TEATER KOMEDI ALANG RENTAK SERIBU
Panggung Sari Istana Budaya sekali lagi riuh dengan gelak ketawa apabila anda datang menonton teater komedi - Alang Rentak Seribu, sebuah karya bahasa Melayu pertama Dato' Syed Alwi yang telah berjaya memenangi Hadiah Karya Sastera pada tahun 1973.
Saksikanlah telatah lucu pertembungan adat resam desa dan kota ketika rombongan Filem Negara mengadakan penggambaran filem dokumentari di kampung Alang.
Barisan Pelakon
Adlin Aman Ramli, Khatijah Tan, Ismail Din, Zul Huzaimy Marzuki, Kartika Mohammad, Yalal Chin, Mohamed Ali Osman, Mislina Mustaffa, Rosdeen Suboh, Bohari Ibrahim, Faridah Yusop, Rasdi Daud dan M. Nasri Ayob.
TIKET :
RM21, RM31 & RM 51 (25-31 Julai 2003)
RM17, RM25, RM41, (27 Julai 2003- Matineee)
MASA :
8.30 pm : 25 - 31 JULAI 2003
3.00 pm : 27 JULAI 2003
SINOPSIS :
Sebuah drama komedi karya Syed Alwi – penerima Anugerah Seni Negara 2002. Drama ini pertama kali dipentaskan oleh Kumpulan Seni Teater Malaysia di Kuala Lumpur pada 1973 dan kemudian memenangi Hadiah Karya Sastera Malaysia. Kali ini ia dipersembahkan dengan gabungan artis-artis ternama tanah air
Apabila unit filem dari Filem Negara, di kebawah arahan Ahmad Yatim, Pengarah dan Pelakon yang mendapat pendidikan teater dari National Institute of Dramatic Arts (NIDA) Australia.
Kisah lucu ini berlaku disebuah kampung di Perak di awal 1970-an.
Diketuai oleh pengarahnya, AMN Nordin datang ke kampung tersebut untuk memulakan penggambaran, tidak sedikit pun terlintas difikiran mereka bahawa kedatangan mereka akan mencetuskan huru-hara yang lebih lucu dan dramatik dari kisah cerita yang hendak mereka filemkan. AMN Nordin dan orang-orangnya telah dikejar dan dibelasah oleh Pak Mokhtar dan Andak kerana menghina dan biadap pada tuan dan penunggu tanah sebab tidak minta izin sebelum memulakan kerja, tak tahu akan selawat dan jampi serapah bagi menolak bala kepada penduduk di situ, dan kerana menuduh orang kampung berbohong, kuno dan kolot.
Maka terletak pada bahu Alang Khalid, pendekar dan hero kampung serba boleh untuk mendamaikan salah faham antara AMN Nordin yang tidak fahan cara hidup dan adat resam orang kampung dengan Pak Mohktar dan Andak yang tidak faham cara hidup dan cara bekerja orang Bandar.
ALANG RENTAK SERIBU- Paparan hidup, budaya Melayu
Utusan Malaysia, 19 Feb 2003
Oleh : Luqman Hakim
Majoriti masyarakat penonton berpendapat komedi adalah lawak jenaka. Ini tanggapan konversional apabila ditonton di filem dan televisyen. Bagaimana jika ingin menyaksikan komedi di pentas teater? Apakah akan ada kelainan?
Teater Alang Rentak Seribu merupakan komedi yang dihasilkan dengan pengertiannya sendiri. Namun, teater ini bukan bicara komedi hanya untuk bergelak ketawa sebaliknya mengetengahkan nada dan bahasa berbicara Melayu dalam pengertian dan sudut yang berbeza.Lihatlah dunia dan kehidupan Melayu era pasca peristiwa 13 Mei pada lewat 1960-an dan awal 1970-an. Ia menzahirkan pertembungan antara dua manusia Melayu iaitu dari kampung dan Bandar yang mempunyai perbezaan sikap dan pemikiran.
Siapa kata orang kampung tidak cerdas dan ligat pemikirannya atau bersifat kekampungan? Watak Alang adalah seorang lelaki Melayu yang dibesarkan dalam suasana dekad-dekad awal selepas merdeka. Lelaki yang cukup sederhana penampilannya. Tetapi memiliki kebijaksanaan sendiri ketika berdepan dengan masyarakat sekeliling. Inilah watak transisi antara pengaruh kehidupan desa dan pengaruh moden Bandar.
Era awal 1970-an dilihat sebagai satu dimensi baru dalam pembentukan masyarakat Melayu selepas pengalaman pahit untuk merdeka sehingga membawa kepada peristiwa berdarah 13 Mei. Alang, Mokhtar, Mazni, Abdul Malik, Halim, Badariah adalah manusia Melayu kampung yang dibesarkan dalam suasana Melayu yang hampir bersedia menerima kemasukan pengaruh luar.
Lihat saja kostum Halim yang berbaju kot, pada masa yang sama berpakaian Melayu yang lengkap dengan kain sampinnya. Demikian juga halnya dengan Mokhtar. Mereka adalah wakil kepada orang Melayu kampung ketika berdepan dengan perubahan luar. Sebaliknya pula dengan watak-watak Zulkifly Iskandar, Cikgu Mahazan, AMN Nordin dan krew-krew filem dari Filem Negara yang mewakili kumpulan Melayu yang berfikiran moden. Malah signifikannya peranan guru (Cikgu Mahazan) dalam masyarakat yang mana dia dihormati.
Teater ini berbicara dalam komedi yang mengambil nada kehidupan dan pergaulan masyarakat Melayu sebenarnya. Lupakanlah dialog-dialog kasar jika ingin melihat komedi di dalam teater ini.
Pementasan ini memperlihatkan hidup dan Budaya Melayu sebenarnya. Ia memperkatakan mengenai sesuatu yang rutin dan sebahagian daripada hidup harian mereka. Tutur bicaranya adalah kehidupan santai dalam hidup orang Melayu. Lantaran itu komedinya tidak mengejek atau bersifat terlalu sinikal. Komedinya adalah tutur Melayu, tetapi ia disampaikan dengan hemah yang tinggi. Petah bicaranya adalah hakikat bahawa dalam masyarakat yang kampungan dan tertutup daripada pengaruh luar, ia memiliki kebijaksanaan kerana lafaz kata-kata bukan mainan.
Naskah ini juga mengajak khalayak untuk menyedari hakikat antara kehidupan susila di kampung dengan penerimaan idea moden di Bandar. Di kampung hidupnya dilingkungi dengan peraturan tersendiri. Ia barangkali tidak praktikal dan dilihat sebagai karut. Tetapi pada masa yang sama ia sebenarnya menuntut kesabaran dan pemahaman bahawa setiap nilai yang ditolak dan sesuatu idea baru tidak boleh dipaksa untuk dibuang dan diterima.
Sebab itu ada asasnya penduduk kampung yang didalangi Mokhtar begitu marah dengan perbuatan pengarah filem dan krewnya yang cuba mengambil gambar suasana kampung kerana ia dikatakan membawa masalah iaitu menggangu penunggu sesuatu kawasan.
Seorang yang bersifat modenis dan terbuka kepada dunia luar akan melihat perkara seumpama ini sebagai suatu yang tidak berasas dan tidak sewajarnya menjadi gangguan, namun ia bukan alas an untuk mengkritik secara melulu dan bermusuhan.
Teater Alang Rentak Seribu ini wajar ditonton oleh masyarakat Melayu yang suka bergaduh dan berkelahi sesama sendiri. Ia berbicara mengenai masalah demi masalah daripada soal enggan membenarkan anak berlakon filem hingga kepada soal ketayap. Setiap pertelingkahan biarpun sengir dan menimbulkan pergaduhan akhirnya dapat diselesaikan. Ia menunjukkan bahawa dalam masyarakat itu ia tidak berupaya untuk berdepan dengan sesuatu masalah secara berterusan.
Akademi Fantasia Hari Ketiga Minggu Ketujuh
Tiru Macam Saya
Kelas Lakonan mereka ditugaskan untuk meniru gaya rakan sesama pelajar. Setelah hampir tujuh minggu bersama tentunya ada gelagat yang boleh mereka tiru. Inilah masanya untuk mereka bergelak-ketawa melihat gelagat masing-masing meniru perlakuan Nija, Vince. Sungguh melucukan.
Kelas Tarian
Kelas Tarian kali ini agak meletihkan kerana mereka perlu mempelajari koreograf tarian untuk lagu Hindustan. Saya akui sukar untuk menyanyi sambil menari. Lebih sukar jika menyanyi lagu yang bahasanya asing dengan lidah kita dan perlu menari dalam masa yang sama. Untuk melatih koreograf sudah memerlukan ketekunan yang mendalam dan selepas ini perlu mempelajari lenggok bahasa pula. Cabaran ini benar-benar mencabar keupayaan pelajar Akademi.
Khai Lemah Semangat
Khai kelihatan agak lemah semangat apabila rakan karibnya tersingkir minggu lepas. Mujur ada Nija yang cuba untuk memulihkan semangat Khai. Khai sewajarnya tidak lemah semangat kerana itu adat pertandingan. Khai mungkin terlalu yakin yang Rosma akan kekal sehingga Konsert Akhir tetapi itu tidak menjadi kenyataan. Sewajarnya ini boleh dijadikan pengajaran kerana populariti itu tidak berpanjangan. Ada ketika kita akan tidak disukai orang. Tetapi sebagai manusia, kita perlu meneruskan hidup,
Kelas Vokal
Ini merupakan kali pertama mereka berlatih lagu bahasa asing yang akan didendangkan di Konsert minggu ini. Lagu Les Ketchup dan lagu Bole Chundiyan merupakan lagu yang asing dengan lidah para pelajar. Walaupun lagu tersebut popular di Malaysia tetapi untuk mempelajari dan menghafal lirik dalam masa yang singkat memang menyesakkan fikiran. Tetapi jika ingin menjadi penghibur itu lah yang perlu dihadapi oleh mereka. Takkan nak menyanyi lagu Melayu saja, sekali sekala mesti juga menyanyi lagu orang putih.
Layar Lara dan Seniman Aziz Sattar
Layar Lara merupakan filem kesukaan saya. Saya menonton tujuh kali di pawagam dan merakamkan empat siri filem Layar Lara Director’s Cut yang disiarkan semasa musim Raya di ASTRO. Filem ini mesejnya agak berat dan terlalu menarik untuk dilupakan. Bujang Lapok. Perlukah saya bercerita tentang filem ini ? Semua orang tahu siapa Bujang Lapok. Filem ini ditayangkan lagi sebelum menerima kehadiran tetamu istimewa Seniman Aziz Sattar. Filem ini mengisahkan tentang artis-artis veteran yang dipinggirkan. Kita masih menonton filem mereka tetapi dalam masa yang sama kita tidak menghargai jasa mereka. Nasihat untuk pelajar Akademi yang populariti tidak akan kekal. Seni, sejauh mana masa depannya. Sejauh mana seni dapat menjamin kebahagiaan hidup ? Kehadiran Seniman Aziz Sattar memang menggembirakan pelajar Akademi. Bukan selalu peluang ini mereka perolehi. Adalah lebih baik sekiranya peluang sebegini juga diperolehi Azza, Adi, Atie, Burn dan Rosma agar mereka dapat berkongsi sama pengalaman seniman yang telah berkecimpung dalam dunia seni selama 52 tahun. Pada zaman dahulu mana ada Akademi. Semua penggemar seni tiada ilmu tetapi terus berjuang untuk meneruskan kerja seni. Pak Aziz turut menasihatkan pelajar agar jangan ada iri hati dengan orang lain. Jangan kita keji pendapat orang lain kerana mereka juga ada bakat mereka tersendiri. P.Ramlee contohnya tidak pernah pandang rendah pada orang lain kerana katanya Allah tidak beri kita segala-galanya. Setiap perjuangan itu akan ada penderitaan. Kelainan itu terlalu penting agar kita dapat capture perhatian penonton. Saya hampir tersentuh apabila Vince memohon kebenaran untuk memeluk Seniman Aziz Sattar. Terlalu banyak ilmu yang mereka peroleh semalam dan ilmu itu lebih bermanafaat sekiranya dapat dikongsi bersama-sama pelajar-pelajar yang tersingkir.
