Undilah

SULTANMUZAFFAR (26 Februari 2002 - sekarang)

Seorang blogger, pelayar internet, penyelam scuba dan penagih tegar televisyen dan Wii. Melihat seluruh dunia di laman blog menerusi kamera DSLR dan kacamata tebalnya (kadang-kadang kanta lekap).

Mengkritik tidak bererti menentang, menyetujui tidak semestinya menyokong, menegur tidak bermakna membenci, dan berbeza pendapat adalah kawan berfikir yang baik.
Entri oleh sultanmuzaffar 08 June 2005 0 komen

Diari Akademi Fantasia Minggu 02 Episod 05
Penaja datang lagi. Kali ini Abadi yang membawa mereka cekodok. Tahun lepas kita dapat saksikan Misha Omar menyuap cekodok ke dalam mulut Zahid. Kerana sedikit promosi tersebut, Abadi mengambil initiatif untuk mempromosikan produknya kepada penonton Akademi Fantasia. Abadi ialah jenama cekodok segera yang berada di pasaran. Tentu ada yang masih ingat, Abadi juga telah dipromosikan oleh Atie sewaktu membawakan lagu Wajah Rahsia Hati dari filem Gila-Gila Remaja. Kesalahan perkataan Abadi dan Gila-Gila Remaja sengaja dibuat untuk mengenang kembali kenangan bersama Atie di Akademi Fantasia I. Jangan ada yang cepat melatah pula !

Dengan bantuan Cikgu Marlia dan Cikgu Fatimah, setiap pelajar mempelajari cara-cara untuk memperbaiki elemen-elemen persembahan mereka. Mereka diajar tentang blocking. Setiap pelajar harus tahu posisi pemain dan kedudukan penonton. Penglihatan penonton tidak harus dihalang oleh mana-mana objek.

Elliza telah memberikan persembahan vokal yang agak baik. Nampak bertenaga. Cuma saya sedikit risau tentang stamina beliau. Lagu tersebut agak rancak dan dalam waktu yang sama perlu memberikan penghayatan untuk sketsanya pula.

Idayu cuba mendapatkan rentak lagu tersebut. Selain daripada itu, beliau turut cuba untuk menghayati lirik lagu tersebut dan menghayati mesejnya. Aidil membawakan lagu I Don’t Wanna Miss A Thing agak biasa sahaja. Masih belum menyerlahkan lagi terutama belum mencapai bahagian korus, maka tidak banyak yang boleh dinilai. Lagu tersebut sememangnya sebuah lagu yang agak sedih tetapi perlu disampaikan dengan penuh bangga. Pernah tonton filem Armageddon ? Tentu anda tahu jalan ceritanya bagaimana.

Vokal Akma kedengaran agak tidak kemas. Adakalanya kedengaran seperti penyanyi asal lagu tersebut. Akma perlu cuba mencipta lenggok tersendiri untuk lagu tersebut untuk mencantikkan lagi style nyanyiannya.

Fuad membawakan lagu Puteri agak baik. Kedengaran sedap lagu tersebut kerana vokal Fuad agak lembut berbanding vokal Zainal Abidin yang agak keras. Beliau telah membawakan lagu tersebut dengan lenggoknya sendiri pada beberapa bahagian. Ada kedengaran sedikit-sedikit seperti lenggok Zainal Abidin.

Lagu Sesalan oleh Amy agak membosankan. Ulangan melodi membuatkan lagu tersebut tidak menarik. Amy harus melakukan sesuatu untuk menjadikan lagu tersebut menarik. Amylea harus bijak menggunakan kelebihannya untuk membuatkan penonton menyukai lagu tersebut serta menonton persembahannya. Beliau perlu menambah ekspresi wajah kepada lagu tersebut.

Reza membawakan lagu Terhangat Di Pasaran secara serius. Cikgu Adnan menasihatkannya agar tidak terlalu serius membawakan lagu tersebut. Beliau harus mengikut melodi lagu tersebut dan enjoy dengan lagu tersebut. Kalau Reza dapat menghiburkan penonton dengan lagu tersebut tentunya M.Nasir akan puji lagi minggu depan.

Vokal Aidil agak lembut untuk lagu sebegini. Masih banyak yang perlu diperbaiki terutama dari aspek vokal. Beliau perlu melontarkan vokalnya dan mengeluarkan sepenuhnya vokal yang ada. Idayu menghadapi masalah sebutan. Tidak bera jelas. Lagu tersebut agak rancak dan jika boleh beliau harus menjelaskan sebutannya.

Vokal Yazer agak kasar tetapi masih tidak cukup sempurna. Lagu Sejati sekiranya mampu dibawakan dengan vokal yang sedap tentu membuatkan penonton terpesona. Nyanyian Ekin masih mendatar. Lagu tersebut perlu dinyanyikan dengan penuh penghayatan dan attitude. Lagu ini tidak menekankan persembahan vokal tetapi lebih menekankan aspek persembahan. Showmanship harus mantap untuk membuatkan penonton menyukai lagu ini.

Setelah dua hari berlalu, sememangnya saya merasakan agak tidak adil kepada Mawi dan Marsha apabila perlu mengejar rakan-rakannya yang lain dalam Kelas Tarian. Memang sukar untuk mengejar dan tentunya perasaan rendah diri itu akan wujud secara automatic. Mawi telah diibantu oleh Kefli untuk mendapatkan step lagu Menuju Puncak. Adakalanya pergerakan tarian Mawi macam seorang yang sedang bersilat. Sementara Marsha mencuba untuk mendapatkannya secara perseorangan.

Dalam satu ketika, Cikgu Linda telah memarahi Yazer kerana sedikit kesilapan yang telah beliau lakukan. Latihan terhenti. Saya harus puji sikap beliau kerana telah meminta maaf kepada rakan-rakannya yang lain.

Kunjungan Sham Kamikaze
Mata saya terus terpandang ke arah dua subang sebelah kiri telinganya yang agak besar dan tidak sesuai dengan bentuk mukanya. Memang menyerlah habis subang tersebut. Beliau telah menegur para pelajar tentang penyanyi latar mereka sewaktuu konsert minggu lepas. Nyanyian mereka semuanya ke laut dan telah karam beramai-ramai.

Sambil beliau bermain piano, Aidil telah membawakan lagu I Don’t Wanna Miss A Thing. Katanya tidak cukup jantan. Beliau harus lebih melontarkan vokalnya terutamanya di bahagian paling susah iaitu di bahagian korus. Mereka harus mendengar melodi lagu. Dapatkan struktur lagu dahulu sebelum menyanyi.

Persembahan tarian Felix agak menarik dengan dibantu oleh rakan-rakannya. Pada saya persembahan Felix sudah cukup dikawal dengan baik olehnya. Beliau tidak cuba untuk beraksi berlebihan. Beliau player yang bijak maintain character beliau di dalam Akademi Fantasia. Beliau tahu apa yang penonton mahu dan apa yang penonton tidak mahu. Sekiranya lagu Berjuta Batu itu mampu dibawakan oleh Felix dengan bagus, maka beliau telah lulus ujian vokal dan ujian persembahan sekaligus. Memang sukar untuk menari dan menyanyi dalam waktu yang sama.

Diari Akademi Fantasia Minggu 02 Episod 06
Setelah hampir dua minggu dilanda demam Akademi Fantasia, Diari malam ini merupakan diari paling happening untuk ditonton. Ada scene kena marah, ada scene sakit, ada scene lucu. Macam-macam ada.

Aidil telah mengalami cirit birit dan telah dihantar untuk rawatan di klinik berdekatan. Beliau mengadu kepada kamera yang telah berulang-alik ke tandas sejak jam 4 pagi dan harus ke tandas setiap 30 minit.

Teknik Persembahan Melalui Lukisan
Sewaktu Kelas Tarian, Cikgu Ee mengajar mereka dari aspek persembahan. Mereka telah menyiapkan lukisan cadangan persembahan yang ingin mereka persembahkan. Satu kaedah baru yang diterapkan di dalam Akademi agar setiap pergerakan dapat dirancang dengan baik. Ini antara kekurangan pada minggu lepas yang ingin dibaiki pada minggu ini.

Fuad membawakan lagu Puteri dengan gaya persembahan yang biasa pada saya. Pergerakannya masih kurang bertenaga walaupun cuba menyampaikan lirik lagu tersebut dengan baik. Ada penghayatan dalam ekspresi mukanya.

Kefli ingin membawakan lagunya secara berseorangan di atas pentas tanpa bantuan dari sesiapa. Beliau ingin menyerlahkan keupayaan vokal beliau sehabis yang boleh. Tumpuannya harus diberikan kepada vokal kerana itu kekurangan beliau. Memang lagu Mungkin agak sukar dan kecemerlangan vokal harus diutamakan.

Persembahan Yazer juga agak kreatif. Dengan menggunakan dua orang penari dan bermain gitar. Setidak-tidaknya sewaktu bridge lagu tersebut, boleh melakukan sesuatu.

Aidil pula mencadangkan untuk bermain dengan lampu dengan menggunakan kaedah siluet (bayang). Harap dapat dibuat dengan betul kerana pancaran lampu dari pentas menyebabkan silau di kamera dan imej yang terpancar di televisyen menjadi over-exposed. Manakala Reza menampilkan persembahan ala-ala muzik video Terhangat Di Pasaran KRU. Menariknya, beliau menggunakan Felix, Reza dan Yazer sebagai penari jemputan.

Mawi mempersembahkan lagunya secara berseorangan di atas pentas. Beliau harus mengurangkan menutup mata walaupun sewaktu dalam penghayatan. Lukisan dari Elliza agak kreatif. Elliza menampilkan Kefli dan Marsha sebagai pembantu dalam lagunya. Beliau seakan cuba mendapatkan feel yang sebenar tentang bagaimana bila kekasihnya diambil orang. Menggunakan Kefli. Hmmmmm. Menarik ! Elliza harus menjaga staminanya untuk lagu ini selain mengawal note rendahnya dengan baik.

Lagu Asmara oleh Amylea merupakan lagu yang evergreen. Sekiranya Amylea mampu membawakan lagu tersebut dengan baik tentu undiannya akan melonjak naik. Aura-aura seksi dan cheeky sudah ada pada Amylea. Beliau harus tahu menggunakannya. Nasihat Cikgu Marlia, Amylea harus memahami lirik lagu tersebut kerana tidak semua cinta itu indah. Ada juga cinta yang sengsara.

Marsha memberikan tumpuannya kepada persembahan vokalnya untuk lagu Ingin Bersamamu. Manakala Ekin menyampaikan lagu Joget Sayang Di Sayang dengan biasa. Beliau harus melebihkan aksi-aksi untuk menyampaikan lagi pantun-pantun dalam lagu tersebut. Cikgu Ee menasihatkan beliau agar mengeluarkan seluruh persembahannya dan bukan menyimpannya.

Begitu juga dengan Amy, harus lebih mengeluarkan lagi persembahannya untuk lebih all out dan tidak menyimpan separuh daripada persembahannya. Mereka harus dilatih seperti persembahan sebenar untuk membiasakan diri. Cikgu Marlia turut memperbetulkan posisi badan Amy.

Felix telah memberikan persembahan yang bersahaja. Cara pembawakan Felix nyata amat berlainan dengan pelajar-pelajar lain. Pergerakannya nampak natural. Beliau mula membuka dirinya untuk lebih menyerlahkan dirinya lagi kepada setiap aspek persembahan. Saya terhibur dengan gelagat beliau. Beliau harus melebihkan penghayatannya untuk lebih menghayati lagunya lagi.

Dalam Kelas Nada Suara oleh Cikgu Siti Hajar, pelajar diperingatkan tentang bagaimana sukarnya untuk mengajar mereka yang pandai menyanyi seperti mereka. Mereka sudah pandai menyanyi tetapi belum pandai teknik nyanyian yang betul. Itu lebih sukar untuk dibentuk. Sesetengah pelajar merasakan diri mereka sudah bagus dan tidak terbuka untuk menerima ajaran. Setiap kali diajar, mereka ikut, tetapi apabila membuat persembahan mereka terus mengikut cara mereka sendiri.

Penyanyi yang baik boleh meniru suara orang lain tetapi harus mempunyai identiti mereka yang tersendiri. Seperti menulis juga, sesiapa sahaja boleh menulis dan meniru tulisan penulis yang lain, tetapi yang membezakan mereka adalah identiti penulisan mereka.

Kelas Negaraku
Mereka dilatih oleh Cikgu Siti Hajar tentang alternate tone dan juga crescendo dengan menggunakan lagu Negaraku. Pelajar harus tahu kedudukan suara tersebut dihasilkan dan menggunakan teknik pernafasan yang betul. Ada yang sampai, ada yang tidak sampai. Ada yang mengeluarkan suaranya di tempat yang betul dan ada yang tidak betul. Ada Negaraku berbunyi balada, ada Negaraku berbunyi nasyid. Sakit perut aku gelak !

Setelah dihantar ke klinik berdekatan, Aidil telah diberikan ubat untuk sakit cirit birit yang dialami olehnya pagi tadi.

Fuad Kena Marah
Di penghujung rancangan ditayangkan klip latihan Felix. Rupanya bukan latihan Felix yang ditayangkan tetapi adegan Fuad dimarahi oleh Cikgu Ee. Menurut Cikgu Ee, Fuad agak malas dan banyak main di dalam kelasnya. Ini telah diperhatikan sejak hari pertama lagi di dalam Akademi. Apabila ditegur, ada sahaja alasannya. Dari mula pembelajaran sehingga sekarang masih tidak ada perubahan dan pencapaian yang diperolehi oleh Fuad. Beliau sekadar banyak bercakap tetapi kurang bekerja.

Seperti Anak Sedara yang menyorok di dalam longkang setelah dimarahi, Fuad juga menjauhkan dirinya di satu sudut di dalam dapur mungkin. Encik Hasrul menasihatkan beliau lagi agar menerima setiap teguran secara positif. Kalau tidak silap pendengaran saya, Fuad merasa agak tertekan kerana adegan marah tersebut akan ditonton oleh emaknya. Apa jenis alasan ini ? Kalau tidak mahu ianya ditonton, jangannlah masuk Akademi Fantasia. Fuad harus menjadikan setiap teguran dari seorang cikgu secara positif. Cikgu menegurnya dengan niat ingin melihat beliau berubah dan tidak main-main. Inilah antara pengalaman yang beliau dapati di dalam Akademi.

Astro.TV
Anda boleh melihat mereka, tetapi tidak sebaliknya ! Saksikan karenah pelajar di dalam Akademi. Saksikan mereka di dalam Diari Xtended, siaran Diari Akademi selama lebih 4 jam dari siaran biasa sehari.

Segmen Menarik dari Diari Xtended 6 Jun (1300-1400)
* masa diorang makan tengari, mawi & reza dok sibuk prektis lagu (rajin mereka ini)
* linda cakap kefli tak suka pompuan? apa??? hehee..
* praap yang kefli dok cakap tu maksudnya tengah geram
* fuad dok bincang2 ngan cikgu ee & linda pasal performance. geram plak aku dengan mamat ni. dok debat pasal rapping pas tu macam tak nak terima pendapat cikgu2 (pada pandangan aku la)
* elliza risau takut gemuk. dia mintak advice kat cikgu linda cemana nak kurus. cikgu linda kata jangan makan nasik malam seblom tido.
* marsha dok ajuk mawi menari macam batang kayu masa diorang nyanyi lagu seribu impian kat konsert MSH
* felix kata kat marsha, "bapak kau mesti gembira kau dapat masuk akademi" (how sweet!)
* ada member2 cikgu ee call after konsert 1, komen pasal expression muka tak kena dengan lagu (contohnya aidil)
* felix kata elliza pandai menari
* marsha kata idayu & elliza nyanyi sedap masa kat konsert, tapi kat tv bunyi macam tak berapa sedap
* masa cikgu linda & ee nak balik, elliza terus gi kat dia salam, pas tu baru la budak2 lain follow (wah, bagus sopan budak ni ye)
* felix nyanyi lagu 'beribu batu' sambil main gitar. best gilak!
* mawi nyanyi lagu hattan kejap ada gaya rock, kejap ada bunyi nasyid
* fokus kat marsha nyanyi full lagu 'ingin bersamamu'. sedap gak walopun tengah batuk2.


