Diari Akademi 07-05-06
Zahid turut mengajar Nurul dan Mas tentang asas dalam nyanyian dengan bantuan piano. Mereka diajar untuk menghasilkan tangga nada dalam 1 setengah octave. Nurul melakukannya dan mencuba sehabis baik.
Menuju Puncak
Saya tidak pernah memberi komen tentang latihan koreograf Menuju Puncak kerana saya menyukai gerak dan langkahnya. Dibuat dalam gerak perlahan, setiap pelajar cuba mendapatkan gerak selari untuk mencantikkan lagi langkah dalam lagu tersebut.
Smooth Criminal merupakan lagu yang sukar, baik dari segi sebutan lirik juga koreografnya. Adam bakal menghadapi satu cabaran besar untuknya. Bob dilatih oleh Cikgu Corrie untuk langkah tarian lagu tersebut.
Farah Homesick
Kasihan Farah kerana rindukan keluarganya. Adam bertanyakan sama ada Farah rindukan Zarina. Zahid sibuk mendapatkan sikat dari beg Farah untuk mencuba menyikatkan rambut Farah. Farah kemudiannya dilayan seperti Puteri sewaktu di meja makan. Seperti mengada-ada pula bila ditonton. Makan bersuap, berkali-kali enggan dan kemudian akhirnya mengalah.
Kelas Seni Persembahan: Aksi Ketam
Mereka harus mencipta improvisasi pelbagai tentang ketam dalam emosi sinis, minah kepoh, ketawa, jenaka dan lain-lain.
Kaer membawakan watak ketam yang agak childish. Adam membawakan watak sultan ketam dan Mas membawakan watak Nenek Kebayan ketam. Mas memberikan lakonan yang penuh penghayatan serta postur tubuh yang kena dengan wataknya. Intonasi dialog beliau juga kena dengan wataknya. Sebuah lakonan yang hebat dan turut dipuji oleh Cikgu Fauziah Nawi. Kaer dan Adam masih tercari-cari identiti mereka dalam lakonan. Intonasi dialog Adam agak mendatar dan tiada karisma seorang sultan.
Pelajar Terima Kad Kemajuan Pelajar
Tek asal diadaptasi dari http://yatiathome.blogdrive.com
Ramli MS menginatkan pelajar tentang matlamat penubuhan Akademi Fantasia dan tujuan mereka berada di situ. Ia bukan untuk menghasilkan satu lagi klon Siti Nurhaliza atau pun Jamal Abdillah. Sebaliknya untuk mengcungkil, menggilap bakat-bakat baru. Orang seni harus sensitif yang bekerjasama dengan minda untuk bersifat lebih terbuka. Akademi Fantasia bukannya kilang fotostat untuk menghasilkan artis-artis tiruan.
Kaer
Emosi Kaer merupakan rintangan utama yang akan membantutkan kerjayanya. Beliau tidak seharusnya membunuh dirinya sendiri. Beliau harus bijak mengawal kemarahan dirinya. Tanpa kawalan kemarahan, beliau tidak akan mampu untuk mengawal kerjaya seninya. Berkenaan dengan vokal, rangenya terlalu terhad. Beliau harus menerima segala ketentuan Tuhan. Aset utama vokal Kaer ialah warna pada vokalnya.
Farah
Range vokal yang ada pada Farah amat mengkagumkan. Para komposer akan menjadi lebih kreatif dan lebih bersemangat jika berkerja dengannya kerana rangenya terlalu besar. Dengan range yang besar, imaginasi para komposer akan menjadi lebih besar juga. Kelemahannya ialah beliau harus belajar mendewasakan dirinya supaya bakat seni yang ada dalam diri Farah akan cepat dewasa.
Nurul
Beliau seorang yang insecure yang tidak punya keyakinan pada diri sendiri. Semangatnya lemah. Beliau telah diajar setiap aspek dalam nyanyian tetapi tidak banyak digunakan apabila berdepan dengan kenyataan. Sebaliknya, beliau menjadi seperti sebelum memasuki Akademi Fantasia. Tiada perubahan.
Bob
Tahap Bob sewaktu kali pertama dilihat menyanyi, beliau melebihi pelajar lain dari semua segi. Ramli MS melihat beliau umpama mesin fotostat yang agak unik kerana bila fotostat hitam, hasilnya warna merah dan pelbagai. Perubahannya ke arah profesional walaupun tidak besar. Bezanya Bob dengan pelajar lain ialah Bob dianggap amatur dan bukannya pelajar. Bob tidak menumpukan perhatian kepada vokalnya. Beliau mengingatkan Bob akan dapat mempertingkatkan nyanyiannya untuk dibawa ke peringkat profesional. Memasuki Akademi Fantasia sebagai amatur dan beliau seharusnya keluar sebagai penyanyi profesional.
Linda
Ramli MS menyenangi bakat yang ada di dalam diri Linda. Beliau mengharapkan Linda menghargai bakat yang ada di dalam dirinya. Beliau harus hormat kepada Tuhan yang telah mengurniakannya bakat tersebut. Rangenya melebihi pelajar lain, lebih tinggi daripada Farah. Satu note lebih tinggi dan yang paling tinggi pernah beliau jumpa sepanjang 30 tahun beliau di dalam industri seni. Beliau harus menghargainya. Ramli MS menegaskan yang beliau tidak suka bekerja dengan orang yang tidak serius. Beliau tidak mahu membuang masa.
Adam
Adam sukakan perkara yang teratur dan dirancang dengan rapi. Seperti kata Ramli MS, Adam seorang yang control handsome. Memang bagus menjadi seorang yang teliti dan mengambil berat setiap aspek. Sepatutnya begitulah juga dengan muzik yang dibawa oleh Adam. Jika beliau peka dengan dirnya tentang apa sahaja, beliau seharusnya peka jugak dengan apa yang beliau buat. Adam harus bekerja keras. Jiwanya banyak terarah ke arah rap seperti Kaer ke arah R&B. Jika ada kemahuan, beliau harus mencuba mendapatkan gelaran Raja Rap itu. Nyanyiannya perlu digandakan lagi dan beliau dapat melihat perubahan positif dalam dirinya.
Mas
Vokal Mas adalah yang paling unik dalam Akademi Fantasia. Kejujurannya berkawan adalah contoh dan sifat yang patut dicontohi oleh pelajar lain. Vokalnya jenis yang kita tidak biasa dengar dalam dunia hiburan tanahair. Halangan dan tembok yang menutupi keunikan vokal Mas ialah beliau tidak dapat membezakan tangga bunyi yang menjadi asas dalam nyanyian. Macam Rukun Iman dalam Islam. Wajib tahu. Nyanyiannya masih di takuk yang lama. Bermula pada saat pertemuan sehingga sekarang tiada perubahan baik yang berlaku pada Mas baik di dalam kelas mahu pun sewaktu konsert. Pada pemikiran Mas semua bunyi itu sama padanya. Itulah sebabnya bila beliau menyanyi, yang sumbang pun didengar sedap.
Zahid
Ramli MS menekankan tentang pentingnya ilmu dalam Akademi Fantasia. Beliau tidak banyak menyebut banyak tentang Zahid kerana semua sudah tahu Zahid adalah pelajar contoh yang banyak merebut peluang yang ada. Beliau tidak melihat apa yang terjadi di pentas sahaja, turut melihat perkembangannya di sekolah. Keutamaannya ialah di sekolah bukannya di pentas. Zahid bijak merebut peluang walaupun beliau tidak menulis tetapi beliau boleh mengingatinya dengan baik.
Galah Panjang
Tekanan yang diterima sepanjang minggu lepas dan awal minggu ini perlu diredakan. Awal minggu ini terlalu banyak kemarahan yang timbul di dalam Akademi Fantasia. Pengetua rata-ratanya tidak berpuas hati dengan persembahan dan perkembangan sesetengah pelajar.
Dalam Kelas Seni Persembahan mereka berpeluang untuk bermain galah panjang. Satu permainan di zaman kanak-kanak. Jika di zaman sekolah dulu, permainan ini gunakan garisan gelanggang badminton sebagai panduannya.
Tidak pula saya teliti, kumpulan siapa yang menang. Hanya menonton sahaja.
Belajar Bahasa Tamil
Jika ada kemahuan untuk belajar bahasa Tamil, mereka sudah ada gurunya. Encik Julian mampu untuk berbahasa Tamil dengan baik. Beberapa perkataan asas sudah boleh diajar kepada mereka.
Tengok Gambar Lama
Sesi seperti ini akan diadakan pada setiap minggu. Sekurang-kurangnya para pelajar dapat melihat semula foto mereka dan memberi komen sesama sendiri. Saat mereka melihat gambar Zarina, mereka terdiam sebentar dan kemudian puji-pujian pun mengalir seperti air.
Kita Insan Biasa
Mereka menyanyikannya dengan baik. Baik perempuan mahu pun lelaki. Kaer harus mengetahui melodi asal lagu tersebut. Cukup-cukuplah dengan telo R&B anda itu sehingga Cikgu Adnan menyarankan mereka agar mendengar melodi asal lagu tersebut.
Kemunculan Dayangku Intan ke Akademi Fantasia memang mengejutkan kerana ramai di antara kita yang seakan sudah melupai beliau. Para pelajar juga kelihatan tercengang-cengang kerana tidak mengenali beliau. Beliau memuji para pelajar yang mampu menyanyikan lagu tersebut dengan baik. Panduan paling penting yang diajar kepada mereka ialah mereka harus mendengar sahaja muzik lagu tersebut. Bawakan dengan penghayatan dan pasti mereka mampu menyanyikannya dengan baik. Beliau turut menegur Mas dan Nurul yang pada firasatnya agak kerisauan. Wajah mereka jelas mempamerkan emosi kerisauan. Mereka harus mencontohi Adam yang menyanyikan barisnya dengan penuh penghayatan.
Separuh dari sesi bersama Dayangku Intan, muncul Jay Jay pasangan duetnya dalam lagu tersebut ke Akademi Fantasia. Menurutnya, bakat bukan diberikan. Kita harus cari dan pertingkatkannya dengan ilmu. Terpandang sahaja kepada Mas, beliau teringat untuk bercerita tentang merendah diri. Memang sifat itu harus ada di dalam diri setiap manusia tetapi mesti ada sedikit keyakinan. Setiap manusia sememangnya telah dilahirkan dengan kelebihan dan kekurangan diri masing-masing. Tidak ada yang 100% sempurna. Memang mustahil.
Adakalanya nyanyian kita kedengaran agak flat, mendatar dan ada sedikit sharp, tetapi jika ia dinyanyikan dengan penghayatan dan emosi, tidak mengapa. Jay Jay turut berkongsi pengalamannya di dalam studio bila mana produser melepaskannya jika penghayatannya bagus walaupun ada kesilapan pada nada.
Menyanyi perlu ada penghayatan. Sama seperti berlakon yang mana emosinya datang dari dalam diri. Barulah mesej lagu tersebut sampai kepada penonton. Jangan takut untuk melakukan kesilapan kerana setiap yang baru pasti ada rasa kekok. Harus punya sifat ikhlas dan berikan yang terbaik yang termampu.
Sebelum pulang, Dayangku Intan menghadiahkan mereka satu layang-layang sebagai tanda kenangan. Beliau menyanyikan lagu Berpaut Di Dahan Cinta dengan iringan gitar oleh Jay Jay dan kemudian meneruskan persembahan dengan lagu Joget Angan Tak Sudah.
Novel Bersiri Akademi Impiana: Bahagian 29
Kakak Besar: You dah panggil bomoh tu datang ke?
Abang Besar: Dah...
Kakak Besar: Banyak kerenah betul kampus baru ni. Macam-macam hal!
Abang Besar: Salah you jugak nak tempat yang diberi percuma.
Kakak Besar: Dah ada orang sponsor... Ambik je lah!
Abang Besar: Tapi sekarang, tengok lah apa dah jadi? Kesian I tengok si Nur tu. Selalu saja histeria. Semalam you tahu apa dia cakap masa bomoh datang cuba redakan keadaan?
Kakak Besar: Apa?
Abang Besar: Dia kata dia dari Banting. Macam mana tu?
Kakak Besar: Lagi?
Abang Besar: Dia kata umur dia 12 tahun...
Kakak Besar: Now, that's scary! Macam The Ring pulak, kan?
Abang Besar: Tapi kesian si Nur tu. You tengok lah keadaan dia sekarang... Lemah jer. Have you seen the dark circle around her eyes, lately?
Kakak Besar: Alah, make-up artiste boleh cover.
Selain dari Sia, Gundutz juga telah hilang tahap kesabarannya dengan Khir. Gundutz juga dapat merasakan bahawa guru vokal Zainal Abu Hassan sudah hilang tahap kesabarannya dengan si Khir yang suka sahaja merosakkan lagu-lagu ciptaan orang lain semata-mata untuk menutupi kelemahannya menyanyi.
Ketika menyanyikan lagu Jay Jay & Dayangku Intan, Kita Insan Biasa para pelajar lelaki yang lain nampaknya berjaya menyanyikan lagu ini dengan baik. Khir pula, apabila tiba gilirannya untuk menyanyi, telah mengubah melodi lagu sesuka hatinya.
"Ada CD lagu originalnya tak?" tanya Zainal tanpa ditujukan kepada sesiapa. Para pelajar mengangguk. Mereka faham bahawa soalan ini telah ditujukan kepada Khir.
Boboy memikirkan dia harus melakukan sesuatu untuk menyelamatkan keadaan. Dia cukup mengerti jika dia melakukan perkara ini, orang akan menganggapnya cuba besar kepala atau cuba berlagak pandai, lebih-lebih lagi peminat fanatik Khir yang kurang rasional itu (sebenarnya, peminat-peminat fanatik mana-mana pelajar boleh dikatakan kurang rasional atau bersifat keterlaluan memuja pelajar yang mereka minati). Tetapi, demi persembahan yang cemerlang, fikirnya dia perlu membetulkan nyanyian Khir yang cenderung mahu merosakkan lagu yang dinyanyikan mereka secara berkumpulan.
