Undilah

SULTANMUZAFFAR (26 Februari 2002 - sekarang)

Seorang blogger, pelayar internet, penyelam scuba dan penagih tegar televisyen dan Wii. Melihat seluruh dunia di laman blog menerusi kamera DSLR dan kacamata tebalnya (kadang-kadang kanta lekap).

Mengkritik tidak bererti menentang, menyetujui tidak semestinya menyokong, menegur tidak bermakna membenci, dan berbeza pendapat adalah kawan berfikir yang baik.

Penafian Dato’ Khalid

Entri oleh sultanmuzaffar 16 September 2008 0 komen

Semalam, Dato’ Seri Khalid Mohamad Jiwa menafikan khabar angin yang tersebar mengenai hubungannya dengan bekas pramugari yang kini hangat diperkatakan.

Secara berseloroh, Siti Nurhaliza sempat memintanya bersumpah di hadapan para wartawan media yang hadir ke Majlis Berbuka Puasa & Pengenalan Artis Baru Siti Nurhaliza Productions.

Sambil meminta agar wartawan tidak terpengaruh dengan khabar angin tersebut, beliau turut melahirkan kekecewaannya berhubung khabar angin itu.

Lebih-lebih lagi apabila 99% dari masanya adalah bersama penyanyi tersohor itu. Cuma sekali-sekala keluar untuk urusan perniagaan.

Di majlis yang sama, Siti Nurhaliza turut memperkenalkan artis baru syarikatnya ialah Sairah, Saida dan Coda.


Blogger Nuffnang Berkongsi Rasa

Entri oleh sultanmuzaffar 0 komen

Hari Sabtu lepas saya dijemput oleh Nuffnang untuk hadir ke Nuffnang Sharing Session di The Apartment Downtown KLCC. Selain saya, blogger lain yang turut dijemput sama ialah RedMummy.

Kami diminta untuk berkongsi dengan pembaca blog yang lain berkenaan amalan berpuasa. Menariknya yang hadir bukan sahaja blogger Melayu, tetapi juga blogger Cina dan India. Saya melihat jurang perbezaan agama bukanlah penghalang untuk sesebuah aktiviti sebegini diadakan.

Malaysia telah banyak berubah, cuma yang masih takut kehilangan tongkat yang hidup dalam ketakutan. Itu pandangan saya. Kami berbuka puasa bersama. Walaupun blogger lain boleh makan dahulu tetapi mereka menghormati mereka yang berpuasa.

Berbuka di The Apartment tidak banyak bezanya dengan berbuka di tempat lain. Bulan puasa ini saya masih belum menghabiskan duit untuk membayar bayaran berbuka puasa ala buffet yang banyak di Kuala Lumpur. Seperti kata TPM Najib Tun Razak…ubah gaya hidup. Saya pun ubah gaya hidup saya.

Saya hanya akan pergi apabila ada jemputan ke majlis berbuka yang diadakan sewaktu bekerja. Makanya hidangan berbuka saya pada malam itu adalah percuma seadanya.

Hidangan makan yang disediakan juga cukup menarik. Memandangkan saya sudah kenyang, saya hanya makan hidangan desert sahaja. Apple Crumblesnya cukup enak. Dua kali juga saya tambah.

Mereka tanya saya kenapa memulakan makanan dengan dessert ? Saya katakan pada mereka, memang sepatutnya berbuka harus didahulukan dengan hidangan yang manis-manis seperti buah kurma.

Saya cuba untuk lebih menerangkan pada mereka apa yang mereka tidak tahu. Mereka tanyakan juga kepada saya tentang bila waktu berbuka yang sesuai. Saya katakan pada mereka apabila mendengar azan Maghrib, harus dipercepatkan berbuka.

Mungkin kerana terbuka topik azan, saya tidak dapat tidak untuk bertanyakan kepada mereka tentang azan. Apakah benar ia mengganggu khalayak sekiranya ia dilaungkan. Mungkin kerana saya sendiri tidak mengikuti isu yang sekarang diperbesar-besarkan dengan teliti. Hanya membacanya sambil lalu. Yang mana betul pun saya tidak tahu.

Mungkin juga akhbar Utusan hanya berdegar-degar dengan polemik tersebut. Lebih-lebih lagi dalam keadaan negara sekarang yang nampak jelas tidak tenang dengan pelbagai isu.

Selepas berbuka, kami naik ke tingkat atas untuk sesi berkongsi rasa. Kami duduk dalam satu bulatan. Ada Melayu, ada Cina, ada India dan ada Mat Salleh. Seorang pensyarah dari Universiti Monash, Sunway. Tiada masalah, tanpa rasa gundah atau tercalar di hati masing-masing.

Saya memulakan bicara saya dengan sedikit jenaka untuk meredakan rasa gemuruh. Sudah menjadi lazim, apabila berdepan dengan pendengar saya hilang kata-kata. Saya katakan pada mereka. Saya melihat semua blogger dari pelbagai bangsa boleh duduk di sini malam itu, saya fikirkan beri blogger sahajalah yang menguruskan negara ini. Mereka nampak gembira.

Memang sukar untuk berbicara di hadapan mereka yang rata-ratanya saya temu pertama kali. Ada yang berkata saya pendiam. Itu lumrah. Saya akuinya. Saya lebih tenang sekiranya mereka bertanyakan saya soalan.

Setiap soalan saya jawab dan saya berpuas hati. Rata-rata mereka mahu mendapatkan nasihat bagaimana untuk menjadi sultanmuzaffar. Tidak banyak soalan tentang puasa. Elok juga. Banyak pula cerita yang tidak elok terdedah kelak.

Berkongsi rasa dengan RedMummy yang pertama kali saya temui. Seingat saya itulah kali pertama saya bertemunya. Saya kagum melihat usahanya untuk menjadikan blognya dikenali. Sehari dalam lapan entri sekaligus. Saya sendiri tidak mampu berbuat demikian. Segala gambar dirakamkan.

Berkongsi rasa dengan blogger-blogger yang hadir memang agak sukar untuk saya ingati satu persatu. Dari pelajar berusia 17 tahun hinggalah yang berumur 30an yang saya jangkakan rata-ratanya baru bertemu pertama kali. Ada yang kaki gambar, kaki jenaka dan pelbagai jenis ragam manusia ada pada malam itu.

Paling menarik apabila mendengar luahan seorang blogger mengenai seorang pembaca berita Astro AWANI. Dia meluahkan kebenciannya terhadap seorang pembaca berita ini dan menyarankan saya saja yang membaca berita. Hahaha. Tidak kurang juga mereka yang menonton AWANI dan menyukai segmen Analisis AWANI.

Saya bertuah kerana mengenali mereka. Walaupun berbeza agama, berbeza bangsa, berbeza peringkat umur, berbeza pandangan politik, kami blogger boleh duduk bersama berbicara mengenai dunia yang kami hidupkan…dunia blogging di Malaysia.

Kepada semua rakyat Malaysia, saya mengucapkan Selamat Hari Malaysia !

