Akademi Fantasia Hari Ketiga Minggu Kelima
Kelas Tarian Linda Jasmine
Koreografer tarian Liza yang dibuat oleh Cikgu Linda Jasmine memang terbaik. Saya sendiri kagum dengan koreografer yang dibuat. Liza hanya perlu mengurangkan tekanan ke atas dirinya dan sekaligus mengurangkan nervous yang ada dalam diri beliau. Penghayatan untuk lagu ini sangat mudah. Tonjolkan imej seseksi yang mungkin. Terapkan imej Nana untuk menyanyikan lagu ini. Dapatkan pandangan dari Nana. Memang saya akui menyanyi sambil menari memang agak sukar tetapi yang penting ialah keyakinan diri. Koreografer yang dipilih sudah menarik. Tarian Azizi untuk lagu She Bang juga menarik. Lagu ini juga memerlukan ekspresi seksi dan Linda Jasmine telah memberikan sentuhan seksi untuk koreografer lagu tersebut. Vince akan menampilkan ciri-ciri Elvis Presley untuk lagu ini. Secara tidak langsung lagu Bunyi Gitar akan di”Elvis Presley”kan. Vince memang meminati penyanyi tersebut dan yang pasti beliau akan menampilkan sesuatu yang berlainan dari yang lain.
Fatimah Abu Bakar dan Nana
Beliau menasihatkan Nana agar menggunakan kelebihan yang beliau ada secara maksima. Beliau seorang yang agresif dan mempunyai pakej yang tidak ada pada peserta lain. Gunakan segala showmanship yang beliau pelajari untuk membawakan lagu ini. Britney Spears juga tidak mempunyai vokal yang baik tetapi telah menggunakan segala kelebihan yang beliau ada untuk mengikat penonton.
The Singing Veterinar
Sahri menghadapi masalah dengan majikannya. Beliau yang bertugas di Lab Mahkota Medical Centre sedang menghadapi dilema sama ada masih diterima bertugas dengan majikannya atau pun diberhentikan kerja. Memang agak sukar untuk beliau membuat keputusan. Masa depan yang tidak menentu. Bila-bila masa sahaja boleh dikeluarkan dari Akademi Fantasia. Nanti yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran. Buat keputusan yang terbaik dan tolak ansur juga penting untuk menghadapi masalah ini. Sekiranya majikan Sahri ada membaca weblog ini, diharapkan dapat memberi peluang kepada beliau untuk terus bekerja. Cita-cita beliau adalah untuk menjadi seorang veterinar yang berjaya. Tidak mustahil bakal veterinar ini juga akan menjadi seorang penyanyi yang berjaya. Contoh terbaik yang boleh kita ikuti ialah Allahyarham Sudirman Haji Arshad merupakan seorang yang berkelulusan ijazah undang-undang sehingga digelar “The Singing Lawyer” dan tidak mustahil satu hari kelak Sahri akan digelar “The Singing Veterinar”. Berilah beliau peluang.
Latihan Vokal Adnan Abu Hassan
Vince telah memberikan sentuhan baru kepada lagu Bunyi Gitar setelah Sheila Majid memberikan sentuhan R&B ke dalam lagu ciptaan Seniman Agung Negara, P. Ramlee itu. Saya tidak sabar untuk menonton persembahannya Sabtu ini. Berilah apa-apa lagu kepada Vince, dan beliau akan memberikan sentuhan sendiri untuk lagu tersebut. Itu kelebihan Vince dan sepatutnya diikut oleh Nana sewaktu membawakan lagu Halaman Cinta. Nana perlu membawanya dengan gaya tersendiri dan tidak terlalu terikat dengan gaya penyanyi asal lagu tersebut. Adalah satu kelebihan apabila Nana tidak pernah mendengar lagu tersebut kerana ini memberikan beliau kebebasan untuk membawakan lagu tersebut.
Alat Senaman khas untuk Sahri
Akademi telah menerima alat senaman sejak seminggu yang lalu. Alat senaman tersebut telah ditaja oleh satu syarikat pengedar alat senaman. Pelajar boleh memanafaatkan penggunaan alat senaman tersebut untuk meningkatkan stamina pelajar.
Anita Sarawak
Diva antarabangsa pujaan ramai ini datang mengejutkan pelajar ke Akademi Fantasia. Azizi kelihatan agak tergamam dan begitu gembira kerana Anita Sarawak merupakan penyanyi yang menjadi kesukaannya. Anita Sarawak menghadiahkan sebiji buah epal merah untuk semua pelajar kecuali Azizi. Beliau kelihatan agak kecewa tetapi berjaya dikawal dengan baik apabila keseronokan dapat bertemu mata dengan Anita Sarawak lebih utama. Anita seperti biasa yang petah berkata-kata memberikan nasihat-nasihat yang amat berguna untuk mereka. Yang berada di hadapan mereka ialah ANITA SARAWAK, bukan Siti Nurhaliza, bukan Rosyam Noor, bukan Jalaluddin Hassan. Tetapi ANITA SARAWAK, diva bertaraf antarabangsa. Apa-apa yang dilakukan sebagai penghibur, kena bermula dari bawah dan itu tidak mudah. Apa yang akan mereka tempuhi kelak lebih mencabar dan dari ke sehari cabaran akan bertambah dan semakin sukar. Gunakan peluang percuma yang diperoleh di sini dengan baik. “You got it or you ain’t got it.” Beliau turut menekankan bahawa ekspresi amat penting dalam membawakan satu-satu lagu. Ini merupakan nasihat yang amat berguna untuk semua pelajar terutamanya Liza, Azizi, Rosma dan Nana. Apa lagi yang pelajar-pelajar ini inginkan, semuanya sudah ada di hadapan mata. Gunakanlah peluang yang ada dengan sebaiknya.
Anita Sarawak dan Azizi
Berlinangan air mata Azizi apabila dapat mencuri sedikit masa untuk bersama dengan idolanya. Beliau bersungguh-sungguh menceritakan kegembiraannya apabila dapat bertemu mata dengan Anita. Walaupun agak kecewa kerana tidak mendapat epal yang dihadiahkan oleh Anita, namun atas dasar mendahulukan yang muda beliau tidak menyimpan rasa kecewa tersebut. Inilah sifat yang harus dipuji. Beliau tidak mementingkan diri sendiri dan tidak pula cuba untuk mencuri perhatian walaupun minatnya kepada Anita Sarawak bukan main-main. Saya sendiri hampir tersentuh terutamanya apabila Anita Sarawak menasihatkan beliau agar tidak merasa rendah diri dengan kekurangan diri yang ada sebaliknya terus berasa yakin dengan kebolehan yang ada. Tidak mutahil kekurangan diri yang ada pada muka Azizi itulah yang akan menaikkan namanya ke puncak. Jangan ada sedikit pun rasa kurang keyakinan dengan kekurangan diri itu. Sekali lagi yang memberikan nasihat itu ialah Anita Sarawak. Itu yang lebih utama. Azizi menerima dua biji epal hijau hadiah dari Anita Sarawak tanda Azizi seorang yang berbeza dari yang lain. Beliau memang berbeza dari yang lain kerana sifat mendahulukan yang muda di dalam Akademi.
Akademi Fantasia Selasa 8 Julai 2003
Sidang Meja Makan
Sessi perbincangan dan meluahkan perasaan ini dilakukan bersama Siti Hajar dengan Rosma, Nija, Khai. Azizi dan Nana yang sekali-sekala datang mengambil makanan. Topik perbincangan adalah berkisar tentang siapa yang tidak menyukai Atie. Rupanya Atie bukan setakat dibenci di Forum, malah dikalangan mereka sesama sendiri. Siapa yang dimaksudkan oleh Rosma sukar untuk diteka kerana terdapat empat orang yang boleh menjadi tertuduh iaitu Sahri, Vince, Liza dan Burn. Rosma dengan lantang memberitahu yang tertuduh merasakan dirinya sangat bagus sehingga menimbulkan kebencian terhadap Atie. Ini merupakan satu clue yang berasas. Rosma juga menyebut yang beliau pernah tinggal sebilik dengan tertuduh di dalam ayat, "ala..kita pernah duduk dengan dia, kita tahulah." juga boleh dijadikan clue yang berasas. Siti Hajar turut menyarankan mereka agar menonjolkan diri dan inilah peluang mereka untuk menjadi primadona. Bila lagi ? Sedar atau tidak realiti sebenar diri mereka semakin terserlah mungkin kerana mereka sudah terlalu penat untuk berlakon di hadapan kamera dan juga melarikan diri dari kamera lalu realiti sebenar diri mereka kini yang dapat kita tonton.
