Konsert III Akademi Fantasia : Keputusan mengejutkan !
Adifashla di Akademi Fantasia
yahoogroups adifashla fans club
Konsert III telah pun selesai semalam. Keputusan pengundi ternyata mengejutkan saya. Jika dinilai dari segi persembahan ternyata pengundi masih bebal dan keliru apakah kualiti yang diperlukan untuk memilih seorang penghibur yang berkualiti tinggi. Undian SMS ternyata tidak releven sebagai memilih seorang penghibur yang bakal mewarnai industri hiburan tempatan. Undian SMS hanya releven untuk ASTRO Ria meningkatkan rating serta mengaut keuntungan dari SMS yang dihantar. Budaya SMS telah pun menjadi satu yang dominan di Malaysia dan ini telah dipergunakan oleh ASTRO untuk mengaut keuntungan. Secara tidak langsung, ASTRO berjaya memanipulasi siatuasi ini. Undian SMS boleh menjadi adil sekiranya hanya 30%-50% sahaja yang dikira di dalam jumlah keseluruhan. 70%-50% lagi datangnya dari juri profesional. Untuk lebih menjadikan undian SMS adil adalah dengan mengehadkan undian hanya boleh diterima satu kali sahaja sehari dari nombor telefon yang sama. Cadangan ini sedikit sebanyak memberi impak yang cerah terhadap industri hiburan tetapi belum tentu memberikan impak yang positif untuk penyedia iaitu ASTRO. Mereka memerlukan undian SMS secara besar-besaran untuk mengaut keuntungan dari penonton sekaligus secara tidak langsung telah melahirkan seorang penghibur yang tidak berkualiti.
Jika dinilai dari aspek sosio-ekonomi penonton pula adalah sukar untuk mengehadkan pengundi untuk menghantar seberapa banyak SMS yang mereka suka. Benar. Cuba kita nilaikan di antara pengundi Adi dan pengundi Vince. Sebagai contoh, pengundi Adi mungkin di kalangan mereka yang berpendapatan rendah dan hanya mampu untuk menghantar satu SMS sehari berbeza dengan pengundi Vince yang mampu untuk menghantar dua puluh SMS sehari. Ini perlu diambil-kira sama ada masa depan industri hiburan di tangan penonton sesuai atau tidak digunakan.
Dominasi industri hiburan Malaysia banyak tertumpu kepada undian wanita atau pun “girls power”. Mereka inilah yang banyak membaca majalah-majalah hiburan picisan dan sentiasa mengikuti perkembangan terkini industri hiburan tempatan. Pengundi wanita akan cenderung untuk mengundi peserta wanita dan peserta lelaki pilihan mereka. Berbeza dengan pengundi lelaki yang kebanyakkannya hanya akan mengundi peserta wanita sahaja.
Cadangan-cadangan ini diharapkan dapat memantapkan lagi Akademi Fantasia di masa hadapan.
Berikut adalah komen jujur tentang persembahan peserta Akademi Fantasia semasa Konsert III semalam.
Adifashla sewaktu Konsert I
Adi (3.5/5 bintang)
Persembahan Adi ternyata hidup. Beliau berjaya meyakinkan penonton akan lahir sebutir bintang di dalam industri hiburan tanahair. Kualiti vokalnya ternya mantap. Beliau berjaya melahirkan satu identiti yang unik dan tidak cuba untuk menjadi Jai iaitu penyanyi asal lagu Biru. Showmanship Adi ternyata gemilang. Beliau boleh menari dan komunikasinya dengan penonton juga jujur. Keyakinannya tampak jelas walaupun membuat persembahan yang pertama. Itu satu kelebihan Adi. Kekurangan Adi hanyalah sifat poyo yang ada di dalam dirinya. Adi perlu ingat, rancangan ini ditonton oleh pelbagai ragam manusia. Sebagai seorang penghibur yang ingin memahat nama di dalam industri hiburan tempatan, Adi sepatutnya lebih bersifat rendah diri dan tidak terlalu cuba untuk menonjolkan dirinya serta berlagak seakan-akan meletakkan namanya sebaris dengan Ellie Suriati. Adegan itu sebenarnya telah sedikit sebanyak mengurangkan undi untuk Adi. Interaksi dengan pengkritik wajar dilakukan tetapi dibuat dengan lebih sopan dan tidak nampak terlalu dibuat-buat. Kenapa saya kata dibuat-buat adalah kerana penampilan Adi di dalam Akademi lebih bersifat pendiam dan banyak termenung, tetapi apabila di atas pentas berlainan sekali sifatnya. Itulah yang nampak dibuat-buat. Lagu yang didendangkan oleh Adi mungkin tidak selalu kedengaran di radio dan penonton mungkin tidak mengenali siapa itu Jai. Ini sedikit sebanyak mengurangkan undi untuk Adi kerana populariti lagu tersebut. Persembahan Adi ternyata hebat.
Nija (2.5/5 bintang)
Persembahan Nija terselit identiti rock yang menjadi sifat semulajadinya. Penampilan Nija wajar dipuji dan ini patut dicontohi oleh Adi. Walaupun Nija pada zahirnya bersifat rock di dalam Akademi tetapi semasa sessi temubualnya dengan Aznil di atas pentas sebelum persembahan, Nija bersifat lebih profesional dan maintain mood balada. Jika seandainya Nija berkelakuan rock di atas pentas tersebut, sudah pasti penampilannya akan nampak seperti kurang ajar dan mengurangkan undinya. Itulah kelebihan Nija yang dipergunakan sebaiknya.
Sahri (4/5 bintang)
Persembahan Sahri benar-benar membuktikan bahawa paras rupa bukannya tiket untuk menjadi seorang penghibur. Tetapi itu hanya pendapat Kudsia Kahar salah seorang pengkritik sewaktu Konsert berlangsung dan bukannya apa yang pengundi rasakan. Pada pengundi, paras rupa masih merupakan faktor utama untuk menjadi seorang penghibur dan ini telah dibuktikan dengan keputusan malam tadi. Saya boleh sifatkan ini merupakan lagu ujian untuk Sahri. Persembahan terdahulu beliau telah membuktikan berjaya membawa lagu pelbagai rentak. Beliau mempunyai pitching yang baik dan mampu mengawal tempo. Apa yang perlu beliau fikirkan sekarang ialah kekuatan diri untuk mengurangkan makan kek coklat. Beliau perlu sedar di Malaysia, faktor wajah masih memainkan peranan yang penting untuk menjadi penghibur terkenal. Liza Aziz dan Adibah Noor mempunyai suara yang mantap tetapi tidak berjaya mengawal pasaran album. Kenapa ? Tepuk dada tanya selera. Identiti persembahan beliau juga berjaya dihasilkan dan tidak terikut-ikut gaya Yassin.
Liza (2/5 bintang)
Jika bukan Atie, sudah pasti Liza yang tersingkir. Itu andaian saya. Jelas ia tidak menjadi kenyataan. Liza setelah tiga konsert berlangsung masih kurang berkeyakinan. Wajahnya nampak gugup dan tidak menyerlah. Lagu Kesetiaan adalah lagu popular dan amat sukar dibawa kerana popularitinya. Penonton akan cuba membandingkan cara pembawakan Siti Sarah dan Liza. Itu sudah pasti. Kegugupannya ternyata meragut penghayatannya.
Burn (2.5/5 bintang)
Beliau mempunyai suara yang baik. Skill tariannya masih nampak kaku. Staminanya perlu ditingkatkan agar tidak nampak mengah di pentas apabila membawakan lagu berentak laju. Beliau mempunyai identiti tersendiri dan gaya Anuar Zain jelas tidak kelihatan sewaktu beliau mendendangkan lagu Permata. Temponya agak lari sedikit.
Atie (0.5/5 bintang)
Saya perlu beri bintang kasihan untuknya kerana scene filem Ibu Mertuaku yang dilakonkan oleh Atie dan bukan kerana nyanyiannya. Saya perlu bersikap zalim di sini kerana di tangan saya ialah tanggungjawab saya terhadap industri hiburan tanahair. Saya tidak mahu merosakkan industri ini dengan kehadiran penghibur sebegini. Sewaktu persembahan beliau, saya menerima banyak SMS mengutuk persembahannya. "Aku kena mute TV aku !". "Looking forward for Atie's elimination !". "The ending even sucks more ! Off key !". Sahabat-sahabat saya lebih sanggup menghantar SMS kepada saya dari menghantar undian untuknya. Pertama sekali, apa perlunya kad yang dibawa oleh Atie. Lirik lagu ? Kata-kata semangat ? Keyakinan beliau membawakan lagu ini sejak hari pertama menurun dengan mendadak. Jelas beliau tergamam apabila mendapat lagu ini. Kualiti vokalnya ternyata hambar dan tiada energy yang muncul dari lagu tersebut. Hambar. Kehadiran choir Classicomm ternyata tidak dapat menutup segala kelemahan yang dilakukan oleh Atie. Sekalipun dengan menampilkan Vanessa Williams sebagai backing vocal ke pentas pun belum tentu dapat menutup kepincangan vokal Atie. Yang dijual oleh beliau adalah paras rupa dan yang dibeli oleh para pengundi juga paras rupa. Benar sekali kata Kudsia sewaktu persembahan Sahri. “Anda telah membuktikan bahawa paras rupa bukan penentu kejayaan”. Dan sama sekali benar apa yang diingini oleh pengundi pada persembahan Atie. “Anda telah membuktikan bahawa paras rupa penentu kejayaan”. Nyanyian sumbang ini telah membuktikan bahawa bahasa Inggeris juga penting untuk menjadi seorang penghibur serba-boleh. Atie berjaya menutup kelemahan beliau dengan senyuman manisnya sepanjang persembahannya. Itu kelebihan beliau. Beliau bernasib baik kali ini kerana sedikit sebanyak menumpang populariti Vince untuk meraih undi simpati.
Nana (2.5/5 bintang)
Beliau berbakat besar di dalam industri hiburan. Tetapi perlu diingat, package sahaja tidak mencukupi. Beliau ada identiti tersendiri. Keyakinan beliau ternyata begitu tinggi. Pitching suara perlu dijaga walaupun identiti sendiri perlu dilahirkan.
Khai (3/5 bintang)
Keunikan vokalnya ternyata menjadi. Beliau perlu mempelajari teknik-teknik showmanship dengan lebih mendalam lagi. Lagu Jesnita ternyata sesuai dengan vokalnya. Fokus beliau kepada penonton juga perlu ditingkatkan lagi.