Blogger yang hadir :
Lawat blog mereka di sini dan baca pandangan mereka tentang acara kongsi bicara baru-baru ini.
themindofleoraj.blogspot.com
http://www.julianhopkins.net/
roflina.blogspot.com
youcanfindme.blogspot.com
arifsblackbook.blogspot.com
justmymemorabilia.blogspot.com
30jalanf3.blogspot.com
themakingofazzazfar.blogspot.com
http://www.xsydz.com/
myasefia.blogspot.com
takes5.firdauz.my

Nota : Blogger yang tertinggal, sila beritahu ya.









88DB - Iklan Cara Senang

Entri oleh sultanmuzaffar 10 September 2008 0 komen

Retorik mengatakan untuk merekabentuk iklan bukan satu kerja yang mudah adalah satu kesilapan yang besar. Lebih-lebih lagi untuk merekabentuk iklan yang dapat menarik perhatian pengguna. Dengan daya kreativiti yang ada pada pereka, sesebuah iklan akan menjadi lebih menarik. Untuk itu, mencipta iklan yang terbaik sangat perlu.

Anda mungkin penawar perkhidmatan seperti penggunting rambut, jurusolek, katering, jurugambar professional, agen pelancongan, guru tuisyen, pencuci bangunan, pereka dalaman, jurujual hartanah, jurujual skim cepat kaya, khidmat pencari kerja dan bermacam-macam lagi perkhidmatan yang ada. Ini peluang anda untuk mereka, menang dan peluang melancong menjadi milik anda.

Saya berani. Saya tawarkan perkhidmatan saya. Menjadi seorang peragawan untuk penggambaran di dasar laut. Saya juga telah menyiapkan iklan saya. Mana tahu kalau-kalau ada peluang untuk melancong ke Bali. Saya pun teringin mahu menyelam di Bali.

Untuk menjana idea iklan yang terbaik, ada pulangannya. Pereka iklan kini berpeluang untuk melancong ke Bali selama 4 hari, tiga malam untuk dua orang. Tempoh percutian adalah pada 15 Februari hingga 31 Mac 2009. Itu tidak termasuk sebuah pemain DVD Philips.

Selain daripada itu, 10 pemenang mingguan bertuah akan memenangi 10 buah pemain PSP sepanjang 10 minggu. Peraduan ini berjalan mulai 21 Julai hingga 29 Oktober 2008.

Kalau tidak dapat ke Bali, sekurang-kurangnya saya masih berpeluang untuk memenangi pemain PSP. Memang trend anak muda sekarang memiliki PSP, selain iPod. Boleh juga bermain permainan PSP sambil-sambil bekerja atau pun sewaktu bercuti di mana-mana.

Caranya mudah sahaja. Anda hanya perlu mendaftar sebagai ahli 88DB, sebuah portal yang menyediakan pelbagai perkhidmatan di bawah satu bumbung. Anda kemudiannya perlu mengepos iklan yang telah anda reka di mana-mana saluran yang mempromosikan produk atau servis yang anda tawarkan.

Saya sudah mendaftar. Ambil masa sangat singkat. Nama yang saya gunakan ialah sultanmuzaffar. Jadi kalau anda mendaftar, anda boleh mengundi saya secara online. Jangan lupa undi ya.

Pemenang akan dipilih berdasarkan undian yang dibuat secara online untuk iklan paling kreatif di 88DB Interact mulai 31 Julai. Jika anda menang, hadiah yang tersebut bakal menjadi milik anda.

Keputusan pemenang mingguan yang telah diumumkan akan dibuka untuk undian pada 19 November hingg 28 November 2008 untuk berpeluang memenangi hadiah utama.

Perhatian untuk pereka ! Anda boleh klik http://my.88db.com/my/HTML/en-us/indexmkt/superb10/sample_ad.html untuk melihat sampel iklan yang telah direka. Maklumat lanjut boleh diperolehi di http://my.88db.com/my/HTML/en-us/indexmkt/superb10/index.html.

Saya sudah memberanikan diri menawarkan perkhidmatan saya. Ini iklan saya. Kalau saya boleh, anda pun boleh juga.

IKLAN SULTANMUZAFFAR
http://my.88db.com/my/Services/Post_Detail.page/sports_fitness/outdoor_sports/?PostID=151700

Tunggu apa lagi !

rocky's bru: A. Samad Ismail, 24 April 1925-4 Sept 2008

Entri oleh sultanmuzaffar 05 September 2008 0 komen


Saya pernah memegang peranan sebagai Leman dalam teater Rumah Kedai Jalan Seladang sekitar bulan April 2003. Karya asal tersebut ditulis oleh A.Samad Ismail dan diadaptasi ke dalam bentuk teater oleh Johan Jaafar.

Pak Samad orangnya unik. Berbisa. Orang kata watak Leman itu ditulisnya berdasarkan wataknya sendiri. Apakah saya telah berjaya melakukannya ? Jujurnya, saya anggap lakonan saya dalam Rumah Kedai Jalan Seladang masih banyak yang kurang.

Itulah kali pertama saya ke pentas teater dan kali terakhir saya melakukannya. Tentu ada sebabnya.

Semalam, Pak Samad pergi meninggalkan kita. Satu kehilangan yang tiada gantinya.

Al-Fatihah

Ulasan Rumah Kedai Jalan Seladang
Bedah Siasat Rumah Kedai Jalan Seladang
Jujur

Masih Berfikir Lagi

Entri oleh sultanmuzaffar 03 September 2008 0 komen

Dua hari saya cuti. Mulai hari ini dan esok. Tidak banyak yang boleh dilakukan. Selain sedang berfikir dalam-dalam dan bersantai di rumah menonton televisyen, itu sahaja yang mampu dilakukan.

Saya masih lagi memikirkan sama ada mahu ke Pulau Sipadan sekali lagi hujung tahun ini. Ikut perancangann teman-teman diving, mereka mahu bertolak pada 10 Disember depan. Saya masih menunggu ilham datang untuk menjengah Sipadan sekali lagi.



Memang terasa rindu dengan pulau tersebut. Jika Jun lepas saya dive dengan diver-diver yang tidak saya kenali, perjalanan Disember ini akan disertai dengan teman-teman yang memang satu kepala.

Harga tiket penerbangan ke Tawau menaiki Air Asia hanya RM570 sahaja termasuk Checked-In Baggage dan XPress Boarding.

Dalam memikirkan sama ada mahu ke Sipadan sekali lagi atau tidak, saya masih tidak pasti sama ada perjalanan ke Manado berjaya. Juga untuk diving, dikhabarkan ianya dirancang pada bulan Oktober, selepas musim cuti raya tahun ini.



Saya masih berfikir-fikir.

Apa agaknya kejutan yang mahu saya lakukan di Sipadan dan mungkin juga di Manado kelak. Jika di Pulau Redang, saya mengenakan seluar jeans 501. Di sana kelak, saya mahu mencuba tanpa baju !


Dalam pada sedang memikir-mikir, saya telah merancang untuk bercuti lagi pada bulan April tahun depan. Masih belum memikirkan lokasinya. Mungkin Bali dan kalau saya gila, saya akan ke Pulau Sipadan lagi.

Saya ke klinik pagi tadi. Damn ! Kena satu suntikan. Doktor minta saya minum banyak air.

