Undilah

SULTANMUZAFFAR (26 Februari 2002 - sekarang)

Seorang blogger, pelayar internet, penyelam scuba dan penagih tegar televisyen dan Wii. Melihat seluruh dunia di laman blog menerusi kamera DSLR dan kacamata tebalnya (kadang-kadang kanta lekap).

Mengkritik tidak bererti menentang, menyetujui tidak semestinya menyokong, menegur tidak bermakna membenci, dan berbeza pendapat adalah kawan berfikir yang baik.
Entri oleh sultanmuzaffar 15 July 2004 0 komen

Akademi Fantasia IIDiari Akademi Fantasia 06-07-08

Cinderella I
Nurul telah diberikan sebuah kotak hadiah. Tugasannya mereka harus mencari satu lagi kasut untuk mencukupkan pasangannya. Setiap pelajar akan diberikan hadiah sekiranya mereka berjumpa kasut yang lagi satu itu.

Akademi Fantasia IIPengalaman 30 Tahun Uji Rashid
Kehadiran beliau ke dalam Akademi Fantasia tentunya menggembirakan Mas dan kesemua pelajar. Pengalamannya selama 30 tahun dapat dikongsikan dengan mereka. Tentang bagaimana beliau membahagikan antara lakonan dan nyanyian, adalah lebih baik sekiranya setiap artis itu mampu dan berkebolehan untuk melakukannya untuk menjadi lebih lengkap.

Untuk menyanyikan lagu orang lain, kita harus berani mencuba. Percubaan itu boleh diperolehi dengan mendapat penghayatan dari lirik lagu tersebut dan kemudian persembahkan yang terbaik. Pada waktu penerangan oleh Uji Rashid dibuat, Mas sibuk melihat album gambar Uji Rashid. Zahid dengan agak tegas mengarahkan Mas supaya mendengar dan mengambil album gambar tersebut.

Akademi Fantasia IIMas turut bertanya tentang bagaimana beliau membahagikan kerjaya dan keluarganya. Soalan wajib kepada para kejutan tentulah tentang bagaimana mengawal kegugupan di pentas. Uji Rashid menasihatkan pelajar agar mencari kekuatan diri dan kelemahan diri. Jangan membiarkan kelemahan mengatasi kekuatan diri.

Sebelum pulang, Uji Rashid sempat menyanyikan lagu Semakin Hari Semakin Sayang. Beliau sempat menutup mulut Mas agar tidak sama-sama menyanyi dengannya. Di bahagian tengah, Mas menyanyikan lagu ter sebut dengannya.

Akademi Fantasia IIKelas Seni Persembahan Cikgu Fauziah Nawi: Mas Kena Marah
Mereka harus melakukan lima improvisasi terhadap lakonan. Mereka harus membaca dengan berbisik, dengan tidak memperdulikan orang lain, dalam keadaan seronok, dalam keadaan takut dan sekuat-kuat hati.

Mas ditegur dengan agak serius oleh Cikgu Fauziah Nawi. Beliau benar-benar serius. Beliau sudah seakan-akan tidak tahan melihat orang luar iaitu penonton mengutuk dan mengejek Mas saban hari. Mas dikatakan berlakon dan menagih simpati setiap hari. Tiada perubahan dalam diri Mas yang kita nampak sejak Konsert I hingga Konsert V. Selama enam minggu tidak banyak perubahan yang ditonjolkan. Mas tidak menunjukkan ketekunan beliau untuk mengubah dirinya. Beliau sememangnya jujur. Tetapi kejujuran Mas agak keterlaluan sehingga memakan dirinya.

Dalam proses pembelajaran, setiap manusia pasti mengalami kekeliruan, tidak faham dan tidak suka dengan setiap pembaharuan. Mereka boleh bertanya kerana itu asas dan proses mendapatkan ilmu. Tetapi tidak pada Mas. Mas apabila beliau tidak tahu, beliau hanya berdiam diri mengharapkan simpati. Hidupnya sentiasa di dalam kebingungan. Tetapi sampai bila. Setelah enam minggu tiada hasilnya. Kita hanya boleh bergelak ketawa untuk Mas. Mas mentertawakan dirinya. Adegan-adegan seperti inilah yang mahu saya lihat di dalam Akademi Fantasia. Untuk menjadi seorang bintang, bukan hanya disaluti emas permata tanpa melalui kotor lumpur. Cabaran-cabaran mendapatkan ilmu harus datang dari dalam diri sendiri.

Di adegan tersebut, kali pertama saya menganggap air mata Mas adalah air mata yang palsu. Wajahnya masih sempat tersenyum. Maafnya tiada keikhlasan. Juga permohonan maafnya kepada rakan-rakannya. Rakan-rakannya juga seperti mahu tidak mahu menjawab.

Walau sehebat mana sekalipun mutu vokal beliau, Mas tetap tidak akan mendapat tempat untuk Lima Pilihan Terbaik saya. Beliau tiada personaliti sebagai seorang Juara.

Hadiah Cinderella I
Susulan daripada segmen Cinderella pada tengahari tadi. (Kenapa macam skrip Aznil saja ni ?), mereka telah diarahkan oleh Encik Julian untuk pergi mengambil hadiah untuk mereka di dalam Bilik Pengetua. Masing-masing memperagakan kasut yang mereka dapat hasil tajaan.

Rasanya setiap hari lewat petang Rabu, mereka akan mendapat pelajaran baru dari Pengetuanya iaitu Ramli MS. Kali ini mereka belajar tentang ritard iaitu keadaan melodi menjadi semakin perlahan. Contoh lagu yang ada ritard ialah Salam Terakhir. Perkataan-perkataan seperti ritard, robato ialah bahasa antarabangsa untuk pemuzik. Pemuzik satu dunia menggunakan bahasa yang sama. Sewajarnya ahli muzik perlu tahu tentang perkataan-perkataan tersebut.

Sohaimi Mior Hassan di Akademi Fantasia
Secara peribadi, saya menyukai susunan terbaru lagu tersebut. Agak moden dan segar. Kaer menyanyikan lagu tersebut dengan baik pada beberapa bahagian. Cuma saya agak kurang menyenangi cara beliau menamatkan lagu tersebut. Agak tinggi dan tidak sesuai dengan mood lagu tersebut.

Sedang beliau menyanyikan lagu tersebut, penyanyi asalnya muncul di Akademi Fantasia sebagai kejutan kepada Kaer. Tiada siapa yang mengenalinya kecuali setelah Ramli MS memperkenalkannya. Nama Sohaimi Mior Hassan memanglah tidak sepopular M.Nasir tetapi lagu beliau tetap segar dalam ingatan pendengar. Beliau sendiri berpuas hati dengan susunan muzik lagu tersebut. Jika Kaer meniru setiap tone vokal penyanyi asalnya, lagu tersebut akan menjadi membosankan. Dengan membawanya dengan lenggok R&B, lagu tersebut bertambah menarik dan mampu divariasikan. Pertemuan tersebut secara tidak langsung telah dapat melonjakkan tahap keyakinan beliau terhadap lagu tersebut. Sejak dua minggu kebelakangan ini, keyakinannya Kaer semakin terhakis. Begitu juga dengan keyakinan pengundi-pengundinya. Banyak yang telah beralih arah.

Menurut Kaer, ini merupakan kali pertama beliau mendengar lagu tersebut. Emosinya terasa apabila setelah beberapa kali mengulang lagu tersebut. Beliau turut bertanya kepada Sohaimi Mior Hassan sama ada lagu tersebut dihasilkan berdasarkan cerita benar. Lagu tersebut dihasilkan pada tahun 1981, di mana rata-rata pelajar belum lagi lahir pada waktu tersebut.

Beliau telah mencipta lagu tersebut sewaktu di United Kingdom. Ia berdasarkan satu nama jalan di Bradford. Tiada kena mengena dengan hidup atau yang mati. Trend pada waktu itu, penghasilan lagu dan muzik lebih daripada puisi. Pada zaman-zaman tersebutlah lahirnya Kumpulan Harmoni dengan lagu Penantian dan Ebiet G.Ade dari Indonesia. Tuan Haji Zubir Ali yang pernah menganggotai Kumpulan Harmoni menjawat jawatan penting di Pusat Kebudayaan Universiti Malaya.

Lagu perlahan seperti Episod Cinta Dari Bromley memang merupakan pilihan yang terbaik untuk pertandingan. Penyanyi boleh menggunakan peluang yang ada untuk menunjukkan kebolehan vokal mereka. Cukup sekadar berdiri, sebuah persembahan dari lagu-lagu rentak perlahan boleh memberikan kesan yang amat mendalam kepada pendengar.

Puan Fatimah sempat memberikan para pelajar melihat kulit album CD Sohaimi Mior Hassan. Melihat bagaimana ruggednya beliau sewaktu zaman mudanya.

Untuk menjadi penyanyi yang baik, pelajar harus memahami lagu tersebut, faham senikatanya, maka barulah sesebuah persembahan akan berjaya. Dari situ kita boleh menyesuaikan lagu tersebut dengan diri kita.

Kelas Cikgu Siti Hajar
Nurul dan Ku Mohon harus lebih relax membawakan lagu ini. Lagu ini seperti satu doa. Sampaikan dengan penuh penghayatan. Tidak perlu terlalu gopoh mahu menghabiskan lagu ini. Lagu ini memerlukan tone yang rendah kebanyakkannya. Nurul memerlukan banyak tenaga untuk itu. Nyanyiannya harus nampak bertenaga.

Adam perlu lebih bercerita dengan lagunya melalui lagu tersebut. Beliau harus tahu kedudukan vokalnya untuk menghasilkan bunyi yang betul dari tenaga yang cukup.

Linda banyak membetulkan lenggok vokal beliau. Nyanyiannya sudah nampak bertambah baik. Vokalnya kena dengan lagu tersebut. Untuk mencantikkan lagi style vokalnya, Cikgu Siti Hajar banyak memberi idea akan bagaimana cara yang sesuai untuk beliau menyanyikan lagu tersebut.

Entri oleh sultanmuzaffar 0 komen

Novel Bersiri Akademi Impiana: Bahagian 25



“Kenapa ni? Macam lain macam je. Apasal masam-masam muka ni?” tanya Rahmat kepada Timah sewaktu hendak makan malam bersamanya. Rahmat sedang duduk di atas pelana motornya di bawah flat yang diduduki Timah. Timah berdiri di hadapannya sambil berpeluk tubuh.

Timah diam. Rahmat mengambil beg galas yang diangkat Timah. Beg tersebut di pegang Rahmat dengan erat. Rahmat tahu, di dalam beg galas tersebut pasti Timah penuhi dengan majalah Hai, URTV, novel Creative Enterprise yang telah dibelinya dahulu tapi masih belum dibaca Timah, bekalan roti kaya yang telah disediakan oleh Gundutz untuk Timah dan beberapa keperluan menghias diri.

“Hari ini saya naik bas je lah.” Ujar Timah dengan perlahan.

“Eh, apasal pulak ni?” tanya Rahmat kehairanan melihat kerenah si Timah. “Malam-malam buta macam ni mana ada bas lagi?”

“Kalau macam tu, saya naik teksi.”

“Boleh cakap, apa masalah awak?”

“Tak ada apa-apa.”

“Wei... Cakap lah terus terang!”

“Ni nak tengking-tengking orang ni kenapa?”

“Takde lah nak tengking. Okay, kalau saya nampak macam tengking awak tadi, saya mintak maaf.” Rahmat memegang lembut tangan Timah. Tetapi Timah menarik tangannya kembali dengan pantas.

“YAALAH! Apahal ni?” rungut Rahmat. Dia mematikan enjin motornya, lalu membuka topi keledarnya.

“Awak dah banyak berubah.” Suara Timah perlahan kedengarannya.

“Berubah apa ni pulak?”

“Kenapa awak pindah tak beritahu kepada saya?”

“Awak kan sibuk? Awak kata nak tengok ulangan siaran Akademi Impiana malam tu kat rumah Gundutz. Saya tak nak kacau. Lagipun awak cuti. Awak nak berehat kan?”

“Kalau saya tahu pasal awak nak pindah, tak boleh ke?”

“Boleh... Cuma saya terlupa.”

“Eh, macam mana pulak benda-benda besar macam ni boleh terlupa?”

“Saya ambil keputusan nak pindah pun... Hari Selasa lepas. Itu pun setelah abang Linus pujuk saya. Dia ada bilik kosong... Dia suruh saya guna bilik kosong tu--”

“Awak pindah ke kondo dia kat Pantai Hill Park tu?”

“Ya... Awak pernah pergi sana?”

“Pernah, dengan Gundutz.” Timah mengeluh. “Cantik kondo dia tu. Memang ada bilik kosong yang dia tak guna. Dia pulak duduk sorang. Awak tahu kan, rumah tu bapak dia beli untuk dia?”

“Tak tahu pulak pasal tu semua...”

“Bapak dia taukeh getah. Sekampung dengan Gundutz.”

“Entahlah... Tak jaga pulak pasal benda ni semua.” ujar Rahmat dengan selamba.

“Saya memang tak suka awak tinggal kat flat lama awak dulu. Kawan-kawan serumah dengan awak tu semua bukannya betul. Bawak bohsia balik. Rumah berselerak...”

“Itu sebab saya tak kisah bila dijemput pindah.”

“Lain kali, kalau awak nak buat apa-apa keputusan, boleh awak bagitahu saya awal-awal?”

“Boleh--”

“Saya bukan tunggul tau?”

“Saya tahu lah.”

“Saya ni siapa menurut pandangan awak? Kawan? Kawan biasa je ke?” Timah mula membebel. “Kalau awak anggap saya ni macam kawan biasa awak, saya paham. Saya tak kisah.”

“Awak kan special...”

“Kalau special awak tak patut buat macam ni!”

“Okaylah. Saya mintak maaf.” Ujar Rahmat dengan nada yang cukup jujur. Cahaya lampu jalan yang samar-samar menerangi wajahnya itu. Timah pula diam tidak menjawab. “Awak nak saya buat apa lagi? Cakap...”

“Tak suruh awak buat apa.” Timah mengambil topi keledar yang diserahkan oleh Rahmat kepadanya. “Tapi macam saya kata... Saya suka awak pindah. Kalau rumah Linus tu, okay jugak lah. Sekurang-kurangnya saya tahu mana awak tinggal sekarang dan tempat tinggal awak tu terjaga.”

Timah naik motor Rahmat. Rahmat mengenakan kembali topi keledarnya. Seketika kemudian, terus dia membawa motornya laju-laju ke gerai makan yang letaknya berdekatan dengan kilang tempat Timah bekerja. Sewaktu berhenti di sana, dia memberitahu Timah bahawa dia mahu makan dengannya. Dia tidak membenarkan Timah membungkus makanannya lalu makan di dalam kantin kilang. Timah bersetuju.

