Undilah

SULTANMUZAFFAR (26 Februari 2002 - sekarang)

Seorang blogger, pelayar internet, penyelam scuba dan penagih tegar televisyen dan Wii. Melihat seluruh dunia di laman blog menerusi kamera DSLR dan kacamata tebalnya (kadang-kadang kanta lekap).

Mengkritik tidak bererti menentang, menyetujui tidak semestinya menyokong, menegur tidak bermakna membenci, dan berbeza pendapat adalah kawan berfikir yang baik.
Entri oleh sultanmuzaffar 02 June 2005 0 komen

Diari Akademi Fantasia Minggu 01 Episod 07
Susulan daripada teguran Encik Askrul semalam, Reza melahirkan rasa menyampahnya kepada Elliza kerana beliau sering bercakap dengan kamera. Sewaktu Elliza dan Kefli berada di dapur, Elliza telah melahirkan rasa tidak puas hatinya kerana teguran tersebut. Pada saya, teguran Reza itu agak kasar. Lebih-lebih lagi semalam beliau mengatakan yang “diorang yang excited” bukannya “kitorang”. Macam selfish pula bunyinya. Menurut Kefli, Felix juga terasa dengan komen Reza tersebut.

Menuju Puncak Reggae ciptaan Yazer memang merupakan cubaan yang bagus untuk menyerlahkan lagi bakat beliau. Felix turut memperlihatkan bakatnya bermain gitar. Sementara Aidil bermain drum. Sememangnya Bilik Aktifkan tersebut sudah menjadi tempat jamming pula. Rasanya cukup-cukuplah adegan jamming itu, naik muak pula.

Yang menarik bila kita dapat melihat Amylea dan Kefli berlatih Menuju Puncak. Felix sepatutnya mengambil initiative tersebut untuk memperbaiki langkah tarinya. Nampak beliau masih belum begitu menghafal koreograf lagu tersebut.

Dalam Kelas Vokal Adnan Abu Hassan, Ekin telah membawakan lagunya dengan baik. Beliau merupakan antara pelajar yang saya nantikan persembahannya. Saya mahu melihat perubahan penerimaan yang akan beliau bawa pada lagu tersebut. Elliza masih tipikal seorang penyanyi balada yang masih memberikan tumpuan kepada vokal tetapi telah terlupa kepada aspek persembahan. Sewaktu Kefli berlatih lagunya, Elliza membantunya memegang lirik lagunya.

Nyanyian Aidil masih biasa dan menurutnya lagunya banyak dancing. Persembahan Reza masih membosankan. Entahlah, lagunya sedap tetapi macam kurang tarikan untuk membuatkan saya mahu menontonnya. Persembahan Fuad lebih serabut. Kelam kabut nampaknya dengan penyanyi latar yang ikut suka sahaja. Persembahan Akma juga masih biasa dan masih boleh dibaiki. Adakalanya baik adakalanya agak mendatar sahaja.

Amy terlalu berat ke arah Alicia Keys. Sewajarnya beliau mendapatkan identitinya untuk lagu tersebut. Jiwa Alicia Keys terlalu kuat dalam lagu tersebut. Yazer antara persembahan rock yang saya tunggu-tunggu. Beliau berusaha menjiwai lagu tersebut dan tidak nampak membosankan. Berbeza dengan Reza yang cuba untuk menjiwai lagunya tetapi masih membosankan. Felix masih boleh dibaiki. Beberapa note yang masih tidak kemas terutamanya pada bahagian tinggi.

Cikgu Linda Jasmine membantu Amylea untuk mengkoreografkan lagunya. Boleh tahan juga. Tetapi semacam key vokal Amylea semacam agak rendah untuk lagu tersebut. Tarian untuk Aidil pula agak menarik. Saya merasakan penonton akan menonton gerak tarinya sahaja nanti dan tidak mengendahkan mutu nyanyiannya.

Satu initiatif yang baik oleh Yazer dan Felix yang mahu melatih diri mereka untuk lagu Menuju Puncak. Bila menyaksikan Felix melatih dirinya menari lagu Menuju Puncak memang melucukan. Tengok kaki Felix teringat kat kaki burung flamingo.

Bomb scare nak update juga ke ? Tak payah lah. Tak penting sangat pun. Hanya sekadar cheap joke !

Diari Akademi Fantasia Minggu 01 Episod 08
Tidak cukup dengan pelajar lelaki jamming, hari ini pelajar perempuan pun nak jamming juga. Memang palsu habis. Bukan nak cakap apa. Kalau mereka main betul-betul lainlah cerita. Ini tak, sekadar petik-petik gitar sahaja dan ketuk-ketuk drum.

Dalam Kelas Tarian dan Koreografi, Cikgu Ee mengajar Akma untuk lagu Nazam Berkasih. Sememangnya vokal Akma agak mendatar. Lagu yang sedap jadi tak sedap. Beliau tidak mengawal vokalnya dengan baik. Pernafasannya pun tidak sampai. Akma perlu melakukan sesuatu untuk lagunya. Lagu tersebut perlu diberikan gayanya. Mungkin juga pergerakannya yang menyebabkan beliau mengah.

Lagu Pop Ye Ye nampak berterabur pula. Masing-masing tidak begitu serius membantu rakan-rakan mereka. Corak persembahan sudah nampak menarik tetapi semacam dipaksa membantu rakan mereka. Semangat kerjasama itu kurang menyerlah. Terperasan yang Aidil macam marahkan Felix sesuatu. Sabar Aidil, tidak ada siapa nak pegang.

Saya mula menyukai nyanyian Yazer. Saya nampak beliau ada karisma membawakan lagu rock. Beliau ada style beliau yang tersendiri walaupun tidak banyak bezanya dengan penyanyi-penyanyi rock yang lain. Saya mahu melihat perubahan pada vokal beliau. Saya mengharapkan beliau melontarkan vokalnya dengan lebih bertenaga lagi dan sustain note lagu tersebut agar memberikan lebih impak kepada penonton.

Kefli masih mengekalkan identiti sengaunya. Saya rasa rimas mendengar nyanyiannya. Macam Zamani pun ada. Vokalnya masih terikut-ikut gaya penyanyi asal. Kefli harus mendalami teknik untuk mempelbagaikan lontaran vokalnya.

Dalam Kelas Nada Suara, sekali lagi Cikgu Shahrul mengepalai kelas tersebut. Apakah yang terjadi kepada Cikgu Siti Hajar ? Nyanyian Idayu masih tebal dengan imej Siti Nurhaliza. Sayang sekiranya beliau tidak menggunakan kelebihan vokalnya untuk memberikan kelainan pada lagu Percayalah.

Masalah utama Amylea ialah tempo selain sebutan. Benar menurut kata Cikgu Shahrul, sebutannya menyebabkan beliau hilang tenaga. Penting juga ilmu tersebut. Bukan sekadar main sebut sahaja. Kelebihan Amylea, beliau berani membawakan rasanya sendiri untuk lagu tersebut. Saya yang mendengar lagu tersebut menjadi semakin menyukai lagu itu. Sheila Majid membawakan lagu tersebut pun tidak semenarik yang Amylea bawakan. Idayu patut mencontohi Amylea yang berani melakukan perubahan.

Sewaktu adegan Felix yang sakit kaki saya terdengar semacam berlakunya kesilapan teknikal. Saya terdengar suara Aznil sedang melaporkan sesuatu tetapi tidak dapat melihat visualnya. Lalu, apa yang diperkatakan oleh Encik Aksrul dan Felix tidak kedengaran dengan jelas. Selesai adegan tersebut, Aznil muncul dan mengulangi dialog-dialognya yang sama seperti kesilapan itu tadi.

Kelas Seni Persembahan di bawah kelolaan Cikgu Marlia membawa kita melihat pelajar cuba mendapatkan perasaan dalam lagu-lagu mereka. Sememangnya sukar untuk membuatkan emosi penonton terbawa dalam lagu yang dibawa. Antara persembahan yang berjaya membawa emosi penonton ke dalam lagu ialah Sekuntum Mawar Merah oleh Sahri dan Mentera Semerah Padi oleh Kaer. Reza telah ditegur kerana masih belum menghafal liriknya sepenuhnya. Komen Elliza cukup pandai. Lagu sendiri dah hafal ke ? Saya agak rimas melihat Reza menari ke hulu dan ke hilir seperti membawakan lagu Hindustan. Tidak bolehkah beliau sekadar menyanyikan lagu tersebut tanpa bergerak ke hulu dan ke hilir ? Kalau berdiri tegak pun sudah cukup baik. Lagu tersebut agak beralun dan apabila Reza juga bergerak berombak-ombak maka lontaran vokalnya tidak begitu jelas. Kedudukan pembesar suara juga perlu dikawal dengan baik agar vokalnya tidak tersasar.

Agak payah juga melihat Felix membawakan perasaan penonton untuk merasai kesedihannya. Sudah agak berjaya separuh dan beliau perlu lebih menghayati lagu tersebut terutama pada bahagian perlahan. Cikgu Marlia nampaknya memang suka menyiksa Felix. Saya memang menyukai tindakan tersebut. Biarkan Felix tersiksa agar nalurinya lebih terserlah. Orang sebegini harus disiksa, maka barulah perasaannya dapat dikeluarkan. Kita tunggu di Konsert nanti, apakah Felix akan mempraktikkan apa yang telah Cikgu Marlia ajar.

Kefli nampaknya mula kelihatan main-main dan banyak ketawa. Adakalanya beliau akan menjawab pertanyaan Cikgu Marlia sebelum beliau selesai menghabiskan soalannya. Saya turut menyalahkan rakan-rakannya juga. Mereka tidak banyak membantu rakan-rakannya. Seperti sekarang, Kefli harus dibantu untuk mendapatkan moodnya untuk lagu tersebut. Kefli bergerak dari seorang ke seorang pelajar tetapi tidak mendapat tindakbalas yang baik. Semangat kerjasama dalam Akademi Fantasia 1 semakin pudar dalam Akademi Fantasia 3.

Aidil bermain piano sewaktu menunggu sesi Kelas Nada Suara bermula. Memang sedap lagu Hello oleh Lionel Ritchie itu. Rakan-rakannya ada yang menyanyi bersama. Inilah masanya untuk tunjukkan kepada penonton yang mereka berkebolehan. Aidil berkebolehan bermain piano. Di pertengahan lagu tiba-tiba muncul Fuad menyanyi bersama. Akma pula sibuk melakukan ballet pula.

Entri oleh sultanmuzaffar 01 June 2005 0 komen

Diari Akademi Fantasia Minggu 01 Episod 05
Hari ini kita dapat melihat latihan nyanyian mereka bersama Cikgu Adnan. Kesemua 12 pelajar dapat membuat latihan. Nyanyian Akma ada bunyi-bunyi Syura. Lebih-lebih lagi membawakan lagu Syura. Nyanyiannya biasa. Agak membosankan. Kosong sahaja nyanyiannya. Suara Kefli agak nyaring tetapi ada bunyi-bunyi sengau. Style nyanyiannya sama sahaja seperti sewaktu beliau membawakan lagu Dir. Susah untuk dibezakan.

Aidil pula tidak cukup nafas. Masih ada sumbang di sana-sini dalam lagu tersebut. Pada pendapat saya lagu ini sememangnya sesuai dengan Aidil. Range vokal lagu tersebut tidak banyak bezanya dengan vokal beliau. Nyanyian Reza agak baik. Sebutannya jelas. Amy menggunakan woo lagi untuk Falling. Kadang-kadang saya melihat gayanya sedikit over sewaktu membawakan lagu tersebut. Saya suka dengan lagu Percayalah oleh Idayu. Vokal Idayu agak kasar dan besar sedikit berbanding Siti Nurhaliza. Tonenya kedengaran agak berbeza.

Nyanyian Elliza masih belum dapat menyaingi penyanyi asal lagu tersebut, Azharina. Kedengaran agak kasar dan tidak sempurna. Beliau perlu lebih kreatif untuk melancarkan bunyi yang keluar dari mulutnya. Amylea mempunyai masalah tempo. Beliau gagal mendapatkan tempo lagu tersebut. Vokal beliau agak bagus. Saya nampak beliau agak kreatif dalam lagu tersebut. Yazer terlalu rock nyanyiannya. Bunyinya agak kasar dan lagu tersebut sememangnya lagu rock.

Lagu Pop Ye Ye ada banyak harmoni dalam lagu tersebut. Vokalnya masih biasa sahaja. Kurang harmoni dengan suara latar lagu tersebut. Felix gagal membawakan lagu Tiada Lagi Kidungmu. Korusnya sampai pada bahagian pertama, tidak untuk bahagian kedua. Beliau perlu mengawal pernafasannya dengan baik lagi. Lagu Maya Karin memang sebuah lagu yang membosankan tetapi Ekin berjaya memberikan nyanyian yang baik. Penggunaan tekniknya untuk lagu tersebut saya kira berjaya. Beliau perlu memperbetulkan sedikit falsetto di beberapa bahagian lagu tersebut. Vokal Ekin juga sesuai dengan lagu-lagu seperti Maya Karin dan Camelia yang jenis keluar tak keluar itu.

Yazer mendapatkan bantuan Cikgu Fatimah untuk lirik lagunya. Sementara itu Cikgu Fatimah mendapatkan Ekin untuk bertanyakan masalahnya. Perasaan rendah diri merupakan perkara biasa untuk minggu pertama kerana masing-masing belum mengetahui kekuatan lawan masing-masing. Strategi yang digunakan oleh Ekin juga bagus. Merasa rendah diri dan secara tidak langsung pengundi akan merasa kasihan dengannya. Tumpuan kamera terfokus ke arahnya tanpa diminta dan memberikan beliau sedikit coverage.

Kelas Tarian melibatkan semua pelajar hari ini meneruskan latihan untuk lagu Menuju Puncak. Koreografi Menuju Puncak tahun ini mempunyai makna yang tersendiri. Setiap gerakan mempunyai makna dan simbolik. Sebuah tarian yang menarik cuma perlu dilakukan dengan lebih kemas. Formasi pelajar perlu disusun dengan betul agar tidak nampak kelam-kabut.

Sewaktu Kelas Bahasa Inggeris, setiap pelajar berpeluang mendapatkan pasangan masing-masing dan memperkenalkan diri mereka berdasarkan watak yang diberikan. Yazer dan Amy melakukannya dengan penuh ekspresi. Mereka bersungguh-sungguh. Yang lain nampak seperti tiada beza.