Vince dan Nija
Vince dengan Nija, jangan gaduh-gaduh. Tak baik. Nanti bila salah seorang tersingkir, kita akan rasa menyesal dengan apa yang telah kita lakukan.
adifashla
sultanmuzaffar
Subject: [adifashla] ASSALAMUALAIKUM .....
Hai apa khabar semua...Hari ni Adi dan kawan2 AF yang terkeluar dari
AF buat rakaman roda impian edisi khas.so nantikan tayangannya
ok...malangnya adi hanya dapat mengumpulkan wang sebanyak RM 0 sahaja..
Semua abang Aznil yang bolot...hehehhe, nantikan album Akademi
Fantasia yang akan keluar dalam minggu depan...pelancarannya di Tower
Record..KL..ok....Beli lah yang original...Sekian
Salam Hormat
ADIFASHLA
p/s:- Sebagai menyokong usaha ASTRO untuk melancarkan album Akademi Fantasia yang akan diedarkan pada minggu hadapan, saya akan menghentikan sebarang usaha memuat-turun lagu mereka dalam bentuk mp3 dari weblog ini. Sebarang link mp3 dari weblog ini akan dihentikan. Harap maklum.
Akademi Fantasia Hari Kedua Minggu Ketujuh
Vince Lupa Diri ?
Vince datang dengan tidak memakai pakaian untuk Kelas Tarian. Cikgu Linda Jasmine mendenda beliau. Ada sebab mengapa cerita Vince didenda sengaja disensasikan. Adakah kerana Vince tidak memakai pakaian yang sesuai untuk Kelas Tarian anda menafikan hak Vince untuk mendapat undi ? Saya fikir ini merupakan tindakan yang tidak bijak. Vince layak untuk bergelar seorang penghibur dan ralat rasanya hanya kerana tidak memakai pakaian yang sesuai Vince tidak mendapat undian.
Saya cuba memberikan satu senario di sini, cuba bayangkan apabila Penyanyi No.1 negara iaitu Siti Nurhaliza gagal membawakan lagu berbahasa Inggeris. Apakah kerana kegagalan beliau itu beliau harus dihukum dan dijatuhkan dari terus menjadi Penyanyi No. 1 negara ? Tentu sekali tidak bukan.
Yang diuji sekarang ialah mentaliti pengundi untuk terus mengundi pelajar yang benar-benar layak untuk menjadi Penghibur. Ada suara, ada rupa, ada personaliti.
Vince diberi satu lagu yang membunuh pada minggu ini. Katakanlah, saya ulangi katakanlah Vince gagal membawakan lagu tersebut. Apa tindakan anda ? Terus mengundinya atau tidak mengundinya ? Anda harus mengundinya kerana kegagalan beliau membawakan lagu tersebut bukan bermakna beliau akan gagal membawakan lagu-lagu yang lain. Vince tidak seharusnya dihukum kerana gagal membawakan lagu tersebut.
Koreograf Les Ketchup
Saya tidak menggemari lagu ini dan melihat koreografnya semalam juga tidak menarik perhatian saya. Vince ada sedikit masalah dalam tarian dan boleh dibaiki. Tarian dari pelajar wanita agak menarik.
Kelas Vokal Siti Hajar
Desa Tercinta menuntut seseorang penyanyi itu bersifat ceria sepanjang masa sewaktu menyanyikan lagu tersebut. Lagu kisah tentang kampung halaman tentunya menimbulkan mood yang ceria. Lagu ini agak sesuai dengan vokal Nana. Nana ada attitude untuk membawakan lagu ini dengan caranya yang tersendiri. Keceriaan Nana penting untuk lagu ini.
Samrah Mentari merupakan lagu killer untuk Vince. Namun demikian setelah dinilai dari latihannya semalam, saya agak yakin Vince mampu membawakan lagu tersebut dengan cemerlang. Saya suka dengan stail Vince mengubah lenggok lagu tersebut mengikut lenggoknya. Vince tidak terlalu terikut-ikut dengan nyanyian penyanyi asal lagu tersebut dan mungkin beliau sendiri tidak mengenali penyanyi asal lagu tersebut.
Liza yang mendendangkan lagu Bunga Bunga Cinta sewaktu sessi latihan memang menjadi. Satu kelemahan Liza ialah kegugupannya di atas pentas. Apa yang dibuat sewaktu latihan tidak menjadi di atas pentas. Lagu ini juga lagu killer untuk Liza. Lagu ini merupakan lagu ujian untuk saya membuat pilihan sama ada mengekalkannya di Akademi atau memilih Nija untuk terus kekal bersama Akademi. Sekiranya Liza mampu membawakan lagu ini saya akan memasukkan beliau dalam Top 5 pilihan saya.
Jamuan Hari Jadi Untuk Bapa Sahri, Ibu dan Kakak Vince
Jamuan Hari Jadi ini ditaja oleh TGI Friday’s untuk meraikan hari lahir bapa Sahri, ibu dan kakak Vince. Amat menarik segmen ini selain melahirkan rasa kasih dan sayang buat insan yang tiada bersama mereka tetapi sambutan tetap dibuat untuk mengingati mereka. Selamat Hari Lahir Pamela. (hehheheheehe) She is babe !
Kelas Vokal Adnan Abu Hassan
Menyanyikan lagu Jelingan Manja versi jazz memang agak sukar terutamanya part ad-lib. Dalam pada itu attitude untuk lagu ini juga perlu nampak nakal dan sekiranya gagal, penghayatan untuk lagu ini akan tidak sampai kepada penonton. Kenakalan perlu di atas pentas agar mesej lagu ini diterima oleh penonton.
Sahri mendendangkan lagu Sekuntum Mawar Merah Sebuah Puisi dengan gayanya yang tersendiri. Lagu lama ini perlu improvisasi yang kemas dari Sahri, sekiranya tidak akan merosakkan keunikan lagu tersebut. Adnan turut mengajar beliau cara melenggokkan lagu tersebut.
Khai jika silap langkah akan menghancurkan lagu Aladdin. Kawalan vokal beliau perlu dibuat dengan kemas dan teliti. Hasil dari latihan semalam nampak berterabur dan tidak kemas. Khai perlu ingat, belaiu kena menari dan menyanyi untuk lagu tersebut. Stamina kena ambil kira juga.
Rosma di Muzik@Ria
Rosma muncul untuk menjadi tetamu di Muzik@Ria. Rosma melahirkan rasa kecewa beliau yang amat sangat setelah tersingkir dari Akademi. Namun begitu beliau tetap kelihatan ceria.
Beliau menjawab beberapa persoalan tentang hubungannya dengan Khai yang disifatkan sebagai kawan sahaja. Yang paling menarik, Rosma mendedahkan siapa gerangan yang dimaksudkan untuk segmen Sidang Meja Makan. Beliau hanya memberitahu clue iaitu pelajar yang dimaksudkan ialah seorang lelaki. Saya sudah dapat mengagak siapa dan saya serahkan kepada penonton untuk menilai sendiri.
Saya puji bagaimana beliau mengawal emosinya sewaktu menerima panggilan dari seorang penonton iaitu Zulkefli dari Kota Damansara yang mencemuh Rosma kerana mengeluarkan statement “Pilihlah dengan bijak kerana mereka semua berbakat.” Emosi penonton yang membuat panggilan wajar saya puji kerana berani untuk mengutarakan pendapatnya. Dia merasakan telah menggunakan haknya sebaik mungkin untuk mengundi mana yang layak untuk dipilih menjadi Penghibur. Mungkin peserta yang menjadi pilihannya belum terkeluar lagi jadi emosi sebenarnya belum dapat kita saksikan lagi. Oleh itu kita sebagai penonton, perlu counter attack dengan mengundi pelajar yang KITA fikirkan layak menjadi Penghibur. Itu sahaja cara yang dapat menyelamatkan industri hiburan tanahair dari terus dilonggokkan dengan artis-artis majalah yang menjadi pilihan sesetengah pengundi.
Bertemu Azza, Adifashla, Atie dan Burn.
Setelah tamat Konsert VI yang mengejutkan, saya berkesempatan untuk bertemu dengan kesemua pelajar yang telah disingkirkan dari Akademi Fantasia. Saya perlu melepaskan mereka sekali-sekala kerana mereka perlu melayan peminat masing-masing. Tidak banyak soalan yang dapat ditanya, memandangkan kebanyakan mereka kelihatan agak muram kerana masih terkejut dengan keputusan penyingkiran Rosma.
SM: Encik Freddie, saya menulis di http://sultanmuzaffar.blogspot.com.
FF : So, you’re the one. J Saya ada baca your comment.
SM: Apa pendapat Encik Freddie tentang keputusan malam ini ?
FF: Agak mengejutkan. Saya sendiri tidak menyangka Rosma akan terkeluar malam ini. Saya ingin menasihatkan pengundi agar jangan undi keluar orang yang kita tidak suka sehingga menyebabkan pelajar yang layak mendapat undi ditinggalkan kerana merasakan pelajar tersebut sudah selesa dengan kedudukannya. Rosma tidak mendapat sokongan yang baik dari pengundinya.
SM: Apa perasaan Azza apabila menjadi peserta pertama tersingkir dari Akademi Fantasia ?
Azza: Azza agak terkejut dan merasa sedih kerana menjadi peserta pertama tersingkir dari Akademi Fantasia.
SM: Atie pernah berlakon teater bukan. Boleh ceritakan pengalaman berlakon teater tersebut ?
Atie: Atie merasa seronok apabila mendapat peluang untuk berlakon teater tersebut. Tambah-tambah bila ada orang yang percaya dengan kebolehan kita untuk berlakon di bawah arahannya. Pengalaman itu sesungguhnya yang baik untuk Atie dan Atie akan terus belajar.
SM: Anda tentunya tahu tentang kewujudan Komuniti di laman web Akademi Fantasia. Apakah anda berkesempatan untuk melihat komen-komen yang terpapar di dalam Komuniti tersebut ? Apa perasaan anda apabila membaca komen-komen dari peserta Forum ?
Atie: Pada mulanya Atie agak terkejut melihat komen-komen yang ada di dalam Komuniti. Mereka telah memberikan pandangan mereka dan kita harus terima. Apa yang diperkatakan mungkin benar dan mungkin tidak. Mungkin juga bukan niat mereka untuk mengutuk tetapi mungkin mereka mahu Atie menjadi seperti apa yang mereka inginkan. Iaitu lebih baik daripada apa yang Atie ada sekarang. Dan jika itu yang mereka harapkan, Atie akan berusaha untuk mencuba menjadi lebih baik daripada sekarang.
Burn : OK, quite productive. Banyak yang boleh kita ketahui tentang kelemahan kita di situ. Walaupun tidak sempat membaca semua.
SM: Bagaimana dengan percutian Burn di kampung Atie ?
Burn: Memang menyeronokan. Fun. Keluarga Atie merupakan sebuah keluarga yang mudah mesra dan saya merasa tidak kekok untuk mengenali keluarga Atie. Fun and exciting !
SM: OK, ini satu soalan yang agak kontroversi….
Burn: Nana ?
SM: No, not Nana. Pada awal minggu sebelum Burn tersingkir, penonton Akademi Fantasia ada melihat anda menggunakan plaster di leher kanan. Kenapa ? Adakah Burn sedar akan implikasi dari pemakaian plaster tersebut ?
Burn : Pada hari tersebut urat saya agak tegang kerana terlalu banyak latihan vokal. Dalam kelas tersebut penggunaan rahang terlalu kerap sehingga berasa tegang. Koyok tersebut diberikan oleh Khai. Ramai orang mengatakannya love-bite. Tetapi itu semua tidak benar.
SM: Adakah ilmu yang Burn peroleh cukup sebagai persediaan untuk menjadi seorang penghibur ?
Burn: Ilmu yang saya dapati memang masih tidak cukup. Setiap hari kita akan belajar perkara yang baru. Dan dari sehari ilmu kita akan bertambah. Dan saya akan terus belajar.
Adi: Firstly, Adi nak ucap terima kasih kerana buat website untuk Adi. Setiap hari Adi masuk dan baca. Jika ada masa Adi akan reply. Weblog itu juga Adi masuk dan baca. Dan komen yang ditulis memang menarik. Tahniah.
SM: Terima kasih. Bagaimana Adi sekarang ?
Adi: Adi akan check email Adi setiap hari melayari laman web untuk melihat perkembangan terkini berkenaan AF. Sebenarnya Adi masih seperti dahulu kerana belum ada hasil karya yang boleh dibanggakan. Hubungan Adi bersama peminat sekarang hanyalah seperti hubungan dengan kawan-kawan baru.