Improvisasi Lakonan
Segmen ini merupakan segmen Kelas Lakonan yang terbaik sejak hari pertama Akademi Fantasia disiarkan. Improvasasi lakonan merupakan segmen yang bagus ditonton. Sebagai penonton, kita akan dididik tentang apa itu tindakbalas dan sebagai pelakon kita perlu berfikir dengan cepat kerana setiap aksi ada reaksi. Pelakon harus peka dengan persekitaran dan memberi tindakbalas dengan pantas. Puan Fatimah memberikan senario dengan pantas dan pelajar perlu memberi tindakbalas dengan segera. Tidak cukup dengan itu, para pelajar juga memberikan beberapa aksi spontan dan pelajar lain perlu memberikan reaksi segera. Khai bersin, Liza pengsan di dalam lif, air cond tutp di dalam lif, lif padat dan semua senario saya kira pelajar mampu memberi tindakbalas. Senario di dalam bas dilakonkan oleh Burn, Azizi dan Vince. Sedar atau tidak realiti sebenar diri mereka semakin terserlah mungkin kerana mereka sudah terlalu penat untuk berlakon di hadapan kamera dan juga melarikan diri dari kamera lalu realiti sebenar diri mereka kini yang dapat kita tonton. Senario di dalam LRT dilakonkan oleh Rosma, Nana, Khai dan Sahri.
Nemo kembali
Nemo sudah kembali sihat dan Khai kembali berteman. Juga kita dapat realiti sebenar apa yang berlaku di Akademi Fantasia.
Kelas “Tinggi Suara”
Nana masih takut-takut menyanyikan lagu Halaman Cinta. Suaranya bukan tidak sampai tetapi beliau menyanyi dalam nada yang masih sebak menahan airmata. Rosma cuba menghulurkan bantuan. Ini menimbulkan keberangan Siti Hajar lalu beliau meninggikan suara di tahap yang paling tinggi sejak hari pertama pelajar di Akademi Fantasia. Apa yang diperkatakan oleh Siti Hajar itu semuanya benar. Pelajar lebih memikirkan soal tidak boleh dan bukannya berusaha untuk mengatasi halangan tersebut. Beliau sudah mempunyai terlalu banyak pengalaman dan setiap raut wajah pelajar yang tergambar beliau sudah dapat meneka perasaan sebenar pelajar berkenaan. “Kita jangan block diri kita”. Beliau lantas meng”halau” Nana keluar dari kelas dan mengarahkannya menangis di dalam toilet. Bukan mudah untuk menjadi seorang penghibur. Tetapi sebagai seorang yang berpengalaman luas beliau memeluk Nana untuk memujuknya. Untuk Nana, buktikan anda boleh menyanyikan lagu tersebut kerana rating anda bakal naik dengan segmen “Tinggi Suara” tersebut kerana dari segi emotion, pengundi sudah terpancing dan anda hanya perlu membuktikannya dengan persembahan yang cemerlang.
Liza pertama kali menyanyikan lagu Oppps I Did It Again. Lagu ini lagu seksi maka showmanshipnya perlu seksi juga dan ekspresi wajah perlu nampak menggoda. Penyanyi asal lagu ini juga merupakan seorang babe yang menjadi idaman setiap lelaki. Liza hanya perlu memperbaiki sedikit lagi dari segi showmanship dan pronunciation vokalnya juga agak bagus.
Burn membantu dengan memberi beberapa cadangan untuk membantu memantapkan persembahan Nana kepada Adnan Abu Hassan. Wujud alliances di antara beliau dan Nana. Hubungan baik di antara mereka harus dipuji, sikap tolong-menolong sesama mereka juga perlu dipuji. Sedar atau tidak sedar kesan dramatik yang berjaya memancing emosi penonton telah menyebabkan t-shirt turtle neck Burn seakan-akan dilupakan. Undur dramatik dan tegang tersebut telah berjaya mengubah perhatian penonton. Penonton lebih terfokus dengan adegan “Tinggi Suara” dan terlupa yang Burn memakai t-shirt jenis turtle neck semalam.
Saya suka episod semalam kerana banyak yang boleh dijadikan panduan kepada saya untuk membuat keputusan. Sidang Meja Makan mendedahkan wujudnya kebencian sesama mereka. Improvisasi mendedahkan realiti sebenar diri pelajar. “Tinggi Suara” berjaya memancing emosi penonton lalu terlupa kisah “turtle neck”.
Atie di Muzik@RIA
Saya kira beliau jujur apabila menjawab soalan berkenaan segmen “Peluk Kaki Adi”. Beliau mengaku sudah menjangkakan akan terkeluar pada Konsert III kerana kekurangan yang ada pada dirinya. Apabila pengumuman dibuat oleh Aznil agak tidak jelas kerana sebutan nama yang hampir sama antara Atie, Adi dan Azizi. Beliau merasakan Adi tidak sepatutnya keluar pada malam tersebut kerana persembahannya yang mantap dan itu yang menyebabkan beliau berasa sangat sedih. Beliau agak berbakat untuk menjadi seorang pengacara yang baik kerana senyuman tersebut. Dapatkan latihan yang secukupnya dan pasti kejayaan menjadi milik beliau.
Saya turut menerima beberapa email yang bertanyakan tentang pujian-pujian melampau yang saya berikan kepada Adi dan Atie hanya setelah mereka terkeluar dari Akademi. Jadi, apakah yang patut saya lakukan ? Terus menghina mereka tanpa memberi mereka peluang kedua atau cadangan untuk mereka memperbaiki diri mereka ? Apa yang saya lakukan hanya sedikit cadangan untuk mereka, mana yang baik boleh diikuti kerana saya faham apa makna kebebasan bersuara.
Kenapa Burn memakai t-shirt jenis turtle neck semalam ? Fikirkan dan tafsirkan sendiri.
Forum Komuniti Akademi Fantasia
“Para peserta tidak dibenarkan sama sekali mengutarakan atau menulis atau membuat sebarang kenyataan yang berkaitan dengan isu-isu sensitif seperti isu perkauman, keagamaan, topik-topik lucah, fitnah, tuduhan menjatuhkan maruah dan martabat serta lain-lain lagi topik yang boleh membawa kemudaratan kepada peserta forum sendiri, pembaca mahupun pengurusan laman web ini. Artikel yang berbau isu-isu sensitif akan dipadam serta-merta dan Moderator serta pengurusan laman web ini tidak bertanggungjawab sekiranya berlaku sebarang akibat yang negatif hasil daripada penulisan topik-topik yang dinyatakan.”
Berikut merupakan penerangan pertama yang dibaca oleh peminat Akademi Fantasia sebelum mereka memberi komen-komen di dalam ruang Komuniti Akademi Fantasia. Ruang ini boleh menjadi satu forum untuk membincangkan perkara-perkara yang menjana minda tetapi sebaliknya yang berlaku. Ruang tersebut dijadikan medan menghina, memfitnah dan secara tidak langsung telah menjatuhkan maruah peserta serta yang memberi komen.
Sekalipun anda tidak menyukai gelagat atau keadaan fizikal pelajar tersebut, seboleh-bolehnya jangan dihina dengan perkataan yang tidak sepatutnya. Bukankah lebih baik jika diberi cadangan untuk memperbaiki tingkah laku mereka itu. Kata Ronald Reagan, bekas Presiden Amerika Syarikat, “jika anda hanya tahu mengkritik tetapi tidak mahu menyertakan sebarang cadangan, adalah lebih baik anda diam sahaja.”
Kritikan-kritikan di Komuniti Akademi Fantasia lebih bersifat personal attack (serangan peribadi) yang jelas tidak sesuai dibaca oleh semua golongan yang meminati Akademi Fantasia. Dan di dalam waktu yang sama mereka yang mengkritik tanpa usul periksa ini mencanangkan diri mereka sebagai peminat setia Akademi Fantasia. Peminat ? Peminat jenis apakah ini ?
Kita seharusnya bertanggungjawab dengan apa yang kita tulis. Bahan-bahan di Forum adakalanya menjadi tidak perlu dibaca jika yang dibincangkan hanya perkara-perkara remeh.
Moderator
Di sini tugas moderator adalah amat penting untuk memastikan segala penggunaan bahasa, adab serta tata-susila dapat dikawal. Moderator bukan bermaksud untuk menyekat kebebasan kita bersuara. This has nothing to do with freedom of speech. Freedom of Speech is about you excercising it in your own space. Adalah lebih baik pengkritik menggunakan medium dan ruang yang anda miliki untuk memberi komen yang lebih bersifat bertanggungjawab dengan hasil tulisannya dari memaki-hamun di tempat orang lain.
Artikel berkenaan Freedom of Speech boleh didapati di weblog Oon Yeoh.
Kebebasan bersuara bukan bermakna seseorang mempunyai hak mutlak untuk menghantar apa sahaja yang mereka rasa ke laman forum yang mereka mahu. Kebebasan bersuara di dalam konteks ini lebih bermaksud seseorang mempunyai hak mutlak untuk merekabentuk satu laman forum dan pos apa sahaja di laman mereka sendiri. Dan jika mereka sendiri mengepos sesuatu yang mungkin menimbulkan fitnah dan menjatuhkan maruah orang lain, mereka berani untuk bertanggungjawab untuk menghadapi apa-apa tindakan undang-undang yang akan diterima kesan daripada penulisan mereka sendiri.