Encik Askrul yang serius telah menegur para pelajar. Menurutnya pelajar tidak serius. Memang betul. Banyak yang suka gelak-gelak. Silap sedikit gelak, tidak dapat tahan nafas, gelak. Semuanya gelak. Elliza terutamanya. Felix pun sama juga kadang-kadang. Reza selaku yang paling tua memberikan pendapatnya tentang hal tersebut. Pelajar merasa terlalu seronok kerana dapat berada di Akademi Fantasia lalu terlupa akan hal disiplin.

Diari Akademi Fantasia Minggu 01 Episod 06
Koreografi untuk Aidil ciptaan Linda Jasmine agak baik juga. Nampak seksi. Kawan-kawan Aidil turut membantu. Aidil terpaksa menjalani latihannya pada waktu malam kerana kesuntukan masa.

Latihan untuk Menuju Puncak juga berlangsung dengan baik di bawah kelolaan Cikgu Ee. Kamera banyak terfokus ke aras Felix, mungkin kerana Felix antara pelajar lelaki yang agak kayu sewaktu menari. Memang saya perhatikan Felix agak lambat ½ step bila menari. Beliau masih terpandang-pandang gerakan kawan-kawannya. Beliau kena minta pertolongan dari rakan-rakannya. Inilah masa untuk enterframe. Minta tolong dari Reza kerana Reza di dalam kelompok sebelah kiri juga. Elliza telah ditegur oleh Cikgu Ee kerana banyak ketawa. Sememangnya Elliza seorang yang tidak begitu serius. Sekejap-sekejap ketawa. Silap sikit ketawa. Melihat Felix saya teringatkan Burn. Sekurang-kurangnya Felix baik sedikit dari Burn.

Cikgu Ee meminta mereka memberikan sepenuhnya kepada koreograf tersebut. Mereka harus menjiwai tarian itu. Sama seperti menyanyi. Sehingga hari ketiga, aktiviti pelajar masih sekitar di dalam kelas. Tidak pernah kita dapat melihat aktiviti mereka di luar kelas sewaktu sedang lepak-lepak di ruang tamu atau sebagainya. Masa-masa inilah masa yang sesuai untuk belajar secara extra dengan kawan-kawan sendiri. Menurut Cikgu Ee lagi, Felix, Fuad dan Yazer merupakan antara pelajar yang perlu belajar lebih lagi dalam kelas tarian.

Dalam Kelas Seni Persembahan mereka telah diminta untuk melakukan Hakka “Warrior Dance”. Mereka telah dibahagikan kepada dua kumpulan. Masing-masing harus bertempur dan membuat muka ganas di penghujungnya. Saya melihat kuda-kuda Felix macam tidak berapa kukuh. Memang Felix mempunyai masalah kaki agaknya.

Cikgu Marlia meminta mereka memberikan mesej-mesej dalam lirik lagu masing-masing. Felix lagi. Apakah makna Tiada Lagi Kidungmu. Beliau meminta Felix memberikan ekspresi muka kepada lagu tersebut. Felix sehabis cuba untuk membuat ekspresi sedih walaupun dalam senyum. Ekspresi marah pun tidak menjadi, apatah lagi ekspresi sedih.

Untuk lagu Percayalah, Idayu berusaha keras untuk meyakinkan Cikgu Marlia. Memang tidak dinafikan vokal Idayu dan Felix sememangnya bagus sekali. Ekspresi juga penting untuk menyampaikan mesej lagu.

Entah mengapa saya merasa kurang suka dengan Kelas Nada Suara. Makin membosankan pula. Semalam memperkenalkan teknik, hari ini memperkenalkan alat pula. Sekali lagi, buat hissing dan bubbling sahaja. Itu sahaja ilmu yang termampu diajar oleh Pembantu Cikgu Siti Hajar ini agaknya. Sesekali saya terdengar Reza melatah.

Entri oleh sultanmuzaffar 31 May 2005 0 komen

Diari Akademi Fantasia Minggu 01 Episod 03
Sewaktu Kelas Nada Suara ada berlaku pertukaran dalam tenaga pengajar. Shahrul namanya. Cara beliau mengajar agak membosankan. Dengan lenggok bahasa yang sekejap English, sekejap Melayu. Kedengaran agak palsu. Cuba berlaku serius tetapi tidak mendapat perhatian pelajar. Ekin nampaknya bakal menjadi Nurul di Akademi. Beliau nampak lesu sangat.

Promosi sarang burung oleh Adnan Abu Hassan. Apabila sebuah program tersebut telah popular, maka tidak dapat tidak mereka akan menggunakan program tersebut sebagai medium mempromosikan produk mereka. Tahun ini bakal menyaksikan bermacam-macam produk akan dipromosikan oleh mereka. Terimalah kenyataan yang kita berhadapan dengan sebuah produk popular. Surat khabar pun ada iklan. Tetapi saya boleh bertolak ansur dengan situasi tersebut.

Kelas Adnan Abu Hassan agak menarik kerana masing-masing cuba melontarkan vokal mereka sehebat yang boleh. Idayu menggunakan vibratonya. Felix nampak lega bila selesai. Memang nampak sangat nervous bila disuruh oleh Cikgu Adnan.

Sewaktu subjek atlenate volume diajar dengan menggunakan lagu Aku Cinta Padamu, penyanyi yang terbayang di fikiran saya ialah Mas dan bukan Sheila Majid. Hebat penangan Mas untuk lagu ini. Lagu terakhir yang Mas nyanyikan sebelum tersingkir.

Kelas Seni Persembahan kelolaan Marlia Musa menekan konsep fokus. Latihan yang dibuat pernah dibuat sewaktu Bengkel Teater Wilayah Persekutuan. Rutin yang sama sahaja tanpa menggunakan binatang tetapi barang-barang yang ada pada diri masing-masing dan dikumpulkan. Sememangnya payah juga terutama bagi yang benak menghafal nama orang.

Mereka mendapat satu tugasan baru untuk menyiapkan pengenalan diri mereka. Apakah ini yang akan mereka gunakan untuk Konsert hujung minggu ini ? Harapnya tidak ! Ada yang berangan hip-hop, ada yang berangan Alicia Keys, bermesra dengan kucing pink, playboy ?

Diari Akademi Fantasia Minggu 01 Episod 04
Apa nak tulis ? Pun tak tahu nak tulis apa. Awal-awal ditayangkan budak-budak melepak di lounge bermain alat muzik. Tahun ini ada banyak gitar dalam Akademi. Masing-masing bawa gitar. Baik gitar kapuk hinggalah ke gitar elektrik, semuanya ada. Electronic drum set pun ada juga. Boleh buat band dalam Akademi !

Sewaktu Kelas Tarian dan Koreografi merupakan kelas yang agak best. Lebih-lebih lagi bila Felix sering menjadi tumpuan kamera. Memang nampak kaku Felix menari. Kadang-kadang dia lupa step. Beberapa kali Fathee beri dia pengajian extra. Koreografi Menuju Puncak nampak macam senang berbanding Menuju Puncak tahun lepas. Mungkin kerana masih ramai pelajar. Elliza selamba sahaja menari. Nampak menarik gerak tari dia. Pantas dan tangkas. Elliza menari dengan penuh berkeyakinan.

Seperti tahun-tahun yang lepas, Kelas Nada Suara tidak banyak perubahan. Perkataan-perkataan biasa yang kita dengar seperti hissing, phrasing, bubbling, pronunciation kita dengar lagi tahun ini. Cuma tahun ini, Siti Hajar ada pembantu iaitu Shahrul. Best pula apabila melihat cara Shahrul mengajar Reza dan Aidil menyanyi dengan penuh perasaan terutamanya lagu Aidil. Tidak payah nak control macho.

Kelas Seni Persembahan kelolaan Marlia Musa mengajar mereka memperkenalkan diri. Penting juga aktiviti ini. Memperkenalkan diri merupakan elemen penting agar penonton dapat mengenali kita. Antara yang menjadi ingatan saya ialah Amy dengan gaya misterinya, Felix dengan imej beruk. Kota Belud dengan Sepilok dekat agaknya. Reza menggunakan frasa yang sering digunakan oleh Siti Nurhaliza. Fuad tidak habis dengan hip-hopnya begitu juga Yazer dengan imej rocknya. Lemas !

Frasa “red lorry, yellow lorry” merupakan frasa basi yang sering diajar dalam kelas seni persembahan. Dari kecil dah dengar frasa tersebut. Prosedur biasa untuk melengkapkan diri dalam menghasilkan sebutan yang jelas untuk persembahan.

Astro.TV
Pada tahun ini pengalaman menonton Akademi Fantasia menjadi lebih berbeza dari tahun-tahun sebelum ini kerana ia boleh ditonton di internet melalui Astro.TV. Penonton berpeluang untuk menonton arkib video streaming dari Akademi Fantasia 1 dan Akademi Fantasia 2.

Diari Xtended boleh ditonton melalui kamera penginapan yang ada di dalam Akademi dan ini secara tidak langsung penonton berpeluang untuk menonton Diari Akademi lebih masa dari masa yang sepatutnya iaitu 1 jam siaran.

Siaran langsung konsert mingguan pada hari Sabtu akan dipancarkan secara langsung di internet secara percuma. Pengguna tidak perlu melanggan dengan Astro.TV untuk menontonnya dan siaran konsert tersebut akan termasuk dalam senarai arkib beberapa jam selepas siaran langsung tersebut.

Semua senarai arkib dan video-video eksklusif hanya boleh diperolehi oleh pelanggan Astro.TV. Yuran langganan adalah sebanyak RM9 sebulan (30 hari akses tanpa had ke AF Xtra)

Akademi Fantasia bukan sekadar di TV. Akademi Fantasia kini secara eksklusif boleh ditonton di internet. Saksikan kamera penginapan Akademi di www.astro.tv !

Entri oleh sultanmuzaffar 30 May 2005 0 komen

Diari Akademi Fantasia Minggu 01 Episod 01
Montaj Diari Akademi Fantasia kali ini menggunakan konsep pinball. Secara simbolik menceritakan turun naiknya menjadi seorang penghibur. Hidup dan nasib mereka di Akademi Fantasia kini menjadi taruhan peminat. Seperti pinball, apa sahaja kemungkinan boleh berlaku.

Selamat Datang ke Akademi Fantasia !
Mereka telah disambut oleh Pengetua M.Nasir dan Tenaga Pengajar untuk masuk ke sebuah banglo mewah yang telah terpasang 14 kamera tersembunyi yang beroperasi selama 18 jam sehari.

Tempat yang pertama dilawati oleh mereka ialah Bilik Aktifkan. Pengetua M.Nasir turut menyerahkan rutin harian mereka sebagai pelajar Akademi. Antara rutin harian mereka ialah sarapan pagi, kelas nada suara, makan tengahari, kelas vokal, minum petang, kelas tarian, makan malam dan kelas seni persembahan.

Mereka telah dibawa melawat Dewan Tarian dan Ruang Makan. Manakala di tingkat atas terletaknya Bilik Kelas Vokal. Turut diperkenalkan ialah Cik Sheena selaku Pengurus Residen mereka yang baru.

Sewaktu makan tengahari, Fuad telah membaca doa makan. Pada hari pertama di Akademi Fantasia, saya boleh menyifatkan Fuad sebagai seorang yang tahu bermain permainan Akademi Fantasia. Beliau bijak mengumpan perhatian penonton. Ucapannya juga mampu bermain dengan emosi. Secara keseluruhan, Fuad telah bersiap-sedia untuk bermain permainan ini.

Fuad juga bijak berbicara dan kata-katanya terlampau filosofikal menurut M.Nasir. Saya juga harus memberikan perhatian ke atas setiap perkataan yang diluahkan oleh M.Nasir kerana kata-katanya punya makna yang dalam. Perhatian saya harus tidak terganggu sewaktu M.Nasir berbicara.

Sewaktu M.Nasir menyerahkan beg pakaian tajaan Samsonite kepada pelajar, nampak seperti banglo Akademi itu terlalu sempit. Bercerita tentang banglo, setiap imej-imej yang terpancar pada episod Diari hari ini seakan-akan mengimbas kembali nostalgia di Akademi Fantasia I. Di ruang hadapan berdekatan pintu masuk itulah terletaknya mesin permainan bola. Di dewan tari, terbayang barisan pelajar dimarahi Encik Baha. Di tangga tersebut, Vince mengalirkan air mata kerana ucapan Hari Bapanya.

Ucapan Pelajar
Pelajar telah diberikan peluang untuk menyampaikan ucapan mereka melalui kamera pengakuan. Antara yang menarik apabila Idayu berbicara loghat Kelantan kepada ibunya. Felix berbahasa ibandanya. Amylea berbicara dengan loghat Kedah. Seperti yang telah saya perkatakan, Fuad menggunakan ucapannya untuk bermain dengan emosi penonton. Bijak. Aidil turut menyampaikan ucapannya untuk seseorang yang misteri yang amat beliau cintai.

Kelas Motivasi bersama Dr Azahari memperlihatkan pelajar melakukan aksi tarian dalam pelbagai gaya.

Diari Akademi Fantasia Minggu 01 Episod 02
Hari merupakan hari pemberian lagu baru. Menurut Pengetua M. Nasir, lagu yang terpilih merupakan lagu yang tidak terlalu jauh dengan forte pelajar. Lagu-lagu tersebut merupakan antara pilihan pelajar sendiri. Memandangkan ini minggu pertama, maka lagu-lagu yang diberikan adalah tidak terlalu sukar untuk pelajar.

Lagu Baru
Reza - Roman Picisan (Dewa)
Ekin - Erti Cinta (Maya Karin)
Yazer - Ready For Love (Bad Company)
Elliza - Elegi Sepi (Azharina)
Felix - Tiada Lagi Kidungmu (Lefthanded)
Amy - Falling (Alicia Keys)
Aidil - Semua Orang Tahu (Rem)
Idayu - Percayalah (Siti Nurhaliza)
Kefli - Nur Kasih (Slam)
Amylea - Inikah Cinta (Sheila Majid)
Fuad - Pop Ye Ye (VE)
Akma - Nazam Berkasih (Syura)

Mereka telah beramai-ramai mendengar lagu masing-masing. Kedengaran lagu Ready For Love, Semua Orang Tahu dan Nazam Berkasih.

Komen Tenaga Pengajar
Komen dari Pengetua M.Nasir kepada pelajar agar setiap pelajar mengkaji dahulu lagu dan lirik lagu mereka. Kemudian barulah mendapatkan konsep dan style persembahan mereka. Beliau menutup komennya dengan ucapan “Selamat Berjuang”.