Segmen Menarik dari Diari Xtended 9 Jun 0900 - 1000
* mawi, marsha, ekin & idayu kena gi medical check up (atau medical check it out kata reza), so diorang tak breakfast. idayu kena check air kencing lagi sbb tu dia kena ikut.
* reza kata kalo telinga tiba2 berdesing tandanya ada malaikat jentik tak bagi tengok benda2 yg x elok
* abg asrul suh marsha blajo puasa nanti senang kalo nak kawin dengan org islam huhu
* dalam kelas cikgu ee ada senaman taichi. ada sekali tu mawi kena lead. mawi buat style silat, habis satu kelas kena ikut bersilat hahaha.. yang felix pulak buat gaya orang utan. fuad gaya berenang.
* orang pertama aku nampak pusatnya : AMY!!!
* masa prektis persembahan ekin, diorang sume blaja menari joget. amylea took the initiative to learn more. tapi fuad dok main lompat2 pas tu kena marah ngan cikgu ee (padan muko).
* cikgu ee ajar felix cemana nak gatal2 kaco pompuan, tapi felix buat muka geram nengok pompuan macam nengok KFC hahaha
* idayu prektis lagu superstar. not bad. cuma kurang style lagi.


Lawak Menarik dari Diari Xtended 8 Jun 0900 - 1000
si fuad tanya cikgu adnan, "cikgu, apa jadik kat BPR skang ni?". cikgu adnan buat muka tak paham.
fuad tanya lagi, "cikgu BPR kan dulu kan?"
cikgu adnan pun jawab "eh takde lah, mana pulak. yang BPR tu awang. ko ingat aku awang ke?"
fuad buat muka toye. "eh ye ke..BPR tu macamana?"
cikgu adnan gelakkan fuad, "tanya pulak BPR tu cemana"
fuad dah malu, "eh salah orang la"


ihsan dari setankuning

Entri oleh sultanmuzaffar 07 June 2005 0 komen

Diari Akademi Fantasia Minggu 02 Episod 03
Secara jujur setelah selesai menonton Diari ini saya tidak tahu apa yang harus diulas. Tidak banyak komen yang boleh diberikan. Tetapi sekiranya dinilai dari aspek menghiburkan, diari ini sebuah diari yang agak menghiburkan.

Masing-masing giat berlatih lagu masing-masing setelah ditegur tentang prestasi mereka pada minggu lepas. Antara persembahan latihan yang saya ingat ialah Elliza, Idayu, Felix dan Mawi. Elliza menyanyi di depan cermin. Idayu sambil mencuba gerak tarinya. Memang agak sedap suara beliau. Felix sambil bergelek membawakan lagu Berjuta Batu. Mawi turut dibantu oleh Felix untuk lagunya.

Cikgu Siti Hajar agak tegas pada kelas hari ini. Beliau menegaskan yang pengalamannya berada di dalam industri selama lebih 15 tahun membuatkan beliau mempunyai satu harapan terhadap pelajar-pelajarnya. Sekiranya pelajar-pelajar beliau tidak dapat melaksanakannya dengan baik, akan menyebabkan beliau sedikit tidak sabar.

Beliau menekan betapa pentingnya hissing, bubbling dalam mendalami asas-asas teknik vokal. Latihan dibuat untuk setiap pelajar. Felix contohnya masih menahan vokalnya dan vokalnya tidak dilontarkan sepenuhnya.

Dalam kelas Cikgu Adnan, pelajar diajar tentang low tone dan multi tone. Semua pelajar diasuh tentang seberapa rendah vokal mereka boleh capai. Menurutnya lagi, Felix, Mawi dan Yazer antara pelajar yang mempunyai vokal yang tinggi. Mampu mencapai note-note yang tinggi.

Dalam Kelas Tarian, Cikgu Linda membantu pelajar tentang counting dan timing. Dengan menggunakan muzik, pelajar dikehendaki cuba memasukkan diri mereka ke dalam muzik tersebut. Ada di antara pelajar yang tidak dapat mengira dengan betul. Mawi berkali-kali mencuba untuk mendapatkan timing yang betul.

Pengetua M.Nasir terkejut besar apabila Mawi memilih untuk meneruskan irama pop nasyid apabila keluar daripada Akademi Fantasia kelak. Tetapi di dalam Akademi Fantasia, setiap pelajar akan diuji dengan pelbagai jenis lagu. Baik irama Malaysia, pop, R&B, rap, balada dan jika bernasib malang mendapat lagu keroncong. Memang sukar tetapi itulah cabaran Akademi Fantasia. Bob berjaya membawakan lagu Alhamdulillah dengan baik, begitu juga dengan Adam dengan lagu Keroncong Untuk Ana di Akademi Fantasia. Kita tentu masih ingat, bagaimana Nana menangis kerana mendapat lagu Halaman Cinta yang nyata bukan forte beliau. Apa pula kejutan yang akan berlaku dari aspek pemilihan lagu pada musim ini.

Frasa Kukikiskukukakikakakkukikiskukukakikakakku diulang-ulang oleh pelajar untuk latihan tumpuan. Setiap pelajar harus mempunyai imaginasi untuk bercerita di dalam kepala lalu secara mudah mampu memberikan tumpuannya terhadap frasa tersebut. Berimaginasi secara kreatif membolehkan minda berfunsi dengan baik. Perkara yang sama juga untuk lirik lagu. Setiap pelajar harus bercerita kepada minda masing-masing tentang cerita di sebalik lirik lagu mereka dan ini membolehkan mereka menghafal lirik lagu dengan mudah.

Segmen ekspresi agak melucukan dengan setiap pelajar harus melakukan ekspresi suka, marah, takut, bosan, sedih, gembira dan lain-lain lagi. Sekali lagi saya suka melihat bagaimana Cikgu Marlia menyiksa Felix dan Mawi.

Diari Akademi Fantasia Minggu 02 Episod 04
Pertambahan dua alat baru di dalam Akademi mengejutkan saya. Akademi Fantasia menjadi sesuatu yang berbeza dari musim-musim yang sebelumnya. Kali ini terpasang dua buah kamera di dalam asrama pelajar lelaki dan perempuan. Kamera tersebut turut terpasang dengan pembesar suara di ruang tamu asrama. Selain 14 kamera tersembunyi yang ada di dalam Akademi, 2 kamera pengakuan di dalam Akademi dan kini 2 kamera di asrama.

Agak sukar juga untuk para pelajar bergossip sesama mereka kecuali di dalam bilik tidur. Kamera tersebut telah merakamkan kerisauan Marsha yang masih tidak berapa sihat. Marsha jelas masih kurang yakin dengan dirinya dan lebih-lebih lagi dalam keadaan dirinya yang masih belum sihat sepenuhnya.

Agak seronok apabila dapat melihat Mawi dan Marsha mencuba menari di dalam Kelas Tarian. Sememangnya pergerakan Mawi agak keras. Lebih keras berbanding Felix. Tarian Mawi membolehkan tarian Felix nampak kelihatan lebih baik walaupun kedua-duanya keras. Agak sepadan dan lucu melihat Mawi dan Marsha cuba mengejar rakan-rakannya dalam gerak tari tersebut. Mereka harus dibantu oleh rakan-rakan mereka. Harus ada inisiatif untuk mengikuti kelas tambahan bersama rakan-rakan mereka.

Cikgu Ee menasihatkan mereka agar lebih alert. Akma dan Amy turut membantu Marsha mendapatkan stepnya. Mereka telah memberikan semangat kepada Marsha untuk mendapatkan stepnya.

Saya merasa gembira kerana Cikgu Siti Hajar kembali dalam Kelas Nada Suara. Beliau telah mengajar tentang cara pernafasan dan sebutan sambil membuat ekspresi wajah. Sewaktu kelas tersebut, Marsha menangis di bawah kerana masih kurang semangat dalam kelas tarian.

Cikgu Ee menasihatkan Marsha agar mencontohi Felix yang pada mulanya tidak tahu menari tetapi masih ingin belajar. Bezanya, Felix tidak menangis tetapi telah mencuba untuk melakukan yang terbaik. Hasilnya boleh dilihat di dalam Konsert minggu lepas.

Marsha menghadapi masalah yang besar sekiranya terus menangis tetapi tidak berusaha untuk melakukan yang terbaik untuk memperbaiki kelemahannya. Beliau harus membuktikan yang beliau sememangnya layak berada di Akademi Fantasia.

Lebih seronok apabila melihat sesi di dalam Kelas Seni Persembahan. Pelajar mula menyerlahkan diri mereka tanpa rasa segan silu. Semacam kemasukan Mawi dan Marsha membawa satu aura baru ke dalam Akademi Fantasia.

Permainan “Alphabet Circle” mengajar mereka tentang bagaimana menangani perasaan gemuruh. Semakin dekat bola itu bergerak ke arah mereka. Sepatutnya mereka lebih tenang dan fokus kepada melaksanakan tugas mereka dan bukannya semakin kelam-kabut ingin menghabiskan tugasan mereka.

Permainan kedua menekankan tentang aspek fokus dan memberikan tumpuan. Masing-masing menampilkan gaya ditembak yang melucukan dan menarik. Keceriaan di dalam Diari semakin dirasai. Sifat-sifat pelajar semakin menyerlah. Keceriaan mereka juga semacam keceriaan yang sebenar-benarnya.

Sembang bersama Cikgu Siti Hajar
Amylea, Akma dan Idayu duduk bersama Cikgu Siti Hajar mendapatkan nasihat beliau tentang kualiti. Cikgu Siti Hajar menyarankan kepada mereka agar mengajar penonton tentang erti kualiti. Setiap pelajar harus melakukan persembahan mereka dengan berkualiti tanpa perlu menghiraukan aspek personaliti dan fizikal.

Sesi ini amat penting kepada penonton agar mereka tahu yang mereka harus menilai kualiti pelajar. Tugas pelajar adalah untuk mempersembahkan yang terbaik. Ajar penonton erti kualiti dan nescaya mereka akan menghargainya. Tidak kiralah seandainya bentuk fizikal tidak menepati kehendak penonton, tetapi pelajar harus meneruskan persembahannya dengan menampilkan kualiti.

Mereka harus menganggap fizikal sebagai cabaran mereka untuk terus melakukan yang terbaik. Saya melihat Amylea, Idayu mempunyai kualiti yang baik tetapi mereka merasa rendah diri dengan kelebihan fizikal dan personaliti yang ada pada pelajar yang lain. Ini secara tidak langsung menyebabkan tumpuan mereka terganggu. Idayu nampak tidak terganggu sangat kerana telah menampilkan persembahan yang cemerlang. Ini berbeza dengan Amylea yang jelas terganggu.

Astro.TV
Anda boleh melihat mereka, tetapi tidak sebaliknya ! Saksikan karenah pelajar di dalam Akademi. Saksikan mereka di dalam Diari Xtended, siaran Diari Akademi selama lebih 4 jam dari siaran biasa sehari.

Entri oleh sultanmuzaffar 06 June 2005 0 komen

Diari Akademi Fantasia Minggu 02 Episod 01
Mawi agak terkejut kerana diterima masuk ke dalam Akademi Fantasia. Dalam keadaan tidak menghafal lirik lagu tetapi beliau bernasib baik. Beliau mengharapkan rakan-rakannya menerimanya di dalam Akademi. Beliau begitu terharu dengan penyokong-penyokongnya. Mawi berpeluang untuk mengenali dunia luar selama dua minggu. Melihat apa yang berlaku di luar sana. Sedikit sebanyak memberikan sedikit kelebihan untuk beliau. Antara harapan beliau adalah untuk membantu keluarganya. Sama seperti Zarina di Akademi Fantasia 2. Dua minggu mengenali Mawi, saya tidak banyak berbual dengannya. Saya lebih banyak berbual dengan Azlif dan Isa. Oleh itu tidak banyak yang saya ketahui tentang beliau.

Marsha juga merasa gembira kerana berpeluang kembali ke Akademi. Beliau berjanji akan melakukan yang terbaik dan berharap agar cepat sembuh. Dua minggu saya mengenali Marsha, saya berpeluang untuk berbual panjang dengannya. Seorang yang agak manja orangnya. Dari segi pertuturannya, nampak agak senang berdampingan dengannya.

Sewaktu Kelas Motivasi, sedikit orientasi dilakukan untuk Mawi dan Marsha. Disuntik perasaan kasih sayang dan sama-sama menikmati kehidupan. Felix menasihati mereka agar tidak merasa ia sebagai beban yang berat dan Reza menasihatkan mereka agar selalu bertanya.

Komen Pelajar Tentang Persembahan
Fuad merasa agak nervous kerana membuat persembahan di hadapan kenalannya, keluarganya, serta abang angkatnya. Hmmmmm. Interesting ! Elliza merasa agak sukar untuk menukar mood dari ceria kepada sedih. Penghayatan Yazer pula masih kurang dan mahu diperbaiki. Amylea dan Kefli merasa persembahan mereka sekadar OK. Ekin bersyukur kerana tiada penyingkiran pada malam tersebut. Akma agak berpuas hati dengan persembahannya. Reza merasa happy kerana dapat melihat adik-adiknya membuat persembahan dengan baik. Felix memohon maaf sekiranya persembahannya tidak menghiburkan. Beliau menegaskan semangat ingin belajar dan memperbaiki apa yang kurang.

Komen Pelajar Tentang Kemasukan Semula Mawi & Marsha
Rata-rata ada di antara mereka yang boleh memenangi Anugerah Pelakon Terbaik di masa akan datang. Pada saya Fuad agak tidak natural. Apa perasaan peminatnya setelah mendengar Fuad secara terbuka menyatakan setelah kemasukan Mawi dan Marsha semangatnya untuk menang telah tiada. Ya, pada mulanya beliau mensasarkan untuk menang tetapi tidak lagi kini. Setelah merasa tergugat dengan kehadiran semula Mawi dan Marsha, beliau hanya sekadar ingin belajar di Akademi tetapi tidak mahu menang. Apa ertinya diberikan undi peminat jika tuan punya badan tidak mahu menang ?

Idayu, Amy, Akma, Elliza, Kefli, Aidil, Felix, Ekin dan Yazer sekadar memberikan komen cukup syarat. Siapa yang tidak merasa tergugat ? Pasti sekelumit dalam diri mereka pasti merasa perkara tersebut.

Amylea menegaskan yang beliau agak takut dengan kehadiran semula mereka. Beliau merasa tergugat tetapi berpeluang untuk belajar bersama-sama.

Reza ? Ini komen dari saya "Abang menyampah lah bila tengok Reza duduk depan kamera tapi tak cakap apa-apa." Dramanya !

Cubaan untuk mengorek rahsia memang sukar dilakukan di hadapan kamera. Lebih-lebih lagi dengan kehadiran Encik Hasrul yang ada bersama dalam sesi tersebut. Tentunya beliau akan memantau apa yang diperkatakan oleh Mawi dan Marsha. Mawi menceritakan apa yang berlaku setelah berakhirnya Konsert Prelude. Sesi korek rahsia harus dilakukan di asrama. Lebih selesa tanpa gangguan.