SM: Adakah AF berjaya membentuk seseorang pelajar menjadi seorang penghibur masa depan ?
Adi: AF boleh membentuk seseorang pelajar dari kosong ilmu seni persembahan untuk menjadi somebody satu hari kelak. Bagi Adi sendiri yang sudah satu tahun setengah tidak jammed dan tidak pernah tahu menari. Tetapi sebagai pelajar kita kena terima segala cabaran yang diberikan. Adi masuk AF kerana nama besar tenaga pengajar yang ada dan Adi merasa begitu bangga dapat membuat persembahan di hadapan mereka. Sebelum ini Adi tidak pernah menyertai mana-mana pertandingan kecuali di peringkat Universiti Itu sebab utama.
SM: Bagaimana Adi menerima keputusan Konsert pada malam ini ?
Adi: Keputusan malam ini agak mengejutkan. Tak tahu di mana silapnya. Tetapi penonton perlu mengundi dengan bijak. Mungkin mereka terlupa tentang Rosma. Walaubagaimanapun, Rosma is still THE BEST.
Satu malam bersama mereka di Dewan Percubaan UPM.
Akademi Fantasia Hari Pertama Minggu Ketujuh
Dualah tiga boleh kucari
Manakan sama abang seorang
Bait pantun yang disyairkan oleh Rosma sewaktu sessi ujibakat disiarkan semula malam tadi sebagai mengingati Rosma yang telah disingkirkan pada Konsert 6 Sabtu lalu. Begitu mendalam maksud syair itu sendiri. Tiada siapa yang dapat menandingi kehebatan beliau. Sayangnya beliau tersingkir pada Konser 6 minggu lalu. Kini tiada lagi Rosma di Akademi. Yang tinggal hanya kenangan.
Mood Diari Akademi dibuka dengan peringatan tegas dari Aznil yang mengharapkan agar penonton mengundi pelajar yang patut dikekalkan di Akademi. Kenapa baru sekarang diperingatkan ? Bukankah sejak dahulu lagi peringatan sebegini wajar diingatkan selalu ? Kita kena sedar, rakyat Malaysia pentingkan rupa dan mengetepikan bakat. Bukahkah masyarakat kitalah yang telah meletakkan filem Sembilu arahan Yusof Haslam dan Mami Jarum arahan Razak Mohidin sebagai pengarah filem tersohor dan meminggirkan filem Paloh arahan Adman Salleh.
Hampir kesemua pelajar melahirkan rasa sedih kerana Rosma telah disingkirkan dari Akademi. Nana yang mengetahui kelebihan Rosma memuji kualiti vokal Rosma dalam keadaan yang cuba-cuba untuk mengalirkan air-mata tetapi tidak keluar. Liza kelihatan selamba memohon maaf jika ada perkara yang menyinggung perasaan Rosma selama ini. Mungkinkah Liza yang dimaksudkan oleh Rosma sewaktu Sidang Meja Makan satu ketika dahulu ? Nija agak biasa juga, mungkin sedih, mungkin ceria. Mungkin juga sudah sifat semulajadi Nija yang sebegitu. Mungkin mereka merasa sedikit lega dengan ketiadaan Rosma. Berbeza dengan pelajar lelaki yang rata-rata sedih dengan ketiadaan Rosma. Khai cuba untuk menyembunyikan kesedihannya dan cuba mengalihkan tumpuan kamera kepada Nemo. Vince nampak begitu sugul. Sahri bercakap sambil menahan sebak dan Azizi menasihatkan Rosma agar terus tabah dan menerima keputusan yang dibuat.
Sewaktu sessi menilai semula persembahan yang lepas, Cikgu Linda Jasmine menasihatkan pelajar agar mencontohi Sahri yang tahap energy dan keyakinannya begitu tinggi. Apabila keyakinan tinggi, maka seseorang pelajar itu akan kurang membuat kesilapan. Puan Fatimah menasihatkan pelajar agar menguatkan semangat dan tidak mudah terganggu dengan penonton. Gangguan sebegitu memang akan wujud kelak dan harus dielakkan.
Lagu Baru
Nija – Jelingan Manja (Saloma/Sheila Majid)
Saya membayangkan Rosma yang membawakan lagu ini. Bagaimana ya ? Namun begitu, saya yakin Nija mampu membawakan lagu ini dengan baik. Attitude apabila membawakan lagu ini kena benar-benar kelakar dan ceria. Lagu ini agak simple, tone suara lebih biasa dan tidak perlu menarik tinggi vokal. Nija boleh menjadikan Sheila Majid sebagai role-model untuk membawakan lagu ini tetapi jangan sampai meniru gaya penyanyinya. Nija merasakan lagu ini agak mencabar untuk dibawa olehnya kerana range vokal untuk lagu ini agak rendah dan Nija memang bermasalah membawakan nada rendah. Itu kerisauannya.
Vince – Samrah Mentari (Jamal Abdillah)
Saya begitu gembira apabila Vince terpilih untuk membawakan lagu ini. Gembira kerana lagu ini akan mempelbagaikan versatilitinya membawakan pelbagai ritma lagu. Saya amat berharap agar Vince dapat membawa lagu ini dengan stailnya sendiri. Lagu berentak samrah ini memang sukar untuk dibawakan kerana sambil menyanyi kena menari. Lagu ini bukan lagu keroncong, Vince. Lagu ini berentak samrah. Sekurang-kurangnya ada ilmu baru yang Vince perolehi hari ini. Saya merasakan Vince mampu membawakan lagu ini kerana melihatkan kebolehan Vince melakukan rap solo sewaktu menyanyikan lagu Tiada Lagi Cinta. Saya menasihatkan agar Vince tekun membuat latihan dan jaga diction dan pronunciation Melayu lagu ini dengan betul.
Liza – Bunga Bunga Cinta (Misha Omar)
Liza kelihatan agak gembira apabila menerima lagu ini. Gembira ? Dalam hati siapa yang tahu. Wajar saya puji sifat Liza, walaupun menerima lagu yang tidak disukai olehnya tetapi beliau menganggapnya sebagai cabaran yang perlu ditempuhi. Lagu ini terlalu tinggi untuk seorang penyanyi selamba seperti Liza. Namun begitu dalam masa satu minggu pelbagai kejutan boleh berlaku. Saya mengharapkan sesuatu yang outstanding dari Liza pada minggu ini.
Nana – Desa Tercinta (Nora)
Nana tidak pernah mendengar lagu ini. Agaknya muzik jenis apa yang diminati oleh Nana ? Ini merupakan kali pertama Nana terpilih untuk membawa lagu berirama Malaysia. Saya sungguh berpuas hati apabila Nana menerima lagu ini. Kelebihan vokal Nana boleh dipergunakan untuk lagu ini. Lagu ceria ini memang sesuai dengan sifatnya. Saya akui dari minggu ke minggu baru lagu semakin sukar.
Khai – Aladdin (Spider)
Khai amat suka apabila menerima lagu ini. Saya menasihatkan Khai agar menjaga staminanya. Khai perlu beraksi pantas dan rancak di atas pentas apabila membawakan lagu ini. Jika stamina Khai menurun, persembahan akan kelihatan tidak bertenaga. Lagu pop-rock ini memang sesuai dengan vokal Khai. Saya mengharapkan satu persembahan yang benar-benar bertenaga. Sila contohi Sahri yang telah memberikan energy kepada lagu Raikan Cinta.
Sahri – Sekuntum Mawar Merah Sebuah Puisi (Alleycats)
Saya amat berpuas hati apabila Sahri menerima lagu ini. Lagu slow ini amat sesuai dengan vokal Sahri. Lagu lama ini memang lagu legenda yang diingati sehingga sekarang. Penghayatan lagu ini jika berjaya dibawa dengan baik akan memberikan kesan yang begitu mendalam kepada penonton.
Azizi – Samba Apa Saja (Hattan)
Lagu berirama Latin and blues ini amat sesuai dengan vokal Azizi. Showmanship Azizi juga akan diuji untuk lagu ini. Saya pasti Azizi mampu membawakan lagu ini. Stamina Azizi juga telah diuji sewaktu lagu She Bang dan beliau berjaya mengharungi ujian tersebut.
Lagu Bonus – Les Ketchup, Bole Chundiyan, Hanya Memuji
Lagu bonus pada minggu ini menggunakan bahasa asing yang jarang kita sendiri gunakan. Kedua-dua lagu memerlukan showmanship yang menarik. Sudahlah menyanyi menggunakan bahasa yang asing dari kebiasaan dan dalam masa yang sama perlu menari. Ini merupakan satu cabaran yang hebat untuk pelajar. Saya tabik dengan Akademi Fantasia yang mewujudkan segmen ini untuk mempelbagaikan kebolehan pelajar-pelajar di Akademi Fantasia. Tahniah.
Diari Akademi pada minggu ini ditutup dengan peringatan waras dari Aznil Nawawi. Jika minggu-minggu sebelumnya, peringatan Aznil hanya menjurus kepada meminta agar pengundi menggasak talian SMS tanpa berfikir(yang penting duit masuk !), kini nadanya begitu berbeza setelah tersingkirnya Rosma dari Akademi Fantasia. Beliau mengingatkan pengundi agar mengundi dengan BIJAK.
Salah Penonton Atau Salah Infrastruktur Sistem SMS ?
Kedudukan sebelum Konsert VI
Vince 14%
Nana 13%
Khai 12%
Rosma 12%
Nija 12%
Azizi 12%
Sahri 12%
Liza 11%
Giliran Persembahan
Liza (3/5 bintang)
Khai (3/5 bintang)
Nana (2.5/5 bintang)
Sahri (4/5 bintang)
Nija (3/5 bintang)
Vince (4.5/5 bintang)
Rosma (4/5 bintang)
Azizi (3.5/5 bintang)
Kedudukan selepas Konsert VI
Sahri 16%
Liza 14%
Vince 13%
Nija 12%
Khai 12%
Azizi 11%
Nana 11%
Rosma 11%
Hasil daripada keputusan di atas, saya boleh membuat kesimpulan bahawa giliran persembahan yang telah menyebabkan Rosma tersingkir. Oleh kerana sistem SMS yang tidak dapat berfungsi dengan baik dan juga trafik yang masuk dengan menggila telah menyebabkan undian untuk Rosma tidak dapat dikira. Penggunaan teknologi adalah baik dan wajar saya puji, tetapi perlaksaannya harus memberi kesan dan realiti yang sebenar.
Aznil Nawawi, mewakili ASTRO terang-terang menudingkan jarinya penonton Sabtu lalu sewaktu siaran langsung Konsert 6 di Dewan Percubaan UPM tanpa sedar empat lagi jari menuding ke arah dirinya sendiri. Penonton telah pun mengundi dengan baik untuk Rosma tetapi sistem SMS yang tidak cekap telah menyebabkan Rosma menjadi mangsa. Saya amat berharap sesuatu dapat dilakukan untuk meningkatkan kecekapan sistem SMS tersebut. Sistem server terkini perlu digunakan kerana trafik yang diterima terlalu menggila sama seperti barisan panjang yang telah bermula seawal jam 4 petang hanya untuk masuk menonton Siaran Langsung Konsert Akademi Fantasia.
Saya pernah mengemukakan perkara yang sama sewaktu Konsert IV bila mana Sahri yang membawakan lagu Tekad dengan begitu cemerlang tetapi menjadi peserta yang terakhir membuat persembahan telah menyebabkan undian untuk beliau hanya 10% dan berada di tempat ketujuh.
Ada beberapa pengundi yang hanya menerima pengesahan undian setelah jam 3 pagi. Pada waktu tersebut SMS air mata darah sekalipun sudah tiada gunanya. Rosma akan tetap meninggalkan Akademi. Jadi, di mana adilnya sistem ini ? Sistem ini sudah jelas ketidakadilannya, di tambah dengan ketidakcekapan sistem akan menyebabkan kredibiliti rancangan ini hilang tanpa dapat dikembalikan. Itukah yang pihak ASTRO inginkan ?
Saya bagi pihak penggemar Akademi Fantasia merayu agar kecekapan sistem SMS dinilai semula. Sistem tersebut memerlukan sedikit perbelanjaan untuk memperkukuhkan infrastrukturnya demi masa depan industri huburan tanahair.
AKADEMI FANTASIA – BIJAKKAH KITA DALAM MEMILIH?