Adnan Abu Hassan meminta mereka mendapatkan bantuan rakan-rakan mereka untuk penyanyi latar dan juga penari latar. Beliau menegaskan akan konsep kerjasama yang telah diterapkan sejak Akademi Fantasia musim pertama.

Fatimah Abu Bakar menasihatkan pelajar agar tidak terikut-ikut dengan penyanyi asal. Lebih-lebih lagi untuk lagu Inggeris. Setiap pelajar harus faham lirik lagu dan barulah mendapatkan style untuk lagu tersebut.

Nasihat paling berguna dari Marlia Musa adalah tentang tahap keyakinan pelajar yang merasa terlalu selesa. Beliau mengharapkan agar tiada pelajar yang merasa terlalu selesa. Mereka harus sedar diri dan kemampuan diri mereka.

Turut diserahkan sebuah discman seorang kepada setiap pelajar.

Komen Pelajar
Menurut Amylea beliau pernah mendengar lagu tersebut cuma tidak begitu familiar dengan lagu tersebut. Lagu Inikah Cinta berentak R&B dan beliau nyata menyukainya. Felix sudah pun menghafal lirik lagu tersebut. Harap beliau tidak terlalu selesa dengan keadaan tersebut. Cabarannya kini adalah untuk mengingati semula melodi lagu tersebut. Diharapkan agar beliau dapat mencorakkan lagu tersebut dengan gayanya yang tersendiri tanpa terikut-ikut dengan gaya Nash. Idayu akan berusaha mencari kelainan untuk lagu tersebut. Sememangnya sukar untuk menghindarkan imej Siti Nurhaliza dengan lagu tersebut kerana lagu tersebut amat sinonim dengannya. Idayu harus mencuba untuk mencorakkan lagu tersebut.

Menurut Yazer lagunya adalah lagu lama. Beliau biasa mendengarnya tetapi tidak biasa menyanyikannya. Liriknya masih belum dihafal. Kefli gembira dengan lagunya dan menyukai lagunya. Akma satu-satunya pelajar yang mendapat lagu irama Malaysia. Beliau akan buat yang termampu dan melakukan yang terbaik untuk lagunya. Amy memang meminati lagunya kerana Alicia Keys merupakan idolanya. Fuad menyatakan yang lagu Pop Ye Ye merupakan lagu kegemarannya. Beliau berjanji akan memberikan persembahan yang lain daripada yang lain mengikut flow dan stylenya sendiri.

Elliza tidak menyangka beliau akan mendapat lagu tersebut. Aidil merasakan lagu tersebut sesuai dengan vokalnya. Ekin menganggap lagunya senang dan mengharapkan dapat menghafal lagu tersebut. Reza walaupun tidak pernah mendengar lagu tersebut tetapi merasakan beliau mampu membawakan lagu tersebut. Setelah mendengar lagu tersebut, beliau merasakan lagu tersebut agak sedap didengar.

Latihan nyanyian secara persendirian telah pun dibuat. Kelihatan Yazer dan Ekin berlatih bersama-sama. Manakala Kefli dan Elliza turut berduaan melatih lagu mereka.

Akademi Fantasia bukan sekadar di TV. Akademi Fantasia kini secara eksklusif boleh ditonton di internet. Saksikan kamera penginapan Akademi di www.astro.tv !

Entri oleh sultanmuzaffar 29 May 2005 0 komen

Tirai Akademi Fantasia 3

Tirai Akademi Fantasia 3 Bhg 1
Setelah melalui proses ujibakat di beberapa bandar utama di Malaysia, maka 20 peserta akhir Akademi Fantasia telah pun dipilih. Mereka akan melalui satu lagi proses ujibakat dalam sebuah persembahan yang dinamakan Konsert Prelude Akademi Fantasia.

Kejutan Keputusan
Mereka yang telah terpilih telah diberitahu dengan menampilkan beberapa kejutan. Ekin telah diserbu di rumahnya di Labuan. Shiha pula telah diserbu di tempat letak kereta. Rinda telah diberitahu sewaktu sedang makan malam bersama keluarganya serta suaminya.

Fuad pula telah diserbu di tempat letak kereta dalam perjalanan beliau ke gelanggang futsal. Haider telah diberitahu bila mana krew penerbitan berkunjung ke rumahnya. Felix telah diekori oleh krew penerbitan dan telah diberitahu berkenaan kemasukan ke Akademi Fantasia. Terompah oren merupakan elemen kejutan untuknya. Kejutan untuk Elliza agak berbeza. Seorang lelaki telah diarahkan untuk mengacau beliau setelah bapanya beredar. Lelaki tersebut mengeluarkan fail keputusan dan menyerahkan kepadanya.

Akma pula telah diserbu di rumah kakaknya. Manakala Diana yang masih samar-samar dan tidak mengetahui keputusan tersebut walaupun setelah krew penerbitan berada di hadapannya. Kejutan untuk Reza telah dibuat di rumahnya sebelum mereka keluar makan. Aidil dikejutkan walaupun tidak menjadi dengan kehadiran anak saudara kecilnya membawakan fail keputusan. Yazer telah dikejutkan di tempat beliau bekerja. Mawi telah diserbu di rumahnya dalam keadaan tidak berbaju.

Kejutan untuk Idayu telah dibuat di tempat beliau bekerja. Krew penerbitan telah berangkat ke Langkawi di tempat Amylea bekerja. Mereka menyerahkan keputusan tersebut kepadanya. Kawan lama Marsha kononnya bertemu dengan beliau dan kemudian menyerahkan album gambar yang merupakan fail keputusan. Kefli telah diserbu oleh krew penerbitan di rumahnya dalam keadaan beliau baru bangun dari tidur dan berseluar pendek.

Azlif telah diserbu di tempat jamming beliau. Nyata beliau sukar mempercayai keputusan tersebut. Isa telah diserbu di rumahnya. Isa yang masih bertuala telah diekori sehingga ke bilik tidurnya. Kejutan yang kurang sesuai untuk sebuah rancangan yang ditonton oleh ramai penonton. Amy telah dikejutkan dengan keputusan yang diletakkan di dalam lipatan kain di kedai menjual kain.

Mereka semuanya telah dikumpulkan dan telah menjalani pelbagai proses. Mereka turut dipisahkan daripada keluarga mereka.

Satu majlis perkenalan kepada pihak media telah dijalankan di sebuah hotel terkemuka. Mereka telah diberikan peluang untuk menyanyikan beberapa rangkap lagu. Nyata pihak media dan Tenaga Pengajar berpuas hati dengan persembahan tersebut. Ini secara tidak langsung mereka telah diberikan harapan yang tinggi untuk Konsert Prelude.

Post Konsert Prelude
Segmen terakhir menayangkan persiapan mereka sebelum Konsert Prelude dan sewaktu keputusan diumumkan. Akademi Fantasia mengucapkan selamat tinggal kepada Mawi, Isa, Azlif, Haider, Diana, Shiha, Rina dan Marsha.

Tirai Akademi Fantasia 3 Bhg 2
Tirai Akademi Fantasia Bhg 2 agak berbeza dengan yang Tirai pada musim lepas. Penonton kali ini didedahkan dengan proses di belakang tabir serta mereka yang terlibat secara langsung untuk proses-proses tersebut.

Segmen pertama menayangkan pelajar memberikan pendapat mereka tentang pelajar lain. Nyata beberapa komen positif telah diperolehi.

Selesai berlangsungnya Konsert Prelude, Pengetua Akademi Fantasia iaitu M. Nasir, Guru Nada Suara, Puan Siti Hajar Ismail dan salah seorang penonton konsert (hahaha) telah ditemuramah untuk mendapatkan komen mereka tentang Konsert Prelude dan keputusannya.

Sesi Fotografi
Proses photoshoot telah dijalankan untuk siaran media, iklan, akhbar dan media tv. Reza, Elliza, Amylea dan Idayu telah memberikan pandangan mereka pengalaman tersebut. Agak memenatkan tetapi menyeronokkan.

Turut ditemuramah ialah jurufoto rasmi Astro. Menurutnya Ekin, Elliza, Reza dan Aidil adalah pelajar yang boleh dikatakan agak fotogenik.

Tulang belakang proses rakaman media ini ialah Marlina iaitu Eksekutif Pemasaran dan Promosi. Menurutnya tujuan gambar-gambar tersebut dirakamkan adalah untuk promosi yang akan digunakan di akhbar dan media tv. Walaupun ada di antara mereka yang agak kekok kerana belum biasa dengan situasi tersebut. Proses tersebut telah berjalan dengan lancar.

Turut ditemuramah ialah Yazer, Akma, Felix, Kefli, Aidil dan Reza. Masing-masing menceritakan pengalaman lucu masing-masing.

Orientasi Pelajar
Satu majlis makan malam bersama Pengurusan Astro telah dilakukan. Ia adalah merupakan majlis suaikenal antara pihak pengurusan dan pelajar Akademi Fantasia. Ia merupakan tradisi Akademi Fantasia sejak musim pertama.

Pengarah Muzik iaitu Sham Kamikaze telah melakukan vocal check untuk semua pelajar untuk melihat kelebihan dan kekurangan vokal pelajar. Proses ini dilakukan untuk mendapatkan range untuk setiap pelajar. Menurutnya lagi, Amylea merupakan antara pelajar yang mempunyai kelebihan.

Penasihat Penampilan iaitu Zaihani Mohd Zain telah diamanahkan untuk memberikan pengetahuan pelajar tentang cara berpakaian dan kepentingan imej dalam menonjolkan diri sebagai seorang artis.

Guru Bahasa Inggeris iaitu Puan Fatimah Abu Bakar telah melakukan satu proses untuk memberikan keyakinan kepada pelajar untuk berbahasa Inggeris. Menurutnya, Ekin, Felix, Yazer dan Idayu merupakan antara pelajar yang mengaku tidak begitu fasih berbahasa Inggeris. Namun demikian, mereka tidak malu untuk turut belajar dan memperbaiki diri mereka dalam Bahasa Inggeris.

Sementara Adnan Abu Hassan telah diamanahkan untuk mendapat vocal range setiap pelajar. Ia dilakukan untuk menilai setinggi mana dan serendah mana kemampuan vokal setiap pelajar. Selain daripada itu untuk memberikan pengetahuan kepada pelajar sebagai endurance test kepada pelajar selama 9 minggu di dalam Akademi.

Proses latihan dalam kelas tarian juga telah dilakukan oleh Fathee dan Linda Jasmine untuk melihat kemampuan pelajar. Apa yang boleh dilakukan oleh pelajar dan apa yang tidak mampu dilakukan oleh pelajar. Proses ini secara tidak langsung dapat menyeimbangkan persembahan pelajar.

Pada tahun ini Akademi Fantasia menerima banyak pelawaan untuk menjadi penaja kepada rancangan tersebut. Antaranya Camel Active, Bread Talk, Bata, San Francisco Steak House, Loreal, Memory Lane, Fame, Converse dan Restoran Sedap. Dengan menggunakan konsep hos segmen, pelajar telah diberikan peluang untuk menampilkan diri serta membina keyakinan diri di hadapan kamera. Saya paling menyukai segmen hos antara Fuad dan Idayu. Nampak ceria dan natural. Felix dan Akma masih belum nampak serasi. Felix pula seorang yang malu-malu. Kefli dan Elliza nampak comel dan sesuai digandingkan bersama. Personaliti Reza semakin menyerlah. Beliau nampak selesa di hadapan kamera. Beliau tidak nampak berlakon.

Setelah selesai semua proses tersebut, kedua belas orang pelajar baru Akademi Fantasia telah dibawa masuk ke dalam Akademi Fantasia. Mereka kini telah pun terpisah dari dunia luar tanpa apa-apa perhubungan telefon, internet, surat dan sebagainya.

Selamat menjalani pengajian di Akademi Fantasia !

Entri oleh sultanmuzaffar 23 May 2005 0 komen

Konsert Prelude Akademi Fantasia 3
20 calon-calon pelajar Akademi Fantasia dipertandingkan untuk merebut 12 tempat di Akademi Fantasia. Pemilihan adalah untuk 6 pelajar lelaki dan 6 pelajar perempuan. Keputusan terletak 100% di tangan Panel Juri yang akan membuat penilaian berdasarkan bakat, penampilan, personaliti dan persembahan konsert.

Kali pertama diperkenalkan oleh Astro sejak penerbitan Akademi Fantasia pada tahun 2003.

Panel Juri terdiri daripada M.Nasir (Pengetua Akademi Fantasia), Rozina Aziz, Ketua Program Melayu, Astro, Freddie Fernandez, Ketua Pegawai Operasi Maestro Sdn. Bhd., Siti Hajar Ismail, Guru Nada Suara, Akademi Fantasia dan Kudsia Kahar, Pengurus Besar Airtime Radio and Management Sdn. Bhd.

Penilaian Persembahan
Isa - Aku Cinta Padamu (Hazami) 6.8/10
Apa yang saya lihat, tone vokal beliau bagus dan agak unik. Vokal beliau besar pengaruh Indonesia. Kebanyakan penyanyi dari Malaysia Timur amat besar pengaruh dari Indonesia iaitu tone yang jarang-jarang kita dengar. Saya melihat vokal beliau mempunyai range yang lebih besar dari Kaer. Sebutan beliau jelas. Yang masih boleh diperbaiki ialah tahap keyakinan beliau sewaktu membawakan lagu tersebut. Jelas terpancar keresahan di wajahnya. Ekspresi wajahnya jelas risau dan menyebabkan pergerakan pentasnya kaku. Kurangnya keyakinan itu, lebih-lebih lagi muncul sebagai peserta pertama menyebabkan beliau hilang tumpuan dan berlaku sedikit sumbang pada bahagian korus. Beliau mempunyai pakej yang cukup untuk digilap sebagai penghibur tetapi agak pemalu orangnya.

Ekin - Dialah Di Hati (Siti Nurhaliza) 5/10
Sememangnya sebuah lagu yang sukar untuk Ekin. Bukan calang-calang penyanyi mampu membawakan lagu tersebut. Kris Dayanti sendiri mengakuinya. Nampak agak tergesa-gesa Ekin menghabiskan lagu ini kerana tempo lagu ini agak pantas. Dalam nafas yang pendek beberapa rangkap kedengaran kelam-kabut. Saya merasakan lagu Dialah Di Hati kurang sesuai untuknya. Persembahannya tidak berjaya memikat pendengaran saya. Tidak dapat tidak saya akan membandingkan persembahannya dengan penyanyi asalnya. Ekin saya kira telah berjaya meyakinkan penonton dengan keberanian beliau membawakan lagu sesukar ini. Kelebihan pada Ekin juga adalah kerana mempunyai pakej yang lengkap sebagai penyanyi. Beliau harus berani mencipta identitinya yang tersendiri kerana industri muzik Malaysia telah dibanjiri dengan lambakan penyanyi wanita.

