Undilah

SULTANMUZAFFAR (26 Februari 2002 - sekarang)

Seorang blogger, pelayar internet, penyelam scuba dan penagih tegar televisyen dan Wii. Melihat seluruh dunia di laman blog menerusi kamera DSLR dan kacamata tebalnya (kadang-kadang kanta lekap).

Mengkritik tidak bererti menentang, menyetujui tidak semestinya menyokong, menegur tidak bermakna membenci, dan berbeza pendapat adalah kawan berfikir yang baik.
Entri oleh sultanmuzaffar 29 July 2004 0 komen

Novel Bersiri Akademi Impiana: Bahagian 35



Jumairi mendapat tahu bahawa dia akan dibawa dengan sebuah ambulans yang telah ditempah khas untuk memindahkannya ke sebuah pusat perubatan swasta di Kuala Lumpur pada malam semalam. Dia juga telah mendapat tahu bahawa Salina telah menguruskan segala-galanya agar perkara ini dapat dilakukan dengan lancar.

Jumairi banyak kali memerhatikan hubungan di antara Salina dan Rahmat. Sebelum ini, Rahmat tidak pernah memberitahu kepadanya tentang kawan-kawannya di Kuala Lumpur. Kali ini, ketika dia menemuinya, tiba-tiba sahaja Rahmat membawa Salina bersamanya. Perkara ini sememangnya telah mengejutkannya, namun begitu dia dapat menerima kehadiran Salina di dalam hidupnya dan khususnya Rahmat dengan baik.

Jumairi cukup senang melihat hubungan yang terwujud di antara Salina dengan Rahmat. Didapatinya Salina seorang yang cukup prihatin terhadap dirinya, juga orang-orang yang terdekat dengannya. Semalam petang, Jumairi telah berpeluang untuk bertemu dengan ibu dan bapa Salina yang telah datang melawat dari Johor Bahru. Mereka telah datang untuk melawatnya setelah Salina memberitahu kepada mereka tentang keadaannya dirinya yang terlantar di hospital.

Sejuk hati Jumairi melihat budi pekerti Salina yang baik serta perwatakannya yang sopan serta lemah lembut. Semalam, barulah diketahuinya bahawa Salina adalah seorang anak kacukan, walaupun persoalan ini telah bermain-main di dalam benak fikirannya sejak kali pertama dia bertentang mata dengan Salina. Bapanya, Leone Alberti atau nama Islamnya Sulaiman Abdullah adalah seorang yang peramah - maka fahamlah Jumairi di mana datangnya sikap peramah Salina itu dan kecantikannya pasti datangnya dari ibunya yang masih kelihatan jelita walaupun umurnya telahpun mencecah setengah abad.

Sebelum bertolak ke Kuala Lumpur, Jumairi telah meminta agar Rahmat pulang ke rumahnya di kampung dan mengambil sebentuk cincin yang masih tersimpan dengan baik di dalam almarinya. Jumairi telah meminta agar Rahmat membawa cincin tersebut kepadanya pada pagi itu sebelum dia dibawa ke Kuala Lumpur. Dan ada sesuatu yang penting yang ingin diamanahkan kepadanya nanti, katanya.

“Ibu dan bapak kamu bagaimana?” tanya Jumairi kepada Salina yang sedang mengemaskan beberapa barangan kepunyaan Jumairi lalu dimasukkannya ke dalam sebuah beg kecil. Salina menemani Jumairi sementara menunggu ketibaan pembantu kesihatan, sambil-sambil masih menanti ketibaan Rahmat yang pergi mengambil salinan bil hospital dari pejabat pengurusan.

“Mereka sihat sahaja. Sebelum mereka pulang ke JB malam semalam, mereka sekali lagi kirim salam kepada pak cik. Mereka harap pak cik akan beransur sihat. Mereka akan ke KL nanti untuk melihat perkembangan pak cik di sana.” Jelas Salina dengan tertib. Setelah jam tangan kepunyaan Jumairi dimasukkan ke dalam beg kecil yang dipegangnya, beg tersebut ditutup zipnya dengan penuh berhati-hati.

“Apa yang ibu dan bapa kau bualkan dengan Rahmat semalam. Lama aku tengok mereka berbual di luar.” tanya Jumairi.

“Mereka bertanyakan kepada Rahmat tentang pak cik. Mereka juga saya rasa mahu berkenalan dengan Rahmat. Mereka memang macam tu, pak cik. Sejak saya kecil lagi, semua kawan-kawan saya mahu mereka dikenali.”

“Kamu dengan Rahmat... Kawan sahaja?”

“Ya pak cik. Kami berkawan. Sebenarnya kami baru sahaja berkenalan.” Jawab Salina malu-malu. “Kami mula berkenalan bila dia datang ke pejabat saya--”

“Aku tahu kau suka dengan si Rahmat tu.” Jumairi melemparkan sekuntum senyuman kepada Salina yang bentuknya hampir sama dengan senyuman nakal dari Rahmat.

Salina tidak menjawab. Dia sedikit terkejut mendengar kalimah-kalimah itu keluar dari mulut Jumairi. Salina hanya mampu membalas senyumannya.

“Saya sebenarnya dua tahun lebih tua dari Rahmat, pak cik. Jadi--”

“Sejak bila pula umur jadi penghalang?”

“Penghalang kepada apa pak cik?” tanya Salina dengan nada mengusik.

“Pak cik tahu pak cik tak ada banyak masa lagi di dunia ni. Jadi, satu-satunya perkara yang pak cik mahu pastikan adalah kehidupan Rahmat terurus. Pak cik tak mahu dia melakukan segala kesilapan yang pernah pak cik lakukan dahulu. Pak cik mahu dia bahagia. Pak cik dapat rasakan, dia akan dapat kecapi kebahagiaan yang dia cari-cari semala ini jika dia bersama kamu.”

“Soal hidup dan mati, jodoh pertemuan tu semua di tangan tuhan, pak cik...” Salina memegang tangan Jumairi dengan erat. “Entahlah pak cik... Mak dan bapa saya pun cakap benda yang sama kepada saya semalam...”

“Apa yang mereka kata?”

“Mereka tanya kepada saya, bila lagi saya nak berkahwin. Mereka fikir saya dan Rahmat dah lama berkenalan dan kami mempunyai hubungan yang lebih erat dari sekadar seorang sahabat biasa. Mungkin salah faham tu berlaku bila mereka lihat saya telah ke sini mahu membantunya--”

“Kau ada hati dengan Rahmat?” tanya Jumairi sambil tersenyum walaupun dia sudah dapat meneka jawapannya.

Salina serba salah mahu menjawab soalan tersebut dari Jumairi. Katanya dengan suara yang tenang:

“Saya memang ada menaruh perasaan kepadanya. Tetapi saya tak tahu jika selama ini saya sekadar bertepuk sebelah tangan.”

“Aku sebenarnya cukup kenal dengan si Rahmat tu... Dari gerak-gerinya, aku dah boleh agak dia suka dengan kau, cuma dia belum bersedia untuk memberitahu kepada kau, agaknya...”

Salina tidak menjawab. Dia sekadar mendengar apa yang ingin dikatakan lagi oleh Jumairi kepadanya:

“Mereka tahu tentang pekerjaan Rahmat dan kedudukan keluarga kami?”

“Mereka tahu. Mereka tidak pentingkan itu semua. Mak saya sendiri dari sebuah keluarga yang susah. Mereka ada cakap semalam kepada saya... Mereka tidak kisah siapa yang saya pilih sebagai kawan... Atau calon suami, asalkan saya bahagia. Itu yang penting bagi mereka...”

Rahmat tiba-tiba masuk ke dalam wad. Dia menyerahkan bil rawatan hospital yang ada di tangannya kepada Salina. Salina cepat-cepat memasukkan bil tersebut ke dalam beg tangannya.

“Awak berbual pasal apa tadi?” tanya Rahmat sambil mendekatkan dirinya kepada bapanya.

“Kita gossip pasal awak lah, apa lagi!” Salina menjeling manja. Rahmat tersengih sendiri. Jumairi cukup senang melihat Rahmat kembali ceria dan tidak murung seperti semalam.

“Ayah... Ini cincin yang ayah suruh saya cari semalam. Hampir setengah jam saya mencari barulah jumpa.” Rahmat menyerahkan sebentuk cincin yang selama ini tidak pernah dilihatnya kepada Jumairi.

“Cincin ini kepunyaan ibu kamu, cincin kahwinnya. Dia tinggalkan cincin ini kepada aku bila kami berpisah dahulu,” ujar Jumairi dengan perlahan. Dia mengamati cincin emas yang bertatahkan berlian itu. Memori suka duka dia bersama bekas isterinya tiba-tiba membasahi jiwanya. Jumairi menarik nafasnya panjang-panjang. Nafas penuh rasa kesal. “Aku pernah sayang dengan ibu kau itu setengah mati, walaupun selama ini aku beritahu kepada kau yang aku membencinya. Aku mahu meminta maaf jika aku dah tanamkan rasa benci kau kepada ibu kau tu selama ini. Aku tak sepatutnya melakukan ini semua.”

Rahmat berdiri kaku. Perasaannya sedikit terganggu mendengar penjelasan dari Jumairi tadi.

“Salina, aku mahu kau terima cincin ini.” Jumairi memegang kedua belah tangan Salina lalu menyerahkan cincin tersebut kepadanya. “Tak banyak harta yang aku ada untuk aku serahkan kepada kau untuk membalas segala budi baik kau kepada aku. Tapi ini sahaja yang aku ada...”

Salina termanggu buat beberapa ketika. Dia memandang ke arah wajah Rahmat yang kini nampak sedikit kabur.

“Saya tidak boleh terima pemberian pak cik ini. Lagipun saya tolong pak cik dengan iklas.” perasaan sebak mula melanda dirinya. Salina berharap Rahmat akan mengatakan sesuatu kepada bapanya, tetapi Rahmat terus tercegat berdiri tanpa sepatah perkataan pun terkeluar dari mulutnya.

“Aku juga ikhlas mahu memberi. Aku harap, kau jagalah nanti cincin ini baik-baik.” Jumairi menyarungkan cincin tersebut ke jari manis tangan kanan Salina. Salina tertunduk akur.

“Rahmat... Aku harap kau akan dapat jaga Salina ini betul-betul. Salina ini baik budaknya.”

Rahmat mengangguk sekali. Dia perpaling ke arah Salina yang sedang memandang sayu ke dalam wajah Jumaini.

“Satu lagi... Bila kau pulang ke KL nanti. Aku harap kau akan mencari ibu kau tu. Mungkin dia akan dapat jelaskan segala-galanya kepada kau tentang aku dan mengapa dia tinggalkan aku dahulu. Aku mahu kau tahu sendiri darinya.”

Rahmat memegang tengkuknya sebelum dia mengangguk sekali lagi.

“Maaf encik, kami mahu menghantar Encik Jumairi masuk ke dalam Ambulans.” Ujar seorang pembantu perubatan kepada Rahmat. Mereka meminta agar Rahmat dan Salina keluar dari wad agar dia serta dua orang rakannya lagi dapat melakukan tugas mereka dengan lancar.

Rahmat mencium tangan bapanya. Diikuti oleh Salina. Mereka berdua memberi ucapan selamat jalan kepadanya dan memberitahu kepada Jumairi bahawa mereka akan menunggunya di Kuala Lumpur nanti...

**


Menangani Media - Berikut merupakan soalan-soalan cepumas yang akan ditanyakan oleh media kepada pelajar-pelajar Akademi Impiana 2 apabila mereka terkenal kelak dan apa yang mungkin akan dijawab oleh mereka

Soalan dari media: Terdapat tohmahan-tohmahan di dalam beberapa buah forum dan laman di Internet yang mengatakan kerana anda seorang pereka fesyen yang lembut ditambah dengan kecenderungan anda suka memakai pakaian ala wanita lengkap bertocang, bahawa anda adalah seorang lelaki gay...
Jawapan: Bukan semua pereka fesyen itu gay! Saya tahu saya lembut tapi saya suka dengan perempuan yang pandai bergaya dan nampak jelita dan absolutely fabulous seperti saya.

Soalan dari media: Mengapa awak suka membetulkan dandanan rambut awak dan melihat wajah awak di cermin setiap tiga minit?
Jawapan: Saya telah dinasihati oleh seorang pakar rambut agar melakukan membetulkan rambut saya setiap masa agar rambut saya nanti tidak gugur.

Soalan dari media: Adakah kamu sememangnya seorang jejaka yang nakal?
Jawapan: Rilek lah brader. Tak syok lah nanti kalau Misha tahu pasal benda ni!

Soalan dari media: Kenapa saudari suka menyebut “breep-breeep?”
Jawapan: Breep-breeeeeeeppppp!

Soalan dari media: Mengapa anda suka menukar irama sesebuah lagu yang anda terima kepada irama R&B sehingga mengubah jiwa lagu tersebut?
Jawapan: (mengulangi kembali soalan yang dikemukakan kepadanya dengan lenggok R&B tanpa menjawab jawapan yang ditanya kepadanya)

Soalan dari media: Adakah saudari sedar suara saudari sumbang dan saudari mempunyai masalah untuk mengenali tone muzik?
Jawapan: Ermm... (termenung selama dua minit) Apa kau cakap tadi? Kamik tak paham!


**


Mantera meng-R&B seperti mana yang tidak akan dinyanyikan oleh Khir di dalam Konsert Akademi Impiana nanti (Lirik oleh Dom Junior)


Oh! Sedapnya udang yang diberi
Sehingga aku
Memakan tanpa terhenti
Agar aku bisa menyanyi
Penuh lenggok stail
Bagaikan berada di BB

Oh! sepuluh ekor udang lagi,
Ku baham bersama

Boboy di sarapan pagi
Tapi kini aku tanggungni
disuntik kerna gatal dan alergi
Telantar di sofa
Untuk -� menagih undi simpati

Biar apa lagu diberi
Ku tetap kan R & B
Berkali-kali telah diteguri
Nyayian ku tetap R&B
Ku seru mantera kusendiri
Mantera meng - R&B.

