Farah 7.5/10
Mas 7/10
Nurul 6.7/10
Fitri 6.5/10

Akademi Fantasia II
Saya berkesempatan untuk menemui Fitri setelah selesai Konsert IV Akademi Fantasia. Beliau menyampaikan pesanan beliau kepada pembaca blog sultanmuzaffar. Beliau agak terkejut apabila saya memberitahu beliau yang peminat beliau telah menyiapkan Fitri Fan Club untuk beliau.

Untuk pengetahuan peminat Akademi Fantasia, peratus undian yang tersiar di laman web dan saluran 15 selepas Konsert bukanlah peratus undian terkini selepas Konsert tamat. Sebaliknya, ia adalah peratus undian yang dibawa ke minggu berikutnya. Undian-undian tersebut adalah undian yang tidak dapat masuk pada minggu tersebut dan telah dibawa secara automatik ke minggu berikutnya. Kedudukan undian terkini selepas Konsert hanya tersiar selepas Imbasan Akademi Fantasia.

Entri oleh sultanmuzaffar 02 July 2004 0 komen

Akademi Fantasia IIDiari Akademi Fantasia 04-09-10

Saya berkesempatan untuk melihat sesi rehearsal Konsert IV sebentar tadi. Apa yang terpapar di dalam ulasan ini seperti berlakunya reverse engineering atau pun melalui terowong masa. Kita berpatah semula ke asal. Hebat penangan Akademi Fantasia. Wanita di sebelah saya bertanya kepada saya di mana boleh dapatkan tiket untuk menonton konsert esok. Beliau datang dari Brunei. Saya katakan pada beliau tiket sudah habis dijual semenjak hari Isnin lagi. Apa yang saya ulas di bawah nampaknya telah saya tonton sewaktu sesi rehearsal sebentar tadi. Perlu rehat yang cukup. ada beberapa nota yang perlu dihafal untuk esok. Fotoblog pengganti diri.

Kelas Seni Persembahan Cikgu Fauziah Nawi
Akademi Fantasia II

Kelas Cikgu Adnan
(akan saya kemaskini bila ada kelapangan pada hari Ahad)

Surat Wasiat
Akademi Fantasia II

Akademi Fantasia II

Ucapan Nurul
Akademi Fantasia II

Tarik Nafas
Akademi Fantasia II

Surat Wasiat
Akademi Fantasia II

Akademi Fantasia II

Birthday Ibu Zarina
Akademi Fantasia II

Bersama Pengetua
(akan saya kemaskini bila ada kelapangan pada hari Ahad)

Dambaan Pilu versi Adam
Akademi Fantasia II

Entri oleh sultanmuzaffar 01 July 2004 0 komen

Akademi Fantasia IIDiari Akademi Fantasia 04-07-08

Aku Nak Makan Nasi Dengan Sambal Belacan
Menggunakan 10 cara dan emosi untuk menyampaikan mesej tersebut dalam bentuk lakonan. Apabila Cikgu Fauziah Nawi menyebut 10, jelas terpancar kerisauan di wajah Adam dan Bob.

Akademi Fantasia IIAnding bermula garang, takut, berbisik, keliru dan sedih dalam intonasi yang berbeza tetapi jiwanya tidak sampai. Lebih sayang setelah melihat lakonan streotype Linda yang tidak banyak berubah sejak minggu pertama. Kaer agak kreatif tetapi perlu membuang imej budak terencat dalam setiap lakonannya. Improvisasinya terhadap intonasi gembira, pondan, mentera dan ballet memang baik dan kreatif. Adam saya ingati sewaktu melakukan improvisasi gagap. Zarina menggunakan ruang yang ada untuk menjadi manja, menggoda, garang dan beberapa aksi yang agak gatal. Zarina telah beraksi begitu cemerlang dan kelihatan menonjol dalam kelas tersebut. Zahid juga agak kreatif apabila menyelitkan unsur perang dan gerak perlahan dalam lakonannya. Fitri membuat aksi penyanyi opera dan menggayakan watak seorang fashion designer. Mas membawa imej garang, merajuk dan orang gila.

Apabila dipasangkan Farah dan Fitri menjadi gamat akademi. Sebuah improvisasi intonasi yang baik tetapi kelihatan berlebihan. Farah seperti tidak pandai mengawal keadaan dan beberapa lagi lupa diri sehingga membantutkan sedikit tumpuan Fitri.

Linda dan Anding nampak ada perubahan yang agak besar dalam lakonan perseorangan mereka. Saya merasakan mereka jenis yang lebih suka dipasangkan dan tahu bagaimana untuk berinteraksi sesama pelakon lain dengan baik. Watak yang dibawakan oleh Anding dan Linda berjaya dikeluarkan dan mesejnya sampai kepada penonton. Mereka mampu menjadi pelakon yang baik tetapi bukan seorang monolog yang baik.

Sekali lagi aksi Kaer sebagai budak terencat yang sedikit mencacatkan lakonan itu. Agak berlebihan dan terlalu stereotype. Beliau harus lebih berani untuk cuba membawakan watak-watak lain. Mas kelihatan tenggelam dalam lakonan mereka. Zarina beberapa kali cuba untuk menjiwai wataknya tetapi nampak gagal. Dalam sebuah lakonan, interaksi dan kerjasama sesama pelakon amat penting untuk menyeimbangkan mutu lakonan. Mereka harus diingatkan agar tidak mementingkan diri sendiri. Kaer mementingkan diri sendiri lalu overshadow pelakon lain.