Kredit Foto : Shonny Loh

Bila M.Nasir Main Golf

Entri oleh sultanmuzaffar 31 August 2008 0 komen









Demam Permatang Pauh

Entri oleh sultanmuzaffar 24 August 2008 0 komen

Hari Selasa ini merupakan hari cuti umum khas untuk negeri Pulau Pinang sahaja. Saya tidak menjadi pelancong politik ke Permatang Pauh. Bagi yang tidak berpeluang ke sana dan mahu merasa bahang kemeriahan Pesta Permatang Pauh, boleh melayari blog Tukar Tiub karangan Saudara Isham.

Menariknya, apabila ia dikemaskinikan hampir setiap jam seakan-akan Permatang Pauh mempunyai kemudahan wireless persis Wireless KL.

Berikut merupakan salah satu entri tulisan beliau.

AMARAN! APA YANG JANGAN DILAKUKAN DI PERMATANG PAUH
Pelancung politik semakin menyesak di Permatang Pauh. Jadi di sini adalah beberapa pekara yang perlu di beri perhatian teliti:

1 -Kalau hendak mendengar ceramah Anwar dan tersesat jalan di Permatang Pauh jangan sesekali bertanya di pondok yang ada lencana keris atau gambar dacing. Bahaya nanti patah gigi.

2 - Kalau hendak mendengar "stand comic Mat Ezam dan 40 Penyamun" jangan memakai baju T bercap kepala Anwar. Bahaya.

3 - Kalau hendak makan satay dan laksa percuma sila cari tempat orang yang paling sikit berkumpul. Pasti ada satay dan laksa.

4 - Apabila berjumpa anak muda yang memakai baju T bercap Anwar jangan tanya "malam ini Ezam berceramah di mana?" Bahaya.

5 - Kalau jumpa ular dan Mat Ezam jangan sesekali ketuk kepala ular. Ular adalah umat yang Maha Esa. Sayangi binatang liar. Kalau ular ini besar berikan Ezam untuk dijadikan makanan ular.

6 - Kalau mendengar ceramah Najib jangan sesekali bertanya "ibu negara Mongolia apa namanya?" Bahaya.

7 - Kalau mendengar ceramah Najib jangan sesekali bertanya "di Permatang Pauh ini ada kapal selam ke?" Bahaya.

8 - Kalau mendengar ceramah Malaysian Indian United Party jangan bertanya "Nala Kurapan itu kena penyakit kurap ke?" Bahaya.

9 - Kalau pergi ke pondok yang ada logo bulan jangan sesekali bertanya "Hadi yang nak jadi PM tu pandai ke cakap Mat Salleh?" Bahaya.

10 - Kalau pergi kedai Bundle dan nak tawar menawar harga memang hendak kena belangkong.


Kawan-kawan blogger saya sudah terjun ke pentas lakon. Selain sang blogger mula berjinak-jinak dengan dunia, sang pelumba lari juga tidak mahu ketinggalan. Pelari negara juga mahu terjun ke pentas lakon. Satu percubaan yang berani.

Jangan ketinggalan untuk menyaksikan Teater 2 Jam Sebelum Sultan Alaudin Syahid Diracun.

Untuk maklumat lanjut, sila klik : http://asasinema.wordpress.com/


Kenangan OREO Anda...

Entri oleh sultanmuzaffar 23 August 2008 0 komen

Jika bercakap mengenai Oreo, memang saya merupakan antara jutaan manusia yang pernah makan biskut kegemaran ramai itu. Saya mungkin pernah makan biskut tersebut beberapa kali, mungkin juga beratus kali. Jika ditanya saya, pastinya saya tidak mengingati saat paling diingati sewaktu memakan biskut tersebut.

Mungkin kerana saya seorang yang tidak kuat makan atau mungkin juga tidak banyak perkara menarik yang saya ingat tentang biskut tersebut. Tetapi sesetengah orang lain pasti membawa banyak kenangan tentang biskut tersebut.

Jika diberikan pilihan, saya masih belum berkeyakinan besar untuk menjadikan biskut OREO seperti gambar di bawah ini. Sesetengah manusia seperti di laman web shanalogic mampu membuat kejutan dengan rekabentuk OREO.



http://shanalogic.com/

Bukan sekadar rantai, anting-anting juga boleh dibuat dengan biskut OREO. Ianya sesuatu yang kreatif, saya kira. Lebih menakjubkan, seperti gambar di bawah ini. Apakah anda mahu menukar rekaan kereta anda menjadi seperti gambar ini ? Jika anda berani melakukannya, pasti anda seorang yang sangat hebat. Kerana saya sendiri tidak berani untuk melakukannya. Jika saya melakukannya sekali pun, pasti saya mahukan bayaran yang setimpal.


http://www.jayski.com/

OREO mungkin telah meninggalkan banyak kesan kepada anda. Keberanian mereka melakukannya, amat terpuji. Apa kenangan OREO yang masih melekat dalam minda anda ?

KL HopOnHopOff Tour

Entri oleh sultanmuzaffar 22 August 2008 0 komen

Image Hosted by ImageShack.us
Exposure Info: Canon EOS 450D, ISO 400, f/14, 1/1250 sec

Image Hosted by ImageShack.us
Exposure Info: Canon EOS 450D, ISO 400, f/10, 1/1250 sec

Image Hosted by ImageShack.us
Exposure Info: Canon EOS 450D, ISO 800, f/8, 1/320 sec

Image Hosted by ImageShack.us
Exposure Info: Canon EOS 450D, ISO 800, f/14, 1/320 sec

Image Hosted by ImageShack.us
Exposure Info: Canon EOS 450D, ISO 800, f/8, 1/640 sec

Image Hosted by ImageShack.us
Exposure Info: Canon EOS 450D, ISO 800, f/8, 1/3200 sec

Image Hosted by ImageShack.us
Exposure Info: Canon EOS 450D, ISO 800, f/14, 1/250 sec

Image Hosted by ImageShack.us
Exposure Info: Canon EOS 450D, ISO 800, f/10, 1/500 sec

Image Hosted by ImageShack.us
Exposure Info: Canon EOS 450D, ISO 800, f/8, 1/800 sec

Sean Ghazi 'Live' at The Marquee, Carcosa Seri Negara

Entri oleh sultanmuzaffar 15 August 2008 0 komen

Persembahan di The Marquee, Carcosa Seri Negara
1. Boleh Sean ceritakan dari mana mendapat ilham untuk mengadakan persembahan di Carcosa Seri Negara ini ? Konsep persembahan malam ini pula bagaimana ?

2. Benarkah tanggapan masyarakat yang Sean Ghazi hanya mahu muncul di persembahan-persembahan eksklusif sahaja ?

3. Tentunya ada sebab utama memilih Liza Hanim dalam persembahan kali ini ?

Isu Industri Muzik
1. Selepas dua tahun mencetuskan kelainan pada muzik tempatan dengan album "Semalam", ada merancang untuk album terbaru ? Gala TV difahamkan ia merupakan kolaborasi bersama Liza Hanim.

2. Nampaknya Sean lebih tertumpu kepada menyanyikan muzik tribute penyanyi-penyanyi legenda seperti Tan Sri P.Ramlee, Sudirman Hj Arshad, Anneke Gronloh dan lain-lain lagi. Mengapa ?

3. Bagaimana dengan konsert dua malam yang sepatutnya diadakan di Dewan Plenari Pusat Konvensyen Kuala Lumpur yang tertangguh itu ?