Khir buat-buat mendengar pembetulan yang cuba dilakukan oleh Boboy. Dia cuba berlakon dengan sebaik mungkin agar Boboy tidak mengganggunya lagi. Apa yang penting baginya sekarang, dia perlu mengubah lagu ini mengikut citarasanya sendiri.
"Vencislah nok perangai ponen ni. Hem dah bosan teramatz ni." adu Gundutz kepada Linus dengan berbisik kepadanya. Dia memastikan agar Timah tidak mendengar apa yang diperkatakannya tadi.
"Inilah jadinya kalau range suara terlalu limited nok. Dah tu degil tak hengat!" Linus membalas. "Tu pon Timah nak vote. Perlu ke?"
"Tolonglaaa Sikit!" Bentak Timah tiba-tiba. "Khir ada cara dia menyanyi tersendiri. Dia tak cuba nak jadi klon. Korang nak tengok ke satu lagi Ferhad, satu lagi Glenn? Satu lagi Marcell? Ada satu sahaja Khir and he's the original. Yang lain dari penyanyi yang lain. So pleazzeelah korang nak cakap yang dia takde bakat, suara takde range dan merosakkan lagu... HE IS DEFINITELY NOT DOING THAT!!! Apa yang dia buat kepada lagu-lagu yang dia dapat adalah untuk fit kebolehan vokal yang dia ada! Khir ada bakat besar! So pleazeee lah, bukak mata korang yang torek tu!" Timah menengking dengan matanya terbeliak marah.
"Kan hem dah cakap, kalau nak komen pasal Khir tu kita kena bisik-bisik! Kan sekarang dia dah speaking London bagai!" beritahu Gundutz kepada Linus yang mengesat mukanya akibat tempias air liur dari Timah.
"Terima kasih kerana sudi temankan I lunch." Ucap Salina dengan malu-malu kepada Rahmat. Mereka bertemu di hadapan Starbucks seperti mana yang telah dijanjikan tepat pada masanya. Salina dan Rahmat masuk ke dalam Starbucks, Pusat Bandar Damansara, lantas terus mereka mencari tempat duduk yang sesuai.
"Hari ini saya belanja awak." Ujar Rahmat dengan suara yang yakin.
"Eh tak apalah!" Salina menggeleng laju. Dia tahu pendapatan Rahmat sebagai "despatch rider" tidaklah tinggi sangat.
"Saya serius ni... Saya nak belanja. Awak duduk saja di sini." Tegas Rahmat. Dia berjalan ke arah kaunter untuk memesan minuman dan makanan. Beberapa minit kemudian dia berjalan sambil menatang sebuah dulang kecil yang dipenuhi dengan makanan dan minuman yang telah dipesannya. "Saya tak suka kalau awak asyik keluar duit nak belanja saya."
"You are so old fashion!" bantah Salina sambil menyedut air frappuccinonya.
"I bukan lelaki metrosexual--"
"Thank God you are not!" Salina tersenyum manja. "By the way... Bank Kumpulan Lestari suka dengan iklan yang kita buat minggu lepas."
"Dah siap ke iklan BKL tu?"
"Rough cutnya baru siap kelmarin. Bila siap, mereka nak terus tengok! And they loved it!"
"Jadi... Iklan ni akan keluar di Indonesia sahaja?"
"Ya. And you know what? There's another Indonesian client that we have that might want to use you as a talent."
"Iklan apa pulak ni?"
"Iklan ubat gigi--"
"Lawak lah!" Rahmat ketawa berdekah-dekah.
"I'm not joking!"
"Kenapa nak ambil saya pulak?"
"You have a nice smile."
"Ye ke?"
"Well, sekurang-kurangnya, itulah apa Daniel Chang cakap."
"Siapa dia tu?"
"Art Director yang ditugaskan untuk buat iklan ubat gigi tu--"
"Kalau dia nak ambil saya kerja... Saya tak kisah. Rasa seronok pulak."
"Memang seronok jadi talent ni--"
"Dah tu, bagus jugak iklan tu keluar kat Indonesia."
"Kenapa?"
"Saya tak nak jadi terkenal kat sini. Rimas pulak nanti!"
"Kadang-kadang, benda macam ni kita tak boleh halang... If you are meant to be famous, you will be famous. Kalau seseorang tu gila glamer, tapi memang dia tak ditakdirkan untuk jadi terkenal... Sampai ke tua pun orang tak akan terkenal!"
"Betul jugak tu." setuju Rahmat. Kemudian dia dapat melihat perubahan di wajah Salina. Salina memandang ke hadapan. Rahmat menoleh. Dia dapat melihat seorang lelaki berjalan ke arah mereka.
"They told me you would be here." Kata lelaki tersebut dengan perlahan kepada Salina. Lelaki tersebut memandang ke arah Rahmat dengan wajah yang curiga. Lelaki yang berkulit sawo matang itu bertubuh tinggi dan kurus.
"Rahmat... This is Badrul." Jelas Salina. Badrul dan Rahmat bersalaman. Badrul menarik nafasnya dalam-dalam. Wajahnya terlukis raut penuh dengan rasa sesal.
"I nak jumpa you ada hal--" Badrul menggaru-garu pipinya.
"Hal apa?"
"You know... I thought we could talk in private. I didn't know you have company."
"I thought we've agreed not to meet each other again. I tak nak kacau hubungan you dengan... What's her name again? Fazliana? Farina?"
"Ferina Nurshahidah Putri--"
"Yeah, like whatever!"
"I think we have to talk. If only you could give me the chance to talk--"
"Di sini bukan tempatnya." Wajah Salina jelas serius. Dia kemudian memandang ke arah Rahmat. Di dapati Rahmat memandang ke arah lain seolah-olah tidak mahu masuk campur dengan hal yang dibincangkan oleh Badrul dan Salina.
Badrul tidak mahu berganjak. Salina mengeluh sebelum dia berkata:
"Okay, I promise I will call you afterwards if you promise to leave me alone right now. We'll find some time to talk. Lagipun, some of your stuffs are still in my condo. It's about time I give them all back to you."
Badrul mengangguk setuju. Dia berjalan keluar dari perut Starbucks dengan langkah yang lesu. Sesekali dia akan berpaling ke arah Salina, tetapi didapatinya Salina terus menumpukan perhatiannya kepada Rahmat.
"Siapa mamat tu?" tanya Rahmat kepada Salina.
"Ex saya--"
"Dah lama kenal?"
“Kami mula berkenalan ketika kami belajar di London dahulu...”
"Jadi dah lama lah ni?"
"Memang lama."
"Jadi kenapa berpisah?"
"Dia bosan dengan saya agaknya. Dia cari perempuan lain. Kemudian saya dapat tahu dia ada hubungan dengan orang lain. Akhirnya kerana tak tahan, saya yang minta agar kami berpisah."
"Isk... Bodoh!"
"Excuse me?"
"Dia bodoh cari perempuan lain." Rahmat berterus terang. "Bukan awak yang bodoh."
"Yes... I think he is. Bergelar doktor pun tak guna!" Keluh Salina.
"Awak tak suka dia datang menganggu awak macam ni?"
Salina menggeleng pasti. Sememangnya Salina tak suka. Kalau boleh dia tidak mahu bersemuka dengan Badrul lagi sampai bila-bila. Dia pernah sayang kepada Badrul setengah mati walaupun Badrul bukanlah tergolong dalam golongan lelaki kacak mahupun segak, kerana Salina telah menerimanya dengan seadanya. Salina pernah menyayangi Badrul kerana satu ketika dahulu Badrul pernah mahu berjanji untuk sehidup semati dengannya. Mereka pernah bercinta. Kini, semua rasa cinta Salina kepada Badrul telah lama musnah, malah digantikan dengan rasa benci. Salina cukup benci dengan Badrul kerana Badrul telah menghancurkan hatinya.
"Kalau dia cuba ganggu awak lagi. Awak beritahu kepada saya." Kata Rahmat dengan suara yang tegas. Dia dapat melihat Salina sekadar tersenyum. Kemudian dia terdiam. Salina tidak banyak bercakap dengan Rahmat sejurus selepas Badrul datang mengganggunya tadi...
Berikut merupakan rancangan Reality TV yang sepatutnya diadakan, tetapi tidak mungkin akan menjadi kenyataan di Malaysia... (dipetik dari blog AntiAF)
1. Who will become an Ustaz
Reality show yang menampilkan peserta 12 lelaki yang akan bersaing untuk menjadi seorang Ustaz. Mereka akan ditempatkan disebuah madrasah dan
akan diuji ketahanan dari segi membaca alquran, menunaikan sembahyang wajib, menunaikan sembahyang sunat, azan dan lain lain... Setiap minggu akan di akan pertandingan memberi tazkirah di hadapan penonton yang juga akan disiarkan live dikaca Televison.. Peserta akan dinilai oleh juri profesional (30%) dan sms penonton (70%) pemenang akan mendapat pakej haji percuma.
2. Akademi Islamiah
Reality show yang mengambil 12 budak budak yang telah sesat dan rosak akhlaknya. Mereka akan ditempatkan di sebuah banglo, dan akan diajar cara hidup islam. Mereka akan 'dikurung' di dalam sebuah rumah banglo lengkap dengan 13 kamera CCTV. Setiap minggu mereka harus menunjukkan apakah kepakaran dalam Islam yang telah mereka pelajari, di hadapan penonton secara "live". SMS penonton akan menentukan peserta yang layak untuk menang (pilih berdasarkan taraf keinsafan mereka). Mereka menangis kerana menginsafi dosa yang lalu.
3. Muslim Idol
Reality show untuk mencari penceramah Islam terbaik di malaysia. Peserta yang dapat memberi ceramah yang mengusik jiwa penonton akan mara ke peringkat seterusnya hingga ke akhir. Peserta diadili oleh penonton melalui SMS. Pemenang akan mendapat peluang merakamkan lagu nasyid dan juga CD ceramahnya.
4. Bintang RTM (Remaja Tahu Mengaji)
Sebuah lagi program dari stesen kerajaan Islam Hadhari kita iaitu berbentuk program tahu mengaji. Peserta diajar cara membaca secara tartil, bertajwid dengan betul, menghafaz Quran dan berlagu. Peserta yang berjaya akan mendapat cahaya nur Quran.
5. Audition
Rancangan ini berbentuk audition untuk meneruskan pengajian dalam bidang agama samada IPT dalam negeri atau pun luar negeri. Tajaan akan diberikan kepada yang berjaya. Syarat layak masuk kepada semua yang cintakan Islam dan para pendokong Islam.
Diari Akademi 07-03-04
Keluhan Cikgu Fauziah Nawi
Mas memohon maaf kerana tidak memberikan yang terbaik sewaktu persembahan konsertnya minggu lepas. Kekesalan pada gurunya amat terasa kerana menganggap Mas boleh melakukan yang terbaik. Namun demikian, Mas telah mencuba sehabis baik. Sayang sekiranya Mas tidak menggunakan kelebihan dan peluang yang ada. Menurut Mas beliau masih malu dan gugup. Cikgu Fauziah menerangkan mengapa mereka marah dengan Mas kerana pada anggapan mereka Mas tidak melakukannya dengan bersungguh-sungguh.
Pada bahagian seterusnya, Nurul kelihatan seperti baru sahaja menangis. Mas cuba menegurnya tetapi dijawab dengan agak tinggi oleh Nurul yang menyatakan yang beliau tidak OK. Cikgu Fauziah bijak memujuk hati Nurul lalu mempelawanya untuk disuap. Menurut Nurul beliau kesedihan bukan kerana lagu.
Kelas Cikgu Siti Hajar
Kaer hanya berjaya apabila ada satu note sahaja tetapi apabila banyak beliau seakan hilang. Bob walaupun berjaya tetapi ada sedikit lari tonenya. Beliau perlu melontarkan vokalnya dan bukan menyimpannya kerana terlalu berhati-hati. Zahid berjaya melakukannya dengan baik. Adam tidak mampu untuk melontarkan vokalnya ke hadapan. Mas pula diajar satu note ke satu note oleh Cikgu Siti Hajar. Untuk pengetahuan semua, ini minggu ke tujuh bukan minggu pertama.
Lagu Bonus
Pengetua Ramli MS melakukan pembahagian lirik untuk lagu Dua Insan dan Kita Insan Biasa. Cara nyanyian mereka masih tiada harmoni dan masih terlalu awal untuk dinilai.
Kelas Seni Persembahan Cikgu Fauziah Nawi
Kelas yang agak biasa dan terlalu rutin. Tidak banyak pembaharuan yang berlaku di dalam kelas ini hari ini. Agak membosankan lebih-lebih lagi mata melawan mengantuk selepas seharian sibuk mengendalikan satu majlis sebentar tadi.
Sewaktu kehadiran Uji Rashid ke Akademi Fantasia, beliau tidak berkesempatan untuk menyerahkan cenderamata kenangan untuk para pelajar. Hari ini beliau mewakilkan kepada Cikgu Mahani untuk menyerahkan cenderamata darinya kepada pelajar. Setiap seorang menerima satu. Mas menerima cenderamata yang paling besar dan berwarna merah.
Kelas Imej bermula yang menekankan tentang bagaimana mereka harus membawa diri mereka. Cara berpakaian, penampilan mereka, juga adab di meja makan akan diberi tunjuk ajar oleh Cikgu Mahani. Perkara pertama yang dilakukan ialah cara berjalan. Zahid seorang yang jenis berjalan tunduk dan telah ditegur oleh Cikgu Mahani. Bob perlu berjalan dengan lebih sasa. Begitu juga dengan pelajar perempuan seperti Nurul, Linda dan Farah yang ada kesilapan mereka masing-masing.