Bukan sekadar bahan untuk ketawa. Apakah yang boleh dipelajari melalui aktiviti sebegini. Saya melihatnya dengan mendalam lalu membuat kesimpulan yang kerjasama amat penting dalam menjayakan sesebuah lakonan. Emosi memang senang untuk berubah lebih-lebih lagi jika melakonkan watak-watak tersebut berpasangan. Ia berlaku secara spontan dan tidak dirancang. Aktiviti sebegini juga mampu untuk mewujudkan hubungan rapat sesama pelajar lalu timbul kerjasama yang saya inginkan.

Perubahan dalam satu suasana ke satu suasana boleh berlaku dalam sekelip mata. Ia sama seperti menyanyi mengikut lirik yang telah diberikan. Setiap pelajar mampu untuk menghayati setiap lagu dengan baik dan memberikan emosi yang sesuai dengan lagu tersebut.

Koreografi Bayangan Tarimu dan Dancing Queen
Akademi Fantasia II
Sebuah koreografi yang menarik Memerlukan step yang sharp agar imej tarian muncul dengan lebih cantik. Begitu juga dengan lagu Dancing Queen. Lebih-lebih lagi ia dilakukan beramai-ramai sesama rakan pelajar.

Happy 32nd Birthday Linda Jasmine
Cuba anda bayangkan, sudah berapa kali anda meraikan Hari Lahir guru anda ? Pernah ? Atau tidak ? Atau sekadar meraikan Hari Guru pada 16 Mei setiap tahun. Minggu ini sahaja, sudah dua kali mereka meraikan hari lahir guru-guru mereka. Seorang 51 tahun dan seorang lagi 32 tahun.

Mas
Sudah minggu keempat saya mendengar vokal Mas. Beliau masih belum dapat mengeluarkan vokalnya yang sebenar-benarnya. Masalah yang sama dihadapi oleh Nija dan Khai pada minggu-minggu awal di Akademi Fantasia I. Perubahan yang ketara dapat kita lihat pada mereka di Kemuncak Konsert Akademi Fantasia. Itulah yang saya harapkan dari Mas. Timba ilmu yang diperolehi secara percuma sekarang. Seringkali kita melihat beliau agak perlahan dalam menyerap ilmu yang beliau perolehi. Ada sikap hentam sajalah dalam diri beliau. Tetapi beliau serius sekali berusaha mendapatkan ilmu-ilmu tersebut. Beliau mempunyai vokal yang unik dan perlu lebih latihan untuk tone rendah dan tone tinggi. Satu yang saya lihat tentang Mas, beliau tidak sungguh-sungguh menghabiskan satu-satu baris lagu tersebut sehingga penghujung baris lagu tersebut kedengaran tiba-tiba sumbang.

Zahid : Karismanya Besar
Beliau mempunyai karisma besar sebagai penghibur dan mampu memaku saya untuk mendengar latihan lagu Teratai beliau tanpa menoleh ke mana-mana. Setiap sebutannya penuh dengan jiwa lagu tersebut. Penghayatan beliau bersungguh-sungguh. Jiwanya besar dalam lagu tersebut. Lagu tersebut dibawa dinamiknya ke tahap paling maksima oleh Zahid dengan cemerlang. Sedikit sahaja pesanan Cikgu Siti Hajar, agar beliau menjaga sebutannya agar lebih jelas dan mesej lirik sampai kepada penonton.

Adam : Go All Out
Persembahan beliau masih terlalu dikawal. Beliau masih menjaga penampilan beliau sewaktu menyanyikan lagu ini. Beliau nampak tidak bersungguh-sungguh. Tenaga beliau lesu. Sebuah lagu seperti Gerhana perlu punya tenaga besar yang mampu membuatkan penonton turut sama bergoyang ikut rentak lagu tersebut. Beliau harus membuka segala tenaga besarnya untuk merealisasikan lagu Gerhana. Beliau masih control cantik.

Zarina : Superb !
Tiada terselit imej Siti Nurhaliza pada lagu ini. Saya suka persembahan beliau. Staccato yang diajar oleh Cikgu Adnan nampaknya menjadi cuma perlu lebih jelas. Lagu ini perlu attitude. Zarina boleh mengadaptasi ilmu kelas seni persembahan apabila aksi menggodanya mendapat tepukan pelajar lain. Vokal beliau superb.

Linda : Sengsara
Persembahan beliau antara persembahan yang menggusarkan saya pada minggu ini. Bukan sahaja beliau sengsara membawakan lagu ini, bahkan penyanyi asalnya juga memang sengsara membawakan lagu tersebut. Beliau kelihatan terlalu gopoh mahu menghabiskan lagu tersebut. Sewajibnya beliau menjelaskan sebutannya terutama di bahagian-bahagian yang lembut. Walaupun lembut tetapi masih didengari pendengar.

Farah Terjatuh ?
Setelah menyiapkan persiapan untuk menyambut Hari Lahir Cikgu Linda Jasmine, mereka merancang kejutan untuk Cikgu Linda Jasmine. Beliau diminta untuk membuka balutan di kaki Farah. Ada satu nota untuk beliau. Beliau memang agak terkejut walaupun pada awalnya sudah mula mengesyaki ia merupakan satu yang dirancang. Memang seronok melihat telatah mereka meraikan guru-guru mereka minggu ini.

Koreografi
Nurul cuba untuk mencipta idea koreografi lagunya. Walaupun ideanya agak lapuk tetapi ia merupakan inisiatif yang baik dan memohon agar Cikgu Linda Jasmine memberi sedikit idea. Adam perlu sama-sama menari dengannya.