Entri oleh sultanmuzaffar 28 July 2004 0 komen

Akademi Fantasia IIDiari Akademi Fantasia 08-05-06


Kelas Seni Persembahan

Bukan senang untuk meniru gaya artis yang telah tiada. Seniwati Mak Enon perlu ditiru oleh mereka. Kebanyakan pelajar Akademi Fantasia adalah pelajar yang lahir era 80an. Ada yang mengenali Mak Enon, ada juga yang tidak mengenalinya. Bukan sesuatu yang mustahil jika mereka tidak mengenalinya. Seperti Kaer, mungkin gemar menonton filem-filem Melayu lama tentunya beliau lebih mengenali siapa itu Mak Enon. Mak Enon lebih dikenali dalam filem-filem komedi era 80an. Zaman itu zaman kegemilangan filem-filem komedi ala Badul. Meniru gaya Mak Enon seperti yang dilakukan oleh Kaer satu yang menarik. Cumanya sikap Farah yang terlalu kebudak-budakkan adakalanya menyiksakan pandangan mata. Farah seperti berusaha terlalu gigih untuk kelihatan comel.

Pukul Berapa Datuk Harimau
Kelas sebegini sepatutnya dikendalikan oleh Penasihat Pelajar dan Penasihat Motivasi untuk meringankan sedikit beban mereka. Sudah seperti silap konsep apabila ia dilakukan di dalam kelas Seni Persembahan Cikgu Fauziah Nawi.

Sekali –sekala melihat pelajar menjadi kanak-kanak memang seronok. Macam-macam gelagat ada. Kaer tiba-tiba menjadi kanak-kanak yang tidak mahu duduk di belakang. Beliau lari ke depan. Pelajar-pelajar lain menjerit tidak puas hati. Melihat mereka mendapat seorang ibu besar yang menjaga keselamatan mereka dari terkaman harimau. Tentu sahaja masa kecil-kecil dahulu, siapa yang badan besar sudah tentu akan menjadi penjaga. Seingat saya, kali terakhir saya main permainan ini sewaktu di kampung. Kampung halaman ada padang yang luas bukan seperti rumah-rumah di bandar sekarang. Tiada halaman. Kalau apartmen adalah halaman luas sekangkang kera. Kasihan melihat Adam yang diheret oleh Datuk Harimau setelah mati diterkam Datuk Harimau. Adam pula berlakon dengan real sehingga sanggup berlakon mati dan membiarkan dirinya diheret Zahid.

Promosi Arnieza
Kenal Arnieza ? Saya tidak kenal siapa Arnieza sehinggalah beliau muncul dalam Akademi Fantasia hari ini. Kelas Cikgu Adnan hari ini banyak mengajar tentang technical vocal. Vokal ada macam-macam jenis. Ada pelbagai teknik nyanyian. Mujur ada Arnieza untuk memberikan sedikit demonstrasi. Tidaklah sedap mana pun. Mungkin macam yang pernah Cikgu Siti Hajar katakan, ada penyanyi yang bersuara sedap tetapi teknikal kosong. Ada penyanyi yang bersuara biasa tetapi penuh dengan teknikal. Mungkin Arnieza jenis yang kedua.

Koreografi Adam untuk lagu Kasih masih ada elemen-elemen hip-hop. Berkali-kali Cikgu Linda Jasmine mengingatkan beliau tentang melupakan elemen tersebut dalam lagu tersebut. Memang sukar lebih-lebih lagi Adam sudah sebati dengan irama sedemikian. Adam pula diajar langkah yang agak sukar. Melakukan pusingan arah jam dengan berdiri menggunakan lutut. Memang sukar lebih-lebih lagi untuk tubuh lelaki seperti Adam. Yang sudah agak keras, berbeza dengan Cikgu Linda yang bertubuh agak lembut. Zahid seperti biasa, pantang melihat Adam. Kena gelak lagi Adam. Cikgu Linda menyuruh Zahid pula yang melakukan perkara yang sama. Banyak pula alasan Zahid.

Zahid juga seharusnya lebih berhati-hati agar tidak mencederakan Adam. Beliau harus lebih teliti dalam melakukan sesuatu arahan agar pelajar-pelajar lain tidak menjadi mangsa gurauannya. Bergurau tidak salah, saya seronok melihat pelajar bergurau senda tetapi janganlah sampai berlebihan. Benjol kepala Adam. Muka Adam pun macam hendak menangis.

Selesai latihan, Cikgu Linda mengarahkan pelajar naik bersembahyang dan kemudian menyambung semula latihan.

Sesi Motivasi
Saya menerima banyak komen tentang Mas. Kata mereka, tenaga pengajar berlaku tidak adil kepada Mas. Mas seorang pelajar yang lemah tetapi tiada usaha yang dilakukan untuk memperbaiki kelemahan Mas. Sebaliknya Mas dimarahi. Kata mereka, mana pergi guru kaunseling yang seharusnya mengkaunseling Mas dalam saat-saat sebegitu. Mas sewajarnya diberikan kaunseling tetapi tiada.

Setidak-tidaknya, semalam adegan sesi bersama Penasihat Motivasi dan Penasihat Pelajar ditayangkan untuk semua. Sekaligus membuktikan yang sesi tersebut ada dijalankan cuma tidak ditayangkan. Adegan sebegini bagus untuk kita lebih mengetahui kelemahan dan kebaikan setiap pelajar agar pengundi dapat memberikan pilihan terbaik kepada undian mereka.

Saya bersifat biasa dengan nyanyian Kaer dengan lagu Mentera Semerah Padi. Masih kosong. Kekentalan semangat lagu ini masih lemah. Penjiwaan lirik lagu tersebut masih tiada. Mesej lagu tersebut belum sampai kepada saya. Kaer perlu menghayati lirik lagu tersebut yang begitu mendalam terhadap perjuangan bangsa Melayu. Jiwa Melayu lagu tersebut begitu keras. Nilai artistik lirik lagu tersebut begitu tinggi. Kaer perlukan emosi dan penghayatan yang sebenar-benarnya untuk lagu sedemikian.

Adam menyanyikan lagunya dengan agak baik. Saya merasakan dengan gaya persembahan yang menarik dari Adam tentunya akan lebih mencantikkan lagu tersebut. Lagu ini tidaklah sukar dan mencabar kemantapan vokal Adam. Saya merasakan yang lagu ini agak mudah buat Adam. Vokal Adam sesuai dengan lagu sebegini.

Jika dihayati sebenar-benarnya, saya menyangka Nora yang sedang menyanyikan lagu tersebut. Vokal Farah ada sedikit persamaan dengan vokal Nora. Kelantangannya serta sebutan Farah yang jelas juga menjadi identiti Nora. Farah masih kurang attitude untuk lagu ini dan Farah menyedarinya. Keceriaan Farah di luar waktu latihan tidak dibawa ke dalam lagu tersebut. Saat sepatutnya beliau bermain, beliau tidak bermain. Lagu Bebas Berlari sebuah lagu yang ceria dan emosi Farah tidak menggambarkan keceriaan. Ia masih boleh dibaiki.

Party Like This
Latihan nyanyian Party Like This agak baik. Mungkin kerana tiada Mas. Nyanyian Linda dan Farah agak harmoni dan kena dengan lagu tersebut. Kaer pun kita lihat begitu bersemangat. Maklumlah kerana lagu-lagu urban bercorak hip-hop dan R&B. Kaer seperti selamba sahaja melontarkan vokal beliau jauh berbeza sewaktu beliau melontarkan vokal untuk lagu Habis Sudah Umpanku. Keyakinan Kaer mendendangkan lagu berentak R&B dan lagu bukan berentak R&B memang berbeza. Tidak perlu tipu.

Lagu medley Joget juga menyeronokkan. Sebuah persembahan yang saya tunggu-tunggu. Lebih-lebih lagi dengan Joget Lambak di penghujung medley. Vokal Zahid kedengaran agak berbeza dari biasa untuk disesuaikan dengan nada lagu tersebut.

Standing In The Eyes Of The World
Enam tahun yang lalu lagu Standing In The Eyes Of The World sering kedengaran di corong-corong radio dan peti televisyen. Setelah tirai Sukan Komanwel 98 dilabuhkan jarang kita mendengar lagu ini. Lagu tersebut boleh dianggap lagu motivasi dari Ella untuk pelajar Akademi Fantasia. Jika dihayati lirik lagu tersebut tentunya memberikan makna yang amat mendalam kepada setiap pelajar. Farah dan Kaer lebih mengetahui dan menghafal sedikit-sedikit lirik lagu tersebut.

Saya tabik dengan keputusan Ella untuk tidak terus berlakon. Lakonan Ella dari Bayangan Maut sehinggalah Hanya Kawan tidak menunjukkan peningkatan. Beliau menyedari kekurangan tersebut dan mengambil keputusan untuk tidak berlakon. Respek lagi. Seperti kejutan-kejutan yang lain, mereka akan banyak menekankan tentang keyakinan diri, bagaimana mengatasi kegugupan, begitu juga Ella. Sesekali bila Ella kilas rambutnya yang panjang itu, memang menyerlahkan imej seksi beliau. Mata Zahid dan Adam pun tidak lekang dari memandang Ella.

Kehadiran Ella nampak seperti kejutan untuk Encik Julian kerana beliau yang bersemangat bertanyakan macam-macam soalan untuk Ella. En Julian juga semacam tahu setiap perkembangan karier Ella dan membawa pelajar menyusur galur sejarah karier Ella. Pelajar tidak banyak bertanya, kalau bertanya pun hanya sekadar “Umur Ella berapa ?” Soalan-soalan lazim pemberita Melodi yang sering bertanya “Bila nak langsung ?”.

Quote of The Day
"Teknik growling, teknik yang Rem popularkan." Cikgu Adnan Abu Hassan

Entri oleh sultanmuzaffar 0 komen

Novel Bersiri Akademi Impiana: Bahagian 34


“Eh tak kuasa hem tengok Akaq Azmil bukak step silat!” Ujar Linus kepada Gundutz sewaktu Azmil sakan bercerita tentang lagu Mentera Semerah Padi yang bakal dinyanyikan oleh Khir.

“Hem tengok pon takut, sundels! Ye lah, dengan rambut blond bagai dia tuh bukak pencak silat!” Balas Gundutz.

“Macam srikandi handalan gituh kan?”

“Macam Tun Fatimah der blond, bley?” Gundutz cepat-cepat berpaling ke arah Timah untuk menunggu balasan kata-kata pedas darinya. Tetapi Timah terus diam. Matanya kaku ke kaca TV.

Timah terus diam walaupun penyanyi kesayangannya, Khir sedang beraksi di kaca TV. Khir dengan lenggok suara lembutnya telah menyanyikan lagu Mentera Semerah Padi dengan bersungguh-sungguh. Seperti biasa, dia seboleh-bolehnya mahu meng-R&Bkan lagu ini sehingga Puan Siti Hawa terpaksa memintanya menyanyikan bait-bait lagu ini mengikut iramanya yang betul. Menurut Puan Siti Hawa kemudian: “Lagu ini dibentuk untuk orang yang berperawakan tegas.”

“No wonder susah si Khir ni nak bawak lagu ni,” ujar Gundutz dengan nada memerli, “si Khir ni kan sotong. Nak tegas macam mana, kan? Nyanyi macam gayah der siti coverina ada lah!”

Timah tak sekalipun berganjak dari tempat duduknya, mahupun bersuara untuk membantah apabila Gundutz mengeji penyanyi kesayangannya itu. Apabila Linus dan Gundutz mengajuk cara Khir berlakon seperti Mak Enon pun dia masih terus diam.

Linus kasihan melihat keadaan si Timah. Sebaik sahaja rancangan Diari Akademi Impiana selesai, dia terus bersuara kepada Timah:

“Timah... Kenapa dengan kau ni? Tadi bila kau datang ke sini aku tengok mata kau bengkak macam orang baru lepas nangis. Lepas tu, sejak semalam aku tengok ko diam jer. Seswatuh sangat!”

“Tak ada apa-apa lah.” Jawab Timah perlahan.

“Tak ada apa-apa apakejadahnya? Selalunya kau akan bagi statement: 'Tak ada apa-apa lah! Kau kepoh apasal?'” Linus sengaja mengajuk cara kebiasaan Timah menjawab kata-katanya sebelum menambah lagi. “Kalau kau rindu sangat dengan si Rahmat tu... Call jer lah!”

“Tak nak lah.” Timah menggeleng lemah.

“Kau off phone kau, kan?”

“Dah tu apasal? Tak boleh ke aku off kan phone aku sendiri?”

“Mana tahu si Rahmat nak call kau ke?”

“Biar lah dia nak call ke apa...”

“Tak baik lah Timah, oiiii!” Gundutz bercekak pinggang, “mana tahu dia cuba call kau ke, apa ke--”

“Malas lah nak layan dia lagi!”

“Sudehhhh! Takdamaknanya! Ko hengat hem tak tahu ko dok melalak kat rumah?” Gundutz menjeling, walaupun di dalam hatinya dia cukup kasihan melihat keadaan Timah sekarang. “Kalau ko rindu kat dia cakap je lah. Mengaku kat hem kan senang?”

“Kau sayang dia, kan Timah?” Linus bertanya dengan suara perlahan persis keibuan.

“Entahlah...”

“Nok... Kalau ko cakap ko vencis dia pon, adik-adik macam kita ni tahu apa yang tersimpan dalam lubuk hati kau tu.” Jelas Gundutz. “Sebaik-baiknya ko call dia nok. Sedih hem tengok keadaan ko tak semenggah macam ni. Hem rindu sangat dengan molot kak nam ko tu.”

“Aku rasa dia ada orang lain.” Timah ke dapur untuk mengambil bekal makanan yang selalu disediakan oleh Gundutz untuknya. “Sebab tu lah dia dah banyak berubah. Banyak sangat dia nak rahsiakan.”

Gundutz dan Linus saling berpandangan. Mereka rasa serba salah. Sememangnya mereka telah lama mengetahui tentang hubungan intim antara Rahmat dengan Salina.

“Kalau boleh, aku tak mahu tahu apa-apa pasal dia lagi. Malas dah aku nak layan kerenah dia tu. Lagipun kumbang bukan seekor!” kata Timah tak bertapis-tapis. Dia terus keluar dari rumah Gundutz. Di dalam keadaan marahnya itu dia masih tidak mampu melupakan Rahmat.

