Konsert VI Akademi Fantasia : Tiada Kejutan, Keputusan Yang Sudah Dijangkakan
Keputusan telah dibuat. Tiada apa yang perlu dikesalkan. Mahu tidak mahu kejutan sebegini pasti muncul dalam Akademi Fantasia kerana itulah keunikan Akademi Fantasia yang tiada pada rancangan yang lain. Maka barulah rancangan ini meletup sebagaimana tersingkirnya Rosma pada Konsert yang sama di Akademi Fantasia I. Tiada kejutan pun sebenarnya kerana saya sudah boleh menyangka ia akan berlaku dan hasilnya saya menang betting tersebut. Sepatutnya letak tawaran tinggi-tinggi kerana untungnya lebih tinggi. Jangan terkejut sekiranya ada yang menawarkan RM50 untuk setiap pelajar. Perjalanan ke puncak Zarina baru bermula, tiada apa yang perlu ditangiskan kerana Zarina kini seorang bintang Akademi Fantasia yang akan bekerjasama dengan Khai, Rosma, Anding, Edlin dan lain-lainnya. Kini, kita hanya ada Zahid, Kaer, Adam, Bob, Linda, Farah, Nurul dan Mas untuk kita tonton di dalam Akademi Fantasia sehingga kita singkirkan seorang demi seorang untuk Kemuncak Konsert Akademi Fantasia II.
Perubahan pada ranking pelajar mungkin berbeza selepas menonton konsert di dewan dan selepas menonton siaran ulangan di Saluran 15. Perubahan ini wajar dibuat kerana ambience di dewan dan di rumah agak berbeza juga harus dinilai dengan sistem audio yang juga sedikit berbeza antara satu sama lain.
Kedudukan Sebelum Konsert
Rata-rata keputusan ini hampir tepat. Kebanyakan pengundi menunggu sehingga konsert untuk mengundi kerana apabila undi naik, peserta yang mereka undi akan dipintas semula oleh pelajar lain. Strategi mengundi harus ada. Lebih baik mengundi pada waktu konsert dari menumpukan sepenuh perhatian kepada persembahan.
Zahid 13%
Mas 13%
Linda 13%
Adam 12%
Kaer 11%
Zarina 11%
Bob 10%
Farah 10%
Nurul 9%
Pengkritik Profesional
Hetty Koes Endang merupakan seorang pengkritik profesional yang wajar dikekalkan untuk Akademi Fantasia. Beliau bijak menggunakan pengalamannya untuk memperbaiki kelemahan pelajar yang ada. Beliau tidak malu dan lokek untuk menerangkan perincian kelemahan yang boleh dibaiki. Beliau seorang yang jujur kerana jika tidak arif dalam irama rap beliau tidak memberikan pandangannya, sebaliknya dinilai pada aspek persembahan. Hani Mohsin Hanafi pula mengkritik dari aspek persembahan serta penampilan pelajar dan Kudsia Kahar meneruskan tradisi mengkaji dari segi perubahan pelajar di Akademi Fantasia.
Persembahan Pelajar
Mas – Semakin Hari Semakin Sayang 6.8/10
Saya akui penghayatannya bagus. Persembahannya minggu ini jauh lebih bagus dari minggu lepas. Mutu vokalnya agak unik. Saya akui perkara itu. Cuma beliau perlu lebih tekun belajar untuk memanafaatkan vokal beliau untuk masa depan beliau. Ilmu ada di depan mata, yang perlu beliau lakukan hanya belajar. Penguasaan pentasnya masih boleh diperbaiki. Beberapa bahagian pada vokal beliau agak mendatar. Beliau harus bijak mengawal tone vokal beliau dan bukan sekadar menyanyi sahaja. Idea persembahan beliau sudah ada Cuma perlu menambah perisa kepada showmanship beliau untuk mencantikkan lagi pergerakan-pergerakan beliau di atas pentas. Beliau masih kurang karisma untuk beraksi di pentas selain keyakinan yang tidak pernah muncul dalam persembahannya.
Kaer – Epilog Cinta Dari Bromley 8/10
Gimik “music box” yang digunakan untk persembahan Kaer agak menjadi. Lakonan mereka berdua serta pergerakan-pergerakan yang cantik dan selari dengan tempo lagu amat menarik. Penghayatan beliau terhadapa lagu ini juga bagus walaupun interaksi beliau dengan kamera agak kurang. Beliau mempunyai x-factor yang membolehkan penghayatan serta tahap keyakinan beliau meninggi bermula dari minggu ini. Cara beliau mewarnai lagu ini dengan persembahannya wajar dipuji. Susunan muzik lagu ini dibuat begitu indah dan sesuai dengan imej Kaer sendiri. Beliau dimasukkan kembali ke dalam Pilihan Lima Terbaik saya. Beliau harus kembali semula untuk memancing emosi penonton melalui vokal dan lagu-lagunya yang indah.
Farah – Ya Maulai 7.5/10
Penguasaan pentasnya masih lemah. Beliau masih tercari-cari gaya showmanship yang boleh dipersembahkan. Penghayatannya masih kurang untuk lagu sebegini. Kawalan vokal beliau bagus terutama pada bahagian tinggi. Keunikan beliau ialah proses melontarkan vokal bahagian tingginya yang mantap serta sebutan beliau yang jelas. Setiap bahagian lirik kedengaran begitu jelas dan mesej lagu tersebut sampai kepada penonton. Bahagian qasidahnya juga berjaya melarikan diri dari imej Siti Nurhaliza. Beliau harus mendapatkan ilmu dari para tenaga pengajar tentang cara mendapatkan kredibiliti apabila berada di pentas. Persembahannya amat mudah untuk dilupakan kerana tiada unsur yang spektakular.
Bob – I Can See Clearly Now 8.3/10
Kejutan untuk Bob ialah sewaktu bapanya datang menemuinya sebelum membuat persembahan. Bapanya diterbangkan oleh Astro dari Limbang untuk Bob. Keyakinannya semakin memuncak. Persembahannya mantap. Showmanship beliau hebat. Kawalan vokal beliau cukup dijaga dengan baik. Lagu yang tidak biasa di telinga penonton menjadi begitu indah apabila disampaikan oleh Bob dengan cemerlang. Sebutan beliau masih boleh diperbaiki. Penguasaan pentasnya amat hebat sekali. Beliau selesa di pentas. Seakan sudah biasa membuat persembahan. Beliau harus menjaga penampilan beliau agar untuk disukai terus oleh pengundi-pengundinya.
Adam – Keroncong Untuk Ana 7.3/10
Dengan bantuan pemuzik live dari Yayasan Warisan Johor, persembahan Adam nampak bagus walaupun tidak seperti yang diharapkan. Persembahan Adam pada minggu lepas jauh lebih hebat. Beliau agak tidak selesa dengan lagu keroncong sebegitu sehingga tersilap sebut. Kegugupannya banyak mengganggu. Ketidak-selesaannya dalam mengenakan pakaian sedemikian sedikit sebanyak membantutkan ketrampilan beliau di atas pentas. Nyanyian beliau ada yang sumbang. Pergerakan tangannya masih sama sahaja. Beliau harus mendapatkan ilmu tentang penampilan di pentas. Apabila tidak menyanyi lagu yang memerlukan Adam menari, beliau nampak kaku di pentas. Interaksi beliau dengan kamera juga amat meresahkan. Sesuatu yang bagus tentang Akademi Fantasia, ia memberi peluang kepada generasi muda untuk lebih mengenali keroncong. Beliau sedaya upaya untuk mengawal kegugupan beliau itu. Ekspresi wajah beliau masih belum menyerlahkan mesej lagu tersebut. Persembahan penyanyi latar juga amat harmoni dengan vokal Adam dan banyak membantu persembahan Adam.
Zarina – Penantian 7.3/10
Showmanship beliau bagus dan hebat. Vokal beliau masih boleh diperbaiki. Sebutannya tidak jelas. Menurut Hani Mohsin, kerana menumpukan perhatian kepada pergerakan dan showmanship beliau sebenarnya terlupa untuk menghayati lirik lagu tersebut. Beliau harus bijak mengawal tone suara beliau. Masih jelas sebutannya menghadapi masalah yang agak besar. Menurut Hetty Koes Endang, lagu tersebut seperti air dan beliau harus menyanyikan lagu tersebut secara lebih flow. Zarina sewajarnya memberikan rasa baru kepada lagu tersebut dan bukannya meniru gaya Bienda. Masalah rasa seperti yang diutarakan oleh Farihin pada minggu-minggu awal menjadi masalah yang besar kepada Zarina. Zarina perlu mencipta imej baru pada lagu-lagu nyanyiannya. Saya suka showmanship beliau yang agak matang dan bertenaga dari minggu ke minggu. Bantuan Adam untuk rap juga amat bertenaga dan kena dengan persembahannya.
Nurul – Ku Mohon 7.4/10
Ini antara persembahan terbaik Nurul. Saya seakan-akan berpuas hati dengan persembahan lagu diva pujaan saya iaitu Sheila Majid. Tumpuan saya banyak terganggu kerana menantikan kemunculan Sheila Majid pada bahagian akhir lagu tersebut. Memang kecewa. Beliau membawakan lagu ini dengan rasanya yang tersendiri walaupun ia hanya berlaku selepas separuh lagu tersebut didendangkan. Masih terdapat beberapa masalah pitching tetapi berjaya ditutup kelemahan tersebut dengan penghayatan yang amat baik sekali. Ekspresi wajah beliau amat kena dengan lagu tersebut. Penguasaan pentasnya masih kurang. Karisma beliau di pentas tidak memukau. Saya menonton persembahan beliau kerana lagunya dan bukan orangnya. Teknik pernafasannya perlu diperbaiki kerana ajaran Cikgu Siti Hajar tidak dipraktikkan oleh beliau di atas pentas. Beliau mencantas beberapa perkataan pada lirik lagu tersebut. Amy Mastura turut muncul untuk memberikan beliau hadiah satu teddy bear berwarna pink.
Zahid – Where Is The Love 9.5/10
CEMERLANG ! Tahap keyakinan beliau untuk lagu ini sememangnya hebat. Beliau begitu selesa di pentas. Bantuan Linda, Kaer dan Adam mencantikkan lagi lagu ini. Showmanship beliau bersahaja dan sesuai dengan persembahan tersebut. Persembahannya amat bertenaga dan beliau bijak untuk mengawal teknik pernafasannya dan lagu tersebut berjaya disampaikan dengan berjaya. Penghayatan beliau terhadap lagu ini sememangnya bagus. Penonton menyukai lagu tersebut, penyanyinya dan penampilannya. Saya mengharapkan beliau diberi peluang untuk mendendangkan lagu Alhamdulillah. Beliau kekal dalam Pilihan Lima Terbaik saya.
Linda – Panti Asuhan 9.3/10
Sebuah persembahan yang hebat. Nyata kehadiran Hetty Koes Endang tidak menggugat penghayatan serta keyakinan beliau di atas pentas. Beliau sebaliknya membawa penonton untuk menghayati lirik lagu tersebut bersama-samanya. Ekspresi wajah beliau yang memaparkan sedikit kesedihan berjaya meruntun hati penonton lalu terbawa emosi mereka ke dalam kesedihan. Kawalan vokal beliau amat cemerlang. Penghayatan beliau nyata sampai sehingga beliau sendiri mengalirkan air mata. Sebutannya amat jelas dan beliau amat bersungguh-sungguh memperbaiki kesilapan minggu-minggu terdahulu. Menurut Hetty Koes Endang, penjiwaannya amat cukup dalam membawakan lagu itu. Satu aspek yang masih perlu diperbaiki oleh Linda ialah teknik penguasaan pentasnya yang masih kelihatan kaku dan tidak tahu mahu buat apa. Sebuah persembahan yang hebat tidak semestinya memerlukan seseorang penyanyinya bergerak bebas untuk menarik perhatian penonton. Cukup sekadar dengan berdiri. Beliau kembali ke dalam Pilihan Lima Terbaik saya.
Memories – 9.8/10
Sebuah persembahan yang layak mendapat standing ovation. Pada awal minggu saya merasa agak sangsi yang lagu ini dapat dipersembahkan dengan baik oleh mereka. Nadi utama kehebatan lagu ini terletak pada Bob, Linda, Zarina, Farah dan Zahid. Bob menjadi tunjang pada bahagian tinggi dan beliau menyempurnakan tugasnya dengan cemerlang. Rata-rata pelajar berjaya menghayati lagu tersebut dengan baik sekali. Walaupun Adam tertinggal satu baris lirik pada lagu tersebut ia sedikit pun tidak mencacatkan keseluruhan persembahan. Pelajar lain bijak menutup kelemahan tersebut dan tidak panik. Pujian yang harus diberikan untuk Mas yang tidak panik meneruskan barisnya dalam lagu tersebut. Persembahan lagu ini semangatnya datang dari kemunculan Datuk Rahim Razali. Saya bangun memberikan standing ovation kerana persembahan ini amat hebat dan semangatnya terasa di dalam dewan.
Menuju Puncak
Menujuk Puncak terakhir buat Zarina bersama-sama rakan-rakannya. Semangat Menuju Puncak terhenti buat Zarina di sini. Bijak dalam undian amat subjektif. Bijak menilai pada wajah, bijak menilai keletah pelajar, bijak menilai bakat mereka dan bijak kerana SMS milik pengundi. Perkembangan Zarina dalam lagu Mencintaimu, Awallah Dondang, My Immortal, Satu Cinta Dua Jiwa, Pulangkan dan Penantian belum cukup untuk menarik perhatian pengundi. Kesabaran Zarina apabila diusik oleh Aznil tentang hubungannya dengan Khai belum cukup untuk menutup kisah tersebut. Pengundi telah memberikan jawapan mereka. Saya sendiri sudah menjangkakan mimpi ngeri tersebut akan berulang semula seperti ada aura negatif di Konsert VI kali kedua ini. Di Konsert VI Akademi Fantasia I ia menjadi mimpi ngeri buat pengundi Rosma kini tragedi tersebut berulang kembali. Tidak sukar untuk menelah siapakah pelajar yang tersingkir pada setiap minggu, lebih-lebih lagi setelah mengkaji trend dan selera pengundi Malaysia. Kedudukan persembahan turut memainkan peranan.
