Undilah

SULTANMUZAFFAR (26 Februari 2002 - sekarang)

Seorang blogger, pelayar internet, penyelam scuba dan penagih tegar televisyen dan Wii. Melihat seluruh dunia di laman blog menerusi kamera DSLR dan kacamata tebalnya (kadang-kadang kanta lekap).

Mengkritik tidak bererti menentang, menyetujui tidak semestinya menyokong, menegur tidak bermakna membenci, dan berbeza pendapat adalah kawan berfikir yang baik.
Entri oleh sultanmuzaffar 27 July 2004 0 komen

Akademi Fantasia IIDiari Akademi Fantasia 08-03-04

Akademi Fantasia IIKaer dan Masalahnya
Saya sendiri tidak faham apa punca masalah yang dihadapi oleh Kaer. Katanya beliau tidak menghadapi masalah dengan lagu. Beliau suka dengan lagu-lagunya. Masalah utamanya ialah apabila berada di pentas. Yang menghairankan sewaktu Konsert I beliau mampu melawan segala perasaan yang hadir tetapi tidak pada minggu-minggu terahhir ini. Telahan saya merasakan yang Kaer sebenarnya agak terganggu apabila melihat sokongan untuknya semakin berkurangan. Ini secara tidak langsung telah mengganggu konsentrasi beliau membuat persembahan. Sejak akhir-akhir ini sokongan amat padu untuk Zahid sehingga membuatkan beliau merasa tidak senang dan sering merasa terganggu apabila membuat persembahan. Sikap tersebut telah menjatuhkan keyakinan beliau lalu merasakan tempat yang beliau ada sekarang bukan miliknya. Kedudukan beliau semakin jatuh dan pada bila-bila masa sahaja boleh tersingkir. Beliau seharusnya terus menumpukan perhatian untuk persembahan dan tidak perlu memikirkan tentang kedudukan.

Akademi Fantasia IIDua Pelajar Alergi
Kajang 27 Julai, Dua orang pelajar Akademi Fantasia telah dikejarkan ke sebuah klinik pada pagi tadi kerana disyaki mengalami alergi setelah makan semalam. Mereka telah diberikan rawatan pesakit luar dan telah diberikan suntikan. Menurut Bob, ia mungkin berpunca daripada air. Sehingga kini, pihak Akademi Fantasia masih belum mengenalpasti punca sebenar kes tersebut. Kaer tidak dapat ditemuramah kerana keadaannya yang agak keletihan selepas menerima suntikan.

Quote of The Day
“10 o’clock, 12 o’clock, jangan terlungkup sudah”, Zahid

Darjat dan Kedudukan
Kita boleh berkomunikasi melalui dua cara. Sama ada melalui percakapan atau pun bahasa tubuh. Ekspresi percakapan boleh dinilai berdasarkan ketinggian suara manakala bahasa tubuh boleh dinilai berdasarkan pergerakan dan postur badan seseorang.

Tentu sahaja gaya percakapan antara seseorang dengan datuk, kawan dan ibubapa juga berbeza mengikut darjat dan kedudukan mereka.

Akademi Fantasia IIMas dan Cikgu Siti Hajar: Apa lagi ?
Sebagai seorang pelajar yang lemah, Mas harus mengulangi setiap latihan sehingga kelemahan tersebut dapat diatasi. Buat sepatutnya tidak jemu-jemu membuat latihan. Berlari dengan air di dalam mulut perlu dilakukan.

Ada jenis penyanyi yang suaranya tidak bagus tetapi ada teknik. Ini menunjukkan ada peningkatan dalam diri penyanyi tersebut. Ada penyanyi yang mempunyai suara yang bagus tetapi tiada teknik. Tetapi sebagai seorang tenaga pengajar, itu aspek penting yang beliau akan lihat.

Lagi satu kelemahan Mas yang didedahkan oleh Cikgu Siti Hajar ialah terlalu berhati-hati. Bukannya sikap berhati-hati itu tidak bagus tetapi Mas terlalu berhati-hati sehingga terlupa untuk memperbaiki. Saya melihat Mas terlalu berhati-hati sewaktu di kelas tetapi tidak di atas pentas konsert. Beliau harus ada semangat untuk berubah dan perkara itu perlu ditanam dalam fikirannya. Berada pada keadaan sekarang tidak akan membawanya ke mana-mana walaupun ada di kalangan peminatnya sudah selesa Mas berada dalam keadaan sekarang. Diri Mas masih banyak kekurangan sekarang jika dibandingkan dengan pelajar-pelajar yang lain ini termasuklah pelajar yang telah pun tersingkir. Setiap saat beliau perlu merasakan dan sentiasa ingat untuk berubah.

Selamat Hari Lahir Ayah Bob
Persis seorang wakil rakyat, bersiap nota di tangan, Bob mengucapkan Selamat Hari Lahir yang ke 50 buat bapanya.

Mangsa Pertama Roda Denda
Ini kali pertama Roda Denda mendapat mangsanya. Zahid telah didenda kerana tidak menulis nama pada botol mineralnya. Farah selaku Pembantu Roda Impian watak yang sama dipegang oleh Liza kelihatan amat ceria. Dari hari ke sehari kita dapat melihat keceriaan Farah yang semakin terserlah. Zahid telah didenda menonton ikan di dalam akuarium dan mengucapkan “I Love You” sebanyak tiga kali.

Akademi Fantasia IIMacam-Macam Cara
Pelbagai cara dilakukan oleh Cikgu Siti Hajar untuk Mas. Namun beliau tetap tidak putus asa. Beliau lebih bersemangat untuk mengajar. Cuma adakalanya kelihatan pelajar agak bosan kerana mereka perlu menunggu sehingga proses pembelajaran untuk Mas selesai. Mereka gembira jika Mas dapat melakukannya. Mereka memberikan tepukan semangat untuk Mas. Pada minggu kelapan sewajarnya tidak ada lagi masalah seperti itu tetapi itulah cabaran yang dihadapi oleh pelajar di Akademi Fantasia, tetapi juga cabaran buat Tenaga Pengajar. Ada perbezaan nyata antara tinggi dan kuat. Asas dalam muzik. Untuk melakukan satu setengah octave tidak menjadi masalah kepada Linda dan Farah. Pelajar lelaki juga melakukannya dengan cemerlang.

Akademi Fantasia IITidak cukup dengan latihan di kerusi, Mas di bawa berdiri. Beliau di tarik ke kiri dan ke kanan untuk mendapatkan makna lontaran. Beliau mampu melakukannya tetapi tenaga tidak cukup. Lontarannya tersangkut kerana sokongan tenaga yang tidak sepenuhnya. Itulah antara punca mengapa apabila Mas mendendangkan lagu yang agak rancak seperti Tamparan Wanita dan Seksis beliau tidak dapat melaksanakan tugasnya dengan sempurna. Ini bukan kali pertama pelajar diarahkan bangun untuk mendapatkan teknik lontaran vokal yang betul. Kaer dan Linda juga pernah merasa.

Party Like This
Koreograf tarian Party Like This memang menarik. Mas agak konfiden dengan gerak tarinya. Di bahagian lelaki, Adam dan Kaer mengambil tugas tenaga pengajar memberikan idea untuk mencantikkan lagi gerak tari yang diajar Cikgu Corrie. Di bahagian perempuan, masih tercari-cari idea untuk posisi dan langkah mereka masih kelihatan kaku.

Syurga Idaman
Kaer nampak begitu ceria mungkin kerana lagu Syurga Idaman satu zaman dengan lagu Kenanganku. Gerak-gerak tari yang diajar oleh Cikgu Corrie masih segar dalam ingatannya. Terlalu banyak step yang perlu mereka pelajari dalam satu minggu. Linda masih menggunakan masa yang ada untuk mendapatkan penghayatan untuk tarian lagu tersebut sambil pelajar-pelajar lain berseronok dengan lagu tersebut.

Habsah Hassan : Penulis Lirik Terkemuka
Di Akademi Fantasia hari ini didatangi oleh penulis lirik terkemuka, Puan Habsah Hassan. Beliau yang telah menghasilkan lirik untuk lebih 1000 buah lagu. Kehadiran beliau ke Akademi tidak banyak berbicara sekadar mengiakan pendapat Cikgu Siti Hajar.

Lirik lagu yang paling beliau suka ialah lagu-lagu Sudirman seperti Salam Terakhir, Merisik Khabar dan Teriring Doa. Beliau dapat merasakan keperitan yang dihadapi oleh penyanyi lagu tersebut kerana beliau seorang yang agak rapat dengan Allahyarham.Lirik-lirik yang dihasilkan benar-benar meruntun hatinya.

Tidak semua lagu yang beliau hasilkan bermotifkan cinta. Seperti lagu Menaruh Harapan yang pernah didendangkan oleh Nija sebenarnya merupakan sebuah lagu motivasi yang rata-rata menyangkakannya sebuah lagu cinta. Begitu juga dengan lagu Kau Satu Satunya oleh kumpulan Ukays.

Cara beliau menulis lirik ada dua cara iaitu sama ada komposer menghantar lagu dahulu atau pun beliau menyiapkan lirik dahulu. Ia bergantung kepada keadaan. Seperti lagu Lelaki yang dinyanyikan oleh Siti Nurhaliza ia sebenarnya ialah sebuah sajak yang kemudiannya diadaptasi menjadi lirik lagu. Beliau yang tahu sedikit sebanyak tentang muzik, adalah tidak sukar untuk menukar sebuah sajak menjadi lirik lagu kerana melodi dan rima-rima dalam lirik boleh diubah mengikut kesesuaian.

Kerjasama antara penulis lirik dan komposer adalah amat penting kerana penghasilan sesebuah lagu merupakan kombinasi mereka berdua. Sebuah lagu tidak berhasil tanpa lirik yang baik begitu juga sebaliknya. Sesetengah komposer tidak mengambil berat perkara tersebut lalu terhasillah lagu yang tidak menepati citarasa komposer dan sebaliknya. Mujurlah ada di antara penyanyi yang mengambil berat dan tidak malu bertanya dengan penulis lirik akan makna-makna lirik lagu tersebut.

Sebagai seorang penulis lirik, beliau adakalanya kecewa apabila seseorang penyanyi tidak mampu memberikan penghayatan kepada lirik lagu ciptaannya. Setiap patah kata yang diadun menjadi lirik tentunya ada makna kepada penulis lirik dan ia tidak berjaya disampaikan dengan baik oleh penyanyi menyebabkan beberapa maknanya lari serta tidak kena dengan mesej lagu tersebut.

Setiap penyanyi haru mengkaji lirik lagu yang mereka terima kerana tanpa kajian, penghayatan akan sukar untuk diperolehi. Setiap penyanyi boleh mengubah notasi lagu mengikut penghayatan dan bukan mengikut stail nyanyiannya. Stail itu datangnya dari penghayatan dan bukannya dibuat-buat. Satu sindiran tajam buat Kaer yang dilontarkan oleh Cikgu Siti Hajar. Walaupun tidak secara terang diharapkan setiap pelajar dapat menghayati mesej Cikgu Siti Hajar. Minggu ini Kaer dengan lagu Mentera Semerah Padi, sebuah lagu yang maknanya amat dalam.

Saya sendiri mendapat beberapa nasihat penting sewaktu kehadiran Puan Habsah Hassan ke Akademi Fantasia. Katanya, setiap kerja seni perlu dilakukan dengan hati. Perlu ada kejujuran dan begitu jugalah dengan penulisan. Kejujuran mengikut tafsiran penonton dan peminat Akademi Fantasia tentunya berbeza-beza. Kejujuran dan ketulusan itu adakalanya pahit dan adakalanya manis. Begitu juga dengan adegan yang seterusnya ini.

Sewaktu latihan koreografi kita boleh melihat siapa di antara pelajar yang tekun mengikuti latihan dan beberapa pelajar lain bermain-main dan tidak menghormati guru mereka di hadapan. Kaer, Mas, Bob kelihatan tekun menyiapkan latihan mereka. Mereka sama-sama cha-cha, twist bersama-sama. Sambil Zahid, Farah dan Adam kelihatan bermain-main dan tidak serius sewaktu latihan. Sesekali langkah mereka serentak, sesekali mereka bermain. Mereka seharusnya menumpukan sepenuh perhatian walaupun lagu tersebut bukan lagu mereka dan kehadiran mereka hanya sekadar membantu. Jika dalam Akademi Fantasia I, saya teringat salah satu komen oleh Siti Nurhaliza yang terpegun dengan semangat setiakawan yang ada pada pelajar Akademi Fantasia I bila mana mereka sama-sama membantu persembahan rakan-rakan mereka. Mereka dipuji oleh Siti Nurhaliza serta beberapa pengkritik profesional yang hadir. Berbeza dengan Akademi Fantasia II, jarang sekali pujian diberikan kepada penari latar di kalangan pelajar atau pun penyanyi latar yang membantu. Apakah tiada kejujuran dalam diri mereka sewaktu membantu rakan-rakan mereka ataupun berdirinya mereka di situ hanya sekadar cukup syarat ?

Entri oleh sultanmuzaffar 0 komen

Novel Bersiri Akademi Impiana: Bahagian 33



31.Si gadis terus memandu keretanya pada malam itu. Dia dapat melihat wajah si jejaka yang sugul. Si jejaka hanya mendiamkan dirinya. Hanya sesekali dia bersuara meminta si gadis agar jangan membawa keretanya terlalu laju. Si gadis kemudian cuba menenangkan fikiran si jejaka dengan memainkan kompilasi lagu-lagu lama tahun awal 80-an yang terdapat dalam koleksi cekera padatnya.

32.Lagu demi lagu dari cekera padat itu berkumandang memecahkan suasana hening pada malam itu. Kemudian, sewaktu lagu seorang penyanyi popular pada era tersebut dimainkan, tiba-tiba si Jejaka meminta agar lagu tersebut dihentikan. Si gadis menurut sahaja dalam perasaan kehairanan, kerana sebelum ini, lagu-lagu yang dibawa oleh penyanyi lain langsung tidak dipedulikan jejaka. Tanya si gadis:

“Kenapa awak tak suka dengan lagu tadi?”