4. Benarkah penajaan dari syarikat korporat tempatan sukar untuk diperolehi oleh pemuzik tempatan untuk mengadakan konsert ?

5. Teknologi media baru berkembang dengan pesat sekarang, sekaligus memperlihatkan kelembapan dalam penjualan album secara konvensional. Apakah usaha-usaha yang akan dilakukan oleh Sean untuk seiiring dengan perkembangan teknologi ini ?

6. Ucapan untuk Ulangtahun Pertama Astro AWANI dan Ulangtahun Kemerdekaan Malaysia ke 51.

Kuota 90:10
1. Kuota 90:10 penyiaran muzik tempatan di stesen radio tempatan, apakah langkah tersebut akan membantu industri muzik Malaysia yang kian tenat ?

2. Apa yang boleh kita pelajari dari muzik Indonesia yang kini sedang menguasai pasaran muzik tempatan ?

3. Bagaimana mahu menghasilkan muzik yang seimbang dari aspek seni dan komersial kerana ia penting kepada negara dan peminat muzik itu sendiri ?

Surat Dari Pencinta Muzik

Entri oleh sultanmuzaffar 13 August 2008 0 komen

Nota : Di laman web Murai.com.my ada menyenaraikan ketidak-puashatian yang melanda golongan artis Malaysia sekarang. Begitu juga pendapat yang diluahkan oleh KlubbKidd. Di bawah ini saya siarkan email dari seorang pembaca blog ini berkenaan isu 90:10 yang dibawa oleh Karyawan.

Berikut adalah antara isu yang telah dibangkitkan di dalam perhimpunan itu.

1. Mempersoalkan tindakan sebuah stesen radio swasta Melayu yang terlalu kerap memutarkan lagu dari seberang tanpa memberi ruang yang sama terhadap lagu anak seni tempatan.

2. Mempersoalkan tindakan beberapa deejay radio tempatan tersebut dilaporkan sanggup terbang ke Jakarta untuk membeli pelbagai lambakan cakera padat (CD) daripada penyanyi atau band muzik Indonesia.

3. Sebuah akta harus diwujudkan dengan menetapkan kuota 90% lagu tempatan serta 10% lagu asing bagi setiap stesen radio tempatan khususnya milik swasta.

4. Memberikan saranan supaya lagu seberang tidak dicampuradukkan dengan lagu tempatan ketika ia diputarkan di radio. Harus memiliki satu segmen yang khusus untuk memainkan lagu-lagu luar negara ini.

5. Mempersoalkan tindakan sebuah syarikat telekomunikasi yang sanggup menaja konsert dari seberang secara besar-besaran sedangkan peluang sukar untuk diberikan kepada anak tempatan.

6. Mempersoalkan tindakan pihak stesen televisyen seperti TV3 yang kerap menganjurkan konsert percuma menerusi acara Jomheboh. Kesannya, masyarakat lebih suka melihat konsert artis tempatan secara percuma.

7. Mempersoalkan tindakan pihak stesen televisyen yang terlalu kerap menayangkan bahan-bahan cerita dari negara luar tanpa mengutamakan produk tempatan sendiri.

8. Mempersoalkan tindakan beberapa produser filem yang gemar memuatkan lagu karya Indonesia dalam album runut bunyi (soundtrack) mereka. Sekalipun ia dibawakan semula penyanyi tempatan kita, apakah tindakan itu sebagai sesuatu yang perlu?

9. Meningkatkan tahap pendidikan masyarakat yang masih tidak dapat memahami kesan utama di sebalik terhadap isu serta permasalahan ini (kebanjiran lagu-lagu luar).

10. Memandangkan industri muzik tanah air terjejas dengan teruk, kebanyakan artis tempatan disaran supaya menggunakan kaedah format digital untuk meneruskan kegiatan seni mereka.

11. Mempersoalkan kredibiliti Senator Datuk Jins Shamsudin kerana gagal berupaya membantu penggiat seni muzik mendapatkan hak mereka serta menyelesaikan permasalahan ini.
Surat Dari Pencinta Muzik
Saya ingin luahkan rasa tak puas hati saya dengan Freddie Fernandez selaku Presiden Karyawan dan langkah regresif yang diambil oleh mereka dibawah naungannya semalam. Seperti yang diketahui, Karyawan menjemput ahli-ahli mereka untuk menandatangani petisyen di PWTC untuk memaksa kerajaan mengarahkan stesyen-stesyen radio Bahasa Malaysia untuk memutarkan 90% lagu-lagu tempatan dan 10% lagu-lagu asing, termasuklah lagu-lagu dari seberang.

Langkah ini dianggap "arbitrary" iaitu satu langkah yang melulu dan dibuat atas desakan yang tidak ada logik dan strategi yang berkesan. Untuk memancing undian para artis, Freddie menggunakan emosi, tak ubah dari taktik ahli politik yang sedar bahawa populariti mereka tergugat, lantas isu-isu yang boleh menaikkan rasa marah dibangkitkan, supaya isu-isu sebenar yang melanda ditolak ketepi dan tidak disedari oleh orang ramai.

Fikirkan, SM - Malaysia adalah satu negara yang mempraktikkan "free market" atau pasaran bebas. Kalau ingin disekat barangan luar, tak ubah dari negara komunis. Oleh itu, adakah Freddie ingin mengamalkan polisi-polisi berbau komunis untuk membantu para artis tanahair? Wajarkah taktik ini yang dipilih untuk kemajuan industri muzik kita?

Freddie juga sudah tahu bahawa Malaysia sebagai negara majmuk mempunyai artis berbilang bangsa yang menghasilkan muzik dalam pelbagai bahasa. Kenapa hanya artis Melayu sahaja yang diperjuangkan oleh Freddie? Kalau dikatakan artis Melayu yang perit kerana album tak laris, perit lagi artis-artis tempatan yang menghasilkan seni mereka dalam bahasa Inggeris, bahasa Tamil dan bahasa Cina.

Jikalau Freddie nak pertahankan langkah ini sebagai langkah awal dan kemudiannya baru nak membantu artis-artis bangsa lain, kenapa tak boleh dibuat sekaligus dalam masa yang sama?

Jawapannya ialah kerana Freddie memerlukan artis Melayu sebagai ahli majoriti Karyawan dan undian mereka supaya beliau boleh terus mempertahankan kedudukannya di industri muzik kita yang semakin tidak memerlukan ide-ide kolot yang ingin dipraktikkan olehnya.

Tanyalah Abang M.Nasir - apakah agaknya yang akan terjadi kepada dunia muzik Melayu di rantau ini jika langkah ini dilaksanakan? Setujukah Abang Nasir dengan laungan Freddie ini yang saya anggapi sebagai melepaskan batuk ditangga?

Apa gunanya kita mengambil langkah memaksa stesyen radio Bahasa Malaysia memutarkan lagu-lagu tempatan walhal syarikat-syarikat rakaman sendiri tidak menghasilkan lagu atau album yang mencukupi untuk memuaskan keperluan setiap satu stesyen yang mengamalkan format-format yang berbeza?