Membina imej bukan bermakna kita bertukar menjadi orang lain tetapi hanya untuk menjadikan diri kita lebih baik dari sekarang.
Nasihat Encik Julian
Mereka dinasihatkan oleh Encik Julian agar menjaga berat badan. Mereka bersarapan pagi. Zahid makan, Adam makan, Bob makan, Kaer makan dan Linda pun makan. Kecuali Farah, Nurul dan Mas yang sedang diet.
Kelas Vokal Cikgu Siti Hajar
Latihan Zahid menyanyikan lagu Cinta Sakti tidak ada yang menarik. Beliau ditegur agar tidak terlalu menyimpan vokalnya dan tidak melontarkan vokalnya dengan betul. Cikgu Siti Hajar menasihatkan beliau tentang jenis orang yang suaranya ke bawah, sekarang tidak boleh menyanyi lagi.
Linda belajar beat untuk lagu Akan Ku Tunggu. Seperti lagu Tak Tahan Lagi, Linda seakan-akan punya masalah tempo. Lagu ini memang rancak dan agak laju. Linda perlu beri perhatian kepada tempo dan beat.
Persembahan latihan Kaer juga biasa. Seperti kebiasaannya beliau akan cuba untuk menukar lagu tersebut mengikut citarasanya yang tersendiri tanpa mahu mendalami melodi asal lagu tersebut. Menurut Siti Hajar, beliau mahu Kaer mengetahui melodi asal lagu tersebut dan kemudiannya baru mereka akan benarkan untuk Kaer menukar melodi. Alasan Kaer beliau telah cuba untuk menyanyi tetapi tidak boleh ikut melodi asal lagu tersebut. Alasan tersebut tidak diterima oleh Cikgu Siti Hajar.
Nurul perlu memahami makna perkataan-perkataan asas bahasa Inggeris lagu tersebut agar emosinya kena dengan lirik lagu tersebut.
Di kesempatan tersebut, Cikgu Siti Hajar turut mengajar tentang bubbling. Juga perkara asas dalam nyanyian yang perlu dibiasakan oleh para pelajar. Farah tidak menghadapi masalah besar dalam note yang tinggi. Cikgu Siti Hajar menegur Mas yang masih tidak mampu untuk melakukan seperti apa yang dikehendaki oleh beliau. Teknik pernafasannya salah. Beliau bertanya adakah Mas melakukan latihan yang diarahkan olehnya di rumah. Mas menjawab tidak buat.
“Kenapa tidak buat ? Suara sudah bagus ?” jawab Cikgu Siti Hajar.
Cikgu Siti Hajar masih tidak berpuas hati kerana tahu Mas boleh melakukannya tetapi beliau tiada kesungguhan.
Setelah ketiadaan Zarina, Farah menjadi tempat rujukan Nurul dan Mas. Ini secara tidak langsung akan dapat menaikkan saham Farah. Itupun sekiranya pengundi Nurul dan Mas mengenang jasa baik Farah.
Kaer berlatih lagu Bunga Pujaan seorang diri, begitu juga Linda.
Adam harus melakukan sesuatu kepada teknik lontaran vokal beliau. Beliau masih menyimpan vokalnya. Menurut Cikgu Siti Hajar, Adam harus mengeluarkan semua suaranya untuk lagu ini untuk mengetahui mana yang kurang untuk diperbaiki.
Nurul memohon tunjukajar dari Linda untuk koreografi lagu Lucky. Sambil Adam meningkatkan staminanya untuk lagu Smooth Criminal. Kaer mendapatkan tunjukajar dari Zahid
Nurul didenda untuk membasuh pinggan mangkuk kerana dikatakan memecahkan cawan di dapur. Walaupun tanpa bukti yang kukuh beliau didenda oleh Encik Julian.
Novel Bersiri Akademi Impiana: Bahagian 28
Gundutz cukup-cukup tidak berpuas hati dengan Sia. Bila diajar menyanyi, suaranya tidak pernah boleh dikeluarkan dengan betul. Yang dikeluarkannya adalah suara yang menyerupai kambing mengembek. Dia tidak pernah mahu mencuba untuk memperbaiki dirinya. Yang dia tahu hanya menangis, menangis dan menangis lagi untuk menagih undi penonton. Lagipun, itu yang dimahukan, agar dirinya terus kekal dan pelajar-pelajar yang lebih baik dikeluarkan.
Rasa marah Gundutz yang semakin membuak-buak marah itu tenang seketika apabila dia memerhatikan Sia dimarahi oleh Puan Siti Hawa.
Puan Siti Hawa cukup tidak berpuas hati dengan Sia kerana Sia tidak melakukan latihan vokal sehingga tidak menampakkan sebarang kemajuan di dalam dirinya. Kata Puan Siti Hawa:
“Kenapa tak buat? Suara dah bagus? Awak berlatih tak malam-malam?”
“Tak,” jawab Sia terkebil-kebil. Terus Puan Siti Hawa menjeling dan menumpukan perhatiannya untuk mengajar pelajar lain. Ternyata, Puan Siti Hawa cukup benci melihatkan perangai pelajar yang malas sepertinya.
“Koser nok! Vencis hem dengan perangai si Sia ni!” getus Gundutz marah-marah kepada Linus.
“Alah, salah cikgu vokal lah. Cikgu vokal langsung tak hormat murid!” sampuk Timah.
“Haiyohhhhhh! Sejak bila pula cikgu kena melayan kerenah murid yang malas?” balas Gundutz dengan nada marah. “Sesuatuh sangat statement minah sorang ni.”
“Tu lah... Perlu ke cikgu sembah kat si Sia tu suruh dia belajar?” sokong Linus. “Perlu ke sebab dia lembab, cikgu kena bagi tumpuan lebih ala-ala mengajar pelajar istimewa.”
“Dia memang insan istimewa nok... Ala-ala kena masuk kelas khas gituh!”
"Sia tu seorang yang jujur, kejujuran penting... Dia tidak berpura pura!" Timah memberi alasan.
“Perlu ke nak propa si Sia tu lagi?” marah Gundutz. Hidungnya kembang kempis.
“Dia berbakat okay! Kalau tak macam mana dia boleh jadi finalis Akademi Impiana?” Timah berani melawan.
“Itu hem pun tak paham... Ala-ala Misteri Nusantara gituh. Macam mana ntah penyanyi macam dia boleh masuk final 12. Seswatuh sangat!”
“Alah, taktik Gastro letak underdog tak perlu nyah--”
“Tapi ramai yang undi dia nok! Penyokong dia ramai!”
“Ko kena paham nok. Yang undi dia semua macam dia jugak. Ye lah, ala-ala boleh relate dengan dia gituh – jenis lembab dah tu malas nak belajar. Ye lah, you are who you vote, kan?”
“Itu lah nok. Hem setuju dengan pendapat kau. Yang jadi pengikut fanatik Sia tu sebenarnya perangai dua kali lima macam dia nok.” Ujar Gundutz dengan bersungguh-sungguh. “Perlu ke kita anggap dia antara yang terbaik kat Malaysia ni? Buat malu Malaysia je. Bayangkanlah kalau dia disuruh buat konsert dengan budak-budak Akademi Impiana Indonesia 2 yang meletop tu!”
“Korang ni kalau dibiarkan makin menjadi-jadi pulak!” Timah merenung tajam ke dalam mata Gundutz.
“Terasa lah tu!” Gundutz tersenyum puas. Dia memandang ke arah Timah buat beberapa detik sebelum dia kembali memberi tumpuan ke kaca TV.
Si Khir cukup benci membawa lagu-lagu yang tidak dikenalinya. Yang dia mahu hanya menyanyikan lagu-lagu R&B, R&B dan lagi lagu R&B yang berjiwa BB*. Pada minggu ini, dia telah menerima lagu Bunga Pujaan oleh Jamal Abdillah untuk dinyanyikan di dalam konsert Akademi Impiana nanti. Sebuah lagu yang dikatakan tidak pernah didengarinya sebelum ini (seperti lagu Epilog Cinta Dari Bromley oleh Suhaimi Meor Hassan, sebuah lagu popular yang sudah mencapai tahap klasik tetapi dia masih tidak mengenali lagu ini).
Jadi, jika dia tidak meminati sesebuah lagu (lebih-lebih lagu yang tidak dikenalinya), dirasakannya dia perlu mengubah lagu tersebut agar mengikut citarasanya (baca: lagu R&B yang berjiwa BB*).
Di dalam kelas Puan Siti Hawa, Khir telah diminta untuk menyanyikan lagunya. Apabila dia menyanyi, melodinya sumbang. Seboleh-bolehnya si Khir ini mahu mengubah lagu Bunga Pujaan kepada acuan irama R&B.
“Awak kena paham melodi lagu tu dulu sebelum nak tukar-tukar lagu tu!” tegur Puan Siti Hajar. Dia cuba mengawal marahnya. Dia sudah merasa cukup muak dan mual dengan tabiat degil Khir yang suka merosakkan melodi lagu yang sudah cukup baik disusun oleh komposer asalnya.
“Bila saya nyanyi saya tak boleh ikut melodi!” bantah Khir dengan nada degil.
“That's not an excuse!” balas Puan Siti Hawa dengan selamba kerana malas hendak melayan kerenah seorang pelajar yang belum apa-apa sudah mahu menunjukkan belang seorang diva...
Baru-baru ini, Guru Penasihat Perundingan Imej Puan Rohani telah dibawa masuk untuk mengajar para pelajar Akademi Impiana tentang cara-cara ketrampilan imej yang baik sebagai seorang artis. Berikut pula merupakan beberapa senarai Guru Penasihat yang telah dicadangkan oleh Gastro tetapi masih dalam pertimbangan.
(Cadangan): Guru Kaunseling Bercinta Sesama Pelajar
(Mengapa ianya masih di dalam pertimbangan): Pelajar dah arif sangat tentang hal ini, malah pandai menggunakan situasi bercinta sesama pelajar untuk menagih undi dari penonton yang berjiwa sentimental (baca: mentel).
(Cadangan): Guru Penasihat Imbasan Wajah Sedih
(Mengapa ianya masih di dalam pertimbangan): Para pelajar didapati sudah cukup arif menggunakan wajah sedih dan tangisan untuk meraih undi simpati dari peminat-peminat mereka.
(Cadangan): Guru Penasihat Interframe
(Mengapa ianya masih di dalam pertimbangan): Terdapat beberapa pelajar yang sudah cukup arif dalam bidang ini untuk memastikan agar aksi-aksi mereka dapat disaksikan oleh penonton. Lagipun, ratu segala enterframe, Azmil (ketika pelajar sedang menyanyi dan juri mahu memberi pendapat dia memang suka enterframe), telah menurunkan ilmunya kepada para pelajar secara tak langsung.
(Cadangan): Guru Penasihat Ubahsuai Ketrampilan Agar Lebih 'Woman'
(Mengapa ianya masih di dalam pertimbangan): Guru Penasihat ini pada mulanya dianggap penting untuk memastikan pelajar-pelajar wanita kelihatan lebih ayu dan feminin. Tetapi ditolak ketepi idea ini memandangkan pelajar-pelajar wanita yang nampak “gagah”, “perkasa” dan “kasar” boleh belajar untuk menjadi lebih lembut dari pelajar-pelajar lelaki yang lembut (baca: jantayu atau jantan ayu).
(Cadangan): Guru Penasihat Lakonan Iklan
(Mengapa ianya masih di dalam pertimbangan): Pada mulanya, para penaja mahu guru penasihat ini diperkenalkan agar para pelajar tahu bagaimana untuk mengiklankan produk mereka dengan lebih berkesan, tetapi akhirnya dianggap tidak relevan memandangkan para pelajar sudah cukup arif dalam bidang lakonan spontan untuk memperkenalkan produk jenama mereka (contoh, tangkai cawan dipecahkan secara misteri agar jenama penaja cawan dan pinggan mangkuk dapat disebutkan secara langsung).
(Cadangan): Guru Penasihat Agar Pelajar Tidak Pecah Lobang
(Mengapa ianya masih di dalam pertimbangan): Pada mulanya, guru penasihat dalam bidang ini dianggap penting, memandangkan hosnya sendiri, Azmil dah pecah lubang sejak azali dengan aksi lembut, bermake-up tebal dan berbaju ketat – tetapi akhirnya diketepikan, kerana jika terdapat pelajar Akademi Impiana yang pecah lobang dengan memakai kimono dan bertocang sekalipun, peminat-peminat fanatiknya tetap akan menganggapnya “macho”. Bak kata Pak Abu: Kalau Pak Abu nak ajar pelajar tu agar tak pecah lobang, Pak Abu kena tengok baju pengantin dulu sebelum Pak Abu boleh design pelamin... Eh sorry, mak... Errk, Pak Abu salah konsep lagi!
* Blue Bar
Diari Akademi 07-01-02
Pulangkan
Satu kerugian yang besar sekiranya pelajar berbakat besar tersingkir awal dari Akademi Fantasia. Bijak pada penonton ada bermacam-macam definisi. Bijak yang menilai berdasarkan rupa, bijak yang menilai berdasarkan keletah mereka di Akademi, bijak berdasarkan menyelamatkan pelajar yang lemah dan juga bijak menyelamatkan diri dari terjerat dengan perangkap perniagaan SMS. Semuanya bijak. Bijak berdasarkan difinisi masing-masing. Semua orang ada mata, ada telinga. Masing-masing menilai mengikut akal mereka sendiri.
