Ada tanda-tanda aku kena tidur office malam ini. Banyak benda tak settle lagi. Schematic layer kalau boleh aku nak bagi siap malam ini.
Aku kena concentrate IDL dulu. Project owner suruh aku cepat-cepat catch-up dengan IDL bila nanti satu team start IDL aku dah berada di depan. Boleh lead the team dan motivate others dalam IDL. IDL memang satu language yang baru bagi aku. Sebelum ini aku belum pernah didedahkan dengan IDL. Orang kata IDL itulah yang develop Hubble Telescope. Aku percaya. Aku akui programmer yang tidak cekap matematic memang akan hadapi jalan sukar untuk belajar IDL. Banyak menggunakan logic.
Kejap jer dah pukul 6 petang. Tak sedar masa berjalan begitu cepat. Semua pandangan kereta telah aku siapkan. Cuma buat final touch up. Malam ni aku harap dapat convert kepada 3D model.
Kerja aku memang tak menang tangan. Aku masuk blogspot pun kejap-kejap. Aku tengah redraw gambar-gambar kereta yang ada guna RasterVect. Memang pening kepala.
To believe your own thought, to believe that what is true for you in your private heart is true for all men -- that is genius
Ralph Wardo Emerson
Aku dah mengantuk. Esok nak kena angkut workstation ke level 9. Tempat baru. ProjectX aku buat Virtual Cataloging System - Mampu ke aku buat ? Dengan team yang ada, InsyaAllah aku mampu lakukan. Mulai 8 April sampai 28 April ni mesti hidup aku jadi tak tentu arah. Zaman tidur kat office akan bermula. Aku nak tidur.
Briefing ProjectX baru selesai. Sekarang baru aku nampak apa yang hendak dibuat. Besar project ni, tapi aku yakin ia boleh dijadikan kenyataan. Never say no to difficuties ! Ingat itu. Aku kena kuatkan diri aku. I have to be strong ! Be prepared for anything ! Kalau tak prepare sekarang, lambat laun perkara yang aku tak ingin terjadi itu akan berlaku juga. Terima kasih UMM kerana bagi aku peluang untuk berada dalam team ini dan melupakan perkara-perkara yang lain.
Meeting dengan PMO memang boring. Aku terlelap. Aku tahu fikiran aku bukan di situ, fikiran aku telah mengembara terlalu jauh ke satu alam yang virtual. Tanggungjawab aku besar untuk menjadikan yang virtual itu satu kenyataan. Petang ini lepas office ada first briefing ProjectX. Deep inside my heart, I'm proud. So proud. Happy to be in the team.
Virtual Cataloging System. Itu nama prototype yang aku kena develop. Aku berdoa ia akan berjaya sebelum 28 April 2002.
Yahoooo...Doa aku termakbul Subuh tadi. Aku baru dapat memo dari CEO. Aku dapat masuk Team ProjectX.
Perjuangan Yang Belum Selesai
Sesungguhnya tidak ada yang lebih menyayatkan
dari melihat bangsaku dijajah
Tidak ada yang lebih menyedihkan
dari membiarkan bangsaku dihina
Air mata tiada ertinya
sejarah silam tiada maknanya
sekiranya bangsa tercinta terpinggir
dipersenda dan dilupakan
Bukan kecil langkah wira bangsa
para pejuang kemerdekaan
bagi menegakkan kemuliaan
dan darjat bangsa
selangkah beerti mara
mengharung sejuta dugaan
Biarkan bertatih
asalkan langkah itu yakin dan cermat
bagi memastikan negara
merdeka dan bangsa terpelihara
air mata sengsara
mengiringi setiap langkah bapa-bapa kita
Tugas kita bukan kecil
kerana mengisi kemrdekaan
rupanya lebih sukar dari bermandi
keringat dan darah menuntutnya
Lagi pula apalah ertinya kemerdekaan
kalau bangsaku asyik mengia dan menidakkan,
mengangguk dan membenarkan,
kerana sekalipun bangganya negara
kerana makmur dan mewahnya,
bangsaku masih melata
dan meminta-minta di negaranya sendiri
Bukan kecil tugas kita
meneruskan perjuangan kemerdekaan kita
kerana rupanya selain memerdekakan,
mengisi kemerdekaan itu jauh lebih sengsara
Bangsaku bukan kecil hati dan jiwanya
bukankah sejak zaman berzaman
mereka menjadi pelaut, pengembara
malah penakluk terkemuka?
Bukankah mereka sudah mengembangkan sayap,
menjadi pedagang dan peniaga
Selain menjadi ulama dan
ilmuan terbilang?
Bukankah bangsaku pernah mengharung
samudera menjajah dunia yang tak dikenal
Bukankah mereka pernah menjadi
wira serantau yang tidak mengenal
erti takut dan kematian?
