Rumah Terbuka Akademi Fantasia
Rumah Terbuka Akademi Fantasia (RTAF) dijayakan dengan berjaya oleh tenaga produksi ASTRO yang diketuai oleh Adi Shamsul selaku Penerbit. Rancangan ini cuba membawa penonton mengimbau zaman anak-anak muda berhari raya di kampung halaman. Nostalgia yang dipertontonkan oleh mereka nampaknya menjadi. Konsep yang ingin ditonjolkan berjaya menepati citarasa sebilangan penonton tetapi tidak semua.
Saya pernah menonton Rumah Terbuka Tan Sri SM Salim beberapa tahun yang lepas. Apa yang boleh saya katakan, ia merupakan sebuah produksi yang boleh dibanggakan. Rancangan itu saya kira berjaya kerana menyerapkan unsur-unsur jenaka dan adakalanya berjaya menyentap emosi penonton. Rancangan yang bagus tidak banyak sedikit berjaya mendidik masyarakat bukan sekadar hiburan. Itu pandangan saya.
Konsep Hari Raya dalam Rumah Terbuka Akademi Fantasia lebih bersifat santai dan sayang, jenakanya terlalu slapstick. Lawak yang dibuat-buat dan seakan memaksa penonton untuk ketawa adalah lawak Hikayat Hang Setia terbitan RTM beberapa tahun dahulu. Rasanya lawak sedemikian sudah tidak sesuai dengan peredaran zaman.
Lakonan
Memandangkan rancangan ini dibuat bertujuan sebagai hiburan kepada penonton sempena Hari Raya, maka komedi adalah yang sesuai untuk dijadikan tunjang utama rancangan ini. Tetapi komedi yang bagaimana ? Itu yang menjadi persoalan. Adakala, komedi yang berlebihan menjadi terlalu slapstik umpama menonton Hikayat Hang Setia terbitan RTM berpuluh tahun yang dulu. Oleh itu di mana ilmu yang telah diajar kepada mereka ?
Penampilan Pengacara AF iaitu Aznil Haji Nawawi sebagai Pak Nil memang cemerlang. Beliau bijak mengawal keadaan dengan lakonan bersahajanya. Pengalaman pasti memberi sedikit kelebihan kepada beliau. Pelakon lain yang wajar diberi pujian ialah Nija yang bersifat selamba dalam kebanyakan adegan. Lakonan Atie walaupun mendapat pujian banyak pihak masih kelihatan kaku dan dibuat-buat. Solekan yang digunakan untuk Atie nampak kena dengan penampilannya. Posture tubuh Atie tidak konsisten. Sekejap bongkok dan sekejap elok pergerakannya. Stamina beliau sebagai seorang pelakon perlu dijaga agar tidak mengah di pentas lalu hilang konsistensi pada watak. Lakonan Adi kelihatan natural walaupun adakalanya kelihatan sedikit over-act. Beliau seharusnya memikirkan untuk terus menceburi bidang lakonan sekiranya diberi watak yang sesuai dengannya.
Lakonan Khai dan Rosma terlalu berlebihan dan mengada-ngada sifatnya. Pelakon lain yang perlu saya beri perhatian ialah Azizi. Lakonan Azizi sebagai budak jahat tidak menjadi. Ini kali kedua beliau diberikan peranan jahat. Pertama sewaktu Drama Merdeka ERA bila mana beliau diberikan peranan sebagai komunis. Apakah tujuan dan objektif mereka memberikan watak-watak jahat yang memerlukan perlakuan ganas yang jauh beza dengan penampilan sebenar beliau kepada Azizi tidak dapat saya ketahui.
Dipermudahkan cerita, tanpa Aznil, tidak ada seorang graduan AF pun yang mampu mencipta lawak spontan.
Rekaan Set
Pertama kali melihat rekaan set yang ada di dalam studio, hati saya bertanya adakah tenaga produksi ASTRO menyelongkar stor RTM untuk mendapatkan set sedemikian. Saya merasakan rekaan set dibuat terlalu berlebihan. Ada diantara props yang ada di pentas tidak digunakan sepenuhnya dan sekadar menyesakkan pentas. Saya masih ingat lagi ilmu yang diberikan oleh Puan Fatimah Abu Bakar tentang bagaimana perlunya menggunakan props yang ada di atas pentas tatkala Azizi menjadikan Liza patung tidak bernyawa sewaktu mendendangkan lagu Gerimis Mengundang. Aznil sendiri turut menyindir yang kemunculan patung Liza ditaja oleh Kamdar.
Suasana kampung yang cuba ditonjolkan lebih kepada suasana Kampung Baru di Kuala Lumpur dan bukannya kampung yang sebenar-benar kampung. Tetapi sedikit sebanyak suasana kampung itu timbul juga dengan props sangkar ayam, adegan mengacau dodol dan memasang panjut.
Tatacahaya
Saya wajar memuji rekaan tatacahaya yang dibuat untuk RTAF. Ada perbezaan pada kesan penggunaannya. Lampu yang digunakan untuk realism dan absurdism sangat berbeza. Teknik lampu yang digunakan untuk menggambarkan kesan realism pada adegan utama yang melibatkan aspek lakonan pentas. Manakala teknik absurdism digunakan apabila pelakon menyanyi. Penggunaan teknik ini adalah untuk membezakan antara dua alam tersebut yang saya sifatkan satu yang amat membanggakan.
Lagu Raya
Hampir kesemua lagu dalam album Salam Raya didendangkan semula oleh mereka dengan beberapa perubahan kecil untuk disesuaikan dengan watak dan penceritaan skrip RTAF. Rosma dan Khai dilihat cuba mendominasi nyanyian Liza dan Azizi walaupun lagu berkenaan adalah nyanyian mereka. Perkara yang sama berlaku untuk lagu Cahaya Aidil Fitri yang didendangkan secara beramai-ramai oleh graduan lelaki AF. Lagu Dendang Perantau didendangkan oleh Sahri dengan bersahaja. Aksi paling menarik serta persembahan yang paling cemerlang tentulah nyanyian finale oleh semua yang terlibat untuk lagu Di Pagi Raya. Aksi Aznil amat menghiburkan.
Memetik kata seorang sahabat, “Sebagai hiburan ringan, saya boleh mengabaikan semua kekurangan. Selepas ni mungkin boleh membuang ide ide stereotaip jika ingin terus memancing peminat. Mungkin peminat fanatik boleh menerima hiburan ini, tetapi pihak ASTRO harus pandai untuk tidak terikut ikut gaya Senario yang semakin ketandusan idea.”
Saya masih merasakan Rumah Terbuka Tan Sri SM Salim sebagai produksi Rumah Terbuka yang terbaik pernah ASTRO terbitkan.
Rating: 2/5 bintang
Mr. Cinderella 2: Angan-Angan Orang Melayu !
Pertama kali dalam sejarah perfileman Malaysia, lima buah filem berentap untuk tayangan sempena Hari Raya tahun ini. Satu yang amat membanggakan kerana stok filem Melayu sudah dikatakan terlalu banyak sehingga berlaku lambakan di pasaran. Tetapi filem sebagaimana yang dipertontonkan kepada masyarakat, masih menjadi tandatanya.
Menonton sekuel Mr.Cinderella kali ini merupakan pengalaman yang paling membosankan. Kelemahan utama filem ini ialah sub-plot yang terlalu banyak sehingga memeningkan kepala saya. Jika tujuan filem ini dibuat adalah untuk hiburan, matlamatnya sudah jauh tersasar.
Kelancaran naratif filem ini terganggu kerana diselitkan isu-isu yang sekadar untuk menyedapkan cerita. Kita seharusnya belajar dari Iran, negara yang kita pandang sebelah mata kemajuannya dari segi politik dan pembangunan negaranya tetapi mereka sudah jauh meninggalkan kita dalam industri perfileman. Iran boleh berbangga dengan filem yang bercerita hanya tentang sepasang kasut. Tumpuan yang jelas dari awal hingga akhir dan menyebabkan kita terpaku di kerusi menonton filem sedemikian. Kelemahan sebegini sepatutnya sudah diambil iktibar sejak dahulu.
Mesej
Kekuatan utama filem ini adalah meningkatkan fantasi penonton Melayu agar terus dibuai mimpi-mimpi indah Prince Charming datang melamar Puteri Cinderellanya. Lalu masyarakat yang berjaya dihasilkan oleh filem ini adalah masyarakat yang terlalu dibuai oleh fantasi. Filem ini langsung tidak mendidik masyarakat Melayu menjadi lebih progresif sebaliknya filem ini terus menekankan yang masyarakat Melayu adalah masyarakat yang gemarkan fitnah dan salah sangka. Mungkin kerana fitnah, salah sangka, tipu muslihat itu sudah terlalu sinonim dengan Melayu sejak zaman Hang Tuah lagi.
Dipetik dari Berita Harian, Pengarah Urusan Kuasatek Pictures, Mohd Noor Kadir, berkata sekuel Mr Cinderella ini adalah sebuah kisah cinta yang lebih hebat dan diyakini akan memberi kepuasan kepada penonton filem Melayu.
Selain menonton kisah menarik, penonton juga berpeluang meneroka keindahan alam semula jadi New Zealand di sekitar Victoria Square, Botanic Gardens, Port of Lyttleton dan ladang ternakan biri-biri Malvern Abuttoir di Burnham.
Apakah itu matlamat sesebuah filem dihasilkan ? Tepuk dada tanya selera.
Lakonan
Saya kira lakonan Yusry lebih baik dalam Cinta Kolestrol berbanding filem ini dan lakonan Erra masih terkongkong dengan skrip. Tiada keistimewaan lakonan oleh pelakon utamanya dalam filem ini kecuali lakonan oleh beberapa pelakon tambahan. Jalaluddin Hassan contohnya telah berjaya melarikan diri dari stereotype romeonya dalam filem ini. Maya Karin juga tidak begitu mengecewakan dan berpotensi untuk digilap menjadi pelakon yang lebih berjaya. Saya nantikan hasil yang lebih hebat dari Maya Karin melalui filem Pontianak Harum Sundal Malam. Kemunculan Helmi The Gimmick yang membawakan watak Hassan juga tiada kesinambungan dengan sekuel yang terdahulu. Watak beliau sebagai seorang yang ber”mulut busuk” itulah yang akhirnya menjerat dirinya sendiri. Wataknya ditamatkan dengan mudah walaupun setelah membuat fitnah yang bukan kecil terhadap bakal menantu Di Raja. Watak Anita Sarawak sebagai Suraya juga seperti ada yang tidak kena. Suaranya lebih sesuai jika menggunakan suara asal beliau daripada mengubahnya kepada suara Doraemon.
Sinematografi
Saya wajar memuji keindahan negara Malaysia dan New Zealand yang dipaparkan di dalam filem ini. Kerja kameranya nyata bagus. Walaupun terdapat gegaran pada sesetengah shot apabila melibatkan pergerakan kamera. Kemewahan golongan Di Raja diceritakan dengan terperinci dalam filem ini. Filem ini nampak begitu mewah.