Diari hari-hari pertama agak membosankan.

Diari Akademi Fantasia Minggu 02 Episod 02
Marsha menghadapi masalah menyesuaikan dirinya dengan makanan yang tersedia di dalam Akademi. Beliau telah meminta agar tidak menyediakan sotong, udang, ketam dan oyster. Ayam dan ikan tenggiri boleh disediakan. Banyak pula permintaan pelajar baru ini. Beliau turut meminta agar memperbanyakkan makanan berunsurkan sup dan memberikan pandangannya yang sup semalam agak masin. Jika boleh kurangkan minyak kerana tidak elok untuk suara. Baik Mak Encik. Nanti saya siapkan. Ada apa-apa lagi yang perlu saya sediakan Mak Encik ? Jam 11 malam nanti sebelum tidur, saya siapkan susu untuk Mak Encik.

Oh ya, sebelum saya terlupa, esok Mak Encik nak bangun tidur pukul berapa ? Saya akan kejutkan dan siapkan air panas untuk mandi.

Penilaian Tenaga Pengajar
Rata-rata pelajar menerima komen yang agak bagus dari Tenaga Pengajar bersandarkan pengalaman-pengalaman mereka untuk dikongsi bersama dengan pelajar-pelajar mereka. Fuad jelas kelihatan terlalu over-excited apabila membuat persembahan sehingga tidak merancang dengan baik persembahannya. Pergerakannya celaru dan kelam-kabut. Cara beliau menyampaikan persembahan tersebut nampak tidak jujur.

Yazer agak segan untuk mengeluarkan persembahannya. Setiap pelajar harus memberikan sepenuh persembahan mereka dan tidak sorok-sorok terutamanya sewaktu latihan. Jika ini berlaku ia amat merugikan kerana pihak jurukamera tidak dapat merakamkan detik-detik terbaik pada persembahan tersebut. Ini berlaku apabila Yazer membaling tiang pembesar suara tidak ditayangkan di televisyen.

Amyela agak terganggu kerana terlalu memikirkan koreografi tariannya sehingga menganggu ekspresi persembahannya. Kefli tidak menumpukan perhatiannya kerana kurang sihat. Beliau telah diingatkan yang beliau mempunyai asset yang tidak ada pada orang lain.

Mencantas lirik adalah satu kesalahan besar dan telah diingatkan oleh Cikgu Siti Hajar dalam nada yang agak keras. Yang paling menarik apabila M.Nasir mengingatkan pelajarnya bahawa sumbang tidak mengapa, asalkan menghiburkan. Pada pendapat saya, sekurang-kurangnya bentuklah mereka menjadi penyanyi yang baik dahulu, sebelum mebentuk mereka menjadi penghibur.

Lantaran komen Pengetua M.Nasir terhadap persembahan Reza, maka saya telah pun membuka satu talian undian. Sila jawab.

Peminat Reza, sila pilih komen berikut :
a. See, M.Nasir cakap best....kau tu saper ?
b. SM kena pergi ear specialist.
c. M.Nasir pun tak setuju baca komen ko SM !
d. Siapa SM ? (dulu-dulu M.Nasir pernah cakap "Siapa Mahathir ?"


Pilihan a dan b telah diberikan oleh seorang peminat fanatik Reza. hahahahaha !

Komen M.Nasir untuk Aidil juga agak pedas. Aidil agak terganggu apabila melihat keluarganya berada di hadapannya membuat persembahan. Adakah ini akan berterusan untuk minggu-minggu akan datang ?

Idayu merasakan persembahannya kurang dari aspek ekspresi. Saya lebih menekankan mutu vokal dan persembahan menghiburkan itu satu bonus. Setelah mendengar apa yang diperkatakan oleh M.Nasir mulai hari ini saya akan lebih fokus kepada aspek persembahan yang menghiburkan.

Lagu Baru Minggu Kedua
Elliza - Aku, Dia dan Kamu (D-Va)
Yazer - Sejati (Wings)
Akma - Cahaya (Kris Dayanti)
Fuad - Puteri (Zainal Abidin)
Ekin - Sayang Disayang (Anita Sarawak)
Aidil - I Don't Wanna Miss A Thing (Aerosmith)
Amylea - Asmara (Anneke Gronloh)
Reza - Terhangat Di Pasaran (KRU & Adam)
Idayu - Superstar (Jamelia)
Kefli - Mungkin (Anuar Zain)
Amy - Sesalan (Ezlynn)
Felix - Berjuta Batu (Alleycats)
Marsha - Ingin Bersamamu (Syafinaz)
Mawi - Dari Kekasih Untuk Kekasih (Hattan)

Mawi tidak pernah mendengar lagu tersebut dan mengharapkan beliau mampu membawakan lagu tersebut. Idayu juga perlu menekaskan aspek tarian dalam lagu tersebut. Saya dapat melihat bagaimana Kefli menahan kesedihannya apabila mendapat lagu tersebut. Jelas kelihatan. Sudah dua kali menangis. Eh ! Tahun lepas pelajar perempuan yang banyak menangis. Kenapa tahun ini lelaki pula yang banyak menangis ? Dimulakan dengan Fuad, Aidil, Yazer dan kini Kefli.

Kenapa Aidil bila bercakap di hadapan kamera agak perlahan. Sebutir-sebutir perkataan disebutkan. Semacam mahu lama berada di hadapan kamera. Cuba cakap straight to the point dan membuang banyak pause yang ada hanya sekadar untuk mendapatkan air-time yang lama. Marsha happy mendapat lagu tersebut. Saya merasakan sememangnya satu Malaysia menunggu Marsha membawakan lagu tersebut. Kita pernah mendengar Marsha membawakan lagu tersebut sewaktu ujibakat.

Reza merasakan lagu seniornya iaitu Adam AF2 (featuring KRU) tersebut agak straight forward dengan lirik yang mudah. Lagu Terhangat Di Pasaran adalah lagu KRU (featuring Adam AF2) ya, bukan sebaliknya. Lagu Joget Sayang Di Sayang diharapkan dapat menyerlahkan lagi personaliti Ekin dengan drama yang perlu dibawakan olehnya dalam lagu tersebut.

Lagu Berjuta Batu merupakan lagu yang sering dinyanyikan oleh Felix dan beliau merasa selesa dengan lagu tersebut. Amy pula tidak pernah mendengar lagu tersebut dan mengharapkan dapat melakukan dengan terbaik. Amylea menyukai lagu tersebut. Lagu tersebut agak perlahan dan mampu menyerlahkan lagi vokal R&B Amylea. Yazer agak selesa dengan lagu tersebut dan saya merasakan lagu tersebut amat bersesuaian dengan Yazer. Populariti lagu tersebut mampu memukau penonton sekiranya mampu dibawakan dengan baik oleh Yazer. Fuad pula mengharapkan agar beliau dapat melakukan persembahannya dengan lebih baik lagi. Lagu Puteri memerlukan kawalan vokal yang baik dan tinggi oleh Fuad.

Astro.TV
Anda boleh melihat mereka, tetapi tidak sebaliknya ! Saksikan karenah pelajar di dalam Akademi. Saksikan mereka di dalam Diari Xtended, siaran Diari Akademi selama lebih 4 jam dari siaran biasa sehari.

Entri oleh sultanmuzaffar 05 June 2005 0 komen

Konsert 01 Akademi Fantasia 3 : Penyerapan Mawi dan Marsha ke Akademi Fantasia
Kredit Foto : http://gambar.blogspot.com

Apakah ini satu kejutan ? Ramai yang telah menjangkakan. Apakah anda berpuas hati ? Saya kurang berpuas hati dengan persembahan pelajar yang telah berada di Akademi selama seminggu berbanding 8 pelajar yang telah tersingkir dari Konsert Prelude. Nyata ada kekuatan vokal yang telah kita lupakan sewaktu penilaian Konsert Prelude. Konsert Akademi Fantasia paling lama dalam sejarahnya, menyaksikan kembalinya Mawi dan Marsha ke dalam Akademi Fantasia.

Rekaan Pentas & Montaj
Menontonnya di televisyen dan di stadium, pengalamannya agak berbeza. Saya menyukai rekabentuk pentas dan tatacahaya yang digunakan pada Konsert kali ini. Elemen bujur menguasai pentas. Penggunaan perabut berwarna putih sedikit sebanyak memantulkan cahaya sehingga agak silau di layar televisyen. Rangka besi yang berada di belakang pentas dan kiri kanan pentas memantulkan cahaya memberikan sedikit elemen milennium. Cara beg dibawa masuk ke atas pentas juga agak menarik. Ada unsur-unsur kapal angkasa. Seperti juga backdrop di belakang pentas. Ada elemen-elemen simbol Signs oleh M. Night Shyamalan.

Pengkritik Mingguan : Kudsia Kahar, Prof Madya Abdul Razak Mohaideen dan Aishah. Saya mengharapkan Aishah akan dipanggil kembali untuk menjadi Pengkritik pada minggu-minggu akan datang. Komen-komen beliau agak bernas. Komen dari Prof Madya Abdul Razak Mohaideen juga agak baik dengan memberikan sedikit sentuhan dari aspek persembahan dan gaya. Pada beberapa pelajar, komen Prof Razak lebih baik dari komen Kudsia Kahar. Dalam banyak-banyak pengarah filem, beliau telah melaksanakan tugasnya dengan baik. Mamat Khalid sekadar menyuntik elemen lawak ke dalam Konsert Akademi Fantasia. Datuk Yusof Haslam dijemput untuk menjadi Pengkritik hanya sekadar untuk membuat sesi ujibakat untuk filem terbarunya.

Kedudukan Sebelum Persembahan Konsert
Felix 14%
Amy 9%
Ekin 9%
Aidil 8%
Idayu 8%
Elliza 8%
Akma 8%
Yazer 8%
Fuad 8%
Kefli 8%
Reza 8%
Amylea 7%

Persembahan Pelajar

Konsert 01 AF3

Fuad - Pop Ye Ye (5.5/10 bintang)
Fuad mempunyai vokal yang baik disertakan dengan penguasaan pentas yang bertenaga. Beliau bijak berinteraksi dengan penyanyi latar dan ada keserasian antara mereka. Sayangnya beliau banyak melakukan gerakan yang keterlaluan sehingga nampak agak tidak begitu natural. Beliau mempunyai style beliau yang tersendiri. Persembahan beliau mantap dan dibantu oleh rakan-rakan untuk penyanyi latar. Tetapi dengan melibatkan Aznil agak memualkan kerana ia dilakukan dengan bersebab dan bukannya secara spontan.

Beliau perlu memperbaiki sifat lupa dirinya. Beliau juga harus memperbaiki gaya persembahannya agar tidak terlalu keterlaluan.

Konsert 01 AF3

Elliza - Elegi Sepi (7/10 bintang)
Saya menyukai vokal beliau. Tetapi di dalam Akademi Fantasia, yang dinilai oleh penonton bukan sekadar vokal tetapi juga personaliti. Beliau telah berjaya membawakan lagu tersebut mengikut lenggoknya yang tersendiri. Penghayatannya kekal sehingga penamat lagu tersebut dan ini dapat dilihat dari ekspresi wajah beliau. Tugas beliau kini adalah develop personaliti beliau agar dapat disukai oleh penonton. Terdapat sedikit kesilapan teknik dari aspek pencahayaan sewaktu persembahan Elliza.

Beliau harus memperbaiki personalitinya di dalam Akademi. Grow up ! Itu nasihat yang pernah diberikan oleh Ramli MS untuk Farah.

Konsert 01 AF3

Yazer - I’m Ready For Love (8/10 bintang)
Saya tertarik dengan gaya persembahannya walaupun meniru aksi-aksi Bo Bice. Dinilai dari aspek vokal, nyata banyak yang perlu diperbaiki. Banyak sebutannya yang kurang jelas kerana tidak yakin dengan lirik tersebut. Beliau nyata gagal menghayati lirik tersebut dengan baik. Beliau ada style di atas pentas. Interaksinya dengan kamera juga bagus. Persembahan sebegini amat sesuai untuk penonton secara langsung. Persembahan beliau mampu menghiburkan tetapi belum cukup sempurna dari aspek vokal.

Beliau harus memperbaiki teknik berkomunikasi dengan betul. Cara beliau berkomunikasi adakalanya terlalu meleweh. Sekiranya beliau mahu menjadi penghibur serba boleh, beliau harus mempelbagaikan teknik persembahan.

Konsert 01 AF3

Amylea - Inikah Cinta (4.5/10 bintang)
Sebuah persembahan yang over-confident. Membuat persembahan bukan sekadar menyanyi. Beliau harus pandai mengawal diri dan tidak lupa diri di pentas. Persembahan vokal masih biasa dan bukannya seperti yang diharapkan oleh penonton. Saya mengharapkan persembahan vokal yang lebih baik daripada beliau. Memang jelas sebutannya tidak seperti yang diharapkan.

Amylea harus cuba membuang sifat terlalu yakinnya. Sifat itulah yang telah merosakkan persembahannya. Keyakinannya perlu dibina semula setelah mengetahui beliau antara pelajar yang paling rendah kedudukannya.

Konsert 01 AF3

Kefli - Nur Kasih (5/10 bintang)
Persembahan vokal beliau kurang kemas terutama pada bahagian rendah. Hanya sekadar sebuah persembahan biasa yang gagal menambat hati saya. Tidak begitu mengkagumkan. Kesilapan teknikal apabila cd jump telah sedikit menggoyahkan keyakinannya tetapi beliau bijak menutup kelemahan tersebut. Keupayaan muzik dan pengalaman beliau sahaja yang mampu menutup kesalahan sedemikian. Beliau beraksi secara profesional.

Beliau perlu memperbaiki teknik vokal agar dapat menyerlahkan lagi keupayaan vokal beliau. Saya nampak imej Khai di dalam persembahan-persembahannya di minggu-minggu awal. Masih tercari-cari identitinya yang tersendiri.

Konsert 01 AF3

Ekin - Erti Cinta (7.5/10 bintang)
Ternyata beliau mempunyai vokal yang mampu menyerlah di minggu-minggu akan datang. Beliau berjaya membawakan lagu tersebut dengan teknik dan lenggoknya yang tersendiri. Saya terpaku dengan teknik vokal beliau. Ia secara tidak langsung menyerlahkan lagi keunikan vokal beliau. Cara beliau mengawal vokalnya amat baik. Persembahan vokalnya memang menarik tetapi dari aspek spektakular masih boleh diperbaiki.

Beliau harus bijak memperbaiki corak persembahannya. Beliau perlu berfikir lebih kreatif untuk menambat hati penonton untuk menyukai dirinya bukan sekadar vokalnya.

Konsert 01 AF3

Akma - Nazam Berkasih (6.2/10 bintang)
Memang beliau nampak profesional di atas pentas. Persembahan vokalnya bagus tetapi beliau tidak menekankan aspek persembahan secara keseluruhannya. Beliau harus bijak untuk menambat hati penonton. Masih sebuah persembahan yang biasa untuk persembahan makan malam. Memang saya akui beliau mempunyai vokal yang baik tetapi masih gagal untuk membuatkan penonton menyukai persembahannya.

Sama dengan Ekin, Akma juga harus bijak memperbaiki corak persembahannya. Beliau harus mencipta aura agar penonton menyukainya. Personaliti unik harus dibentuk. Masalah ini adalah masalah pelajar perempuan yang nyata tiada personaliti unik di antara mereka.