Bagaimana dengan Best 104 yang kini terpaksa memutarkan lagu-lagu keroncong dari seberang kerana TIADA LAGI artis Malaysia yang dapat merakamkan album atau lagu keroncong? Nak dipaksa ratio 90:10 konon - adakah Freddie akan memaksa pula bebudak AF untuk merakamkan lagu-lagu keroncong pula untuk memastikan Best 104 dapat memenuhi ratio yang tak masuk akal ini?

Agaknya kalau Freddie kembali menjadi Pengetua AF7 - banyaklah pulak lagu-lagu keroncong yang terpaksa pelajar AF persembahkan dalam setiap konsert, kan!

Bagaimana pula dengan radio Ikim? Cukupkah album-album nasyid tempatan untuk diputarkan selama 24 jam sehari?

Bagaimana pula dengan Sinar FM? Lagu-lagu 70-an dan 80-an yang dianggap retro dan popular banyak juga yang dihasilkan oleh artis-artis seperti Bob Tutupoli, Hetty Koes Endang, Emilia Contessa, D'Lloyds, Broery Marantika, Diana Nasution dan sebagainya - nak paksa Sinar FM tukar format ke untuk memastikan ratio ini dipatuhi?

Dan...soalan cepu emas bagi Encik Freddie yang walaupun dulu saya hormati kini saya ragui...setiap satu stesyen radio yang ingin dipaksa oleh beliau adalah stesyen swasta, yang memerlukan bilangan pendengar yang agak besar untuk menarik pengiklan, kerana itulah yang menjadi penentu wang rinngit yang diperolehi untuk "survival" mereka.

Jika stesyen-steyen tersebut tidak lagi mendapat sambutan dari pendengar kerana pendengar DIPAKSA untuk mendengar lagu-lagu tempatan 90% setiap jam - dan jumlah pendengar makin merosot bagi semua stesyen di Malaysia - adakah Freddie akan membantu stesyen-stesyen tersebut menanggung kerugian? Takkanlah saudara Freddie kita begitu ketinggalan zaman hinggakan beliau tidak sedar bahawa jika disekat muzik popular di corong radio, masih ada lagi MP3 dan iPod untuk memenuhi citarasa pendengar???

Atau adakah saudara Freddie kita masih lagi terfikirkan dekad-dekad sewaktu beliau manjadi ahli Revolvers, dimana hanya radio menjadi pemangkin industri muzik tanahair?

Sedihnya bila ada pemimpin yang ketinggalan zaman. Sedihnya bila ada pemimpin yang tidak tahu berfikiran secara strategik dan tidak membuat kajian terdahulu untuk membina langkah yang positif dan berkesan untuk semua pihak.

Wahai ahli-ahli Karyawan - jangan begitu konfiden bahawa langkah yang dicadangkan ini akan memastikan periuk nasi anda bertambah. Putaran yang dipaksa bukannya pemasti kelarisan sesebuah album. Rakyat Malaysia kini cerdik pandai dan mempunyai pelbagai pilihan - patriotik atau tidak bukanlah persoalannya - kualiti yang menjadi penentu, bukannya jenic IC yang dipegang oleh seseorang artis.

Ratio yang tidak rasional - itukah tindakan yang diilhami Freddie?

Pencinta Muzik

Pandangan sultanmuzaffar :

Susuk : Cantik Di Luar Dan Di Dalam

Entri oleh sultanmuzaffar 12 August 2008 0 komen

Saya baru tersedar, salah satu sebab kenapa blog saya jarang dikemaskinikan adalah kerana keinginan mahu menulis panjang. Apabila keghairahan itu datang, niat saya untuk terus menulis terhenti. Oleh itu mulai hari ini saya akan menulis catatan seringkas mungkin, asalkan maksudnya sampai kepada pembaca.

Baru-baru ini saya berpeluang untuk menonton filem Susuk. Filem yang telah memulakan penggambarannya sekitar tahun 2006 akhirnya siap untuk ditayangkan. Salah satu sebab mengapa ianya lambat disiapkan adalah kerana beberapa masalah teknikal terutamanya aspek penggunaan CGI.

Kepuasan terserlah tatkala lampu pawagam kembali terang. Saya tidak terus tersenyum sebaliknya fikiran saya kembali terbang ke beberapa adegan awal, pertengahan dan penamat cerita. Ia hanyalah untuk menyambung dan merungkai setiap persoalan yang berlegar-legar di fikiran saya.

Setelah setiap persoalan terjawab, barulah saya tersenyum. Puas.

Pengarahan
Saya tertarik dengan teknik penceritaan non-linear yang dibawakan oleh Amir Muhammad dan Naiem Ghalili. Memang sukar untuk mencipta sebuah filem yang mana teknik penceritaannya sebegitu. Anda seharusnya menjadi seorang yang observant terhadap setiap adegan yang dipaparkan kerana ada kaitan antara satu sama lain. Jika terlalai, nescaya anda akan ketinggalan cerita yang ingin disampaikan.

Beberapa adegan yang cantik terutamanya di penghujung cerita yang mana adegan tersebut dibuat di Putrajaya, sekaligus merungkai apa makna Susuk yang sebenarnya. Siapa yang ingin dipaparkan oleh Amir melalui setiap wataknya melalui rencah subteks yang terkandung dalam setiap perwatakan oleh setiap pelakon.

File mini mempunyai dua pengarah yang mana Amir lebih banyak menjurus kepada penceritaan dan lakonan dan Naiem lebih kepada aspek teknikal. Saya kagumi elemen CGI yang terdapat dalam filem ini.

Lakonan
Saya benar-benar terkejut dengan mutu lakonan yang dipersembahkan oleh Diana Rafar. Dua tahun lalu sewaktu berbual-bual dengan Nizam Zakaria yang juga merupakan penulis buku Susuk, saya agak skeptikal apabila mendapat tahu Diana Rafar akan berlakon di dalam filem Amir Muhammad. Setelah melihat hasilnya tadi, saya kagum. Diana Rafar menampilkan satu mutu lakonan yang lain dari yang pernah beliau bawakan sebelum ini.

Tidak memandang rendah keupayaan Ida Nerina dan Sofea Jane yang sememangnya ratu dalam bidang mereka. Ida Nerina seperti biasa menampilkan sebuah lakonan yang penuh berkarektor. Saya puas menonton lakonan beliau walaupun sedikit kecewa apabila nama beliau tidak dicalonkan sebagai salah seorang finalis untuk kategori Pelakon Wanita Terbaik di FFM yang berlangsung Sabtu lepas.

Kembalinya Sofea Jane ke layar perak juga tidak boleh dipandang ringan. Elemen kekecewaan dan sensualiti Sofea amat jelas terpancar dalam lakonannya.

Benar Susuk membongkar dunia belakang tabir kehidupan seorang artis, baik yang baru, mahu pun yang lama. Juga kepada mereka yang baru-baru berjinak mendekati dunia artis. Dunia tersebut amat plastik lagaknya. Di mana di mana letaknya cerita utama yang mahu disampaikan ? Pastinya Amir tidak mahu terperangkap sekali lagi dengan LPF dan menjadikan artis sebagai sasarannya. Dunia politik juga punya susuk yang digambarkan sebagai kuasa. Jika artis mahu mendapatkan susuk untuk terus kekal berada di atas, golongan politik juga mahu mendapatkan susuk untuk terus kekal berada di atas. Dunia mereka berbeza tetapi matlamat mereka sama.