Timah pulang ke rumahnya. Timah seboleh-bolehnya mahu menanam rasa bencinya terhadap Rahmat agar dia dapat melupakannya. Sekurang-kurangnya buat sementara waktu ini...

**


Rahmat bangun awal pada pagi itu. Didapatinya, Salina sudah lama bangun dari tidur. Malah, Salina sedang berada di dapur bersama Mak Ngahnya sambil menyediakan sarapan pagi. Salina kemudian keluar bersama Mak Ngah sambil menatang dulang penuh dengan makanan dan minuman yang telah mereka sediakan bersama.

Salina sedang memakai baju kurung berwarna biru. Sebelum ini Rahmat tidak pernah melihat Salina memakai baju kurung, inikan pula baju kurung yang layaknya dipakai pada hari Raya. Salina memang kelihatan ayu pada pagi itu. Rahmat tergamam buat beberapa ketika melihatkan kejelitaan Salina.

Mak Ngah dan Pak Ngah nampaknya suka melihat kehadiran Salina di dalam hidup mereka. Sememangnya mereka tidak mempunyai anak perempuan. Anak-anak lelaki mereka pula masih bujang. Yang paling tua berusia 19 tahun. Dan mungkin sebab itulah Mak Ngah sakan melayan Salina yang suka berceloteh dengannya. Belum apa-apa, Mak Ngah sudah mahu mengambil Salina sebagai anak angkatnya sendiri.

Mak Ngah dan Pak Ngah pada mulanya terkejut melihat Rahmat membawa Salina ke rumah mereka lewat malam semalam. Tetapi Rahmat memberitahu mereka bahawa Salina adalah kawan baiknya dan ingin membantu. Di dalam benak fikiran mereka, sudah tertanam anggapan bahawa Salina adalah kekasih Rahmat, jika tidak, masakan Rahmat mahu membawanya pulang ke kampung?

Lagipun, layak benar jika Rahmat cepat-cepat mendirikan rumahtangga, fikir Pak Long dan Mak Long – itulah yang telah mereka bincangkan sewaktu mereka mula-mula berkenalan dengan Salina pada malam sebelumnya. Rahmat seusia dengan bapanya ketika bapanya dahulu mula mendirikan rumahtangga dengan isterinya dahulu. Dan mereka pula melihat Salina sebagai calon isteri yang cukup sesuai untuk Rahmat. Kedua-duanya sama-sama elok rupa parasnya. Tak elok juga rasanya mereka melihat Rahmat membawa anak dara orang seperti Salina ke mana-mana dia pergi. Lebih baik rasanya mereka berkahwin dari mengundang fitnah dari orang kampung! Itulah yang mereka fikirkan...

Selepas bersarapan, mereka berempat terus ke hospital dengan berkereta. Salina berkali-kali meminta maaf kepada Pak Ngah dan Mak Ngah kerana bahagian tempat duduk penumpang keretanya agak sempit. Mereka nampaknya tidak kisah. Tatkala dalam kereta, mereka lebih banyak berbual dengan Salina yang peramah itu. Pelbagai soalan yang mereka tanyakan kepada Salina, seperti pekerjaannya sehinggalah ke latar belakang keluarganya.

Mereka berempat tiba di hospital dan terus ke wad ICU untuk menemui Jumairi, bapak kepada Rahmat. Dari luar wad ICU, mereka dapat melihat bahawa keadaannya semakin stabil. Dia sedang berada dalam keadaan sedar, walaupun wajahnya pucat. Jururawat yang mereka temui hanya membenarkan seorang dua sahaja pelawat datang untuk melawat. Pak Ngah dan Mak Ngah mengesyorkan agar Rahmat dan Salina sahaja pergi menemui Jumairi.

Rahmat terus memeluk bapaknya sebaik sahaja dia masuk ke dalam kamar ICU.

Jumairi mendapati anak tunggalnya itu sedang menangis teresak-esak di atas dadanya. Jumairi cuba memujuk anaknya itu agak berhenti menangis, sambil sesekali memandang ke arah Salina.

“Dah... Jangan nangis lagi. Anak lelaki tak bagus nangis macam ni.” Jumairi mengangkat kepala Rahmat. Dia menyapu air mata Rahmat yang berlinangan jatuh membasahi bajunya.

Rahmat mengangguk patuh. Dia berpaling ke arah Salina. Kemudian kepada bapanya:

“Ayah... Ini Salina, kawan saya.”

Jumairi menghulurkan tangannya untuk bersalaman dengan Salina. Dia tersenyum. Dia cuba duduk berbaring. Cepat-cepat Salina dan Rahmat membantunya.

“Keadaan ayah dah baik dah. Esok lusa keluarlah ayah dari hospital ini. Kau tak perlu risau.” Jumairi berkata dengan suara tenang.

“Ayah perlu berehat...”

“Aku tak suka lama-lama duduk dalam hospital ni. Nanti tak terbayar pulak--”

“Ayah tak perlu risau tentang hal tu semua. Duit boleh dicari, yah.”

“Aku tak mahu susahkan kau, Rahmat.” Mata Jumairi layu memandang ke arah anaknya itu.

Seorang doktor tiba-tiba masuk ke dalam wad. Dia memerhatikan Rahmat dan Salina. Dia bertanyakan kepada Rahmat jika dia adalah anak kepada Jumairi. Rahmat mengangguk. Doktor berbangsa Serani itu meminta agar Rahmat menemuinya di luar. Ada sesuatu yang ingin dibincangkan dengannya.

Rahmat mengekorinya berjalan keluar dari wad ICU. Salina menurut dari belakang. Doktor Fernandez membawa mereka ke bahagian yang agak sepi di hospital tersebut, lalu memulakan perbincangannya dengan Rahmat dan Salina:

“Kita perlu membawanya berjumpa dengan doktor pakar.”

“Tapi dia nampak sihat saja!” Ujar Rahmat. Suaranya tersekat-sekat. “Dia kata dia nak keluar dari hospital ni secepat mungkin--”

“Dia nampak sihat sahaja sekarang, tetapi pendarahan di kepalanya dah mencapai tahap kritikal.” Beritahu Doktor Fernandez dengan nada yang mendatar. “Jika dia terus dirawat di sini, kita mungkin tidak boleh menyelamatkannya. Terus terang ingin saya katakan di sini bahawa dia mungkin ada dua atau tiga minggu sahaja untuk hidup jika kita tidak melakukan rawatan lanjut terhadap dirinya.” Doktor Fernandez menggigit bibirnya sendiri. Memang menjadi kewajipannya untuk memberitahu kepada Rahmat tentang hal ini, walaupun dia rasa bersalah untuk memberitakan hal sebegini rupa kepadanya.

Wajah Rahmat berubah pucat. Salina memegang bahu Rahmat dengan erat.

“So when do you reckon we should bring him to see a specialist?” Tanya Salina dengan nada yang tegas.

“As soon as possible. But it can be expensive. That's all I can tell you right now. Encik Jumairi probably has go though a process called embolization, which involves closing off the vessels of the arteriovenous malformation in his brain by injecting glue into them. This is a very intricate process. Only a specialised neurosergeon in KL can perform this...”

“Just arrange everything for us doctor. For the time being, just make sure that he'll get to KL safely. I'll take care of any oustanding bill.”

“Awak tak perlu susah-susah nak bantu saya...” Rahmat memeluk tubuhnya sambil berpaling ke arah Salina.

Salina merenung ke dalam mata Rahmat dengan satu pandangan yang terus membuat Rahmat kelu. Rahmat seolah-olah faham bahawa Salina mahu melakukan yang sebaiknya untuk membantu.

Doktor Fernandez mengangguk. Dia bersalaman dengan Rahmat dan Salina. Dia kemudian berjalan bergegas ke pejabatnya untuk menguruskan kerja-kerja membawa Jumairi dari Hospital Muar ke Pusat Perubatan Pantai yang terletak di Bangsar.

Rahmat mendongak sambil belakangnya bersandar ke dinding. Dia mengeluh sedih.

“Saya tak tahu bagaimana nak membayar kos pembedahannya nanti. Kepala saya dah buntu. Saya bukan orang senang!” jelas Rahmat kepada Salina. Wajahnya masih pucat. Matanya berkaca-kaca.

“Kita jangan fikirkan tentang itu semua dahulu. Yang penting, kita dapatkan nasihat pakar di KL. Kita tanya berapa kos pembedahan tu nanti. Lepas tu kita cuba berusaha untuk dapatkan wang yang diperlukan...”

Rahmat mengangguk setuju. Salina mengeluarkan kertas tisu dari beg tangannya. Dia mengelap bahagian mata Rahmat yang lembab dengan lembut. Rahmat memegang tangan Salina lantas mengucupnya sekali sambil mengucapkan kalimah “terima kasih” dengan perlahan...

Entri oleh sultanmuzaffar 0 komen

Pertandingan SMS Haram

Petikan akhbar:
Utusan Malaysia
Berita Harian
New Straits Times
Akademi Fantasi Indosiar III
AFI Lovers Peringatan: Bahasa Indonesia

Terkini:
TV3 to stop SMS contests, others unsure
Mufti: SMS sent in the hope of winning is haram

Pada hari ini, fatwa telah dikeluarkan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan berkenaan isu Peraduan SMS. Ini secara tidak langsung berkait rapat dengan Akademi Fantasia. Saya juga ingin mengetahui pendirian ASTRO tentang hal ini.

Penggunaan SMS sebagai juri pertandingan Akademi Fantasia bukan asing lagi. Sejak musim pertama Akademi Fantasia telah menambat hati penonton melalui emosi dan kejutannya. Namun demikian, jika kita berpeluang untuk mengkaji perubahan yang telah berlaku dalam Akademi Fantasi Indosiar III bila mana Juri Profesional digunakan untuk mengadili pertandingan tersebut. Saya tidak pasti sama ada negara Islam terbesar di dunia itu menukar format pertandingannya setelah mengetahui perkara tersebut lalu mereka mengambil keputusan untuk menukar format pertandingan Akademi Fantasi Indosiar III. Sebelum-sebelum ini, AFI menggunakan SMS untuk memilih pemenang.

Adakah untuk terus menerbitkan rancangan Akademi Fantasia pada musim yang akan datang, pihak penerbitan wajar merubah format pertandingan untuk Akademi Fantasia III ? Pada pendapat saya adalah wajar sekiranya format pertandingan ditukar pada musim akan datang untuk mengelakkan kontroversi. Penggunaan juri profesional tentunya dapat mengelak kontroversi ini. Jika pihak penerbitan Akademi Fantasi Indosiar boleh merubah format pertandingannya dan tidak menghadapi masalah dengan pemilik lesen rancangan ini tentunya Akademi Fantasia juga boleh.

Entri oleh sultanmuzaffar 27 July 2004 0 komen

Akademi Fantasia IIDiari Akademi Fantasia 08-03-04

Akademi Fantasia IIKaer dan Masalahnya
Saya sendiri tidak faham apa punca masalah yang dihadapi oleh Kaer. Katanya beliau tidak menghadapi masalah dengan lagu. Beliau suka dengan lagu-lagunya. Masalah utamanya ialah apabila berada di pentas. Yang menghairankan sewaktu Konsert I beliau mampu melawan segala perasaan yang hadir tetapi tidak pada minggu-minggu terahhir ini. Telahan saya merasakan yang Kaer sebenarnya agak terganggu apabila melihat sokongan untuknya semakin berkurangan. Ini secara tidak langsung telah mengganggu konsentrasi beliau membuat persembahan. Sejak akhir-akhir ini sokongan amat padu untuk Zahid sehingga membuatkan beliau merasa tidak senang dan sering merasa terganggu apabila membuat persembahan. Sikap tersebut telah menjatuhkan keyakinan beliau lalu merasakan tempat yang beliau ada sekarang bukan miliknya. Kedudukan beliau semakin jatuh dan pada bila-bila masa sahaja boleh tersingkir. Beliau seharusnya terus menumpukan perhatian untuk persembahan dan tidak perlu memikirkan tentang kedudukan.

Akademi Fantasia IIDua Pelajar Alergi
Kajang 27 Julai, Dua orang pelajar Akademi Fantasia telah dikejarkan ke sebuah klinik pada pagi tadi kerana disyaki mengalami alergi setelah makan semalam. Mereka telah diberikan rawatan pesakit luar dan telah diberikan suntikan. Menurut Bob, ia mungkin berpunca daripada air. Sehingga kini, pihak Akademi Fantasia masih belum mengenalpasti punca sebenar kes tersebut. Kaer tidak dapat ditemuramah kerana keadaannya yang agak keletihan selepas menerima suntikan.

Quote of The Day
“10 o’clock, 12 o’clock, jangan terlungkup sudah”, Zahid

Darjat dan Kedudukan
Kita boleh berkomunikasi melalui dua cara. Sama ada melalui percakapan atau pun bahasa tubuh. Ekspresi percakapan boleh dinilai berdasarkan ketinggian suara manakala bahasa tubuh boleh dinilai berdasarkan pergerakan dan postur badan seseorang.

Tentu sahaja gaya percakapan antara seseorang dengan datuk, kawan dan ibubapa juga berbeza mengikut darjat dan kedudukan mereka.

Akademi Fantasia IIMas dan Cikgu Siti Hajar: Apa lagi ?
Sebagai seorang pelajar yang lemah, Mas harus mengulangi setiap latihan sehingga kelemahan tersebut dapat diatasi. Buat sepatutnya tidak jemu-jemu membuat latihan. Berlari dengan air di dalam mulut perlu dilakukan.

Ada jenis penyanyi yang suaranya tidak bagus tetapi ada teknik. Ini menunjukkan ada peningkatan dalam diri penyanyi tersebut. Ada penyanyi yang mempunyai suara yang bagus tetapi tiada teknik. Tetapi sebagai seorang tenaga pengajar, itu aspek penting yang beliau akan lihat.