Konsert 01 AF3

Reza - Roman Picisan (2/10 bintang)
Kononnya Ahmad Dhani turun ke Stadium Malawati Shah Alam untuk bertemu Reza. Katanya artis kegemaran, tetapi sayang beliau tidak mengenali genius muzik Indonesia itu. Poyo lah ! Memang nampak sangat tahap kebijaksaan beliau diperkotak-katikkan di atas pentas semalam. Sudahlah hancur lagu Roman Picisan dibuat oleh Reza. Persembahan Reza merupakan persembahan terburuk di dalam konsert setakat ini. Sebutannya nyata cuba meniru gaya penyanyi Indonesia tetapi tidak sedar yang vokalnya telah keluar dari hidung. Beliau tidak bijak mengawal vokalnya dengan baik. Beliau cuba menyelitkan gaya persembahan dengan menampilkan gerak tari yang kreatif. Silapnya, sesebuah persembahan bukan sekadar aspek showmanship tetapi juga aspek vokal. Itu yang kurang dalam persembahannya.

Beliau harus belajar melihat diri sendiri dahulu dan menilai persembahannya. Beliau harus meminta pendapat adik-adiknya untuk belajar menerima pandangan yang berbeza untuk persembahannya.

Konsert 01 AF3

Amy - Falling (6/10 bintang)
Masalah over-confident sekali lagi. Beliau tidak memulakan lagu tersebut mengikut nada yang betul. Selepas itu beliau membawakan persembahannya mengikut gayanya yang tersendiri. Kegagalannya adalah pada peringkat awal lagu. Saya melihat beliau ada attitude dan cuba mencipta identitinya yang tersendiri tetapi agak merimaskan. Adakalanya terlalu berlebihan.

Masalah yang sama dengan Amylea, kelebihan Amylea hanyalah pakej yang sedikit sempurna. Beliau harus memperbaiki tumpuannya dan tidak merasa terlalu yakin dengan persembahannya.

Konsert 01 AF3

Aidil - Semua Orang Tahu (3/10 bintang)
Persembahan vokalnya gagal dihayati oleh penonton. Saya agak mual dengan aksi tarian poyonya itu. Tidak ada yang baik di dalam persembahannya. Vokal agak biasa dan tidak begitu menyerlah.

Aidil harus memperbaiki teknik vokalnya terutamanya teknik lontaran suara. Saya demand agar Cikgu Siti Hajar kembali mengambil-alih kelas Cikgu Shahrul yang nyata tidak memberikan apa-apa hasil.

Konsert 01 AF3

Idayu - Percayalah (8.5/10 bintang)
Saya menyifatkan beliau antara pelajar yang mempunyai mutu vokal yang baik di dalam Akademi Fantasia. Beliau harus diberikan peluang untuk membawakan pelbagai jenis lagu untuk menyerlahkan lagi kebolehannya. Saya telah menikmati persembahan vokalnya dengan asyik. Beliau setidak-tidaknya telah berjaya membuktikan untuk tidak terlalu mengikut gaya Siti Nurhaliza dalam lagu tersebut.

Idayu harus memperbaiki gaya penampilannya. Ini Akademi Fantasia. Tidak dapat dinafikan, personaliti pelajar turut memainkan peranan yang penting dalam membuatkan penonton mengundi pelajar kesukaan mereka.

Ada komen mengatakan sewaktu persembahan Idayu tertulis AFUNDI FARAH instead of AFUNDI IDAYU. Apakah benar ? Saya tidak berpeluang untuk menonton siaran ulangan kerana berada di stadium. Jika benar, pihak Astro harus melakukan sesuatu untuk memperbaiki kesilapan tersebut. Harap ianya tidak berulang. Perkara yang sama pernah terjadi sewaktu American Idol, undian telah dibatalkan.

Konsert 01 AF3

Felix - Tiada Lagi Kidungmu (8.3/10 bintang)
Saya tertunggu-tunggu bagaimana agaknya penampilan dan persembahan beliau secara langsung. Nyata beliau tidak mengecewakan. Kekuatan utama yang ingin penonton seperti saya melihat persembahannya adalah keupayaan vokal beliau menyampaikan nada tinggi lagu tersebut. Sebuah lagu yang sukar tetapi telah berjaya dibawakan oleh Felix dengan bersahaja.

Felix harus berani meluahkan pendapatnya demi kebaikannya juga. Beliau harus open up untuk mendapatkan idea-idea kreatif dalam mencantikkan lagi pergerakan beliau di atas pentas. Beliau harus lebih bersungguh-sungguh di dalam kelas tarian. Hasilnya sudah mula kelihatan tetapi saya mahukan lebih lagi.

Menuju Puncak
Saya menyukai koreograf Menuju Puncak pada tahun ini. Cuma masih belum betul-betul menyukainya. Nampak agak kelam-kabut di atas pentas tetapi ada keseimbangan di antara semua pelajar. Susunannya nampak sama rata antara pelajar. Persembahan pelajar agak baik kecuali Fuad yang beberapa kali lupa diri dan terlupa stepnya. Sayang, ia tidak dirakamkan di televisyen. Persembahan Felix yang agak kayu di dalam Akademi juga baik di atas pentas. Ini membuktikan yang beliau ingin belajar dan berusaha untuk memperbaikinya, berbeza dengan Fuad yang nampak main-main di atas pentas.

Saya mengharapkan perubahan pada koreografi Menuju Puncak pada setiap minggu. Sekiranya ada keberanian, susunan muzik lagu Menuju Puncak harus ditukar setiap minggu. Ada pelbagai jenis muzik yang boleh diketengahkan seperti reggae (telah pun dicipta oleh pelajar Akademi Fantasia sendiri), broadway (Akademi Fantasia I), acapella (Akademi Fantasia I), etnik kreatif, klasikal (boleh diterapkan elemen tarian balet dalam koreograf) dan juga versi perlahan (muzik penyingkiran pelajar).

Kejutan Keputusan
Seluruh dewan berdebar-debar menunggu keputusan diumumkan. Apakah ada penyingkiran pada minggu pertama ini ? Beg pelajar muncul di tengah-tengah pentas. Bukan satu tetapi dua buah beg. Apakah ini bermakna dua pelajar akan tersingkir dari Akademi Fantasia ? Atau pun dua pelajar diserap masuk ke dalam Akademi Fantasia. Keputusan hanya diumumkan setelah siaran Astro News. Pengetua M.Nasir telah naik ke pentas dan mengumumkan bahawa tiada penyingkiran pada minggu ini dan penyerapan semula dua orang pelajar akan dibuat menerusi satu persembahan konsert mini yang akan dinilai Tenaga Pengajar Akademi Fantasia. Apakah benar ada penilaian dibuat ataupun sekadar berdasarkan untuk memenuhi kehendak peminat yang inginkan Mawi dan Marsha diserap semula ke dalam Akademi Fantasia. Sekiranya dinilaikan berdasarkan persembahan, nyata Marsha bukan pilihan saya untuk diserap kembali ke Akademi Fantasia. Tetapi sekiranya saya menilai keupayaan beliau serta berdasarkan klip video sesi ujibakat, maka Marsha merupakan taruhan terbaik yang layak kembali meneruskan sesi pembelajaran di Akademi Fantasia.

Konsert Mini Kemasukan Semula
Konsert 01 AF3

Diana - Pilihlah Aku (5.3/10 bintang)
Dinilai dari aspek vokal, nyata beliau lebih berkeyakinan pada kali ini. Saya nampak kesungguhan dalam diri beliau untuk memperbaiki kesilapan dahulu. Nyata pemilihan lagu merupakan elemen penting dalam menilai keupayaan diri.

Konsert 01 AF3

Haider - I Live My Life For You (6.5/10 bintang)
Haider telah memberikan persembahan yang bertenaga dengan imej rock yang selamba. Kekuatan utama persembahan beliau ialah mutu vokal beliau yang nyata lebih baik dari beberapa pelajar lelaki.

Konsert 01 AF3

Marsha - Awan Yang Terpilu (4/10 bintang)
Dengan berbekalkan tahap kesihatan yang hanya 70% baik, Marsha telah memberikan sebuah persembahan yang masih banyak untuk diperbaiki. Keunikan vokal nyata menjadi aset utamanya. Gaya beliau mencorakkan teknik vokalnya begitu baik. Beliau agak tidak bersedia dengan lagu tersebut dan memegang lirik lagu.

Konsert 01 AF3

Azlif - Mengapa Perpisahan Yang Kau Pinta (3.6/10 bintang)
Masih belum mempelajari kesilapan yang dahulu. Beliau nampak bersahaja dan masih selamba membuat persembahan. Tidak nampak bersungguh-sungguh ingin masuk ke Akademi Fantasia.

Konsert 01 AF3

Shiha - Andai (4.7/10 bintang)
Shiha juga mempunyai vokal yang agak baik. Lagu tersebut disampaikan dengan bersahaja. Namun lagu tersebut mungkin belum cukup kuat untuk pertandingan dan diadili.

Konsert 01 AF3

Isa - Katakan (6.8/10 bintang)
Vokal Isa nyata lebih baik dari sesetengah pelajar di dalam Akademi Fantasia. Kali ini nampak beliau lebih berkeyakinan membawakan lagunya. Beliau banyak belajar membina keyakinannya. Lagu yang dipilih juga berupaya menyerlahkan lagi vokalnya.

Konsert 01 AF3

Rina - Dia (3.5/10 bintang)
Rina tidak begitu serius kali ini. Membawakan lagu yang mudah dan tidak begitu sesuai untuk menyerlahkan lagi kehebatan vokalnya. Namun demikian, beliau berani mencorakkan persembahannya mengikut gayanya tanpa perlu terikut-ikut dengan gaya penyanyi asal.

Konsert 01 AF3

Mawi - Kekasih Awal Dan Akhir (8.2/10 bintang)
Memang besar harapan peminat yang perlu ditanggung oleh Mawi. Kegugupannya menjejaskan sedikit awal persembahannya. Mampu diselindungi kesilapan tersebut dengan baik dan persembahan vokalnya nyata hebat. Beliau membuatkan saya terpaku di hujung kerusi menantikan persembahannya selesai. Beliau telah membuktikan yang beliau sememangnya layak untuk Akademi Fantasia. Saya menantikan personaliti beliau di dalam Akademi Fantasia.

Keputusan Kemasukan Semula
Konsert 01 AF3

Mawi dan Marsha telah terpilih untuk meneruskan pengajian mereka di Akademi Fantasia bersama 12 orang pelajar lain. Puas hati ? Saya kurang berpuas hati dengan penyerapan semula Marsha kerana jika dinilai berdasarkan persembahannya pada Konsert Mini dengan lagu Awan Yang Terpilu nyata masih lemah berbanding persembahan Diana dengan lagu Pilihlah Aku atau pun Shiha dengan lagu Andai. Saya berpuas hati dengan penyerapan semula Mawi ke dalam Akademi Fantasia kerana beliau telah memukau penonton dengan lagu Kekasih Awal Dan Akhir. Antara persembahan yang layak dinilai untuk Konsert Mini Penyerapan Semula ini ialah persembahan Mawi, Isa, Haider, Shiha dan Diana. Sekurang-kurangnya konsert mini ini menjadi satu lagi penilaian kepada penonton untuk menilai pelajar yang telah tersingkir. Selama ini mereka hanya dinilai berdasarkan Konsert Prelude. Ia secara tidak langsung memberikan sedikit markah bonus kepada mereka.

Ranking sultanmuzaffar (Konsert 01)
Idayu - Percayalah 8.5/10
Felix - Tiada Lagi Kidungmu 8.3/10
Yazer - I’m Ready For Love 8/10
Ekin - Erti Cinta 7.5/10
Elliza - Elegi Sepi 7/10
Akma - Nazam Berkasih 6.2/10
Amy - Falling 6/10
Fuad - Pop Ye Ye 5.5/10
Kefli - Nur Kasih 5/10
Amylea - Inikah Cinta 4.5/10
Aidil - Semua Orang Tahu 3/10
Reza - Roman Picisan 2/10

Ranking sultanmuzaffar (Konsert Mini)
Mawi - Kekasih Awal Dan Akhir 8.2/10
Isa - Katakan 6.8/10
Haider - I Live My Life For You 6.5/10
Diana - Pilihlah Aku 5.3/10
Shiha - Andai 4.7/10
Marsha - Awan Yang Terpilu 4/10
Azlif - Mengapa Perpisahan Yang Kau Pinta 3.6/10
Rina - Dia 3.5/10

Ranking sultanmuzaffar Keseluruhan
Idayu - Percayalah 8.5/10
Felix - Tiada Lagi Kidungmu 8.3/10
Mawi - Kekasih Awal Dan Akhir 8.2/10
Yazer - I’m Ready For Love 8/10
Ekin - Erti Cinta 7.5/10
Elliza - Elegi Sepi 7/10
Isa - Katakan 6.8/10
Haider - I Live My Life For You 6.5/10
Akma - Nazam Berkasih 6.2/10
Amy - Falling 6/10
Fuad - Pop Ye Ye 5.5/10
Diana - Pilihlah Aku 5.3/10
Kefli - Nur Kasih 5/10
Shiha - Andai 4.7/10
Amylea - Inikah Cinta 4.5/10
Marsha - Awan Yang Terpilu 4/10
Azlif - Mengapa Perpisahan Yang Kau Pinta 3.6/10
Rina - Dia 3.5/10
Aidil - Semua Orang Tahu 3/10
Reza - Roman Picisan 2/10

Kedudukan Terkini (3.00 pagi)
Felix 16%
Ekin 9%
Yazer 8%
Amy 8%
Idayu 7%
Reza 7%
Kefli 6%
Akma 6%
Elliza 6%
Mawi 6%
Fuad 6%
Amylea 6%
Aidil 6%
Marsha 1%

Kedudukan Terkini (1.50 petang)
Felix 16%
Mawi 9%
Ekin 8%
Yazer 8%
Amy 7%
Idayu 7%
Reza 7%
Kefli 6%
Elliza 6%
Akma 6%
Fuad 6%
Aidil 6%
Amylea 6%
Marsha 4%

Entri oleh sultanmuzaffar 03 June 2005 0 komen

Diari Akademi Fantasia Minggu 01 Episod 09
Mereka turut mendapatkan nasihat dari Cikgu Fatimah tentang kejujuran. Baik kejujuran dalam membuat persembahan atau pun kejujuran dalam personaliti.

Latihan pelajar dengan Cikgu Adnan berlangsung dalam suasana yang lebih tenang dan mesra. Rata-rata telah memberikan persembahan yang baik. Ini berbeza sewaktu mereka beraksi di hadapan Tenaga Pengajar.

Koreograf lagu Menuju Puncak dapat ditonton secara penuh hari ini. Saya sememangnya menyukainya. Pertama kerana tidak banyak lapisan. Hanya ada dua lapisan sahaja.Maka kesemua pelajar dapatlah dilihat dengan jelas. Koreograf disesuaikan dengan saiz pentas yang luas di stadium nanti.

Bertemu dengan Pengetua memang merupakan saat paling mengelirukan pelajar. Dengan soalan-soalan yang mudah tetapi berbelit-belit agak sukar untuk pelajar-pelajar itu memahaminya. Bahasa yang digunakan oleh Pengetua juga agak keterlaluan. Sebagai seorang yang tua dan membahasakan dirinya dengan ganti diri aku dan engkau agak tidak manis. Tetapi itulah realiti sebenar M.Nasir.

Terdiam seketika juga budak-budak itu mahu memikirkan jawapan kepada setiap persoalan Pengetua. Terlalu berfalsafah. Saya suka dengan jawapan Amylea tentang nasib di Akademi Fantasia. Menurutnya, semuanya bergantung kepada undian. Walaupun berbakat tetapi tidak mendapat undian dan tersingkir. Peserta tidak berbakat boleh terus kekal di dalam Akademi.