Sebagai rakyat Malaysia kita perlu dididik yang internet bukanlah tempat untuk melepaskan geram. Akademi Fantasia sudah masuk minggu kelima dan nampaknya Forum Komuniti telah menjadi tidak releven dan tidak sesuai menjadi bahan bacaan yang menjana minda. Contoh dimana forum telah dijadikan medan melepaskan geram adalah seperti berikut:-
Teater Ronggeng Rokiah
Teater Tivi
Ruang-ruang sebegini sememangnya magnet kepada yang suka menabur fitnah, memaki-hamun tanpa usul periksa. Tanpa pengawasan yang cukup, satu matlamat untuk mewujudkan Akademi Fantasia tidak akan dapat dicapai yang terlahir hanyalah generasi maki-hamun yang takut untuk bertanggungjawab dengan tulisan mereka sendiri. Di Barat juga menggunakan konsep yang sama iaitu moderate, dan di Malaysia jangan terlalu angan-angan tinggi untuk menjadi lebih terbuka dari Barat kerana rakyat Malaysia belum faham apa itu Kebebasan Bersuara. Hasilnya hanya fitnah dan maki hamun yang jeles tidak sejajar dengan matlamat mewujudkan Akademi Fantasia.
Akademi Fantasia Hari Pertama Minggu Kelima
Kurang ceria Akademi Fantasia bukan tanpa Atie bersama ? Tiada isu sehingga Burn terpaksa menampal plaster untuk mencipta isu lantas cuba untuk mewujudkan unsur dramatik.
Fauziah Nawi
Kehadiran beliau ke Akademi Fantasia memang memberikan maklumat yang berguna untuk para pelajar. Sebagai seorang pelakon yang sudah 30 tahun berkecimpung dalam bidang ini pengalaman yang beliau curahkan sangat berharga. Pelakon pentas, pelakon drama, pelakon filem, pengarah teater dewasa, pengarah teater kana-kanak, dj radio semua sudah beliau lakukan.
Lagu Minggu Kelima
Nija - Layar Impian (Ella)
Lagu ini merupakan lagu kegemaran Nija juga penyanyinya. Lenggok Ella dan style Ella perlu dikikis untuk membawakan lagu ini. Nija perlu tampil dengan identiti sendiri. Suara beliau sesuai mendendangkan lagu ini. Lagu ini nadanya cukup catchy dan mood serta penghayatan yang dizahirkan harus nampak ceria.
Nana - Halaman Cinta (Misha Omar)
Nana agak sedih menerima lagu ini. Saya mungkin pernah mendengar lagu ini tetapi tidak menyedarinya. Ini kali pertama Nana menerima lagu berentak agak perlahan. Nana hampir pasti menghadapi masalah besar dalam membawakan lagu ini ditambah dengan jatuhnya keyakinan beliau setelah mengetahui kedudukan beliau selepas Konsert IV. Tapi harus diingat pesanan Guru Tarian mereka iaitu Linda Jasmine yang mengatakan jangan membuang masa dengan menangis sebaliknya terus kuatkan semangat dan belajar.
Rosma - Tragedi Buah Epal (Anita Sarawak)
Rosma harus menggunakan segala pengalaman yang beliau perolehi sewaktu berlakon dengan Jalaluddin Hassan ke dalam lagu ini. Lirikan mata amat penting dalam menghidupkan lagu ini. Penonton sudah pasti akan membandingkan beliau dengan penyanyi asal lagu ini iaitu seorang penghibur antarabangsa Anita Sarawak. Showmanship dalam membawakan lagu ini jika berjaya dipersembahkan dengan menarik sudah pasti membuka peluang yang besar kepada Rosma. Rosma harus menggunakan pengalaman di Kelas Lakonnya untuk membawa lagu ini kerana ada cerita yang ingin disampaikan melalui lirik lagu ini.
Liza - Oppps I Did It Again (Britney Spears)
Saya pada mulanya tidak mendengar apakah tajuk lagu yang akan dibawa oleh Liza pada Konsert V kerana Liza benar-benar terkejut apabila menerima lagu tersebut. Saya tidak mampu untuk menilai kebolehan Liza membawakan lagu ini.
Vince - Bunyi Gitar (P.Ramlee)
Vince tidak pernah mendengar lagu Bunyi Gitar, ciptaan dan nyanyian oleh Seniman Agung Negara, P. Ramlee. P. Ramlee manusia gifted yang sehingga kini tiada tandingan tidak dikenali oleh beliau. Mungkin kerana Vince lahir di London maka dengan itu beliau tidak perlu mengenali siapa dia P.Ramlee dan beliau lebih mengenali siapa dia Elvis Presley dari P.Ramlee sendiri. Saya hampir yakin Vince mampu memukau sewaktu membawakan lagu ini. Lagu ini juga merupakan lagu ujian untuk beliau selain dari lagu Manis yang dibawa oleh beliau minggu lepas.
Sahri - Keabadian Cinta (Anuar Zain)
Lagu Terbaik AIM 10 ini bakal diberi sentuhan baru oleh Sahri. Namun begitu lagu-lagu yang diterima oleh Sahri sejak Konsert I hampir sama jenisnya. Untuk lebih menguji vokal Sahri, beliau perlu diberikan lagu M. Nasir, Dewa atau pun Jamal Abdillah. Sehingga kini vokal Sahri masih belum teruji sepenuhnya.
Azizi - She Bang (Ricky Martin)
Lagu She Bang merupakan lagu ujian untuk Azizi. Jika silap langkah penonton akan menjadikannya modal untuk tidak mengundi Azizi.
Khai - Terima Kasih (Awie)
Sekali lagi Khai akan diuji dengan lagu berentak rock. Lagu ini bertempo agak rancak dan memaksa beliau untuk menyanyi dan menari. Awie mempunyai nada suara yang agak tinggi dan Khai perlu lebih lagi mempelajari teknik pernafasan agar dapat menjaga stamina sewaktu mendendangkan lagu ini. Untuk menguji kelebihan vokal Khai, beliau perlu diberikan lagu nyanyian Anuar Zain atau Hazami.
Burn - Sephia (Sheila On 7)
Lagu ini pernah menjadi kegilaan rakyat Malaysia. Burn perlu membawakan lagu ini dengan identitinya tersendiri. Burn bernasib baik kerana vokalnya sendiri tidak meniru mana-mana penyanyi oleh itu apabila menerima lagu beliau boleh mencipta style sendiri untuk lagu tersebut mengikut gayanya.
Nana dan Halaman Cinta
Nana perlu menghentikan tangisan itu kerana perkara tersebut baru sahaja ditegur oleh Linda Jasmine. Banyak masa dibuang untuk scene-scene yang tidak releven itu. Adalah lebih baik masa-masa itu digunakan untuk mempelajari cara nyanyian lagu tersebut dengan betul. Nana bernasib baik kerana komposer yang membimbing Misha Omar ada bersama mereka setiap hari. Dari situ beliau boleh mengetahui bagaimana untuk menyanyikan lagu itu dengan baik dan saya pasti Adnan Abu Hassan tidak lokek untuk mengajar Nana.
Plaster ?
Saya sedar wujudnya plaster di leher kanan Burn. Saya tidak mahu memberi apa-apa komen berkenaan plaster tersebut. Biar penonton menafsirkannya sendiri. Saya lebih suka berbaik sangka. Tetapi saya hampir pasti plaster berkenaan bakal mengundang petaka besar untuk Burn jika tiada penjelasan kerana setiap apa yang berlaku di dunia ini ada sebab dan akibatnya.
yahoogroups adifashla
Bilangan ahli di dalam yahoogroups ini semakin bertambah dari hari ke sehari. Berikut disiarkan email yang dihantar oleh Adifashla sendiri kepada member yahoogroups tersebut. Satu sessi Chat bersama Adifashla sedang dirancang. Harap maklum.
From: adifashla
Date: Mon Jul 7, 2003 1:13 am
Subject: Assalamualaikum.....
Assalamualaikum dan Salam sejahtera semua....
Pertama kali Adi ingin menujukan rasa terharu dan gembira Adi kepada
kawan-kawan semua yang membuat group ini untuk Adi....Ptg semalam
saya ada melawat ke group ini dan hari ini saya melawatnya lagi...
Apa khabar anda semua? Adi sihat sahaja dan baru sahaja pulang ke
kampung petang semalam.....terima kasih kepada mail dan surat yang di
berikan kepada Adi...buat masa sekarang ni Adi hanya sempat balas
sedikit demi sedikit..harap kepada yang belum terbalas email dari Adi
tu dapat bersabar ok...Insya Allah Adi akan balas nya buat sedikit
masa ini.... Adi sempat menemui Atie selepas Rakaman Imbasan di UPM
malam semalam, dia sampaikan salam kepada kawan-kawan semua...
Mungkin dalam minggu ini Adi ingin berchat dengan kawan-kawan
semua...nanti Adi tetapkan masa ok..bersama dengan sultan
muzaffar..InsyaAllah...jangan lupa esok, tengok AF di RIA....
Sampai di sini dulu...till then...
Wassalam
Salam Hormat,
ADIFASHLA
Menjawab persoalan Syanie di tag-board tentang Kedudukan Undian AF.
syanie: tuanku sultan........ awak nie penjaga markah untuk AF ke????? bukan hape hairan sikit awak bulih tau result undian konsert IV seperti yang tertera dalam penenrangan awak disebelah nie
sultanmuzaffar: lah...tgk lah imbasan AF dan bukak website AF, semua peratus markah ada kat situ. saya cut & paste jer. tak yah susah2 nak jaga markah.
syanie: tapikan tuanku dalam imbasan AF belum latest lagi as per the time i open the website earlier this morning tu yang terkezut nengok tuanku punye result as if macam yang terkini je
syanie: well tuanku looking through the website as at now NIJA is at the last position with 7% so sekarang nie sape nak kelentong sape huh????
syanie: tuanku sultan.....kenapa berdiam diri huh?????