Aidil - Kau Lupa Janji (Jamal Abdillah) 3/10
Dalam banyak-banyak lagu, lagu ini juga merupakan pilihan beliau. Saya menganggap lagu ini tidak sesuai dengannya. Menampilkan sedikit elemen nostalgia pada lagu tersebut. Beliau agak selamba membawakan lagu ini dalam penghayatan yang jelas tidak seiiring dengan mesej lagu. Lontaran vokalnya agak jelas sumbang di banyak bahagian. Tone vokal beliau kedengaran mirip-mirip Sudirman Hj Arshad. Selain dari wajahnya yang juga iras-iras penyanyi tersebut. Tariannya juga tidak sesuai dengan lagu tersebut. Ia agak melucukan. Saya nampak keyakinan pada wajah beliau. Selain daripada itu, beliau juga mempunyai pakej yang lengkap untuk menjadi penyanyi. Ketahanan beliau di dalam industri juga mampu bertahan lama kerana memiliki wajah yang boleh menarik perhatian pasaran.

Amylea - If I Ain’t Got You (Alicia Keys) 7.5/10
Beliau antara peserta pilihan penonton kerana keunikan identitinya serta penampilannya. Lantaran itu, penonton mudah untuk mengingatinya. Persembahannya bagus. Kawalan vokal beliau antara yang cemerlang pada malam itu. Saya melihat saingan yang cukup kuat antara ppeserta wanita dan yang membezakan mereka hanyalah tahap keyakinan mereka di pentas. Namun demikian, sebutannya agak kurang jelas. Penghayatan beliau untuk lagu tersebut juga bagus. Beliau telah berjaya menguasai pentas dengan baik sekali. Gayanya mirip-mirip penyanyi kulit hitam Amerika. Bersandarkan mutu vokal, belum menjanjikan tiket yang percuma untuk terus kekal di dalam industri. Beliau harus mencipta identiti sendiri kerana pasaran Malaysia sudah ada Dayang Nurfaizah dan Siti Sarah.

Yazer - Relaku Pujuk (Spider) 6.5/10
Seperti American Idol, Akademi Fantasia juga turut dilanda fenomena rock yang semakin berjaya menguasai pertandingan bakat oleh tv realiti sebegini. Saya melihat vokal Yazer amat bersesuaian dengan irama rock dan agak menyerlah. Walaupun beberapa bahagian pada lagu tersebut tidak sampai, beliau berjaya menutup kelemahan tersebut. Tidak banyak yang mampu dipersembahkan oleh Yazer kerana masih dibayangi oleh Tam Spider. Gerak beliau dan gaya persembahan beliau jelas kurang meyakinkan. Dinilai dari aspek pakej, saya tidak nampak yang beliau mampu menguasai pasaran dan bertahan lama di dalam industri.

Shiha - Gonna Get You Good (Shania Twain) 4/10
Kekuatan lagu tersebut tidak berjaya disempurnakan dengan baik oleh Shiha. Shiha masih dibayangi rasa resah dan kurang berkeyakinan apabila membuat persembahan. Sebutannya juga kurang jelas terutama pada note-note yang rendah. Sebuah lagu yang kurang sesuai untuk pertandingan dan persembahannya tidak berjaya mengumpan perhatian penonton.

Azlif - Isabella (Search) 5/10
Sebuah percubaan yang berani kerana membawakan lagu tersebut. Saya menyukai vokalnya. Ada variasi tone yang menarik untuk diterokai. Persembahan beliau menjadi bahan jenaka kerana renungan matanya yang agak melucukan. Aksi spontan itu datang secara tiba-tiba menurutnya. Persembahan beliau agak kaku menurut pandangan saya.

Amy - Saving My Love For You (Whitney Houston) 8/10
Beliau antara peserta yang mempunyai vokal yang bagus. Sebutannya jelas. Kesilapan masuk pada awal lagu tidak sedikit pun menggugat tumpuannya. Kawalan vokalnya juga bagus serta pakej yang lengkap untuk menjadi seorang penyanyi. Seperti peserta wanita lain, tanpa identiti yang tersendiri, agak sukar untuk menembusi pasaran muzik tempatan. Hasilnya nanti pasti sekadar menjadi seperti Nur Fatima, tidak mampu menembusi perhatian pasaran.

Reza - Ku Harap Cinta (Nowseeheart) 7.5/10
Reza merupakan antara peserta lelaki yang mencabar pada malam tersebut. Beliau mampu mencabar dari aspek range vokalnya yang agak besar dan sedap didengar. Tone vokalnya juga bagus dan disertakan dengan kawalan yang mantap. Penampilan beliau jelas menampakkan keyakinan dan mempunyai gaya sebagai seorang penghibur. Saya menyukai persembahannya yang agak bersahaja tetapi berjaya memuaskan hati. Pakej beliau sebagai seorang penghibur perlu dibaiki agar tidak terlalu dibayangi oleh imej Anuar Zain dan gaya-gaya santai perlu lebih dikekalkan untuk beliau.

Diana - Aku Sayang Padamu (Atiek CB) 6/10
Persembahan Diana agak biasa tetapi berjaya menarik perhatian saya. Saya menyukai tone vokalnya yang jelas pengaruh Indonesia. Saya nampak beliau agak berkeyakinan di pentas. Pergerakannya juga agak minima dan bersesuaian. Kawalan vokalnya juga baik tetapi kedengaran sedikit sengau di beberapa bahagian.

Fuad - She’s A Lady (Tom Jones) 7/10
Tampil di pentas sahaja beliau cuba mengumpan perhatian penonton dan ternyata berjaya. Sayangnya beliau terlalu mengharapkan sokongan penonton dan berkali-kali cuba untuk meyakinkan penonton dengan persembahannya. Agak sedikit keterlaluan dan juga kesan terlalu berkeyakinan mungkin. Vokalnya bagus dan improvisasi rap yang telah dilakukan amat mencabar dan kreatif. Penguasaan pentas beliau lagak seorang penyanyi profesional. Seperti Bob, beliau harus berani untuk mempertaruhkan fizikalnya selain mutu vokal beliau untuk dijual kepad penonton.

Marsha - Colours of the Wind (Vanessa Williams)
Masha menghadapi masalah kesihatan dan tidak dapat membuat persembahan. Beliau telah menarik diri satu jam sebelum pertandingan tersebut. Kejutan berlaku di Akademi Fantasia. Penonton dan panel juri ingin juga mendengar nyanyian Masha walaupun sedikit. Turut ditayangkan kepada penonton ialah klip video nyanyian beliau dengan lagu Ingin Bersamamu oleh Syafinaz. Rata-rata penonton terpaku dengan persembahannya tetapi nasib tidak menyebelahinya.

Mawi - Intifada (Rabbani) 9/10
Berbekalkan lagu Intifada, Mawi telah berjaya meyakinkan penonton dengan persembahan mantapnya. Kelunakan vokal beliau n yata aset utama beliau. Beliau merupakan antara peserta yang mampu menyaingi peserta perempuan. Banyak yang boleh diterokai dalam vokalnya untuk disesuaikan dengan pelbagai genre lagu. Pakej beliau serta imej alim beliau merupakan tarikan utama kepada golongan remaja untuk dijadikan ikutan. Saya melihat beliau berbakat besar bukan sahaja dalam irama nasyid tetapi juga dalam irama “world-music”.

Elliza - Mengapa (Nicky Astria) 8.5/10
Jelas terpancar imej Farah dalam persembahannya. Dengan menggunakan minus-one penyanyi asalnya maka range vokal Elliza agak terhad tetapi dengan lagu tersebut beliau telah memaksimakan segala kekuatan vokalnya. Vokalnya nyata bertenaga. Kawalan vokalnya serta penggunakan teknikal pada vokalnya telah dibuat dengan baik dan meyakinkan.

Kefli - Dir (Rahim Maarof) 7/10
Kelebihan Kefli ialah vokalnya yang agak baik. Range vokal beliau agak besar. Sayangnya keyakinan dirinya agak rendah dan menyebabkan penguasaan pentasnya terganggu. Beliau tidak banyak bergerak dan pergerakan tangannya agak stereotype. Berlaku juga sumbang pada bahagian korus lagu tersebut. Dinilai dari aspek pakej, Kefli mampu pergi jauh dengan sokongan peminat-peminat perempuannya. Beliau telah mengembalikan imej-imej Zamani, Razis Ismail yang menjadi kegilaan remaja perempuan.

Akma - I Will Always Love You (Whitney Houston) 7.7/10
Pemenang Who Will Win ini berkeyakinan tinggi di pentas. Vokalnya juga berjaya meyakinkan. Sebutannya jelas. Namun demikian, penguasaan pentasnya serta persembahannya masih boleh dibaiki kerana masih terlalu ketinggalan zaman.

Haider - It’s My Life (Bon Jovi) 6/10
Beliau boleh memberikan persembahan yang lebih baik daripada lagu It’s My Life ini. Ada sesuatu pada vokalnya yang boleh menyerlah jika beliau membawakan lagu selain lagu tersebut. Lagu tersebut gagal menyerlahkan vokalnya serta karisma beliau di atas pentas. Persembahannya nampak biasa sahaja.

Rina - Mama Ku Ingin Pulang (Nike Ardilla) 6/10
Beliau mempunyai vokal yang merdu. Penguasaannya untuk nada rendah juga bagus. Nyata beliau berkebolehan untuk membawakan note yang lebih tinggi dengan penuh bertenaga. Dinilai dari aspek pakej, agak sukar untuk penyanyi yang sudah berumahtangga untuk meneruskan penguasaan mereka kecuali dengan daya usaha yang bersungguh-sungguh.

Felix - Cinta Seorang Teman (Bob AF2) 7.2/10
Pada bahagian awal lagu tersebut, jelas kurang kedengaran vokal beliau. Beliau nampak kurang berkeyakinan pada awal lagu tersebut. Setelah di pertengahan lagu Cinta Seorang Teman, keyakinannya mula menyerlah dan melontarkan vokalnya dengan selamba. Bukan calang-calang penyanyi mampu membawakan lagu tersebut dengan baik. Felix telah melaksanakan tugasnya dengan baik. Berbekalkan imej yang selamba, Felix nyata mampu untuk pergi lebih jauh dan mampu untuk bertahan lebih lama.

Idayu - I Have Nothing (Whitney Houston) 8/10
Beliau antara peserta perempuan yang mempunyai vokal yang hebat. Tone vokalnya juga bagus. Sebutannya juga jelas. Memilih sebuah lagu yang sukar menjadikannya antara peserta pilihan untuk mara ke pusingan yang seterusnya. Dengan persembahan yang mantap, beliau telah berjaya membawakan lagu I Have Nothing dengan sempurna.

Ranking sultanmuzaffar
Mawi - Intifada (Rabbani) 9/10
Elliza - Mengapa (Nicky Astria) 8.5/10
Idayu - I Have Nothing (Whitney Houston) 8/10
Amy - Saving My Love For You (Whitney Houston) 8/10
Akma - I Will Always Love You (Whitney Houston) 7.7/10
Reza - Ku Harap Cinta (Nowseeheart) 7.5/10
Amylea - If I Ain’t Got You (Alicia Keys) 7.5/10
Felix - Cinta Seorang Teman (Bob AF2) 7.2/10
Fuad - She’s A Lady (Tom Jones) 7/10
Kefli - Dir (Rahim Maarof) 7/10
Isa - Aku Cinta Padamu (Hazami) 6.8/10
Yazer - Relaku Pujuk (Spider) 6.5/10
Diana - Aku Sayang Padamu (Atiek CB) 6/10
Rina - Mama Ku Ingin Pulang (Nike Ardilla) 6/10
Haider - It’s My Life (Bon Jovi) 6/10
Ekin - Dialah Di Hati (Siti Nurhaliza) 5/10
Azlif - Isabella (Search) 5/10
Shiha - Gonna Get You Good (Shania Twain) 4/10
Aidil - Kau Lupa Janji (Jamal Abdillah) 3/10
Marsha - Colours of the Wind (Vanessa Williams)

Keputusan Juri
Lelaki
Aidil
Yazer
Reza
Fuad
Kefli
Felix

Perempuan
Ekin
Amylea
Amy
Elliza
Akma
Idayu

Entri oleh sultanmuzaffar 21 May 2005 0 komen

Makan Tak Lalu, Tidur Tak Lena, Mandi Tak Basah, Dah Terkena ?

Umum telah pun mengetahui 20 nama yang telah terpilih untuk menyertai Akademi Fantasia. Umum juga telah lebih awal mengetahui barisan Tenaga Pengajar yang terpilih untuk mengemudi Akademi Fantasia pada musim ini. Umum juga telah mengetahui siapakah Pengkritik Tetap yang akan menduduki kerusi panas tersebut setiap minggu. Jadi apakah kejutannya dalam Akademi Fantasia musim ini ?

Menurut dari sumber yang boleh dipercayai, pada musim ini Akademi Fantasia akan meletakkan sebuah lagi batu tanda kepada dunia teknologi penyiaran Malaysia. Jika pada musim yang lalu Akademi Fantasia memperkenalkan Butang Interaktif Merah, pada musim ini khabarnya penggunaan teknologi moden lagi terkini tersebut bakal menggegarkan lagi Akademi Fantasia dan peminat-peminatnya. Bersiap sedialah untuk satu fenomena baru kepada dunia penyiaran Malaysia kerana anda bakal menghadapi saat-saat makan tak lalu, tidur tak lena dan mandi tak basah. Dah terkena ?

Jangan ketinggalan untuk menyaksikan Konsert Prelude Akademi Fantasia pada malam ini jam 8.30 malam di Astro RIA. Siapakah 12 pelajar yang bakal meneruskan perjalanan mereka di Akademi Fantasia dan siapakah pula yang terkena ?

