Undilah

SULTANMUZAFFAR (26 Februari 2002 - sekarang)

Seorang blogger, pelayar internet, penyelam scuba dan penagih tegar televisyen dan Wii. Melihat seluruh dunia di laman blog menerusi kamera DSLR dan kacamata tebalnya (kadang-kadang kanta lekap).

Mengkritik tidak bererti menentang, menyetujui tidak semestinya menyokong, menegur tidak bermakna membenci, dan berbeza pendapat adalah kawan berfikir yang baik.
Entri oleh sultanmuzaffar 21 June 2004 0 komen

Akademi Fantasia IIDiari Akademi Fantasia 03-01

Terima Kasih dari Mas
Mas mengucapkan terima kasih kerana berpeluang untuk melepaskan rindunya terhadap anak-anaknya dan ibubapanya. Itulah kali pertama Mas dicanangkan sebagai seorang ibu tunggal di dalam Akademi Fantasia.

Mereka berkesempatan untuk bertemu dengan Penasihat Pelajar iaitu Puan Fatimah Abu Bakar. Anding berpuas hati dengan persembahan beliau. Puas kerana dapat menampilkan satu persembahan yang bertenaga. Nurul turut berpuas hati kerana dapat memberikan persembahan yang baik kerana ibu bapanya ada bersama malam tersebut. Walaupun ada kesilapan beliau tetap berbangga. Pengalaman Mas merupakan pengalaman paling bermakna dalam hidupnya. Selesai persembahan beliau diberi peluang untuk bertemu dengan anak-anaknya. Farah menerima kejutan apabila mendapat dua ekor ikan emas. Beliau menamakan ikan emas tersebut Lulu dan Brip-Brip. Linda tetap tenang walaupun dapat menerima SMS dari keluarganya. Bob merasakan persembahannya baik walaupun tekaknya agak kering pada masa itu. Adam dapat menyanyi dengan baik. Kaer mengaku ada kesilapan pada counting sehingga tersilap masuk. Fitri memang sukar membawakan lagu tersebut dan mendapatkan tunjuak ajar dari Corrie tentang cara memegang pembesar suara. Zarina tidak sangka yang rakan-rakannya akan mengiringi persembahannya. Edlin menerima komen pengkritik kedua tentang lagu tersebut yang tidak sesuai dengan vokalnya.

Proses pembelajaran masih diteruskan walaupun ada kesalahan tetapi tidak takut untuk melakukan kesilapan.

Main Masak-Masak
Ada yang potong tembikai, ada yang potong timun. Ada yang buat Milo Shake. Mereka kelihatan amat seronok. Mereka pertama kali dibenarkan untuk keluar ke padang dan beriadah. Selain daripada itu ada sessi BBQ. Ada yang main bola. Mas seperti biasa rindukan kerja hariannya iaitu mengipas sate mengambil peluang itu untuk mengipas sate. Sejak Tingkatan Satu sudah memegang arang, komen dari Mas.

Adam mengambil peluang untuk makan dan bermain bola. Kelihatan Anding dan Edlin tetap bersama. Fitri memberanikan diri untuk bermain bola namun tendangan tersasar dan terkena Kaer. Linda mengambil peluang untuk belajar percakapan orang utara. Nurul pula berbaring di riba Puan Fatimah. Linda, Kaer, Zahid dan Fitri menyanyi sambil Zahid bermain gitar. Mereka menyanyi beramai-ramai lagu Awallah Dondang.

Mereka turut menyanyi lagu Jambatan Tamparuli. Mas dan Bob menjadi tenaga pengajar menari lagu tersebut. Hampir kesemua pelajar termasuk Cikgu Fatimah dan Dr Sher Kawi menari bersama-sama. Secara tidak langsung semangat integrasi nasional tercapai melalui Akademi Fantasia. Akhir sekali mereka menyanyi lagu Puteri Santubong.

Antara komen yang dapat dari pembaca blog ini. Saya suka yang ini. Sungguh kritis dan bermakna kepada penonton dan pengundi Akademi Fantasia. Inilah realiti pengundi Malaysia. Mereka tidak boleh diubah.

pautan ke komen tersebut.

Entri oleh sultanmuzaffar 20 June 2004 0 komen

Novel Bersiri Akademi Impiana: Bahagian 10



“Eh, Kak Nita atas stage ke?” jerit Gundutz ketika Konsert Akademi Impiana disiarkan.

“Kak Nita mana ni? Dia mana ada!” sambut Timah. Dia merenung ke dalam kaca TV untuk memastikan agar Anita Sarawak sememangnya tidak menghoskan rancangan konsert Akademi Impiana ini.

“Eh sorry. Bukak Kak Nita, Tapi Akaq Azmil der atas stage.” Gundutz ketawa sendiri sebelum dia menambah lagi. “Ye lah, diva-diva veteren ni makin tua makin serupa plak rupa mereka, ye tak? Dengan rambut blond bagai...”

Timah tidak menjawab. Lebih-lebih lagi apabila para Akademia menyanyikan lagu tema Akademi Impiana sambil memperkenalkan diri mereka.

Timah menjadi resah apabila mikrofon yang digunakan oleh pelajar kesayangannya, Fyrul rosak. Bukan sekali, tetapi dua kali.

“Konspirasi ke nok?” tanya Gundutz sengaja mahu mencucuk jarum. “Ye lah, ala-ala takut suara kepitz dia yang telah dijantankan tu takleh maintain. Baik off kan jer mikrofon dia tu!”

“Pandailah kau!” itu sahaja yang dijawab oleh Timah. Mereka kemudian terus menumpukan perhatian mereka kepada konsert ini. Timah seperti tidak sabar lagi untuk menyaksikan persembahan dari dua pelajar yang paling diminatinya, Khir dan Fyrul.

Ketika Boboy mempersembahkan lagunya, nampaknya Gundutz tidak senang duduk. Meremang bulu tengkuknya apabila Boboy meluahkan kalimah “Mesraaaaaaa!” seraya mengimbaskan tangannya ketika bersalaman dengan Azmil.

Gundutz seboleh-bolehnya mahu mencari kesilapan dari Boboy, tetapi sukar rasanya. Lebih-lebih lagi apabila Boboy memberikan persembahan yang baik.

“Nok... kesiannya Nur. Ala-ala mak ayam besar tu nak couplekan dia dengan Boboy! Kejis teramatz!” ujar Gundutz dengan wajah yang sengaja dibuatnya bimbang apabila melihat Azmil mengusik-usik Boboy.

“Alah, apa salah? Kan romantik!” ujar Timah. Timah menganggap perkara ini romantik, walaupun kita dapat melihat wajah Nur berubah sama sekali. Terkejut. Sukar menerima.

“Hello nok! Sejak bila pulak Nur ni chub chaser? Azmil ni sengaja tau nak nayakan anak dara orang!”

“Eh, suka hati dia lah nak couplekan Nur dengan Boboy! Tahun lepas kesian si Sahrul tak dapat couple dengan sesiapa. At least tahun ni, Boboy ada pasangannya!”

“Choiii lah kau ni. Very der salah one!”

“Apa choii, choii???”

“Ye lah... Kalau ko, nak ke dicouplekan dengan Boboy, ke?”

“Takmoh lah!”

“Apasal tak nak?”

“Boboy bukan taste I”

“Kenapa bukan taste ko?”

“Dia... Gemuk lah. I suka lelaki yang badan tough... Yang macho... Macam Rahmat.”

“Hah, tahu pon! Sah-sah lah Nur tu ada taste dia sendiri. Lagipun nyehhhhhh, Boboy tu kan kawan seperjuangan dia yang ala-ala sekaum gituh. Ko hengat ala-ala sitcom Friends ke? Last-last kawan couple sesama kawan! Very der recycle gituh. Koser lah!” Gundutz menjeling. Timah pula tidak menjawab. Malas agaknya dia melayan kerenah Gundutz yang suka meleter itu.

**


Kakak Besar: I think it's about time kita introducekan sedikit element of drama and surprises ke dalam konsert Akademi impiana.

Abang Besar: Betul tu. Tapi you nak introducekan drama macam mana?

Kakak Besar: Well, first we will try to inject the element of romance in the show?

Abang Besar: Tak cukup-cukup lagi ke?

Kakak Besar: The more the merrier.

Abang Besar: Siapa akan jadi mangsa rancangan you kali ini?

Kakak Besar: You know what? Boboy has been so irritating lately. Nur pula... I don't know lah. She reminds me so much of Ramlah Ram. And you know lah, I mana ada minat dengan Ramlah Ram. Apa kelas Ramlah Ram! So, lets pair them together!

Abang Besar: Damn! You are sooooo cruel!

Kakak Besar: Apa salah? This is what you call, a strategic positioning. Lagipun, people are saying that Boboy is so akaq! Well, we all know that he's a “lelaki lembut”, but we have to create this illusion that he's not. Come on lah, even Azmil was married once and all are forgiven!

Abang Besar: Lagi, apa strategic positioning yang you ada...

Kakak Besar: You know how Dara is so talented, yet with very few SMS votes?

Abang Besar: So... Apa you nak buat?

Kakak Besar: We give her a pet.

Abang Besar: Don't tell me you going to give her another cat!

Kakak Besar: No lah... Lets give her a pair of goldfish. Ye lah, good feng shui and all that. She needs that. Let's assume dua-dua ekor ikan tu jantan dan betina lah. Kalau dua-dua ikan jantan atau dua-dua ikan betina... Lain pulak jadinya kan?

Abang Besar: In that case... Lets name the fish, Said and Minah. Kalau ada Said dan minah ni... Banyak SMS yang boleh si Dara ni jual.

Kakak Besar: ...

Abang Besar: Now... You look like you have something else you are keeping from me. Spill it out!

Kakak Besar: Remember the biggest secret we have about Sia?

Abang Besar: Oh, that... What about that? I thought we want to keep it a secret?

Kakak Besar: I don't think we can keep this a secret any longer. People will talk. Lagipun, people are not stupid. You ada perasan tak? Bila dia nak nyanyi kat Konsert Akademi Impiana, cara dia betul-betul macam Fantasi Berrino. Mesti nak nangis!

Abang Besar: Mungkin sebab diorang tu single mothers kot.

Kakak Besar: Mungkin lah kot. That's my first guess.

Abang Besar: Jadi apa you nak buat sekarang? Nak expose kan dia ke?

Kakak Besar: I think we have to... Baik kita exposekan sahaja, before it blew out of propotion.

Abang Besar: And the consequences are?

Kakak Besar: Well... I think people in Malaysia can accept single mothers. They won't question anything if we pakage it well. It is all about pakaging afterall.

Abang Besar: Betul tu... Kalau kita buat drama, people will not question a thing. Walaupun in real life, macam-macam stigma yang terpaksa single mothers lalui. You tahu lah mulut-mulut orang kita.

Kakak Besar: So... To shut them off, we will orchestrate something sad and teary. Apa kata kita jemput her children to the concert. Lepas dia perform kita bawak anak-anak dia on stage together with her mother. Sure sedih kan? I bila pikirkan idea ni pun I sebak.

Abang Besar: Wah, sejak bila you ada perasaan? I ingat you ni winter queen.

Kakak Besar: Eh, jahat lah you ni. You ingat I takde perasaan ke?

Abang Besar: Eh... While we are on the subject of strategic positioning... I dah dapatkan footage “girl loving” budak-budak tu--

Kakak Besar: Now, what did you ask them to do???

Abang Besar: Nothing much... I suruh Dara dan Adlina gunakan rambut untuk korek telinga. Very erotic kan? I mean, girls doing that to themselves with no obvious purpose but pleasure. I can get a hard on just thinking about it!

Kakak Besar: And then, we can get Azmil to say silly things like: “Korang berdua ni... Apa lagi korang korek agaknya!”

Abang Besar: Isk... One of these days, I think I should put a soap into your dirty mouth lah!

Kakak Besar: Sex sells dear! And you should know this better than me...

**


Azam dengan sedaya mungkin cuba membawa lagu ala padang pasir yang telah diberikan kepadanya. Dia merasakan apa yang telah dipersembahkan agak baik. Lagipun, ramai yang menjerit-jerit dan bertepuk tangan di kalangan penonton.

Kini Azam hanya perlu mendengar pendapat Juri Profesional. Juri Profesional pertama, Jusoh Hafsham adalah pengarah kegemaran Azam. Beliau cukup-cukup meminati filem-filem arahan Jusoh. Banyak kali agaknya Azam menyimpan angan-angan untuk berlakon dalam filem Jusoh di samping anggota-anggota kumpulan KRU. Mungkin satu hari nanti, dia akan menjadi lebih baik dan lebih popular dari kumpulan KRU... Itu juga telah diangankan sekali.

“Saya rasa persembahan awak hari ini menarik...” Ujar Jusoh dengan tenang. “ Tapi saya nak awak bawa kan style lebih lelaki.”Jusoh seperti biasa akan berhenti sebentar dengan mengangguk perlahan sebelum menambah lagi: “Lebihkan kelakian!”

Azam terkedu sebentar. Wajahnya jelas berubah. Dia tidak faham mengapa peserta-peserta lain yang jelas lembut tidak diberi komen begitu. Dia tidak tahu apa salah dan silapnya.