Vince (4.5/5 bintang)
Mantap. Kawalan vokal unik. Range vokal pelbagai. Identiti tersendiri. Bijak menentukan range persembahan. Superb ! Gifted !
Azizi (4/5 bintang)
Mantap. Vokal lelaki yang mantap. Penghayatan terbaik. Imej perlu dilakukan sesuatu.
Rosma (3/5 bintang)
Showmanship beliau untuk lagu ini benar-benar menarik. Lirikan matanya mampu memukau jiwa. Suaranya walaupun dalam usia yang masih muda jelas nampak matang. Lagu Bunga Tanjung hanya sesuai dibawakan oleh Datuk Sharifah Aini, Rosma ternyata berjaya membawakan lagu tersebut dengan baik. Imej Siti Nurhaliza sedikit sebanyak terhakis apabila beliau mendendangkan lagu tersebut.
Undian Terkini selepas Konsert III
Vince 12%
Sahri 10%
Azizi 10%
Atie 10%
Rosma 9%
Burn 9%
Nana 9%
Khai 9%
Nija 9%
Liza 7%
Adi 7%
Undian tersebut akan diresetkan menjadi 0 semula bermula pada setiap minggu iaitu hari Isnin. Keuntungan yang berlipat kali ganda diperolehi oleh ASTRO dengan menggunakan format reset semula ini. Sekaligus menjadikan beban kepada semua pengguna telefon bimbit yang mengundi para peserta di AKademi Fantasia. Persoalannya di sini bagaimana Atie masih boleh mengekalkan 10% nya sedangkan persembahannya hancur ?
Adifashla sewaktu sessi ujibakat
Penyingkiran Adi benar-benar memeranjatkan. Adi sendiri tidak menyangka akan disingkirkan begitu juga dengan para peserta yang lain. Ini jelas kelihatan apabila Aznil menyebut nama Adi yang seakan-akan nama Atie, para peserta wanita telah pun meratap pemergian Atie dan kamera mengambil shot tersebut lalu jurukamera pan kamera ke arah Adi setelah yakin bahawa nama yang disebutkan adalah ADI dan bukannya ATIE. Adi menunjukkan isyarat “Saya ?” ke kamera lalu pergi dengan bermaruah.
Penyingkiran Adi telah menyebabkan Aznil mengalirkan airmata, Kudsia Kahar dan Ellie Suriati turut sama mengalirkan airmata begitu juga dengan tenaga pengajar yang ada. Mereka sebenarnya tidak menyangka sama sekali Adi yang disingkirkan. Bintang yang dipuji sebentar tadi telah disingkirkan oleh penonton dan peserta wanita yang telah dikritik hebat sebentar tadi hendak disimpan lagi oleh penonton.
Scene Atie melutut sambil memaut lutut Adi yang agak dramatik serta melucukan itu dibuat khas sebagai tanda bersyukurnya Atie kerana tidak tersingkir. Jelas kelihatan air mata Adi tergenang di kelopak matanya. Beliau nampak sedih tetapi menerima hakikat penyingkiran beliau. Seperti kata-kata Rosyam Noor sewaktu lawatan mengejut ke Akademi, “Biarlah kita keluar dan disingkirkan dari Akademi Fantasia dengan penuh bermaruah.” Adi telah disingkirkan dari Akademi Fantasia dengan penuh bermaruah.
Perjalanan Adi masih panjang....
Akademi Fantasia Khamis 27 Jun 2003
Lakaran
Setiap peserta perlu menunjukkan lakaran yang telah mereka lakukan kepada penonton. Hanya Burn sahaja yang bersikap jujur menceritakan kecelaruan fikirannya pada waktu tersebut. Atie sama sekali berbohong dengan melakarkan sesuatu yang ceria di atas kertas tersebut dan pada hakikatnya beliau sedang kerisauan. Adi mempunyai bakat melukis yang baik. Beliau jelas seorang yang kreatif cuma kebolehan beliau berinteraksi perlu digilap lagi. Lakaran Nana menjelaskan sikap hipokrit dan mementingkan diri beliau. Walaupun beliau melakarkan semua nama di atas kertas lakarannya, namun demikian, nama beliau diletakkan di tempat yang paling atas yang sekaligus membawa makna beliau bercita-cita untuk menang Akademi Fantasia ini.
Khai budak hip-hop ?
Khai sedang giat berlatih menari ala-ala hip-hop untuk persembahan 11 peserta Akademi Fantasia. Usaha beliau dipuji dan agak menarik. Yang ingin dicetuskan di sini apa perlunya Adi melatah sewaktu melihat Khai menarikan tarian hip-hop tersebut ?
Nana bertindik di pusat ?
Sewaktu sedang menayangkan lakarannya kepada penonton, baju Nana tersingkap ke atas dan sekaligus para penonton yang prihatin dapat melihat tindik di pusat Nana. Imej yang muncul di TV tidak lama. Agak sekejap tetapi dapat dilihat dengan jelas kilauan anting-anting yang ada di pusat beliau. Kebanyakan dari kita pasti tidak sedar kerana fokus ketika itu tertumpu kepada lakaran yang dilukiskan oleh Nana. Pada pendapat saya, seorang penghibur yang baik tidak memerlukan mereka bertindik di pusat atau di kening untuk menjadi seorang yang ternama satu hari kelak.
Linda Jasmine yang garang
Linda Jasmine merupakan seorang guru yang agak tegas sewaktu kelasnya berlangsung. Beliau telah menghukum beberapa orang pelajar yang telah melakukan kesilapan dalam tarian mereka.
Kelas Adnan Abu Hassan
Mereka diuji satu persatu akan pembawakan lagu mereka. Kebanyakan peserta memberikan tahap vokal yang biasa sahaja kecuali Vince, Liza, Adi dan Rosma. Nana gagal membawakan lagu Ku Bahagia, Atie memang semulajadinya hancur membawakan lagu Inggeris, Khai yang masih tersangkut-sangkut bila nada tinggi begitu juga Nija yang pecah suaranya apabila membawa lagu bernada tinggi. Pujian harus diberikan kepada Adi kerana shot showmanship yang menarik untuk lagu tersebut.
Panggilan telefon - Hanya Adi yang memberi salam.
Kejutan berikutnya ialah mereka boleh membuat panggilan telefon ke keluarga mereka. Adi memberi salam kepada ibunya dan bertanya tentang ayahnya. Sahri kelihatan agak sedih apabila mendapat peluang untuk bercakap dengan anak saudaranya. Khai jelas kelihatan seorang yang manja dengan keluarganya.
Akademi Fantasia Rabu 26 Jun 2003
Konfiden Atie
Tahap konfiden Atie mula terserlah. Beliau telah mencuba sedaya upaya beliau untuk menyanyikan lagu tersebut. Perlu diingat, menyanyi bukan hanya melafazkan lirik tetapi juga penghayatan terhadap lirik tersebut. Itulah menyanyi. Yang dilakukan oleh Atie sekarang hanyalah membaca lirik bukannya penghayatan. Tetpi beliau telah mencuba sehabis baik untuk menyanyikan lagu tersebut. Azizi datang kepada Atie untuk menenangkan perasaan beliau yang sedang kerisauan. Azizi lebih bertindak sebagai seorang "sister" di kalangan peserta yang sebelas itu. Itu kelebihan Azizi di kalangan mereka. Azizi tidak sombong dan bijak menggunakan peluang yang ada. Itu strategi Azizi untuk memancing undi penonton tetapi jika penonton masih mengambilkira faktor rupa sebagai tiket untuk menjadi penghibur terbaik, maka sudah pasti Azizi tidak akan mendapat undi.
Vince menari tarian asli ?
Usaha Vince untuk belajar menari tarian asli dipuji walaupun agak kayu. Ia harus dipuji kerana percubaan bangsa asing untuk mempelajari tarian Melayu.
Amy Mastura - Nemo
Amy Mastura muncul secara mengejut ke Akademi sebagai seorang jururawat yang merawat Nemo. Nemo kembali ke Akademi setelah dihantar ke klinik untuk pemeriksaan kerana tidak berapa sihat. Kemunculan Amy lebih bertindak sebagai pembawa semangat untuk Atie dan beliau mendengar dan sama-sama menyanyikan lagu nyanyian Atie "Save The Best For Last".
Spot check
Oleh kerana mereka telah ditegur semalam kerana isu pakaian, pada hari ini Encik Baha melakukan spot check. Adalah lebih baik jika Encik Baha melakukan spot check setelah kelas berakhir agar tidak mengganggu para pelajar sewaktu sessi akademik berjalan.
Kelas Fatimah Abu Bakar - intepretasi lakaran
Di dalam kelas ini mereka perlu melakarkan emosi mereka di atas sekeping kertas. Mereka telah melakarkan dan Rosma telah melakarkan sesuatu yang agak menarik.
p/s:- Ulasan ini terlewat dipaparkan kerana kesibukan tugas yang agak meruncing. Berlaku sedikit perpindahan yang melibatkan perubahan cuaca dan tingkat.
Akademi Fantasia Rabu 25 Jun 2003
Tetamu misteri – Pooh
Awal pagi para pelajar dikejutkan dengan kehadiran tetamu misteri. Tetamu misteri yang dimaksudkan ialah Pooh kepunyaan Azza yang diserahkan oleh Azza kepada para pelajar di Akademi Fantasia. Walaupun ketiadaan Azza di Akademi, namun dengan kehadiran Pooh sedikit sebanyak dapat mengubat rindu pelajar terhadapnya. Mungkin tidak semua pelajar rindukan Azza. Ada yang seronok dengan ketiadaan Azza yang mungkin dianggap penghalang kepada fantasi mereka untuk menjadi realiti.
Namun demikian, Pooh tidak sempurna dan perlu dijahit. Peluang ini diambil oleh Atie salah seorang teman yang rapat dengan Azza. Atie juga merupakan rakan pelajar yang menangis paling terlampau semasa pengunduran Azza dari Akademi. Di mana Nana sewaktu adegan ini berlangsung ?