“Apa jadi dalam Akademi Impiana kali ini? Siapa tu... Khir yang awak minat tu macam mana nyanyiannya?” tanya Rahmat setelah dia memesan makanannya untuk dirinya dan untuk Timah.

“Dia kan nyanyi lagu Sohaimi Mior Hassan... Jadi Sohaimi Mior Hassan buat kezutan untuk melawat Akademi Impiana! Hensem lah Sohaimi Mior Hassan tu!”

“Saya minat dengan Sohaimi Mior Hassan... Saya suka nyanyi lagu dia.”

“Saya tahu... Awak pernah bawak lagu Episod Cinta Dari Bromley dengan gitar awak tu dan awak nyanyi lagu tu depan saya masa kita mula-mula kenal dulu... Sedap suara awak tu, tau!”

“Awak tak pernah puji saya. Awat tiba-tiba nak memuji ni?”

“Saya tak puji. Tapi dah kenyataan...” Timah menyedut air Milo ais yang dipesannya. “Suara awak rendah dan lunak macam Sohaimi Mior Hassan. Suara Khir pula tinggi. Mungkin sebab tu Khir kena ubah-ubah lagu tu.”

“Dia ubah macam mana?”

“Ikut style dia lah... Style R&B kata orang.”

“Hemm...” Rahmat memandang ke arah beberapa pengunjung yang sedang sibuk berbual tentang perlumbaan motor haram yang telah diadakan pada minggu lepas. Sesekali mereka akan menoleh ke arah Rahmat. Mereka kenal benar dengan Rahmat, kerana Rahmat selalu berlumba motor dan selalu juga menang.

“Awak nak tahu... semalam Sia kena marah dengan Puan Ogy.” Jelas Timah. Dia cukup tidak senang melihat mat-mat rempit memandang ke arah Rahmat seolah mahu mengajaknya berlumba dengan mereka.

“Kenapa?” seboleh-boleh Rahmat ingin menunjukkan minat.

“Sebab orang mula anggap dia tak serius nak belajar. Ramai yang komen. Sia ni dikatakan pandai menagih simpati.”

“Bukan dia ni lembab sikit ke?”

“Dia memang lembab... Tapi dia malu nak bertanya.” Timah menjelaskan. Dia menongkat dagunya sebelum menyambung: “bila awak dah duduk rumah Linus ni... Jaga sikit kebersihan awak tu. Jangan suka serakkan rumah orang. Bila awak gunakan pinggan mangkuk dia, jangan lupa bersihkan. Hormat tuan rumah--”

“Saya tahu ler... isk!”

“Bukannya apa, saya sekadar mengingatkan. Kita ni orang kampung datang ke kota. Nanti kalau kita buat salah dan silap, orang kata kita orang kampung ni banyak kerenahnya.”

“Saya tahu.” Kata Rahmat sambil meraba-raba janggutnya. Dia merenung ke dalam wajah Timah lama-lama. Dia menarik nafasnya panjang-panjang kemudian dia memegang tangan Timah yang kecil dan lembut itu. Dia mengucup tangan Timah sambil berkata dengan perlahan kalimah: “Saya sayang awak.”

**


11.Si gadis memasukkan baju si jejaka yang hendak dibasuhnya ke dalam mesin basuh. Dia menoleh ke arah ruang tamu. Didapatinya si jejaka sudah selesai mandi. Si jejaka duduk di kerusi sofa ruang tamu sambil menonton TV dengan memakai baju-T yang telah diserahkan kepadanya tadi.

“Sekejap nanti keringlah baju tu nanti.”


12.Si jejaka tersenyum. Si gadis mencari cekera DVD yang bertajuk All About My Mother yang terdapat di dalam koleksi DVDnya. Justeru apabila terjumpa cekera tersebut, si gadis memainkan filem Sepanyol itu melalui alat permainan DVDnya. Tanya si jejaka:

“Awak suka tonton filem antarabangsa seperti ini?”

“Suka jugak.”

“Awak pernah ke sana?”

“Maksud awak ke Sepanyol?”

“Ya.”

“Ke Sepanyol... Pernah. Kotak itu saya beli di Barcelona.”


13.Si jejaka mengambil kotak kecil yang diperbuat dari kayu yang berukir cantik yang terletak di sebelah kaca TV. Dia mengamati kotak tersebut. Dia membuka kotak tersebut sambil memerhatikan isi kotak tersebut. Dia mengeluarkan isi kotak tersebut sambil berkata:

“Siapa punya ni?”

“Kawan saya punya... Dia bawak semasa saya buat parti di sini.”

“Awak buat parti apa?”

“Parti hari jadi saya.”

“Bila?”

“Dua bulan yang lepas... Dia bawak kononnya nak memeriahkan keadaan. Awak nak rasa ke?”

“Boleh jugak... Dah lama tak isap benda alah ni semua.”

“Kenapa, awek tak bagi ke?”

“Dia tak bagi...”


14.Si gadis tersenyum. Dia mengambil kotak tersebut. Dia mengeluarkan isi kotak itu lantas diletakkan di atas meja. Dia meletakkan cebisan dedaun kering ke atas sekeping kertas halus lantas dengan teliti dia membuat gulungan agar kelihatan seperti sebatang rokok gulung. Dia membuat dua puntung lagi sehingga habis cebisan-cebisan dedaun kering yang ada di dalam kotak. Beberapa detik kemudian si gadis menghidupkan putung rokok pertamanya. Dia menghisap dahulu sebelum menyerahkan puntung rokok tersebut kepada si jejaka.

15. Si jejaka menghisap puntung rokoknya dalam-dalam. Dia menonton filem di kaca TV berskrin besar di hadapannya. Sukar untuk dia memberi tumpuan. Sememangnya dia lebih minat menonton filem di panggung. Matanya merayap-rayap melihat hiasan dalaman milik si gadis. Matanya terpaku kepada sekeping gambar berbingkai besar yang diletakkan si gadis di atas dinding bilik tamunya. Dia bertanya kepada si gadis:

“Gambar mat saleh ni... Bapak awak ke?”

“Itu bapak saya. Sebelahnya ibu saya dan adik perempuan saya. Kami ambil gambar ini ketika kami ke Rome. Dia berasal dari sana. Kami ke sana pun untuk melawat datuk dan nenek saya--”

“Awak nampak bahagia dengan mereka.”

“Memang hubungan kami rapat... Hubungan awak dengan keluarga awak macam mana?”

“Saya rapat dengan bapa sana.”

“Dengan ibu pula?”


16.Si jejaka diam. Dia menyedut lagi puntung rokok yang ada di tangannya sebelum dia menyerahkan kepada si gadis. Dia merenung ke dalam kaca TV dengan renungan yang kosong selama lebih sepuluh minit sambil merokok sehinggalah si gadis bersuara:

“Cerita All About My Mother ini adalah mengenai kisah seorang ibu yang kematian anak lelakinya. Si ibu kemudian ke Barcelona untuk mencari si bapa yang selama ini tidak tahu bahawa dia mempunyai seorang anak remaja yang kini telah mati akibat kemalangan jalan raya--”

“Saya ada seorang ibu, seperti orang lain juga. Tapi dia tinggalkan saya dan bapa saya ketika saya berumur 2 tahun.”


17.Si gadis nampak bersalah seolah dia telah menyinggung perasaan si jejaka. Si jejaka pula terus menghisap puntung rokoknya. Dia nampaknya seperti berfikir panjang, sebelum dia berkata:

“Entah mengapa, saya rasa rapat dengan awak. Saya tak tahu kenapa, tapi rasa-rasanya saya nak beritahu kepada awak tentang hal ini. Tentang hal diri saya.”

“Saya sedia mendengar...”

“Saya telah berhijrah ke KL semata-mata kerana saya mahu menemui ibu saya. Saya tahu dia berada di sini. Selepas dia meninggalkan saya dan bapa saya, dia telah berpindah ke sini.”

“Mengapa awak nak berjumpa dengan dia?”

“Saya cuma nak tahu kenapa dia tinggalkan saya dan bapa saya. Itu sahaja yang saya mahu darinya.”


18.Si gadis menarik nafasnya panjang-panjang. Dia sudah lama berhenti dari terus menghisap puntung rokok yang telah dibuatnya tadi, tetapi dilihatnya si jejaka terus merokok sehingga ke puntung rokok terakhir. Mata si jejaka kini berubah merah dan kuyu. Dia nampak mengantuk. Si gadis berkata kepada si jejaka dengan suara yang jelas jujur:

“Saya mahu tolong awak jumpa mak awak tu. Itu pun kalau awak tak keberatan.”


19.Si jejaka tidak menjawab. Dia sekadar mengangguk sekali. Dia menutup matanya. Si gadis mendapati air mata mengalir dari matanya yang tertutup itu.

20. Buat beberapa lama mereka diam. Si gadis mendapati si jejaka sudah tertidur lena dalam keadaan terduduk di kerusi sofanya. Si gadis mengambil bantal dan kain selimut dari biliknya lantas ke ruang tamu. Si gadis memastikan si jejaka dapat tidur dengan selesa di kerusi sofanya. Si gadis menyelimuti si jejaka kemudian menutup suis TV dan lampu. Si gadis masuk ke dalam bilik tidurnya dengan hati yang tenang...

Entri oleh sultanmuzaffar 14 July 2004 0 komen

Akademi Fantasia IIDiari Akademi Fantasia 06-05-06

Satu hari yang amat meletihkan. Ketua di pejabat ambil cuti kecemasan. Saya perlu ambil alih tugasnya. Hari ini ada dua lawatan penting. Satu dari Jakarta, satu dari Pengarah Urusan yang baru. Juga empat puluh surat yang perlu diterjemah. Malamnya, perlu hadir untuk satu lagi pertemuan penting yang akan menentukan hala tuju masa depan hidup saya. Memang satu hari yang amat meletihkan

Aku Sedar
Puisi yang baik dari Dr Usman Awang hanya menjadi begitu membosankan kerana keadaan fizikal yang tidak mengizinkan. Mereka perlu memberikan tenaga yang berbeza-beza kepada baris-baris puisi tersebut. Kelas Cikgu Fauziah kali ini agak tegas. Lain dari yang biasa. Penggunaan perkataan bodoh beberapa kali diulang. Takut juga saya mendengar apabila perkataan tersebut diulang-ulang. Seperti satu sumpahan.

Akademi Fantasia II
Zarina dan Zahid, dua pelajar contoh telah didenda kerana tidak memberikan sepenuh perhatian kepada puisi tersebut. Adam dan Linda perlu memberikan makna puisi tersebut sebelum menggerakkan badan. Improvisasi Nurul dan Kaer biasa sahaja. Improvisasi Mas kepada puisi Aku Sedar amat menarik dan penuh ekspresi. Beliau menjiwai baris yang perlu beliau baca.

Kelas Vokal Adnan Abu Hassan
Bob perlu memperbaiki sebutannya dengan lebih jelas lagi. Beberapa perkataan disebut dengan salah. Aspek vokal dan tone suara beliau sudah cukup baik dan sesuai dengan lagu tersebut. Begitu juga dengan Linda, vokalnya untuk lagu Panti Asuhan amat baik. Tone vokal beliau ada mirip-mirip Indonesian. Beliau diberi tunjukajar tentang melenggokkan vokalnya dengan lebih mantap dan berkesan. Hasilnya amat baik.

Mas menghadapi masalah yang besar dalam lagu ini. Nyanyiannya tidak bernyawa. Terlalu sumbang dan agak mendatar. Beliau harus memberikan ekspresi terhadap lagu tersebut. Beliau harus faham mesej lagu tersebut sebelum menyanyikannya.

Akademi Fantasia IIPada pendapat saya, Nurul mampu untuk membawakan lagu tersebut dengan baik. Saya berpuas hati melihat sesi latihannya. Beliau tidak harus mencuri nafas dan beliau harus sedar di mana yang perlu untuk mengambil nafas. Secara keseluruhan, saya terpegun dengan nyanyiannya serta tone suara beliau. Persembahan Nurul akan menjadi persembahan yang saya tunggu-tunggu di Konsert Vi minggu ini.

Koreograf Bebas
Tanpa bangun dari lantai, setiap pelajar harus melakarkan koreograf bebas dalam tarian mereka. Zahid memperagakan langkah-langkah yang agak biasa begitu juga Kaer. Gandingan Linda dan Zarina agak berkesan. Begitu juga dengan trio, Nurul, Farah dan Mas. Adam tidak begitu serius dengan koreografnya. Yang paling menarik tentulah Bob. Bob bijak menari dan sedar ruang di sekelilingnya. Bob juga tahu asas tarian iaitu counting.

Menuju Puncak merupakan sebuah koreograf biasa yang semakin menarik dari satu minggu ke satu minggu. Setiap pelajar semakin mendalami langkah-langkah tarian Menuju Puncak. Mas yang agak lambat dalam bidang tarian pada minggu-minggu awal telah pun dapat mendalami tariannya dengan baik. Nampak sifat serius beliau dalam kelas tarian.

Teater Muzikal Cats
Untuk menyanyikan lagu Memory, mereka diberi peluang untuk menonton teater muzikal Cats. Masing-masing terpegun melihat tayangan video tersebut. Memang sukar untuk menyanyikan lagu Memory. Perlu punya perwatakan dan lontaran vokal yang mantap.

Sebelum memulakan latihan, mereka perlu bubbling. Mas bubbling saya tertidur. Zahid mencuba. Cepat-cepat menyedari kesilapannya. Memperbetulkan kesilapannya. Cikgu Siti Hajar memuji Zahid yang sedar akan kesilapannya. Ini menunjukkan yang Zahid tahu apa yang dia buat. Bukan hanya sekadar buat sahaja. Beliau juga mampu menerangkan apa yang silap.

Memory
Mereka berlatih lagu Memory beramai-ramai. Cikgu Siti Hajar seakan mendengar seperti ada sesuatu yang tidak kena. Memilih untuk hanya lelaki memulakan latihan. Vokal lelaki berbeza-beza. Mereka membahagikan tone vokal mereka ikut kesesuaian lagu tersebut. Ada harmoni dalam vokal lelaki. Jelas kedengaran keserasian vokal mereka. Kemudian meminta pelajar perempuan menyanyi. Pada pendapat saya, nyanyian pelajar perempuan jelas berterabur. Tiada keserasian. Tidak harmoni langsung. Puncanya Mas. Vokalnya tidak bertenaga. Tidak keluar. Cikgu Siti Hajar membahagikan bahagian-bahagian dan range yang perlu dibawakan oleh Mas.