Siapa Dewangga ? Siapa Efendi ?

Sinopsis
Bakat dan keanggunan Soraya adalah anugerah. Namun dia tidak puas. Soraya, seorang pelatih jururawat mendambakan kehidupan lebih dari ala kadar. Lantas di kala tawaran menjadi bintang tiba mengundang, dia mahu gapai setinggi langit. Memulakan langkahnya penuh ranjau. Sehinggalah Soraya dipujuk dengan amalan SUSUK yang sukar untuk dia ketepikan untuk bergelar diva ternama. Kini dia mesti memilih samada terus di laluan yang benar atau jalan onar yang perlukan pengorbanan..

Sementara itu, Suzana pula seorang diva terkenal sedang mendaki puncak populariti teratas. Namun terselindung di balik tabir keagungannya, Suzana adalah pengamal ilmu hitam tegar kerana dia pewaris SUSUK keramat. Tapi ia ada musibahnya. Suzana perlukan korban nyawa manusia setiap kali dia melanggar pantang..

SUSUK menyusuri kisah Soraya dan Suzana dalam lajur cerita yang berbeda namun akan bertembung di akhir cerita. Suatu kesudahan yang akan membongkar rahsia dan misteri ilmu hitam yang tidak tergambar oleh sesiapa!

Susuk menang kategori Poster Terbaik dan Penataan Audio Terbaik di Festival Filem Malaysia ke 21 yang berlangsung Sabtu lepas. Tahniah !

Jangan ketinggalan menyaksikan filem Susuk lakonan Ida Nerina, Diana Rafar, Adlin Aman Ramlie, Aleeza Kassim, Sofea Jane di pawagam sekitar anda !

Pencalonan Akhir Festival Filem Malaysia 21

Entri oleh sultanmuzaffar 05 August 2008 0 komen

FILEM CEREKA TERBAIK

1957: Hati Malaya (2007) - 9
9 September (2007)
Akhirat (2008) - 2
Anak (2008) - 4
Anak Halal (2007) - 12
Apa Kata Hati (2008)
Cinta U-Turn (2008)
Congkak (2008) - 5
CUCI (2008) - 3
Dunia Baru The Movie (2008) - 1
Duyung (2008)
Evolusi KL Drift (2008) - 5
I'm Not Single (2008) - 1
Impak Maksima (2007) - 1
Johnny Bikin Filem (2008) - 1
Kala Malam Bulan Mengambang (2008) - 11
Kayangan (2007) - 4
Nana Tanjung 2 (2007)
Otai (2007) - 1
Pensil (2008) - 5
Sepi (2008) - 5
Susuk (2008) - 8
Wayang (2008) - 11

Saya terbayangkan lima filem yang bakal terpilih sebagai calon akhir Filem Terbaik hanyalah Wayang, Susuk, Kala Malam Bulan Mengambang, Anak Halal dan 1957 : Hati Malaya. Pemilihan tersebut bersandarkan aspek pengarahan yang jitu, lakonan yang cemerlang, cerita yang berkesan dan arahan seni yang mantap. Menariknya, saya telah menonton kelima-lima buah filem tersebut dan merasakan saingan paling sengit terletak pada filem Wayang, Anak Halal dan Kala Malam Bulan Mengambang.

Jangkaan Top 5
Susuk (2008)
Wayang (2008)
Kala Malam Bulan Mengambang (2008)
Anak Halal (2007)
1957: Hati Malaya (2007)

Ramalan SM : Wayang (2008)
Pemenang : Kala Malam Bulan Mengambang (2008)

PENGARAH FILEM TERBAIK

Ahmad Idham (Congkak)
Mamat Khalid (Kala Malam Bulan Mengambang)
Osman Ali (Anak Halal)
Prof. Dr. Hatta Azad Khan (Wayang)
Shuhaimi Baba (1957: Hati Malaya)

Ramalan SM : Prof Dr. Hatta Azad Khan (Wayang)
Pemenang : Mamat Khalid (Kala Malam Bulan Mengambang)

PELAKON LELAKI TERBAIK

Adlin Aman Ramlie (Susuk)
Afdlin Shauki (Sepi)
Eman Manan (Wayang)
Farid Kamil (Anak Halal)
Rosyam Nor (Kala Malam Bulan Mengambang)

Ramalan SM : Eman Manan (Wayang)
Pemenang : Rosyam Nor (Kala Malam Bulan Mengambang)

PELAKON WANITA TERBAIK

Erra Fazira (Anak)
Fazura (Kayangan)
Maya Karin (Anak Halal)
Nasha Aziz (Otai)
Vanidah Imran (Akhirat)

Ulasan : Ini merupakan satu kategori yang tidak begitu sengit saingannya. Beberapa nama yang sepatutnya dicalonkan, tidak menerima pencalonan. Contohnya Ida Nerina yang ternyata hebat dalam filem Susuk dan Wayang.

Ramalan SM : Maya Karin (Anak Halal)
Pemenang : Maya Karin (Anak Halal)

LAKON LAYAR TERBAIK

Hans Isaac (CUCI)
Mamat Khalid (Kala Malam Bulan Mengambang)
Mira Mustaffa, ARA (Sepi)
Osman Ali (Anak Halal)
Prof. Dr. Hatta Azad Khan (Wayang)

Ramalan SM : Osman Ali (Anak Halal)
Pemenang : Hans Isaac (CUCI)

CERITA ASAL TERBAIK

Ara, Mira Mustaffa (Sepi)
M. Subash (Pensil)
Mamat Khalid (Kala Malam Bulan Mengambang)
Osman Ali (Anak Halal)

Prof. Dr. Hatta Azad Khan (Wayang)

Ramalan SM : Prof. Dr. Hatta Azad Khan (Wayang)
Pemenang : Osman Ali (Anak Halal)

SINEMATOGRAFI TERBAIK

Daven R (Susuk)
Khalid Zakaria (Anak Halal)
Madnor Kassim (Sepi)
Raja Mukhriz (Evolusi KL Drift)
Raja Mukhriz (Kayangan)

Ramalan SM : Daven R (Susuk)
Pemenang : Raja Mukhriz (Evolusi KL Drift)

PENYUNTING TERBAIK

Affandi Jamaludin (Kala Malam Bulan Mengambang)
Ahmad Mustadha (Congkak)
Hafiz Kamaruzaman (Wayang)
Johan Bahar (Sepi)
Nik Haslinda (1957: Hati Malaya)

Ramalan SM : Hafiz Kamaruzaman (Wayang)
Pemenang : Nik Haslinda (1957: Hati Malaya)

SKOR MUZIK ASAL TERBAIK

Ahmad Kamal Badarudin (Kala Malam Bulan Mengambang)
Hafiz Askiak (Wayang)
Hardesh Singh (Susuk)
Nurzaidi (Anak Halal)
Sharon Paul (1957: Hati Malaya)

Ramalan SM : Ahmad Kamal Badarudin (Kala Malam Bulan Mengambang)
Pemenang : Sharon Paul (1957: Hati Malaya)

PELAKON PEMBANTU LELAKI TERBAIK

Adlin Aman Ramlie (1957: Hati Malaya)
Eizlan Yusof (Impak Maksima)
Farid Kamil (Kala Malam Bulan Mengambang)
Fauzi Nawawi (Anak Halal)
Zul Huzaimy (Wayang)

