dear all,
this is my problem scenario,
you're running *your* program. you have an excel file loaded in the
backgound (or in another open window). you need a *third* process
open and running that is constantly monitoring the joystick position
(x, y and z). at whatever time interval you define, it feeds the x y
and z values to the open excel spreadsheet *as they occur* so that
excel can plot the data in real time.
i have joystick connected & now need the data to be in excel. most
probably the solution will be in VBA macro.
can anyone help ?
TQ
muzaffar
Malam ni aku kena stay kat office sampai pukul 8 malam. Ada orang datang nak tengok. Aku nak gi Citibank kejap. Tak pun nak ambik baju kat rumah.
Aku gunting rambut pagi tadi. Nekad. Dah lama aku tak gunting rambut. Sayang jugak rambut panjang ni. 6 bulan aku simpan. Tapi tak pe. Aku suka rambut pendek ni.
Aku mengantuk. Aku nak tidur sekejap. Aku tak cukup tidur. Aku letih. Mata aku dah merah. Telinga aku dah panas. Tambah panas bila kena marah pagi-pagi buta.
Perkara utama dalam ProjectX ialah 3D Catalog dan Simulation and Analysis. Itu yang paling utama. Untuk melengkapkan dan memberi nilai kepada 3D Catalog tentulah dengan adanya Simulation and Analysis. To add value to the 3D Catalog. Sekarang ini 3D Catalog hampir 80% siap. Tinggal Simulation and Analysis. The most difficult parts.
Dah pun hari Ahad. Apa yang aku kena buat belum lagi dapat penyelesaiannya. Presentation esok hari Isnin. Project Owner pun cakap bahagian aku yang paling susah. Semalam dah dapat sikit solution tapi masih belum complete. Sekurang-kurangnya dah lepas tembok pertama dan kedua. Semalam Project Owner jumpa aku, dia bagitahu pasal the whole project. Dia minta aku faham semua berkenaan project tersebut. Dari A hingga Z. Semalam, seolah-olah dia bagi amanah kepada aku sebagai ketua untuk kumpulan project ini. Kenapa pemahaman aku terhadap project ini penting adalah kerana nanti Project Owner ini akan balik semula ke UK. Oleh itu pemahaman aku amat penting supaya perhubungan komunikasi antara kumpulan di Malaysia dengan dia dapat dikurangkan ke tahap seminimum yang mungkin. Oleh itu semua masalah dan jalan penyelesaiannya mesti dibuat oleh aku. Kadang-kadang CEO ini gila jugak. Project begini besar dia suruh aku lead. Dah le experience untuk project ini tak da.
Aku tidur pukul 5 pagi, bangun pukul 8 pagi. Mengantuk. Tapi sekurang-kurang aku dah lepas dua tembok besar yang menghalang. Satu IDL, dua TXT. Tinggal tembok Excel saja yang belum lepas. Aku memang mengantuk giler.
Macamana ni, brake sudah, power sudah, hanya steering yang belum lagi. Aku tengah configure macamana nak dapatkan sttering ini bagi jadi.
Aku dah hampir dapat. Sikit saja lagi. AKu dah boleh bukak satu xls file. Cuma sekarang kena update dan link data tu dari IDL.
Mata aku merah pasal tak cukup tidur. Aku memang dalam keadaan tak larat. Nak buat kerja pun tak de mood.
Aku dah bangun tidur. Agak awal juga. Pukul 7 pagi. Aku tidur semalam pukul 3 pagi. 4 jam saja aku tidur. Memang tak cukup. Ahli kumpulan aku yang lain semua dah balik rumah. Aku malas nak balik rumah pasal dah lewat. Buang masa aku duduk dalam kereta lama-lama kerana traffic jammed. Lebih baik aku tidur kat office saja. Kadang-kadang aku dah terasa serik, tapi kerana memikirkan tujuan dan kepentingan projek ini kepada syarikat dan negara amnya aku teruskan jugak.
You have to think like a scientist, you have to think like a mathematician, you have to think like an engineer, you have to think like a programmer, you have to think like a car driver. Then you will know what it means. Aku kena yakin bahawa apa yang aku buat ini pasti berjaya.
Aku mula refer document Virtual Reality Toolbox dalam Simulink. Aku start dengan chapter 1. Ini baru orang cakap on project training. Sambil buat project, sambil tu dapatkan training. Memang terrorists betul. Lepas ni orang boleh panggil aku terrorist.
Control Steering Module
if (left_sensor && right_sensor)
call abort_function(sensor error);
if (left_sensor)
if (previous_turn == left)
turn_HARD_left;
else
turn_left;
set previous_turn = left;
if (right_sensor)
if (previous_turn == right)
turn_HARD_right;
else
turn_right;
set previous_turn = right;
else
go_straight
set previous_turn = NONE
end Control Steering Module
Aku baru balik makan kat Kg Baru dengan bakal-bakal saintis. Topik bersembang kat meja makan pun cerita pasal kejadian bumi, langit, elektromagnetik, bintang, proton, nuetrino dan macam-macam lagi. Aku diam aje. Kepala aku berat sangat. Letih memikirkan bagaimana nak menjadikan sidesticks aku berfungsi sebelum Maghrib esok.
Aku baru bangun dari tidur. Aku terlalu letih sampai terlelap masa pre-presentation 3D VRML. Aku betul-betul letih.
Kerja aku pagi ini makin rumit. Project Owner yang cakap macam itu. Aku kena identify nodes yang terlibat. Tambah-tambah aku tak berapa pandai dalam automotive engineering. Tapi aku percaya, setiap masalah itu ada penyelesaiannya. Aku percaya.
Handphone aku buat perangai balik. Jadi balik "no access" tu. Semalam aku balik dari office pukul 6.30 pagi. Dan datang semula dalam pukul 8 pagi. Aku balik mandi aje.