Farah telah melakukan yang terbaik. Memang sukar untuk tidak membandingkan nyanyiannya dengan Siti Nurhaliza. Tiada masalah pitching dalam nyanyiannya. Beliau harus menumpukan sepenuh perhatian terutamanya sewaktu ingin mencipta lenggok tersendiri dalam nyanyiannya.

Nyanyian Linda nyata hebat. Vokal beliau kena dengan lagu tersebut. Sebuah lagu yang menarik hasil nyanyian Linda. Tiada masalah besar untuk Linda menyanyikan lagu tersebut.

Ini berbeza dengan vokal Mas. Kedengaran agak kasar. Huskynya tidak kena dengan lagu ini. Masalah utamanya ialah keupayaan Mas untuk melontarkan vokalnya. Masalah sumbang juga menjadi musuh utama Mas.

Zarina perlu mencipta cara nyanyian tersendiri. Vokalnya kali ini agak baik berbanding dengan minggu-minggu terdahulu.Cara nyanyiannya juga bertambah baik.

Saya berpuas hati dengan persembahan Nurul. Beliau selesa dengan lenggok nyanyiannya. Lagu ini menjadi begitu senang sekali untuk didengar. Menurut Cikgu Adnan, Nurul harus mempersembahkan lagu ini sambil duduk dan kemudian berdiri apabila bahagian korus. Macam pernah dengar sahaja cadangan ini. Sheila Majid pun selalu duduk bila menyanyikan lagu ini.

Secara keseluruhan Bob telah memperkenalkan lagu ini kepada saya. Sungguh baik nyanyiannya. Sebutannya masih ada yang perlu dibaiki. Lenggok R&Bnya juga menjadi.

Adam harus memperbanyakkan vibrato dalam nyanyiannya. Lagu ini pasti menjadi menarik di tangan Adam. Adam harus berani membuka mulutnya untuk menjelaskan lagi sebutannya.

Nyanyian Zahid tidak banyak yang dapat dinilai. Terlalu sekejap.

Mas menggunakan masa yang ada untuk membiasakan dirinya dengan tarian lagu Ya Maulai. Sambil-sambil itu, Mas melakukan aksi gelek.

Adam Cuci Pinggan
Adegan ini sudah pasti memberikan undian yang mendadak untuk Adam.

Entri oleh sultanmuzaffar 0 komen

Novel Bersiri Akademi Impiana: Bahagian 24




“Nok, kenapa dengan muka Sia ni?” tanya Gundutz kepada Timah. Timah menoleh ke belakang ke arahnya. Dia nampak keliru. Dia mungkin tidak faham dengan pertanyaan dari Gundutz.

“Kenapa? Muka dia elok jer.”

“Dulu kita ada ponen verangan pakai kimono Jepun bagai. La ni pulak ada pelakon kabuki. Sapa nak jawab?”

“Ko membebel apa ni?”

“Sia lah nok! Foundation kat muka dia dua tiga lapis.”

“Ye tak ya, kan? Foundation kat muka Sia tak sama dengan warna kulit dia yang lain.” Ujar Timah. Dia tidak kisah si Gundutz mengata tentang Sia, asalkan dia tak mengata tentang Khir penyanyi yang paling disayanginya.

“Muka dia pink, nok!”

“Dia tak pandai make-up kot...”

“Entah-entah memang cara orang Sabah ala-ala make up sampai muka pink tak, nok?”

“Eh takdelah. Pandai je kau ni! Kau pernah pergi Sabah ke nak cakap benda-benda ni semua?” herdik Timah. “Hantu bodoh dah masuk kat kau ni? Hantu nyanyuk?” Timah meniru cara Puan Ogy memarahi anak-anak muridnya untuk memarahi Gundutz.

“Haiyoh! Kak nam betul panggil hem bodoh!”

“Pernah pergi Sabah ke tak?” Timah mengulangi soalannya sekali lagi, Kali ini dengan nada yang lebih lembut.

“Tak pernah bah!” Gundutz kemudian ketawa. Lebih-lebih lagi apabila dia melihat Boboy mula menari apabila di suruh oleh Guru Tari Lina Yasmin untuk menari.

“Kenapa ketawa sampai keluar air mata ni?” tanya Timah kehairanan.

“Boboy bukak step vouge ala-ala Madonna, sundels!”

“Jadi kenapa? Smart apa dia joget camtu!”

“Very der adik-adik retro. Perlu ke?” Gundutz seboleh-boleh membuka langkah tarian seperti yang dilakukan oleh Boboy tadi.

“Eh, kalau kau buat nampak macam ikan paus terdampar tepi pantai tau!”

“Kejis ko Timah! Hanjs sangat!” Gundutz berhenti menari. Dia menarik baju-Tnya yang nampaknya seperti terlalu kecil untuk dipakainya ke bawah kerana baju-T itu mula menampakkan pusatnya ketika dia sedang sakan menari.

“Eh, baju ni macam pernah nampak jer... Kenapa ko pakai baju kecik ketat ni?” tanya Timah kemudian.

“Ni baju lama Rahmat. Dia bagi kat hem. Cantik kan? Baju pasukan bolasepak sekolah lama dia. Hem feeling-feeling der jantan top pakai baju ni, bley?”

“Isk! Kenapa dia bagi ko baju dia ni?”

“Hem tolong dia pindah semalam... Dia nak buang baju ni. Dia bagi kat hem ler. Tak kan ko tak tahu laki ko sendiri pindah semalam!”

Wajah Timah tiba-tiba pucat.

“Mana dia pindah? Kenapa dia tak bagitahu aku?”

“Haiyoh! Hem takmoh masuk campur hal rumahtangga korang!” Gundutz membuat isyarat tangan seolah-oleh menzip mulutnya sendiri.

Wajah Timah nampak terganggu. Dia memandang ke arah telefon bimbitnya. Mahu sahaja dia mendail nombor telefon Rahmat untuk bertanyakan kepada Rahmat mengapa perkara ini tidak diberitahu kepadanya sejak awal-awal lagi. Tetapi creditnya dah habis dek mengundi si Khir penyanyi kesayangannya itu.

“Rahmat pindah ke mana?” tanya Timah dengan suara perlahan.

“Kat rumah Kak Linus kita ler.”

“Kenapa dia tak nak bagitahu aku dia nak pindah?”

“Eh ko tanya hem buat apa? Ko tanya dia lah!” Kata Gundutz sambil memeluk tubuhnya sendiri dengan erat.

**


1.Gadis berambut pendek itu merenung ke dalam mata jejaka berbaju putih yang sedang duduk di hadapannya. Mereka sedang makan malam bersama. Tatkala sedang makan, mereka berbual tentang hal diri mereka sendiri. Si gadis bercerita tentang kerja sehariannya di sebuah syarikat pengiklanan terkemuka di ibukota. Kemudian si jejaka pula sibuk mahu bercerita tentang pasukan bolasepak yang dianggotainya. Ketika si jejaka sedang sakan bercerita tentang aksinya di padang bolasepak pada petang itu - sambil menyuapkan makanan ke mulutnya, cebisan makanan si jejaka jatuh ke bajunya secara tidak sengaja.

2.Wajah si jejaka berubah pucat. Katanya seraya cuba membersihkan tanda makanan di kemeja putihnya:

“Baju ni baju saya pinjam dari abang Linus. Mahal baju ni.”


2.Si gadis tersenyum. Dia memberitahu kepada si jejaka agar jangan gelisah. Ada cara untuk membersihkan tanda sos spaghetti yang mengotorkan baju yang telah dipinjamnya itu. Si gadis menawarkan agar dia sahaja yang membersihkan baju si jejaka di rumahnya.

3.Si jejaka pada mulanya menolak pelawaan si gadis. Segan katanya. Si gadis tidak mendesak. Beliau sekadar tersenyum lalu berkata:

“Baju linen... Kalau nak dibersihkan, cuba hantar sahaja ke dobi. Kalau awak cuba basuh sendiri takut rosak pula nanti.”


4.Si jejaka akhirnya mengalah. Dia bersetuju untuk ikut si gadis pulang ke kondominiumnya setelah mereka selesai makan malam.

5.Si jejaka membawa si gadis pulang ke kondominiumnya dengan menaiki motor kapcainya. Itupun setelah lama mereka duduk makan dan berbual di restoran La Bodega yang terletak di Bangsar itu. Si gadis mempelawa si jejaka masuk ke kondominiumnya dan seterusnya ke rumahnya.

6.Si jejaka dalam melihat keadaan dalam rumah si gadis yang cantik dihias dengan hiasan dalaman kontemporari. Yang lebih menarik perhatian si jejaka adalah koleksi buku yang memenuhi rak buku di dalam ruang tamunya. Kemudian dia memandang kepada koleksi DVD yang dipunyai oleh si Gadis:

“Awak suka tonton filem?”

“Suka juga... Awak pun suka juga, kan?”

“Suka... Tapi saya suka menonton di panggung.”


7.Si gadis menyatakan bahawa beliau juga suka menonton wayang di panggung. Untuk beberapa lama, mereka berbual tentang filem-filem yang mereka tonton sehinggalah si jejaka lupa bahawa tujuan utamanya ke rumah si gadis adalah untuk si gadis membantunya membersihkan tanda kotoran di bajunya – sehinggalah si gadis sendiri mengingatkan tentang hal ini kepadanya:

“Baju awak... Saya nak cuci sekarang... Boleh?”


8.Si jejaka tersenyum malu, lantas dia membuka bajunya. Kemudian si jejaka menyerahkan baju tersebut agar dapat dibasuh oleh si gadis.

9.Si gadis menjeling ke arah sekujur tubuh yang kelihatan kekar indah di hadapannya. Si gadis tergamam buat beberapa ketika sebelum menyerahkan kain tuala kepada si jejaka tanpa memandang terus ke arahnya.

“Kalau awak nak mandi, bilik mandi di sana. Sementara awak tunggu saya basuh baju ni dan baju awak tu kering dalam dryer... Kita tonton DVD ya! Kita tonton filem Pedro Almodovar. Nanti saya sediakan baju untuk awak pakai.”

“Awak ada ke baju lelaki saiz saya?”

“Ada... Baju ex saya yang masih saya simpan.”

“Oo...”


10. Si jejaka mengangguk setuju. Si jejaka sempat memandang ke arah si gadis yang nampaknya sedang berjalan ke arah dapur untuk mencari cecair pencuci yang sesuai untuk membasuh bajunya. Si jejaka menarik nafasnya panjang-panjang. Dia sedang memikirkan tentang kekasihnya sendiri sambil menggaru-garu kepalanya. Dia cuba menghilangkan perasaan rasa bersalah yang mula menjerat dirinya. Dia cuba memberitahu kepada dirinya bahawa dia ke rumah si gadis tanpa sebarang niat yang bukan-bukan...

**


Abang Besar: Ada kontroversi baru mengenai lagu yang dipilih untuk Zaidi.

Kakak Besar: Kontroversi apa ni?

Abang Besar: Lagu “Where Is The Love" dari Black Eyed Peas...

Kakak Besar: Apa yang kontroversinya?

Abang Besar: Ada orang cakap dalam forum, akidah orang Islam boleh terpesong kalau dengar lagu ni.

Kakak Besar: Oh that...

Abang Besar: ...

Kakak Besar: A song is just a song lah sayang. You can interprete the song in many ways.

Abang Besar: But they don't like it. Some people think that they might loose their faith and convictions or worse still, they are afraid that some people might even want to consider to convert when they listen to this song.

Kakak Besar: Eh, don't be stupid lah. You think ada ke orang as stupid as that?

Abang Besar: In Malaysia ada kot. You know lah, over here, some people even think women who wears lipstick and wear sexy clothes should be blame if they are raped--

Kakak Besar: Ermm... Alahai!

**


Sajak Aku Sedar oleh Usman Awang, seperti mana yang dicernakan kembali oleh murid-murid Akademi Impiana mengikut pendapat masing-masing:

Khir: Sekarang aku mula sedar aku suka rosakkan lagu orang dengan menyanyikan lagu mereka dengan rentak R&B walaupun tak sesuai.

Sia: Sekarang aku mula sedar aku selalu sahaja blur, malas nak belajar dan degil. Aku juga sedar ramai yang akan tetap undi aku atas nama kasihan atau kerana aku dari Sabah bah...

Dara: Sekarang aku mula sedar... erkk.. BREEEP BREEEPPP

Azam: Sekarang aku mula sedar aku klon KRU yang sukakan cermin

Boboy: Sekarang aku mula sedar aku tak payah cute-cutekan muka aku untuk dapatkan perhatian

Entri oleh sultanmuzaffar 13 July 2004 0 komen

Akademi Fantasia IIDiari Akademi Fantasia 06-03-04

Perbezaan Yang Dikenal Pasti
Cikgu Siti Hajar dapat merasai perubahan yang berlaku ke atas para pelajarnya. Semangat mereka seakan sudah hilang. Tekanan semakin hebat. Lagu semakin banyak yang perlu dihafal. Bukan semakin mudah. Semakin sukar. Koreografi semakin pelik dan semakin sukar. Walaupun cabaran semakin hebat tetapi semangat mereka semakin hilang. Itu yang Cikgu Siti Hajar rasai. Mereka seakan-akan sudah penat dan mahu sahaja keluar dari Akademi Fantasia.

Jika dibandingkan Akademi Fantasia I dan II, memang jauh benar perbezaannya. Lagu-lagu di musim pertama tidaklah sesukar musim kedua. Seperti minggu ini, kebanyakan lagu tiada elemen popular dalam lagu mereka iaitu lagu-lagu lama yang semakin dilupakan kecuali beberapa pelajar. Tekanan semakin dirasai. Emosi semakin terserlah lebih-lebih lagi kepada peminat mereka.

Kita harus tahu apa yang kita buat. Baru ada manafaat. Itulah sebabnya kita harus mempelajari teori. Kita tidak harus membandingkan antara satu sama lain. Mereka memiliki suara yang sama, bakat yang sama tetapi hanya ilmu yang membezakan mereka antara satu sama lain.

Satu nasihat penting buat saya semalam, kesederhanaan itu amat penting dalam hidup, tetapi janganlah terlalu merendah diri. Tiada siapa yang akan membantu kita melainkan diri sendiri.

Lagu Bonus
Sebuah lagu bertajuk Memory dari teater Broadway Cats. Saya pernah menonton teater ini sewaktu ianya dipentaskan di Istana Budaya dan di London. Sebuah teater yang menarik dan lagu Memory merupakan lagu paling nostalgik dalam teater tersebut. Ia pernah dinyanyikan oleh Barbara Streisand. Untuk menyanyikan lagu-lagu dari teater tentulah memerlukan penghayatan yang lebih kerana lagu-lagu tersebut punya cerita. Setiap mereka perlu ada perwatakan masing-masing, kemudian baru diberikan teknik dan seterusnya diberikan mood pada lagu tersebut.