Sememangnya Diari pada hari Jumaat adalah diari yang agak membosankan kerana penuh dengan ucapan pelajar dan komen Tenaga Pengajar.

Diari Akademi Fantasia Minggu 01 Episod 10
Kesimpulan yang boleh saya buat setelah menonton latihan terakhir mereka ialah amat mengecewakan ! Semua pelajar terlalu kurang berkeyakinan, gemuruh, tidak bersedia, tidak berterima kasih dan tidak mampu menggalas amanah yang telah diberikan iaitu untuk memberikan persembahan yang terbaik.

Mungkin juga ini merupakan strategi masing-masing dengan menyembunyikan kekuatan diri mereka di hadapan lawan masing-masing. Apakah ini hasilnya ajaran Encik Shahrul ? Saya tidak nampak keberkesanan hasil ajaran beliau. Cikgu Siti Hajar banyak memperbetulkan kesilapan-kesilapan pelajar.

Pada pendapat saya, persembahan Idayu masih boleh dibaiki lagi. Idayu menyembunyikan kekuatannya. Vokalnya agak baik cuma pada beberapa bahagian beliau harus melontarkan vokalnya agak lebih jelas. Persembahannya nampak sedikit berbeza dengan Siti Nurhaliza.

Tiada keyakinan dalam persembahan Yazer. Kesannya beliau terlupa lirik. Nampak benar beliau gemuruh di hadapan Tenaga Pengajar. Gayanya sudah ada dan boleh dibaiki tetapi hanya sekadar menyanyi sahaja.

Reza cuba meniru gaya penyanyi Indonesia. Vokalnya terarah kepada gaya penyanyi sebelah sana. Kedengaran sengau bila mana lontaran vokalnya tidak dibuat dengan betul. Beliau semacam tidak mengeluarkan vokalnya dengan betul.

Bukan over-confident. Cuma Felix nampak gemuruh. Tumpuannya banyak terganggu. Beberapa kali matanya memandang ke arah Tenaga Pengajar.

Amy antara pelajar yang lebih bersedia dari segi vokal. Beliau boleh saya sifatkan berjaya menguasai ketakutannya. Showmanship beliau juga agak baik. Beliau harus lebih menghayati lirik lagu tersebut agar penonton turut merasainya.

Seperti Reza, Aidil turut mengalami masalah yang sama. Beliau tidak mampu membawakan lagu tersebut dengan baik. Beliau sekadar menyanyi. Sebutannya kurang jelas.

Persembahan Fuad perlu menyerlahkan lagi vokalnya dan bukan sekadar gaya persembahan. Menurut Fuad beliau menyimpan sedikit untuk malam esok. Saya menyifatkan ini merupakan satu strategi yang bijak. Saya rasa tidak salah melakukan sedemikian. Tetapi sebaliknya berdasarkan pendapat Pengetua M.Nasir. Saya tetap dengan pendirian saya yang Akademi Fantasia ini merupakan satu pertandingan. Maka pelajar harus menyembunyikan kekuatan masing-masing.

Nyanyian Elliza juga agak baik. Penuh dengan penghayatan cuma biarlah dengan gaya yang kena dengan lirik lagu tersebut. Bawalah Azharina ke pentas kerana jarang benar melihat beliau membuat persembahan. Apa salahnya digandingkan Elliza dan Azharina untuk persembahan malam esok.

Persembahan Ekin juga agak baik. Vokal beliau dilontarkan dengan baik disertakan dengan teknikal-teknikal nyanyian yang agak baik. Cuma perlu memperbaiki sebutan agar tidak memotong lirik lagu seperti yang sering dilakukan oleh Nurul di Akademi Fantasia 2.

Betul juga apa yang diperkatakan oleh Cikgu Linda. Terloncat sana, terloncat sini Amylea membawakan lagu tersebut. Vokal beliau agak baik. Ada gayanya yang tersendiri. Beliau nampak berkeyakinan membawakan lagu tersebut.

Persembahan Akma juga masih biasa. Tiada kelainan yang ditonjolkan. Sebuah persembahan yang membosankan. Kejutan harus dibawakan untuk Akma, jika tidak persembahannya boring.

Kefli lebih malang apabila tidak mampu membawakan lagunya dengan baik di hadapan Tenaga Pengajar. Beliau diarahkan oleh M.Nasir untuk berjumpa dengannya. Hilang realiti rancangan ini. Jika benar-benar realiti, buat di hadapan kamera sahaja. Mungkin juga ada yang dirakamkan cuma belum sampai masa untuk disiarkan sahaja agaknya. Siarkanlah sebelum Kefli memulakan persembahan. Mesti berair mata Kefli.

Ucapan-ucapan pelajar agak membosankan kerana masih ucapan yang sama seperti Akademi Fantasia 1 dan 2.

Agak sukar untuk meramalkan siapakah yang bakal tersingkir pada minggu ini. Setiap pelajar mempunyai peluang yang sama rata sekiranya dinilai berdasarkan persembahan terakhir mereka ini. Felix berada di kedudukan yang agak kukuh berbanding pelajar lain iaitu dengan 13% undian SMS. Ini amat berbeza dengan pelajar lain yang rata-rata berkongsi 9%, 8% dan 7% undian. Kita nantikan sahaja persembahan di konsert malam esok dan kejutan-kejutannya.

Entri oleh sultanmuzaffar 02 June 2005 0 komen

Diari Akademi Fantasia Minggu 01 Episod 07
Susulan daripada teguran Encik Askrul semalam, Reza melahirkan rasa menyampahnya kepada Elliza kerana beliau sering bercakap dengan kamera. Sewaktu Elliza dan Kefli berada di dapur, Elliza telah melahirkan rasa tidak puas hatinya kerana teguran tersebut. Pada saya, teguran Reza itu agak kasar. Lebih-lebih lagi semalam beliau mengatakan yang “diorang yang excited” bukannya “kitorang”. Macam selfish pula bunyinya. Menurut Kefli, Felix juga terasa dengan komen Reza tersebut.

Menuju Puncak Reggae ciptaan Yazer memang merupakan cubaan yang bagus untuk menyerlahkan lagi bakat beliau. Felix turut memperlihatkan bakatnya bermain gitar. Sementara Aidil bermain drum. Sememangnya Bilik Aktifkan tersebut sudah menjadi tempat jamming pula. Rasanya cukup-cukuplah adegan jamming itu, naik muak pula.

Yang menarik bila kita dapat melihat Amylea dan Kefli berlatih Menuju Puncak. Felix sepatutnya mengambil initiative tersebut untuk memperbaiki langkah tarinya. Nampak beliau masih belum begitu menghafal koreograf lagu tersebut.

Dalam Kelas Vokal Adnan Abu Hassan, Ekin telah membawakan lagunya dengan baik. Beliau merupakan antara pelajar yang saya nantikan persembahannya. Saya mahu melihat perubahan penerimaan yang akan beliau bawa pada lagu tersebut. Elliza masih tipikal seorang penyanyi balada yang masih memberikan tumpuan kepada vokal tetapi telah terlupa kepada aspek persembahan. Sewaktu Kefli berlatih lagunya, Elliza membantunya memegang lirik lagunya.

Nyanyian Aidil masih biasa dan menurutnya lagunya banyak dancing. Persembahan Reza masih membosankan. Entahlah, lagunya sedap tetapi macam kurang tarikan untuk membuatkan saya mahu menontonnya. Persembahan Fuad lebih serabut. Kelam kabut nampaknya dengan penyanyi latar yang ikut suka sahaja. Persembahan Akma juga masih biasa dan masih boleh dibaiki. Adakalanya baik adakalanya agak mendatar sahaja.

Amy terlalu berat ke arah Alicia Keys. Sewajarnya beliau mendapatkan identitinya untuk lagu tersebut. Jiwa Alicia Keys terlalu kuat dalam lagu tersebut. Yazer antara persembahan rock yang saya tunggu-tunggu. Beliau berusaha menjiwai lagu tersebut dan tidak nampak membosankan. Berbeza dengan Reza yang cuba untuk menjiwai lagunya tetapi masih membosankan. Felix masih boleh dibaiki. Beberapa note yang masih tidak kemas terutamanya pada bahagian tinggi.

Cikgu Linda Jasmine membantu Amylea untuk mengkoreografkan lagunya. Boleh tahan juga. Tetapi semacam key vokal Amylea semacam agak rendah untuk lagu tersebut. Tarian untuk Aidil pula agak menarik. Saya merasakan penonton akan menonton gerak tarinya sahaja nanti dan tidak mengendahkan mutu nyanyiannya.

Satu initiatif yang baik oleh Yazer dan Felix yang mahu melatih diri mereka untuk lagu Menuju Puncak. Bila menyaksikan Felix melatih dirinya menari lagu Menuju Puncak memang melucukan. Tengok kaki Felix teringat kat kaki burung flamingo.

Bomb scare nak update juga ke ? Tak payah lah. Tak penting sangat pun. Hanya sekadar cheap joke !

Diari Akademi Fantasia Minggu 01 Episod 08
Tidak cukup dengan pelajar lelaki jamming, hari ini pelajar perempuan pun nak jamming juga. Memang palsu habis. Bukan nak cakap apa. Kalau mereka main betul-betul lainlah cerita. Ini tak, sekadar petik-petik gitar sahaja dan ketuk-ketuk drum.

Dalam Kelas Tarian dan Koreografi, Cikgu Ee mengajar Akma untuk lagu Nazam Berkasih. Sememangnya vokal Akma agak mendatar. Lagu yang sedap jadi tak sedap. Beliau tidak mengawal vokalnya dengan baik. Pernafasannya pun tidak sampai. Akma perlu melakukan sesuatu untuk lagunya. Lagu tersebut perlu diberikan gayanya. Mungkin juga pergerakannya yang menyebabkan beliau mengah.

Lagu Pop Ye Ye nampak berterabur pula. Masing-masing tidak begitu serius membantu rakan-rakan mereka. Corak persembahan sudah nampak menarik tetapi semacam dipaksa membantu rakan mereka. Semangat kerjasama itu kurang menyerlah. Terperasan yang Aidil macam marahkan Felix sesuatu. Sabar Aidil, tidak ada siapa nak pegang.

Saya mula menyukai nyanyian Yazer. Saya nampak beliau ada karisma membawakan lagu rock. Beliau ada style beliau yang tersendiri walaupun tidak banyak bezanya dengan penyanyi-penyanyi rock yang lain. Saya mahu melihat perubahan pada vokal beliau. Saya mengharapkan beliau melontarkan vokalnya dengan lebih bertenaga lagi dan sustain note lagu tersebut agar memberikan lebih impak kepada penonton.

Kefli masih mengekalkan identiti sengaunya. Saya rasa rimas mendengar nyanyiannya. Macam Zamani pun ada. Vokalnya masih terikut-ikut gaya penyanyi asal. Kefli harus mendalami teknik untuk mempelbagaikan lontaran vokalnya.

Dalam Kelas Nada Suara, sekali lagi Cikgu Shahrul mengepalai kelas tersebut. Apakah yang terjadi kepada Cikgu Siti Hajar ? Nyanyian Idayu masih tebal dengan imej Siti Nurhaliza. Sayang sekiranya beliau tidak menggunakan kelebihan vokalnya untuk memberikan kelainan pada lagu Percayalah.

Masalah utama Amylea ialah tempo selain sebutan. Benar menurut kata Cikgu Shahrul, sebutannya menyebabkan beliau hilang tenaga. Penting juga ilmu tersebut. Bukan sekadar main sebut sahaja. Kelebihan Amylea, beliau berani membawakan rasanya sendiri untuk lagu tersebut. Saya yang mendengar lagu tersebut menjadi semakin menyukai lagu itu. Sheila Majid membawakan lagu tersebut pun tidak semenarik yang Amylea bawakan. Idayu patut mencontohi Amylea yang berani melakukan perubahan.

Sewaktu adegan Felix yang sakit kaki saya terdengar semacam berlakunya kesilapan teknikal. Saya terdengar suara Aznil sedang melaporkan sesuatu tetapi tidak dapat melihat visualnya. Lalu, apa yang diperkatakan oleh Encik Aksrul dan Felix tidak kedengaran dengan jelas. Selesai adegan tersebut, Aznil muncul dan mengulangi dialog-dialognya yang sama seperti kesilapan itu tadi.

Kelas Seni Persembahan di bawah kelolaan Cikgu Marlia membawa kita melihat pelajar cuba mendapatkan perasaan dalam lagu-lagu mereka. Sememangnya sukar untuk membuatkan emosi penonton terbawa dalam lagu yang dibawa. Antara persembahan yang berjaya membawa emosi penonton ke dalam lagu ialah Sekuntum Mawar Merah oleh Sahri dan Mentera Semerah Padi oleh Kaer. Reza telah ditegur kerana masih belum menghafal liriknya sepenuhnya. Komen Elliza cukup pandai. Lagu sendiri dah hafal ke ? Saya agak rimas melihat Reza menari ke hulu dan ke hilir seperti membawakan lagu Hindustan. Tidak bolehkah beliau sekadar menyanyikan lagu tersebut tanpa bergerak ke hulu dan ke hilir ? Kalau berdiri tegak pun sudah cukup baik. Lagu tersebut agak beralun dan apabila Reza juga bergerak berombak-ombak maka lontaran vokalnya tidak begitu jelas. Kedudukan pembesar suara juga perlu dikawal dengan baik agar vokalnya tidak tersasar.

Agak payah juga melihat Felix membawakan perasaan penonton untuk merasai kesedihannya. Sudah agak berjaya separuh dan beliau perlu lebih menghayati lagu tersebut terutama pada bahagian perlahan. Cikgu Marlia nampaknya memang suka menyiksa Felix. Saya memang menyukai tindakan tersebut. Biarkan Felix tersiksa agar nalurinya lebih terserlah. Orang sebegini harus disiksa, maka barulah perasaannya dapat dikeluarkan. Kita tunggu di Konsert nanti, apakah Felix akan mempraktikkan apa yang telah Cikgu Marlia ajar.

Kefli nampaknya mula kelihatan main-main dan banyak ketawa. Adakalanya beliau akan menjawab pertanyaan Cikgu Marlia sebelum beliau selesai menghabiskan soalannya. Saya turut menyalahkan rakan-rakannya juga. Mereka tidak banyak membantu rakan-rakannya. Seperti sekarang, Kefli harus dibantu untuk mendapatkan moodnya untuk lagu tersebut. Kefli bergerak dari seorang ke seorang pelajar tetapi tidak mendapat tindakbalas yang baik. Semangat kerjasama dalam Akademi Fantasia 1 semakin pudar dalam Akademi Fantasia 3.

Aidil bermain piano sewaktu menunggu sesi Kelas Nada Suara bermula. Memang sedap lagu Hello oleh Lionel Ritchie itu. Rakan-rakannya ada yang menyanyi bersama. Inilah masanya untuk tunjukkan kepada penonton yang mereka berkebolehan. Aidil berkebolehan bermain piano. Di pertengahan lagu tiba-tiba muncul Fuad menyanyi bersama. Akma pula sibuk melakukan ballet pula.

Entri oleh sultanmuzaffar 01 June 2005 0 komen

Diari Akademi Fantasia Minggu 01 Episod 05
Hari ini kita dapat melihat latihan nyanyian mereka bersama Cikgu Adnan. Kesemua 12 pelajar dapat membuat latihan. Nyanyian Akma ada bunyi-bunyi Syura. Lebih-lebih lagi membawakan lagu Syura. Nyanyiannya biasa. Agak membosankan. Kosong sahaja nyanyiannya. Suara Kefli agak nyaring tetapi ada bunyi-bunyi sengau. Style nyanyiannya sama sahaja seperti sewaktu beliau membawakan lagu Dir. Susah untuk dibezakan.