Tan Sri SM Salim
Akademi Fantasia II
Seorang tokoh seni yang datang melawat mereka di Akademi Fantasia hari ini. Tentunya satu yang amat membanggakan bagi diri mereka. Pengalaman-pengalaman yang ada pada Tan Sri dicurahkan kepada para pelajar walaupun masih tidak berapa sihat. Itu semangat seorang anak seni yang begitu tebal ada dalam diri beliau. Beliau banyak menyelusuri jalur-jalur zamannya yang tidak mewah seperti sekarang. Beliau pelawak, beliau penyanyi, beliau juga bekerja dengan kerajaan pada waktu yang sama hanya untuk mencari rezeki.

Sikap pentingkan masa perlu ada dalam diri seseorang artis. Untuk menjadi penyanyi yang baik, beliau menasihatkan pelajar agar menjaga koreografi dan menghafal lirik. Tumpuan yang sepenuhnya kepada persembahan akan menghasilkan persembahan yang bagus. Anggap seluruh dewan itu kosong. Satu nasihat yang penting buat saya juga. Dulu-dulu masa berlakon dalam Rumah Kedai Jalan Seladang, saya mengharapkan lampu sorot tepat ke arah saya. Silau lampu sorot menyebabkan saya tidak nampak penonton di bawah.

Di penghujung, Tan Sri SM Salim memberikan sebuah CD Sekarang Dah Jadi kepada semua pelajar. Beliau sempat mengucapkan pujian untuk Kaer dan bertanya daerah asal Linda. Beliau sempat mendendangkan lagu Pantun Budi bersama-sama Bob.

Beliau itu ialah lagu yang dicipta dari cerita benar. Beliau harus bijak menyanyikan lagu tersebut lebih-lebih di bahagian coda lagu tersebut. Vokal, tempo, lirik dan step perlu dijaga untuk lagu tersebut.

coda

\Co"da\ (k[=o]"d[.a]), n. [It., tail, fr. L. cauda.] (Mus.) A few measures added beyond the natural termination of a composition.

Single Single Double Double
Mereka sama-sama menyanyikan lagu yang direka khas untuk Linda Jasmine.

Entri oleh sultanmuzaffar 0 komen

Novel Bersiri Akademi Impiana: Bahagian 19



Dah Sakit? Ubatnya, SMS lah!

**


“Kenapa muka awak nampak ngantuk jer ni?” Tanya Timah kepada Rahmat. Mereka sedang duduk di warung kegemaran mereka untuk makan sarapan pagi.

“Semalam ada stok baru masuk. Banyak barang perlu dipunggah masuk ke dalam stor. Saya kena buat sorang.” Beritahu Rahmat sambil memicit-micit bahu kanannya.

“Kawan-kawan awak yang lain, mana?” tanya Timah. Dia memandang ke arah tubuh Rahmat yang tegap itu. Dia tahu bahawa Rahmat mampu melakukan kerja-kerja berat, lagipun di kampungnya dahulu, setahu Timah, Rahmat sering membantu bapanya dengan kerja-kerja di ladang kelapa sawit. Tetapi mungkin kerja yang terpaksa dilakukannya semalam terlalu membebankan buat dirinya.

“Diorang ambil cuti tengok bola... Semalam Greece lawan Czech.”

“Siapa menang?”

“Greece lah. Siapa lagi!” Wajah Rahmat nampak seronok.

“Kawan-kawan awak tu memang tak patut lah. Kesian saya tengok awak.”

“Tak apa lah. Saya tak kisah sangat.”

“Tak kisah apanya? Ni saya tengok awak penat semacam jer.”

“Petang semalam ada lawan bola... Tu lah agaknya penat gila pagi ni.”

“Awak ni pun satu. Pergi main bola tu semua buat apa?”

“Dah minat saya ke situ.” Rahmat tersenyum kelat. Tanpa disedari oleh Timah, dia meraba-raba lututnya yang tercedera semalam.

“Carik lah benda lain untuk awak minat... Macam si Fyrul tu... Reka fesyen. Kan bagus! Boleh jugak awak buat baju untuk saya. Ini tidak!” keluh Timah.

“Minat dia macam perempuan. Saya mana ada minat tu semua.” bantah Rahmat dengan nada hormat. “Awak pakai tudung dari kain yang saya berikan dua minggu lepas, kan?”

“Awak baru perasan ke?”

“Tak, saya dah lama perasan. Cuma baru nak tanya jer ni.”

“Oh... Ingat awak tak perasan.” Sempat sahaja si Timah memerli.

“Cantik awak pakai.” puji Rahmat dengan jujur. Matanya terpaku memandang raut wajah Timah yang halus. Wajah Timah mengingatkannya kepada pelakon lama Latifah Omar yang digemarinya sejak kecil lagi.

“Puji-puji ni kenapa? Lain macam jer bunyinya! Kan awak baru dapat gaji. Tak kan nak pinjam duit lagi?”

“Sabar jelah!” Rahmat menyuapkan nasi lemak ke dalam mulutnya sebelum menyambung. Dia kemudian mengeluarkan dompetnya dari kocek seluarnya.

“Ini seratus ringgit yang saya pinjam dari awak... Duit Gundutz kan? Beritahu kepada dia yang saya ucapkan terima kasih. Saya tak cukup duit dan perlu pinjam sebab bapak saya sakit kat kampung. Jadi saya kena hantar duit lebih untuk pastikan dia dapat jumpa doktor.” Rahmat mengingatkan.

“Saya tahu... Gundutz pun tahu. Saya dah explain kat dia.” Ujar Timah perlahan. Dia mengambil duit yang diberikan oleh Rahmat.

“Ini seratus ringgit lagi untuk awak. Ikhlas dari saya.” Rahmat menyerahkan wang nota seratus ringgit dengan menyelitkannya ke dalam genggaman tangan Timah.

“Eh apa ni?” tanya Timah. Dia meneliti wang yang diberikan kepadanya.