Dalam kesibukan rakyat Malaysia diselubungi pelbagai isu semasa, tidak ketinggalan kita semua dihidangkan dengan menu hiburan terkini untuk minda kita bersantai. Antara rancangan hiburan yang begitu hangat dan riuh diperkatakan untuk beberapa minggu kebelakangan ini adalah rancangan Akademi Fantasia (AK) di saluran Astro.
AK memilih 12 peserta (lelaki dan perempuan), ‘dikurung’ untuk dibentuk menjadi bintang seni suara satu hari nanti. Semasa mereka di akademi tersebut, mereka diajar pelbagai teknik berkenaan vokal, drama, gerak-tari dan lain-lain. Setiap hujung minggu, mereka akan mengadakan konsert (setiap Sabtu, 8:30 malam), di mana ia akan menentukan masa hadapan seseorang peserta – untuk terus berada di AK atau disingkirkan. Kedudukan peserta ditentukan oleh undian melalui pesanan ringkas telefon bimbit (SMS) dari para penonton siaran itu. Vokal dan persembahan mereka diuji semasa konsert mingguan itu dan peserta yang mendapat undian terendah di akhir konsert, terpaksa meninggalkan akademi dan rakan-rakan peserta lain, dan ‘terkuburlah’ hasrat untuk menjadi 5 peserta terakhir (terbaik) yang bakal berentap untuk dinobatkan sebagai penghibur sebenar.
Apa yang menarik untuk dibicarakan ialah, sistem pengundian yang dilakukan melalui SMS. Lupakan sejenak tentang pulangan yang diperolehi oleh penganjur melalui setiap unit SMS yang dihantar, kerana ia sudah semestinya begitu lumayan. Apa yang patut kita teliti adalah, bagaimana peserta yang sepatutnya sudah terkeluar tetapi masih berada di dalam kumpulan itu untuk berminggu-minggu lamanya, dan ada pula peserta yang begitu berbakat besar menjadi ‘mangsa undian’ SMS, dan terpaksa meninggalkan AK.
Berbalik kepada peserta-peserta yang ada, antara kelompok peserta yang dianggap favorit (berdasarkan vokal, persembahan dan personaliti) untuk melangkah ke peringkat akhir adalah Rosma, Azizi, Sahri, Vince, Nija dan Khai. Apa yang berlaku Sabtu lepas (19 Julai 2003), amat memeranjatkan semua pihak di mana Rosma yang bersuara lunak, bagus dan hebat, berbakat serta berpersonaliti, telah tersingkir keluar. Lantas, ini memusnahkan harapannya untuk ke peringkat akhir dan mungkin bergelar juara. Sedangkan, tidak keterlaluan jika saya katakan, peserta yang kurang berbakat (vokal) seperti Liza dan Nana, masih terus di dalam kelompok ‘bertuah’ untuk mara ke minggu seterusnya. Di mana silapnya?
(Surat ini mahu disiarkan ke laman Forum Utusan, tetapi telah dihantar kepada saya agar diterbitkan ringkasannya di sini - SM)
Sila ke laman Nizam Zakaria untuk membaca seluruh kandungan surat tersebut sekiranya ia tidak disiarkan di akhbar Utusan Malaysia.
Konsert VI Akademi Fantasia: Undi Untuk Vince, Khai, Azizi, Sahri dan Nija untuk Top 5
Beratur panjang
Saya berkesempatan untuk menonton secara live Konsert 6 Akademi Fantasia. Saya tiba pada jam 7.30 malam dan dibawa masuk oleh salah seorang kakitangan ASTRO ke dalam Dewan Percubaan UPM pada jam 7.45 malam. Di luar barisan terlalu panjang. Saya sendiri tidak pasti sejak jam berapa mereka mula beratur. Saya ditempatkan di barisan wartawan bersama beberapa wartawan hiburan dengan rakan-rakan mereka. Di hadapan saya keluarga Azizi, pelajar-pelajar yang telah disingkirkan dan Tenaga Pengajar Akademi Fantasia.
Jika (3.5/5 bintang)
Tirai persembahan dibuka dengan lagu Jika dendangan Nana, Nija, Azizi dan Khai. Satu persembahan yang cemerlang dengan kualiti vokal yang begitu harmoni. Lagu ini benar-benar mencabar vokal ditambah dengan populariti lagu tersebut. Saya kagum dengan vokal Azizi yang sesuai dengan lagu tersebut. Tetapi Khai menghadapi sedikit masalah apabila membawakan nada rendah. Secara keseluruhan, persembahan mereka tetap cemerlang.
Kedudukan sebelum Konsert VI
Vince 14%
Nana 13%
Khai 12%
Rosma 12%
Nija 12%
Azizi 12%
Sahri 12%
Liza 11%
Liza (3/5 bintang)
Persembahan Liza bermula dengan lakonan. Ia bermula dengan agak tidak terkawal. Mood tidak sampai kepada penonton. Koreograf Liza agak baik walaupun tidak sehebat koreograf Farra penyanyi asal lagu tersebut. Namun demikian, keyakinan Liza agak tinggi apabila membawakan lagu ini. Kawalan vokal beliau juga agak berjaya berbanding konsert-konsert sebelumnya. Liza perlu berinteraksi lebih dengan kamera
Khai (3/5 bintang)
Lakonan terakhir Khai bersama Rosma amat baik. Penghayatan Khai untuk lakonan tersebut saya kira berjaya. Persembahan Khai agak kaku pada minggu ini. Showmanship awal-awal minggu beliau diulangi lagi pada minggu ini. Beliau terlalu gugup untuk menghafal lirik lagu tersebut. Kerisauannya terserlah apabila menyanyikan lagu tersebut. Selain daripada itu, diction dan pronunciation apabila menyanyikan lagu Inggeris amat penting agar mesej lagu tersebut sampai kepada penonton.
Nana (2.5/5 bintang)
Persembahan Nana agak baik pada minggu ini. Penghayatan beliau untuk lagu ini terganggu dengan kehadiran Burn. Lagu sedih tetapi beliau tetap tersenyum apabila fokusnya tertumpu kepada Burn. Persembahan Nana agak monotonous dan mendatar. Penghayatan penonton juga adakalnya terganggu apabila Burn seakan mengelak dari kamera merakamkan wajahnya sewaktu Nana menyanyikan lagu tersebut. Hanizam Abdullah, Editor Berita Harian seakan melepaskan geram beliau terhadap Nana dengan mengatakan Nana “a little bit playful and please be serious !”.
Sahri (4/5 bintang)
Apabila ditanya oleh Aznil untuk memilih sama ada menyanyi atau pun bekerja, Sahri memilih untuk menyanyi. Itu satu keputusan yang wajar buat Sahri kerana beliau harus memilih untuk concentrate kepada salah satu bidang tersebut. Showmanship beliau bermula agak baik. Kawalan vokal beliau benar-benar dikawal dengan baik terutama apabila mendendangkan lagu berentak rancak. Beliau berinteraksi dengan penonton dengan baik. Hanya berlaku sedikit kesilapan yang mana saya masih memikirkan bahawa koreograf tarian untuk lagu ini tidak bersesuaian dengan mesej lagu tersebut. Sahri benar-benar menghayati lagu tersebut dan energy yang terpancar lebih daripada 100%. Itu kelebihan Sahri. Hanizam Abdullah, Editor Berita Harian memuji persembahan Sahri dan berharap agar Sahri dapat melakukan perubahan kepada industri hiburan tanahair yang terlalu mementingkan paras rupa. Pada pendapat saya, sebagai Editor sebuah akhbar beliaulah yang harus mmulakan perubahan tersebut. Dengan menggunakan akhbar sebagai medium, beliau perlu memberi banyak publisiti kepada penyanyi yang tidak berwajah dari terus memberi publisiti hebat kepada Siti Nurhaliza. Point yang dicadangkan oleh beliau tidak bermakna tanpa tindakan dan terus meletakkan wajah Siti Nurhaliza di muka depan Bintang Popular. Kita kena buat apa yang kita cakap.
Nija (3/5 bintang)
Permulaan lagu tersebut agak menjadi. Nija mempunyai attitude namun demikian beliau tidak begitu berkeyakinan untuk membawakan lagu tersebut. Showmanship beliau tiada energy. Mata Nija adakalanya memandang step penari latar beliau. Penghayatannya juga agak kurang Kehebatan Nija ialah pada suara nada tingginya. Lagu tersebut agak rancak dan kurang popular tetapi Nija mampu membawakan lagu rancak bernada tinggi dengan baik. Walaupun begitu terdapat sedikit kesilapan apabila nada rendah pada lagu tersebut. Di akhir persembahan, ibu Nija naik ke pentas sebagai satu kejutan kepada Nija yang sudah lama merindui ibunya. Apabila emosi tidak dapat dikawal, penonton seolah-olah sedang menonton satu filem Hindustan pula.
Vince (4.5/5 bintang)
Lakonan beliau bersama Liza amat menarik. Showmanship Vince benar-benar dikawal oleh penghayatan beliau. Lagu Sonata Musim Salju berjaya didendangkan oleh Vince dengan gayanya tersendiri. Tatacahaya untuk lagu tersebut juga menaikkan penghayatan Vince secara tidak langsung. Saya harus puji vokal Vince yang mempunyai kualitinya sendiri. Vokal beliau berada di kelas yang tersendiri. Agak sukar untuk mencari penghibur yang bisa menyanyikan apa sahaja jenis lagu. Memang sukar dan kini industri hiburan Malaysia sudah menemui satu bintang yang bakal menyinar. Penghayatan Vince untuk lagu ini juga terbaik. Pujian harus saya berikan kerana Vince telah menghidupkan lagu ini dengan baik dan tidak salah jika saya katakan style nyanyian beliau lebih hebat dari penyanyi asalnya iaitu Hazami.
Rosma (4/5 bintang)
Persembahan Rosma juga menarik. Beliau berjaya mengawal vokal beliau dengan baik. Showmanship untuk lagu ini juga baik walaupun berlaku sedikit kesilapan di antara beliau dan penari latarnya. Rosma mempunyai attitude untuk membawa lagu berentak R&B. Dan ini telah dibuktikan semalam. Rosma berbakat besar. Boleh berlakon dan mainan mata beliau sungguh mengkagumkan. Rosma memerlukan lagu yang lebih mencabar untuk persembahan akan datang, kata Kudsia Kahar. Tapi bila ?
Azizi (3.5/5 bintang)
Azizi mendendangkan lagu Seribu Impian dengan cemerlang. Vokal beliau berjaya dipelbagaikan dengan cara yang tersendiri. Beliau bijak menggunakan ruang pentas untuk showmanship beliau. Adakalanya vokal beliau kedengaran mirip-mirip penyanyi asal lagu tersebut iaitu Casey. Azizi bijak untuk berinteraksi dengan kamera. Energy beliau untuk lagu ini diberikan hampir 100%.
One Sweet Day (4/5 bintang)
Lagu One Sweet Day dinyanyikan oleh Sahri, Liza, Rosma dan Vince dengan baik. Namun demikian, semua pelajar harus menekankan latihan untuk pronunciation dan diction. Sebutan pelajar kedengaran tidak berapa jelas dan ini sedikit sebanyak mengganggu penghayatan penonton terhadap lagu tersebut kerana mesej lagu tersebut tidak sampai.
Acapella (5/5 bintang)
Pertama kali mereka mendendangkan lagu Menuju Puncak secara acapella. Satu percubaan yang menarik dan jelas suara mereka begitu harmoni. Yang lebih membuatkan lagu itu nampak begitu indah ialah apabila Rosma menjadi penyanyi yang menghabiskan lirik lagu tersebut.