Entri oleh sultanmuzaffar 01 May 2005 0 komen

Anugerah Industri Muzik 12
Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra, Kuala Lumpur

Mengejutkan ? Memang mengejutkan tetapi panel juri professional tentu mempunyai alasan mereka untuk menobatkan album Nazraku sebagai Album Terbaik untuk tahun ini. Setiap telinga punya deria yang berbeza, setiap lidah punya rasa yang berbeza, setiap mata punya pandangan yang berbeza dan tentunya setiap pengalaman punya taraf kematangan yang berbeza. Maka saya tidak hairan jika album Nazraku dinobatkan sebagai Album Terbaik kerana setiap masing-masing yang terlibat di dalam industri ini bebas untuk menentukan pilihan masing-masing. Jika saya suka album Erti Pertemuan tidak semestinya juri professional menyukai apa yang saya suka.

Rekaan Pentas
Cas positif dan negatif dari bateri menjadi asas kepada rekaan pentas AIM kali ini. Rekaan lampunya menarik dengan latar yang bertukar corak tatacahaya. Tangga yang ada di kiri kanan pentas hanya sekadar untuk kegunaan Puteri Gunung Ledang dan tidak dimaksimakan penggunaannya untuk yang lain. Tangga tersebut tidak perlu dan menyempitkan ruang sehingga kedudukan pemuzik orkestra tambahan pada beberapa persembahan perlu dibuat sewaktu siaran iklan. Jika benar-benar difikirkan sejak awal, maka tangga tersebut boleh ditiadakan dan digantikan dengan tempat pemuzik atau orkestra.

AIM 12
Gandingan mereka menjadi pada AIM kali ini.

Hos – Afdlin Shauki dan Bob Lokman
Secara keseluruhan, gandingan mereka pada tahun ini adalah lebih baik dari tahun lepas. Sesuatu yang ketara pada tahun ini apabila gandingan tersebut banyak dibiarkan keseorangan mengendalikan acara kecuali pada beberapa bahagian sahaja. Itu puncanya. Afdlin dan Bob seharusnya dipisahkan selalu kerana mereka nampak lebih baik sekiranya keseorangan. Apabila dipasangkan berdua maka akan timbul lawak-lawak yang boleh dirasakan tidak perlu. Untuk AIM kali ini, gandingan ini boleh saya katakan agak bersesuaian dan tidak keterlaluan.

AIM 12
Puteri Gunung Ledang melayang terbang di PWTC kerana AIM.

Persembahan Pembukaan Asmaradana oleh Tiara Jacquelina
Mengkagumkan walaupun miming. Saya kagum dengan persembahan Tiara. Dengan susunan muzik moden yang segar serta adunan elemen Jawa membuatkan lagu Asmaradana menjadi begitu indah. Keindahan lagu tersebut dicantikkan lagi dengan gerak tari Tiara yang cukup sempurna. Keberanian beliau melakukan aksi terbang juga benar-benar mengkagumkan saya. Setiap saat persembahan beliau begitu indah untuk dilepaskan. Lirikan mata, lengtok gerak kepala, gelekan punggung, kuisan kaki beliau menghidupkan persembahannya. Penari latarnya juga telah memberikan gerakan yang cukup sempurna. Sayang sekali, apabila beliau sekadar miming.

AIM 12
PERSEMBAHAN VOKAL BERKUMPULAN TERBAIK DI DALAM ALBUM
Ramalan SM: Gerhana Ska Cinta - The New Authentic
Pemenang : Raihan - Allahu
Puas hati walaupun ramalan tidak mengena !

AIM 12
Sepasang sayap tak terlihat

Persembahan Awan Yang Terpilu oleh Ning Baizura
Persembahan Ning Baizura untuk lagu Awan Yang Terpilu semacam tidak berjaya dari aspek vokal. Tiada elemen kekaguman yang berjaya di penghujung lagu tersebut. Kekuatan utama lagu tersebut ialah kelunakan vokal beliau lebih-lebih lagi jika berjaya disampaikan secara langsung dengan baik. Sayangnya, kehebatan vokal itu yang kurang kerana saya pernah mendengar Ning membawakan lagu Awan Yang Terpilu lebih baik dari persembahan semalam. Saya terbaca komen di dalam forum Ningclix yang turut merasakan perkara yang sama. Tiupan angin tiruan penting agar bersesuaian dengan tajuk lagu tetapi ia mungkin akan mengganggu sistem pembesar suara.

AIM 12
PERSEMBAHAN VOKAL TERBAIK DI DALAM ALBUM (WANITA)
Ramalan SM: Ning Baizura - Erti Pertemuan
Pemenang : Siti Nurhaliza - Prasasti Seni
Sememangnya Siti Nurhaliza sukar digugat. Saya merasakan vokal Ning Baizura dalam album Erti Pertemuan merupakan taruhan terbaik beliau untuk menewaskan Siti Nurhaliza. Tetapi ternyata andaian itu meleset sama sekali. Siti Nurhaliza meneruskan penguasaannya buat kali ketujuh berturut-turut. Mujur Siti Nurhaliza memenanginya menerusi album Prasasti Seni, maka saya tidak merasa begitu terkilan. Saya akan menjadi begitu terkilan sekiranya beliau memenanginya melalui album Siti Nurhaliza Fantasia Tour Live in Concert. 2004.

AIM 12
ALBUM POP ETNIK TERBAIK
Ramalan SM: Sawo’ Matang – Noraniza Idris
Pemenang : Sawo’ Matang – Noraniza Idris
Tiada saingan yang sengit untuk album Sawo’ Matang untuk memenangi kategori ini. Album tersebut kental jiwa tradional Melayunya atau boleh saya katakana jiwa Malaysianya. Kemenangannya menepati ramalan banyak pihak.

AIM 12
Persembahan Medley Calon Artis Baru Terbaik
The Times, Farahdhiya, Vince, Waheeda, D-Va
Kuasa-kuasa baru ini telah menunjukkan kualiti yang bagus dalam persembahan mereka. Rata-rata didominasi oleh mereka yang masih muda dan punya jalan yang lebih besar di masa hadapan. Antara persembahan yang menarik ialah persembahan Vince dengan lagu Tak Ingin Kehilanganmu dan Waheeda.

AIM 12
ARTIS BARU TERBAIK
Ramalan SM: Vince
Pemenang : Vince
Kemenangan Vince menepati ramalan banyak pihak. Satu kemenangan yang mudah untuk dijangkakan. Dinilai daripada pencapaian beliau sejak setahun setelah lulus dari Akademi Fantasia, tidak mungkin kemenangan tidak memihak kepadanya. Bukan sekadar anugerah dari dalam negara bahkan anugerah dari luar negara juga telah berjaya diraih oleh beliau.

AIM 12
Ada yang kata persembahan mereka sumbang, saya dengar ok je. Satu pembaharuan pada irama nasyid.

Persembahan Hikmah Kembara oleh Mirwana
Ia merupakan sebuah persembahan yang biasa dari Mirwana. Nasyid alternatif yang dipersembahkan telah membuka satu ruang kepada irama nasyid untuk divariasikan. Satu percubaan yang baik dari Mirwana.

AIM 12
ALBUM NASYID TERBAIK
Ramalan SM: Raihan - Allahu
Pemenang : Raihan – Allahu
Puas hati !

AIM 12
PERSEMBAHAN VOKAL TERBAIK DI DALAM ALBUM (LELAKI)
Ramalan SM: Zainal Abidin - Puteri
Pemenang : Zainal Abidin – Puteri
Sejak kategori ini diperkenalkan pada tahun 1994, Zainal belum pernah memenanginya. Ini merupakan kali pertama beliau memenangi anugerah tersebut. Satu penghargaan yang sewajarnya diberikan kepada beliau kerana mutu vokal beliau dalam album Puteri ternyata cemerlang.

AIM 12
ANUGERAH KEMBARA
Ramalan SM : Raihan
Pemenang : Siti Nurhaliza
Siti Nurhaliza sememangnya layak untuk Anugerah Kembara pada tahun ini. Melihatkan pencapaiannya di negara orang sudah cukup mengkagumkan. Namun demikian, ia masih bersandarkan undian penonton. Kemenangan di MTV Asia Awards adalah berdasarkan undian penonton, begitu juga kemenangan di Anugerah Planet Music di Singapura. Melihat senarai anugerah dan pencapaiannya pada tahun lepas, maka tidak hairan sekiranya pada tahun hadapan beliau akan memenangi anugerah yang sama sekali lagi.

AIM 12
Cutelah penyanyi Gerhana Ska Cinta ni !

Persembahan My Boy Lollipop oleh Gerhana Ska Cinta
Saya meletakkan harapan kumpulan ini memenangi kategori Persembahan Vokal Terbaik Berkumpulan, sayangnya mereka gagal. Saya menyukai persembahan muzikal mereka. Kepelbagaian muzik dalam persembahan mereka sememangnya menghiburkan. Mereka berbakat besar untuk meneruskan karier muzik mereka.

AIM 12
ARTIS INGGERIS TEMPATAN BARU TERBAIK
Ramalan SM: Juwita Suwito
Pemenang : Disagree
Saya meletakkan Juwita Suwito sebagai pemenang kerana saya mendengar album tersebut, tetapi tidak pula mendengar album Disagree. Tentunya ada kelainan pada album Disagree.

AIM 12
VIDEO MUZIK TERBAIK
Ramalan SM: Virginia Kennedy - Awan Yang Terpilu (Ning Baizura)
Pemenang : Virginia Kennedy - Awan Yang Terpilu (Ning Baizura)
Video Muzik Awan Yang Terpilu kaya dengan elemen-elemen seninya yang tersendiri. Berdasarkan skrip yang dijalin dengan keindahan fotografi yang menarik, maka sebuah video muzik seperti Awan Yang Terpilu telah menjadi alat promosi sesebuah album yang berjaya. Kerja-kerja seni yang ditampilkan oleh Pengarahnya ternyata merupakan satu kerja yang teliti.

AIM 12
Persembahan bintang tv realiti menghiburkan. Pilihan lagu tidak memberikan impak yang besar.

Persembahan Medley Akademi Malaysian Fantasia Idol
Dina, Farah, Zahid & Jac – Menyemai Cinta Bersamamu, Selagi Ada & Keabadian Cinta
Dina, Farah, Zahid & Jac – Menyemai Cinta Bersamamu, Selagi Ada & Keabadian Cinta
Kenapa lagu Menyemai Cinta Bersamamu, Selagi Ada dan Keabadian Cinta ? Pemenang Lagu Terbaik tahun 2001, 2003 dan 2004 itu terlalu baru untuk dikenang semula dan diberikan penghargaan untuk dinyanyikan semula. Lebih menarik persembahan tersebut mengiktiraf lagu-lagu terbaik pada tahun-tahun awal AIM seperti lagu Satu, Jentayu dan Ku Mohon. Lagu-lagu yang terbaik tetapi jarang didengari. Persembahan graduan program realiti tv pencarian bakat agak tidak seimbang. Menyemai Cinta Bersamamu sesuai dengan vokal Dina. Dina nampak cemerlang mengawal baik lagu tersebut. Farah nampak tersiksa dengan lagu Selagi Ada. Zahid nampak tidak bermaya dengan lagu Keabadian Cinta dan penamatnya dibuat oleh Jac. Jac cemerlang tetapi terlupa lirik di penghujung lagu tersebut. Susunan muzik orkestra lagu-lagu tersebut dibuat dengan baik sekali oleh Ramli MS.

AIM 12
Muzik orkestra di bawah pimpinan Ramli MS sememangnya memukau pendengaran.

AIM 12
ARTIS HARAPAN
Ramalan SM: Farah
Pemenang : Farah
Saingan sengit yang dihadapi oleh Farah ialah daripada Bob. Mereka merupakan taruhan terbaik untuk memenangi kategori ini. Pengundiannya pun telah dilakukan oleh juri professional yang terdiri daripada mereka di dalam industri. Sesiapa yang pernah buat fasal dengan mereka di dalam industri tentunya mempunyai harapan yang agak tipis untuk memenanginya. Anugerah ini ditiadakan pada tahun lepas kerana kemelesetan industri muzik tempatan dan fenomena program realiti pencarian bakat telah menghidupkan kembali kategori ini. Satu perkembangan sihat untuk masa industri muzik tempatan.

AIM 12
ALBUM INDONESIA TERBAIK
Ramalan SM: Cahaya – Kris Dayanti
Pemenang : 30 Hari Mencari Cinta - Sheila On 7

AIM 12
Tumpuan penonton lebih banyak terganggu dengan penari latar.

Persembahan Orkes Nirwana - Syurga Idaman dan Alangkah Sedihnya
Sambutan penonton terhadap persembahan Orkes Nirwana sememangnya baik. Ada interaksi dengan penonton. Lupakan soal vokal kerana mereka orang lama. Ini merupakan satu penghargaan buat mereka.

Anugerah Wirama – Frankie Cheah
Padat sekali ucapan beliau. Dengan perkataan “bastard” berkumandang secara langsung di televisyen dan radio, harapnya mesej tersebut sampai kepada yang sepatutnya. Si penagih dadah harus sedar yang mereka ialah role model kepada masyarakat. Si lanun cetak rompak harus sedar yang kerja haram mereka telah menyebabkan artis tidak makan. Bila artis tidak dapat cari makan, mereka cari dadah.

ALBUM HARD ROCK TERBAIK
Ramalan SM: Dendam – Amuk
Pemenang : Otai Jamm - May
Tiada komen, kerana bukan genre saya.

KULIT ALBUM TERBAIK
Ramalan SM: Urba Ad - Sawo Matang (Noraniza Idris)
Pemenang : Nizam Rahmat - Erti Pertemuan (Ning Baizura)
Terkejut saya album Erti Pertemuan terpilih sebagai pemenang Kulit Album Terbaik. Saya lebih mengharapkan album Sawo’ Matang memenangi kategori ini. Paling tidak pun album Prasasti Seni. Kulit album Erti Pertemuan terlalu simple dan tidak jelas mesej yang ingin disampaikan. Dengan lagu-lagu terbaik yang ada dalam album tersebut, sayangnya kulit albumnya tidak menjelaskan lagi maksud lagu-lagu tersebut.

RAKAMAN ALBUM TERBAIK
Ramalan SM: Mac Chew - Puteri (Zainal Abidin)
Pemenang : Mac Chew - Puteri (Zainal Abidin)
Puas hati !

SUSUNAN MUZIK TERBAIK DALAM LAGU
Ramalan SM: Seindah Biasa – Aubrey Suwito
Pemenang : Seindah Biasa – Aubrey Suwito
Saya berpuas hati lagu Seindah Biasa memenangi kategori ini. Saya sememangnya menyukai lagu tersebut. Ia mampu membuatkan saya menghayati lagu tersebut. Jika lagu ini bukan diciptakan oleh pencipta Indonesia sudah pasti ia akan masuk di dalam kategori Lagu Terbaik.