Kaer menganggap penyingkiran Zarina merupakan satu kehilangan yang besar kepada Akademi Fantasia. Beliau seorang yang bersifat positif. Adam mempunyai rahsia bersama Zarina iaitu tentang hantaran RM50,000. Zarina banyak memberi semangat kepada Nurul yang sering tidak berkeyakinan. Bob menilai Zarina yang mempunyai vokal yang agak bagus terutamanya dalam nyanyian aslinya. Zarina seorang yang tidak kedekut ilmu dan banyak mengajar Farah. Zahid gemar untuk mengacau Zarina kerana mereka gemar bergurau-senda. Mas mengalirkan air mata kerana menganggap Zarina seorang yang tabah, lucu dan tidak mahu menyakiti hati orang lain. Linda juga menangis mengenangkan sahabat baiknya. Zarina pernah tidak tidur menemani Linda yang berlatih lagu Bunga Melor. Zarina turut sama mengajar Linda. Seperti biasa apabila pelajar tersingkir, semakin banyak bunga-bunga kata diluahkan terhadap pelajar tersebut.
Mungkinkah akan tercipta sebuah telenovela antara Adam dan Farah selepas kegiatan riadah semalam meneruskan adegan telenovela Liza dan Vince di Akademi Fantasia I ? Kita tunggu dan lihat.
Riadah: Kejutan Lagi
Mas berpeluang melepaskan rindunya terhadap anaknya dengan melihat gambar-gambar yang diambil sewaktu anak-anaknya bersiar-siar di Sunway Lagoon. Hari mereka beriadah dan berjemur di cahaya matahari. Kaer diarahkan oleh jurukamera untuk naik ke bahagian atas gelongsor. Di situ Kaer mendapat satu beg alat lukisan.
Mas, Adam dan Nurul Didenda
Mas, Adam dan Nurul didenda kerana persembahan buruk mereka pada minggu lepas. Memang sewajarnya mereka didenda kerana masalah utama mereka adalah pitching. Mereka wajar dibukakan mata mereka yang sebagai penyanyi tidak boleh sumbang. Masalah tersebut kerap berlaku dan tiada perubahan. Menurut Ramli MS, sekali lagi menurut Ramli MS, ia bukan berdasarkan pandangan saya tetapi menurut Ramli MS Pengetua Akademi Fantasia, masalah yang paling kronik ialah Mas. Mas menurut Ramli MS iaitu Pengetua Akademi Fantasia tiada sebarang perubahan yang ditunjukkan oleh beliau. Nyanyiannya terkeluar dari acuan. Diajar pun tidak guna, jika diri sendiri tidak mahu pandai. Itu Mas, menurut pandangan Ramli MS, Pengetua Akademi Fantasia. Ia bukan pandangan saya. Tetapi pandangan Ramli MS yang berpengalaman luas dalam bidang muzik. Zahid diarahkan untuk mengawasi pelajar-pelajar berkenaan dan denda tersebut perlu dibuat pada waktu terluang.
Cikgu Corrie agak marah dengan pelajar yang tidak serius memberikan final pose setelah lagu tamat. Rasanya masalah ini sudah ditegur beberapa minggu yang lalu dan masih diulangi. Tenaga Pengajar terpaksa bersuara dari bawah untuk menegur mereka yang berada di atas.
Masalah utama Farah ialah sedikit sumbang dalam persembahannya terutamanya pada bahagian qasidah dan hujung-hujung baris lagu. Bukan kerana beliau tidak berkemampuan tetapi kerana beliau tidak berkeyakinan tinggi.
Menurut Cikgu Fauziah Nawi, perkara yang paling memalukan bagi guru-guru ialah apabila salah seorang Pengkritik Profesional menegur tentang masalah sebutan aeiou, teknik menahan nafas yang merupakan perkara-perkara asas yang telah diberitahu sejak minggu-minggu awal di Akademi Fantasia.
Setiap seorang pelajar mempunyai kelemahan masing-masing tetapi sayangnya mereka tidak menumpukan perhatian mereka untuk memperbaiki kelemahan mereka. Farah seperti contohnya tidak mahu memperbaiki low tonenya. Tahap keyakinannya semakin tinggi dari minggu ke minggu.
Linda pula mempunyai penghayatan yang bagus tetapi interpretasi lagu tersebut tidak sampai. Bob berjaya menyembunyikan emosi sedihnya dan mendapatkan semangat dari bapanya untuk memberikan persembahan yang hebat. Nurul masih menghadapi masalah pernafasan yang agak serius. Sudah beberapa kali diajar tetapi tetap melakukan kesilapan yang sama.
Malangnya perkara yang sama diulang-ulang oleh Pengetua setiap kali sesi bertemu Pengetua pada hari Isnin. Sepatutnya sehingga kini, mereka sudah pandai dan tiaaa benda yang boleh diajar lagi dan perlu dikomen oleh Tenaga Pengajar. Mereka sewajarnya sudah boleh membawa diri masing-masing dengan ilmu yang telah diberikan selama enam minggu.
Lagu Baru
Kaer
Harapan : Fantasia oleh Hazami
Realiti : Bunga Pujaan oleh Jamal Abdillah
Adam
Harapan : I'll Never Break Your Heart oleh Backstreet Boys
Realiti : Smooth Criminal oleh Michael Jackson
Zahid
Harapn : Lagu R&B nyanyian Usher atau Brian McKnight
Realiti : Cinta Sakti oleh Def Gab C
Bob
Harapan : Irama etnik nyanyian Jamal Abdillah atau M.Nasir
Realiti : Salam Terakhir oleh Sudirman
Farah
Harapan : Mengapa oleh Nicky Astria
Realiti : Jangan Kau Mimpi oleh Siti Sarah
Nurul
Harapan : Ku Milikmu oleh Siti Nurhaliza
Realiti : Lucky oleh Britney Spears
Linda :
Harapan : Only You (Spanish)
Realiti : Akan Ku Tunggu oleh Candy
Mas
Harapan : sebuah lagu balada oleh Deja Moss
Realiti : Tamparan Wanita oleh Elite
Bonus
Medley Dua Insan dan Kita Insan Biasa
Penasihat Imej
Seorang Penasihat Imej dibawa masuk untuk menyertai mereka di Akademi Fantasia. Puan Mahani seorang yang berpengalaman luas selama hampir dua puluh tahun sebagai wartawan dan editor majalah akan berkongsi pengalaman dengan pelajar Akademi Fantasia tentang penampilan pelajar. Ia merupakan satu aset yang penting untuk mencipta imej seseorang bintang. Bintang yang tidak berkelip dan malap umpama bintang yang tiada sinarnya dan tidak mampu menyerlah di sebalik kerlipan bintang-bintang yang lain. Ia turut membantu pelajar untuk memanafaatkan ilmu yang diperolehi untuk masa depan mereka.
Setiap pelajar harus memanafaatkan peluang yang ada. Mas terutamanya perlu mendapatkan khidmat rundingan dari Puan Mahani secara serius. Begitu juga dengan Bob dan Nurul. Setakat ini, pesona bintang telah wujud dalam diri Linda, Adam, Zahid dan Kaer. Pelajar-pelajar lain perlu mencipta imej tersendiri untuk terus kekal diingati penonton. Imej yang baik dan sesuai amat penting untuk mereka terus bertapak dalam dunia seni.
Zahid seperti contohnya mendapatkan khidmat rundingan tentang rambutnya dari Puan Mahani. Pelajar perempuan perlu mendapatkan ilmu dari Puan Mahani.
Tiada perkataan selain “buat yang terbaik” dari semua pelajar. Rata-rata menerima cabaran dengan senyuman. Cabaran yang besar buat Adam yang perlu menghafal hampir empat helai muka surat lirik lagu Smooth Criminal. Zahid menggunakan peluang tersebut untuk meminta live band untuk persembahannya. Jika boleh DefGabC. Lagu Salam Terakhir sememangnya hebat dan ia menguji vokal Bob. Mas “buat yang terbaik”, Nurul pun “buat yang terbaik”.
Perubahan pada wajah dan intonasi suara Mas setelah Cikgu Ramli MS seakan tidak melayan pertanyaannya tentang jenis lagu Tamparan Wanita tersebut agak nyata. Mungkin juga Cikgu Ramli MS sedang kelaparan dan mahu makan.
Novel Bersiri Akademi Impiana: Bahagian 27
“Nok... perlu ke nak dapatkan Penasihat Imej bagai ni?” tanya Gundutz dengan wajah penuh geram.
“Eh perlu ke? Ala-ala Queer Eyes for Straight Guy--”
“Mana pulak? Kaedahnya straight guy satu jer.” Gundutz kemudian ketawa sendiri. “Tapi memang tak perlu ler noks.”
“Tu lah, sundels! Ko tengok Dr. Cher tuh. What a waste of time. Ala-ala you hire him for what? Untuk pegang-pegang tangan dalam satu bulatan pastu jerit-jerit. What is that all about.”
“Ko kena pikir nok. Artis-artis ni kan cepat ting tong. Jadi, guru motivasi ni penting. Kalau tak, budak-budak ni jadi ala-ala Micheal Jackson nanti macam mana? Siapa nak jawab!”
“Tapi kalau fikirkan betul-betul... Image consultant ni penting jugak. Just look at them, sometimes so salah one. I'm talking of the girls lah, especially si Sia. The boys, ko tahu lah adik-adik... Bab bergaya kan dah darah daging diorang--”
“Betul jugak kan?” Linus bersetuju sebelum menambah lagi. “Nok, ambik guru bahasa Inggeris kan lagi bagus. Ko tengok Bahasa Inggeris diorang... Very der tak perlu. Bila dapat lagu Inggeris macam dapat lagu Perancis, tak pun lagu Mongolia. Takut semacam ala-ala dapat lagu bahasa asing yang diorang tak boleh sebut...”
“Tu lah. Tak koser kan?”
“Nak-nak si Sia tu nok. Kat Sabah tak belajar B.I. Ke?”
“Tak kot... Kat sekolah Sabah belajar buat satay jer, agaknya--”
“Korang ni berdua kan... Kalau tak kutuk si Sia tu tak boleh ke?” tempelak si Timah. “Kesian aku tengok dia tau! Ada anak dua orang, lepas tu dah lama tak jumpa.”
“Koser lah ko Timah!” Gundutz menjawab. “Si Sia tu asyik-asyik nak menangis. Perlu ke? Sampai pelajar-pelajar AI pon dah muak.”
“Alah, korang mana paham hal pompuan? Yang korang tahu, mengutuk, menambahkan dosa. Tu je lah!”
“Wah, wah wahhhhh! Ustazah kita ni. Kheles gituh nasihatkan orang.” Gundutz menjeling benci. Mahu sahaja dia menyebut tentang hukum berjudi ketika Timah bertaruh siapa yang akan keluar dari AI seperti mana yang telah dilakukan olehnya bersama rakan-rakan sekerjanya. Tetapi dia diam sahaja.
“Eh, dah dapat ke duit betting dari kawan-kawan you?” Linus bertanya kepada Timah, seolah membaca fikiran Gundutz.
“Dah ler. Sejak hari Ahad dah buat collection, ok!”
“Wah kaya kau, Timah!”
“Dia dah habis belanja duit dia tu nok!” Gundutz memberitahu.
“Beli apa?” tanya Linus lagi.
“Adalah!” Timah tidak menjawab. Dia senyum-senyum malu...
“Baju baru ke?” Tanya Rahmat kepada Timah. Dia melihat baju yang dipakai Timah yang dipakainya sebelum masuk kerja dalam cahaya samar-samar warung tempat mereka selalu makan malam.
“Baru beli. Semalam beli.” Jawab Timah dengan selamba. Suka benar dia melihat Rahmat memerhatikan baju-T biru yang telah dibelinya di Espirit.
“Banyak duit awak.”
“Dah rezeki orang--”
“Selalunya hujung-hujung bulan awak takde duit.”
“Alah awak ni. Banyak soal pulak!” Timah mengeluarkan sebuah kotak kecil dari beg galasnya. “Ini untuk awak.”
“Eh apa ni?” tanya Rahmat. Dia mencapai kotak tersebut dari tangan Timah.
“Hadiah untuk awak. Saya beli kat CM semalam.”
“Lah... Buat susah-susah jer!”
“Bukaklah!” saran Timah. Rahmat menurut sahaja. Dia membuka kotak yang telah dibungkus dengan rapi oleh Timah. Didapatinya di dalam kotak terdapat seutas rantai tangan perak yang selalu dipakai oleh mat-mat motor sepertinya.
“Eh mahal ni!” ujar Rahmat dengan dahinya terkerut. Dia seperti tidak dapat menerima pemberian dari Timah ini.
“Hadiah ini ikhlas dari saya.” Timah mengeluarkan rantai tangan tersebut lalu dipakaikannya ke lengan kanan Rahmat.
Rahmat terkedu buat seketika. Dia tidak mampu untuk berkata apa. Kepalanya kosong buat seketika.
“Hadiah ni mahal... Dari mana awak dapat duit nak belikan hadiah ni kepada saya.”
“Saya main kutu kat tempat kerja.” Timah berbohong. Matanya sedikitpun tak terkelip.
“Terima kasih.” Kata Rahmat dengan suara yang perlahan. Dia memerhatikan rantai tangan perak pemberian Timah. Matanya menjadi redup. Dia menarik nafasnya panjang-panjang. Banyak perkara yang sedang difikirkan di dalam kepalanya sekarang yang membuatkan dia diam tak tentu...
Apakah yang telah dinasihatkan dan diperkatakan oleh Penasihat Imej, Puan Rohani ketika menemui pelajar-pelajar Akademi Impiana tetapi tidak disiarkan oleh Gastro
Zaidi: Rambut awak tu patut dihitamkan kembali. I think we have to move on from the Malay jinjang look.