Lagi satu kelemahan Mas yang didedahkan oleh Cikgu Siti Hajar ialah terlalu berhati-hati. Bukannya sikap berhati-hati itu tidak bagus tetapi Mas terlalu berhati-hati sehingga terlupa untuk memperbaiki. Saya melihat Mas terlalu berhati-hati sewaktu di kelas tetapi tidak di atas pentas konsert. Beliau harus ada semangat untuk berubah dan perkara itu perlu ditanam dalam fikirannya. Berada pada keadaan sekarang tidak akan membawanya ke mana-mana walaupun ada di kalangan peminatnya sudah selesa Mas berada dalam keadaan sekarang. Diri Mas masih banyak kekurangan sekarang jika dibandingkan dengan pelajar-pelajar yang lain ini termasuklah pelajar yang telah pun tersingkir. Setiap saat beliau perlu merasakan dan sentiasa ingat untuk berubah.

Selamat Hari Lahir Ayah Bob
Persis seorang wakil rakyat, bersiap nota di tangan, Bob mengucapkan Selamat Hari Lahir yang ke 50 buat bapanya.

Mangsa Pertama Roda Denda
Ini kali pertama Roda Denda mendapat mangsanya. Zahid telah didenda kerana tidak menulis nama pada botol mineralnya. Farah selaku Pembantu Roda Impian watak yang sama dipegang oleh Liza kelihatan amat ceria. Dari hari ke sehari kita dapat melihat keceriaan Farah yang semakin terserlah. Zahid telah didenda menonton ikan di dalam akuarium dan mengucapkan “I Love You” sebanyak tiga kali.

Akademi Fantasia IIMacam-Macam Cara
Pelbagai cara dilakukan oleh Cikgu Siti Hajar untuk Mas. Namun beliau tetap tidak putus asa. Beliau lebih bersemangat untuk mengajar. Cuma adakalanya kelihatan pelajar agak bosan kerana mereka perlu menunggu sehingga proses pembelajaran untuk Mas selesai. Mereka gembira jika Mas dapat melakukannya. Mereka memberikan tepukan semangat untuk Mas. Pada minggu kelapan sewajarnya tidak ada lagi masalah seperti itu tetapi itulah cabaran yang dihadapi oleh pelajar di Akademi Fantasia, tetapi juga cabaran buat Tenaga Pengajar. Ada perbezaan nyata antara tinggi dan kuat. Asas dalam muzik. Untuk melakukan satu setengah octave tidak menjadi masalah kepada Linda dan Farah. Pelajar lelaki juga melakukannya dengan cemerlang.

Akademi Fantasia IITidak cukup dengan latihan di kerusi, Mas di bawa berdiri. Beliau di tarik ke kiri dan ke kanan untuk mendapatkan makna lontaran. Beliau mampu melakukannya tetapi tenaga tidak cukup. Lontarannya tersangkut kerana sokongan tenaga yang tidak sepenuhnya. Itulah antara punca mengapa apabila Mas mendendangkan lagu yang agak rancak seperti Tamparan Wanita dan Seksis beliau tidak dapat melaksanakan tugasnya dengan sempurna. Ini bukan kali pertama pelajar diarahkan bangun untuk mendapatkan teknik lontaran vokal yang betul. Kaer dan Linda juga pernah merasa.

Party Like This
Koreograf tarian Party Like This memang menarik. Mas agak konfiden dengan gerak tarinya. Di bahagian lelaki, Adam dan Kaer mengambil tugas tenaga pengajar memberikan idea untuk mencantikkan lagi gerak tari yang diajar Cikgu Corrie. Di bahagian perempuan, masih tercari-cari idea untuk posisi dan langkah mereka masih kelihatan kaku.

Syurga Idaman
Kaer nampak begitu ceria mungkin kerana lagu Syurga Idaman satu zaman dengan lagu Kenanganku. Gerak-gerak tari yang diajar oleh Cikgu Corrie masih segar dalam ingatannya. Terlalu banyak step yang perlu mereka pelajari dalam satu minggu. Linda masih menggunakan masa yang ada untuk mendapatkan penghayatan untuk tarian lagu tersebut sambil pelajar-pelajar lain berseronok dengan lagu tersebut.

Habsah Hassan : Penulis Lirik Terkemuka
Di Akademi Fantasia hari ini didatangi oleh penulis lirik terkemuka, Puan Habsah Hassan. Beliau yang telah menghasilkan lirik untuk lebih 1000 buah lagu. Kehadiran beliau ke Akademi tidak banyak berbicara sekadar mengiakan pendapat Cikgu Siti Hajar.

Lirik lagu yang paling beliau suka ialah lagu-lagu Sudirman seperti Salam Terakhir, Merisik Khabar dan Teriring Doa. Beliau dapat merasakan keperitan yang dihadapi oleh penyanyi lagu tersebut kerana beliau seorang yang agak rapat dengan Allahyarham.Lirik-lirik yang dihasilkan benar-benar meruntun hatinya.

Tidak semua lagu yang beliau hasilkan bermotifkan cinta. Seperti lagu Menaruh Harapan yang pernah didendangkan oleh Nija sebenarnya merupakan sebuah lagu motivasi yang rata-rata menyangkakannya sebuah lagu cinta. Begitu juga dengan lagu Kau Satu Satunya oleh kumpulan Ukays.

Cara beliau menulis lirik ada dua cara iaitu sama ada komposer menghantar lagu dahulu atau pun beliau menyiapkan lirik dahulu. Ia bergantung kepada keadaan. Seperti lagu Lelaki yang dinyanyikan oleh Siti Nurhaliza ia sebenarnya ialah sebuah sajak yang kemudiannya diadaptasi menjadi lirik lagu. Beliau yang tahu sedikit sebanyak tentang muzik, adalah tidak sukar untuk menukar sebuah sajak menjadi lirik lagu kerana melodi dan rima-rima dalam lirik boleh diubah mengikut kesesuaian.

Kerjasama antara penulis lirik dan komposer adalah amat penting kerana penghasilan sesebuah lagu merupakan kombinasi mereka berdua. Sebuah lagu tidak berhasil tanpa lirik yang baik begitu juga sebaliknya. Sesetengah komposer tidak mengambil berat perkara tersebut lalu terhasillah lagu yang tidak menepati citarasa komposer dan sebaliknya. Mujurlah ada di antara penyanyi yang mengambil berat dan tidak malu bertanya dengan penulis lirik akan makna-makna lirik lagu tersebut.

Sebagai seorang penulis lirik, beliau adakalanya kecewa apabila seseorang penyanyi tidak mampu memberikan penghayatan kepada lirik lagu ciptaannya. Setiap patah kata yang diadun menjadi lirik tentunya ada makna kepada penulis lirik dan ia tidak berjaya disampaikan dengan baik oleh penyanyi menyebabkan beberapa maknanya lari serta tidak kena dengan mesej lagu tersebut.

Setiap penyanyi haru mengkaji lirik lagu yang mereka terima kerana tanpa kajian, penghayatan akan sukar untuk diperolehi. Setiap penyanyi boleh mengubah notasi lagu mengikut penghayatan dan bukan mengikut stail nyanyiannya. Stail itu datangnya dari penghayatan dan bukannya dibuat-buat. Satu sindiran tajam buat Kaer yang dilontarkan oleh Cikgu Siti Hajar. Walaupun tidak secara terang diharapkan setiap pelajar dapat menghayati mesej Cikgu Siti Hajar. Minggu ini Kaer dengan lagu Mentera Semerah Padi, sebuah lagu yang maknanya amat dalam.

Saya sendiri mendapat beberapa nasihat penting sewaktu kehadiran Puan Habsah Hassan ke Akademi Fantasia. Katanya, setiap kerja seni perlu dilakukan dengan hati. Perlu ada kejujuran dan begitu jugalah dengan penulisan. Kejujuran mengikut tafsiran penonton dan peminat Akademi Fantasia tentunya berbeza-beza. Kejujuran dan ketulusan itu adakalanya pahit dan adakalanya manis. Begitu juga dengan adegan yang seterusnya ini.

Sewaktu latihan koreografi kita boleh melihat siapa di antara pelajar yang tekun mengikuti latihan dan beberapa pelajar lain bermain-main dan tidak menghormati guru mereka di hadapan. Kaer, Mas, Bob kelihatan tekun menyiapkan latihan mereka. Mereka sama-sama cha-cha, twist bersama-sama. Sambil Zahid, Farah dan Adam kelihatan bermain-main dan tidak serius sewaktu latihan. Sesekali langkah mereka serentak, sesekali mereka bermain. Mereka seharusnya menumpukan sepenuh perhatian walaupun lagu tersebut bukan lagu mereka dan kehadiran mereka hanya sekadar membantu. Jika dalam Akademi Fantasia I, saya teringat salah satu komen oleh Siti Nurhaliza yang terpegun dengan semangat setiakawan yang ada pada pelajar Akademi Fantasia I bila mana mereka sama-sama membantu persembahan rakan-rakan mereka. Mereka dipuji oleh Siti Nurhaliza serta beberapa pengkritik profesional yang hadir. Berbeza dengan Akademi Fantasia II, jarang sekali pujian diberikan kepada penari latar di kalangan pelajar atau pun penyanyi latar yang membantu. Apakah tiada kejujuran dalam diri mereka sewaktu membantu rakan-rakan mereka ataupun berdirinya mereka di situ hanya sekadar cukup syarat ?

Entri oleh sultanmuzaffar 0 komen

Novel Bersiri Akademi Impiana: Bahagian 33



31.Si gadis terus memandu keretanya pada malam itu. Dia dapat melihat wajah si jejaka yang sugul. Si jejaka hanya mendiamkan dirinya. Hanya sesekali dia bersuara meminta si gadis agar jangan membawa keretanya terlalu laju. Si gadis kemudian cuba menenangkan fikiran si jejaka dengan memainkan kompilasi lagu-lagu lama tahun awal 80-an yang terdapat dalam koleksi cekera padatnya.

32.Lagu demi lagu dari cekera padat itu berkumandang memecahkan suasana hening pada malam itu. Kemudian, sewaktu lagu seorang penyanyi popular pada era tersebut dimainkan, tiba-tiba si Jejaka meminta agar lagu tersebut dihentikan. Si gadis menurut sahaja dalam perasaan kehairanan, kerana sebelum ini, lagu-lagu yang dibawa oleh penyanyi lain langsung tidak dipedulikan jejaka. Tanya si gadis:

“Kenapa awak tak suka dengan lagu tadi?”

“Saya ada sebab saya sendiri...”

“Saya cukup minat dengan lagu-lagu nyanyian Saliza Malik ni. Mak saya pun minat... Sekarang dia jadi pelakon pulak, kan?”


Si jejaka tidak menjawab. Dia memandang kosong ke luar tingkap kereta. Suasana malam agak gelap. Entah apa sahaja yang sedang direnungkannya pada ketika itu. Si gadis menambah lagi dengan harapan sekurang-kurangnya si jejaka akan terhibur dengan celotehnya pada malam itu:

“Kawan saya, dia ni wartawan hiburan... Dia pernah menemu ramah Saliza Malik untuk majalahnya. Ye lah, dia kan tiba-tiba jadi popular sejak dua tiga tahun lepas bila dia mula jadi spokesperson untuk produk kecantikan Layla Los Angeles. Kawan saya ada tanya dia... Mengapa wajah dia tiba-tiba sahaja makin muda. Bentuk hidung dan dagunya pun dah berubah. Dia kata berkat air sembahyang. Tapi kelakar lah kan, not like we are all stupid tak tahu apa tu botox dan kegunaannya. Macam lah kita semua tak pernah tonton rancangan Extreme Makeover tu semua!”

“Hmmm...”

“Bila kawan saya sempat juga tanya... Ke mana dia menghilang sebelum wajah dia ni tiba-tiba jer jadi semakin cantik. Dia kata pergi umrah. Tapi bila selidik punya selidik, rupa-rupanya dia pergi ke New York buat pembedahan plastik.”

Si jejaka mengeluh. Dia memandang ke arah si gadis, seolah ada sesuatu yang ingin diberitahunya kepada si gadis. Hatinya berat untuk memberitahu, tetapi dirasakannya dia perlu memberitahu kepada si gadis perkara yang lama terbuku di dalam hatinya:

“Saya minta maaf jika saya suruh awak berhenti dari terus memainkan lagu Saliza Malik tadi. Saya tahu lagu tu pernah popular satu ketika dahulu dan sebab lagu tu, sampai sekarang orang akan kenang dia sebagai artis popular tahun 80-an. Ada pula orang yang anggap dia diva seperti kawan saya Gundutz dan abang Linus. Tapi saya memang tak suka dengannya!”

“Kenapa?”

“Sebab dia pernah tinggalkan saya dan bapa saya semata-mata kerana nak kejar impiannya sebagai seorang penyanyi--”

“Saya tak faham--”

“Dia ibu saya, Salina. Ibu saya yang tidak pernah saya kenali... Dia tinggalkan saya ketika saya berumur 2 tahun. Dia ke KL sebab nak jadi penyanyi. Bila terkenal, kami terus dilupakannya, seolah-olah saya dan bapa saya tak pernah wujud di dalam hidupnya. Kemudian dia minta cerai dari bapak saya supaya dia dapat menjadi isteri kedua Datuk Hassan tokoh korporat yang terkenal tu. Cuba awak bayangkan... Saya membesar tanpa mengenali kasih sayang seorang ibu sepertinya.”

“Saya mintak maaf. Saya tak tahu hal ni...”


33.Si gadis memandang ke arah wajah si jejaka. Dia sedang menggosok-gosok wajahnya berkali-kali dengan kedua belah telapak tangannya. Si jejaka kemudian memeluk tubuhnya sambil berkata:

“Sebab itulah agaknya saya tak suka dengan penyanyi ni semua. Mereka sanggup buat apa sahaja asalkan mereka jadi glamor dan terkenal. Ada yang sanggup tinggalkan anak sendiri semata-mata nak jadi penyanyi. Yang sanggup menipu dan berbohong tu jangan cerita lagi lah!”

“Apa yang ibu awak lakukan memang salah--”

“Sebab itulah saya tidak mungkin boleh maafkan dia. Saya pun tak tahu apa yang dia dapat dengan jadi penyanyi tu sampai sanggup tinggalkan bapa saya di kampung. Awak tahu tak? Malu bapak saya dibuatnya! Sampaikan ada orang tuduh dia tak pandai jaga bini sendiri!”

“Yang sudah tu sudah...”

“Saya telah ke KL dengan tujuan untuk satu hari nanti saya akan dapat bertemu dengannya.”

“Tapi kenapa?”