Aidil pula tidak cukup nafas. Masih ada sumbang di sana-sini dalam lagu tersebut. Pada pendapat saya lagu ini sememangnya sesuai dengan Aidil. Range vokal lagu tersebut tidak banyak bezanya dengan vokal beliau. Nyanyian Reza agak baik. Sebutannya jelas. Amy menggunakan woo lagi untuk Falling. Kadang-kadang saya melihat gayanya sedikit over sewaktu membawakan lagu tersebut. Saya suka dengan lagu Percayalah oleh Idayu. Vokal Idayu agak kasar dan besar sedikit berbanding Siti Nurhaliza. Tonenya kedengaran agak berbeza.

Nyanyian Elliza masih belum dapat menyaingi penyanyi asal lagu tersebut, Azharina. Kedengaran agak kasar dan tidak sempurna. Beliau perlu lebih kreatif untuk melancarkan bunyi yang keluar dari mulutnya. Amylea mempunyai masalah tempo. Beliau gagal mendapatkan tempo lagu tersebut. Vokal beliau agak bagus. Saya nampak beliau agak kreatif dalam lagu tersebut. Yazer terlalu rock nyanyiannya. Bunyinya agak kasar dan lagu tersebut sememangnya lagu rock.

Lagu Pop Ye Ye ada banyak harmoni dalam lagu tersebut. Vokalnya masih biasa sahaja. Kurang harmoni dengan suara latar lagu tersebut. Felix gagal membawakan lagu Tiada Lagi Kidungmu. Korusnya sampai pada bahagian pertama, tidak untuk bahagian kedua. Beliau perlu mengawal pernafasannya dengan baik lagi. Lagu Maya Karin memang sebuah lagu yang membosankan tetapi Ekin berjaya memberikan nyanyian yang baik. Penggunaan tekniknya untuk lagu tersebut saya kira berjaya. Beliau perlu memperbetulkan sedikit falsetto di beberapa bahagian lagu tersebut. Vokal Ekin juga sesuai dengan lagu-lagu seperti Maya Karin dan Camelia yang jenis keluar tak keluar itu.

Yazer mendapatkan bantuan Cikgu Fatimah untuk lirik lagunya. Sementara itu Cikgu Fatimah mendapatkan Ekin untuk bertanyakan masalahnya. Perasaan rendah diri merupakan perkara biasa untuk minggu pertama kerana masing-masing belum mengetahui kekuatan lawan masing-masing. Strategi yang digunakan oleh Ekin juga bagus. Merasa rendah diri dan secara tidak langsung pengundi akan merasa kasihan dengannya. Tumpuan kamera terfokus ke arahnya tanpa diminta dan memberikan beliau sedikit coverage.

Kelas Tarian melibatkan semua pelajar hari ini meneruskan latihan untuk lagu Menuju Puncak. Koreografi Menuju Puncak tahun ini mempunyai makna yang tersendiri. Setiap gerakan mempunyai makna dan simbolik. Sebuah tarian yang menarik cuma perlu dilakukan dengan lebih kemas. Formasi pelajar perlu disusun dengan betul agar tidak nampak kelam-kabut.

Sewaktu Kelas Bahasa Inggeris, setiap pelajar berpeluang mendapatkan pasangan masing-masing dan memperkenalkan diri mereka berdasarkan watak yang diberikan. Yazer dan Amy melakukannya dengan penuh ekspresi. Mereka bersungguh-sungguh. Yang lain nampak seperti tiada beza.

Encik Askrul yang serius telah menegur para pelajar. Menurutnya pelajar tidak serius. Memang betul. Banyak yang suka gelak-gelak. Silap sedikit gelak, tidak dapat tahan nafas, gelak. Semuanya gelak. Elliza terutamanya. Felix pun sama juga kadang-kadang. Reza selaku yang paling tua memberikan pendapatnya tentang hal tersebut. Pelajar merasa terlalu seronok kerana dapat berada di Akademi Fantasia lalu terlupa akan hal disiplin.

Diari Akademi Fantasia Minggu 01 Episod 06
Koreografi untuk Aidil ciptaan Linda Jasmine agak baik juga. Nampak seksi. Kawan-kawan Aidil turut membantu. Aidil terpaksa menjalani latihannya pada waktu malam kerana kesuntukan masa.

Latihan untuk Menuju Puncak juga berlangsung dengan baik di bawah kelolaan Cikgu Ee. Kamera banyak terfokus ke aras Felix, mungkin kerana Felix antara pelajar lelaki yang agak kayu sewaktu menari. Memang saya perhatikan Felix agak lambat ½ step bila menari. Beliau masih terpandang-pandang gerakan kawan-kawannya. Beliau kena minta pertolongan dari rakan-rakannya. Inilah masa untuk enterframe. Minta tolong dari Reza kerana Reza di dalam kelompok sebelah kiri juga. Elliza telah ditegur oleh Cikgu Ee kerana banyak ketawa. Sememangnya Elliza seorang yang tidak begitu serius. Sekejap-sekejap ketawa. Silap sikit ketawa. Melihat Felix saya teringatkan Burn. Sekurang-kurangnya Felix baik sedikit dari Burn.

Cikgu Ee meminta mereka memberikan sepenuhnya kepada koreograf tersebut. Mereka harus menjiwai tarian itu. Sama seperti menyanyi. Sehingga hari ketiga, aktiviti pelajar masih sekitar di dalam kelas. Tidak pernah kita dapat melihat aktiviti mereka di luar kelas sewaktu sedang lepak-lepak di ruang tamu atau sebagainya. Masa-masa inilah masa yang sesuai untuk belajar secara extra dengan kawan-kawan sendiri. Menurut Cikgu Ee lagi, Felix, Fuad dan Yazer merupakan antara pelajar yang perlu belajar lebih lagi dalam kelas tarian.

Dalam Kelas Seni Persembahan mereka telah diminta untuk melakukan Hakka “Warrior Dance”. Mereka telah dibahagikan kepada dua kumpulan. Masing-masing harus bertempur dan membuat muka ganas di penghujungnya. Saya melihat kuda-kuda Felix macam tidak berapa kukuh. Memang Felix mempunyai masalah kaki agaknya.

Cikgu Marlia meminta mereka memberikan mesej-mesej dalam lirik lagu masing-masing. Felix lagi. Apakah makna Tiada Lagi Kidungmu. Beliau meminta Felix memberikan ekspresi muka kepada lagu tersebut. Felix sehabis cuba untuk membuat ekspresi sedih walaupun dalam senyum. Ekspresi marah pun tidak menjadi, apatah lagi ekspresi sedih.

Untuk lagu Percayalah, Idayu berusaha keras untuk meyakinkan Cikgu Marlia. Memang tidak dinafikan vokal Idayu dan Felix sememangnya bagus sekali. Ekspresi juga penting untuk menyampaikan mesej lagu.

Entah mengapa saya merasa kurang suka dengan Kelas Nada Suara. Makin membosankan pula. Semalam memperkenalkan teknik, hari ini memperkenalkan alat pula. Sekali lagi, buat hissing dan bubbling sahaja. Itu sahaja ilmu yang termampu diajar oleh Pembantu Cikgu Siti Hajar ini agaknya. Sesekali saya terdengar Reza melatah.

Entri oleh sultanmuzaffar 31 May 2005 0 komen

Diari Akademi Fantasia Minggu 01 Episod 03
Sewaktu Kelas Nada Suara ada berlaku pertukaran dalam tenaga pengajar. Shahrul namanya. Cara beliau mengajar agak membosankan. Dengan lenggok bahasa yang sekejap English, sekejap Melayu. Kedengaran agak palsu. Cuba berlaku serius tetapi tidak mendapat perhatian pelajar. Ekin nampaknya bakal menjadi Nurul di Akademi. Beliau nampak lesu sangat.

Promosi sarang burung oleh Adnan Abu Hassan. Apabila sebuah program tersebut telah popular, maka tidak dapat tidak mereka akan menggunakan program tersebut sebagai medium mempromosikan produk mereka. Tahun ini bakal menyaksikan bermacam-macam produk akan dipromosikan oleh mereka. Terimalah kenyataan yang kita berhadapan dengan sebuah produk popular. Surat khabar pun ada iklan. Tetapi saya boleh bertolak ansur dengan situasi tersebut.

Kelas Adnan Abu Hassan agak menarik kerana masing-masing cuba melontarkan vokal mereka sehebat yang boleh. Idayu menggunakan vibratonya. Felix nampak lega bila selesai. Memang nampak sangat nervous bila disuruh oleh Cikgu Adnan.

Sewaktu subjek atlenate volume diajar dengan menggunakan lagu Aku Cinta Padamu, penyanyi yang terbayang di fikiran saya ialah Mas dan bukan Sheila Majid. Hebat penangan Mas untuk lagu ini. Lagu terakhir yang Mas nyanyikan sebelum tersingkir.

Kelas Seni Persembahan kelolaan Marlia Musa menekan konsep fokus. Latihan yang dibuat pernah dibuat sewaktu Bengkel Teater Wilayah Persekutuan. Rutin yang sama sahaja tanpa menggunakan binatang tetapi barang-barang yang ada pada diri masing-masing dan dikumpulkan. Sememangnya payah juga terutama bagi yang benak menghafal nama orang.

Mereka mendapat satu tugasan baru untuk menyiapkan pengenalan diri mereka. Apakah ini yang akan mereka gunakan untuk Konsert hujung minggu ini ? Harapnya tidak ! Ada yang berangan hip-hop, ada yang berangan Alicia Keys, bermesra dengan kucing pink, playboy ?

Diari Akademi Fantasia Minggu 01 Episod 04
Apa nak tulis ? Pun tak tahu nak tulis apa. Awal-awal ditayangkan budak-budak melepak di lounge bermain alat muzik. Tahun ini ada banyak gitar dalam Akademi. Masing-masing bawa gitar. Baik gitar kapuk hinggalah ke gitar elektrik, semuanya ada. Electronic drum set pun ada juga. Boleh buat band dalam Akademi !

Sewaktu Kelas Tarian dan Koreografi merupakan kelas yang agak best. Lebih-lebih lagi bila Felix sering menjadi tumpuan kamera. Memang nampak kaku Felix menari. Kadang-kadang dia lupa step. Beberapa kali Fathee beri dia pengajian extra. Koreografi Menuju Puncak nampak macam senang berbanding Menuju Puncak tahun lepas. Mungkin kerana masih ramai pelajar. Elliza selamba sahaja menari. Nampak menarik gerak tari dia. Pantas dan tangkas. Elliza menari dengan penuh berkeyakinan.

Seperti tahun-tahun yang lepas, Kelas Nada Suara tidak banyak perubahan. Perkataan-perkataan biasa yang kita dengar seperti hissing, phrasing, bubbling, pronunciation kita dengar lagi tahun ini. Cuma tahun ini, Siti Hajar ada pembantu iaitu Shahrul. Best pula apabila melihat cara Shahrul mengajar Reza dan Aidil menyanyi dengan penuh perasaan terutamanya lagu Aidil. Tidak payah nak control macho.

Kelas Seni Persembahan kelolaan Marlia Musa mengajar mereka memperkenalkan diri. Penting juga aktiviti ini. Memperkenalkan diri merupakan elemen penting agar penonton dapat mengenali kita. Antara yang menjadi ingatan saya ialah Amy dengan gaya misterinya, Felix dengan imej beruk. Kota Belud dengan Sepilok dekat agaknya. Reza menggunakan frasa yang sering digunakan oleh Siti Nurhaliza. Fuad tidak habis dengan hip-hopnya begitu juga Yazer dengan imej rocknya. Lemas !

Frasa “red lorry, yellow lorry” merupakan frasa basi yang sering diajar dalam kelas seni persembahan. Dari kecil dah dengar frasa tersebut. Prosedur biasa untuk melengkapkan diri dalam menghasilkan sebutan yang jelas untuk persembahan.

Astro.TV
Pada tahun ini pengalaman menonton Akademi Fantasia menjadi lebih berbeza dari tahun-tahun sebelum ini kerana ia boleh ditonton di internet melalui Astro.TV. Penonton berpeluang untuk menonton arkib video streaming dari Akademi Fantasia 1 dan Akademi Fantasia 2.

Diari Xtended boleh ditonton melalui kamera penginapan yang ada di dalam Akademi dan ini secara tidak langsung penonton berpeluang untuk menonton Diari Akademi lebih masa dari masa yang sepatutnya iaitu 1 jam siaran.

Siaran langsung konsert mingguan pada hari Sabtu akan dipancarkan secara langsung di internet secara percuma. Pengguna tidak perlu melanggan dengan Astro.TV untuk menontonnya dan siaran konsert tersebut akan termasuk dalam senarai arkib beberapa jam selepas siaran langsung tersebut.

Semua senarai arkib dan video-video eksklusif hanya boleh diperolehi oleh pelanggan Astro.TV. Yuran langganan adalah sebanyak RM9 sebulan (30 hari akses tanpa had ke AF Xtra)

Akademi Fantasia bukan sekadar di TV. Akademi Fantasia kini secara eksklusif boleh ditonton di internet. Saksikan kamera penginapan Akademi di www.astro.tv !

Entri oleh sultanmuzaffar 30 May 2005 0 komen

Diari Akademi Fantasia Minggu 01 Episod 01
Montaj Diari Akademi Fantasia kali ini menggunakan konsep pinball. Secara simbolik menceritakan turun naiknya menjadi seorang penghibur. Hidup dan nasib mereka di Akademi Fantasia kini menjadi taruhan peminat. Seperti pinball, apa sahaja kemungkinan boleh berlaku.

Selamat Datang ke Akademi Fantasia !
Mereka telah disambut oleh Pengetua M.Nasir dan Tenaga Pengajar untuk masuk ke sebuah banglo mewah yang telah terpasang 14 kamera tersembunyi yang beroperasi selama 18 jam sehari.

Tempat yang pertama dilawati oleh mereka ialah Bilik Aktifkan. Pengetua M.Nasir turut menyerahkan rutin harian mereka sebagai pelajar Akademi. Antara rutin harian mereka ialah sarapan pagi, kelas nada suara, makan tengahari, kelas vokal, minum petang, kelas tarian, makan malam dan kelas seni persembahan.

Mereka telah dibawa melawat Dewan Tarian dan Ruang Makan. Manakala di tingkat atas terletaknya Bilik Kelas Vokal. Turut diperkenalkan ialah Cik Sheena selaku Pengurus Residen mereka yang baru.

Sewaktu makan tengahari, Fuad telah membaca doa makan. Pada hari pertama di Akademi Fantasia, saya boleh menyifatkan Fuad sebagai seorang yang tahu bermain permainan Akademi Fantasia. Beliau bijak mengumpan perhatian penonton. Ucapannya juga mampu bermain dengan emosi. Secara keseluruhan, Fuad telah bersiap-sedia untuk bermain permainan ini.

Fuad juga bijak berbicara dan kata-katanya terlampau filosofikal menurut M.Nasir. Saya juga harus memberikan perhatian ke atas setiap perkataan yang diluahkan oleh M.Nasir kerana kata-katanya punya makna yang dalam. Perhatian saya harus tidak terganggu sewaktu M.Nasir berbicara.