“Saya tahu awak perlukan duit nak SMS peserta-peserta kegemaran awak, kan? Siapa nama diorang tu... Fyrul dengan Khir kan?”

Timah rasa serba salah untuk menjawab. Dia menarik nafasnya dalam-dalam sebelum dia memberanikan dirinya untuk mengangguk.

“Saya tak kisah apa awak nak buat dengan duit ni. Awak buat lah apa yang patut. Tapi kita kena ingat... Gaji kita tak besar. Kalau ada duit lebih, baik kita simpan dari membazir.”

Timah memandang ke arah lain. Tidak berani rasanya untuk dia merenung ke dalam mata Rahmat.

“Mana awak dapat duit ni semua?” tanya Timah, kerana setahunya, Rahmat selalunya kesempitan wang, walaupun pada awal bulan, kerana sebahagian besar wangnya dihantar ke kampung untuk diberikan kepada bapanya yang terlalu uzur untuk bekerja.

“Sebenarnya... Saya nak beritahu awak satu benda. Saya dah berhenti kerja kat kilang tu. Semalam kira malam terakhir saya kat sana.”

Timah nampak terkejut. Matanya terbeliak sedikit.

“Jadi awak nak buat apa?”

“Saya kerja kat tempat lain. Kat pejabat Linus jadi budak despatch. Kebetulan ada kerja kosong kat tempat dia. Saya mula Isnin ini.”

“Gaji pulak, macam mana?”

“Lebih dari apa yang saya dapat kerja angkat barang-barang berat kat kilang tu.” Jelas Rahmat. Matanya melirik memandang ke arah bangunan kilang tempatnya bekerja yang letaknya tidak jauh dari situ dengan wajah yang hampa. “Dah dekat empat tahun saya kerja kat situ, gaji tak naik-naik juga. Kerja baru ni senang sikit. Jadi mat despatch bukannya susah sangat!”

“Kalau macam tu... Bagus lah.” ujar Timah. “Tapi jangan bawak motor awak tu laju-laju. Awak tu suka sangat bawak motor dengan laju.”

“Baik puan!” sambut Rahmat sambil bertabik. “Tapi saya kena kerja siang. Tak payah kena kerja malam lagi.”

“Jadi kita tak boleh sarapan macam selalu?”tanya Timah meminta kepastian.

“Tak, kot. Saya kena pergi ke pejabat awal-awal pagi.”

Timah mengeluh. Matanya pudar memandang ke arah Rahmat.

“Tapi awak tak perlu gusar. Kita masih boleh makan malam sama-sama. Tak pun, masa awak tukar ke shif siang, kita boleh keluar jalan-jalan waktu malam macam orang lain.”

Timah mengangguk optimis. Sekali lagi dia memerhatikan wang yang diberikan oleh Rahmat kepadanya. Wang tersebut dimasukkan ke dalam dompet wangnya.

“Semalam dalam Akademi Impiana ada kezutan ke?” tanya Rahmat. Dia mula membuka kotak rokok yang baru sahaja dibelinya semalam.

“Ada, Tan Sri S.M. Salim datang--”

“Bapak saya minat dengan S.M. Salim.” Rahmat tersenyum sendiri. “Lepas tu apa dia buat?”

“Dia nasihatkan pelajar bahawa jika mahu menjadi seorang artis, perlu ada disiplin. Seorang artis perlu tahu menepati masa.” Timah menceritakan dengan bersungguh-sungguh.

“Bukan artis sahaja. Orang macam kita ni pun perlu belajar untuk menepati masa.” Kata Rahmat yang mempunyai kebiasaan untuk datang ke tempat yang dijanjikan lebih awal dari masa yang telah ditetapkan. “Jadi apa lagi yang dia buat?”

“Dia hadiahkan CD dari album terbarunya kepada para pelajar” Timah menjelaskan dengan suara yang manja. “Dia puji Khir. Dia kata Khir pandai nyanyi. Dia tanya Lina berasal dari mana--”

“Kat penyanyi kesayangan awak si Fyrul tu dia tak cakap apa ke?”

“Tak. Dia buat derk jer.” kata Timah dengan nada kecewa.

“Awak rasa dia akan keluar ke minggu ini?”

“Siapa? Boboy ke?”

“Eh Boboy pulak. Dia kan bagus... Tak patut dia keluar awal!”

“Lepas tu awak maksudkan siapa?”

“Fyrul lah... Siapa lagi.”

“Eh tak nak dia keluar lah. Dia kan hensem!”

Rahmat menarik nafasnya. Wajahnya jelas terukir garis-garis cemburu. “Awak rasa saya ni hensem tak?”

Timah tidak menjawab soalan Rahmat tadi. Dia sekadar memeluk tubuhnya sambil tersenyum...

**


Siti Nurhazila - Bukan Impian Biasa (Lirik oleh Dom Junior)

Begitu banyak style rambut
Ada lurus ada k'rinting
Minggu lepas di rebonding
Minggu nie ditoncang pula

Jumlah undi yang membeza
Peratusan undi sama
Ku tak ingin keluar awal
Mengapa rambutku jadi isu?

( korus )
Bakatku bukan di atas pentas
Melakar, bersolek, mendandan
Tak perlu di soal
Tak perlu pertikai
Kerna kuyakin ku yang paling vogue oh...
Andai ku bisa memilih lagu
Hingga keluar suara divaku...
Tapi ku tetap
Harus maintain ayu
Hanya mampu bertoncang,? bersarung

Rambut ikal di rebonding
Tampak nya lebih anggun
Azmil pun puji ku cantik
Ku tak mahu tersingkir minggu nie
Diriku hanya pereka fesyen
Miliki naluri feminin
Tak ingin tercorot
Tak ingin tersingkir
Gelaran ratu tetap milliku

Andai ku diberikan pe-lu-ang
ku pasti minta meja solek
Kosmetik percuma takkan tertinggal
Hanya yakin menunggu tajaan

Entri oleh sultanmuzaffar 30 June 2004 0 komen

Akademi Fantasia IIDiari Akademi Fantasia 04-05-06

Mentera AEIOU
Tiga AEIOU. Satu nafas. Melancarkan sebutan.