Penerangan berkenaan Kedudukan Undian AF
Kedudukan Undian yang terpapar di weblog saya adalah kedudukan pada jam 10.30 malam hari Sabtu selepas berlangsungnya Konsert IV. Carta kedudukan undian ada disiarkan pada siaran Imbasan Akademi Fantasia pada hari Ahad jam 1 petang. Jadi adalah tidak mustahil sekiranya saya tahu tentang kedudukan tersebut. Saya update berkenaan Imbasan pada jam 4.33 petang hari Ahad setelah Imbasan selesai keudara.
Kedudukan Undian yang terpapar di website Akademi Fantasia sekarang ialah kedudukan terkini pada Minggu kelima. Untuk perhatian semua, undian pada minggu keempat telah pun diresetkan menjadi kosong. Oleh itu setiap peserta akan bermula dengan kosong pada setiap minggu. Saya pasti pihak ASTRO mempunyai realtime voting system yang mendapat input vote dari SMS terus ke pangkalan data Akademi Fantasia dan kemudiannya memaparkan kedudukan undian tersebut di laman web Akademi Fantasia. Untuk perhatian saudari syanie, MAXIS dan ASTRO mempunyai bapa yang sama iaitu Binariang. Sudah pasti sistem yang mereka ada sangat canggih.
Anda yang telah memilih untuk menyingkirkan pelajar ini tetapi terus melihat pelajar-pelajar lain meneruskan perjuangan. Nana, ucapkan Selamat Tinggal dan Selamat Jalan kepada........
| |||||||||||||||||||||||||
| |||||||||||||||||||||||||
Imbasan Akademi Fantasia Minggu ke-4
Pelajar yang tersingkir dari dua orang kini menjadi tiga sejak semalam. Hari ini Atie termasuk di kalangan mereka yang tersingkir.
Be Yourself
Klip menayangkan bagaimana menjadi diri sendiri. Dipertontonkan gelagat para pelajar. Sebenarnya inilah yang paling menarik perhatian, kita dapat melihat gelagat sebenar mereka di Akademi Fantasia. Memang melucukan.
Kedudukan Undian setelah Konsert IV
Nija 12%
Burn 12%
Vince 11%
Rosma 11%
Azizi 11%
Khai 10%
Sahri 10%
Nana 9%
Liza 8%
Atie 7%
Agak menarik bukan kedudukan undian setelah Konsert IV. Kesimpulan yang boleh dibuat ialah telah berlaku komplot untuk menyingkirkan Atie. Melihatkan kedudukan undian sebelum Konsert IV bermula, Nija dan Burn menduduki tangga dua terakhir. Selepas Konsert IV kedudukan mereka melonjak di tangga pertama dan kedua. Di sini dengan jelas telah berlaku usaha atau dengan kata lain komplot secara tidak dirancang oleh semua pengundi untuk menyingkirkan Atie. Untuk menyingkirkan Atie, ialah dengan menghantar seberapa banyak undian kepada peserta yang terbawah dari Atie. Oleh itu para pengundi perlu menghantar undian untuk Burn dan Nija. Oleh kerana undian yang dihantar terlalu banyak dengan niat untuk menyingkirkan Atie, maka secara tidak langsung telah melonjakkan kedudukan mereka hingga ke tangga pertama dan kedua.
Berbeza dengan Sahri, walaupun persembahannya cemerlang dan mendapat tepukan paling gemuruh dari penonton, tetapi undian untuk beliau hanya 10% sahaja. Faktor yang menyebabkan undiannya sedikit adalah kerana beliau membuat persembahan yang terakhir dan masa untuk penonton menghantar undian adalah sangat terhad jika penonton menghantar undian setelah meilai persembahannya. Faktor talian SMS yang amat sibuk juga memainkan peranan yang penting menyebabkan undian untuk Sahri tidak membuat peningkatan yang mendadak walaupun persembahan beliau amat gemilang. Faktor ini perlu diambil perhatian oleh pihak ASTRO kerana berlaku ketidakadilan untuk peserta terakhir. Jika Konsert IV sudah mencatatkan rating yang tinggi dan menyebabkan talian menjadi terlalu sibuk, cuba fikirkan apakah yang akan berlaku apabila Konsert Akhir nanti. Sudah tentu talian menjadi terlalu jammed dan ini pernah berlaku sewaktu undian Persembahan Terbaik untuk Juara Lagu 2001. Saya sendiri yang mengundi untuk Nija setelah selesai persembahannya tetapi pengesahan undi diterima hanya setelah Konsert IV tamat.
Sewaktu mengendalikan rancangan yang memerlukan interaktiviti dan maklumbalas yang pantas dari penonton, kecekapan pengendalian talian telekomunikasi perlu ditingkatkan. Ini cadangan saya dan amat berharap ia dapat diambil tindakan segera kerana dalam Konsert IV Sahri telah menjadi mangsa.
Atie
Atie mempunyai peluang yang cerah di dalam bidang lakonan dan bidang nyanyian bukan bidangnya. Bakat lakonan boleh digilap lebih lagi tetapi kalau suara tiada nilai komersial tidak dapat diubati. Saya harus tabik kepada Atie yang terpilih berlakon di bawah arahan Faisal Tehrani untuk teater bertajuk Tivi. Tidak semua pelakon filem/drama boleh berlakon teater, dan mendapat pendedahan awal di dalam bidang lakonan teater merupakan pengalaman paling berharga buat Atie terutamanya di bawah arahan seorang penulis Novel 1511 iaitu Faisal Tehrani. Jika mempunyai asas lakonan di dalam teater anda sudah pasti mampu untuk berlakon pada mana-mana filem atau drama sekalipun. Semoga Atie terus berjaya menjadi seorang pelakon serba-boleh.
Konsert IV Akademi Fantasia - Tiada lagi Atiesophrophobia - Muncul Sahri Mania !
Selamat Tinggal Atie !
Sandarkan Pada Kenangan
Persembahan pembukaan dipersembahkan dengan sangat menarik. Gabungan duet yang menjadi dengan menyanyikan lagu yang sedang popular iaitu Sandarkan Pada Kenangan. Idea ini wajar dilakukan kerana setelah sebulan penonton mengenali mereka jadi adalah tidak perlu untuk mereka memperkenalkan diri lagi. Di mana-mana kini, penonton bercerita tentang Akademi Fantasia. Bercerita tentang Atie, tentang Adi, tentang lamb-chop Nija dan tentang Nana dan Burn. Itu topik hangat rakyat Malaysia kini.
Sponsor pakaian
Melihatkan cara mereka berpakaian pada Konsert IV jelas menampakkan kematangan dan mungkin juga pihak penaja mula datang mencurah-curah. Rancangan ini menjadi kegemaran rakyat Malaysia kini walaupun tiada tinjauan rambang dibuat mengenainya. Hanya andaian saya. Hits ke weblog ini sahaja naik mendadak sehingga 1300 hits sehari kerana Akademi Fantasia.
Kedudukan sebelum Konsert IV
Vince 14%
Nana 12%
Rosma 11%
Khai 11%
Azizi 10%
Atie 9%
Sahri 9%
Liza 8%
Nija 8%
Burn 8%
Hasil dari kedudukan undian sebelum Konsert IV berlangsung masih membuktikan bahawa paras rupa dan populariti masih menjadi faktor utama undian peminat. Namun demikian, persembahan pelajar di Konsert IV berjaya mengubahkan kedudukan tersebut. Pengkritik pada minggu ini masih mengekalkan Kudsia Kahar dan penampilan muka baru iaitu Pak Ngah seorang komposer lagu irama Malaysia yang tersohor dan pelakon Abang 92, iaitu Azhar Sulaiman.
Vince (4/5 bintang)
Saya merupakan penggemar muzik Zainal Abidin dan Sheila Majid di zaman-zaman solonya dengan lagu Hijau, Inayah, Raungan Harimau dan Ikhlas sewaktu bersama Roslan Aziz Production (RAP). Pada awal-awal minggu keempat saya sendiri kurang berkeyakinan yang Vince mampu untuk membawakan lagu ini. Bukan calang-calang penghibur yang mampu membawakan lagu Zainal Abidin dan Sheila Majid dengan baik. Setelah tiga konsert berlangsung, Vince menerima lagu yang lebih sesuai dengan mutu vokalnya, iaitu jenis R&B dan pop. Setelah menonton persembahannya malam tadi beliau sudah membuktikan yang vokalnya memang versatile. Beliau mempunyai identiti sendiri. Kawalan suaranya mantap dan tiada unsur Zainal di dalam lagu ini. Namun demikian showmanship Vince untuk persembahan kali ini masih terikat dengan gaya Zainal Abidin. Yang paling menarik tentunya kerjasama dari rakan-rakannya di dalam menjayakan showmanship gerak Zainal Abidin di pentas. Itu kelebihan Akademi Fantasia, mereka dilihat seakan-akan tidak bertanding. Kawalan emosi Vince juga wajar dipuji, kerana beberapa ketika sebelum persembahan, bapa Vince diundang untuk naik ke pentas. Vince mampu untuk mengawal emosinya dan terus membuat persembahan. Yang pasti lagu Manis telah membuktikan beliau mampu pergi jauh dan latihan perlu diteruskan untuk meningkatkan mutu vokalnya. Penaja pakaian untuk Vince juga peka dengan genre muzik yang dibawakan oleh Vince. Tahniah !