Ramalan SM : Zul Huzaimy (Wayang)
Pemenang : Zul Huzaimy (Wayang)

PELAKON PEMBANTU WANITA TERBAIK

Azizah Mahzan (Anak)
Dynas Mokhtar (Kayangan)
Nabila (Akhirat)
Nanu (1957: Hati Malaya)
Ruminah Sidek (Pensil)

Ramalan SM : Azizah Mahzan (Anak)
Pemenang : Ruminah Sidek (Pensil)

PENATAAN SENI TERBAIK

Aida Buyong, Kamarul Nizam (1957: Hati Malaya)
Arai Mohd Nor (Johnny Bikin Filem)
Irwan Mazwan (Anak Halal)
Nazrul Asraff (Kala Malam Bulan Mengambang)
Ting Lam (Susuk)

Ramalan SM : Ting Lam (Susuk)
Pemenang : Nazrul Asraff (Kala Malam Bulan Mengambang)

PENATAAN BUNYI TERBAIK

Add Audio (Susuk)
Azman Hassan (Anak Halal)
Azman Hassan (Kala Malam Bulan Mengambang)
Brian Ng (Kang) (Congkak)
Daud Sulaiman (Evolusi KL Drift)

Ramalan SM : Add Audio (Susuk)
Pemenang : Add Audio (Susuk)

PELAKON KANAK-KANAK TERBAIK

Amrul Hisham (Anak)
Erynne Erynna (Congkak)
Mohd Asrah Afif (Wayang)
Mohd Asrah Aris (Wayang)
Nur’Arina (Congkak)

Ramalan SM : Mohd Asrah Afif (Wayang), Mohd Asrah Aris (Wayang)
Pemenang : Erynne Erynna (Congkak)

PENGARAH HARAPAN TERBAIK

Barney Lee (Anak)
Hans Isaac (CUCI)
M. Subash (Pensil)
Syamsul Yusof (Evolusi KL Drift)
Yeop Hitler (Dunia Baru The Movie)

Ramalan SM : Hans Isaac (CUCI)
Pemenang : Hans Isaac (CUCI)

PELAKON HARAPAN LELAKI

Che Kem (1957: Hati Malaya)
M. Subash (Pensil)
Syamsul Yusof (Evolusi KL Drift)
Wan Kenari (Wayang)
Zaefrul Nadzarine Nordin (1957: Hati Malaya)

Ramalan SM : Wan Kenari (Wayang), Che Kem (1957: Hati Malaya)
Pemenang : Che Kem (1957: Hati Malaya)

PELAKON HARAPAN WANITA

Avaa Vanja (Kala Malam Bulan Mengambang)
Diana Rafar (Susuk)
Julia Ziegler (Kayangan)
Lisa Surihani (I'm Not Single)
Mas Muharni (Wayang)

Ramalan SM : Diana Rafar (Susuk)
Pemenang : Lisa Surihani (I'm Not Single)

PEREKA KOSTUM / BUSANA

Dee Hasnan (1957: Hati Malaya)
Ayu Haswida (Johnny Bikin Filem)
Mohd Zaini (Anak Halal)
Mohd Zaini (Susuk)
Nasirah Ramlan (Kala Malam Bulan Mengambang)


Ramalan SM : Nasirah Ramlan (Kala Malam Bulan Mengambang)
Pemenang : Nasirah Ramlan (Kala Malam Bulan Mengambang)

POSTER TERBAIK

Anak Halal (2007)
CUCI (2008)
Evolusi KL Drift (2008)
Pensil (2008)
Susuk (2008)

Ramalan SM : Susuk (2008)
Pemenang : Susuk (2008)

FILEM DIGITAL TERBAIK

Ganavin Ivanthaanda Hero (2008)
Jarum Halus (2008)
Malaysia's Sweetheart (2008)
Wirasiswi (2008)
Yantra (2007)

Pemenang : Jarum Halus (2008)

DOKUMENTARI TERBAIK

Kami Yang Disyaki (2008)
Making The Cut (2007)
Restoring Merdeka (2007)
The Perak Man (2006)
The Woodsmiths (2007)

Pemenang : Making The Cut (2007)

ANIMASI TERBAIK

Apocalypse (2007)
Family Portrait (2007)
Nene Breshke (2007)
Upin & Ipin (2007)
World War (2008)

Pemenang : World War (2008)

FILEM PENDEK TERBAIK

Burp (2008)
Eyefingers (2008)
Hasrat (2007)
Kopitiam Kurang Manis (2008)
TIFFIN (2007)

Pemenang : TIFFIN (2007)

Filem terbitan Tayangan Unggul iaitu Anak Halal mendahului senarai pencalonan dengan 12 pencalonan. Filem hitam putih Kala Malam Bulan Mengambang dan Wayang mengekori rapat dengan 11 pencalonan. Filem sejarah 1957:Hati Malaya mendapat 9 pencalonan dan diikuti filem misteri Susuk dengan 8 pencalonan. Susuk boleh mendapat lebih pencalonan tetapi memandangkan ada di kalangan tenaga produksi tidak layak dicalonkan.

Lagu Tema Asal Terbaik
Menanti Pasti (Kayangan) - Siti Nurhaliza
Hati (1957 : Hati Malaysia) - Siti Nurhaliza

Anak Halal
Dambaan Cinta (Apa Kata Hati) - Jaclyn Victor
Aku Di Mata Kamu (Kala Malam Bulan Mengambang) - Avaa Vanja

Ramalan SM : Hati (1957 : Hati Malaysia) - Siti Nurhaliza
Pemenang : Hati (1957 : Hati Malaysia) - Siti Nurhaliza

MTV Asia Awards 2008 X-Party !

Entri oleh sultanmuzaffar 29 July 2008 0 komen

Setelah enam tahun diadakan di luar Malaysia, tahun ini MTV Asia Awards 2008 diadakan pertama kalinya di Malaysia. Ia bakal berlangsung di Arena Of Stars - Genting Highlands pada 2 Ogos ini.

Inilah peluang keemasan untuk peminat muzik di Malaysia untuk menyaksikan secara langsung persembahan artis-artis antarabangsa seperti Leona Lewis, OneRepublic, Panic At The Disco, The Click Five, Jabbawockeez dan ramai lagi.

Pussycat Dolls bakal menjadi artis pembuka tirai di malam anugerah tersebut dengan lagu “When I Grow Up”. Pastinya peminat muzik di Malaysia mengharapkan Leona Lewis membawakan lagu berhantunya iaitu “Bleeding Love”.

Majlis anugerah tersebut akan dihoskan oleh penyanyi utama “30 Seconds To Mars” iaitu Jared Leto bersama Karek Mok yang baru sahaja memenangi Anugerah Penyanyi Wanita Terbaik di Anugerah Golden Melody di Taiwan.

Dan sekiranya anda merupakan pengguna X-Pax, anda berpeluang untuk berparti bersama bintang antarabangsa sambil menyaksikan acara tersebut secara langsung di layar besar. Parti tersebut akan turut dihadiri oleh DJ Tony Touch, Hujan, Faizal Tahir dan dihoskan oleh Jien, Cheryl Samad dan Hannah Tan.