Buat Sekarang, Baik Tuan/Puan
Hanya dengan satu dialog, mereka perlu melakukan improvisasi terhadap dialog tersebut berdasarkan kepada empat situasi ini.

1. Pegawai Tinggi Tentera dan Askar Biasa
2. Majikan yang dihormati dan pekerja
3. Pembuli dan kena buli
4. Seorang yang baik hati

Bob dan Mas harus lebih mencari mood untuk membawa watak-watak tersebut. Mas contohnya telah mengosongkan perasaannya sendiri.

Zahid dan Linda boleh berinteraksi sesama mereka dengan baik. Satu yang saya kurang suka tentang Zahid ialah sikapnya yang suka bermain-main di dalam kelas. Adakalanya beliau tidak serius. Ia secara tidak langsung turut mengganggu tumpuan Linda.

Akademi Fantasia IIZarina telah memberikan mutu lakonan yang hebat. Walaupun sekadar memegang watak askar biasa, beliau kelihatan begitu tegas. Lebih mengkagumkan apabila beliau membawakan watak pembuli. Ekspresi mukanya jelas nampak menjadi. Tumpuan sepenuhnya harus diberikan untuk menjadikan lakonan yang mantap. Imaginasi seorang pelakon harus melampaui pemikiran biasa.

Nurul mula mengeluarkan sepenuh tenaganya untuk watak seorang Pegawai Tinggi Tentera. Apa reaksi Adam ? Tidak serius. Mengapa ini terjadi. Ia terjadi kerana Adam tidak menghargai lakonan Nurul. Aksi lakonan berdua amat memerlukan tindakbalas sesama pelakon lain. Adam tidak begitu serius.

Saya kurang menggemari lakonan yang dibuat oleh Farah dan Kaer. Kaer seringkali melakukan ad-lib yang tidak dirancang dengan baik sehingga menyebabkan tumpuan Farah terganggu.

Fitri menggunakan pengalamannya sebagai tukang jahit di sebuah butik untuk diadaptasi lakonannya bersama Zarina. Lakonan Zarina tidak menjadi kerana tidak mendapat sokongan yang kuat dari rakan pelakonnya. Siap cekak pinggang tu.

Pelakon yang bijak akan memberikan kejutan pada lakonannya yang penonton tidak jangkakan. Unsur spectacular (kekaguman) pada lakonan perlu agar pelakon tidak sentiasa menjadi stereotype.

Kelas Cikgu Adnan Abu Hassan
Nyanyian Kaer semakin bertambah baik. Beliau dinasihatkan agar memperbetulkan teknik pernafasannya. Salah pernafasan akan menyebabkan lagu tersebut sumbang.

Fitri membawakan lagu tersebut dengan nada yang agak rendah walaupun sepatutnya beliau melontarkan vokalnya.

Adam masih belum menghafal melodi lagu tersebut. Saya agak suka dengan persembahan Adam minggu ini. Beliau cuba mencari kelainan dan itu yang saya harapkan.

Zahid hebat dengan lagu Teratai. Hanya sedikit sahaja yang perlu dibaiki terutamanya alternate falsetto dan alternate whisper. Jika menjadi, lebih cantik.

Anding cuba membawakan lagu tersebut dengan lenggoknya tetapi banyak yang sumbang. Jika terlebih falsetto menjadi # sharp.

Bob jangan terlalu selesa dengan lagu tersebut. Menurut Cikgu Adnan, jika beliau terlalu selesa setiap lirik yang dinyanyikan oleh beliau akan menjadi kelam-kabut dan berterabur.

Koreograf
Adegan ini kita dapat melihat Zarina bakal dijulang oleh Anding. Untuk lagu Menuju Puncak atau lagu Satu Cinta Dua Jiwa. Tidak pasti.

Tegar Unplugged (Versi Rock)
Bila Zahid dan Mas bersama dan Zahid bermain gitar. Mereka menyanyikan lagu Tegar dalam pelbagai versi.

Fitri dan Fesyen
Memang sengaja ASTRO siarkan bahagian tersebut. Untuk beri modal kepada saya mungkin. Jika saya kata menarik, saya menipu pula. Tidak menarik. Inisiatif untuk mendapat perhatian kamera boleh dikira berjaya. Telah pun disiarkan pun. T-shirt hitam dan jaket memang kena dengan penampilan beliau. Kain sarung dirasakan agak tidak sesuai. Tetapi bila sudah jadi artis, pakailah apa pun. Memang tidak menjadi masalah. Sudah alang-alang berkain sarung, bukankah lebih baik berkain batik sahaja. Apabila isteri Perdana Menteri lihat pasti beliau terpesona kerana kempen batik beliau ternyata berjaya. Tentang rambut, maaf cakap ia seperti rambut perempuan baru lepas bersalin yang sedang dalam tempoh berpantang. Yang kurang hanya asam jawa ditepek di dahi sahaja. Anda perlu bayangkan zaman emak-emak kita dahulu, atau mungkin zaman nenek-nenek kita dahulu. Kasihan Fitri, lepas rambut salah, ikat rambut salah. Apa kata gunting sahaja rambut tersebut. Imej tersebut menurutnya ialah Jepun Kontemporari, tetapi saya melihatnya seperti imej berjenama PDP(Perempuan Dalam Pantang).