“Saya ada sebab saya sendiri...”

“Saya cukup minat dengan lagu-lagu nyanyian Saliza Malik ni. Mak saya pun minat... Sekarang dia jadi pelakon pulak, kan?”


Si jejaka tidak menjawab. Dia memandang kosong ke luar tingkap kereta. Suasana malam agak gelap. Entah apa sahaja yang sedang direnungkannya pada ketika itu. Si gadis menambah lagi dengan harapan sekurang-kurangnya si jejaka akan terhibur dengan celotehnya pada malam itu:

“Kawan saya, dia ni wartawan hiburan... Dia pernah menemu ramah Saliza Malik untuk majalahnya. Ye lah, dia kan tiba-tiba jadi popular sejak dua tiga tahun lepas bila dia mula jadi spokesperson untuk produk kecantikan Layla Los Angeles. Kawan saya ada tanya dia... Mengapa wajah dia tiba-tiba sahaja makin muda. Bentuk hidung dan dagunya pun dah berubah. Dia kata berkat air sembahyang. Tapi kelakar lah kan, not like we are all stupid tak tahu apa tu botox dan kegunaannya. Macam lah kita semua tak pernah tonton rancangan Extreme Makeover tu semua!”

“Hmmm...”

“Bila kawan saya sempat juga tanya... Ke mana dia menghilang sebelum wajah dia ni tiba-tiba jer jadi semakin cantik. Dia kata pergi umrah. Tapi bila selidik punya selidik, rupa-rupanya dia pergi ke New York buat pembedahan plastik.”

Si jejaka mengeluh. Dia memandang ke arah si gadis, seolah ada sesuatu yang ingin diberitahunya kepada si gadis. Hatinya berat untuk memberitahu, tetapi dirasakannya dia perlu memberitahu kepada si gadis perkara yang lama terbuku di dalam hatinya:

“Saya minta maaf jika saya suruh awak berhenti dari terus memainkan lagu Saliza Malik tadi. Saya tahu lagu tu pernah popular satu ketika dahulu dan sebab lagu tu, sampai sekarang orang akan kenang dia sebagai artis popular tahun 80-an. Ada pula orang yang anggap dia diva seperti kawan saya Gundutz dan abang Linus. Tapi saya memang tak suka dengannya!”

“Kenapa?”

“Sebab dia pernah tinggalkan saya dan bapa saya semata-mata kerana nak kejar impiannya sebagai seorang penyanyi--”

“Saya tak faham--”

“Dia ibu saya, Salina. Ibu saya yang tidak pernah saya kenali... Dia tinggalkan saya ketika saya berumur 2 tahun. Dia ke KL sebab nak jadi penyanyi. Bila terkenal, kami terus dilupakannya, seolah-olah saya dan bapa saya tak pernah wujud di dalam hidupnya. Kemudian dia minta cerai dari bapak saya supaya dia dapat menjadi isteri kedua Datuk Hassan tokoh korporat yang terkenal tu. Cuba awak bayangkan... Saya membesar tanpa mengenali kasih sayang seorang ibu sepertinya.”

“Saya mintak maaf. Saya tak tahu hal ni...”


33.Si gadis memandang ke arah wajah si jejaka. Dia sedang menggosok-gosok wajahnya berkali-kali dengan kedua belah telapak tangannya. Si jejaka kemudian memeluk tubuhnya sambil berkata:

“Sebab itulah agaknya saya tak suka dengan penyanyi ni semua. Mereka sanggup buat apa sahaja asalkan mereka jadi glamor dan terkenal. Ada yang sanggup tinggalkan anak sendiri semata-mata nak jadi penyanyi. Yang sanggup menipu dan berbohong tu jangan cerita lagi lah!”

“Apa yang ibu awak lakukan memang salah--”

“Sebab itulah saya tidak mungkin boleh maafkan dia. Saya pun tak tahu apa yang dia dapat dengan jadi penyanyi tu sampai sanggup tinggalkan bapa saya di kampung. Awak tahu tak? Malu bapak saya dibuatnya! Sampaikan ada orang tuduh dia tak pandai jaga bini sendiri!”

“Yang sudah tu sudah...”

“Saya telah ke KL dengan tujuan untuk satu hari nanti saya akan dapat bertemu dengannya.”

“Tapi kenapa?”

“Saya dah cakap dulu... Saya nak tahu mengapa dia lakukan ini semua kepada saya dan bapa saya.”

“Saya mungkin boleh membantu--”

“Bagaimana?”

“Saya kenal dengan director yang buat infomercial Layla Los Angeles dengan dia. Mungkin dia boleh membantu. Kalau tak, saya boleh tanya kawan saya wartawan hiburan tu...”


34.Si jejaka mengangguk. Dia nampak kelesuan. Perjalanan untuk ke Muar semakin dekat. Dia memikirkan tentang keadaan bapanya di sana. Timbul pula rasa kesal yang amat mendalam di dalam jiwanya. Katanya kepada si Gadis:

“Saya tak sepatutnya berada di KL bila saya tahu dia sakit di kampung. Ini semua salah saya.”

“Rahmat... Ini bukan salah awak. Dah takdir dia sakit. Awak tak boleh buat apa-apa kecuali berdoa agar dia cepat sembuh.”


35.Si jejaka mengeluh. Matanya kosong memandang ke arah jalan yang gelap di hadapannya. Dia mengeluarkan telefon bimbitnya dari kocek seluarnya. Dia ingin melihat jika Timah ada menghantar mesej kepadanya seperti mana yang selalu dilakukan kepadanya. Tidak ada sebarang mesej yang diterimanya. Perasaan kecewa yang amat sangat mula menyelubungi dirinya...

**


Timah kelihatan sugul sewaktu sedang menonton rancangan Akademi Impiana pada malam itu. Dia langsung tidak berkata-kata mahupun menjamah mee goreng yang telah dimasak oleh Gundutz.

Timah langsung tidak memberi sebarang komen sewaktu Gundutz memberitahunya bahawa pelajar yang paling diminatinya, Khir terkena alergi gatal-gatal di kulitnya kerana terlalu banyak makan udang pada hari sebelumnya.

Timah masih terus diam walaupun Sia kelihatan seperti mahu dihumban oleh Puan Siti Hawa sewaktu beliau mengajarnya menyanyi dengan betul.

Setiap kali Gundutz dan Linus berceloteh, mereka akan memandang ke arah Timah, seolah-olah menunggu Timah untuk membalas kata-kata mereka. Tetapi Timah terus mendiamkan dirinya.

Gundutz dan Linus kini rasa seperti ada sesuatu yang yang tidak kena kerana Timah tidak mahu melayan celoteh mereka seperti selalu.

Sejurus selepas rancangan Akademi Impiana selesai, Timah terus meminta dirinya lalu keluar dari rumah Gundutz. Wajahnya jelas nampak sedih. Seperti dia kehilangan sesuatu yang berharga di dalam dirinya.

“Dia tahu ke?” tanya Linus kepada Gundutz.

“Tahu apa ni nok?” tanya Gundutz kembali. Dia menekan butang kawalan jauhnya untuk menonton saluran MTV.

“Pasal Rahmat ler. Kan dia balik kampung dia semalam.”

“Hem tak bagitahu dia lah nok. Dia tengah mengamuk dengan si Rahmat--”

“Baguslah dia tak tahu... Haruslah dia hangin kalau dia dapat tahu Rahmat pergi balik kampung dengan Salina, kan?”

“Tu lah sebab hem tak nak masuk campur hal orang ni, nyeh.” Gundutz menukar saluran TVnya sekali lagi. Kali ini ke saluran @15. “Eh, kenapa si Rahmat balik kampung tiba-tiba ni nok?”

“Bapak dia sakit... Si Salina pulak temankan dia ke sana. Kan mak dah cakap pagi tadi!”

“Hem, tak dengar sangat apa ko bebelkan. Ye lah, pagi tadi hem sibuk dengan kerja boss hem bagi. Serabut kepala hem!”

“Apa-apa pun... Mak rasa si Timah ni ada masalah dengan si Rahmat.”

“Ye lah, Rahmat makan luar! Mana dia tak mengamuk!”

“Jahatnya molot kau nok! Mana ko tahu? Main sedap molot jer kan?”

“Alah nok... Kalau dah jantan. Boleh percaya ke?”

“Entahlah... Tapi Rahmat tu baik budaknya. Bukan sebarang-sebarang mat rempit. Mak tahu dia sayang kat si Timah tu. Kalau tak, dia tak akan susah-susah hantar si Timah tu pergi kerja tiap-tiap malam.” Kata Linus. Dia mengambil majalah Media Riadah yang menonjolkan gambar Fyrul, Adlina, Indra dan Lina Yasmin pada bahagian kulit hadapan dengan tajuk-tajuk bahan cerita seperti: “Bukan semua pereka fashion itu gay” dan “Adlina dan Indra akui hubungan mereka memang rapat”. Majalah tersebut dibelek-beleknya sambil tersenyum. “Si Rahmat tu boleh pergi jauh. But I think he has to sort out his life first... Macam banyak sangat masalah budak tu!”

Si Gundutz menaikkan kedua belah bahunya seolah dia tidak ingin tahu perihal Rahmat. Dia duduk sebelah Linus sambil membaca isi majalah Media Riadah yang langsung membuatnya ketawa berdekah-dekah. Terutamanya pada bahagian artikel di mana Fyrul seboleh-bolehnya menafikan desas-desus yang mengatakan bahawa dirinya gay seperti mana yang diperkatakan di beberapa laman serta forum di dalam Internet...

Entri oleh sultanmuzaffar 26 July 2004 0 komen

Akademi Fantasia IIDiari Akademi Fantasia 08-01-02

Surat Wasiat Nurul
Nurul sememangnya amat risau apabila berada di kelas kerana perlu menumpukan perhatian di dalam kelas dan ini amat berbeza apabila pulang ke bilik beliau dapat bergerak bebas dan fikirannya bebas.

Untuk lebih terperinci, boleh baca di blog Yati.

Kerusi Muzik
Untuk meredakan sedikit ketegangan mereka serta kesedihan mereka, telah diberi peluang untuk bermain Kerusi Muzik. Jarang dapat melihat mereka seronok dan mereka melepaskan segala ketegangan yang ada di dalam diri mereka. Hadiahnya tidaklah seberapa, hanya sebuah patung, tetapi mereka bersungguh-sungguh mahu melepaskan segala tension dalam diri mereka.

Riadah
Sewaktu sedang berkumpul bersama Cikgu Fatimah, tiba-tiba Zahid dipanggil dan diarahkan keluar. Beliau telah diarahkan untuk berlari keliling padang sebanyak 2 pusingan. Pulang semula ke Akademi dan memanggil semua rakannya bersiap untuk beriadah dalam masa lima minit.

Mereka berpeluang untuk pergi lebih jauh untuk bermain bola di padang. Tangan Farah kemungkinan terseliuh. Ada juga yang bermain layang-layang yang dihadiahkan oleh Dayangku Intan. Namun demikian, Kaer tidak dapat melayangkan layang-layang tersebut.

Roda Denda Impian
Terdapat beberapa denda pada Roda Denda Impian. Antaranya ialah meniru aksi Tenaga Pengajar, posing di hadapan kamera, membasuh pinggan, membuat chocshake untuk semua pelajar, bunyi haiwan yang manja dan lain-lain lagi.

Timbang Berat Badan
Tidak banyak perbezaan pada timbangan berat badan mereka. Kaer mengekalkan 56kg, Farah 49kg, Zahid 78kg, Adam 61kg, Linda 55kg, Mas 63kg dan Bob naik 1kg. Kaer makan sebanyak 16 ekor udang. Makanan pada hari tersebut agak sedap katanya.

Bersama Pengetua
Ramli MS memberi komen secara keseluruhan dan ternyata ia adalah komen-komen yang sama seperti minggu-minggu sudah. Linda sepatutnya menghalang dua gitaris yang mengiringinya dari mencuri tumpuan penonton daripadanya. Beliau juga harus meningkatkan tahap komunikasi beliau terutama sewaktu ruang kosong persiapan pentas. Adam mengaku melakukan kesilapan paling besar apabila tidak berjaya menutup kesilapannya. Beliau harus belajar tentang bagaimana untuk menutup kelemahannya. Itu sebab intellectual power penting pada saat-saat tersebut. Bob terlupa lirik dan menurut Ramli MS, persembahan Bob sewaktu rehearsal tiga kali lebih baik daripada malam persembahan. Menurut Ramli MS, Kaer sedar yang beliau terlalu terbawa-bawa dengan emosinya. Senyumannya tidak ikhlas dan nampak dibuat-buat. Beliau harus kembalikan dirinya semula. Mas sedar yang masalah utamanya ialah pitching. Sayangnya masalah yang lebih besar bukan sekadar pitching tetapi silap key. Silap key adalah kesilapan yang lebih tinggi darjatnya dari pitching. Showmanship Mas bagus menurut Cikgu Linda Jasmine.

Sebelum sempat untuk memberikan komen kepada Farah, beliau kelihatan merajuk dan berlalu ke bilik belakang. Memang kelihatan agak panik semua Tenaga Pengajar. Mereka bertanyakan kepada Zahid dan Adam apa masalah yang dihadapi oleh Farah. Menurut mereka, Farah sememangnya takut untuk menghadapi komen-komen dari Tenaga Pengajar. Begitu juga dengan Kaer. Mereka berkali-kali diberitahu yang tujuan utama komen tersebut adalah untuk memberi kebaikan dan memperbaiki kelemahan mereka.

Keluar sahaja dari bilik, Farah kelihatan membawa sebuah kotak besar yang berisi dengan patung gergasi M&M bewarna hijau. Mereka menghadiahkan patung gergasi M&M tersebut untuk Ramli MS. Sebuah perancangan yang licik untuk mengambil hati Pengetua. Mereka sedar yang kesemua Tenaga Pengajar berada di dalam keadaan serius setelah melihat persembahan mereka, dan mereka menggunakan sedikit peluang tersebut untuk meredakan sedikit ketegangan mereka.