Linda seakan tergamam kerana tidak percaya akan keputusan yang telah dibuat oleh penonton. Begitu juga dengan Zahid yang berkali-kali mengucapkan “tidak adil, tidak adil”. Mas menangis teresak-esak dan berlalu jauh dari pelukan pelajar perempuan. Perkara yang sama berlaku pada guru-gurunya yang agak sedih dengan keputusan tersebut. Cikgu Fauziah Nawi sendiri menggelengkan kepalanya kerana tidak percaya dengan keputusan tersebut.
Pilihan Lima Terbaik saya bertukar lagi nampaknya. Saya meletakkan Zahid untuk kekal dalam senarai saya dan memasukkan semula Linda dan Kaer. Saya masih belum memikirkan pengganti Zarina kerana selain Zarina, Bob berkemampuan untuk menggantikan tempatnya. Tetapi besar kemungkinan Bob akan tersingkir minggu hadapan kerana selera pengundi Malaysia berbeza-beza.
Persembahan Terbaik SM
Memories – 9.8/10
Zahid – Where Is The Love 9.5/10
Linda – Panti Asuhan 9.3/10
Bob – I Can See Clearly Now 8.3/10
Kaer – Epilog Cinta Dari Bromley 8/10
Farah – Ya Maulai 7.5/10
Nurul – Ku Mohon 7.4/10
Zarina – Penantian 7.3/10
Adam – Keroncong Untuk Ana 7.3/10
Mas – Semakin Hari Semakin Sayang 6.8/10
Kedudukan Undian Sejurus Selepas Konsert
Untuk pengetahuan semua, ini adalah undi SMS yang dibawa ke minggu seterusnya. Besar kemungkinan ini juga adalah undian yang tidak masuk. Peratusan yang besar untuk tiga pelajar terakhir yang membuat persembahan. Adakah ini bermakna, undian tidak masuk untuk Zarina dan hilang entah ke mana. Zahid, Nurul dan Linda masih bernasib baik kerana kekal untuk minggu seterusnya.
Zahid 20%
Nurul 19%
Linda 15%
Bob 11%
Farah 11%
Kaer 9%
Adam 8%
Mas 8%
Nota: YES ! Menang betting ! Tekaan saya tepat ! Siapa yang kalah tu, jangan buat-buat lupa ya ! Untuk minggu ketujuh, saya mungkin pilih Bob untuk terkeluar.
Diari Akademi Fantasia 06-09-10
Hujan Lebat
Hujat lebat yang melanda Kuala Lumpur semalam digunakan sebagai peluang untuk mempromosikan payung Akademi Fantasia.
Johnny Dan Jenny Seperti Hidup
Interaksi Johnny. Jenny dan Farah semacam kedua-dua kamera tersebut sebenarnya hidup. Ia berbicara dengan Farah. Bahasa tubuhnya boleh dimengertikan oleh penonton. Pengendali kamera yang mengendalikan Johnny dan Jenny sememangnya menjadi nyawa kepada mereka.
Drawing-Block
Kaer memohon agar dapat dibelikan light brown sugar paper, charcoal pencil, art-block dan artline pen pelbagai saiz. Jika permintaan ini ditunaikan, Kaer akan berpeluang untuk menunjukkan bakal melukis beliau kepada umum. Ia merupakan satu strategi yang baik untuk mendapat undi selain menonjolkan kelebihan diri sendiri kepada umum. Cara hendak dibawa masuk peralatan lukisan tersebut bolehlah datang sebagai kejutan. Boleh dibawa seorang pelukis yang handal di Malaysia. Contohnya Datuk Lat untuk berkongsi pengalaman dengan mereka. Hebat sungguh Akademi Fantasia II ini, segala macam Tan Sri, Datuk yang datang melawat mereka. Tetapi jika kejutan ini juga untuk Kaer agak tidak adil pula kerana asyik-asyik Kaer yang dapat kejutan. Pelajar lain mahu juga.
Kelas Fauziah Nawi : Kucing Berkeliaran
Mereka perlu berada di dalam karektor seekor kucing sebelum mendeklamasikan puisi Aku Sedar. Sifat kekucingan mereka belum mencapai taraf kucing di teater muzikal Cats kecuali sifat kekucingan Kaer. Banyak yang masih boleh dibaiki.
Tokoh Teater Ternama : Datuk Rahim Razali
Satu nama besar dalam dunia filem dan teater tanahair muncul di Akademi Fantasia untuk mencurahkan sedikit pengalamannya kepada pelajar Akademi Fantasia. Antara teater arahan beliau ialah Kelas 2020, Keris Sang Puteri dan filem-filem besar beliau seperti Tsu Feh Sofia, Anak Sarawak, Abang, Abang 92 dan Puteri. Untuk pengetahuan semua, Kelas 2020 merupakan teater pertama yang saya tonton dalam hidup saya. Saya tonton persembahannya pada hari kemenangan Malaysia menentang China di peringkat separuh akhir Piala Thomas 1992. Sejak pada hari itu, minat saya kepada teater begitu mendalam. Beliau turut pernah mementaskan teater muzikal Kuala Lumpur dan Uda Dara. Seperti dirancang, pelajar Akademi Fantasia akan membawakan lagu dari teater muzikal Cats bertajuk Memory.
Zarina turut mengingatkan beliau tentang Salam Patriot di Johor Bahru di mana Zarina turut terlibat menjayakan persembahan tersebut. Zahid turut ditegur oleh Cikgu Fauziah kerana membuat bising sewaktu Datuk Rahim sedang berucap.
Terlalu banyak informasi yang dapat dikongsi oleh pelajar sewaktu Datuk Rahim Razali berpeluang melawat mereka di Akademi. Makna teater muzikal diperjelaskan kepada mereka. Contoh American musical adalah seperti The West Side Story, Oklahoma dan Chicago yang terkenal dipentaskan di West End London dan Broadway.
Dalam sesuatu teater muzikal, akan ada muzik dan tari. Dalam muzik dan tari itu ada lakonan. Skrip disampaikan melalui pergerakan dan lagu. Itulah American musical. Bangsa Melayu juga punya teater muzikal. Teater muzikal Melayu lama adalah dalam bentuk bangsawan. Dalam pementasan bangsawan akan ada extra-turn yang mana dipersembahkan sebagai selingan sewaktu pertukaran babak dan persiapan solekan dibuat.
Cats menghidupkan masyarakat kucing. Penghayatan pelakonnya berelemenkan kekucingan. Dalam nyanyian pelakon-pelakonnya ada unsur-unsur kucing yang jelas. Ada jiwa kucing dalam lakonan mereka. Mereka terlalu menjiwai watak kucingnya dengan baik. Untuk menjadi seorang pelakon yang cemerlang, jiwa lakonannya dapat meresap dengan baik. Itulah cabaran untuk menjadi seorang seniman yang mampu untuk pergi lebih jauh.
Sebagai seorang artis, kita harus punya matlamat dan sasaran. Setiap apa yang ingin dilakukan harus dirancangkan dengan baik. Teruskan mencari ilmu. Tanpa perlu ijazah atau sijil, ilmu masih boleh diperolehi hanya dengan membaca.
Bob pernah menonton teaterneka Tiang Seri Tegak Berlima. Ia adalah sebuah muzikal cara Sasterawan Negara Datuk Nordin Hassan, seorang ilmuwan teater yang pertama menerima anugerah Sasterawan Negara.
Menurut Datuk Rahim Razali, segala-gala yang dikecapi oleh beliau hari ini bermula dengan sendiri. Satu ketika dahulu tiada institusi yang menjaga para seniman. Semuanya harus bermula dari dalam hati sendiri. Sebagai seorang seniman, mereka harus punya matlamat. Kita perlu menjadi pemikir dan pencipta dalam dunia seni dan terus mencuba dan menghasilkan sesuatu yang baru di dalam dunia seni.
Panggilan Telefon
Farah berpeluang untuk bercakap dengan ibunya. Beliau bertanyakan tentang kain batik dan Surah Yassin. Ini sekaligus menjawab segala pertanyaan saya tentang apa yang berlaku pada minggu lepas.
Zahid menerima nasihat dari ibunya agar melakukan yang terbaik dan tidak terlalu main-main.
Kaer yang digelar Mamet oleh bapanya sekadar memberitahu Kaer yang bukan sekadar Kaer sudah popular, bapanya juga semakin popular kini. Walaupun sekadar membeli rokok di luar, ada yang mengenalinya.
Linda bertanyakan tentang keadaan ayahnya yang sepatutnya telah menjalani pembedahan. Menurut ibunya, pembedahan ditangguhkan kerana keadaan ayahnya yang semakin stabil.
Perbualan Mas dengan ibunya agak menyayat hati. Beliau berkesempatan untuk berbual dengan anaknya Fazilah. Mas bertanya kepada anaknya kenapa tidak mahu berbual dengannya. Cikgu Fatimah sendiri kelihatan menitiskan air mata. Beliau sedih melihat kerinduan seorang ibu terhadap anaknya di hadapan matanya. Cikgu Fatimah menyaksikannya secara langsung. Anak perempuan Mas juga kedengaran menangis kerana rindukan ibunya. Perpisahan anak dan seorang ibu ini sememangnya satu yang amat menyedihkan. Dengarlah rintihan seorang ibu yang rindukan anaknya.
Baring-Baring Petang
Mas dan Nurul berbual sambil berbaring. Nurul bercerita tentang bagaimana beliau menerima tawaran memasuki Akademi Fantasia. Hari pertama beliau amat gembira, tetapi apabila masuk hari ketiga ia tidak menggembirakan. Beliau sukar untuk membuat keputusan antara pelajaran dan Akademi Fantasia. Namun demikian, Nurul harus memilih satu antara dua. Ada yang menasihatkan beliau agar belajar dahulu, dan Akademi Fantasia boleh dilakukan bila-bila masa. Ada yang menasihatkan beliau agar menerima tawaran Akademi Fantasia yang hanya datang sekali.
Surat Wasiat
Surat Wasiat kalli ini menggunakan konsep menceritakan pengalaman paling manis dan paling pahit di dalam Akademi Fantasia. Sewaktu menonton Diari sebentar tadi, saya terfikir apakah yang akan dilakukan kepada wasiat-wasiat yang tidak dibaca pada minggu tersebut. Pelajar Lima Pilihan Terbaik akan mempunyai lapan surat wasiat yang tidak dibacakan. Penonton tentunya ingin mengetahui isi kandungan surat-surat wasiat tersebut.
Zahid memilih anak muridnya iaitu Adam untuk membacakan surat wasiatnya kali ini. Manakala Adam tetap memilih Kaer untuk menceritakan dua pengalaman manis dan pahitnya di Akademi Fantasia. Zarina terus memilih Linda untuk tujuan yang sama.
Kepentingan Fokus
Dr Sher Kawi mendapatkan pelajar untuk memandang sekali imbas gambar yang ingin beliau tunjukkan kepada para pelajar. Adakah ia seorang perempuan tua atau pun seorang wanita cantik ?
Setelah meneliti, para pelajar memberikan jawapan yang berbeza-beza. Memang sukar untuk memberikan jawapan apabila melihat ilusi optikal tersebut. Kita tidak nampak benda yang ada di hadapan mata kita. Lebih-lebih lagi jika kita tidak mengenalinya dengan mendalam.
“Kita hanya mahu melihat apa yang kita mahu lihat sahaja.”
“Kita hanya mahu mendengar apa yang kita mahu dengar sahaja.”
Kaer tetap memilih Adam untuk membacakan surat wasiatnya. Beliau terasa akan tersingkir pada minggu ini. Begitu juga dengan Farah dan Nurul yang saling bertukar-tukar posisi membacakan surat wasiat mereka.
Memory
Nyanyian harmoni pelajar Akademi Fantasia akan menjadikan persembahan lagu Memory untuk menjadi sebuah persembahan yang paling diingati dalam sejarah Akademi Fantasia. Ia sebuah lagu yang sukar, seperti kata Pengetua Ramli MS, lagu ini memerlukan penjiwaan dan skill untuk menyanyikannya.
Secara keseluruhan hampir semua pelajar berjaya membawakan lagu tersebut dengan baik kecuali beberapa pelajar yang vokalnya kedengaran agak kasar dan besar. Bob kedengaran terlalu tinggi dan lantang sehingga berlaku ketidakseimbangan dalam keharmonian lagu tersebut. Zarina telah melakukannya dengan baik tetapi belum cukup kelembutan dalam nyanyiannya. Farah dengan kelantangannya dan nyanyian Linda yang tiada fokus. Tidak cukup penghayatan Linda membawakan lagu tersebut. Linda terlalu berkhayal.
Nyanyian Mas agak kasar dan tidak mengikut pengeluaran tenaga seperti pelajar yang lain. Tiada kesinambungan antara nyanyian Bob dan Zahid. Bob diingatkan agar tidak terlalu menyerlahkan diri. Oleh yang demikian, tiada harmony structure dalam nyanyian tersebut. Apabila menyanyikan lagu secara berkumpulan, perlu keseimbangan agar tidak membayangi pelajar lain.
Kata Pengetua Ramli MS lagi, beliau tidak terlalu mementingkan sebutan. Yang lebih dipentingkan ialah penjiwaan lagu tersebut. Mereka tidak perlu bersifat palsu kerana jiwa lagunya kosong.
Linda meminta Zarina membacakan surat wasiatnya. Manakala Bob memilih abang Zahid untuk menceritakan pengalaman-pengalamannya di Akademi Fantasia. Mas dan Farah sambil berpelukan memilih Farah untuk membacakan isi kandungan wasiatnya.
Bersama Pengetua
Bob menyanyikan lagu tersebut dengan baik. Beliau perlu melontarkan vokalnya ke hadapan. Beliau perlu melepaskan segala keceriaan dan emosi gembira berjaya diperolehi dalam lagu tersebut.