Untuk mendapatkan 2 pass masuk eksklusif ke X-Party, anda hanya perlu memakai pakaian berwarna ungu iaitu warna tema X-Pax dan pastikan anda berjaya dikesan oleh X-Girls di lokasi-lokasi strategik di seluruh Malaysia.

X-Girls akan berada di lokasi-lokasi berikut di sekitar Pulau Pinang, Johor Bharu dan Lembah Klang.

31 JulaiZouk (Jln Ampang), Velvet (Jln Ampang), Main Hall (Jln Ampang), Bamboo 9 (Taman Tun), Coco Banana (Sunway), Barcelona (Sunway)

Jika anda berjaya dikesan oleh X-Girls, anda berpeluang untuk berparti di Genting Highlands ! Jom parti !

Selain berparti, pelanggan X-Pax juga berpeluang untuk menonton persembahan anugerah tersebut secara langsung.

Taip XPAX MTV dan hantar ke 28881, kemudian reload nilai RM10 atau lebih dan anda berpeluang untuk menjadi salah seorang dari 6 pelanggan bertuah setiap hari untuk memenangi 2 tiket eksklusif menyaksikan MTV Asia Awards 2008.

Inilah peluang keemasan untuk Pelanggan X-PAX !

MTV Asia Awards 2008 akan disiarkan secara langsung di Saluran 713 Astro.

Klik untuk imej lebih besar

Levi’s® 501® telah menjadi ikon fesyen remaja dan akan terus menjadi sebutan hingga beberapa generasi. Tidak dapat dinafikan Levi’s® 501® sudah menjadi satu jenama asas kepada setiap orang.

Sentuhan moden dan klasik itu terus kekal diingati hingga sekarang. Untuk menjadikan Levi’s® 501® lebih relevan dengan peredaran zaman, rekaan baru dengan nafas baru disuntik pada Levi’s® 501® yang akan mula dipasarkan Ogos ini.

Gaya & Keselesaan !
Apa yang menarik tentang jeans Levi’s® 501® ini ialah pada saya keselesaannya. Gaya baru ini lebih sesuai dan mengikut struktur kaki kita walaupun ianya tidak begitu ketat. Ini menjadikan si pemakainya kelihatan lebih seksi.

Tarikan paling hebat jeans ini pastinya dari segi kemasannya yang lebih bersifat “personalized”. Semua jeans Levi’s® 501® diperbuat daripada XX Cone Denim untuk mengekalkan kekuatan dan ciri-ciri jeans itu sendiri. XX Cone Denim ialah sehelai kain yang eksklusif yang telah digunakan dalam pembuatan Levi’s® 501® sejak lewat tahun 1920an sebagai komitmen jenama tersebut untuk mengekalkan kualiti dan ketulenannya.

Terkini Levi’s® 501® memperkenalkan “Live Unbuttoned” ke seluruh dunia. Penutup butang gaya individu kepada jeans tersebut diperkenalkan untuk memberikan nilai tambahan kepada petunjuk keseronokan dan sifat individu kepada proses “unbuttoning”, selain memberikan sentuhan peribadi kepada jeans tersebut. Saya boleh menukar-nukar penutup butang itu untuk mendapatkan gaya yang saya inginkan selain memberikan kelainan apabila setiap kali mengenakan jeans tersebut.

Penutup butang tersebut boleh dibeli di kedai-kedai Levi’s® mulai September depan.

Kebebasan !
Bertepatan dengan konsep “Live Unbuttoned”, temanya mahu menggambarkan nota-nota kenyataan yang kukuh, keseronokan terus dan gambaran yang kadangkala nakal. Saya melihat ia seperti satu kekebasan. Bebas untuk bersuara. Bebas untuk berekspresi dan bebas segala-galanya.

Bebas pada saya ialah dapat mengenakan jeans Levi’s® 501® di dasar laut !

Scuba Diving !

Saya dengan keberanian yang ada dalam diri saya, terjun ke dalam laut di Pulau Redang dengan hanya mengenakan jeans Levi’s® 501®. Itu makna kebebasan pada saya. Bebas untuk melakukan apa sahaja, tanpa dibayangi rasa gentar.

Pada mulanya saya berhasrat untuk turun ke dasar laut hanya dengan mengenakan jeans Levi’s® 501®, tetapi menukar rancangan pada hari kedua kerana suhu yang agak sejuk di dasar laut. Saya hanya mencubanya di hari pertama. Mengenakan jeans Levi’s® 501® sesuatu yang pelik di mata pekerja di Redang. Mana ada diver turun ke laut pakai jeans, tetapi saya lakukan. Rakan-rakan diver yang bersama saya juga pelik pada awalnya. Setelah mengetahui rancangan saya, barulah mereka faham.

Dengan bantuan Shonny Loh, seorang jurugambar dasar laut professional, kami memulakan sesi fotografi di dasar laut. Vijay sebagai pembantu memastikan dari segi keselamatan agar semuanya berjalan dengan lancar. Suasananya memang berbeza, tetapi persekitarannya masih sama. Namun demikian, jeans Levi’s® 501® mampu untuk disesuaikan dalam mana-mana situasi, baik di darat mahu pun di dasar laut. Itu satu kelebihan jeans Levi’s® 501®.

Dalam kesejukan dasar laut sekitar 28oC dengan kedalaman 20 meter, beserta jeans Levi’s® 501® saya memulakan kerja-kerja saya. Memberikan pose terbaik untuk Levi’s® 501®. Saya berpuas-hati melihatkan hasilnya. Pose yang diberikan bukan sekadar individu tetapi juga berlatarbelakangkan hidupan laut yang kebetulan berada di sana.

Kebebasan di dasar laut bersama jeans Levi’s® 501® sesuatu yang mengujakan. Hari pertama kami mengadakan latihan untuk membiasakan diri dengan jeans Levi’s® 501®. Hari kedua barulah sesi fotografi sebenar dilaksanakan. Kami mencuba pelbagai macam gaya, seperti terapung di dalam air dan duduk di tepi batu karang. Kepuasan itu nyata sangat berbeza kerana hasilnya amat cemerlang.

Eksklusif !

Jeans Levi’s® 501® yang diserahkan kepada saya Selasa lepas merupakan sesuatu yang eksklusif. Ini kerana jeans tersebut hanya akan mula dipasarkan pada bulan Ogos ini. Ini menjadikan saya di antara beberapa blogger yang pertama memilikinya dan mengenakannya. Saya merasa sungguh bertuah kerana memilikinya. Saya kira idea untuk mengenakan jeans tersebut di dasar laut juga merupakan satu idea yang eksklusif. Bukan semua blogger tahu menyelam. Itulah kekebasan yang eksklusif untuk jeans Levi’s® 501®.

Dapatkan pas ke parti eksklusif tersebut. Jom ke Launch Party Levi’s® 501® !

Kredt Foto : Shonny Loh

www.sultanmuzaffar.net

Entri oleh sultanmuzaffar 19 July 2008 0 komen


Saya kini dalam proses menyiapkan hosting www.sultanmuzaffar.net. Sedang sibuk bermain dengan enjin Wordpress serta plugin-plugin yang boleh digunakan untuk blog tersebut.