Lina: Kalau awak nak rupa pesona bintang, plastikkan sikit diri awak tu seperti Erra Fariza.
Dara: Loose that breep-breep nonsense, dahhling!
Boboy: Loose 20 more kilos and then, I get back to you.
Khir: Rambut awak tu nak botak. Pergi treatment untuk elakkan dari terus botak.
Nur: You nak I buat makeover kepada teddy bear you yang besar ni sekali ke?
Sia: (sambil melatah kerana terkejut) Opocot hantu... Eh, hantu kuat menangis untuk tagih simpati... Eh hantu takde bakat tapi masih malas nak belajar untuk tingkatkan diri... Eh hantu Sabah... Isk! You ni takutkan I je lah! I ingatkan terserempak dengan hantu residen AI ni tadi!
Novel Bersiri Akademi Impiana: Bahagian 26
Kakak Besar: You tahu kan?
Abang Besar: Tahu pasal apa?
Kakak Besar: Pasal hantu kat Akademi Impiana
Abang Besar: Oh tu... I tahu. Mula-mula nampak hantu, si Azam. Lepas tu dia demam sekejap. Lepas tu si Dara pulak histeria. Minggu ni tak tahu lah jadi apa.
Kakak Besar: Hantu tu... Hantu perempuan!
Abang Besar: You sure ke? Entah-entah they actually saw Sia when she is putting on her make-up comot dia tu?
Kakak Besar: Eh, jangan main-main lah! You tahu bangunan AI tu sebenarnya tadika lama yang tak digunakan lagi, sebab berhantu...
Abang Besar: No wonder lah we got ourselves a dirt cheap rent!
Kakak Besar: Listen to this... That hantu actually asked the students supaya diam!
Abang Besar: Mungkin hantu pun tahu siapa yang berbakat siapa yang tidak. Hanya penonton-penonton Malaysia sahaja kurang arif.
Kakak Besar: Hahahaha!
Abang Besar: No, it was not meant to be funny!
Kakak Besar: Okay now... Next issue!
Abang Besar: Ni mesti sebab lagu Black Eyed Pea, kan?
Kakak Besar: Ye lah... Apa lagi!
Abang Besar: You tukar macam mana pulak?
Kakak Besar: I changed the lyrics into something unrecognisable but sounds English – like: “All the reel kindly help us” instead of “Father, Father, Father help us”.
Abang Besar: What reel? What are you talking about?
Alah, you pun tahu pro-naun-zhey-shen budak-budak tu macam mana, kan? Yang penonton pon satu, diorang bukannya pandai speaking London sangat pun! You letak lirik apa jadah pun bukan mereka paham.
Abang Besar: ...
Kakak Besar: Konsert kali ini you rasa siapa akan keluar?
Abang Besar: I rasa... Nur akan keluar!
Kakak Besar: I dah bet dengan budak-budak production crew yang Zurina akan keluar.
Abang Besar: Eh yer ke?
Kakak Besar: I have a hunch, lah dear. Anyways, sebab I tak mahu kalah, kan... I akan buatkan kezutan untuk Nur.
Abang Besar: Kezutan apa pulak ni?
Kakak Besar: Hadiahkan dia dengan teddy bear. I rasa tak ramai budak perempuan minat dia. Tapi kalau I bagi dia teddy bear, mesti vote dia akan naik melonjak. Dan I dah arrange suruh artis popular yang cute bagi teddy bear tu kat dia.
Abang Besar: Artis mana pulak ni?
Kakak Besar: Alah, ni lah kezutan yang you sendiri perlu lihat sendiri...
“Haiyoh, perlu ke Akaq Azmil kita setiap kali nak bagitahu pelajar mana nak keluar ala-ala-ala buat suara nak nangis bagai?” tanya Linus kepada Gundutz yang sedang menonton rancangan Konsert Akademi Impiana dengan penuh khusyuk.
“Alah biasa lah nok. Akaq-akaq drama queen ni!”
“Very der fake one!”
“Haiyoh, sejak bila pulak dia ala-ala real sundels! Segala-galanya plastik! Buat joke pon, haram orang tak ketawa.”
“Tu lah nok... Mak tengok penonton sekarang dengan penonton dulu lain lah! Penonton sekarang very der kaku... Ni tak kira penonton-penonton lahanatz yang “boo” kan Kak Hetty masa dia beri kritikan yang membina tadi. Tak hanjengs namanya ke penonton macam ni?”
“Kalau dah diminta untuk beli tiket dapat lah penonton-penonton yang tak perlu macam ni! Dulu kan masuk free, jadi dulu penonton were purely die-heart fans, nok! Sekarang tidak!”
“Eh, Zurina terkeluar!” jerit Timah memintas kata-kata Gundutz.
“Haiyoh! Minggu lepas Indra. Minggu ni Zurina pulak jadi mangsa!” ujar Linus dengan suara tidak puas hati. Wajahnya seperti seorang ahli sukan yang kecundang.
“Yeah, Yeah! Zurina terkeluar!” Timah mengangkat senyum meleret seperti seorang pemenang ratu cantik.
“Eh kenapa suka sangat ni?” tanya Linus ingin tahu.
“Dia bet dengan kenkawan satu kilang dengan dia nok. Ala-ala teka siapa terkeluar hari ni.”
“Haiyoh! Tak kosernyer! Very der berjudi, one! Dosa tau!” Linus merenung ke arah Timah, kemudian dia bertanya: “So berapa ko menang, Timah?”
“Lima ratus ringgit.” Timah bercongak-congak di dalam kepalanya. Wajahnya jelas gembira.
“Wah, dapatlah ko buat tambah credit SMS kau kan?” perli Gundutz. Timah tidak menjawab.
"I'm wasting my time at Akademi Impiana...." Getus Ramlee OS di belakang pentas tatkala membawa Zurina keluar dari dewan. Dia nampak tidak puas. Wajahnya penuh dengan rasa kesal. "Komando aku dah kene tembak sorang."
Ramai yang ada tertoleh ke arahnya. Ada di antara mereka yang cukup sedar bahawa Ramlee OS lebih rapat kepada tiga orang pelajar yang dianggapnya benar-benar berbakat; Zurina, Zaidi dan Khir.
Kini hanya tinggal dua sahaja komandonya...
Bagaimana untuk penonton memahami maksud sebenar Juri Profesional (JP) ketika memberikan pendapat mereka di malam konsert Akademi Impiana:
(JP): Gambar itu mengganggu awak sebenarnya
(Maksud Sebenar): Kalau saya dapat gambar mak ayam besar tu, saya tak boleh menyanyi selama dua minggu berturut-turut agaknya
(JP): Cuba nyanyikan lagu itu dari mula... (selang beberapa detik selepas kritikan membina diberi, juri yang sama terpaksa berhenti setelah mendengar suara-suara yang tidak menyenangkan dari beberapa orang penonton).
(Maksud Sebenar): Saya mahu komen dan memberi nasihat dengan lebih lanjut, tetapi saya terlupa di Malaysia mereka lebih bisa dipuji dari bersedia untuk mendengar komen yang ikhlas dari saya...
(JP): You are the best when you sing that “pop yeh-yeh song”.
(Maksud Sebenar): You are only good when you do not attempt to destroy other people's song
(JP): Diorang letak kertas tisu sebab saya menangis...
(Maksud Sebenar): Diorang ni bab product placement memang cepat nak carik kesempatan
Imbasan Akademi Fantasia VI
Bersama Hetty Koes Endang
Kita dapat bersama dengan Hetty Koes Endang yang merupakan salah seorang pengkritik profesional pada Konsert VI. Menurutnya, satu kelainan yang ada pada Akademi Fantasia ialah ianya sebuah pertandingan nyanyian yang bukan sahaja nyanyian tetapi diselitkan dengan cabaran juga. Beliau amat berbangga dan tabik kepada pencetua idea sebegini. Nyanyian kini bukan dianggap taboo sebaliknya dijadikan satu karier.
Kedua belas orang pelajar itu amat beruntung kerana dapat terpilih dari 4000 yang datang ujibakat. Dalam masa seminggu mereka harus menghafal lirik, mempelajari melodi dan menerima kejutan-kejutan yang hadir.
Beliau turut menasihatkan pelajar agar tidak takut dengan nada tinggi.
Pertandingan ini bergantung kepada undian SMS. Tetapi beliau turut mencadangkan agar sewaktu Konsert Final pendapat juri profesional turut diambil kira untuk penentuan juara. Walaupun penggunaan SMS sebenarnya bertujuan untuk mengajar dan membuka pemikiran penonton untuk memilih yang terbaik bukan sekadar simpati dan rupa.
Menurut Hetty juga, kesemua pelajar telah memberikan kualiti yang bagus dalam masa satu minggu. Daya ingatan mereka amat bagus kerana mampu menghafal lagu tersebut serta mendapatkan jiwanya. Lebih mengkagumkan semangat mereka untuk menyanyikan lagu keroncong.
Nasihat terakhir dari beliau ialah agar kesemua pelajar tidak cepat merasa puas dengan apa yang diperoleh.
Bersama Mohd Sofiyan Abd Rahman
Apakah demam ini akan berterusan setelah tersingkirnya Zarina. Pada pandangan saya, fenomena tersingkirnya Rosma amat berbeza dengan penyingkiran Zarina. Sewaktu penyingkiran Rosma, rata-rata penonton tidak menjangka ia akan berlaku tetapi sebaliknya sewaktu penyingkiran Zarina. Saya sudah boleh menjangkakan ianya akan berlaku. Fenomenanya bakal tidak sehebat Rosma. Ianya masih bergantung kepada penonton. Menurut Mohd Sofiyan sendiri, dinilai pada jumlah undia yang diterima dari satu minggu ke satu minggu membuktikan yang rakyat Malaysia sedang demam.
Bijak itu boleh dinilai dari pelbagai aspek, bijak dari segi bakat, membantu pelajar yang lemah serta dinilai dari perwatakan pelajar. Agak sukar untuk menelah selera penonton kerana masing-masing mempunyai selera yang berbeza. Memang sukar. Pada pandangan saya ini pertandingan populariti. Penonton masih belum mampu untuk menilai mana yang kaca mana yang permata. Tetapi mereka masih boleh dididik untuk mencapai objektif pencarian bakat yang diadakan oleh pertandingan ini.
Kebenaran dan kesahihan keputusan SMS pertandingan ini adalah berdasarkan 100% SMS. Tiada tangan-tangan ajaib yang membuat kacau.
Dinilai daripada respons yang diterima sewaktu raptai, suasananya agak berbeza. Hampir ribuan penonton tidak dapat memasuki ke dewan konsert kerana tempat yang terhad. Untuk mengelakkan kesesakan, bayaran tiket dilaksanakan. Ada penonton yang kecewa kerana tidak mendapat tiket dan tidak dapat masuk membuat kacau di luar dewan dan mengganggu konsentrasi pelajar.
Mulai pada minggu ketujuh, raptai tidak dibuka untuk orang ramai dan ia adalah keputusan muktamad yang dibuat oleh pihak pengurusan.
Bersama Zarina
Beliau sebenarnya sudah bersedia dari awal kerana semuanya bergantung kepada undian SMS.
Beliau merasa agak terkilan kerana tidak dapat terus menimba ilmu di Akademi Fantasia. Beliau sudah melakukan yang terbaik dan ia merupakan keputusan yang sukar dijangkakan. Apa sahaja kemungkinan boleh berlaku.
Dua sahabat yang beliau akan terasa kehilangannya ialah Linda dan Zahid. Linda amat rapat dengan beliau dan sering meluahkan perasaan kepadanya. Zahid seorang yang happy sering membuat mereka ketawa.
Seperti disengajakan, Aznil menyerahkan satu kalung pemberian Linda kepada Zarina. Zarina yang agak sedih dan tidak berkata apa-apa. Lama-kelamaan air matanya mengalir. Sememangnya adegan tersebut agak menyentuh perasaan Zarina dan juga penonton yang menontonnya.
Sewaktu ditanya tentang gelaran pelajar contoh yang diberikan oleh Pengetua Ramli MS pada awal minggu, Zarina tidak dapat memberi komen. Beliau kelihatan agak sedih.
Perubahan yang berlaku pada Zarina agak besar berbanding pelajar lain. Bermula dengan Mencintaimu, beliau dengan bersahaja telah menarik perhatian penonton untuk mengetahui kisah sebenar percintaannya dengan Khai. Awallah Dondang beliau menerima standing ovation dari Kudsia yang dianggap terlalu pilih kasih oleh sesetengah penonton. My Immortal menguji penguasaan bahasa Inggeris beliau yang pertama kali mendendangkan lagu Inggeris. Satu Cinta Dua Jiwa memperlihatkan kehebatan beliau menari tarian moden dan kesungguhan beliau untuk melarikan diri dari imej Siti Nurhaliza. Empat konsert terawal merupakan konsert yang mana beliau sering diasak dengan pertanyaan dan persoalan tentang Khai oleh Aznil. Pulangkan menerima pujian hebat dari penonton kerana berjaya memberikan sebuah persembahan yang memukau serta menerima kejutan dari Sahri yang mana rata-rata penonton mengharapkan Khai menyanyi bersama beliau. Penantian merupakan konsert terakhir beliau bersama Akademi Fantasia dan merupakan kejutan biasa yang sepatutnya sudah kita jangka akan berlaku dalam Akademi Fantasia.
Menurut Aznil, satu maklumat terbaru tentang lagu Dambaan Pilu yang sebenarnya ditulis oleh Adnan Abu Hassan untuk Khai tetapi berlatarkan kisah cintanya dengan Zarina.