Kaer perlu menjaga pernafasannya dengan hati-hati kerana stail nyanyiannya memerlukan bantuan pernafasan yang banyak. Beliau perlu mengekalkan prestasinya agar nyanyiannya tidak sumbang. Menurut Ramli MS, suaranya lebih kepada jiwa tetapi teknikalnya kurang. Beliau harus memberikan tumpuan dan fokus untuk membantu pernafasannya.
Adam perlu lebih konsentrasi dan fokus agar tidak sumbang dalam nyanyian. Beliau juga harus menitikberatkan sebutannya. Penyanyi latar harus menyeimbangkan persembahan mereka agar tidak lebih menyerlah dari penyanyi utama.
Zahid membawakan lagu rap inggeris dengan gaya Melayunya. Tiada intonasi dalam nyanyiannya. Zahid hanya sekadar melafazkan lirik lagu tersebut. Sebutan bahasa Inggerisnya terlalu formal. Nyanyiannya kosong.
Farah kelihatan pancit di tengah jalan lagu tersebut. Beliau harus simpan tenaga dan memberi senyuman untuk menyerikan persembahannya. Bahagian qasidah harus lebih konfiden.
Linda harus memberi fokus 100% kepada persembahannya. Alternate volume adakalanya tidak kedengaran. Beliau harus banyak berimaginasi untuk menyanyikan lagu tersebut. Tumpuannya yang serius tiada untuk menghasilkan persembahan yang terbaik.
Mas masih menghadapi masalah pitching yang terlalu serius. Beliau harus memastikan perubahan yang besar berlaku di minggu hadapan.Beliau harus banyak bertanya.
Zarina tidak serius melakukan latihan. Beberapa bahagian nyanyiannya agak mendatar. Ada nada yang tidak sampai. Penghayatan beliau harus dikekalkan sehingga tamat lagu tersebut. Jangan hilang !
Nurul mendendangkan lagu Ku Mohon dengan baik. Zahid kelihatan menitiskan airmata. Nurul tidak apa-apa, Zahid pula yang terlebih rasa. Lagu Ku Mohon seperti sebuah doa dan harapan. Jika diteliti liriknya, ia adalah sebuah lirik yang bagus dan penuh makna juga untuk para pelajar. Pengetua Ramli MS turut menasihatkan Nurul agar berhati-hati dengan ritard yang ada dalam lagu tersebut.
Memory : High Note
Farah memang hebat di bahagian note paling tinggi, begitu juga Linda. Selamba sahaja mereka membawakan lagu tersebut pada bahagian yang tinggi.
Diari Akademi Fantasia 06-07-08
Cinderella I
Nurul telah diberikan sebuah kotak hadiah. Tugasannya mereka harus mencari satu lagi kasut untuk mencukupkan pasangannya. Setiap pelajar akan diberikan hadiah sekiranya mereka berjumpa kasut yang lagi satu itu.
Pengalaman 30 Tahun Uji Rashid
Kehadiran beliau ke dalam Akademi Fantasia tentunya menggembirakan Mas dan kesemua pelajar. Pengalamannya selama 30 tahun dapat dikongsikan dengan mereka. Tentang bagaimana beliau membahagikan antara lakonan dan nyanyian, adalah lebih baik sekiranya setiap artis itu mampu dan berkebolehan untuk melakukannya untuk menjadi lebih lengkap.
Untuk menyanyikan lagu orang lain, kita harus berani mencuba. Percubaan itu boleh diperolehi dengan mendapat penghayatan dari lirik lagu tersebut dan kemudian persembahkan yang terbaik. Pada waktu penerangan oleh Uji Rashid dibuat, Mas sibuk melihat album gambar Uji Rashid. Zahid dengan agak tegas mengarahkan Mas supaya mendengar dan mengambil album gambar tersebut.
Mas turut bertanya tentang bagaimana beliau membahagikan kerjaya dan keluarganya. Soalan wajib kepada para kejutan tentulah tentang bagaimana mengawal kegugupan di pentas. Uji Rashid menasihatkan pelajar agar mencari kekuatan diri dan kelemahan diri. Jangan membiarkan kelemahan mengatasi kekuatan diri.
Sebelum pulang, Uji Rashid sempat menyanyikan lagu Semakin Hari Semakin Sayang. Beliau sempat menutup mulut Mas agar tidak sama-sama menyanyi dengannya. Di bahagian tengah, Mas menyanyikan lagu ter sebut dengannya.
Kelas Seni Persembahan Cikgu Fauziah Nawi: Mas Kena Marah
Mereka harus melakukan lima improvisasi terhadap lakonan. Mereka harus membaca dengan berbisik, dengan tidak memperdulikan orang lain, dalam keadaan seronok, dalam keadaan takut dan sekuat-kuat hati.
Mas ditegur dengan agak serius oleh Cikgu Fauziah Nawi. Beliau benar-benar serius. Beliau sudah seakan-akan tidak tahan melihat orang luar iaitu penonton mengutuk dan mengejek Mas saban hari. Mas dikatakan berlakon dan menagih simpati setiap hari. Tiada perubahan dalam diri Mas yang kita nampak sejak Konsert I hingga Konsert V. Selama enam minggu tidak banyak perubahan yang ditonjolkan. Mas tidak menunjukkan ketekunan beliau untuk mengubah dirinya. Beliau sememangnya jujur. Tetapi kejujuran Mas agak keterlaluan sehingga memakan dirinya.
Dalam proses pembelajaran, setiap manusia pasti mengalami kekeliruan, tidak faham dan tidak suka dengan setiap pembaharuan. Mereka boleh bertanya kerana itu asas dan proses mendapatkan ilmu. Tetapi tidak pada Mas. Mas apabila beliau tidak tahu, beliau hanya berdiam diri mengharapkan simpati. Hidupnya sentiasa di dalam kebingungan. Tetapi sampai bila. Setelah enam minggu tiada hasilnya. Kita hanya boleh bergelak ketawa untuk Mas. Mas mentertawakan dirinya. Adegan-adegan seperti inilah yang mahu saya lihat di dalam Akademi Fantasia. Untuk menjadi seorang bintang, bukan hanya disaluti emas permata tanpa melalui kotor lumpur. Cabaran-cabaran mendapatkan ilmu harus datang dari dalam diri sendiri.
Di adegan tersebut, kali pertama saya menganggap air mata Mas adalah air mata yang palsu. Wajahnya masih sempat tersenyum. Maafnya tiada keikhlasan. Juga permohonan maafnya kepada rakan-rakannya. Rakan-rakannya juga seperti mahu tidak mahu menjawab.
Walau sehebat mana sekalipun mutu vokal beliau, Mas tetap tidak akan mendapat tempat untuk Lima Pilihan Terbaik saya. Beliau tiada personaliti sebagai seorang Juara.
Hadiah Cinderella I
Susulan daripada segmen Cinderella pada tengahari tadi. (Kenapa macam skrip Aznil saja ni ?), mereka telah diarahkan oleh Encik Julian untuk pergi mengambil hadiah untuk mereka di dalam Bilik Pengetua. Masing-masing memperagakan kasut yang mereka dapat hasil tajaan.
Rasanya setiap hari lewat petang Rabu, mereka akan mendapat pelajaran baru dari Pengetuanya iaitu Ramli MS. Kali ini mereka belajar tentang ritard iaitu keadaan melodi menjadi semakin perlahan. Contoh lagu yang ada ritard ialah Salam Terakhir. Perkataan-perkataan seperti ritard, robato ialah bahasa antarabangsa untuk pemuzik. Pemuzik satu dunia menggunakan bahasa yang sama. Sewajarnya ahli muzik perlu tahu tentang perkataan-perkataan tersebut.
Sohaimi Mior Hassan di Akademi Fantasia
Secara peribadi, saya menyukai susunan terbaru lagu tersebut. Agak moden dan segar. Kaer menyanyikan lagu tersebut dengan baik pada beberapa bahagian. Cuma saya agak kurang menyenangi cara beliau menamatkan lagu tersebut. Agak tinggi dan tidak sesuai dengan mood lagu tersebut.
Sedang beliau menyanyikan lagu tersebut, penyanyi asalnya muncul di Akademi Fantasia sebagai kejutan kepada Kaer. Tiada siapa yang mengenalinya kecuali setelah Ramli MS memperkenalkannya. Nama Sohaimi Mior Hassan memanglah tidak sepopular M.Nasir tetapi lagu beliau tetap segar dalam ingatan pendengar. Beliau sendiri berpuas hati dengan susunan muzik lagu tersebut. Jika Kaer meniru setiap tone vokal penyanyi asalnya, lagu tersebut akan menjadi membosankan. Dengan membawanya dengan lenggok R&B, lagu tersebut bertambah menarik dan mampu divariasikan. Pertemuan tersebut secara tidak langsung telah dapat melonjakkan tahap keyakinan beliau terhadap lagu tersebut. Sejak dua minggu kebelakangan ini, keyakinannya Kaer semakin terhakis. Begitu juga dengan keyakinan pengundi-pengundinya. Banyak yang telah beralih arah.
Menurut Kaer, ini merupakan kali pertama beliau mendengar lagu tersebut. Emosinya terasa apabila setelah beberapa kali mengulang lagu tersebut. Beliau turut bertanya kepada Sohaimi Mior Hassan sama ada lagu tersebut dihasilkan berdasarkan cerita benar. Lagu tersebut dihasilkan pada tahun 1981, di mana rata-rata pelajar belum lagi lahir pada waktu tersebut.
Beliau telah mencipta lagu tersebut sewaktu di United Kingdom. Ia berdasarkan satu nama jalan di Bradford. Tiada kena mengena dengan hidup atau yang mati. Trend pada waktu itu, penghasilan lagu dan muzik lebih daripada puisi. Pada zaman-zaman tersebutlah lahirnya Kumpulan Harmoni dengan lagu Penantian dan Ebiet G.Ade dari Indonesia. Tuan Haji Zubir Ali yang pernah menganggotai Kumpulan Harmoni menjawat jawatan penting di Pusat Kebudayaan Universiti Malaya.
Lagu perlahan seperti Episod Cinta Dari Bromley memang merupakan pilihan yang terbaik untuk pertandingan. Penyanyi boleh menggunakan peluang yang ada untuk menunjukkan kebolehan vokal mereka. Cukup sekadar berdiri, sebuah persembahan dari lagu-lagu rentak perlahan boleh memberikan kesan yang amat mendalam kepada pendengar.
Puan Fatimah sempat memberikan para pelajar melihat kulit album CD Sohaimi Mior Hassan. Melihat bagaimana ruggednya beliau sewaktu zaman mudanya.
Untuk menjadi penyanyi yang baik, pelajar harus memahami lagu tersebut, faham senikatanya, maka barulah sesebuah persembahan akan berjaya. Dari situ kita boleh menyesuaikan lagu tersebut dengan diri kita.
Kelas Cikgu Siti Hajar
Nurul dan Ku Mohon harus lebih relax membawakan lagu ini. Lagu ini seperti satu doa. Sampaikan dengan penuh penghayatan. Tidak perlu terlalu gopoh mahu menghabiskan lagu ini. Lagu ini memerlukan tone yang rendah kebanyakkannya. Nurul memerlukan banyak tenaga untuk itu. Nyanyiannya harus nampak bertenaga.
Adam perlu lebih bercerita dengan lagunya melalui lagu tersebut. Beliau harus tahu kedudukan vokalnya untuk menghasilkan bunyi yang betul dari tenaga yang cukup.
Linda banyak membetulkan lenggok vokal beliau. Nyanyiannya sudah nampak bertambah baik. Vokalnya kena dengan lagu tersebut. Untuk mencantikkan lagi style vokalnya, Cikgu Siti Hajar banyak memberi idea akan bagaimana cara yang sesuai untuk beliau menyanyikan lagu tersebut.
Novel Bersiri Akademi Impiana: Bahagian 25
“Kenapa ni? Macam lain macam je. Apasal masam-masam muka ni?” tanya Rahmat kepada Timah sewaktu hendak makan malam bersamanya. Rahmat sedang duduk di atas pelana motornya di bawah flat yang diduduki Timah. Timah berdiri di hadapannya sambil berpeluk tubuh.
Timah diam. Rahmat mengambil beg galas yang diangkat Timah. Beg tersebut di pegang Rahmat dengan erat. Rahmat tahu, di dalam beg galas tersebut pasti Timah penuhi dengan majalah Hai, URTV, novel Creative Enterprise yang telah dibelinya dahulu tapi masih belum dibaca Timah, bekalan roti kaya yang telah disediakan oleh Gundutz untuk Timah dan beberapa keperluan menghias diri.
“Hari ini saya naik bas je lah.” Ujar Timah dengan perlahan.
“Eh, apasal pulak ni?” tanya Rahmat kehairanan melihat kerenah si Timah. “Malam-malam buta macam ni mana ada bas lagi?”
“Kalau macam tu, saya naik teksi.”
“Boleh cakap, apa masalah awak?”
“Tak ada apa-apa.”
“Wei... Cakap lah terus terang!”
“Ni nak tengking-tengking orang ni kenapa?”
“Takde lah nak tengking. Okay, kalau saya nampak macam tengking awak tadi, saya mintak maaf.” Rahmat memegang lembut tangan Timah. Tetapi Timah menarik tangannya kembali dengan pantas.
“YAALAH! Apahal ni?” rungut Rahmat. Dia mematikan enjin motornya, lalu membuka topi keledarnya.
“Awak dah banyak berubah.” Suara Timah perlahan kedengarannya.
“Berubah apa ni pulak?”
“Kenapa awak pindah tak beritahu kepada saya?”
“Awak kan sibuk? Awak kata nak tengok ulangan siaran Akademi Impiana malam tu kat rumah Gundutz. Saya tak nak kacau. Lagipun awak cuti. Awak nak berehat kan?”
“Kalau saya tahu pasal awak nak pindah, tak boleh ke?”
“Boleh... Cuma saya terlupa.”
“Eh, macam mana pulak benda-benda besar macam ni boleh terlupa?”
