Undilah

SULTANMUZAFFAR (26 Februari 2002 - sekarang)

Seorang blogger, pelayar internet, penyelam scuba dan penagih tegar televisyen dan Wii. Melihat seluruh dunia di laman blog menerusi kamera DSLR dan kacamata tebalnya (kadang-kadang kanta lekap).

Mengkritik tidak bererti menentang, menyetujui tidak semestinya menyokong, menegur tidak bermakna membenci, dan berbeza pendapat adalah kawan berfikir yang baik.
Entri oleh sultanmuzaffar 06 July 2005 0 komen

Tanda Anda Adalah Peminat Fanatik Mawi Jikalau...
hasil santau minda sultanmuzaffar dan konco-konconya.

Kredit untuk dreamfinder, leen dan vadx7 yang bersengkang mata sehingga ulasan diari semalam tidak siap diulas. Sekiranya ada mana-mana pihak yang berminat untuk mengambil artikel ini, sila beri kredit seadanya. Terima kasih

1. Anda tetiba terbuka hati dan sanggup bertudung - kerana Mawi dan bukan kerana...

2. Anda boleh lupa kawan semata-mata kawan anda tidak meminati Mawi. Tidak bertegur itu perkara biasa.

3. Anda cepat terasa bila nama Mawi disebut.

4. Anda tiba-tiba berasa rugi tidak dilahirkan di Johor. Tapi ingat, jika ingin berkahwin di Johor kena lulus ujian darah iaitu HIV –ve.

5. Anda merasakan lagu Negaraku terlalu cepat temponya kerana khuatir Mawi tidak dapat mengikuti tempo sebenar lagu tersebut. Minta kerajaan ubah kembali tempo lagu Negaraku ke tempo lama.

6. Anda ke sanggup ke Indonesia untuk mencantikkan wajah menjadi seperti Nurdianah, tunang Mawi semata-mata dengan harapan Mawi akan mengahwini anda. (cucuk Botox lah)

7. Anda rasa hati anda diremuk-remuk apabila Mawi mengaku dia sudah mempunyai kekasih hati walaupun anda sudah bersuami dan beranak empat.

8. Anda sanggup menceroboh blog orang semata-mata ingin mempertahankan komen yang membacking Kudsia Kahar.

9. Anda cepat melenting walaupun komen anda di blog ini di jawab di blog orang lain.

10. Anda merasakan Pengetua M.Nasir sebagai evil kerana telah memberikan komen di Imbasan dan bertukar menjadi angel setelah menasihati dengan nada yang lemah lembut.

11. Anda bersetuju dengan Cikgu Adnan kerana beliau telah membacking Mawi walaupun sebelum ini beliau mengutuk MawiFC.

12. Suami anda semakin mengurangkan aktiviti spanya kerana anda kini sudah pandai mengurut.

13. Anda tetap berkeras mengatakan yang World adalah dicipta oleh Mawi dan bukannya Encik Aman. Siapa Encik Aman tu ? Mawi tetap world !

14. Jika dahulu anda adalah orang yang sanggup mengeluarkan belanja untuk membelikan sarung tangan untuk Mawi, kini hanya tinggal kenangan kerana anda gembira melihat Mawi bersentuhan tanpa segan-silu.

15. Anda cepat merasa phobia sekiranya pengkritik memberikan komen negatif kepada Mawi kerana Mawi seorang yang syumul.

16. Anda melakukan sujud syukur kerana masalah CD jump tidak berlaku kepada Mawi. Jika tidak, entah apalah yang akan terjadi.

17. Anda puji Kudia kerana memuji Mawi dan mengeji Kudsia kerana memberikan komen negatif terhadap Mawi.

18. Sanggup mendengar Klasik FM semata-mata anda bencikan Kudsia Kahar dan ERA

19. Anda merasakan yang botak itu handsome.. Pili bomba di tepi jalan pun silap-silap anda sangkakan Mawi.

20. Anda rasa anda ada kelebihan untuk tackle Mawi semata-mata anda seorang tukang urut, setakat pakai tudung tu apa la sangat. Dah ramai sangat!

21. Anda merasakan mana-mana menteri yang berambut palsu sebagai tidak cool. Botak pun handsome juga !

22. Selama ini anda merupakan pengutuk majalah Mangga Nombor Satu, tetapi membelinya kerana ada poster Mawi bersama model iklan Sunsilk.

23. Baru kini anda berani mengaku anda adalah anak peneroka Felda.

24. Curi-curi melihat muqaddam adik untuk memastikan ejaan AFUNDI MAWI dalam jawi betul ejaannya.

25. Anda sudah tidak peduli berapa pelajar yang akan masuk final, ada AFMASUK ke AFSINGKIR ke, sebab anda sudah yakin siapa yang akan menang AF3.

26. Anda tidak kenal pelajar-pelajar yang lain, kerana bagi anda AF3 hanya ada Mawi dan Felix. Itu pun kerana Mawi dan Felix sentiasa berkepit.

27. Anda mula menggunakan celak mata Mekah semata-mata dapat berfantasi menjadi Nor el Ain.

28. Peluang bergambar di papan tanda Felda Taib Andak, riaknya mengalahkan dapat bergambar dengan Perdana Menteri.

29. Anda mempercayai bulat-bulat yang gimmick atau kejutan yang telah dilakukan pada konsert yang ke Tiga (Ke Empat?) di mana pembaca berita ASTRO telah melaporkan yang jualan tudung makin mendadak sejurus selepas kenyataan Mawi yang sukakan perempuan yang bertudung.

30. Anda tidak hirau jika pelajar-pelajar AF lain dimarahi ketua pelajar, atau jika pelajar-pelajar AF luka berdarah merembes-rembes sekalipun, tetapi jika Mawi terluka paper cut akibat salah cukur pagi itu, hati anda sudah berdebar-debar. (”OK ke dia nanti? Boleh ke dia nyanyi nanti?”)

31. Jika Mawi mendapat lagu Inggeris, pengetua dikatakan tidak adil kerana member Mawi lagu-lagu yang susah, tetapi jika pelajar-pelajar AF lain yang diberi lagu Inggeris, anda mengatakan ini bagus kerana menjana versatiliti seseorang pelajar.

32. Hati anda berdebar-debar dan anda mengingatkan peminat-peminat Mawi yang lain untuk tidak bising kerana takut Mawi akan menerima ”aura” nervous anda (dan kemudiannya akan membuatnya lari tempo/melodi etc.)

33. Anda amat gembira apabila Reza dikeluarkan dari AF – dan lebih gembira lagi apabila Reza telah melantik Mawi sebagai Ketua Pelajar.

34. Jika pelajar-pelajar AF tidak dengar kata Mawi, anda rasakan yang pelajar-pelajar itu ”kurang hajar” dan tidak menghormati Mawi sebagai Ketua Pelajar. Isu ini tidak pernah ditimbulkan semasa Reza menjadik Ketua Pelajar dahulu.

35. Tiba-tiba anda rasa anda hendak balik beraya di rumah Mak Ngah anda yang bermastautin di Johor Bahru – walaupun anda tidak berjumpa dengannya sejak 1989.

36. Dahulu anda amat membenci budak-budak skinhead dan menganggap mereka sekelompok kaki lepak tepi jalan dan mat-mat ganja. Sekarang, anda senyum ke setiap skinhead yang sedang melepak di tepi jalan.

37. Anda tiba-tiba rasa terpanggil untuk belajar bahasa Arab dan Tajwid supaya anda dapat mengaji dengan lagu dan grammar yang betul.

38. Anda yang dahulunya hanya mengagungkan martial arts luar negara seperti karate-do, tae-kwon-do, jujitsu, thai kickboxing dan gusti, sekarang menggangap yang silat pukul pelaga adalah senaman mempertahankan diri yang terbestest in the world!

39. Dahulu anda mencemuh DJ-DJ di pasaraya kerana anda merasakan mereka ”poyo” dan ”yo-yo-oh” aje, tetapi sekarang anda senyum dan berasa begitu respek kepada mereka.

40. Anda rasa jelik dan menyampah kepada Marsha kerana anda rasa Marsha ”choba” menggoda Mawi dengan sengaja mengenakan tudung di depan Mawi pada Diari AF hari itu. Sebelum, anda tidak rasa Marsha begitu – malah, anda mengganggap yang Marsha itu manis dan cute sungguh.

41. Sebelum ini anda begitu kritikal terhadap pelajar-pelajar AF semasa konsert. Begitu besar salahnya jika pelajar-pelajar itu lupa lirik dan salah masuk lagu APATAH lagi jika pelajar-pelajar itu lupa melodi dan menanyi lagu Inggeris dengan begitu hampehnya (remember Atie’s ”Sap de Bears for Laaast”?). Sekarang, anda defend Mawi beriya-iya ”OK apa dia nanyi”.

42. Anda rasa Mawi sudah bagi 200% hanya kerana Mawi (i) tidak lupa lirik (2) tidak salah masuk lagu dan dengan itu, dia tidak sepatutnya dia dimarahi oleh para juri dan tenaga pelajar.

43. Dahulu anda sangat membenci Sharifah Aini kerana telah menulis surat yang kejam terhadap penyanyi kesayangan anda Siti Nurhaliza (walaupun mahkamah belum lagi menjatuhkan kesalahan itu kepada Sharifah Aini), tetapi tiba-tiba anda merasakan yang Sharifah Aini ni OK apabila anda teringat yang dia pernah mendendangkan lagu Nour-El-Ain.

44. Anda rasa anda tidak perlu menjelaskan alasan mengapa anda rasa Mawi itu World dan mengapa anda sangat suka kepadanya. Pada anda, hanya cukup jika anda kata yang Mawi itu Magik!

45. Anda rasa anda bukan peminat fanatik Mawi tetapi cepat melenting jika anda dituduh sedemikian.

46. Anda rasa anak anda anak derhaka dan lupa daratan kerana tidak menyokong Mawi walaupun dia dilahirkan di Johor seperti Mawi (mak aku lah tu).

47. Anda rasa anak anda derhaka apabila anak anda tidak mahu menolong anda mengAFUNDI Mawi (kerana anda sendiri tidak tahu menggunakan telefon bimbit untuk SMS).

48. Anda rasa Linda Jasmine itu getek apabila dia memegang Mawi di dalam kelas tarian (Diari AF minggu ke 2).

49. Anda sentap dan amaroh apabila membaca entry blog ini dan berjanji untuk tidak berkawan dengan penulis-penulis entry blog ini. Mwahahahahha.

50. Semuanya kerana Mawi. Apa yang anda buat semuanya kerana Mawi.

51. Anda sanggup mencari 50 alasan "tanda anda adalah peminat fanatik mawi" dan menempeknya di blog anda. (Kredit : vrooom)

52. Anda membayangkan alangkah comey nyer sifu M Nasir kalau kepala dia turut botak macam Mawi, malahan cikgu adnan pun anda masukkan dalam imaginasi anda itu. (Kredit : vrooom)

52. Anda tak kisah pun nak download ke handphone segala-gala tentang Mawi, ringtone, wallpaper, clip, apatah lagi afundi. Tetapi nak sms Bersamamu TV3 tu rasa cam mahal je. (Kredit : sweetmk)

53. Demi mempertahankan Mawi setiap komen anda akan didahului dulu dgn kutukan utk pelajar lain utk cover apa2 kelemahan Mawi. (Kredit : Rina)

54. Turut membayangkan alangkah comey nyer abg asrul klu dia ada simpan sideburn mcm mawi dan juga janggut sejemput macam Mawi. (kredit : vrooom)

55. Sanggup beli album Jamal Abdillah 'Aku Penghibur' sebab memuatkan lagu Gadis Melayu. Nak bandingkan dengan Mawi nyanyi. Sebelum ni tak penah beli album Jamal pon walaupun ada lagu Azura. (Kredit : waiem the orangkuat MawiFC)

56. Gara-gara terlalu minat kat Mawi, sanggup panggil Marsha bermacam nama tak elok utk menyakitkan hati peminat no.1 Marsha (eh, yeke no.1?)kat konsert dan anda kini dilabel sbg the 'notorious Makcik Terlampau' dlm blog2 AF. (Kredit : Rina)

57. Sanggup beli mp3 player utk dengar lagu mawi bila2 masa dan dimana2 walaupun tengah sengkek waktu tu. (Kredit : mawar)

58. Kalau anda jumpa penulis2 "tanda2 anda fanatik MAWI' ni, anda rasa nak telan diaorang hidup2....ataupun buat masak asam pedas ataupun nak blender daging2 diaorang buat meatball...(Kredit : meesua yang macam tengah lepas geram)

59. Anda peminat mawi, kalau hari2 dok refresh kat blog sm semata2 nak baca diari extended dari setankuning. (Kredit : doremon)

60. Sanggup suruh suami dan semua anak lelaki anda botak cam Mawi. (Kredit : Anonymous)

61 : SM, it's enuff, K! Seems like you hate 'this creature' named Mawi. I just could find the significance of the items that you've listed. What's the correlation bet those and liking Mawi. Too bad. All this while I respect your blog. But now, it seems to me that you are trying to inject people's minds with your virus. What is it actually? Be fair. I love others too. (Kredit : marimba) Jangan risau ! Kalau komen pengkritik tetap tidak dapat mengubah pendirian pengundi, apatah lagi komen dari blogger marhaen sepertiku ini. :)

62. Tetiba tak reti sebut perkataan tsunami lalu menjadi tsumawi. (Kredit : AkuKot)

63. Sanggup membeli semua majalah hiburan asalkan ada yg menulis tentang Mawi, sedangkan selama ini anda tidak berminat untuk membeli majalah hiburan (membazir katanya) (Kredit : Awekcute)

64. Sanggup memenatkan jari anda untuk menulis 50 sebab " Anda adalah fanatik Mawi" (Kredit :Awekcute)

65. Anda sanggup masukkan ASTRO di rumah (walaupun selama ini hidup bahagia tanpa astro) semata-mata nak tengok Mawi menyanyi. (Kredit : watcher_8)

66. Dulu anda benci gila babas kat lagu intifada sbb masa anugerah era, feratik era joget lagu tu sambil cucuk2 langit... tapi skarang anda rasa lagu tu cool jek...(Kredit : vrooom)

67. tahun ni nak ambil kelas tarian gelek nour el ain kat dancing class cikgu LJ sbb nak gelek2 utk mawi...(Kredit : vrooom)

68. tetiba rasa bangga jadi gadis melayu walaupun anda sedar hidung tak mancung macam nour el ain atau pipi tak gebu macam maria...(Kredit : vrooom)

69. semua lagu yg anda nyanyi anda dengungkan mcm masa mawi nyanyi lagu kekasih awal dan akhir... (Kredit : vrooom)

70. sanggup pdg 2 3 kali mamat yang lalu sebelah anda sebab idung dia mcm mawi(dari tepila) (Kredit : yanti)

71. nak beli Myvi cakap kat amoi kereta nak beli Mawi. (Kredit : yanti)

72. Ban blog SM sbb ada article yg sebenarnya cuma menjatuhkan maruah mawi.. dan bukannya fanatik mawi dan tujuan sebenar article ini hanya lah sebagai membantu seorg kawan yg sakit hati bila kudsia di keji oleh fanatik mawi (Kredit :nak jugak komen)

73. Anak anda menukar nama kucingnya menjadi mawi (ini jadi betul-betul kat aku). (Kredit : Adiputra)

74. Anda sanggup perabis duit untuk pasang Astro di rumah bapak anda di kg, kerana anda kena balik kg hujung minggu ni sebab ada kenduri. (Kredit : twin tower)