Lagu Baru
Kaer – Mentera Semerah Padi oleh M.Nasir
Adam – Kasih oleh Breory Marantika
Bob – Alhamdulillah oleh Too Phat & Yassin
Zahid – Semusim oleh Marcell
Linda – Syurga Idaman oleh Azizah Mohamad
Farah – Bebas Berlari oleh Nora
Mas – Yayadan oleh Datuk Sharifah Aini
Bonus
Party Like This oleh VE
Joget Mak Enon oleh Carefree
Joget Kenangan Manis oleh Sudirman
Joget Sindir Pesan oleh Black Dog Bone

Pandangan Pertama
Mentera Semerah Padi merupakan sebuah lagu yang agak sukar untuk Kaer. Kaer boleh mewarnakan lagu tersebut mengikut gayanya tetapi jangan keterlaluan. Lagu seperti lagu tersebut sememangnya tidak sesuai jika ada lenggok-lenggok R&B yang keterlaluan. Jika Kaer sudah berpeluang menunjukkan bakatnya dengan lagu Kenanganku, minggu ini Adam berpeluang dengan lagu Kasih oleh Broery Marantika. Adam boleh menggunakan kelebihan tariannya untuk lagu ini. Tarian untuk lagu ini lebih menonjolkan imej nakal dalam diri beliau. Bob menerima cabaran paling hebat minggu ini dengan lagu Alhamdulillah. Lagu ini memerlukan stamina yang paling jitu untuk mengekalkan momentum persembahan. Syurga Idaman ialah sebuah lagu yang agak mudah bagi Linda. Beliau harus memberikan perhatian kepada vokal dan gerak tarinya. Lagu Bebas Berlari memang sesuai dengan vokal Farah. Beliau harus membuktikan yang penampilan pentas dan showmanship beliau berjaya memikat penonton. Mesej lagu tersebut sesuai dengan Mas.

Perancangan Yang Terancang
Perancangan untuk memberikan hadiah kepada Pengetua Ramli MS telah dirancang dengan baik oleh para pelajar dan Cikgu Fatimah. Lakonan Farah memang menjadi. Berbeza dengan lakonannya sewaktu sambutan hari lahir Cikgu Linda Jasmine.

Entri oleh sultanmuzaffar 0 komen

Novel Bersiri Akademi Impiana: Bahagian 32



Abang Besar: You tahu tak Ramlee OS popularity rate is at all time low?

Kakak Besar: I tahu... Sampai masuk paper komplen cara dia mengajar. Ye lah, orang kita mana boleh nampak cikgu yang tegas.

Abang Besar: So what do they want, actually?

Kakak Besar: Like what they've always wanted in school. Teachers that kiss their asses.

Abang Besar: You nak tahu apa... Cikgu-cikgu yang I ingat sampai sekarang adalah cikgu-cikgu I yang garang. Yang buat I belajar dengan lebih bersungguh-sungguh--

Kakak Besar: Dah I cakap, jangan samakan diri you dengan diorang ni semua. You kan scholar. Berapa kali I kena ulang? Not everybody in Malaysia are like you. You have to think of the masses! Kat Malaysia ni... Cikgu kena hormat murid, not the other way around. At least, that's the way to go according to many of Sia's supporters...

Abang Besar: Jadi sekarang apa you nak buat?

Kakak Besar: I think we should soften Ramlee OS' image a bit. You know what, people already start thinking that he is totally responsible in choosing the songs that are suppose to be performed by the students.

Abang Besar: Ye ke?

Kakak Besar: And they are accusing him of pilih kasih. You know... Giving the so called tough songs or boring songs to the students that he doesn't like.

Abang Besar: Lawak lah peminat-peminat fanatik AI ni.

Kakak Besar: This is not funny, okay! Whatever it is, kita buat dia nampak approachable--

Abang Besar: ...Kalau boleh kita kena buat dia seperti seorang father figure sikit.

Kakak Besar: Betul tu...

Abang Besar: So what do you propose we should do?

Kakak Besar: Apa kata kita buat pelajar-pelajar AI berikan dia hadiah, as a sign that they love and appreciate him.

Abang Besar: Macam mana kita nak buat? Suruh pelajar-pelajar tu buat kad?

Kakak Besar: Let's find something warmer... Something that's adorable and something that we can leverage on.

Abang Besar: Well... Cokelat W&W ada banyak sponsor kita sekarang, jadi apa kata kalau kita tonjolkan mereka lagi?

Kakak Besar: Good idea. We can get one of their stuffed W&W... Cute kan? They'll get their brands all over the academy!

Abang Besar: Let's get Siti Hawa to bring this idea to the students. Suruh diorang berlakon or something. Kita buat lah drama sikit. You know!

Kakak Besar: Okay. Nanti I bagitahu Siti Hawa... Oh, by the way, I ada satu kotak besar penuh dengan cokelat W&W dalam kereta I. Kalau you nak, ambil ler. I dah tak larat nak makan... I tengah diet lah, yang!

**


-- Hello, Timah. Hello! Kenapa senyap jer ni.

-- Saya rasa takde mood nak cakap dengan awak lah.

-- Kenapa tak turun lagi. Dah lama saya tunggu kat bawah flat awak ni.

-- Saya dah sampai kat Kilang. Saya naik teksi.

-- Isk! Kenapa ni?

-- Saya ada hal.

-- Hal apa pulak ni?

-- Ada hal kat kilang ni lah.

-- Sebelum ni awak selalu nak datang lambat. Ni nak datang awal pulak.

-- Saya tak suka lah kalau awak pikir yang bukan-bukan pasal saya. Awak ingat apa? Saya pergi dating dengan jantan lain ke?

-- Kenapa ni? Kasar semacam je?

-- ...

-- Lain kali kalau awak nak ke tempat kerja sendiri. Bagitahu saya awal-awal. Tak payah saya tunggu kat sini macam orang bodoh.

-- Dah lah. Saya sibuk ni. Saya nak off kan phone saya lepas ni.

-- Eh, dah kenapa ni Timah? Cuba explain kat saya... Ni mesti ada yang tak puas hati dengan saya ni!

-- Saya tak suka dengan perangai awak--

-- Perangai apa ni?

-- Kenapa awak tak bagitahu kat saya awak buat iklan?

-- ...

-- Kenapa senyap ni? Awak tahu awak salah kan?

-- Salah apa pulak ni?

-- Awak bersalah sebab awak nak rahsiakan benda ni dari saya, sedangkan semua orang dah tahu!

-- Mana ada semua orang dah tahu! Awak ni main sedap cakap jer.

-- Kenapa awak tak nak beritahu kepada saya yang awak dah jadi model iklan. Kenapa awak nak berahsia dari saya?

-- Saya nak surprisekan awak.

-- ...

-- Timah. Betul ni. Saya nak awak bangga dengan saya bila saya sendiri beritahu kat awak apa yang saya buat ni. Tapi masanya belum tiba lagi. Saya belum sedia lagi.

-- Tu semua alasan!Kenapa awak selalu nak kelentong dengan saya?

-- Saya nak kelentong dengan awak buat apa? Saya serius ni. Saya memang belum sedia. Saya harap awak paham.

-- ...

-- Timah... Saya mintak maaf.

-- Awak ni, tak habis-habis tu jer lah modal awak.

-- Timah, saya memang mintak maaf dari awak kalau-kalau perbuatan saya tu menyinggung perasaan awak. Mungkin cara saya tu salah. Saya paham. Tapi memang saya tak sedia nak beritahu kat awak atau sesiapa. Yang tahu abang Linus saja. Tu pun sebab dia yang usahakan saya dapat kerja tu dan kerja baru saya ni.

-- Saya rasa awak ada banyak lagi benda awak rahsiakan dari saya...

-- ...

-- Macam ni lah. Saya pun tengah sibuk ni. Awak tak payah nak susah payah call saya lagi. Esok pun awak tak payah nak tunggu saya hantar pergi kerja. Buat sementara waktu ni, kita tak payah nak jumpa makan sama-sama.

-- Eh kenapa ni Timah! Sabar lah kalau ya, pun!

Timah menghentikan perbualan dengan memutuskan talian telefon. Rahmat cepat-cepat menelefon Timah kembali. Didapatinya Timah telah mematikan fungsi telefon bimbitnya sama sekali. Rahmat mendengus marah. Mahu sahaja dia membaling telefon bimbitnya jauh-jauh.

Rahmat memakai topi keledarnya. Dia menghidupkan enjin motornya. Sewaktu dia mahu bersiap sedia untuk beredar dari kawasan perumahan tersebut, tiba-tiba telefon bimbitnya berdering lagi. Terlintas di hati Rahmat bahawa yang menelefonnya adalah Timah. Mungkin Timah mahu menelefonnya kembali untuk meminta maaf.

Rahmat meneliti skin telefon bimbitnya. Dia mendapati Pak Ngahnya di kampung sedang menelefonnya. Hatinya berdebar kerana Pak Ngahnya jarang sekali mahu menelefonnya kecuali jika ada perkara yang penting yang ingin diberitahunya.

-- Assalamualaikum...

-- Waalaikumsalam Rahmat... Ini Pak Ngah. Ini... Pak Ngah nak beritahu hal bapak kau. Dia masuk hospital Muar.

-- Yaallah! Bila?

-- Baru saja tadi. Tu sebab Pak Ngah telefon kau ni.

-- Macam mana dengan bapak saya sekarang?

-- Dalam ICU sekarang ni...

-- Saya akan pulang ke Muar sekarang juga!

-- Baguslah kalau macam tu. Nanti kita jumpa saja di sini.

Kepala Rahmat tiba-tiba buntu. Kepalanya kosong buat beberapa ketika. Dia memandang ke telefon bimbitnya. Langkah pertamanya adalah untuk menelefon Timah. Dia ingin mengadu nasib kepada Timah. Tetapi dia tidak dapat menghubungi Timah.

Rahmat membuka topi keledarnya. Dia menarik nafasnya panjang-panjang. Dia rasa seperti mahu menangis, tetapi ditahannya air matanya itu dari mengalir.

Kemudian, seolah mengikut gerak hatinya, dia menelefon Salina.

-- Hello...

-- Hello, Rahmat. Tengah buat apa tu? Dah makan?

-- Belum...

-- Kenapa suara awak sedih je ni?

-- Entah, saya pun tak tahu kenapa saya call awak ni. Saya cuma nak beritahu pada awak esok kita tak boleh lunch bersama. Saya nak balik ke Muar.

-- Kenapa?

-- Arteriovenous malformation... Dia ada masalah pada bahagian saraf otaknya sejak beberapa tahun yang lepas, tapi sekarang dah kritikal agaknya. Kemungkinan ada pendarahan... Dia sekarang di ICU.

-- Awak... Apa kata kita ke sana dengan kereta. Maksud saya... Saya yang drive. Cepat sikit. Lagipun mungkin kepala awak berserabut sekarang ni. Nak bawak motor pun bahaya...

-- Saya tak nak susah-susahkan awak.

-- No I insist!

-- Tapi--

-- Rahmat... Saya ingin menolong. Saya ikhlas mahu menolong. Ini kata akhir dari saya... Saya akan berjumpa awak di kondo Linus dalam masa setengah jam. Kita berjumpa di sana nanti. Lepas tu kita terus bertolak ke Muar bersama.

-- Baiklah...

Rahmat tidak menolak pelawaan dari Salina. Yang penting baginya sekarang adalah untuk berada di Muar secepat mungkin agar dia dapat menemui bapanya yang sedang berada dalam keadaan tenat...


**


Berikut merupakan permainan "Denda Roda Impiana" yang dimainkan oleh para pelajar Akademi Impiana. Dalam permainan ini, roda diputar dan pelajar diwajibkan untuk melaksanakan "denda" yang terpaksa mereka lakukan mengikut putaran roda:

Denda 1: Hempaskan pen marker ke atas atas lantai dan jerit kuat-kuat: “Kamu ingat ini sekolah apa? Main-main ya?”

Denda 2: Cuba memahami dan menerima hakikat bahawa Johnny dan Jenny adalah sebenarnya kamera yang tidak bernyawa dan bukan seekor haiwan peliharaan.

Denda 3: Pelajar dimestikan mengepit suara dan memakai tocang serta memakai kimono setiap kali ke kelas Puan Siti Hawa selama seminggu.

Denda 4: Pelajar harus meniru gaya KRU untuk menyanyikan lagu yang diberikan kepada mereka untuk minggu ini.

Denda 5: Sebut perkataan breep, breeeeep seribu kali.

Denda 6: Pelajar mesti meng”R&B”kan lagu Negaraku pada setiap pagi selama seminggu.

Denda 7: Pelajar harus belajar Bahasa Tamil dari Penasihat Pelajar, Encik John lalu mengalih bahasa lirik lagu yang mereka terima ke Bahasa Tamil.

Denda 9: Pelajar perlu melakonkan adegan mereka diundi keluar dari Akademi Impiana dengan hanya menggunakan kalimah: "Kok kaku kakakku kaki kek".

Denda 10: Pelajar dimestikan pakai bedak tepung jagung ke muka mereka, kemudian menyumbangkan suara mereka seperti Sia, lalu mengikut gelek tariannya dan seterusnya cuba menangis untuk meraih simpati agar tidak perlu didenda lagi.

Entri oleh sultanmuzaffar 25 July 2004 0 komen

Novel Bersiri Akademi Impiana: Bahagian 31



Kakak Besar: Please, please ask your favourite adik si Nur tu agar stay in character kalau-kalau dia kena voted out nanti.

Abang Besar: Isk you ni. Macam nak harap-harapkan dia keluar aja. Mulut you tu dah lah masin!

Kakak Besar: I cakap kalau... Ye lah. Sesiapa sahaja akan keluar minggu ni kecuali si Sia tu kan?

Abang Besar: Tu lah. Salah haribulan si Sia tu boleh jadi Juara Akademi Impiana, kan?

Kakak Besar: Kalau dia menang, she will only reflect that state of our music industry. Enuf said.

Abang Besar: ...

Kakak Besar: Now Back to Nur... I hope that she will stay in character as that budak pendiam yang serba lemah that I've created for her.

Abang Besar: You mean, she's not?