Memory merupakan sebuah lagu yang sukar. Ia boleh mengundang sedih, boleh mengundang kegembiraan, boleh mengundang harapan. Memang sukar. Latihan yang cukup dalam masa yang singkat merupakan cabaran paling getir buat mereka.

Mas : Lontarkan Vokal
Nyanyiannya perlu ada penghayatan. Perlu ada character. Bukan sekadar nyanyian. Beliau harus melepaskan vokalnya. Barulah dinamakan menyanyi. Beberapa bahagian agak mendatar. Mas tidak sungguh-sungguh melontarkan vokalnya. Sekali lagi Mas memulakan latihannya dengan perkataan negatif. Susah ! Mas, tidak perlulah negatif lagi. Buat dahulu, kemudian baru tahu susah tidak susah.

Farah agak risau apabila menyanyikan lagu Ya Maulai. Beliau takut disamakan dengan Siti Nurhaliza. Beliau harus bijak mencipta gaya tersendiri untuk lagu tersebut.

Catwalk Corrie
Linda dan Corrie belajar catwalk. Betul seperti kata YH yang sedar tentang keintiman Linda dan Corrie. Di mana ada Linda, di situ ada Corrie. Sejak ketiadaan Fitri, Linda seakan-akan menjauhkan diri. Beliau tidak banyak bercampur.

Menuju Puncak
Ada julang-menjulang dalam Menuju Puncak kali ini. Mereka dipasangkan untuk menghasilkan kombinasi yang lebih menarik lagi. Adam dan Bob ditugaskan untuk menjulang Farah. Kombinasi Zarina dan Linda ada keserasian. Mereka nampak seksi. Mas dan Kaer kelihatan agak comel macam ibu dan anak. Zahid berlatih bersama Corrie. Tempat Nurul digantikan sementara waktu oleh Corrie. Di mana Nurul ya ? Sejak akhir-akhir ini beliau sering tidak kelihatan.

Phantom Of The Opera
Lagu ini tidak ada dalam senarai lagu tetapi sekadar menjadi bahan untuk latihan. Mereka harus mengisikannya dengan rasa.

Kaer : Bromley Versi Moden
Sebuah susunan muzik yang agak moden. Ada perubahan yang agak drastik pada lagu tersebut. Hilang keasliannya. Mungkin untuk memberikan sedikit sentuhan moden untuk disesuaikan dengan Kaer. Beliau harus menjaga tempo lagu tersebut agar kena dengan lagu tersebut. Lagu ini banyak low tone tetapi vokal Kaer tidak berapa jelas. Beliau perlu berhati-hati sedikit di bahagian yang agak rendah. Hanya kedengaran angin sahaja. Beliau turut memberikan idea tentang persembahannya kepada Cikgu Siti Hajar.

Keroncong Untuk Adam
Vokal Adam agak mendatar. Terlalu awal untuk dinilai. Adam harus berani untuk membuka mulutnya untuk melontarkan vokalnya. Adam ini seperti takut-takut untuk membuka mulutnya. Seakan-akan menjaga penampilannya. Tidak perlu control hensem sewaktu menyanyi. Cikgu Siti Hajar sendiri menasihatkan beliau agar menjatuhkan rahangnya. Adam harus ingat, pergerakan rahang turut menjadi alat untuk menghasilkan suara. Mulut pun tidak berani buka, bagaimana suara hendak keluar.

Farah dibayangi dengan igauan Siti Nurhaliza. Sekalipun betul apa yang dinyanyikan oleh beliau, ia tetap dibayangi dengan imej Siti Nurhaliza. Beliau benar-benar takut dibandingkan dengan Siti Nurhaliza. Memang kedengaran sedikit ciri-ciri Siti Nurhaliza, beliau harus berani mencuba untuk membawa lagunya dengan imej tersendiri.

Zarina masih kurang bertenaga membawakan lagu tersebut. Vokalnya masih lemah. Lagu Penantian memerlukan tenaga vokal yang agak power. Lebih lantang dan tidak terlalu meleret seperti sekarang. Banyak yang boleh dibaiki.

Encik Julian dan Bob
Kelibat Encik Julian kelihatan membantu Bob dalam sebutan Bahasa Inggerisnya. Bob banyak mendapatkan bantuan beliau untuk memperbetulkan sebutannya. Hari ini ialah hari Bob mempelajari sebutan.

Farah Dapat Stamina, Mas Dapat Apa ?
Memang seronok melihat gelagat Mas di Akademi Fantasia. Beliau seorang yang lurus dan jujur. Sudah beratus kali, kenyataan itu diulang-ulang. Mas lurus, Mas jujur. Tetapi sayangnya beliau tidak banyak memanafaatkan peluang yang diperolehi di situ. Farah gigih bersenam untuk meningkatkan staminanya untuk lagu Ya Maulai yang agak tinggi. Sebaliknya Mas bergelak ketawa mendapatkan angin dan meniru perlakuan Zarina. Farah sempat memanggil Zarina untuk melihat impersonafikasi Mas terhadapnya. Zarina menontonnya dan berlalu begitu sahaja.

Sekadar Prihatin
Sebuah koreografi yang biasa untuk lagu Zahid iaitu Where Is The Love. Cukup-cukuplah dengan koreograf yang ada. Biar tidak sukar dengan lagu ini. Zahid pun tentunya tidak mahu koreograf yang sukar kerana tumpuannya lebih tertumpu kepada lirik lagu tersebut.

Sekadar bersifat prihatin, beberapa komen telah diberikan di dalam artikel sebelum ini iaitu beberapa lirik dalam lagu tersebut tidak sesuai dinyanyikan oleh pelajar yang beragama Islam. Adalah lebih sesuai sekiranya hanya Linda yang membantu Zahid pada bahagian tersebut. Terdapat tiga gaya koreograf yang perlu mereka lakukan.

Panti Asuhan
Sambil bermain gitar berseorangan, Linda berlatih lagu tersebut. Menutup tirai Diari Akademi hari tersebut.

Entri oleh sultanmuzaffar 0 komen

Novel Bersiri Akademi Impiana: Bahagian 23



“Hem tak koser lah dengan Khir tu. Suka ubah-ubah lagu. Perlu ke?” tanya Gundutz kepada Linus sewaktu dia sedang melipat lantas memasukkan beberapa helai baju Rahmat lantas dimasukkan ke dalam sebuah kotak.

“Itu lah nok, lagu Epilog Cinta Dari Bromley oleh Suhaimi Mior Hassan tu dah baik-baik klasik, dia nak rosakkan! Segala-gala lagu dia nak ponenkan! Dia hengat dia buat show kat Blue Bar ke?” Ujar Linus sambil bercekak pinggang. Dia memandang ke arah Rahmat yang nampak sedih meninggalkan bilik flat yang selama ini disewanya sejak dia sampai ke Kuala Lumpur.

Bilik yang disewa oleh Rahmat ini kecil. Biliknya ini tidak berkatil, yang ada cuma sebuah tilam yang telah dilipat. Terdapat beberapa peralatan angkat berat yang nampaknya biasa digunakan. Sebuah TV kecil dan sebuah almari plastik dengan beberapa pakaian lusuh.

“Nok, kalau lagu tu dah bagus, tak payah nak ubah just because you want to sing it like a retard.” Kata Linus sambil meniup habuk yang terkumpul di atas kaca TV kepunyaan Rahmat.

“Dia tu satu.. si Sia ni pon satu. Ko tengok dia, tak ada improvement langsung!”

“Dia memang slow ler. Koser lah kalau nak jadi penyanyi tapi blur macam sotong ni.”

“Eh bukan dulu ko minat kat dia?”

“Dulu minat ler... Sekarang tak koserlah dengan Sia tu. Kalau dia rajin belajar, nak pertingkatkan diri dia, mak tak kisah. Ini tidak!”

“Nok. Ko perasan tak pasal Sia?”

“Kenapa dengan dia nyah?”

“Dia ni, keras kepada sikit kan? Orang suruh belajar, macam susah sangat nak belajar.”

“Very der lah nok. Tak koser lah mak dengan dia. Macam mak cakap tadi... Dulu mak suka lah. Sekarang, sorry. Mak nak vote Zaidi dengan Zurina jer.”

“Wah, sama lah kita, kan? Tak macam si Timah tu nok... Mati-mati nak vote si Khir tu.” Gundutz memberitahu kepada Linus sesuatu yang susah lama diketahuinya.

“Very der!”

“Jantan seteret punya rumah memang tak perlu kan? Rimas hem tengok. Lepas ni harus kena mandi bunga bagai!” keluh Gundutz, langsung menukar topik perbualan. Dia dapat melihat Rahmat ketawa sendiri sambil mengangkat TV kecilnya, lalu dibawanya keluar ke ruang tamu lalu turun ke tingkat bawah untuk dimasukkan ke dalam kereta Linus.

“Nok, banyaknya buku omputeh dia ni.” Ujar Gundutz sambil memandang koleksi buku yang disimpan oleh Rahmat. Buku-buku tersebut sedang dimasukkan ke dalam sebuah kotak plastik oleh Linus.

“Dia curi buku-buku ni.” Jelas Linus dengan selamba. “Kalau dia pergi kedai buku, dia masukkan buku dia suka dalam jaket, lepas tu dia keluar selamba jer. Depan aku pun dia pernah nak buat. Tapi aku kata jangan... Terus aku spedo dia buku. Boleh?”

“Haiyoh! Betul ke?”

“Dia yang bagitahu aku masa kitaorang bincang pasal novel-novel yang pernah kita baca.”

“Eh perlu ke?”

“Perlu apa?”

“Dia curi buku ni semua? Lepas tu bincang dengan ko pasal novel bagai.”

“Dia nak membaca, katanya... Nak tambah pengetahuan. Lagipun dia minat membaca...” Jelas Linus. “Koser ler ko, dia nak bincang dengan mak pasal buku ke, pasal femfuan ke, dia punya pasal ler. Ko jeles ke, nyah?”

“Koser lah hem nak jeles-jeles ni!” Gundutz berkata lagi sambil menjeling. “Dia boleh speaking London ke?”

“Bolehlah sundels! Lebih baik dari kau agaknya.” Linus berdecit.

“Tak sangka pulak, kan?”

“Ko mana kenal dia sangat. Mesti ko hengat dia tu ala-ala mat rempit tak perlu, kan? Cuba lah ko selidik sikit pasal diri dia tu betul-betul. Ini tak, gossip budak-budak AI tak perlu tu jugak ko nak tahu.” Leter Linus.

“Eh, bercakap pasal gosip... Hem nak cakap satu benda ni. Tadi ko tengok Diari AI, tak? Si Lina tu ala-ala rapat dengan Carey. Kawan pompuan seopis dengan hem terus SMS kat hem kata dah mula bibit-bibit cinta di antara mereka--”

“Choiiiii!”

“Very der kan? Perlu ke?”

“Tak perlu ler. Dia nak belajar tu. Yang penonton ni buat spekulasi hanjengs buat apa?”

“Entah nok... Seronok agaknya. Ye lah, kalau dah gatal mengenyam tu, segala-galanya nak dijadikan ala-ala adegan romantik.”

“Haiyoh, gambar abang askar!” jerit Gundutz sewaktu dia sedang mengemaskan baju-baju Rahmat. Dijumpai gambar ini di bahagian paling bawah almari plastik Rahmat.

“Tastenyerrrr! Very der meletops one!” Linus memerhatikan gambar tersebut. Dia dapat melihat bahawa gambar tersebut adalah gambar lama seorang anggota tentera muda yang sedang menerima sebentuk pingat dari seorang Jeneral. Mungkin gambar ini telah diambil pada awal tahun 70-an.

“Itu gambar bapak saya.” Ujar Rahmat. Dia berdiri di muka pintu. Gundutz menyerahkan gambar tersebut kepada Rahmat. Gundutz dan Linus tersipu-sipu malu. “Gambar ini telah diambil beberapa bulan sebelum dia berkahwin.” Beritahu Rahmat sebelum menyerahkan gambar tersebut kembali kepada Gundutz.

“Gambar mak kau tak ada ke?” tanya Gundutz ingin tahu.

Rahmat menggelengkan kepalanya dengan cepat. Dia mengambil peralatan angkat beratnya lalu keluar dari biliknya sekali lagi.

Linus dan Gundutz diam. Gambar lama bapa Rahmat masih dipegang Gundutz. Dia menyerahkan gambar tersebut kepada Linus agar menyimpannya di dalam kotak yang berisi buku-buku kepunyaan Rahmat.

“Kawan aku si Janet kata... Kawan seopis dengan dia... Salina suka kat Rahmat. They actually spent the whole night together. Macam mana tu nok?” Bisik Linus kepada Gundutz.

“Eh, yer ke? Very der gossip hangat ni!”

“Betul nok...”

“Macam mana kawan kau tahu ni?”

“Kawan mak si Janet went for a surprise visit ke apartment si Salina. Tujuannya nak pinjam DVD. And then she saw Rahmat in her apartment.”

“Apa diorang buat?”

“Eh perlu ke ko nak tahu?”

“Eh nak tahu ler. Salah ke kalau hem tahu?”

“Tak salah... Tapi jangan sampai si Timah tu tahu ler!”

“Hem tak nak masuk campur lah.”

“Macam ni ceritanya. Kawan mak si Janet tu paksa si Salina ceritakan apa yang berlaku.”

“Jadi apa yang berlaku?”

“Macam ni... Mereka makan malam di La Bodega. Makan spaghetti bolognese. Di pendek kan cerita, masa si Rahmat makan, bebola daging jatuh kat baju yang mak bagi pinjam.”

“Ko bagi Rahmat pinjam baju apa nok?”

“Baju Paul Smith warna putih yang mak beli kat London tu ler... Rahmat ala-ala takut kena marah dengan mak. Ye lah, baju tu kan mahal!”

“Haiyoh... Sah-sah baju tu ko beli masa Harrods tengah sale!” Gundutz mengingatkan Linus. “ Tapi ko kan ratu. Harus ler si Rahmat tu takut, kan?”

“Vavis ko... Main-main plak! Ko nak dengar cerita ni ke tak nak?”

“Nak! Hehehehe!” Gundutz tersengih-sengih.

Linus berjalan ke muka pintu bilik Rahmat untuk memastikan Rahmat tidak masuk ke dalam bilik lantas mendengar apa yang ingin diberitahunya kepada Gundutz.