Sahri: Koreografer sudah cantik
Sahri mendapat lagu Salsabila dan lagu berirama etnik kreatif ini memerlukan beliau menari. Kelebihan ini perlu dipergunakan oleh Sahri untuk mempelbagaikan bakat beliau. Dua konsert yang lepas telah membuktikan beliau seorang penyanyi berjiwa besar dan seharusnya Konsert III ini bakat lain perlu diketengahkan. Koreografer tarian telah dilakukan dan Sahri berusaha keras untuk mencantikkannya. Sahri perlu melakukan sesuatu ke atas berat badannya. Koreografer tariannya sudah cantik hanya lemak-lemak di badan beliau yang mencacatkan sedikit kecantikan koreografer tarian tersebut.
Burn perlu pasang strategi
Burn perlu melakukan sesuatu dengan skill tariannya kerana masih nampak kaku. Beliau perlu banyak berlatih menari dengan Guru Tari ataupun boleh menggunakan peluang yang ada dengan meminta Nana mengajarnya menari. Burn perlu merancang strategi untuk meningkatkan undian. Nana adalah scapegoat yang terbaik untuk dijadikan umpan.
Atie: Belajar membaca atau belajar menyanyi ?
Aku perlu merasa simpati terhadap Atie. Sehingga Rabu, Atie masih berlatih membaca dan bukannya berlatih menyanyi. Atie meminta pertolongan Fatimah Abu Bakar, salah seorang tenaga pengajar di Akademi yang pernah menjawat jawatan Editor di New Straits Times. Atie diajar cara sebutan yang betul. Sikap ini harus dipuji iaitu sifat ingin belajar dan sebagai tenaga pengajar, Puan Fatimah telah menjalankan tugasnya dengan sebaik mungkin dan penuh ikhlas walaupun dalam keadaan yang tidak sihat.
Isu pakaian : Siapa yang patut ditegur ?
Sebelum tamat rancangan, para pelajar telah ditegur oleh Encik Baha tentang isu cara berpakaian untuk Sessi Tarian. Sewaktu sessi ini pelajar perlu mengenakan pakaian yang sesuai kerana koreografer menjadi bertambah sukar dari satu minggu ke satu minggu. Kebanyakan mereka diam, berbeza dengan Nana yang menunjukkan muka tidak puas hatinya. Pelajar walau sehebat mana sekalipun mereka, mereka perlu menghormati guru mereka. Encik Baha bukan guru yang mengajar tetapi sebagai penjaga mereka dan setiap tegurannya perlu diambil dengan sikap positif. Bagaimana pula dengan cara berpakaian guru tarian mereka ?
Akademi Fantasia Selasa 24 Jun 2003
Kelas vokal menyaksikan pelajar sama-sama menguji vokal masing-masing dengan lagu baru yang mereka terima awal minggu ini. Adi nampak selesa dengan lagu Biru nyanyian Jai. Tahap konfidennya benar-benar terserlah. Selain daripada itu showmanshipnya akan cuba ditingkatkan dengan menyampaikan lagu tersebut hasil tunjukajar Guru Nada Suara, Siti Hajar.
Sahri membawakan lagu Salsabila. Beliau juga nampak yakin dengan lagu tersebut.
Begitu juga dengan Khai yang berlatih bersungguh-sungguh untuk lagu Jesnita. Sewaktu sessi latihan beliau nampak berjaya membawakan lagu tersebut dengan baik. Apakah kali ini Ezad Exist akan muncul secara mengejut pada minggu ini ? Berbeza dengan Rosma yang menghadapi kesukaran membawakan nada rendah lagu Bunga Tanjung dan jelas kelihatan pada keluhannya. Liza yang mendapat lagu Kesetiaan nyanyian Siti Sarah nampak yakin kerana lagu tersebut didendangkan oleh beliau sewaktu sessi audition. Latihan lebih banyak perlu dijalankan kerana kualiti persembahan beliau sewaktu sessi audition juga tidak berjaya menampakkan ketelitiannya dan versatility vokal beliau. Vince juga nampak konfiden dengan lagu Belaian Jiwa dan saya berani menyatakan bahawa beliaui akan menjanjikan persembahan yang terbaik pada Konsert III ini. Sekali lagi Azizi diuji dengan lagu lama iaitu Truly nyanyian Lionel Ritchie.
Pengacara Salam Bollywood
Mereka dikejutkan dengan kehadiran seorang perempuan berbangsa Hindustan. Beliau sebenarnya pengacara rancangan Salam Bollywood. Malangnya tidak seorang pun peserta pun yang mengenali beliau. Beliau berpura-pura sesat jalan dan bertutur di dalam Bahasa Inggeris. Sewaktu kejadian ini berlaku jelas sekali kebolehan peserta berbahasa Inggeris masih berada di tahap yang agak lemah. Mereka tidak mampu bertutur dengan lancar. Azizi cuba untuk menonjolkan diri, suatu usaha yang baik. Begitu juga Atie walaupun kelam-kabut dan berterabur. Peserta lain lebih banyak mendiamkan diri. Bahasa Inggeris bukan sekadar "Oh My God !, Not yet". Saya mencadangkan agar lebih banyak pengunjung mengejut yang berbahasa Inggeris datang lagi melawat mereka supaya penguasaan Bahasa Inggeris mereka dapat ditingkatkan. Kebolehan Adi menyanyikan lagu hindustan benar-benar mengejutkan walaupun sedikit.
Nana dan Burn (Krisis mencari identiti sendiri)
Sewaktu pelawat dari Salam Bollywood datang melawat para peserta, Burn sebenarnya telah menemui Encik Baha untuk sessi chit-chat. Mungkin juga sengaja Burn dikehendaki berjumpa dengan Encik Baha ketika itu kerana mungkin Burn akan mengenali pengacara Salam Bollywood tersebut. Satu kebetulan yang unik. Burn perlu mencari identiti sendiri dan perlu merancang strategi seperti yang dilakukan oleh Nana dan Vince.
Atie dan Save The Best For Last
Atie benar-benar tertekan apabila menerima lagu Save The Best For Last nyanyian Vanessa Williams. Penguasaan Bahasa Inggeris beliau agak lemah dan beliau perlu meminta tolong Vince untuk menterjemahkan lirik lagu tersebut untuk memahami maksud lagu tersebut. Beliau dipujuk oleh Nana dan Liza sedang rakan-rakan yang lain sibuk berlatih lagu sendiri.
Nana ada di mana-mana
Walaupun tujuannya nampak baik tetapi sebenarnya ini merupakan satu strategi Nana untuk memancing undi penonton. Beliau cuba sedaya upaya untuk mempamerkan imej seorang yang baik, suka menolong orang dan tidak pentingkan diri sendiri. Itulah kelebihan Nana, bijak mengguna peluang yang ada.
Akademi Fantasia Isnin 23 Jun 2003
Semalam hari pertama mereka di Akademi setelah ketiadaan Azza. Azza gadis pemalu dan rajin itu telah disingkirkan pada Konsert II yang berlangsung Sabtu lepas. Suasana Akademi masih seperti biasa. Ceria. Walaupun ada ketikanya Encik Baha, warden mereka dengan sengaja menyebut-nyebut nama Azza dengan tujuan untuk menimbulkan mood kesedihan mereka tetapi tiada kesedihan wujud dalam diri masing-masing. Jika ada pun yang dibuat-buat. Nana lebih sibuk berbual atau "bercinta" dengan Burn. Ketiadaan Azza sebenarnya tiada meninggalkan kesan ke atas dirinya. Dalam rancangan Imbasan Akademi Fantasia Ahad lalu, Azza ditemuramah oleh Seelan Paul. Azza sebagai seorang Melayu masih menyembunyikan apa yang tersirat di dalam hatinya. Beliau tidak berterus terang tentang apa yang berlaku di Akademi. Siapa yang rajin mengemas, siapa yang pemalas masih disembunyikan. Itu typical Melayu yang bersifat pemaaf. Sepatutnya Azza wajar mencontohi sifat Christie di dalam siri Survivor Amazon yang mana beliau dengan lantang menyatakan ketidakpuashatiannya tentang Jenna dan Heidi sewaktu ucapan selamat tinggalnya selepas diundi keluar. Namun begitu, ketidakpuashatian Azza terhadap Nana diluahkan apabila Seelan Paul bertanya siapakan yang dipilih oleh Azza untuk muncul sebagai Top 5. Azza menjawab Rosma, Khai, Sahri, Atie dan Vince, dan meninggalkan nama Nana walaupun Nana di antara yang top di kalangan peserta tersebut.
Lagu baru
Minggu ini akan menyaksikan beberapa pelajar terkejut apabila menerima lagu baru. Atie contohnya maha terkejut apabila menerima sebuah lagu Inggeris nyanyian Vanessa Williams. Adi pula menerima lagu Biru nyanyian Jai. Sebagai cadangan untuk memantapkan lagi persembahannya, Adi perlu bermain gitar secara live supaya kebolehannya terserlah dan dalam pada itu tidak mengetepikan mutu vokalnya. Vince sekali lagi bernasib baik apabila menerima sebuah lagu nyanyian Innuendo iaitu Belaian Jiwa. Sekali lagi keupayaan vokalnya tidak diuji pada minggu ini. Rosma menerima lagu Bunga Tanjung nyanyian asal Datuk Sharifah Aini. Keupayaan vokal Rosma akan teruji apabila membawakan lagu irama Malaysia ini. Yang pastinya mata sudah pasti tertumpu kepada Sahri. Beliau akan membawakan lagu Salsabila nyanyian asal Yassin. Lagu irama etnik Arab ini sudah pasti menguji keupayaannya membawakan lagu berentak etnik. Jika Sahri berjaya membawakan lagu ini, beliau sudah membuktikan sebagai penghibur serba boleh yang mampu membawa pelbagai jenis rentak lagu. Yang hanya perlu dilakukan selepas itu hanyalah menguruskan badan. Khai terpilih untuk membawakan lagu Jesnita sebuah lagu bernada rendah yang amat sukar dibawakan.
Nana dan Burn
Saya masih tidak faham kenapa perlu disensasikan kisah mereka. Semalam shot adegan mereka agak lama dan Burn masih tidak faham-faham dengan teguran Pengetua Akademi. Shot dilakukan sewaktu Nana sedang membasuh pinggan mangkuk. Adakah ini untuk membuktikan bahawa Nana bukanlah seorang pemalas dan sekaligus imej Azza sebagai seorang yang rajin terhakis ?