“Saya dah cakap dulu... Saya nak tahu mengapa dia lakukan ini semua kepada saya dan bapa saya.”

“Saya mungkin boleh membantu--”

“Bagaimana?”

“Saya kenal dengan director yang buat infomercial Layla Los Angeles dengan dia. Mungkin dia boleh membantu. Kalau tak, saya boleh tanya kawan saya wartawan hiburan tu...”


34.Si jejaka mengangguk. Dia nampak kelesuan. Perjalanan untuk ke Muar semakin dekat. Dia memikirkan tentang keadaan bapanya di sana. Timbul pula rasa kesal yang amat mendalam di dalam jiwanya. Katanya kepada si Gadis:

“Saya tak sepatutnya berada di KL bila saya tahu dia sakit di kampung. Ini semua salah saya.”

“Rahmat... Ini bukan salah awak. Dah takdir dia sakit. Awak tak boleh buat apa-apa kecuali berdoa agar dia cepat sembuh.”


35.Si jejaka mengeluh. Matanya kosong memandang ke arah jalan yang gelap di hadapannya. Dia mengeluarkan telefon bimbitnya dari kocek seluarnya. Dia ingin melihat jika Timah ada menghantar mesej kepadanya seperti mana yang selalu dilakukan kepadanya. Tidak ada sebarang mesej yang diterimanya. Perasaan kecewa yang amat sangat mula menyelubungi dirinya...

**


Timah kelihatan sugul sewaktu sedang menonton rancangan Akademi Impiana pada malam itu. Dia langsung tidak berkata-kata mahupun menjamah mee goreng yang telah dimasak oleh Gundutz.

Timah langsung tidak memberi sebarang komen sewaktu Gundutz memberitahunya bahawa pelajar yang paling diminatinya, Khir terkena alergi gatal-gatal di kulitnya kerana terlalu banyak makan udang pada hari sebelumnya.

Timah masih terus diam walaupun Sia kelihatan seperti mahu dihumban oleh Puan Siti Hawa sewaktu beliau mengajarnya menyanyi dengan betul.

Setiap kali Gundutz dan Linus berceloteh, mereka akan memandang ke arah Timah, seolah-olah menunggu Timah untuk membalas kata-kata mereka. Tetapi Timah terus mendiamkan dirinya.

Gundutz dan Linus kini rasa seperti ada sesuatu yang yang tidak kena kerana Timah tidak mahu melayan celoteh mereka seperti selalu.

Sejurus selepas rancangan Akademi Impiana selesai, Timah terus meminta dirinya lalu keluar dari rumah Gundutz. Wajahnya jelas nampak sedih. Seperti dia kehilangan sesuatu yang berharga di dalam dirinya.

“Dia tahu ke?” tanya Linus kepada Gundutz.

“Tahu apa ni nok?” tanya Gundutz kembali. Dia menekan butang kawalan jauhnya untuk menonton saluran MTV.

“Pasal Rahmat ler. Kan dia balik kampung dia semalam.”

“Hem tak bagitahu dia lah nok. Dia tengah mengamuk dengan si Rahmat--”

“Baguslah dia tak tahu... Haruslah dia hangin kalau dia dapat tahu Rahmat pergi balik kampung dengan Salina, kan?”

“Tu lah sebab hem tak nak masuk campur hal orang ni, nyeh.” Gundutz menukar saluran TVnya sekali lagi. Kali ini ke saluran @15. “Eh, kenapa si Rahmat balik kampung tiba-tiba ni nok?”

“Bapak dia sakit... Si Salina pulak temankan dia ke sana. Kan mak dah cakap pagi tadi!”

“Hem, tak dengar sangat apa ko bebelkan. Ye lah, pagi tadi hem sibuk dengan kerja boss hem bagi. Serabut kepala hem!”

“Apa-apa pun... Mak rasa si Timah ni ada masalah dengan si Rahmat.”

“Ye lah, Rahmat makan luar! Mana dia tak mengamuk!”

“Jahatnya molot kau nok! Mana ko tahu? Main sedap molot jer kan?”

“Alah nok... Kalau dah jantan. Boleh percaya ke?”

“Entahlah... Tapi Rahmat tu baik budaknya. Bukan sebarang-sebarang mat rempit. Mak tahu dia sayang kat si Timah tu. Kalau tak, dia tak akan susah-susah hantar si Timah tu pergi kerja tiap-tiap malam.” Kata Linus. Dia mengambil majalah Media Riadah yang menonjolkan gambar Fyrul, Adlina, Indra dan Lina Yasmin pada bahagian kulit hadapan dengan tajuk-tajuk bahan cerita seperti: “Bukan semua pereka fashion itu gay” dan “Adlina dan Indra akui hubungan mereka memang rapat”. Majalah tersebut dibelek-beleknya sambil tersenyum. “Si Rahmat tu boleh pergi jauh. But I think he has to sort out his life first... Macam banyak sangat masalah budak tu!”

Si Gundutz menaikkan kedua belah bahunya seolah dia tidak ingin tahu perihal Rahmat. Dia duduk sebelah Linus sambil membaca isi majalah Media Riadah yang langsung membuatnya ketawa berdekah-dekah. Terutamanya pada bahagian artikel di mana Fyrul seboleh-bolehnya menafikan desas-desus yang mengatakan bahawa dirinya gay seperti mana yang diperkatakan di beberapa laman serta forum di dalam Internet...

Entri oleh sultanmuzaffar 26 July 2004 0 komen

Akademi Fantasia IIDiari Akademi Fantasia 08-01-02

Surat Wasiat Nurul
Nurul sememangnya amat risau apabila berada di kelas kerana perlu menumpukan perhatian di dalam kelas dan ini amat berbeza apabila pulang ke bilik beliau dapat bergerak bebas dan fikirannya bebas.

Untuk lebih terperinci, boleh baca di blog Yati.

Kerusi Muzik
Untuk meredakan sedikit ketegangan mereka serta kesedihan mereka, telah diberi peluang untuk bermain Kerusi Muzik. Jarang dapat melihat mereka seronok dan mereka melepaskan segala ketegangan yang ada di dalam diri mereka. Hadiahnya tidaklah seberapa, hanya sebuah patung, tetapi mereka bersungguh-sungguh mahu melepaskan segala tension dalam diri mereka.

Riadah
Sewaktu sedang berkumpul bersama Cikgu Fatimah, tiba-tiba Zahid dipanggil dan diarahkan keluar. Beliau telah diarahkan untuk berlari keliling padang sebanyak 2 pusingan. Pulang semula ke Akademi dan memanggil semua rakannya bersiap untuk beriadah dalam masa lima minit.

Mereka berpeluang untuk pergi lebih jauh untuk bermain bola di padang. Tangan Farah kemungkinan terseliuh. Ada juga yang bermain layang-layang yang dihadiahkan oleh Dayangku Intan. Namun demikian, Kaer tidak dapat melayangkan layang-layang tersebut.

Roda Denda Impian
Terdapat beberapa denda pada Roda Denda Impian. Antaranya ialah meniru aksi Tenaga Pengajar, posing di hadapan kamera, membasuh pinggan, membuat chocshake untuk semua pelajar, bunyi haiwan yang manja dan lain-lain lagi.

Timbang Berat Badan
Tidak banyak perbezaan pada timbangan berat badan mereka. Kaer mengekalkan 56kg, Farah 49kg, Zahid 78kg, Adam 61kg, Linda 55kg, Mas 63kg dan Bob naik 1kg. Kaer makan sebanyak 16 ekor udang. Makanan pada hari tersebut agak sedap katanya.

Bersama Pengetua
Ramli MS memberi komen secara keseluruhan dan ternyata ia adalah komen-komen yang sama seperti minggu-minggu sudah. Linda sepatutnya menghalang dua gitaris yang mengiringinya dari mencuri tumpuan penonton daripadanya. Beliau juga harus meningkatkan tahap komunikasi beliau terutama sewaktu ruang kosong persiapan pentas. Adam mengaku melakukan kesilapan paling besar apabila tidak berjaya menutup kesilapannya. Beliau harus belajar tentang bagaimana untuk menutup kelemahannya. Itu sebab intellectual power penting pada saat-saat tersebut. Bob terlupa lirik dan menurut Ramli MS, persembahan Bob sewaktu rehearsal tiga kali lebih baik daripada malam persembahan. Menurut Ramli MS, Kaer sedar yang beliau terlalu terbawa-bawa dengan emosinya. Senyumannya tidak ikhlas dan nampak dibuat-buat. Beliau harus kembalikan dirinya semula. Mas sedar yang masalah utamanya ialah pitching. Sayangnya masalah yang lebih besar bukan sekadar pitching tetapi silap key. Silap key adalah kesilapan yang lebih tinggi darjatnya dari pitching. Showmanship Mas bagus menurut Cikgu Linda Jasmine.

Sebelum sempat untuk memberikan komen kepada Farah, beliau kelihatan merajuk dan berlalu ke bilik belakang. Memang kelihatan agak panik semua Tenaga Pengajar. Mereka bertanyakan kepada Zahid dan Adam apa masalah yang dihadapi oleh Farah. Menurut mereka, Farah sememangnya takut untuk menghadapi komen-komen dari Tenaga Pengajar. Begitu juga dengan Kaer. Mereka berkali-kali diberitahu yang tujuan utama komen tersebut adalah untuk memberi kebaikan dan memperbaiki kelemahan mereka.

Keluar sahaja dari bilik, Farah kelihatan membawa sebuah kotak besar yang berisi dengan patung gergasi M&M bewarna hijau. Mereka menghadiahkan patung gergasi M&M tersebut untuk Ramli MS. Sebuah perancangan yang licik untuk mengambil hati Pengetua. Mereka sedar yang kesemua Tenaga Pengajar berada di dalam keadaan serius setelah melihat persembahan mereka, dan mereka menggunakan sedikit peluang tersebut untuk meredakan sedikit ketegangan mereka.

Lagu Baru
Kaer – Mentera Semerah Padi oleh M.Nasir
Adam – Kasih oleh Breory Marantika
Bob – Alhamdulillah oleh Too Phat & Yassin
Zahid – Semusim oleh Marcell
Linda – Syurga Idaman oleh Azizah Mohamad
Farah – Bebas Berlari oleh Nora
Mas – Yayadan oleh Datuk Sharifah Aini
Bonus
Party Like This oleh VE
Joget Mak Enon oleh Carefree
Joget Kenangan Manis oleh Sudirman
Joget Sindir Pesan oleh Black Dog Bone

Pandangan Pertama
Mentera Semerah Padi merupakan sebuah lagu yang agak sukar untuk Kaer. Kaer boleh mewarnakan lagu tersebut mengikut gayanya tetapi jangan keterlaluan. Lagu seperti lagu tersebut sememangnya tidak sesuai jika ada lenggok-lenggok R&B yang keterlaluan. Jika Kaer sudah berpeluang menunjukkan bakatnya dengan lagu Kenanganku, minggu ini Adam berpeluang dengan lagu Kasih oleh Broery Marantika. Adam boleh menggunakan kelebihan tariannya untuk lagu ini. Tarian untuk lagu ini lebih menonjolkan imej nakal dalam diri beliau. Bob menerima cabaran paling hebat minggu ini dengan lagu Alhamdulillah. Lagu ini memerlukan stamina yang paling jitu untuk mengekalkan momentum persembahan. Syurga Idaman ialah sebuah lagu yang agak mudah bagi Linda. Beliau harus memberikan perhatian kepada vokal dan gerak tarinya. Lagu Bebas Berlari memang sesuai dengan vokal Farah. Beliau harus membuktikan yang penampilan pentas dan showmanship beliau berjaya memikat penonton. Mesej lagu tersebut sesuai dengan Mas.

Perancangan Yang Terancang
Perancangan untuk memberikan hadiah kepada Pengetua Ramli MS telah dirancang dengan baik oleh para pelajar dan Cikgu Fatimah. Lakonan Farah memang menjadi. Berbeza dengan lakonannya sewaktu sambutan hari lahir Cikgu Linda Jasmine.

Entri oleh sultanmuzaffar 0 komen

Novel Bersiri Akademi Impiana: Bahagian 32



Abang Besar: You tahu tak Ramlee OS popularity rate is at all time low?

Kakak Besar: I tahu... Sampai masuk paper komplen cara dia mengajar. Ye lah, orang kita mana boleh nampak cikgu yang tegas.

Abang Besar: So what do they want, actually?

Kakak Besar: Like what they've always wanted in school. Teachers that kiss their asses.

Abang Besar: You nak tahu apa... Cikgu-cikgu yang I ingat sampai sekarang adalah cikgu-cikgu I yang garang. Yang buat I belajar dengan lebih bersungguh-sungguh--

Kakak Besar: Dah I cakap, jangan samakan diri you dengan diorang ni semua. You kan scholar. Berapa kali I kena ulang? Not everybody in Malaysia are like you. You have to think of the masses! Kat Malaysia ni... Cikgu kena hormat murid, not the other way around. At least, that's the way to go according to many of Sia's supporters...

Abang Besar: Jadi sekarang apa you nak buat?

Kakak Besar: I think we should soften Ramlee OS' image a bit. You know what, people already start thinking that he is totally responsible in choosing the songs that are suppose to be performed by the students.

Abang Besar: Ye ke?

Kakak Besar: And they are accusing him of pilih kasih. You know... Giving the so called tough songs or boring songs to the students that he doesn't like.

Abang Besar: Lawak lah peminat-peminat fanatik AI ni.

Kakak Besar: This is not funny, okay! Whatever it is, kita buat dia nampak approachable--

Abang Besar: ...Kalau boleh kita kena buat dia seperti seorang father figure sikit.

Kakak Besar: Betul tu...

Abang Besar: So what do you propose we should do?

Kakak Besar: Apa kata kita buat pelajar-pelajar AI berikan dia hadiah, as a sign that they love and appreciate him.

Abang Besar: Macam mana kita nak buat? Suruh pelajar-pelajar tu buat kad?

Kakak Besar: Let's find something warmer... Something that's adorable and something that we can leverage on.

Abang Besar: Well... Cokelat W&W ada banyak sponsor kita sekarang, jadi apa kata kalau kita tonjolkan mereka lagi?

Kakak Besar: Good idea. We can get one of their stuffed W&W... Cute kan? They'll get their brands all over the academy!