75. Bila masuk blog klubbkids RADIO BLOG nak dengar Kefli nyanyi ' "Berhenti Mengharap" atau nyanyian students yang lain tapi tertekan "Beautiful Mariaaaaaa". (Kredit : Laidz)

76. Bila baca kisah mawi & family tak pernah layan AF (sebab tak de astro), sanggup nak masukkan astro kat umah mawi so that parents dia dapat tengok muka anak dia hari2.... (Kredit : BALENCIAGA)

77. Sanggup cari merata jeket yang mawi pakai masa awal2 kemasukan dalam AF. Kalau boleh nak beli jeket yang mawi bagi pada M Nasir tu walau berapa harga sekalipun. (Kredit : elf)

78. 2 min skali refresh blog SM pasal nak tgk kot2 ade comment baru pasal MAWI (Kredit : watcher_8)

79. Telampau teruja nak becerite pasal mawi ... hatta dengan maksik cleaner pon boley layan gak (Kredit : watcher_8)

80. Mula menghayati lirik lagu nasyid utk menjadi orang yang berguna

81. Kanak-kanak dan remaja mula merasakan mengaji dan berzanji adalah perkara yang cool

82. Gagal sekali tak bermaksud gagal selamanya kerana Mawi telah buktikan pada anda

83. Anda mula mendengar dan pratikan nasihat orang yang lebih arif sebagaimana Mawi dan Sifu.

84. Secara malu-malu membeli album nasyid kerana anda sebenarnya rock kapak

85. Mulanya fenomena baru ... "nasyid"kan lagu-lagu lama atau rock

86. Sekejap cakap "Magic" lepas tu "World" lepas tu "Colourful" ... tak sabar tunggu meeting tenaga pengajar utk dapat perkataan baru

87. Bila Mawi berdiri aje .. yeeaaaaaahh ... Bila Mawi bersuara aje ... yeaaaahhhhhh !!! ... Bila Mawi lupa lirik ... alaaamaaakk ... Bila Mawi lari tempo .... pulaaakkk dahhh ... Bila Mawi habis menyanyi ... yeaaaahhh

88. Menjerit bila Mawi menyanyi .. "Mawi !!! aku tak pandai urut tapi aku ada kerusi urut osim !!!"

89. Lega sebab Mawi tak perlu lagi menyanyi lagu English !!!!

90. Takut bila % undian Mawi jatuh dibawah 23 %

91. Pelik kenapa Mawi dan Felix perlu surat wasiat !!!

92. Marah pada Astro sebab tak beri lagu Jawa kat Mawi (Kredit :mdmee)

93. Anda fanatik mawi, # sanggup tempah tiket kapal terbang dan pulak tu..flight byk transit byk tempat pon tak kesah..asal dpt tengok mawi dekat2.. (Kredit : rosnisa)

94. Sanggup belajar cara nak pakai ken pelikat walaupun sebelum nih tak suka pakai.. (Kredit : Batrisya88)

95. Berebut2 penyapu dengan adik-beradik, housemate, suami,isteri, anak2, emak,bapak,atuk & nenek atau sesiapa yang tinggal serumah kerana ingin mmebersihkan lantai sesudah makan setelah menghumban vaccum clenaer dalam setor. (Kredit : mambang angin)

96. Last year buat tanda2 anda fanatik AF semua orang happy, tahun nih buat tanda2 fanatik mawi, ada yang tak suka. SM

97. Anda sanggup berkelahi dengan adik-beradik anda atau dengan bofriend anda atau dengan kawan-kawan anda yang mengharapkan agar Mawi diberikan lagu yang susah-susah dan sangat mencabar seperti lagu-lagu Hip Hop atau lagu-lagu Rap. Anda yang mahu melihat versatiliti Mawi tetap dengan keputusan anda supaay Mawi diberi lagu-lagu yang lebih selamat pada setiap minggu. (Kredit : Seacrest)

98. Anda pura-pura senyum tak terasa membaca artikel ini padahal dalam hati menyumpah-nyumpah SM ! (Kredit : JM)

99. Anda menangis lepas baca artikel ni kerana terasaaaaaaaaa!!! (Kredit : JM)

100. Anda terus tutup blog kerana marahkan SM (refer: Blog Alisejuk) (Kredit : JM)

101. Anda terus delete phone no SM dari phone anda... (Kredit : JM)

102. Anda sanggup abiskan masa me'reverse' balik 50 sebab yang SM tulis untuk buat list 50 sebab anti-mawi (refer mdmee heheh..) (Kredit : setankuning)

103. Walaupun mawi sumbang nyanyi lagu memori cinta luka..tetap sokong dia.. (Kredit : sweetmk)

104. Anda sanggup bersengkang mata menulis "1000 Tanda-tanda Anda Fanatik NT-Mawi" karana tak puas hati dengan artikel ini... (Kredit : JM)

105 Sanggup pegi shopping mall semata2 nak carik baju belang itam merah cam mawi pakai which turn out that baju tuh adalah baju hotlink yg takde dijual dimana2 (Kredit : shay)

106. Anda sanggup mengundi Mawi "walaupun dia lupa datang Stadium malam sabtu ni".. (Kredit : JM)

107. Anda tak sanggup tengok muka SM di kaca tv anda lagi untuk ulangan Imbasan (sebab dia anti fanatik Mawi). Kalau muka SM keluar TV, anda sanggup switch-off power supply di kawasan perumahan tempat anda tinggal... (Kredit : JM)

108. Anda kutuk Hasmawi Hassan pakai nama Mawi dlm majalah sbb tanak sama ngan Mawi AF3 walhal Hasmawi tu dr dulu lagik kengkawan dia pangge dia Mawi. (Kredit : Shay)

109. Anda akan menulis email kepada SM /call SM HARI INI juga menyatakan rasa tidak puas hati anda terhadap artikel ini... (Kredit : JM)

110. Anda tak dapat tidur malam ni kerana panas hati kengan komen-komen di sini... (Kredit : JM)

111. Anda tak berselera makan malam kerana teringatkan 'tanda-tanda' di blog SM... (Kredit : JM)

112. Terasa ingin memulakan kerjaya sebagai DJ

113. Tengok cermin sambil dalam hati kata "ada iras² mawi jugak aku ni, patutler ramai yg pandang"

114. Sanggup berusaha keras utk dapat info pasal mawi walaupun itu bukan bidang kerja anda (Kredit : Mukaka)

115. Anda memberi nama Mawi kpd anak anda yg baru lahir (Kredit : andeng)

116. Anda sanggup tulis lirik atas banner dan duduk depan masa konsert untuk membantu Mawi agar dia tak silap lirik lagi... (Kredit : JM)

117. Nama boss mat salleh anda adalah "Matthew Witkinson" ... u guess it .. anda panggil Mawi

118. Bila Mawi menyanyi .. anda perpeluh-peluh kerana takut Mawi lupa lirik atau salah tempo

119. Bila pelajar lain menyanyi .. anda marah kat kamera man sebab tak focus kepada Mawi

120. Gelak berguling-guling setiap kali nampak Mawi dalam Diari.

121. Tension sebab bf/hubby anda takde hidung bengkok macam Mawi

122. Marah kat Ciku Fatty sebab nak beri masa 5 jam utk Mawi lukis muka Sifu ... Anda percaya Mawi memang pandai lukis.

123. Anda mula memikirkan nama-nama yang ada iras-iras nama MAWI untuk anak dalam kandungan anda...cth: mohd mawi, nurmawidiah, Asmawiwati dll (Kredit : xoxo)

124. Anda cuba mengalihkan tumpuan ramai dengan berborak mengenai bola di sini... (agar list ini tidak bertambah) (Kredit : JM)

125. Time konsert live ajak kengkawan ramai2 clap ala2 CTH supaya Mawi tak lari tempo. (Kredit : Rina)

126. Muka hensem si gerrard tu pun anda kata 'sebijik macam muka Mawi"...(Kredit : JM)

127. Sanggup beli slimming pil Sendayu Tinggi mcm Mawi makan walaupun selama ini tak pernah kisah nak diet pun, sanggup makan pil tu walaupun badan tak perlu d slimming kan lagi. (Kredit : pemerhati af3)

128. Anda siap ingatkan Meesua berulang-kali supaya masukkan idea anda dalam list yg akan dibuat malam ni.. (Kredit : JM)

129. Anda tak akan balik rumah malam ni selagi list "1000 dalil.." tu tak siap.. JM
anda pi forwardkan link blog SM kat smer kengkawan anda N citer kat diorg that ari2 & every second anda dok memerap kat blog tuh..... tiba2 baru anda teperasan yg anda ter CC kat bos anda sama .... (Kredit : watcher_8)

130. Favorite english word...World (Kredit : wink)

131. Favorite misused bahasa melayu sentence... 'jgn kutuk mawi' walaupun takde sape yg kutuk pun. (Kredit : wink)

132. Favorite coverline phrase 'aku bukan fanatic mawi' (Kredit : wink)

133. Perangai/Sifat baru yg diperolehi... cepat melenting. (Kredit : wink)

134. Kebolehan mendengar semakin terjejas pasal lain orang cakap, lain yg die
dengar. (Kredit : wink)

135 Kebolehan memahami pun effected gak... lain org tulis lain yg die tafsir. (Kredit : Wink)

136. Anda tidak lagi menghormati penulisan SM dan ini adalah entry terakhir SM yang anda baca dan hari ini adalah hari terakhir anda melawat blog SM. (Kredit : Affandi)

137. Membakar semua album M.nasir kerana beliau memberikan lagu Inggeris kepada Mawi... (Kredit : JM)

138. tiap2 hari ulang tayang klip gadis melayu sbb nak tgk mawi goyang punggung... (Kredit : vrooom)

139. Ajar anak yg baru nak pandai cakap sebut WORLD dengan dengung WERLLL! (Kredit : vrooom)

140. Tulis sajak bertajuk "untuk suamiku" tapi tertulis "untuk sumawiku" (Kredit : vrooom)

141. Anda tak akan mengunjungi blog ini beberapa hari ... (Kredit : JM)

142. Anda sanggup menyamar sebagai Affandi walaupun anda sebenarnya adalah Sumie kerana malu diketahui umum sebagai fanatik Mawi... (Kredit : JM)

143. Marah gila kat penari latar time lagu Nour El Ain sebab pegang2 pipi mawi

144. Sanggup edit gambar guna photoshop kononnya pernak tangkap gambat ngan Mawi -kawan aku tue...

145. Harapkan lagu yang Mawi nyanyi cepat2 habis supaya dia takde lakukan kesalahan...puding

146. Anda outstation dan hotel takde astro ria, anda gelisah, lalu sanggup call husband/family di rumah dan minta diaorg letakkan telefon betul2 depan TV untuk dengar suara mawi - bermula dia ditemubual hinggalah dia habis dkritik oleh pengkritik ke 3.

147. Marahkan adik/family anda yg buat cerita seram sebelum konsert bermula "malam nie mawi mesti lupa lirik", "malam nie mawi suara pecah.. bla..bla" anda mudah naik darah dan mengatakan itu adalah doa yg tak baik.

150 Sebelum Mawi perform masa konsert, anda sakit perut, asyik masuk toilet. Dada anda berdebar2. Selera makan takde. Nak minum air pun tekak perit. Anda risau mengalahkan anak anda nak ambik upsr. (Kredit : Lynsutera)

151. Anda akan associate semua benda didunia dengan mawi walaupun tiada correlation yang jelas disitu e.g. mengaitkan ubat gigi dengan mawi, mengaitkan pertandingan bola sepak dengan mawi dsb. (Kredit : CPK)

152. Anda tak dapat terima yang ini semua hanyalah gurauan... (Kredit : Anonymous)

153. Sanggup ketepikan dan lukakan perasaan kawan2 hatta hilang kawan sekalipun semata-mata nak kutuk/pertahankan Mawi

Entri oleh sultanmuzaffar 05 July 2005 0 komen

Diari Akademi Fantasia Minggu 06 Episod 03
Penyampai ERA Pasti Datang
Bila setiap kali pelajar Akademi Fantasia diberikan tugasan sebegini, itu tandanya Penyampai ERA akan masuk Akademi. Sedang mereka berlatih-latih menjadi DJ Radio, Kieran dan Farah Fauzana muncul di Akademi Fantasia.

Ilmu-ilmu yang dibawa oleh Kieran dan Farah amat besar ertinya kepada para pelajar. Mawi contohnya lebih sesuai menjadi penyampai radio. Tone suara beliau ada nilai komersial untuk menghuni Konti Radio ERA. Kehadiran mereka ini lebih besar maknanya berbanding kehadiran Linda Onn, Halim Othman dan Khairil Rashid pada musim lepas. Kieran memberikan gambaran sebenar tentang bagaimana sesebuah konti radio. Bagaimana rutin harian yang perlu mereka lalui serta pemilihan lagu. Kesemua lagu telah pun siap dipilih dan mereka hanya perlu tekan butang sahaja dan berbicara di pembesar suara.

Ulasan selanjutnya, sila ke Akademi Fantasia-Coretan Seorang Rakyat Jelata. Mulai pada hari ini saya akan mengulas Diari 12.30 tengahari secara sambil lewa kerana tidak sanggup berjaga lewat malam untuk menulis. Saya hanya akan menulis isu yang saya fikirkan penting sahaja. Ulasan tengahari boleh diperolehi di Akademi Fantasia-Coretan Seorang Rakyat Jelata, kecuali jika beliau tidak menulis. Sama sahaja tidak banyak bezanya.

Diari Akademi Fantasia Minggu 06 Episod 04
Rupanya semalam punya Birthday Party belum habis lagi. Pengetua M.Nasir memotong kek dan kemudiannya makan beramai-ramai. Hidangan untuk mereka nampaknya enak iaitu set steamboat.

Merajuk Betul-Betul
Ini pertama kali rasanya ada merajuk betul-betul di Akademi Fantasia. Yazer sampai tidak boleh menumpukan perhatian dalam Kelas Cikgu Siti Hajar dan Kelas Tarian Cikgu Ee. Ada sahaja yang tidak betul terutama sewaktu bubbling. Kelas Tarian yang biasanya disukai oleh Yazer tetapi semacam tidak bermaya. Apakah sebabnya ?

Marsha menjadi Tenaga Pengajar membantu rakan-rakannya bubbling dengan lagu Twinkle Twinkle Little Stars.

Kelas Teknikal Vokal Cikgu Siti Hajar
Antara nasihat paling berguna yang diberikan oleh Cikgu pada hari ini ialah tentang mengawal perasaan dalam setiap persembahan. Membuat persembahan adalah menyampaikan mesej lagu melalui lirik-lirik lagu tersebut dan bukannya melalui perasaan yang keterlaluan seperti menangis. Sebagai seorang penghibur, mereka harus mengawal perasaan tersebut. Perasaan sedih itu boleh wujud dalam persembahan mereka tetapi untuk mengalirkan air mata yang keterlaluan perlu dikawal. Kawalan ini hanya boleh diperolehi melalui pengalaman sahaja.

Kris Dayanti
Kemunculan Kris Dayanti ke dalam Akademi Fantasia mengejutkan Amylea yang sedang berlatih lagu Hati Ini Telah Dilukai nyanyian Kris Dayanti. Antara tips yang diberikan oleh beliau ialah menyanyi untuk penonton paling belakang. Semangat dalaman perlu diberikan untuk memberikan perasaan kepada lagu tersebut. Sebagai seorang penyanyi, mereka harus membawakan lagu mereka dengan relaks sahaja.

Setiap penyanyi harus membuang sifat-sifat pesimis dan perlu bersifat optimis dalam kerjaya mereka. Menurut Kris Dayanti, persediaan dari segi mental juga harus disiapkan terutama untuk bekalan di masa hadapan apabila zaman popularitinya semakin menurun. Satu nasihat yang amat berguna untuk bakal bintang Akademi Fantasia yang mana populariti mereka hanya bertahan selama satu tahun atau kurang. Mereka harus dipekakan dengan keadaan bahawa populariti tidak semestinya berpanjangan.