“Saya ambil keputusan nak pindah pun... Hari Selasa lepas. Itu pun setelah abang Linus pujuk saya. Dia ada bilik kosong... Dia suruh saya guna bilik kosong tu--”
“Awak pindah ke kondo dia kat Pantai Hill Park tu?”
“Ya... Awak pernah pergi sana?”
“Pernah, dengan Gundutz.” Timah mengeluh. “Cantik kondo dia tu. Memang ada bilik kosong yang dia tak guna. Dia pulak duduk sorang. Awak tahu kan, rumah tu bapak dia beli untuk dia?”
“Tak tahu pulak pasal tu semua...”
“Bapak dia taukeh getah. Sekampung dengan Gundutz.”
“Entahlah... Tak jaga pulak pasal benda ni semua.” ujar Rahmat dengan selamba.
“Saya memang tak suka awak tinggal kat flat lama awak dulu. Kawan-kawan serumah dengan awak tu semua bukannya betul. Bawak bohsia balik. Rumah berselerak...”
“Itu sebab saya tak kisah bila dijemput pindah.”
“Lain kali, kalau awak nak buat apa-apa keputusan, boleh awak bagitahu saya awal-awal?”
“Boleh--”
“Saya bukan tunggul tau?”
“Saya tahu lah.”
“Saya ni siapa menurut pandangan awak? Kawan? Kawan biasa je ke?” Timah mula membebel. “Kalau awak anggap saya ni macam kawan biasa awak, saya paham. Saya tak kisah.”
“Awak kan special...”
“Kalau special awak tak patut buat macam ni!”
“Okaylah. Saya mintak maaf.” Ujar Rahmat dengan nada yang cukup jujur. Cahaya lampu jalan yang samar-samar menerangi wajahnya itu. Timah pula diam tidak menjawab. “Awak nak saya buat apa lagi? Cakap...”
“Tak suruh awak buat apa.” Timah mengambil topi keledar yang diserahkan oleh Rahmat kepadanya. “Tapi macam saya kata... Saya suka awak pindah. Kalau rumah Linus tu, okay jugak lah. Sekurang-kurangnya saya tahu mana awak tinggal sekarang dan tempat tinggal awak tu terjaga.”
Timah naik motor Rahmat. Rahmat mengenakan kembali topi keledarnya. Seketika kemudian, terus dia membawa motornya laju-laju ke gerai makan yang letaknya berdekatan dengan kilang tempat Timah bekerja. Sewaktu berhenti di sana, dia memberitahu Timah bahawa dia mahu makan dengannya. Dia tidak membenarkan Timah membungkus makanannya lalu makan di dalam kantin kilang. Timah bersetuju.
“Apa jadi dalam Akademi Impiana kali ini? Siapa tu... Khir yang awak minat tu macam mana nyanyiannya?” tanya Rahmat setelah dia memesan makanannya untuk dirinya dan untuk Timah.
“Dia kan nyanyi lagu Sohaimi Mior Hassan... Jadi Sohaimi Mior Hassan buat kezutan untuk melawat Akademi Impiana! Hensem lah Sohaimi Mior Hassan tu!”
“Saya minat dengan Sohaimi Mior Hassan... Saya suka nyanyi lagu dia.”
“Saya tahu... Awak pernah bawak lagu Episod Cinta Dari Bromley dengan gitar awak tu dan awak nyanyi lagu tu depan saya masa kita mula-mula kenal dulu... Sedap suara awak tu, tau!”
“Awak tak pernah puji saya. Awat tiba-tiba nak memuji ni?”
“Saya tak puji. Tapi dah kenyataan...” Timah menyedut air Milo ais yang dipesannya. “Suara awak rendah dan lunak macam Sohaimi Mior Hassan. Suara Khir pula tinggi. Mungkin sebab tu Khir kena ubah-ubah lagu tu.”
“Dia ubah macam mana?”
“Ikut style dia lah... Style R&B kata orang.”
“Hemm...” Rahmat memandang ke arah beberapa pengunjung yang sedang sibuk berbual tentang perlumbaan motor haram yang telah diadakan pada minggu lepas. Sesekali mereka akan menoleh ke arah Rahmat. Mereka kenal benar dengan Rahmat, kerana Rahmat selalu berlumba motor dan selalu juga menang.
“Awak nak tahu... semalam Sia kena marah dengan Puan Ogy.” Jelas Timah. Dia cukup tidak senang melihat mat-mat rempit memandang ke arah Rahmat seolah mahu mengajaknya berlumba dengan mereka.
“Kenapa?” seboleh-boleh Rahmat ingin menunjukkan minat.
“Sebab orang mula anggap dia tak serius nak belajar. Ramai yang komen. Sia ni dikatakan pandai menagih simpati.”
“Bukan dia ni lembab sikit ke?”
“Dia memang lembab... Tapi dia malu nak bertanya.” Timah menjelaskan. Dia menongkat dagunya sebelum menyambung: “bila awak dah duduk rumah Linus ni... Jaga sikit kebersihan awak tu. Jangan suka serakkan rumah orang. Bila awak gunakan pinggan mangkuk dia, jangan lupa bersihkan. Hormat tuan rumah--”
“Saya tahu ler... isk!”
“Bukannya apa, saya sekadar mengingatkan. Kita ni orang kampung datang ke kota. Nanti kalau kita buat salah dan silap, orang kata kita orang kampung ni banyak kerenahnya.”
“Saya tahu.” Kata Rahmat sambil meraba-raba janggutnya. Dia merenung ke dalam wajah Timah lama-lama. Dia menarik nafasnya panjang-panjang kemudian dia memegang tangan Timah yang kecil dan lembut itu. Dia mengucup tangan Timah sambil berkata dengan perlahan kalimah: “Saya sayang awak.”
11.Si gadis memasukkan baju si jejaka yang hendak dibasuhnya ke dalam mesin basuh. Dia menoleh ke arah ruang tamu. Didapatinya si jejaka sudah selesai mandi. Si jejaka duduk di kerusi sofa ruang tamu sambil menonton TV dengan memakai baju-T yang telah diserahkan kepadanya tadi.
12.Si jejaka tersenyum. Si gadis mencari cekera DVD yang bertajuk All About My Mother yang terdapat di dalam koleksi DVDnya. Justeru apabila terjumpa cekera tersebut, si gadis memainkan filem Sepanyol itu melalui alat permainan DVDnya. Tanya si jejaka:
“Suka jugak.”
“Awak pernah ke sana?”
“Maksud awak ke Sepanyol?”
“Ya.”
“Ke Sepanyol... Pernah. Kotak itu saya beli di Barcelona.”
13.Si jejaka mengambil kotak kecil yang diperbuat dari kayu yang berukir cantik yang terletak di sebelah kaca TV. Dia mengamati kotak tersebut. Dia membuka kotak tersebut sambil memerhatikan isi kotak tersebut. Dia mengeluarkan isi kotak tersebut sambil berkata:
“Kawan saya punya... Dia bawak semasa saya buat parti di sini.”
“Awak buat parti apa?”
“Parti hari jadi saya.”
“Bila?”
“Dua bulan yang lepas... Dia bawak kononnya nak memeriahkan keadaan. Awak nak rasa ke?”
“Boleh jugak... Dah lama tak isap benda alah ni semua.”
“Kenapa, awek tak bagi ke?”
“Dia tak bagi...”
14.Si gadis tersenyum. Dia mengambil kotak tersebut. Dia mengeluarkan isi kotak itu lantas diletakkan di atas meja. Dia meletakkan cebisan dedaun kering ke atas sekeping kertas halus lantas dengan teliti dia membuat gulungan agar kelihatan seperti sebatang rokok gulung. Dia membuat dua puntung lagi sehingga habis cebisan-cebisan dedaun kering yang ada di dalam kotak. Beberapa detik kemudian si gadis menghidupkan putung rokok pertamanya. Dia menghisap dahulu sebelum menyerahkan puntung rokok tersebut kepada si jejaka.
15. Si jejaka menghisap puntung rokoknya dalam-dalam. Dia menonton filem di kaca TV berskrin besar di hadapannya. Sukar untuk dia memberi tumpuan. Sememangnya dia lebih minat menonton filem di panggung. Matanya merayap-rayap melihat hiasan dalaman milik si gadis. Matanya terpaku kepada sekeping gambar berbingkai besar yang diletakkan si gadis di atas dinding bilik tamunya. Dia bertanya kepada si gadis:
“Itu bapak saya. Sebelahnya ibu saya dan adik perempuan saya. Kami ambil gambar ini ketika kami ke Rome. Dia berasal dari sana. Kami ke sana pun untuk melawat datuk dan nenek saya--”
“Awak nampak bahagia dengan mereka.”
“Memang hubungan kami rapat... Hubungan awak dengan keluarga awak macam mana?”
“Saya rapat dengan bapa sana.”
“Dengan ibu pula?”
16.Si jejaka diam. Dia menyedut lagi puntung rokok yang ada di tangannya sebelum dia menyerahkan kepada si gadis. Dia merenung ke dalam kaca TV dengan renungan yang kosong selama lebih sepuluh minit sambil merokok sehinggalah si gadis bersuara:
“Saya ada seorang ibu, seperti orang lain juga. Tapi dia tinggalkan saya dan bapa saya ketika saya berumur 2 tahun.”
17.Si gadis nampak bersalah seolah dia telah menyinggung perasaan si jejaka. Si jejaka pula terus menghisap puntung rokoknya. Dia nampaknya seperti berfikir panjang, sebelum dia berkata:
“Saya sedia mendengar...”
“Saya telah berhijrah ke KL semata-mata kerana saya mahu menemui ibu saya. Saya tahu dia berada di sini. Selepas dia meninggalkan saya dan bapa saya, dia telah berpindah ke sini.”
“Mengapa awak nak berjumpa dengan dia?”
“Saya cuma nak tahu kenapa dia tinggalkan saya dan bapa saya. Itu sahaja yang saya mahu darinya.”
18.Si gadis menarik nafasnya panjang-panjang. Dia sudah lama berhenti dari terus menghisap puntung rokok yang telah dibuatnya tadi, tetapi dilihatnya si jejaka terus merokok sehingga ke puntung rokok terakhir. Mata si jejaka kini berubah merah dan kuyu. Dia nampak mengantuk. Si gadis berkata kepada si jejaka dengan suara yang jelas jujur:
19.Si jejaka tidak menjawab. Dia sekadar mengangguk sekali. Dia menutup matanya. Si gadis mendapati air mata mengalir dari matanya yang tertutup itu.
20. Buat beberapa lama mereka diam. Si gadis mendapati si jejaka sudah tertidur lena dalam keadaan terduduk di kerusi sofanya. Si gadis mengambil bantal dan kain selimut dari biliknya lantas ke ruang tamu. Si gadis memastikan si jejaka dapat tidur dengan selesa di kerusi sofanya. Si gadis menyelimuti si jejaka kemudian menutup suis TV dan lampu. Si gadis masuk ke dalam bilik tidurnya dengan hati yang tenang...
Diari Akademi Fantasia 06-05-06
Satu hari yang amat meletihkan. Ketua di pejabat ambil cuti kecemasan. Saya perlu ambil alih tugasnya. Hari ini ada dua lawatan penting. Satu dari Jakarta, satu dari Pengarah Urusan yang baru. Juga empat puluh surat yang perlu diterjemah. Malamnya, perlu hadir untuk satu lagi pertemuan penting yang akan menentukan hala tuju masa depan hidup saya. Memang satu hari yang amat meletihkan
Aku Sedar
Puisi yang baik dari Dr Usman Awang hanya menjadi begitu membosankan kerana keadaan fizikal yang tidak mengizinkan. Mereka perlu memberikan tenaga yang berbeza-beza kepada baris-baris puisi tersebut. Kelas Cikgu Fauziah kali ini agak tegas. Lain dari yang biasa. Penggunaan perkataan bodoh beberapa kali diulang. Takut juga saya mendengar apabila perkataan tersebut diulang-ulang. Seperti satu sumpahan.
Zarina dan Zahid, dua pelajar contoh telah didenda kerana tidak memberikan sepenuh perhatian kepada puisi tersebut. Adam dan Linda perlu memberikan makna puisi tersebut sebelum menggerakkan badan. Improvisasi Nurul dan Kaer biasa sahaja. Improvisasi Mas kepada puisi Aku Sedar amat menarik dan penuh ekspresi. Beliau menjiwai baris yang perlu beliau baca.
Kelas Vokal Adnan Abu Hassan
Bob perlu memperbaiki sebutannya dengan lebih jelas lagi. Beberapa perkataan disebut dengan salah. Aspek vokal dan tone suara beliau sudah cukup baik dan sesuai dengan lagu tersebut. Begitu juga dengan Linda, vokalnya untuk lagu Panti Asuhan amat baik. Tone vokal beliau ada mirip-mirip Indonesian. Beliau diberi tunjukajar tentang melenggokkan vokalnya dengan lebih mantap dan berkesan. Hasilnya amat baik.
Mas menghadapi masalah yang besar dalam lagu ini. Nyanyiannya tidak bernyawa. Terlalu sumbang dan agak mendatar. Beliau harus memberikan ekspresi terhadap lagu tersebut. Beliau harus faham mesej lagu tersebut sebelum menyanyikannya.
Pada pendapat saya, Nurul mampu untuk membawakan lagu tersebut dengan baik. Saya berpuas hati melihat sesi latihannya. Beliau tidak harus mencuri nafas dan beliau harus sedar di mana yang perlu untuk mengambil nafas. Secara keseluruhan, saya terpegun dengan nyanyiannya serta tone suara beliau. Persembahan Nurul akan menjadi persembahan yang saya tunggu-tunggu di Konsert Vi minggu ini.
Koreograf Bebas
Tanpa bangun dari lantai, setiap pelajar harus melakarkan koreograf bebas dalam tarian mereka. Zahid memperagakan langkah-langkah yang agak biasa begitu juga Kaer. Gandingan Linda dan Zarina agak berkesan. Begitu juga dengan trio, Nurul, Farah dan Mas. Adam tidak begitu serius dengan koreografnya. Yang paling menarik tentulah Bob. Bob bijak menari dan sedar ruang di sekelilingnya. Bob juga tahu asas tarian iaitu counting.