Abang Besar: Let's get Siti Hawa to bring this idea to the students. Suruh diorang berlakon or something. Kita buat lah drama sikit. You know!

Kakak Besar: Okay. Nanti I bagitahu Siti Hawa... Oh, by the way, I ada satu kotak besar penuh dengan cokelat W&W dalam kereta I. Kalau you nak, ambil ler. I dah tak larat nak makan... I tengah diet lah, yang!

**


-- Hello, Timah. Hello! Kenapa senyap jer ni.

-- Saya rasa takde mood nak cakap dengan awak lah.

-- Kenapa tak turun lagi. Dah lama saya tunggu kat bawah flat awak ni.

-- Saya dah sampai kat Kilang. Saya naik teksi.

-- Isk! Kenapa ni?

-- Saya ada hal.

-- Hal apa pulak ni?

-- Ada hal kat kilang ni lah.

-- Sebelum ni awak selalu nak datang lambat. Ni nak datang awal pulak.

-- Saya tak suka lah kalau awak pikir yang bukan-bukan pasal saya. Awak ingat apa? Saya pergi dating dengan jantan lain ke?

-- Kenapa ni? Kasar semacam je?

-- ...

-- Lain kali kalau awak nak ke tempat kerja sendiri. Bagitahu saya awal-awal. Tak payah saya tunggu kat sini macam orang bodoh.

-- Dah lah. Saya sibuk ni. Saya nak off kan phone saya lepas ni.

-- Eh, dah kenapa ni Timah? Cuba explain kat saya... Ni mesti ada yang tak puas hati dengan saya ni!

-- Saya tak suka dengan perangai awak--

-- Perangai apa ni?

-- Kenapa awak tak bagitahu kat saya awak buat iklan?

-- ...

-- Kenapa senyap ni? Awak tahu awak salah kan?

-- Salah apa pulak ni?

-- Awak bersalah sebab awak nak rahsiakan benda ni dari saya, sedangkan semua orang dah tahu!

-- Mana ada semua orang dah tahu! Awak ni main sedap cakap jer.

-- Kenapa awak tak nak beritahu kepada saya yang awak dah jadi model iklan. Kenapa awak nak berahsia dari saya?

-- Saya nak surprisekan awak.

-- ...

-- Timah. Betul ni. Saya nak awak bangga dengan saya bila saya sendiri beritahu kat awak apa yang saya buat ni. Tapi masanya belum tiba lagi. Saya belum sedia lagi.

-- Tu semua alasan!Kenapa awak selalu nak kelentong dengan saya?

-- Saya nak kelentong dengan awak buat apa? Saya serius ni. Saya memang belum sedia. Saya harap awak paham.

-- ...

-- Timah... Saya mintak maaf.

-- Awak ni, tak habis-habis tu jer lah modal awak.

-- Timah, saya memang mintak maaf dari awak kalau-kalau perbuatan saya tu menyinggung perasaan awak. Mungkin cara saya tu salah. Saya paham. Tapi memang saya tak sedia nak beritahu kat awak atau sesiapa. Yang tahu abang Linus saja. Tu pun sebab dia yang usahakan saya dapat kerja tu dan kerja baru saya ni.

-- Saya rasa awak ada banyak lagi benda awak rahsiakan dari saya...

-- ...

-- Macam ni lah. Saya pun tengah sibuk ni. Awak tak payah nak susah payah call saya lagi. Esok pun awak tak payah nak tunggu saya hantar pergi kerja. Buat sementara waktu ni, kita tak payah nak jumpa makan sama-sama.

-- Eh kenapa ni Timah! Sabar lah kalau ya, pun!

Timah menghentikan perbualan dengan memutuskan talian telefon. Rahmat cepat-cepat menelefon Timah kembali. Didapatinya Timah telah mematikan fungsi telefon bimbitnya sama sekali. Rahmat mendengus marah. Mahu sahaja dia membaling telefon bimbitnya jauh-jauh.

Rahmat memakai topi keledarnya. Dia menghidupkan enjin motornya. Sewaktu dia mahu bersiap sedia untuk beredar dari kawasan perumahan tersebut, tiba-tiba telefon bimbitnya berdering lagi. Terlintas di hati Rahmat bahawa yang menelefonnya adalah Timah. Mungkin Timah mahu menelefonnya kembali untuk meminta maaf.

Rahmat meneliti skin telefon bimbitnya. Dia mendapati Pak Ngahnya di kampung sedang menelefonnya. Hatinya berdebar kerana Pak Ngahnya jarang sekali mahu menelefonnya kecuali jika ada perkara yang penting yang ingin diberitahunya.

-- Assalamualaikum...

-- Waalaikumsalam Rahmat... Ini Pak Ngah. Ini... Pak Ngah nak beritahu hal bapak kau. Dia masuk hospital Muar.

-- Yaallah! Bila?

-- Baru saja tadi. Tu sebab Pak Ngah telefon kau ni.

-- Macam mana dengan bapak saya sekarang?

-- Dalam ICU sekarang ni...

-- Saya akan pulang ke Muar sekarang juga!

-- Baguslah kalau macam tu. Nanti kita jumpa saja di sini.

Kepala Rahmat tiba-tiba buntu. Kepalanya kosong buat beberapa ketika. Dia memandang ke telefon bimbitnya. Langkah pertamanya adalah untuk menelefon Timah. Dia ingin mengadu nasib kepada Timah. Tetapi dia tidak dapat menghubungi Timah.

Rahmat membuka topi keledarnya. Dia menarik nafasnya panjang-panjang. Dia rasa seperti mahu menangis, tetapi ditahannya air matanya itu dari mengalir.

Kemudian, seolah mengikut gerak hatinya, dia menelefon Salina.

-- Hello...

-- Hello, Rahmat. Tengah buat apa tu? Dah makan?

-- Belum...

-- Kenapa suara awak sedih je ni?

-- Entah, saya pun tak tahu kenapa saya call awak ni. Saya cuma nak beritahu pada awak esok kita tak boleh lunch bersama. Saya nak balik ke Muar.

-- Kenapa?

-- Arteriovenous malformation... Dia ada masalah pada bahagian saraf otaknya sejak beberapa tahun yang lepas, tapi sekarang dah kritikal agaknya. Kemungkinan ada pendarahan... Dia sekarang di ICU.

-- Awak... Apa kata kita ke sana dengan kereta. Maksud saya... Saya yang drive. Cepat sikit. Lagipun mungkin kepala awak berserabut sekarang ni. Nak bawak motor pun bahaya...

-- Saya tak nak susah-susahkan awak.

-- No I insist!

-- Tapi--

-- Rahmat... Saya ingin menolong. Saya ikhlas mahu menolong. Ini kata akhir dari saya... Saya akan berjumpa awak di kondo Linus dalam masa setengah jam. Kita berjumpa di sana nanti. Lepas tu kita terus bertolak ke Muar bersama.

-- Baiklah...

Rahmat tidak menolak pelawaan dari Salina. Yang penting baginya sekarang adalah untuk berada di Muar secepat mungkin agar dia dapat menemui bapanya yang sedang berada dalam keadaan tenat...


**


Berikut merupakan permainan "Denda Roda Impiana" yang dimainkan oleh para pelajar Akademi Impiana. Dalam permainan ini, roda diputar dan pelajar diwajibkan untuk melaksanakan "denda" yang terpaksa mereka lakukan mengikut putaran roda:

Denda 1: Hempaskan pen marker ke atas atas lantai dan jerit kuat-kuat: “Kamu ingat ini sekolah apa? Main-main ya?”

Denda 2: Cuba memahami dan menerima hakikat bahawa Johnny dan Jenny adalah sebenarnya kamera yang tidak bernyawa dan bukan seekor haiwan peliharaan.

Denda 3: Pelajar dimestikan mengepit suara dan memakai tocang serta memakai kimono setiap kali ke kelas Puan Siti Hawa selama seminggu.

Denda 4: Pelajar harus meniru gaya KRU untuk menyanyikan lagu yang diberikan kepada mereka untuk minggu ini.

Denda 5: Sebut perkataan breep, breeeeep seribu kali.

Denda 6: Pelajar mesti meng”R&B”kan lagu Negaraku pada setiap pagi selama seminggu.

Denda 7: Pelajar harus belajar Bahasa Tamil dari Penasihat Pelajar, Encik John lalu mengalih bahasa lirik lagu yang mereka terima ke Bahasa Tamil.

Denda 9: Pelajar perlu melakonkan adegan mereka diundi keluar dari Akademi Impiana dengan hanya menggunakan kalimah: "Kok kaku kakakku kaki kek".

Denda 10: Pelajar dimestikan pakai bedak tepung jagung ke muka mereka, kemudian menyumbangkan suara mereka seperti Sia, lalu mengikut gelek tariannya dan seterusnya cuba menangis untuk meraih simpati agar tidak perlu didenda lagi.

Entri oleh sultanmuzaffar 25 July 2004 0 komen

Novel Bersiri Akademi Impiana: Bahagian 31



Kakak Besar: Please, please ask your favourite adik si Nur tu agar stay in character kalau-kalau dia kena voted out nanti.

Abang Besar: Isk you ni. Macam nak harap-harapkan dia keluar aja. Mulut you tu dah lah masin!

Kakak Besar: I cakap kalau... Ye lah. Sesiapa sahaja akan keluar minggu ni kecuali si Sia tu kan?

Abang Besar: Tu lah. Salah haribulan si Sia tu boleh jadi Juara Akademi Impiana, kan?

Kakak Besar: Kalau dia menang, she will only reflect that state of our music industry. Enuf said.

Abang Besar: ...

Kakak Besar: Now Back to Nur... I hope that she will stay in character as that budak pendiam yang serba lemah that I've created for her.

Abang Besar: You mean, she's not?

Kakak Besar: Don't be silly lah. She's just acting all along. Kalau dia nampak macam independent woman nanti, siang-siang haruslah dia akan kena voted out pulak kan? You know lah, she's smart enough to supply some people with their fantasies of a weak and hopeless Malay woman. Macam si Sia lah. Kalau dia tak melalak on every occasion, tak nampak bengap dengan IQnya yang lebih rendah dari batu kat tepi jalan, mesti tak akan ada orang nak undi dia. The rule of thumb is... If you're a woman, never show that you are strong and empowered.

Abang Besar: Tak sangka si Nur ni cerdik budaknya.

Kakak Besar: Of course she is. Tapi tu lah I takut... Tetiba bila dia diundi keluar nanti, penonton akan sedar she's not what people think she is.

Abang Besar: Lebih teruk nanti... Kalau namanya diumumkan keluar, dia tak menangis. Worst case scenario, dia akan tersenyum dan nampak happy. Macam mana Azmil akan timbulkan drama sedih?

Kakak Besar: Kalau tak sedih... Tak ada air mata... Marah pulak sponsor kertas tisu kita, kan?

Abang Besar: ...

**


“Nok... Kenapa eye-bag akaq Azmil makin obvious nok?” Tanya Gundutz sambil menguatkan lagi volume TVnya.

“Dia ala-ala tension kot. Ye lah, filem dia kan akan ditayangkan tak lama lagi.” Jelas Linus. “Haruslah banyak kerja promo bagai. Nak-nak kat adik-adik kan? Ye lah, siapa lagik yang akan naikkan nama dia nanti kalau bukan adik-adik?”

“Nok, bercakap pasal Akaq Azmil... Hem musykil sikit ni... Kenapa dia suka kenen-kenenkan peponens AI, dengan budak-budak pompuan macam si Indra, Fyrul dan Boboy... Yang lain-lain tu dia tak kenankan pulak. Seswatuh occay!”

“Motif adik-adik lah, sundels. Perlu tanya lagik kat mak ke?” Linus terus menjawab. Gundutz pula terus menonton rancangan Konsert Akademi Impiana tanpa banyak bersoal-jawab lagi.

Linus mendapati konsert pada malam itu agak hambar. Tak ada apa-apa yang menarik rasanya. Dia hampir-hampir mahu tertidur sehinggalah apabila tiba giliran Lina pula untuk menyanyi. Gundutz menjerit-jerit sakan:

“Akaq Azmil pakai wig, terus macam Tina Turner, sundels!”

Pada waktu itu Azmil kelihatannya sedang memakai rambut palsu ala glam rockers sementara memperkenalkan “kezutan” untuk Lina - pemain gitar terkenal, Sham Kamikaze dan Man Kidal untuk mengiringi nyanyian Lina.

Dalam konsert yang serba hambar itu, tak banyak perkara yang berlaku yang boleh dijadikan tajuk perbualan oleh Linus dan Gundutz. Mereka berdua nampaknya lebih banyak diam dari berkata-kata.

Dalam pada itu, si Gundutz terus mengundi Sia. Dia betul-betul serius dengan kemahuannya untuk melihat Sia terus dibenarkan “bermain-main” di dalam Akademi Impiana. Jika tak ada Sia di dalam Akademi Impiana, bosan pula rasanya. Seolah-olah Akademi Impiana tidak akan ada lagi pelajar yang boleh membuatnya marah-marah atau benci.

Kemudian, tibalah masa untuk nama pelajar yang terkeluar diumumkan. Azmil mengumumkan nama Nur sebagai pelajar Akademi Impiana yang harus mengusung begnya keluar dari dewan.

Nur nampaknya tenang, malah gembira menerima keputusan. Si Azmil pula tak tahu bagaimana caranya untuk dia buat-buat sedih seperti mana yang selalu dilakukannya. Dia cuba “enterframe” berkali-kali untuk menarik perhatian penonton agar lebih menumpukan perhatian mereka kepadanya seperti selalu, tetapi personaliti Nur yang lebih menyerlah menenggelamkan dirinya terus.

“Mak nak tabik ratu kat Nur ni.” Ujar Linus dengan nada bangga. Buat pertama kali pada malam itu dia kelihatan tidak mengantuk.

“Tu lah nok. Nur very der poised kan? Ala-ala ratu gituh.” Gundutz menyambut sambil cuba mengingati setiap gerak-geri Nur agar boleh dijadikannya pedoman di atas dirinya nanti.