Marsha mendapat satu bear yang amat besar dari keluarganya. Ia telah diserahkan kepadanya oleh Kris Dayanti. Sementara itu, AMylea telah membawa Kris Dayanti turun ke ruang Aktifkan dan melawat persekitaran banglo tersebut. Memandangkan banglo ini dihuni oleh pelajar yang rata-ratanya Melayu, apalah salahnya sekiranya Kris Dayanti membuka kasutnya apabila masuk ke dalam rumah tersebut. Tidak manis memakai kasut di dalam rumah. Ziana Zain pun buka kasut. Nak menari sempat pula buka kasut.

Kris dayanti diterangkan tentang rutin pelajar di Akademi Fantasia. Setiap minggu, pasti bertukar lagu baru dan tekanan yang dihadapi akan kembali pada setiap awal minggu. Lebih-lebih lagi tanpa perhubungan dengan dunia luar melalui telefon, televisyen, majalah, radio, internet dan surat khabar. Ini adalah asrama untuk mencipta penghibur.

Untuk menjadi seorang penghibur yang berstamina, Amylea telah dinasihatkan agar melakukan senaman. Ini merupakan peluang yang datang sekali seumur hidup dan tidak harus dilepaskan.

Sebelum pulang, Kris Dayanti telah menghadiahkan setiap pelajar sekeping CDnya dan mengucapkan sukses untuk semua pelajar.

Ekin Merajuk, Yazer Merajuk
Wah, dua-dua merajuk. Minta saling dipujuk. Ekin merajuk kerana Yazer telah menolak kepala Ekin. Mungkin niatnya hanya bergurau tetapi kerana Ekin waktu itu sedang tension kerana Discman tidak berfungsi, menjadi lebih marah. Encik Hasrul ini sekarang sudah menjadi matchmaker di dalam Akademi Fantasia pula. Itu agaknya kerja beliau. Dibantu Felix dan Kefli, Ekin akhirnya terpaksa mengaku.

Sebelum berpisah, Kris Dayanti menyanyikan lagu Hati Ini Telah Dilukai. Macam tidak sedap saja.

Entri oleh sultanmuzaffar 04 July 2005 0 komen

Diari Akademi Fantasia Minggu 06 Episod 01
Malas nak update !

Diari Akademi Fantasia Minggu 06 Episod 02
Tipah Merajuk
Kuat makan juga mereka ini. Sambil-sambil makan, Tipah juga ingin makan. Ekin tidak melayani permintaan Tipah Tipah. Terus Tipah Tipah merajuk. Pandai juga Tipah Tipah ini berlakon. Untuk memujuk Tipah Tipah, Ekin meminta maaf kepadanya. Kalau dibuat pun, yang makannya Ekin juga.

Berat Badan
Perlu ulas juga ke adegan berat-berat badan ni ? Yang pastinya, penimbang berat badan sudah bertukar ke format digital. Manalah tahu jika masih guna versi penunjuk berat, tidak mampu menampung berat badan Yazer kelak di minggu-minggu akan datang.

Lagu Baru Konsert 06
Mawi - Memori Cinta Luka (Nassier Wahab)
Akma - Hati Keliru (Misha Omar)
Yazer - Cinta Kilat (Broery Marantika)
Ekin - Warna (Sheila Majid)
Kefli - Kenang Daku Dalam Doamu (Tan Sri SM Salim)
Amylea - Hati Ini Telah Dilukai (Kris Dayanti)
Aidil - Matahari (Amuk)
Marsha - Destiny (Jim Brickman)
Felix - Smooth (Rob Thomas)

Pujian Untuk Pelajar
Kefli dan Ekin telah dipuji kerana menunjukkan peningkatan yang besar. Mereka ini ada peningkatan pada pandangan pengetua. Pada pandangan peminat, Mawi telah memberikan peningkatan yang amat besar juga. Pada pandangan saya ada pelajar yang menunjukkan peningkatan, walaupun kecil. Ada juga yang peningkatan mereka tidak konsisten. Pengetua M.Nasir sendiri berkata dalam bidang profesional kelak, harus diberikan peningkatan yang konsisten. Ada kemahuan untuk berubah.

Mesyuarat Tenaga Pengajar
Satu mesyuarat Tenaga Pengajar nampaknya menjadi rutin mingguan yang akan diadakan setiap hari Isnin. Dalam waktu yang sama, pelajar menghafal lirik lagu mereka. Bagus, satu perubahan yang positif yang telah dilakukan untuk kebaikan semua. Di waktu yang sama, penonton sendiri boleh menilai apa yang diperkatakan oleh para tenaga pengajar. Sekiranya mahu mengambil apa yang diperkatakan oleh Tenaga Pengajarlah. Jika tidak mahu pun tiada siapa yang memaksa.

Menurut Cikgu Adnan, rata-rata semua pelajar telah memberikan persembahan yang terbaik mereka. Kefli umpamanya telah memberikan persembahan yang buruk sewaktu rehearsal dan hampir-hampir menyerah kalah. Berbeza dengan Mawi yang telah memberikan persembahan yang baik sewaktu rehearsal. Ini berdasarkan komen-komen yang saya baca di ruangan Pendapat. Apa yang membezakan mereka ? Kalah dengan sorakan peminat ? Sehingga tumpuan terganggu ?

Kefli telah menghasilkan magik ! Bermula dengan lagu Mungkin dan minggu lepas dengan lagu Berhenti Berharap. Cikgu Marlia berpendapat, lagu-lagu sedemikian merupakan lagu yang amat bersesuaian dengan Kefli. Setengah orang boleh menyanyi dengan baik, suara mereka hebat, vokal mereka outstanding, tetapi tidak dapat menangkap perasaan penonton. Itu yang berlaku kepada Akma. Akma seorang penyanyi yang boleh menyanyi dengan baik. Pengalamannya mematangkan persembahannya. Dari situ beliau banyak mengikut acuan-acuan yang telah ada sejak mula-mula menyanyi.

Sesetengah vokal penyanyi mempunyai dinamik tetapi tidak mempunyai vocal colour. Apabila tiada vocal colour ia tidak akan membawa penyanyi tersebut ke mana-mana. Felix merupakan contoh seorang penyanyi yang tidak tahu menggunakan vocal colournya dengan sepenuhnya. Menurut Pengetua ini adalah kerana beliau telah dibesarkan dengan lagu-lagu pop yang tidak banyak ragam pada persembahan mereka. Mawi pula merupakan contoh pelajar yang mempunyai vocal colour yang baik tetapi mempunyai masalah besar pada bahagian tempo. Ini M.Nasir yang cakap. Sila kutuk M.Nasir.

Ada di antara pembaca-pembaca saya yang menggunakan alasan bahawa Mawi seorang yang masih baru dalam bidang nyanyian. Beliau tiada pengalaman dalam bidang ini. Sebelum ini beliau hanya seorang qari. Jadi, masalah temponya perlu saya maafkan. Dalam mengaji juga ada tempo. Harakat itu yang menentukan panjang atau pendek sesuatu bacaan. Ada yang dua, ada yang enam harakat. Kalau dah tertulis dua harakat, dibaca enam harakat, saya dulu kena rotan. Kalau dah perlu masuk nyanyian apabila lagu bermula, tapi nyanyian tidak bermula, mereka beri undi. Hahahhahahaha ! Dalam mengaji juga ada lagu, seperti Taranum Al-Quran. Ada lagu sikah, ada lagu rast. Berkonsepkan yang sama, cuma perlu disesuaikan dengan keadaan.

Berkenaan dengan diction yang sering menjadi topik hangat di dunia seni suara Malaysia. Diction kena betul, kena perfect, baru boleh menyanyi lagu Inggeris. Tetapi sekiranya ia dilakukan di Amerika Syarikat, mereka tidak hairan kerana di sana terlalu banyak versi Inggeris yang ada. Contohnya American English, British English, Jamaican English, Australian English dan bermacam-macam lagi.

Selamat Hari Lahir Pengetua
Belum pernah Pengetua Akademi Fantasia menyambut hari lahir di dalam Akademi. Musim ini M.Nasir menyambutnya di dalam Akademi. Menarik juga kejutan yang dibuat oleh mereka. Setiap pelajar menjadi patung dengan poster potret M.Nasir yang telah mereka lukis pada awalnya bersama-sama mereka. Selesai bermesyuarat, M.Nasir menuruni anak tangga untuk ke bawah dan kehairanan melihat Marsha duduk membisu di tepi tangga. Melihatkan poster potretnya, beliau terus ketawa dan perasan apa yang berlaku. Digegarkannya badan Kefli di tepi pagar tangga. Ditariknya poster di dada Yazer. Digomolnya muka Ekin dengan poster dan ditariknya hidung Felix. Semacam dilayannya mereka dengan penuh sifat kebapaan.

Mawi menyarungkan jaket keramatnya ke badan Pengetua M.Nasir. Manakala Cikgu Marlia menyuruh suaminya mengajuk cara Mawi berjalan. Memang menjadi. Ucapan Pengetua sangat ringkas. Mahu melihat semua mereka menjadi profesional.

Ramai-ramai mereka menyanyikan lagu Tanya Sama Itu Hud-Hud. Yazer bermain gitar mengiringi Pengetuanya. Dah lama tidak mendengar lagu tersebut. Sekali sekala sedap pula. Adakalanya Pengetua juga terlupa lirik sambil terpandang Yazer untuk memperbetulkan mainannya. Saya suka dengan cara nyanyiannya, setiap kali membuat persembahan pasti beliau akan memberikan lenggok yang berbeza untuk lagu-lagunya.

Persembahan Percubaan Pertama
Yazer saya melihat mampu membawakan lagu tersebut dengan baik. Kali ini sebuah lagu yang agak lama. Menurut M.Nasir macam-macam boleh dibuat untuk lagu tersebut.

Saya merasakan lagu ini amat bersesuaian dengan Aidil. Tone suaranya kena dengan lagu tersebut. Beliau seorang yang jarang mendengar lagu Melayu. Hanya sekadar mendengar Sudirman dan Jamal Abdillah. Pengetua menasihatkan beliau agar mendengar semua jenis lagu agar pengetahuannya tentang muzik boleh dikembangkan lagi.

Mawi mendapat lagu Memori Cinta Luka. Saya nampak lagu ini mudah tetapi agak pantas perubahan dari verse biasa ke korus. Kalau hilang fokus, temponya pasti ke laut. Sebuah lagu yang mementingkan teknik pernafasan yang betul. Jangan pula dicincang lirik-lirik lagu tersebut.

Kefli mendapat sebuah lagu irama Malaysia. Untuk seorang penyanyi yang biasa menyanyikan lagu rock dan balada tentunya agak sukar bagi beliau. Pengetua pula merasakan lagu tersebut terlalu standard biasa.

Tangan Akma diikat kerana sering membuka genggaman pada pembesar suara yang sekaligus mengganggu tumpuan penonton.

Persembahan Amylea untuk lagu Hati Ini Telah Dilukai agak menarik dan banyak teknikal vokal yang boleh dipraktikkan.

Ekin juga saya nampak mampu untuk membawakan lagu tersebut. Beliau perlu menggunakan tenaga luar biasa yang datang untuk lagu Let’s Get Loud pada lagu Warna. Bantuan dari kawan-kawan juga dapat menyemarakkan persembahannya.

Nyanyian Marsha tanpa minus one. Mungkinkah beliau akan bermain piano sambil menyanyi. Jika ini mampu dilakukan oleh Marsha, beliau menjadi pelajar yang mengikut jejak langkah Linda yang bermain alat muzik sendiri untuk lagunya sendiri. Hanya pelajar yang benar-benar berbakat yang mampu bermain sendiri sambil menyanyi.

Felix pula perlu menampilkan vokal macho untuk persembahannya. Minggu ini amat penting bagi Felix untuk membuktikan yang beliau mampu membawakan lagu Inggeris dengan baik.

Entri oleh sultanmuzaffar 02 July 2005 0 komen

Konsert Akademi Fantasia 05 : Kefli Memukau Hadirin, Penyingkiran Dua Pelajar, Amy dan Reza Dari Akademi Fantasia

Konsert 05 AF3

Saya tabik dengan peningkatan mendadak yang ditunjukkan oleh Kefli. Lagu Berhenti Berharap memang sukar untuk dibawakan tetapi telah berjaya dilaksanakan oleh beliau dengan cemerlang. Penghayatannya jelas berada di tahap paling maksimum.

Penyingkiran dua pelajar tidaklah mengejutkan kerana masanya telah tiba. Ia pasti akan berlaku dan ianya berlaku di Dataran Putrajaya. Kedua-dua orang pelajar merupakan calon terbaik untuk disingkirkan kerana persembahan mereka yang tidak banyak bezanya sejak bermula Akademi Fantasia. Minggu ini saya benar-benar berpuas hati dengan keputusan yang telah dicipta oleh para pengundi.

Kedudukan Undian Sebelum Konsert
Mawi 26%
Felix 19%
Yazer 7%
Aidil 7%
Akma 6%
Marsha 6%
Amy 6%
Amylea 6%
Ekin 6%
Reza 5%
Kefli 5%

Pengkritik Profesional
Kudsia Kahar kembali semula dengan komen-komen positif beliau. Saya pasti beliau akan menjadi sasaran peminat-peminat Mawi pada minggu yang mendatang ini. Itu pendapat beliau. Mamat Khalid kehadirannya adalah untuk menyuntik elemen sinis dan komedi (sama seperti Felix) dalam setiap komennnya. Manakala komen Ning Baizura boleh ditambah komen-komen teknikal berdasarkan pengalamannya sebagai artis dan juga juri profesional. Sayang sekali tips dari Ning tidak diperolehi oleh para pelajar pada minggu ini.

Persembahan Pelajar
Konsert 05 AF3

Akma - Camar Yang Pulang 6.4/10
Saya menyukai persembahannya dengan kelebihan vokal yang beliau ada, ianya telah dipergunakan sepenuhnya untuk lagu tersebut. Gaya beliau dilenggokkan berdasarkan kreativitinya yang tersendiri. Beliau menyanyi dengan selamba sahaja. Walaupun membawakan lagu balada, saya menyukai pergerakan-pergerakan minimal yang dilakukan oleh beliau di atas pentas. Ini berbeza dengan Felix yang sekaan kehilangan arah sewaktu menyanyikan lagu Memori Bahagia. Akma juga telah memberikan penghayatan dan ekspresi wajah yang baik. “You have very confident !” hahahhahaha ! Keyakinan Akma juga berada di tahap yang paling tinggi. Peningkatan yang ditunjukkan oleh Akma agak tidak konsisten.

Konsert 05 AF3

Aidil - Senyuman Ragamu 6/10
Saya enjoy menonton persembahan Aidil. Saya melihat usaha kreatif yang ingin beliau persembahkan. Bermula dengan baik dengan persembahan vokal yang agak sederhana. Oleh kerana lagu ini merupakan sebuah lagu yang agak rancak, maka keupayaan sebenar vokalnya tidak begitu terserlah. Penguasaan pentasnya juga baik serta interaksinya dengan penonton. Saya menyukai gaya yang beliau tampilkan pada lagu tersebut. Beliau menghayati lagu tersebut dengan sederhana dan nampak beliau enjoy membawakan lagu itu. Ada peningkatan pada persembahan Aidil bilamana beliau nampak lebih berkeyakinan dan ada usaha untuk menyanyi berbanding sebelum ini.