Keputusan
Keputusan yang anda buat telah pun anda ketahui. Tiada siapa pun yang menyangka Rosma akan terkeluar. Tetapi itulah pilihan pengundi Malaysia. Seluruh dewan seakan tergamam dan tidak percaya nama Rosma disebut oleh Aznil. Siapa yang akan menyangka jika dinilai dari segi persembahan beliau pada minggu ini dan minggu-minggu yang sebelumnya. Rosma yang agak terkejut dengan keputusan itu menerima dengan hati yang terbuka. Pelajar-pelajar lelaki seakan tidak dapat menerima keputusan tersebut. Sahri contohnya cuba mendapat kepastian daripada Aznil sendiri untuk melihat nama yang tertulis pada kad keputusan tersebut. Khai kelihatan menangis bersungguh-sungguh, begitu juga Azizi dan Vince. Pelajar perempuan walaupun bersedih tetapi kelihatan tidak sepenuh hati. Sewaktu Rosma memberi ucapan terakhir, seluruh dewan bangun memberi standing ovation. Dalam perjalanan keluar dari Akademi, Kudsia Kahar, orang yang bertanggungjawab membuat audition keatas Rosma kelihatan bangun memeluk Rosma. Beliau juga sedih dengan keputusan tersebut. Tenaga Pengajar juga kelihatan tergamam dan tidak menyangka yang Rosma akan tersingkir pada minggu ini. Saya sendiri tidak pernah menyangka yang Rosma akan tersingkir pada minggu ini atau pun minggu-minggu selepas ini. Rosma akan berada di Top 5 pada fikiran saya. Berdasarkan pemerhatian, saya dapat mengagak bahawa pengundi telah memilih Nija dan Liza dengan tujuan untuk menyingkirkan Nana tetapi telah melupakan Rosma. Itulah yang telah terjadi. Berlakunya pakatan tanpa dirancang untuk menyingkirkan Nana. Saya sendiri harus dipersalahkan kerana telah mengemukakan cadangan ini pertama kali sewaktu usaha untuk menyingkirkan Atie. Dan akhirnya Rosma yang menjadi mangsa. Setelah selesai, kelihatan Nana dan Liza kelihatan agak lega sambil melambai-lambai ke arah penonton. Khai, Sahri, Azizi dan Vince menyambung kesedihan mereka di belakang pentas.
Teori “Survivor”
Untuk terus kekal dan menjadi juara, kita harus menyingkirkan peserta yang hebat dan bakal memberi saingan. Adakah pengundi Vince yang menyebabkan Rosma terkeluar ? Jika teori ini terus menjadi pegangan semua, tidak mustahil selepas ini Sahri akan terkeluar. Taktik mengekalkan Nana dan Liza secara tidak langsung membesarkan lagi peluang Vince untuk muncul Juara. Taktik seperti perlu dikikis kerana ini bukan Survivor.
Selepas selesai Konsert, saya berkesempatan untuk bertemu dengan beberapa individu-individu yang ada kaitan dengan Akademi Fantasia. Ternyata kebanyakan mereka agak terkejut dengan keputusan tersebut. Saya terus mendapatkan Pengetua Akademi sementara menantikan pelajar yang tersingkir kerana mereka kelihatan agak sibuk melayan peminat. Freddie Fernandez menasihatkan pengundi agar jangan undi keluar orang yang kita tidak suka sehingga menyebabkan pelajar yang layak mendapat undi ditinggalkan kerana merasakan pelajar tersebut sudah selesa dengan kedudukannya. Katanya, Rosma tidak mendapat sokongan yang baik dari pengundinya. Adnan Abu Hassan tidak dapat ditemuramah kerana kelihatan tergamam dan masih sebak dengan keputusan tersebut. Adifashla sendiri tidak menyangka akan berlaku keputusan mengejut seperti ini.
Saya juga berkesempatan untuk bertemu dengan Adi Shamsul, Penerbit Akademi Fantasia. Pertama kali bertemu perkataan yang keluar ialah “You’re the one who created the jinx”. Dalam nada bergurau beliau bersuara, tetapi saya tetap menganggapnya sebagai satu yang agak serius. Saya akui, idea tersebut datang dari saya sewaktu ingin benar menyingkirkan Atie dari Akademi Fantasia di Strategi mengeluarkan Atie. Masih terlalu jauh perjalanan rancangan ini. Masih banyak yang perlu kita difikirkan untuk mengembalikan keyakinan penonton.
Komen Aznil Nawawi di Komuniti
“Bila kita terlalu confident, kita cuma memberi tumpuan kepada pelajar lain sambil berharap pelajar lain dapat mengalahkan undian pelajar yang bukan favourite, akibatnya, ROSMA tidak atau terlupa diundi. Untuk pengetahuan anda UNDIAN SMS ini disahkan oleh AUDITOR yang bertauliah. Untuk mengelakkan perkara yang sama berlaku, saya cadangkan anda pastikan pilihan TOP5 anda dan berikan tumpuan undi anda pada pelajar TOP5 itu sahaja. Mungkin ini dapat melahirkan keputusan yang lebih adil. SEKIAN.”
Oleh itu saya ingin mencadangkan di sini agar semua penonton mengundi, VINCE, AZIZI, SAHRI, KHAI dan NIJA untuk TOP 5.
Imbasan Akademi Fantasia
Kedudukan selepas Konsert VI
Sahri 16%
Liza 14%
Vince 13%
Nija 12%
Khai 12%
Azizi 11%
Nana 11%
Rosma 11%
Rosma menasihatkan semua pengundi agar mengundi dengan tepat. Kesemua mereka berbakat dan pilihan daripada penonton juga perlu tepat dan jangan disia-siakan tanggungjawab anda.
World Premiere - MP3 Konsert VI Akademi Fantasia
Jutaan terima kasih kepada Rosma yang telah menceriakan dan menghidupkan Akademi Fantasia selama 6 minggu. Anda sememangnya berbakat. Anda menjadi mangsa sentimen undian penonton. Anda sememangnya layak untuk mendapat standing ovation semalam. Seluruh Malaysia terkejut dengan keputusan yang mereka sendiri tentukan.
Rosma - Sinaran
Nasihat dari Pengetua Akademi Fantasia, Encik Freddie Fernandez dan Penerbit Akademi Fantasia, Encik Adi Shamsul:-
"Undilah mereka yang benar-benar berbakat, undi pelajar yang anda suka untuk meneruskan hayat mereka di Akademi Fantasia. Setiap pelajar berada di dalam keadaan yang tidak selesa. Jangan berfikiran bahawa apabila seseorang pelajar itu sudah popular dan selesa, beliau akan terus kekal popular dan akan terus kekal di Akademi Fantasia. Anda haruslah bertanggungjawab terhadap setiap keputusan yang telah anda buat, kerana ini keputusan anda."
Pengundi AF, jangan leka, undian di tangan anda.
Terima kasih juga buat mytipi2001 dari Miri, Sarawak yang sudi menghantar mp3 ini sebentar tadi.
Terima kasih, dan teruskan bersama sultanmuzaffar
Ulasan terperinci berkenaan Konsert VI hanya akan tersiar selepas siaran Imbasan Akademi Fantasia.
Akademi Fantasia Hari Kelima Minggu Keenam
Datang Lewat
Sekali lagi pelajar lelaki datang lewat ke Akademi. Kali ini mereka lewat kerana Vince bangun lambat. Wajar dipuji semangat setiakawan yang ditunjukkan apabila Vince lewat, semua pelajar lain menunggu beliau. Sewaktu Kelas Tarian, Linda Jasmine menegur mereka kerana perubahan sikap sudah nampak ketara. Bukan berubah untuk kebaikan tetapi ke arah keburukan. Nasihat saya untuk pelajar, jangan besar kepala.
Dandanan Rambut
Pelajar lelaki berpeluang untuk menjadi pendandan rambut. Ini memang bidang Azizi. Khai yang mendandan rambut Nija menamakan dandannya “Punk”. Sesuai untuk Nija. Sahri yang mendandan rambut Liza nampak begitu elegant dan terserlah ciri-ciri kewanitaan Liza. Vince mengambil kesempatan untuk mendandan rambut Nana yang diberi nama “Girlie”. Manakala Azizi yang mendandan rambut Rosma menamakan dandannya Reggae. Nampak begitu gila-gla dan agak colourful. Dandanan Azizi akhirnya terpilih menjadi pemenang. Seperti kebiasaan Azizi akan mendahulukan Rosma untuk mengambil hadiah bagi pihaknya.
Perjumpaan Pengetua
Liza telah menunjukkan satu mutu persembahan yang baik sewaktu sessi latihan. Liza hanya perlu meningkatkan keyakinan beliau sewaktu persembahan. Lebihkan senyum dan tingkatkan energy. Lagu tersebut lagu rancak. Energy perlu lebih untuk menghasilkan penghayatan yang bagus. Nana melakonkan sedikit mesej lagu tersebut di awal persembahan. Nyanyian beliau nampak improving. Ada peningkatan. Saya merasakan beliau mampu membawakan lagu ini dengan baik di Konsert malam ini. Azizi juga nyanyiannya bertambah baik kecuali beberapa kesilapan. Lagu tersebut ada kick di dalam muziknya, oleh itu beliau perlu memberikan impact ke atas lagu tersebut. Khai memang kelihatan bersungguh-sungguh untuk menghafal lirik lagu tersebut. Sepanjang masa sewaktu mendendangkan lagu tersebut beliau menutup mata. Penggunaan ruang juga kelihatan terbatas kerana fikirannya terlalu tertumpu kepada lirik lagu tersebut. Beliau perlu melakukan eye-contact untuk menarik perhatian penonton dan meyakinkan penonton yang beliau sebenarnya tidak nampak terlallu gugup. Nija perlu lebihkan attitude kerana ini lagu rancak nyanyian asal Ziana Zain. Banyak yang boleh diperbaiki sehingga malam ini. Sahri juga menampilkan satu persembahan yang segar dan showmanship beliau kelihatan agak menarik. Yang pasti saya masih kurang bersetuju dengan koreograf yang ditampilkan untuk lagu tersebut. Vince bakal menampilkan satu persembahan yang mampu membuat penonton terpukau, satu dengan kekacakkannya, dua dengan vokalnya. Saya pasti Vince mampu membawakan lagu ini dengan cemerlang. Rosma tidak menghadapi masalah untuk membawakan lagu Sinaran. Seperti biasa beliau mampu mempelbagaikan showmanshipnya untuk lagu ini.
Siapakah yang akan tersingkir ?
Jika dinilai dari segi emosi, hampir pasti pengundi mahukan Nana dikeluarkan. Penonton seakan kelihatan tidak berpuashati melihatnya kekal sehingga minggu keenam. Luahan tidak puas hati ini banyak diluahkan di Komuniti Forum Akademi Fantasia. Tetapi perlu diingat, Nana sudah berusaha keras untuk memperbaiki kesilapannya sewaktu mendendangkan lagu Halaman Cinta dengan memberikan penghayatan terbaik untuk lagu Hapuslah Air Matamu. Selain Nana, Liza juga boleh dikira antara calon yang besar kemungkinan tersingkir minggu ini. Penonton sudah agak jelek melihatnya berkepit dengan Vince. Nija juga mempunyai peluang yang sama untuk tersingkir kerana lagunya minggu ini merupakan satu lagu yang agak tidak popular dan memungkinkan undian penonton tidak memihak kepadanya. Jika pakatan rahsia secara tidak dirancang dibuat antara pengundi yang membenci Nana, sudah pasti undian untuk Liza dan Nija akan bertambah berlipat laki ganda. Ini pernah terjadi sewaktu usaha menyingkirkan Atie, bila mana Nija dan Burn mendapat bom undian sehingga melonjakkan mereka ke tangga pertama dan kedua. Siapa yang tersingkir minggu ini ?
Akademi Fantasia Hari Keempat Minggu Keenam
Konsentrasi
Setiap apa yang dilakukan perlu konsentrasi. Baik menulis, menyanyi atau pun berlakon. Episod semalam cuba untuk membuktikan konsentrasi adalah penting untuk menjadi seorang pelakon atau penyanyi yang berjaya. Sedar atau tidak dengan konsentrasi jugalah yang akan memberikan penghayatan yang lebih dalam sesuatu watak atau nyanyian.
Acapella
Teknik nyanyian terbaru yang mereka pelajari di Akademi. Kali ini persembahan nyanyian secara acapella akan dipersembahkan untuk lagu Menuju Puncak. Inilah kelebihan apabila berada di Akademi Fantasia, pelajar didedahkan dengan pelbagai teknik nyanyian untuk melengkapkan diri mereka sebagai seorang penghibur yang berjaya di masa depan.
Nilai Persahabatan
Klip Khai tidur di atas riba Sahri hanyalah satu adegan yang tidak cukup untuk menggambarkan satu nilai persahabatan. Tetapi agak menarik untuk ditonton dan ditafsirkan oleh penonton.