Cadangan
Saya mencadangkan agar Penerbit Kuasatek Pictures terus sahaja menerbitkan Cerekarama yang jauh lebih berkualiti daripada beliau menghabiskan wang berjuta ringgit untuk menerbitkan filem yang nampak gah di luar tetapi isinya kosong. Saya amat mengkagumi Cerekarama yang telah beliau terbitkan yang saya kira amat hebat. Surah Terakhir, Rebah Di Pintu Neraka, Salam Taj Mahal, Cinta Korporat dan beberapa lagi tajuk yang tidak dapat saya ingati. Saya pasti bakal menyusul Mr. Cinderella 3 kerana Hakimi dan Puteri Megawati belum pun berkahwin di penamat filem yang satu ini. Secara keseluruhan saya resah menonton filem ini yang terlalu syok sendiri serta bunyi handphone oleh penonton dangkal yang tidak pernah memikirkan tentang penonton lain.
Pada pandangan saya biarlah filem itu jika pun mahu dikomersialkan tetapi tetap diberi sentuhan artistik yang baik serta nilai mesej yang ingin disogokkan kepada penonton berbaloi dengan nilai wang ringgit yang dibelanjakan oleh Penerbit serta nilai wang yang digunakan oleh penonton untuk menonton filem ini. Kita masih memerlukan filem komersial tetapi biarlah yang mampu mendidik masyarakat dan bukan sekadar mengaut keuntungan.
Nota: Al-Fatihah disedekahkan buat 14 mangsa yang terbunuh dalam kemalangan antara bas sekolah dan bas ekspres di Kilometer 63 Jalan Lipis-Merapoh, Kuala Lipis. Kepada pengundi di Kelantan, Terengganu dan Pahang, pastikan anda mengundi Barisan Nasional pada pilihanraya akan datang. Barisan Nasional pasti menghadiahkan kepada anda sebuah lebuhraya yang lebih baik untuk kegunaan semua. Selepas 4 tahun, undi semula PAS iaitu setelah lebuhraya disiapkan oleh kerajaan Barisan Nasional. Sebelum siapnya lebuhraya baru itu, maka semakin banyaklah nyawa yang melayang.
Foto di print screen dari website record company afdlin shauki
klik untuk ulasan Fuyoo! oleh sultanmuzaffar di sini
Salam Raya Akademi Fantasia
Fenomena Akademi Fantasia yang melanda negara memungkinkan ASTRO berusaha menerbitkan sebuah album raya yang dinyanyikan oleh artis Akademi Fantasia. Usaha murni ini bagus untuk memperdengarkan lagu-lagu raya kepada generasi-generasi baru. Lagu yang terdapat dalam cakera padat antara lain ialah:
Di Pagi Raya - Artis Akademi Fantasia
Suatu Hari di Hari Raya - Vince
Dari Jauh Ku Pohon Maaf - Azizi
Aidilfitri - Rosma
Selamat Hari Raya - Khai
Selamat Hari Raya - Liza & Nana
Dendang Perantau - Sahri
Cahaya Aidilfitri - Adi & Burn
Suasana Hari Raya - Azza & Atie
Seloka Hari Raya - Azizi & Liza
Bersama Berhari Raya - Nija
Selamat Hari Raya - Nana, Azza, Atie, Liza, Rosma & Nija
Lagu Di Pagi Raya oleh Artis Akademi Fantasia
Lagu Di Pagi Raya merupakan sebuah lagu gubahan baru yang dinyanyikan oleh semua pelajar Akademi Fantasia. Pengaruh Timur Tengah diselitkan dalam lagu berirama Malaysia ini. Melodi lagu ini agak catchy dan memudahkan pendengar untuk menghafal lagu ini. Lenggok Siti Nurhaliza cuba diadaptasikan untuk baris nyanyian Rosma, sama seperti lagu Nazam Lebaran dan Sesuci Lebaran. Seperti yang sudah dijangka, vokal Rosma hampir menguasai lagu ini dan vokal beliau nyata lebih menyerlah walaupun pembahagian baris lirik dibahagikan sama rata dengan pelajar-pelajar yang lain. Keunikan vokal setiap pelajar berjaya diadun menjadi sebuah lagu yang indah. Secara keseluruhan kelebihan lagu ini dinyanyikan oleh pelbagai bangsa sekaligus telah menaiktarafkan sebuah lagu raya dari yang tipikal kepada satu pembaharuan.
Satu Hari di Hari Raya oleh Vince
lirik
Lagu nyanyian asal M.Nasir ini telah dibawakan oleh Vince dengan gayanya sendiri. Seperti biasa Vince akan meng”R&B”kan setiap lagu yang dibawa oleh beliau. M.Nasir mencipta lagu ini lebih 15 tahun yang lalu. Lagu ini pada saya merupakan sebuah lagu soul yang memerlukannya disampaikan dengan jiwa. Benar kata Uji Rashid sewaktu Syafinaz mendendangkan lagunya, setiap lagu ada cerita di sebalik lirik lagu tersebut. Ada yang ingin disampaikan. Adakalanya penyanyi yang memberi jiwa baru kepada lagu tersebut tidak dapat menghayati mesej lagu tersebut dan mengapa ia ditulis. Satu percubaan yang baik.
Dari Jauh Ku Pohon Maaf oleh Azizi
lirik
Lagu ini pernah disampaikan oleh idola Azizi iaitu Allahyarham Sudirman Hj Arshad. Azizi memang sinonim dengan lagu-lagu yang menyentuh perasaan seperti lagu ini. Lagu ini disampaikan dengan bersahaja oleh beliau. Dialog yang diselitkan di bridge lagu ini sedikit mencacatkan lagu ini walaupun ia dibuat sebagai kelainan pada lagu ini.
Aidilfitri oleh Rosma
Aidil Fitri – Sanisah Huri
Kini tiba masanya berhari raya
Muslimin dan muslimat sembahyang bersama
Menyembahkan diri pada yang kuasa
Bermaaf dan maafan di antara kita
Sesudah bersembahyang di pagi hari
Menziarah pusara kaum keluarga
Bunga ditabur doa pun dibaca
Mudah-mudahan rohnya dicucuri rahmat
Selamat hari raya hari mulia
Dari hati ke hati kutujukan kata
Untuk ayah bonda dan juga keluarga
Putera puteri negara di sempadan sana
Allah Allah Allahu Akbar (2x)
Kepada suaminya yang dikasihi
Maaf zahir dan batin mohon si isteri
Kalau salah terkasar bahasaku
Ampun dan maaf kekanda yang dinda harapkan
Kepada kekasihku yang baik budi
Bimbingan dan panduan selalu diberi
Kalau kusalah silap kau maafkan
Mudah-mudahan kita akan berkekalan
Allah Allah Allahu Akbar (2x)
Permulaan lagu ini dibuat secara solo oleh Rosma. Vokal Rosma tidak perlu dipertikaikan walaupun ada unsur-unsur klon Siti Nurhaliza dalam lagu Nirmala. Rosma dicipta atas kekuatan vokal beliau yang jelas bunyi Siti Nurhalizanya. Lagu sebegini memang sesuai dengan vokalnya. Tidak banyak perbezaan dalam gubahan baru lagu ini, masih mengekalkan melodi yang lama.
Selamat Hari Raya oleh Khai
lirik
Nyanyian asal Ahmad Jais ini amat bersesuaian dengan vokal Khai. Ada unsure-unsur alternatif pada lagu ini yang diberi sentuhan baru. Zaman lagu ini dicipta mungkin pada zaman irama pop yeh yeh. Oleh itu temponya yang agak rancak disesuaikan dengan range vokal Khai yang lebih sesuai mendendangkan lagu sebegini. Vokal Khai boleh saya sifatkan agak unik dan jarang ada di pasaran muzik Malaysia. “Cut through” seperti kata Ramli MS.
Selamat Hari Raya oleh Liza & Nana
lirik
Beberapa kali saya mengulang main lagu ini untuk cuba menerima irama barunya. Vokal Nana dan Liza sudah jauh berbeza dari kala mereka berada di Akademi. Ini merupakan kebenaran yang perlu kita terima. Jika diberikan komposer yang sesuai mereka boleh pergi jauh selain mereka mempunyai pakej yang boleh diterima pendengar. Gubahan baru lagu ini pada mulanya agak sukar untuk diterima tetapi inilah antara kelainan yang cuba ditampilkan oleh album ini. Saya dapat melihat bagaimana wajah kedua orang tua saya yang berkerut apabila mendengar gubahan baru lagu ini seperti waktu kali pertama mereka mendengar Anuar Zain mendendangkan lagu Jeritan Batinku yang diberi sentuhan R&B. Dua penyanyi ini telah diberikan satu niche untuk mudah mereka menembusi pasaran kelak.
Dendang Perantau oleh Sahri
Dendang Perantau – P.Ramlee
Di hari raya
Terkenang daku kepada si dia
Kampungku indah nun jauh di sana
Ayah serta bondaku
Di tepian mandi
Danauku hijau yang aman damai selalu
Nun di sanalah tempat aku bertemu
Aku dan dia
( korus )
Apakan daya
Masa tak akan kembali
Hancur musnahlah semuanya
Impian yang murni
Tinggal menjadi kenang-kenanganku
Hanya rangkaian kata dan lagu
Dendang perantau
( ulang korus hingga akhir )
Ini lagu P.Ramlee. Saya kira Sahri berjaya mendendangkan lagu ini mengikut acuannya sendiri. Lenggok vokal suara divariasikan mengikut kesesuaian. Namun demikian, saya masih mengkagumi lagu asal yang saya sifatkan jauh lebih baik. Percubaan memberi nafas baru lagu Dendang Perantau wajar dipuji kerana penerimaan pendengar tentunya agak sukar kerana lebih terikat dengan gubahan asal Tan Sri P.Ramlee.
Cahaya Aidilfitri oleh Adi & Burn
lirik
Keserasian vokal Burn dan Adi menjadi kekuatan lagu ini. Adi amat sesuai mendendangkan lagu-lagu bermotif sedih dan suaranya boleh membuatkan pendengar menangis. Tentu kita masih ingat apa yang berlaku sewaktu Kemuncak Konsert Akademi Fantasia beberapa bulan yang lalu. Tidak banyak perubahan dibuat kepada gubahan lagu ini. Masih mengekalkan yang lama. Vokal Burn nyata lebih baik berbanding dahulu.
Suasana Hari Raya oleh Atie & Azza
lirik
Secara jujur, Azza dan Atie tidak boleh menyanyi. Mereka digandingkan bersama untuk menyeimbangkan kekurangan masing-masing. Vokal mereka tiada keserasian.
Seloka Hari Raya oleh Azizi & Liza
lirik
Lagu ini merupakan antara lagu terbaik yang ada di dalam album ini. Ada keserasian pada vokal Azizi dan Liza. Lagu ini mengingatkan saya kepada penyanyi asal lagu ini iaitu Hail Amir dan Uji Rashid. Suara Azizi yang lembut nyata kena dengan Liza. Gubahan baru lagu ini tidak banyak bezanya dengan lagu asal.