Konsert 05 AF3

Marsha - Bossanova 7.9/10
Beliau sudah semakin dewasa, jika tidak perangai, paling tidak vokal beliau. Saya semakin menyukai tone-tone yang ada pada vokal beliau dalam lagu-lagu yang berbeza setiap minggu yang lepas. Beliau mempunyai tone suara yang unik dan disulami dengan teknik improvisasi yang dilakukan oleh beliau pada setiap lagu. Saya dapat melihat usaha kreatif tersebut dan hasilnya membanggakan. Beliau nampak berkeyakinan dalam bahagian tarian pada minggu ini. Saya nampak beliau mempunyai style beliau yang tersendiri. Sifat-sifat manja itu semakin hilang apabila beliau menyanyi. Itu yang membezakan beliau dengan pelajar lain. Peningkatan yang ditunjukkan oleh Marsha amat besar.

Konsert 05 AF3

Amy - Antara Anyer Dan Jakarta 3/10
Seawal minit pertama lagu Antara Anyer Dan Jakarta sahaja sudah tidak kedengaran. Beliau nampak berusaha untuk menjadikan lagu tersebut seperti lagunya sendiri tetapi tidak menjadi dan kesampaian. Permulaan yang membosankan kerana tidak jelas kedengaran. Beliau juga mempunyai satu sifat suka memotong-motong lirik lagu.Penghayatan beliau untuk lagu ini juga tidak konsisten dan jauh benar tersasar. Persembahan vokalnya hancur. Amy seperti kurang daya penarik untuk terus berada di Akademi Fantasia. Persembahannya sering tidak konsisten. Perkara yang kita akan ingat tentang beliau adalah cerita-cerita sensasi dan bukannya persembahan vokal beliau yang cemerlang.

Konsert 05 AF3

Reza - Ala Emak Kahwinkan Aku 4/10
Sketsa sebelum persembahan Reza bermula agak panjang dan meleret-leret. Bunyi kompang juga terlalu panjang. Persembahan silat juga agak keterlaluan dalam cubaan untuk membayangi persembahan Reza. Persembahan vokal Reza agak biasa dan lebih banyak mendatar. Pengulangan pada baris lirik tidak dijayakan dengan kreatif oleh Reza. Saya melihat beliau agak berkeyakinan di pentas pada minggu ini. Penguasaan pentasnya cemerlang. Beliau juga telah menghayati lagu ini dengan baik. Ada attitude yang kena telah ditampilkan dalam persembahannya. Saya meletakkan persembahan Reza sebagai persembahan terbaik beliau. Beliau menunjukkan sedikit peningkatan pada minggu ini. Setidak-tidaknya, Reza keluar dengan bermaruah pada minggu ini.

Konsert 05 AF3

Yazer - Takdir Penentu Segala 5/10
Benar, saya suka dengan tone suara beliau. Saya boleh kira yang persembahan ini baik dari segi penghayatannya serta ekspresi wajah Yazer itu sendiri. Saya dapat mendengar vokal Yazer dengan lebih jelas pada minggu ini dan serak-serak itu tiada pada minggu ini. Kekurangan besar pada persembahan Yazer pada minggu ini ialah teknik persembahannya. Sekadar berdiri dan tiada usaha telah dilakukan untuk menambat hati penonton. Beliau seolah-olah hilang tumpuan yang lebih terfokus pada minggu-minggu awal di Akademi. Persembahannya di awal-awal minggu lebih menyerlah berbanding pada minggu ini.

Konsert 05 AF3

Amylea - Hak Milik Kekal 7/10
Lagu yang tidak sedap menjadi sedap di tangan Amylea. Ini pernah berlaku apabila Zahid membawakan lagu Warna Kehidupan. Tiba-tiba lagu Warna Kehidupan menjadi begitu sedap sekali dan ini pasti berlaku untuk lagu Hak Milik Kekal. Amylea mempunyai mutu vokal yang mantap. Sambil menari, persembahan vokal beliau tidak terjejas. Itu yang amat mengkagumkan saya. Sebutannya lebih baik lagi pada minggu ini. Penguasaan pentasnya kurang sedikit kerana beliau tidak banyak menguasai pentas untuk berinteraksi dengan penonton mahupun kamera. Stamina beliau baik untuk lagu-lagu sebegini. Saya melihat beliau agak konsisten berbanding pelajar lain.

Konsert 05 AF3

Mawi - Beautiful Maria 4.3/10
Mawi memulakan persembahannya sambil duduk di atas bangku. Satu percubaan yang baik lagi minima. Saya kurang memberikan perhatian kerana seawal minit pertama sudah silap masuk. Masalah utama beliau ialah tempo yang kacau bilau. Saya nampak penghayatan beliau yang agak terfokus untuk persembahannya. Ekspresi wajah beliau juga jelas nampak kesakitan yang ditanggung. Beliau turut mempraktikkan apa yang telah diajar oleh Pengetua M.Nasir. Di penghujung lagu beliau agak terkejar-kejar kerana kesilapan tempo lagi. Satu percubaan yang baik. Saya lebih menyukai versi latihan dalam Diari Xtended bersama Cikgu Fatimah Abu Bakar. Saya melihat kekalutan yang terjadi pada persembahan Mawi ada sangkut-pautnya dengan sokongan yang terlampau yang diterima oleh beliau setiap kali beliau menyanyi. Konsentrasinya terganggu dengan sorakan yang tidak kena pada masanya. Tumpuannya terjejas dan fokusnya hilang. Jumlah undian yang diterima oleh Mawi tidak bersesuaian dengan jumlah peningkatan yang telah beliau tunjukkan.

Konsert 05 AF3

Ekin - Let’s Get Loud 5.4/10
Wow ! Memang Ekin benar-benar lepas geram dengan lagu tersebut. Beliau menguasai pentas dengan berjaya. Tahap keyakinannya juga amat tinggi. Saya menyukai step-step tarian yang dibawakan oleh beliau. Cara beliau berinteraksi dengan penonton juga harus dipuji. Kekurangan utama pada persembahannya adalah masalah sebutan yang sering berlaku kepada penyanyi yang membawakan lagu Inggeris. Namun demikian saya tetap berpuas hati dengan mutu vokalnya yang hebat pada keseluruhan lagu tersebut. Ada peningkatan besar yang ditunjukkan oleh beliau berbanding pada minggu lepas setelah persembahannya dikritik hebat oleh Syafinaz. Kali ini jauh berbeza persembahannya.

Konsert 05 AF3

Kefli - Berhenti Berharap 8/10
Saya terpaku. Saya terdiam seketika. Persembahan terbaik pada malam ini merupakan dari seorang yang persembahan vokalnya agak tidak konsisten sejak 4 minggu yang lepas. Kefli telah memberikan persembahan vokal yang terbaik pernah beliau berikan. Lagu ini bakal menjadi lagu trademark beliau selepas musim Akademi Fantasia kelak seperti lagu Mentera Semerah Padi dan Januari oleh Kaer. Dengan sekadar berdiri sahaja, setiap mata dan hati tertumpu terhadapnya. Jarang benar penyanyi yang dapat menguasai hati penonton dan Kefli telah berjaya melakukannya. Emosinya terganggu sebelum persembahan ? Ya benar, emosi Kefli pasti terganggu walaupun sedikit setelah dipermainkan oleh Aznil dengan kejutan yang tidak menjadi. Tetapi itu bukan alasan untuk Kefli TIDAK memberikan yang terbaik. Sebaliknya, Kefli terus bangkit dan membuatkan penonton terpukau. Ada juga yang menangis. Penghayatan beliau amat cemerlang. Aksi yang paling saya tunggu-tunggu tentulah pada penghujung lagu tersebut bila mana beliau merebahkan dirinya. Saya merasakan aksi tersebut tidak sedramatik yang saya jangkakan. Saya mengharapkan yang aksi tersebut akan menjadi lebih dramatik. Peningkatan yang mendadak dari Kefli sewajarnya diberikan pengiktirafan. Apakah cukup sekadar 13% undiannya sekarang berbanding 30% yang diterima oleh Mawi ?

Konsert 05 AF3

Felix - Hari Ini Dan Semalam 7.4/10
Saya seperti mahu tidak mahu sahaja mengulas lagu Hari Ini Dan Semalam dendangan Felix. Kesan persembahan Kefli masih terlekat di sanubari. Saya merasakan lagu ini terlalu mudah untuk Felix. Felix harus diberikan lagu yang lebih mencabar pada minggu akan datang. Saya kagum menyaksikan persembahan Felix dengan penguasaan pentas dan keyakinan beliau di atas pentas. Persembahannya nampak bersahaja. Felix harus memperbaiki mutu vokalnya kerana beliau tidak menggunakan sepenuhnya kredibiliti yang ada pada vokal beliau. Saya akui persembahannya agak konsisten dan sering mendapat tempat yang tinggi kerana personaliti beliau yang menyenangkan. Saya merasakan sudah sampai masanya Felix mengurangkan lawak-lawak slapstik yang lama-kelamaan pasti memualkan. Beliau harus tampil dengan lebih matang dan dewasa.

Kemunculan seniman veteran Wahid Satay dengan pakaian yang sama dengan Felix. Selamba saja mereka apabila bertemu buat pertama kalinya.

Menuju Puncak
Keputusan penyingkiran pelajar menyaksikan Amy dan Reza menjadi pasangan pertama tersingkir dari Akademi Fantasia. Ia bukan merupakan kejutan yang mengejutkan tetapi sekadar kejutan yang sudah sampai masanya. Lambat laun ia pasti berlaku dan ianya berlaku di hadapan puluhan ribu penonton di Dataran Putrajaya. Sudah tiba masanya mereka tersingkir. Amy yang sudah hilang fokus dan persembahannya yang tidak konsisten menjadi pilihan untuk tersingkir lebih awal. Manakala Reza, walaupun memberikan persembahan yang baik tetapi personaliti beliau yang sedikit kurang menyenangkan telah menjerat dirinya sendiri. Kini, tinggal sembilan pelajar yang akan meneruskan kemaraan mereka di dalam Akademi Fantasia yang semakin besar cabarannya.

Ranking sultanmuzaffar
Kefli - Berhenti Berharap 8/10
Marsha - Bossanova 7.9/10
Felix - Hari Ini Dan Semalam 7.4/10
Amylea - Hak Milik Kekal 7/10
Akma - Camar Yang Pulang 6.4/10
Aidil - Senyuman Ragamu 6/10
Ekin - Let’s Get Loud 5.4/10
Yazer - Takdir Penentu Segala 5/10
Mawi - Beautiful Maria 4.3/10
Reza - Ala Emak Kahwinkan Aku 4/10
Amy - Antara Anyer Dan Jakarta 3/10

Imbasan 05 Akademi Fantasia
Tidak akan dikemaskinikan kerana tidak berkesempatan untuk menonton siaran ulangan di Saluran 15 kerana perlu menghadiri Majlis Terima Kasih Aznil Hj Nawawi di Shah Alam. Dimohon pembaca yang menonton agar dapat merakamkan ulasan mereka di ruangan Pendapat. Terima kasih.

Di Shah Alam saya berpeluang untuk bertemu dengan rakan-rakan media yang hadir di majlis tersebut. Selain daripada itu, saya juga berpeluang untuk bertemu dengan Reza, Amy dan Elliza.

Kedudukan Undian Selepas Konsert
Mawi 23%
Felix 19%
Yazer 9%
Kefli 8%
Amylea 7%
Marsha 7%
Ekin 6%
Akma 5%
Aidil 5%
Amy 5%
Reza 5%

Potluck di Dataran Putrajaya
Suasana di Dataran Putrajaya sungguh meriah dengan hampir 30,000 penonton. Saya mengambil peluang untuk bertemu dengan sahabat-sahabat jentik yang saya kenali sejak Akademi Fantasia 1, 2 dan 3. Kami berkelah di padang rumput berhampiran layar di bahagian kanan pentas. Antara yang hadir pada malam itu ialah wink, badrul, linb, Cikanos, izreen, Abang Mosha dan keluarga, Kak Aidid dan keluarga, Leen, waiem, Chail, CKin dan AkuGafi (dari Brunei), OrangKampung, NHK dan elkapitan. Saya memang amat gembira apabila dapat bertemu dengan keluarga AF yang saya kenal sejak AF1 dan AF2. Ckin dan AG, telah terbang dari Brunei untuk bersama-sama. AF3, ada yang berani ? Maaf sekiranya ada yang tertinggal. Kami berada di lautan peminat Mawi yang rata-rata membawa sepanduk dan banner-banner yang besar. Sesekali waiem dengan beraninya mengeluarkan sepanduknya. Kami lebih berbangga kerana rata-rata kami mempunyai minat yang berbeza tetapi boleh duduk setikar dan makan setupperware bersama-sama. Ada yang minat Reza yang masak digelakkan apabila Reza tersingkir. Ada juga yang minat Marsha, KA dengan praaapnya, saya dengan Felix, yang lain-lain seperti biasa meminati Mawi. Itu yang lebih menyeronokkan sebenarnya. Perbezaan minat tetapi boleh berinteraksi secara waras.

Majlis Pembukaan Linda Jasmine Dance Studio
Di sana, pertemuan lebih meriah apabila bintang AF1, AF2 dan AF3 bertemu. Ada Vince, Nija, Atie, Khai, Rosma, Adi, Fitri, Anding, Bob, Reza, Fuad, Amy dan Elliza. Sudah lama tidak bertemu Atie dan Nija. Memang banyak yang dibualkan. Juga sempat berbual mesra dengan Reza. Hahahahhaha ! Memang berbeza perwatakannya dengan apa yang kita lihat di dalam Akademi. Tetapi biasalah, ini kali pertama bertemu.

Gambar boleh diperolehi di fotopages sultanmuzaffar. Akan dikemaskinikan secepat mungkin.

fotopages hakimamir untuk gambar Linda Jasmine Performance Studio Launching !

Entri oleh sultanmuzaffar 01 July 2005 0 komen

Diari Akademi Fantasia Minggu 05 Episod 09
Komen Tenaga Pengajar
Ekin menampilkan pergerakan yang menarik tetapi perlu meningkatkan mutu vokalnya. Sebutannya masih kurang jelas. Keyakinannya untuk menyanyikan lagu ini sedikit terjejas tetapi saya menyukai pergerakannya di atas pentas. Ada peningkatan dari aspek persembahan dan penguasaan pentas.

Amy saya lihat mampu membawakan lagu tersebut dengan baik. Menampilkan sebuah persembahan yang tidak terlalu mengikut penyanyi asalnya, Sheila Majid. Saya dapat mendengar pelbagai gaya yang cuba dipelbagaikan mengikut stylenya yang tersendiri. Kekurangan Amy adalah untuk menambat hati penonton mengikuti persembahannya.

Saya kagum dengan persembahan Marsha. Kelebihan Marsha ialah keupayaan beliau melenggokkan lagu tersebut mengikut gayanya yang tersendiri. Penghayatannya juga bagus. Nampak kena denam mood lagu tersebut. Aksi-aksinya hebat.

Penghayatan perlu hebat dalam lagu Berhenti Berharap. Kefli seakan berjaya melaksanakannya dengan baik. Persembahan vokal masih banyak yang perlu diperbaiki. Kefli masih tidak cukup ketahanan untuk membawakan bahagian tinggi yang tidak membingitkan.

Persembahan Yazer pada minggu ini agak membosankan. Saya tidak nampak kesungguhan beliau dalam menghayati lagu tersebut. Penghayatannya masih belum mencukupi untuk membawakan lagu balada sebegini.

Persembahan untuk Aidil perlu hebat dari aspek mendapatkan sokongan penonton. Sekiranya penonton dapat berinteraksi dan menghayati persembahan Aidil, tentunya lebih berkesan. Energy lagu tersebut perlu kekal sehingga penamatnya.