Khai dan Nemo
Khai mendapati Nemo tidak berapa sihat. Beliau meminta Encik Baha membawa Nemo ke klinik. Khai banyak menyendiri semalam. Shot dia menyendiri dengan tidur di sofa sengaja dipaparkan semalam.
Roda Impian
Sewaktu mereka sedang bermain Roda Impian, pengacara Hani Mohsin datang melawat mereka secara mengejut. Hani menasihatkan mereka agar tidak merasa rendah diri dengan kekurangan yang ada pada diri masing-masing.
Akademi Fantasia
Akademi Fantasia merupakan satu rancangan terbitan ASTRO. Rancangan ini kononnya merupakan reality drama yang pertama di Malaysia. Ia menampilkan 12 perserta, 6 lelaki dan 6 perempuan beradu nasib untuk menjadi seorang penghibur yang versatile. Selama 9 minggu mereka akan dilatih oleh beberapa tenaga pengajar dan dijaga oleh seorang Pengetua Akademi. Tenaga-tenaga pengajar yang profesional terdiri daripada Adnan Abu Hassan, selaku Guru Vokal, Linda Jasmine selaku Guru Tarian, Siti Hajar, selaku Guru Nada Suara dan Fatimah Abu Bakar selaku Guru Seni Persembahan.
Bermula minggu lepas seorang peserta akan dikeluarkan sebagaimana yang termaktub di dalam perjanjian mereka dengan pihak ASTRO. Rancangan ini lebih merupakan siri Survivor versi Malaysia. Sebenarnya rancangan ini serupa dengan rancangan American Idol.
Konsep penjurian terletak 100% di tangan penonton yang menghantar SMS dan rancangan ini tidak menggunakan juri profesional. Pengkritik profesional hanya wujud selepas persembahan Konsert peserta di hujung minggu. Setiap minggu 3 orang pengkritik profesional dari pelbagai latar belakang yang berkenaan dengan industri hiburan akan dipilih untuk memberi kritikan yang membina kepada para peserta setelah mereka selesai mengadakan persembahan.
Setiap awal minggu, para peserta akan diberikan lagu untuk mereka persembahkan di akhir minggu. Para peserta tidak dapat memilih lagu yang dikehendaki. Ianya bergantung kepada nasib. Jika bernasib baik, peserta akan mendapat lagu yang sesuai dengan vokal mereka begitulah sebaliknya. Namun begitu, idea ini merupakan terbaik untuk melahirkan penghibur yang versatile. Adakalnya tatkala menerima lagu, beberapa peserta akan seronok kegembiraan kerana telah biasa menyanyikan lagu tersebut begitulah sebaliknya.
Walaubagaimanapun, idea penyingkiran peserta adalah tidak wajar kerana mungkin dalam minggu-minggu yang terawal peserta belum lagi didedahkan dengan lagu yang pelbagai rentak, teknik lakonan yang pelbagai, lontaran nada suara yang lebih versatile serta seni tari yang lebih mencabar. Seperti contohnya Vince amat bernasib baik kerana mendapat lagu yang sesuai dengan vokalnya untuk dua minggu berturut-turut. Saya masih mengharapkan yang minggu-minggu mendatang Vince menerima lagu nyanyian Tan Sri SM Salim ataupun Jamal Abdillah. Begitu juga dengan Rosma yang seronok apabila mengetahui mendapat lagu nyanyian Siti Nurhaliza.
Mutu lakonan mereka masih belum diuji sepenuhnya kerana kebanyakan shot yang diambil masih nampak dibuat-buat. Adegan percintaan Burn dan Nana terlalu memualkan dan nampak tidak realistik. Gaya percakapan mereka tidak spontan dan jika adegan itu bertujuan untuk menaikkan populariti Burn, sila hentikan kerana ia tidak menjadi.
Untuk menjadi seorang penghibur, perlu datang sebagai satu package. Vince mempunyai kelebihan tersebut. Beliau seorang yang boleh menyanyi dilengkapkan lagi dengan paras rupa yang menarik. Ini berbeza dengan Sahri. Walaupun Sahri mempunyai mutu vokal yang setanding, tetapi Sahri tidak mempunyai bentuk badan dan paras rupa yang sesuai untuk menjadi seorang penghibur. Perlu saya ingatkan di sini bahawa kita berada di Malaysia. Di Malaysia, paras rupa merupakan yang pertama dilihat oleh para penggemar industri hiburan dan bakat jatuh nombor dua. Azizi mampu menjadi penghibur yang versatile dengan menukar sedikit imej beliau.
Adifashla di dalam Akademi Fantasia kelihatan seperti seorang yang agak sombong dan menunjuk pandai. Ini jelas di dalam beberapa insiden antara beliau dan Adnan Abu Hassan serta sewaktu persembahan di Konsert II bersama Along Exist. Dari segi bakat, suaranya lebih mirip kepada Ferhad dan terbawa-bawa gaya percakapan Ferhad. Yang mahu dihasilkan oleh Akademi Fantasia bukan klon Siti Nurhaliza, klon Ferhad atau klon Jamal Abdillah. Setiap peserta perlu membawakan identiti mereka sendiri.
Saya ketinggalan untuk menyaksikan Konsert I yang membawa kepada penyingkiran Liza yang kemudiannya diserap semula ke dalam Akademi. Namun begitu saya tidak melepaskan peluang untuk menonton Konsert II yang berlangsung Sabtu lepas.
Persembahan paling cemerlang
Vince, Rosma dan Sahri.
Kawalan vokal mereka berjaya dipergunakan sepenuhnya. Mereka bernasib baik kerana mendapat lagu yang sesuai dengan vokal masing-masing. Kebolehan mereka akan teruji kelak apabila mendapat lagu yang mereka tidak suka pada minggu akan datang.
Vince berjaya menyanyikan lagu tersebut dengan baik sehingga mendapat A dari Khairil Johari Johar, begitu juga dengan Sahri. Rosma, Siti Akademi Fantasia perlu mencari imej lain untuk terus berjaya.
Persembahan terbaik
Adi, Azizi dan Nana.
Persembahan Adi mendapat khidmat Along Exist dan menyebabkan persembahan tersebut nampak menarik dan live. Muzik live dan muzik minus-one memang benar-benar akan mengubah visual persembahan seseorang peserta. Muzik live boleh dieksploitasi untuk mengikut gaya persembahan peserta dan ini berbeza dengan persembahan menggunakan muzik minus-one. Peserta terikat dengan muzik tersebut.
Persembahan Azizi menghiburkan serta tahap konfidennya yang tinggi. Beliau tidak pressure dan tidak nervous. Itu kelebihan Azizi.
Saya sendiri tidak tahu apa yang ingin ditonjolkan oleh Nana dalam persembahannya. Suaranya biasa sahaja. Apakah package yang dijual oleh Nana untuk mengaut banyak undi saya sendiri pun tidak dapat meneka. Yang pasti air mata Nana terlalu murah.
Persembahan yang baik
Nija, Khai dan Burn
Mereka kurang bernasib baik kerana mendapat lagu yang tidak berapa sesuai dengan peupayaan vokal masing-masing. Namun begitu mereka telah memberikan persembahan yang terbaik. Nija misalnya, telah menjadikan lagu Menaruh Harapan seperti lagu rock. Vokal yang serak sepatutnya dipergunakan olehnya untuk mencantikkan lagi lagu tersebut. Burn telah menghasilkan persembahan yang lebih baik dari Konsert I. Persembahan Khai juga baik dan mutu vokal beliau lebih teruji dengan lagu tersebut.
Persembahan yang memuaskan
Liza, Atie dan Azza
Liza telah sedaya upaya melakukan yang terbaik. Beliau telah berjaya mengaburi mata penonton dengan langkah tariannya yang mantap walaupun mutu vokal beliau agak hancur.
Atie perlu melakukan sesuatu dengan mutu vokal beliau. Pitching nada rendah beliau agak kelam-kabut serta penjiwaan lirik lagu tidak berlaku seperti yang diajar oleh Guru Nada Suara dalam satu episod yang disiarkan. Air mata belum tentu dapat memenangi hati penonton.
Azza kurang bernasib baik kerana lagu tersebut tidak sesuai dengan vokal beliau. Walaupun menduduki tangga kelapan sebelum Konsert II bermula, tetapi oleh kerana empat peserta yang terakhir berjaya menghiburkan penonton maka mereka telah berjaya memintas kedudukan Azza.
Pada hari Sabtu 21 Jun telah berlangsung fete de la musique di Bintang Walk, Kuala Lumpur. Acara tersebut bermula pada jam 12 tengahari tertunda selama satu jam kerana masalah teknikal.
Penganjur kemudiannya mengarahkan AGE untuk bergerak ke KL Plaza supaya membuat persembahan di sana. Tempatnya agak sempit dan benar-benar tidak sesuai untuk satu persembahan yang menggunakan banyak alat. Setelah menunggu dengan sabar, pihak penganjur kemudiannya mengarahkan AGE kembali ke Main Stage di hadapan Bangunan Yayasan Selangor.
Persembahan kesemua kumpulan disingkatkan menjadi satu lagu sahaja untuk setiap kumpulan. Apabila tiba giliran AGE membuat persembahan, kesemua alat telah siap dipasang dan diuji, pengacara memperkenalkan barisan pemuzik AGE serta konsep yang dibawa.
Traditional Fusion Ensemble Experiments music with the mixture of traditional/ latin/ modern instruments through cover songs and also their original numbers. Instruments include acoustic guitar, gambus/ ood, bass guitar, accordion, flute, bamboo flute, violin, keyboard, Malay percussion (rebana, gendang sunda, kompang), Arab percussion (darbuka), Latin percussion (bongo, djembe) and modern percussion (tambourine, shaker, cabassa, windchime)
AGE telah siap bersedia untuk mendengdangkan satu lagu. Penganjur dengan pantas menunjukkan isyarat dua lagu kepada Black. Black terpinga-pinga kerana gendang sunda telah ditinggalkan dibawah. Namun persembahan tetap diteruskan.
Memang gamat Main Stage ketika persembahan bermula kerana irama dan rentak yang benar-benar berbeza dengan kumpulan lain. Aku dapat rasakan kelainan pada waktu tersebut. Walaupun tugas aku seperti biasa hanyalah jurukamera. Satu, aku bangga kerana yang berada di Main Stage itu ialah kawan-kawan aku sendiri dari kumpulan aku sendiri. Dua, aku bangga kerana masa dan komitmen yang telah diberikan untuk menghasilkan persembahan sebegini baik. AGE mendendangkan lagu iaitu The Extravagant Rain dan From Malacca To Jakarta. Nyanyian Fani untuk lagu kedua benar-benar memukau.