Wajah Azam pucat. Kini jelaslah kepadanya mungkin beliau mempunyai wajah yang lembut yang layak dipanggil jambu. Mungkin sebab itulah agaknya abang-abang senior di sekolahnya dahulu sering mahu berkawan rapat dengannya...

**


Bagaimana untuk penonton memahami maksud sebenar Juri Profesional (JP) yang selalunya tidak jujur ketika mengkritik para peserta Akademi Impiana:

(JP): Awak mesti tambahkan feel!

(Maksud Sebenar): Bila awak nyanyi, awak macam baca berita

(JP): Penampilan anda perlu dijaga. Penampilan perlu menarik

(Maksud Sebenar): Face it! Kat Malaysia ni mana nak pentingkan bakat. Sini rupa sahaja yang penting.

(JP): Dah lama menyanyi ke!

(Maksud Sebenar): Dan lama menyanyi pun masih tak boleh menyanyi dengan betul

(JP): Dengan bakat yang awak ada... Dengan sokongan peminat yang dapat kita lihat menyokong awak di dewan. Saya rasa awak akan memenangi Akademi Impiana

(Maksud Sebenar): Awak hanya boleh menang jika pengundi dari Sabah hendak awak menang

(JP): Awak keliru di antara hidung dan tekak awak

(Maksud Sebenar): Suara awak memang sengau dan tidak patut menjadi peserta Akademi impiana

(JP): Anda beliau terlalu profesional untuk berada di Akademi Fantasia.

(Maksud Sebenar): Akademi Impiana ini telah diadakan untuk budak-budak yang tak ada bakat tapi ada rupa...

(JP): Bawakan style lebih lelaki lagi. Lebihkan kelakian!

(Maksud Sebenar): Minggu lepas awak macam KRU, minggu ni kenapa bila awak bawak lagu irama padang pasir, saya tengok awak macam Waheeda versi tak bertudung pulak?

Entri oleh sultanmuzaffar 0 komen

Akademi Fantasia IIImbasan Akademi Fantasia II

Kejutan Mas sudah mempunyai dua cahayamata memang mengejutkan semua pihak termasuk para pelajar Akademi Fantasia. Siapa pun tidak menyangka “gadis” periang dan hebat sense of humournya merupakan seorang ibu tunggal yang gigih membela nasib dua orang anaknya.

Petang itu, kedua ibu-bapa Mas dan dua orang cahayamatanya ada bersama untuk Imbasan Akademi Fantasia bersama Aznil. Nur Fazilah dan Mohd Fazil serta datuk dan neneknya telah diberitahu oleh pihak Astro untuk sama-sama menjayakan kejutan buat Mas pada hari Khamis.

Mereka tentunya bersyukur dan bernasib baik kerana dalam ramai-ramai keluarga mereka terpilih untuk berada di atas pentas bersama Mas.

Menurut mereka, ada perbezaan dari segi kematangan, ketabahan hati apabila melihat perkembangan anaknya di televisyen setiap hari tanpa terlepas satu episod sekali pun. Lebih-lebih lagu dua orang cahayamata Mas yang hanya berpeluang melepaskan rindu dengan menonton persembahan ibu mereka di skrin televisyen.

Mereka dapat melihat Mas begitu gigih ingin memperbaiki dirinya. Anak-anak Mas mungkin sukar untuk mengerti tentang objektif pemergian ibu mereka ke Kuala Lumpur. Beberapa kali diterangkan oleh datuk dan nenek mereka. Yang perempuan mungkin boleh mengerti tetapi agak sukar bagi si bongsu untuk mengerti. Sesekali apabila rindu, Aman ingin masuk ke dalam peti televisyen untuk bersama ibunya.

Kita sebagai penonton tentunya dapat memahami kesedihan yang dialami oleh mereka. Perjalanan dari Tawau ke Kota Kinabalu mengambil masa hampir 45 minit melalui penerbangan. Ibu Mas beberapa kali menasihatkan Mas agak berani untuk mencuba hidup di luar dari Tawau. Beliau tidak mahu Mas masih terkongkong di Tawau.

Mujur perhubungan rapat antara ibubapa Mas dan anak-anaknya memudahkan segala perjalanan Mas untuk mengejar impiannya untuk menjadi bintang di Kuala Lumpur untuk menyara kehidupan kedua-dua anaknya. Itulah pengorbanan seorang ibu demi untuk keluarganya dan kedua-dua anaknya.

Kali pertama Mas memberitahu kepada penonton tentang kedua anaknya ialah sewaktu aktiviti melukis yang menjadi tugasan mereka. Mas melukiskan keluarganya serta dua anaknya. Sewaktu menceritakan tentang lukisannya di confession camera, air matanya jatuh. Para pelajar lain menenangkan beliau walaupun masing-masing sebenarnya terkejut dengan keadaan tersebut.

Melihat perkembangan Mas, mereka mengatakan Mas dapat menyesuaikan dirinya dengan pelajar lain. Kehidupan ibubapa Mas juga turut berubah dengan ketiadaan Mas apabila terpaksa menggaji orang gaji untuk menggantikan kerja-kerja Mas.

Mas berkahwin pada umur 15 tahun di tahun 1997. Tahun ini beliau akan berumur 23 tahun. Sikap Mas yang periang menjadikan beliau ramai kawan di Tawau. Beliau seorang yang mudah menangis terutamanya apabila ditegur oleh kakaknya. Ini secara tidak langsung menjadikan beliau seorang yang tabah, berani dan ingin memperbaiki dirinya.

Bersama Rozina Aziz
Tangisan penting dalam Astro RIA. Emosi penonton memberi inspirasi kepada setiap rancangan. Akademi Fantasia II lebih mencabar kerana perjalanan rancangan ini sudah diketahui oleh para penonton. Konsep rancangan telah diketahui oleh para pelajar. Tangisan bukan sekadar untuk meraih simpati ataupun strategi tetapi ia turut boleh memberikan kesan negatif kepada undian pelajar.

Pelajar Akademi Fantasia II nampak lebih berbakat dan bersungguh-sungguh dalam tugasan mereka. Tangisan pelajar wanita terjadi kerana tekanan yang mereka hadapi sewaktu di Akademi. Ia amat mencabar untuk pelajar yang tinggal di Akademi dan juga memikirkan tentang penyingkiran mereka kelak.

Pembahagian pelajar jelas tidak mengikut kenegerian. Ia berlaku secara kebetulan. Begitu juga dengan ras bangsa. Walaupun tiada bangsa India dan Cina tetapi terdapat ras bangsa dari Sabah dan Sarawak.

Program saingan seperti Audition oleh ntv7, Malaysian Idol oleh 8.tv, Who Will Win oleh ntv7, Bintang RTM oleh RTM setidak-tidaknya dapat menyerikan industri hiburan tempatan agak dapat lebih maju di masa akan datang. Beliau melihat ia sebagai satu saingan yang sihat. Saya mengharapkan saingan sihat ini terus diterima oleh penonton rancangan-rancangan berkenaan. Peminat-peminat rancangan tersebut seakan-akan bersaing dan sering mencaci-cerna tentang saingan mereka di Forum.

Bersama Vince
Kejutan yang diterima oleh para pelajar adakah memberi apa-apa faedah kepada pelajar. Secara tidak langsung akan menguji keupayaan pelajar untuk mengekalkan prestasi persembahannya

Menurut Vince, pelajar Akademi Fantasia II lebih berbakat dan mereka sudah bersedia untuk segala kemungkinan di Akademi Fantasia.

Kehidupan mereka perlu lebih natural. Tetapi mereka lebih menumpukan terhadap kamera. Cinta dalam AF memang perlu kerana penonton menyukainya. Masih terlalu awal untuk diperkatakan.

Saingan kali ini lebih sengit. Dan beliau berbangga kerana berada di angkatan yang pertama. Pengalamannya lebih hebat. Fenomenanya lebih asli.

Apakah perubahan yang akan berlaku minggu hadapan setelah para pelajar dan penonton mengetahui yang Mas seorang ibu tunggal. Apa yang pasti, hujung minggu hadapan akan ada penyingkiran pelajar. Itu yang pasti.

Di akhir segmen Imbasan, kita dapat melihat Kaer dan Mas berbual di ruang tamu. Kaer menasihati Mas tentang soal rezeki yang telah Allah tetapkan untuk mereka di sini. Kaer menasihatkan Mas agar tidak terlalu sedih. Setiap manusia telah dilahirkan sempurna. Adegan ini menunjukkan kematangan fikiran yang ada pada Kaer. Dalam usia yang muda tetapi kata-kata semangatnya untuk Mas amat matang dan di luar kemampuan seseorang yang berumur 19 tahun.

Entri oleh sultanmuzaffar 19 June 2004 0 komen

Akademi Fantasia IIKonsert II Akademi Fantasia: Kejutan Buat Semua

Konsert II Akademi Fantasia benar-benar berjaya mencipta satu lagi kejutan bukan sahaja kepada Mas tetapi juga kejutan buat penontonnya. Mas sebenarnya ibu tunggal yang menyara dua orang anak kecil yang comel. Mereka diterbangkan bersama ibu dan bapa Mas ke Petaling Jaya sebagai kejutan besar kepada penonton Konsert II Akademi Fantasia. Tidak ada siapa pun menyangka "gadis" dari Tawau yang periang dan berperwatakan selamba sebenarnya merupakan seorang ibu. Fenomena ini secara tidak langsung mengingatkan saya kepada Fantasia Barrino pemenang American Idol III baru-baru ini. Beliau yang berumur 19 tahun juga merupakan seorang ibu tunggal. Pihak ASTRO sengaja menyembunyikan status Mas daripada pengetahuan penonton agar penonton dapat menilai bakat yang ada pada Mas dan bukannya berdasarkan statusnya. Sama ada penonton menerima Mas seadanya hanya dapat dilihat pada minggu tiga di Akademi Fantasia sama ada peratus undian untuknya bertambah atau sebaliknya.

Banyak kejutan pada Konsert II Akademi Fantasia kali ini termasuklah dua ahli baru dalam keluarga Akademi Fantasia iaitu Dollah dan Syarifah, dua ekor ikan emas yang telah dihadiahkan kepada Farah.

Kedudukan Sebelum Konsert
Linda 13%
Kaer 12%
Adam 10%
Mas 10%
Zarina 8%
Bob 8%
Fitri 7%
Nurul 7%
Anding 6%
Farah 6%
Zahid 6%
Edlin 6%

Pengkritik Profesional
Minggu ini bersama Akademi Fantasia ialah Datuk Yusof Haslam seorang penerbit filem yang tidak asing lagi bersama Farihin Abdul Fatah, orang yang bertanggungjawab membawa Raihan ke industri muzik Malaysia.

Akademi Fantasia IIAnding – Melompat Lebih Tinggi 7/10
Saya melihat beliau mempunyai penampilan yang menarik di pentas. Beliau ada karisma apabila beraksi di atas pentas. Persembahan beliau juga baik dan bertenaga. Walaupun ada beberapa masalah pitching pada lagu tersebut tetapi persembahan bertenaga beliau telah berjaya menutup kelemahan tersebut. Dinamika beliau di atas pentas sangat bagus. Beliau menyanyikan lagu tersebut dengan penuh penghayatan. Aksi ligat beliau di pentas adakalanya menyebabkan vokal beliau kedengaran tenggelam.

Akademi Fantasia IINurul – Ke Hujung Dunia 6/10
Beliau memulakan persembahannya umpama bertanding dalam satu pertandingan bercerita. Pergerakan tangan beliau jelas statik dan tidak banyak berubah. Kawalan vokal beliau masih sederhana. Begitu juga dengan penguasaan pentas yang biasa sahaja. Penghayatan tidak diberikan seratus peratus untuk lagu tersebut. Saya tidak dapat menghayati mesej lagu tersebut dengan baik. Vokal beliau ada mirip-mirip Ramlah Ram. Begitu juga dengan tone nya. Originaliti persembahannya tiada.

Akademi Fantasia IIBob – Jangan Bersedih Lagi 7.5/10
Kawalan vokalnya mantap. Beliau menyanyikan lagu Anuar Zain dengan gayanya yang tersendiri. Persembahan vokal beliau hebat tetapi penghayatan beliau terhadap lagu tersebut masih kurang. Terlalu banyak bergerak sebenarnya mencacatkan sedikit persembahannya. Lagu ini jika dinyanyikan tanpa banyak bergerak dan mata penonton terfokus ke arahnya sudah lebih dari mencukupi. Originaliti persembahannya sudah kelihatan. Vokal lemak merdunya memang memukau. Kata Kudsia beliau terlalu profesional untuk berada di Akademi Fantasia.

Akademi Fantasia IIEdlin – Can’t Fight The Moonlight 6/10
Sebelum persembahan dipertontonkan klip Edlin memohon maaf kepada Anding kerana bermain bahasa isyarat dengan Zahid yang sedikit sebanyak akan menyinggung perasaan Anding. Sudah dua minggu Anding dan Edlin dipasangkan oleh Aznil. Beliau cuba meyakinkan penonton dengan gerak seksi yang dapat beliau berikan. Penampilan beliau di pentas baik. Persembahan yang bertenaga daripada beliau. Masih terdapat beberapa masalah falsetto pada lagu tersebut. Bukan kerana beliau tidak pandai melakukannya tetapi kerana tidak yakin dengan nyanyian sendiri. Originaliti persembahan beliau juga agak sederhana. Kata Farihin, kebanyakan persembahan mempunyai masalah rasa yang agak kritikal.