Bersama BerHari Raya oleh Nija
Selamat Berhari Raya – Rahimah Rahim
Selamat berhari raya
Ucapan ku untuk semua
Kita mengeratkan semula
Hubungan saudara
Yang terpisah
Yang jauh berkirim salam
Yang dekat berkunjung-kunjungan
Maaf dipinta dan diberi
Semoga ikatan berkekalan abadi
( korus )
Dalam kita bergembira
Pasti ada yang berduka
Enak menjamu selera
Jangan lupa yang tiada
Selamat berhari raya
Walau di mana kau berada
Suka-duka silih berganti
Apa pun dugaan
Tabahlah menghadapi
( ulang dari mula hingga akhir )
Tajuk lagu ini pada kulit album tertera Bersama Berhari Raya. Saya cuba untuk mencari lirik lagu tersebut tetapi tiada lagu yang bertajuk sedemikian. Beberapa minit kemudian saya terjumpa tajuk sebenar lagu ini iaitu Selamat Berhari Raya dendangan asal Rahimah Rahim. Kesilapan ini sewajarnya tidak patut berlaku lebih-lebih lagi melibatkan tajuk lagu serta hak milik penciptaan lagu tersebut. Nija mendendangkan lagu ini dengan caranya sendiri. Lagu rancak ini didendangkan dengan penuh bertenaga dari Nija walaupun scale vokal beliau dan range melodi lagu ini sedikit tidak sama. Seperti ada yang tidak kena dengan lagu ini.
Selamat Hari Raya oleh Nana, Azza, Atie, Liza, Rosma & Nija
Selamat Hari Raya - Saloma
( 1 )
Selamat aidil fitri
Kepada saudara serta saudari
Setahun hanya sekali
Merayakan hari yang mulia ini
( 2 )
Di masa bulan Ramdan
Kita berpuasa hingga sebulan
Pabila Syawal menjelma
Hari raya disambut dengan gembira
( korus )
Miskin kaya memakai baju baru warna-warni
Mengunjungi sanak-saudara kaum famili
Sungguh hebat pemandangan di hari raya ini
Tua muda wajah berseri-seri
Marilah bergembira
Bersama menikmati hari raya
Mintak mak kuih sepotong
Saya mahu makan kerna perut kosong
( ulang 1 & 2 )
Maafkanlah jika ada terlanjur perkataan
Diharap supaya jangan disimpan
Kuberdoa selamat panjang umur murah rezeki
Semoga Tuhan akan memberkati
Selamat hari raya
Hari untuk kita bersuka ria
Selamat kami ucapkan
Untuk kita hingga sampai tahun depan
Selamat hari raya
Lagu ini didendangkan dengan penuh meriah oleh pelajar perempuan Akademi Fantasia. Lagu asal nyanyian Biduanita Negara berjaya disampaikan oleh mereka dengan baik. Sketsa yang ditampilkan memberikan kelainan kepada lagu ini. Paling menarik tentunya pesanan Azza "Jangan main mercun,tau!"
Saya paling menggemari lagu Cahaya Aidil Fitri oleh Burn dan Adi serta Lagu Di Pagi Raya oleh Artis Akademi Fantasia. Tetapi sedikit terkilan kerana tidak semua pelajar diberikan peluang untuk mendendangkan sebuah lagu seorang. Hanya Khai, Vince, Nija, Rosma, Sahri dan Azizi sahaja berpeluang untuk menyanyi secara solo. Adalah lebih baik sekiranya semua pelajar diberi peluang yang sama dan album ini dijual dalam dua (2) cakera padat. Album satu menampilkan 12 lagu secara solo dan album dua menampilkan 10 lagu-lagu secara duet atau pun beramai-ramai. Koleksi lagu raya yang ada di Malaysia juga agak banyak. Album tersebut boleh dijual pada harga yang minimum seperti Album Konsert Akademi Fantasia yang ada di pasaran sekarang.
Lagu seperti Suasana Di Hari Raya (Anuar & Elina), Bila Takbir Bergema (Rafeah Buang), Suara Takbir (P.Ramlee), Lenggang Mak Limah, Kepulangan Yang Dinanti (Aman Shah), Halaman Asmara (Ziana Zain & Awie), Balik Kampung (Sudirman) sekadar menyebut beberapa lagu boleh dijadikan sandaran untuk album raya tahun hadapan. Tentunya lagu Musafir Di Aidil Fitri nyanyian asal S.Jibeng dikhaskan untuk Adifashla.
Musafir Di Aidil Fitri – S.Jibeng
Gema takbir di subuh hari
Menjelang sudah aidil fitri
Tapi hamba musafir diri
Ke sana sini membawa diri
Ayah ibu lamalah pergi
Pergi menyahut seruan Illahi
Tinggal hamba seorang diri
Tiada siapa ingin hampiri
( korus )
Oh Tuhan Yang Maha Kaya
Hamba menangis di pagi raya
Aidil fitri hari bahgia
Tapi hamba dilanda derita
Pusara ayah dan juga ibu
Di pagi bahgia hamba kunjungi
Dengarlah ini ratapan anakmu
Hamba musafir di aidil fitri
Rating : 2.5/5 bintang
Kredit Foto : Elle Yus Emira
Ulasan akan datang : Rumah Terbuka Akademi Fantasia, album Simbiosis oleh Ella, album Mimpi Pun Sama oleh Siti Sarah, drama Rebah Di Pintu Neraka di TV3, Tinggallah Kasih Tinggallah Sayang di ASTRO Ria dan telemovie Ampunkan Dosaku.
PRESS RELEASE
GPM launches "SMS for Charity" campaign
www.keamanan.net
KUALA LUMPUR, November 20, 2003 (Thursday): Global Peace Malaysia (GPM) today signed an agreement with SMSfocal Sdn Bhd to officially launch its "SMS for Charity" campaign.
With this campaign, members of the public can contribute to charity by using their mobile phones through all the five networks - 012,013,017,016 and 019.
The public can choose to contribute RM1,RM2,RM3,RM4 or RM5. All you need to do is to go to the "write message" box of the hand phone and type: GPM followed by space and the amount you wish to contribute i.e (1,2,3,4 or 5), then send to 39111.
Anda boleh memilih untuk menderma RM1, RM2, RM3, RM4 atau RM5. Apa yang anda perlu lakukan ialah pilih "write message" pada telefon bimbit anda dan taip: GPM diikuti dengan ruang dan nilai yang ingin anda dermakan, contoh (1,2,3,4 atau 5), dan kemudian hantar ke 39111.
"Thanks to today's technological advances, donation to charity is made so much easier and faster, which will be a boon to us, especially when we are in dire need of funds to continue our humanitarian relief work," said GPM Vice Chairman Puan Sharifah Aminah Al-Khared.
"As you know, GPM is active not only in Malaysia but also provides humanitarian aid to Iraqis, Afghans, Sri Lankans and the unfortunate people of other third world nations.
"In order to be effective, our aid projects must be long-term commitments. These normally include food programmes, children's education as well as community rebuilding and rehabilation programmes, which will take at least 3 to 5 years to have a meaningful impact," she said
"We are now in a dilemma as we are finding difficulty in fulfilling our pledge to the Iraqi children to provide basic educational materials when school commences. Our rebuilding programmes in Afghanistan and other countries are also running short of funds," said Sharifah
She said that todate all GM's humanitarian relief had been dependent on money raised through its members and friends.
She also said that GPM have been promised funds from many quarters but have received none so far.
"We are sad about this situation because we fear that if we don't receive funds soon, we may have to close down our international operations and abandon all our humanitarian programmes in Iraq and Afghanistan," she said.
Accordingly to her, GPM have been actively involved in humanitarian work since the early 1990s in war-torn countries like Croatia, Bosnia and Kosovo and currently in Afghanistan, Iraq, Sri Lanka, Cambodia and other trouble nations.
"Through our humanitarian efforts, we have earned the trust and respect of the people in the numerous countries we've work in, and they readily accept us because we are Malaysians," she said.
"We have been receiving calls for help almost daily from our counterparts in Iraq, Afghanistan, Sri Lanka and other places," said Sharifah Aminah.
"We sincerely hope our fellow Malaysians will once again help us to help these unfortunate people through our "SMS for Charity" campaign in the spirit of giving and sharing during this festive season," she said.
Speaking at the signing ceremony, SMSfocal Sdn Bhd Chief Operating Officer, Encik Muhammad Nasir Habizar said he was pleased to play a part in the charity initiative and pledged to ensure the success of the campaign.
SMSfocal is a contents and SMS solutions provider for the ICT industry. Its services include research on new SMS Technology, Trends and Applications; consultancy in multimedia application development, network applications & installation, and other ICT related management systems as well as retailer of ICT products.
Issued for and behalf of Global Peace Malaysia (GPM) by ADAD Communications. For futher information, kindly contact Ainuddin Dahlan or Karen Liew at Tel: 03-7957 6461 or Fax: 03-7957 6027 or email:adad@po.jaring.my
Dari Salman bin Amir r.a., dari Nabi saw., beliau bersabda,
"Sesungguhnya bersedekah kepada orang miskin dianggap satu pahala, sedangkan bersedekah kepada kerabat dianggap dua pahala; satu pahala sedekah dan satu pahala menyambung silaturahim."
(H.R. Nasai)
Mutiara hadis:
1. Keutamaan sedekah kepada fakir miskin dan keluarga dekat.
2. Keutamaan menyambung silaturahmi.
3. Kelipat-gandaan ganjaran bersedekah kepada keluarga dekat.
Saudara/Saudari sekalian,
Kepada semua pembaca weblog ini, saya mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Fitri, Maaf Zahir Batin. Saya memohon seribu keampunan sekiranya ada terkasar bahasa penulisan, bahasa pertuturan juga bahasa chatting. Maaf saya pinta. Semoga Syawal ini memberi erti kepada anda semua. Juga diingatkan berhati-hati apabila memandu pulang ke kampung halaman. Selamat pulang dan selamat kembali bertugas. Jangan lupa menonton Rumah Terbuka Akademi Fantasia dan ulang tayang Konsert Reunion serta Kemuncak Konsert Akademi Fantasia. :)
Pastikan anda terus bersama, kerana kejutan yang lebih hebat bermula 1 Januari 2004. Nantikan kemunculannya.
Eid Mubarak
sultanmuzaffar
Perekabentuk kad :
bogosedesign@yahoo.com
Nuppy © Ekad Malaysia 2003
Untuk grup pfs affening, don't drink and drive !