Di manakah silapnya hingga bangsaku
berasa begitu kecil dan rendah diri?
Apakah angkara penjajah?
Lalu bangsaku mulai
melupakan kegemilangan silam
dan sejarah gemilang membina empayar
Tugas kita belum selesai rupanya
bagi memartabat dan
memuliakan bangsa
kerana hanya bangsa yang berjaya
akan sentiasa dihormati
Rupanya masih jauh dan berliku jalan kita
bukan sekadar memerdeka dan mengisinya
tetapi mengangkat darjat dan kemuliaan
buat selama-lamanya
Hari ini, jalan ini pasti semakin berliku
kerana masa depan belum tentu
menjanjikan syurga
bagi mereka yang lemah dan mudah kecewa
Perjuangan kita belum selesai
kerana hanya yang cekal dan tabah
dapat membina mercu tanda
bangsanya yang berjaya
Aku surf internet pagi-pagi buta, aku jumpa ini.
Di Atas Runtuhan Kota Melaka Kita Dirikan Putrajaya
Demikian gema gempita semangat mereka
Kuasa sudah pada kita
Ayuh kita hiasi wajah bangsa
Dengan jurai-jurai kilauan permata
Kian jauh menyelusuri zaman merdeka
Kita jadi semakin mengerti
Semata-mata kuasa di tangan bukan pertanda bangsa berjaya
Kemiskinan, kedaifan, kejahilan dan timbunan peluang tersia-sia
Mendamparkan bangsa itu
Pada taman asing yang mereka pertuankan
Yang lain pula menjadi gelojoh
Oleh runtuhan haloba segalanya mereka rempuh
Menganggap diri mereka panglima belantara
Pada musim kemarau nurani
Embun serta keringat merdeka tidak lagi sudi menitis
Melayu tidak belajar dari sejarah 450 tahun terjajah
Mewamakan sejarah mereka
Dengan dendang dan hibur hati bangga
Tentang ceritera dongeng yang mereka cipta
Yang remeh itu utama
Yang utama itu remeh
Yang kecil di alamkan
Yang alam di hamakan
Melodi ceritera yang sungguh mengasyikkan
Kata mereka: Takkan Melayu hilang di dunia
Sambil menggigit jari jemari
Mereka pun menjadi kuli di negaranya sendiri
Lama sudah runtuhnya Kota Melaka
Kita tidak kembalikan kota itu dengan papan di Jawa
Pun tidak kita bina tugu ingatan
Di Prang Besar kita tiada selera berperang
Dengan tangan-tangan halus arkitek anak watan
Dengan iringan doa dari rekahan bibir
Petani di bendang
Nelayan di lautan
Di sini kita bina mercu tanda bangsa
Suatu gergasi megacity
Suatu jaringan menjangkau seluruh jagat
Suatu taman himpunan segala bau-bauan jutaan flora
Suatu simbosis insane dan alam
Kita namakan sempena nama bapa putranegara
Putrajaya
Lambang negara bangsa merdeka
Di mercu ini kita zahirkan senibudaya bangsa
Dengan segala kelazatan muzik alam
Serta hidangan dan hamparan seni taman
Bersih - indah - tertib - teratur
Adunan tamadun tinggi Jumlah segala cita-cita dan harapan
Membongkar segala-gala yang telah hilang
Dan kita tidak payah mengambil nyawa sendiri
Untuk menebus maruah itu
Dari sini kita menyusun langkah dengan yakin
Membina bangsa dengan cara kita
Bangga dengan apa yang ada
Menghadapi cabaran dengan segala ketahanan
Cukup tangkas menangkis dari menjadi korban kali kedua
Putrajaya Lambang negara bangsa merdeka
Putrajaya Lambang negara bangsa merdeka
Putrajaya Lambang negara bangsa merdeka
Dr Mahathir Mohamad
Selamat Pagi. Aku amat berharap aku terpilih dalam ProjectX. Aku berdoa agar aku terpilih Subuh tadi.
GameBrains Home
Aku baru hantar email kepada CIO company ini. Nak try luck joint venture dengan company ni in gaming technology.
3DVE + A (3D Virtual Environment + Avatar). Project yang aku involve sekarang. Banyak research nak kena buat. Jap lagi nak buat reading pasal genetic algorithm.
Aku dah beli barang-barang keperluan untuk gym esok kat KLCC. Tak mahal, murah je..Aku beli satu track bottom Reebok harga asal RM179.00 dapat less tinggal RM29.00 aja, dengan satu short harga RM39.00 harga asal RM80.00, murah sangat. Awal bulan depan aku nak beli kasut pulak.
Aku letih sangat. Kepala aku berat. AKu ingat nak pergi KLCC. Nak beli sports attire untuk gym. Aku perlu beli short, tights, t-shirt dan sport shoes.