Keterampilan pemuzik cuba dipergunakan sepenuhnya apabila terdapatnya bahagian solo untuk instrumen masing-masing. Sewaktu solo mereka sehabis baik menonjolkan skill masing-masing. Tingkah rebana benar-benar menghiburkan.
Selesai persembahan, hujan pun turun.
InsyaAllah, jika tiada aral, persembahan ini akan dihidangkan sekali lagi di APuKe bulan Julai yang akan datang.
Dear all,
As all of you are aware, AGE shall be performing for the Fete de la Musique
2003 organized by Help Institute, DBKL, French Embassy, Alliance Francaise
and with the support of NTV7, Kementerian Kesenian & Pelancongan, CK
Music, etc. The venue shall be the strech of Bintang Walk from 12 noon to
12 midnite on the Saturday of 21st June. There'll be 3 stages of
performances and 6 designated spots for street performances.
Details of AGE performance:
(pls refer attachments for other performances and exact venue)
STREET PERFORMANCE
Venue : Spot 2 (Swensens, Sg Wang Plaza's entrance)
Time : 1.20 - 1.40 pm
MAIN PERFORMANCE
Venue : Main stage (In front Yayasan Selangor facing Lot 10)
Time : 2.40 - 3.00 pm
Please come and be with us. Your support is highly appreciated.
21ST JUNE-120 COUNTRIES-150 PERFORMANCES ON A DAY.
LET'S BRACE OURSELVES FOR THE BIGGEST STREET MUSICAL FESTIVAL
IN MALAYSIA.
Acara Puisi Keliling (APuKe)
Walaupun dikatakan Acara Baca Puisi Keliling (APukE - berhati-hati dengan sebutan e) agak baru dan hanya teman-teman penganjur yang sering menyertai, malam kelmarin jelas kelihatan sambutan yang agak memberangsangkan. Kehadiran orang agak ramai sehingga suhu di dalam 'mini dewan' yang pada mulanya dingin perlahan-lahan menjadi hangat.
Kebiasaannya atau boleh dikatakan adat, sekiranya ada majlis di tempat majlis haruslah berada dalam keadaan 'menerima' kedatangan tetamu tetapi berlaku sebaliknya dimana ada peminat yang hampir-hampir berpatah balik kerana keadaan yang agak gelap gelita. Bayangkan rumah kampung yang hanya tinggal atuk dan nenek sahaja, dimana seawal jam 9 malam rumah sudah gelap dan sunyi. Seolah-olah hendak menyembunyikan sesuatu atau tidak mahu memberitahu ada keraian atau keramaian yang sedang dianjurkan. Atau mungkin terdapat tetamu yang boleh diklasifikasikan sebagai 'highly political icon'. Ini hanya sekadar melontarkan persoalan.
Jadual acara menyatakan, pada mulanya orang ramai akan mendengar dendangan puisi pada pukul 8.30pm. Seperti yang dijangka, apabila majoriti yang terlibat dan penganjurnya adalah sebangsa (meminjam istilah salah seorang pemuisi), masa yang dijanjikan untuk acara dimulakan agak lewat. 'Kita hanya bersantai, bukannya acara formal' , mungkin itulah alasan yang cukup realistik dijamukan kepada hadirin. Adakah ia satu tradisi, warisan atau amalan???
Acara seperti ini harus diberi sokongan dan 'platform' untuk pejuang/penggiat melahirkan idea atau melontarkan apa yang terlintas diminda, dimana kebebasan suara yang dilacurkan oleh 'pendidik bangsa' kita tidak dapat kita manipulasikan dengan maksimum. Dalam acara begini, kita bebas melakukan eksperimen ke atas idea yang hendak disampaikan, tiada sekatan tetapi hendaklah bersandarkan kepada ilmu-ilmu seni persembahan dan fakta yang relevan. Laras kata puisi disusun halus dan keras membawa pemikiran baru, mampu menggoncang peradaban dunia seperti yang berlaku pada peradaban Barat yang cenderung kepada gerajawi.
Ada pendeklamasi yang menghidangkan cerita "Kuala Lumpur Dilanda Hujan Yang Terlampau", kisah mereka sewaktu dalam perjalanan yang tidak sampai-sampai ke Pertama Complex. Sang highly political icon menceritakan pengalaman jenakanya tentang perjalanan hidupnya dua tahun dahulu dan mendeklamasikan beberapa buah sajak.
AGE menjamukan hadirin dengan sebuah Deklamasi Lakon atau DEKON bertajuk CAKAP. Isu yang cuba dijanakan pada pemikiran khalayak sebenarnya adalah kelakuan seharian manusia dan lebih menekankan kepada konsep 'PLAN, DO, CHECK, ACTION' (PDCA Cycle). Kedapatan pada segelintir sanggar hanya pada 'PLAN' sahaja. Pahat berbunyi, rumah tak siap. Peran bagi aksi lakon, Fayno, Midi dan Shahafeez bermain dengan aksi bersahaja, lebih kepada improvisasi terutama Midi yang sekali-sekala tutur katanya mencuit hati dan minda khalayak. Walaupun diakui kurangnya latihan sebelum persembahan, skrip masih ditangan pemain, tidak menjejaskan aliran cerita dan berjaya memuntahkan setiap butiran kelakuan manusia yang terdapat dalam 'DEKON - CAKAP' tersebut.
Acara APukE pada bulan depan akan disertai oleh Unit Muzik AGE yang akan cuba menjamukan khalayak dengan dendangan, alunan dan irama muzik yang lebih 'puitis'.
Adakah ia satu TRADISI atau WARISAN?
Hujung minggu dipenuhkan dengan Acara Puisi Keliling (APuKe) di Penthouse, Bangunan MCOBA, menyaksikan kemunculan Hishamuddin Rais, tahanan ISA yang baru merdeka, menonton Akademi Fantasia, kononnya reality drama pertama di Malaysia dan menonton "Malam Haram" versi telemovie. Nantikan review ketiga-tiga event ini.
Komen ini didapati dari laman rasmi Fauziah Nawi.
RUMAH KECIL JALAN SELADANG
karya Tan Sri A. Samad Ismail, adapatsi oleh Datuk Johan Jaafar.
arahan Mohd Fadillah Hj Mat Said
Persembahan yang baik sebuah kumpulan baru memberi harapan bahawa Festival Teater ini harus diteruskan kerana memberi ruang dan peluang kepada pelapis-pelapis untuk mempertengahkan bakat mereka. Usaha kumpulan ini membawa "Live Music" harus juga dipuji. Sudah sampai masanya Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan menggunakan kesempatan di dalam festival ini untuk memberi penghargaan kepada kerja kreatif seperti olahan pentas, pencipta muzik, pereka tari, pengarah seni dan pereka kostium..
Teknik imbas kembali dan monolog yang digunakan walaupun agak sukar amat menarik dan memberi kelebehan yang banyak untuk kumpulan ini berjaya di dalam festival ini walaupun pergerakkan Leman sebagai Pencerita dibatasi.
Seperti juga teater Dendam Berdarah, kelemahan utama teater ini adalah kerana pelakon utama tidak dapat menjiwai watak dengan baik dan memberi pilihan-pilihan yang serupa tentang perempuan joget seperti Leha (Fairah Nor Zainor), Nani (Intan Nahariah)dan Tina (Masrayahaney Zainal) dan ini menjemukan. Ini ditambah oleh kekeliruan watak Leman (sultanmuzaffar) dan Mak Nah Bee (Nor Aziah Saat). Lakonan memerlukan kajian intrinsik dan ekstrinsik watak-watak dan perhubungan antara watak-watak. Amat malang sekali jika para pelakon yang berbakat dan bertenaga percaya kepada konsep "stereotype". Sekali lagi pelakon pembantu berjaya memberi nafas segar di dalam teater ini. Lakonan yang baik dan menarik oleh Nor Akmal Khazali sebagai Dato' Maarof dan Nor Suhaila Ramli sebagai Kalsum berjaya mengimbangi kelemahan pelakon utama.
Pujian juga harus diberi kepada Suffian Harris , pengarah Artistik persembahan walaupun penggunaan warna tidak dapat membantu dan mempengaruhi watak baik dari segi pencahayaan, warna set dan kostum. Kedudukan set tidak seimbang (sebelah kanan ) iaitu sebahagian penonton tidak dapat melihat pemuzik.
Calon Pilihan
Nor Akmal Khazali, Nor Suhaila untuk pelakon terbaik.
Teknik Terbaik : Sufian Harris
Bual Teater: Ronggeng Rokiah ‘lacurkan’ definisi noir
Oleh Khalid Salleh
NOIR, ungkapan Perancis yang bermakna hitam, gelap atau samar. Definisi noir diguna oleh pengkritik filem Perancis terhadap filem Hollywood yang selalunya dihasilkan pengarah Eropah pada awal 50-an hingga hujung 60-an. Antara lain kisah Amerika yang ditangani dengan sensibiliti Eropah. Ia berputik daripada neo expressionism Eropah seperti mana yang lahir di Jerman.
Kemunculan Ronggeng Rokiah di Istana Budaya yang disensasikan pengarah dan penulisnya, Dr Anuar Nor Arai sebagai teater noir termasuk pengakuan Ketua Pengarah Istana Budaya, Dr Hatta Azad Khan yang mengatakan sejarah teater noir yang pertama di Malaysia, menggambarkan definisi noir sudah ‘dilacurkan’ semata-mata untuk memberi bayangan takjub ke atas karya yang bersifat sederhana atau biasa-biasa saja.
Lorong gelap, bai serbat (bukan mamak teh tarik sebagaimana dilakonkan), tari tango, waltz dan ronggeng (bertandak) yang hanya sekali ditampilkan, serta bayangan suasana kabaret dan juga bilik Rokiah, adalah ‘kesempitan’ ruang lakon yang menampilkan dimensi keruwatan (kacau-kalut) di sebuah pentas secanggih Istana Budaya. Dr Anuar dan Hassan Mutalib (pereka set) barangkali sangat berambisi menyalin wajah filem ke pentas. Maka ‘keluarbiasaan’ yang merumuskan definisi ‘noir’ di filem sudah menenggelamkan urutan metafora kesengsaraan Melayu (Rokiah) dalam mengenal jati dirinya.