“Menurut cerita si Janet, si Salina beritahu kat Rahmat yang dia boleh bersihkan baju mak tu kat apartment dia... Rahmat mula-mula tak nak. Ye lah, pergi rumah anak dara malam-malam buta. Tapi Rahmat akhirnya setuju. Sebab si Salina ni kan sweet.”

“Khelesssss!” Gundutz memeluk tubuhnya sendiri. “Sweet ke slut, nok!”

“Sweet lah sundels! Ko nih, tak kenal budak tu ko dah panggil slut. Hanjs betul ko ni!”

“Ok lah... sorry. Pi sambung cerita!”

“Jadi Rahmat pergi ke apartment Salina nak bersihkan baju yang dia pinjam dari mak...”

“Basuh baju sampai pagi ke nok?”

“Nak bagi kering agaknya...”

“Seswatuh lah nok!”

“Mak tak nak buat spekulasi lah nok.” Linus berterus-terang. “Mak tak nak menambahkan dosa, boleh?”

“Alah... Dia bohjan lah nok!”

“Molots ko memang tak ada insurans kan?” Ujar Linus sambil membuat isyarat tangan kepada Gundutz agar diam. Rahmat masuk ke dalam rumah flat sewanya dalam keadaan lencun berpeluh. Penat dia mengangkat barang-barang kepunyaannya untuk dibawa pindah ke apartment Linus yang terletak di Pantai Hill Park itu.

“Kenapa tiba-tiba diam ni?” tanya Rahmat. Dia mengangkat kotak yang berisi bajunya di hadapan Gundutz.

“Tak ada apa-apa.” Gundutz tersenyum kelat sambil mencuri pandang ke arah Linus...

Entri oleh sultanmuzaffar 12 July 2004 0 komen

Akademi Fantasia IIDiari Akademi Fantasia 06-01-02

Tribute Untuk Anding
Seloka Anding
Mereka duduk berkumpul bercerita tentang Anding. Bob menyatakan yang minat Anding lebih ke arah perfileman dan lakonan. Beliau turut bercita-cita untuk menerbitkan videoclip untuk 12 pelajar Akademi Fantasia.

Khabarnya, filem pendek beliau turut tercalon di dalam Festival Filem yang baru lalu, besar kemungkinan Festival Filem Malaysia yang baru sahaja berlangsung minggu lalu.

Anding seorang yang gemar membantu orang lain, beliau tidak lokek ilmu dan penyayang. Ini dapat kita lihat bagaimana beliau banyak membantu Mas dan Edlin.

Akademi Fantasia II
Beliau seorang yang fokus, pandai menari dan berlakon. Seorang yang nampak serius, pendiam tetapi senang bekerjasama. Menurut Adam, Anding seorang yang suka membantu rakan-rakannya. Walaupun pendiam, beliau agak serius sewaktu belajar.

Andinglah yang paling lewat sekali bersiap. Rambutnya perlu disapu gel untuk kelihatan tegak sebegitu.

Satu sifat beliau yang Bob nampak ialah beliau seorang yang agak cuai dan mudah lupa.

Pada pendapat saya, Anding sememangnya berbakat tetapi bukan untuk Pilihan 5 Terbaik saya. Jika bukan Konsert V, beliau tetap akan tersingkir kerana ada pelajar lain yang jauh lebih berbakat dalam nyanyian dan mampu membawa nama Malaysia ke peringkat yang lebih tinggi lagi.

Saya mendapat khabar yang Anding mengetahui tentang kewujudan blog ini kerana beliau sendiri meminati filem dan teater.

Akademi Fantasia IINasihat Tegas Pengetua
Seperti yang telah dijangka, hari tersebut mereka dimarahi oleh para Tenaga Pengajar. Tujuannya bukan untuk menjatuhkan semangat mereka tetapi sebaliknya. Tenaga Pengajar ingin membetulkan di mana silap pelajar. Mereka harus diingatkan yang kejayaan hanya akan bermula selepas tamat Akademi Fantasia.

Menurut Ramli MS, keyakinan Kaer hilang sejak akhir-akhir ini. Kaer tidak dapat menjawab soalan tersebut. Nyanyiannya lebih ke arah R&B. Sesetengah lagu tidak boleh dilenggok seperti yang telah dilakukan oleh Kaer.

Mas tidak ada perubahan sejak Konsert I hinggalah Konsert V. Pembaharuan pada Mas hanyalah ia telah belajar beberapa lagu baru. Akademi Fantasia bukan tempat untuk belajar lagu baru, Akademi Fantasia ialah tempat untuk belajar ilmu baru. Tempat untuk menimba ilmu. Tempat untuk mempelajari teknik dan asas nyanyian. Jika di luar, untuk belajar teknik dan asas nyanyian perlu dibayar. Bukan percuma. Tetapi di Akademi Fantasia ianya percuma.

Jika tekanan selama lima hari tidak dapat ditempuhi dengan baik oleh para pelajar, mana mungkin mereka dapat menempuh tekanan yang tiga minit.

Linda Bawa Toyol
Linda akhirnya tertangkap menulis lirik di tapak tangan. Beliau mengakui melakukannya kerana sukar untuk menghafal lagu tersebut. Namun demikian kerana terlalu gugup, beliau tidak pun melihat lirik di tapak tangan tersebut. Sungguh bijak alasan tersebut. Dulu-dulu masa belajar, kalau ditangkap meniru ataupun menipu dalam peperiksaan boleh dibuang universiti. Merayulah kepada Lembaga Disiplin, senaraikanlah pelbagai alasan, anda akan tetap dibuang. Sesiapa sahaja yang tertangkap cuba menipu sewajarnya diberikan hukuman yang setimpal.

Adam nampak tenggelam dalam persembahannya kerana tidak memberikan sepenuh tenaganya untuk persembahan. Beliau seharusnya lebih peka dengan keadaan di atas pentas. Terlalu ramai orang di atas pentas menyebabkan beliau nampak tenggelam.

Zahid, menurut Linda Jasmine beliau tidak berapa yakin dengan koreografnya. Beliau agak terlewat daripada penari.

Mas terlalu banyak membuang masa. Lebih-lebih lagi dalam tarian. Cikgu Linda Jasmine sendiri agak kecewa dengan persembahan Mas. Segala tenaga telah disalurkan kepada Mas tetapi hasilnya tidak seberapa. Begitu juga dengan Cikgu Corrie yang telah memberi secukup perhatian kepada pelajar yang lemah seperti Mas. Tetapi Mas membalasnya dengan pelbagai alasan. Sepatutnya sebelum beliau mengalah, beliau harus mencuba. Pada fikiran Mas telah diserapkan dengan perkataan negatif dan beliau tidak berusaha untuk memperbaiki kesilapannya.

Akademi Fantasia IIPelajar Contoh
Zahid terpilih sebagai ketua baru dalam Akademi Fantasia. Ia harus dijadikan contoh kepada semua pelajar. Di mata Pengetua Akademi Fantasia, Zahid harus dijadikan contoh. Apa lagi hint yang perlu diberikan kepada penonton agar mereka sedar. Ramli MS mengingatkan para pelajar tentang bagaimana beliau sendiri tidak menyukai cara nyanyian Zahid sewaktu sesi uji suara pada minggu pengenalan di Akademi Fantasia. Walaupun boleh bermain gitar dan bermain drum ianya belum cukup untuk memuaskan hati beliau. Perubahan besar telah ditunjukkan oleh Zahid. Beliau telah memanafaatkan apa yang ada di Akademi untuk menimba ilmu.

Zahid mencemburui rakannya tetapi cemburu yang positif. Ternyata beliau bersyukur dengan apa yang ada di situ lebih-lebih lagi menerima ilmu yang diperolehi dari para tenaga pengajar. Mereka telah memilih jalan tersebut. Mereka harus menempuhnya walaupun banyak cabaran yang datang.

Zarina mengakui memang ada yang tidak kena dengan persembahannya. Tetapi mengharapkan adanya bantuan dari Tenaga Pengajar untuk memperbaiki kesilapan-kesilapan yang dilakukannya. Beliau turut mengakui agak sukar untuk mengubah tabiat yang telah biasa beliau lakukan. Beliau akan menggunakan peluang yang ada untuk mendapatkan setiap ilmu yang ada di Akademi Fantasia.

Bela Diri
Mas sudah cuba untuk melakukan yang terbaik. Beliau tidak berpelajaran. Tiba-tiba disogokkan dengan pelbagai ilmu dalam satu masa. Perubahan ini berlaku dengan begitu mengejut. Beliau memerlukan sedikit ruang untuk diberi sedikit masa untuk menyesuaikan diri dengan perubahan mengejut ini.Ya, saya menerima alasan ini. Timbul sedikit rasa simpati kepada beliau. Tetapi sayangnya saya tidak mengundi berdasarkan simpati itu. Memang beliau tidak biasa dengan perubahan ini. Ia berlaku secara tiba-tiba.

Beliau seharusnya sedar dan meletakkan satu garis perbezaan antara kehidupannya sebagai orang biasa dan kehidupan sebagai seorang pelajar. Ia adalah dua perkara yang begitu berbeza. Sebagai seorang pelajar, beliau harus melupakan seketika kehidupan di luar sana. Beliau harus menumpukan sepenuh perhatian kepada pelajarannya. Beliau perlu melakukan sesuatu untuk memperbaiki dirinya. Beliau harus ingat, dengan ilmu sahajalah, kehidupan seseorang itu boleh berubah.

Lagu Baru
Farah – Ya Maulai oleh Siti Nurhaliza
Mas – Semakin Hari Semakin Sayang oleh Uji Rashid
Bob – I Can See Clearly Now oleh Jimmy Cliff
Zarina – Penantian oleh Bienda
Adam – Keroncong Untuk Ana oleh M.Nasir
Linda – Panti Asuhan oleh Hetty Koes Endang
Kaer – Epilog Cinta Dari Bromley oleh Suhaimi Mior Hassan
Nurul – Ku Mohon oleh Sheila Majid
Zahid – Where Is The Love oleh Black Eye Peas

Rata-rata pelajar menerima cabarannya dengan positif. Farah yang menepuk dahi telah dimarahi Ramli MS. Sewajarnya pelajar menerima cabaran ini dengan positif. Memang sukar, saya akuinya. Dalam masa lima hari perlu mempelajari segala-galanya tentang lagu itu. Minggu ini kebanyakan lagu yang terpilih adalah lagu-lagu yang kurang popular tetapi sedap didengar. Lagu yang biasa kita dengar hanyalah lagu Penantian dan Where Is The Love. Nurul tentunya bakal menempuh laluan sukar berhadapan dengan komen-komen dari seorang peminat setia Sheila Majid seperti saya. Blogger seperti Taufiq dan saya tentunya menantikan persembahan Nurul. Begitu juga dengan Kaer yang menerima lagu Epilog Cinta Dari Bromley. Seperti Adam yang tidak pernah terfikir akan dapat membawakan lagu Keroncong Untuk Ana. Sebuah lagi lagu nostalgia yang membawa terlalu banyak kenangan untuk diingati semula. Zahid menyukai lagunya dan juga meminati penyanyi asal lagunya.

Happy Birthday Ayah Zarina dan Semoga Selamat Menjalani Pembedahan Ayah Linda
Zarina mengucapkan Happy Birthday buat bapanya dan Linda amat berharap agar pembedahan bapanya berjalan dengan lancar. Beliau turut berdoa agar semuanya selamat.

Entri oleh sultanmuzaffar 0 komen

Novel Bersiri Akademi Impiana: Bahagian 22



“Zaast! Satu-satu kena marah dengan Ramlee O.S.” Ujar Gundutz. Wajahnya nampak puas.

“Baguslah tu nok. Memang performance konsert diorang yang lepas macam hanjs. Yang bagus si Zaidi, si Zurina dan si Boboy.” Sambut Linus dengan selamba. Kadang-kala dia akan melemparkan pandangannya ke arah Timah, peminat setia Fyrul yang belum hilang rasa sedihnya lagi. Kini Timah kelihatan terkebil-kebil apabila melihat Khir dimarahi.

“Si Khir pon satu nyeh... takde improvement langsung. Kalau hem bagi lagu dangdut pon dia nak R&B kan. Perlu ker?”

“Tak perlu sundels. Adik-adik jer yang nak R&B kan segala--”

“Alah, dia nak bagi nafas baru kat lagu-lagu yang dia terima lah!” sampuk Timah.

Linus dan Gundutz buat-buat tak dengar. Mereka menumpukan perhatian mereka ke kaca TV.

“Hem suka betul dengan style Ramlee O.S. ni. Straight forward dia marah si Sia dengan yang lain-lain tu. Tapi betul lah. Si Sia tu takde improvement langsung. Slow pulak tu.”

“Mak suka cara dia jadikan Zaidi sebagai pelajar contoh.” Linus menggigit kuku jari telunjuk kanannya. “Macam itulah caranya. Pelajar yang baik dijadikan contoh!”

Kemudian mereka bertiga melihat Zaidi memberitahu kepada pelajar-pelajar lain bahawa walaupun dia kelihatan sering berjenaka dan bermain-main, tujuan utamanya ke Akademi Impiana adalah untuk belajar dan untuk mendapatkan ilmu.

“Baguslah tu nok, mak pon berkenan tengok dia menang... Lagipun dia masuk AI ni bukan untuk bercinta ke apa. Dia serius nak belajar.” Ucap Linus kepada Gundutz. Si Gundutz mengangguk setuju walaupun Timah seperti tidak puas hati. Menurut pendapat Timah, tidak adil bagi Ramlee O.S. mengetepikan pelajar-pelajar yang beliau anggap lemah (terutamanya Khir yang sangat-sangat diminatinya) dan menjadikan pelajar yang dianggapnya baik sebagai contoh. Timah teringatkan kembali zaman persekolahannya apabila perkara yang sama berlaku...

Si Leha anak pak imam di kampungnya yang selalu sahaja dijadikan pelajar contoh di kampungnya kini sedang melanjutkan pelajarannya dalam bidang kedoktoran di Ireland. Di sekolah dahulu, si Leha hanya menumpukan perhatiannya kepada pelajaran dan langsung tak ada masa untuk berkasih mesra dengan pelajar-pelajar lelaki sepertinya - yang boleh dianggap popular di kalangan pelajar-pelajar lelaki...

*


“Apa dah jadi kat awak ni?” tanya Timah. Matanya tepat kepada rambut Rahmat yang kini kelihatan kemas itu dan lebih pendek dari sebelumnya.

“Potong rambut lah.” Jelas Rahmat.

“Awak warnakan sekali ke?”

“Alah, highlight jer sikit.” Rahmat menaikkan suaranya.

“Isk!”