ASTRO, tolonglah jangan siarkan adegan sebegini lagi tentang Fitri kerana ia secara tidak langsung memberi modal kepada saya. Tolong ya ASTRO.

Cikgu Siti Hajar pun bersikap tidak sporting dengan tidak menyukai apa yang dipakai oleh anak didiknya, Fitri.

Kelas Nada Suara Siti Hajar
Untuk belajar teknik vokal yang betul ialah tidak mendongak dan jangan buat muka lawa. Sewaktu sedang mengajar mereka tentang sebutan yang betul, Kaer dikesan melakukan kesilapan. Sebenarnya bukan kesilapan tetapi tabiat beliau. Cara sebutan beliau perlu diperbetulkan. Ada unsur-unsur slang mat salleh mungkin. (Kena balance, supaya tidak nampak unsur bias)

Kelas kali ini lebih tertumpu kepada beberapa sebutan asas dalam nyanyian. Walaupun bunyi yang rendah, tetapi penghasilan vokalnya tetap mantap dan sedap didengar. Ianya boleh dicapai melalui teknik pernafasan yang betul serta pergerakan mekanikal tubuh badan yang turut bekerja apabila penghasilan bunyi-bunyi tersebut. Apabila ia dilakukan dengan betul, ia lebih mudah untuk dicapai.

Kenapa tenaga penting ? Tenaga penting untuk mengekalkan penghasilan bunyi tersebut. Seperti Mas, beliau mempunyai tenaga yang bagus tetapi vokalnya tidak lepas. Masih tersekat. Beliau harus fokus dengan betul di bahagian mana vokal tersebut perlu dilontarkan.

Seperti Kaer, beliau mendapat ilmu baru tentang kedudukan vokal. Sehingga satu tahap beliau perlu membentuk kedudukan seperti rukuk sewaktu melontarkan vokalnya. Tidak cukup dengan penderaan itu, beliau juga perlu melompat dan membuat pelbagai aksi sambil lontaran vokal dilakukan.

Kelas Cikgu Adnan
Mas mempunyai suara yang sedap didengar tetapi sayangnya pada beberapa bahagian lagu tersebut kedengaran agak sumbang. Beliau mempunyai tenaga untuk menghasilkan suara tersebut tetapi vokalnya tidak keluar. Secara keseluruhan saya masih belum berpuas hati dengan nyanyiannya. Saya melihat Nija dalam diri beliau. Bila di pentas, mereka akan hentam sajalah. Tetapi seluruh dewan bertepuk suka dengan persembahan mereka.

Adam tiada masalah menyanyikan lagu jenis ini. Lontaran vokalnya perlu lebih tenaga. Ini sebuah lagu yang agak berentak rock. Menurut Cikgu Adnan beliau telah mendapatkan penghayatan untuk lagu tersebut tetapi masih terdapat masalah pitching pada lagu tersebut. Seperti Mas, beliau juga tidak konsisten.

Hal nyanyian Kaer tidak banyak masalah yang beliau hadapi. Namun demikian, saya masih kurang berpuas-hati dengan nyanyiannya. Beliau harus mempelajari yoga untuk memperbaiki teknik pernafasan. Penghayatan beliau terhadap lagu tersebut boleh dikira agak baik.

Persembahan Zahid untuk lagu Teratai mempunyai gaya yang tersendiri. Beliau antara pelajar yang mempunyai vokal yang agak konsisten. Saya suka dengan kawalan vokal beliau. Sesebuah lagu itu menjadi begitu sedap di tangan Zahid. Beliau hanya perlu memperbaiki vibratonya.

Secara keseluruhan vokal Zarina memang bagus. Ada keunikan seperti Linda. Beliau harus mendapatkan tempo lagu tersebut. Jangan lari tempo atau off-beat. Dari segi persembahan beliau perlu mencantikkan lagu tersebut dengan attitude. Menurut Cikgu Adnan, beliau mencadangkan agar Zarina melakukan improvisasi pada lagu tersebut dengan menyelitkan unsur-unsur staccato pada lagu tersebut. Beliau harus mencantikkannya dengan stail vokal yang ada pada beliau.

staccato
\Stac*ca"to\, a. [It., p. p. of staccere, equivalent to distaccare. See Detach.] 1. (Mus.) Disconnected; separated; distinct; -- a direction to perform the notes of a passage in a short, distinct, and pointed manner. It is opposed to legato, and often indicated by heavy accents written over or under the notes, or by dots when the performance is to be less distinct and emphatic.

(Potong dan tampal dari dictionary semata-mata mahu bagi panjang komen untuk Zarina)

Nurul membuat latihan dengan bebas dengan bantuan Cikgu Siti Hajar. Seperti kelihatan beliau tiada masalah membawakan lagu tersebut. Beliau harus cuma mendapatkan penghayatan kepada lagu tersebut agar dapat membawa pendengar bersama-sama ke dalam lagu tersebut.

Akademi Fantasia IIBersama Khairil Rashid, Linda Onn dan Halim Othman
Tiba waktu untuk mereka makan tengahari. Beberapa pelajar telah pun mengambil lauk. Tiba-tiba siaran Radio ERA kedengaran di Akademi Fantasia. Hampir semua berkerumun di depan radio. Sebenarnya suara yang mereka dengar ialah suara Linda, Khairil dan Halim di konti tiruan di dalam Akademi Fantasia sendiri. Mereka dapat melihat reaksi para pelajar secara langsung dan memberi ulasan pergerakan pelajar yang ada di situ. Mas yang sedang mengurut dada diajuk oleh Khairil. Begitu juga tentang lauk tanpa kuah yang ada di pinggan Kaer.