Derita Rokiah adalah kesengsaraan Melayu yang ‘buta huruf’ dalam menggaris-dasarkan upaya menguasai sejumlah kebarangkalian kuasa, ekonomi, status kependudukan dan kemasyarakatan. lain. Ironinya buta huruf Rokiah menjadi keutamaan yang membawa kepada kematiannya di pentas ronggeng. Begitulah senario Melayu lama Singapura yang cuba diterjemahkan Dr Anuar - penulis, pengkritik, pembikin filem (Johny Bikin Filem) yang tersingkir dan terabai selama 17 tahun daripada masyarakat filem dan teater sebagaimana yang diucapkannya melalui slot berita RTM.
Dr Anuar mungkin beruntung kerana menerusi Safura, Ronggeng Rokiah memberi kesan primadona pentas ronggeng yang lincah dan menjadi buruan pengunjung Happy World Cabaret. Bagaimanapun pada bahagian tertentu dia tidak memberi impak kepada dinamika pengucapan, sekali pun mampu berbuat begitu dengan bakat suara yang sedia ada pada dirinya. Penari yang bersandarkan kerjaya tarinya (Artis Budaya) di Istana Budaya memang sesuai. Ronggeng Rokiah dimeriahkan oleh ketrampilan mereka. Namun kemeriahan Ronggeng Rokiah tidak dibayangi ronggengnya (joget), sebaliknya tango dan waltz lebih mendominasi.
Teater adalah perisian maklumat yang disinonimkan dengan realiti kehidupan itu sendiri. Mekanisme realiti pentas mengharuskan definisi ruang, masa, peraturan hidup (budaya) dan sebagainya berasosiasi mengungkapkan rupa keadaan sebenar budaya yang diangkat sebagai sebuah persembahan. Nilai kebenaran masih diguna pakai dalam apa situasi sekali pun.
Kerul (gaya rambut), gaya berpakaian, bentuk pakaian bell bottom atau yankee misalnya adalah realiti yang sangat ketara dalam pembahagian era atau zaman. Suasana sebagaimana disebutkan itu tidak jelas bahkan kabur dalam Ronggeng Rokiah. Begitu juga nama Larkin (Johor Bahru) yang disebagaikan persekitaran bandar dalam Ronggeng Rokiah sebenarnya masih dipenuhi semak dan pokok getah tua yang tidak terurus pada akhir 60-an. Selain itu, ada setinggan terpencil yang tidak ramai bilangannya. Apakah kerana noir maka ia sesuai diletakkan sebagai latar kejadian walaupun bersalahan dengan realiti sebenarnya?
Mungkin benar noir Ronggeng Rokiah pertama kali dalam sejarah di Malaysia. Apakah ia menggaris dasarkan definisi noir dalam erti dan sifatnya yang sebenar, atau sekadar mengharu-birukan laluan budaya teater yang sampai saat ini masih terumbang-ambing penerimaan dan kemampuannya memperkasa diri dalam bayangan budaya Melayu (Malaysia) yang semakin runyam bentuknya.
Ronggeng Rokiah sekadar teater sebagaimana lazimnya teater di Malaysia. Ia tidak menghantar kekaguman sebagaimana bayangan noir yang diguna pakai untuk merangsang kehadiran khalayak. Malah barangkali tidak keterlaluan jika dikatakan itulah kerinduan Dr Anuar terhadap mekanisme filem yang masih belum upaya direalisasikan dalam hidupnya. Maka Ronggeng Rokiah adalah suara kekaburannya (noir) terhadap budaya filem di negara ini.
Sesetengah wartawan di Malaysia hanya mampu melihat rambut palsu yang terjatuh, bukan mesej yang mampu menjentik minda mereka. Cerita Ronggeng Rokiah lebih daripada rambut palsu, pemikiran penulisnya terlalu jauh. Seperti dalam tulisan Ku Seman Ku Husin dalam Mingguan Malaysia, sisipan Pancaindera keluaran Ahad, "Ronggeng Rokiah berlapis-lapis".
Nasihat saya untuk wartawan-wartawan di Malaysia, mereka sepatutnya lebih memerhatikan dan cuba memahami apa yang tertulis di dinding North Bridge Road kerana grafiti itu untuk mereka.
Harian Metro: Rambut palsu jatuh asyik bertango
KHABARNYA pementasan Ronggeng Rokiah di Istana Budaya bermula 22 Mei dan berakhir kelmarin, mendapat sambutan hangat. Setiap malam tiket habis dan ramai buat tempahan untuk pementasan hari selanjutnya.
Ramai yang memuji lakonan Safura sebagai Rokiah Ronggeng dalam teater arahan Dr Anuar Nor Arai itu. Rokiah adalah primadona kabaret paling terkenal di Singapura sekitar tahun 40-an dan 50-an.
Dia digambarkan sebagai wanita yang sangat jelita, memiliki tubuh yang memberahikan dan setiap lelaki akan tersungkur di kakinya. Itulah Rokiah Ronggeng yang akhirnya mati di pentas ronggeng.
Kerana teman-teman asyik bercerita mengenai kehebatan Safura bertango di pentas ‘Kabaret Happy World’, Istana Budaya, malam Jumaat lalu, SS pun tidak mahu ketinggalan.
Sah! Safura memang ‘berani’ menjadi Rokiah yang dikategorikan pelacur kelas atasan. Menurut orang kuat Istana Budaya, Kassim Lee, Safura belajar menari tango selama dua bulan.
Cuma ada satu insiden kecil yang buat SS dan penonton ketawa geli hati malam itu. Tengah asyik melihat ‘Rokiah’ bertango tiba-tiba rambut palsunya terjatuh. Dalam babak lain pula rambut palsu rakannya ‘Timah’ juga tertanggal. Kelakar sangat tengok rambut betul mereka yang gonjeng.
Nasib baik orang teater ini profesional dan lakonan diteruskan bagai tiada apa yang berlaku. Tetapi kejadian yang tidak disengajakan itu tidak mencacatkan pementasan kerana penonton tidak berganjak selama tiga jam ia dipentaskan. Tahniah buat Safura, Anuar Nor Arai dan Istana Budaya atas kejayaan Ronggeng Rokiah.
Eager. Explore. Experience. Expand. All those hidden talents, bring them out and show them off. Whether a dancer, an actor, a musician, a lighting designer, a costume designer, a props-maker, a comedian, a director or just about anything. Showcase your abilities and astound us. We have created a platform for artistic expression. Present your talent and we’ll give you the audience. Do you have free time? This is a definite chance not to be missed if you take your craft seriously. Come and join us.
Spread the word around so you will not be there alone. Event: Interlude Mesra AGE (IMAGE), Location: Amphitheater MTC, Jalan Ampang, KL, Date: 7th June 2003, Time: 2.30 – 6.00pm, Contact: sultanmuzaffar@yahoo.com
Aspresiasi. Garapan. Seni. Bakat-bakat terpendam sekalian, pertontonkan dan persembahkan kepada kami. Tidak kira anda pemuzik, pelakon, penari, penata cahaya, pereka kostum, tukang props, pelawak, pengarah atau apa sahaja. Tunjukkan kelebihan anda dan kagumi kami. Platform telah tersedia untuk ekspresi artistik anda. Persembahkan bakat dan kami berikan anda penonton. Ada masa lapang ? Peluang yang tidak harus dilepaskan jika anda serius. Sertai kami.
Sebarkan agar anda tidak keseorangan. Acara: Interlude Mesra AGE (IMAGE), Tempat: Amphitheater MTC, Jalan Ampang, KL, Tarikh: 7th June 2003, Masa: 2.30 – 6.00pm, Hubungi: sultanmuzaffar@yahoo.com
Pengalaman kena saman memang menyakitkan hati, adakala melucukan. Seperti semalam, kesalahan aku ialah membuat pusingan U di tempat larangan semasa lampu isyarat warna merah. Dua kesalahan sekaligus seperti yang tercatat dalam surat saman. Kalau ikutkan ada 3, termasuk dengan tidak memakai tapi pinggang keledar.
Kenderaan polis memberhentikan kenderaan aku. Aku lantas dengan pantas memberitahu rakan di sebelah supaya terbaring buat-buat sakit. Dua anggota polis datang menghampiri tingkap. Suaranya garang, aku dengan tenang memberitahunya yang aku hendak cepat ke hospital menghantar kawan yang sedang sakit. Awal bulan, seperti biasa Polis Malaysia cuba untuk membeli aku. Mereka tanya apa pekerjaan aku. Aku jawab Pegawai Perubatan di Hospital Besar Kuala Lumpur. Mereka mengangguk-angguk mungkin merasa seronok kerana telah menjumpai lubuk emas. Aku merayu hendak cepat ke Hospital kerana tugas. Mereka tersenyum lagi. Aku faham makna senyuman itu. Semalam hari biasa masuk gaji. Awal bulan.
"Macamana nak buat ni, kena saman ni ?"
"Saya nak cepat pakcik, kawan saya tu tengah sakit. Saya nak ke Hospital. Tugas saya."
"Yalah, nak settle macamana ?"
"Maaf pakcik, kerja saya sebagai Pegawai Perubatan kat Hospital Besar. Kerja saya kerja mulia. Pakcik ikhlas nak tolong saya dan rakan saya. Saya berterima kasih. Kalau pakcik nak saman, saman sajalah."
"Saya saman ni."
"Saman sajalah."
Aku terima surat saman. Aku simpan dan minggu depan sudah pasti bapa saudara aku akan dapat surat saman tersebut. Aku pasti lepas. RM300 aku tak akan masuk dalam dana kerajaan dan RM100 aku tak akan masuk dalam poket Polis Di Rasuah Malaysia itu.
Itulah Polis Malaysia.
Ulasan Ronggeng Rokiah
Menonton teater period macam satu nostalgia bagi saya kerana baru saja mementaskan Rumah Kedai Jalan Seladang. Karya period terasa terlalu dekat dengan saya. Kesengsaraan manusia zaman itu masih ada dalam fikiran saya. Selesai pementasan saya terfikirkan bahawa karya-karya sebegini masih releven walaupun dalam alaf baru ini. Sifat Melayu masih sama seperti dahulu walaupun keadaan sekeliling Melayu pada ketika ini telah banyak berubah. Dunia masih dilanda peperangan. Sifat manusia tidak banyak berubah.