“Eh, budak lembut awak minat sangat tu... Siapa nama dia... Fyrul. Dengan kalerkan rambut dan tocang macam janda tua awak tak kisah!”

“Fyrul tu artis... Awak tu apa?” Timah bernada sinis.

“Saya apa? Mat rempit kerja kilang?”

“Dah lah saya tak nak gaduh.” Kata Timah sambil menjeling. Dia mengambil roti canai bungkus yang dipesannya tadi. Perutnya rasa lapar. Kalau boleh dia mahu makan di gerai mamak itu juga. Tetapi memandangkan dia lebih senang makan di kantin kilang dengan rakan-rakannya sambil berbincang mengenai Akademi Impiana, Timah lebih suka jika roti canainya itu dibungkus.

“Tak... Awak kena jawab soalan saya tadi. Hina sangat ke saya ni bawak motor kapcai... Kerja pun tak seberapa.” Rahmat meminta penjelasan.

“Kan saya kata saya tak nak gaduh-gaduh!” Timah menempelak. Cepat-cepat dia bergerak ke arah motor Rahmat lantas meminta Rahmat membawanya ke kilang. Dia tidak mahu lambat masuk ke shif malamnya.

Rahmat terdiam. Dia tiba-tiba memikirkan kembali pengalamannya pada hari Sabtu yang baru lepas bersama Salina...

**


Salina telah memberi Rahmat alamatnya melalui SMS. Beliau telah meminta Rahmat agar pergi ke apartmentnya yang terletak di Bukit Kiara. Rahmat hampir-hampir tersesat kerana beliau tidak biasa dengan kawasan tersebut.

“Maaflah, saya lambat.” Ucap Rahmat tersipu-sipu. “Tak pernah datang ke sini. Awak suruh saya cari Starbucks pun saya tak tahu kat mana.”

“Tak apa...” Salina tersenyum. Dia mula sedar bahawa Rahmat tidak lagi ber “I dan you” dengannya. Salina kini berpaling ke arah sebuah apartment mewah di belakangnya. “Saya duduk di tingkat 14. Di sebelah sana... Yang banyak pokok gantung tu.”

“Awak duduk dengan siapa? Dengan keluarga ke?” tanya Rahmat kembali.

“Tak... Dulu saya duduk di sini dengan adik perempuan saya. Dia belajar di HELP Institute. Sekarang dia dah sambung belajar ke UK. Jadi saya duduk sorang jer.” Salina menjelaskan. Dia merapatkan dirinya kepada motor yang dibawa Rahmat.

“Tak takut ke?”

“Nak takut apa?”

“Entah... Takut hantu ke... Buaya ke.” Rahmat sengaja berseloroh. Salina ketawa mendengarkan kata-kata Rahmat tadi.

“Hantu saya tak takut. Buaya saya takut.” Kata Salina sambil bercekak pinggang.

Rahmat berhenti ketawa. Dia menyerahkan topi keledarnya kepada Salina.

“Wah! Wangi helmet ni... Siapa punya? Awek awak punya ke?” tanya Salina sebelum menyarungkan topi keledar tersebut dengan tangkas ke kepalanya.

Rahmat serba salah menjawab soalan yang dikemukakan oleh Salina. Beliau mengambil sedikit masa untuk menjawab soalan dari Salina itu.

“Ya... Awek saya.” Ujar Rahmat perlahan. Dia menghidupkan enjin motornya. Dia memastikan Salina selesa di atas motornya sebelum dia mula bergerak. “Kita nak ke mana ni?” tanya Rahmat sambil melihat ke wajah Salina melalui cermin motornya.

“Awak nak makan apa?” tanya Salina kembali.

“Apa sahaja pun boleh. Saya tak kisah.”

“Kita pergi ke Bangsar boleh ke? Lagipun Bangsar bukannya jauh sangat.” Saran Salina. Rahmat bersetuju.

Mereka tiba di Bangsar. Kawasan di Jalan Maarof seperti biasa sibuk dengan pengunjung-pengunjungnya. Rahmat meletakkan motornya berdekatan dengan Devi's Corner.

“Malam ini saya belanja, ya!” Salina mengingatkan. Rahmat sekadar mengangguk. “Sebelum tu, boleh kita ke Silverfish Books dahulu?”

“Untuk apa?”

“Saya nak beli buku.” Ujar Salina. “Kawan saya kata... Ada beberapa judul buku Indonesia di sana.”

Rahmat mengangguk setuju, lantas mereka berjalan ke arah kedai buku Silverfish yang letaknya agak bersebelahan dengan Devi's Corner. Untuk ke Silverfish, mereka terpaksa menaiki tangga ke tingkat dua, lantas masuk ke dalam sebuah kedai buku kecil yang dalamnya dipenuhi buku berbagai jenis dan bentuk. Kedai tersebut nampak seperti sebuah perpustakaan kecil yang pastinya akan menarik minat sesiapa sahaja yang minat membaca.

“Irman... Mana buku-buku dari Indonesia yang kau kata ada stok tu?” tanya Salina kepada Irman yang bertugas menjaga kedai buku tersebut. Sememangnya Salina kenal benar dengan Irman kerana Salina sering menghabiskan masanya di kedai buku ini.

Irman membetulkan cermin matanya lantas menjuihkan bibirnya ke arah rak buku di hadapannya. Dia tersenyum sebelum kembali membaca sebuah buku tebal mengenai falsafah dekonstruksi Derrida.

“Awak memang minat membaca ke?” Tanya Rahmat kepadanya dengan suara berbisik. Sesekali dia akan memandang ke arah Irman, seolah Irman adalah seorang pengawas perpustakaan.

“Memang minat saya membaca.” Sambut Salina. “Kalau tak membaca... Saya rasa macam ada saja benda yang tak kena. Macam awak lah, kalau tak merokok, tak boleh, kan?”

Rahmat tersengih sambil tersenyum. “Buku Sjuman Djaya... 'Aku' pun ada?” katanya kemudian sambil mengambil buku tersebut dari rak buku.

“Macam pernah dengar jer tajuk buku ni...”

“Awak pernah tonton filem Ada Apa Dengan Cinta?”

“Oh baru saya ingat... Buku mengenai Chairil Anwar, kan?”

“Betul... Sjuman menulis buku ini dalam bentuk layar perak berdasarkan kepada kisah hidup penyair besar Indonesia itu. Tetapi filem tentang Chairil Anwar yang hendak dibuatnya, tak sempat dibuatnya kerana dia meninggal dunia. Tetapi karya tulisannya ini telah membuatkan dia dianggap sebagai salah seorang penulis besar Indonesia. ” Jelas Rahmat dengan panjang lebar kepada Salina.

“Awak pasti dah baca buku ini...”

“Sudah... Ketika masih belajar dulu, Pak Usu saya yang minat membaca galakkan saya baca buku-buku seperti ini.”

“Jadi awak memang minat membaca?”

“Memang saya minat... Tapi tak berkesempatan. Lagipun sekarang, saya tak mampu nak beli buku-buku baru--”

“Saya ada banyak buku di rumah... Awak boleh pinjam buku-buku saya.”

Rahmat mengangguk perlahan. Dia tidak menjawab. Dia dapat melihat bahawa Salina mengambil buku “Aku” tulisan Sjuman Djaya yang dinyatakan Rahmat tadi, lantas meletakkan buku tersebut di atas kaunter. Irman meneliti buku tersebut lalu menerima wang dari Salina, sebelum dia memasukkan buku tersebut ke dalam beg kertas Silverfish.

“Kita ke La Bodega, ya? Kita makan sahaja di sana.” Saran Salina. Dia melambaikan tangannya kepada Irman dengan manja. Irman tersenyum nakal sambil terus menelaah bukunya.

“Macam tempat mahal jer.”

“Alah, kan saya cakap saya belanja... Kita lepak-lepak kat sana dan berbual. Tak apa kan? Kalau awak tak selesa, kita makan tempat lain. Kat Lotus atau di warung. Saya tak kisah jika kita makan di sana--”

“Tak apa. Saya boleh makan di mana-mana.” Suara Rahmat jelas tegas. Dia melihat pakaian yang dipakai Salina yang nampak agak ranggi dan bergaya. Agak pelik juga jika Salina kelihatan makan bersamanya di warung, fikirnya di dalam hati.

Mereka berdua kini duduk di La Bodega. Di tingkat atas berdekatan dengan rak-rak buku yang ada di sana. Rahmat nampak selesa duduk bersama Salina, walaupun dia terpaksa mengambil beberapa ketika untuk membiasakan dirinya berada di sebuah tempat eksklusif seperti itu. Nasib baiklah dia mendengar kata-kata Linus agar meminjam dan memakai pakaiannya agar dia nampak lebih kemas dan bergaya ketika keluar makan malam dengan Salina - jika tidak, pasti dia akan merasa kekok berada di dalam restoran ini.

“Awek awak tu tentu cantik...” kata Salina dengan tiba-tiba.

Tercengang Rahmat apabila dia ditanya soalan begini oleh Salina. “Boleh tahan lah. Cantik jugak.” jawab Rahmat tersekat-sekat.

“Dia di mana sekarang?”

“Di rumah kawan... Gundutz namanya.”

“Buat apa?”

“Petang tadi dia belajar buat kek dengan Gundutz. Kemudian mereka tonton rancangan Akademi Impiana bersama-sama... Abang Linus pun ada sekali.”

“Awak nak tahu apa?”

“Apa dia?”

“I thought you and Linus are lovers!” Salina tersenyum malu.”Ye lah, the first time I saw you guys, that's what I thought... Sehinggalah you kata helmet yang you bagi I pakai tu helmet awek you--”

“Eh takdelah. Kita kawan jer.” Beritahu Rahmat membalas senyuman Salina. “Tapi kenapa awak fikir begitu?”

“You are so... Goodlooking that I thought you are either taken or you're gay... So you're taken. Untung girlfriend you tu.”

Rahmat menarik nafasnya. Kemudian dilepaskan dengan perlahan. Dia sedang memikirkan tentang Timah. Pastinya Timah sedang berada di rumah Gundutz pada waktu ini sambil menonton rancangan Akademi Impiana.

“Kenapa awak tak ikut tonton rancangan tu dengan dia?”

“Dengan siapa?”

“Awek awak tu... Siapa nama dia?”

“Fatimah binti Faisal... Panggil saja Timah.”

“Timah...” Salina senyum sambil menongkat dagunya dan mendengar penjelasan Rahmat dengan penuh minat. “Kan lebih baik awak temankan Timah menonton rancangan Akademi Impiana dengannya.”

“Dah saya janji nak keluar makan dengan awak... Lagipun saya tak suka sangat nak tonton rancangan tu. Tak ada faedah langsung!”

“Kalau awak cakap siang-siang kat saya pasal Timah kan bagus. Boleh saya jemput Timah makan sekali.” Kata Salina dengan jujur.

“Dia tak minat nak keluar sejak kebelakangan ini. Dia nak tonton TV sahaja.”

“Rancangan Akademi Impiana tu ke?”

“Ye lah, rancangan apa lagi...”

“Tak apalah... Dah minat dia. Awak layan je lah.” Ujar Salina. Dia tersenyum melirik. Rahmat memandang ke dalam wajahnya dalam-dalam. Ada sesuatu tentang diri Salina yang cukup-cukup disenanginya. Dan ada sesuatu tentang diri Salina yang membuatkannya mahu merapatinya dan mengenalinya dengan lebih dekat lagi.

Entri oleh sultanmuzaffar 11 July 2004 0 komen

Akademi Fantasia IIImbasan Akademi Fantasia V

Pendapat Zainal Alam Kadir dan Ramli MS
Pada minggu-minggu awal beliau agak sinikal dengan Akademi Fantasia. Ia merupakan program realiti nyanyian yang pertama di Malaysia. Bukan hanya beliau sahaja, saya merasakan satu Malaysia merasakan perkara yang sama. Pada minggu-minggu awal Akademi Fantasia I, tidak ramai yang menontonnya. Saya sendiri mula mengulas pada Konsert II pada musim lalu. Dari minggu ke minggu, momentum Akademi Fantasia semakin memuncak. Terutamanya selepas tersingkirnya Rosma, Akademi Fantasia menjadi fenomena di Malaysia. Satu Malaysia dilanda demam Akademi Fantasia dan tidak kebah-kebah sehingga Akademi Fantasia II.

Rata-rata penonton terkeliru dengan konsepnya. Ada dua aspek utama pada rancangan ini. Pertama bakat, kedua personaliti. Akademi Fantasia lebih kepada popularity contest. Kelebihannya adalah human bit yang ada pada rancangan ini. Rancangan ini sebuah pertandingan yang melibatkan emosi penonton. Penonton turut sama mengambil bahagian dalam skrip rancangan program ini.

Sebagai manusia biasa, tentunya kita mempunyai emosi. Merasa kasihan, sedih, benci, dendam, duka, gembira ada pada setiap manusia. Oleh yang demikian, strategi menyelamatkan pelajar tentunya berlaku. Saya sendiri pernah menyelamatkan Liza sewaktu lagu Bunga Bunga Cinta seperti Alam menyelamatkan Nana. Apa yang ditonton oleh para penonton agak bermusim berpandukan apa yang ditonton pada minggu tersebut. Rancangan seperti Akademi Fantasia merupakan sebuah drama yang ada tangisan, gelak, ketawa, jenaka, bimbang, risau, dan segala macam karenah. Setiap pelajar ada perwatakan masing-masing.

Kesilapan utama Fitri pada minggu terakhir beliau di Akademi Fantasia ialah kerana terlalu menyerlahkan fashionable yang sukar diterima. Pada pendapat beliau tentang mengapa Edlin boleh tersingkir ialah tentunya kerana bersandarkan gelaran anak Dato’ tentunya walaupun tanpa Akademi Fantasia, beliau mampu untuk mendapatkan pengajian vokal secara berbayar. Kini kereta Chevrolet telah pun menjadi milik Edlin walaupun menjadi pelajar pertama tersingkir dari Akademi Fantasia.

Mas masih berada di Akademi Fantasia kerana simpati penonton. Sebagai seorang ibu tunggal yang menyara dua orang anak secara tidak langsung mengundang simpati penonton.

Selain faktor simpati, faktor kenegerian turut memainkan peranan yang penting dalam faktor pengundian penonton. Mas, Linda dan Adam merupakan pelajar dari Sabah. Ia sesuatu fenomena yang agak mengecewakan tetapi di sebuah negara yang demokrasi, penonton berhak untuk memilih apa yang ingin mereka tonton. Mas mempunyai perwatakan seorang yang lurus dan kemunculan beliau di Akademi Fantasia tidak dianggap sebagai pencabar yang kuat. Tetapi sebagai manusia, penonton cepat dan mudah terpengaruh dengan sentimen-sentimen emosi. Penonton Melayu sukakan filem Hindustan. Baik dari zaman Antara Dua Darjat sehinggalah ke era Sembilu, penonton Melayu sering disogokkan dengan airmata. Itu realiti dan kebenaran yang harus diterima.