Sahabat Baru
grup pfs affening
Sudah agak lama saya tidak bercerita tentang apa yang berlaku dalam kehidupan saya di dalam weblog ini. Sejak akhir-akhir ini penulisan saya lebih menjurus kepada bidang ulasan. Beberapa tahun dahulu, saya menulis tentang kehidupan. Apa yang saya buat. Saya minum teh tarik dengan siapa. Saya mengamuk kerana beban kerja yang terlalu banyak. Merungut tentang kerja ProjectX yang tidak masuk akal serta aspek kehidupan yang sepatutnya menjadi rahsia tetapi didedahkan kepada umum. Oleh kerana ada masalah yang tidak dapat saya elakkan, saya mengambil cuti sabatikal selama beberapa bulan. Tidak menulis tentang apa-apa. Hidup jadi terlalu bosan. Lalu saya kembali menulis. Weblog saya mula dikenali kerana pengaruh Akademi Fantasia yang mula menular beberapa bulan yang lalu. Fenomena ini secara tidak langsung memberi kesan yang cukup besar kepada weblog saya. Saya ingin menarik perhatian anda, tentang bagaimana sebenarnya Akademi Fantasia telah memberikan saya peluang untuk bertemu beberapa sahabat baru. Pada mulanya saya agak keberatan untuk bertemu dengan mereka. Beberapa kali didesak agar hadir ke tempat mereka bertemu. Saya menolak. Sebenarnya saya juga telah dinasihatkan oleh salah seorang sahabat baik saya agar tidak bertemu dengan pembaca weblog kita sendiri. Katanya nanti lain jadinya. Saya merahsiakan perkara itu daripadanya sehinggalah hari ini.
Pertama kali saya “terpaksa” untuk bertemu dengan Vadx, salah seorang pembaca saya. Saya perlu memberikan kepadanya satu salinan CD yang mengandungi mp3 lagu-lagu yang dipetik dari Konsert 1 hingga Kemuncak Konsert Akademi Fantasia. CD tersebut perlu saya serahkan kepada beliau untuk dibuat salinan lalu diberikan kepada hampir 30 pembaca weblog saya yang selalu saya berbalas-balas email dan bersembang di tagboard. Lagu-lagu mp3 tersebut dirakam oleh mytipi juga salah seorang pembaca saya yang kini berada di Sarawak. Saya “terpaksa” juga bertemu dengan Vadx kerana salinan CD perlu dibuat dengan segera. Saya kira, koleksi mp3 yang ada pada kami adalah yang terlengkap di Malaysia. Mungkin tidak ada orang lain yang mempunyai koleksi selengkap kami. Tengahari itu, kami bertemu di sekitar tempat saya bekerja. Kami makan nasi ayam. Saya tidak banyak berbual dengan beliau ketika itu. Memang saya agak kekok kerana itulah pertama kali saya bertemu dengan pembaca saya. Saya agak gusar dengan penerimaannya. Saya memberikan CD tersebut kepadanya dan saya kembali ke pejabat.
Pertemuan kali kedua ini agak berbeza. Lebih ramai. Lelaki dan perempuan. Saya bertemu mereka buat kali pertama di Oren Kampung Baru. Sebenarnya kebanyakkan yang hadir pada malam itu bertemu buat pertama kali kecuali beberapa sahabat perempuan yang telah pun membuat temujanji sebelum itu untuk membeli-belah di waktu tengahari Jumaat. Saya sampai paling akhir, itu pun setelah Yeen menelefon bertanyakan tentang sama ada saya hadir atau tidak. Saya telefon Antu salah seorang pembaca lelaki bertanyakan sama ada beliau dalam perjalanan. Saya lebih selesa sekiranya beliau ada sekali. Minggu tersebut merupakan minggu yang tidak baik buat saya. Ayah dimasukkan ke hospital kerana diserang mild stroke. Oleh itu saya tidak banyak bergembira malam itu. Saya sarung baju Planet Hollywood London dan terus memandu ke Kampung Baru. Setibanya saya di Oren, saya masuk dengan agak gelabah juga. Saya berjalan dan terus bersalam dengan beberapa pembaca lelaki yang ada lalu duduk. Meja yang tadinya riuh-rendah tiba-tiba senyap. Saya buat muka selamba. Saya tidak banyak berbual malam itu. Hanya bercakap bila perlu. Mereka agak riuh juga mungkin kerana telah banyak kali bertemu. Malam itu ada Lanun, Yeen, LV, Izreen, Frodo, Aeryn, Kak Aidid dan adiknya Intan, Sempoii, Ymaulai, Kak Iffa dan suami serta Antu.
Pertemuan kali ketiga saya sudah mula mendapat sedikit kekuatan untuk membiasakan diri dengan keadaan tersebut. Kali ini perjumpaan itu dilakukan untuk meraikan Hari Lahir Frodo yang di buat di Sampan, Kampung Baru. Kali ini ia dihadiri oleh Lanun, Yeen serta 3 orang anak buahnya, LV, Vadx dan Yaya, Izreen, Antu, Frodo, Kak Aidid, Sempoii, Ymaulai, Kak Iffa dan suami serta Spiral.
Majlis Berbuka Puaka seperti kata Spiral dibuat di Istana Budaya. Tempat yang agak gah di mata masyarakat. Majlis itu dihadiri oleh Vads dan isteri serta anak, Lanun, Yeen, LV, Frodo, Sempoii, Ymaulai, Kak Iffa dan suami, Antu, Cqeng dan kawannya Ziq, Rzzlan serta Ted. Ramai juga yang ada. Termasuk juga yang membawa sekali KDN. Yang menarik malam itu tentunya baju Yeen yang sama dengan warna alas meja. Selepas selesai majlis berbuka, sessi bergambar yang tidak henti-henti di perkarangan Istana Budaya.
Masing-masing ada perwatakan masing-masing. Itulah uniknya sahabat-sahabat baru saya ini. Lanun seperti contohnya merupakan perantara yang paling penting antara kami dengan budak-budak Akademi Fantasia. Beliau juga suka bercamping. Banyak juga maklumat yang kami peroleh daripada beliau. Yeen pula seorang yang gilakan camping. Beliau merupakan orang yang pertama saya beri nombor handphone saya. Izreen dan Yeen, saya pernah keliru yang mana satu Yeen, yang mana satu Izreen. Saya menghadapi masalah untuk mengingati nama orang mungkin. Frodo pula diibaratkan macam adik tiri kepada grup ini. Beliau sering dibuli terutamanya oleh Sempoii. Beliau akan jadi runner untuk menjadi penunjuk jalan. Esok lusa pula beliau akan menjadi pengangkut tong gas dan dapur. Kak Aidid, saya tidak pernah menyangka yang beliau mempunyai lima orang anak. Tetapi apabila bercakap tentang Akademi Fantasia, amat fasih. Beliau merupakan peminat Azizi yang amat fanatik. Sempoii merupakan kawan chatting bapa saya waktu malam-malam dan saya pernah bertemu dengan beliau sebelum Akademi Fantasia. Ymaulai, seorang yang agak pendiam. Saya tidak banyak bercakap dengan beliau. Beliau pernah menyaksikan acara yang dianjurkan oleh AGE iaitu Merdeka Anak Muda. Kak Iffa dan suaminya juga merupakan peminat Akademi Fantasia. LV tinggal sekampung dengan saya. Tetapi apabila tiba waktu pulang dari gathering saya akan memberi laluan kepada Lanun untuk menghantarnya pulang. Moga-moga weblog saya mendapat pahala kerana ada di antara mereka yang mendirikan masjid selepas itu. Vadx merupakan pembaca yang pertama saya jumpa. Sudah berkeluarga dan sering menghadapi masalah untuk mendapatkan permit dari Kementerian Dalam Negeri. Pertama kali bertemu Rzzlan ialah sewaktu di Istana Budaya untuk menyambut hari lahirnya. Itulah juga kali pertama beliau berjumpa dengan ahli-ahli yang lain. Tetapi layanannya mengejutkan umpama kita telah berjumpa beberapa kali. Saya bertemu dengan Ted pertama kali di Istana Budaya. Dah mula berjinak-jinak dengan blog dan mempunyai blog sendiri dalam bahasa Inggeris di ted.weblog. Tidak banyak yang saya tahu tentang Spiral. Hanya sempat bertemu di Sampan. Itu pun hanya untuk sebentar. Beliau ada blog sendiri di spiral.weblog. Saya fikir beliau sudah mula mendapat rentak penulisannya. Ulasan-ulasannya juga baik dan sering saya jadikan rujukan sebelum menonton filem ganas. Beliau sudah mendapat niche dalam bidang penulisan iaitu mengulas filem ganas. Antu merupakan seorang yang kuat merapu terutamanya apabila di tagboard mahupun di blog dan amat sesuai dengan nama gelarannya. Komen-komen beliau berunsur jenaka yang sinikal. Saya senang berYM dengan beliau.
Jangan dijentik sahabat baru saya ini, kerana saya akan mempertahankan mereka. Moga kita akan bertemu lagi di RTsm. InsyaAllah.
Paloh : Dilemma Melayu Yang Keliru
Saya tidak berkesempatan menonton Paloh tatkala tayangannya di pawagam. Mungkin kerana tempoh tayangannya yang singkat atau kerana kesibukan yang terlampau. Saya mendapat khabar yang kutipan Paloh hanya sekitar RM80,000 sahaja. Cukup untuk wang hantaran 2 1/2 Erra Fazira. Saya melanggan ASTRO Showcase untuk menonton filem Paloh. Beberapa kali saya tonton untuk mendapatkan pemahaman tentang filem ini. Mungkin kerana keselesaan di rumah menyebabkan konsentrasi saya terganggu lalu intipati cerita tersebut saya tertinggal.
Apabila melihatkan ada diskusi serta tayangan khas Paloh di Actors Studio Bangsar, saya pergi menontonnya. Peluang yang ada tidak saya lepaskan untuk bersua muka dengan pengarah kontroversi filem tersebut, Adman Salleh. Saya akui Paloh merupakan sebuah filem yang memerlukan had kelayakan IQ untuk para penontonnya. Bukan sebarang orang boleh menonton filem sedemikian yang memerlukan otak memproses maklumat dengan pantas dalam keadaan non-linear.
Filem sebegini perlu diteliti dengan minda yang terbuka dan penumpuan yang terbaik. Penggunaan konsep non-linear menjadikan penonton perlu berfikir lebih untuk menikmati keseluruhan filem ini. Saya amat tertarik dengan filem ini dan berminat untuk mengulasnya adalah kerana ideologi filem ini. Pada pendapat saya, perjuangan komunisme telah diangkat ke satu tahap yang boleh dibanggakan oleh filem ini. Ideologinya jelas jauh tersimpang dengan apa yang selalu kita pegang yang mana komunis merupakan anasir jahat yang perlu ditentang habis-habis.
Paloh bermula dari kenangan Ahmad dan rakan baiknya Osman. Imbas kembali Osman membuka naratif filem ini dengan menggunakan shot Osman sedang menyiapkan karangannya tentang kisah-kisah lampau. Adegan atas adegan bergerak dengan pantas namun demikian masih terkawal dan kesan dramatiknya dapat dirasai oleh penonton sekaligus mencadar minda penonton. Itu kelebihan Paloh. Kita tertunggu-tunggu penghujungnya.
Dinilai dari aspek lakonan, boleh dikatakan para pelakon telah memberikan lakonan yang cemerlang. Watak mereka saling memperlengkap. Perwatakan masing-masing dibangunkan dengan baik oleh pengarah. Tetapi sayangnya kurangnya shot close-up membuatkan ekspresi lakonan mereka tidak dapat ditonton oleh penonton.Tidak banyak pandangan kamera jarak dekat yang meperlihatkan mood pelakon.