Sewaktu M.Nasir menyerahkan beg pakaian tajaan Samsonite kepada pelajar, nampak seperti banglo Akademi itu terlalu sempit. Bercerita tentang banglo, setiap imej-imej yang terpancar pada episod Diari hari ini seakan-akan mengimbas kembali nostalgia di Akademi Fantasia I. Di ruang hadapan berdekatan pintu masuk itulah terletaknya mesin permainan bola. Di dewan tari, terbayang barisan pelajar dimarahi Encik Baha. Di tangga tersebut, Vince mengalirkan air mata kerana ucapan Hari Bapanya.

Ucapan Pelajar
Pelajar telah diberikan peluang untuk menyampaikan ucapan mereka melalui kamera pengakuan. Antara yang menarik apabila Idayu berbicara loghat Kelantan kepada ibunya. Felix berbahasa ibandanya. Amylea berbicara dengan loghat Kedah. Seperti yang telah saya perkatakan, Fuad menggunakan ucapannya untuk bermain dengan emosi penonton. Bijak. Aidil turut menyampaikan ucapannya untuk seseorang yang misteri yang amat beliau cintai.

Kelas Motivasi bersama Dr Azahari memperlihatkan pelajar melakukan aksi tarian dalam pelbagai gaya.

Diari Akademi Fantasia Minggu 01 Episod 02
Hari merupakan hari pemberian lagu baru. Menurut Pengetua M. Nasir, lagu yang terpilih merupakan lagu yang tidak terlalu jauh dengan forte pelajar. Lagu-lagu tersebut merupakan antara pilihan pelajar sendiri. Memandangkan ini minggu pertama, maka lagu-lagu yang diberikan adalah tidak terlalu sukar untuk pelajar.

Lagu Baru
Reza - Roman Picisan (Dewa)
Ekin - Erti Cinta (Maya Karin)
Yazer - Ready For Love (Bad Company)
Elliza - Elegi Sepi (Azharina)
Felix - Tiada Lagi Kidungmu (Lefthanded)
Amy - Falling (Alicia Keys)
Aidil - Semua Orang Tahu (Rem)
Idayu - Percayalah (Siti Nurhaliza)
Kefli - Nur Kasih (Slam)
Amylea - Inikah Cinta (Sheila Majid)
Fuad - Pop Ye Ye (VE)
Akma - Nazam Berkasih (Syura)

Mereka telah beramai-ramai mendengar lagu masing-masing. Kedengaran lagu Ready For Love, Semua Orang Tahu dan Nazam Berkasih.

Komen Tenaga Pengajar
Komen dari Pengetua M.Nasir kepada pelajar agar setiap pelajar mengkaji dahulu lagu dan lirik lagu mereka. Kemudian barulah mendapatkan konsep dan style persembahan mereka. Beliau menutup komennya dengan ucapan “Selamat Berjuang”.

Adnan Abu Hassan meminta mereka mendapatkan bantuan rakan-rakan mereka untuk penyanyi latar dan juga penari latar. Beliau menegaskan akan konsep kerjasama yang telah diterapkan sejak Akademi Fantasia musim pertama.

Fatimah Abu Bakar menasihatkan pelajar agar tidak terikut-ikut dengan penyanyi asal. Lebih-lebih lagi untuk lagu Inggeris. Setiap pelajar harus faham lirik lagu dan barulah mendapatkan style untuk lagu tersebut.

Nasihat paling berguna dari Marlia Musa adalah tentang tahap keyakinan pelajar yang merasa terlalu selesa. Beliau mengharapkan agar tiada pelajar yang merasa terlalu selesa. Mereka harus sedar diri dan kemampuan diri mereka.

Turut diserahkan sebuah discman seorang kepada setiap pelajar.

Komen Pelajar
Menurut Amylea beliau pernah mendengar lagu tersebut cuma tidak begitu familiar dengan lagu tersebut. Lagu Inikah Cinta berentak R&B dan beliau nyata menyukainya. Felix sudah pun menghafal lirik lagu tersebut. Harap beliau tidak terlalu selesa dengan keadaan tersebut. Cabarannya kini adalah untuk mengingati semula melodi lagu tersebut. Diharapkan agar beliau dapat mencorakkan lagu tersebut dengan gayanya yang tersendiri tanpa terikut-ikut dengan gaya Nash. Idayu akan berusaha mencari kelainan untuk lagu tersebut. Sememangnya sukar untuk menghindarkan imej Siti Nurhaliza dengan lagu tersebut kerana lagu tersebut amat sinonim dengannya. Idayu harus mencuba untuk mencorakkan lagu tersebut.

Menurut Yazer lagunya adalah lagu lama. Beliau biasa mendengarnya tetapi tidak biasa menyanyikannya. Liriknya masih belum dihafal. Kefli gembira dengan lagunya dan menyukai lagunya. Akma satu-satunya pelajar yang mendapat lagu irama Malaysia. Beliau akan buat yang termampu dan melakukan yang terbaik untuk lagunya. Amy memang meminati lagunya kerana Alicia Keys merupakan idolanya. Fuad menyatakan yang lagu Pop Ye Ye merupakan lagu kegemarannya. Beliau berjanji akan memberikan persembahan yang lain daripada yang lain mengikut flow dan stylenya sendiri.

Elliza tidak menyangka beliau akan mendapat lagu tersebut. Aidil merasakan lagu tersebut sesuai dengan vokalnya. Ekin menganggap lagunya senang dan mengharapkan dapat menghafal lagu tersebut. Reza walaupun tidak pernah mendengar lagu tersebut tetapi merasakan beliau mampu membawakan lagu tersebut. Setelah mendengar lagu tersebut, beliau merasakan lagu tersebut agak sedap didengar.

Latihan nyanyian secara persendirian telah pun dibuat. Kelihatan Yazer dan Ekin berlatih bersama-sama. Manakala Kefli dan Elliza turut berduaan melatih lagu mereka.

Akademi Fantasia bukan sekadar di TV. Akademi Fantasia kini secara eksklusif boleh ditonton di internet. Saksikan kamera penginapan Akademi di www.astro.tv !

Entri oleh sultanmuzaffar 29 May 2005 0 komen

Tirai Akademi Fantasia 3

Tirai Akademi Fantasia 3 Bhg 1
Setelah melalui proses ujibakat di beberapa bandar utama di Malaysia, maka 20 peserta akhir Akademi Fantasia telah pun dipilih. Mereka akan melalui satu lagi proses ujibakat dalam sebuah persembahan yang dinamakan Konsert Prelude Akademi Fantasia.

Kejutan Keputusan
Mereka yang telah terpilih telah diberitahu dengan menampilkan beberapa kejutan. Ekin telah diserbu di rumahnya di Labuan. Shiha pula telah diserbu di tempat letak kereta. Rinda telah diberitahu sewaktu sedang makan malam bersama keluarganya serta suaminya.

Fuad pula telah diserbu di tempat letak kereta dalam perjalanan beliau ke gelanggang futsal. Haider telah diberitahu bila mana krew penerbitan berkunjung ke rumahnya. Felix telah diekori oleh krew penerbitan dan telah diberitahu berkenaan kemasukan ke Akademi Fantasia. Terompah oren merupakan elemen kejutan untuknya. Kejutan untuk Elliza agak berbeza. Seorang lelaki telah diarahkan untuk mengacau beliau setelah bapanya beredar. Lelaki tersebut mengeluarkan fail keputusan dan menyerahkan kepadanya.

Akma pula telah diserbu di rumah kakaknya. Manakala Diana yang masih samar-samar dan tidak mengetahui keputusan tersebut walaupun setelah krew penerbitan berada di hadapannya. Kejutan untuk Reza telah dibuat di rumahnya sebelum mereka keluar makan. Aidil dikejutkan walaupun tidak menjadi dengan kehadiran anak saudara kecilnya membawakan fail keputusan. Yazer telah dikejutkan di tempat beliau bekerja. Mawi telah diserbu di rumahnya dalam keadaan tidak berbaju.

Kejutan untuk Idayu telah dibuat di tempat beliau bekerja. Krew penerbitan telah berangkat ke Langkawi di tempat Amylea bekerja. Mereka menyerahkan keputusan tersebut kepadanya. Kawan lama Marsha kononnya bertemu dengan beliau dan kemudian menyerahkan album gambar yang merupakan fail keputusan. Kefli telah diserbu oleh krew penerbitan di rumahnya dalam keadaan beliau baru bangun dari tidur dan berseluar pendek.

Azlif telah diserbu di tempat jamming beliau. Nyata beliau sukar mempercayai keputusan tersebut. Isa telah diserbu di rumahnya. Isa yang masih bertuala telah diekori sehingga ke bilik tidurnya. Kejutan yang kurang sesuai untuk sebuah rancangan yang ditonton oleh ramai penonton. Amy telah dikejutkan dengan keputusan yang diletakkan di dalam lipatan kain di kedai menjual kain.

Mereka semuanya telah dikumpulkan dan telah menjalani pelbagai proses. Mereka turut dipisahkan daripada keluarga mereka.

Satu majlis perkenalan kepada pihak media telah dijalankan di sebuah hotel terkemuka. Mereka telah diberikan peluang untuk menyanyikan beberapa rangkap lagu. Nyata pihak media dan Tenaga Pengajar berpuas hati dengan persembahan tersebut. Ini secara tidak langsung mereka telah diberikan harapan yang tinggi untuk Konsert Prelude.

Post Konsert Prelude
Segmen terakhir menayangkan persiapan mereka sebelum Konsert Prelude dan sewaktu keputusan diumumkan. Akademi Fantasia mengucapkan selamat tinggal kepada Mawi, Isa, Azlif, Haider, Diana, Shiha, Rina dan Marsha.

Tirai Akademi Fantasia 3 Bhg 2
Tirai Akademi Fantasia Bhg 2 agak berbeza dengan yang Tirai pada musim lepas. Penonton kali ini didedahkan dengan proses di belakang tabir serta mereka yang terlibat secara langsung untuk proses-proses tersebut.

Segmen pertama menayangkan pelajar memberikan pendapat mereka tentang pelajar lain. Nyata beberapa komen positif telah diperolehi.

Selesai berlangsungnya Konsert Prelude, Pengetua Akademi Fantasia iaitu M. Nasir, Guru Nada Suara, Puan Siti Hajar Ismail dan salah seorang penonton konsert (hahaha) telah ditemuramah untuk mendapatkan komen mereka tentang Konsert Prelude dan keputusannya.

Sesi Fotografi
Proses photoshoot telah dijalankan untuk siaran media, iklan, akhbar dan media tv. Reza, Elliza, Amylea dan Idayu telah memberikan pandangan mereka pengalaman tersebut. Agak memenatkan tetapi menyeronokkan.

Turut ditemuramah ialah jurufoto rasmi Astro. Menurutnya Ekin, Elliza, Reza dan Aidil adalah pelajar yang boleh dikatakan agak fotogenik.

Tulang belakang proses rakaman media ini ialah Marlina iaitu Eksekutif Pemasaran dan Promosi. Menurutnya tujuan gambar-gambar tersebut dirakamkan adalah untuk promosi yang akan digunakan di akhbar dan media tv. Walaupun ada di antara mereka yang agak kekok kerana belum biasa dengan situasi tersebut. Proses tersebut telah berjalan dengan lancar.

Turut ditemuramah ialah Yazer, Akma, Felix, Kefli, Aidil dan Reza. Masing-masing menceritakan pengalaman lucu masing-masing.

Orientasi Pelajar
Satu majlis makan malam bersama Pengurusan Astro telah dilakukan. Ia adalah merupakan majlis suaikenal antara pihak pengurusan dan pelajar Akademi Fantasia. Ia merupakan tradisi Akademi Fantasia sejak musim pertama.

Pengarah Muzik iaitu Sham Kamikaze telah melakukan vocal check untuk semua pelajar untuk melihat kelebihan dan kekurangan vokal pelajar. Proses ini dilakukan untuk mendapatkan range untuk setiap pelajar. Menurutnya lagi, Amylea merupakan antara pelajar yang mempunyai kelebihan.

Penasihat Penampilan iaitu Zaihani Mohd Zain telah diamanahkan untuk memberikan pengetahuan pelajar tentang cara berpakaian dan kepentingan imej dalam menonjolkan diri sebagai seorang artis.

Guru Bahasa Inggeris iaitu Puan Fatimah Abu Bakar telah melakukan satu proses untuk memberikan keyakinan kepada pelajar untuk berbahasa Inggeris. Menurutnya, Ekin, Felix, Yazer dan Idayu merupakan antara pelajar yang mengaku tidak begitu fasih berbahasa Inggeris. Namun demikian, mereka tidak malu untuk turut belajar dan memperbaiki diri mereka dalam Bahasa Inggeris.

Sementara Adnan Abu Hassan telah diamanahkan untuk mendapat vocal range setiap pelajar. Ia dilakukan untuk menilai setinggi mana dan serendah mana kemampuan vokal setiap pelajar. Selain daripada itu untuk memberikan pengetahuan kepada pelajar sebagai endurance test kepada pelajar selama 9 minggu di dalam Akademi.

Proses latihan dalam kelas tarian juga telah dilakukan oleh Fathee dan Linda Jasmine untuk melihat kemampuan pelajar. Apa yang boleh dilakukan oleh pelajar dan apa yang tidak mampu dilakukan oleh pelajar. Proses ini secara tidak langsung dapat menyeimbangkan persembahan pelajar.

Pada tahun ini Akademi Fantasia menerima banyak pelawaan untuk menjadi penaja kepada rancangan tersebut. Antaranya Camel Active, Bread Talk, Bata, San Francisco Steak House, Loreal, Memory Lane, Fame, Converse dan Restoran Sedap. Dengan menggunakan konsep hos segmen, pelajar telah diberikan peluang untuk menampilkan diri serta membina keyakinan diri di hadapan kamera. Saya paling menyukai segmen hos antara Fuad dan Idayu. Nampak ceria dan natural. Felix dan Akma masih belum nampak serasi. Felix pula seorang yang malu-malu. Kefli dan Elliza nampak comel dan sesuai digandingkan bersama. Personaliti Reza semakin menyerlah. Beliau nampak selesa di hadapan kamera. Beliau tidak nampak berlakon.

Setelah selesai semua proses tersebut, kedua belas orang pelajar baru Akademi Fantasia telah dibawa masuk ke dalam Akademi Fantasia. Mereka kini telah pun terpisah dari dunia luar tanpa apa-apa perhubungan telefon, internet, surat dan sebagainya.

Selamat menjalani pengajian di Akademi Fantasia !

Entri oleh sultanmuzaffar 23 May 2005 0 komen

Konsert Prelude Akademi Fantasia 3
20 calon-calon pelajar Akademi Fantasia dipertandingkan untuk merebut 12 tempat di Akademi Fantasia. Pemilihan adalah untuk 6 pelajar lelaki dan 6 pelajar perempuan. Keputusan terletak 100% di tangan Panel Juri yang akan membuat penilaian berdasarkan bakat, penampilan, personaliti dan persembahan konsert.

Kali pertama diperkenalkan oleh Astro sejak penerbitan Akademi Fantasia pada tahun 2003.

Panel Juri terdiri daripada M.Nasir (Pengetua Akademi Fantasia), Rozina Aziz, Ketua Program Melayu, Astro, Freddie Fernandez, Ketua Pegawai Operasi Maestro Sdn. Bhd., Siti Hajar Ismail, Guru Nada Suara, Akademi Fantasia dan Kudsia Kahar, Pengurus Besar Airtime Radio and Management Sdn. Bhd.