Menuju Puncak merupakan sebuah koreograf biasa yang semakin menarik dari satu minggu ke satu minggu. Setiap pelajar semakin mendalami langkah-langkah tarian Menuju Puncak. Mas yang agak lambat dalam bidang tarian pada minggu-minggu awal telah pun dapat mendalami tariannya dengan baik. Nampak sifat serius beliau dalam kelas tarian.
Teater Muzikal Cats
Untuk menyanyikan lagu Memory, mereka diberi peluang untuk menonton teater muzikal Cats. Masing-masing terpegun melihat tayangan video tersebut. Memang sukar untuk menyanyikan lagu Memory. Perlu punya perwatakan dan lontaran vokal yang mantap.
Sebelum memulakan latihan, mereka perlu bubbling. Mas bubbling saya tertidur. Zahid mencuba. Cepat-cepat menyedari kesilapannya. Memperbetulkan kesilapannya. Cikgu Siti Hajar memuji Zahid yang sedar akan kesilapannya. Ini menunjukkan yang Zahid tahu apa yang dia buat. Bukan hanya sekadar buat sahaja. Beliau juga mampu menerangkan apa yang silap.
Memory
Mereka berlatih lagu Memory beramai-ramai. Cikgu Siti Hajar seakan mendengar seperti ada sesuatu yang tidak kena. Memilih untuk hanya lelaki memulakan latihan. Vokal lelaki berbeza-beza. Mereka membahagikan tone vokal mereka ikut kesesuaian lagu tersebut. Ada harmoni dalam vokal lelaki. Jelas kedengaran keserasian vokal mereka. Kemudian meminta pelajar perempuan menyanyi. Pada pendapat saya, nyanyian pelajar perempuan jelas berterabur. Tiada keserasian. Tidak harmoni langsung. Puncanya Mas. Vokalnya tidak bertenaga. Tidak keluar. Cikgu Siti Hajar membahagikan bahagian-bahagian dan range yang perlu dibawakan oleh Mas.
Farah telah melakukan yang terbaik. Memang sukar untuk tidak membandingkan nyanyiannya dengan Siti Nurhaliza. Tiada masalah pitching dalam nyanyiannya. Beliau harus menumpukan sepenuh perhatian terutamanya sewaktu ingin mencipta lenggok tersendiri dalam nyanyiannya.
Nyanyian Linda nyata hebat. Vokal beliau kena dengan lagu tersebut. Sebuah lagu yang menarik hasil nyanyian Linda. Tiada masalah besar untuk Linda menyanyikan lagu tersebut.
Ini berbeza dengan vokal Mas. Kedengaran agak kasar. Huskynya tidak kena dengan lagu ini. Masalah utamanya ialah keupayaan Mas untuk melontarkan vokalnya. Masalah sumbang juga menjadi musuh utama Mas.
Zarina perlu mencipta cara nyanyian tersendiri. Vokalnya kali ini agak baik berbanding dengan minggu-minggu terdahulu.Cara nyanyiannya juga bertambah baik.
Saya berpuas hati dengan persembahan Nurul. Beliau selesa dengan lenggok nyanyiannya. Lagu ini menjadi begitu senang sekali untuk didengar. Menurut Cikgu Adnan, Nurul harus mempersembahkan lagu ini sambil duduk dan kemudian berdiri apabila bahagian korus. Macam pernah dengar sahaja cadangan ini. Sheila Majid pun selalu duduk bila menyanyikan lagu ini.
Secara keseluruhan Bob telah memperkenalkan lagu ini kepada saya. Sungguh baik nyanyiannya. Sebutannya masih ada yang perlu dibaiki. Lenggok R&Bnya juga menjadi.
Adam harus memperbanyakkan vibrato dalam nyanyiannya. Lagu ini pasti menjadi menarik di tangan Adam. Adam harus berani membuka mulutnya untuk menjelaskan lagi sebutannya.
Nyanyian Zahid tidak banyak yang dapat dinilai. Terlalu sekejap.
Mas menggunakan masa yang ada untuk membiasakan dirinya dengan tarian lagu Ya Maulai. Sambil-sambil itu, Mas melakukan aksi gelek.
Adam Cuci Pinggan
Adegan ini sudah pasti memberikan undian yang mendadak untuk Adam.
Novel Bersiri Akademi Impiana: Bahagian 24
“Nok, kenapa dengan muka Sia ni?” tanya Gundutz kepada Timah. Timah menoleh ke belakang ke arahnya. Dia nampak keliru. Dia mungkin tidak faham dengan pertanyaan dari Gundutz.
“Kenapa? Muka dia elok jer.”
“Dulu kita ada ponen verangan pakai kimono Jepun bagai. La ni pulak ada pelakon kabuki. Sapa nak jawab?”
“Ko membebel apa ni?”
“Sia lah nok! Foundation kat muka dia dua tiga lapis.”
“Ye tak ya, kan? Foundation kat muka Sia tak sama dengan warna kulit dia yang lain.” Ujar Timah. Dia tidak kisah si Gundutz mengata tentang Sia, asalkan dia tak mengata tentang Khir penyanyi yang paling disayanginya.
“Muka dia pink, nok!”
“Dia tak pandai make-up kot...”
“Entah-entah memang cara orang Sabah ala-ala make up sampai muka pink tak, nok?”
“Eh takdelah. Pandai je kau ni! Kau pernah pergi Sabah ke nak cakap benda-benda ni semua?” herdik Timah. “Hantu bodoh dah masuk kat kau ni? Hantu nyanyuk?” Timah meniru cara Puan Ogy memarahi anak-anak muridnya untuk memarahi Gundutz.
“Haiyoh! Kak nam betul panggil hem bodoh!”
“Pernah pergi Sabah ke tak?” Timah mengulangi soalannya sekali lagi, Kali ini dengan nada yang lebih lembut.
“Tak pernah bah!” Gundutz kemudian ketawa. Lebih-lebih lagi apabila dia melihat Boboy mula menari apabila di suruh oleh Guru Tari Lina Yasmin untuk menari.
“Kenapa ketawa sampai keluar air mata ni?” tanya Timah kehairanan.
“Boboy bukak step vouge ala-ala Madonna, sundels!”
“Jadi kenapa? Smart apa dia joget camtu!”
“Very der adik-adik retro. Perlu ke?” Gundutz seboleh-boleh membuka langkah tarian seperti yang dilakukan oleh Boboy tadi.
“Eh, kalau kau buat nampak macam ikan paus terdampar tepi pantai tau!”
“Kejis ko Timah! Hanjs sangat!” Gundutz berhenti menari. Dia menarik baju-Tnya yang nampaknya seperti terlalu kecil untuk dipakainya ke bawah kerana baju-T itu mula menampakkan pusatnya ketika dia sedang sakan menari.
“Eh, baju ni macam pernah nampak jer... Kenapa ko pakai baju kecik ketat ni?” tanya Timah kemudian.
“Ni baju lama Rahmat. Dia bagi kat hem. Cantik kan? Baju pasukan bolasepak sekolah lama dia. Hem feeling-feeling der jantan top pakai baju ni, bley?”
“Isk! Kenapa dia bagi ko baju dia ni?”
“Hem tolong dia pindah semalam... Dia nak buang baju ni. Dia bagi kat hem ler. Tak kan ko tak tahu laki ko sendiri pindah semalam!”
Wajah Timah tiba-tiba pucat.
“Mana dia pindah? Kenapa dia tak bagitahu aku?”
“Haiyoh! Hem takmoh masuk campur hal rumahtangga korang!” Gundutz membuat isyarat tangan seolah-oleh menzip mulutnya sendiri.
Wajah Timah nampak terganggu. Dia memandang ke arah telefon bimbitnya. Mahu sahaja dia mendail nombor telefon Rahmat untuk bertanyakan kepada Rahmat mengapa perkara ini tidak diberitahu kepadanya sejak awal-awal lagi. Tetapi creditnya dah habis dek mengundi si Khir penyanyi kesayangannya itu.
“Rahmat pindah ke mana?” tanya Timah dengan suara perlahan.
“Kat rumah Kak Linus kita ler.”
“Kenapa dia tak nak bagitahu aku dia nak pindah?”
“Eh ko tanya hem buat apa? Ko tanya dia lah!” Kata Gundutz sambil memeluk tubuhnya sendiri dengan erat.
1.Gadis berambut pendek itu merenung ke dalam mata jejaka berbaju putih yang sedang duduk di hadapannya. Mereka sedang makan malam bersama. Tatkala sedang makan, mereka berbual tentang hal diri mereka sendiri. Si gadis bercerita tentang kerja sehariannya di sebuah syarikat pengiklanan terkemuka di ibukota. Kemudian si jejaka pula sibuk mahu bercerita tentang pasukan bolasepak yang dianggotainya. Ketika si jejaka sedang sakan bercerita tentang aksinya di padang bolasepak pada petang itu - sambil menyuapkan makanan ke mulutnya, cebisan makanan si jejaka jatuh ke bajunya secara tidak sengaja.
2.Wajah si jejaka berubah pucat. Katanya seraya cuba membersihkan tanda makanan di kemeja putihnya:
2.Si gadis tersenyum. Dia memberitahu kepada si jejaka agar jangan gelisah. Ada cara untuk membersihkan tanda sos spaghetti yang mengotorkan baju yang telah dipinjamnya itu. Si gadis menawarkan agar dia sahaja yang membersihkan baju si jejaka di rumahnya.
3.Si jejaka pada mulanya menolak pelawaan si gadis. Segan katanya. Si gadis tidak mendesak. Beliau sekadar tersenyum lalu berkata:
4.Si jejaka akhirnya mengalah. Dia bersetuju untuk ikut si gadis pulang ke kondominiumnya setelah mereka selesai makan malam.
5.Si jejaka membawa si gadis pulang ke kondominiumnya dengan menaiki motor kapcainya. Itupun setelah lama mereka duduk makan dan berbual di restoran La Bodega yang terletak di Bangsar itu. Si gadis mempelawa si jejaka masuk ke kondominiumnya dan seterusnya ke rumahnya.
6.Si jejaka dalam melihat keadaan dalam rumah si gadis yang cantik dihias dengan hiasan dalaman kontemporari. Yang lebih menarik perhatian si jejaka adalah koleksi buku yang memenuhi rak buku di dalam ruang tamunya. Kemudian dia memandang kepada koleksi DVD yang dipunyai oleh si Gadis:
“Suka juga... Awak pun suka juga, kan?”
“Suka... Tapi saya suka menonton di panggung.”
7.Si gadis menyatakan bahawa beliau juga suka menonton wayang di panggung. Untuk beberapa lama, mereka berbual tentang filem-filem yang mereka tonton sehinggalah si jejaka lupa bahawa tujuan utamanya ke rumah si gadis adalah untuk si gadis membantunya membersihkan tanda kotoran di bajunya – sehinggalah si gadis sendiri mengingatkan tentang hal ini kepadanya:
8.Si jejaka tersenyum malu, lantas dia membuka bajunya. Kemudian si jejaka menyerahkan baju tersebut agar dapat dibasuh oleh si gadis.
9.Si gadis menjeling ke arah sekujur tubuh yang kelihatan kekar indah di hadapannya. Si gadis tergamam buat beberapa ketika sebelum menyerahkan kain tuala kepada si jejaka tanpa memandang terus ke arahnya.
“Awak ada ke baju lelaki saiz saya?”
“Ada... Baju ex saya yang masih saya simpan.”
“Oo...”
10. Si jejaka mengangguk setuju. Si jejaka sempat memandang ke arah si gadis yang nampaknya sedang berjalan ke arah dapur untuk mencari cecair pencuci yang sesuai untuk membasuh bajunya. Si jejaka menarik nafasnya panjang-panjang. Dia sedang memikirkan tentang kekasihnya sendiri sambil menggaru-garu kepalanya. Dia cuba menghilangkan perasaan rasa bersalah yang mula menjerat dirinya. Dia cuba memberitahu kepada dirinya bahawa dia ke rumah si gadis tanpa sebarang niat yang bukan-bukan...
Abang Besar: Ada kontroversi baru mengenai lagu yang dipilih untuk Zaidi.
Kakak Besar: Kontroversi apa ni?
Abang Besar: Lagu “Where Is The Love" dari Black Eyed Peas...
Kakak Besar: Apa yang kontroversinya?
Abang Besar: Ada orang cakap dalam forum, akidah orang Islam boleh terpesong kalau dengar lagu ni.
Kakak Besar: Oh that...
Abang Besar: ...
Kakak Besar: A song is just a song lah sayang. You can interprete the song in many ways.
Abang Besar: But they don't like it. Some people think that they might loose their faith and convictions or worse still, they are afraid that some people might even want to consider to convert when they listen to this song.
Kakak Besar: Eh, don't be stupid lah. You think ada ke orang as stupid as that?
Abang Besar: In Malaysia ada kot. You know lah, over here, some people even think women who wears lipstick and wear sexy clothes should be blame if they are raped--
Kakak Besar: Ermm... Alahai!
Sajak Aku Sedar oleh Usman Awang, seperti mana yang dicernakan kembali oleh murid-murid Akademi Impiana mengikut pendapat masing-masing:
Khir: Sekarang aku mula sedar aku suka rosakkan lagu orang dengan menyanyikan lagu mereka dengan rentak R&B walaupun tak sesuai.
Sia: Sekarang aku mula sedar aku selalu sahaja blur, malas nak belajar dan degil. Aku juga sedar ramai yang akan tetap undi aku atas nama kasihan atau kerana aku dari Sabah bah...
Dara: Sekarang aku mula sedar... erkk.. BREEEP BREEEPPP
Azam: Sekarang aku mula sedar aku klon KRU yang sukakan cermin
Boboy: Sekarang aku mula sedar aku tak payah cute-cutekan muka aku untuk dapatkan perhatian
Diari Akademi Fantasia 06-03-04
Perbezaan Yang Dikenal Pasti
Cikgu Siti Hajar dapat merasai perubahan yang berlaku ke atas para pelajarnya. Semangat mereka seakan sudah hilang. Tekanan semakin hebat. Lagu semakin banyak yang perlu dihafal. Bukan semakin mudah. Semakin sukar. Koreografi semakin pelik dan semakin sukar. Walaupun cabaran semakin hebat tetapi semangat mereka semakin hilang. Itu yang Cikgu Siti Hajar rasai. Mereka seakan-akan sudah penat dan mahu sahaja keluar dari Akademi Fantasia.