Akademi Fantasia IIAdam – Kerna Dia 7/10
Saya suka dengan persembahan Adam. Senyuman beliau dilahirkan dengan penuh berkeyakinan. Showmanship beliau memang hebat. Gerak tari beliau seiring dengan penari latar. Vokal beliau masih boleh diperbaiki terutamanya di bahagian nada rendah. Agak tenggelam. Bahagian bridge yang dilenggokkan dengan gaya Arab amat memukau. Sebuah lagu yang sukar untuk dinyanyikan. Improvisasi beliau terhadapa lagu ini dikira agak berjaya. Kelantangan vokal beliau masih sederhana dan mesej lagu ini masih belum dicapai.

Akademi Fantasia IIFitri – Kasih Latifah 6/10
Interaksi beliau dengan kamera agak lemah kerana terlalu memikirkan persembahannya. Showmanship beliau agak kaku walaupun cuba beraksi dengan penuh bertenaga. Pergerakannya kosong. Skala vokal beliau di antara rendah dan tinggi agak tenggelam. Penguasaan pentas hebat tetapi tanpa tenaga. Kata Farihin, Fitri keliru antara lontaran vokal dari hidung dan tekak. Beliau harus meningkatkan staminanya untuk lagu-lagu sebegini.

Akademi Fantasia IIMas – Kaulah Segalanya 9/10
Sebelum beliau memulakan persembahan, emosi Mas sudah terganggu. Namun berjaya ditempuh di baris kedua lagu tersebut. Penonton memberikan semangat kepada beliau. Kelihatan Zahid dan Bob mengesat airmata kerana lagu tersebut benar-benar menyentuh perasaan mereka. Vokal beliau sememangnya unik. Kata Kudsia, vokal husky hanya boleh didapati daripada Liza Aziz. Setelah Liza Aziz, kini muncul Mas yang mempunyai vokal sedemikian. Emosi beliau sewaktu menyanyikan lagu tersebut memang sempurna. Kata Farihin, emosinya sehingga terlebih rasa. Beliau harus pandai mengawal emosinya agar tidak terganggu dengan emosi-emosi di luar lagu tersebut.

Selesai mendendangkan lagu tersebut, Aznil mengumumkan ada hadiah buat Mas. Keluarga Mas yang terdiri daripada ibu dan bapanya serta dua orang anak kecil itu didatangkan khas dari Tawau. Dua orang anak kecil itu rupanya ialah anak kepada Mas sendiri. Aznil mengumumkan buat pertama kali bahawa Mas sebenarnya ibu tunggal yang menyara dua orang anaknya. Demi mengejar impiannya, Mas sanggup meninggalkan dua orang anaknya tersebut. Penonton yang sebentar tadi bergelak ketawa dengan gelagat Mas menjawab pertanyaan Yusof Haslam, kini sama-sama bersedih melihatkan pengorbanan seorang ibu tunggal ini. Kini, kita tahu bahawa Mas menangis pada awal lagu Kaulah Segalanya ada sebab iaitu untuk anak-anaknya.

Kejutan untuk Mas itu merupakan kejutan untuk semua. Kita seharusnya menilai bakat seseorang dan bukannya bersandarkan statusnya.

Akademi Fantasia IIFarah – Tua Mengejar Kita 7/10
Sebelum persembahan, penonton dapat melihat klip Farah dan Linda mengorek telinga. Memang sesuatu yang melucukan apabila adegan-adegan tersebut disiarkan. Lebih-lebih lagi banyak aksi yang melibatkan Linda dan Farah sejak akhir-akhir ini. Beliau mempunyai vokal yang agak hebat. Kawalan vokal beliau sangat bagus. Tetapi sayangnya persembahan beliau kurang umph. Vokalnya jelas dan dilontarkan dengan penuh berkeyakinan. Kata Farihin, lagu Tua Mengejar Kita seakan-akan dibuat untuk beliau. Saya menyukai persembahannya tetapi lakonan dari penari latar sedikit mencacatkan persembahan Farah.

Akademi Fantasia IIZahid – Istana Menanti 8/10
Saya akui beliau antara pelajar lelaki yang mempunyai vokal yang power. Beliau harus lebih lagi berlatih pada bahagian nada rendah. Masih kedengaran tenggelam di beberapa bahagian. Interaksi dengan kamera juga baik. Vokal beliau mampu membuatkan penonton terpukau untuk mengikuti persembahannya dari mula hingga akhir. Beliau jelas amat berkeyakinan dengan lagu tersebut. Mempunyai tone yang sedap. Dinamik yang baik serta penghayatan beliau terhadap lagu tersebut jugak cemerlang. Kata Farihin, lagu tersebut memang yang paling mudah untuk sumbang, tetapi Zahid telah menyanyikannya tanpa sumbang. Originaliti lagu tersebut kekal dan gaya pembawaannya divariasikan oleh Zahid dan telah dilakukan dengan cemerlang.

Akademi Fantasia IIZarina – Awallah Dondang 7.5/10
Seperti Anding dan Edlin, kisah Zarina, Rosma dan Khai dijadikan topik utama perbincangan pada konsert minggu ini. Seperti Zarina, Rosma juga menerima sebuah lagu nyanyian Noraniza Idris untuk dipersembahkan pada Konsert Akademi Fantasia yang lalu. Seperti Rosma, pada persembahan malam itu Noraniza Idris muncul untuk menyaksikan persembahan beliau. Namun demikian persembahan Rosma diiringi dengan penari latar, tidakkah beliau cemburu dengan Rosma ? Sebagai kejutan malam tersebut yang tidaklah terkejut sangat kerana saya telah pun mencadangkannya di catatat Diari hari Khamis, rakan-rakan Zarina dari Badan Yayasan Warisan Johor tampil untuk mengiringi persembahan Zarina. Vokal Zarina memang agak unik. Lebih-lebih lagi apabila menyanyikan lagu irama tradisional. Sebuah persembahan yang profesional dan amat berkeyakinan tinggi. Vokal beliau terkawal dengan baik. Sebutannya perlu lebih jelas lagi. Perlu dibuka rasa lagu tersebut seluas-luasnya. Kudsia memberikan standing ovation kepada Zarina untuk lagu Awallah Dondang. Standing ovation pertama di Akademi Fantasia II.

Akademi Fantasia IIKaer – Ikhlas Tapi Jauh 7.5/10
Saya kagum dengan beliau. Beliau mempunyai vokal yang sedap didengar. Cara beliau menyanyi mengingatkan saya kepada Vince. Beliau seboleh-bolehnya akan mengubah lagu tersebut mengikut caranya yang tersendiri. Kaer banyak bermain dengan falsetto. Penguasaan pentas beliau juga bagus. Beliau dengan selamba mengawal vokalnya dengan cemerlang. Kerana terlalu memberi penghayatan kepada nyanyiannya, sehingga beliau terlupa lirik. Tone vokal beliau juga bagus dan jelas. Kata Farihin, inilah persembahan yang mempunyai rasa. Barulah beliau menemui rasa dalam persembahan malam ini. Barulah saya faham apa makna rasa yang dimaksudkan oleh beliau sejak awal tadi. Rupanya rasa adalah cara pembawakan yang tersendiri. Persembahan yang original tanpa meniru gaya nyanyian artis asal lagu tersebut. Dinamik lagu tersebut juga berjaya. Bahagian adlib akan lebih menarik sekiranya diselitkan elemen tradisional.

Akademi Fantasia IILinda – Semoga Abadi 7/10
Pada awal minggu kita dikejutkan dengan cerita pembedahan jantung ayah Linda. Keluarga Linda mengirim SMS kepada Aznil agar dapat disampaikan kepada Linda tentang keadaan bapanya.

Ini kali pertama saya mendengar lagu Semoga Abadi. Seperti kebanyakan pelajar, Linda turut menghadapi masalah untuk menyanyikan lagu pada nada yang rendah. Pada bahagian tinggi, Linda tidak mempunyai apa-apa masalah. Saya tidak dapat membandingkan nyanyiannya dengan Misha Omar. Saya kira vokal beliau agak power dan beliau perlu melatih pernafasannya untuk low tone. Beliau mempunyai karisma sebagai seorang penghibur di masa akan datang. Wajahnya mempunyai potensi untuk menjadi seorang bintang. Kata Farihin, Linda mempunyai tone yang bagus, rasa yang bagus dan telah menjadi dirinya sendiri.

Akademi Fantasia IIMenuju Puncak
Koreografi minggu ini berubah dan lebih menarik. Nampak lebih terancang dengan baik dan para pelajar telah melaksanakan tanggungjawab mereka dengan baik sekali. Setelah dua minggu, mereka nampak lebih bertenaga dan konfiden dengan tarian mereka sendiri. Gerak mereka lebih seiring pada minggu ini.

Kejutan Dua Ahli Baru
Pada Konsert II Akademi Fantasia tiada penyingkiran pelajar dibuat, sebaliknya telah ditambah dua ahli baru untuk sama-sama mewarnai Akademi Fantasia II. Kemunculan Vince dan Khai agak mengejutkan pelajar dan juga penonton. Berkemungkinan mereka dibawa masuk ke Akademi Fantasia II agak besar kerana Survivor Pearl Island juga pernah membawa kembali peserta yang tersingkir untuk bertarung kembali. Setelah diredakan ketegangan itu oleh Aznil, mereka mengumumkan ketibaan dua ahli baru ke Akademi Fantasia iaitu Dollah dan Syarifah, dua ekor ikan emas. Hadiah itu telah diberikan kepada seorang pelajar perempuan iaitu Farah.

Hadiah tersebut setidak-tidaknya akan sedikit melonjakkan undian untuk Farah yang agak ketinggalan berbanding pelajar lain. Farah perlu diberikan sedikit kelebihan dan dua ekor ikan emas itu merupakan kelebihan untuk Farah memancing undi. Linda sudah terkenal dengan kecantikan dan vokal beliau, Mas sudah terkenal kerana perwatakan beliau yang agk selamba, Edlin yang hangat digossipkan dengan Anding, Nurul seorang yang kuar menangis dan Zarina seperti biasa kisah hubungannya dengan Khai.

Yang pasti, minggu hadapan akan ada penyingkiran pelajar. Sudahkah anda bersedia ?

Ranking Persembahan Terbaik SM
Mas – Kaulah Segalanya 9/10
Zahid – Istana Menanti 8/10
Bob – Jangan Bersedih Lagi 7.5/10
Kaer – Ikhlas Tapi Jauh 7.5/10
Zarina – Awallah Dondang 7.5/10
Linda – Semoga Abadi 7/10
Adam – Kerna Dia 7/10
Farah – Tua Mengejar Kita 7/10
Anding – Melompat Lebih Tinggi 7/10
Edlin – Can’t Fight The Moonlight 6/10
Nurul – Ke Hujung Dunia 6/10
Fitri – Kasih Latifah 6/10

Entri oleh sultanmuzaffar 18 June 2004 0 komen

Akademi Fantasia IIDiari Akademi Fantasia 02-09-10

Akan diupdate kemudian.

Entri oleh sultanmuzaffar 17 June 2004 0 komen

Akademi Fantasia IIDiari Akademi Fantasia 02-07-08

Asyik Aku Aku Aku
Intonasi merupakan elemen penting dalam menyampaikan mesej. Intonasi yang berbeza akan membawa makna yang berbeza-beza. Saya melihat ada yang masih kaku apabil melafazkan dialog tersebut. Nurul ada kelainannya. Zarina juga juga menampilkan kelainan. Fitri telah mengeluarkan sedikit personaliti beliau. Linda masih kaku tetapi berani untuk mencuba. Kaer pada saya melakonkan watak yang berbeza bukan melakukan intonasi yang berbeza. Mas juga cuba mengeluarkan karektornya sendiri. Pelajar-pelajar lain agak mendatar dan berusaha keras untuk mendapat mood untuk melontarkan dialog tersebut. Saya melihat pelajaran ini sebagai satu yang penting sebagai asas lakonan yang kuat.

Farah
Perwatakan seceria Farah wajar dieksploitasi oleh dirinya sendiri untuk memancing undi Farah. Farah berbakat besar dalam nyanyian, tetapi peratus undiannya agak rendah kerana tidak menonjolkan dirinya.

Catwalk
Upacara promosi barangan penaja dilakukan oleh mereka. Saya jelak ! Nurul, Adam dan Bob tidak kelihatan.

Anding dan Edlin
Edlin memohon maaf kerana ada perasaan itu ? Anding yang sporting, tidak marah dengan situasi tersebut.

Main Kejar-Kejar
Seronok melihat Linda dan Farah main kejar-kejar di dalam Akademi. Mas seperti biasa melontarkan dialog yang agak melucukan. Perwatakan Mas agak natural.

Adam berlatih menari lagu Kerna Dia. Banyak dibantu oleh Bob dan Anding. Elemen tarian pada lagu ini nampak kurang bertenaga, mungkin kerana peratus tumpuan Adam terhadap lirik lagu amat tinggi sehingga mengabaikan elemen tarian. Adam sememangnya seorang yang pandai menari tetapi kerana tumpuannya lebih kepada lagu menyebabkan tariannya kurang bermaya. Saya agak pelik apabila lagu Ikhlas Tapi Jauh sebegitu koreografnya. Nampak seperti tidak kena. Kenapa perlu ada adegan di tepi pantai ? Edlin juga memberikan tumpuan kepada lagu sehingga elemen tarian diabaikan.