Pembikinan filem merupakan satu kerja yang melibatkan banyak pihak. Bermula dari penerbit sehinggalah kepada pembuat teh. Oleh itu kerjasama yang kukuh penting dalam menghasilkan sebuah filem yang berjiwa Malaysia. Kontroversi yang melibatkan pengarah dan penerbit benar-benar mengejutkan walaupun sekaligus ia membuktikan semangat Malaysia Boleh yang sering dilaung-laungkan oleh tunggak kepimpinan Malaysia.
Kekacauan filem ini mungkin kerana penglibatan pengarah yang dihentikan di pertengahan jalan atas alasan yang tidak munasabah. Durasi filem ini yang pada asalnya memakan masa lebih 2 jam telah dicantas tanpa kebenaran pengarah kerana pengarah tidak di bawa bersama sewaktu proses adunan akhir. Lebih mengacaukan filem ini tentunya kerana tiada cue apabila teknik imbas kembali digunakan menyebabkan penonton keliru yang mana bukan flashback dan yang mana flashback.
Melayu yang keliru jelas pada watak Ariffin Nur (Samat Salleh) dan pengikut-pengikutnya yang warak akhirnya menjadi anggota komunis, walaupun ideologi komunisme jelas menentang agama. Perkara ini wujud akibat kecewa mereka kepada keadaan yang berlaku pada waktu itu. Tetapi di dalam waktu yang sama mereka masih bermain gambus untuk menghiburkan hati di dalam hutan. Di mana letaknya komunisme mereka itu ? Saya jelas keliru
Paloh yang membabitkan bajet hampir RM4 juta itu tidak gagal sebenarnya sekalipun dikhabarkan filem tersebut mempunyai peluang yang besar untuk menyengat di Shiraz kerana memiliki kekuatan cerita dan nilai tema sejagat serta mutu lakonan yang cemerlang. Walaupun tidak berjaya memenangi apa-apa anugerah utama di Festival Filem Asia Pasifik di Shiraz, Iran, filem ini masih boleh berbangga kerana menduduki senarai akhir untuk beberapa kategori utama
Kegagalan pelakon Paloh untuk menonjolkan diri adalah kerana kurangnya close-up shot yang menampakkan ekspresi wajah pelakon. Terlalu banyak long shot serta angle jauh untuk filem Paloh lalu menyukarkan peluang mereka untuk dinilai sebagai pelakon terbaik.
Apa sudah jadi dengan filem Paloh ? Di mana nilai Malaysia jika Vietnam, Iran dan beberapa negara yang jauh lebih terkebelakang menjadi ukuran untuk penilaian. Vietnam dan Iran nampaknya lebih maju industri filem mereka daripada kita. Malaysia masih belum mampu menyaingi negara-negara tersebut dalam beberapa kategori utama. Kita kononnya berbangga apabila berjaya menghasilkan sesuatu filem yang kita rasa terbaik tetapi apabila bersaing di peringkat antarabangsa filem kita gagal. Atau dengan kata lain Malaysia hanya syok sendiri.
Filem ini pastinya menjadi filem yang terbaik jika tidak kerana kontroversinya. Jika pengarahnya diberi peluang untuk menyiapkan hasil kerja yang terganggu angkara karenah penerbit yang tidak tahu bagaimana membuat filem. Kreativiti dan ide Adman Salleh akan dapat membuahkan sesuatu yang cemerlang, jika kerja-kerja terdahulu dijadikan perbandingan.
Kredit Foto Laman Utama Paloh
Dari Montage Rumah Terbuka Akademi Fantasia
::terima kasih lanz::
download
Rumah Terbuka Akademi Fantasia
download
Rumah Terbuka Akademi Fantasia
download
Adifashla
download
Atie
download
Azizi
download
Aznil
download
Azza
download
Burn
download
Group Akademi Fantasia
download
Group Akademi Fantasia
download
Group Akademi Fantasia
download
Group Akademi Fantasia
download
Khai
download
Liza
download
Liza
download
Nana
download
Nana
download
Nana
download
Nija
download
Rosma
download
Sahri
download
Vince
SEMAN oleh MANSOR PUTEH dan GEDEBE oleh NAM RON:
REALITI YANG TERANG DAN JELAS TETAPI MENJADI GELAP DAN KELABU
oleh HASSAN MUTHALIB
penulis boleh dihubungi melalui email hasanimasi@yahoo.com
PENDAHULUAN
Petikan dari kertas kerja DR ANUAR NOR ARAI, bertajuk: Mansor Puteh: SEMAN, Sebuah Filem Peribadi (Dewan Bahasa, 19 Oktober 2002), saya fikir wajar dan ada kaitan bagi membincangkan filem SEMAN dan GEDEBE. Kata Dr Anuar: Kebenaran memang kejam dan menghiris bila yang gelap dan kelabu menjadi nyata, tambahan pula jika semua realiti terang dan jelas……
Kita meletakkan yang menyentuh hidup kita di barisan depan order yang disusun dan cuba memahaminya dalam waktu yang sudah teranjak
Mansor dan Nam Ron cuba mencari dan memahami kebenaran. Jika keadaan gelap dan kelabu, sudah tentu menjadi sukar untuk difaham. Bagaimana pula jika ianya berlaku dalam keadaan yang terang dan jelas?
Sememangnya menjadi kejam dan menghiris.
Apa lagi jika ianya dialami oleh orang muda yang mempunyai ilmu dan idealisme serta semangat yang berkobar-kobar untuk meneroka dunia yang menghulurkan pelbagai janji. Mungkin inilah perasaan Mansor dan Nam Ron yang cuba memahami realiti di zaman mereka yang amat membingungkan.
PENDEKATAN SEMAN DAN GEDEBE
SEMAN menggunakan pendekatan counter cinema dan post-modern yang biasanya diguna dalam pembikinan filem eksperimental dan avant-garde.
Naratifnya anti-plot tetapi imej-imejnya dialektik. Struktur dan tekstur diperlihatkan dilayar. Ruang dan masa jarang mempunyai kesinambungan dan seringkali disjointed. Watak-watak menjadi subjek dan bukan objek, sekaligus pendekatan ini menjadikannya anti-Hollywood.
GEDEBE sebuah filem pseudo –counter cinema. Walaupun pendekatan tekniknya mirip pada SEMAN, pendekatan yang diambil adalah sesuai dengan subjeknya. SEMAN dan GEDEBE tidak cuba untuk mengajak penonton bersimpati dengan watak-watak dan milieu mereka.(seperti filem genre yang menggunakan teknik identification atau empathy). Mereka menggunakan pendekatan distanciation. Distanciation merupakan satu strategi untuk membuatkan penonton berasa terasing dari apa yang ditonton. Dengan pendekatan ini, penonton akan lebih objektif dan kritikal, sekaligus berfikir tentang nawaitu pembikin filem.
Watak SEMAN dilahirkan begitu individualistik. Kelakuannya bizarre. Milieunya: …..taman kecil, kebun getah, tepi longkang besar, Bandar kecil, pondok telefon, ruang bermain teater, seluruhnya adalah a pile of memory yang crude, unrefined…..(Anuar Nor Arai). Punk dan skinhead sememangnya mempunyai reputasi buruk. Kelakuan mereka dalam GEDEBE sangat menjijikkan – memukul orang, kencing dikhalayak, hisap ganja dan sebagainya. Milieu mereka: Terowong, bilik yang berselerak, kawasan di bawah tanah dan jejambat yang kotor dan terasing Perasaan jijik dan terasing ini diutarakan oleh Mansor dan Nam Ron agar penonton dapat memikirkan tentang apa yang sebenarnya dibicarakan mereka. Inilah pendekatan distanciation.
Kedua-dua filem ini menggunakan pendekatan fotografi secara langsung (direct photography), fast editing, jump cut dan unmatched shots. Di segi perwatakan - watak-watak dua-dimensi yang kabur, dan kelakuan yang agak sukar untuk difaham – semuanya satu strategi untuk mengajak penonton mengambil satu pendirian yang kritikal dan objektif, agar melihat keadaan masyarakat sekeliling sebagaimana ianya ideologically and institutionally constructed.
SEMAN adalah filem tempatan yang pertama yang menggunakan pendekatan counter-cinema. Watak Seman menulis biografinya, tetapi dalam bahasa Melayu lama. Naratifnya bergerak tanpa sempadan masa dan ruang. Yang berada dalam ingatan putus-putus dan fragmented……waktu tidak dituntut dengan waktu kalendar. Waktu dituntut dengan emosi dan intelek (Anuar Nor Arai). Pada tahun 1988, Dr Anuar telah menyatakan bahawa SEMAN adalah sebuah filem yang 15 tahun ke hadapan. Selepas 18 tahun, isu yang dibawa dalam SEMAN masih relevan. Mansor berkongsi realiti hidupnya yang tidak pernah terkongsi sebelum ini kecuali dengan watak-watak yang bermain dalam ceritanya (Anuar Nor Arai).
Berbeza dengan SEMAN, GEDEBE sebuah straight narrative yang meng-isahkan laporan Brutus kepada Ketua Polis dan bagaimana ia dihasut oleh Cassius untuk membunuh Caesar. Melalui flashback dan parallel editing, kita melihat sebuah kisah tentang betrayal, honour & personal glory. It is political satire at its pernicious best (Johan Jaafar: NST, 23 Ogos 2003).
SEMAN menggunakan fotografi secara langsung (direct photography), pada keseluruhannya. GEDEBE juga menggunakan direct photography hampir keseluruhannya. Pada dasarnya ia merupakan counter-cinema tetapi sebenarnya pseudo-counter cinema. Budget yang rendah telah menentukan teknik produksi sebegini. Namun, teknik fotografi hand-held tanpa penataan cahaya dan disjunctive editing sesuai dengan subjek dan naratifnya.
GEDEBE SEBAGAI ADAPTASI DARI SHAKESPEARE
GEDEBE merupakan filem tempatan yang pertama yang bersandarkan cerita Julius Caesar, karya Shakespeare. Nam Ron memilih dua kumpulan samseng yang bertelagah - punk dan skinhead. Mungkin Nam Ron mendapat inspirasi dari 2 filem Hollywood yang mengadaptasi karya Shakespeare ke filem: West Side Story (Robert Wise – 1961), yang diadaptasi dari cerita Romeo & Juliet, dan William Shakespeare’s Romeo & Juliet (Baz Lehrman – 1996). Kedua-dua filem ini menggunakan watak kumpulan samseng yang bertelagah sesama sendiri.