Trend Pengundian
Trend pengundian semakin menunjukkan yang Mas semakin tidak disukai oleh penonton. Walaupun beliau antara pelajar yang membuat persembahan awal, tetapi undi tidak masuk banyak dan berpihak kepadanya. Strategi pengundian juga memainkan peranan yang penting. Sesetengah penggemar pelajar akan menunggu sehingga konsert untuk mengundi kerana berpendapat pada waktu tersebut penggemar pelajar lain tidak akan dapat melihat peratus undian saingannya. Ia merupakan satu strategi yang bijak. Begitu juga para penggemar pelajar lebih berminat untuk mengundi setelah menonton persembahan. Ini sewajarnya keputusan yang kurang bijak kerana ada undian yang tidak masuk dan hanya akan dikira setelah proses undian ditutup. Akibatnya, undian hanya dikira dan dimasukkan ke minggu seterusnya. Ini terbukti setelah melihat undian untuk Zahid, Nurul dan Linda yang agak tinggi dan mereka membuat persembahan terakhir sewaktu konsert. Undian mereka tidak masuk dan masuk ke minggu seterusnya. Bagaimana dengan undian SMS Zarina yang tidak masuk ?
Kedudukan Selepas Konsert
Linda 12%
Zahid 12%
Bob 11%
Farah 11%
Nurul 11%
Kaer 11%
Adam 11%
Mas 11%
Zarina 10%
Sejurus Selepas Konsert
Zahid 20%
Nurul 19%
Linda 15%
Bob 11%
Farah 11%
Kaer 9%
Adam 8%
Mas 8%
Konsert VI Akademi Fantasia : Tiada Kejutan, Keputusan Yang Sudah Dijangkakan
Keputusan telah dibuat. Tiada apa yang perlu dikesalkan. Mahu tidak mahu kejutan sebegini pasti muncul dalam Akademi Fantasia kerana itulah keunikan Akademi Fantasia yang tiada pada rancangan yang lain. Maka barulah rancangan ini meletup sebagaimana tersingkirnya Rosma pada Konsert yang sama di Akademi Fantasia I. Tiada kejutan pun sebenarnya kerana saya sudah boleh menyangka ia akan berlaku dan hasilnya saya menang betting tersebut. Sepatutnya letak tawaran tinggi-tinggi kerana untungnya lebih tinggi. Jangan terkejut sekiranya ada yang menawarkan RM50 untuk setiap pelajar. Perjalanan ke puncak Zarina baru bermula, tiada apa yang perlu ditangiskan kerana Zarina kini seorang bintang Akademi Fantasia yang akan bekerjasama dengan Khai, Rosma, Anding, Edlin dan lain-lainnya. Kini, kita hanya ada Zahid, Kaer, Adam, Bob, Linda, Farah, Nurul dan Mas untuk kita tonton di dalam Akademi Fantasia sehingga kita singkirkan seorang demi seorang untuk Kemuncak Konsert Akademi Fantasia II.
Perubahan pada ranking pelajar mungkin berbeza selepas menonton konsert di dewan dan selepas menonton siaran ulangan di Saluran 15. Perubahan ini wajar dibuat kerana ambience di dewan dan di rumah agak berbeza juga harus dinilai dengan sistem audio yang juga sedikit berbeza antara satu sama lain.
Kedudukan Sebelum Konsert
Rata-rata keputusan ini hampir tepat. Kebanyakan pengundi menunggu sehingga konsert untuk mengundi kerana apabila undi naik, peserta yang mereka undi akan dipintas semula oleh pelajar lain. Strategi mengundi harus ada. Lebih baik mengundi pada waktu konsert dari menumpukan sepenuh perhatian kepada persembahan.
Zahid 13%
Mas 13%
Linda 13%
Adam 12%
Kaer 11%
Zarina 11%
Bob 10%
Farah 10%
Nurul 9%
Pengkritik Profesional
Hetty Koes Endang merupakan seorang pengkritik profesional yang wajar dikekalkan untuk Akademi Fantasia. Beliau bijak menggunakan pengalamannya untuk memperbaiki kelemahan pelajar yang ada. Beliau tidak malu dan lokek untuk menerangkan perincian kelemahan yang boleh dibaiki. Beliau seorang yang jujur kerana jika tidak arif dalam irama rap beliau tidak memberikan pandangannya, sebaliknya dinilai pada aspek persembahan. Hani Mohsin Hanafi pula mengkritik dari aspek persembahan serta penampilan pelajar dan Kudsia Kahar meneruskan tradisi mengkaji dari segi perubahan pelajar di Akademi Fantasia.
Persembahan Pelajar
Mas – Semakin Hari Semakin Sayang 6.8/10
Saya akui penghayatannya bagus. Persembahannya minggu ini jauh lebih bagus dari minggu lepas. Mutu vokalnya agak unik. Saya akui perkara itu. Cuma beliau perlu lebih tekun belajar untuk memanafaatkan vokal beliau untuk masa depan beliau. Ilmu ada di depan mata, yang perlu beliau lakukan hanya belajar. Penguasaan pentasnya masih boleh diperbaiki. Beberapa bahagian pada vokal beliau agak mendatar. Beliau harus bijak mengawal tone vokal beliau dan bukan sekadar menyanyi sahaja. Idea persembahan beliau sudah ada Cuma perlu menambah perisa kepada showmanship beliau untuk mencantikkan lagi pergerakan-pergerakan beliau di atas pentas. Beliau masih kurang karisma untuk beraksi di pentas selain keyakinan yang tidak pernah muncul dalam persembahannya.
Kaer – Epilog Cinta Dari Bromley 8/10
Gimik “music box” yang digunakan untk persembahan Kaer agak menjadi. Lakonan mereka berdua serta pergerakan-pergerakan yang cantik dan selari dengan tempo lagu amat menarik. Penghayatan beliau terhadapa lagu ini juga bagus walaupun interaksi beliau dengan kamera agak kurang. Beliau mempunyai x-factor yang membolehkan penghayatan serta tahap keyakinan beliau meninggi bermula dari minggu ini. Cara beliau mewarnai lagu ini dengan persembahannya wajar dipuji. Susunan muzik lagu ini dibuat begitu indah dan sesuai dengan imej Kaer sendiri. Beliau dimasukkan kembali ke dalam Pilihan Lima Terbaik saya. Beliau harus kembali semula untuk memancing emosi penonton melalui vokal dan lagu-lagunya yang indah.
Farah – Ya Maulai 7.5/10
Penguasaan pentasnya masih lemah. Beliau masih tercari-cari gaya showmanship yang boleh dipersembahkan. Penghayatannya masih kurang untuk lagu sebegini. Kawalan vokal beliau bagus terutama pada bahagian tinggi. Keunikan beliau ialah proses melontarkan vokal bahagian tingginya yang mantap serta sebutan beliau yang jelas. Setiap bahagian lirik kedengaran begitu jelas dan mesej lagu tersebut sampai kepada penonton. Bahagian qasidahnya juga berjaya melarikan diri dari imej Siti Nurhaliza. Beliau harus mendapatkan ilmu dari para tenaga pengajar tentang cara mendapatkan kredibiliti apabila berada di pentas. Persembahannya amat mudah untuk dilupakan kerana tiada unsur yang spektakular.
Bob – I Can See Clearly Now 8.3/10
Kejutan untuk Bob ialah sewaktu bapanya datang menemuinya sebelum membuat persembahan. Bapanya diterbangkan oleh Astro dari Limbang untuk Bob. Keyakinannya semakin memuncak. Persembahannya mantap. Showmanship beliau hebat. Kawalan vokal beliau cukup dijaga dengan baik. Lagu yang tidak biasa di telinga penonton menjadi begitu indah apabila disampaikan oleh Bob dengan cemerlang. Sebutan beliau masih boleh diperbaiki. Penguasaan pentasnya amat hebat sekali. Beliau selesa di pentas. Seakan sudah biasa membuat persembahan. Beliau harus menjaga penampilan beliau agar untuk disukai terus oleh pengundi-pengundinya.
Adam – Keroncong Untuk Ana 7.3/10
Dengan bantuan pemuzik live dari Yayasan Warisan Johor, persembahan Adam nampak bagus walaupun tidak seperti yang diharapkan. Persembahan Adam pada minggu lepas jauh lebih hebat. Beliau agak tidak selesa dengan lagu keroncong sebegitu sehingga tersilap sebut. Kegugupannya banyak mengganggu. Ketidak-selesaannya dalam mengenakan pakaian sedemikian sedikit sebanyak membantutkan ketrampilan beliau di atas pentas. Nyanyian beliau ada yang sumbang. Pergerakan tangannya masih sama sahaja. Beliau harus mendapatkan ilmu tentang penampilan di pentas. Apabila tidak menyanyi lagu yang memerlukan Adam menari, beliau nampak kaku di pentas. Interaksi beliau dengan kamera juga amat meresahkan. Sesuatu yang bagus tentang Akademi Fantasia, ia memberi peluang kepada generasi muda untuk lebih mengenali keroncong. Beliau sedaya upaya untuk mengawal kegugupan beliau itu. Ekspresi wajah beliau masih belum menyerlahkan mesej lagu tersebut. Persembahan penyanyi latar juga amat harmoni dengan vokal Adam dan banyak membantu persembahan Adam.
Zarina – Penantian 7.3/10
Showmanship beliau bagus dan hebat. Vokal beliau masih boleh diperbaiki. Sebutannya tidak jelas. Menurut Hani Mohsin, kerana menumpukan perhatian kepada pergerakan dan showmanship beliau sebenarnya terlupa untuk menghayati lirik lagu tersebut. Beliau harus bijak mengawal tone suara beliau. Masih jelas sebutannya menghadapi masalah yang agak besar. Menurut Hetty Koes Endang, lagu tersebut seperti air dan beliau harus menyanyikan lagu tersebut secara lebih flow. Zarina sewajarnya memberikan rasa baru kepada lagu tersebut dan bukannya meniru gaya Bienda. Masalah rasa seperti yang diutarakan oleh Farihin pada minggu-minggu awal menjadi masalah yang besar kepada Zarina. Zarina perlu mencipta imej baru pada lagu-lagu nyanyiannya. Saya suka showmanship beliau yang agak matang dan bertenaga dari minggu ke minggu. Bantuan Adam untuk rap juga amat bertenaga dan kena dengan persembahannya.
Nurul – Ku Mohon 7.4/10
Ini antara persembahan terbaik Nurul. Saya seakan-akan berpuas hati dengan persembahan lagu diva pujaan saya iaitu Sheila Majid. Tumpuan saya banyak terganggu kerana menantikan kemunculan Sheila Majid pada bahagian akhir lagu tersebut. Memang kecewa. Beliau membawakan lagu ini dengan rasanya yang tersendiri walaupun ia hanya berlaku selepas separuh lagu tersebut didendangkan. Masih terdapat beberapa masalah pitching tetapi berjaya ditutup kelemahan tersebut dengan penghayatan yang amat baik sekali. Ekspresi wajah beliau amat kena dengan lagu tersebut. Penguasaan pentasnya masih kurang. Karisma beliau di pentas tidak memukau. Saya menonton persembahan beliau kerana lagunya dan bukan orangnya. Teknik pernafasannya perlu diperbaiki kerana ajaran Cikgu Siti Hajar tidak dipraktikkan oleh beliau di atas pentas. Beliau mencantas beberapa perkataan pada lirik lagu tersebut. Amy Mastura turut muncul untuk memberikan beliau hadiah satu teddy bear berwarna pink.
Zahid – Where Is The Love 9.5/10
CEMERLANG ! Tahap keyakinan beliau untuk lagu ini sememangnya hebat. Beliau begitu selesa di pentas. Bantuan Linda, Kaer dan Adam mencantikkan lagi lagu ini. Showmanship beliau bersahaja dan sesuai dengan persembahan tersebut. Persembahannya amat bertenaga dan beliau bijak untuk mengawal teknik pernafasannya dan lagu tersebut berjaya disampaikan dengan berjaya. Penghayatan beliau terhadap lagu ini sememangnya bagus. Penonton menyukai lagu tersebut, penyanyinya dan penampilannya. Saya mengharapkan beliau diberi peluang untuk mendendangkan lagu Alhamdulillah. Beliau kekal dalam Pilihan Lima Terbaik saya.
Linda – Panti Asuhan 9.3/10
Sebuah persembahan yang hebat. Nyata kehadiran Hetty Koes Endang tidak menggugat penghayatan serta keyakinan beliau di atas pentas. Beliau sebaliknya membawa penonton untuk menghayati lirik lagu tersebut bersama-samanya. Ekspresi wajah beliau yang memaparkan sedikit kesedihan berjaya meruntun hati penonton lalu terbawa emosi mereka ke dalam kesedihan. Kawalan vokal beliau amat cemerlang. Penghayatan beliau nyata sampai sehingga beliau sendiri mengalirkan air mata. Sebutannya amat jelas dan beliau amat bersungguh-sungguh memperbaiki kesilapan minggu-minggu terdahulu. Menurut Hetty Koes Endang, penjiwaannya amat cukup dalam membawakan lagu itu. Satu aspek yang masih perlu diperbaiki oleh Linda ialah teknik penguasaan pentasnya yang masih kelihatan kaku dan tidak tahu mahu buat apa. Sebuah persembahan yang hebat tidak semestinya memerlukan seseorang penyanyinya bergerak bebas untuk menarik perhatian penonton. Cukup sekadar dengan berdiri. Beliau kembali ke dalam Pilihan Lima Terbaik saya.