Kakak Besar: Don't be silly lah. She's just acting all along. Kalau dia nampak macam independent woman nanti, siang-siang haruslah dia akan kena voted out pulak kan? You know lah, she's smart enough to supply some people with their fantasies of a weak and hopeless Malay woman. Macam si Sia lah. Kalau dia tak melalak on every occasion, tak nampak bengap dengan IQnya yang lebih rendah dari batu kat tepi jalan, mesti tak akan ada orang nak undi dia. The rule of thumb is... If you're a woman, never show that you are strong and empowered.

Abang Besar: Tak sangka si Nur ni cerdik budaknya.

Kakak Besar: Of course she is. Tapi tu lah I takut... Tetiba bila dia diundi keluar nanti, penonton akan sedar she's not what people think she is.

Abang Besar: Lebih teruk nanti... Kalau namanya diumumkan keluar, dia tak menangis. Worst case scenario, dia akan tersenyum dan nampak happy. Macam mana Azmil akan timbulkan drama sedih?

Kakak Besar: Kalau tak sedih... Tak ada air mata... Marah pulak sponsor kertas tisu kita, kan?

Abang Besar: ...

**


“Nok... Kenapa eye-bag akaq Azmil makin obvious nok?” Tanya Gundutz sambil menguatkan lagi volume TVnya.

“Dia ala-ala tension kot. Ye lah, filem dia kan akan ditayangkan tak lama lagi.” Jelas Linus. “Haruslah banyak kerja promo bagai. Nak-nak kat adik-adik kan? Ye lah, siapa lagik yang akan naikkan nama dia nanti kalau bukan adik-adik?”

“Nok, bercakap pasal Akaq Azmil... Hem musykil sikit ni... Kenapa dia suka kenen-kenenkan peponens AI, dengan budak-budak pompuan macam si Indra, Fyrul dan Boboy... Yang lain-lain tu dia tak kenankan pulak. Seswatuh occay!”

“Motif adik-adik lah, sundels. Perlu tanya lagik kat mak ke?” Linus terus menjawab. Gundutz pula terus menonton rancangan Konsert Akademi Impiana tanpa banyak bersoal-jawab lagi.

Linus mendapati konsert pada malam itu agak hambar. Tak ada apa-apa yang menarik rasanya. Dia hampir-hampir mahu tertidur sehinggalah apabila tiba giliran Lina pula untuk menyanyi. Gundutz menjerit-jerit sakan:

“Akaq Azmil pakai wig, terus macam Tina Turner, sundels!”

Pada waktu itu Azmil kelihatannya sedang memakai rambut palsu ala glam rockers sementara memperkenalkan “kezutan” untuk Lina - pemain gitar terkenal, Sham Kamikaze dan Man Kidal untuk mengiringi nyanyian Lina.

Dalam konsert yang serba hambar itu, tak banyak perkara yang berlaku yang boleh dijadikan tajuk perbualan oleh Linus dan Gundutz. Mereka berdua nampaknya lebih banyak diam dari berkata-kata.

Dalam pada itu, si Gundutz terus mengundi Sia. Dia betul-betul serius dengan kemahuannya untuk melihat Sia terus dibenarkan “bermain-main” di dalam Akademi Impiana. Jika tak ada Sia di dalam Akademi Impiana, bosan pula rasanya. Seolah-olah Akademi Impiana tidak akan ada lagi pelajar yang boleh membuatnya marah-marah atau benci.

Kemudian, tibalah masa untuk nama pelajar yang terkeluar diumumkan. Azmil mengumumkan nama Nur sebagai pelajar Akademi Impiana yang harus mengusung begnya keluar dari dewan.

Nur nampaknya tenang, malah gembira menerima keputusan. Si Azmil pula tak tahu bagaimana caranya untuk dia buat-buat sedih seperti mana yang selalu dilakukannya. Dia cuba “enterframe” berkali-kali untuk menarik perhatian penonton agar lebih menumpukan perhatian mereka kepadanya seperti selalu, tetapi personaliti Nur yang lebih menyerlah menenggelamkan dirinya terus.

“Mak nak tabik ratu kat Nur ni.” Ujar Linus dengan nada bangga. Buat pertama kali pada malam itu dia kelihatan tidak mengantuk.

“Tu lah nok. Nur very der poised kan? Ala-ala ratu gituh.” Gundutz menyambut sambil cuba mengingati setiap gerak-geri Nur agar boleh dijadikannya pedoman di atas dirinya nanti.

“Apa tidaknya nok... Zurina is a tough act to follow. Yang menangis nanti ko tengok ler siapa... Si kaki-melalak-untuk-tagih-undi tu lah... Siapa lagi?” Linus bersuara sinis. Dia melihat ke wajah Timah yang ada sekali pada waktu itu. Timah tidak banyak bercakap. Seperti ada sesuatu yang menganggu tumpuannya pada waktu itu.

Seperti yang telah diduga, rancangan Konsert Akademi Impiana berakhir dengan adegan si Sia menangis seperti budak 5 tahun menangis. Si Azmil pula kelihatan terpinga-pinga kerana lakonannya untuk buat-buat sedih tak menjadi minggu ini. Dan entah apa motifnya, wajah Khir ditunjukkan berkali-kali di kaca TV... Kononnya si Khir ini mempunyai perasaan cinta dengan si Nur dan akan menangis sakan seperti keadaan si Indra ketika si Adlina diumumkan terkeluar dari Akademi Impiana.

Gastro nak buat telenovela gamaknya, tapi macam tak menjadi, kerana:

Si Khir tidak menangis. Matanya sekadar terkebil-kebil. Si Azmil pula masih kelihatan keliru dek melihat keadaan si Nur yang tidak mengikut acuan “skrip”. Si Adam yang dikatakan mempunyai hubungan intim dengan si Nur pula sedang sibuk mencari cermin untuk membetulkan rambutnya. Dan si Sia yang akan terus menyanyi sumbang pada minggu-minggu berikutnya sedang menangis walaupun tidak ada seorang pun di antara rakan-rakan pelajar yang ada mahu mendekatinya untuk memujuknya ketika dia sedang menangis...

Si Timah sedang mengeluh seorang diri. Entah apa sahaja yang dikeluhkannya. Si Linus dan Gundutz memandang ke arah Timah yang tidak banyak bercakap pada malam itu. Si Gundutz nampak risau. Lebih-lebih lagi kerana si Timah tidak mahu menjamah kek browniesnya serta ice cream Haagen Dazs yang telah dibeli oleh Linus.

“Kenapa ni nok. Lain macam jer, ni... Datang bulan ke?” tegur Gundutz kepada Timah, sambil merapatkan dirinya kepadanya.

“Tidak ada apa-apa.” Suara Timah kurang bermaya. Dia sedikitpun tidak melawan kata-kata Gundutz seperti biasa.

“Ni mesti pasal Rahmat, kan?” tanya Linus pula sekadar meneka.

Timah mengangguk tanpa memandang ke arah Linus.

“Kenapa dengan Rahmat?” tanya Gundutz kepada Timah.

“Macam lain macam lah dia tu... Tak macam dulu. Macam semalam... Bila keluar makan dengan dia... Ada orang call. Lepas tu dia pergi tempat lain berbual. Lama pulak tu. Macam cakap dengan awek pulak.” Timah menjelaskan. “Kemudian dia nak balik awal. Selalunya kami lepak kat mamak tu sampai aku nak masuk kerja.”

“Hemm...” Linus memandang ke arah Gundutz. Ada sesuatu di dalam mata Linus yang cepat dapat dibaca Gundutz.

“Dia berbual dengan sedara dia tak nok... Tak pon dengan kawan-kawan mat rempit dia tu.” Kata Gundutz dengan nada memujuk. “Dia nak balik awal sebab dia ada race agaknya. Ye lah... Ko tahu lah perangai mat rempit macam dia tu. Pantang ada race. Nak jer join sekali, kan?”

“Dia macam dah berubah lah. Tengok ler keadaan dia sekarang... Smart semacam jer.” Timah memegang bahagian hujung kain tudungnya sambil memintal-mintal bahagian tersebut. “Sekarang, bila dia keluar dengan aku dia dah pandai pakai minyak wangi. Dulu tak pernah dia nak pakai minyak wangi depan aku!”

“Dia kan model! Mestilah!” kata Linus tiba-tiba, beberapa detik kemudian dia cepat-cepat menutup mulutnya kerana tersalah cakap.

“Apa?” Timah seperti tidak percaya dengan apa yang didengarnya tadi.

“Ermmm--” Linus menggaru-garu kepalanya. Gundutz pula menggelengkan kepalanya. Dia nampak kesal kerana Linus telah tersalah cakap.

“Korang berdua mesti dah lama tahu tentang hal ni... Tapi masih nak sembunyikan dari aku!” Rungut Timah. “Kawan apa korang ni!”

“Dia bagitahu kat aku jangan bagitahu kat sesiapa lah nok.” Linus cuba memujuk.

“Termasuk kat aku?” tanya Timah kembali.

“Ye lah kot...”

“Tapi kenapa?” suara Timah penuh kecewa, kini kepada Gundutz pula.

“Jangan tanya hem lah soalan-soalan cepumas ni semua!” Gundutz cuba mengelak dari menjawab. Dia masuk ke dalam dapur dengan beberapa keping pinggan kosong di atas mejanya.

“Mak rasa soalan-soalan ni ko kena tanya sendiri kat dia. Nanti jawab lah dia. Tentu dia ada sebabnya sendiri.” Linus menasihati. Dia melihat Timah semakin murung.

**


Kepada peminat-peminat Akademi Impiana yang suka berkaraoke, pastinya mereka mahu menyerikan lagi sesi karaoke mereka dengan mengikut cara nyanyian pelajar kesayangan mereka. Berikut merupakan tips-tips yang boleh mereka lakukan agar nyanyian mereka selaras dengan gaya nyanyian pelajar kesayangan mereka.

Boboy: Anda perlu menyanyi dengan gaya nyanyian skizofrenik dengan menyanyikan lagu pilihan anda dengan menggunakan pelbagai teknik suara.
Siapa yang sesuai menyanyikan lagu cara ini: Mereka yang mempunyai suara yang “meletup” yang mahu “showcase” kebolehan mereka menyanyi.

Lina: Anda perlu menyanyikan lagu anda dengan nada suara yang sengau.
Siapa yang sesuai menyanyikan lagu cara ini: Mereka yang merasakan diri mereka mempunyai wajah Pesona Bintang.

Azam: Menyanyikan lagu-lagu KRU atau men-KRU-kan lagu-lagu yang mahu anda nyanyian.
Siapa yang sesuai menyanyikan lagu cara ini: Peminat-peminat setia KRU

Dara: Breep, breeeeeeepppppp!
Siapa yang sesuai menyanyikan lagu cara ini: Teletubbies

Fyrul: Pastikan anda kepitkan suara anda ketika menyanyi. Jika ke pusat karaoke, jangan lupa untuk bertocang dan berkimono.
Siapa yang sesuai menyanyikan lagu cara ini: Mereka yang bersuara kepit serta mereka yang tergolong dalam kategori Jantayu (Baca: Jantan Ayu) yang suka berhias dengan pakaian-pakaian yang pelik-pelik.

Khir: Setiap lagu yang ingin anda nyanyikan, perlu anda rosakkan serta ubahkan agar kedengaran seperti anda menyanyikan lagu berentak R&B (dengan lenggok BB*).
Siapa yang sesuai menyanyikan lagu cara ini: Adik-adik *Blue Bar, Blue Boy, Velvet dan yang sewaktu dengannya...

Sia: Sumbang-sih-kan (Baca: sumbangkan) suara anda. Kemudian buat-buat blur ketika membaca lirik lagu, ditambah dengan tarian gelek ala Inul ataupun penari eksotik di kelab malam yang terletak di Patpong, Bangkok.
Siapa yang sesuai menyanyikan lagu cara ini: Ibu-ibu tunggal, janda yang tak reti berhias, “Insan-insan Istimewa” yang mempunyai masalah pembelajaran dan mereka yang sememangnya mempunyai suara sumbang tetapi menganggap suara mereka yang sumbang itu sebagai unik.

Entri oleh sultanmuzaffar 0 komen

Akademi Fantasia IIImbasan Akademi Fantasia VII

Bersama Saiful Apek
Beliau berpeluang untuk masuk ke dalam Akademi Fantasia dan dapat merasakan ada dunia yang tersendiri di situ. Beliau mengibaratkan Akademi Fantasia sebagai sangkar emas, segala-galanya ada.

Disebabkan terkurung tanpa sebarang perhubungan dengan dunia luar, sedikit senyak emosi dan psikologi mereka akan memberikan reaksi baik positif mahupun negatif tentang keadaan situasi yang perlu mereka hadapi.

Mereka sebenarnya berperang dengan diri mereka sendiri walaupun setelah mengetahui akan apa yang akan mereka tempuhi. Itulah impian mereka dan mereka seharusnya memilih untuk melawan cabaran-cabaran yang datang. Memang besar cabaran itu. Ada di antara pelajar yang sebelum ini merokok tetapi telah tidak dibenarkan merokok di dalam Akademi. Tentunya ini sedikit sebanyak memberikan kesan kepada persembahan dan prestasi mereka. Walaupun agak janggal bila menggunakan alasan tersebut sebagai cagaran untuk tidak memberikan persembahan yang baik. Tanpa televisyen, radio, internet tentulah menyakitkan.

Banyak faktor yang akan mempengaruhi undian pelajar, sama ada prestasi pelajaran mereka, persembahan mereka mahupun personaliti mereka. Semuanya di tangan pengundi. Akademi Fantasia secara definisinya adalah satu yang di luar jangkaan. Apa sahaja kemungkinan boleh berlaku dalam sekelip mata.

Beliau mengelak apabila ditanya tentang penyingkiran Nurul sama ada beliau sememangnya layak keluar pada minggu ini.

Bersama Pengetua Ramli MS
Begitu juga dengan Pengetua yang menyatakan semuanya bergantung 100% kepada penonton sekiranya Nurul tersingkir. Ini bermakna pengundi sudah tidak mahukan Nurul. Tidak mahu pengundi bersandarkan beberapa faktor, sama ada prestasi beliau di dalam Akademi, keyakinan Nurul yang tidak berubah serta personaliti beliau sendiri.