Nija (3/5 bintang)
Lagu Setelah Aku Kau Miliki ialah lagu killer jika dapat kepada penyanyi yang silap. Bukan sahaja Nija yang kelihatan agak gugup, Shima iaitu penyanyi asal lagu ini juga resah apabila membawakan lagu tersebut sewaktu Juara Lagu beberapa tahun dahulu. Wajah Nija nampak agak nervous mungkin kerana terlalu memikirkan bahagian tinggi lagu tersebut lantas mencantas konsentrasi beliau. Namun demikian beliau mendapat tepukan gemuruh apabila menyanyikan key tinggi. Pak Ngah selaku pengkritik tetap berjaya mengesan satu dua bahagian yang pitchingnya agak sumbang dan menasihatkan Nija agar terus mempelajari teknik-teknik nyanyian dari Siti Hajar.
Khai (3/5 bintang)
Pertama sekali, style rambut Khai sangat menarik dan perlu dikekalkan. Jelas menampakkan kekacakan beliau. Penghayatan Khai untuk lagu Azura memang baik. Showmanship beliau masih sama seperti minggu-minggu yang lalu. Beliau mempunyai vokal yang unik lebih-lebih lagi jika membawakan lagu berentak rock. Namun demikian latihan perlu ditingkatkan terutamanya apabila membawa lagu bernada tinggi. Khai masih bermasalah membawakan lagu bernada tinggi dan adakalanya pitchingnya tidak sampai dan bernada sumbang. Jika menyanyi dan berlakon bukan pilihan Khai, anda boleh memilih untuk menjadi model tetapi kena tegapkan badan sikit.
Liza (3/5 bintang)
Pakaian Liza jelas sangat sesuai dengan dirinya. Menyanyi sambil menari memang diakui sukar dan persembahan semalam Liza kelihatan begitu berkeyakinan tinggi. Penghayatan beliau terhadap lagu Dia boleh dirasakan. Persembahan Liza merupakan persembahan terbaik beliau sepanjang berada di Akademi Fantasia. Showmanship beliau dan rakan-rakannya juga bagus. Liza perlu lebih berlatih apabila menyanyikan lagu bernada rendah. Adakalnya suaranya tidak kedengaran apabila menyanyikan lagu yang bernada rendah. Vokalnya bagus, yang perlu dilatih hanya teknik sahaja.
Burn (3/5 bintang)
Burn cuba untuk memberikan nafas R&B untuk lagu ini dan ternyata berjaya tetapi sewajarnya improvisasi yang ingin dilakukan perlu dilakukan dengan kemas bukan setakat menambah-nambah. Pada verse awal ada berlaku sedikit kesilapan yang mana kesilapan tersebut telah diulang semula walaupun setelah diajar oleh Adnan Abu Hassan di dalam Kelas Vokal beberapa hari yang lalu. Kesilapan tersebut diulangi. Sewaktu kemunculan Ruffedge sebagai penyanyi latar, Burn kelihatan agak tergamam dan terkejut namun demikian penghayatannya berjaya diperolehi semua dengan pantas. Persembahan semalam membuktikan kualiti suaranya yang terbaik. Yang menakjubkan persembahan tersebut dilakukan tanpa melalui apa-apa proses latihan. Itulah Akademi Fantasia. Kejutan demi kejutan.
Nana (3.5/5 bintang)
Menyanyikan lagu Inggeris tidak bermakna perlu memakai pakaian yang seksi. Saya menyukai style berpakaian Nana. Sponsor pakaian beliau nyata faham benar yang Nana seorang yang cute dan ada attitude serta ada pengikut tersendiri. Penguasaan Bahasa Inggerisnya mantap. Beliau berjaya untuk menghayati setiap baris lirik untuk lagu tersebut. Seperti yang pernah diulas oleh Kudsia Kahar pada Konsert III minggu lepas, seorang penyanyi perlu juga untuk mempelajari cara satu-satu perkataan itu disebut(diction) agar pendengar memahami maksud yang ingin disampaikan dan bukan hanya membaca lirik. Lagu I Will Survive berjaya dipersembahkan oleh Nana dengan cemerlang. Beliau boleh menari dengan baik dan showmanship yang gemilang dan interaksi beliau dengan penonton kelihatan agak matang. Stamina beliau juga agak baik dan perlu ditingkatkan untuk lebih berjaya. Kata Pak Ngah, lagu ini mudah, maka improvisasi perlu dilakukan untuk mempelbagaikan style persembahan.
Azizi (3/5 bintang)
Persembahan Azizi tidak semantap persembahannya minggu lepas. Lagu Mungkinkah Terjadi dendangan asal Kumpulan Spider kelihatan agak tidak sesuai dengan vokal Azizi tetapi beliau telah cuba memberikan sentuhannya dalam membawakan lagu tersebut. Azizi mempunyai identiti tersendiri yang kelak mampu untuk menjadi dirinya sendiri satu hari kelak.
Rosma (4/5 bintang)
Kita telah dihidangkan pada minggu lepas bagaimana resahnya Rosma apabila mengetahui perlu membawa lagu ini. Lagu ini memang sukar dan ini diakui sendiri oleh penyanyinya iaitu Noraniza Idris yang membuat kunjungan mengejut ke Akademi dan juga Pak Ngah selaku komposer lagu tersebut. Rosma mempunyai suara yang bagus dan boleh menyanyi. Showmanship beliau juga menjadi dan kelebihan Rosma sudah tentu lirikan matanya. Keyakinan beliau untuk membawakan lagu ini benar-benar berada di tahap yang paling tinggi dan ditambah dengan penghayatan beliau. Beliau masih muda dan banyak yang perlu dilatih untuk lebih berjaya.
Atie (2/5 bintang)
Sponsor pakaian untuk Atie juga menarik. Kena dengan susuk tubuh Atie. Tetapi pakaian sahaja tidak mencukupi. Saya sedar dan faham bagaimana susahnya apabila perlu menyanyi dan menari pada masa yang sama. Di dalam waktu yang sama kita perlu menghafal step tarian dan menghafal lirik lagu. Memang sukar. Keyakinan Atie membawakan lagu mudah ini benar-benar jatuh. Wajah cerianya yang kita tonton sepanjang minggu di Akademi hilang sewaktu berada di pentas untuk Konsert IV. “Tiba-tiba spagetti ini jadi masam”, meminjam salah satu dialog dalam Abang’92. Wajahnya tidak langsung menampakkan keceriaannya. Apabila tekanan semakin bertambah, maka penghayatan beliau terhadap lagu Jendela Hati menjadi kucar-kacir. Tempo lari dan pitching yang tidak kemas. Beliau nampak terlalu nervous.
Sahri (4.5/5 bintang)
Memang agak sukar untuk mencari penaja pakaian yang sesuai untuk Sahri. Namun demikian itu bukan penghalang untuk Sahri memberikan persembahan yang paling cemerlang di Konsert IV semalam. Tidak mustahil selepas Konsert IV, undian untuk Sahri akan naik dengan mendadak. Sahri Mania melanda Dewan Percubaan UPM semalam. Beliau menerima tepukan paling gemuruh sepanjang konsert berlangsung. Kata Aznil, beliau sendiri tidak pernah mendapat tepukan sebegitu gemuruh sepanjang 12 tahun beliau menjadi pengacara rancangan. Apa lagi yang perlu diperkatakan berkenaan Sahri ? Vokal beliau cukup mantap terutama dalam mengawal nada tinggi. Pitching beliau terbaik. Showmanship beliau yang dibantu oleh beberapa orang rakannya benar-benar mampu membuatkan penonton menangis. Penghayatan beliau menyanyikan lagu sedih sangat berjaya. Sahri berjaya membawakan lagu Tekad lebih baik dari penyanyi asalnya iaitu Hazami. Suara Sahri kedengaran lebih matang dan lantang. Lontaran vokal bertenaga dan tidak cuba ditahan-tahan (baca: dikepit). Seluruh dewan terpukau dengan persembahan Sahri. Sahri telah berjaya meyakinkan pengundi bahawa paras rupa dan bentuk badan bukan tiket untuk menjadi penghibur yang berjaya. Namun demikian, latihan demi latihan perlu dibuat agar dapat meningkatkan lagi mutu vokalnya.