Sedang mereka makan tengahari, Linda, Khairil dan Halim muncul untuk bersama mereka. Lawak pertunangan Siti Nurhaliza dianggap omong-omong kosong oleh para pelajar yang terputus perhubungan dengan dunia luar.

Khairil dengan petikan gitar mendendangkan lagu Kisah Kau Dan Aku nyanyian asal Alleycats yang pernah beliau dendangkan di Anugerah ERA 03.

SM : ASTRO, tolong jangan provoke. Bila sudah tulis, letih nak defend nanti.

Entri oleh sultanmuzaffar 0 komen

Novel Bersiri Akademi Impiana: Bahagian 18



“Masuklah yang...” kata Linus dengan manja apabila Gundutz masuk ke dalam keretanya.

“Geli lah hem! Lesbo sangat, tau!” getus Gundutz. Dia memandang ke arah lobi di bangunan pejabatnya. Tidak ada siapa yang dikenalinya keluar masuk bangunan. Kebanyakan mereka nampaknya sedang bergegas mahu pulang ke rumah.

“Semalam macam mana nok?”

“Kenapa dengan semalam?”

“Ye lah, ko kan tengok filem Spiderman 2 dengan Rahmat.”

“Okay jer. Best giler cerita tu. Alah, ko tahu kan aku minat dengan Spiderman sejak dulu lagi. Mak kan suka kumpul komik Marvel.”

“Ko kumpul komik dapat apa nok? Ko hengat ko boleh jadi Wonder Woman ke? Ko tengok hem... Kumpul resepi. Sampai sekarang hem pandai masak.” Gundutz meletakkan beg pejabatnya ke bahagian belakang kereta Toyota Vios hitam yang dibawa Linus.

“Pandai-pandai masak pon tak berlaki, kan?” sempat Linus mengusik.

“Alah, macam lah kau tu ala-ala berlaki, kan?”

“Tak koserlah nak berlaki-laki ni. Mak wanita korporat!”

Gundutz membuat muka meluat. “Eh nok, ko tak jawab lagi soalan hem. Semalam ko dengan Rahmat buat apa?”

“Tengok wayang ler.”

“Tu jer ker?”

“Yessszzaakkk! Itu saja lah!”

“Lepas tu... Kenapa dia call hem tengahari tadi mintak pendapat hem--”

“Pendapat pasal apa nyah?” pintas Linus cepat-cepat.

“Dia tanya kalau dia patut potong rambut dia...” Gundutz menguis jerawat di pipinya yang sedang menunggu masa untuk masak dan meletup. “Apa kena dengan dia nok? Siap nak potong rambut bagai ni semua!”

“Oh... Itu. Mak suruh dia potong rambut jangan bagi serabai. Trim sikit jer. Ala-ala bagi nampak texture. Mak ingat nak bawak dia pergi potong rambut kat Bangsar Shopping Center hujung minggu ni.”

“Haiyoh! Seswatuhnya ko! Ko jadikan Rahmat anak ikan peliharaan ko ke? Siap nak spedo bagai ni!”

“Lahanatznya molot adik-adik! Mak tak makan kawan sendiri lah! Kejis tau!”

“Dah tu... Apa motif kau nok? Boleh sexplain kat hem?”

“Semalam mak jumpa kawan-kawan mak Randy dengan Janet. Kerja diorang buat iklan. They are looking for new talents. And then, they saw Rahmat.”

“Zaaassst!” Terlopong mulut Gundutz dibuatnya.

“Diorang kata Rahmat have that look diorang dok cari untuk kempen iklan kad kredit BKL.”

“Sentap nyer!”

“Very lah nok. Diorang kata Rahmat punya muka sesuai untuk target group diorang... Youths with disposible income, gituh.”

“Ermm... Rahmat kerja kilang lah nok. Nak beli maggie hujung-hujung bulan pon pinjam duit hem. Nak disposible income apa jadahnya?”

“Alah nok, dah muka dia sesuai! Muka dia kan ala-ala eksotik, gituh.”

“Apa kawan ko cakap?”

“Diorang suka dengan penampilan dia. He has the height, the body and he is good looking, if we look at him beyond the pakaian serabai dan rambut dia yang tak terurus tu. They are professionals nok, they are fully capable of recognizing talent when they see one.”

“Hem betul-betul tak sangka, nok. Hem tahu dia tu meletops. Badan zaasst! Tapi tak sangka pulak dia akan jadi model iklan.”

“Si Randy kata si Rahmat ni set-set Travis Fimmel.”

“Siapa nok?”

“Alah, model CK dari Australia tu.”

“Haiyoh khelesss!” ujar Gundutz walaupun dia tidak kenal dengan model yang dimaksudkan Linus.

“Jadi... Minggu depan Randy nak jumpa dia kat agency dia. Nak shoot gambar Rahmat untuk present kat client dia. So, esok aku nak bawak dia pi salon. Bagi cantikkan sikit rambut dia yang panjang tak terurus tu.”

“Ko jangan pondankan dia sudah nok. Ye lah, sekarang dah baik-baik jantan!”

“Vencis lah ko ni! Ko hengat mak apa nyeh?” Linus menjeling. “Mak akan uruskan hal dia tu nanti. Mak ikhlas nak tolong dia. Kekadang kesian jugak mak tengok dia. Macam ada jer tak kena dengan hidup dia tu. Mak rasa dia ada simpan sesuatu dari kita.”

“Wah! Adik-adik dah verengen nak jadi Nancy Drew pulak ke?” tanya Gundutz sambil memandang ke arah sebuah bas yang bergerak semakin hampir ke kereta Linus. “Tapi betul lah nok. Rahmat ni macam ada yang dia nak sembunyikan dari kita. Ala-ala International Man of Mystery kan nok?”