ALBUM INGGERIS TEMPATAN TERBAIK
Ramalan SM: Brand New Day – Juwita Suwito
Pemenang : Brand New Day – Juwita Suwito

AIM 12
Sebentar sangat persembahan mereka.

Persembahan oleh Peter Pan
Mereka membawakan lagu yang tidak biasa saya dengar. Saya lebih akan menghargai kemunculan mereka di AIM 12 apabila membawakan lagu Mungkin Nanti. Tentu itu lagu yang penonton nantikan.

AIM 12
ALBUM POP ROCK TERBAIK
Ramalan SM: Puteri – Zainal Abidin
Pemenang : Nazraku - Spider
Tentu ada sesuatu yang menarik tentang album Nazraku. Saya harus memilikinya dan menikmati lagu-lagu dari album ini. Kemenangannya mengalahkan Puteri oleh Zainal Abidin mungkin didorong oleh faktor populariti bilamana album Nazraku lebih hebat popularitinya dari album Puteri.

AIM 12
ALBUM POP TERBAIK
Ramalan SM: Ning Baizura – Erti Pertemuan
Pemenang : Ning Baizura – Erti Pertemuan
Saya amat berpuas hati album ini memenangi kategori Album Pop Terbaik. Kekuatan album ini adalah kerana jiwa lagunya yang benar-benar mencengkam pendengar. Setiap lagu yang didengari oleh dirasai oleh pendengar isi hati yang ingin disampaikan oleh lagu tersebut. Mesej-mesej yang disampaikan melalui hampir kesemua lagu benar-benar sampai kepada pendengar. Kepelbagaian juga merupakan elemen penting dalam album tersebut. Eksperimentasi muzik yang telah dibuat ternyata berjaya. Saya meletakkan album Erti Pertemuan taruhan terbaik untuk kategori Album Terbaik.

AIM 12
LAGU TERBAIK
Ramalan SM: Dialah Di Hati – Aidit Alfian, Habsah Hassan & Siti Nurhaliza
Pemenang : Awan Yang Terpilu - Li Li Zhen, Loloq & Ning Baizura
Lagu Awan Yang Terpilu menang kategori ini. Bukan kerana lagu ini tidak bagus atau apa, cuma saya lebih menyukai lagu Dialah Di Hati. Namun demikian, kemenangan tetap berpihak kepada Awan Yang Terpilu. Mungkin kerana lirik lagu Dialah Di Hati terlalu berbunga-bunga sehingga juri profesional tidak memahaminya.

ALBUM TERBAIK
Ramalan SM : Ning Baizura – Erti Pertemuan
Pemenang : Nazraku – Spider
Terkedu ? Memang mengejutkan jika dinilaikan daripada pencapaian album Nazraku berbanding album Erti Pertemuan pada malam itu. Tentu ada yang menarik pada album ini. Album Erti Pertemuan tidak berjaya di kategori kemuncak pada malam tersebut untuk melengkapkan penguasaannya. Peminat Siti Nurhaliza di kanan dewan terdiam lebih awal, dan peminat Ning di kiri dewan terdiam terkejut. Keseronokan mereka tidak berpanjangan tetapi masih berbaloi dengan empat anugerah yang berjaya dirangkul oleh album Erti Pertemuan. Penerbit album Nazraku punya sebab untuk bergembira dan meraikan kemenangan mereka di AIM.

AIM 12
Persembahan yang daring dari Siti. Jarang sekali kita melihat Siti macam apa yang kita lihat semalam.

Persembahan Medley Jalinan Cinta Pendirianku oleh Siti Nurhaliza
Rasanya ada tiga lagu dinyanyikan oleh Siti Nurhaliza secara medley pada malam kemuncak itu. Berbekalkan pengalaman dari Kota London, Siti Nurhaliza telah memberikan satu persembahan yang memukau. Saya pasti satu dewan terpukau dengan gerak tarinya yang boleh saya sifatkan agak daring. Membawakan tiga lagu rancak secara medley dan masih mengekalkan stamina seperti biasa tentu sesuatu yang ajaib. Dengan selamba beliau menghabiskan lagu-lagu tersebut. Gerak tarinya sempurna dan merupakan antara gerak-gerak tari yang jarang-jarang kita dapat lihat. Beliau mula membuka dirinya untuk menjadi lebih maju lagi. Maka satu perubahan perlu dibuat. Sekurang-kurangnya inilah perubahan yang ditunjukkan oleh AIM. Perubahan Siti Nurhaliza untuk kita semua. Perubahan dalam industri muzik, bila lagi ?

Post Party AIM12
Nothing much ! Pack gila. Saya memang benci crowd. Rasa macam tidak cukup nafas. Namun demikian, dalam kesesakan itu, saya pulang sekitar jam 2.30 pagi juga. Sekadar menonton gelagat manusia. Seronok juga mendengar perbincangan dan debat perdana antara seorang kawan dan kawan juga tentang AIM. Sekadar menjadi penonton.

Ada ulasan lebih best untuk dibaca : Catatan Nakal Tentang Anugerah Industri Muzik (AIM) 12

Album Foto : Album Anugerah Industri Muzik 12 - Kepada peminat Zahid, gambar Zahid ada banyak !!!!

Nota : Pada 3 Mei 2005, tepat jam 1.30 tengahari, blog ini menerima hits yang ke 1,000,000. Terima kasih di atas sokongan anda ! Tahniah kepada hangbuah kerana berjaya mendapatkan printscreen tersebut. Beliau berjaya memenangi 2 tiket untuk menonton teater Rubiah hujung bulan Mei ini.

Entri oleh sultanmuzaffar 28 April 2005 0 komen

Ramalan Anugerah Industi Muzik 12

Mohon maaf, saya tidak sempat menulis ulasan ringkas untuk setiap kategori kerana kesuntukan masa. Ada beberapa tugas penting yang perlu saya selesaikan dengan kadar segera.

Berikut antara yang ramalan saya tentang Anugerah Industri Muzik tahun ini.

1. ARTIS BARU TERBAIK
1. D-Va
2. Farahdhiya
3. The Times
4. Vince
5. Waheeda
Ramalan SM: Vince

2. ARTIS HARAPAN
1. Bob
2. Farah
3. Nana
4. Sahri
5. Zahid
Ramalan SM: Farah
Underdog : Bob

3. PERSEMBAHAN VOKAL TERBAIK DI DALAM ALBUM (LELAKI)
1. Ezad Exists - Paragon
2. Saleem Iklim - Bunga Emas
3. Tam Spider - Nazraku
4. Vince - Vince
5. Zainal Abidin - Puteri
Ramalan SM: Zainal Abidin - Puteri
Underdog : Tam Spider

4. PERSEMBAHAN VOKAL TERBAIK DI DALAM ALBUM (WANITA)
1. Juwita Suwito - Brand New World
2. Misha Omar - Aksara
3. Ning Baizura - Erti Pertemuan
4. Siti Nurhaliza - Prasasti Seni
5. Siti Nurhaliza - Siti Nurhaliza Live In Concert 2004
Ramalan SM: Ning Baizura - Erti Pertemuan

5. PERSEMBAHAN VOKAL BERKUMPULAN TERBAIK DI DALAM ALBUM
1. Gerhana Ska Cinta - The New Authentic
2. Rabbani - Yalla Beena
3. Raihan - Allahu
4. Ruffedge - Defined
5. Teh Tarik Crew - What's Next?
Ramalan SM: Gerhana Ska Cinta - The New Authentic

6. KULIT ALBUM TERBAIK
1. Fareeq (Kid) - D-Va (D-Va)
2. Kacun - Bermulanya Satu Evolusi (New Boyz)
3. Nizam Rahmat - Erti Pertemuan (Ning Baizura)
4. Rauna Jud - Prasasti Seni (Siti Nurhaliza)
5. Urba Ad - Sawo Matang (Noraniza Idris)
Ramalan SM: Urba Ad - Sawo Matang (Noraniza Idris)
Underdog : Rauna Jud – Prasasti Seni (Siti Nurhaliza)

7. RAKAMAN ALBUM TERBAIK
1. Hanafi, Fadzli Fauzy, Shashi, Zairi & CL Toh - Nazraku (Spider)
2. Jig & Aliff - Bunga Emas (Iklim)
3. Mac Chew - Puteri (Zainal Abidin)
4. Mat, Ramlan Marzuki, Azlan Abu Hassan, Adnan Abu Hassan,Amir, Calvin, Ami, Zairi - Aksara (Misha Omar)
5. Peter Chong, Aubrey Suwito - Brand New World - Juwita Suwito
Ramalan SM: Mac Chew - Puteri (Zainal Abidin)
Underdog : Peter Chong, Aubrey Suwito - Brand New World - Juwita Suwito

8. VIDEO MUZIK TERBAIK
1. Henry Ooi - Scarecrow (Disagree)
2. Henry Ooi - Suicide Note (Disagree)
3. Yusri - Seksis (Anita Sarawak)
4. Virginia Kennedy - Awan Yang Terpilu (Ning Baizura)
5. Virginia Kennedy - Senang Tari (Ning Baizura)
Ramalan SM: Virginia Kennedy - Awan Yang Terpilu (Ning Baizura)
Underdog : Yusri - Seksis (Anita Sarawak)

9. ALBUM POP ETNIK TERBAIK
1. Balaghah - Syura
2. Binafsha - Waheeda
3. Kekasih Kerinduan - Nas Adila
4. Sawo' Matang - Noraniza Idris
5. Taat - Rohana Jalil
Ramalan SM: Sawo’ Matang – Noraniza Idris

10. ALBUM NASYID TERBAIK
1. Raihan - Allahu
2. Hijjaz - Damai
3. In Team - In Team '04
4. Mirwana - Mirwana
5. Rabbani - Yalla Beena
Ramalan SM: Raihan - Allahu

11. ALBUM POP ROCK TERBAIK
1. Nazraku - Spider
2. Paragon - Exists
3. Puteri - Zainal Abidin
4. Def Gaf C - Raw
5. Un. Metal Volume 2- XPDC
Ramalan SM: Puteri – Zainal Abidin
Underdog : Nazraku - Spider

12. ALBUM HARD ROCK TERBAIK
1. Dendam - Amuk
2. N. T Virus - Kristal
3. Otai Jamm - May
4. Perhentian Objektif - Viper
5. Real X - Real X
Ramalan SM: Dendam – Amuk

13. ALBUM POP TERBAIK
1. Misha Omar - Aksara
2. Ruffedge - Defined
3. Ning Baizura - Erti Pertemuan
4. Siti Nurhaliza - Prasasti Seni
5. Vince - Vince
Ramalan SM: Ning Baizura – Erti Pertemuan
Underdog : Siti Nurhaliza - Prasasti Seni

14. ARTIS INGGERIS TEMPATAN BARU TERBAIK
1. Altered Frequency
2. Disagree
3. Gerard Singh
4. Juwita Suwito
5. Shelly Leong
Ramalan SM: Juwita Suwito

15. ALBUM INGGERIS TEMPATAN TERBAIK
1. A Slice of The Pie - Gerard Singh
2. At The End of The Day - Disagree
3. Brand New World - Juwita Suwito
4. Drones - Seven Collar T-Shirt
5. The New Authentic - Gerhana Skacinta
Ramalan SM: Brand New Day – Juwita Suwito

16. ALBUM INDONESIA TERBAIK
1. 30 Hari Mencari Cinta - Sheila On 7
2. Cahaya - Kris Dayanti
3. Eiffel... Im In Love - Melly
4. Hanya Memuji - Marcell
5. Pria Terhebat - Sheila On 7
Ramalan SM: Cahaya – Kris Dayanti
Underdog : Pria Terhebat - Sheila On 7

17. SUSUNAN MUZIK TERBAIK DALAM LAGU
1. Aubrey Suwito - Seindah Biasa
2. Edry Abd Halim - Seksis
3. Firdaus - Bagaikan Sakti
4. Firdaus - Dialah Di Hati
5. Mac Chew - Sakit Yang Sakit
Ramalan SM: Seindah Biasa – Aubrey Suwito
Underdog : Firdaus - Dialah Di Hati

18. LAGU TERBAIK
1. Dialah Di Hati - Aidit Alfian, Habsah Hassan & Siti Nurhaliza
2. Erti Pertemuan - Aidit Alfian, Loloq, Ning Baizura & Jay Jay
3. Pulangkan - Ajai, Suhaimi Baba, Habsah Hassan & Misha Omar
4. Awan Yang Terpilu - Li Li Zhen, Loloq & Ning Baizura
5. Relaku Pujuk - Rustam Mustafa, Mohd Khirin Omar - Spider
Ramalan SM: Dialah Di Hati – Aidit Alfian, Habsah Hassan & Siti Nurhaliza
Underdog : Awan Yang Terpilu - Li Li Zhen, Loloq & Ning Baizura

19. ALBUM TERBAIK
Ramalan SM : Ning Baizura – Erti Pertemuan

20. ANUGERAH KEMBARA
Antara artis yang telah berjaya mengembangkan sayap mereka ke peringkat antarabangsa :
1. Siti Nurhaliza
2. Raihan
3. Pop Shuvit

Ramalan SM : Raihan
Underdog : Siti Nurhaliza

Semoga berjaya di AIM 12 !

Entri oleh sultanmuzaffar 27 April 2005 0 komen

Tentang DiaTentang Dia oleh Sultanmuzaffar dengan suntingan tambahan oleh Nizam Zakaria

Tentang Dia ceritanya berpaksi kepada watak Gadis seorang yang muram perwatakannya. Kemuraman dirinya menjadi tunjang utama dalam filem hasil garapan Rudi Soedjarwo. Ceritanya ditulis oleh Titien Wattimena yang diadaptasi dari cerpen yang ditulis oleh Melly Goeslaw.

Gadis yang dilakonkan oleh Sigi Wimala berperwatakan kelam. Kabur. Hidupnya tampak suram, penuh duka sejak ditinggalkan kekasihnya yang mengahwini temannya. Rutin kehidupannya amat membosankan dengan jalan cerita yang sama setiap hari juga menjadi bahan jenaka kawan-kawan sekampusnya.

Namun demikian kehidupan aneh Gadis telah menarik perhatian Randu (Fauzi Baadilla) jejaka yang menjadi pujaan seluruh kampus. Walaupun ramai gadis ingin mendekatinya, namun Gadis tetap menjadi pujaannya. Seboleh mahu ia berusaha mendapatkan perhatian Gadis. Jelas, reaksi Gadis masih samar-samar.