Kelas Vokal Siti Hajar
Zarina
Vokal beliau bagus tetapi untuk lagu Awallah Dondang ada seperti tidak kena. Beberapa note kedengaran agak mendatar.

Mas tidak mengikut seperti apa yang diajar oleh Cikgu Adnan sewaktu sesi kelas ini. Vokal beliau agak mendatar juga.

Adam perlu memperbaiki pitching pada nyanyiannya. Beliau menyanyi dengan tidak cukup bertenaga.

Farah membawakan lagu tersebut dengan gayanya yang tersendiri. Saya suka cara beliau.

Edlin mendapatkan bantuan Kaer mengajarnya tentang nyanyian lagunya. Beberapa bahagian perlu dibuat falsetto.

Anding selesa berlatih keseorangan sambil menari.

Nurul juga mendapatkan khidmat rakan-rakannya dalam koreografi iaitu Fitri dan Kaer turut membantu dari segi nyanyian.

Zarina berlatih lagu Awallah Dondang dan mungkinkah rakan-rakan beliau di Yayasan Warisan Johor akan muncul sebagai kejutan. Penari Yayasan Warisan Johor memang terkenal sebagai penari zapin terhandal di Malaysia.

Kaer membawakan lagu Ikhlas Tapi Jauh dengan stailnya yang tersendiri sehingga menurut Cikgu Siti Hajar banyak melodi yang diubah oleh beliau. Keaslian lagu tersebut hilang. Melodi asalnya perlu dikekalkan.

Edlin memberikan satu persembahan latihan yang mantap. Saya suka dengan vokal nyanyiannya. Lagu tersebut kedengaran amat sesuai dengan vokalnya.

Nota: Tidak banyak yang dapat saya catat. Beberapa kali tertidur. Terlalu keletihan setelah selesai menganjurkan persembahan teater-tari OPs OPHELIA. Jumaat, saya akan bertolak ke Port Dickson. Bayangkan hari Sabtu anda tanpa ulasan di sini. hahahaha

Entri oleh sultanmuzaffar 0 komen

Novel Bersiri Akademi Impiana: Bahagian 9



“Nok, mak tak suka lah diorang kena kumpul reramai pastu ala-ala ucapkan terima kasih macam anak-anak yatim. Macam kesian pulak mak tengok.” Kata Gundutz sewaktu dia melihat para pelajar Akademi Impiana, diketuai oleh Khir berdiri di hadapan kamera dan mengucapkan terima kasih kepada Restoran Putera Sulong yang telah menaja makanan mereka selama ini. Menurut Khir, mereka suka kepada makanan yang telah disajikan, tetapi merungut kerana makanan terlalu pedas.

“Alah apa salahnya. Kita orang Melayu. Kena selalu berterima kasih. Itu dah budaya kita!” tegas Timah.

“Tapi nok, hem buatkan ko kek... Bagi ko tengok TV hem ni. Jarang-jarang ko nak ucapkan terima kasih.”

Timah mengambil sedikit masa untuk menjawab. Dia mula sedar akan sifatnya sendiri yang jarang-jarang mengucapkan terima kasih kepada Gundutz walaupun Gundutz banyak membantunya dalam kehidupan sehariannya. Ketika dia mengalami masalah kewangan, Gundutz lah yang telah menolongnya apabila kawan-kawannya yang lain cabut lari. Gundutz lah yang telah mendapatkannya di tengah-tengah malam apabila bekas kekasihnya Razi menempeleng mukanya dan meninggalkannya di tengah-tengah Lebuhraya Persekutuan menghala ke Kuala Lumpur apabila Timah bertengkar dengannya setelah dia mendapat tahu bahawa bekas kekasihnya itu telah curang kepadanya. Gundutz juga lah satu-satunya kawan yang dia ada yang sanggup mendengar segala masalah dan suka-dukanya mencari nafkah di Kuala Lumpur apabila keluarganya berada di Tapah. Timah cukup sedar tentang hal ini. Dia rasa bersalah kerana ada kalanya dia akan berkasar dengan Gundutz tanpa sebab...

“Alah, restoran tu kan dah taja, jadi kenalah ucapkan terima kasih!” Timah mendegus. Kemudian dia tidak meneruskan lagi. Dia ingin menoleh ke arah Gundutz, tetapi dia membatalkan sahaja niatnya itu. Dia terus diam. Di datapinya Gundutz juga terus diam sehinggalah Azmil memberitahu tentang Fyrul yang telah mengajar pelajar-pelajar Akademi cara yang betul untuk berjalan sebagai model di pertunjukan fesyen.

“Haiyoh pecah lobangs! Hem dah agak dah!” Ujar Gundutz dengan seronok.

“Dah agak apa ni?” tanya Timah dengan wajah yang terganggu. Timah cukup benci jika Gundutz memberi komen yang bukan-bukan terhadap Fyrul yang diminatinya itu.

“Alah, dia kan bagus dalam hal-hal ni semua. Adik-adik kan selalu verengens nak jadi model der fashion designer bagai. Harus ler pandai jalan lenggangs der atas runaway! Patutlah badan dia nak ala-ala slim macam Kate Moss!”

“Alah kau ni? Apa salah? Yang jadi model kan macho-macho.”

“Eh, koser ler! Model lelaki ramai adik-adik okay! Kawan hem ramai yang ala-ala part-time model gituh!”

“Hek elleh!”

“Eh perlu ke nak iklankan kotak tisu dengan minuman ringan tu? Motif teramatz!” Getus Gundutz yang cepat sahaja menangkap apa yang dia lihat di kaca TV.

“Mana ada iklan! Kau ni over lah!” kata Timah, kemudian dia meneguk air Koka Kola. Bibirnya terasa basah, terus dia mengambil kertas tisu Prime untuk mengelap mulutnya itu.

Timah dan Gundutz kini nampaknya seronok menonton segmen “Asyik Aku aku aku” di dalam kelas kelolaan Puan Ogy Nawawi. Dalam kelas ini, para pelajar di minta melakonkan lima buah sketsa berlainan dengan hanya menggunakan perkataan “Asyik Aku aku aku” dengan emosi yang berbeza-beza.

Keadaan rumah Gundutz menjadi gegak gempita apabila Fyrul di suruh berlakon. “Kan mak dah cakap, dia pecah lobangs!”

“Pecah lobang apa ni?”

“Ko kan tengok dia berlakon ala-ala patah! Tiga lakonan dia pulak tu ala-ala patah!”

“Mana ada!” Timah menegaskan. Dia tidak paham apa yang dimaksudkan oleh Gundutz. Dia tidak mampu nampak apa yang dapat dilihat oleh Gundutz melalui kaca matanya itu...

**

Indra duduk di posisi yang sesuai untuk dirinya. Sebelum pergi berjumpa dengan Adlina, dia telah memastikan agar rambutnya kelihatan kemas dan tetap tercacak. Dia sengaja mencari tempat duduk yang strategik agak pencahayaan yang menarik akan jatuh ke wajahnya.

“I sebenarnya nak mintak maaf!” ujar Adlina dengan suara yang manja.

“You datang sini untuk apa? Untuk jadi penyanyi kan?” tanya Indra. Meremang bulu tengkuknya apabila Adlina kemudian menjelaskan bahawa beliau ada menyimpan perasaan terhadap dirinya.

“Focus on your goal, lah!” pinta Indra bersungguh-sungguh.

“Indra I nak minta maaf jika I menyinggung perasaan sesiapa.” Ujar Adline tersenyum-senyum.

Indra menunggu masa sahaja untuk Adlina melelehkan air matanya. Tetapi Adlina hanya tersenyum dan nampak manja. Indra keliru...

**

Abang Besar: Kreatif sungguh you ni!

Kakak Besar: Kreatif apa? I tak paham...

Abang Besar: Product placement kita lah. You pandai suruh budak-budak tu buat free advert... Ala-ala fashion show pulak tu!

Kakak Besar: Dah budak-budak tu suka... Diorang buat je lah. Macam you lah, suruh budak-budak tu kumpul depan kamera lepas tu suruh advertise Restoran Putera Sulong--

Abang Besar: Well... I thought it would be fun until they start asking for demands. Makanan tak nak pedas ler. Nak low carbs meal lah. Nak makanan vegitarian lah...

Kakak Besar: Eh... By the way, do you know how to attract the waning interest amongst the boys to watch AI? Yang tengok this show nowadays... ramai perempuan dan adik-adik jer. Tak ramai penonton lelaki!

Abang Besar: I know when you ask me question like this... You dah ada jawapannya!

Kakak Besar: You ni memang ler. Semua benda dalam kepala otak I you dah paham. Creepy lah!

Abang Besar: Creepy, meepy... So apa idea you?

Kakak Besar: You know how guys are so into lesbian chick cat fights and all that?

Abang Besar: Do I have to answer that?

Kakak Besar: Ye lah... I tahu you baik. Tapi ramai lelaki are into this kan? So apa kata kita buat some of our girls to peluk-peluk. Main kejar-kejar. Main tarik-tarik rambut. Sure you all seronok kan?

Abang Besar: ...

**

“Comelnya Khir!” Mata Timah bulat memandang ke kaca TV. Dia betul-betul meminati Khir walaupun dia sendiri sudah berboyfriend. Padanya, Khir adalah lelaki yang diidamkan walaupun Rahmat boyfriendnya sekarang mempunyai wajah yang agak kacak dan bertubuh agak tegap. Susah untuk kita meramal jika Timah akan memandang Khir dua kali jika Khir bukan seorang pelajar Akademi Fantasia.

“Haiyoh suara dia... Sesuatu one!” tempelak Gundutz.

Pada waktu itu, Khir menggunakan suara falsettonya. Bukan calang-calang orang yang boleh buat suara falsetto. Pada satu masa dahulu di Eropah, suara-suara falsetto ini selalunya datang dari lelaki-lelaki yang telah dikasi sejak kecil yang dikenali dengan nama “castrato”. Mereka telah dikasi agar suara mereka tetap halus dan tinggi ketika menyanyi. Antara penyanyi castrato yang paling terkenal adalah Farinelli.

“Nok... Hazami pon boleh buat suara ala-ala falsetto kan?” tanya Gundutz.

“Anuar Zain pon--”

“Ye lah... Dan penyanyi-penyanyi yang sewaktu dengannya.”

“Ish ko ni!”

“Hem punya suara pon falsetto apa!” ujar Gundutz bersungguh-sungguh.

“Ye lah...” Timah menjeling benci. Malas dia mahu melayan Gundutz yang mempunyai suara seakan Situ Nurhaliza itu. Timah terus melihat gelagat Khir yang membantu kawan-kawannya yang lain menyanyi. Dia terus meminta beberapa orang rakannya agar menyanyi menggunakan suara falsetto yang mampu dilakukannya dengan mudah. Timah kini pasti bahawa Khir mempunyai peluang besar untuk menjadi juara Akademi Impiana kali ini. Tanpa banyak soal, Timah terus mengSMS AIUNDI untuk mengundi Khir, agar peratusannya naik ke tahap yang lebih tinggi...

Entri oleh sultanmuzaffar 0 komen

Akademi Fantasia IIAKADEMI FANTASIA 2 : Ke ‘puncak’ manakah sebenarnya di tuju?
Oleh Mahhass: Sahabat myPFS

Saya tidak mengharapkan apa-apa dari Akademi Fantasia musim ke 2 ini walaupun ia dilabelkan sebagai 'most anticipated' program realiti tv di malaysia. Apa yang dijangkakan saya sejak siaran ujibakat AF2 di Astro Ria menerusi rancangan Trek Selebriti sememangnya benar. Rata-rata anak-anak muda yang mencuba nasib semuanya terpengaruh dengan dunia penuh sensasi bekas pelajar AF1. Yang terpilih sudah membayangkan betapa popularnya beliau nanti. Yang tak terpilih pula tidak dapat menerima hakikat sehingga ada yang merungut "Kenapa aku tak terpilih sedangkan aku lagi bagus dari pelajar AF1?"

Lantaran AF2 pun bermula. Maka 12 muka baru menjadi tontonan seharian melalui Diari AF. Rata-ratanya menganggap diri mereka 'superstar' atau 'bintang' baru tanahair. Mereka tersilap sebenarnya. Mereka saya boleh umpamakan sekadar satu bentuk bahan hiburan yang bukanlah terlalu baru atau teruja untuk dibualkan ramai. Kebanyakan dari mereka tidak menampakkan ciri-ciri sebenar yang ada pada mana-mana 12 pelajar AF1 sebelum ini.

Masing-masing sudah sedia maklum yang diri mereka akan menjadi bahan tontonan seluruh Malaysia tiap-tiap malam kecuali Ahad. Masing-masing cuba TIDAK menonjolkan diri sebenar mereka. Maka tidak salah jika saya katakan mereka sebenarnya menghasilkan sebuah 'lakonan' walaupun tanpa penulis skrip dan sutradaranya. (Jika ada sekalipun tidaklah menghairankan). Malangnya lakonan mereka masih lagi kosong – tiada jiwa. Akibatnya, program realiti TV ini telah hilang sebahagian penontonnya berikutan hilang 'kejujuran'nya.