Penyingkiran Nurul mungkin berdasarkan kekurangan pada keyakinan Nurul pada minggu-minggu sebelum ini. Pada minggu ini tahap keyakinannya mula terserlah tetapi pengundi merasakan sudah tiba masanya Nurul disingkirkan.

Mungkin juga strategi pengundi Nurul yang mengundi pada saat-saat akhir iaitu ketika siaran langsung konsert berlangsung telah memakan diri sendiri kerana tidak lagi mampu terkejar peratusan pelajar lain yang sudah jauh mendahului Nurul.

Menurut Ramli MS, Nurul seorang yang kurang berkeyakinan tetapi mempunyai daya yang kuat untuk belajar.

Buat pertama kali dalam sejarah Akademi Fantasia, seorang Pengetua mendedahkan Laporan Kemajuan Pelajar kepada umum untuk menilai. Menurut beliau lagi, pendedahan tersebut dilakukan dengan bertujuan untuk memberikan semangat kepada pelajar dan menilai prestasi pelajar. Perkara yang sama juga berlaku di sekolah yang dinilai pada setiap penghujung penggal. Zahid menurutnya seorang yang sentiasa merebut peluang yang ada. Beliau menggunakan segala kemudahan yang ada dengan bijak dan tidak tunggu disuap.

Laporan Kemajuan Pelajar mengikut Pengetua Ramli MS
1. Zahid
2. Kaer
3. Linda
4. Adam
5. Bob
6. Farah
7. Nurul
8. Mas

Nyata pilihan Pengetua Ramli MS dan pilihan pengundi ternyata jauh berbeza. Diajukan soalan sama ada berlaku kerugian dalam pilihan yang ada kerana pilihannya tidak sama dengan penonton. Beliau menjawab secara sini, yang beliau tahu muzik dan beliau tahu apa yang berlaku di dalam pengajian mereka. Perkembangan setiap pelajar diawasi.

Kebanyakan pelajar yang tersingkir sebelum ini iaitu Edlin, Fitri, Anding dan Zarina berada pada kedudukan selesa pada kedudukan undian sebelum konsert tetapi mereka tersingkir pada penghujung konsert. Nurul merupakan pelajar pertama tersingkir apabila berada di kedudukan undian terakhir sebelum konsert. Oleh yang demikian wujud undian simpati untuk Nurul pada konsert sebelumnya. Pada minggu ke minggu bilangan pelajar semakin berkurangan. Oleh yang demikian pengundi harus bijak untuk meninggalkan hanya lima pelajar yang mereka rasakan layak untuk berada di Lima Pilihan Terbaik mereka.

Perbezaan utama nyata berpihak kepada pengundi Mas yang mana kedudukan beliau sentiasa mengungguli takhta carta selepas konsert berakhir. Sedangkan pada carta Pengetua, Mas berada di tangga paling bawah. Pada pendapat Pengetua sendiri, penilaiannya berdasarkan kepada ilmu muzik yang ada dalam diri beliau serta berdasarkan pencapaian pelajar di dalam pengajian. Oleh yang demikian, pencapaian yang mana yang dinilai oleh pengundi, adakah penilaian yang dinilai oleh Pengetua atau penilaian oleh pengundi fanatik ?

Bersama Nurul: Keceriaannya Mengundang Pelbagai Pertanyaan
Keriangan dan keceriaannya apabila diumumkan sebagai pelajar yang tersingkir memang agak mengejutkan ramai pihak. Secara tiba-tiba beliau menjadi begitu ceria dan petah berkata-kata. Mungkinkah tekanan di dalam Akademi Fantasia benar-benar menakutkan beliau sehingga merasa lega apabila tersingkir. Emosi para Tenaga Pengajar yang agak meninggi serta terputus perhubungan dengan dunia luar benar-benar menyakitkan. Situasi yang berlaku di asrama juga sedikit sebanyak memberikan kesan kepada persembahan dan prestasi Nurul sebagai pelajar Akademi Fantasia. Apabila tersingkir, masalah-masalah itu ditinggalkan di Akademi dan beliau kini bebas.

Terasa berat hati untuk meninggalkan rakan-rakannya di Akademi serta Tenaga Pengajar dan berpisah dengan ibu dan bapanya. Tetapi beliau gembira kerana telah melakukan yang terbaik dan dapat bertemu semula dengan ibubapanya.

Beliau terasa kehilangan Farah yang sememangnya rapat dengan beliau.

Apabila penonton yang bertepuk gembira kerana Nurul akhirnya tersingkir sedikit pun tidak memberikan kesan kepada keluarganya. Itu pilihan pengundi. Perkara yang sama pernah terjadi di Akademi Fantasia I bila mana Nana tersingkir dan seluruh dewan bertepuk dan bersorak kegembiraan.

Kedudukan Selepas Konsert
Zahid 15%
Bob 13%
Kaer 13%
Mas 12%
Adam 12%
Farah 12%
Linda 12%
Nurul 10%

Entri oleh sultanmuzaffar 24 July 2004 0 komen

Akademi Fantasia IIKonsert VII Akademi Fantasia : Selamat Pulang Ke Ulu Langat

Secara keseluruhan persembahan Konsert VII agak membosakan. Tiada elemen kejutan yang mampu mengumpan perhatian penonton kecuali kejutan buat Zahid. Kesilapan teknikal sewaktu mengumumkan Kedudukan Sebelum Konsert tidak sepatutnya berlaku kerana ia adalah rutin pada setiap konsert sejak Konsert I Akademi Fantasia I hinggalah Konsert VII Akademi Fantasia II. Jika dibandingkan Konsert VII Akademi Fantasia I dan II memang jauh bezanya. Tidak menyeronokan dengan persembahan yang terbaik dari setiap pelajar kecuali keceriaan Nurul apabila diumumkan tersingkir pada ahkir konsert.

Satu lagi kesilapan besar pihak penerbitan ialah apabila pengumuman oleh Floor Manager tentang lesen membuat aksi “mengeluh” kepada Pengkritik Profesional sekiranya penonton tidak bersetuju dengan mereka. Sebaliknya lesen tersebut telah disalahgunakan oleh penonton dengan mem”boo” komen bernas oleh Kudsia Kahar. Satu kesilapan yang besar apabila meletakkan sepenuh kepercayaan kepada penonton untuk melakukan sesuatu.

Kedudukan Sebelum Konsert
Mas 15%
Adam 14%
Linda 14%
Zahid 14%
Kaer 13%
Bob 12%
Farah 11%
Nurul 9%

Pengkritik Profesional
Zainal Abidin telah melaksanakan tugas yang diamanahkan kepada beliau dengan cemerlang. Beliau telah bercakap tulus dari hatinya untuk perkembangan pelajar dan kebaikan pelajar itu sendiri. Kebanyakan komen yang diberikan oleh beliau dipersetujui oleh para penonton. Tetapi tidak bagi Saiful Apek yang rata-rata komennya hanya menyebut sempoi. Saya sendiri sudah bosan dengan perkataan tersebut disebutkan berulang-ulang kali sehinggakan persembahan pelajar yang agak buruk juga diberikan taraf sempoi. Adakah makna sempoi itu sesuatu yang buruk ? Saiful Apek seakan hilang arah dan tidak tahu apa yang perlu dikomen. Beliau sewajarnya memberikan komen tentang persembahan pelajar. Saya agak bersetuju dengan Kudsia Kahar pada minggu ini. Beliau nampaknya seakan sudah berputus asa setelah melihat persembahan pelajar yang agak buruk pada minggu ini. Saya tidak nampak kenapa perlunya ada sokongan boo dari para penonton yang menonton secara langsung. Insiden ini berlaku sejak minggu lalu bila mana Floor Manager memberikan lesen kepada penonton untuk mengeluh jika dan hanya jika ada komen yang tidak memuaskan hati mereka. Mengeluh dan mem”boo” adalah dua perkara yang jauh berbeza. Saya dapat measakan inilah silapnya apabila ASTRO memberi lesen kepada penonton untuk melakukan sesuatu. Mereka akan silap menggunakan peluang yang ada. Mereka akan menganggap tindakan tersebut satu hak dan bukannya satu kelebihan yang telah diberikan oleh ASTRO.

Persembahan Pelajar
Akademi Fantasia IINurul – Lucky 3.2/10
Nurul terlalu berhati-hati ketika membuat persembahan. Sebuah lagu Inggeris yang attitude disampaikan dengan biasa sahaja oleh Nurul. Sebutannya telalu berhati-hati, tidak jelas dan agak meleret. Idea persembahannya bagus tetapi tidak dapat membantu mencantikkan persembahannya kerana nyanyiannya jelas tidak cemerlang. Vokal beliau agak mendatar. Saya cuba memetik kata-kata Roslan Aziz dalam Malaysian Idol yang pernah menyatakan “beliau menyanyi lagu Inggeris macam orang Jawa menyanyi lagu Inggeris.” Tahap keyakinannya juga agak baik pada minggu ini dan stage presense beliau juga terbaik. Beliau pandai menyesuaikan diri dengan keadaan ruang yang ada serta menambat hati melalui sketsa yang dipersembahkan. Menyanyi sambil dijulang merupakan kejutan dari beliau.

Akademi Fantasia IIBob – Salam Terakhir 6.5/10
Persembahan Bob tidaklah sebaik mana. Nada rendah beliau agak kurang bertenaga. Walaupun hanya berdiri dan tidak bergerak, persembahan beliau tetap menarik. Keyakinannya tinggi. Satu yang menyerlah tentang beliau ialah vokal beliau yang mantap. Beliau bijak menjaga pitchingnya dengan baik. Menurut Zainal Abidin beliau harus bijak mencipta kreativiti pada melodi lagu tersebut. Ini kerana persembahannya menepati melodi asal lagu tersebut. Penghayatan beliau juga bagus serta ekspresi wajah yang kekal sehingga tamat lagu tersebut.

Akademi Fantasia IILinda – Akan Ku Tunggu 6/10
Beliau agak terganggu dengan masalah teknikal yang berlaku di awal persembahannya. Jelas beliau nampak gugup dan tidak selesa dengan kejutan yang beliau terima. Persembahannya diiringi oleh dua gitaris hebat iaitu Sham Kamikaze dan Man Kidal. Tetapi sayangnya beliau gagal untuk menggunakan kejutan yang ada untuk mengumpan perhatian penonton. Sham Kamikaze dan Man Kidal sebenarnya terlalu profesional dan telah mencuri sedikit pesona bintang yang ada pada Linda. Tumpuan penonton telah teralih kepada mereka berdua setelah Linda membiarkan mereka memberikan persembahan yang memukau dan menyanyi di belakang mereka. Pergerakannya terbatas dan beliau agak kaku menguasai pentas. Persembahan vokalnya tidak seperti yang diharapkan kerana beberapa masalah pitching pada hujung-hujung note yang tidak dijaga dengan baik. Beliau agak bertuah kerana menerima kejutan tersebut.

Akademi Fantasia IIKaer – Bunga Pujaan 5/10
Saya semakin tidak menyukai dengan persembahannya. Beliau terlalu ghairah menukar gaya melodi lagu tersebut sehingga hilang originaliti lagu tersebut. Beliau harus meningkat latihan pada note rendah vokal beliau yang tidak jelas kedengaran serta ditambah lenggok-lenggok R&B yang tidak perlu. Penghayatan beliau agak biasa sahaja dan hasilnya lagu tersebut kedengaran mendatar. Tumpuannya jelas kacau kerana masih melakukan kesilapan terlupa lirik. Saya dapat merasakan tekanan yang hebat dari minggu ke minggu juga tekanan tidak dibenarkan meneruskan rutin sehariannya sebelum ini. Wajahnya menjelaskan segala-galanya. Kedudukannya yang menurun dari minggu ke minggu jelas mengganggu tumpuannya. Beliau harus bijak dan menggunakan akal untuk mengawal kemarahannya dan sekaligus harus bijak menutup kelemahannya. Jangan biarkan kemarahannya menguasai dirinya. Menurut Kudsia Kahar, jiwa Kaer tidak lagi menumpukan sepenuh perhatiannya kepada persembahannya pada setiap minggu. Mungkinkah juga Kaer sendiri telah lupa tanggungjawabnya sebagai pelajar setelah dinobatkan yang beliau bakal Juara oleh Kudsia Kahar ? Oleh itu, siapakah punca sebenar masalah ini ?

Akademi Fantasia IIFarah – Jangan Kau Mimpi 7/10
Beliau mempunyai vokal yang hebat. Koreografnya juga bagus pada minggu ini serta beliau bijak menguasai pentas. Beliau nampak ceria dan bertenaga menyanyikan lagu tersebut. Beliau mempunyai attitude yang baik untuk lagu sebegini. Seperti biasa teknik pernafasannya perlu dijaga untuk lagu sebegini. Pada minggu hadapan beliau diharapkan dapat menumpukan perhatian kepada teknik berkomunikasi beliau dengan penonton bukan sekadar melalui percakapan tetapi juga melalui gerak tubuh beliau. Beliau tidak bersungguh-sungguh mengucapkan terima kasih kepada penonton pada akhir persembahannya serta breep breep yang dibuat tidak bersemangat.

Akademi Fantasia IIZahid – Cinta Sakti 8/10
Beliau bercita-cita untuk makan malam bersama Misha Omar dan makan cekodok bersamanya. Di layar ditayangkan halaman rumah Zahid di Gombak dan muncul Misha Omar di hadapan rumah Zahid. Zahid jelas cemburu dengan tayangan tersebut. Misha masuk menemui ibu dan bapanya. Misha berkesempatan untuk masuk ke dalam bilik Zahid untuk melihat-lihat dan berbaring di katil Zahid. Jeritan cemburu penonton membuktikan segala-galanya. Ada juga teddy bear di dalam bilik beliau. Misha menampal poster untuk Zahid siap ditandatangani oleh beliau. Berbalik kepada persembahan beliau, Zahid mempunyai vokal yang power. Penguasaan pentas yang hebat dan bertenaga. Penghayatannya juga kekal sehingga tamat. Interaksi kamera juga baik dan bijak mencuri perhatian kamera. Beliau tahu apa yang perlu dilakukan olehnya di atas pentas. Tahap keyakinan beliau amat tinggi dan semakin tinggi dari minggu ke minggu.