Penilaian Persembahan
Isa - Aku Cinta Padamu (Hazami) 6.8/10
Apa yang saya lihat, tone vokal beliau bagus dan agak unik. Vokal beliau besar pengaruh Indonesia. Kebanyakan penyanyi dari Malaysia Timur amat besar pengaruh dari Indonesia iaitu tone yang jarang-jarang kita dengar. Saya melihat vokal beliau mempunyai range yang lebih besar dari Kaer. Sebutan beliau jelas. Yang masih boleh diperbaiki ialah tahap keyakinan beliau sewaktu membawakan lagu tersebut. Jelas terpancar keresahan di wajahnya. Ekspresi wajahnya jelas risau dan menyebabkan pergerakan pentasnya kaku. Kurangnya keyakinan itu, lebih-lebih lagi muncul sebagai peserta pertama menyebabkan beliau hilang tumpuan dan berlaku sedikit sumbang pada bahagian korus. Beliau mempunyai pakej yang cukup untuk digilap sebagai penghibur tetapi agak pemalu orangnya.

Ekin - Dialah Di Hati (Siti Nurhaliza) 5/10
Sememangnya sebuah lagu yang sukar untuk Ekin. Bukan calang-calang penyanyi mampu membawakan lagu tersebut. Kris Dayanti sendiri mengakuinya. Nampak agak tergesa-gesa Ekin menghabiskan lagu ini kerana tempo lagu ini agak pantas. Dalam nafas yang pendek beberapa rangkap kedengaran kelam-kabut. Saya merasakan lagu Dialah Di Hati kurang sesuai untuknya. Persembahannya tidak berjaya memikat pendengaran saya. Tidak dapat tidak saya akan membandingkan persembahannya dengan penyanyi asalnya. Ekin saya kira telah berjaya meyakinkan penonton dengan keberanian beliau membawakan lagu sesukar ini. Kelebihan pada Ekin juga adalah kerana mempunyai pakej yang lengkap sebagai penyanyi. Beliau harus berani mencipta identitinya yang tersendiri kerana industri muzik Malaysia telah dibanjiri dengan lambakan penyanyi wanita.

Aidil - Kau Lupa Janji (Jamal Abdillah) 3/10
Dalam banyak-banyak lagu, lagu ini juga merupakan pilihan beliau. Saya menganggap lagu ini tidak sesuai dengannya. Menampilkan sedikit elemen nostalgia pada lagu tersebut. Beliau agak selamba membawakan lagu ini dalam penghayatan yang jelas tidak seiiring dengan mesej lagu. Lontaran vokalnya agak jelas sumbang di banyak bahagian. Tone vokal beliau kedengaran mirip-mirip Sudirman Hj Arshad. Selain dari wajahnya yang juga iras-iras penyanyi tersebut. Tariannya juga tidak sesuai dengan lagu tersebut. Ia agak melucukan. Saya nampak keyakinan pada wajah beliau. Selain daripada itu, beliau juga mempunyai pakej yang lengkap untuk menjadi penyanyi. Ketahanan beliau di dalam industri juga mampu bertahan lama kerana memiliki wajah yang boleh menarik perhatian pasaran.

Amylea - If I Ain’t Got You (Alicia Keys) 7.5/10
Beliau antara peserta pilihan penonton kerana keunikan identitinya serta penampilannya. Lantaran itu, penonton mudah untuk mengingatinya. Persembahannya bagus. Kawalan vokal beliau antara yang cemerlang pada malam itu. Saya melihat saingan yang cukup kuat antara ppeserta wanita dan yang membezakan mereka hanyalah tahap keyakinan mereka di pentas. Namun demikian, sebutannya agak kurang jelas. Penghayatan beliau untuk lagu tersebut juga bagus. Beliau telah berjaya menguasai pentas dengan baik sekali. Gayanya mirip-mirip penyanyi kulit hitam Amerika. Bersandarkan mutu vokal, belum menjanjikan tiket yang percuma untuk terus kekal di dalam industri. Beliau harus mencipta identiti sendiri kerana pasaran Malaysia sudah ada Dayang Nurfaizah dan Siti Sarah.

Yazer - Relaku Pujuk (Spider) 6.5/10
Seperti American Idol, Akademi Fantasia juga turut dilanda fenomena rock yang semakin berjaya menguasai pertandingan bakat oleh tv realiti sebegini. Saya melihat vokal Yazer amat bersesuaian dengan irama rock dan agak menyerlah. Walaupun beberapa bahagian pada lagu tersebut tidak sampai, beliau berjaya menutup kelemahan tersebut. Tidak banyak yang mampu dipersembahkan oleh Yazer kerana masih dibayangi oleh Tam Spider. Gerak beliau dan gaya persembahan beliau jelas kurang meyakinkan. Dinilai dari aspek pakej, saya tidak nampak yang beliau mampu menguasai pasaran dan bertahan lama di dalam industri.

Shiha - Gonna Get You Good (Shania Twain) 4/10
Kekuatan lagu tersebut tidak berjaya disempurnakan dengan baik oleh Shiha. Shiha masih dibayangi rasa resah dan kurang berkeyakinan apabila membuat persembahan. Sebutannya juga kurang jelas terutama pada note-note yang rendah. Sebuah lagu yang kurang sesuai untuk pertandingan dan persembahannya tidak berjaya mengumpan perhatian penonton.

Azlif - Isabella (Search) 5/10
Sebuah percubaan yang berani kerana membawakan lagu tersebut. Saya menyukai vokalnya. Ada variasi tone yang menarik untuk diterokai. Persembahan beliau menjadi bahan jenaka kerana renungan matanya yang agak melucukan. Aksi spontan itu datang secara tiba-tiba menurutnya. Persembahan beliau agak kaku menurut pandangan saya.

Amy - Saving My Love For You (Whitney Houston) 8/10
Beliau antara peserta yang mempunyai vokal yang bagus. Sebutannya jelas. Kesilapan masuk pada awal lagu tidak sedikit pun menggugat tumpuannya. Kawalan vokalnya juga bagus serta pakej yang lengkap untuk menjadi seorang penyanyi. Seperti peserta wanita lain, tanpa identiti yang tersendiri, agak sukar untuk menembusi pasaran muzik tempatan. Hasilnya nanti pasti sekadar menjadi seperti Nur Fatima, tidak mampu menembusi perhatian pasaran.

Reza - Ku Harap Cinta (Nowseeheart) 7.5/10
Reza merupakan antara peserta lelaki yang mencabar pada malam tersebut. Beliau mampu mencabar dari aspek range vokalnya yang agak besar dan sedap didengar. Tone vokalnya juga bagus dan disertakan dengan kawalan yang mantap. Penampilan beliau jelas menampakkan keyakinan dan mempunyai gaya sebagai seorang penghibur. Saya menyukai persembahannya yang agak bersahaja tetapi berjaya memuaskan hati. Pakej beliau sebagai seorang penghibur perlu dibaiki agar tidak terlalu dibayangi oleh imej Anuar Zain dan gaya-gaya santai perlu lebih dikekalkan untuk beliau.

Diana - Aku Sayang Padamu (Atiek CB) 6/10
Persembahan Diana agak biasa tetapi berjaya menarik perhatian saya. Saya menyukai tone vokalnya yang jelas pengaruh Indonesia. Saya nampak beliau agak berkeyakinan di pentas. Pergerakannya juga agak minima dan bersesuaian. Kawalan vokalnya juga baik tetapi kedengaran sedikit sengau di beberapa bahagian.

Fuad - She’s A Lady (Tom Jones) 7/10
Tampil di pentas sahaja beliau cuba mengumpan perhatian penonton dan ternyata berjaya. Sayangnya beliau terlalu mengharapkan sokongan penonton dan berkali-kali cuba untuk meyakinkan penonton dengan persembahannya. Agak sedikit keterlaluan dan juga kesan terlalu berkeyakinan mungkin. Vokalnya bagus dan improvisasi rap yang telah dilakukan amat mencabar dan kreatif. Penguasaan pentas beliau lagak seorang penyanyi profesional. Seperti Bob, beliau harus berani untuk mempertaruhkan fizikalnya selain mutu vokal beliau untuk dijual kepad penonton.

Marsha - Colours of the Wind (Vanessa Williams)
Masha menghadapi masalah kesihatan dan tidak dapat membuat persembahan. Beliau telah menarik diri satu jam sebelum pertandingan tersebut. Kejutan berlaku di Akademi Fantasia. Penonton dan panel juri ingin juga mendengar nyanyian Masha walaupun sedikit. Turut ditayangkan kepada penonton ialah klip video nyanyian beliau dengan lagu Ingin Bersamamu oleh Syafinaz. Rata-rata penonton terpaku dengan persembahannya tetapi nasib tidak menyebelahinya.

Mawi - Intifada (Rabbani) 9/10
Berbekalkan lagu Intifada, Mawi telah berjaya meyakinkan penonton dengan persembahan mantapnya. Kelunakan vokal beliau n yata aset utama beliau. Beliau merupakan antara peserta yang mampu menyaingi peserta perempuan. Banyak yang boleh diterokai dalam vokalnya untuk disesuaikan dengan pelbagai genre lagu. Pakej beliau serta imej alim beliau merupakan tarikan utama kepada golongan remaja untuk dijadikan ikutan. Saya melihat beliau berbakat besar bukan sahaja dalam irama nasyid tetapi juga dalam irama “world-music”.

Elliza - Mengapa (Nicky Astria) 8.5/10
Jelas terpancar imej Farah dalam persembahannya. Dengan menggunakan minus-one penyanyi asalnya maka range vokal Elliza agak terhad tetapi dengan lagu tersebut beliau telah memaksimakan segala kekuatan vokalnya. Vokalnya nyata bertenaga. Kawalan vokalnya serta penggunakan teknikal pada vokalnya telah dibuat dengan baik dan meyakinkan.

Kefli - Dir (Rahim Maarof) 7/10
Kelebihan Kefli ialah vokalnya yang agak baik. Range vokal beliau agak besar. Sayangnya keyakinan dirinya agak rendah dan menyebabkan penguasaan pentasnya terganggu. Beliau tidak banyak bergerak dan pergerakan tangannya agak stereotype. Berlaku juga sumbang pada bahagian korus lagu tersebut. Dinilai dari aspek pakej, Kefli mampu pergi jauh dengan sokongan peminat-peminat perempuannya. Beliau telah mengembalikan imej-imej Zamani, Razis Ismail yang menjadi kegilaan remaja perempuan.

Akma - I Will Always Love You (Whitney Houston) 7.7/10
Pemenang Who Will Win ini berkeyakinan tinggi di pentas. Vokalnya juga berjaya meyakinkan. Sebutannya jelas. Namun demikian, penguasaan pentasnya serta persembahannya masih boleh dibaiki kerana masih terlalu ketinggalan zaman.

Haider - It’s My Life (Bon Jovi) 6/10
Beliau boleh memberikan persembahan yang lebih baik daripada lagu It’s My Life ini. Ada sesuatu pada vokalnya yang boleh menyerlah jika beliau membawakan lagu selain lagu tersebut. Lagu tersebut gagal menyerlahkan vokalnya serta karisma beliau di atas pentas. Persembahannya nampak biasa sahaja.

Rina - Mama Ku Ingin Pulang (Nike Ardilla) 6/10
Beliau mempunyai vokal yang merdu. Penguasaannya untuk nada rendah juga bagus. Nyata beliau berkebolehan untuk membawakan note yang lebih tinggi dengan penuh bertenaga. Dinilai dari aspek pakej, agak sukar untuk penyanyi yang sudah berumahtangga untuk meneruskan penguasaan mereka kecuali dengan daya usaha yang bersungguh-sungguh.

Felix - Cinta Seorang Teman (Bob AF2) 7.2/10
Pada bahagian awal lagu tersebut, jelas kurang kedengaran vokal beliau. Beliau nampak kurang berkeyakinan pada awal lagu tersebut. Setelah di pertengahan lagu Cinta Seorang Teman, keyakinannya mula menyerlah dan melontarkan vokalnya dengan selamba. Bukan calang-calang penyanyi mampu membawakan lagu tersebut dengan baik. Felix telah melaksanakan tugasnya dengan baik. Berbekalkan imej yang selamba, Felix nyata mampu untuk pergi lebih jauh dan mampu untuk bertahan lebih lama.

Idayu - I Have Nothing (Whitney Houston) 8/10
Beliau antara peserta perempuan yang mempunyai vokal yang hebat. Tone vokalnya juga bagus. Sebutannya juga jelas. Memilih sebuah lagu yang sukar menjadikannya antara peserta pilihan untuk mara ke pusingan yang seterusnya. Dengan persembahan yang mantap, beliau telah berjaya membawakan lagu I Have Nothing dengan sempurna.

Ranking sultanmuzaffar
Mawi - Intifada (Rabbani) 9/10
Elliza - Mengapa (Nicky Astria) 8.5/10
Idayu - I Have Nothing (Whitney Houston) 8/10
Amy - Saving My Love For You (Whitney Houston) 8/10
Akma - I Will Always Love You (Whitney Houston) 7.7/10
Reza - Ku Harap Cinta (Nowseeheart) 7.5/10
Amylea - If I Ain’t Got You (Alicia Keys) 7.5/10
Felix - Cinta Seorang Teman (Bob AF2) 7.2/10
Fuad - She’s A Lady (Tom Jones) 7/10
Kefli - Dir (Rahim Maarof) 7/10
Isa - Aku Cinta Padamu (Hazami) 6.8/10
Yazer - Relaku Pujuk (Spider) 6.5/10
Diana - Aku Sayang Padamu (Atiek CB) 6/10
Rina - Mama Ku Ingin Pulang (Nike Ardilla) 6/10
Haider - It’s My Life (Bon Jovi) 6/10
Ekin - Dialah Di Hati (Siti Nurhaliza) 5/10
Azlif - Isabella (Search) 5/10
Shiha - Gonna Get You Good (Shania Twain) 4/10
Aidil - Kau Lupa Janji (Jamal Abdillah) 3/10
Marsha - Colours of the Wind (Vanessa Williams)

Keputusan Juri
Lelaki
Aidil
Yazer
Reza
Fuad
Kefli
Felix

Perempuan
Ekin
Amylea
Amy
Elliza
Akma
Idayu

Entri oleh sultanmuzaffar 21 May 2005 0 komen

Makan Tak Lalu, Tidur Tak Lena, Mandi Tak Basah, Dah Terkena ?

Umum telah pun mengetahui 20 nama yang telah terpilih untuk menyertai Akademi Fantasia. Umum juga telah lebih awal mengetahui barisan Tenaga Pengajar yang terpilih untuk mengemudi Akademi Fantasia pada musim ini. Umum juga telah mengetahui siapakah Pengkritik Tetap yang akan menduduki kerusi panas tersebut setiap minggu. Jadi apakah kejutannya dalam Akademi Fantasia musim ini ?

Menurut dari sumber yang boleh dipercayai, pada musim ini Akademi Fantasia akan meletakkan sebuah lagi batu tanda kepada dunia teknologi penyiaran Malaysia. Jika pada musim yang lalu Akademi Fantasia memperkenalkan Butang Interaktif Merah, pada musim ini khabarnya penggunaan teknologi moden lagi terkini tersebut bakal menggegarkan lagi Akademi Fantasia dan peminat-peminatnya. Bersiap sedialah untuk satu fenomena baru kepada dunia penyiaran Malaysia kerana anda bakal menghadapi saat-saat makan tak lalu, tidur tak lena dan mandi tak basah. Dah terkena ?

Jangan ketinggalan untuk menyaksikan Konsert Prelude Akademi Fantasia pada malam ini jam 8.30 malam di Astro RIA. Siapakah 12 pelajar yang bakal meneruskan perjalanan mereka di Akademi Fantasia dan siapakah pula yang terkena ?