Barangkali mereka terlalu kemarukkan populariti. Seolah-olah cuba menjadi apa yang sudah pun ada dalam 'market'. Mungkin ada yang bercita-cita mencatas suara Anuar Zain, ada pula yang berfikiran dia bakal menggantikan tempat Siti Nurhaliza malah ada juga yang cuba meniru ketidakbagusan dan 'kesengauan' Yusry dan sebagainya. Yang tak bagus pun cuba ditiru, apa nak jadi entah. Apa sebenarnya yang penganjur mahu? Melahirkan 'superstar' atau semata-mata mengaut keuntungan SMS?

Maka kronologi yang sama akan sentiasa berulang lagi. Kitaran proses ini mengakibatkan tumbuhnya lagi selebriti atau artis-artis yang rata-ratanya kalau dinilai dari segi bakat (vokal, persembahan) terlalu mirip sangat, yang membezakan si anu dengan si anu ialah 'nama' dan 'imej' saja.

AF jika berlangsung seperti 'dijadual oleh penonton', maka akan ketiadaan impak. Pastinya akan ada di antara pelajar yang dianggap 'bagus' atau menjadi 'kesukaan' penonton akan 'dikeluarkan' sebagai turning-point penontonnya (bagi tujuan sms). Tetapi itu semua bukanlah satu unsur kejutan lagi. Rata-rata sudahpun menjangkakan senario atau elemen shock ini akan berlaku. Semacam plot wajib Akademi Fantasia. Jadi apa yang istimewanya lagi?

Sejak dunia hiburan kita melahirkan Siti Nurhaliza sebagai 'superstar' bermula seawal tahun 1994, belum ada lagi superstar baru muncul menghiasi persada seni hiburan tanahair. (Saya bukan peminatnya, cuma sekadar memerhati senario industri tanahair). Jika dikaji, kenapa Siti terlalu diminati? Jawapannya mudah. Beliau (pada awal-awal pembabitan) telah melakukan satu revolusi muzik tanahair.

Siti mencipta 'cult' untuk dirinya dengan lagu 'Cindai'. Kenapa lagu 'cindai' begitu terkenal dan diminati? Jelas kerana beliau (atau sebenarnya Pak Ngah) telah mengenengahkan elemen muzik kita, irama kita serta budaya seni kita. Bukan cenderong meniru barat (yang kononnya budaya mereka kita kutuk habis-habis, tetapi muziknya kita 'sembah' dan sanjung tinggi). Maka inilah yang terjadi. Melodi 'Cindai' menjadi siulan dari anak-anak kecil hinggalah ke orang tua. Inilah 'cult' yang kita mahukan sebenarnya.

Maka ramai yang mencuba nasib (walaupun agak keras untuk saya sebutkan) istilah 'meniru' paling sesuai untuk mereka-mereka itu. Hasilnya, kesemuanya kecundang jatuh hilang entah ke mana. Bukan sebab Siti, tetapi ketiadaan identiti pada diri mereka. Tidakkah mereka belajar dari kesilapan artis-artis yang cuba menjadi Jamal Abdillah, Allahyarham Sudirman dan sebagainya? Bukankah Tuhan telah menciptakan sesuatu makhluk itu unik dan tersendiri, kenapa pula kita cuba menjadi si anu atau si anu itu?

Barangkali ada benarnya kemunculan Dayang Nurfaizah cuba merevolusikan era Siti Nurhaliza namun sebenarnya konsep muzik yang dibawakan Dayang masih berkiblatkan barat. Cuma teknik serta lontaran vokalnya memberikan suatu pembaharuan dalam dunia muzik tanahair (bukan global) . Usaha tersebut boleh dipuji.

Berbalik semula tentang AF, dan apabila tamatnya AF2 ini nanti wajah mereka sudah pasti akan terpampang di majalah-majalah hiburan tempatan seperti juga mana-mana artis tanahair tatkala ini. Tiada apa yang baru lagi membaharukan dalam industri. Sama seperti sebelumnya. Kita pula tak henti-henti berSMS untuk membantu mereka mencapai impian mereka. Apa sebenarnya yang kita mahu? Apa impian mereka? Apa pula impian kita? Nak lihat 'bintang lama' berwajah baru?

Begitu juga halnya dengan pengkritik/juri samada yang tetap atau tidak - profesional mahupun amatur. Komen-komen yang diberikan seperti "...anda perlu tingkatkan lagi vokal" atau "..nyanyian anda bagus tapi..." dan berbagai lagi komen yang sebenarnya tidak jujur dan masih lagi membohong.

Kenapa tidak diluahkan sahaja ketidakpuasan hati seperti "Kenapa awak nyanyi macam tu? dah takde cara lain lagi dah?" atau "..MAAF, nyanyian awak tidak menarik hati saya.. cuba lagi!" atau "...apa yang sebenarnya awak belajar di akademi selama ini? Awak belajar atau main-main?".

Adakah segala komen yang akan diberikan perlu mendapat 'mandat' penganjur terlebih dahulu? atau penganjur takut sangat kehilangan majoriti pengundi? Kenapa harus takut? Bukankah mereka ini sedang dalam proses pembelajaran dan perlu bersedia sepenuhnya dari segi mental (emosi) untuk dikritik sepenuhnya? Ini bukan perkara main-main. Masa depan remaja itu terletak di tangan penganjur. Tanggungjawab mereka besar dan tak ubah seperti seorang penjaga mendidik anak atau guru mendidik anak murid. Jangan dipersia-siakan.


Baiklah, mungkin jika sudah terkeluar sekalipun mereka dari akademi, yang bagus mungkin ada habuannya. Ada yang ditawarkan untuk album malah ada juga yang menjadi pengacara dan sebagainya. Tapi itu sebenarnya tidak memberi satu jaminan mutlak buat mereka. Berapalah sangat nilai ringgit yang mereka dapat kecapi (melalui jualan album misalnya) berbekalkan bakat yang tak seberapa itu?

Bayangkan tatkala populariti mereka semakin pudar suatu hari nanti, ke mana pula 'PUNCAK' (kononnya gemilang cahaya) yang akan mereka tuju sejurus selepas itu? Tidakkah waktu itu baru mak bapak mereka akan sedar dan menyalahkan diri sendiri akibat terlalu ghairah mengejar sebuah impian yang ternyata hanya sekadar 'demam' sementara?

Mereka masih muda remaja. Langkah mengkaji semula had umur penyertaan mungkin berkesan bagi menarik lebih ramai penonton yang agak bosan melihat karenah remaja ini. Justeru adalah lebih baik untuk mereka mencapai impian kerjaya yang lebih kukuh dahulu sebelum kenal dengan dunia glamour. Mereka pastinya akan hanyut di bawa arus duniawi sehingga alpa mengejar cita-cita murni yang ditanam sejak kecil. Bakat (nyanyian atau lakonan) adalah bakat, kerjaya adalah kerjaya. Lebih bagus jika tidak dicampur adukkan. (Khabarnya kesemua mereka telahpun menandatangani kontrak selama tiga tahun sejurus sebelum memasuki akademi).

Apa 'konon'nya tanggungjawab kita? Menghantar SMS Afundi? Pesanan saya janganlah kita turut sama menjadi pendorong hidup penuh glamour dan sandiwara anak-anak muda ini. Mereka masih muda remaja. Tidak salah jika kita menjadi pendorong untuk mereka (walaupun bukan semua) agar meneruskan pelajaran terlebih dahulu sebelum muncul bergelar artis (sebagai kerjaya sambilan misalnya). Cukuplah dengan AF musim pertama.

Mungkin kita lupa yang kita sudah dikenakan bayaran untuk menonton salurannya. Tak perlu kita lihat beberapa muka surat 'ekstra' dalam bil telefon bimbit lagi ataupun menggores 5-6 keping kad prepaid dalam masa kurang dari tempoh sebulan. Dan yang penting sekali, tak usahlah lagi kita 'turut serta' mengeksploitasi masa depan mereka ini kononnya untuk menghasilkan "bintang" yang tak akan ke mana perginya.

Nota : Program Malaysian Idol (disiarkan di dua saluran 'free' yakni tak berbayar) bakal menerima rating yang lebih tinggi berikutan dari penyertaan pelbagai peringkat lapisan umur, dan yang pastinya juga dilihat bakal menarik pelbagai lapisan penonton tidak kira tua, muda, kaum dan bangsa. Apa yang paling ketara – program ini lebih tertumpu kepada pencarian bakat Malaysia 'sejati' (truly Malaysian) untuk akan terus di bawa ke peringkat antarabangsa, bukan hanya disensasi di 'majalah mangga'.

Entri oleh sultanmuzaffar 16 June 2004 0 komen

Akademi Fantasia IIDiari Akademi Fantasia 02-05-06

Baru selesai Persembahan Perdana OPs OPHELIA sebentar tadi. Rata-rata memuji persembahan tersebut. Kostum terutamanya. Malam tadi berjalan tanpa cacat cela. Perfect !

Kelas Cikgu Adnan
Fitri semakin berkeyakinan untuk membawakan lagu tersebut. Lebih-lebih lagi dengan bantu Cikgu Adnan. Cikgu Adnan banyak membantu Fitri tentang pengeluaran suara yang betul. Lebih-lebih lagi lagu rock. Vokal yang keluar bukan datang dari perut tetapi dari tekak. Beliau perlu menggunakan mid-tone.

Farah berjaya meyakinkan saya yang beliau mampu menyanyikan lagu-lagu yang diterimanya dengan caranya yang tersendiri. Beliau tidak banyak terikat dengan penyanyi asalnya. Minus one lagu tersebut agak tinggi.

Persembahan Mas merupakan sebuah persembahan yang saya tunggu-tunggu. Mas mampu untuk mengawal vokalnya dengan baik. Nyanyiannya sekadar lontaran vokal tetapi beliau berjaya mendapatkan penghayatan untuk lagu tersebut.

Adam juga semacam sudah selesa dengan lagu Kerna Dia. Persembahan Adam agak baik dan lagu ini cuba melarikan Adam dari imej KRU. Sesuatu yang menarik tentang persembahan Adam ialah ad-lib yang dibuat oleh Adam. Bob banyak membantu Adam untuk mendapatkan lenggok Arab pada vokalnya. Adam sudah biasa rapping, kali ini perlu juga macam berzanji.

Berlatih Marathon
Hampir kesemua pelajar sibuk berlatih lagu sendiri. Edlin, Bob, Anding, Linda, Kaer dan Zahid.

Dr. Usman Awang – Sasterawan Negara
Benarkah Ketam Mengajar Anaknya Berjalan Betul?

SEBENARNYA Sang Ketam tidak pernah menyuruh dan mengajar anaknya berjalan betul kerana Sang Ketam cukup yakin bahawa caranya berjalan, sebagaimana cara nenek moyang kepada nenek moyangnya, dan cucu cicit kepada cucu cicitnya berjalan, telah betul dan sempurna.

Sebaliknya bangsa Ketam pulalah yang merasa hairan dan takjub melihat manusia itu sendiri yang tidak habis-habis, malah bertambah-tambah dengan ajaran dan peraturan yang pelbagai macam, dari doktrin-doktrin, rukun-rukun, fatwa-fatwa sampailah kepada akta-akta, pekeliling-pekeliling dan memo-memo. Manusia telah menghabiskan waktunya untuk membuat segala macam peraturan dan mengawas perlaksanaan peraturan-peraturan; dari peraturan lalulintas jalan raya; peraturan datang ke pejabat dan peraturan berpakaian, sampailah kepada peraturan-peraturan bercakap di Parlimen dan di Mahkamah, peraturan menyekatkan air dan menggunakan elektrik, serta peraturan menyimpan rambut di kepala bagi kepala yang berambut.

Kehairanan Sang Ketam itu kian bertambah bila melihat manusia yang tidak pernah berjalan betul itu menghabiskan waktunya dengan mendandan mukanya, memelihara rambutnya, mengenakan pakaiannya, malah lebih aneh menahan makan dan minum untuk menguruskan badan, menelan kapsul dan jamu-makjun untuk memperkuatkan bahagian-bahagian anggota tubuhnya, mengumpulkan harta dan ringgit, menentukan jenis darah dan keturunan serta status dan gelaran, malah sangat teliti mencukur bulunya di samping berkelahi dan berbunuhan, menindas dan menipu sesamanya. Soalnya di sini, siapakah sebenarnya yang mengajar dan menyuruh anaknya berjalan betul, Ketam atau Manusia?


Mereka sekali lagi dilatih untuk memberikan interpretasi kepada naskhah yang diberikan. Mereka turut dikehendaki membuat improvisasi kepada naskhah tersebut. Lakonan mereka kini agak kaku kerana skrip berada di tangan. Lebih-lebih lagi apabila tidak mengetahui makna naskhah tersebut dengan mendalam. Lebih mendukacitakan, sajak Sasterawan Negara turut diedit.

Mas vs Anding
Mereka bergusti lengan menggunakan tangan kiri. Mas bijak. Mengajak Anding bergusti lengan dengannya dengan tangan kiri. Mas seorang yang kidal. Kalau Mas menggunakan tangan kanan sekalipun, belum tentu Anding menang.

Tongue Twister
Beberapa frasa baru diperkenalkan kepada para pelajar. Bahasa Inggeris pula. Agak sukar terutamanya apabila melibatkan huruf R.