Dalam West Side Story, terdapat satu kumpulan bernama Jets (kumpulan samseng kulit putih). Kumpulan yang satu lagi ialah Sharks (kumpulan samseng berasal dari Puerto Rico). Filem Baz Lehrman pula menggunakan punk (kumpulan samseng kulit putih) dan samseng yang berasal dari Puerto Rico. Pendekatannya: gaya MTV di segi penggunaan suntingan, sinematografi dan musik - penuh dengan aksi ganas yang memperlihatkan urban apocalypse. Kedua-dua filem ini, dan GEDEBE, memaparkan watak orang-orang muda di zaman pasca-moden dan bagaimana tindakan mereka akhirnya membawa kepada kehancuran.
Kata Dr Anuar: Memahami zaman membesar bukan perkara remeh…..Dunia yang sarat yang berlonggok dalam akal dan fikiran…..itu perlu dibuka luas supaya senak, sesak, sempot, yang terselaput begitu lama, dapat dibuka bendungnya……dengan berkata: Ada benda aku nak kata.
Apakah yang ingin dikata oleh Mansor dan Nam Ron?
Dari apa yang dilakukan oleh Mansor, kita merasakan pemberontakan kecil dalam dirinya yang jauh tenggelam dalam siksa fizikal dan batinnya bahawa penipuan dan pembohongan yang terlalu bebas dan meluas dalam kehidupan biasa manusia sudah tidak terbendung lagi, dan Mansor membendungnya dengan sungguh-sungguh dalam Seman. Mansor sangat jijik pada hipokrasi (Anuar Nor Arai).
DHOJEE (penerbit GEDEBE), telah menjelaskan bahawa GEDEBE sebenarnya tentang keresahan Nam Ron terhadap beberapa peristiwa besar yang berlaku di Malaysia. Namun, sehingga hari ini, tiada siapa pun tahu apa yang sebenarnya telah berlaku, dan siapa yang sebenarnya yang bertanggungjawab. Semuanya gelap dan kelabu.
PENUTUP
Jika dibentuk satu soalan untuk gambarkan dilema yang dihadapi oleh pemuda seperti Mansor dan Nam Ron, mungkin ianya akan berbunyi begini: My essential nature seems inextricably bound up with processes and forces that I am forced to be part of. How can I have significance and purpose when I am thrown into situations over which I have no say or control?
Keresahan mereka ini dapat dilihat dalam beberapa adegan. Antaranya: Watak Seman dimarahi majikannya - bukan di bilik pejabat tetapi di dalam tandas. Betapa rendahnya dipandang Seman dan idea-ideanya. Dalam GEDEBE, kamera video merakam Cassius dan Brutus di dalam tandas. Diperlihatkan rakaman itu dalam bentuk hitam putih, sekaligus mengatakan Big Brother yang berkuasa itu adalah inhuman. Ramalan George Orwell dalam karyanya, 1984, sudah menjadi kenyataan.
Ya, kata Cassius. Merdeka. Bebas – tapi jadi kuli. Yang berkuasa, yang menentukan segala-galanya adalah Big Brother. Siapa sebenarnya hipokrit? Siapa sebenarnya pembohong? Siapa sebenarnya samseng? Realiti yang terang dan jelas telah menjadi gelap dan kelabu. Inilah realiti hidup dalam SEMAN dan GEDEBE. Bilakah ianya akan berakhir? Inilah benda yang dikata oleh Mansor Puteh dan Nam Ron. Di akhir filem SEMAN, kita dengar monolog Seman: Aku…. seorang pejuang bangsa, tak tahu khianat kepada negara….yang punya ugama, keluarga dan budaya. Kau baru tiba, nak rampas harta pusaka yang disemai oleh titisan darah ibunda….
Kata Seman lagi: Ini suratan. Takdir menentukan. Mansor serah kepada takdir. Ia menerima nasibnya. Bukan mengalah, tetapi konfiden. Ia memahami apa yang berlaku. Sejarah akan tetap berulang. Masa akan menentukannya.
Cassius dalam GEDEBE tidak mahu menerima takdir. Katanya: Inilah takdir, inilah nasib. Ia memberontak - dan akhirnya menerima padah. Nam Ron berbeza daripada Mansor. Namun mereka berdua adalah pemuda di bumi yang bertuah. Seman, Cassius, Brutus dan Caesar telah menerima suratan. Apakah nasib Mansor dan Nam Ron – dan ramai lagi pemuda yang bakal melangkah dan berjalan di atas bumi bertuah ini? Masa – dan Big Brother – akan menentukan.
HASSAN MUTHALIB adalah seorang pengarah/penulis filem yang telah menghasilkan filem public service, dokumentari dan animasi. Beliau terkenal sebagai seorang animator dan telah hasilkan beberapa filem animasi seperti siri Sang Kancil dan filem animasi pertama Malaysia, Silat Legenda. Selepas bersara atas pilihan daripada Filem Negara, beliau menjadi seorang pengarah filem bebas, penulis dan pensyarah sambilan dalam bidang filem dan animasi. Artikel beliau mengenai sinema Malaysia dimuatkan dalam buku Being and Becoming: The Cinemas of Asia (MacMillan India, 2002).
Kertas kerja ini dibentangkan pada sesi apresiasi filem SEMAN, GEDEBE dan CHOICE, anjuran Forum Filem Kuala Lumpur dan Dewan Bahasa pada 28 September 2003
Laman Utama
Laman Utama Gedebe
Ulasan
Nizam Zakaria
Tontonfilem
Trailer
download Trailer
Kredit Foto : pustakacipta.com
Khas Untuk Tun Dr. Mahathir Mohamad
dari ANSARA
Pewaris Perjuangan
Anak Bangsa
Tidak pernah Melayu Baru dihina penjajah atau
Melihat darah keringat mengalir dari tubuh pejuang bangsa
Memerdekakan tanah tumpah darah ini
Fahamkah mereka tentang perjuangan ?
Anak bangsa….Leka, leka dan leka
Anak bangsa,
Lupa bangsa
Baru tercabar sedikit hatinya tertutup gelap
Di depan ada bencana, perpaduan dinoda
Kemerdekaan bangsa diperjudi
Anak Bangsa….Terus alpa
Anak bangsa
Hidung dicucuk, telinga ditarik
Itupun tidak mengapa
Bangsa dicerca, bangsa dihina
Ibunda dicabar, maruah digadai
Penjajah diundang semula
Namun…
Wahai pejuang bangsa
Yakinlah..
Kini waris telah ada
Kepada perjuanganmu yang belum selesai
Yang akan bangun mengisi kemerdekaan
Yang akan mengejutkan anak bangsa yang masih lena diulit dongengan penjajah
Pewaris ini akan mengangkat kembali kegemilangan empayar bangsa
Yang tersohor buat sekian lamanya…
Wahai pejuang bangsaku…
Didiklah pewaris ini ertinya merdeka
Turunkanlah ilmumu bagi mengisi dada yang kosong ini
Terjemahlah erti perjuangan dan pengorbananmu
Agar pewaris ini akan meneruskan perjuanganmu
Bukanlah Melayu kami mensia-siakan perjuangan dan pengorbananmu
Bukanlah pewaris kalau menggadai warisan keturunan bangsa
Memperjudi nasib agama dan negara
Janji dan sumpah pewaris meneruskan perjuanganmu itu..
Bukanlah pewaris kalau kami sanggup melihat bangsa digugat goyah…
Ini ikrar kami golongan pewaris
Akan terus membangunkan negara, mendaulatkan bangsa
Walau keringat ditagih, darah diminta
Berpantang undur sebelum ajal
Pewaris ini tidak kenal takut dan mati
Wahai pejuang bangsaku
Lenakanlah tidurmu
Mimpikanlah yang indah-indah
Kerana korbanmu tidak sia-sia
Masih ada yang tahu nilainya
Masih ada yang akan meneruskannya
Masih ada yang akan bersabung nyawa
Bagi menegakkannya…
Wahai pejuang bangsaku
Hanya satu pinta warismu
Iringkanlah wasiat perjuanganmu
Dengan doa bagi merestui
Perjuangan warismu ini…
Perjuangan yang belum selesai
Izinkanlah pewaris ini menyelesaikannya
Restukanlah pewaris ini menyambung wasiat
Memartabatkan bangsa, Memuliakan negara
Membina mercu tanda bangsanya yang berjaya
Bagi mengisi kemerdekaan
Ini sumpah pewaris
Sajak ini dikarang dan dideklamasikan oleh ANSARA kepada Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad pada 1hb Ogos 1999 di Meru, Selangor
Terima Kasih dan Selamat Bersara dari kami
ANSARA
Persatuan Bekas Pelajar MRSM Malaysia (ANSARA)
Seremban, Kota Bharu, Kuantan, Kulim, Beseri, Taiping, Jasin, Kuala Berang, Muar, Balik Pulau, Terendak
Maka Bermulalah Era Pasca Mahathir
Saya menerima beberapa email dan komen tentang artikel yang tersiar di dalam weblog saya dua hari lepas. Artikel yang saya siarkan bukan tulisan saya. Ia ditulis oleh seorang warga asing yang menetap di Malaysia di dalam weblognya Malaysia Plain: A weblog about life / politics/ impressions of Malaysia through the eyes of a foreigner. Ada betulnya dan ada salahnya tentang tulisan tersebut. Saya sebagai pembaca artikel tersebut terpanggil untuk menyiarkannya di weblog saya agar dapat memberikan pilihan bacaan kepada pembaca saya. Kita sebagai pembaca sewajarnya menerima dengan fikiran yang terbuka dan tidak terus membuat tuduhan melulu tanpa usul periksa. Rasanya tidak salah jika kita memberikan pandangan kita sendiri melalui saluran yang betul kerana tidak ada satu bangsa pun di dunia ini yang tidak boleh dikritik.
Hari ini merupakan hari terakhir beliau sebagai Perdana Menteri Malaysia. 31 Oktober 2003 merupakan satu tarikh yang pasti tiba walaupun tidak ditunggu-tunggu oleh sebilangan besar rakyat Malaysia. Hari ini ia tiba. Rasanya masih terlalu baru saja berlalunya tarikh keramat 22 Jun 2003 sewaktu beliau membuat pengumuman yang menggemparkan seluruh negara tentang perletakan jawatan beliau sebagai Perdana Menteri.
Beliau menduduki kerusi Perdana Menteri Malaysia pada Julai tahun 1981. Tatkala saya baru tujuh (7) bulan memasuki Darjah 1. Sehingga hari ini beliau masih lagi kekal sebagai Perdana Menteri Malaysia. Dua puluh dua tahun (22) bukan satu masa yang singkat. Terlalu panjang untuk seorang Perdana Menteri. Di Jepun, nama Perdana Menteri yang saya masih ingat hanyalah Yasuhiro Nakasone, yang terkemudian daripadanya saya gagal untuk mengingati nama-nama mereka kerana jawatan Perdana Menteri mereka silih berganti kerana terlalu banyak pilihanraya diadakan kerana undi tidak percaya. Keadaan di Malaysia jauh lebih stabil situasi politiknya. Ada geruh seketika tetapi berjaya ditatang dengan baik oleh pemimpin-pemimpin Malaysia.