Salih Yaacob
Sewaktu makan tengahari, para pelajar dikejutkan dengan kehadiran Salih Yaacob, pengacara Sari Rasa yang membawakan makanan untuk mereka. Sedang Salih Yaacob menyendukkan lauk ke dalam pinggan para pelajar, kedengaran Nana yang sudi untuk menghulurkan bantuan. Mungkin berasa kekok seorang artis yang menyendukkan untuk mereka. Vince pula berlagak umpama Tuan Besar meminta drumstick tanpa ada sedikit rasa segan. Dalam pada itu, mentang-mentanglah Azizi sudah mendapat peluang untuk bertemu Anita Sarawak seorang penghibur bertaraf antarabangsa, kehadiran Salih Yaacob dibuatnya macam ada tidak ada sahaja. Salih Yaacob juga sebagai seorang artis tidak sepatutnya hanya melayan karenah pelajar perempuan, sepatutnya layanan beliau dibahagikan sama rata. Sudah beberapa kali adegan para pelajar makan disiarkan dan saya merasakan mereka perlu diajar tentang “table manner”. Etika di meja makan memang tidak perlu sebagai persediaan mereka untuk persembahan konsert tetapi amat perlu sebagai persediaan mereka untuk menjadi seorang artis. Ingin menjadi artis bukan setakat membuat persembahan, tetapi penampilan dan perawakan juga perlu diambil kira.
Koreografi Tarian
Sahri
Koreografi tarian untuk Sahri kelihatan agak janggal dan tidak kena dengan mesej lagu tersebut. Sahri yang bakal mendendangkan lagu Raikan Cinta nyanyian asal M.Nasir membawa mesej cinta. Lagu ini memang berirama Timur Tengah tetapi tidak semestinya koreograf menggoyangkan dada diperlukan untuk lagu ini.
Nija
Silap haribulan dengan koreografi sebegitu, stamina Nija akan jatuh dan bakal menyebabkan beliau semput. Nija kelihatan menghadapi sedikit masalah membawakan lagu bernada tinggi sambil menari. Itulah gunanya alat senaman. Alat senaman bukan hanya untuk Sahri menguruskan badannya tetapi untuk semua pelajar meningkatkan stamina anda.
World Premiere - MP3 Konsert 5 Akademi Fantasia
Atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan, hanya satu lagu sahaja yang dapat dikeudarakan kerana buat masa ini server sedang menjalani proses load balancing sequence. Harap maaf
Sahri - Keabadian Cinta
Terima kasih, dan teruskan bersama sultanmuzaffar
Akademi Fantasia Hari Ketiga Minggu Keenam
Kelas Tarian bersama Corey
Corey merupakan salah seorang panel sewaktu audition sebelum peserta ke Akademi Fantasia dipilih. Kehadiran beliau adalah sebagai kejutan kepada pelajar dalam Kelas Tarian Linda Jasmine. Saya tertarik dengan koreografi yang dibuat oleh Corey. Corey menasihatkan pelajar agar memberi sepenuh perhatian kepada setiap pergerakan. Apabila perhatian tidak diberikan, maka energy untuk menari kurang dan nampak tidak enjoy apabila menari. Perhatian harus diberikan kepada Liza, seorang pelajar yang bersungguh-sungguh cuba mempelajari setiap gerak tari dengan bersungguh-sungguh. Sudah nampak perubahan yang positif dalam diri beliau. Sepanjang minggu ini saya dapat saksikan Liza bersungguh-sungguh mendapatkan tumpuan kamera. Beliau berada di tengah-tengah sewaktu Kelas Tarian dan bukannya main-main sebaliknya mempelajari pergerakan baru dengan bersungguh-sungguh. Sahri walaupun umum mengetahui yang beliau seorang yang minat menari tetapi posisinya yang berada di sudut hujung menyebabkan penonton tidak dapat melihat tariannya. Vince kelihatan agak kaku mungkin kerana tarian tersebut agak pantas dan dipelajari dalam waktu yang singkat. Berbeza dengan Khai yang menari dengan baik sehingga mendapat pujian Linda Jasmine. Untuk pengetahuan semua, Corey merupakan seorang pelakon, penari dan juru tari yang agak popular di Malaysia. Filem lakonan beliau iaitu Paloh sedang ditayangkan di pawagam-pawagam sekitar Malaysia. Ulasan berkenaan filem Paloh boleh didapati di weblog Nizam Zakaria. Mari kita saksikan beramai-ramai sebuah filem tentang penjajahan Jepun dan kekejaman Bintang Tiga ke atas Malaya.
Lembaga Misteri
Nando’s mencuri tumpuan untuk mempromosikan produk makanan segera mereka. Seharusnya peluang ini diambil oleh semua penaja-penaja besar yang ingin menaja program Akademi Fantasia. Konsert peserta menyaksikan penajaan pakaian yang agak baik untuk para peserta Akademi Fantasia. Kemunculan Maskot rasmi Ayam Nando’s ke Akademi agak melucukan. Ekspresi ketakutan Liza nampak dibuat-buat dan satu strategi terbaik untuk mencuri tumpuan kamera. Yang paling cerdik mencuri lensa kamera tentunya Nemo. Sungguh comel melihatkan Nemo yang ketakutan melihat Maskot Nando’s di Akademi. Ekspresi takut Nemo sangat menjadi dan tidak dibuat-buat. Nasihat saya untuk Nija, sebolehnya beliau tidak membesarkan isu tidak pernah makan Nando’s. Ini akan menyebabkan penonton menjadi muak kerana menggunakan isu yang sama. Kampung sangatkah Nija sehingga tidak pernah makan itu tidak pernah makan ini ? Seingat saya Johor Bahru adalah sebuah bandar yang taraf hidupnya agak tinggi.
Kelas Vokal Adnan Abu Hassan
Liza ini saya nampak bila sessi latihan beliau berjaya membawakan lagu yang diberikan dengan baik. Berbeza sekali persembahannya apabila tiba hari sebenar. Perkara yang sama disedari oleh Adnan Abu Hassan dan Liza sendiri. Masalahnya disini ialah kurang keyakinan diri dan stage-fright mungkin. Saya ada stage-fright dan saya amat memahmi masalah sebegini. Bila berdepan dengan penonton, semuanya hilang, blank. Tangan jadi sejuk. Hendak berdiri pun lutut jadi lemah. Mungkin sebab inilah yang menyebabkan setiap minggu Liza diberikan lagu yang berentak agak rancak untuk membolehkan beliau menari agar suara terketar-ketarnya seperti sewaktu mendendangkan lagu Kesetiaan tidak dapat dikesan oleh penonton. Saya menunggu satu koreografi yang hebat mungkin lebih hebat dari koreografi Farra untuk Liza sewaktu mendendangkan lagu Bagaikan Puteri.
Nana
Apabila beliau menyanyikan lagu Hapuslah Air Matamu dengan menggunakan minus-one adakalanya suara Nana tidak sampai. Adnan Abu Hassan mengambil inisiatif untuk menurunkan tone lagu tersebut dan bermain menggunakan piano dan hasilnya agak baik juga. Nana hanya perlu polish sedikit bahagian penghayatan untuk lagu ini.
Azizi
Teknik pernafasan penting untuk membawakan lagu ini kerana ia berentak agak rancak. Secara kasar kata Adnan, Azizi mungkin tiada masalah membawakan lagu tersebut. Saya juga menantikan persembahan hebat dari Azizi.
Khai
Lagu ujian buat Khai. Saya amat resah ingin menonton persembahannya. Lagu Inggeris satu, bukan lagu rock dua. Benar-benar ujian buat Khai. Nasib baik tidak rancak sangat lagu tersebut dan pronunciation Khai boleh diberi perhatian yang lebih. Khai perlu lebihkan usaha untuk memperbaiki pronunciation lirik lagu tersebut agar maknanya sampai kepada penonton.
Kelas Lakonan
Kelas lakonan kali ini lebih mencabar. Mereka perlu berlakon dan menyanyi untuk persembahan Konsert 6 Sabtu ini. Nana diberi tugas yang agak berat dan jika beliau benar-benar menghayati lagu tersebut, mood penonton akan turut merasai kesedihannya. Mungkinkah akan muncul seorang pelakon profesional untuk mengiringi persembahan Nana ? Kita tunggu Sabtu ini. Begitu juga untuk Vince yang perlu melakonkan sedikit babak percintaan untuk lagu Sonata Musim Salju bersama Liza.
Bunyi Handphone
Dalam perjanjian, pelajar tidak dibenarkan untuk mempunyai apa-apa hubungan dengan dunia luar. Mereka tidak boleh membaca akhbar harian, membuat panggilan telefon dan connected ke Internet (phhheeewww). Satu perancangan bersama Encik Baha telah dibuat untuk meninggalkan handphone beliau di Akademi. Aznil membuat panggilan ke handphone tersebut untuk melihat sama ada pelajar akan menjawab panggilan tersebut. Hasilnya tidak ada seorang pelajar pun yang berani menjawab panggilan telefon tersebut. Vince mencuri tumpuan kamera dengan aksi-aksi comel beliau yang kononnya sudah lupa bagaimana cara menjawab telefon. Untuk menjadi peserta Akademi Fantasia mereka perlu bijak mengatur strategi untuk mengumpan undian penonton. Setakat ini yang saya kira bijak mengatur strategi ialah Nana, Vince, Atie dan Liza. Tahniah !
Cadangan untuk Final Akademi Fantasia
Saya amat menggemari muzik yang dimainkan seca live. Muzik live akan lebih hidup. Lebih-lebih lagi jika menggunakan orkestra. Saya ingin mencadangkan agar Konsert Akhir Akademi Fantasia menggunakan muzik live yang dimainkan oleh Orkestra Simfoni Kebangsaan. Sepatutnya kehebatan bakal penghibur ini diuji dengan menyanyi diiringi muzik live. Persembahan akan menjadi lebih hebat dan hidup.
World Premiere - MP3 Konsert 5 Akademi Fantasia
Atas permintaan ramai dan sebagai ucapan terima kasih saya kepada anda, saya menghadiahkan buat anda sebuah lagu pada hari ini.
Atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan, hanya satu lagu sahaja yang dapat dikeudarakan kerana buat masa ini server sedang menjalani proses load balancing sequence. Harap maaf
Rosma - Tragedi Buah Epal
Terima kasih, dan teruskan bersama sultanmuzaffar
Akademi Fantasia Hari Kedua Minggu Keenam
Kelas Tarian
Saya amat kagum dengan kebolehan mereka menari. Sudah menampakkan kemajuan. Siapa yang kaki disko pun sudah boleh dikesan semalam. Mereka diminta untuk buat style koreografer sendiri. Masing-masing cuba untuk menonjolkan diri. Saya paling tertarik dengan kelembutan tubuh Cikgu Linda Jasmine. Bila beliau menari saya dapat rasakan yang beliau memang enjoy menari dan feel tersebut datang dari dalam diri beliau. Setiap minggu Liza sudah menampakkan perubahan yang ketara. Sikap ingin belajar beliau wajar saya puji. Mereka belajar teknik pusing semalam. Nija memerlukan koreograf yang menarik minggu ini. Lagu Fatalistik memerlukan beliau menari. Sekali lagi saya tertarik dengan koreograf Linda Jasmine. Walaupun Nija kelihatan agak kekok kerana masih tidak menghafal koreografnya tetapi beliau berusaha bersungguh-sungguh untuk memperbaikinya.
Vince dan Khai sakit
Sewaktu kelas Tarian berlangsung, Khai dan Vince tidak kelihatan. Mereka dihantar untuk bertemu dengan Doktor kerana tidak berapa sihat. Di akhir ucapan depan kamera, Vince meminta penonton mengundi mereka. Tolong undi mereka kerana bakal mereka bukan kerana sakit.
Alat mainan untuk Nemo
Nemo kucing comel ini mendapat hadiah dari Azza.
Kelas Vokal Siti Hajar
Liza yang menyanyikan lagu Bagaikan Puteri kelihatan agak selesa dengan lagu tersebut. Cikgu Siti Hajar mencadangkan agar tone ditinggikan satu key agar Liza dapat membuat sedikit improvisasi terhadap lagu tersebut. Nana pula sibuk menyibukkan diri bersama pelajar lain yang mana sepatutnya menggunakan masa yang ada untuk mempelajari lagu beliau sendiri. Sewajarnya bila kita sedar diri yang diri kita tidak bagus, kita memperbanyakkan latihan. Inilah yang berlaku bila kita tidak sedar diri. Saya amat mengharapkan Nana lebih mempelajari lagu beliau sendiri dari sibuk menjadi backing vocal untuk pelajar lain. Nana mungkin mahu tumpuan kamera, agaknya.