Keputusan
Keputusan siapa yang tersingkir sudah pun kita ketahui. Atie menjadi peserta ketiga tersingkir dari Akademi Fantasia. Terus terang saya katakan agak terkejut dengan keputusan ini kerana pada ulasan hari kelima, saya menjangkakan yang Nija akan tersingkir. Ini adalah kerana saya cuba untuk mengikut selera penonton yang sukakan sesuatu yang cantik lalu mengabaikan mereka yang berbakat. Keputusan minggu ini membuktikan yang saya silap dengan mengandaikan penonton akan terus mengundi mereka yang cantik dan kacak. Pada Konsert IV, penonton sudah mula mengenal yang mana permata, yang mana batu, yang mana kayu dan yang mana intan.
Kawalan emosi Atie kali ini nampak agak matang dan waras. Wajah-wajah kesedihan para pelajar lebih bersifat kesedihan kerana wajib berpisah dan bukannya kesedihan yang bersifat dipaksa berpisah. Tiada adegan “ala Kassim, ampunkan mak Kassim” pada Konsert kali ini. Atie mempunyai peluang yang besar di dalam bidang lakonan dan pengacaraan. Bidang nyanyian bukan untuk Atie. Atie sudah pun mengukir nama di dalam bidang lakonan teater dengan berlakon di bawah arahan Faisal Tehrani untuk teater bertajuk Tivi. Saya pasti Atie mampu untuk menjadi pelakon yang baik jika diberi bimbingan yang baik.
Nantikan minggu hadapan akan kemunculan Sahri-Mania !
Akademi Fantasia Jumaat 4 Julai 2003
Kecederaan Atie
Setelah hari kelima, minggu keempat baru kita dapat melihat persiapan Atie dengan lagu Jendela Hatinya. Koreografi tariannya menarik hasil tunjuk ajar Cingu Linda. Oleh kerana inginkan kelainan, Atie sedikit tercedera semalam. Mujur tidak ada apa-apa kecederaan berat yang berlaku ke atasnya. Tindakan Khai yang mengambil kesempatan sangat memalukan.
Fitness set
Akademi mendapat penajaan baru iaitu fitness set iaitu dua buah basikal. Kemudahan fitness set tersebut seharusnya dimanafaatkan oleh semua pelajar untuk meningkatkan stamina mereka terutamanya Sahri dan Burn. Adalah lebih baik menggunakan fitness set tersebut daripada mereka cuba melakonkan adegan-adegan yang nampak tidak real. Tidak banyak sedikit dapat meningkatkan kesihatan diri untuk mereka.
Sandarkan Pada Kenangan
Saya tidak sabar untuk menonton persembahan ini. Satu gabungan yang menarik dan tentunya memberikan satu impak yang besar kepada mereka kerana salah seorang daripada mereka akan tersingkir selepas persembahan di Konsert IV itu.
Noraniza Idris
Kemunculan Noraniza Idris penyanyi lagu Tingting ke Akademi benar-benar mengejutkan Rosma. Seawal hari pertama, Rosma sudah tidak berkeyakinan membawakan lagu tersebut. Noraniza Idris menasihatkan beliau agar membawakan lagu tersebut dengan caranya tersendiri dan tidak mengikut gaya penyanyi asalnya. Lagu tersebut memang agak sukar dan ini diakui sendiri oleh beliau. Kebolehan Rosma menyanyikan lagu tersebut benar-benar mengkagumkan Noraniza sendiri sewaktu mendengar nyanyian Rosma di luar pintu. Rosma berkebolehan menyanyikan lagu asli dan tradisional dengan baik.
Pelajar perempuan berbaju kurung
Saya mengaku menghantar satu undian untuk Atie setelah melihatnya muncul memakai baju kurung. Sungguh cantik dan menawan. Beliau memakai baju kurung tradisional teluk belanga. Agak jarang baju kurung tradisional ini kelihatan sekarang. Di situ kelebihannya, nampak begitu ayu sekali. Berbeza dengan kemunculan empat rakannya yang lain. Mereka nampak biasa sahaja.
Lamb-chop
Sebenarnya saya tidak menggemari adegan ini. Sangat memalukan kerana dalam ketawa saya sebenarnya memtertawakan bangsa saya sendiri. Mungkin ada di antara kita yang tidak mengenali apa itu lamb-chop, tidak fasih berbahasa Inggeris, tidak tahu menyebut dengan betul perkataan Chicago tetapi itu bukan salah mereka. Tidak tahu apa itu lamb-chop bukan tiket untuk menjadi seorang penghibur dan sewajarnya adegan itu patut ditiadakan. Memang saya akui adegan itu nampak begitu real dan tidak nampak dibuat-buat. Memang Nija begitu jujur memberitahu yang dia tidak tahu apa itu lamb-chop. Sangat real dan jujur. Kejujuran itu lebih baik dari menipu. Saya puji sikap anda.
Secara analogi dan kebetulan, Nija juga mungkin juga telah dihidangkan dengan makanan terakhirnya di Akademi tersebut. Saya tidak bermaksud untuk menyamakan Nija dengan banduan hanya bermaksud untuk menyamakan menu lamb-chop Nija dengan menu terakhir banduan di Bilik Akhir. Hanya sebagai analogi. Sudah menjadi kebiasaan yang banduan di Bilik Akhir akan diberikan kelebihan untuk memilih menu terakhir mereka sebelum mereka dibawa ke tali gantung. Dan mungkin Nija telah diberikan satu hidangan sebelum penyingkiran Konsert IV malam ini oleh pihak penganjur. Satu perancangan atau kebetulan ? Siapa tahu.
Promosi sempena Karnival Membeli-Belah Malaysia 2003 dan Bulan Membaca 2003
jongkang-jongket - self censorship board
Saya hanya mengenali beliau melalui penulisan sinis di weblognya. Walaupun ada kalanya bernada riak, tetapi saya faham dan sudah lali dengan gurauan tersebut. Tidak sekali pun saya anggap beliau bersifat riak. Saya gemar untuk mencadangkan agar pembaca saya membaca tulisan kartunnya di jongkang-jongket 2000.
Buku ini harus dimiliki oleh semua orang, tak kira lelaki dan perempuan, miskin dan kaya, tua dan muda, tinggi dan rendah, kecil dan besar, tebal dan nipis, panjang dan pendek, labu dan labi, romeo dan juliet, laila dan majnun, uda dan dara, benson dan hedges, johnson dan johnson, serta mereka-mereka yang tertewas.
Boleh didownload secara PERCUMA ke dalam hard disk dan dicetak untuk dibaca pada waktu lapang bersama teman-teman serumah dan jiran depan. Buku di dalam format *.pdf bersaiz 803kb muat di dalam disket, dan muat di dalam poket. Anda memerlukan software Adobe Acrobat Reader (yang boleh didownload secara PERCUMA juga) untuk membaca/mencetak buku ini.
download buku jj2k
terima kasih daun keladi
Ketika sedang melayari internet, saya terjumpa satu email ini di dalam egroup yang menujukan lagu ini buat Atie. Sungguh unik dan kreatif. Saya terbayang-bayang kesengsaraan Atie menyanyikan lagu ini. Dengan mengekalkan key Siti Nurhaliza dan di dalam bahasa Inggeris, Atie pasti akan menjadikan lagu ini satu pengalaman yang paling indah.
From: Peminat Atie
Date: Fri Jul 4, 2003 5:04 pm
Subject: Lagu utk atie....."not ordinary love"
Not Ordinary Love……
There are so many stories,
Got happy one and got sad one,
The love that I wanted to write,
It is not an ordinary love,
Two confidences different,
Problem also not the same,
I don't want them suspicious,
Why they all always want to ask?
(Chorus)
My love is not on top of the paper,
My love is the same vibration,
No need to be forced, No need to look for,
Because I'm confidence there is an answer.
Oh….
If only I can change all of it,
Until nobody is injured,
But impossible, I am not able,
Only waiting with confidence, for the answer....
Promise tied up faithfully,
The time is changing everything,
Maybe it will go away,
I don't want they all to enquiry,
I myself is only an usual human,
Possessing the same intuition,
Don't want to look back,
Don't want to be replaced,
My soul is always se peaking,
If I can afford to repeat again,
I am sure no one will suspect,
The love will present, never expected,
Only waiting with confidence, for the answer....
Akademi Fantasia Khamis 3 Julai 2003
Rosma kurang berkeyakinan dan tidak matang
Minggu ini penonton banyak dihidangkan dengan kisah Rosma. Rosma sekali-sekala perlukan publisiti. Rosma seakan hilang semangat untuk menyanyikan lagu Tingting. Beberapa kali beliau menekankan bahawa beliau tidak mampu membawakan lagu tersebut. Siti Hajar sebagai guru pun seakan-akan sudah tidak mampu melakukan apa-apa untuk membantunya dan mengharapkan rakan-rakan pelajar yang membantunya. Perlu diingatkan di sini bahawa Rosma adalah peserta paling muda di Akademi dan ini menjadikan beliau sedikit nampak tidak matang. Mungkin juga beliau sedar akan kekurangan yang ada pada dirinya di tambah pula dengan persembahan Konsert III yang lepas di mana pelajar yang tidak boleh menyanyi dengan baik pun masih kekal di Akademi. Ini sedikit sebanyak telah menyebabkan keyakinannya terhakis. Beliau berbakat besar tetapi sedikit kekurangan dari segi package. Berbeza dengan Sahri, walaupun beliau kekurangan dari segi package tetapi beliau tetap berkeyakinan tinggi. Vince, Burn dan Khai cuba untuk membantu Rosma.