Memories – 9.8/10
Sebuah persembahan yang layak mendapat standing ovation. Pada awal minggu saya merasa agak sangsi yang lagu ini dapat dipersembahkan dengan baik oleh mereka. Nadi utama kehebatan lagu ini terletak pada Bob, Linda, Zarina, Farah dan Zahid. Bob menjadi tunjang pada bahagian tinggi dan beliau menyempurnakan tugasnya dengan cemerlang. Rata-rata pelajar berjaya menghayati lagu tersebut dengan baik sekali. Walaupun Adam tertinggal satu baris lirik pada lagu tersebut ia sedikit pun tidak mencacatkan keseluruhan persembahan. Pelajar lain bijak menutup kelemahan tersebut dan tidak panik. Pujian yang harus diberikan untuk Mas yang tidak panik meneruskan barisnya dalam lagu tersebut. Persembahan lagu ini semangatnya datang dari kemunculan Datuk Rahim Razali. Saya bangun memberikan standing ovation kerana persembahan ini amat hebat dan semangatnya terasa di dalam dewan.
Menuju Puncak
Menujuk Puncak terakhir buat Zarina bersama-sama rakan-rakannya. Semangat Menuju Puncak terhenti buat Zarina di sini. Bijak dalam undian amat subjektif. Bijak menilai pada wajah, bijak menilai keletah pelajar, bijak menilai bakat mereka dan bijak kerana SMS milik pengundi. Perkembangan Zarina dalam lagu Mencintaimu, Awallah Dondang, My Immortal, Satu Cinta Dua Jiwa, Pulangkan dan Penantian belum cukup untuk menarik perhatian pengundi. Kesabaran Zarina apabila diusik oleh Aznil tentang hubungannya dengan Khai belum cukup untuk menutup kisah tersebut. Pengundi telah memberikan jawapan mereka. Saya sendiri sudah menjangkakan mimpi ngeri tersebut akan berulang semula seperti ada aura negatif di Konsert VI kali kedua ini. Di Konsert VI Akademi Fantasia I ia menjadi mimpi ngeri buat pengundi Rosma kini tragedi tersebut berulang kembali. Tidak sukar untuk menelah siapakah pelajar yang tersingkir pada setiap minggu, lebih-lebih lagi setelah mengkaji trend dan selera pengundi Malaysia. Kedudukan persembahan turut memainkan peranan.
Linda seakan tergamam kerana tidak percaya akan keputusan yang telah dibuat oleh penonton. Begitu juga dengan Zahid yang berkali-kali mengucapkan “tidak adil, tidak adil”. Mas menangis teresak-esak dan berlalu jauh dari pelukan pelajar perempuan. Perkara yang sama berlaku pada guru-gurunya yang agak sedih dengan keputusan tersebut. Cikgu Fauziah Nawi sendiri menggelengkan kepalanya kerana tidak percaya dengan keputusan tersebut.
Pilihan Lima Terbaik saya bertukar lagi nampaknya. Saya meletakkan Zahid untuk kekal dalam senarai saya dan memasukkan semula Linda dan Kaer. Saya masih belum memikirkan pengganti Zarina kerana selain Zarina, Bob berkemampuan untuk menggantikan tempatnya. Tetapi besar kemungkinan Bob akan tersingkir minggu hadapan kerana selera pengundi Malaysia berbeza-beza.
Persembahan Terbaik SM
Memories – 9.8/10
Zahid – Where Is The Love 9.5/10
Linda – Panti Asuhan 9.3/10
Bob – I Can See Clearly Now 8.3/10
Kaer – Epilog Cinta Dari Bromley 8/10
Farah – Ya Maulai 7.5/10
Nurul – Ku Mohon 7.4/10
Zarina – Penantian 7.3/10
Adam – Keroncong Untuk Ana 7.3/10
Mas – Semakin Hari Semakin Sayang 6.8/10
Kedudukan Undian Sejurus Selepas Konsert
Untuk pengetahuan semua, ini adalah undi SMS yang dibawa ke minggu seterusnya. Besar kemungkinan ini juga adalah undian yang tidak masuk. Peratusan yang besar untuk tiga pelajar terakhir yang membuat persembahan. Adakah ini bermakna, undian tidak masuk untuk Zarina dan hilang entah ke mana. Zahid, Nurul dan Linda masih bernasib baik kerana kekal untuk minggu seterusnya.
Zahid 20%
Nurul 19%
Linda 15%
Bob 11%
Farah 11%
Kaer 9%
Adam 8%
Mas 8%
Nota: YES ! Menang betting ! Tekaan saya tepat ! Siapa yang kalah tu, jangan buat-buat lupa ya ! Untuk minggu ketujuh, saya mungkin pilih Bob untuk terkeluar.
Diari Akademi Fantasia 06-09-10
Hujan Lebat
Hujat lebat yang melanda Kuala Lumpur semalam digunakan sebagai peluang untuk mempromosikan payung Akademi Fantasia.
Johnny Dan Jenny Seperti Hidup
Interaksi Johnny. Jenny dan Farah semacam kedua-dua kamera tersebut sebenarnya hidup. Ia berbicara dengan Farah. Bahasa tubuhnya boleh dimengertikan oleh penonton. Pengendali kamera yang mengendalikan Johnny dan Jenny sememangnya menjadi nyawa kepada mereka.
Drawing-Block
Kaer memohon agar dapat dibelikan light brown sugar paper, charcoal pencil, art-block dan artline pen pelbagai saiz. Jika permintaan ini ditunaikan, Kaer akan berpeluang untuk menunjukkan bakal melukis beliau kepada umum. Ia merupakan satu strategi yang baik untuk mendapat undi selain menonjolkan kelebihan diri sendiri kepada umum. Cara hendak dibawa masuk peralatan lukisan tersebut bolehlah datang sebagai kejutan. Boleh dibawa seorang pelukis yang handal di Malaysia. Contohnya Datuk Lat untuk berkongsi pengalaman dengan mereka. Hebat sungguh Akademi Fantasia II ini, segala macam Tan Sri, Datuk yang datang melawat mereka. Tetapi jika kejutan ini juga untuk Kaer agak tidak adil pula kerana asyik-asyik Kaer yang dapat kejutan. Pelajar lain mahu juga.
Kelas Fauziah Nawi : Kucing Berkeliaran
Mereka perlu berada di dalam karektor seekor kucing sebelum mendeklamasikan puisi Aku Sedar. Sifat kekucingan mereka belum mencapai taraf kucing di teater muzikal Cats kecuali sifat kekucingan Kaer. Banyak yang masih boleh dibaiki.
Tokoh Teater Ternama : Datuk Rahim Razali
Satu nama besar dalam dunia filem dan teater tanahair muncul di Akademi Fantasia untuk mencurahkan sedikit pengalamannya kepada pelajar Akademi Fantasia. Antara teater arahan beliau ialah Kelas 2020, Keris Sang Puteri dan filem-filem besar beliau seperti Tsu Feh Sofia, Anak Sarawak, Abang, Abang 92 dan Puteri. Untuk pengetahuan semua, Kelas 2020 merupakan teater pertama yang saya tonton dalam hidup saya. Saya tonton persembahannya pada hari kemenangan Malaysia menentang China di peringkat separuh akhir Piala Thomas 1992. Sejak pada hari itu, minat saya kepada teater begitu mendalam. Beliau turut pernah mementaskan teater muzikal Kuala Lumpur dan Uda Dara. Seperti dirancang, pelajar Akademi Fantasia akan membawakan lagu dari teater muzikal Cats bertajuk Memory.
Zarina turut mengingatkan beliau tentang Salam Patriot di Johor Bahru di mana Zarina turut terlibat menjayakan persembahan tersebut. Zahid turut ditegur oleh Cikgu Fauziah kerana membuat bising sewaktu Datuk Rahim sedang berucap.
Terlalu banyak informasi yang dapat dikongsi oleh pelajar sewaktu Datuk Rahim Razali berpeluang melawat mereka di Akademi. Makna teater muzikal diperjelaskan kepada mereka. Contoh American musical adalah seperti The West Side Story, Oklahoma dan Chicago yang terkenal dipentaskan di West End London dan Broadway.
Dalam sesuatu teater muzikal, akan ada muzik dan tari. Dalam muzik dan tari itu ada lakonan. Skrip disampaikan melalui pergerakan dan lagu. Itulah American musical. Bangsa Melayu juga punya teater muzikal. Teater muzikal Melayu lama adalah dalam bentuk bangsawan. Dalam pementasan bangsawan akan ada extra-turn yang mana dipersembahkan sebagai selingan sewaktu pertukaran babak dan persiapan solekan dibuat.
Cats menghidupkan masyarakat kucing. Penghayatan pelakonnya berelemenkan kekucingan. Dalam nyanyian pelakon-pelakonnya ada unsur-unsur kucing yang jelas. Ada jiwa kucing dalam lakonan mereka. Mereka terlalu menjiwai watak kucingnya dengan baik. Untuk menjadi seorang pelakon yang cemerlang, jiwa lakonannya dapat meresap dengan baik. Itulah cabaran untuk menjadi seorang seniman yang mampu untuk pergi lebih jauh.
Sebagai seorang artis, kita harus punya matlamat dan sasaran. Setiap apa yang ingin dilakukan harus dirancangkan dengan baik. Teruskan mencari ilmu. Tanpa perlu ijazah atau sijil, ilmu masih boleh diperolehi hanya dengan membaca.
Bob pernah menonton teaterneka Tiang Seri Tegak Berlima. Ia adalah sebuah muzikal cara Sasterawan Negara Datuk Nordin Hassan, seorang ilmuwan teater yang pertama menerima anugerah Sasterawan Negara.
Menurut Datuk Rahim Razali, segala-gala yang dikecapi oleh beliau hari ini bermula dengan sendiri. Satu ketika dahulu tiada institusi yang menjaga para seniman. Semuanya harus bermula dari dalam hati sendiri. Sebagai seorang seniman, mereka harus punya matlamat. Kita perlu menjadi pemikir dan pencipta dalam dunia seni dan terus mencuba dan menghasilkan sesuatu yang baru di dalam dunia seni.
Panggilan Telefon
Farah berpeluang untuk bercakap dengan ibunya. Beliau bertanyakan tentang kain batik dan Surah Yassin. Ini sekaligus menjawab segala pertanyaan saya tentang apa yang berlaku pada minggu lepas.
Zahid menerima nasihat dari ibunya agar melakukan yang terbaik dan tidak terlalu main-main.
Kaer yang digelar Mamet oleh bapanya sekadar memberitahu Kaer yang bukan sekadar Kaer sudah popular, bapanya juga semakin popular kini. Walaupun sekadar membeli rokok di luar, ada yang mengenalinya.
Linda bertanyakan tentang keadaan ayahnya yang sepatutnya telah menjalani pembedahan. Menurut ibunya, pembedahan ditangguhkan kerana keadaan ayahnya yang semakin stabil.
Perbualan Mas dengan ibunya agak menyayat hati. Beliau berkesempatan untuk berbual dengan anaknya Fazilah. Mas bertanya kepada anaknya kenapa tidak mahu berbual dengannya. Cikgu Fatimah sendiri kelihatan menitiskan air mata. Beliau sedih melihat kerinduan seorang ibu terhadap anaknya di hadapan matanya. Cikgu Fatimah menyaksikannya secara langsung. Anak perempuan Mas juga kedengaran menangis kerana rindukan ibunya. Perpisahan anak dan seorang ibu ini sememangnya satu yang amat menyedihkan. Dengarlah rintihan seorang ibu yang rindukan anaknya.
Baring-Baring Petang
Mas dan Nurul berbual sambil berbaring. Nurul bercerita tentang bagaimana beliau menerima tawaran memasuki Akademi Fantasia. Hari pertama beliau amat gembira, tetapi apabila masuk hari ketiga ia tidak menggembirakan. Beliau sukar untuk membuat keputusan antara pelajaran dan Akademi Fantasia. Namun demikian, Nurul harus memilih satu antara dua. Ada yang menasihatkan beliau agar belajar dahulu, dan Akademi Fantasia boleh dilakukan bila-bila masa. Ada yang menasihatkan beliau agar menerima tawaran Akademi Fantasia yang hanya datang sekali.
Surat Wasiat
Surat Wasiat kalli ini menggunakan konsep menceritakan pengalaman paling manis dan paling pahit di dalam Akademi Fantasia. Sewaktu menonton Diari sebentar tadi, saya terfikir apakah yang akan dilakukan kepada wasiat-wasiat yang tidak dibaca pada minggu tersebut. Pelajar Lima Pilihan Terbaik akan mempunyai lapan surat wasiat yang tidak dibacakan. Penonton tentunya ingin mengetahui isi kandungan surat-surat wasiat tersebut.
Zahid memilih anak muridnya iaitu Adam untuk membacakan surat wasiatnya kali ini. Manakala Adam tetap memilih Kaer untuk menceritakan dua pengalaman manis dan pahitnya di Akademi Fantasia. Zarina terus memilih Linda untuk tujuan yang sama.
Kepentingan Fokus
Dr Sher Kawi mendapatkan pelajar untuk memandang sekali imbas gambar yang ingin beliau tunjukkan kepada para pelajar. Adakah ia seorang perempuan tua atau pun seorang wanita cantik ?
Setelah meneliti, para pelajar memberikan jawapan yang berbeza-beza. Memang sukar untuk memberikan jawapan apabila melihat ilusi optikal tersebut. Kita tidak nampak benda yang ada di hadapan mata kita. Lebih-lebih lagi jika kita tidak mengenalinya dengan mendalam.
“Kita hanya mahu melihat apa yang kita mahu lihat sahaja.”
“Kita hanya mahu mendengar apa yang kita mahu dengar sahaja.”
Kaer tetap memilih Adam untuk membacakan surat wasiatnya. Beliau terasa akan tersingkir pada minggu ini. Begitu juga dengan Farah dan Nurul yang saling bertukar-tukar posisi membacakan surat wasiat mereka.
Memory
Nyanyian harmoni pelajar Akademi Fantasia akan menjadikan persembahan lagu Memory untuk menjadi sebuah persembahan yang paling diingati dalam sejarah Akademi Fantasia. Ia sebuah lagu yang sukar, seperti kata Pengetua Ramli MS, lagu ini memerlukan penjiwaan dan skill untuk menyanyikannya.