Azizi tidak menghadapi banyak masalah membawakan lagu Seribu Impian kecuali beberapa teknik pernafasan yang perlu diambil berat oleh beliau. Rosma juga memerlukan sedikit sahaja pertolongan untuk mempersembahkan lagu Sinaran. Tidak banyak perkara baru yang diajar oleh Cikgu Siti Hajar untuk beliau semalam kerana sudah hampir baik. Sewaktu Khai mengambil tempat untuk mendendangkan lagunya, semua pelajar berkumpul untuk memberikan semangat untuknya. Beliau membawakan lagu Inggeris minggu ini. Berkumpul memberi semangat memang wajar dipuji bukannya berkumpul untuk menjadi backing vocal semata-mata mahu mendapat tumpuan kamera.
Sahri juga tidak mempunyai banyak masalah kecuali stamina untuk membawakan lagu rancak ini. Di satu sudut Liza dan Vince kelihatan sedang sibuk berlatih lagu masing-masing.
Tiba giliran Nana membawakan lagu Hapuslah Air Matamu, Cikgu Siti Hajar pula yang lebih mendominasi lirik sehingga tenggelam suara Nana. Beliau mencadangkan agar tone diturunkan supaya di bahagian korus Nana boleh melalukan beberapa improvisasi. Vince tiada masalah langsung membawakan lagu ini kecuali lagu ini antara lagu yang baru beliau dengar. Suara beliau kedengaran agak flat berkemungkinan saya membandingkan suaranya dengan suara Hazami.
Nasihat yang paling berguna semalam ialah daripada Cikgu Siti Hajar yang meminta pelajar menggunakan musical instinct yang ada dalam diri masing-masing. Apabila kita belajar muzik dan mendengar lagu sahaja, kita sudah mampu untuk membuat penilaian terhadap lagu berkenaan. Bagaimana melodinya dan arah muzik lagu tersebut. Ada sesetengah orang yang hanya belajar melalui hati, mereka ini tidak tahu apa itu note dan lain-lain perkara berkenaan muzik juga mampu untuk mengetahui arah lagu tersebut. Satu kelebihan ialah kita jangan terikat dengan lagu tersebut, buat dengan cara tersendiri dan jangan terlalu terikut dengan lenggok penyanyi asal lagu tersebut. Itulah masalah yang Rosma sangat-sangat takuti sewaktu membawakan lagu Tingting dan akhirnya berjaya mengharunginya. Tetapi tidak bagi Nana yang masih cuba untuk menjadi Misha Omar dan setelah gagal beliau menangis di atas pentas.
Kad untuk Burn
Nana dan rakan-rakan perempuan mencuri tumpuan kamera sekali lagi dengan berusaha menyiapkan sekeping kad untuk dihadiahkan kepada Burn sebagai tanda persahabatan mereka.
Surat Sahri
Sahri menerima sepucuk surat dari majikannya dan memberitahu yang cutinya telah dilanjutkan sehingga 15 Ogos. Mereka di pejabat berharap agar Sahri berjaya sehingga ke Top 5 untuk bertanding di Konsert Akhir Akademi Fantasia. Sebagai kawan yang paling “rapat” dengan Sahri sebelum ini, Nana membantu beliau membetulkan pembesar suara di baju Sahri. Nana jelas kehilangan Burn lalu secara tiba-tiba cuba merapatkan dirinya dengan semua pelajar.
World Premiere - MP3 Konsert 5 Akademi Fantasia
Buat pengetahuan semua, hanya satu MP3 sahaja akan disiarkan sehari. Oleh itu bersedia untuk kembali esok untuk MP3 yang seterusnya. Macam Akademi Fantasia juga, ada sambungan.
MP3 yang pertama ialah lagu Halaman Cinta nyanyian Nana. Lagu ini telah di"tangis"kan oleh Nana pada malam Konsert V di Dewan Percubaan UPM. Nana perlukan banyak latihan untuk menyanyikan lagu bernada rendah seperti lagu ini.
Nana - Halaman Cinta
Akademi Fantasia Hari Pertama Minggu Keenam
Forum Peserta sama dengan Forum AF
Tugasan pertama mereka pada minggu ini agak menarik. Mereka perlu mengacarakan satu rancangan untuk melihat keterampilan mereka menjadi pengacara atau pun sebagai peserta forum. Segmen pertama, Khai terpilih sebagai pengacara rancangan dan Liza, Nija dan Sahri sebagai peserta forum. Tajuk yang dikendalikan oleh Khai bertajuk “Untuk menjadi seorang artis, bakat atau pun paras rupa ?”
Sedar tidak sedar itulah yang juga kita perdebatkan di dalam Forum Akademi Fantasia yang menjadi medan kutuk, keji, maki, hamun di antara kita. Dan yang lebih kelakar sebagai penghibur masa depan, mereka juga bertelagah sesama sendiri. Masing-masing ingin mempertahan hujah masing-masing sehingga moderator dipinggirkan. Sahri mempertahankan bahawa terdapat sebilangan penghibur yang mempunyai bakal tetapi tidak popular (seakan-akan mengaitkan dengan dirinya sahaja) dan Nija mempertahankan bakat adalah penting dan rupa hanyalah bonus. (mungkin Nija beraskan beliau bakal popular hanya bersandarkan bakat). Ini Malaysia sayang, paras rupa tetap merupakan faktor utama untuk menjadi penghibur yang hebat di Malaysia. Walaupun kedua-duanya agak penting pada saya tetapi tidak kepada semua peminat muzik. Ada di kalangan mereka yang menggemari penyanyi tersebut dan akan membeli album mereka atau menonton konsert mereka walau sebagaimana buruk pun kualiti album tersebut ataupun nyanyian mereka.
Penilaian lagu
Lagu gabungan adalah lagu Jika (Melly Goeslaw dan Arri Lasso) dan One Sweet Day (Mariah Carey dan Boyz II Men)
Nana – Hapuslah Air Matamu dendangan asal Datuk Sharifah Aini
Lagu ini sekali lagi akan menguji kawalan vokal rendah Nana. Tugas berat menanti beliau kerana harapan penonton untuk melihat beliau bersemangat membawakan lagu Halaman Cinta gagal dipersembahkan. Harap-harap beliau menitiskan airmata membawakan lagu ini bukan kerana gagal membawakan lagu ini dengan baik tetapi kerana membawakan lagu ini dengan penuh penghayatan.
Vince – Sonata Musim Salju dendangan asal Hazami
Vince tiada masalah membawakan lagu ini. Beliau perlu menghayati lagu ini dan membawa penonton terbuai dengan perasaannya. Lagu ini lagu popular dan Vince perlu melakukan sesuatu agar feel lagu tersebut sampai kepada penonton.
Liza – Bagaikan Puteri dendangan asal Farra
Sekali lagi Liza diuji dengan lagu yang memerlukan beliau menari. Saya pasti akan membandingkan kehebatan tarian Farra untuk lagu ini dengan koreografi oleh Linda Jasmine. Saya berharap beliau mampu membawakan lagu ini dengan baik.
Khai – Six Month, Eight Days and Twelve Hours dendangan asal Brian McKnight
Saya sendiri tidak pernah mendengar lagu ini. Khabarnya berentak agak perlahan. Ini kali pertama Khai mendapat lagu Inggeris dan satu cabaran untuk beliau bila mana penonton ternanti-nanti bilakah beliau akan membawakan satu lagu Inggeris. Lagu berentak R&B ini memang kedengaran tidak sesuai dengan vokalnya tetapi sesuatu boleh dilakukan dan perlu digayakan dengan cara tersendiri.
Rosma – Sinaran nyanyian asal Sheila Majid
Sheila Majid merupakan penyanyi kesukaan saya. Sejak album pertama beliau diedarkan sehinggalah sudah bersuami baru saya masih mengikuti perkembangan beliau. Setiap konsert beliau tidak pernah saya tinggal sekalipun memerlukan saya pulang ke Malaysia. Ini lagu legenda beliau dan Rosma bakal menghadapi tugas berat untuk meyakinkan penonton. Showmanship perlu nampak lebih attitude dan beliau perlu mengekalkan kecomelan lagu ini.
Azizi – Seribu Impian nyanyian asal Casey
Lagu ini sesuai dengan vokal Azizi. Beliau harus bijak melakarkan showmanship yang baik untuk persembahan ini. Silap haribulan lagu ini bakal kembali popular kerana persembahan Azizi seperti lagu Biru nyanyian Jai yang tiba-tiba disedari oleh pendengar muzik.
Sahri – Raikan Cinta dendangan asal M.Nasir
Sahri juga bakal menggegarkan pentas dengan lagu ini. Lagu ini lebih kurang sama genrenya dengan lagu Salsabila iaitu berirama Timur Tengah. Attitude M.Nasir berbeza apabila menyanyi. Penghayatan beliau terhadap lagu begitu mendalam kerana beliau pencipta lagu tersebut. M.Nasir cukup kurang berpuas hati apabila mesej lagu tersebut tidak sampai kepada penonton. Mesej lagu tersebut begitu mendalam. Pada saya, Sahri perlu membuat kajian tentang penghayatan terutamanya apabila menyanykan lagu bermesej seperti lagu-lagu nyanyian M.Nasir.
Nija – Fatalistik dendangan asal Ziana Zain
Lagu bernada tinggi ini bakal menguji vokal Nija. Setiap minggu beliau akan diuji denagn lagu key tinggi. Kali ini lagu rancak bernada tinggi. Beliau perlu mengawal vokal agar pitching tidak lari. Apa yang saya dengar di minggu-minggu lepas sudah agak baik namun demikian beliau masih dikatakan tidak berjaya dari segi pitching. Saya bukanlah seorang yang arif dalam bidang muzik dan akur dengan pandangan Pengetua tentang itu.
Nasihat Adnan Abu Hassan kepada mereka “The song will not complement the singer, but the singer must complement to the song.” Sebagai penghibur mereka sepatutnya mampu untuk membawakan apa sahaja jenis lagu.
Kelab Akar Gita Estetika (AGE)
Acara : Festival Tari 2003 Kuala Lumpur
Tempat : Dewan Tuanku Abdul Rahman, Pusat Perlancongan Malaysia, Jalan Ampang Kuala Lumpur
Pada : 19 Julai 2003
Hari : Sabtu
Jam : 8.30 malam
Masuk : Percuma
Panel penilai : Suhaimi Magi, Eliza Mustaffa dan Abu Bakar Sulaiman
Konsep persembahan AGE:
1. Tradisional akan menampilan tarian Jerai (Inang Kelibang)
2. Rampaian akan menampilkan tarian Zapin Ya Salam, Inang 4 Dara dan Joget Johor Sports Club
3. Kreatif akan menampilkan satu koreograf bertajuk Juang Mencari Citra; Api, Tanah & Angin
Sinopsis:
Dalam sebuah perjuangan kehidupan, terdapat pelbagai elemen-elemen yang mempengaruhi halatuju dan arah perjalanan di muka bumi ini. Api, tanah dan angin merupakan perlambangan elemen-elemen yang adakalanya bersifat antagonis, protagonis, baik dan buruk. Perjuangan ini bukan sahaja dalam individu seseorang manusia, malah dalam sesebuah keluarga, masyarakat mahupun organisasi.
Dalam mencapai kejayaan dalam apa segi sekalipun, kadangkala kita tidak dapat lari dari menghadapi pergolakan dalaman dari elemen-elemen tersebut. Kewarasan dan kebijakan dalam mempertimbangkan pro dan kontra dalam setiap elemen adalah penting untuk memastikan yang kejayaan akan dicapai. Oleh yang demikian, kerjasama, kompromi dan tolak ansur adalah merupakan kunci kesepakatan untuk kesejahteraan semua pihak.
Jika ada kelapangan, silalah datang beramai-ramai menyaksikan persembahan kumpulan ini.
Keputusan Undian SMS selepas Konsert V Akademi Fantasia
Rosma 13%
Khai 12%
Sahri 12%
Vince 12%
Nana 11%
Liza 11%
Azizi 11%
Nija 10%
Burn 8%
Berdasarkan keputusan undian menunjukkan terdapat perubahan selera di kalangan pengundi. Faktor bakat dan populariti masih merupakan sebab utama undian. Berdasarkan persembahan jelas sekali Nana berada di dalam keadaan yang panas tetapi beliau bernasib baik kerana kedudukannya agak selesa sebelum Konsert V bermula di kedudukan kedua. Oleh itu kedudukan beliau agak sukar digugat.