Surat Wasiat
Reza - Kefli, Marsha - Kefli, Felix - Mawi, Amy - Ekin, Yazer - Kefli, Aidil - Akma
Kefli menjadi kesukaan ramai juga sebagai pilihan untuk membacakan surat wasiat. Felix dan Mawi merupakan dua sahabat yang sukar dipisahkan.

Kelas Tarian Cikgu Linda Jasmine
Pelajar telah diminta untuk mencipta sendiri koregorafi tarian berdasarkan counting yang telah diberikan. Rata-rata pelajar memberikan persembahan yang baik Koreograf dari Ekin agak membosan. Koreograf dari Amy amat cemerlang. Langkah yang dicipta amat menarik dan seksi. Persembahan Felix juga amat tangkas dan menepati counting. Mawi tergelak-gelak kerana diganggu oleh rakan-rakannya. Pada tahun ini, saya lebih menyukai koreograf yang dicipta oleh Cikgu Linda Jasmine berbanding Cikgu Ee.

Amylea dan Ekin memperbaiki gerak tari masing-masing kerana mereka mendapat lagu yang menuntut mereka untuk menari. Koreograf yang dicipta oleh Cikgu Linda juga kena dan sesuai dengan lagu-lagu mereka. Entahlah, tahun ini saya lebih menyukai kehadiran Cikgu Linda di dalam kelas.

Diari Akademi Fantasia Minggu 05 Episod 10
Kefli dan Tipah Tipah nampak semakin mesra. Tetapi pada musim ini sukar untuk memilih siapakah yang akan menjadi pengganti kepada Farah yang amat rapat dengan Johnny. Yazer pun rapat juga dengan Tipah Tipah, begitu juga dengan Felix yang sering bergurau senda dengan Tipah Tipah. Rasanya lebih sesuailah diberikan kepada Kefli. Semacam padan pula Kefli dan Tipah Tipah. Gaya percakapan mereka juga macam pasangan kekasih. Bersembang tentang roti dan lain-lain. Kefli bertanya sama ada Tipah Tipah ini cantik atau tidak. Tipah Tipah mengangguk. Adakah dia gemuk atau tidak ? Tipah Tipah menggeleng.

Sedang lepak-lepak, Yazer dan Aidil bermain gitar lagu Dendang Perantau. Mawi menyanyikannya dengan penuh perasaan. Sedih pula mendengar mereka menyanyi lagu raya tersebut. Kefli bermain drum.

Persediaan Vokal oleh Aidil
Berbeza dengan sebelumnya, kelas ini dikendalikan oleh Aidil. Lebih baik dari ianya dikendalikan oleh Cikgu Shahrul. Aidil bermain piano dan meminta rakan-rakannya bubbling dan hissing. Mereka turut menyanyikan lagu Hari Ini Dan Semalam dan kemudian sama-sama membawakan lagu Negaraku. Dalam pada itu, Yazer kelihtan berlatih sendirian di hadapan cermin.

Kelas Motivasi Dr. Azahari
Mereka diminta untuk membina binaan yang paling tinggi daripada perkakasan yang telah disediakan. Kumpulan Mawi telah membina binaan yang agak tinggi berbanding kumpulan Aidil.Mawi telah mengukur ketinggian binaan mereka dengan menggunakan pemegang pembesar suara.

Komen Tenaga Pengajar
Saya agak berpuas hati dengan persembahan Mawi. Nampak peningkatan yang besar pada sebutannya. Nyanyiannya juga semakin bertambah baik. Saya melihat Mawi telah menggunakan segala ilmu yang diajar untuk mencantikkan lagi lagu tersebut. Beliau perlu memberikan elemen tekanan pada beberapa bahagian agar lebih memberikan makna pada persembahannya.

Persembahan Reza sudah cukup dari aspek penghayatannya. Saya nampak beliau seorang yang kreatif untuk mencantikkan lagunya. Penghayatannya cukup dan ekspresinya perlu ditingkatkan lagi agar elemen bercerita kepada penonton sampai dengan baik. Masalah utama Reza ialah beliau sering terlupa lirik dan sedikit mengganggu mesej lagu tersebut.

Felix perlu meningkatkan lagi elemen dalam persembahannya untuk lebih memukau penonton. Tidak cukup sekadar menari ke depan dan ke belakang. Felix harus bijak mencipta elemen yang mengkagumkan untuk menarik perhatian penonton. Nyanyiannya juga bagus dan ekspresi wajahnya juga kena dengan lagu tersebut. Saya nampak beliau agak selesa dengan lagu tersebut. Lagu itu amat mudah untuk Felix dan tidak mencabar keupayaannya sebagai penyanyi.

Persembahan Camar Yang Pulang merupakan lagu yang membawa kemenangan kepada Siti Nurhaliza dalam Bintang HMI. Ia merupakan titik karier Siti dalam bidang seni. Saya menyukai nyanyian Akma. Amat sederhana dan teknik vokal yang bagus. Penghayatannya juga baik. Menurut M.Nasir pada bahagian normal, vokal Akma agak sedap tonenya. Tetapi pada bahagian tekanan, ia kedengaran agak tidak sedap. Ia harus dibaiki.

Menurut Cikgu Linda, pergerakan Amylea terlalu mechanical. Ia terjadi kerana pelajar terlalu menumpukan kepada bahagian tarian sehingga nyanyiannya tidak masuk dengan lagunya. Amylea memberikan persembahan vokal yang lebih baik dari penyanyi asalnya. Perasaannya masih belum mencukupi untuk lagu tersebut kerana masih tidak cukup penghayatannya. Pergerakannya masih tidak jitu.

Tipah, Yazer & Ekin
Sementara menunggu untuk bergerak ke Masjid, berkali-kali juga dicuba oleh Tipah untuk memasangkan Yazer dengan Ekin, tetapi Yazer tetap berkeras tidak mahu. Beliau mahukan Tipah. Sampai terlanggar si Yazer kerana terpandang-pandang kepada Tipah Tipah.

Happy Birthday Cikgu Linda Jasmine
Tahun ketiga Cikgu Linda menyambut hari lahirnya di Akademi. Tahun ini lebih sederhana dan ianya dilakukan sewaktu latihan di hadapan tenaga pengajar. Para pelajar menyanyikan lagu Hari Lahir dan menghadiahkan beliau sebungkus hadiah.

Pernikahan Felix & Marsha
Siap dengan Tok Imam Ee, Felix dan Marsha dinikahkan. Memang kelakar Felix yang menjawab pertanyaan Tok Imam Ee dengan jawapan-jawapan jenaka beliau. Marsha yang bertudung manis kelihatan malu-malu. Felix telah menyarungkan cincin pada jari Marsha. Rasa macam tidak best pula bila nikah kahwin ini dipersenda-sendakan. Ia bukannya sekadar adat tetapi melibatkan keagamaan.

Stand By Me
Menarik juga apabila Ekin menyanyikan lagu Stand By Me yang ditukarkan liriknya. Ekin turut menyatakan I Love You kepada Yazer. Bersorak para pelajar yang lain apabila mendengarnya.

Ramalan Penyingkiran
Setelah menonton Diari dan Diari Extended, perasaan sayang itu mula timbul kepada semua pelajar. Hubungan para pelajar juga semakin rapat dan akrab. Minggu kelima telah memberikan kita peluang untuk mengenali mereka secara lebih mendalam lagi. Saya mahukan Amy tersingkir kerana tiada peningkatan besar yang ditunjukkan oleh beliau pada persembahannya. Yazer yang berada di tempat ketiga harus lebih berhati-hati. Peminatnya harus bersedia menerima kejutan tersebut, sekiranya berlaku. Kefli membawakan aura lagu yang menakutkan. Lagu Berhenti Berharap sememangnya berhantu. Bagaimana dengan Reza ? Adakah kita sudah memaafkan beliau ? Aidil semakin saya senangi penampilannya di dalam Akademi begitu juga dengan Kefli. Apa sahaja keputusan saya terima dengan terbuka kerana sudah tiga musim Akademi Fantasia berlangsung. Tiada kejutan yang mengejutkan bagi saya musim ini.

Astro.TV
Para peminat Akademi Fantasia boleh melayari AFXtra untuk menonton Diari Xtended dan juga arkib Konsert, Imbasan, Diari dan Tirai yang telah disiarkan. Dalam Diari Xtended, para peminat Akademi Fantasia boleh menonton aksi dan karenah para pelajar bermula dari jam 8 pagi sehingga 8 malam setiap hari. Kita boleh menonton setiap kelas yang berlangsung dan menyelami pergerakan mereka setiap saat. Dari situlah, kita mengenali hati budi setiap pelajar yang menjadi kesukaan kita.

Sistem navigasi pada Diari Xtended telah ditingkatkan bermula pada minggu ini. Diari pilihan lebih mudah untuk dipilih berdasarkan hari dan bulan pada Kalendar pilihan. Selain daripada itu, kita boleh menonton persembahan Konsert untuk Akademi Fantasia I dan II.

Anda boleh membaca ulasan Diari Xtended Pilihan yang ditulis oleh pembaca saya di komen artikel yang ada serta boleh melayari blog alisejuk yang khas untuk ulasan Diari Xtended. Selamat menonton dan membaca !

Entri oleh sultanmuzaffar 30 June 2005 0 komen

Diari Akademi Fantasia Minggu 05 Episod 07
Kelas Vokal Cikgu Adnan
Saya melihat persembahan Amy masih lagi biasa. Persembahan beliau masih belum dapat membuatkan saya terpesona. Nyanyian Amy memang bagus tetapi tiada originality pada persembahannya. Beliau kurang menyerlahkan lagi vocal colour yang ada pada dirinya. Beliau tidak menggunakannya dengan sebaik-baik mungkin.

Aidil nampak lebih menyerlah. Beliau tahu untuk mengumpan penonton dengan rap yang liriknya dicipta sendiri olehnya. Sebutan pada bahagian rap harus lebih jelas. Aidil perlu mengekalkan tenaga pada lagunya dan tenaga itu kemudiannya disalurkan kepada penonton. Sekiranya vokal Aidil menyerlah pada malam tersebut, lagu tersebut boleh dijadikan sandaran untuk mengukur keupayaan sebenar Aidil.

Mawi banyak menutup mata dalam latihannya untuk mendapatkan penghayatan pada lagu tersebut. Beliau harus lebih memperbaiki sebutan-sebutannya. Cikgu Adnan turut mengajar beberapa perkataan yang kritikal agar penonton lebih memahami persembahannya.

Lagu Hak Miik Kekal tidak menyerlahkan keupayaan sebenar vokal Amylea. Sememangnya lagu tersebut tidak menyerlahkan vokal sebenar penyanyi asalnya. Amylea harus melakukan sesuatu agar persembahannya tidak monotonous dan berulang-ulang. Belitu juga h arus menjaga tempo lagu tersebut. Amylea sememangnya ada masalah mendengar tempo yang betul dalam beberapa siri persembahannya yang lalu.

Ekin nampak selesa dengan lagu tersebut. Ada keseimbangan pada pergerakan dan vokalnya. Untuk lebih mencantikkan lagi lagu ini, Ekin harus mengasah persembahan vokalnya dalam lagu tersebut. Sekiranya tidak pancit, vokal Ekin akan lebih terserlah pada lagu ini. Ini kerana persembahannya di pentas sudah agak meyakinkan.

Felix perlu berani melontarkan vokalnya agar lebih jelas. Cikgu Adnan menyarankannya agar memperbaiki mutu tariannya berbanding mutu vokalnya.

Kelas Tarian Cikgu Linda Jasmine
Ekin belajar menari untuk lagu Lets Get Loud. Turut ditampilkan ialah tarian limbo untuk menarik perhatian penonton. Aznil juga antara nama yang telah dirancang untuk ditarik oleh Ekin. Pergerakannya lebih bertenaga. Beliau nampak bersungguh-sungguh pada minggu ini. Pergerakannya nampak hebat.

Hadiah Hari Lahir Aidil : Ziana Zain
Ziana Zain hadir ke dalam Akademi Fantasia untuk meraikan hari lahir Aidil. Ini merupakan permulaan karier Aidil dalam bidang seni. Pendedahan yang diperolehi oleh beliau dalam Akademi Fantasia merupakan satu peluang yang amat berharga. Beliau hanya perlu mengekalkan usahanya untuk lebih berjaya di masa akan datang. Menurut Ziana lagi, sifat terlalu berkeyakinan tiada dalam dirinya sebaliknya lebih fokus pada tugasnya. Saya lebih suka sekiranya Ziana Zain menggunakan Bahasa Melayu apabila berinteraksi dengan Aidil. Agak kelakar bunyinya apabila Ziana Zain berbahasa Inggeris. Perkataannya sepatah-sepatah dan tatabahasa yang tunggang langgang. Aidil telah dihadiahkan sebuah kapal terbang kaca sebagai tanda bermulanya karier Aidil dalam bidang seni.

Sebelum Ziana Zain beredar, pelajar-pelajar lain membawakan hadiah untuk Aidil dan menyanyi lagu Allah Selamatkan Kamu beramai-ramai.

Tips Tatarias oleh Zulfadli
Beliau telah dibawa masuk ke dalam Akademi untuk memberikan sedikit tips untuk para pelajar tentang tips tatarias. Turut hadir bersama beliau ialah Natasha Hudson, pengacara Fesyen TV. Mereka telah diajar tentang asas penjagaan muka dan juga solekan di bahagian muka. Peralatan seperti cleansing, pencuci foam, toner dan pelembab telah didedahkan kepada mereka dan diajar tentang fungsi peralatan tersebut.

Tips dari Natasha Hudson pula lebih kepada tips dari artis baru kepada artis baru. Keyakinan diri penting dalam pembawakan diri sebagai seorang artis. Penampilan diri juga penting. Setiap dari mereka perlu menjaga kecantikan diri kerana mereka semuanya adalah ikon kepada para peminat mereka.

Model 30 Dirham
Para pelajar perempuan telah diminta untuk memperagakan hasil solekan mereka. Mawi menjadi promoter kepada para model tersebut sambil dibantu oleh Felix. Memang melucukan aksi Mawi dan Felix. Mawi turut konon-kononnya menjual model-model tersebut seperti yang terdapat di dalam filem Ali Baba Bujang Lapok. Saya lebih gemarkan lawak-lawak sedemikian daripada lawak-lawak terencat akal yang ditampilkan pada minggu-minggu lepas. Kali ini mereka nampak lebih natural dan tidak terlalu dibuat-buat. Mereka nampaknya sudah selesa antara satu sama lain seperti sebuah keluarga. Yazer dan Kefli juga turut berseronok dengan aktiviti tersebut. Hanya Reza yang duduk jauh dari mereka.

Diari Akademi Fantasia Minggu 05 Episod 08
Kefli dan Akma berada di dapur sedang makan. Kefli meminta Akma menyiapkan sekeping roti untuknya sambil bercerita tentang hal berumah tangga. Kefli yang menyedari percakapan mereka dirakamkan cepat-cepat memberitahu kepada kamera, aku bilang kalau sama macam apa yang selalu Mat Jan gunakan. Lawatlah blog Mat Jan, ada pertandingan Juring sekarang.

Kelas Tarian Cikgu Ee
Kelas Tarian ini sekarang sudah menjadi kelas vokal pula. Saya pun jadi keliru. Tidak mengapa. Felix masih belum menghafal lirik lagunya. Lebih perit lagu tersebut agak rancak. Amat senang untuk hilang fokus dan lupa lirik. Sedang elok latihan persembahan Felix dikomen, tiba-tiba soal tidak mandi pagi yang dibangkitkan oleh Cikgu Ee. Kelas tarian yang sudah menjadi kelas vokal kini menjadi kelas penampilan diri pula. Lebih keliru saya dibuatnya. Sebentar lagi Cikgu Ee jadi guru pakar pemakanan pula. Tunggu.