Akademi Fantasia IIMas – Tamparan Wanita 1/10
Beliau tidak menyanyikan lagu ini dalam nada yang betul. Igauan Ramli MS menjadi kenyataan. Penyanyi latar telah menyanyikan lagu ini dalam nada yang betul tetapi tidak Mas. Saya harus memuji ahli-ahli kumpulan Elite yang berjaya menyanyikan lagu Tamparan Wanita ini jauh lebih hebat dari Mas. Oleh itu cuba anda bayangkan di mana kedudukan Mas jika dibandingkan dengan Elite. Saya amat berharap peminat fanatik Mas dapat membaca makna di sebalik baris ayat tersebut. Itupun sekiranya mereka tidak slow learner juga seperti Mas. Pitchingnya berterabur. Beliau menyanyi ikut suka hati sahaja. Beliau harus menajamkan pendengarannya agar dapat mendengar nada lagu tersebut dengan betul. Penampilan beliau di pentas jelas tercari-cari kamera dan mahu dirakam oleh kamera. Beliau bijak menguasasi pentas dengan showmanship yang agak bertenaga. Sesekali tarian beliau mengingatkan saya tentang pengalaman saya melewati laluan di daerah Red Light Amsterdam. Rata-rata penyokong menyokong kenyataan Zainal Abidin tentang Mas.

Akademi Fantasia IIAdam – Smooth Criminal 3/10
Menyanyi menggunakan head mic merupakan satu perkara yang sukar kerana amat sukar untuk mengawal vokal dalam nyanyian. Beliau kelihatan agak gugup setelah terlupa lirik. Sebutan Adam tidak jelas dan penonton tidak dapat menghayati mesej lagu tersebut. Adam harus memperbaiki mutu vokal beliau. Penampilan beliau di atas pentas sudah bagus dan memikat penonton untuk terus menonton tarian beliau walaupun nyanyiannya sumbang. Adam seharusnya mencipta tarian yang berbeza dari Michael Jackson kerana Adam agak sukar untuk menukar cara nyanyian Michael Jackson dalam lagu tersebut.

Medley Dua Insan/Kita Insan Biasa 4/10
Beberapa kali Kaer terlupa lirik dan Mas kelihatan menenangkan perasaan Kaer ketika itu yang agak kerisauan. Medley ini tidak begitu cemerlang seperti yang diharapkan. Dua Insan tidak begitu baik berbanding Kita Insan Biasa. Sebuah medley yang biasa dan tidak menyengat.

Akademi Fantasia IIMenuju Puncak : She Is Not That Lucky !
Aznil sememangnya hebat menggunakan kata-kata. Bermula dengan mewujudkan unsur suspens apabila mengumumkan tajuk lagu memainkan peranan yang penting pada penyingkiran kali ini. Penggunaan Salam Terakhir dan Smooth Criminal memang memberikan unsur suspens kepada penonton. Adakah pelajar ini bakal mengucapkan Salam Terakhirnya atau pun ada unsur Smooth Criminal yang dirancangkan untuk menyingkirkan pelajar ini. After all, she is not that Lucky! Nurul. Adrenalin penonton baik di rumah mahu pun di rumah sudah terlalu tinggi apabila mendengar Salam Terakhir dan Smooth Criminal dan menjadi lega apabila mendengar Lucky. Nurul beredar dari Akademi Fantasia dengan keriangan dan keceriaan yang jelas bukan seperti apa yang kita tonton hari-hari dalam Diari Akademi. Beliau mungkin merasakan yang bebannya sudah berjaya beliau tinggalkan di dalam Akademi dan keluar untuk mencari perjuangan baru di luar yang cabaran dan tekanannya jauh lebih hebat. Rata-rata penonton dan Aznil sendiri agak terkejut melihat perubahan mendadak Nurul yang tampak begitu ceria di bawah pentas berbanding di atas pentas. Farah kelihatan yang paling jujur menitiskan air mata kerana temannya ke tandas sudah tersingkir dari Akademi. Kaer juga kelihatan agak stress menyaksikan penyingkiran Nurul.

Persembahan Terbaik SM
Zahid – Cinta Sakti 8/10
Farah – Jangan Kau Mimpi 7/10
Bob – Salam Terakhir 6.5/10
Linda – Akan Ku Tunggu 6/10
Kaer – Bunga Pujaan 5/10
Medley Dua Insan/Kita Insan Biasa 4/10
Nurul – Lucky 3.2/10
Adam – Smooth Criminal 3/10
Mas – Tamparan Wanita 1/10

Entri oleh sultanmuzaffar 23 July 2004 0 komen

Akademi Fantasia IIDiari Akademi 07-09-10

Akrobatik
Zahid mencuba untuk melakukan akrobatik, mungkin untuk persembahannya. Adam dan Zahid mencuba dengan berdiri dengan menggunakan tangan sambil diawasi oleh Cikgu Linda Jasmine.

Prop Dancing
Kaer memilih hand rest untuk menari bersamanya. Hasilnya biasa sahaja. Farah dan payung juga masih biasa sahaja. Zahid dan kusyen juga biasa sahaja. Tarian Adam dan kerusi agak membosankan. Begitu juga dengan Linda yang menggunakan bola perhiasan. Rata-rata semua pelajar memberikan tarian yang membosankan.

Akademi Fantasia IIKelas Seni Persembahan Cikgu Fauziah Nawi
Mereka harus membayangkan kesalahan yang pernah mereka lakukan kepada ibu mereka dan yang tidak sempat minta maaf. Bermula dengan Kaer, ucapannya biasa sahaja. Begitu juga Linda dan Zahid yang ada sedikit kelainan kerana beliau memberikan sebuah senyuman untuk ibunya. Ucapan Bob dan Farah juga biasa sahaja. Begitu juga Nurul. Mas memberikan ucapan yang penuh emosi dan menyentuh perasaan. Sebuah ucapan yang jujur yang lahir dari dalam hatinya yang pernah merasai bagaimana melahirkan. Tentunya pengorbanan ibunya yang sanggup menjaga dua orang anaknya menyentuh hati beliau. Adam turut menitiskan air mata. Akademi Fantasia IIDua pelajar ini melahirkan perasaan mereka menerusi air mata mereka. Saya benar-benar tersentuh dan dapat menyelami perasaan mereka ketika itu. Kedua-dua mereka ada sebab untuk menangis. Ada kejujuran pada air mata mereka.

Latihan Cikgu Adnan Abu Hassan
Adam menyanyikannya dengan baik. Beliau harus menjaga tempo lagu tersebut. Beliau harus menumpukan perhatiannya kepada rentak lagu tersebut. Bob juga agak baik dan penghayatan yang bagus. Beliau perlu memberikan sedikit sentuhan emosi dalam nyanyian agar kesyahduan lagu tersebut sampai kepada penonton. Kaer perlu mempertingkatkan teknik pernafasan agar low tonenya dapat didengari. Linda perlu lebih tumpuan pada vokal seraknya.

Farah dan Johhny
Keintiman Farah dan Johhny bukan menjadi rahsia lagi. Hubungan mereka begitu akrab. Jika Linda memilih untuk berkawan rapat dengan Fitri, Edlin memilih untuk rapat dengan Anding, Farah pula memilih Johhny, sebuah kamera di dalam Akademi Fantasia. Farah seorang yang manja dan celik dan punya selera yang amat tinggi.

Roda Impian Denda
Pengemudi kapal di tepi akuarium digunakan sebagai Roda Impian untuk menentukan denda sekiranya ada di antara para pelajar melakukan kesalahan di dalam Akademi. Antara dendanya ialah mop dance floor, cuci filter air-cond dan yang lain-lain lagi. Farah menggantikan tempat Liza sebagai Pembantu Roda Impian dan Hos Roda Impian dipegang oleh Encik Julian Kennedy yang mahu dikenali sebagai Jackie.

Nampaknya Encik Julian sudah pandai bergurau dengan para pelajar. Ia mengambil masa yang agak lama untuk beliau serasi dengan karenah para pelajar.

Bersama Penasihat Motivasi
Mereka diminta untuk melukiskan gambar sarang labah-labah. Rasionalnya ialah untuk menunjukkan perjalanan pelajar dalam menuju cita-cita masing-masing. Setiap jalan ada fungsinya. Sekiranya putus di tengah jalan, ada jalan lain untuk mereka lalui. Apabila kejayaan terhenti, tidak bermakna segalanya terhenti. Yang penting, mereka diingatkan agar tidak memutuskan tali pertama yang mula-mula membentuk pertemuan tersebut.

Bersama Pengetua
Adam masih tidak berapa pasti dengan melodi lagu tersebut. Terdapat beberapa kesalahan pada nyanyiannya. Pada saya, Adam menyanyikan lagu tersebut dengan agak baik. Sebutannya masih boleh dibaiki. Saya menantikan persembahan tariannya yang tentu akan mengkagumkan.

Kaer bagi saya penghayatannya baik untuk lagu ini. Beliau perlu memberikan sedikit tumpuan kepada lower tonenya. Beliau harus menggunakan teknik pernafasan yang betul untuk lagu tersebut. Beliau juga perlu memperkemaskan nyanyiannya terutamanya di bahagian-bahagian hujung lirik lagu tersebut yang agak lari dan tidak bersungguh-sungguh.

Zahid yang masih mempunyai masalah pitching apabila menyanyikan lagu rock seperti Cinta Sakti. Beliau perlu mendapatkan perwatakan yang jelas untuk lagu tersebut. Saya merasakan beliau perlu mempertingkatkan staminanya untuk memberikan sebuah persembahan yang bertenaga.

Linda berjaya mencipta suara rock yang agak unik. Saya kira suara rocknya agak sedap dan ada stail yang tersendiri. Namun demikian, beliau harus pandai mengawal pernafasannya kerana nampak jelas beliau termengah-mengah dan tersekat-sekat.

Persembahan Nurul kurang bermaya. Nyanyiannya jelas berbunyi keMelayuan. Teknik nyanyiannya tidak banyak berubah. Beliau banyak menggunakan lenggok Melayu dalam nyanyiannya. Beliau harus menyebut perkataan satu-satu dan bukannya meleretkan lirik lagu tersebut.

Farah perlu memperbaiki sebutan falsettonya. Lagu ini merupakan sebuah lagu yang sedap tetapi harus jelas. Mas perlukan teknik pernafasan yang lebih baik. Vokalnya unik tetapi agak mendatar. Nyanyian tidak mengikut nada lagu tersebut. Walaupun nada lagu tersebut telah ditukar tetapi nyanyiannya tidak ditukar oleh Mas. Bayangkan sekiranya, penyanyi latar menyanyi mengikut nada lagu tersebut dan Mas menyanyikan tidak mengikut nada lagu tersebut, sudah tentu persembahannya pincang.

Bob perlu meningkatkan lagi penghayatannya. Beliau perlu menjiwai liri lagu tersebut dan merasaikan kesakitan yang dialami oleh penyanyi asal lagu tersebut. Penghayatan itu perlu datang dari dalam jiwanya. Suasana hiba tidak sampai dalam lagu tersebut.

Upacara Memuji Tenaga Pengajar
Kaer memberikan pendapatnya tentang Ramli MS yang disifatkan oleh beliau banyak memberi pertolongan dalam nyanyiannya serta memberi teguran yang bernas. Secara tidak langsung menaikkan lagi tahap keyakinan beliau. Bob pada mulanya mengetahui tentang bagaimana garangnya ramli MS, tetapi setelah mengetahui cara beliau bekerja, mereka tahu yang beliau seorang yang profesional dalam bekerja. Begitu juga dengan Cikgu Adnan yang disifatkan oleh beliau banyak memberikan teknik nyanyian.

Adam berterima kasih kepada Umi yang banyak membuka peluang kepadanya untuk mendalami ilmu lakonan serta tumpuan dalam nyanyiannya. Beliau juga berterima kasih kepada Cikgu Siti Hajar yang memberikan semangat kepadanya untuk membuka rahangnya. Memang pada awalnya beliau sendiri mengakui agak cacat apabila melihat dirinya sendiri menyanyi tanpa membuka mulut.

Mas mengakui tentang bagaimana sayangnya semua Tenaga Pengajar terhadap pelajarnya tetapi sayangnya belaiu tidak pandai menggunakan peluang yang ada. Nurul yang merendah diri cuba untuk mencuri perhatian Cikgu Siti Hajar. Beliau mengakui seorang yang slow learner. Beberapa kali diajar tetapi masih tidak pandai dan agak sukar untuk melakukan praktikal.

Zahid mengadu yang tidak berpuas hati dengan Cikgu Corrie kerana adakalanya beliau marah tidak tentu fasal. Kaer berterima kasih kepara Dr Sher Kawi yang banyak mententeramkan beliau sewaktu sedang menghadapi masalah.

Mereka pada mulanya memang takut untuk menghadapi kelas Cikgu Fauziah Nawi yang penuh dengan kemarahan. Tetapi setelah mereka mengetahui cara beliau bekerja, perasaan tersebut kini tiada. Cikgu Adnan banyak membantu Adam dari segi bagaimana untuk melakukan ad-lib.

Linda turut mengucapkan terima kasih kepada Ramli MS yang banyak menghidupkannya serta menimba ilmu daripada beliau. Beliau sebelum ini yang tidak tahu tentang range vokalnya sendiri kini telah tahu untuk mengeksploitasikan vokalnya. Farah kini telah banyak sedar akan kelemahannya.

Cikgu Linda Jasmine pada pandangan para pelajar seorang yang tegas dan tahu apa yang beliau mahukan. Begitu juga dengan Cikgu Corrie.