Saya amat mengkagumi kebijaksaan beliau mentadbir sebuah negara bernama Malaysia. Malaysia yang satu ketika dahulu tidak dikenali di dalam peta dunia, menjadi begitu terkenal. Semuanya kerana Dr. Mahathir. Suara lantang Malaysia kedengaran bukan sahaja di persidangan-persidangan besar bahkan di persidangan United Nation. “Orang Malaysia sudah sememangnya kecil, oleh itu kita kena bersuara lantang. Agar suara kita didengari dan orang sedar wujudnya satu bangsa bernama Malaysia”. Kewibawaan beliau terserlah lantas beliau digelar Wira Dunia Ketiga. Satu perkara yang paling saya tersentuh tentang Dr.M tentu sekali pesanannya kepada Pak Lah agar terus memberi bantuan mana yang terdaya oleh kita kepada negara-negara yang memerlukan bantuan. Kita mesti sentiasa ingat bahawa Malaysia dulu pernah mundur dan tidak mampu sama seperti mereka sekarang. Oleh itu kita jangan sombong.
Pengalaman bertentang mata dengan Dr.M
Saya pernah beberapa kali menemui beliau. Seingat saya sekitar tahun 1995. Kali pertama sewaktu beliau singgah sebentar di Universiti tempat saya belajar untuk berbuka puasa dan bersembahyang Mahgrib dan Isyak bersama beberapa pelajar Melayu yang ada. Saya mengambil kesempatan untuk bersalam dengan beliau dan isteri beliau setelah selesai majlis. Itulah pengalaman pertama saya bertemu dengan beliau. Datin Seri Dr Siti Hasmah sempat bertanya saya berasal dari mana. Dr.M sempat memberi nasihat “belajaq rajin-rajin”.
Pengalaman kali kedua lebih mencabar. Sekitar tahun 2000. Saya perlu memberi taklimat ringkas tentang proses kerja yang saya buat kepada beliau. Setelah melalui beberapa rehearsal, hari yang ditunggu pun tiba. Sekitar jam 11 pagi, beberapa pegawai polis berpangkat tinggi meninjau laluan yang bakal digunakan oleh Perdana Menteri. Majlis yang hanya bermula jam 1 tengahari, tetapi semua pekerja tidak dibenarkan menggunakan lif dan diarahkan berada di bangunan seawal jam 9 pagi. Acara yang berlangsung di aras tanah dapat saya ikuti melalui siaran langsung di televisyen yang hanya dipancarkan kepada mereka yang terkurung di atas.
Perdana Menteri tiba di tingkat saya. Keadaan agak sesak kerana ramai pengikut-pengikut yang sentiasa mengekori ke mana sahaja beliau pergi. Taklimat yang saya berikan agak ringkas kerana kesuntukan masa kerana pada petang tersebut ada majlis lain yang perlu dihadiri oleh PM. Saya hanya menceritakan yang mana perlu sambil mata beliau yang agak kelihatan terus memberikan sepenuh perhatian.. Pengalaman memberikan taklimat kepada seorang Negarawan amat besar ertinya kepada saya.
Kali ketiga saya bertemu dengan beliau hanya secara kebetulan. Ianya berlaku di Suria KLCC sekitar tahun 2003. Satu ketika dahulu ia merupakan bangunan yang tertinggi di dunia tetapi kini ia tetap dan masih kekal bangunan berkembar tertinggi di dunia. Saya bangga. Beliau berkemungkinan dalam perjalanan ke pejabatnya di salah satu Tower tersebut. Beliau pada ketika itu hanya diiringi oleh seorang bodyguard. Saya yang berselisih dengan beliau, hanya mampu tunduk memberi hormat dan melangkah satu langkah ke kiri untuk memberi laluan kepada beliau. Tergamam mungkin.
Itulah antara beberapa ketika yang dapat saya simpan dalam kenangan bertentang mata bersama Perdan Menteri Malaysia.
Bercerita tentang pembangunan yang telah beliau bawa ke Malaysia, sudah tentu terlalu banyak. Pembangunan yang paling saya kagumi di Era Mahathir sudah tentulah Koridor Raya Multimedia (MSC). MSC memberikan satu kesan yang besar kepada penduduk Malaysia khasnya walaupun belum begitu menyeluruh tetapi kesannya sudah ada. Rakyat menjadi celik IT. Keinginan untuk mengambil jurusan Teknologi Informasi juga adalah kerana pada waktu tersebut MSC begitu popular. Populariti IT pada waktu tersebut sebenarnya telah membawa kesan yang agak buruk kepada negara. Negara dibanjiri pakar dan graduan IT. Kebanjiran ini menyebabkan lebihan sumber manusia dalam bidang tersebut lalu menyebabkan ramai yang menganggur. Melayu ini semangatnya sekejap sahaja. Saya masih ingat sekitar tahun 1992 bila mana pasukan badminton Malaysia memenangi Piala Thomas. Anak-anak terus dibelikan raket badminton dengan harapan mereka menjadi jaguh dunia satu hari kelak. Tetapi hasilnya sekarang, pasukan badminton Malaysia masih di takuk lama. Pembangunan MSC saya harapkan akan menjadi lebih progresif di bawah pemerintahan Pak Lah. Setakat ini pembangunan MSC agak pesat. Mana tidaknya kebanyakan pembaca saya datangnya dari syarikat-syarikat gergasi yang berpangkalan di MSC seperti NTT MSC, Setia Haruman, GITN Putrajaya, Institut Jantung Negara dan Universiti Multimedia. Internet laju !
Pada pendapat saya, pengganti beliau iaitu Pak Lah mampu memikul beban yang ditinggalkan oleh Dr.M untuk beliau dengan baik. Apa yang perlu dilakukan oleh Pak Lah hanyalah mengekalkan apa yang ada sekarang untuk sementara waktu. Dasar-dasar luar negara perlu diperbaiki dan sebagai suara kepada negara dunia ketiga, Malaysia perlu memainkan peranan yang lebih besar untuk manafaat bersama. Rasanya ini tidak menjadi masalah kerana Pak Lah ketika menjadi Menteri Luar merupakan seorang yang amat berkaliber. Nasihat Dr. Mahathir semalam “tiada ucapan terima kasih yang terbaik buatnya melainkan melihat Melayu berjaya di masa akan datang”. Saya mahu berjaya sebagai seorang penulis. Saya mahu berjaya sebagai seorang yang arif tentang dunia IT. Saya tidak mahu meletakkan diri saya sebagai Perdana Menteri walaupun ada cabaran yang datang kerana bidang politik bukan bidang saya. Saya hanya mahu menjadi seorang penulis dan pakar IT yang berjaya. Itu sudah cukup buat saya mengucapkan terima kasih saya kepada Dr. Mahathir.
Perjuangan Yang Belum Selesai
Sesungguhnya tidak ada yang lebih menyayat,
dari melihat bangsaku dijajah.
Tidak ada yang lebih menyedihkan,
dari membiarkan bangsaku dihina.
Air mata tiada ertinya,
sejarah silam tiada maknanya,
sekiranya bangsa tercinta terpinggir,
dipersenda dan dilupakan.
Bukan kecil langkah wira bangsa,
para perjuang kemerdekaan,
bagi menegakkan kemulian,
dan darjat bangsa.
Selangkah beerti mara,
mengharungi sejuta dugaan.
Biarkan bertatih,
asalkan langkah itu yakin dan cermat,
bagi memastikan negara,
merdeka dan terpelihara.
Air mata sengsara,
mengiringi setiap langkah bapa-bapa kita.
Tugas kita bukan kecil,
kerana mengisi kemerdekaan,
rupanya lebih sukar,
dari bermandi keringat dan darah menuntutnya.
lagi pula apalah ertinya kemerdekaan,
kerana bangsaku asyik mengiya dan menidakkan,
mengganguk dan membenarkan,
kerana sekalipun bangganya negara,
kerana makmur dan mewahnya,
bangsaku masih melata,
dan meminta-minta di negaranya sendiri.
Bukan kecil tugas kita,
meneruskan perjuangan kemerdekaan kita,
kerana rupanya selain memerdekakan,
mengisi kemerdekaan itu jauh lebih sengsara.
Bangsaku bukan kecil hati dan jiwanya,
bukankah sejak zaman berzaman,
mereka menjadi pelaut, pengembara,
malah penakluk terkemuka.
Bukankah mereka sudah mengembangkan sayap,
menjadi pedangang dan peniaga,
selain menjadi ulama dan ilmuan terbilang.
Bukankah bangsaku pernah mengharung samudera,
menjajah dunia yang tak dikenali.
Bukankah mereka pernah menjadi wira serantau,
yang tidak mengenal erti takut dan kematian.
Di manakah silap hingga bangsaku,
merasa begitu kecil dan merendah diri.
Apakah angkara penjajah,
lalu bangsaku mulai melupakan,
kegemilangan silam,
dan sejarah gemilang membina empayar.
Tugas kita belum selesai rupanya,
bagi memertabat dan memuliakan bangsa,
kerana hanya bangsa yang berjaya
akan sentiasa dihormati.
Rupanya masih jauh dan berliku jalan kita,
bukan sekadar memerdeka dan mengisinya,
tetapi mengangkat darjat dan kemulian,
buat selama-lamanya.
Hari ini, jalan ini pasti berliku,
kerana masa depan belum menjanjikan surga,
bagi mereka yang lemah dan mudah kecewa.
Perjuangan ini belum selesai,
kerana hanya yang cekal dan tabah,
dapat membina mercu tanda,
bangsanya yang berjaya.
Dr. Mahathir bin Mohamad
Malam Puisi Utusan, 14 Mei, 1996
Jika anda ingin menyampaikan ucapan untuk Dr. Mahathir Mohamed, sila isi komen anda.
Maka Esok Bermulalah Era Pasca Mahathir
Saya menerima beberapa email dan komen tentang artikel yang tersiar di dalam weblog saya dua hari lepas. Artikel yang saya siarkan bukan tulisan saya. Ia ditulis oleh seorang warga asing yang menetap di Malaysia di dalam weblognya Malaysia Plain: A weblog about life / politics/ impressions of Malaysia through the eyes of a foreigner. Ada betulnya dan ada salahnya tentang tulisan tersebut. Saya sebagai pembaca artikel tersebut terpanggil untuk menyiarkannya di weblog saya agar dapat memberikan pilihan bacaan kepada pembaca saya. Kita sebagai pembaca sewajarnya menerima dengan fikiran yang terbuka dan tidak terus membuat tuduhan melulu tanpa usul periksa. Rasanya tidak salah jika kita memberikan pandangan kita sendiri melalui saluran yang betul kerana tidak ada satu bangsa pun di dunia ini yang tidak boleh dikritik.
Untuk siaran esok : Sambungan artikel akan menceritakan pengalaman saya bertemu dengan Dr. Mahathir serta pembangunan yang terbaik dijayakan oleh beliau serta kesannya kepada rakyat Malaysia.
Blogger Albert Point of View
22 Years Mahathir
What is achieved and what went wrong.
Achieved:
Malaysia recognised as a respectable nation, although the past few years 'west-bashing' of dr M has done more harm than good.
Average income of Malaysians went from RM 4630- in 1982 to 14.877- in 2002.