Jika dibandingkan Akademi Fantasia I dan II, memang jauh benar perbezaannya. Lagu-lagu di musim pertama tidaklah sesukar musim kedua. Seperti minggu ini, kebanyakan lagu tiada elemen popular dalam lagu mereka iaitu lagu-lagu lama yang semakin dilupakan kecuali beberapa pelajar. Tekanan semakin dirasai. Emosi semakin terserlah lebih-lebih lagi kepada peminat mereka.
Kita harus tahu apa yang kita buat. Baru ada manafaat. Itulah sebabnya kita harus mempelajari teori. Kita tidak harus membandingkan antara satu sama lain. Mereka memiliki suara yang sama, bakat yang sama tetapi hanya ilmu yang membezakan mereka antara satu sama lain.
Satu nasihat penting buat saya semalam, kesederhanaan itu amat penting dalam hidup, tetapi janganlah terlalu merendah diri. Tiada siapa yang akan membantu kita melainkan diri sendiri.
Lagu Bonus
Sebuah lagu bertajuk Memory dari teater Broadway Cats. Saya pernah menonton teater ini sewaktu ianya dipentaskan di Istana Budaya dan di London. Sebuah teater yang menarik dan lagu Memory merupakan lagu paling nostalgik dalam teater tersebut. Ia pernah dinyanyikan oleh Barbara Streisand. Untuk menyanyikan lagu-lagu dari teater tentulah memerlukan penghayatan yang lebih kerana lagu-lagu tersebut punya cerita. Setiap mereka perlu ada perwatakan masing-masing, kemudian baru diberikan teknik dan seterusnya diberikan mood pada lagu tersebut.
Memory merupakan sebuah lagu yang sukar. Ia boleh mengundang sedih, boleh mengundang kegembiraan, boleh mengundang harapan. Memang sukar. Latihan yang cukup dalam masa yang singkat merupakan cabaran paling getir buat mereka.
Mas : Lontarkan Vokal
Nyanyiannya perlu ada penghayatan. Perlu ada character. Bukan sekadar nyanyian. Beliau harus melepaskan vokalnya. Barulah dinamakan menyanyi. Beberapa bahagian agak mendatar. Mas tidak sungguh-sungguh melontarkan vokalnya. Sekali lagi Mas memulakan latihannya dengan perkataan negatif. Susah ! Mas, tidak perlulah negatif lagi. Buat dahulu, kemudian baru tahu susah tidak susah.
Farah agak risau apabila menyanyikan lagu Ya Maulai. Beliau takut disamakan dengan Siti Nurhaliza. Beliau harus bijak mencipta gaya tersendiri untuk lagu tersebut.
Catwalk Corrie
Linda dan Corrie belajar catwalk. Betul seperti kata YH yang sedar tentang keintiman Linda dan Corrie. Di mana ada Linda, di situ ada Corrie. Sejak ketiadaan Fitri, Linda seakan-akan menjauhkan diri. Beliau tidak banyak bercampur.
Menuju Puncak
Ada julang-menjulang dalam Menuju Puncak kali ini. Mereka dipasangkan untuk menghasilkan kombinasi yang lebih menarik lagi. Adam dan Bob ditugaskan untuk menjulang Farah. Kombinasi Zarina dan Linda ada keserasian. Mereka nampak seksi. Mas dan Kaer kelihatan agak comel macam ibu dan anak. Zahid berlatih bersama Corrie. Tempat Nurul digantikan sementara waktu oleh Corrie. Di mana Nurul ya ? Sejak akhir-akhir ini beliau sering tidak kelihatan.
Phantom Of The Opera
Lagu ini tidak ada dalam senarai lagu tetapi sekadar menjadi bahan untuk latihan. Mereka harus mengisikannya dengan rasa.
Kaer : Bromley Versi Moden
Sebuah susunan muzik yang agak moden. Ada perubahan yang agak drastik pada lagu tersebut. Hilang keasliannya. Mungkin untuk memberikan sedikit sentuhan moden untuk disesuaikan dengan Kaer. Beliau harus menjaga tempo lagu tersebut agar kena dengan lagu tersebut. Lagu ini banyak low tone tetapi vokal Kaer tidak berapa jelas. Beliau perlu berhati-hati sedikit di bahagian yang agak rendah. Hanya kedengaran angin sahaja. Beliau turut memberikan idea tentang persembahannya kepada Cikgu Siti Hajar.
Keroncong Untuk Adam
Vokal Adam agak mendatar. Terlalu awal untuk dinilai. Adam harus berani untuk membuka mulutnya untuk melontarkan vokalnya. Adam ini seperti takut-takut untuk membuka mulutnya. Seakan-akan menjaga penampilannya. Tidak perlu control hensem sewaktu menyanyi. Cikgu Siti Hajar sendiri menasihatkan beliau agar menjatuhkan rahangnya. Adam harus ingat, pergerakan rahang turut menjadi alat untuk menghasilkan suara. Mulut pun tidak berani buka, bagaimana suara hendak keluar.
Farah dibayangi dengan igauan Siti Nurhaliza. Sekalipun betul apa yang dinyanyikan oleh beliau, ia tetap dibayangi dengan imej Siti Nurhaliza. Beliau benar-benar takut dibandingkan dengan Siti Nurhaliza. Memang kedengaran sedikit ciri-ciri Siti Nurhaliza, beliau harus berani mencuba untuk membawa lagunya dengan imej tersendiri.
Zarina masih kurang bertenaga membawakan lagu tersebut. Vokalnya masih lemah. Lagu Penantian memerlukan tenaga vokal yang agak power. Lebih lantang dan tidak terlalu meleret seperti sekarang. Banyak yang boleh dibaiki.
Encik Julian dan Bob
Kelibat Encik Julian kelihatan membantu Bob dalam sebutan Bahasa Inggerisnya. Bob banyak mendapatkan bantuan beliau untuk memperbetulkan sebutannya. Hari ini ialah hari Bob mempelajari sebutan.
Farah Dapat Stamina, Mas Dapat Apa ?
Memang seronok melihat gelagat Mas di Akademi Fantasia. Beliau seorang yang lurus dan jujur. Sudah beratus kali, kenyataan itu diulang-ulang. Mas lurus, Mas jujur. Tetapi sayangnya beliau tidak banyak memanafaatkan peluang yang diperolehi di situ. Farah gigih bersenam untuk meningkatkan staminanya untuk lagu Ya Maulai yang agak tinggi. Sebaliknya Mas bergelak ketawa mendapatkan angin dan meniru perlakuan Zarina. Farah sempat memanggil Zarina untuk melihat impersonafikasi Mas terhadapnya. Zarina menontonnya dan berlalu begitu sahaja.
Sekadar Prihatin
Sebuah koreografi yang biasa untuk lagu Zahid iaitu Where Is The Love. Cukup-cukuplah dengan koreograf yang ada. Biar tidak sukar dengan lagu ini. Zahid pun tentunya tidak mahu koreograf yang sukar kerana tumpuannya lebih tertumpu kepada lirik lagu tersebut.
Sekadar bersifat prihatin, beberapa komen telah diberikan di dalam artikel sebelum ini iaitu beberapa lirik dalam lagu tersebut tidak sesuai dinyanyikan oleh pelajar yang beragama Islam. Adalah lebih sesuai sekiranya hanya Linda yang membantu Zahid pada bahagian tersebut. Terdapat tiga gaya koreograf yang perlu mereka lakukan.
Panti Asuhan
Sambil bermain gitar berseorangan, Linda berlatih lagu tersebut. Menutup tirai Diari Akademi hari tersebut.
Novel Bersiri Akademi Impiana: Bahagian 23
“Hem tak koser lah dengan Khir tu. Suka ubah-ubah lagu. Perlu ke?” tanya Gundutz kepada Linus sewaktu dia sedang melipat lantas memasukkan beberapa helai baju Rahmat lantas dimasukkan ke dalam sebuah kotak.
“Itu lah nok, lagu Epilog Cinta Dari Bromley oleh Suhaimi Mior Hassan tu dah baik-baik klasik, dia nak rosakkan! Segala-gala lagu dia nak ponenkan! Dia hengat dia buat show kat Blue Bar ke?” Ujar Linus sambil bercekak pinggang. Dia memandang ke arah Rahmat yang nampak sedih meninggalkan bilik flat yang selama ini disewanya sejak dia sampai ke Kuala Lumpur.
Bilik yang disewa oleh Rahmat ini kecil. Biliknya ini tidak berkatil, yang ada cuma sebuah tilam yang telah dilipat. Terdapat beberapa peralatan angkat berat yang nampaknya biasa digunakan. Sebuah TV kecil dan sebuah almari plastik dengan beberapa pakaian lusuh.
“Nok, kalau lagu tu dah bagus, tak payah nak ubah just because you want to sing it like a retard.” Kata Linus sambil meniup habuk yang terkumpul di atas kaca TV kepunyaan Rahmat.
“Dia tu satu.. si Sia ni pon satu. Ko tengok dia, tak ada improvement langsung!”
“Dia memang slow ler. Koser lah kalau nak jadi penyanyi tapi blur macam sotong ni.”
“Eh bukan dulu ko minat kat dia?”
“Dulu minat ler... Sekarang tak koserlah dengan Sia tu. Kalau dia rajin belajar, nak pertingkatkan diri dia, mak tak kisah. Ini tidak!”
“Nok. Ko perasan tak pasal Sia?”
“Kenapa dengan dia nyah?”
“Dia ni, keras kepada sikit kan? Orang suruh belajar, macam susah sangat nak belajar.”
“Very der lah nok. Tak koser lah mak dengan dia. Macam mak cakap tadi... Dulu mak suka lah. Sekarang, sorry. Mak nak vote Zaidi dengan Zurina jer.”
“Wah, sama lah kita, kan? Tak macam si Timah tu nok... Mati-mati nak vote si Khir tu.” Gundutz memberitahu kepada Linus sesuatu yang susah lama diketahuinya.
“Very der!”
“Jantan seteret punya rumah memang tak perlu kan? Rimas hem tengok. Lepas ni harus kena mandi bunga bagai!” keluh Gundutz, langsung menukar topik perbualan. Dia dapat melihat Rahmat ketawa sendiri sambil mengangkat TV kecilnya, lalu dibawanya keluar ke ruang tamu lalu turun ke tingkat bawah untuk dimasukkan ke dalam kereta Linus.
“Nok, banyaknya buku omputeh dia ni.” Ujar Gundutz sambil memandang koleksi buku yang disimpan oleh Rahmat. Buku-buku tersebut sedang dimasukkan ke dalam sebuah kotak plastik oleh Linus.
“Dia curi buku-buku ni.” Jelas Linus dengan selamba. “Kalau dia pergi kedai buku, dia masukkan buku dia suka dalam jaket, lepas tu dia keluar selamba jer. Depan aku pun dia pernah nak buat. Tapi aku kata jangan... Terus aku spedo dia buku. Boleh?”
“Haiyoh! Betul ke?”
“Dia yang bagitahu aku masa kitaorang bincang pasal novel-novel yang pernah kita baca.”
“Eh perlu ke?”
“Perlu apa?”
“Dia curi buku ni semua? Lepas tu bincang dengan ko pasal novel bagai.”
“Dia nak membaca, katanya... Nak tambah pengetahuan. Lagipun dia minat membaca...” Jelas Linus. “Koser ler ko, dia nak bincang dengan mak pasal buku ke, pasal femfuan ke, dia punya pasal ler. Ko jeles ke, nyah?”
“Koser lah hem nak jeles-jeles ni!” Gundutz berkata lagi sambil menjeling. “Dia boleh speaking London ke?”
“Bolehlah sundels! Lebih baik dari kau agaknya.” Linus berdecit.
“Tak sangka pulak, kan?”
“Ko mana kenal dia sangat. Mesti ko hengat dia tu ala-ala mat rempit tak perlu, kan? Cuba lah ko selidik sikit pasal diri dia tu betul-betul. Ini tak, gossip budak-budak AI tak perlu tu jugak ko nak tahu.” Leter Linus.
“Eh, bercakap pasal gosip... Hem nak cakap satu benda ni. Tadi ko tengok Diari AI, tak? Si Lina tu ala-ala rapat dengan Carey. Kawan pompuan seopis dengan hem terus SMS kat hem kata dah mula bibit-bibit cinta di antara mereka--”
“Choiiiii!”
“Very der kan? Perlu ke?”
“Tak perlu ler. Dia nak belajar tu. Yang penonton ni buat spekulasi hanjengs buat apa?”
“Entah nok... Seronok agaknya. Ye lah, kalau dah gatal mengenyam tu, segala-galanya nak dijadikan ala-ala adegan romantik.”
“Haiyoh, gambar abang askar!” jerit Gundutz sewaktu dia sedang mengemaskan baju-baju Rahmat. Dijumpai gambar ini di bahagian paling bawah almari plastik Rahmat.
“Tastenyerrrr! Very der meletops one!” Linus memerhatikan gambar tersebut. Dia dapat melihat bahawa gambar tersebut adalah gambar lama seorang anggota tentera muda yang sedang menerima sebentuk pingat dari seorang Jeneral. Mungkin gambar ini telah diambil pada awal tahun 70-an.
“Itu gambar bapak saya.” Ujar Rahmat. Dia berdiri di muka pintu. Gundutz menyerahkan gambar tersebut kepada Rahmat. Gundutz dan Linus tersipu-sipu malu. “Gambar ini telah diambil beberapa bulan sebelum dia berkahwin.” Beritahu Rahmat sebelum menyerahkan gambar tersebut kembali kepada Gundutz.
“Gambar mak kau tak ada ke?” tanya Gundutz ingin tahu.