Kefli masih belum mengingati liriknya, lebih memeritkan apabila beliau terlupa pada bahagian awal lagunya. Lagu Berhenti Berharap sememangnya sebuah lagu yang amat minimal penggunaaan alat muzik. Jadi, counting amat perlu agar beliau dapat masuk pada bahagian yang betul. Cikgu Ee nampak bengang dengan situasi tersebut.

Yazer menghayati lagu tersebut dengan baik. Tetapi saya merasakan vokal Yazer masih belum cukup solid untuk lagu tersebut. Semacam ada sesuatu yang kurang. Mungkin kerana penghayatannya hanya sekadar mimic muka tetapi mesej lagu tidak sampai kepada penonton.

Reza nampaknya menjadi sasaran. Kata Cikgu Ee, beliau tidak berbuat apa-apa untuk memperbaiki persembahan buruknya pada minggu lepas. Vokalnya masih biasa. Saya melihat persembahannya banyak dibantu oleh rakan-rakannya. Beliau sememangnya selesa berinteraksi dengan rakan-rakannya tetapi kreativiti vokalnya masih tiada peningkatan.

Saya suka dengan corak persembahan Amylea. Beliau nampak bertenaga dan berusaha untuk menghilangkan imej Linda dan Diana Rafar dalam lagu tersebut. Beliau menyelitkan rap dalam bahasa Inggeris untuk mencantikkan lagi lagu tersebut. Beliau juga amat selesa dengan bahasa Inggeris maka untuk lebih menaikkan semangat beliau, kreativiti itu dibuat. Pergerakan tariannya juga penuh bertenaga. Saya nampak beliau tiada masalah membawakan lagu tersebut. Cuma pada pendapat saya lagu ini tidak benar-benar menguji keupayaan sebenar vokal Amylea.

Ekin juga menampilkan pergerakan-pergerakan yang cantik dan penuh attitude. Saya suka dengan penampilannya membawakan lagu tersebut. Saya nampak ada keseimbangan dalam vokal dan persembahannya. Beliau harus menjaga staminanya. Untuk mendapatkan tenaga, beliau kena makan. Saya kurang pasti, kenapa mereka tidak dibenarkan makan. Adakah kerana untuk menjaga berat badan ataupun tenaga mereka sudah berlebihan.

Amy mungkin boleh menyanyi dengan baik. Lagu Antara Anyer dan Jakarta dendangannya juga agak baik. Tetapi sayangnya saya masih belum dapat connect dengan persembahannya. Amy sekadar menyanyi tanpa x-factor. Beliau harus tahu menggunakan segala kelebihannya untuk menambat hati penonton. Memang lagu tersebut agak membosankan jika tidak pandai dibawakan oleh penyanyinya.

Curi Makan
Amy dan Ekin tertangkap kerana mencuri makan. Pada minggu ini, mereka dilarang untuk bersarapan yang berat-berat. Akibatnya mereka berasa cepat lapar. Oleh itu, mereka mencuri makanan. Amy dan Ekin merupakan antara pelajar yang agak kuat makan. Kasihan juga apabila terlalu banyak tenaga yang diperlukan untuk latihan vokal, tarian dan seni persembahan, tetapi tenaga mereka tidak dibenarkan untuk ditambah. Apa salahnya mengalas perut dengan roti antara waktu pertengahan kelas.

Kelas Bahasa Inggeris Cikgu Fatimah
Kelas ini merupakan kelas yang amat berguna terutamanya kepada pelajar yang membawakan lagu bahasa Inggeris. Sebagai seorang pendidik, beliau seorang yang amat kena untuk membantu para pelajar dalam memperbaiki sebutan bahasa Inggeris mereka. Dalam sesi latihan bersama Mawi, CIkgu Fatimah banyak memperbetulkan sebutan-sebutan kritikal Mawi. Cikgu turut mengingatkan Mawi agar menyebut setiap perkataan dengan betul agar penonton merasai kesakitan yang dialami olehnya. Hasilnya penonton akan menyukai persembahannya dan tertunggu-tunggu mahukan lebih daripada itu.

Ekin juga diperbetulkan sebutan-sebutan kritikal yang melibatkan beberapa perkataan. Lebih menyulitkan Ekin apabila lagu tersebut merupakan sebuah lagu yang agak rancak. Sememangnya sewaktu latihan semuanya berjalan dengan baik tetapi apabila persembahan sebenar, semuanya hilang. Ekin harus lebih berlatih untuk memperbaiki sebutan-sebutannya.

Curi Makan Lagi
Sekali lagi Ekin dan Amy tertangkap kerana makan. Sudah dua kali mereka tertangkap. Lapar benar agaknya.

Di dapur semuanya senyap dan makan senyap-senyap. Marsha, Reza, Amy dan Kefli. Mereka curi-curi makan roti. Marsha senyap-senyap sambil menyanyi lagu comel itu. Cikgu Ee datang ke dapur dan memiat telinga Marsha.

Kelas Teknikal Vokal Cikgu Shahrul
Nyanyian Akma nampak jelas. Lagunya juga sedap. Saya merasakan lagu ini bukan merupakan masalah yang besar untuk Akma kecuali latihan lontaran vokal perlu dijalankan dengan lebih lagi untuk melatih lontaran vokalnya.

Sebuah lagu yang menyeronokan dendangan Aidil. Saya meletakkan lagu ini sebagai sandaran utama Aidil untuk menyerlahkan dirinya. Saya nampak Aidil agak berusaha lebih keras untuk lagu ini. Nampak kesungguhannya. Bahagian rap yang dicipta oleh Aidil juga agak menarik. Beliau harus membuatkan penonton turut bersama-sama dalam lagunya.

Amy masih menghadapi masalah tempo pada lagu tersebut. Bahagian perlahan lagu tersebut perlu diberikan perhatian agar temponya tidak lari. Saya nampak kesungguhan pada Cikgu Shahrul untuk mengajar Kefli. Kefli harus pandai mengawal kekuatan vokalnya. Beliau sekadar menjerit dan bukannya menyanyi. Contoh yang dibuatkan oleh Cikgu Shahrul juga lebih baik dan perlu dipraktikkan oleh Kefli. Beliau kena bermain dengan vokalnya dan bukan sekadar melontarkan vokalnya.

Yazer dan Felix telah menjumpai hadiah kad untuk Cikgu Linda. Mereka telah diamanahkan untuk merancang kejutan untuk Cikgu Linda sempena hari lahirnya. Pada musim pertama Cikgu Linda mendapat hadiah bunga yang disampaikan oleh Vince sebelum kelas tarian bermula. Selepas itu mereka telah ditegur kerana ada di antara mereka yang mula besar kepala dan tidak mengikut arahan. Pada musim kedua, Cikgu Linda dikejutkan dengan kemalangan yang melanda Farah. Sebaliknya ia merupakan kejutan untuk beliau. Apakah yang akan dilakukan oleh pelajar musim ketiga untuk menyambut hari lahir Cikgu Linda pada kali ini ? Best pula menjadi Cikgu Linda yang tiga tahun berturut-turut hari lahirnya di sambut di dalam Akademi.

Entri oleh sultanmuzaffar 29 June 2005 0 komen

Diari Akademi Fantasia Minggu 05 Episod 05

Diari Akademi Fantasia Minggu 05 Episod 06
Happy Birthday Aidil ! Hari ini hari lahir Aidil yang ke 21. Aidil mengucapkan kata-kata rindu kepada ibunya dan keluarganya melalui kamera. Semua orang tahu hari ini hari lahir Aidil tetapi semua orang buat-buat tidak tahu. Memang nampak suram juga wajah Aidil sambil-sambil beliau berbasikal sebelum waktu sarapan. Yang lain-lain selamba saja makan tanpa menghiraukannya.

Namun demikian, mereka kemudiannya dikejutkan dengan sekotak hadiah. Pelajar lain mengucapkan Selamat Hari Lahir kepada Aidil. Yang pelik apabila kotak hadiah tersebut adalah untuk Felix. Felix sendiri terkejut kerana hari lahirnya ialah pada 3 April. Felix membuka kota hadiah tersebut dan ada seekor semut merah. Memang nampak Aidil tersenyum pahit. Kasihan sungguh. Tidak cukup dengan itu, setiap pelajar lain diminta untuk mencari kotak hadiah yang lain yang ada di dalam rumah tersebut. Semua mendapat sebuah tetapi tiada untuk Aidil. Memang boleh terjejas emosi Aidil sekiranya mengambil serius tentang perkara tersebut.

Kelas Tarian Cikgu Ee
Agak sukar juga koreograf yang direka untuk lagu Reza. Setiap pelajar diajar untuk sama-sama belajar sebuah tarian Melayu. Setiap pelajar memberikan kerjasama yang baik. Kalau dulu Felix dan Mawi sukar untuk menari. Kali ini mereka yang beria-ria. Semacam ada yang tidak kena dengan tarian Kefli. Tidak seperti yang diajar oleh Cikgu Ee pada beberapa hari lepas. Lagu untuk Marsha juga memerlukan mereka menari. Nampak ok juga tarian Marsha.

Selesai latihan, Cikgu Ee turut mengucapkan Selamat Hari Lahir kepada Aidil. Sekali lagi semua pelajar buat-buat tidak tahu sahaja.

Kelas Seni Persembahan Cikgu Marlia
Saya suka dengan gaya Aidil membawakan lagunya. Saya rasa kalau Aidil lebih banyak bergerak dan berikan pergerakan-pergerakan reggae tentunya lebih menarik. Lagu Senyuman Ragamu juga merupakan sebuah lagu yang agak rancak dan memerlukan penyanyi bergerak dan menguasai pentas. Lebih-lebih lagi jika dapat menarik perhatian penonton untuk menari bersama-samanya.

Persembahan Amy masih biasa lagi kerana masih di peringkat awal. Persembahan vokalnya juga masih ada yang sumbang-sumbang. Amy harus merasai menggunakan pengalaman bercintanya untuk menghayati lagunya. Lagu tersebut lagu Sheila Majid dan tentunya merupakan cabaran yang besar untuk memuaskan hati saya sendiri. Seiingat saya Sheila Majid menyanyikan lagu ini dengan perasaan yang agak gembira kerana ia menceritakan pengalamannya bercinta yang melibatkan dua tempat.

Yazer masih belum merasai cinta untuk lagunya iaitu Takdir Penentu Segalanya. Cikgu Marlia menyepitkan rambutnya ke belakang. Sudah beberapa konsert, rambut Yazer adakalanya mengganggu persembahannya. Ekspresi wajahnya tidak jelas kelihatan.

Felix memerlukan lebih banyak bantuan pelajar perempuan dalam persembahannya. Terlalu banyak bantuan seakan-akan mengundang lebih banyak kesilapan dalam persembahannya dan mampu mengganggu persembahannya. Lagu tersebut agak rancak dan sekiranya tidak dikawal dengan baik, persembahan Felix akan menjadi sedikit serabut.

Sekiranya apa yang ditonton dalam persembahan latihan untuk Kefli berlaku dengan baik tentunya ia bakal menjadi sebuah persembahan yang amat baik. Penghayatannya perlu jitu untuk lagu ini.Aksi-aksi yang jarang-jarang kita lihat akan dapat ditonton. Tentunya aksi-aksi tersebut akan memberikan momen persembahan yang tidak akan dilupakan. Nyanyiannya masih jelas sumbang di beberapa bahagian. Kefli tidak sustain note tersebut dengan baik.

Marsha perlu mewujudkan suasana cabaret dalam persembahannya. Tanpa aksi-aksi eksi seperti yang dilakukan oleh Akma, tetapi sekadar aksi yang tidak keterlaluan untuk dipersembahkan. Kalau lebih menarik, sekiranya dijelmakan suasana penari joget zaman-zaman Lantai T.Pinkie di atas pentas. Tentu ia akan menimbulkan nostalgia kepada zaman tersebut.

Seksa juga apabila melihat Mawi dilibas-libas dengan shawl oleh Cikgu Marlia untuk memberikan mood sakit kepada Mawi. Tidak cukup dengan libas, Cikgu Marlia turut mencubit-cubit Mawi. Cikgu Marlia masih belum berpuas hati dengan kualiti persembahan dan penghayatannya. Menurut Mawi bukannya tidak boleh nampak penghayatan sakit, tetapi apabila sakit, liriknya hilang. Logik juga. Mawi mampu membawakan lagu tersebut dengan baik. Nampak kesungguhan beliau. Kali ini nampak Mawi serius untuk belajar mungkin juga kerana Felix tiada berdekatan untuk mengganggu konsentrasinya.

Kelas Teknikal Vokal Cikgu Shahrul
Entah. Tidak tahu pelajaran apa yang mereka pelajari. Apa motif mereka mempelajarinya juga tidak diberitahu.

Aidil tidak memberitahu tentang hari lahirnya kepada sesiapa. Tetapi mereka tahu juga. Aidil mengucapkan rasa rindunya dan turut mengucapkan I Love You kepada ibunya dan keluarganya. Beliau turut mengucapkan rasa rindunya kepada ayahnya sekiranya ayahnya menonton kerana ayahnya tiada Astro.

Entri oleh sultanmuzaffar 0 komen

Sekadar Senyum
Semalam saya agak kehairanan mengapa satu link yang menggunakan Xanga begitu banyak memasuki blog saya. Selalunya Xanga hanya dari Leen yang menulis amat baik dalam Bahasa Inggeris. Tetapi hari ini ia datangnya dari Wong Jin Min.

Ia turut diulas di dalam Gambar – Nizam Zakaria dalam blognya sendiri berkenaan isu yang sama.

Kandungan komen tersebut boleh didapati di sini

Monday, June 27, 2005

WOAH

I was surfing around and i came across malaysia's number 1 blog. It was by this website called MalaysiaTopBlogs. The reliability of it, no comment from me. Moreover, the whole blog is written in Bahasa Melayu.

Im not woahing over the fact that it is DE number one blog (i dont give a rat's ass about blogs and their number of hits)

Neither am i in awe beause of the use of language (im not racist)

It's just that, reading it was like reading my high school's '300 contoh Karangan' book.SPM again. NOOOO!!!!

Freaky.


Komen
Apa salahnya menulis dalam Bahasa Melayu ? Kerana saya tahu pembaca saya dari kalangan komuniti yang mahu membaca dalam Bahasa Melayu. Blog dalam Bahasa Melayu tidak banyak, inikan pula blog yang ditulis dalam bahasa “karangan: seperti yang disebutkan itu. Saya mengambil inisiatif ini untuk menulis dalam Bahasa Melayu karangan agar pembaca berbangsa lain seperti Wong lebih faham apa yang ditulis dan mula meminati bidang seni yang saya cuba popularkan.

Jika hari ini beliau mengidamkan hits yang banyak, InsyaAllah, pada hari ini impian beliau akan menjadi kenyataan. Impian tersebut akan berlarutan selama mana artikel ini tersiar di muka hadapan blog ini. Setelah artikel ini tersimpan di bahagian arkib, beliau harus pula mencari taktik lain untuk mendapatkan hits yang baru. Ia akan berulang lagi sehingga beliau sendiri puas.

Ini bukannya cara untuk Wong mendapatkan publisiti dan hits yang datang secara tiba-tiba. Cara ini sangat MURAH. Agaknya, hari ini Wong turut tersenyum puas kerana hitsnya naik secara mendadak.

Blog saya yang sinonim dengan Akademi Fantasia, maka tidak hairanlah sekiranya blog ini juga boleh menjadikan impian satu realiti. Kecapi impian anda, Wong !