Menurut Ramli MS, Mas seorang yang jujur. Walaupun beliau menjadi Juara Akademi Fantasia, realiti sebenar Akademi Fantasia hanya akan muncul selepas semuanya berakhir. Sepatutnya sebagai penonton dan pengundi bertauliah, mereka harus melihat lebih ke hadapan.

Menurut Ramli MS sendiri, pengundi tidak melihat bakat. Ada pelajar yang berbakat tetapi merangkak-rangkak di kedudukan di bawah dan tidak naik-naik. Rasanya semua sedar apa yang dimaksudkan oleh beliau. Pada minggu-minggu awal, memang Zahid, Zarina, Bob terkial-kial hampir kelemasan di bahagian bawah. Ini berbeza dengan pelajar yang biasa tetapi masih kekal di tempat teratas kerana undi simpati penonton.

Menurut Zainal Alam Kadir, Nurul masih berada di Akademi Fantasia kerana beberapa faktor. Beliau seorang yang cute, lemah dan berasal dari Sarawak. Tetapi harus disedari yang Nurul semakin menyerlah pada minggu lepas.

Apa yang diperkatakan oleh Aznil sewaktu Imbasan secara kebetulan sama seperti perenggan terakhir ulasan Konsert V. Adakah Nurul bakal menjadi seperti Liza yang menjadi Survivor dan terus kekal sehingga Konsert Akhir. Semuanya bergantung kepada undian penonton.

Akademi Fantasia IIBersama Anding Yang Merendah Diri
Entah mengapa, muzik iringan dalam episod kali ini agak menyentuh perasaan. Anding, kalau bukan semalam pasti akan tersingkir juga. Saya melihat emosi Anding yang benar-benar jujur. Wajahnya tidak seceria sewaktu ditemuramah Aznil sebelum setiap persembahan Konsertnya. Beliau lebih jujur dan tidak hipokrit. Ada sesetengah pelajar yang lebih gemar menyembunyikan emosi sedihnya tetapi tidak Anding. Anding menerima keputusan penonton dengan redha. Beliau seakan-akan sudah mengagak akan terkeluar pada minggu tersebut.

Beliau nyata berbangga dengan persembahannya. Namun demikian, beliau tidak puas menimba ilmu di Akademi Fantasia. Itu adat pertandingan di Akademi Fantasia. Cara beliau menjawab setiap soalan oleh Aznil juga amat bijak dan setiap jawapan diberikan dengan baik. Beliau berfikir sebelum bercakap. Bukan sekadar lepas cakap.

Saya nampak kejujuran pada wajah beliau. Jawapan-jawapan yang diberikan amat merendah diri dalam nada yang tersekat-sekat menahan emosinya. Wajahnya kelihatan agak sugul. Beliau cuba untuk mengawal emosinya dan hasilnya amat baik sekali. Kesedihannya boleh dirasai oleh penonton. Yang paling saya tabik kepada Anding ialah nada merendah dirinya yang amat menyerlahkan sifat bistarinya.

Kedudukan Selepas Konsert
Zahid 12%
Kaer 11%
Mas 10%
Farah 10%
Nurul 10%
Adam 10%
Linda 9%
Zarina 9%
Bob 9%
Anding 8%

Selepas Konsert V tamat, undian untuk Nurul masih tinggi melewati Adam, Linda, Zarina dan Bob. Jika Pengetua Akademi Fantasia sendiri kecewa dengan cara pengundian para penonton, apa lagi yang perlu diperkatakan.

Nota: Sila beri lagu Survivor kepada Nurul untuk Konsert VI.

Entri oleh sultanmuzaffar 10 July 2004 0 komen

Akademi Fantasia IIKonsert V Akademi Fantasia

Komen Keseluruhan
Ini kali pertama saya menonton di televisyen. Boleh makan, boleh minum dengan selesa di couch tanpa perlu risau dengan jurukamera yang berada di mana-mana untuk mengambil shot untuk siaran langsung. Saya lebih selesa menonton di rumah. Teringin mahu buat party di rumah untuk Konsert Akademi Fantasia minggu hadapan. Walaupun ambiencenya berbeza tetapi keseronokannya masih terasa. Debarannya masih ada. Angle yang ditonton di televisyen tidak begitu baik. Banyak shot yang agak jauh. Sistem audio yang didengar di televisyen juga agak baik. Komen dari Pengkritik tentang sistem audio harus diambil perhatian kerana ini secara tidak langsung tidak memberi kepuasan kepada penonton di dewan. Kamera untuk panel pengkritik juga agak kelam-kabut dan Aznil harus melakukan sesuatu untuk menutup kelemahan tersebut.

Pengkritik Profesional
Shuhaimi Baba seorang pengarah filem terkenal yang baru sahaja menghasilkan filem Pontianak Harum Sundal Malam. Lagu tema filem beliau turut didendangkan malam tersebut oleh Zarina. Andi Flop Poppy seorang penyanyi dan kini pencipta lagu untuk ramai penyanyi terkenal Malaysia.

Kedudukan Sebelum Konsert
Mas 12%
Adam 11%
Linda 11%
Zahid 11%
Kaer 11%
Zarina 9%
Anding 9%
Bob 9%
Farah 8%
Nurul 8%

Persembahan Pelajar
Kaer – Habis Sudah Umpanku – 6.5/10
Satu persembahan yang mendukacitakan daripada beliau. Vokal beliau lebih sesuai dengan lagu-lagu berentak R&B. Beliau tidak mampu membawakan lagu pelbagai jenis. Tidak dapat tidak saya akan membandingkan persembahan Kaer dengan Azizi. Tenaga Azizi mendendangkan lagu tersebut jauh lebih baik. Walaupun Kaer cuba untuk melenggokkan lagu tersebut ke arah R&B, namun ia tidak menjadi. Penguasaan pentasnya bagus. Sejak dari awal beliau kelihatan agak sengsara membawakan lagu ini. Penghayatannya jelas tersasar. Beberapa bahagian low tone agak tidak kedengaran. Beliau tidak bersungguh-sungguh.

Farah – Tenda Biru – 7/10
Sejak dari Konsert I, vokal Farah antara vokal yang paling lantang dan yang paling powerful. Persembahannya nampak tidak menarik kerana apabila menyanyikan lagu balada beliau tidak banyak bergerak dan pergerakan yang ada kelihatan agak kaku. Interaksi beliau dengan kamera juga tidak pantas. Kawalan vokal beliau sememangnya hebat. Sebutannya jelas. Itu yang menarik tentang Farah. Penghayatan beliau terhadap lagu ini tidak begitu konsisten. Menurut Shuhaimi Baba, mata beliau harus mampu bercerita terutama apabila tidak menyanyi. Perlu lebih konsisten. Ekspresi muka dan mata beliau baik dan perlu lebih interaksi dengan penari. Showmanship beliau biasa sahaja.

Anding – Merisik Khabar – 5/10
Penghayatan Anding terhadap lagu ini agak fake kerana emosi penonton tidak dibawa bersama-sama ke dalam lagu tersebut. Penonton tidak dapat merasai jiwa lagu tersebut. Mutu vokal beliau kurang menyerlah kedengaran agak shacky dan terdapat beberapa masalah pitching. Low tone Anding jelas tidak kedengaran. Jelas kelihatan beliau tidak begitu yakin terutama sewaktu melontarkan vokal di bahagian tinggi. Ramli MS kelihatan tersenyum. Sesuatu yang menarik tentang persembahan Anding, beliau mampu untuk terus berada di dalam wataknya sehingga lagunya tamat. Ekspresi mukanya menjadi tetapi mesej lagu tersebut tidak berjaya sampai kepada penonton. Beliau berjaya membuatkan Shuhaimi Baba menonton persembahan beliau sehingga tamat.

Akademi Fantasia IIMas – Can’t Get Outta My Head – 3/10
Mas gagal membawakan lagu ini dengan baik. Beliau mampu untuk menari dengan baik untuk menarik perhatian penonton serta menutup kelemahannya. Beberapa lirik yang tidak dihafal. Keyakinan beliau untuk lagu ini memang tidak begitu meyakinkan. Saya lebih gemar penonton persembahan penari latar yang jauh lebih mantap. Beliau seakan-akan tidak all-out dan jelas jenis memberontak. Sebutannya tidak jelas, vokal beliau tidak kedengaran. Perkataan seperti don’t menjadi dong sudah biasa pada Mas. Masih boleh diperbaiki, Siti Nurhaliza pun sebut zone jadi zong. Jika dalam lakonan, sudah tentu Shuhaimi Baba jerit “drop jaw ! drop jaw !”. Walaupun kelihatan seksi, tetapi vokalnya tidak kedengaran. Penguasaan pentasnya bagus. Beliau telah berada di dalam watak sebaik sahaja bangun untuk membuat persembahan.

Akademi Fantasia IIBob – Akar Dan Bumi – 8.5/10
Persembahan yang hebat dari Bob. Inilah yang kita mahukan. Penyanyi yang versatile. Beliau mampu membawakan pelbagai rentak lagu tanpa merungut. Berilah apa sahaja lagu, beliau akan mampu membawakannya dengan cemerlang. Segalanya dianggap cabaran. Kawalan vokal beliau juga bagus. Walaupun terdapat beberapa masalah pitching, tetapi showmanship yang cemerlang berjaya menutup kelemahan itu. Beliau harus meningkatkan stamina beliau terutama apabila membawakan lagu-lagu rock sebegini. Para pengundi harus mengundi berdasarkan kebolehan nyanyian beliau bukan dinilai berdasarkan fizikal.

Linda – Bunga Melor – 7.5/10
Penampilannya cantik. Showmanship beliau biasa sahaja. Di tapak tangannya tertulis lirik lagu. Tarian beliau agak kaku. Low tone beliau agak baik. Penampilan pentasnya hebat. Beliau mampu membuatkan penonton melihat persembahannya sehingga tamat. Menurut Shuhaimi Baba, penari latar banyak mengganggu tumpuan penontonan. Memang sukar untuk menyanyikan lagu irama Malaysia lebih-lebih lagi lagu asli. Persembahan beliau nyata biasa tetapi satu percubaan yang baik. Setidak-tidaknya beliau berjaya membuktikan beliau boleh menyanyi pelbagai jenis lagu.

Akademi Fantasia IIAdam – Tipah Tertipu – 8.7/10
Lagu ini merupakan antara lagu yang terbaik untuk Adam untuk memperlihatkan mutu vokal beliau. Kejutan untuk Adam apabila beliau turut sama diiringi oleh ES d CO iaitu dua rakan karib Adam yang turut sama berjuang dalam bidang seni. Vokal beliau agak baik dalam lagu ini walaupun jelas kelihatan beliau agak berhati-hati menyanyikan lagu tersebut. Penampilan beliau di atas pentas amat baik dan penonton tidak muak untuk menonton persembahannya yang lain dari yang lain setiap minggu. Penguasaan pentasnya cemerlang. Lebih-lebih lagi dibantu oleh Zahid sebagai rappers undangan dan interaksi beliau bersama Zahid amat natural. Gandingan Zahid dan Adam agak menjadi dan mereka kelihatan enjoy membuat persembahan tersebut. Keyakinannya amat tinggi untuk lagu ini. Namun demikian, beliau harus lebih konsisten. Tenaganya perlu dijaga.

Nurul – Bersamamu – 4/10
Sebelum memulakan persembahan mereka mengejutkan Aznil dengan paparan foto lama milik Aznil yang berpakaian kaum Iban. Nurul telah cuba untuk memberikan persembahan yang baik pada minggu ini. Ada peningkatan dalam dirinya tetapi tidak besar. Lagu ini banyak low tone. Memang kedengaran Nurul tidak mampu membawakannya dengan baik. Showmanship dan penguasaan pentas sudah bertambah baik sejak Konsert I. Persembahannya ada attitude tersendiri. Beliau mula membuka dirinya. Namun demikian, vokalnya masih tersekat-sekat dan tidak dikawal dengan baik. Gerak tari dan keyakinannya lebih menyerlah pada minggu ini.

Akademi Fantasia IIZahid – Warna Kehidupan – 9.3/10
Penguasaan pentasnya amat cemerlang. Showmanship beliau superb. Keyakinannya paling tinggi pada minggu ini, mungkin kerana beliau banyak membantu rakan-rakannya sebelum persembahannya. Ini secara tidak langsung menghilangkan kegugupannya sebelum persembahannya. Tenaganya untuk lagu ini juga baik. Beliau berjaya membawakan lagu ini dengan cemerlang dan beliau berjaya menidakkan lagu ini kepunyaan Yusry. Dinilai daripada Konsert I hingga Konsert V, ia merupakan sebuah persembahan yang konsisten. Hanya sedikit kekurangan dalam persembahannya ialah tempo lagu tersebut yang tidak diikuti oleh Zahid. Kedengaran agak gopoh menyiapkan persembahannya.

Akademi Fantasia IIZarina – Pulangkan – 9/10
Angin yang datang dari bawah memberikan efek yang agak menyeramkan dengan rambut-rambutnya dan lebihan kain pada bajunya yang terbang. Saya kira ini persembahannya yang paling baik daripada beliau. Penghayatannya bagus untuk lagu ini. Interaksi matanya dengan kamera juga cemerlang. Lirikan matanya menyeramkan. Vokal Zarina masih kedengaran sengau dan ini tentunya membangkitkan lagi kemarahan Cikgu Siti Hajar. Vokal lelaki yang membantu persembahannya muncul sebagai kejutan. Kejutan pada malam itu tentulah kemunculan Sahri sebagai penyanyi undangan. Vokal Sahri banyak membantu persembahan Zarina dengan memberikan lebih impact kepada lagu tersebut. Patutlah mencari blazer putih pada hari Jumaat. Zarina bijak menggunakan kemunculan Sahri untuk berinteraksi dengannya. Beliau menggunakan apa sahaja yang ada di atas pentas untuk mencantikkan lagi persembahannya. Walaupun effect mata merah tidak mengena, ia tetap satu persembahan yang cemerlang dari Zarina

Jangan Pisahkan 7.5/10
Lagu ini boleh dijadikan salah satu lagu tema Akademi Fantasia. Sewaktu di Party Imbasan Akademi Fantasia ntv7, lagu ini jugalah yang telah menyebabkan para pelajar dan penonton menitiskan air mata. Kali ini, terdapat penonton yang menitiskan air mata selain daripada Aznil dan Cikgu Fauziah Nawi. Rata-rata pelajar telah memberikan persembahan yang terbaik melalui lagu ini. Penghayatan mereka bagus sekali. Sajak yang mereka sampaikan sebelum mendendangkan lagu tersebut turut sama dibacakan oleh Cikgu Fauziah Nawi di kerusi penonton.