Tegas
Melihat ketegasan Julian kepada para pelajar semacam nasi yang tidak cukup lauk. Semacam lakonan yang tidak menjadi. Ketegasan Julian tidak dibenci pelajar hanya dibenci penonton.

Main-Main
Saya sudah dapat melihat pelajar main-main sewaktu kelas vokal. Edlin dan Zahid kelihatan gelak-gelak. Apabila Cikgu Siti Hajar bertanya, Edlin cepat-cepat menafikannya. Fitri dan Adam juga kelihatan main-main dan tidak serius sewaktu kelas.

Latihan
Bob agak berjaya menyanyikan lagu itu Cuma beliau perlu melakukan sesuatu untuk membuang imej Anuar Zain pada nyanyiannya. Bob banyak mendapatkan bantuan Anding untuk menyanyikan lagu tersebut. Nurul perlu banyak berlatih untuk membolehkan lontaran vokalnya mantap. Tenaganya tidak cukup untuk melontar vokal. Nyanyian Zahid agak bagus. Beliau perlu menggarap lontaran vokal agar vokal dapat keluar dengan terang. Cara bernafas juga memainkan peranan yang penting. Lagu ini memerlukan Edlin membuat sedikit pergerakan dan showmanship untuk mencantikkan persembahannya. Perlu ada attitude. Vokal beliau agak lantang. Anding mempunyai vokalnya bagus. Lagu tersebut sesuai dengan vokalnya. Cara nyanyian beliau juga bagus. Stamina beliau nampak baik.

Mariah Carey
Maaf, tertidur !

Mengarutlah !

Beberapa komen tentang scene mengarut semalam:

Zarina tanya Linda 'dah ada bf ke?' then Linda jawab '..dia cuma satu kepala dgn saya tapi he's not my taste..'. Lepas tu diorang cakap pasal Edlin ngan Anding - but Linda stressed that hal ni semua org dlm akademi tahu. Semua sering mengusik Edlin ngan Anding macam jugak Linda diusik tentang Fitri tapi Linda tak kisah sebab tahu semua main2x jer... Also, Linda dah minta maaf kat Edlin and Edlin pun tak kisah sangat.

About what Bob said..that's between him and Zarina.

saya rasa apa yg mereka tulis kat note tu tak berkaitan dengan hubungan Zarina dan Khai... sebaliknya antara Anding dan Edlin (2 nama yg di*tut*kan).. that's why Linda minta maaf kat Edlin 4 discussing this matter dgn Zarina..tp Edlin pun tak kisah ttg hal ni.. Lgpun Linda kata dia pun di pasang²kan dgn fitri, dan dia pun tak kisah.

Pasal Edlin tu, saya rasa dia antara org yg bijak m'gunakkan segala strategi yg ada utk menonjolkan dirinya dlm AF. 1st menangis, now creating 'romance story' with Anding. Anyway, i Can't wait to see what's her next move

Tapi akak tak pasti, apsal ADAM bangun... Dia berdiri sebelah EDLIN, WHY.. why.. tell me why? Adakah Komplot Drama Samarinda ZARINA-LINDA-FITRI, ZAHID-EDLIN-ANDING tiada kaitan langsung dengan Adam.. Abis tuh, apsal ADAM BERDIRI..


Linda dan Zarina ditangkap kerana bertukar-tukar nota. Zarina bertanya kepada Linda tentang Fitri. Linda kata Fitri bukan taste beliau. Lagipun Fitri tahu tentang itu. Linda juga bertanya kepada Zarina tentang hubungannya dengan *tut*. Ia ditapis oleh pihak penerbitan. Kenapa ya perlu ditapis ? Sedangkan satu Malaysia sudah tahu tentang itu. Tapisan itu seakan memudarkan keyakinan saya yang Akademi Fantasia merupakan program tv realiti. Jika benar-benar mahu realiti tidak perlu ditapis.

Kisah Edlin pula adalah tentang hubungannya dengan Anding. Zahid yang bertanyakan tentang hal itu. Kenapa ya Zahid. Ada hati dengan Edlin ? Adegan ini tidak ditapis. Kejujuran mereka menceritakannya kepada kamera sukar untuk saya pertikaikan. Sama ada lakonan atau tidak sukar untuk ditentukan. Jika tapisan boleh dibuat, arahan khas lakonan juga boleh dibuat.

Mengarutlah bila main tapis-tapis ni ! Ini rancangan televisyen realiti ke apa ? Kalau betul-betul berniat mahu tapis, tapis keseluruhan adegan tersebut. Tidak perlu ditonjolkan kesalahan Zarina dan Linda. Sembunyikan sahaja. Niat pihak penerbitan sebenarnya ingin memberitahu tentang hal itu tetapi disembunyikan sedikit konon-konon penonton Malaysia tidak tahu. Mengarutlah !

Entri oleh sultanmuzaffar 0 komen

Novel Bersiri Akademi Impiana: Bahagian 8



Gundutz mendapati dia tidak mempunyai banyak duit untuk bulan ini. Kalau nak dekat-dekat hari raya, bolehlah dia mendapatkan pendapatan lebih dengan menjual kek dan kuih muih yang dimasaknya sendiri. Tetapi bulan ini, rezekinya agak kurang. Jadi, dia tidak dapat menambahkan kredit kad prepaid untuk telefon bimbitnya.

“Susahlah hem nak AIUNDI macam ni!” keluh Gundutz ketika rancangan Diari Akademi Impiana disiarkan.

“Kalau macam tu, jangan undi, kan bagus!” saran Timah sambil membetulkan ikatan tudungnya.

“Itu macam ke? Ko memang tak nak hem undi Lina dan Sia kan? Ko memang tak suka kalau si Lina dan si Sia tu menang!”

“Aku tak kira! Aku nak Khir jugak yang menang tempat pertama.” Timah melepaskan nafasnya seolah melepaskan nafas cinta. “Lepas tu aku nak tengok Fyrul pulak menang tempat kedua.”

“Tak kosernyer ko. Tapi tak apa... Kalau hem boleh undi pelajar yang sesama muhrim. Kau pun boleh kan? Barulah adil!”

Timah merapatkan mulutnya menahan geram. Dia ingin menjerit dan menampar bahu Gundutz, tapi dia tak jadi apabila dia dapat melihat Fyrul sedang menyanyi.

“Ponen ni memang tak boleh nyanyi lah nok. Rambut jer lebih. Kenapa tak potong jer. Tak pon buat style rambut kena seterika macam Khairi, kan bagus?”

“Eh, dia dah improve apa! Kau memang tak boleh tengok dia maju!”

Gundutz berdecit. Dia dapat melihat bahawa Fyrul semahu-mahunya menyanyikan lagu yang telah diberikan kepadanya, tetapi ada sahaja yang tidak kena. Gundutz tahu bahawa jika Fyrul menyanyi dengan suaranya tidak keluar dan terjatuh tergolek di atas pentas sekalipun, penonton-penonton seperti Timah akan tetap mengundinya agar mereka terus dapat menyaksikan Fyrul beraksi di Akademi Impiana...

**

Kakak Besar: You perasan tak... Diari Akademi Impiana ni makin boring. Nothing happens! I think I rather watch paint dry than watching them on TV.

Abang Besar: Kalau kita biarkan perkara ini berlaku, nanti rating kita boleh jatuh. Salah haribulan... I have this feeling people will appreciate Malaysian Idol more than Akademi Impiana.

Kakak Besar: Now... That's scary.

Abang Besar: I know! So how? Makan roti lor...

Kakak Besar: We have to reposition a few actors... I mean, pelajar. I think it's about time we bring forward Fyrul. Some of the girls I know are so totally into him!

Abang Besar: But why? This I don't understand.

Kakak Besar: You don't have to understand dear... I think some girls are into sissy boys with hairs longer than them who can cook and sew clothes for them.

Abang Besar: Alah macam you lah kan... Falling for Latif the interior designer yang buat rumah you tu lima tahun yang lepas.

Kakak Besar: Sorrylah... Mana I tahu boyfriend dia kawan di ofis lama you tu. My mistake okay. I thought I could get a massive discount kalau dia jadi boyfriend I.

Abang Besar: Tu lah, nak sangat carik yang hensem-hensem--

Kakak Besar: Whatever lah. Now back tu business!

Abang Besar: Apa kata kita tonjolkan sikit si Fyrul tu? Mana tahu dia memang boleh menyanyi...

Kakak Besar: By doing that, he's get more fans and his die-hard fans will SMS him like there's no tomorrow if he is about to get himself voted out.

Abang Besar: And you know what? AI2 ni tak macam AI1 dulu... There's just not enough romance lah. These students are so fake, sampai nak fake them liking each other pun susah.

Kakak Besar: Apa kata kita buat skandal?

Abang Besar: Scandal is always a good idea. You tahu lah kita orang Melayu kan suka dengan skandal--

Kakak Besar: Apa kata kita buat cinta tiga segi. Zaidi suka kepada Adlina dan agak cemburu dengan hubungannya dengan Indra. Dan Lina pula kita skandalkan dengan Fyrul... Yang penting, kita jadikan the “The Ambiguously Adik-adik Duo”, Fyrul dengan Indra jadi love interest of these girls!

Abang Besar: Euwwwwwwww... Tapi pandai you buat novel kan?

Kakak Besar: I kan dulu peminat setia buku-buku Mills & Boons.

Abang Besar: Patutlah sampai sekarang tak kahwin-kahwin...

Kakak Besar: Jahat lah you ni. Asyik-asyik nak kenakan I!

Abang Besar: Kalau macam tu, kita suruh mereka break the house rules. Kita suruh Zurina dan Lina write notes. Zaidi dan Adlina pula speak to each other in sign language. Make sure they do all this depan kamera. Susah pulak kalau dah disuruh berlakon tapi nak berlakon kat all the blind spots in house! Macam mana kamera nak rakam!

Kakak Besar: Kita suruh they all berlakon convincingly lah this time around. Si Adlina tu pandai berlakon. And since she has acid bleached face, I'm quite sure it'll be easy for her to make herself blush bila malu-malu ada orang nak gossipkan dia dengan Indra.

Kakak Besar: Nanti kita kena suruh our post-production guys edit their confession sampai nampak macam ada skandal besar.

Kakak Besar: Alah, biasa lah... budak-budak post-prod ni, kalau diorang nak buat video recording of nyonya-nyonya jual sayur sounds like they are gossiping about the new Prada sales pun boleh.

Abang Besar: When the time comes, kita suruh si Azmil kenen-kenen kan couple-couple ni semua like they are in love with each other! Especially in the coming concert. Well, I'll get our post-prod guys to prepare a few video footage for that too if needed...

**

Benarkah Ketam Mengajar Anaknya Berjalan Betul?

SEBENARNYA Sang Ketam tidak pernah menyuruh dan mengajar anaknya berjalan betul kerana Sang Ketam cukup yakin bahawa caranya berjalan, sebagaimana cara nenek moyang kepada nenek moyangnya, dan cucu cicit kepada cucu cicitnya berjalan, telah betul dan sempurna.

Sebaliknya bangsa Ketam pulalah yang merasa hairan dan takjub melihat manusia itu sendiri yang tidak habis-habis, malah bertambah-tambah dengan ajaran dan peraturan yang pelbagai macam, dari doktrin-doktrin, rukun-rukun, fatwa-fatwa sampailah kepada akta-akta, pekeliling-pekeliling dan memo-memo. Manusia telah menghabiskan waktunya untuk membuat segala macam peraturan dan mengawas perlaksanaan peraturan-peraturan; dari peraturan lalulintas jalan raya; peraturan datang ke pejabat dan peraturan berpakaian, sampailah kepada peraturan-peraturan bercakap di Parlimen dan di Mahkamah, peraturan menyekatkan air dan menggunakan elektrik, serta peraturan menyimpan rambut di kepala bagi kepala yang berambut.

Kehairanan Sang Ketam itu kian bertambah bila melihat manusia yang tidak pernah berjalan betul itu menghabiskan waktunya dengan mendandan mukanya, memelihara rambutnya, mengenakan pakaiannya, malah lebih aneh menahan makan dan minum untuk menguruskan badan, menelan kapsul dan jamu-makjun untuk memperkuatkan bahagian-bahagian anggota tubuhnya, mengumpulkan harta dan ringgit, menentukan jenis darah dan keturunan serta status dan gelaran, malah sangat teliti mencukur bulunya di samping berkelahi dan berbunuhan, menindas dan menipu sesamanya. Soalnya di sini, siapakah sebenarnya yang mengajar dan menyuruh anaknya berjalan betul, Ketam atau Manusia?

Usman Awang
1979


Para pelajar kini dibacakan sajak “Benarkah Ketam Mengajar Anaknya Berjalan Betul?” oleh Puan Ogy Nawawi. Sajak yang dibacanya telah dipotong, ditapis dan dikerat-kerat oleh Abang Besar dan Kakak Besar, agar hilang maknanya yang tajam dan yang bersifat agak subversif.

Setelah membaca, Puan Ogy meminta pelajar-pelajarnya agar cuba memahami apa maksud sajak tersebut dan meminta mereka meluahkan pendapat serta pandangan mereka tentang sajak yang baru dibacanya.

“Fyrul, apa yang awak rasa maksud sebenar sajak ini?” tanya Puan Ogy dengan nada yang tinggi.