Perunding Imej Wella
Oleh kerana mereka tidak dibenarkan untuk berkomunikasi dengan dunia luar selama mereka berada di Akademi Fantasia, maka pihak penganjur telah menyediakan satu sessi bersama Perunding Imej Wella untuk bersama mereka semalam. Mereka yang terpilih untuk ditukar imej mereka ialah Sahri dan Liza. Kenapa mereka ? Tentu ada sebab yang tersirat. Pada saya mereka merupakan antara dua pelajar yang menampilan mereka perlu dilakukan sesuatu untuk menjadi seorang penghibur. Penukaran imej Liza agak menjadi dengan menukar gaya rambut beliau. Berbeza dengan Sahri yang telah diwarnakan sedikit rambutnya. Imej itu tidak sesuai dengannya. Tidak banyak kerja yang perlu dilakukan untuk Vince selain daripada menukar warna rambutnya menjadi hijau. Burn, itu warna green dan bukannya yellow.
Burn vs Nana vs Vince & Liza ?
Apa yang telah berlaku di antara mereka tidak saya ketahui. Apa puncanya, apa hujungnya juga saya tidak dapat mengagak. Atau sekadar pakatan untuk menaikkan rating Burn dan Liza. Sementara background memaparkan imej Liza sedang mengemas meja makan.
Kelas Vokal Adnan Abu Hassan
Sabar Menanti – Saya amat menyukai lagu ini, lebih-lebih lagi jika dinyanyikan oleh penyanyi asalnya iaitu Broery Marantika. Lagu ini pernah didendangkan oleh Anuar Zain di Sunday Nite Live di Planet Hollywood. Burn perlu menyanyikan lagu ini dengan gayanya sendiri. Beliau telah mencuba semalam dan nampaknya berjaya. Jika beliau berjaya menyanyikan lagu itu esok sudah pasti kedudukannya akan sedikit selesa.
Tekad – Lagu ini perlu dinyanyikan dengan iringan piano secara live. Ia akan nampak lebih menarik lagi. Jika Sahri terikat dengan minus one sudah pasti versatiliti vokalnya tersekat. Penyanyi yang paling sesuai untuk mengiringi Sahri sudah tentu pencipta lagu tersebut dan penyanyinya iaitu Hazami. Tentu menarik digandingkan mereka berdua untuk lagu ini.
Setelah Aku Kau Miliki – Ini lagu lama dan sezaman dengan lagu Menaruh Harapan nyanyian Nija di Konsert II. Penyanyi lagu bernada tinggi ini sekali lagi ditegur oleh Adnan akan pitchingnya. Nija masih bermasalah membawa lagu bernada tinggi walaupun mempunyai suara yang sesuai untuk lagu bernada tinggi. Pitching Nija masih tidak stabil.
Dia – Liza boleh menyanyi tetapi masalahnya hanya penghayatannya. Cara beliau menyanyi sama seperti orang awam menyanyi di karaoke. Tiada feel langsung.
Lagu Sha Na Na dia selamba,
Lagu Kesetiaaan dia selamba,
Lagu Dia pun dia selamba,
Itu pantun untuk Liza
Jendela Hati ?
Setelah hari keempat, minggu keempat, latihan vokal penyanyi lagu Jendela Hati masih tidak dipertontonkan kepada penonton. Mungkinkah akan ada satu gimik yang ingin dipersembahkan di Konsert IV nanti ?
Akademi Fantasia Rabu 2 Julai 2003
Sandarkan Pada Kenangan
Seawal minit pertama menonton episod semalam saya sudah sakit telinga mendengar nyanyian Atie. Keep up the good work Atie ! Anda tetap maintain dengan senyuman manis itu. Jika semalam saya kurang berkeyakinan yang Khai boleh membawakan lagu Azura dengan baik tetapi hari ini saya merasakan bahawa beliau akan mampu membawakan lagu Azura dengan baik setelah mendengar beliau menyanyikan lagu Sandarkan Pada Kenangan semalam.
Astana Idaman
Kemunculan mengejut Jalaluddin Hassan dan Maria Farida ke Akademi semalam agak menarik untuk ditonton. Sebagai seorang pelakon Jalaluddin Hassan telah menunjukkan satu perkara yang baik untuk diikuti iaitu dengan membuat homework. Beliau mengetahui hampir kesemua nama pelajar kecuali tersilap pada Atie dan Rosma.
Mereka melakonkan adegan dalam Astana Idaman dan kemudian memberi peluang kepada beberapa orang pelajar untuk melakonkan watak mereka. Vince terpilih untuk melakonkan watak Datuk Mansor bersama Maria Farida. Banyak aspek yang boleh diperbaiki lagi. Sementara Rosma terpilih untuk melakonkan watak Maria Firdaus. Rosma berkebolehan besar dalam bidang lakonan dan ini telah dibuktikan olehnya semalam. Beliau bijak bermain dengan lirikan matanya. Watak perempuan penggoda berjaya dilakonkan olehnya dengan bagus sekali.
Sebelum Rosma terpilih untuk melakonkan adegan tersebut, Nana telah melaungkan nama Atie agar digandingkan dengan Jalaluddin Hassan untuk melakonkan adegan tersebut. Wajah Atie tersipu-sipu malu. Macam hendak, tapi tak hendak. Malu-malu kucing ! Saya tidak pasti sama ada Puan Fatimah, guru lakonan mereka mendengar atau tidak nama Atie dilaungkan, tetapi beliau sebaliknya memilih Rosma. Mungkin juga peluang harus diberikan kepada peserta lain untuk menonjolkan diri kerana peluang berlakon dengan Rosyam Noor telah beliau perolehi.
Airmata Rosma
Suara tanpa visual ini agak menarik kerana jelas kamera tercari-cari pelakonnya. Rosma agak down semalam kerana mendapat lagu yang dirasakan tidak sesuai dengan vokalnya. Rosma perlu mempunyai keyakinan diri untuk menyanyikan lagu tersebut. Rosma mampu melakukannya. Rosma seakan mengeluh kerana seakan-akan tidak mendapat bantuan dari rakan-rakannya yang lain untuk membantunya menyanyikan lagu tersebut dengan baik. Kata Encik Bahar, siapa kawan-kawan Rosma itu ? Mereka tiada apa, tiada pengalaman untuk Rosma jadikan bahan rujukan. Atie ? Please not ! Nana ? untuk lagu irama etnik ?, Liza ? Nija ? Adalah lebih baik Rosma sendiri meminta bantuan dari Siti Hajar ataupun Adnan Abu Hassan. Tidak sesat ajaran mereka. Itu sahaja sumber yang tidak sesat untuk Rosma dan perlu diingat kedudukan Rosma agak selesa berbanding mereka. Sifat Melayu ini agak unik sedikit. Itu peringatan dari saya.
p/s:- sedang sibuk menghadapi beban tugas yang bergaji, update berkenaan AF hanya akan tersiar selepas waktu tengahari.
Akademi Fantasia Selasa 1 Julai 2003
Kelas Nada Suara - Siti Hajar
Kebanyakan pelajar sudah nampaknya besar kepala. Sedang sessi kelas dijalankan ada yang sibuk berbual, berdating dan tidak mengambil perhatian. Tenaga pengajar kelas nada suara iatu Siti Hajar kelihatan seakan-akan tidak berpuas-hati dengan jawapan Nija. Beliau menegur "bermain dengan serius dan bukannya bermain dengan bermain-main". Untuk menjadi penyanyi tiada hari pertama, hari kedua atau hari kesepuluh. Siti Hajar masih tidak berpuas-hati. Menyanyikan lagu Sabar Menanti memang diakui agak sukar kerana countingnya. Burn bukan seorang yang layak menyanyikan lagu tersebut. Penghayatan yang kuat menjadi teras di dalam lagu tersebut. Bukan calang-calang orang mampu membawakan lagu tersebut. Saya tidak berapa menggemari nyanyian Vince untuk lagu Manis. Seakan-akan hilang originaliti lagu tersebut. Manis hidup kerana Zainal Abidin. Namun demikian kelebihan Vince ialah style dan attitude yang ada pada dirinya.
Selamat Hari Lahir Nana
Rupa-rupanya sejak minggu lepas lagi Nana sudah mencanangkan tentang tarikh Hari Lahirnya kepada Burn. Semalam Hari Lahir Nana dan para pelajar menerima kunjungan mengejut dari Hans Issac. Hans Issac ialah pelakon kegemaran Nana. Beliau menghadiahkan Nana sejambak bunga dan satu pek coklat. Wajah Burn kelihatan berubah. "Cinta sudah mula berputik ya ?", memetik dialog filem Jimi Asmara, arahan Erma Fatima. Nana nampaknya sudah ada pengikut yang setia, yang sanggup menjadi balaci untuk memegangkan sejambak bunga itu untuknya dan mengikut ke mana-mana beliau pergi. Sewaktu menyanyikan lagu Selamat Hari Lahir, pengikut yang setia inilah yang paling cuba menonjolkan dirinya walaupun nyanyiannya pitching lari. Ini adalah strategi, saya tidak menyalahkannya.