Akademi Fantasia IITersingkirnya Anding, Dikekalkan Nurul ?
Nurul harus meninggalkan Akademi Fantasia walau apa pun sebabnya. Penyingkiran Anding sememangnya tidak mengejutkan kerana lambat-laun Anding akan tersingkir juga. Cuma belum masanya. Penyingkiran Anding boleh diterima secara positif oleh para penonton. Anding juga menerimanya dengan baik. Peminat Anding juga tentu boleh menerimanya dengan positif dan tidak menyalak tidak tentu hala. Mereka lebih bersifat matang saya kira. Pertandingan ini memerlukan penonton memilih yang terbaik juga personaliti. Punya vokal, tak punya personaliti juga tidak mampu memancing undi penonton. Punya personaliti, tetapi vokal hancur juga tidak mampu mengumpan undi penonton. Seboleh-bolehnya saya tidak mahu Nurul menjadi Liza di Akademi Fantasia. Terus kekal sehingga ke Kemuncak Konsert walaupun sentiasa berada di tempat terkebawah setiap minggu. Sekurang-kurangnya Liza mempunyai kelebihan dari segi fizikal dan kisah percintaannya dengan Vince memang ingin ditonton oleh para penonton.

Akademi Fantasia II
SUPERB !!

Persembahan Terbaik SM
Zahid – Warna Kehidupan – 9.3/10
Zarina – Pulangkan – 9/10
Adam – Tipah Tertipu – 8.7/10
Bob – Akar Dan Bumi – 8.5/10
Farah – Tenda Biru – 7.5/10
Linda – Bunga Melor – 7/10
Kaer – Habis Sudah Umpanku – 6.5/10
Anding – Merisik Khabar – 5/10
Nurul – Bersamamu – 4/10
Mas – Can’t Get Outta My Head – 3/10

Nota : Nantikan artikel bertajuk “Menilai Peningkatan Pelajar Setelah Konsert V”.

Entri oleh sultanmuzaffar 09 July 2004 0 komen

Akademi Fantasia IIDiari Akademi Fantasia 05-09-10

Jangan Pisahkan
Mereka bermula dengan puisi Mata Ayah dan kemudian menyanyikan lagu tersebut. Saya merasakan lagu ini seperti tidak harmoni dengan suara mereka. Nada yang berbeza-beza dan jelas agak kucar-kacir.

Ketua Katak
Zahid dilantik menjadi Ketua Katak. Aktiviti sebegini memang nampak tidak perlu tetapi sekurang-kurangnya dapat mengurangkan tekanan mereka. Masing-masing cuba berseronok. Yang saya perhatikan dalam kelas lakonan ini, rata-rata semua pelajar telah mula memecahkan tembok malu mereka baik sesama sendiri mahupun dengan kamera. Nurul telah berani beraksi dengan lebih hebat dinilai dari aspek lakonan. Begitu juga Zarina yang aksinya saya tunggu-tunggu. Kaer pula mampu mewujudkan elemen komik dalam lakonannya. Secara keseluruhan, tiada pelajar lain yang layak menjadi ketua melainkan Zahid. Karisma dan kredibiliti Zahid sesama pelajarnya diakui sendiri oleh rakan-rakannya. Mereka nampak senang untuk mencalonkan nama Zahid selaku Ketua Katak. Imej beliau dari hari ke sehari semakin meningkat. Senario yang sama dapat kita lihat pada Akademi Fantasia I bila mana Vince sering terpilih untuk menjadi ketua mereka.

Akademi Fantasia IICikgu Tadika
Ini kali kedua Zahid dilantik menjadi ketua. Zahid menjadi seorang yang dihormati di Akademi Fantasia. Rasa hormat pelajar lain terhadapnya begitu tinggi sebagai ketua walaupun Zahid sebenarnya seorang yang gemar main-main. Seorang yang selamba dan tidak begitu serius.

Kelas Vokal Cikgu Adnan
Mas perlu menjaga stamina beliau untuk menjaga tenaganya dalam penghasilan bunyi-bunyi yang sukar. Lebih-lebih lagu lagu ini memerlukan Mas menari. Beliau harus berhati-hati. Anding membawakan lagu Merisik Khabar secara biasa. Gaya nyanyiannya biasa sahaja. Bahagian tinggi nampak agak sengsara tetapi sudah berjaya dibaiki dan berbeza dari hari-hari terdahulu. Ada perubahan dalam nynyian beliau.

Nurul telah cuba sedaya upaya untuk memberikan persembahan yang terbaik. Hasilnya bagus. Beliau perlu meningkatkan daya keyakinannya. Zahid secara keseluruhan perlu meningkatkan stamina beliau kerana lagu ini memerlukan beliau menari lebih rancak dari lagu Bila Resah. Linda perlu menjaga teknik pernafasannya. Beliau harus mencorakkan lagu tersebut dengan gayanya yang tersendiri. Lenggok vibrato pada setiap penghujung baris lagu tersebut perlu untuk mengindahkan lagi lagu tersebut. Masih kedengaran beberapa masalah pitching di sana sini lagu tersebut.

Akademi Fantasia II
Saiful Apek dan Anak-Anaknya
Linda agak terkejut melihat dua kanak-kanak yang tiba-tiba bermain di dalam Akademi. Mukanya nampak takut kerana menyangkakannya toyol. Kemunculan Apek memang menggembirakan semua pelajar terutamanya Farah.

Nasihat Apek seorang Bintang Paling Popular agar tidak mudah menyerah kalah. Sebelum senang, sudah pasti kita akan menempuhi seribu satu macam kesusahan. Lupakan suara-suara minoriti tetapi dengar apa kata majoriti.

Satu nasihat yang bagus tetapi sedikit kurang menyenangkan. Saya lebih suka sekiranya sebagai artis, perlu juga mengambil komen dari suara-suara minoriti dan menerima dengan terbuka komen-komen tersebut. Bukan tidak mendengarnya langsung dan menganggap ia sekadar nyamuk-nyamuk yang membuat bising.

Beliau turut menasihatkan tentang stage fright bila mana walaupun beliau sudah bertahun-tahun dalam dunia seni, kegugupan itu masih ada. Memang sukar untuk mengatasi kegugupan sebaliknya kita harus mengawal diri kita untuk terus mengasai diri sendiri dan bukannya dikuasai oleh sesuatu perkara yang tidak perlu. Kekuatan diri itu datangnya dari diri sendiri. Kebiasaan akan sekurang-kurangnya mengurangkan kegugupan yang datang setiap kali sebelum persembahan.

Walaupun beliau sentiasa sibuk dengan tugas-tugasnya, apabila anak-anaknya membuka TV akan sentiasa ada bapanya. Itulah yang membolehkan anak-anaknya merasakan yang bapa mereka sentiasa bersama mereka. Ia seperti Mas sekarang, apabila anak-anaknya buka TV, wajah Mas akan muncul di kaca TV. Mas memang kelihatan gembira kerana dapat mengurangkan sedikit kerinduan terhadap anak-anaknya.

Apek memetik gitar dan menyanyikan lagu Knocking On The Heaven’s Door oleh Bob Dylan. Episod ini menyaksikan Aznil masih berbicara walaupun credit title telah disiarkan menunjukkan terlalu banyak adegan yang perlu ditunjukkan kepada penonton sehingga Aznil sendiri terpaksa bercakap semasa credit title disiarkan.

Farah Menangis
Undian untuk Farah naik ? Jika saya, maaf. Buang masa sahaja. Menangis teresak-esak di hadapan kamera bukan cara terbaik untuk mendapat undian. Bukan masalah lagu tetapii sekadar rindukan emak dan ayahnya. Farah harus ingat, tersingkirnya sahaja dari Akademi Fantasia beliau akan menjadi bintang bila mana beliau sendiri akan jarang-jarang pulang ke rumah keluarganya kelak. Tugas-tugas serta tuntutan kontrak selama tiga tahunnya memungkinkan beliau lebih selalu berjauhan dari keluarga. Beliau harus menumpukan perhatiannya kepada nyanyiannya dan bukan terlalu beremosi.

Mas Rindukan Anaknya
Susulan dari kemunculan Apek di Akademi Fantasia semalam, kita dapat melihat Mas melepaskan rindunya terhadap anak-anaknya kepada anak-anak Apek. Mereka bermain-main bebas di Akademi dan Mas mengambil kesempatan itu untuk melayan karenah mereka.

Akademi Fantasia IISurat Wasiat Yang Ceria
Surat wasiat kali ini agak berbeza. Pelajar harus menulis sesuatu perkara yang akan dibuat sekiranya tersingkir dari Akademi Fantasia. Mereka harus memilih seorang pelajar dan berikan sebab-sebabnya. Walaupun nadanya agak ceria tetapi ia merupakan satu perang psikologi terhadap pelajar yang harus membacakan surat wasiat tersebut. Mereka yang masih berada di dalam Akademi Fantasia harus mendengar tempat-tempat yang ingin dibawa oleh pelajar yang tersingkir. Dalam keadaan mereka masih berada di Akademi Fantasia, tentunya ini satu asakan emosi yang amat besar buat mereka.

Sewaktu masing-masing membacakan siapakah pelajar yang mereka pilih untuk membaca surat wasiat mereka, Zahid beberapa kali mengganggu rakan-rakannya.

Akademi Fantasia IIFokus
Apabila tekanan semakin meningkat, fokus pelajar tentunya terganggu. Inilah masa yang digunakan oleh Dr Sher Kawi untuk menenangkan sedikit keresahan para pelajar. Sekurang-kurang tergabar sedikit senyuman di wajah para pelajar. Beliau turut menerangkan tentang pentingnya fokus. Dalam masa yang sama, fokus pelajar lebih tertumpu dengan adanya bantuan rakan-rakannya.

Bersama Pengetua
Adam
Ramli MS kelihatan agak gembira dengan perubahannya dari segi vokal. Beliau turut memberi komen tentang caranya menari yang masih control hensem. Saya melihat Adam masih tidak banyak mengeluarkan persembahan tariannya. Mungkin disimpan untuk Konsert esok.

Farah
Pada saya, vokal beliau sememangnya tiada tandingan dari segi kelantangannya. Beliau sememangnya hebat dalam aspek vokal. Tetapi beliau harus mengawal vokalnya agar tiada masalah pitching. Pernafasannya masih tidak dikawal dengan baik. Farah harus bijak untuk mengawal emosinya.

Kaer
Setelah lima hari, Kaer sememangnya tidak selesa dengan lagu tersebut terutamanya di bahagian korus. Jelas beliau nampak perit membawakan lagu tersebut di bahagian korus. Menurut Ramli MS, Kaer seperti dipijak. Cikgu Adnan menasihatkan beliau agar membanyakkan latihan kerana kegugupan berada di pentas pada hari Sabtu akan menurunkan lagi 20% mutu persembahannya.

Linda
Bukan sekadar tarian Linda yang tiada jiwa Melayunya, lenggok nyanyiannya juga kurang lenggok Melayu. Beberapa bahagian kedengaran sumbang. Sukar untuk saya membayangkan persembahan beliau. Sebuah lagu yang sukar untuk beliau.

Zahid
Zahid harus menjaga tempo lagu tersebut dan liriknya. Menurut Zahid, lirik lagu tersebut terlalu banyak warna dan memang sukar menyusun kedudukan giliran warna tersebut. Dari segi vokal, saya suka dengan persembahannya. Beliau harus meningkatkan lagi mutu persembahannya. Penguasaan pentasnya agar lebih terkawal dan dirancang dengan baik.

Nurul
Menurut Ramli MS, vibrato Nurul masih tidak kurang-kurang dan tidak konsisten. Menurut Nurul pula, beliau sendiri tidak perasan apa yang dinyanyikan olehnya. Sebagai seorang penyanyi, kita kena tahu apa yang kita buat. Apa yang kita nyanyikan. Kita harus sedar diri.

Anding
Beliau harus mengekalkan mutu persembahan seperti latihan. Sudah nampak perubahan dan beliau sudah bijak mengawalnya. Beliau cuma perlu menambah jiwa dalam lagunya agar mesej lagu tersebut sampai kepada penonton. Penghayatan beliau terhadap lagu tersebut harus tip-top.

Mas
Sebutan-sebutan asas Mas dibetulkan oleh Pengetuanya. Sebutan-sebutan itulah yang diajar oleh Anding tetapi diketawakan oleh Mas dalam episod terdahulu. Kali ini Pengetua menegurnya. Mas harus lebih fokus kerana lagu ini menjadi lagu sandaran untuk penonton menilai kebolehannya menyanyikan lagu Inggeris.

Bob
Ekspresi Bob sudah kelihatan. Penghayatannya bagus. Beliau harus lebih membuka dirinya serta vokalnya. Beliau perlu beraksi secara lebih bertenaga untuk mendapatkan sokongan. Lagu rock, showmanshipnya harus lebih kangkang yang terkoyak.

Akademi Fantasia IIZarina
Beberapa baris kedengaran sengau. Datang sengau itu secara semulajadi. Ini menimbulkan kemarahan Cikgu Siti Hajar secara tidak langsung. Beliau agak kecewa kerana apa yang diajar selama 5 hari tidak dipraktikkan oleh Zarina. Ada perbezaan pada lembut, control dan hold. “Jangan buang masa saya !”

Ramalan
Memang sukar untuk meramalkan siapakah yang akan tersingkir pada konsert kali ini. Dinilai dari segi latihan, kesemua pelajar telah memberikan persembahan yang terbaik. Nurul nampaknya telah cuba untuk membuka sedikit ruang kepada pelajar lain untuk mendekatinya. Persembahannya juga bagus. Persembahan Mas mungkin akan sedikit goyah tetapi kedudukan Mas terlalu tinggi untuk dipintas. Saya ternanti-nanti persembahan Zarina dan tertanya-tanya siapakah penyanyi lelaki yang akan menyanyi bersama Zarina. Mungkin juga Bob dengan Amuknya, Juga Ruffedge dengan Adam atau Yusry bersama Zahid ? Ataupun ada lakonan Khai dan Rosma pada lagu Zarina. Baru happening sikit. Nantikan sahaja kejutan pada malam esok. Kita tunggu sahaja dan terima setiap keputusan dengan fikiran terbuka.

Nota : Nantikan artikel bertajuk “Menilai Peningkatan Pelajar Setelah Konsert V”.