Pelakon dalam Ronggeng Rokiah perlu menonjolkan imej noirnya. Saya ingin memetik kata-kata Hassan Mutalib tentang teknik arahan dan lakonan dalam teater noir.
Menggunakan pendekatan 'method acting:' Bersahaja, eksotik, menangkap, tapi berbeza dari yang sehari-hari. Cerita 'noir' semacam sebuah mimpi buruk dan gaya lakon 'noir' adalah berbau mimpi (somnambulistic). Muka seperti bertopeng. Raut wajah beku BUKAN di tengah-tengah lakon tetapi sebelum diekspresikan. Lakon terlalu emotif meruntuhkan gaya 'noir' yang ketat. Pelakon 'noir' membendung 'a type,' jelas dan 'sketchy.' Intensiti yang langsung secara sungguh-sungguh dan dinamik TIDAK digalakkan. Pelakon 'noir' lebih ketat dan kedekut emosi. TIDAK dikehendakki tukar-tukar 'pitch' dan temperamen. Muka sukar bergerak. Membimbangkan, menakuntukan (eeriness). Tegak lemah, menengelam, lumpuh, cepat lemah, mengalah, rasa runtuh (Sag, droop, limp, depress, sink). Lafaz dialognya mengantuk dan lalok (Somnolent delivery of dialogue). Kaedah tatacahaya 'noir' menyebabkan watak 'noir' kelihatan sakit dan jahat (ill-looking dan wicked). Menyendiri dan berbahaya (a dangerous loner). Enggan, segan, berat, anti-hero yang songsang (a reluctant, inverted anti-hero). Misteri melingkungi dirinya.
Yang terserlah gaya lakonan noir hanyalah Jalaluddin Hassan, Sahronizam, Safura dan Rashidah Jaafar. Gaya lakonan pelakon lain masih seperti gaya lakonan biasa. Saya suka dengan lakonan Sahronizam yang memberangsangkan. Gerak tari beliau menjadi dan ada makna dalam setiap gerakan tersebut. Babak beliau mengekspresikan kekecewaannya dapat dirasakan bagaimana kecewanya beliau. Sudah pasti adegan bermain di motosikal menjadi antara yang terbaik dari segi artistiknya.
Dialog dalam Ronggeng Rokiah kaya makna. Jika dikaji subteksnya, pasti macam-macam telahan yang boleh dibuat. Saya paling suka dialog ini:-
cina tipu melayu, kau dah tengok
melayu tipu cina, kita tak takut
cina tipu cina itu kau takut
melayu tipu melayu itu sudah teruk
Banyak yang boleh dipelajari dari dialog tersebut. Seperti yang telah diperingat oleh Dr Anuar Nor Arai semasa sidang Apresiasi Ronggeng Rokiah beberapa hari sebelum hari pementasan sebenar, "dalami teksnya, ada maksud tersirat dalam setiap dialog yang dilontarkan oleh para pelakon. Dalami subteksnya."
Penataan cahaya yang mengkagumkan bagi saya untuk pementasan ini dan rekaan set yang menarik dan kena pada zamannya. Untuk lebih melicinkan persembahan teater 3 jam ini adalah lebih baik jika rekaan set dapat menggunakan sepenuhnya pentas hidraulik Istana Budaya agar keadaan pentas tidak sesak dengan 3 set utama di atas pentas iaitu bilik hotel Rokiah, Happy World Cabaret dan gerai tepi North Bridge Road. Jika dipergunakan sepenuhnya pentas hidraulik pasti pentas tidak sesak dan masa pertukaran babak dapat diselamatkan dengan muzik iringan dan tidak kelam-kabut sehingga menampakkan pekerja pentas.
Jika diberi kesempatan dan peluang saya ingin sekali menonton naskhah A.Samad Said "Lantai T. Pinkie", A. Samad Ismail "Rumah Kedai Jalan Seladang" atau Siti Rohayah Atan "Mencari Juita" dimartabatkan di Istana Budaya. Karya-karya period ini masih releven pada masa kini walaupun cerita yang ingin disampaikan adalah sama sahaja iaitu kesengsaraan wanita dan malapetaka di zaman perang.
Sila kunjungi Nizam Zakaria untuk mengetahui ulasan lain berkenaan Ronggeng Rokiah serta interview bersama Hassan Abd Mutalib.
Bedah Siasat Festival Teater Kuala Lumpur
diulas teater Rumah Kedai Jalan Seladang
Saya berkesempatan untuk hadir pada sessi post-mortem (bedah-siasat) Festival Teater Kuala Lumpur baru-baru ini. Pada sessi tersebut kesemua panel penilai bercerita secara terperinci kelebihan dan kekurang kumpulan yang bertanding. Antara komen-komen yang diterjemahkan oleh beliau untuk Rumah Kedai Jalan Seladang ialah :-
Kumpulan ini telah berjaya membuat penafsiran skrip dengan baik tetapi malangnya pertukaran babak yang kelam-kabut menyebabkan mood terganggu. Kata panel, 30 minit pertama pementasan ini bercelaru. Setelah mendapat konfiden barulah pementasan berjalan lancar, tetapi teknik pertukaran babak yang bercelaru dan bergaduh di atas pentas menjejaskan flow cerita ini. Apabila kumpulan telah bersetuju untuk membawa naskah realism ke pentas maka tanggungjawab pengarah dan produksi adalah terlalu berat kerana mereka perlu merealisasikan secara terperinci zaman tersebut ke pentas. Setiap perkara perlu di ambil kira sehingga fabrik kostum, warna kostum yang digunakan perlu disesuaikan. Kebaya yang dipakai oleh pelakon menggunakan fabrik yang bukan datang dari zamannya. Zaman 40an katanya panel penilai perlu menggunakan fabrik kasa rubiah atau kebaya pendek lubang berkain jarang. Untuk merealisasikan teater realism memang sukar. Setiap apa yang terjadi pada zaman itu perlu diambil kira. Penonton mahu melihat zaman itu di pentas. Berbeza dengan teater non-realism atau absurd, penonton tidak perlu menjangkakan apa-apa di pentas. Apa yang ada di pentas adalah jujur dan benar belaka. Tiada unsur tidak logik. Aku tergamam.
Pengarah masih terikat dengan skrip dan kreativitinya tidak berkembang. Dan yang lebih memeranjatkan ialah pendedahan panel penilai tentang 3 orang pelakon utama wanita iaitu Leha, Nani dan Tina. Kata pnael mereka monotonous. Watak mereka sama sahaja. Aku bersetuju. Tiada mannerism yang berbeza di antara mereka. Yang boleh dibanggakan hanyalah Kalsum. Watak Kalsum berbeza dengan yang lain-lain. Watak Mak Nah Bee masih tercari-cari identitinya. Lontaran vokalnya terlalu menjerit dan tidak disesuaikan dengan keadaan. Takahashi baik lakonannya tetapi kerana skrip wataknya tidak dapat berkembang dengan baik. Jika dikembangkan watak ini pasti beliau mampu membawakan wataknya dengan lebih baik dan berpeluang untuk lebih berjaya.
Teknik lampu yang digunakan untuk Leman Voice-Over tidak sesuai dengannya. Lampu spot bergel biru yang dipancarkan dari 90 darjah atas pemain mungkin mewujudkan teknik bayang yang cantik tetapi perlu dibantu dengan lampu spot bergel kuning yang dipancarkan dari 45 darjah di hadapan pemain untuk menyerlahkan warna kulit pemain dan miming pemain tersebut jelas dilihat. Itu asas kata panel penilai.
Props dan set di pentas ini telah dimanafaatkan dengan baik. Semuanya functional. Buku yang dipegang oleh Leman perlu diberi nyawa, tidak hanya dipegang tanpa dibuka. Set kabaret dan set rumah boleh dibaiki untuk lebih menampakkan realismnya.
Cara pengarah membangunkan klimaks cerita juga tidak berkesan. Klimaks cerita ini ialah sewaktu Gapar ditangkap Jepun. Tetapi apa yang diharap oleh penonton tidak terjadi di atas pentas. Gapar hanya ditarik keluar. Tiada unsur dramatik sewaktu adegan tersebut. Pengarah yang berjaya mampu untuk menghidangkan sesuatu yang dramatik dan yang diharap di atas pentas oleh penonton ke pentasnya.
Leman, watak utama dikatakan zombie oleh panel penilai. Leman secara zahir telah dibodohkan di atas pentas oleh pengarah. Intonasinya monotonous, flat dan no emotion. Namun begitu suaranya jelas didengar oleh penonton, suara yang baik sebagai pelakon yang pertama kali berlakon. Adakalanya Leman terpancing dengan intonasi pelakon lain. Berdasarkan skrip, wartawan ini hanya bodoh tentang wanita tetapi bagus tentang kerjanya. Pengarah telah membodohkan Leman keseluruhannya. Tidak diketahui punca Leman dibodohkan, adakah selepas bertemu wanita atau sebelum bertemu wanita. Leman ialah seorang wartawan yang bekerja dengan sebuah syarikat milik Jepun. Hanya orang yang benar-benar berkualiti yang mampu diterima bekerja dengan mereka. Oleh itu Leman seorang yang terbaik di sisi mereka. Mana mungkin Leman dibodohkan sedemikian rupa. Benar, Leman naive tentang wanita. Itu kenyataan dalam skrip tersebut tetapi Leman tidak naive tentang kerjanya.
Leman, orang risau, dia selamba, orang takut, dia selamba, orang cemas, dia selamba, orang sedih pun dia selamba. itulah pantun untuk Leman.
Itulah serba sedikit cerita bedah siasat Rumah Kedai Jalan Seladang. Banyak ilmu yang perlu ditimba, banyak maklumat yang telah diserap untuk panduan di masa akan datang. Bedah siasat sebegini baik untuk memajukan industri teater tanahair.