Sesi ini dibuat untuk menerima sedikit maklumbalas daripada pelajar sendiri tentang guru mereka. Sejak akhir-akhir ini kita sering melihat kecoh di Saluran 15, Forum AF serta hampir di semua forum tidak rasmi mengatakan tentang bagaimana tidak profesionalnya seorang guru di dalam Akademi Fantasia. Para peminat fanatik tidak dapat menerima pelajar pilihan mereka diherdik dan dimarahi secara langsung di hadapan kamera dan disaksikan oleh jutaan penonton. Mereka begitu emosi tetapi penerimaan positif boleh diterima oleh pelajar terhadap guru mereka tanpa ragu. Apa gunanya seorang peminat fanatik pelajar pilihannya membuat benteng kuat untuk mempertahankan pelajar pilihan mereka tanpa mengetahui yang pelajar pilihannya tidak melakukannya dengan bersungguh-sungguh. Sekurang-kurangnya sesi ini boleh dijadikan landasan kukuh yang para pelajar sendiri sudah boleh menerima teguran gurunya secara positif. Para peminat pelajar juga seharusnya lebih bersifat terbuka untuk menerimanya.

Kita Insan Biasa
Sebuah nyanyian solo yang hebat dari pelajar lelaki. Vokal mereka harmoni dalam pelbagai nada. Tetapi vokal mereka tidak begitu baik apabila nyanyian beramai-ramai. Semuanya satu nada sahaja. Berbeza dengan perempuan yang agak tidak harmoni terutama apabila nyanyian solo. Tetapi vokal mereka amat baik sewaktu nyanyian beramai-ramai.

Ramalan: Andaian saya kuat mengatakan Mas akan tersingkir pada minggu ini. Jika bukan Mas, mungkin juga Bob ataupun Kaer. Kedudukan paling bawah memang sukar untuk tersingkir kerana strategi undian yang banyak menyebelahi mereka. Kedudukan persembahan juga besar mempengaruhi. Saya meletakkan pelajar-pelajar yang empat terakhir membuat persembahan dan berada dalam kedudukan yang agak goyah yang bakal tersingkir pada minggu ini. Apa-apa pun ianya hanya ramalan.

Entri oleh sultanmuzaffar 22 July 2004 0 komen

Akademi Fantasia IIDiari Akademi 07-07-08

Negaraku
Mereka diminta oleh Encik Julian untuk menyanyikan lagu Negaraku sambil tangan kanan diletakkan di dada kiri seperti menyanyikan lagu The Star-Spangled Banner. Selesai menyanyikan lagu Negaraku tersebut, mereka diberi habuan VCD filem Tan Sri P Ramlee. Adam yang paling seronok kerana dapat menonton filem-filem tersebut. Jarang dapat melihat Adam ketawa bersungguh-sungguh. Selalunya beliau agak mengawal pergerakannya, tetapi hari ini kita dapat menonton beliau gelak bersungguh-sungguh.

Latihan Nyanyian
Mereka diminta untuk membuat latihan sebelum menyanyi. Kita dapat melihat ketekunan Farah cuba menyanyikan bahagian tersebut. Sewaktu Linda diminta untuk membuat latihan tersebut, kita dapat melihat kerisauan wajah Mas yang duduk di sebelah Linda menantikan gilirannya seperti menanti hukuman mati. Farah memerlukan masa yang lama untuk memberi fokus kepada latihan tersebut. Mungkin kerana nada latihan tersebut agak rendah, beliau seakan tidak berkeyakinan.

Cikgu Siti Hajar menerangkan agak mudah untuk menghasilkan nada yang rendah. Setiap pelajar perlu berasa selesa, rasa chest tone ke bawah dan terus bernafas seperti biasa. Selesai membuat latihan legato, mereka perlu membuat stail staccato pula.

\Le*ga"to\ (l[asl]*g[aum]"t[-o]), a. [It., tied, joined, fr. legare to tie, bind, L. ligare.] (Mus.) Connected; tied; -- a term used when successive tones are to be produced in a closely connected, smoothly gliding manner. It is often indicated by a tie, thus ?, ?, or ?, ?, written over or under the notes to be so performed; -- opposed to staccato.

Latihan Bersama Cikgu Siti Hajar
Farah tiada masalah membawakan lagu Jangan Kau Mimpi. Namun demikian beliau harus mengurangkan tarikan pada vokalnya kerana teknik pernafasannya menjadi tidak betul. Mas perlu memperbetulkan hujung-hujung lirik lagunya kerana agak mendatar dan sedikit sumbang. Cikgu Siti Hajar menyarankan agar nadanya dinaikkan lagi untuk disesuaikan dengan range vokal Mas.

Penasihat Imej
Cara memberi dan menerima business card juga diajar di dalam Akademi Fantasia. Satu perkembangan yang baru di dalam Akademi. Dengan wujudnya seorang Penasihat Imej, mereka seharusnya didedahkan dengan lebih banyak aspek yang melibatkan penampilan diri cara pembawakan diri serta perawakan tubuh badan.

Pemilihan gaya perlu disesuaikan dengan warna. Melalui warna sahaja, ia boleh menyampaikan maklumat tentang penampilan seseorang pelajar. Pelajar didedahkan tentang warna dan bahagian-bahagian warna. Secara keseluruhan, matalah yang menterjemah warna.

Koreograf Smooth Criminal
Pergerakan serabut yang jika tidak dikawal dengan baik oleh Cikgu Corrie akan mencacatkan persembahan Adam. Sewaktu latihan, nampak kekabutan dalam latihan mereka. Gerak mereka kucar-kacir. Menariknya koreograf ini ialah ia bermula dari duduk sehinggalah pelajar semua bangun menari.

Farah turut berlatih untuk lagu Jangan Kau Mimpi dibawah kelolaan Cikgu Linda Jasmine begitu juga dengan Nurul untuk lagu Lucky. Keupayaan Farah dalam mutu vokal tidak wajar dipertikaikan lagi dan beliau harus memberi sedikit tumpuan kepada pergerakan tariannya. Beliau masih nampak kaku dan tidak bersahaja. Nurul perlu memberi tumpuan kepada dua aspek penting persembahannya. Nyanyiannya dan tariannya. Dua perkara penting yang saya merasakan beliau agak lemah. Menyanyikan lagu Inggeris dan perlu menari. Memang sukar. Beliau harus memperbetulkan sebutannya dahulu dan kemudian tariannya.

True Colours Farah
Farah mula menonjolkan sifat sebenar beliau di dalam Akademi. Beliau jenis yang agak goyah. Sekejap sedih, sekejap gembira. Beliau “let it go” tanpa perlu dibatasi dengan kekangan-kekangan yang ada. Beliau jenis yang selamba. Perbualannya dengan Encik Julian agak rapat dan selamba. Mereka boleh bergurau senda.

Mr. M&M
Zahid menerima hadiah Mr M&M. Dia makan coklat tersebut dengan Adam.

Dah Champion ?
Seperti biasa hari tersebut akan ada kelas bersama Ramli MS. Sewaktu mengajar Linda, Mas tertangkap kerana tidak memberikan tumpuan oleh Ramli MS. Kesemua pelajar tersenyap ketakutan. Masing-masing tunduk menikus. Mas menafikannya yang beliau tidak mengambil perhatian. Ramli MS yang mahu membuktikan apa yang diperkatakan oleh beliau benar telah meminta Mas membuat seperti apa yang beliau mahukan. Mas melakukannya selamba. Mas diminta duduk. Ramli MS nyata agak berang dan meminta Mas agar tidak masuk di dalam kelas tersebut lagi. Beliau turut mahu melihat buku rekod Mas dari semua Tenaga Pengajar. Nurul telah melakukan apa yang diingini oleh Ramli MS dengan betul dan memberitahu Mas inilah yang beliau mahukan.

Surat Wasiat
Pelajar perlu menulis apa yang akan mereka ingati sepanjang mereka berada di Akademi Fantasia. Pelajar perlu menulis tentang memori sewaktu di Akademi. Tidak banyak perubahan dalam pemilihan pembaca surat wasiat kecuali Linda yang masih belum berjumpa pengganti Zarina telah meminta agar Cikgu Siti Hajar yang membacakan surat wasiatnya.

Dua Insan
Pelajar lelaki boleh memberikan persembahan yang baik berbanding pelajar perempuan. Mas perlu memberikan tumpuannya untuk lagu tersebut terutamanya di bahagian hujung lirik lagu, masih ada tersasar pitch. Nurul perlu memberikan perhatian kepada tempo lagu tersebut.

Namun demikian, Cikgu Siti Hajar masih belum berpuas hati dengan latihan tersebut dan telah meminta setiap pelajar berdiri di lokasi yang jauh antara satu sama lain. Cara ini dapat melatih mereka agar lebih peka kepada setiap perubahan dalam lagu dan memberi tumpuan kepada tempo muzik tersebut. Latihan ini juga membuktikan yang mereka mampu untuk menyanyikan lagu tersebut dengan sepenuh tenaga.

Keliru atau Membodohkan Diri Sendiri ?
Adegan ini boleh dianggap sebagai satu adegan yang penuh dengan melodrama yang penuh dengan kejujuran mengikut tafsiran mereka dan ia juga boleh menjadi satu adegan yang memualkan dan juga boleh dianggap memperbodohkan diri sendiri. Kasihan pun ada, meluat pun ada.

“Aku mahu sebut yang bagus-bagus, tetapi terlupa terus…”

Kemahuan beliau ada, saya harus puji itu, tetapi kesungguhan beliau kurang. Tahap serius beliau kurang sekali. Beliau banyak main-main. Seperti yang saya sebut di awal perenggan. Setengah orang akan melihat ianya sebagai adegan penuh kejujuran yang datang dari dalam diri Mas dan di setengah pihak lagi akan melihatnya sebagai sesuatu yang membosankan dari diri Mas. Pandangan masing-masing berbeza.

Nota: Adifashla dan Sahri menyampaikan salam mereka buat pembaca blog ini.

Entri oleh sultanmuzaffar 0 komen

Novel Bersiri Akademi Impiana: Bahagian 30



Abang Besar: Sia tu is so irritating!

Kakak Besar: You hate her... I know. We all do, dear!

Abang Besar: Dulu, why did you insist that we take her in? There are tons of people who are better than her!

Kakak Besar: Bukan I dah cakap siang-siang? She can sell SMS!

Abang Besar: Itu I tahu. Ramai yang sokong dia... Tapi--

Kakak Besar: Hah! Tahu pun. You ni macam tak biasa pulak dengan demografik penonton di Malaysia. They like anything that are godawful rediculous! Kalau tak, macam mana filem-filem Prof. whatever tu boleh laku dan rancangan Senario antara rancangan TV paling popular di Malaysia...

Abang Besar: Betul jugak kata you tu. Tapi I tak paham dengan sikap diorang ni... I kesian dengan Zurina yang terpaksa keluar. Yang tinggal sekarang pelajar lembab macam si Sia tu--

Kakak Besar: Sayang... For most people, the freedom of choice means choosing someone who is average, mediocre and banal – as majorities always are. If a truly exceptional person ever came along Akademi Impiana – someone with extraordanary talent, with a gift and a promise to entertain – he of she will never be voted, will never win the vote of the majority. Now that's a fact you have to accept.

Abang Besar: Dalam kata lain... Mereka yang sokong Sia ni dua kali lima macam mereka jugak lah ni?

Kakak Besar: Bukan semua orang top scorer dan scholar macam you... You have to think of people who are slow and below average! They want to see somebody like them represented on TV. Like, they probably tell themselves: “Aku bengap macam Sia, jadi aku mesti sokong Sia yang bengap macam aku.”

Abang Besar: The thing is... Ada di antara mereka yang salahkan tenaga pengajar yang ada. Diorang kata guru-guru yang ada terlalu garang lah. Terlalu strict lah. Tak professional lah.

Kakak Besar: Macam you tak biasa dengan perangai orang-orang bengap ni. Segala-galanya under the sun diorang akan salahkan. Diorang tak pernah salahkan diri diorang jika diorang yang malas, degil--

Abang Besar: Kalau ramai orang Malaysia yang bersikap macam ni... Hancur!

Kakak Besar: Bukan ke dah ramai dah?

Abang Besar: ...

Kakak Besar: Look at it this way. Peminat-peminat fanatik si Sia ni ramai. Bila kita tunjukkan footage Sia kena marah, ramai mengamuk. Makin ramai yang perang SMS kat saluran @15. Kita dah berjaya timbulkan polemik. Sebab tu lah I selected footages bila dia kena hentam hari-hari. Lagi teruk Sia kena marah, lagi banyak SMS kita dapat jual kat peminat fanatik dia tu!

Abang Besar: You memang pandai dalam hal ini kan? Kalau jualan SMS makin kurang, pandai jer you create a scene.

Kakak Besar: Hello, they didn't hire me for nothing you know!

**


“Cakap kat mak ko undi siapa? Mak tengok ko macam lain macam jer nok. Ala-ala senyum sorang-sorang bila SMS tadi!” Tanya Linus dengan raut wajah penuh musykil ketika sedang berbual dengan Gundutz di dapur.

“Hem undi Sia... Dah dekat 30 kali hem undi dia hari ni.” Jawab Gundutz dengan selamba.

“HAIYOHHH! Ko dah hilang akal ke nok? Ala-ala ting tong ponen operate!” Linus bercekak pinggang. Dia tak jadi membasuh pinggan mangkuk kepunyaan Gundutz yang perlu dibasuhnya.

“Hem tak ting tong lah sundels! Hem serius!”

“Kenapa nok? Boleh explain sikit? Setahu mak, ko kan vencis yaamatz dengan si Sia tu!”

“Mak nak dia stay kat AI, nok. Biar dia terseksa kat situ... Rasakan!”

“Ko memang kejam nok, macam penyokong-penyokong dia yang lahanatz tu semua! KIJAMMMSSS!”

Gundutz ketawa puas macam nenek kebayan yang jahat. Dia cukup benci dengan Sia. Baginya, inilah satu-satunya cara yang terbaik untuk melihat si Sia terus sengsara berada di dalam Akademi Impiana...

**


21. Si gadis mengeluh panjang. Dia melihat ke arah jam tangannya berkali-kali. Hari sudah lewat malam. Si gadis sedang menunggu bekas kekasihnya yang berusia 10 tahun lebih tua darinya itu. Si gadis telah mengenali bekas kekasihnya yang bernama Badrul itu ketika beliau sedang mengambil pengkhususan dalam bidang pembedahan otak di London satu ketika dahulu. Di kota itulah mereka mula-mula berkenalan lantas bercinta...