“Apa tidaknya nok... Zurina is a tough act to follow. Yang menangis nanti ko tengok ler siapa... Si kaki-melalak-untuk-tagih-undi tu lah... Siapa lagi?” Linus bersuara sinis. Dia melihat ke wajah Timah yang ada sekali pada waktu itu. Timah tidak banyak bercakap. Seperti ada sesuatu yang menganggu tumpuannya pada waktu itu.

Seperti yang telah diduga, rancangan Konsert Akademi Impiana berakhir dengan adegan si Sia menangis seperti budak 5 tahun menangis. Si Azmil pula kelihatan terpinga-pinga kerana lakonannya untuk buat-buat sedih tak menjadi minggu ini. Dan entah apa motifnya, wajah Khir ditunjukkan berkali-kali di kaca TV... Kononnya si Khir ini mempunyai perasaan cinta dengan si Nur dan akan menangis sakan seperti keadaan si Indra ketika si Adlina diumumkan terkeluar dari Akademi Impiana.

Gastro nak buat telenovela gamaknya, tapi macam tak menjadi, kerana:

Si Khir tidak menangis. Matanya sekadar terkebil-kebil. Si Azmil pula masih kelihatan keliru dek melihat keadaan si Nur yang tidak mengikut acuan “skrip”. Si Adam yang dikatakan mempunyai hubungan intim dengan si Nur pula sedang sibuk mencari cermin untuk membetulkan rambutnya. Dan si Sia yang akan terus menyanyi sumbang pada minggu-minggu berikutnya sedang menangis walaupun tidak ada seorang pun di antara rakan-rakan pelajar yang ada mahu mendekatinya untuk memujuknya ketika dia sedang menangis...

Si Timah sedang mengeluh seorang diri. Entah apa sahaja yang dikeluhkannya. Si Linus dan Gundutz memandang ke arah Timah yang tidak banyak bercakap pada malam itu. Si Gundutz nampak risau. Lebih-lebih lagi kerana si Timah tidak mahu menjamah kek browniesnya serta ice cream Haagen Dazs yang telah dibeli oleh Linus.

“Kenapa ni nok. Lain macam jer, ni... Datang bulan ke?” tegur Gundutz kepada Timah, sambil merapatkan dirinya kepadanya.

“Tidak ada apa-apa.” Suara Timah kurang bermaya. Dia sedikitpun tidak melawan kata-kata Gundutz seperti biasa.

“Ni mesti pasal Rahmat, kan?” tanya Linus pula sekadar meneka.

Timah mengangguk tanpa memandang ke arah Linus.

“Kenapa dengan Rahmat?” tanya Gundutz kepada Timah.

“Macam lain macam lah dia tu... Tak macam dulu. Macam semalam... Bila keluar makan dengan dia... Ada orang call. Lepas tu dia pergi tempat lain berbual. Lama pulak tu. Macam cakap dengan awek pulak.” Timah menjelaskan. “Kemudian dia nak balik awal. Selalunya kami lepak kat mamak tu sampai aku nak masuk kerja.”

“Hemm...” Linus memandang ke arah Gundutz. Ada sesuatu di dalam mata Linus yang cepat dapat dibaca Gundutz.

“Dia berbual dengan sedara dia tak nok... Tak pon dengan kawan-kawan mat rempit dia tu.” Kata Gundutz dengan nada memujuk. “Dia nak balik awal sebab dia ada race agaknya. Ye lah... Ko tahu lah perangai mat rempit macam dia tu. Pantang ada race. Nak jer join sekali, kan?”

“Dia macam dah berubah lah. Tengok ler keadaan dia sekarang... Smart semacam jer.” Timah memegang bahagian hujung kain tudungnya sambil memintal-mintal bahagian tersebut. “Sekarang, bila dia keluar dengan aku dia dah pandai pakai minyak wangi. Dulu tak pernah dia nak pakai minyak wangi depan aku!”

“Dia kan model! Mestilah!” kata Linus tiba-tiba, beberapa detik kemudian dia cepat-cepat menutup mulutnya kerana tersalah cakap.

“Apa?” Timah seperti tidak percaya dengan apa yang didengarnya tadi.

“Ermmm--” Linus menggaru-garu kepalanya. Gundutz pula menggelengkan kepalanya. Dia nampak kesal kerana Linus telah tersalah cakap.

“Korang berdua mesti dah lama tahu tentang hal ni... Tapi masih nak sembunyikan dari aku!” Rungut Timah. “Kawan apa korang ni!”

“Dia bagitahu kat aku jangan bagitahu kat sesiapa lah nok.” Linus cuba memujuk.

“Termasuk kat aku?” tanya Timah kembali.

“Ye lah kot...”

“Tapi kenapa?” suara Timah penuh kecewa, kini kepada Gundutz pula.

“Jangan tanya hem lah soalan-soalan cepumas ni semua!” Gundutz cuba mengelak dari menjawab. Dia masuk ke dalam dapur dengan beberapa keping pinggan kosong di atas mejanya.

“Mak rasa soalan-soalan ni ko kena tanya sendiri kat dia. Nanti jawab lah dia. Tentu dia ada sebabnya sendiri.” Linus menasihati. Dia melihat Timah semakin murung.

**


Kepada peminat-peminat Akademi Impiana yang suka berkaraoke, pastinya mereka mahu menyerikan lagi sesi karaoke mereka dengan mengikut cara nyanyian pelajar kesayangan mereka. Berikut merupakan tips-tips yang boleh mereka lakukan agar nyanyian mereka selaras dengan gaya nyanyian pelajar kesayangan mereka.

Boboy: Anda perlu menyanyi dengan gaya nyanyian skizofrenik dengan menyanyikan lagu pilihan anda dengan menggunakan pelbagai teknik suara.
Siapa yang sesuai menyanyikan lagu cara ini: Mereka yang mempunyai suara yang “meletup” yang mahu “showcase” kebolehan mereka menyanyi.

Lina: Anda perlu menyanyikan lagu anda dengan nada suara yang sengau.
Siapa yang sesuai menyanyikan lagu cara ini: Mereka yang merasakan diri mereka mempunyai wajah Pesona Bintang.

Azam: Menyanyikan lagu-lagu KRU atau men-KRU-kan lagu-lagu yang mahu anda nyanyian.
Siapa yang sesuai menyanyikan lagu cara ini: Peminat-peminat setia KRU

Dara: Breep, breeeeeeepppppp!
Siapa yang sesuai menyanyikan lagu cara ini: Teletubbies

Fyrul: Pastikan anda kepitkan suara anda ketika menyanyi. Jika ke pusat karaoke, jangan lupa untuk bertocang dan berkimono.
Siapa yang sesuai menyanyikan lagu cara ini: Mereka yang bersuara kepit serta mereka yang tergolong dalam kategori Jantayu (Baca: Jantan Ayu) yang suka berhias dengan pakaian-pakaian yang pelik-pelik.

Khir: Setiap lagu yang ingin anda nyanyikan, perlu anda rosakkan serta ubahkan agar kedengaran seperti anda menyanyikan lagu berentak R&B (dengan lenggok BB*).
Siapa yang sesuai menyanyikan lagu cara ini: Adik-adik *Blue Bar, Blue Boy, Velvet dan yang sewaktu dengannya...

Sia: Sumbang-sih-kan (Baca: sumbangkan) suara anda. Kemudian buat-buat blur ketika membaca lirik lagu, ditambah dengan tarian gelek ala Inul ataupun penari eksotik di kelab malam yang terletak di Patpong, Bangkok.
Siapa yang sesuai menyanyikan lagu cara ini: Ibu-ibu tunggal, janda yang tak reti berhias, “Insan-insan Istimewa” yang mempunyai masalah pembelajaran dan mereka yang sememangnya mempunyai suara sumbang tetapi menganggap suara mereka yang sumbang itu sebagai unik.

Entri oleh sultanmuzaffar 0 komen

Akademi Fantasia IIImbasan Akademi Fantasia VII

Bersama Saiful Apek
Beliau berpeluang untuk masuk ke dalam Akademi Fantasia dan dapat merasakan ada dunia yang tersendiri di situ. Beliau mengibaratkan Akademi Fantasia sebagai sangkar emas, segala-galanya ada.

Disebabkan terkurung tanpa sebarang perhubungan dengan dunia luar, sedikit senyak emosi dan psikologi mereka akan memberikan reaksi baik positif mahupun negatif tentang keadaan situasi yang perlu mereka hadapi.

Mereka sebenarnya berperang dengan diri mereka sendiri walaupun setelah mengetahui akan apa yang akan mereka tempuhi. Itulah impian mereka dan mereka seharusnya memilih untuk melawan cabaran-cabaran yang datang. Memang besar cabaran itu. Ada di antara pelajar yang sebelum ini merokok tetapi telah tidak dibenarkan merokok di dalam Akademi. Tentunya ini sedikit sebanyak memberikan kesan kepada persembahan dan prestasi mereka. Walaupun agak janggal bila menggunakan alasan tersebut sebagai cagaran untuk tidak memberikan persembahan yang baik. Tanpa televisyen, radio, internet tentulah menyakitkan.

Banyak faktor yang akan mempengaruhi undian pelajar, sama ada prestasi pelajaran mereka, persembahan mereka mahupun personaliti mereka. Semuanya di tangan pengundi. Akademi Fantasia secara definisinya adalah satu yang di luar jangkaan. Apa sahaja kemungkinan boleh berlaku dalam sekelip mata.

Beliau mengelak apabila ditanya tentang penyingkiran Nurul sama ada beliau sememangnya layak keluar pada minggu ini.

Bersama Pengetua Ramli MS
Begitu juga dengan Pengetua yang menyatakan semuanya bergantung 100% kepada penonton sekiranya Nurul tersingkir. Ini bermakna pengundi sudah tidak mahukan Nurul. Tidak mahu pengundi bersandarkan beberapa faktor, sama ada prestasi beliau di dalam Akademi, keyakinan Nurul yang tidak berubah serta personaliti beliau sendiri.

Penyingkiran Nurul mungkin berdasarkan kekurangan pada keyakinan Nurul pada minggu-minggu sebelum ini. Pada minggu ini tahap keyakinannya mula terserlah tetapi pengundi merasakan sudah tiba masanya Nurul disingkirkan.

Mungkin juga strategi pengundi Nurul yang mengundi pada saat-saat akhir iaitu ketika siaran langsung konsert berlangsung telah memakan diri sendiri kerana tidak lagi mampu terkejar peratusan pelajar lain yang sudah jauh mendahului Nurul.

Menurut Ramli MS, Nurul seorang yang kurang berkeyakinan tetapi mempunyai daya yang kuat untuk belajar.

Buat pertama kali dalam sejarah Akademi Fantasia, seorang Pengetua mendedahkan Laporan Kemajuan Pelajar kepada umum untuk menilai. Menurut beliau lagi, pendedahan tersebut dilakukan dengan bertujuan untuk memberikan semangat kepada pelajar dan menilai prestasi pelajar. Perkara yang sama juga berlaku di sekolah yang dinilai pada setiap penghujung penggal. Zahid menurutnya seorang yang sentiasa merebut peluang yang ada. Beliau menggunakan segala kemudahan yang ada dengan bijak dan tidak tunggu disuap.

Laporan Kemajuan Pelajar mengikut Pengetua Ramli MS
1. Zahid
2. Kaer
3. Linda
4. Adam
5. Bob
6. Farah
7. Nurul
8. Mas

Nyata pilihan Pengetua Ramli MS dan pilihan pengundi ternyata jauh berbeza. Diajukan soalan sama ada berlaku kerugian dalam pilihan yang ada kerana pilihannya tidak sama dengan penonton. Beliau menjawab secara sini, yang beliau tahu muzik dan beliau tahu apa yang berlaku di dalam pengajian mereka. Perkembangan setiap pelajar diawasi.

Kebanyakan pelajar yang tersingkir sebelum ini iaitu Edlin, Fitri, Anding dan Zarina berada pada kedudukan selesa pada kedudukan undian sebelum konsert tetapi mereka tersingkir pada penghujung konsert. Nurul merupakan pelajar pertama tersingkir apabila berada di kedudukan undian terakhir sebelum konsert. Oleh yang demikian wujud undian simpati untuk Nurul pada konsert sebelumnya. Pada minggu ke minggu bilangan pelajar semakin berkurangan. Oleh yang demikian pengundi harus bijak untuk meninggalkan hanya lima pelajar yang mereka rasakan layak untuk berada di Lima Pilihan Terbaik mereka.

Perbezaan utama nyata berpihak kepada pengundi Mas yang mana kedudukan beliau sentiasa mengungguli takhta carta selepas konsert berakhir. Sedangkan pada carta Pengetua, Mas berada di tangga paling bawah. Pada pendapat Pengetua sendiri, penilaiannya berdasarkan kepada ilmu muzik yang ada dalam diri beliau serta berdasarkan pencapaian pelajar di dalam pengajian. Oleh yang demikian, pencapaian yang mana yang dinilai oleh pengundi, adakah penilaian yang dinilai oleh Pengetua atau penilaian oleh pengundi fanatik ?

Bersama Nurul: Keceriaannya Mengundang Pelbagai Pertanyaan
Keriangan dan keceriaannya apabila diumumkan sebagai pelajar yang tersingkir memang agak mengejutkan ramai pihak. Secara tiba-tiba beliau menjadi begitu ceria dan petah berkata-kata. Mungkinkah tekanan di dalam Akademi Fantasia benar-benar menakutkan beliau sehingga merasa lega apabila tersingkir. Emosi para Tenaga Pengajar yang agak meninggi serta terputus perhubungan dengan dunia luar benar-benar menyakitkan. Situasi yang berlaku di asrama juga sedikit sebanyak memberikan kesan kepada persembahan dan prestasi Nurul sebagai pelajar Akademi Fantasia. Apabila tersingkir, masalah-masalah itu ditinggalkan di Akademi dan beliau kini bebas.

Terasa berat hati untuk meninggalkan rakan-rakannya di Akademi serta Tenaga Pengajar dan berpisah dengan ibu dan bapanya. Tetapi beliau gembira kerana telah melakukan yang terbaik dan dapat bertemu semula dengan ibubapanya.

Beliau terasa kehilangan Farah yang sememangnya rapat dengan beliau.