Rahmat menggelengkan kepalanya dengan cepat. Dia mengambil peralatan angkat beratnya lalu keluar dari biliknya sekali lagi.
Linus dan Gundutz diam. Gambar lama bapa Rahmat masih dipegang Gundutz. Dia menyerahkan gambar tersebut kepada Linus agar menyimpannya di dalam kotak yang berisi buku-buku kepunyaan Rahmat.
“Kawan aku si Janet kata... Kawan seopis dengan dia... Salina suka kat Rahmat. They actually spent the whole night together. Macam mana tu nok?” Bisik Linus kepada Gundutz.
“Eh, yer ke? Very der gossip hangat ni!”
“Betul nok...”
“Macam mana kawan kau tahu ni?”
“Kawan mak si Janet went for a surprise visit ke apartment si Salina. Tujuannya nak pinjam DVD. And then she saw Rahmat in her apartment.”
“Apa diorang buat?”
“Eh perlu ke ko nak tahu?”
“Eh nak tahu ler. Salah ke kalau hem tahu?”
“Tak salah... Tapi jangan sampai si Timah tu tahu ler!”
“Hem tak nak masuk campur lah.”
“Macam ni ceritanya. Kawan mak si Janet tu paksa si Salina ceritakan apa yang berlaku.”
“Jadi apa yang berlaku?”
“Macam ni... Mereka makan malam di La Bodega. Makan spaghetti bolognese. Di pendek kan cerita, masa si Rahmat makan, bebola daging jatuh kat baju yang mak bagi pinjam.”
“Ko bagi Rahmat pinjam baju apa nok?”
“Baju Paul Smith warna putih yang mak beli kat London tu ler... Rahmat ala-ala takut kena marah dengan mak. Ye lah, baju tu kan mahal!”
“Haiyoh... Sah-sah baju tu ko beli masa Harrods tengah sale!” Gundutz mengingatkan Linus. “ Tapi ko kan ratu. Harus ler si Rahmat tu takut, kan?”
“Vavis ko... Main-main plak! Ko nak dengar cerita ni ke tak nak?”
“Nak! Hehehehe!” Gundutz tersengih-sengih.
Linus berjalan ke muka pintu bilik Rahmat untuk memastikan Rahmat tidak masuk ke dalam bilik lantas mendengar apa yang ingin diberitahunya kepada Gundutz.
“Menurut cerita si Janet, si Salina beritahu kat Rahmat yang dia boleh bersihkan baju mak tu kat apartment dia... Rahmat mula-mula tak nak. Ye lah, pergi rumah anak dara malam-malam buta. Tapi Rahmat akhirnya setuju. Sebab si Salina ni kan sweet.”
“Khelesssss!” Gundutz memeluk tubuhnya sendiri. “Sweet ke slut, nok!”
“Sweet lah sundels! Ko nih, tak kenal budak tu ko dah panggil slut. Hanjs betul ko ni!”
“Ok lah... sorry. Pi sambung cerita!”
“Jadi Rahmat pergi ke apartment Salina nak bersihkan baju yang dia pinjam dari mak...”
“Basuh baju sampai pagi ke nok?”
“Nak bagi kering agaknya...”
“Seswatuh lah nok!”
“Mak tak nak buat spekulasi lah nok.” Linus berterus-terang. “Mak tak nak menambahkan dosa, boleh?”
“Alah... Dia bohjan lah nok!”
“Molots ko memang tak ada insurans kan?” Ujar Linus sambil membuat isyarat tangan kepada Gundutz agar diam. Rahmat masuk ke dalam rumah flat sewanya dalam keadaan lencun berpeluh. Penat dia mengangkat barang-barang kepunyaannya untuk dibawa pindah ke apartment Linus yang terletak di Pantai Hill Park itu.
“Kenapa tiba-tiba diam ni?” tanya Rahmat. Dia mengangkat kotak yang berisi bajunya di hadapan Gundutz.
“Tak ada apa-apa.” Gundutz tersenyum kelat sambil mencuri pandang ke arah Linus...
Diari Akademi Fantasia 06-01-02
Tribute Untuk Anding
Seloka Anding
Mereka duduk berkumpul bercerita tentang Anding. Bob menyatakan yang minat Anding lebih ke arah perfileman dan lakonan. Beliau turut bercita-cita untuk menerbitkan videoclip untuk 12 pelajar Akademi Fantasia.
Khabarnya, filem pendek beliau turut tercalon di dalam Festival Filem yang baru lalu, besar kemungkinan Festival Filem Malaysia yang baru sahaja berlangsung minggu lalu.
Anding seorang yang gemar membantu orang lain, beliau tidak lokek ilmu dan penyayang. Ini dapat kita lihat bagaimana beliau banyak membantu Mas dan Edlin.
Beliau seorang yang fokus, pandai menari dan berlakon. Seorang yang nampak serius, pendiam tetapi senang bekerjasama. Menurut Adam, Anding seorang yang suka membantu rakan-rakannya. Walaupun pendiam, beliau agak serius sewaktu belajar.
Andinglah yang paling lewat sekali bersiap. Rambutnya perlu disapu gel untuk kelihatan tegak sebegitu.
Satu sifat beliau yang Bob nampak ialah beliau seorang yang agak cuai dan mudah lupa.
Pada pendapat saya, Anding sememangnya berbakat tetapi bukan untuk Pilihan 5 Terbaik saya. Jika bukan Konsert V, beliau tetap akan tersingkir kerana ada pelajar lain yang jauh lebih berbakat dalam nyanyian dan mampu membawa nama Malaysia ke peringkat yang lebih tinggi lagi.
Saya mendapat khabar yang Anding mengetahui tentang kewujudan blog ini kerana beliau sendiri meminati filem dan teater.
Nasihat Tegas Pengetua
Seperti yang telah dijangka, hari tersebut mereka dimarahi oleh para Tenaga Pengajar. Tujuannya bukan untuk menjatuhkan semangat mereka tetapi sebaliknya. Tenaga Pengajar ingin membetulkan di mana silap pelajar. Mereka harus diingatkan yang kejayaan hanya akan bermula selepas tamat Akademi Fantasia.
Menurut Ramli MS, keyakinan Kaer hilang sejak akhir-akhir ini. Kaer tidak dapat menjawab soalan tersebut. Nyanyiannya lebih ke arah R&B. Sesetengah lagu tidak boleh dilenggok seperti yang telah dilakukan oleh Kaer.
Mas tidak ada perubahan sejak Konsert I hinggalah Konsert V. Pembaharuan pada Mas hanyalah ia telah belajar beberapa lagu baru. Akademi Fantasia bukan tempat untuk belajar lagu baru, Akademi Fantasia ialah tempat untuk belajar ilmu baru. Tempat untuk menimba ilmu. Tempat untuk mempelajari teknik dan asas nyanyian. Jika di luar, untuk belajar teknik dan asas nyanyian perlu dibayar. Bukan percuma. Tetapi di Akademi Fantasia ianya percuma.
Jika tekanan selama lima hari tidak dapat ditempuhi dengan baik oleh para pelajar, mana mungkin mereka dapat menempuh tekanan yang tiga minit.
Linda Bawa Toyol
Linda akhirnya tertangkap menulis lirik di tapak tangan. Beliau mengakui melakukannya kerana sukar untuk menghafal lagu tersebut. Namun demikian kerana terlalu gugup, beliau tidak pun melihat lirik di tapak tangan tersebut. Sungguh bijak alasan tersebut. Dulu-dulu masa belajar, kalau ditangkap meniru ataupun menipu dalam peperiksaan boleh dibuang universiti. Merayulah kepada Lembaga Disiplin, senaraikanlah pelbagai alasan, anda akan tetap dibuang. Sesiapa sahaja yang tertangkap cuba menipu sewajarnya diberikan hukuman yang setimpal.
Adam nampak tenggelam dalam persembahannya kerana tidak memberikan sepenuh tenaganya untuk persembahan. Beliau seharusnya lebih peka dengan keadaan di atas pentas. Terlalu ramai orang di atas pentas menyebabkan beliau nampak tenggelam.
Zahid, menurut Linda Jasmine beliau tidak berapa yakin dengan koreografnya. Beliau agak terlewat daripada penari.
Mas terlalu banyak membuang masa. Lebih-lebih lagi dalam tarian. Cikgu Linda Jasmine sendiri agak kecewa dengan persembahan Mas. Segala tenaga telah disalurkan kepada Mas tetapi hasilnya tidak seberapa. Begitu juga dengan Cikgu Corrie yang telah memberi secukup perhatian kepada pelajar yang lemah seperti Mas. Tetapi Mas membalasnya dengan pelbagai alasan. Sepatutnya sebelum beliau mengalah, beliau harus mencuba. Pada fikiran Mas telah diserapkan dengan perkataan negatif dan beliau tidak berusaha untuk memperbaiki kesilapannya.
Pelajar Contoh
Zahid terpilih sebagai ketua baru dalam Akademi Fantasia. Ia harus dijadikan contoh kepada semua pelajar. Di mata Pengetua Akademi Fantasia, Zahid harus dijadikan contoh. Apa lagi hint yang perlu diberikan kepada penonton agar mereka sedar. Ramli MS mengingatkan para pelajar tentang bagaimana beliau sendiri tidak menyukai cara nyanyian Zahid sewaktu sesi uji suara pada minggu pengenalan di Akademi Fantasia. Walaupun boleh bermain gitar dan bermain drum ianya belum cukup untuk memuaskan hati beliau. Perubahan besar telah ditunjukkan oleh Zahid. Beliau telah memanafaatkan apa yang ada di Akademi untuk menimba ilmu.
Zahid mencemburui rakannya tetapi cemburu yang positif. Ternyata beliau bersyukur dengan apa yang ada di situ lebih-lebih lagi menerima ilmu yang diperolehi dari para tenaga pengajar. Mereka telah memilih jalan tersebut. Mereka harus menempuhnya walaupun banyak cabaran yang datang.
Zarina mengakui memang ada yang tidak kena dengan persembahannya. Tetapi mengharapkan adanya bantuan dari Tenaga Pengajar untuk memperbaiki kesilapan-kesilapan yang dilakukannya. Beliau turut mengakui agak sukar untuk mengubah tabiat yang telah biasa beliau lakukan. Beliau akan menggunakan peluang yang ada untuk mendapatkan setiap ilmu yang ada di Akademi Fantasia.
Bela Diri
Mas sudah cuba untuk melakukan yang terbaik. Beliau tidak berpelajaran. Tiba-tiba disogokkan dengan pelbagai ilmu dalam satu masa. Perubahan ini berlaku dengan begitu mengejut. Beliau memerlukan sedikit ruang untuk diberi sedikit masa untuk menyesuaikan diri dengan perubahan mengejut ini.Ya, saya menerima alasan ini. Timbul sedikit rasa simpati kepada beliau. Tetapi sayangnya saya tidak mengundi berdasarkan simpati itu. Memang beliau tidak biasa dengan perubahan ini. Ia berlaku secara tiba-tiba.
Beliau seharusnya sedar dan meletakkan satu garis perbezaan antara kehidupannya sebagai orang biasa dan kehidupan sebagai seorang pelajar. Ia adalah dua perkara yang begitu berbeza. Sebagai seorang pelajar, beliau harus melupakan seketika kehidupan di luar sana. Beliau harus menumpukan sepenuh perhatian kepada pelajarannya. Beliau perlu melakukan sesuatu untuk memperbaiki dirinya. Beliau harus ingat, dengan ilmu sahajalah, kehidupan seseorang itu boleh berubah.
Lagu Baru
Farah – Ya Maulai oleh Siti Nurhaliza
Mas – Semakin Hari Semakin Sayang oleh Uji Rashid
Bob – I Can See Clearly Now oleh Jimmy Cliff
Zarina – Penantian oleh Bienda
Adam – Keroncong Untuk Ana oleh M.Nasir
Linda – Panti Asuhan oleh Hetty Koes Endang
Kaer – Epilog Cinta Dari Bromley oleh Suhaimi Mior Hassan
Nurul – Ku Mohon oleh Sheila Majid
Zahid – Where Is The Love oleh Black Eye Peas
Rata-rata pelajar menerima cabarannya dengan positif. Farah yang menepuk dahi telah dimarahi Ramli MS. Sewajarnya pelajar menerima cabaran ini dengan positif. Memang sukar, saya akuinya. Dalam masa lima hari perlu mempelajari segala-galanya tentang lagu itu. Minggu ini kebanyakan lagu yang terpilih adalah lagu-lagu yang kurang popular tetapi sedap didengar. Lagu yang biasa kita dengar hanyalah lagu Penantian dan Where Is The Love. Nurul tentunya bakal menempuh laluan sukar berhadapan dengan komen-komen dari seorang peminat setia Sheila Majid seperti saya. Blogger seperti Taufiq dan saya tentunya menantikan persembahan Nurul. Begitu juga dengan Kaer yang menerima lagu Epilog Cinta Dari Bromley. Seperti Adam yang tidak pernah terfikir akan dapat membawakan lagu Keroncong Untuk Ana. Sebuah lagi lagu nostalgia yang membawa terlalu banyak kenangan untuk diingati semula. Zahid menyukai lagunya dan juga meminati penyanyi asal lagunya.
Happy Birthday Ayah Zarina dan Semoga Selamat Menjalani Pembedahan Ayah Linda
Zarina mengucapkan Happy Birthday buat bapanya dan Linda amat berharap agar pembedahan bapanya berjalan dengan lancar. Beliau turut berdoa agar semuanya selamat.
Novel Bersiri Akademi Impiana: Bahagian 22
“Zaast! Satu-satu kena marah dengan Ramlee O.S.” Ujar Gundutz. Wajahnya nampak puas.
“Baguslah tu nok. Memang performance konsert diorang yang lepas macam hanjs. Yang bagus si Zaidi, si Zurina dan si Boboy.” Sambut Linus dengan selamba. Kadang-kala dia akan melemparkan pandangannya ke arah Timah, peminat setia Fyrul yang belum hilang rasa sedihnya lagi. Kini Timah kelihatan terkebil-kebil apabila melihat Khir dimarahi.