This is of course an inflated figure because of the currency peg and devaluation of the ringgit.
Overall standard of living improved.
A capital inflow 1988-1997 of 52 billion.
Not achieved:
Transparency in goverment.
End to corruption.
Cronyism.
What went out of the window:
Press freedom.
Free judiciary.
Free market credentials.
(Cronies cannot go bankrubt, dr M stated that himself (Renong) )
What has been wasted on behalf of the future generation:
25 BILLION is squandered through misadventures (Perwaja, Bakun, cureency speculation by central bank)
20 BILLION total need for revival of MAS, take over of LTR and several others mainly public transport.
Billions in overspending, than the yen surged by 70% and the debts went from big to huge.
Budget overspending since the economic crises.
So called revival of the economy.
What has been achieved for the nation as a whole:
Landmarks of world status, but money wasted.
(Sepang Circuit,Petronas Towers,Airport Sepang and name it)
An economy that will collapse when the dollar goes down a lot.
Companies up to their neck in 'cheap' debt because borrowing is cheap.
General public up to their neck in debt, because borrowing is pushed through their throats.
An industry that absolutely cannot compete on world scale.
A banking industry that is 20 years behind with Europe!
A judiciary that is hopeless, slow and inefficient.
A bunch of parlementarians that cannot be critisised, if you do they will sue you on the spot.
Total of probably 60 billion plus to be coughed up by the future generation for dr M's adventures.
Privatisation and creation of heavy industry miserably failed.
The only one making a bit of money is Proton, but thats only because of protection agains foreign competition.
So thats temporary, they will disappear in the future. Turnover is way to small.
Press surpression made sure that hardly anyone believes a printed letter of a newspaper.
TV is terrible, there are NO checks and balances in this country,
only cheques and balances, and those cheques get falsified and cost another xxx million and the balance is creative accounting.
The way he treated opponents is beyond any description, and really stinks.
He did not trust anyone around him.
20 Years left a bitter taste for the nation, allthough denied of course.
If he left 10 years earlier yes, he might have gone in history as a nation builder.
Now? Time will learn, but i doubt it will be a pleasant memory.
UMNO will deny that for ever of course, but history will give them a report figure too.
And elections are on the way
Kredit Foto : Oraet.com
FUUYO! Oleh Afdlin Shauki
Saya membeli album ini kerana kualitinya. Saya amat kagum dengan bakat beliau. Beliau boleh menjadi seorang pelakon yang baik, pelawak yang lucu, pencipta lagu yang baik, penulis lirik dan penghibur yang versatile. Tidak salah kalau saya katakan beliau mampu menggantikan Seniman Agung P.Ramlee satu hari kelak. Beliau hadir dengan sebuah album yang saya tunggu setelah sekian lama semenjak beliau masih artis dengan Roslan Aziz Production. Baru kini album beliau dikeluarkan. Hasilnya sungguh cemerlang !
Track 1: Rakyat Malaysia Pertama Di Angkasa Lepas
Satu gimik yang unik. Idea yang segar dari seorang penyanyi tempatan. Beliau berhasrat untuk berjaya bukan setakat di peringkat antarabangsa tetapi juga di angkasa lepas.
Track 2: Sampai Bila (menampilkan Joe Flizzow)
Sampai Bila versi terbaru ini menampilkan susunan muzik yang lebih segar dan sesuai dengan peredaran zaman. Lagu ini pernah dirakamkan beberapa tahun dulu di dalam album bersama Roslan Aziz Production sempena ulangtahun RAP. Lirik lagu ini lebih direct dan menggunakan bahasa yang santai. Melodi lagu ini menjurus kepada irama funky. Korus yang menampilkan rap oleh Joe Flizzow juga menarik.
Apakah erti kehidupan ini
Adakah hanya untuk memuaskan hati
Dengan bekerja tiap malam dan pagi
Cukup bulan menambah kadar inflasi
Track 3: Am I Too Late
Track 4: Aku Lelaki
Mesej lagu ini mudah. Sebuah lagu untuk lelaki. Membuka pandangan sebenar tentang lelaki juga membina minda tentang apa itu lelaki. Masih mengekal melodi yang hampir sama iaitu funky. Lagu sebegini sesuai dengan vokal Afdlin yang kedengaran agak kebaratan. Lirik lagu ini masih bersifat santai dengan penggunaan bahasa yang mudah tetapi masih mudah untuk difahami.
Track 5: Bukan Cinta
Sebuah lagu balada yang biasa. Lagu ini rasanya pernah saya dengar sewaktu menonton filem Soalnya Siapa. Klip video yang digunakan juga dari filem tersebut. Balada cara Afdlin agak berbeza dengan stail balada Siti Nurhaliza yang lebih mendayu-dayu. Stail Afdlin kedengaran ada unsur-unsur Innuendo yang banyak disuntik dari black music seperti Babyface dan Boyz II Men.
Track 6: Waras Prelude In G# Minor
Track 7: Waras (Lagu Tema Filem Buli)
Lagu ini amat sesuai dijadikan tema Filem Buli. Saya pasti. Melodi lagu ini bermula dengan string dan pendengar di bawa mendengar lagu ini dari mula hingga ke akhir. Saya amat menggemari lagu ini. Lebih-lebih lagi setelah menonton klip video yang telah dibuat untuk lagu ini. Jika anda mendengar lagu ini di waktu tengah malam, anda akan terbuai perasaan mendengar lagu ini. Dalam senyum sendirian anda akan terbayang keindahan lirik lagu tersebut. Saya tertunggu-tunggu hasil filem pertama beliau yang berjudul Buli.
Track 8: Tuan & Hamba
Lagu ini sekali lagi membuktikan Afdlin dan funky memang satu brand name yang perlu kita ambik perhatian. Lirik lagu ini membawa makna positif tentang Tuan & Hamba. Silap dengar saya menyangka lagu ini nyanyian Zainalabidin.
Track 9: Mangsa Keadaan
Apa yang boleh saya katakan tentang lagu ini ialah ia sebuah lagu yang unik. Liriknya selamba. Melodinya mengejutkan. Belum pernah dalam sejarah Malaysia, saya dengar lagu sebegini. Lagu ini bermula dengan melodi kehabisan bateri dan membawa kepada melodi zaman 60-an. Vokal yang Afdlin Shauki gunakan banyak meniru gaya P. Ramlee untuk lagu ini. Suntikan irama jazz yang kuat untuk lagu ini amat menarik untuk didenga berulang-ulang kali. Penggunaan instrument yang minima seperti orkestra seniman jalanan di New Orleans.
Track 10: Daku Percaya (Lagu Tema Afdlin Shauki)
Sebuah lagu balada yang biasa yang kuat unsur blacknya. Tidak bosan mendengar lagu sebegini. Liriknya senang untuk diingati. Lagu ini ada unsur-unsur Innuendo yang kuat.
Track 11: Tiada Lagi
Pertama kali mendengar lagu ini hati saya sudah tersentuh. Lirik lagu ini sungguh menyedihkan lebih-lebih lagi ia menceritakan kisah hidup Afdlin sendiri. Melodi lagu ini juga sudah cukup untuk meruntun hati pendengar. Penggunaan piano solo mampu membangkitkan mood lagu ini. Vokal Afdlin untuk lagu ini juga dipersembahkan dengan terbaik dan penuh perasaan.
Track 12: Gadis Pilihan Ibu
Lagu relaks yang mempunyai lirik yang santai. Lagu nasihat kepada lelaki oleh ibunya tentang bagaimana mencari pasangan hidup. Melodi lagu ini agak moderate tetapi masih sesuai untuk membuatkan badan anda bergoyang-goyang.
Jangan jadi mangsa kahwin terpaksa
Jangan jadi mangsa kahwin terpaksa
Jangan jadi mangsa kahwin terpaksa
Jangan jadi mangsa kahwin terpaksa
Track 13: Disco Dancer
Track 14: Ku Tak Mahu
Lagu ini boleh saya ibaratkan lagu I Will Survive versi lelaki. Mesejnya mudah iaitu tentang seorang lelaki yang menolak perhubungan semula kekasihnya yang telah diputuskan olehnya. Melodi lagu ini mudah dan catchy. Liriknya juga senang. Susunan lagu untuk lagu ini dibuat dengan baik.
Ku tak mahu, Ku tak mahu, Tak mahu
Ku tak mahu, Ku tak mahu, Tak mahu
Ku tak mahu, Ku tak mahu, Tak mahu
Ku tak mahu
Track 15: Hingga Ke Akhirnya (Lagu Orang Kahwin)
Lagu balada orang kahwin dari Afdlin amat menarik. Lagu ini menjadi menarik kerana melodinya. Liriknya masih biasa tiada yang beza dari lagu-lagu balada terdahulu yang bersifat melankolik yang terlampau.
Track 16: Mia Sara
Mia Sara menjadi begitu indah kerana disampaikan dengan kejujuran hati oleh Afdlin. Melodi lagu ini amat indah dan begitu senang didengar. Lirik lagu ini juga menarik. Penggunaan instrument yang minima memudahkan susunan lagu ini dibuat.
Mia Sara tidurlah
Kasihanilah Mama mu
Kerana dia menunggu untuk bersama Papamu
Track 17: Reprise (Tragedi Kisah Benar)
VCD Angkasawan Yang Terlampau
VCD Angkasawan Yang Terlampau yang diselitkan sekali dalam album ini menceritakan tentang pembikinan album ini. Turut disertakan ialah video klip Waras yang saya anggap hasil terbaik Afdlin. Konsep video klip itu lebih menjurus kepada ciri-ciri MTV yang jarang kita lihat di sini. Ucapan dari rakan-rakan seperjuangan Afdlin turut memberikan suntingan semangat untuk beliau. Yang paling saya suka ialah tentang isu cakera padat cetak rompak yang dibangkitkan oleh beliau. Beliau bersusah payah mencari sumber kewangan untuk menerbitkan album ini dan lanun cetak rompak dengan senang mengaut keuntungan dari hasil titik peluhnya. Walaupun dibuat dalam nada gurauan tetapi sebenarnya amat sinis.
Tenaga Produksi
Saya kagum dengan tenaga produksi album ini. Saya kagum dengan semangat mereka untuk menerbitkan album ini. Secara keseluruhan album ini disiapkan oleh empat rakan karib Afdlin di Acidiz iaitu Acis, Aji, Pacai dan Fendy. Kebanyakan lagu dicipta dan ditulis liriknya oleh Afdlin Shauki sendiri. Kebanyakan lagu juga diterbitkan oleh Acis dan Pacai.
Kulit album
Saya sudah dapat merasakan kulit album ini akan memenangi anugerah Kulit Album Terbaik untuk Anugerah Industri Muzik akan datang. Keunikan idea yang ditampilkan lain daripada yang lain. Itulah Afdlin yang sentiasa mahukan kelainan. Kulit album direka oleh Jefri Adzman.
laman web Afdlin Shauki
laman web AcidRain
mendaftar menjadi Angkasawan di sini
Kredit Foto: Jefri Adzman