Satu hari kerana sifat lalainya, Gadis telah terlanggar Rudi (Adinia Wirasti) seorang perempuan yang berperwatakan keras (atau dalam kata lain, pengkit) yang bekerja di sebuah kedai makan. Lantas mengubah kehidupan suram Gadis menjadi sesuatu yang lebih indah. Kehidupannya lebih terbuka kini. Gadis seakan-akan keluar dari kongkongan yang mengongkong dirinya. Rudi juga seakan-akan memberikan satu perspektif baru pada dunia Gadis.

Perubahan tersebut sekali gus telah menimbulkan rasa hairan Randu dan beliau cuba mencari penyebabnya. Lama-kelamaan, Rudi mengesyaki ada sesuatu hubungan intim antara Gadis dan Rudi. Dalam waktu yang sama Gadis merasa tidak selesa melihatkan hubungan intimnya bersama Rudi yang semakin erat.

Pembaharuan yang dibawa oleh filem ini memperlihatkan penataan seninya yang bersifat kelam, kabur dan suram. Warna-warna terang yang ada dalam Ada Apa Dengan Cinta tiada pada filem ini. Penggunaan warna kelabu dan biru gelap seakan dominan pada setiap adegan. Hujan yang turun seakan-akan memberi tafsiran membasuh ego, suram, kelam mereka lalu mereka disatukan.

Naratif filem ini bergerak terlalu lambat. Mungkin terlalu lambat atau sengaja dilambatkan. Di dalam banyak hal, filem ini mungkin mahu bergerak jauh dari acuan Ada Apa Dengan Cinta oleh pengarahnya Rudi Soedjarwo. Filem ini mungkin mahu memperkenalkan kepada khalayak penonton kepada filem cinta dengan nafas dan gaya baru - sekurang-kurangnya di Indonesia.

Pengalaman Rudi yang telah melalui perjalanan hidup yang perit apabila melihat kesengsaraan adiknya menjadikannya seorang yang menyesali kehidupannya yang terdahulu. Lalu beliau menggunakan peluang yang ada di hadapannya untuk menginsafi kesilapannya yang lalu. Rudi menjadi begitu mengambil berat hingga disalah anggap.

Gandingannya dengan Gadis menjadi begitu erat dan beliau banyak menasihati Gadis untuk membuang kisah-kisah silamnya dan kekuatan diri untuk menghadapi kehilangan seseorang yang kita sayangi.

Rudi terlalu mengongkong lagaknya sehingga menimbulkan kecurigaan di hati Gadis. Tetapi penonton akhirnya akan mengerti mengapa Rudi bersikap demikian...

Ulang tayang kisah silam Rudi menyerupai apa yang dialami oleh Gadis. Kehidupan mereka penuh dengan onak dan ranjau yang menyebabkan jiwa mereka tertekan melalui zaman remaja yang penuh pancaroba.

Ia merupakan sebuah eksperimen Rudi Soedjarwo dalam menghasilkan sebuah filem remaja yang nyata berbeza dengan filem remaja masa kini. Sinematografi yang suram dengan latar biru menjadi objek utama dalam filem ini. Keadaan yang suram ini disengajakan oleh pengarah untuk menunjukkan perasaan sedih, murung dan rasa tersisih Gadis terhadap lingkungan dunianya. Sememangnya semua ini nampak jelas, tetapi tidak diperkukuhkan lagi dengan lakonan yang lebih mantap dari pelakon utamanya sendiri, Sigi Wimala. Lakonannya sukar untuk membuatkan penonton bersimpati kepada keadaan dirinya yang ditinggalkan kekasih, malah penonton mungkin akan tertanya-tanya mengapa dia perlu begitu bersedih ditinggalkan kekasih sebegitu rupa? Perlu kah dia bersikap 'over' seperti ini?

Lakonan Adinia Wirasti sebagai Rudi lebih memberangsangkan. Lakonannya yang bersahaja pasti akan membuat penonton rasa dekat kepadanya.

Seperkara yang perlu diamati oleh penonton adalah nilai produksi filemnya ini (atau filem-filem dari Indonesia dan Thailand) yang tinggi jika dibandingkan dengan filem-filem di Malaysia. Filem ini tebal dengan semiotik yang mampu mengundang pelbagai interpretasi. Pastinya semuanya telah dirancang oleh si sutradara dengan begitu teratur sehingga berhasil menyiapkan sebuah warkah filem yang bersifat 'art-house'. Filem ini bukan filem cinta sembarangan. Khalayak penonton filem-filem cinta remaja ala Kuliah Cinta, Cinta Fotokopi dan Sembilu 2005 pasti sukar untuk menerima filem ini.

Filem ini sebuah filem yang cantik. Ia telah digarap dengan baik dan pastinya akan memuaskan hati penonton-penonton yang sentiasa mencari sesuatu kelainan dari apa yang mereka tonton.

Nota: Kesibukan tugas pejabat dan luar pejabat benar-benar mengehadkan masa saya untuk blog ini. Saya pasti anda akan memahaminya satu hari nanti. Harap maaf.

Entri oleh sultanmuzaffar 21 April 2005 0 komen

Life Sdn BhdUlasan Life Sdn. Bhd. 3 dan Versi Aku

Bukan Teater Biasa
Jika anda ingin meneroka kisah silam anda bersama teater ini, sila tonton teater ini. Teater ini mampu membuatkan fikiran anda menjelajah kisah zaman kanak-kanak, remaja dan kini anda. Keluar dari panggung anda akan mula mengimbas semula zaman-zaman itu. Seperti apa yang saya lakukan.

Set pentas sungguh minima. Kekuatan utama bukan terletak pada set atau sinografi teater ini tetapi ia terletak pada cerita dan lakonan yang mantap dari barisan pelakonnya.

Ceritanya mudah, mengenai rakyat Malaysia. Apa sahaja tentang rakyat Malaysia. Anda pasti tersenyum, sedih, gembira, teruja apabila mereka bercerita tentang pengalaman pertama datang bulan, pengalaman seorang lelaki membeli tuala wanita, pengalaman pertama mengambil lessen memandu, kahwin campur, kes Sharifah Aini, kisah anak angkat, model berwajah Pan-Asian, lelaki normal dalam dunia hiburan, lelaki lembut, pengkid, seks pertama kali, hari pertama bersekolah, guru kegemaran, dan macam-macam rentetan hidup seorang rakyat Malaysia. Itulah Life Sdn. Bhd. Sebuah teater yang bercerita tentang realiti seorang rakyat Malaysia.

Saya akui teater ini mampu menjentik pemikiran kita tentang kisah silam kita sendiri. Adakala ia membuatkan saya terfikir bahawa kehidupan di Malaysia ini sungguh indah dan unik. Rencam hidup pelbagai kaum, pelbagai agama serta pelbagai latar kehidupan mampu mencipta pelbagai cerita yang boleh dikongsi bersama. Tidak mustahil hayat Life Sdn. Bhd akan terus hidup sehingga bila-bila.

Cerita-cerita sebegini mampu membuatkan setiap penonton tersenyum sendirian mengingati kisah-kisah silam mereka. Sambil menonton saya mencatatkan kisah-kisah silam saya apabila teringat di fikiran.

Dunia kita bukan sekadar apa sahaja yang berlaku di sekeliling kita tetapi juga apa sahaja yang berlaku di sekeliling orang lain. Sikap toleransi sesama kita akan lebih merealisasikan impian untuk mewujudkan sebuah bangsa Malaysia yang lebih harmoni.

Bayangkan sekiranya Life Sdn. Bhd dibawa ke layar filem. Sebuah filem Malaysia mampu dihasilkan dengan menampilkan imej-imej realiti di Malaysia secara lebih jujur.

Saya tidak terkejut bila mengetahui Life Sdn. Bhd. Tidak mempunyai skrip pada peringkat awal. Benar, skrip yang terhasil adalah berdasarkan pengalaman setiap pelakon sama ada secara jujur ataupun rekaan. Rekaan yang dihasilkan tanpa mencipta sedikit keraguan.

Pengalaman besar pengarah dan penerbit teater ini berjaya mengawal teater ini sebijaknya tanpa elemen membosankan atau berlebihan. Setiap pelakon diberi peluang sama rata untuk menonjolkan watak masing-masing.

Persembahan bermula di The Actors Studio @ BSC pada jam 8.30 malam daripada 19-23hb April dan jam 3 petang pada 24hb April 2004. LIFE… Sdn Bhd 3 akan dibawa ke Penang pada 29-30 April, 8.30 malam hingga 1 Mei 2005, 3 petang bertempat di The Actors Studio GreenHall. Jika tiada aral melintang, ia akan dipentas di Taman Budaya Ipoh pada 2 Mei jam 8.30 malam.

Para pelakon termasuk: Mohd Sobri Anuar, Patrick Teoh, Gavin Yap, Ben Tan, Christina Orow, Andrew Tan, Ari Ratos, Fang Chyi, Mary George, Nell Ng, Reza Zainal, Samantha Schubert dan Sue Lankester.

Penerbit dan Pengarah: Faridah Merican
Skrip dan Dramturgi: Joe Hasham
Skrip asal daripada para pelakon.

Life Sdn Bhd Versi Aku

Life Sdn BhdTuala Wanita
Masa aku kecil-kecil dahulu aku sering disuruh untuk membeli tuala wanita di kedai berdekatan. Jalan tidaklah jauh. Dekat sahaja. Pergi kedai. Budak-budak mana yang tidak suka. Selain kena beli tuala wanita, boleh juga beli Chikadees dan Tic Tac. Dulu-dulu setiap bulan keluarga aku akan pergi membeli barang dapur di sebuah kedai runcit berdekatan. Emak aku akan tulis senarai. Aku pula akan tambah Tic-Tac di nombor yang terakhir. Berbalik kepada cerita tuala wanita. Zaman itu jenama tuala wanita yang ada hanyalah Modess dan Stayfree. Aku sampai sekarang tidak faham kenapa mesti dibungkus dengan surat khabar lama. Seperti kata Patrick Teoh, rakyat Malaysia khususnya lelaki mampu untuk mendaki Gunung Everest, berenang di Selat Inggeris tetapi apabila disuruh membeli tuala wanita mereka akan menolak. Sekurang-kurangnya di zaman itu. Kotak sudahlah besar kota kasut. Besar. Tidak seperti zaman sekarang bungkusannya sudah semakin kecil.

Life Sdn BhdTerup
Aku dulu masa Darjah Satu ada seorang guru namanya Cikgu Kamalludin Hussain. Dia ajar Matematik guna daun terup. Dulu kita sebut Ilmu Hisab. Aku sendiri tidak berapa pasti masa darjah berapa tukar jadi Matematik. Aku memang pakar dengan daun terup pasal kat rumah aku dulu pun ada daun terup. Aku memang cekap mengira. Itupun sehingga nombor 21. Lepas pada 21 aku keliru. Mula-mula dulu aku keliru juga kepada A yang terang-terang kat situ ada satu saja simbol boleh dapat nilai sebelas. Tapi lama-lama aku faham.

Pengarah filem Sepet, Yasmin Ahmad mahu buat filem bertajuk Kapur. Bercerita tentang pengalaman hari pertama di sekolah rendah. Sabtu lepas selesai Apresiasi Filem Rabun di FINAS, aku, Ted dan Aliya pergi makan tengahari dengan beliau di Ampang Point. Kebetulan kami bertemu dengan juga dengan Penerbit yang bakal menerbitkan filem tersebut. Maka aku turut menceritakan pengalaman hari pertama aku di sekolah. Sekadar fiksyen, aku menyarankan agar kisah daun terup diceritakan di dalam Kapur. Sama ada diterima atau tidak, itu aku tidak tahu. Secara ringkas ceritanya begini, seorang budak sekolah ditangkap membawa daun terup di dalam kelas. Daun terup pada pandangan mata seseorang yang berfikiran sempit tentu akan mengaitkannya dengan judi. Tetapi budak itu menggunakan daun terup macam menggunakan sempua atau kalkulator. Untuk menyuntik elemen jenaka, budak itu hanya mampu mengira sehingga 21. Tidak lebih pada itu.

Bahagi Rumah
Tetap bercerita tentang Matematik. Aku dulu memang tidak tahu bagaimana bahagi rumah berfungsi. Pernah sekali dalam ujian Matematik aku dapat 88% kerana lagi 22% adalah soalan tentang bahagi. Aku dapat salah semuanya. Lama juga aku memerah otak untuk mendapatkan fungsinya.

Contoh : 4/1446

Ada nombor di atas, ada baki. Memang keliru aku dibuatnya.

Sifir
Masih lagi bercerita tentang Matematik. Apakah dunia aku ini hanya dikelilingi oleh Matematik ? Dulu-dulu masa Darjah Tiga sudah mula kena hafal sifir. Kat sekolah aku gerun, dekat rumah pun aku gerun. Ini antara pengalaman menakutkan aku sewaktu sekolah rendah. Hafal sifir. Memang ada budak-budak lain yang lebih cekap otak mereka. Tapi hafal sifir memang aku tak cekap. Zaman itu lah. Sekarang ini pun aku tidak hafal sifir. Aku terus congak sahaja.

Rabun
Pertama kali aku tahu yang aku rabun adalah sewaktu Darjah Tiga. Aku mula tidak nampak apa yang tertulis di papan hitam. Oleh kerana aku duduk jauh dari papan hitam, adakalanya aku terpaksa bangun dan berdiri ke hadapan sedikit untuk menulis. Aku bersandar di dinding dan menulis. Itulah yang aku lakukan setiap kali selama hampir setahun. Masa Darjah Empat aku sudah mula menggunakan kacamata. Sekarang kuasa cermin mata aku hampir 700. Itu sebab aku pakai kanta lekap kerana kalau guna cermin mata tebal cermin boleh buat tumit kasut.

Life Sdn BhdLiquid Paper
Sedar atau tidak dulu Liquid Paper pernah jadi seakan-akan status symbol di sekolah rendah. Sewaktu Darjah Tiga, kami sudah mula dibenarkan menulis menggunakan pen. Tulisan macam cakar ayam atau sering berlaku kesilapan, maka buku penuh dengan kesan Liquid Paper. Memang seronok guna Liquid Paper pasal mahal. Bukan sebarangan budak boleh ada Liquid Paper. Yang lain guna pemadam pen. Sekali tersilap, boleh berlubang kertas buku dibuatnya.