Entri oleh sultanmuzaffar 28 June 2005 0 komen

Diari Akademi Fantasia Minggu 05 Episod 03
Ulasan selanjutnya, sila ke Akademi Fantasia-Coretan Seorang Rakyat Jelata

Diari Akademi Fantasia Minggu 05 Episod 04
Bukan niat tidak mahu menulis, pelawaan sahabat mengatasi segalanya. Filem War Of The Worlds karya Steven Spielberg tidak wajar saya lepaskan. Apabila fikiran telah tepu dengan Computer Generated Image (CGI), maka siaran Diari hanyalah sekadar seperti kembali ke zaman batu.

Ulasan selanjutnya, sila ke Akademi Fantasia-Coretan Seorang Rakyat Jelata

Entri oleh sultanmuzaffar 27 June 2005 0 komen

Diari Akademi Fantasia Minggu 05 Episod 01
Dalam suatu kelas mereka perlu melukis satu lukisan abstrak. Hasilnya masih biasa tetapi ada beberapa yang menarik. Lukisan Akma bertajuk Kehidupanku. Lukisan Felix bertajuk Peritnya Sebuah Kehidupan. Manakala Aidil bertajuk AF3.

Lukisan Reza bertajuk Cenderawasih. Sebuah lukisan yang paling menarik. Lukisannya indah dah kena dengan tajuk lukisan tersebut. Konsep yang dibawa oleh Amy dengan The Maze Cogniton juga agak menarik. Mawi agak klise dengan Menuju Puncak.

Saya paling suka dengan lukisan Kefli bertajuk Menuju Kejayaan dan Ketenangan. Sebuah lukisan yang simple tetapi kena dengan tona warnanya. marsha berkongsi pengalamannya dalam Losing A Best Friend. Yazer berkreatif dengan lukisan bertajuk Aku dan Ekin dengan lukisan Gelombang Diriku.

Selebihnya, sila ke Akademi Fantasia-Coretan Seorang Rakyat Jelata.

Diari Akademi Fantasia Minggu 05 Episod 02
Memang bila dapat duduk di Akademi Fantasia, berat badan akan meningkat dengan mendadak kalau tidak dikawal. Lihatlah apa jadi pada Zahid. Rata-rata pelajr telah meningkat berat badan mereka kecuali beberapa orang pelajar. Mawi meningkat sedikit, begitu juga dengan Yazer. Pelajar perempuan nampaknya mengekalkan berat badan mereka.

Satu Jam
Mereka diberi tempoh satu jam untuk menghafal lagu mereka. Dalam pada itu satu mesyuarat tergempar antara Tenaga Pengajar berlangsung. Ia boleh dilakukan pada tiap-tiap minggu sebagai drill untuk mereka lebih tekun untuk menghafal lagu. Biar sekali-sekala mereka belajar dalam ketakutan. Macam menghafal sifir masa sekolah rendah dulu.

Lagu Baru Minggu 05
Aidil - Senyuman Ragamu (Gerhana Ska Cinta)
Yazer - Takdir Penentu Segalanya (Jamal Abdillah)
Marsha - Bossanova (Pun Sri Saloma)
Felix - Hari Ini Dan Semalam (J.Mizan)
Akma - Camar Yang Pulang (Aishah)
Kefli - Berhenti Berharap (Sheila on 7)
Ekin - Let’s Get Loud (J Lo)
Reza - Ala Emak Kahwinkan Aku (Zainodin Mat Dom)
Amy - Antara Anyer Dan Jakarta (Sheila Majid)
Mawi - Beautiful Maria (Los Lobos)
Amylea - Hak Milik Kekal (Linda Diana Rafar)

Mesyuarat Tergempar
Pada amatan saya, inilah kali pertama saya melihat sebuah mesyuarat antara tenaga pengajar di dalam Akademi Fantasia. Mereka berbincang tentang bagaimana untuk meningkatkan kemampuan pelajar. Sebagai tenaga pengajar mereka mempunyai standard mereka sendiri. Apa yang mereka perhatikan sekarang, bukan standard mereka. Mereka tidak mahu apabila pelajar itu keluar kelak, tenaga pengajar akan dicemuh kerana standard pelajar tidak mencapai tahap yang sepatutnya.

Masalah utama pelajar adalah sukar untuk menggunakan apa yang telah mereka pelajari selama beberapa minggu di atas pentas. Mereka kerap mengulangi kesilapan yang serupa. Saya akui memang sukar untuk membuang tabiat yang telah menjadi kebiasaan mereka sebelum ini dan diperbetulkan dalam jangka masa selama satu minggu. Dalam waktu yang singkat setiap pelajar harus mengaplikasikan apa yang mereka pelajari di atas pentas. Itulah yang tidak menjadi dan masalah utama mereka ialah masa. Mereka telah diberikan pengajaran yang secukupnya tetapi ia tidak berhasil. Antara cadangan-cadangan yang diberikan oleh Pengetua M.Nasir termasuklah latihan intensif atau membiarkan sahaja.

Satu perkara yang diutarakan oleh Cikgu Adnan benar-benar menjentik minda saya selaku penonton Akademi Fantasia. Menurut beliau budaya Fan Club merupakan budaya yang kurang sihat untuk Akademi Fantasia. Budaya Fan Clublah yang sebenarnya telah merosakkan nilai-nilai murni untuk Akademi Fantasia mendapatkan bakat-bakat yang bagus untuk masa hadapan. Saya akui ada benarnya perkara tersebut. Peminat jujur meminati pelajar yang mereka sukai. Tidak salah. Mereka mempunyai standard mereka sendiri tetapi tidak tinggi. Mereka boleh memaafkan pelajar sekiranya mereka membuat kesilapan. Tetapi standard yang diingini oleh para tenaga pengajar lebih tinggi daripada standard peminat. Jika peminat dari Mawi FC boleh memaafkan pelajar kesayangan iaitu Mawi bila beliau lupa lirik, tenaga pengajar tidak boleh memaafkannya kerana mereka harus mencapai standard yang lebih tinggi. Mungkin pada pendengaran tenaga pengajar nyanyian Aidil sumbang, tetapi pada pendengaran Aidil FC, Aidil tidak sumbang. Itu yang membezakan antara Tenaga Pengajar dan Peminat. Standard mereka berbeza.

Pada pendapat saya pula ada beza antara Peminat Fanatik dan FC. FC saya lihat mereka lebih terbuka dan sentiasa menerima pandangan pihak luar. FC kewujudannya dibuat secara teratur. Ini berbeza dengan peminat fanatik yang lebih kepada syok sendiri dan adakalanya meroyan berseorangan seperti contohnya Makcik Terlampau. FC yang wujud sejak zaman Akademi Fantasia 1 hingga 2 lebih profesional pengurusannya. Malangnya Peminat Fanatik yang tiada arah tujuan itulah yang sebenarnya telah merosakkan nilai-nilai murni yang dibawa oleh Akademi Fantasia. Peminat-peminat yang kononnya menggelarkan diri mereka FC cawangan Kulai, FC cawangan Bangsar, FC cawangan Kubang Pasu, FC cawangan Taman Medan ini sebenarnya tidak wujud dan hanya wujud secara syok sendiri. Mereka akan akhirnya terkubur tanpa nesan. Musim lepas, Mas mempunyai beribu FC, ke mana mereka sekarang ? Saya harus menegaskan di sini bahawa ada perbezaan yang nyata antara FC dan Peminat Fanatik.

Saya turut tertarik dengan kenyataan pesimis dari Cikgu Ee yang mana menurutnya tugas tenaga pengajar Akademi Fantasia bukan untuk mencari bintang, tetapi sekadar mengasah bakat pelajar sedia ada. Apa gunanya Akademi Fantasia jika bukan untuk mencari bintang. Bayar mahal-mahal, suruh buat kerja. Cari bintang, bukan sekadar asah.

Satu lagi masalah yang diketengahkan oleh Cikgu Adnan apabila pengkritik tidak menilai pelajar sebagai pelajar. Mereka menganggap pelajar perlu diberi layanan seperti artis. Disinilah pentingnya kehadiran Kudsia Kahar sebagai Pengkritik Tetap yang dapat menyeimbangkan komen-komen yang diberikan oleh pengkritik. Tekanan yang dihadapi oleh pelajar amat besar. Menerima komen-komen yang tidak membina dari Pengkritik lebih membebankan pelajar.

Akademi Fantasia merupakan satu proses pembelajaran bukan sahaja kepada pelajar tetapi juga kepada penonton. Penonton didedahkan dengan persekitaran pelajar dan kesan-kesan kepada persekitaran tersebut. Penonton turut diajar tentang bagaimana menilai pelajar serta mengikuti perkembangan pelajar setiap hari. Sekiranya ada komen dari pengkritik yang tidak berasas, maka secara tidak langsung turut mengelirukan penonton.

Masa yang terlalu singkat iaitu dalam masa satu minggu mereka perlu melunaskan cabaran yang mereka hadapi. Setiap minggu masalah baru akan dihadapi kerana setiap minggu lagu akan berubah. Inilah yang dirasai oleh para penonton. Turut merasai cabaran yang digalas oleh para pelajar.

Selepas Satu Jam
Rata-rata kebanyakan pelajar lulus ujian teknik menghafal lirik lagu itu. Felix agak selesa dengan lagu tersebut maka tidak sukar untuk beliau menghafal lagu itu. Kefli menghadapi masalah yang besar dalam menghafal lirik lagu kerana tidak biasa dengan lagu tersebut. Jelas nampak kekecewaan pada wajah beliau apabila dikatakan tidak mampu menghafal lirik lagu oleh Pengetua M.Nasir. Yazer juga tidak menghadapi masalah yang menghafal lirik lagu. Saya menyukai dengan gaya Aidil membawakan lagu tersebut. Reza kena bergerak untuk lagu tersebut. Mawi menyanyi lagu apa ya ? Pelajar-pelajar lain juga mampu menghafal dengan baik. Pengetua M.Nasir mengingatkan pelajar agar menyukai pada muzik untuk lebih cepat menghafal lirik lagu.

Komen Lagu
Secara keseluruhan pelajar semakin diuji dengan lagu-lagu yang mencabar kecuali beberapa pelajar. Felix contohnya sekali lagi mendapat sebuah lagu lama iaitu Hari Ini Dan Semalam. Konsepnya lebih kurang dengan lagu Berjuta Baru. Yazer cuba diuji dengan sebuah lagu balada pada minggu ini. Marsha didedahkan kepada sebuah lagu lama dan perlu menari pada waktu yang sama. Cabaran untuk Reza ialah membawakan lagu ini sambil bercerita dan mempunyai showmanship yang lebih bertenaga. Pernah terfikir Aidil akan berpeluang untuk membawakan lagu Gerhana Ska Cinta ? Inilah masanya. Cabaran yang paling menjadi tumpuan pada minggu ini tentunya terarah kepada Mawi apabila mendapat sebuah lagu Inggeris iaitu Beautiful Maria. Gemuruh paling besar yang perlu mereka hadapi pada minggu ini apabila perlu melaksanakan cabaran mereka di hadapan lautan manusia di sebuah persembahan konsert secara terbuka. Mampukah mereka melaksanakan tugas mereka sebaik mungkin ?

Spoiler
Sebenarnya sejak akhir-akhir ini, blog ini menjadi tumpuan pembaca untuk meletakkan komen-komen berunsur spoiler kepada umum. Saya sebenarnya kurang menyenanginya kerana ia seakan membunuh minat dan debaran saya. Bayangkan selama tiga musim, saya akan berdebar-debar menantikan hari Isnin untuk mengetahui tajuk lagu yang diperolehi oleh pelajar, tetapi hari ini sekitar jam 3 petang saya sudah mengetahui siapa yang menyanyikan lagu apa. Senarai lagu minggu 4 dan 5 juga telah disenaraikan oleh pembaca yang tidak saya ketahui identitinya pada minggu lepas. Apa pendapat anda berkenaan isu spoiler ?

Entri oleh sultanmuzaffar 25 June 2005 0 komen

Konsert Akademi Fantasia 04 : Felix Versatile, Atie, Anding, Idayu ? Bekas Pelajar UITM dan kini Bekas Pelajar Akademi Fantasia

Konsert 04 AF3

Akademi Fantasia, sebuah rancangan realiti membuat kejutan lagi apabila Idayu tersingkir pada minggu ini. Tidaklah terlalu mengejutkan kerana saya sudah biasa dikejutkan dengan penyingkiran Rosma, Sahri, Zarina, Linda suatu ketika dahulu. Maka, apabila Idayu tersingkir tidaklah terlalu mengejutkan. Ianya sudah dijangka akan berlaku. Persembahan Konsert 04 lebih menyerlahkan Felix sebagai seorang yang versatile. Beliau berbakat besar untuk menjadi seorang penghibur serba boleh. Gelombang Mawi terus-terusan melanda negara dan gegarannya begitu dirasai di Stadium Malawati Shah Alam. Adakalanya saya berharap benar agar Amylea terus menerus berada di bahagian bawah dalam carta sebelum konsert kerana berdasarkan undian simpati, beliau pasti naik selepas konsert. Ini pernah terjadi kepada Farah di Akademi Fantasia 2.

Pada minggu ini juga saya meletakkan Felix dan Mawi sebagai taruhan Pilihan 5 Terbaik saya untuk ke Konsert Kemuncak. Maka terdapat lagi tiga tempat kosong untuk diisi oleh pelajar yang menunjukkan peningkatan yang memberangsangkan. Seperti tahun-tahun terdahulu, ada juga kemungkinan pilihan yang telah masuk ke dalam senarai dikeluarkan kerana tidak mampu untuk menggalas cabaran yang diberikan. Yang nyata, ia adalah pilihan peribadi saya.

Kedudukan Sebelum Konsert
Mawi 24%
Felix 20%
Idayu 6%
Yazer 6%
Marsha 6%
Ekin 6%
Aidil 6%
Amy 6%
Akma 6%
Reza 6%
Amylea 6%
Kefli 6%

Konsert 04 AF3

Pengkritik pada minggu ini terdiri daripada Adlin Aman Ramlie yang kembali semula menggantikan Kudsia Kahar yang tidak dapat bersama-sama pada minggu ini. Komen-komen dari Adlin pada minggu agak kurang menyengat berbanding pada minggu kedua. Bahasa yang digunakan lebih melampau pada minggu ini sehingga boleh menyebabkan kemarahan peminat lalu membalas dengan undian mereka. Komen dari Fauzi Marzuki agak bersesuaian dengan pandangan beliau dari aspek seorang penerbit album. Saya menyukai komen dari Syafinaz yang banyak memberikan tip tentang vokal mereka. Seharusnya Adlin diletakkan sebagai pengkritik tetap pada minggu hadapan. Komen beliau jujur dan berani.

Persembahan konsert pada minggu ini tidak mengikut kedudukan tempat duduk pelajar. Oleh yang demikian, penonton tidak dapat meneka siapakah yang membuat persembahan dan tidak perlu menunggu hingga saat-saat akhir untuk membuat undian. Para peminat juga tidak dapat menunggu giliran pelajar yang mereka gemari untuk ditonton. Para wartawan pun tidak boleh keluar untuk merokok. Sabar ya ! Sesetengahnya penonton yang sudah mengetahui giliran tentunya akan menunggu pelajar kegemaran mereka sahaja.