Istana Budaya
Pada 22-31 Mei 2003
8.30 malam
Istana Budaya
Happy World Cabaret di Old Singapore jadi tumpuan kepada Johan, Ajis, Raman Bedok, Usman Players, Tengku Hussin, Zulfakar, Sidek Bopeng dan Johnny kerana Rokiah – yang diberi gelar Rokiah ROnggeng, primadona Happy World Cabaret. Zaman perpindahan social dan meleset tahun 1940-1050an ini membawa kisah suka-duka yang disingkap dalam bentuk tari (dance) tango, mambo dan waltz yang mendedahkan akal-budi manusia sezamannya. Dengan latar politik penjajah Inggeris semua yang terlibat dalam dunia Happy World Cabaret adalah Melayu yang tercari-cari, kehilangan identiti. Rokiah Ronggeng jadi penyata yang hidup, membawa harapan siksa sahir-batin manusia Melayu, perkara kecil dan remeh-temeh mungkin, tetapi luka dan rindu manusia kepada keamanan diri sendiri jadi muslihat yang terbuka. Rokiah Ronggeng sudah benci pada hidupnya yang sudah masuk ke pinggit mpelacuran, dan cuba mencari asal-usul dirinya, tetapi dapat tau ia tidak “milik” asal-usul itu. Seluruh ahli keluarganya lapuk nyawa. Manusia sekitar mengambil kesempatan dari usaha gigih dan “kekayaan” Rokiah Ronggeng sehingga Johnny, pengurus Melayu yang pertama di Happy World Cabaret dapat menyelamatkan Rokiah ronggeng daripada Ajis, Johan dan Raman Bedok. Rokiah “dipaksa terlibat” dalam dunia perfileman di Studio Shaw Brothers, yang cukup ia takut: kerana Rokiah Ronggeng tak boleh baca dan tulis. Paksaan ini “menyebabkannya jatuh sakit dan alami kejutan yang dirahsiakan.” Ketika bertango dengan Johnny lempaiannya secara habis-habisan, Rokiah Ronggeng terkulai dalam pelukan Johnny, menutup sebuah kisah derita seorang perempuan jelita dan berbakat keturunan Melayu di Singapore.
Nota Penulis
Pada saat ini saya berfikir bahawa ragam Melayu itu macam sehelai kelambu tidur bewarna putih. Bercorak halus tidak bewarna, dan bersaiz ikut ukurannya – kadang-kadang terbesar dan terkecil – melempai sampai ke lantai, ada kalanya senteng seinci atau sekaki. Dipandang telus, dilihat tak nampak, ditinjau ternyata seluruhnya. Penjurunya bersih dan kemas. Jika diselak tinggi-tinggi barulah terasa seluruh Melayunya, nampak corak alas bantalnya, tali pencerut bantal peluknya, dan rapi cadarnya diselit pada empat penjuru tilam berisi kekabu. Saya tak tahu kenapa imej ini melintas di mata saya bila mengingatkan Rokiah Ronggeng yang saya cipta. Saya melihatnya terbaring mengiring, separuh mukanya terselindung oleh penjuru bantal, dan punggungnya ternaik sambil peha dan kakinya tertolak sedikit ke hadapan. Rasa saying saya kepada seornag gadis Melayu seperti Rokiah Ronggeng mengingatkan saya kepada kakak saya bernama Rahmah, sezaman dewasa dengan Rokiah Ronggeng. Imej perempuan Melayu yang sedemikianlah yang membawa saya mencipta Ronggeng Rokiah dalam bentuk drama muzikal.
Ketelusan melayu dari golongan bawahan ini, yang tidak punyai cukup pelajaran dan pendidikan sempurna pada zamannya memang jadi halus dan penuh simpati bagi diri saya. Saya semacam meletakkan perasaannya ke dalam milieu yang demikian sebagai “milieu yang hampa, tercicir, sebu” kerana itu barangkali muzik boleh melahirkan the ominous lyrical reality untuk Ronggeng Rokiah. Saya masih memikirkan corak speech rythmns pengunjung-pengunjung cabaret zaman Happy World Cabaret 1950-an Singapura. Zaman meleset ini belum lagi zaman sweaters, sneakers, blue jeans, T-Shirts, suara-suara pemudanya sudah dewasa, kenal perempuan-perempuan sundal di lorong-lorong belakang, cepat dewasa ikut ukuran mereka ketika itu – so many shadings of veracity. Ikut pertanyaan Melayunya: corak kebenarannya macam mana? Yang benar dalam Ronggeng Rokiah ialah pada kata-kata Rokiah dan hidup Rokiah. Rokiah dapat disentuh, dipegang dan dirasa.
Manusia zaman itu berdiri dan bergerak dengan system nilai zamannya. Ruang tidak terarah dan waktu tidak tersusun. Keadaan ada dengan kehendak yang tidak terpegang dan terangkul oleh keupayaan dan tuntutan yang berubah. Melayu pada perasaan saya ketika itu masih pasif dengan perkembangan sekitarnya. Walaupun politik sudah jauh ke depan melihat kedudukan Melayu di bawah penjajahan Inggeris, tetapi ada golongan Melayu yang masih terpinga-pinga mencari sesuatu. Harapan.
Dalam Ronggeng Rokiah saya cuba menampilkan tanggapan mengenai mencari harapan ini. Melayu sesame Melayu tercari-cari. Banyak yang boleh dilakukan dan banyak juga halangan dan hambatan yang tidak bertulis. Manusia saya dalam zaman ini adalah manusia yang suka kerana banyak yang baru, mereka juga manusia duka kerana terikat dengan yang lama.
Sekiranya Ronggeng Rokiah mati dalam pelukan Johnny setelah memberikan lempaian tangonya yang menakjubkan itu boleh dikira sebagai hadiah kepada kaum bangsanya – Melayu Singapura ketika itu – maka Rokiah Ronggeng memang patut menerima gelaran primadona dalam dunia cabaret Singapura. Bahawa alam Melayu yang begitu baru bangun dari Perang Dunia Pertama dan berdepan dengan pahitnya zaman jatuh ekonomi dunia, menggapai-gapai mencari tembuk perlindungan social, dan kerapuhan moral dan kebajikan sesame Melayu, Rokiah Ronggeng memang satu tenaga kekuatan Melayu yang feminine, lembut, menyerah, bertimbang-rasa, mudah menghiburkan dirinya, serta pantas murung dan masuk ke dalam diri, berair mata; tapi mata yang merasakan zaman itu tentulah Rokiah Ronggeng seorang perempuan yang berjaya. Ia berjaya hidup, berdiri tegak, bersuara menguasai dunia lelaki. Lelaki dalam Ronggeng Rokiah adalah lelaki yang hilang identity, pelupa, tidak berduit, dan berwajah buruk seperti Sidek Bopeng, bekas Raja Waltz Singapura. Buruk Sidek Bopeng buruk di luar, tapi buruk Raman Bedok dan Johan buruk dari ke semua sudut. Luar dan dalam.
Pedas sekali teguran aktivis teater tersohor Malaysia ini dalam ruangannya di Berita Harian pagi ini.
Bual Teater: Kenapa nilai karya kreatif jadi berkecamuk ?
Oleh Khalid Salleh
FESTIVAL Teater Malaysia masuk musim kedua tahun ini. Di beberapa negeri sudah diketahui kumpulan yang menjadi wakil ke peringkat kebangsaan pada awal Ogos ini. Kumpulan yang menjadi juara negeri mungkin boleh berbangga, setidak-tidaknya merangsang keinginan memperlihat keupayaannya di peringkat kebangsaan kelak. Namun keperibadian sebagai pasukan kerja yang menterjemah karya penulis (pengkarya) di mana tulisan adalah jiwa dan pemikiran yang ingin disampaikan penulisnya, tidak harus berlaku ‘ketidak sopanan’ dengan menterjemah mengikut ‘sesedap rasa’ saja. Asal ada potensi untuk buat khalayak ketawa ia adalah tips memancing ketawa seterusnya.
Itulah yang terkesan pada Fesitval Teater Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur pada 26 April-3 Mei lalu. Nilai karya sebenarnya sudah ditelanjangi keinginan memancing tawa penonton. Definisi karya kreatif yang membangun sahsiah ummah berasaskan nilai kemuliaan (Islamiah) berkecamuk menjadi longgokan sampah sarap pemikiran pengarah yang tidak kenal erti keperibadian sesebuah karya. Lebih kecewa apabila pemain (pelakon) secara ‘percuma’ memberi khidmat membumbui hilai tawa khalayak melalui aksi yang tidak bersangkutan watak dibawanya.
Perlu ditegaskan metodologi keberkesanan sesebuah pementasan berkait rapat dengan permainan. Pelakon tidak boleh membuat aksi tersendiri yang tidak digaris dalam kemungkinan perwatakannya. Belajar kenali watak dan perwatakan dalam karya teater tidak semudah melontar batu ke dalam sungai. Bermula pada tulisan, kemudian suara penyebutan (dialog). Bagaimana gaya penyebutan? Bagaimana tindak-tanduk menanggapi (interaksi) kata bual lawan? Bagaimana sikap terhadap persoalan sekeliling? Bagaimana gerak percakapan tubuh? Bagaimana sentuhan mekanisme kejiwaan yang dilontarkan bersama dialog? Bagaimana mudah atau sukarnya dialog perlu diucapkan?
Bibit yang dinyatakan itu adalah persoalan asas yang amat penting dalam kerja pementasan khususnya lakonan. Kemeriahan Festival Teater Malaysia tidak bermakna sesebuah naskhah boleh dibumbui mengikut sesedap mata pengarah yang menggunakan naskhah orang lain sebagai landasan kemasukan kumpulannya. Ia harus dimengerti bahawa idealisme pementasan adalah pembentangan pemikiran dan penganalisaan seseorang penulis (pengkarya) terhadap persoalan lingkungan hidup manusia. Sifat hormat dan fahami pemikiran penulis karya harus ada jika memilih karyanya untuk dipentaskan. Jika tidak ada etika, apakah makna mengangkat (memilih) karya orang lain untuk dipentaskan?
Berorientasikan kepada memartabatkan teater, Festival Teater Malaysia tidak harus membiarkan keadaan itu berlaku untuk masa akan datang. Asosiasi kedewasaan dan keterbukaan mengangkat karya harus berlandaskan nilai kesenimanan, di mana arus kemunasabahan boleh digunapakai untuk membezakan antara ratib (zikir) atau suara Bollywood ketika penduduk sebuah kampung cuba mengesan kehadiran makhluk halus (bunian) kerana kehilangan Tulus, salah seorang penduduk di situ. Jika persoalan munasabah pun tidak mampu diambil kira, apakah erti kemunasabahan menggerakkan kumpulan teater yang kononnya mengingkatkan daya kreatif dan meluaskan pemikiran terhadap persoalan kehidupan.