“Saya rasa... Seperti dalam pertunjukan fesyen, kita di ajar untuk berjalan lurus di atas runaway. Tetapi jika ada model yang berjalan tak betul, saya fashion designer perlu tegur agar model berjalan betul ketika memperagakan pakaian mereka.” Jawab Fyrul bersungguh-sungguh dengan memastikan dia tidak menggunakan suara kepitnya. Puan Ogy pula hanya sekadar mendengar. Baginya, pelajar berhak melihat sesuatu karya itu mengikut pandangan jiwa dan hati mereka sendiri.

“Kamu pula, Boboy!”

“Bagi saya, sang ketam hairan dengan sikap manusia yang sentiasa mahu mengubah keadaan diri mereka. Yang gemuk sanggup makan pill untuk kurus. Bila nak jadi penyanyi, bakat semulajadi tak penting... Kalau suara macam katak puru pun tak apa!Yang penting muka kena cantik, kena hensem.”

“Apa pula pendapat kamu Adlina?”

“Saya rasa ketam takjub melihat manusia yang pandai menggunakan air mata dan lakonan untuk mendapatkan apa yang mereka mahu.”

“Apa pendapat kamu Azam?”

“Ketam perlu joget ala breakdance walaupun tak sesuai dengan lagu. Untuk berjalan betul, si ketam kena ikut style KRU.”

“Apa pendapat kami Sia?”

“Saya tak tahu lah... saya blur!”

“Apa pendapat kamu Indra?”

“Ketam tu dari Sarawak...”

**

“Haiyoh! So der fake one!” Kata Gundutz kuat-kuat sewaktu melihat adegan kamera menangkap beberapa orang pelajar melanggar peraturan di Akademi Impiana. Gundutz terasa seperti menyaksikan sesuatu yang bersifat dejavu, kerana perkara yang sama pernah pun berlaku di Akademi Impiana musim yang lalu. “Ala, ini semua gimik!” kata Gundutz kemudian.

“Apa pulak gimik? Apa yang keluar dari TV semuanya betul lah!” kata Timah dengan bersungguh-sungguh.

“Ye ker???” Gundutz menyoal kembali dalam nada mengejek.

“Kenapa pulak tak betul? Ini kan rancangan realiti?”

“Kalau rancangan realiti... Semuanya kena realiti?”

“Ye lah! Lepas tu?”

“Ikut suka hati kau lah Timah!” Gundutz malas nak melawan lagi. Baginya, apa yang sedang berlaku di depan kaca TV lebih menarik, kerana para pelajar yang bersalah kini mahu dihukum. Lina dan Zurina perlu memberitahu kepada semua tentang kesalahannya. Sewaktu para belajar berkata-kata, beberapa patah ayat mereka ditapis.

Ceritanya begini... Zurina telah menanyai Lina jika Lina sudah berboyfriend dengan si Fyrul. Tetapi Lina menegaskan bahawa Fyrul sekepala dan sehaluan dengannya tetapi “he's not my taste!” tegasnya.

“Haiyoh! Memang lah dinch taste... Lina bukan lesbo occay! Dia wanita tulens yang seteret!” Gundutz berkata sambil bercekak pinggang, “Tak kan nak kawan-kawan pon orang dah saspek nak bercinta-cinta? Ntah-ntah diorang bertukar pendapat tentang fesyen ke... Pasal baju organza mana yang sesuai diguna untuk malam konsert ke... Pasal macam mana nak jahit labuci ke... Terus kena gossip der tak perlu!”

“Eh best nyer kalau dapat belajar jahit labuci dari Fyrul!” Timah menyambut seronok.

“Apa nak jadi dengan diorang ni semua nok? Nak belajar ke nak berendut?”

“Alah biarlah. Apa salah? Kau yang jeles kan?”

“Hem serius ni nok. Macam mana pulak diorang boleh senang-senang nak jatuh cinta. Sesama kawan pulak tu. Very der salah one! Tak profesional langsung!”

“Alah, kan best tengok diorang bercinta!”

“Apa yang seronoknya? Bukan kau yang bercinta! Tak koser betul ko ni!”

Kini giliran Adlina pula menjelaskan mengapa beliau menggunakan bahasa isyarat ketika berbual dengan Zaidi. Adlina menjelaskan bahawa beliau tak ada apa-apa hubungan istimewa dengan Indra.

Gundutz tidak berpuas hati dengan apa yang ditontonnya pada malam itu. Lebih-lebih lagi dengan segala tapisan yang ada yang hanya akan menimbulkan lebih banyak pertanyaan dan andaian. Kini dia mula merasakan bahawa Akademi Impiana sudah menyerupai sebuah rancangan TV Amerika Latin, “Secreto de Amor” dan “Rosalinda” dari sebuah rancangan “reality TV” yang sebenar.

Entri oleh sultanmuzaffar 0 komen

Malam Media OPs OPHELIA

Adakah anda sanggup untuk melepaskan peluang sehebat ini untuk bersama menjayakan OPs OPHELIA ? Dipersembahkan rakaman foto persembahan OPs OPHELIA pada Malam Media semalam. Untuk maklumat lanjut tentang OPs OPHELIA sila layari http://www.artsee.net/ophelia.

OPs OPHELIA

OPs OPHELIA

OPs OPHELIA

OPs OPHELIA

OPs OPHELIA

OPs OPHELIA

OPs OPHELIA

OPs OPHELIA

Kredit Foto : Photo-Blogger OPs OPHELIA - Nizam Zakaria

Entri oleh sultanmuzaffar 15 June 2004 0 komen

Akademi Fantasia IIDiari Akademi Fantasia 02-03-04

Baru selesai Malam Media untuk OPs OPHELIA. Bertemu beberapa orang rakan dari ntv7. Mendapat peluang untuk ditemuramah untuk The Edge atau The Sun. Mereka mahu tahu bagaimana saya menguruskan blog sendiri, laman OPs OPHELIA dan laman Sivarasa.com. Mata hampir kuyu, lebih-lebih lagi tiada yang menarik di Diari hari ini. Sesekali terlena.

Mengumpul Pengalaman
Pengalaman-pengalaman yang saya lalui sepanjang masa bersama meminati Akademi Fantasia serta juga pengalaman orang-orang lain saya kumpul untuk menjadikan diri saya lebih baik di masa akan datang. Adakalanya saya akan mengutip komen-komen pembaca kerana ada betulnya juga komen-komen mereka. Apa yang mereka lihat mungkin tidak dapat saya lihat. Lalu saya kumpul pengalaman saya dan penglihatan mereka untuk saya jadikan tulisan saya lebih baik di masa akan datang. Tentunya bersiap-sedia untuk memperbaiki diri sendiri. Sebagai manusia, tentunya perubahan itu biarlah datang dari sumber yang positif yang mampu membina diri. Apabila kita berfikiran terbuka, maka kita akan mendapat kelapangan.

Saya turut belajar dari Cikgu Siti Hajar agar melakukan sesuatu perkara itu dengan betul dan bersungguh-sungguh. Saya sebolehnya mahu melakukan semua perkara dalam masa singkat yang saya ada. Untuk OPs OPHELIA, saya akan melakukan yang terbaik daripada apa yang telah saya lakukan hari ini.

Mas gembira mendapat lagu tersebut. Begitu juga Edlin walaupun menghadapi sedikit kesukaran untuk menghafal. Nurul juga gembira. Linda yang belum pernah mendengar lagu itu sebelum ini merasakan lagu tersebut best. Manakala Zarina berjanji akan membuat persembahan yang terbaik dan perlu mempelajari step tarian zapin. Farah juga gembira. Rata-rata pelajar perempuan gembira dengan lagu yang mereka perolehi.

Fitri tidak sukakan lagu Kasih Latifah namun berjanji akan melakukan yang terbaik. Zahid menerima lagu yang agak tinggi dan akan mempersembahkan yang terbaik. Bob yang gemar dengan lagu Anuar Zain akan memberikan sebuah persembahan yang hebat. Anding perlu meningkatkan staminanya kerana lagu Sheila on 7 itu agak fast-beat. Kaer perlu melakukan sesuatu untuk memberikan persembahan yang baik dengan mencampurkan sedikit tarian dan lagu yang agak traditional jazz itu. Lebih ke arah world music. Adam akan memberikan persembahan yang terbaik kerana tidak terfikir akan membawakan lagu tersebut.

Interpretasi Lirik
Untuk mendalami makna lagu, setiap penyanyi perlu tahu makna setiap patah perkataan dalam lirik lagu tersebut. Macam persembahan tadi, ada beberapa pelakon sekadar melontarkan dialog mereka tanpa mengetahui isi dan makna dialog mereka. Jika seseorang penyanyi tidak tahu makna lagu yang hendak mereka nyanyikan, bagaimana mereka mampu untuk menyampaikannya kepada pendengar. Ekspresi penyanyi tidak akan sampai dan berjaya dihayati oleh pendengar.

Makna lirik diperincikan setiap patah agar seseorang penyanyi akan dapat mencipta ekspresi kepada nyanyiannya. Lalu, pendengar yang mendengar nyanyian mereka akan dihidangkan dengan sebuah persembahan yang bernyawa dari penyanyi tersebut.

Masalah yang sama turut dikongsi oleh Cikgu Corrie, guru tarian mereka. Pelajar hanya sekadar suka kepada lagu Menuju Puncak dan kkoreografi yang telah direka oleh beliau. Mengapa Cikgu Corrie masih tidak berpuashati dengan persembahan mereka ? Mungkinkah para pelajar Akademi Fantasia tidak tahu apa makna setiap patah lirik lagu Menuju Puncak. Mereka sebenarnya tidak menjiwai lirik lagu Menuju Puncak. Nyanyian mereka hanya sekadar melontarkan lirik. Persembahan mereka sekadar menyudahkan koreografi yang diajar. Persembahan mereka tidak bernyawa dan tiada jiwa. Menari perlu datang dari dalam, begitu juga menyanyi. Asas untuk menari dan menyanyi yang datang dari dalam adalah tahu setiap makna lagu tersebut. Selain Cikgu Fauziah Nawi mengajar tentang interpretasi lirik lagu Konsert, beliau WAJIB mengajar mereka menghayati lirik lagu Menuju Puncak.

Jelas terbayang wajah Corrie yang kecewa dengan persembahan mereka. Selesai ditegur, Kaer masih tidak menari dengan bersungguh-sungguh.

Masalah Utama Mas
Mas sebenarnya tidak tahu apa itu asas muzik. Sesi yang dibuat sebenarnya untuk menguji tahap pelajar menangkap nota muzik yang perlu mereka nyanyikan. Pelajar lain tidak banyak menghadapi masalah. Mungkin juga mereka menghafal nota muzik nyanyian tersebut.

Ikhlas Tapi Jauh merupakan sebuah lagu yang ada banyak bar. Bar bar kosong yang perlu buat counting. Silap counting akan silap masuk. Mereka dapat ilmu baru tentang muzik. Kasih Latifah merupakan permulaan yang baik untuk Fitri. Ia memberi sedikit harapan kepada beliau.

Mas Tukang Urut

Linda yang tidak berpuas hati dengan koreografi telah melakukan sesi bebas kepada para pelajar. Saya dapat melihat ada keunikan kepada pelajar lelaki. Mereka lebih fleksibel dalam tarian. Pergerakan tubuh mereka mudah dibentuk, ini berbeza dengan pelajar perempuan yang nampak agak kaku kecuali Linda.

Mas Belajar Key
Mas belajar dengan Cikgu Siti Hajar untuk beliau senang mendapat nada satu-satu lagu hanya berdasarkan pendengaran melalui petikan piano. Jika tahu asas muzik, ini merupakan satu yang paling mudah dalam muzik. Mas perlu mengutip pengalaman-pengalaman pelajar lain, lalu dikumpulkan dan dijadikan panduan untuknya untuk menjadi lebih baik. Mas perlu lebih bergaul dengan pelajar lain untuk mendapatkan ilmu dan bukan sekadar menjadi bahan gelak ketawa mereka.

Saya mahu tidur kerana esok Malam Perdana OPs OPHELIA, saya mahu mengemaskinikan foto-foto Malam Media ke laman web Ophelia.

Entri oleh sultanmuzaffar 0 komen

Novel Bersiri Akademi Impiana: Bahagian 7



Kakak Besar: See I told you so!

Abang Besar: Told me so... Apa? Tak paham lah!

Kakak Besar: Kan I dah cakap, kalau you letak harga tiket RM 20 pun orang akan beli. Dulu mati-mati you cakap harga tiket terlalu mahal... Takut orang tak pergi konsert. Takut dewan kosong!

Abang Besar: Ye lah, peminat-peminat Akademi Impiana pun kebanyakannya budak-budak.

Kakak Besar: Budak-budak sekarang banyak duit dalam poket mereka tu. Jadi kita kena pandai eksploit!

Abang Besar: How should I know budak-budak kita sekarang dah banyak duit. Dulu, zaman I kat UKM, nak keluarkan 20 ringgit untuk beli tiket bas untuk balik kampung pun berkira.

Kakak Besar: Budak-budak zaman sekarang lain dengan budak-budak zaman kita dulu. Sekarang, yang jenis belum habis sekolah menengah tapi dah ada handphone sendiri pun dah ramai. Kalau sekadar nak keluarkan RM 20 untuk beli tiket konsert, takde hal untuk mereka.

Abang Besar. So, macam mana dengan penjualan tikat sekarang?