Persembahan Pelajar
Konsert 04 AF3

Amy - Bilang Saja 5.5/10
Persembahan beliau bermula dengan agak baik. Persembahan vokal Amy juga agak bertenaga. Interaksi beliau dengan kamera juga memuaskan. Pergerakan beliau di atas pentas amat bertenaga tetapi sekadar menguasai pentas tanpa sebab-sebab yang memadai. Beliau turut menggunakan Aznil selaku penari latar dan bijak mengawal suasana. Keyakinan beliau juga tinggi pada minggu ini berbanding pada minggu lepas. Ada peningkatan dalam persembahan beliau. Beliau masih kurang dari aspek karisma sebagai penghibur apabila agak sukar untuk merasai persembahan beliau.

Konsert 04 AF3

Yazer - Nyanyian Serambi 7/10
Betul kata Syafinaz yang vokal Yazer agak kasar sehingga adakalanya kurang kedengaran apa yang beliau nyanyikan. Vokalnya masih biasa sahaja. Yang menyebabkan saya suka dengan persembahan beliau apabila Yazer bijak menguasai pentas dan berinteraksi dengan rakan-rakannya sekaligus menghidupkan persembahannya. Vokal beliau juga harmoni dengan penyanyi latar. Yazer lebih kelihatan menyanyi dan kurang menghayati mesej lagu tersebut. Yazer baru diuji dengan beberapa lagu rock, pop rock dan lagu berirama Malaysia. Kredibiliti beliau dalam Akademi Fantasia masih belum hebat diuji.

Konsert 04 AF3

Akma - L.O.V.E. 6/10
Persembahan yang sepatutnya menyerlahkan lagi x-factor dari Akma tetapi tidak menjadi pada minggu ini. Beberapa minggu yang lepas persembahan nyanyian Akma baik tetapi tiada sebab yang kuat untuk membolehkan saya menonton persembahannya. Beliau masih malu-malu. Saya nampak keyakinan dalam diri beliau akan persembahan vokalnya yang baik. Saya melihat sesi latihan beliau lebih baik daripada malam persembahan konsert. Satu yang kurang dalam sebuah lagu jazz sebegini apabila beliau tidak melakukan scat pada bahagian bridge lagu tersebut hingga nampak kosong. Beliau banyak membelakangkan penonton. Penghayatannya juga tidak begitu konsisten lalu membiarkan penonton tercari-cari apakah elemen persembahannya yang dapat menarik perhatian penonton. Akma harus menggali lagi ke dalam dirinya untuk lebih menyerlahkan lagi karisma penghibur yang ada dalam diri beliau.

Konsert 04 AF3

Kefli - Seksa 3/10
Seksa mendengar lagu ini disumbangkan oleh Kefli. Tiada peningkatan yang dibawa oleh beliau pada minggu ini. Baik sedikit pun dari aspek vokal. Saya cuba untuk menyukai note rendahnya dengan vibrato yang memuaskan. Kefli lebih berhati-hati sehingga mengehadkan penguasaan pentasnya. Pergerakannya juga tidak mengikut tempo lagu tersebut. Sayang sekali persembahan vokalnya kurang kemas. Tiada apa lagi yang mampu saya perkatakan tentang Kefli. Lagu jenis apa yang sesuai dengannya pun saya tidak tahu. Serba tidak kena.

Konsert 04 AF3

Marsha - Tunggu Sekejap 8/10
Saya kagum dengan persembahan vokal beliau. Tone vokalnya agak lancar dan dikawal dengan baik oleh Marsha. Teknik lampu menyerlahkan lagi mood persembahannya. Saya menyukai style yang diangkat oleh beliau dalam lagu ini walaupun dibayangi dengan imej Jaclyn Victor yang masih segar dalam ingatan saya. Saya kagum dengan karisma yang ada dalam diri beliau yang mampu membuatkan saya terpaku dan mengikuti persembahannya sehingga tamat. Marsha saya lihat mempunyai peluang untuk menonjol di minggu-minggu akan datang.

Konsert 04 AF3

Felix - Aku Semut Merah 8.8/10
Apa yang saya lihat dalam persembahannya adalah sebuah persembahan yang menghiburkan dengan mutu vokal yang baik. Sesetengah penghibur boleh menghibur tetapi mempunyai mutu vokal yang biasa. Ini selalunya ada kepada pelawak. Tetapi Felix boleh menyanyi dan menghibur dengan baik. Beliau mempunyai karisma yang tinggi untuk menghiburkan penonton. Ekspresi wajahnya konsisten dan kena untuk sebuah lagu dangdut. Pergerakan geleknya dikawal dengan baik dan tidak keterlaluan untuk mengumpan jeritan penonton. Amat memadai. Nyanyiannya disampaikan dengan baik dan beliau pandai menyesuaikan lagu tersebut dalam menyampaikan mesejnya. Nyanyian dangdut memerlukan teknikal yang tinggi kerana lenggoknya amat berbeza dengan lagu-lagu biasa. Itu kelebihan Felix apabila mampu menvariasikan bakatnya untuk menjadi lebih versatile. Felix berkelayakan untuk masuk sebagai salah seorang Top 5 pilihan saya.

Konsert 04 AF3

Reza - Senandung Semalam 4/10
Saya tertarik dengan cara beliau mencuba untuk membawakan lagu tersebut dengan gayanya yang tersendiri. Beliau cuba mencipta identiti yang tersendiri dalam lenggok lagu tersebut. Beliau cuba mengawal vokalnya dan sedikit berjaya pada pandangan saya. Tetapi pada pertengahan lagu tersebut beliau seakan hilang arah dan menjadi tidak tentu arah. Gerak-gerak ballet yang beliau cuba lakukan menyakitkan mata tanpa ada makna yang boleh disampaikan. Lagu yang sedap seperti Senandung Semalam menjadi kucar kacir apabila bahagian tinggi. Vokal Reza tidak begitu kemas. Saya harus puji penghayatan beliau dan mimik muka beliau yang sedaya upaya menyampaikan mesej lagu tersebut. Sebenarnya Reza sudah pun mendapat lagu yang bersesuaian dengan keupayaan vokal beliau tetapi nyanyiannya hambar. Beliau terlalu banyak mencuba untuk melakukan perkara yang di luar lingkungan nyanyian. Beliau bukan taruhan yang terbaik untuk Pilihan 5 Terbaik saya.

Konsert 04 AF3

Ekin - Antara Dua 5/10
Saya akui lagu ini sebuah lagu yang sukar. Lebih sukar kerana saya menyukai Farah. Apa yang membuatkan saya menonton persembahan Ekin adalah kerana pergerakan badannya yang menarik. Penguasaan pentasnya baik dan beliau bijak berinteraksi dengan penonton dan kamera. Sayang sekali persembahan vokal beliau tidak cemerlang seperti yang saya harapkan. Stamina beliau masih belum cukup baik untuk membawakan sebuah lagu yang penuh bertenaga ini. Vokalnya tidak kemas dan tidak begitu jelas kerana teknik pernafasan yang hancur. Kejutan kemunculan Osman Kering dan Harun Salim Bachik sedikit menggugat tumpuannya. Memang sukar untuk menyanyi dan menari dalam satu masa dan tumpuan Ekin banyak terganggu dengan nyanyiannya. Persembahan Ekin masih biasa dan tidak dapat membuktikan apa-apa.

Konsert 04 AF3

Idayu - Tiada Lagi Tangisan 8.3/10
Saya tertarik dengan persembahan vokal beliau yang begitu konsisten sejak minggu pertama. Penghayatan beliau juga baik. Kelebihan Idayu adalah mutu dan teknik vokal beliau yang mantap dan bertenaga. Corak persembahannya juga agak minimal dan tidak mencuba untuk melakukan gerakan yang bukan-bukan. Kawalan vokal beliau juga bagus terutama pada bahagian tinggi. Emosi lagu tersebut sampai kepada saya. Saya mahu melihat identiti Idayu agar lebih menyerlah pada minggu hadapan tetapi sayangnya kemaraannya terhenti pada minggu ini. Identitnya masih belum diserlahkan lagi dan beliau masih tercari-cari identiti yang sesuai dengannya.

Konsert 04 AF3

Amylea - Don’t Know Why 8.9/10
Melihat beliau duduk bersimpuh, saya terbayang Fantasia Barrino untuk lagu Summertime dan dengan warna baju yang sama dengan Amylea. Keberanian membawakan lagu tersebut sambil duduk bersimpuh harus dipuji. Permulaan yang mengkagumkan. Beliau nampak selesa dengan lagu tersebut kerana lagu tersebut adalah forte beliau. Saya suka dengan aksi dan pergerakan beliau yang simple tetapi indah dipandang. Kekurangan utama pada persembahan Amylea ialah apabila emosi lagu tersebut tidak begitu sampai kepada penonton. Amylea pada saya telah memberikan persembahan yang terbaik pada malam itu berdasarkan mutu vokal beliau. Beliau harus diberikan sedikit pendedahan untuk lebih menyerlahkan personaliti beliau di dalam Diari Akademi.

Konsert 04 AF3

Aidil - Suratan Atau Kebetulan 2/10
Nyanyian Aidil sumbang. Cubaan beliau untuk memberikan sedikit sentuhan tersendiri tidak menjadi. Penghayatannya tidak konsisten. Saya tidak pasti sama ada Aidil menyanyi atau bercakap. Saya akui lagu tersebut lebih kepada bercerita dan menjadi sedikit mendatar. Beberapa kali tempo lagu tersebut seakan tidak kena dengan nyanyiannya. Kedengaran Aidil terkejar-kejar mengejar ritma lagu tersebut. Corak persembahannya minimal dan tidak banyak pergerakan yang menyukarkan. Emosi lagu tersebut tidak sampai kepada saya. Sebuah persembahan yang mendatar. Aidil seharusnya menggunakan peluang yang ada untuk mengasah vokalnya di masa akan datang. Sudah empat minggu dan persembahan yang ditampilkan amat membosankan.

Konsert 04 AF3

Mawi - Nourel Ain 8.5/10
Saya tertarik dengan sebutan beliau yang jelas untuk lagu tersebut. Bait-bait lirik lagu Arab tersebut disampaikan kepada penonton satu persatu. Mawi sendiri nampak selesa dengan nyanyiannya. Interaksinya dengan penari latar juga meyakinkan dan cuba mencipta jeritan penonton untuk terus mengikuti persembahannya. Saya nampak perubahan besar yang dibawa oleh mawi adalah gerak tariannya yang semakin meyakinkan. Gerakan tariannya sungguh sharp terutama pada penghujung lagu tersebut sebelum tamat lagu tersebut. Synchronization antara mawi dan penari latar amat bagus. Beliau perlu mengasah lagi vokal yang ada pada beliau agar dapat divariasikan lagu untuk pelbagai genre lagu. Karisma beliau baik di dalam Diari Akademi mahu pun Konsert Akademi adalah sebab mengapa pengundi setia bersamanya. Mawi turut mendapat sokongan padu dari Makcik Terlampau.

Menuju Puncak
Tiada apa yang kurang dalam lagu Menuju Puncak selain tariannya yang semakin hambar. Ini baru minggu keempat saya sudah dapat melihat yang tarian lagu menuju Puncak satu yang hambar. Memang geraknya mudah kerana banyak bahagian yang kosong dan pelajar hanya perlu berpusing tanpa gerak-gerak yang sukar. Lama-kelamaan geraknya menjadi sesuatu yang bosan untuk ditonton. Menonton dari Tingkat Satu, saya dapat melihat koreografi tarian tersebut secara keseluruhan dan berbeza apabila menonton di Arena kerana kepala perlu terdongak-dongak untuk menyaksikan mereka beraksi. Saya mengharapkan tarian Menuju Puncak perlu diubah memandangkan pelajar yang sedikit keras seperti Mawi dan Felix telah pun dapat menyesuaikan diri dengan gerakan tersebut. Maka inilah masanya yang paling sesuai untuk melihat sebuah lagi tarian Menuju Puncak yang lebih sukar dan tidak hanya pusingan 360 darjah tanpa makna.

Keputusan Penyingkiran
Terlalu banyak teori timbul menjelang penyingkiran malam itu. Kebanyakan teori-teori tersebut bermula dari blog ini dan ditinggalkan di bahagian komen pada sekitar minggu lepas. Bermula dengan Teori EFA iaitu nama awal untuk pelajar yang tersingkir iaitu Edlin, Fitri dan Anding. Maka untuk Akademi Fantasia 3, nama Elliza, Fuad dan pelajar yang mempunyai awalan A turut menjadi perhatian. Nama Amy, Amylea, Akma dan Aidil menjadi taruhan mereka. Malangnya ia tidak menjadi kenyataan. Sebaliknya mereka terselamat dari teori-teori tersebut. Maka pelajar yang selainnya pula menjadi mangsa.

Nama-nama Marsha, Idayu, Ekin, Mawi, Felix, Reza, Kefli dan Yazer pula dijadikan sandaran mereka. Siapakah pula yang menjadi mangsa ? Ku sangkakan pelajar lelaki akan dipanggil ke hadapan, tetapi rupanya mereka terselamat. Reza dan Kefli terselamat pada minggu ini. Tinggal 3 pelajar perempuan iaitu Ekin, Idayu dan Marsha. Amat sukar untuk melepaskan Idayu kerana kehebatan vokal beliau. Amat sukar untuk melepaskan Marsha kerana kemanjaan yang dibawa olehnya di dalam Akademi dan amat sukar untuk melepaskan Ekin kerana personaliti senang yang dipancarkan oleh beliau. Tetapi itulah yang telah ditentukan oleh para pengundi. Kita sama-sama mengundi pelajar yang kita ingin lihat meneruskan penguasaan di peringkat seterusnya. Yang menjadi soal sekarang, hanyalah bilangan undi yang kita hantar untuk memberikan nadi kepada pelajar-pelajar tersebut. Jika diimbas kembali Akademi Fantasia 1, Atie telah tersingkir pada konsert ini dan Anding pada Akademi Fantasia 2. Mereka merupakan bekas pelajar UITM. Apakah Idayu ? Ya, akhirnya Idayu diumumkan sebagai pelajar ketiga yang tersingkir dari Akademi Fantasia.

Apakah persamaan yang dibawa oleh Burn dan Zarina ? :) Jom ramal !

Ranking sultanmuzaffar
Amylea - Don’t Know Why 8.9/10
Felix - Aku Semut Merah 8.8/10
Mawi - Nourel Ain 8.5/10
Idayu - Tiada Lagi Tangisan 8.3/10
Marsha - Tunggu Sekejap 8/10
Yazer - Nyanyian Serambi 7/10
Akma - L.O.V.E. 6/10
Amy - Bilang Saja 5.5/10
Ekin - Antara Dua 5/10
Reza - Senandung Semalam 4/10
Kefli - Seksa 3/10
Aidil - Suratan Atau Kebetulan 2/10

Imbasan 04 Akademi Fantasia
Tetamu : Adlin Aman Ramlie, Syafinaz dan Fauzi Marzuki
Tetamu Khas : Idayu, ibunya dan kakaknya
Persembahan : Percayalah

Konsert 05 Akademi Fantasia
Konsert 05 akan berlangsung secara terbuka di lokasi luar dan masuk adalah percuma kepada semua peminat Akademi Fantasia dan juga Ahli Parlimen. Konsert tersebut akan diadakan di Dataran Putrajaya, Boulevard, Precint 3, Putrajaya. Pengumuman tersebut sebenarnya telah disiarkan di blog ini sekitar minggu lepas dan tiada siapa yang mengambil endah kerana menyangkakan ia adalah suatu gossip. Semalam, ia menjadi kenyataan.

Kedudukan Undian Selepas Konsert
Mawi 24%
Felix 20%
Yazer 7%
Amylea 7%
Marsha 6%
Kefli 6%
Ekin 6%
Amy 5%
Akma 5%
Reza 5%
Aidil 5%
Idayu 5%

Kredit Foto : www.astro.com.my