“Si Khir pon satu nyeh... takde improvement langsung. Kalau hem bagi lagu dangdut pon dia nak R&B kan. Perlu ker?”
“Tak perlu sundels. Adik-adik jer yang nak R&B kan segala--”
“Alah, dia nak bagi nafas baru kat lagu-lagu yang dia terima lah!” sampuk Timah.
Linus dan Gundutz buat-buat tak dengar. Mereka menumpukan perhatian mereka ke kaca TV.
“Hem suka betul dengan style Ramlee O.S. ni. Straight forward dia marah si Sia dengan yang lain-lain tu. Tapi betul lah. Si Sia tu takde improvement langsung. Slow pulak tu.”
“Mak suka cara dia jadikan Zaidi sebagai pelajar contoh.” Linus menggigit kuku jari telunjuk kanannya. “Macam itulah caranya. Pelajar yang baik dijadikan contoh!”
Kemudian mereka bertiga melihat Zaidi memberitahu kepada pelajar-pelajar lain bahawa walaupun dia kelihatan sering berjenaka dan bermain-main, tujuan utamanya ke Akademi Impiana adalah untuk belajar dan untuk mendapatkan ilmu.
“Baguslah tu nok, mak pon berkenan tengok dia menang... Lagipun dia masuk AI ni bukan untuk bercinta ke apa. Dia serius nak belajar.” Ucap Linus kepada Gundutz. Si Gundutz mengangguk setuju walaupun Timah seperti tidak puas hati. Menurut pendapat Timah, tidak adil bagi Ramlee O.S. mengetepikan pelajar-pelajar yang beliau anggap lemah (terutamanya Khir yang sangat-sangat diminatinya) dan menjadikan pelajar yang dianggapnya baik sebagai contoh. Timah teringatkan kembali zaman persekolahannya apabila perkara yang sama berlaku...
Si Leha anak pak imam di kampungnya yang selalu sahaja dijadikan pelajar contoh di kampungnya kini sedang melanjutkan pelajarannya dalam bidang kedoktoran di Ireland. Di sekolah dahulu, si Leha hanya menumpukan perhatiannya kepada pelajaran dan langsung tak ada masa untuk berkasih mesra dengan pelajar-pelajar lelaki sepertinya - yang boleh dianggap popular di kalangan pelajar-pelajar lelaki...
“Apa dah jadi kat awak ni?” tanya Timah. Matanya tepat kepada rambut Rahmat yang kini kelihatan kemas itu dan lebih pendek dari sebelumnya.
“Potong rambut lah.” Jelas Rahmat.
“Awak warnakan sekali ke?”
“Alah, highlight jer sikit.” Rahmat menaikkan suaranya.
“Isk!”
“Eh, budak lembut awak minat sangat tu... Siapa nama dia... Fyrul. Dengan kalerkan rambut dan tocang macam janda tua awak tak kisah!”
“Fyrul tu artis... Awak tu apa?” Timah bernada sinis.
“Saya apa? Mat rempit kerja kilang?”
“Dah lah saya tak nak gaduh.” Kata Timah sambil menjeling. Dia mengambil roti canai bungkus yang dipesannya tadi. Perutnya rasa lapar. Kalau boleh dia mahu makan di gerai mamak itu juga. Tetapi memandangkan dia lebih senang makan di kantin kilang dengan rakan-rakannya sambil berbincang mengenai Akademi Impiana, Timah lebih suka jika roti canainya itu dibungkus.
“Tak... Awak kena jawab soalan saya tadi. Hina sangat ke saya ni bawak motor kapcai... Kerja pun tak seberapa.” Rahmat meminta penjelasan.
“Kan saya kata saya tak nak gaduh-gaduh!” Timah menempelak. Cepat-cepat dia bergerak ke arah motor Rahmat lantas meminta Rahmat membawanya ke kilang. Dia tidak mahu lambat masuk ke shif malamnya.
Rahmat terdiam. Dia tiba-tiba memikirkan kembali pengalamannya pada hari Sabtu yang baru lepas bersama Salina...
Salina telah memberi Rahmat alamatnya melalui SMS. Beliau telah meminta Rahmat agar pergi ke apartmentnya yang terletak di Bukit Kiara. Rahmat hampir-hampir tersesat kerana beliau tidak biasa dengan kawasan tersebut.
“Maaflah, saya lambat.” Ucap Rahmat tersipu-sipu. “Tak pernah datang ke sini. Awak suruh saya cari Starbucks pun saya tak tahu kat mana.”
“Tak apa...” Salina tersenyum. Dia mula sedar bahawa Rahmat tidak lagi ber “I dan you” dengannya. Salina kini berpaling ke arah sebuah apartment mewah di belakangnya. “Saya duduk di tingkat 14. Di sebelah sana... Yang banyak pokok gantung tu.”
“Awak duduk dengan siapa? Dengan keluarga ke?” tanya Rahmat kembali.
“Tak... Dulu saya duduk di sini dengan adik perempuan saya. Dia belajar di HELP Institute. Sekarang dia dah sambung belajar ke UK. Jadi saya duduk sorang jer.” Salina menjelaskan. Dia merapatkan dirinya kepada motor yang dibawa Rahmat.
“Tak takut ke?”
“Nak takut apa?”
“Entah... Takut hantu ke... Buaya ke.” Rahmat sengaja berseloroh. Salina ketawa mendengarkan kata-kata Rahmat tadi.
“Hantu saya tak takut. Buaya saya takut.” Kata Salina sambil bercekak pinggang.
Rahmat berhenti ketawa. Dia menyerahkan topi keledarnya kepada Salina.
“Wah! Wangi helmet ni... Siapa punya? Awek awak punya ke?” tanya Salina sebelum menyarungkan topi keledar tersebut dengan tangkas ke kepalanya.
Rahmat serba salah menjawab soalan yang dikemukakan oleh Salina. Beliau mengambil sedikit masa untuk menjawab soalan dari Salina itu.
“Ya... Awek saya.” Ujar Rahmat perlahan. Dia menghidupkan enjin motornya. Dia memastikan Salina selesa di atas motornya sebelum dia mula bergerak. “Kita nak ke mana ni?” tanya Rahmat sambil melihat ke wajah Salina melalui cermin motornya.
“Awak nak makan apa?” tanya Salina kembali.
“Apa sahaja pun boleh. Saya tak kisah.”
“Kita pergi ke Bangsar boleh ke? Lagipun Bangsar bukannya jauh sangat.” Saran Salina. Rahmat bersetuju.
Mereka tiba di Bangsar. Kawasan di Jalan Maarof seperti biasa sibuk dengan pengunjung-pengunjungnya. Rahmat meletakkan motornya berdekatan dengan Devi's Corner.
“Malam ini saya belanja, ya!” Salina mengingatkan. Rahmat sekadar mengangguk. “Sebelum tu, boleh kita ke Silverfish Books dahulu?”
“Untuk apa?”
“Saya nak beli buku.” Ujar Salina. “Kawan saya kata... Ada beberapa judul buku Indonesia di sana.”
Rahmat mengangguk setuju, lantas mereka berjalan ke arah kedai buku Silverfish yang letaknya agak bersebelahan dengan Devi's Corner. Untuk ke Silverfish, mereka terpaksa menaiki tangga ke tingkat dua, lantas masuk ke dalam sebuah kedai buku kecil yang dalamnya dipenuhi buku berbagai jenis dan bentuk. Kedai tersebut nampak seperti sebuah perpustakaan kecil yang pastinya akan menarik minat sesiapa sahaja yang minat membaca.
“Irman... Mana buku-buku dari Indonesia yang kau kata ada stok tu?” tanya Salina kepada Irman yang bertugas menjaga kedai buku tersebut. Sememangnya Salina kenal benar dengan Irman kerana Salina sering menghabiskan masanya di kedai buku ini.
Irman membetulkan cermin matanya lantas menjuihkan bibirnya ke arah rak buku di hadapannya. Dia tersenyum sebelum kembali membaca sebuah buku tebal mengenai falsafah dekonstruksi Derrida.
“Awak memang minat membaca ke?” Tanya Rahmat kepadanya dengan suara berbisik. Sesekali dia akan memandang ke arah Irman, seolah Irman adalah seorang pengawas perpustakaan.
“Memang minat saya membaca.” Sambut Salina. “Kalau tak membaca... Saya rasa macam ada saja benda yang tak kena. Macam awak lah, kalau tak merokok, tak boleh, kan?”
Rahmat tersengih sambil tersenyum. “Buku Sjuman Djaya... 'Aku' pun ada?” katanya kemudian sambil mengambil buku tersebut dari rak buku.
“Macam pernah dengar jer tajuk buku ni...”
“Awak pernah tonton filem Ada Apa Dengan Cinta?”
“Oh baru saya ingat... Buku mengenai Chairil Anwar, kan?”
“Betul... Sjuman menulis buku ini dalam bentuk layar perak berdasarkan kepada kisah hidup penyair besar Indonesia itu. Tetapi filem tentang Chairil Anwar yang hendak dibuatnya, tak sempat dibuatnya kerana dia meninggal dunia. Tetapi karya tulisannya ini telah membuatkan dia dianggap sebagai salah seorang penulis besar Indonesia. ” Jelas Rahmat dengan panjang lebar kepada Salina.
“Awak pasti dah baca buku ini...”
“Sudah... Ketika masih belajar dulu, Pak Usu saya yang minat membaca galakkan saya baca buku-buku seperti ini.”
“Jadi awak memang minat membaca?”
“Memang saya minat... Tapi tak berkesempatan. Lagipun sekarang, saya tak mampu nak beli buku-buku baru--”
“Saya ada banyak buku di rumah... Awak boleh pinjam buku-buku saya.”
Rahmat mengangguk perlahan. Dia tidak menjawab. Dia dapat melihat bahawa Salina mengambil buku “Aku” tulisan Sjuman Djaya yang dinyatakan Rahmat tadi, lantas meletakkan buku tersebut di atas kaunter. Irman meneliti buku tersebut lalu menerima wang dari Salina, sebelum dia memasukkan buku tersebut ke dalam beg kertas Silverfish.
“Kita ke La Bodega, ya? Kita makan sahaja di sana.” Saran Salina. Dia melambaikan tangannya kepada Irman dengan manja. Irman tersenyum nakal sambil terus menelaah bukunya.
“Macam tempat mahal jer.”
“Alah, kan saya cakap saya belanja... Kita lepak-lepak kat sana dan berbual. Tak apa kan? Kalau awak tak selesa, kita makan tempat lain. Kat Lotus atau di warung. Saya tak kisah jika kita makan di sana--”
“Tak apa. Saya boleh makan di mana-mana.” Suara Rahmat jelas tegas. Dia melihat pakaian yang dipakai Salina yang nampak agak ranggi dan bergaya. Agak pelik juga jika Salina kelihatan makan bersamanya di warung, fikirnya di dalam hati.
Mereka berdua kini duduk di La Bodega. Di tingkat atas berdekatan dengan rak-rak buku yang ada di sana. Rahmat nampak selesa duduk bersama Salina, walaupun dia terpaksa mengambil beberapa ketika untuk membiasakan dirinya berada di sebuah tempat eksklusif seperti itu. Nasib baiklah dia mendengar kata-kata Linus agar meminjam dan memakai pakaiannya agar dia nampak lebih kemas dan bergaya ketika keluar makan malam dengan Salina - jika tidak, pasti dia akan merasa kekok berada di dalam restoran ini.
“Awek awak tu tentu cantik...” kata Salina dengan tiba-tiba.
Tercengang Rahmat apabila dia ditanya soalan begini oleh Salina. “Boleh tahan lah. Cantik jugak.” jawab Rahmat tersekat-sekat.
“Dia di mana sekarang?”
“Di rumah kawan... Gundutz namanya.”
“Buat apa?”
“Petang tadi dia belajar buat kek dengan Gundutz. Kemudian mereka tonton rancangan Akademi Impiana bersama-sama... Abang Linus pun ada sekali.”
“Awak nak tahu apa?”
“Apa dia?”
“I thought you and Linus are lovers!” Salina tersenyum malu.”Ye lah, the first time I saw you guys, that's what I thought... Sehinggalah you kata helmet yang you bagi I pakai tu helmet awek you--”
“Eh takdelah. Kita kawan jer.” Beritahu Rahmat membalas senyuman Salina. “Tapi kenapa awak fikir begitu?”
“You are so... Goodlooking that I thought you are either taken or you're gay... So you're taken. Untung girlfriend you tu.”
Rahmat menarik nafasnya. Kemudian dilepaskan dengan perlahan. Dia sedang memikirkan tentang Timah. Pastinya Timah sedang berada di rumah Gundutz pada waktu ini sambil menonton rancangan Akademi Impiana.
“Kenapa awak tak ikut tonton rancangan tu dengan dia?”
“Dengan siapa?”
“Awek awak tu... Siapa nama dia?”
“Fatimah binti Faisal... Panggil saja Timah.”
“Timah...” Salina senyum sambil menongkat dagunya dan mendengar penjelasan Rahmat dengan penuh minat. “Kan lebih baik awak temankan Timah menonton rancangan Akademi Impiana dengannya.”
“Dah saya janji nak keluar makan dengan awak... Lagipun saya tak suka sangat nak tonton rancangan tu. Tak ada faedah langsung!”
“Kalau awak cakap siang-siang kat saya pasal Timah kan bagus. Boleh saya jemput Timah makan sekali.” Kata Salina dengan jujur.
“Dia tak minat nak keluar sejak kebelakangan ini. Dia nak tonton TV sahaja.”
“Rancangan Akademi Impiana tu ke?”
“Ye lah, rancangan apa lagi...”
“Tak apalah... Dah minat dia. Awak layan je lah.” Ujar Salina. Dia tersenyum melirik. Rahmat memandang ke dalam wajahnya dalam-dalam. Ada sesuatu tentang diri Salina yang cukup-cukup disenanginya. Dan ada sesuatu tentang diri Salina yang membuatkannya mahu merapatinya dan mengenalinya dengan lebih dekat lagi.