Linus mengangguk setuju. Terus dia memandu ke arah Pandan Indah ke rumah Gundutz untuk menonton rancangan Akademi Impiana bersamanya pada malam itu.

**


“Haiyohhhhh! He has totally lost it!” Linus mengurut dadanya. Nafasnya turun naik tercungap-cungap. Dia menoleh ke arah Gundutz. Didapatinya Gundutz tercengang. Mulutnya ternganga besar. Dia tidak menjadi mengunyah kek keju yang telah dibuatnya sendiri. Apabila Linus menoleh ke arah Timah pula, dia nampak Timah keseronokan.

“Nok, mak tak percaya apa mak tengok ni. Mak bermimpi ke?” tanya Gundutz. Tekaknya terasa loya.

“Mimpi ngeri, sundels!” Linus menggigit bibirnya.

“Apalah korang ni! Mengomel mengalahkan makcik Bedah yang jual karipap kat bawah flat ni!” tegur Timah sambil menjeling. Dia memegang bantal kusyen dengan erat. Wajah Timah masam.

“Kenapa dia drag on TV ni nok? Dengan pakai skirt labuh, cardigan der tocang rambut macam Mak Enon... Dia hengat dia chanteks ke?” tanya Linus. Dia membuka ikatan tali leher Hermesnya.

“Eh betul lah nok. Muka dia iras-iras Mak Enon kan?”

“Siapa Mak Enon?” tanya Timah. Gundutz tak mahu menjawab. Linus pula menaikkan kening kirinya.

“Nok, apa nak jadi ni? Tetiba ponen drag muncul kat TV?” Tanya Gundutz kepada Linus.

“Eh, I thought akaq-akaq drag tak dibenarkan keluar TV kan?”

“Tu lah!”

“Koser Jantayu ni kan? Verani matis!”

“Apa Jantayu? Tak paham lah bahasa korang guna ni.” pintas Timah.

“Jantan Ayu lah. Koser betul tau. Ala-ala blur macam Sia. Dia hengat cute lah tu!” Gundutz menjelaskan sambil mencebikkan bibirnya. Dia mengunggis kacang goreng yang baru sahaja dibuka dari paketnya.

“Eh, bukan ke tu nama butik si Fyrul?” Timah ternyata tahu segala-gala hal tentang Fyrul. Apa tidaknya, dia peminat fanatik Fyrul.

“Khelesssss adik-adik!” Linus ketawa kecil. “Butik Jantan Ayu. Sesswooaiizz lah kan?”

“Alah nok, dia tahu dia dah nyawa-nyawa ikan. Ala-ala nak tunggu masa keluar dari AI. Terus AI ni nak dijadikannya ala-ala Ghazal Party Queen. Sapa nak jawab?”

“No wonder dia ala-ala adik-adik ting tong dah gian nak drag. Alah nok, mak harap-harap dia keluar lah minggu ni. Dah penat mak dengar suara kepit dia tu!”

“Korang berdua ni kalau tak mencaci orang tak boleh ke? Salah ke? Kenapa suka sangat nak tambahkan dosa?” Timah marah-marah. Dia langsung tidak memandang ke arah Linus dan Gundutz. Matanya terus ke kaca TV.

“Haiyoh, kosernyer ko Timah. Perlu ke hem nak melayan statement-statement ko tuh? Nah ambik kek.” Gundutz memberi sepotong lagi kek keju kepada Timah. Dia tahu Timah suka kepada keknya. Timah mengambil kek tersebut, lantas terus makan tanpa mahu terus mengomel.

Mereka bertiga diam sehinggalah masanya kelas Puan Siti Hawa dimulakan.

“Ko perasan tak muka Khir macam elf?” tanya Linus yang meminati filem serta buku Lord of the Rings.

“Haiyoh! Betullah sundels!”setuju Gundutz. “Nak-nak bila dia disuruh buat suara UUU... UUUHHH... UUUUUHHHHH!”

“Nok, bila ko buat nampak macam Smeagol pulak.”

“Kak nam betul lah ko!” Gundutz berdecit. Dia kemudian menumpukan perhatian kepada apa yang diajar oleh Puan Siti Hawa. Lebih-lebih lagi apabila beliau menyuruh pelajar-pelajar perempuan menyanyi.

Gundutz sekadar tersenyum sendiri apabila dia dapat melihat Fyrul yang bertocang sakan macam Mak Enon itu menyanyi sekali dengan pelajar-pelajar perempuan, seolah-olah dia adalah sebahagian dari mereka...

**


Lima sebab utama mengapa anda perlu jadikan fesyen sarung dan bertocang sebagai fesyen pilihan teman lelaki/suami/kawan baik anda...

1. Teman lelaki/suami/kawan baik anda tak ada pakaian lain untuk Halloween. Jadi mereka boleh mengamalkan fesyen pakaian ini untuk menakutkan orang lain.

2.Anda sengaja mahu membalas dendam dengan menganiaya teman lelaki/suami/kawan baik anda yang terlupa untuk meraikan hari jadi anda pada tahun lepas.

3.Anda mempunyai keinginan untuk melihatnya mempunyai imej seorang lelaki lembut (atau jantayu).

4.Anda seorang peminat fanatik Fyrul dan anda akan melakukan apa sahaja untuknya, termasuklah membeli busana yang menepati imej jantayu dari Butik Jantayu.

5.Anda mahu teman lelaki/suami/kawan baik anda merasakan apa yang perlu dilalui dan dipakai oleh perempuan baru lepas bersalin yang sedang dalam tempoh berpantang.