Kakak Besar: I am pleased to inform you that the tikets had been sold out!

Abang Besar: Eh yer ke?

Kakak Besar: Apa tidaknya, mak ayam besar jadi tukang jual tiket!

Abang Besar: Siapa?

Kakak Besar: Azmil lah! You ni, dah tahu lagik nak tanya! Tapi tak apa, hari ini I nak si Azmil tu jual jugak tiket kepada para penonton... Lepas tu dia beritahu kepada penonton tiket dah sold-out. Surprise!

Abang Besar: Nakal lah you ni!

Kakak Besar: Alah, apa salahnya. SMS jual. Merchandise jual. Tiket konsert jual. Makin bertambah lah bonus kita tahun ini!

**


Di pejabat, Gundutz duduk di hadapan seorang kakak bertudung labuh yang bekerja sebagai seorang kerani Am di tempatnya bekerja. Kakak ini dikenali sebagai Kak Zaidah di kalangan kawan-kawannya. Kak Zaidah mempunyai anak-anak yang meningkat ke usia remaja. Mereka semua peminat Akademi Impiana. Kak Zaidah cukup risau dengan keadaan anak-anaknya yang terus mengikuti rancangan ini, walaupun telah ditegah sekeras-kerasnya olehnya. Kalau boleh, mahu sahaja dia menukar ke saluran lain setiap kali anak-anaknya menonton rancangan Diari Akademi Impiana ini, tetapi, entah mengapa, dia sendiri suka menonton rancangan ini.

“Saya tengok awak suka sangat bukak website Gastro? Awak suka mengikuti rancangan Akademi Impiana?” tanya Kak Zaidah dari tempat duduknya. Gundutz mengangguk perlahan. Dia jarang-jarang mahu berbual dengan Kak Zaidah. Lebih-lebih lagi apabila tahun lepas dia telah mendapat tahu bahawa Kak Zaidah lah telah memulakan cerita bahawa si Kamsiah dari jabatan HR adalah aweknya, sedangkan Gundutz rapat dengan Kamsiah kerana abang Kamsiah bekerja di Gastro dan Kamsiah boleh mendapatkan tiket percuma untuknya menonton konsert Akademi Impiana secara langsung. Sebagai balasan, Gundutz akan membuat kek blueberry cheese yang sedapnya tidak terhingga itu untuk Kamsiah, yang sememangnya suka memakan kek...

“Saya memang minat tonton Akademi Impiana.” Sebut Gundutz dengan ringkas. Dia menoleh sekejap ke belakang sebelum dia cepat-cepat merenung kosong ke dalam monitor komputernya.

“Akak rasa, Akademi Impiana yang selama ni orang dok heboh-heboh... Boleh tahan. Tapi tak sesuai dengan jiwa dan budaya Islam... Lelaki dan perempuan bukan muhrim ditempatkan dalam satu tempat. Hmm... Tak tau lah akak. Kita yang tengok ni pun dok sokong!” Kak Zaidah mengeluh. Seolah-olah dia sedang mengeluhkan masalah negara yang bakal membawa segala bencana dan kemusnahan.

“Entah lah kak. Dah orang nak tonton. Dah minat.” Gundutz menggaru-garu kepalanya. Tak tahu apa yang perlu dijawabnya lagi.

“Sebenarnya Akak rasa meluat tengok Akademi Impiana... Akak benar-benar terkejut dengan sikap dan tingkah laku setiap ahli AI ni. Macam takde maruah! Yang pompuan lagik satu hal. Memang takde maruah langsung!” Suara Kak Zaidah marah-marah. “Tergedik-gedik macam pompuan takda agama. Kalau kat Negara Barat tu akak tak kisah sangat! Memang dah menjadi 'stail' orang kafir yang suka mendedah sana sini dan sikap lepas laku.”

Gundutz menelan air liurnya tatkala mendengar kata-kata Kak Zaidah yang dirasanya pedas.

“Kebanyakan ahli AI ni orang melayu... Pompuan pulak tu. Mana nilai kesopanan gadis timur yang selama ini kita pegang? Lain ler kalau Terence yang memang bukan agama Islam. Akak tak kisah jikalau dia nak buat perangai yang kurang senonoh. Lagipun tempat dia memang sudah dijanjikan di neraka jahanam.”

Terkejut Gundutz mendengar kalimah-kalimah yang terpacul dari mulut Kak Zaidah. Terutamanya mengenai Terence, penyanyi kegemarannya dari Akademi Impiana. Mahu sahaja dia bersuara untuk membantah, tapi dia tidak berani. Dia hanya mampu mengurut-urut dadanya dengan tangan kanannya, sambil berkipas dengan tangan kirinya.

“Tapi nie... Hish!!! Rasa malu pulak akak nak mengaku yang mereka ni semua, terutama yang pompuan beragama Islam! Pegang sana... Pegang sini... Peluk sana... Peluk sini... Cium pipi sana... Cium pipi sini. Macam takde agama dan takde batasan langsung. Malu ler sikit! Kita Pompuan Melayu. Penuh dengan adat ketimuran dan kesopanan. Ada Agama yang membataskan antara yang halal dan yang haram. Dah ler mereka tu semua membuat dosa dengan memperdengarkan suara mereka kat khalayak ramai. Jangan ler tambahkan dosa lagik dengan membuat kelakuan tak senonoh di depan orang lain pulak!”

“Tapi Kak--”

“Akak tahu, kubur kita lain-lain, tapi tak salah kalau kita yang diciptakan oleh Allah ni diutuskan sebagai 'khalifah' mengingati antara satu sama lain. Betul Tak?” Gundutz tidak berani untuk memandang tepat ke dalam mata Kak Zaidah. Dia ingin menjawab, tetapi dia perlu mengaturkan kata-katanya dengan sebaik-baiknya.

“Akak kalau tak suka... Kenapa akak tonton? Kan bagus akak jauhkan dari dosa mendengar orang menyanyi dan berhibur dalam Akademi Impiana ni dengan mengaji ke... Melakukan amal jariah ke... Atau setidak-tidaknya melayan suami akak tu. Tak suka, jangan tonton. Banyak lagi rancangan yang berfaedah dalam saluran Gastro tu!” Gundutz berkata dengan teragak-agak. Kemudian dia menambah lagi. “Kita ni hidup bermasyarakat. Masing-masing dengan nilai dan cara hidup masing-masing. Kalau orang lain boleh hormat dengan cara hidup akak. Kenapa susah sangat akak menghormati cara hidup dan pilihan orang lain?”

Gundutz menarik nafasnya panjang-panjang. Tangannya terasa terketar-ketar. Dia berdiri dari duduknya, lantas terus berjalan ke arah pantry. Langsung dia tidak menoleh untuk melihat Kak Zaidah yang terkejut kerana Gundutz yang bersifat pendiam di dalam pejabat berani menegurnya.

**


Sia mendapati Zurina telah mengadu sakit kaki kepadanya. Wajah Zurina terkerut-kerut menahan sakit. Mungkin kerana banyak berlatih menari. Lebih-lebih lagi apabila beliau terpaksa berlatih menari dari dua orang guru penari, Carey dan Lina Yasmin.

Pada pagi tadi. Carey telah mengamuk kepada para pelajar kerana pelajar menari sambil lewa.

“Saya tak dapat feel! Sebab itu saya cepat naik hangin! Sebab itu saya cepat bengang!” Jerit Carey kepada para pelajarnya. Kemudian dia menambah lagi: “I don't want you to like the song. I want you to love the song!”

Selepas dimarahi oleh Carey. Giliran Lina Yasmin pula naik angin. Dalam kelas menari Lina Yasmin, para pelajar disuruh melakukan senaman aerobik. Ramai di antara pelajar yang tidak dapat melakukan senaman dengan betul. Terkerut-kerut muka mereka ketika sedang melakukan senaman.

“Kalau kau sakit aku boleh urut.” Kata Sia dengan jujur kepada Zurina.

Sia mengambil minyak cap kapak yang sentiasa ada di dalam simpanannya. Yang digunakannya ketika pening dan sakit-sakit badan. Sia menyuruh Zurina menyelak seluarnya agar senang diurut kakinya nanti. Zurina menurut sahaja.

Sia mengurut selama beberapa minit. Zurina kadang-kala akan mengeluh kesakitan. Tetapi dalam rasa sakitnya itu, dia telah berkata:

“Sedaplah kau urut!”

Ketika itu, datang pula Dara. Dia mengusik-usik si Zurina dan Sia. “Setengah jam berapa kau charge?” Tanya Dara kepada Sia.

“Seminit 15 ringgit!” sambut Sia dengan nada bergurau. Mata Zurina terbeliak besar. Lantas ketiga-tiga mereka ketawa bersama...

Di sebalik cermin, di dalam bilik rahsia, juru kamera nampaknya tersenyum sesama mereka. “Shot baik ni!” Kata jurukamera Rizal kepada kawan pembantunya Wong. “Malam ni mesti masuk diari...”

“Kalau ada pelajar lelaki... Katakanlah si Khir urut kaki Zaidi, lu rasa Kakak Besar dan Abang Besar bagi lepas keluar TV tak?” Wong menanyai kepada Rizal dengan suara yang perlahan.

“Tak kot...” Rizal ketawa kecil, diikuti oleh senyuman nakal dari Wong.

**


Kakak Besar dan Abang besar sedang membaca tulisan yang telah diterbitkan di dalam forum Utusan. Setelah mereka membaca, mereka senyum sesama sendiri. Seperti ada sesuatu yang membuatkan mereka rasa puas...

Saudara Pengarang,

SEMAKIN hari semakin banyak rancangan hiburan yang menampilkan persembahan peserta secara langsung. Ini termasuklah Akademi Fantasia 2, Audition, Who Will Win dan terbaru muncul, Malaysian Idol.

Apa yang menuntut saya menulis di ruangan ini adalah gelagat para pesertanya. Mereka tidak segan silu berpelukan di antara lelaki perempuan, terjerit-jerit dan menangis untuk sesuatu yang tidak wajar.

Hendak dikatakan suara sedap, maaflah... terus-terang saya katakan setakat jaguh kampung bolehlah! Yang membuatkan saya bertambah sayu, kehadiran emak, ayah dan saudara-mara yang memberikan sokongan. Masya-Allah, apakah semua ini?

Di mana ketegasan sebagai orang tua yang hanya tersenyum (dan mungkin hanya marah dalam hati) melihat anak gadis terkinja-kinja memeluk lelaki yang bukan muhrim?

Bagi peserta lelaki pula, mungkin merasa bangga, anak terunanya dipeluk atau mungkin nampak `macho' berani memeluk anak dara orang sesuka hati.

Saya memang tidak berkenan langsung dengan rancangan-rancangan sedemikian. Belum jadi `top star', `star' pun belum, sudah ditatang sedemikian rupa. Siapa mereka?

Masyarakat kawasan Shah Alam bimbang dan mengeluh perihal maksiat yang semakin berleluasa di sana, tetapi perkara ini yang terang-terangan di depan mata dibiarkan sahaja. Tambah menyedihkan, majoriti pesertanya anak Melayu kita. Orang lain berebut-rebut ke IPTA/IPTS, mereka ini berebut-rebut untuk sesuatu yang tidak pasti. Hanya mencari glamor, duit tak seberapa.

Sedarlah dunia semakin tua, perang sana sini, maksiat merata-rata (dengan skandal seks, video lucah, haruan makan anak, sumbang mahram, bersekedudukan tidak mengira bangsa dan seribu satu macam lagi). Bilakah ia akan berakhir?

- DANA ISMAL, Seksyen 8, Shah Alam.


**


Lagu khas buat para akademia...dan sponsor rasmi kertas tisu Akademi Impiana, Prime. Terimalah lagu "Kertas Kertas Tisu" Nyanyian Tisha Omar, lirik oleh Dom Junior

KERTAS KERTAS TISU

Di kala ku kesedihan,
mengenangkan ibu bapak,
air mata ku berlinangan.

Di kala ku di marahi,
diherdik pengajar garang,
kertas tisulah yang d'perlukan,

Kini t'lah masuk musim kedua,
banyak barangan telah disponsor,
tak ketinggalan kertas tisu,
kertas oh tisuuu...

Lelehkan air matamu,
Gunakanlah tisu ini yang disponsor,
Gunakan sebanyak mungkin,
Nangislah penuh emosi,
Belailah muka nan basah dengan tisu,
inilah masa ke'masan untuk memancing undi,
kertas kertas tisu laku di 'kademi.

Di kala air tertumpah,
entah sengaja 'tau tidak,
kan ku lap dengan kertas tisu,

Di kala meng-kukukaki,
ku capai tisu seponser,
untuk mengesat air mata,

kini segalanya lebih mudah,
usah gundah dan usah gulana,
tisu sponsor sering tersedia,
tisu merata,

Lelehkan air matamu,
Gunakanlah tisu ini yang disponsor,
Gunakan sebanyak mungkin,
Nangislah penuh emosi,
Belailah muka nan basah dengan tisu,
inilah masa ke'masan untuk memancing undi,
kertas kertas tisu laku di 'kademi.

Hanya satu jenama yang kupinta,
ianya lembut serta gebu. oh...o...o...o.
walau setebal mana maskara,
berlinang meleleh,
tisu sponsor tetap adaaaa.......aaaaaaa.....aaaa....