Apabila penonton yang bertepuk gembira kerana Nurul akhirnya tersingkir sedikit pun tidak memberikan kesan kepada keluarganya. Itu pilihan pengundi. Perkara yang sama pernah terjadi di Akademi Fantasia I bila mana Nana tersingkir dan seluruh dewan bertepuk dan bersorak kegembiraan.

Kedudukan Selepas Konsert
Zahid 15%
Bob 13%
Kaer 13%
Mas 12%
Adam 12%
Farah 12%
Linda 12%
Nurul 10%

Entri oleh sultanmuzaffar 24 July 2004 0 komen

Akademi Fantasia IIKonsert VII Akademi Fantasia : Selamat Pulang Ke Ulu Langat

Secara keseluruhan persembahan Konsert VII agak membosakan. Tiada elemen kejutan yang mampu mengumpan perhatian penonton kecuali kejutan buat Zahid. Kesilapan teknikal sewaktu mengumumkan Kedudukan Sebelum Konsert tidak sepatutnya berlaku kerana ia adalah rutin pada setiap konsert sejak Konsert I Akademi Fantasia I hinggalah Konsert VII Akademi Fantasia II. Jika dibandingkan Konsert VII Akademi Fantasia I dan II memang jauh bezanya. Tidak menyeronokan dengan persembahan yang terbaik dari setiap pelajar kecuali keceriaan Nurul apabila diumumkan tersingkir pada ahkir konsert.

Satu lagi kesilapan besar pihak penerbitan ialah apabila pengumuman oleh Floor Manager tentang lesen membuat aksi “mengeluh” kepada Pengkritik Profesional sekiranya penonton tidak bersetuju dengan mereka. Sebaliknya lesen tersebut telah disalahgunakan oleh penonton dengan mem”boo” komen bernas oleh Kudsia Kahar. Satu kesilapan yang besar apabila meletakkan sepenuh kepercayaan kepada penonton untuk melakukan sesuatu.

Kedudukan Sebelum Konsert
Mas 15%
Adam 14%
Linda 14%
Zahid 14%
Kaer 13%
Bob 12%
Farah 11%
Nurul 9%

Pengkritik Profesional
Zainal Abidin telah melaksanakan tugas yang diamanahkan kepada beliau dengan cemerlang. Beliau telah bercakap tulus dari hatinya untuk perkembangan pelajar dan kebaikan pelajar itu sendiri. Kebanyakan komen yang diberikan oleh beliau dipersetujui oleh para penonton. Tetapi tidak bagi Saiful Apek yang rata-rata komennya hanya menyebut sempoi. Saya sendiri sudah bosan dengan perkataan tersebut disebutkan berulang-ulang kali sehinggakan persembahan pelajar yang agak buruk juga diberikan taraf sempoi. Adakah makna sempoi itu sesuatu yang buruk ? Saiful Apek seakan hilang arah dan tidak tahu apa yang perlu dikomen. Beliau sewajarnya memberikan komen tentang persembahan pelajar. Saya agak bersetuju dengan Kudsia Kahar pada minggu ini. Beliau nampaknya seakan sudah berputus asa setelah melihat persembahan pelajar yang agak buruk pada minggu ini. Saya tidak nampak kenapa perlunya ada sokongan boo dari para penonton yang menonton secara langsung. Insiden ini berlaku sejak minggu lalu bila mana Floor Manager memberikan lesen kepada penonton untuk mengeluh jika dan hanya jika ada komen yang tidak memuaskan hati mereka. Mengeluh dan mem”boo” adalah dua perkara yang jauh berbeza. Saya dapat measakan inilah silapnya apabila ASTRO memberi lesen kepada penonton untuk melakukan sesuatu. Mereka akan silap menggunakan peluang yang ada. Mereka akan menganggap tindakan tersebut satu hak dan bukannya satu kelebihan yang telah diberikan oleh ASTRO.

Persembahan Pelajar
Akademi Fantasia IINurul – Lucky 3.2/10
Nurul terlalu berhati-hati ketika membuat persembahan. Sebuah lagu Inggeris yang attitude disampaikan dengan biasa sahaja oleh Nurul. Sebutannya telalu berhati-hati, tidak jelas dan agak meleret. Idea persembahannya bagus tetapi tidak dapat membantu mencantikkan persembahannya kerana nyanyiannya jelas tidak cemerlang. Vokal beliau agak mendatar. Saya cuba memetik kata-kata Roslan Aziz dalam Malaysian Idol yang pernah menyatakan “beliau menyanyi lagu Inggeris macam orang Jawa menyanyi lagu Inggeris.” Tahap keyakinannya juga agak baik pada minggu ini dan stage presense beliau juga terbaik. Beliau pandai menyesuaikan diri dengan keadaan ruang yang ada serta menambat hati melalui sketsa yang dipersembahkan. Menyanyi sambil dijulang merupakan kejutan dari beliau.

Akademi Fantasia IIBob – Salam Terakhir 6.5/10
Persembahan Bob tidaklah sebaik mana. Nada rendah beliau agak kurang bertenaga. Walaupun hanya berdiri dan tidak bergerak, persembahan beliau tetap menarik. Keyakinannya tinggi. Satu yang menyerlah tentang beliau ialah vokal beliau yang mantap. Beliau bijak menjaga pitchingnya dengan baik. Menurut Zainal Abidin beliau harus bijak mencipta kreativiti pada melodi lagu tersebut. Ini kerana persembahannya menepati melodi asal lagu tersebut. Penghayatan beliau juga bagus serta ekspresi wajah yang kekal sehingga tamat lagu tersebut.

Akademi Fantasia IILinda – Akan Ku Tunggu 6/10
Beliau agak terganggu dengan masalah teknikal yang berlaku di awal persembahannya. Jelas beliau nampak gugup dan tidak selesa dengan kejutan yang beliau terima. Persembahannya diiringi oleh dua gitaris hebat iaitu Sham Kamikaze dan Man Kidal. Tetapi sayangnya beliau gagal untuk menggunakan kejutan yang ada untuk mengumpan perhatian penonton. Sham Kamikaze dan Man Kidal sebenarnya terlalu profesional dan telah mencuri sedikit pesona bintang yang ada pada Linda. Tumpuan penonton telah teralih kepada mereka berdua setelah Linda membiarkan mereka memberikan persembahan yang memukau dan menyanyi di belakang mereka. Pergerakannya terbatas dan beliau agak kaku menguasai pentas. Persembahan vokalnya tidak seperti yang diharapkan kerana beberapa masalah pitching pada hujung-hujung note yang tidak dijaga dengan baik. Beliau agak bertuah kerana menerima kejutan tersebut.

Akademi Fantasia IIKaer – Bunga Pujaan 5/10
Saya semakin tidak menyukai dengan persembahannya. Beliau terlalu ghairah menukar gaya melodi lagu tersebut sehingga hilang originaliti lagu tersebut. Beliau harus meningkat latihan pada note rendah vokal beliau yang tidak jelas kedengaran serta ditambah lenggok-lenggok R&B yang tidak perlu. Penghayatan beliau agak biasa sahaja dan hasilnya lagu tersebut kedengaran mendatar. Tumpuannya jelas kacau kerana masih melakukan kesilapan terlupa lirik. Saya dapat merasakan tekanan yang hebat dari minggu ke minggu juga tekanan tidak dibenarkan meneruskan rutin sehariannya sebelum ini. Wajahnya menjelaskan segala-galanya. Kedudukannya yang menurun dari minggu ke minggu jelas mengganggu tumpuannya. Beliau harus bijak dan menggunakan akal untuk mengawal kemarahannya dan sekaligus harus bijak menutup kelemahannya. Jangan biarkan kemarahannya menguasai dirinya. Menurut Kudsia Kahar, jiwa Kaer tidak lagi menumpukan sepenuh perhatiannya kepada persembahannya pada setiap minggu. Mungkinkah juga Kaer sendiri telah lupa tanggungjawabnya sebagai pelajar setelah dinobatkan yang beliau bakal Juara oleh Kudsia Kahar ? Oleh itu, siapakah punca sebenar masalah ini ?

Akademi Fantasia IIFarah – Jangan Kau Mimpi 7/10
Beliau mempunyai vokal yang hebat. Koreografnya juga bagus pada minggu ini serta beliau bijak menguasai pentas. Beliau nampak ceria dan bertenaga menyanyikan lagu tersebut. Beliau mempunyai attitude yang baik untuk lagu sebegini. Seperti biasa teknik pernafasannya perlu dijaga untuk lagu sebegini. Pada minggu hadapan beliau diharapkan dapat menumpukan perhatian kepada teknik berkomunikasi beliau dengan penonton bukan sekadar melalui percakapan tetapi juga melalui gerak tubuh beliau. Beliau tidak bersungguh-sungguh mengucapkan terima kasih kepada penonton pada akhir persembahannya serta breep breep yang dibuat tidak bersemangat.

Akademi Fantasia IIZahid – Cinta Sakti 8/10
Beliau bercita-cita untuk makan malam bersama Misha Omar dan makan cekodok bersamanya. Di layar ditayangkan halaman rumah Zahid di Gombak dan muncul Misha Omar di hadapan rumah Zahid. Zahid jelas cemburu dengan tayangan tersebut. Misha masuk menemui ibu dan bapanya. Misha berkesempatan untuk masuk ke dalam bilik Zahid untuk melihat-lihat dan berbaring di katil Zahid. Jeritan cemburu penonton membuktikan segala-galanya. Ada juga teddy bear di dalam bilik beliau. Misha menampal poster untuk Zahid siap ditandatangani oleh beliau. Berbalik kepada persembahan beliau, Zahid mempunyai vokal yang power. Penguasaan pentas yang hebat dan bertenaga. Penghayatannya juga kekal sehingga tamat. Interaksi kamera juga baik dan bijak mencuri perhatian kamera. Beliau tahu apa yang perlu dilakukan olehnya di atas pentas. Tahap keyakinan beliau amat tinggi dan semakin tinggi dari minggu ke minggu.

Akademi Fantasia IIMas – Tamparan Wanita 1/10
Beliau tidak menyanyikan lagu ini dalam nada yang betul. Igauan Ramli MS menjadi kenyataan. Penyanyi latar telah menyanyikan lagu ini dalam nada yang betul tetapi tidak Mas. Saya harus memuji ahli-ahli kumpulan Elite yang berjaya menyanyikan lagu Tamparan Wanita ini jauh lebih hebat dari Mas. Oleh itu cuba anda bayangkan di mana kedudukan Mas jika dibandingkan dengan Elite. Saya amat berharap peminat fanatik Mas dapat membaca makna di sebalik baris ayat tersebut. Itupun sekiranya mereka tidak slow learner juga seperti Mas. Pitchingnya berterabur. Beliau menyanyi ikut suka hati sahaja. Beliau harus menajamkan pendengarannya agar dapat mendengar nada lagu tersebut dengan betul. Penampilan beliau di pentas jelas tercari-cari kamera dan mahu dirakam oleh kamera. Beliau bijak menguasasi pentas dengan showmanship yang agak bertenaga. Sesekali tarian beliau mengingatkan saya tentang pengalaman saya melewati laluan di daerah Red Light Amsterdam. Rata-rata penyokong menyokong kenyataan Zainal Abidin tentang Mas.

Akademi Fantasia IIAdam – Smooth Criminal 3/10
Menyanyi menggunakan head mic merupakan satu perkara yang sukar kerana amat sukar untuk mengawal vokal dalam nyanyian. Beliau kelihatan agak gugup setelah terlupa lirik. Sebutan Adam tidak jelas dan penonton tidak dapat menghayati mesej lagu tersebut. Adam harus memperbaiki mutu vokal beliau. Penampilan beliau di atas pentas sudah bagus dan memikat penonton untuk terus menonton tarian beliau walaupun nyanyiannya sumbang. Adam seharusnya mencipta tarian yang berbeza dari Michael Jackson kerana Adam agak sukar untuk menukar cara nyanyian Michael Jackson dalam lagu tersebut.

Medley Dua Insan/Kita Insan Biasa 4/10
Beberapa kali Kaer terlupa lirik dan Mas kelihatan menenangkan perasaan Kaer ketika itu yang agak kerisauan. Medley ini tidak begitu cemerlang seperti yang diharapkan. Dua Insan tidak begitu baik berbanding Kita Insan Biasa. Sebuah medley yang biasa dan tidak menyengat.

Akademi Fantasia IIMenuju Puncak : She Is Not That Lucky !
Aznil sememangnya hebat menggunakan kata-kata. Bermula dengan mewujudkan unsur suspens apabila mengumumkan tajuk lagu memainkan peranan yang penting pada penyingkiran kali ini. Penggunaan Salam Terakhir dan Smooth Criminal memang memberikan unsur suspens kepada penonton. Adakah pelajar ini bakal mengucapkan Salam Terakhirnya atau pun ada unsur Smooth Criminal yang dirancangkan untuk menyingkirkan pelajar ini. After all, she is not that Lucky! Nurul. Adrenalin penonton baik di rumah mahu pun di rumah sudah terlalu tinggi apabila mendengar Salam Terakhir dan Smooth Criminal dan menjadi lega apabila mendengar Lucky. Nurul beredar dari Akademi Fantasia dengan keriangan dan keceriaan yang jelas bukan seperti apa yang kita tonton hari-hari dalam Diari Akademi. Beliau mungkin merasakan yang bebannya sudah berjaya beliau tinggalkan di dalam Akademi dan keluar untuk mencari perjuangan baru di luar yang cabaran dan tekanannya jauh lebih hebat. Rata-rata penonton dan Aznil sendiri agak terkejut melihat perubahan mendadak Nurul yang tampak begitu ceria di bawah pentas berbanding di atas pentas. Farah kelihatan yang paling jujur menitiskan air mata kerana temannya ke tandas sudah tersingkir dari Akademi. Kaer juga kelihatan agak stress menyaksikan penyingkiran Nurul.

Persembahan Terbaik SM
Zahid – Cinta Sakti 8/10
Farah – Jangan Kau Mimpi 7/10
Bob – Salam Terakhir 6.5/10
Linda – Akan Ku Tunggu 6/10
Kaer – Bunga Pujaan 5/10
Medley Dua Insan/Kita Insan Biasa 4/10
Nurul – Lucky 3.2/10
Adam – Smooth Criminal 3/10
Mas – Tamparan Wanita 1/10