Muzik@RIA
Saya terlepas untuk menyaksikan rancangan ini ke udara kerana menghadiri satu acara lain di Kuala Lumpur. Jika tiada aral, InsyaAllah saya akan mengikuti siaran ulangannya pada hari Ahad ini.
p/s:- half day hari ini kerana Siaran Ulangan Konsert 3 Akademi Fantasia.
Aku Cinta Kau dan Dia - Dewa
terima kasih dari sultanmuzaffar kepada tahrizi
Penilaian lagu
Nana - I Will Survive
Suara serak-serak basah Nana membolehkan lagu ini sesuai didendangkan olehnya. Cuma Nana perlu mengawal stamina agar tidak keletihan kerana korus lagu ini yang bertempo rancak di tambah pula dengan bahasa Inggeris. Jika beliau bijak, komunikasi dengan penonton boleh dilakukan sewaktu menyanyikan lagu ini.
Atie - Jendela Hati
Lagu ini berentak laju dan mudah untuk didendangkan. Koreografer kena menarik. Jika tidak, nampak hambar. Atie masih mempunyai masalah dalam pitching. Stamina juga perlu dijaga kerana agak sukar untuk menyanyi sambil menari
Rosma - Tingting
Lagu etnik kreatif ini memang sesuai dengan vokal Rosma. Rosma sering diuji dengan lagu irama etnik. Kepelbagaian range vokal perlu dijaga untuk lagu ini. Stamina juga penting untuk lagu ini. Penyanyi asal lagu ini juga menghadapi membawakan lagu ini dengan baik.
Burn - Sabar Menanti
Lagu ini berentak perlahan dan bernada romantis. Azizi lebih sesuai mendendangkan lagu ini. Karisma Burn sebagai pembawa lagu berirama romantis kurang berbanding Azizi. Kepelbagaian vokal perlu diambil-berat untuk lagu ini seperti vokal Anuar Zain yang pernah mendendangkan lagu ini satu ketika dahulu.
Sahri - Tekad
Lagu Hazami ini bernada romantis yang amat menarik untuk didengar. Lagu ini lebih cantik jika membawa bersama barisan koir di bahagian bridge lagu tersebut.
Nija - Setelah Aku Kau Miliki
Lagu berirama slow rock ini amat sesuai dengan vokal Nija.
Khai - Azura
Lagu maut ini bakal didendangkan oleh Khai. Kemampuan Khai membawakan lagu bernada tinggi masih belum terserlah. Lagu ini lagu popular dan sudah pasti menjadi perbandingan.
Liza - Dia
Lagu ini perlu komunikasi dengan penonton yang agak banyak dan jika Liza masih kurang berkeyakinan untuk melontarkan vokalnya sudah pasti lagu ini menjadi hambar.
Vince - Manis
Lagu Manis adalah lagu ujian buat Vince. Lagu ini agak catchy dan begitu nostalgia. Walaupun lagu ini agak lama tetapi style pembawakan Vince menjadi taruhan untuk mencantikkan lagi lagu tersebut.
Azizi - Mungkinkah Terjadi
Saya tidak pernah tahu lagu ini dan terus mendapatkan lagu ini pagi tadi. Ini merupakan lagu ujian untuk Azizi.
Tumpuan minggu ini sudah pasti kepada semua pelajar terutamanya dalam sessi nyanyian duet lagu Sandarkan Pada Kenangan. Adakah mereka mampu membawakan lagu tersebut serta membangkitkan semula nostalgia filem Azura.
Akademi Fantasia Isnin 30 Jun 2003
Terima kasih Adi kerana keceriaan yang diberikan sepanjang 3 minggu bersama Akademi Fantasia. Semalam telah diketahui lagu yang bakal mereka nyanyikan sempena Konsert IV Sabtu ini.
Nana - I Will Survive
Atie - Jendela Hati
Rosma - Tingting
Burn - Sabar Menanti
Sahri - Tekad
Nija - Setelah Aku Kau Miliki
Khai - Azura
Liza - Dia
Vince - Manis
Azizi - Mungkinkah Terjadi
Persembahan sementara menantikan penyingkiran seterusnya ialah dendangan lagu Sandarkan Pada Kenangan nyanyian Jamal Abdillah dan Ogy Ahmad Daud. Persembahan duet ini pasti ditunggu-tunggu. Kelebihan vokal peserta akan diuji sewaktu mendendangkan lagu ini. Key tinggi Jamal dan key tinggi Ogy pastinya sukar dibawakan jika tiada latihan secukupnya. Pada firasat saya, mereka mendapat lagu yang kebanyakannya sesuai dengan vokal mereka. Kali ini Vince akan diuji dengan sebuah lagu etnik berkonsep world music iaitu Manis dendangan asal Zainal Abidin. Peserta lain yang bakal diuji ialah Rosma dengan lagu Tingting dan Khai dengan lagu Azura. Nana perlu mengekalkan attitude ketika menyanyikan lagu I Will Survive untuk berjaya.
Ada beberapa perkara yang perlu diberi perhatian iaitu ketika Sahri menceritakan perasaannya menerima lagu Tekad. Di akhir ucapan beliau turut menyebut yang para pelajar hari tersebut telah bangun lewat kerana Adi yang selalu menjadi wake-up call telah disingkirkan dari Akademi. Moral :- Adi seorang yang bangun paling awal dan mungkin bangun untuk menunaikan sembahyang Subuh. (Saya tidak dapat membuktikan perkara ini kerana footage mereka bersembahyang tidak dipertontonkan) Dari apa yang dijelaskan oleh Sahri, saya sudah boleh mengagak punca Adi lebih bersifat anti-sosial.
Di akhir episod, para peserta membuat card untuk Adi. Ada cerita menarik tentang card tetapi bukan untuk tontonan umum. :) Ketiadaan Adi lebih dirasakan oleh pelajar berbanding dengan penyingkiran Azza. Itu kelebihan Adi yang telah menceriakan mereka selama 3 minggu. Mereka menyanyikan lagu "Aku Cinta Kau dan Dia" bersama-sama.
Malam ini di Muzik@RIA, rancangan kelolaan Yasmin Hani akan mengundang Adi dan sahabat-sahabatnya untuk mempersembahkan lagu "Aku Cinta Kau dan Dia" secara live di RIA.
Ulasan lanjut berkenaan lagu akan disiarkan tengah hari ini.
Imbasan Akademi Fantasia
Adi muncul sebagai tetamu dalam episod kali ini. Sewaktu ditanya tentang perasaannya beliau bersikap positif dan menerima segala keputusan yang datang. Adi berkelulusan kejuruteraan dari UPM sanggup bangun jam 5 pagi untuk pergi ke audition di ASTRO. Naik bas lompat ke Klang hingga ke Subang dan di ambil oleh rakannya ke ASTRO. Semangat yang tebal untuk menjadi seorang penghibur.
Pada peringkat awal menerima keputusan penyingkiran beliau masih dapat mengawal emosinya tetapi setelah mengusung beg, didapati beliau tidak dapat mengawal emosinya. Saat yang paling mengharukan tentu sekali sewaktu rakan-rakannya menyanyikan lagu kegemarannya iatu "Aku Cinta Kau Dan Dia" Air mata Adi mengalir tanpa dapat ditahan.
Seluruh dewan seakan tidak dapat menerima keputusan penyingkiran Adi. Adi berbakat besar. Kali pertama penonton menyaksikan Aznil mengalirkan air mata. Juga pertama kali penonton menyaksikan pelajar lelaki mengalirkan air mata. Khai begitu sedih kerana kehilangan seorang rakan sebiliknya. Begitu juga Vince, Burn, Azizi dan Sahri yang tidak dapat menahan perasaan sedih mereka.
Yang pastinya, Akademi Fantasia kehilangan seorang pelajar yang berbakat besar, mampun menjadi tenaga pengajar bermain gitar kepada rakan-rakan pelajarnya. Kesedihan di Akademi lebih jujur berbanding sewaktu penyingkiran Azza.
Nantikan siaran ulangan Konsert III pada hari Rabu jam 12 tengahari di ASTRO RIA.
p/s:- Saya tidak sabar untuk melihat aksi mereka pada malam ini dan mengetahui lagu apa yang akan diperolehi oleh mereka.
Ahmad Band - Ideologi, Sikap & Otak
Aku Cinta Kau dan Dia
Hancur hatiku mengenang dikau
Menjadi keping-keping setelah kau pergi
Tinggalkan kasih sayang
Yang pernah singgah antara kita
Masihkah ada sayang itu
Memang salahku, yang tak pernah bisa
Meninggalkan dirinya 'tuk bersama kamu
Walau 'tuk terus bersama
Kan ada hati yang 'kan terluka
Masihkah ada sayang itu
Sekali lagi maafkanlah
Karena ku cinta kau dan dia
Maafkanlah ku tak bisa
Tinggalkan dirinya
Mungkin tak mungkin 'tuk terus bersama
Jalani semua cinta yang tlah dijalani
Tapi bila itu yang
Kau pikir yang terbaik untukmu
Bahagiaku untuk dirimu
Simpan sisa sisa cerita cinta berdua
Walau tak tersisa cerita cinta berdua
Still love her in my mind
Still love her forever