22. Si gadis mendapati bahawa Badrul masih belum tiba ke tempat yang dijanjikan. Si gadis hampir-hampir terlupa bahawa Badrul selalu datang lambat ketika mereka melakukan temu janji. Si gadis kini nampaknya resah menunggu. Si gadis sedang bersedia sedia untuk pulang, tetapi terus membatalkan niatnya apabila Badrul datang menyergahnya dari belakang:

“Maaf, I lambat. Ada patient kat hospital yang buat hal.”

“You memang selalu buat I macam ni. I was about to leave... Dah satu jam I tunggu!”


23. Badrul berkali-kali meminta maaf kepada si gadis. Beberapa pasang mata memerhatikan mereka tatkala pertengkaran kecil ini berlaku di Restoran Mahboub, yang terletak di Bangsar - di tempat yang selalu mereka kunjungi sewaktu mereka bergelar sepasang kekasih satu ketika dahulu. Si gadis nampaknya kembali tenang. Dia tidak marah-marah lagi. Dia menyerahkan sebuah beg besar yang terkandung beberapa barang kepunyaan Badrul yang tertinggal di rumahnya yang ada dibawa bersama pada ketika itu. Kata si gadis:

“This is it. Dah tak ada barang you lagi kat kondo I. So from now on, you tak payah kacau I lagi. Dah tak ada sebab lagi you nak jumpa I.”

“Janganlah cakap macam tu, Salina--”

“You ni apahal sebenarnya? Can't you just leave me alone?”

“I think we need to talk?”

“Kenapa baru sekarang you nak cakap dengan I? Bukan ke dulu you tak nak jumpa dengan I?”

“I just heard from someone that you are meeting someone new.”


24. Si gadis menjeling benci. Berita tentang dirinya cepat sampai ke telinga Badrul. Si gadis mula merasakan dia mahu pulang sahaja ke rumahnya. Katanya kemudian kepada Badrul:

“Oh... Jadi bila you dengar desas-desus I ada orang baru, terus you nak jumpa I? Apa kena dengan you ni? I've moved on, okay!”

“You dengan siapa sekarang? Dengan budak yang makan dengan you kat Starbucks semalam tu ke?”


25. Si gadis tidak menjawab. Dia sekadar tersenyum sinis. Dia cepat menangkap perasaan cemburu yang menyelubungi diri Badrul. Katanya kepada Badrul:

“He is just a friend. There's nothing special between us. Lagipun I baru kenal dia. I bukan macam you, okay! Baru kenal perempuan dalam chatroom terus nak berdating.”

“You tak perlu nak ungkit cerita-cerita lama I!”

“Sekarang apa dah jadi dengan si siapa tu namanya--”

“Ferina”

“Yeah... What ever happened to her?”

“Kita dah berpisah. I don't find her interesting.”

“Kenapa?”

“She's not like you... She's doesn't have an opinion of her own. Apa saja I cakap dia “ya” kan saja. You tahu I tak suka perempuan tu kan?”

“Bukan perempuan “pak turut” macam tu ke yang you nak pada mulanya?”

“It was all a mistake. I was stupid. Masa mula-mula I kenal dia, I tak tahu dia macam tu. To tell you the truth, I didn't know what I was looking for sehinggalah you dah tak ada dalam hidup I.”

26. Si gadis mengeluarkan sepuntung rokok dari kotak rokok kepunyaannya yang ada di atas meja. Dia menyalakan rokoknya lantas dia hisap dalam-dalam rokok tersebut. Kata Badrul sewaktu melihat si gadis merokok:

“I thought you've quit smoking.”

“I tension lah tengok muka you... Sebab tu I kena isap rokok. Bagi relaks sikit otak I yang berserabut ni!”

“I harap lepas ni you jangan merokok lagi--”

“You know what? I felt so insulted bila I dapat tahu yang you main kayu tiga belakang I dengan si Ferina whatever tu. Like, who is she? Apa kurangnya I? Kalau dia cantik, berpelajaran tinggi, I tak kisah. I redha you nak pilih yang lebih baik dari I. Ini tidak!”

“Like I said, I'm sorry. It was all a mistake. I buat salah. I dah mengaku.”

“Mesti keluarga si Ferina tu suka dengan you. Ye lah, dapat menantu doktor. Neurologist pulak tu--”

“Stop it, Salina.”

“No, you stop it! Stop bothering me again. I tak nak jumpa you lagi lepas ni. This time I'm really serious!”

“I nak jumpa you sebab I nak minta maaf. Dan...”

27. Si gadis seperti dapat meneka apa yang akan dikatakan selanjutnya oleh Badrul. Dia mengeluarkan dompet wangnya untuk membayar harga minuman yang telah dipesannya tadi. Dia mahu berganjak dari situ. Tetapi cepat-cepat tindakannya itu dihalang oleh Badrul dengan Badrul memegang pergelangan tangannya.

“I want you to come back into my life, Salina.”

“Let me go!”

28. Si gadis menarik kembali tangannya dengan paksa. Beberapa pelanggan restoran mermerhatikan mereka buat beberapa detik sebelum kembali memandang ke arah lain - seolah-olah tidak ada perkara yang berlaku di hadapan mereka tadi. Mereka tidak ingin tahu mahupun masuk campur. Kata Salina dengan pantas:

“Maaf Badrul. You know I can't and will never be able to accept you back into my life.”

“Kenapa? You nak budak mentah tu? I think he's younger than you. I dengar dia model sambilan cum despatch rider.”

“Whoever he is, he is non of your concern, Badrul!”

“Come on Salina! Don't tell me you are going out with a mat rempit! You deserve someone better... Someone like me!”

29. Si gadis bergegas berjalan keluar dari Restoran Mahboub. Dengan langkah yang pantas dia berjalan ke arah tempat dia meletak kereta. Badrul mengikutnya dari belakang. Cahaya lampu jalan yang samar-samar menerangi suasana malam di Bangsar. Kata Badrul kepada Salina:

“I nak tengok berapa lama you dapat bertahan dengan mat rempit tu! I know after this you will come back to me... Tengoklah nanti, Salina! I tahu you siapa. Setiap gerak langkah you I dapat baca! I know deep inside you, you still love me!”


30. Badrul melihat si gadis masuk ke dalam kereta Peugeot 206 cc yang berwarna biru kepunyaannya lantas mengunci pintu keretanya. Badrul mengetuk pintu tingkap kereta si gadis berlaki-kali. Si gadis buat tak layan, malah dengan sengaja, dia membuka radionya kuat-kuat agar dapat menenggelamkan suara Badrul yang sedang merayu di luar keretanya. Si gadis membawa keretanya keluar dari kawasan meletak kereta, lalu terus memandu dengan laju dari kawasan Bangsar. Si gadis kini menangis seorang diri di dalam kereta. Si gadis kini menangis dengan sepuas-puasnya setelah begitu lama dia tidak pernah menangis sebegini rupa...

**


Setelah sekian lama kita menonton Akademi Impiana, kita sudah dapat melihat belang sebenar beberapa pelajarnya. Walaupun begitu, ada sahaja alasan yang diberikan oleh peminat-peminat fanatik untuk membela nasib pelajar-pelajar yang mereka minati. Berikut merupakan senarai perangai buruk pelajar-pelajar AI serta alasan-alasan yang akan diberikan oleh para peminat fanatik mereka:

(Nama pelajar dan perangai buruk): Fyrul – Suara kepit
(Alasan yang akan diberi oleh peminat Fanatik): Suara dia unik. Suara dia sebenarnya macho. Telinga korang jer pekak!

(Nama pelajar dan perangai buruk): Fyrul – Memakai pakaian menyerupai wanita lengkap dengan tocang di kepala
(Alasan yang akan diberi oleh peminat Fanatik): Fyrul macho macam samurai Jepun. Fyrul Hensem bila bertocang. Fyrul ada great fashion sense. I wish I have a bf like him.

(Nama pelajar dan perangai buruk): Khir - Suka menukar segala-gala lagu yang diterimanya kepada irama R&B
(Alasan yang akan diberi oleh peminat Fanatik): Dia dapat menukarkan lagu yang boring kepada rentak yang lebih menarik dan up-to-date. Tak ramai penyanyi Malaysia yang dapat menyanyikan lagu R&B macam dia.

(Nama pelajar dan perangai buruk): Dara- Breep breepppppppp!!
(Alasan yang akan diberi oleh peminat Fanatik): Breepppppp breeeeeppppppppppp!!!

(Nama pelajar dan perangai buruk): Sia – Degil dan malas belajar untuk memperbaiki dirinya
(Alasan yang akan diberi oleh peminat Fanatik): Sia sebenarnya boleh perform dengan baik tapi akan mengambil masa yang lama sikit. Jika diberi peluang dan latihan yang betul-betul mantap,dia pasti akan lebih berjaya. Jadi, penyelesaian yang terbaik adalah memberinya masa yang lebih panjang untuk belajar dan menukar semua tenaga pengajar yang ada.

(Nama pelajar dan perangai buruk): Sia – Suaranya sumbang
(Alasan yang akan diberi oleh peminat Fanatik): Suara Sia unik dan husky. Sia punya suara yang unik tetapi kemahirannya tiada. Suaranya yang unik ini perlu diperkembangkan lagi.

(Nama pelajar dan perangai buruk): Sia – Lembab menangkap apa yang dipelajari
(Alasan yang akan diberi oleh peminat Fanatik): Sia datang dari latarbelakang yang tidak kondusif untuknya belajar. Dia ibu tunggal, kasihan dia kerana terpaksa tinggalkan anak-anaknya di kampung. Yang perlu disalahkan adalah guru-guru di AI yang terlalu garang dan tidak mahu menghormati penyanyi yang berbakat besar sepertinya. Insan Istimewa seperti Sia sepatutnya diberikan lebih banyak masa dan tumpuan peribadi agar dia dapat memahami apa yang diajar dengan betul. Masa untuk pelajar-pelajar lain belajar harus dikurangkan atau tak payah diajar langsung. Semua peluang pembelajaran dan masa harus diberikan kepada Sia dan Sia sahaja, kerana dialah yang paling berbakat antara mereka semua!

(Nama pelajar dan perangai buruk): Sia – Selalu kena marah
(Alasan yang akan diberi oleh peminat Fanatik): Sia tu tak ada cacat celanya. Yang bersalah semua adalah tenaga-tenaga pengajar yang terlibat! Semua! Termasuk cameraman, pengarah. penerbit dan lain-lain. Tenaga-tenaga pengajar semua tak profesional langsung. Asyik-asyik nak marah Sia saja. lepas tu cameraman asyik tunjuk Sia kena marah. Orang lain takder pun kena marah atau tak tunjuk pun kena marah. Kesian kat Sia! Tak adil betul! Tenaga-tenaga pengajar semua tu belajar takat mana ya, nak marah Sia tu? Layak ke dia orang marah Sia macam tu? Kalau Sia kena marah sebab dia tu pelajar, jatuhlah air muka dia. Tapi kalau Sia tak perform, jatuh air muka 6-7 orang cikgu tu, apalah sangat kan? Tenaga-tenaga pengajar bukannya sapa sangat, sebab Sia tu akan jadi artis dan artis adalah lebih penting dari segala-galanya! Lagi banyak Sia kena marah, lagi banyak kami akan undi dia agar dia terus tetap tinggal di Akademi Impiana!!!

**


Berikut merupakan secebis kertas yang ditemui tertinggal di meja Hetty Kos Anding setelah tamat rakaman Imbasan AI.... (Oleh Dom Junior)

Dua Insan (Dua cewek)

P: Bila kau senyum, ku gembira ( Kapan kau keluar, ku gembira)
Bila kau sedih, ku menangis (Kapan kau kekal, ku menangis)
Bagai taman rindukan kembang (Bagai ibu rindukan anaknya)
Ku rindu pada mu oh! sayang (Ku meluat kat mu oh Siiaaa...)

L: Di mana saja kau berada (Di mana saja kau berada)
Ku kan tetap bersama mu (Airmata ada bersama mu)
Walaupun jasad mu jauh (Walau dah diajar berkali)
Namun hati mu dekat selalu dah (Namun kau masih tone-deaf)
Walau duri halangan menimpa (Walau dah di tegur berkali)
Bila cinta ada ku tetap setia (Kerna terlalu malas dan terlalu degil)
Hanya dikau dan asmara (Oleh cikgu dan Ramli OS)
Membuat hidup ku bagai (Membuat hidupmu bagai)
Dalam Syurga (Dalam Sinetron)

P: Biar masa berganti masa (Biar Azmil berdrama-drama)
Biar pun musim berubah (Biar Azmil ber-enterfrem)
Telah ku katakan padamu oh! sayang (Sungguh ku meluat padamu oh! Azmil)

P/L: Hanya kuasa Tuhan dapat memisahkan (Hanya kuasa undi dapat menentukan)

P: Jika kau tanya pada rembulan (Jika kau tanya pada pengundi)
Mengapa cahaya berseri-seri (Mengapa tak keluar-luar lagi)
Tentu jawabnya kepada mu (Tentu jawabnya kepada mu)
Kerna dikau cinta pada ku (Kerna simpati, bukan bakatmu)

L: Ku persembahkan kepada mu
Sekuntum bunga mawar merah (Seekor teddy bear warna pink)
Kau terima sambil tersenyum (Kau terima buat-buat terkejut)
Kembang yang harum kau cium (Tapi nyanyian masih jelek)
Bila saja halangan menimpa (Ada saja alasan diberi)
Kerna cinta ada ku tetap setia (Kerna kesian kau tetap kekal)
Hanya dikau dan asmara (Hanya Si Sia dan Si Dara)
Membuat hidupku bagai (Membuat hidupku bagai)
Dalam Syurga (dalam kandang)

P: Dua insan sedang bercinta (Dua cewek masih kekal)
Dua insan berjanji setia (Dua cewek nyanyian jelek)
Telah ku katakan pada mu oh! sayang (K'pala ku pusing di enterframe oh! azmil)

P/L: Hanya kuasa Tuhan dapat memisahkan (Hanya kuasa undi dapat menentukan)