Ayam
Kenapa aku suka makan ayam ? Kerana aku suka KFC. Aku telah didedahkan dengan KFC sejak kecil lagi. Kadang-kadang sebulan sekali mesti makan KFC. Sedap gila ! Sampai sekarang aku suka makan ayam. Masa kat asrama pun asyik makan ayam sahaja. Aku tidak pernah muak makan ayam.

Bumbung
Aku suka lepak atas bumbung flat Kastam dengan beberapa orang kawan BMX aku. Baring atas bumbung, nampak awan yang luas. Seluruh awan dapat melihat apa yang kita buat. Sekarang sudah ada yang jadi doktor, pramugara, pakar IT. Ada juga yang sudah meninggal dunia. Al-Fatihah.

Tiang
Pengalaman pertama mengambil lesen memandu. Patrick Teoh dapat lesen kerana menggunakan keistimewaannya. Pertama kali aku mengambil lesen memandu aku gagal. Aku lulus ujian memandu jalanraya. Aku ambil lesen memandu di Petaling Jaya. Aku tidak pasti laluan yang perlu aku tempuhi. Yang pasti aku perlu melalui lampu isyarat di hadapan PJ Hilton. Aku memang fobia bila melalui bukit. Hampir penghujung, aku memang sudah nampak akan melalui laluan tersebut. Dari jauh aku nampak lampu isyarat bewarna merah. Sengaja aku memperlahankan kereta Nissan Sunny warna biru yang aku pandu agar apabila aku tiba di lampu isyarat PJ Hilton itu akan bertukar warna hijau. Maka aku tidak perlu memberhentikan kenderaan aku. Lampu bertukar hijau. Aku terus memandu. Aku lulus ujian di jalanraya.

Tempat mengambil ujian apabila pertama kali masuk ke dalam kereta memang mengadap peserta-peserta yang lain. Kiranya aku berjalan ke kereta sambil semua mata akan memandang ke arah aku. Memang confident habis ! Ujian pertama, naik bukit. Memang habis minyak aku tekan. Mujur tidak melompat kereta itu. Ujian bukit aku lepas. This is actually the best part ! Selesai bukit aku diarahkan untuk masuk ke dalam salah satu petak. Aku memang sudah nampak petak itu. Petak Empat kalau tidak silap aku. Maka aku pun pandulah kereta untuk masuk parking di petak empat. Maka aku dengan selamba melanggar tiang-tiang di petak-petak lain. Aku ingat jangan jatuhkan petak sendiri, kalau petak lain tidak mengapa. Sudah hampir hendak masuk parking, aku disuruh keluar. Memang macam singa perempuan JPJ itu. Pada aku waktu itu mana ada aku buat apa-apa salah. Aku tidak jatuhkan tiang petak aku, aku Cuma jatuhkan tiang petak-petak yang lain. Aku keluar dari kereta, aku cakap mana ada buat apa-apa salah. Perempuan JPJ cakap,

“Tu dah terbongkang tiang-tiang tu ko langgar, tak salah lagi ?” jerit dia.

“Tu tiang petak lain !” aku jawab. Dia diam sambil bagi kertas gagal.


Life Sdn BhdFigurine Panini
Dulu masa demam World Cup 1986 kecoh satu sekolah pasal buku sticker Figurine Panini. Aku sendiri tidak pasti kempen apa yang mula dulu. Sama ada The Smurfs atau Thundercats atau World Cup 1986. Seingat aku semasa di Darjah Enam. Dulu aku simpan koleksi World Cup 1986. Sudah hampir selesai, tinggal beberapa yang kosong. Pelekat yang paling akhir ialah Gary Lineker. Oleh kerana hampir semua kelas terlibat dalam aktiviti ini, maka pertukaran barter boleh dilakukan dengan senang. Ada juga yang dengki tidak mahu menjual pelekat-pelekat yang sukar didapati semata-mata tidak mahu ada yang selesai. Aku beli pelekat Gary Lineker dari Azlan dengan harga 50 sen. Azlan sekarang seorang doktor.

Luahan Hati Siti Nurhaliza

Konsert di London dijadikan kontroversi dan pelbagai spekulasi. Apa dosa Siti dan konsert itu? Salahkah Siti membuat konsert? Salahkah jika ada insan yang bermurah hati memberikan tiket percuma? Salah Siti jugakah jika ada peminat yang mengikuti tidak suka cara agensi yang membawa atau menerbangkan mereka ke sana, walaupun di luar bidang kerja atau pengurusan pihak Siti? Apakah salah jika konsert tidak ditonton ramai orang luar? Berdosakah jika dewan tidak penuh?

Aku yang berada di Kuala Lumpur sentiasa mahu terbang ke London untuk menonton Konsert Siti Nurhaliza di Royal Albert Hall London. Apabila aku terbaca ada peminat yang tidak berpuas hati dengan agensi yang menerbangkan mereka ke sana aku jadi terkilan. Itukah sifat peminat Siti Nurhaliza ? Yang tidak tahu menghargai usaha agensi yang telah menerbangkan mereka ke sana secara percuma. Tugas Siti Nurhaliza di London adalah untuk menyanyi dan bukannya menjadi pemandu pelancong !

Life Sdn BhdOPS Ophelia di Cameronian Arts Awards 2004
Esok, satu lagi pengalaman baru bakal tercipta. Pengalaman menjadi calon yang bertanding di Cameronian Arts Awards nyata berbeza dari sekadar menjadi penonton di Anugerah Industri Muzik. Menurut Llew Marsh, di Cameronian anda adalah bintang manakala di AIM anda menyaksikan bintang ! Walaupun bukan pelakon untuk OPS Ophelia jauh sekali Pencipta Muzik untuknya, sekadar merasai aura tercalon sudah cukup memadai.

Esok OPS Ophelia akan bertanding dalam dua kategori iaitu Persembahan Keseluruhan Terbaik dan Rekaan Muzik dan Bunyi Terbaik

Calon-calon untuk Best Ensemble Performance
# Misi, by Faisal Tehrani, directed by Nurhelmi Othman, presented by Istana Budaya and Angkatan Budaya Daerah Balik Pulau
# Anak Kerbau Mati Emak, by Bidin Subari, directed by Mior Hashim Manap, presented by Istana Budaya
# Flies and Foreigners, by Ridzwan Othman, directed by Jo Kukathas, presented by The Instant Café Theatre Company
# A Man For All Seasons, by Robert Bolt, directed by Joe Hasham, presented by The Actors Studio
# OPs OPHELIA: a FaShioN opeRa, by Rohaizad Suaidi and cast, directed by Rohaizad Suaidi, presented by Artsee Networks

Calon-calon untuk Best Music and Sound Design
# Patrick Jonathan for original music for Little Violet & The Angel, by Philip Osment, directed by Richard Gardner, presented by Gardner & Wife
# Imee Ooi for original music for Above Full Moon - The Musical, written and directed by Ho Lin Huay, by presented by Musical On Stage Productions
# Krishen Jit and Zahim Albakri for sound design for The Smell Of Language, by Huzir Sulaiman, directed by Krishen Jit, presented by Dramalab
# Adeline Wong for original music for Five Letters from an Eastern Empire, by Alasdair Gray, directed by Zahim Albakri, Edwin Sumun, Reza Zainal Abidin and Rohaizad Suaidi, presented by Sumunda
# Jerome Kugan for original music for OPs OPHELIA: a FaShioN opeRa, directed by Rohaizad Suaidi, presented by Artsee Networks

Semoga OPS Ophelia akan memenangi salah satu kategori yang dipertandingkan. Nantikan OPS Ophelia II.

Ingin berkongsi versi anda dalam Life Sdn. Bhd ?

OPS Ophelia won 2 awards at the Cameronian Arts Awards

Submitted by sultanmuzaffar on Sat, 04/23/2005 - 08:06. English | The Web-Team Reflects

Spell it as VICTORY ! OPS Ophelia won two awards at the Cameronian Arts Awards 2004

I was so happy to see Jerome Kugan walked on stage nervously to receive The Mandarin Oriental Most Promosing Artist. Congratulations to Jerome Kugan ! It was a good sign for OPS Ophelia as well !

Although we lost the Best Ensemble Performance to Anak Kerbau Mati Anak, but again Jerome Kugan managed to steal the limelights for another catwalk for Best Music and Sound Design.

Last but not least, OPS Ophelia gained The Light Easy Audience Choice Awards for Theater ! The Producers, Actors, Musicians, Dancers, Publicist, Webmaster and Photoblogger were on stage to receive the award.

CONGRATULATIONS !

Entri oleh sultanmuzaffar 20 April 2005 0 komen

AF3
Tenaga Pengajar Akademi Fantasia III

Pengetua : M Nasir
Guru Vokal : Adnan Abu Hassan
Guru Nada Suara : Siti Hajar
Penasihat Pelajar & Guru Bahasa Inggeris : Fatimah Abu Bakar
Guru Seni Tari : Linda Jasmine
Guru Seni Lakon : Marlia Musa
Koreografer : Mohd Fathee Abdullah
Guru Pakar Motivasi : Dr. Azahari Othman

Lokasi : Belum ditentukan
Pengkritik Tetap : Belum diputuskan

Siapakah pula yang bakal menduduki kerusi panas Pengkritik Tetap Akademi Fantasia III ?

Sila undi di Undian Online di atas !

Nota : Saya menyarankan agar pembaca-pembaca blog saya turut sama menderma untuk Misi Suara Hati, sebuah program realiti dengan kerjasama Yayasan Budi Penyayang

Blog Misi Suara Hati : http://misi-suarahati.blogspot.com

Entri oleh sultanmuzaffar 17 April 2005 0 komen

Sepanjang Jalan Kenangan

sultanmuzaffar
Album Satu Bulan - Lapan Tahun seorang sultanmuzaffar

Dari Pandangan Peribadi Tentang Sepet dan Sembilu 2005

sultanmuzaffar
Dalam Sepet...

  • ada babak tari menari antara ibu-bapa Orked. Mereka berkemban.

  • Orked dan Jason seboleh-bolehnya mahu berteduh dari hujan.

  • Orked menangis tanpa bantuan air hujan atau pun kebasahan air dari kolam renang

  • tiada dialog berbau perkauman, contohnya dialog Marina (Ziana Zain) "Keturunan kau tidak layak berkawan dengan adik aku…"

  • adegan dibuka dengan ibu dan anak dan diakhiri dengan ibu dan anak juga

  • kereta tidak hebat. Ada Volvo tetapi Volvo buruk

  • hubungan Melayu yang tidak bermusuhan dengan Cina

  • promosi Chicken King dibuat secara tidak langsung. Penonton tiba-tiba tahu apa itu Chicken King

  • Keong minat juga dekat Orked, tetapi Jason tidak lah sampai bertumbuk dengan Keong

  • tiada bangsa yang rasa diri mereka bagus. Ada sahaja jenaka tentang bangsa mereka sendiri

  • Jason (Ng Choo Seong) pertama kali berlakon di layar perak. Beliau berlakon dengan bersahaja dan natural

  • ibu Jason dan Orked tidak bertemu dalam mana-mana adegan

  • Parti di rumah Johari biasa sahaja. Tidak hebat. Tapi ada adegan romen antara Johari dan Orked.

  • Jason tidak masuk dalam bilik untuk memeluk Orked. Jason cuba peluk Orked di luar bilik. Jason lagi berani.

  • Jason penjual VCD haram, meminati puisi. Orked bijak dan fasih berbahasa Inggeris

  • Jason lenyap. Yang gempar hanya Orked dan bapanya mencari serata Ipoh

  • Peniaga VCD haram sahaja yang guna handphone

  • Orang gaji dalam Sepet bukan macam orang gaji


  • sultanmuzaffar
    Dalam Sembilu 2005...
  • ada babak tari menari antara ibu-bapa Vince. Mereka lengkap berpakaian seperti majlis formal

  • Salina dan Vince suka berjemur dalam hujan

  • Salina menangis dengan bantuan air hujan dan kebasahan air dari kolam renang

  • tiada dialog sinis yang besar pemikirannya, contohnya dialog Yam dan Mak Inom "Orked dapat 5A, Jason dapat 7A…"

  • adegan dibuka dengan guru dan anak murid dan diakhiri dengan guru dan anak murid juga

  • kereta sangat hebat. Ada skuter pelbagai jenis

  • hubungan Melayu yang bermusuhan dengan bangsa asing

  • promosi Celcom dibuat dengan berbayar dan secara langsung. Adakah penonton yang mahu bertukar kepada 019 selepas ini ?

  • Khai dan Zack minat juga dekat Salina, tetapi mereka sanggup bertumbuk dengan Vince

  • Julia, seorang Pan Asian merasa dirinya terlalu bagus. Pan Asian ada kelas !

  • Vince (Vince) pertama kali berlakon di layar perak. Beliau berlakon dengan kaku dan tidak natural

  • ibu Vince dan kakak Salina bertemu dalam satu adegan yang agak tegang dan penuh api

  • Parti di rumah Salina hebat macam parti orang kaya. Tapi tiada adegan romen antara Vince dan Salina

  • Vince bawa Salina masuk dalam stor. Saja cari pasal. Tidak pasal-pasal dituduh beromen dalam stor. Vince penakut.

  • Vince pelajar tingkatan enam, pandai Matematik tidak minat Sastera. Salina tidak diketahui bijak atau tidak bijak dan tidak pandai Matematik

  • Vince tiba-tiba hilang. Satu sekolah gempar. Adegan ini seperti adegan "kematian Engku Zaleha" dalam filem Antara Dua Darjat. Aku pergi ke rumah Vince, tetapi rumahnya kosong

  • pelajar sekolah menengah pun guna handphone

  • Orang gaji dalam Sembilu memang macam orang gaji


  • Jika ada lagi, akan saya tambah dari masa ke semasa.

    GK3 - Gelak Khas 3
    akan diupdate sebentar... VCD rosak. Tidak dapat tengok hingga habis. Seboleh-boleh tidak mahu mendapatkan VCD ganti lagi.

    Nobody Knows di The Storyteller Club Screening & Apresiasi filem Rabun di FINAS
    akan diupdate sebentar...Untuk sementara sila ke blog Yasmin Ahmad, pengarah filem Sepet.

    Menurut Abbas Kiarostami, menonton filem seperti pergi ke pasar. Jika besar bakul yang kita bawa, maka besarlah barang yang kita bawa balik. Jika kecil bakul yang kita bawa, maka sedikitlah barang yang kita bawa balik.