Cadangan untuk Akademi Fantasia akan datang adalah lebih baik diwujudkan AFKEKAL untuk memilih peserta yang dirasakan layak untuk dikekalkan dan AFKELUAR untuk memilih peserta yang dirasakan tidak layak untuk dikekalkan. Pengundi mempunyai pilihan untuk memilih. Ini dirasakan sesuai kerana jika terdapat segolongan pengundi taksub yang mengundi tanpa menilai kualiti contohnya ahli keluarga dan sedikit sebanyak dapat diimbangi oleh pengundi yang menggunakan AFKELUAR sekiranya mereka rasa pelajar tersebut telah memberikan persembahan yang buruk. Saya beri satu senario yang berlaku semalam sebagai contoh; Nana sudah agak selesa dengan kedudukannya sebelum Konsert bermula dan pengundi taksub terus memberikan undian untuknya walaupun persembahannya gagal. Dengan adanya AFKELUAR, para pengundi yang merasakan Nana tidak layak boleh menggunakannya dan sekaligus mengimbangi kedudukan. Jika tarik-tali ini terus berterusan bilangan SMS yang dihantar akan meningkat dengan mendadak. Bilangan peratus dikira berdasarkan jumlah AFKEKAL tolak jumlah AFKELUAR yang diterima oleh pelajar berkenaan. Terdapat juga kekurangan apabila diwujudkan AKKELUAR, pengundi yang tidak menyukai seseorang akan menggunakannya untuk menyingkirkan pelajar yang tidak disukainya. Pengundi yang menyokong pelajar yang tidak disukai ini akan mengundi AFKEKAL dengan kuantiti yang banyak untuk mengimbangi kedudukan dan ini akan membuatkan ASTRO tersenyum.
Konsert V Akademi Fantasia : Malaysia Tidak Perlukan Penghibur Manja
Cinta Di Akhir Garisan
Persembahan Konsert V dibuka dengan lagu gabungan Cinta Di Akhir Garisan oleh Liza, Nana, Rosma dan Nija yang mana lagu tersebut merupakan nyanyian asal Nora, Ziana Zain, Ning Baizura dan Dessy Fitri. Mereka berjaya memukau hadirin dengan kekuatan vokal masing-masing. Mereka mengeksploitasi kelebihan diri masing-masing untuk menonjolkan diri mereka. Rosma cuba memukau hadirin dengan vokal tinggi nyaringnya dan ternyata berjaya memikat.
Kedudukan Peratus Undian sebelum Konsert V
Vince 16%
Nana 13%
Azizi 11%
Khai 11%
Rosma 11%
Sahri 10%
Burn 9%
Nija 9%
Liza 9%
Berdasarkan kepada kedudukan ini, nasib Burn, Nija dan Liza agak tidak kukuh. Apa sahaja kemungkinan boleh berlaku berdasarkan mutu persembahan pelajar tersebut. Setelah selesai Konsert V pasti kedudukan akan berubah. Panel pengkritik pada malam tersebut ialah Kudsia Kahar dan Azwan Ali. Seperti yang umum ketahui, berkemungkinan Siti Nurhaliza akan membuat penampilan di Konsert kali ini. Namun begitu beliau tidak kelihatan sehingga peserta pertama iaitu Khai selesai membuat persembahan.
Khai (3.5/5 bintang)
Khai mendendangkan lagu Terima Kasih dendangan asal Awie. Lagu tersebut amat bersesuaian dengan range vokal beliau iaitu agak sederhana. Tempo lagu tersebut agak moderate begitu juga dengan range nada suara untuk lagu tersebut. Beliau berkebolehan dalam menari dan telah menonjolkan satu showmanship yang cemerlang. Pitchingnya untuk persembahan kali ini agak bagus. Jika diteliti betul-betul, suara Khai ada iras-iras suara Awie. Kelebihan Khai ialah interaksi beliau dengan penonton dan penonton begitu sporting untuk memberikan reaksi secara spontan dan tidak kelihatan dipaksa. Persembahan tersebut merupakan persembahan terbaik Khai sejak berada di Akademi. Beliau kreatif dan bijak mengawal pergerakan di atas pentas. Nasihat dua minggu sudah oleh Kudsia telah diambil perhatian oleh Khai dan hasilnya kita dapat lihat satu showmanship yang berbeza dari minggu-minggu sudah. Komen Azwan Ali yang mengatakan muka kebudak-budakan Khai tidak sesuai menyanyikan lagu berentak rock adalah sesuatu yang boleh saya sifatkan sebagai tidak releven. Siti Nurhaliza hanya muncul setelah Khai selesai membuat persembahan sebagai hadiah kejutan untuk beliau.
Liza (2.5/5 bintang)
Liza masih tidak berani mengeluarkan 100% suaranya. Beliau masih takut-takut untuk all-out. Namun demikian saya puji showmanshipnya walaupun tidak cukup cheeky kata Kudsia. Liza mempunyai pakej yang baik walaupun adakalanya kelihatan agak gemuruh. Liza berkebolehan untuk menyanyi dan menari, yang perlu dipulihkan di sini hanyalah kekuatan diri serta semangatnya.
Burn (2/5 bintang)
Saya puji suaranya kali ini. Ada gaya tersendiri. Unik. Namun demikian lagu ini bernada agak rendah dan menyebabkan persembahannya menjadi agak monotonous. Di tambah dengan ulangan baris-baris lirik yang sama, jika persembahan tidak dipelbagaikan, hasilnya akan menjadi satu persembahan yang monotonous. Ini akan menyebabkan penonton bosan dan keresahan. Apabila membawakan nada tinggi, pitching suaranya agak baik. Kesilapan mengira kesan dari terganggu oleh penonton menyebabkan tumpuannya hilang seketika, sama seperti minggu lepas bila mana beliau kelihatan agak tergamam dengan kehadiran Ruffedge. Secara keseluruhan beliau telah memberikan persembahan yang agak baik.
Rosma (4.5/5 bintang)
Beliau membawakan lagu Tragedi Buah Epal dendangan asal oleh Anita Sarawak dengan gayanya tersendiri. Kelebihan Rosma ialah matanya dan beliau bijak berbicara dengan penonton dengan menggunakan bahasa matanya. Showmanship beliau saya kira telah berjaya walaupun tidak sehebat Anita Sarawak. Kawalan suara beliau sungguh matang dan jika diberi peluang beliau mampu menjadi seorang penghibur serba-boleh.
Sahri (3.5/5 bintang)
Sifat berasa selesa dengan kedudukan yang ada telah menguasai diri Sahri. Persembahan beliau pada minggu ini sewaktu mendendangkan lagu Keabadian Cinta tidak seperti yang diharap-harapkan. Penonton mengharapkan beliau berjaya membawa mood penonton bersama-sama lagu tersebut. Kawalan vokal beliau amat baik dan bersifat lebih matang. Vokalnya agak bagus walaupun tidak sebagus minggu lepas. Keyakinan beliau berada di tahap yang paling tinggi semalam. Beliau bijak untuk menguasai pentas dan interaksi beliau dengan penonton untuk cuba di bawa bersama ke dalam mood lagu tersebut. Seperti nasihat Pak Ngah minggu lepas, Siti Nurhaliza menekankan perkara yang sama. Sahri perlu banyak latihan untuk meningkatkan stamina. Sekali lagi Azwan memberikan komen yang tidak releven. Identiti sendiri perlu tetapi ini Malaysia, pakej tetap perlu untuk menarik minat penonton. Pernahkah Azwan Ali menjemput Liza Aziz atau pun Adibah Noor menjadi tetamu rancangan Cit Cat Azwan selama ini ?
Azizi (3.5/5 bintang)
Walaupun diiringi oleh pemain djembe terkenal dunia iaitu Steve Thornton dari Afro Asia, namun demikian persembahan beliau tidak nampak unsur-unsur kekaguman. Showmanship beliau agak baik dan bijak menggunakan ruang pentas. Keyakinan beliau mendendangkan lagu ini berada di tahap yang paling tinggi. Beliau seakan-akan sudah biasa mendendangkan Lagu She Bang atau lagu rancak yang sebegini rentaknya. Beliau berkebolehan menyanyi sambil menari tanpa hilang stamina.
Nija (3.5/5 bintang)
Vokal beliau agak unik. Beliau agak selesa dengan lagu Layar Impian dendangan asal Ella. Showmanship Nija pada minggu ini amat meyakinkan dan beliau kelihatan sungguh seseuai mendendangkan lagu Ella. Pitching nada tingginya juga menjadi. Komunikasinya dengan penonton juga berjaya. Kawalan nada tingginya dibuat dengan begitu teliti, namun demikian Siti Nurhaliza dapat juga mengesan beberapa kesilapan kecil yang tidak disedari oleh penonton.
Vince (4/5 bintang)
Ini kali pertama beliau mendendangkan lagu P.Ramlee. Seperti yang dijanjikan, beliau telah meng”Elvis”kan lagu tersebut. Showmanship beliau dan rakan-rakannya amat mengkagumkan. Mereka telah menampilkan satu yang amat spectacular. Berasa selesa dan over-confident telah menyebabkan beliau terlupa lirik di peringkat awal walaupun berjaya ditutup dengan gerak tari yang menarik. Berilah apa sahaja lagu kepada Vince dan sudah pasti Vince mampu untuk membawakannya mengikut acuannya sendiri.
Nana (0/5 bintang)
Emosi Nana terganggu setelah menonton montage “Kelas Tinggi Suara”. Saya merasakan montage sedemikian tidak wajar dipertontonkan sebelum beliau selesai membuat persembahannya. Namun demikian, beliau sepatutnya cuba untuk mempelajari bagaimana untuk mengawal emosi dari Vince yang telah menerima kehadiran bapanya pada minggu lepas. Vince bijak mengawal emosi dan tidak mengganggu persembahannya. Nana tidak berkeyakinan langsung untuk membawakan lagu ini seawal hari pertama setelah menerima lagu tersebut. Di dalam fikiran diulang perkataan “aku tidak boleh” berkali-kali sehinggalah selesai beliau membuat persembahan. Persembahannya malam itu saya kira lebih rendah mutunya dari persembahan Atie sewaktu mendendangkan lagu “Save The Best For Last”. Walaupun tidak bagus, Atie bijak menutup kelemahannya. Nampaknya nasihat Guru Lakon, Fatimah Abu Bakar dan Guru Nada Suara, Siti Hajar telah di”masuk telinga kiri, keluar telinga kanan”kan oleh Nana. Sikap besar kepala dan manjanya itulah yang telah menguasai dirinya. Beliau tidak bersungguh-sungguh ingin memperbaiki kelemahan yang beliau ada. Ego ! Apakah jenis penghibur sebegini yang penonton Malaysia ingin hasilkan ?
Tiada Lagi Cinta
Ruffedge menonton persembahan Khai, Sahri, Burn, Azizi dan Vince malam tersebut. Walaupun tidak sebaik Ruffedge namun percubaan ini merupakan satu yang baik untuk menilai keharmonian suara mereka. Showmanship mereka berjaya menarik perhatian. Solo rap oleh Vince dan Burn benar-benar mencuit perasaan. Mereka benar-benar enjoy mendendangkan lagu tersebut.
Keputusan
Memang sukar untuk mengagak siapakah yang akan tersingkir pada minggu ini. Jika dinilai dari kedudukan sebelum konsert bermula kedudukan tiga (3) pelajar terakhir agak rapuh. Burn tidak bernasib baik kerana Nija dan Liza telah memberikan persembahan yang lebih baik darinya. Walaupun persembahan Nana adalah lebih buruk berbanding Burn, tetapi kedudukan Nana agak selesa di tempat kedua. Namun demikian, semuanya telah terjawab, Burn tersingkir semalam dan menjadi pelajar keempat tersingkir dari Akademi Fantasia selepas Azza, Adifashla dan Atie. Perkara yang sama berlaku sewaktu penyingkiran Adifashla, bila mana persembahan Atie lebih mendapat undian yang banyak.
Buat pertama kalinya para penonton di Dewan Percubaan UPM mahupun di rumah dapat melihat kesemua tenaga pengajar termasuk Pengetua memeluk Burn selaku pelajar yang tersingkir di khalayak ramai. Mungkin mereka sendiri tidak menyangka yang Burn akan tersingkir berdasarkan mutu persembahannya.