Secara keseluruhan hampir semua pelajar berjaya membawakan lagu tersebut dengan baik kecuali beberapa pelajar yang vokalnya kedengaran agak kasar dan besar. Bob kedengaran terlalu tinggi dan lantang sehingga berlaku ketidakseimbangan dalam keharmonian lagu tersebut. Zarina telah melakukannya dengan baik tetapi belum cukup kelembutan dalam nyanyiannya. Farah dengan kelantangannya dan nyanyian Linda yang tiada fokus. Tidak cukup penghayatan Linda membawakan lagu tersebut. Linda terlalu berkhayal.
Nyanyian Mas agak kasar dan tidak mengikut pengeluaran tenaga seperti pelajar yang lain. Tiada kesinambungan antara nyanyian Bob dan Zahid. Bob diingatkan agar tidak terlalu menyerlahkan diri. Oleh yang demikian, tiada harmony structure dalam nyanyian tersebut. Apabila menyanyikan lagu secara berkumpulan, perlu keseimbangan agar tidak membayangi pelajar lain.
Kata Pengetua Ramli MS lagi, beliau tidak terlalu mementingkan sebutan. Yang lebih dipentingkan ialah penjiwaan lagu tersebut. Mereka tidak perlu bersifat palsu kerana jiwa lagunya kosong.
Linda meminta Zarina membacakan surat wasiatnya. Manakala Bob memilih abang Zahid untuk menceritakan pengalaman-pengalamannya di Akademi Fantasia. Mas dan Farah sambil berpelukan memilih Farah untuk membacakan isi kandungan wasiatnya.
Bersama Pengetua
Bob menyanyikan lagu tersebut dengan baik. Beliau perlu melontarkan vokalnya ke hadapan. Beliau perlu melepaskan segala keceriaan dan emosi gembira berjaya diperolehi dalam lagu tersebut.
Kaer perlu menjaga pernafasannya dengan hati-hati kerana stail nyanyiannya memerlukan bantuan pernafasan yang banyak. Beliau perlu mengekalkan prestasinya agar nyanyiannya tidak sumbang. Menurut Ramli MS, suaranya lebih kepada jiwa tetapi teknikalnya kurang. Beliau harus memberikan tumpuan dan fokus untuk membantu pernafasannya.
Adam perlu lebih konsentrasi dan fokus agar tidak sumbang dalam nyanyian. Beliau juga harus menitikberatkan sebutannya. Penyanyi latar harus menyeimbangkan persembahan mereka agar tidak lebih menyerlah dari penyanyi utama.
Zahid membawakan lagu rap inggeris dengan gaya Melayunya. Tiada intonasi dalam nyanyiannya. Zahid hanya sekadar melafazkan lirik lagu tersebut. Sebutan bahasa Inggerisnya terlalu formal. Nyanyiannya kosong.
Farah kelihatan pancit di tengah jalan lagu tersebut. Beliau harus simpan tenaga dan memberi senyuman untuk menyerikan persembahannya. Bahagian qasidah harus lebih konfiden.
Linda harus memberi fokus 100% kepada persembahannya. Alternate volume adakalanya tidak kedengaran. Beliau harus banyak berimaginasi untuk menyanyikan lagu tersebut. Tumpuannya yang serius tiada untuk menghasilkan persembahan yang terbaik.
Mas masih menghadapi masalah pitching yang terlalu serius. Beliau harus memastikan perubahan yang besar berlaku di minggu hadapan.Beliau harus banyak bertanya.
Zarina tidak serius melakukan latihan. Beberapa bahagian nyanyiannya agak mendatar. Ada nada yang tidak sampai. Penghayatan beliau harus dikekalkan sehingga tamat lagu tersebut. Jangan hilang !
Nurul mendendangkan lagu Ku Mohon dengan baik. Zahid kelihatan menitiskan airmata. Nurul tidak apa-apa, Zahid pula yang terlebih rasa. Lagu Ku Mohon seperti sebuah doa dan harapan. Jika diteliti liriknya, ia adalah sebuah lirik yang bagus dan penuh makna juga untuk para pelajar. Pengetua Ramli MS turut menasihatkan Nurul agar berhati-hati dengan ritard yang ada dalam lagu tersebut.
Memory : High Note
Farah memang hebat di bahagian note paling tinggi, begitu juga Linda. Selamba sahaja mereka membawakan lagu tersebut pada bahagian yang tinggi.
Diari Akademi Fantasia 06-07-08
Cinderella I
Nurul telah diberikan sebuah kotak hadiah. Tugasannya mereka harus mencari satu lagi kasut untuk mencukupkan pasangannya. Setiap pelajar akan diberikan hadiah sekiranya mereka berjumpa kasut yang lagi satu itu.
Pengalaman 30 Tahun Uji Rashid
Kehadiran beliau ke dalam Akademi Fantasia tentunya menggembirakan Mas dan kesemua pelajar. Pengalamannya selama 30 tahun dapat dikongsikan dengan mereka. Tentang bagaimana beliau membahagikan antara lakonan dan nyanyian, adalah lebih baik sekiranya setiap artis itu mampu dan berkebolehan untuk melakukannya untuk menjadi lebih lengkap.
Untuk menyanyikan lagu orang lain, kita harus berani mencuba. Percubaan itu boleh diperolehi dengan mendapat penghayatan dari lirik lagu tersebut dan kemudian persembahkan yang terbaik. Pada waktu penerangan oleh Uji Rashid dibuat, Mas sibuk melihat album gambar Uji Rashid. Zahid dengan agak tegas mengarahkan Mas supaya mendengar dan mengambil album gambar tersebut.
Mas turut bertanya tentang bagaimana beliau membahagikan kerjaya dan keluarganya. Soalan wajib kepada para kejutan tentulah tentang bagaimana mengawal kegugupan di pentas. Uji Rashid menasihatkan pelajar agar mencari kekuatan diri dan kelemahan diri. Jangan membiarkan kelemahan mengatasi kekuatan diri.
Sebelum pulang, Uji Rashid sempat menyanyikan lagu Semakin Hari Semakin Sayang. Beliau sempat menutup mulut Mas agar tidak sama-sama menyanyi dengannya. Di bahagian tengah, Mas menyanyikan lagu ter sebut dengannya.
Kelas Seni Persembahan Cikgu Fauziah Nawi: Mas Kena Marah
Mereka harus melakukan lima improvisasi terhadap lakonan. Mereka harus membaca dengan berbisik, dengan tidak memperdulikan orang lain, dalam keadaan seronok, dalam keadaan takut dan sekuat-kuat hati.
Mas ditegur dengan agak serius oleh Cikgu Fauziah Nawi. Beliau benar-benar serius. Beliau sudah seakan-akan tidak tahan melihat orang luar iaitu penonton mengutuk dan mengejek Mas saban hari. Mas dikatakan berlakon dan menagih simpati setiap hari. Tiada perubahan dalam diri Mas yang kita nampak sejak Konsert I hingga Konsert V. Selama enam minggu tidak banyak perubahan yang ditonjolkan. Mas tidak menunjukkan ketekunan beliau untuk mengubah dirinya. Beliau sememangnya jujur. Tetapi kejujuran Mas agak keterlaluan sehingga memakan dirinya.
Dalam proses pembelajaran, setiap manusia pasti mengalami kekeliruan, tidak faham dan tidak suka dengan setiap pembaharuan. Mereka boleh bertanya kerana itu asas dan proses mendapatkan ilmu. Tetapi tidak pada Mas. Mas apabila beliau tidak tahu, beliau hanya berdiam diri mengharapkan simpati. Hidupnya sentiasa di dalam kebingungan. Tetapi sampai bila. Setelah enam minggu tiada hasilnya. Kita hanya boleh bergelak ketawa untuk Mas. Mas mentertawakan dirinya. Adegan-adegan seperti inilah yang mahu saya lihat di dalam Akademi Fantasia. Untuk menjadi seorang bintang, bukan hanya disaluti emas permata tanpa melalui kotor lumpur. Cabaran-cabaran mendapatkan ilmu harus datang dari dalam diri sendiri.
Di adegan tersebut, kali pertama saya menganggap air mata Mas adalah air mata yang palsu. Wajahnya masih sempat tersenyum. Maafnya tiada keikhlasan. Juga permohonan maafnya kepada rakan-rakannya. Rakan-rakannya juga seperti mahu tidak mahu menjawab.
Walau sehebat mana sekalipun mutu vokal beliau, Mas tetap tidak akan mendapat tempat untuk Lima Pilihan Terbaik saya. Beliau tiada personaliti sebagai seorang Juara.
Hadiah Cinderella I
Susulan daripada segmen Cinderella pada tengahari tadi. (Kenapa macam skrip Aznil saja ni ?), mereka telah diarahkan oleh Encik Julian untuk pergi mengambil hadiah untuk mereka di dalam Bilik Pengetua. Masing-masing memperagakan kasut yang mereka dapat hasil tajaan.
Rasanya setiap hari lewat petang Rabu, mereka akan mendapat pelajaran baru dari Pengetuanya iaitu Ramli MS. Kali ini mereka belajar tentang ritard iaitu keadaan melodi menjadi semakin perlahan. Contoh lagu yang ada ritard ialah Salam Terakhir. Perkataan-perkataan seperti ritard, robato ialah bahasa antarabangsa untuk pemuzik. Pemuzik satu dunia menggunakan bahasa yang sama. Sewajarnya ahli muzik perlu tahu tentang perkataan-perkataan tersebut.
Sohaimi Mior Hassan di Akademi Fantasia
Secara peribadi, saya menyukai susunan terbaru lagu tersebut. Agak moden dan segar. Kaer menyanyikan lagu tersebut dengan baik pada beberapa bahagian. Cuma saya agak kurang menyenangi cara beliau menamatkan lagu tersebut. Agak tinggi dan tidak sesuai dengan mood lagu tersebut.
Sedang beliau menyanyikan lagu tersebut, penyanyi asalnya muncul di Akademi Fantasia sebagai kejutan kepada Kaer. Tiada siapa yang mengenalinya kecuali setelah Ramli MS memperkenalkannya. Nama Sohaimi Mior Hassan memanglah tidak sepopular M.Nasir tetapi lagu beliau tetap segar dalam ingatan pendengar. Beliau sendiri berpuas hati dengan susunan muzik lagu tersebut. Jika Kaer meniru setiap tone vokal penyanyi asalnya, lagu tersebut akan menjadi membosankan. Dengan membawanya dengan lenggok R&B, lagu tersebut bertambah menarik dan mampu divariasikan. Pertemuan tersebut secara tidak langsung telah dapat melonjakkan tahap keyakinan beliau terhadap lagu tersebut. Sejak dua minggu kebelakangan ini, keyakinannya Kaer semakin terhakis. Begitu juga dengan keyakinan pengundi-pengundinya. Banyak yang telah beralih arah.
Menurut Kaer, ini merupakan kali pertama beliau mendengar lagu tersebut. Emosinya terasa apabila setelah beberapa kali mengulang lagu tersebut. Beliau turut bertanya kepada Sohaimi Mior Hassan sama ada lagu tersebut dihasilkan berdasarkan cerita benar. Lagu tersebut dihasilkan pada tahun 1981, di mana rata-rata pelajar belum lagi lahir pada waktu tersebut.
Beliau telah mencipta lagu tersebut sewaktu di United Kingdom. Ia berdasarkan satu nama jalan di Bradford. Tiada kena mengena dengan hidup atau yang mati. Trend pada waktu itu, penghasilan lagu dan muzik lebih daripada puisi. Pada zaman-zaman tersebutlah lahirnya Kumpulan Harmoni dengan lagu Penantian dan Ebiet G.Ade dari Indonesia. Tuan Haji Zubir Ali yang pernah menganggotai Kumpulan Harmoni menjawat jawatan penting di Pusat Kebudayaan Universiti Malaya.
Lagu perlahan seperti Episod Cinta Dari Bromley memang merupakan pilihan yang terbaik untuk pertandingan. Penyanyi boleh menggunakan peluang yang ada untuk menunjukkan kebolehan vokal mereka. Cukup sekadar berdiri, sebuah persembahan dari lagu-lagu rentak perlahan boleh memberikan kesan yang amat mendalam kepada pendengar.
Puan Fatimah sempat memberikan para pelajar melihat kulit album CD Sohaimi Mior Hassan. Melihat bagaimana ruggednya beliau sewaktu zaman mudanya.
Untuk menjadi penyanyi yang baik, pelajar harus memahami lagu tersebut, faham senikatanya, maka barulah sesebuah persembahan akan berjaya. Dari situ kita boleh menyesuaikan lagu tersebut dengan diri kita.
Kelas Cikgu Siti Hajar
Nurul dan Ku Mohon harus lebih relax membawakan lagu ini. Lagu ini seperti satu doa. Sampaikan dengan penuh penghayatan. Tidak perlu terlalu gopoh mahu menghabiskan lagu ini. Lagu ini memerlukan tone yang rendah kebanyakkannya. Nurul memerlukan banyak tenaga untuk itu. Nyanyiannya harus nampak bertenaga.
Adam perlu lebih bercerita dengan lagunya melalui lagu tersebut. Beliau harus tahu kedudukan vokalnya untuk menghasilkan bunyi yang betul dari tenaga yang cukup.
Linda banyak membetulkan lenggok vokal beliau. Nyanyiannya sudah nampak bertambah baik. Vokalnya kena dengan lagu tersebut. Untuk mencantikkan lagi style vokalnya, Cikgu Siti Hajar banyak memberi idea akan bagaimana cara yang sesuai untuk beliau menyanyikan lagu tersebut.

