Jarang benar saya menyiarkan surat pembaca-pembaca saya di sini. Hari ini saya siarkan satu untuk bacaan anda semua. Saya suka dengan komen-komen sebegini. Lebih jujur dan disampaikan dengan penuh perasaan dan bukan emosi yang keterlaluan.
Satu Detik Yang Merubah Segalanya
oleh Asrul Muzaffar Mohammed
Pentadbir - Bandar Utopia
Ada sesuatu yang sedang saya usahakan buat masa ini... untuk keluarga dan juga untuk AKRAB kelak... yang memerlukan persiapan beberapa dokumen. Namun pagi tadi hati saya meresah lagi kerana dokumen yang sepatutnya disiapkan oleh seorang warga kerja syarikat saya belum siap lagi... kakitangan berkenaan MC pula hari ini! Mungkin inilah masalahnya jika kita hanya memegang share kecil dalam sesuatu syarikat dan kakitangan berkenaan merupakan saudara kepada salah seorang Director yang lain --- hak untuk bersuara kurang!
Dalam dunia hari ini, TIME IS MONEY. Ada ketikanya kelewatan itu menguntungkan namun ada pula ketikanya ia mungkin merugikan. Saya sentiasa percaya bahawa 'it only takes a day for things to change'. Apa yang kita lakukan (atau ditimpakan ke atas kita) dalam masa 24 jam mungkin mempengaruhi susur galur kita bermula dari saat itu. Bencana tsunami hanya berlaku dalam beberapa minit dan efeknya akan mengambil masa bertahun untuk sembuh. Atau dentuman 2 kapalterbang terhadap NY World Trade Centre. Atau letupan bom di stesen kereta api bawah tanah/bas di United Kingdom. Sepetik jari sahaja bermacam boleh berubah.
Apapun, saya berharap agar dokumen-dokumen tersebut disiapkan secepat mungkin, sebolehnya esok, kerana saya berharap agar usaha kecil ini menjadi kenyataan menjelang hari Khamis/Jumaat minggu ini.
MAWI OH MAWI
Terlanjur saya menulis, mungkin saya boleh mengupas sedikit mengenai fenomena tahunan Akademi Fantasia 3 (AF3) yang sedang melanda sekarang ini... sebab buat masa ini saya malas nak menulis sesuatu yang terlalu serius.
For the record, yess... I AM a fan of MAWI.
Saya percaya bahawa diri kita ada terdapat dalam setiap seorang pelajar AF. Dengan personaliti yang berbeza-beza, ada antara perangai dan atitut diri yang boleh kita relate dengan seseorang pelajar. Ambil Mawi sebagai contoh. Pertama kali saya mendengar suaranya dalam Tirai AF saya dah buat remark pada keluarga; "Budak nih suara sedap nih". Malah pada saya alunan suaranya dalam Konsert Prelude AF mendendangkan "Intifada" cukup membuatkan saya konfiden... hingga merasa agak frust bila Mawi tak terpilih di penghujung konsert tersebut. Kemudian beliau diserap masuk dan kemudiannya mengecewakan di Konsert 2 dengan lagu "Dari Kekasih Kepada Kekasih". Beliau bangkit pada minggu-minggu berikutnya hinggalah ke persembahannya yang terbaik setakat ini dalam Konsert 6 dengan "Memori Cinta Luka" (malah penyampaiannya lebih 'jantan' dari penyanyi asal).
Ramai dari kita yang boleh 'identify' dan 'relate' dengan Mawi. Seorang yang berasal dari kampung, juara qari, pandai bersilat dan sentiasa berusaha membantu keluarganya. Mungkin 2-3 bulan lepas Mawi hanyalah seorang pemuda kampung biasa yang bekerja, memiliki awek/tunang dan menjalani kehidupan 'biasa'. Namun mungkin beliau sendiri tidak menyangka betapa hidupnya akan berubah. Mungkin ujibakat AF yang dihadiri secara suka-suka pada satu hari itulah sebenarnya yang bakal merubah terus kehidupannya.
Saya pernah menulis tentang ini dalam artikel 'Satu Minit Seberkas Kaul'. Setiap seorang dari kita sentiasa mengharapkan suatu detik atau sekadar satu minit yang mampu merubah hidup ke tahap yang lebih baik. Secara peribadi, Mawi adalah seakan refleksi dan inspirasi terhadap saya yang mungkin masih lagi mencari. Ya, saya telahpun melalui beberapa 'detik' sebelum ini, yang merupakan 'target' pada sesuatu masa. Ada antara yang berjaya, ada yang gagal. Namun detik 'ultimate' yang saya harapkan mungkin belum terlaksana, wallahualam.
Soal silap melodi, silap lirik, lari tempo tu tak perlulah saya ulas kerana pada saya untuk menjadi seorang penghibur, suara dan paras rupa sahaja bukan penentu segala. Bob Dylan memiliki suara yang paling 'teruk' tapi di'off-set' dengan lagu dan liriknya ciptaannya yang thought provoking. Allahyarham Sudirman juga memiliki suara yang flat tapi di'off-set' dengan kreativitinya yang menghiburkan.
Mungkin Mawi nih, berdasarkan perkembangan beliau dalam AF, telah di'over-rated' dan memandangkan peminatnya ramai, expectation orang juga amat tinggi terhadap beliau. Ini saya kira normal. Namun saya tidak begitu bersetuju bila orang menempelak bahawa beliau mendapat 'undi simpati' walaupun persembahan 'teruk'. Dibanding dengan sesetengah pelajar AF1 dan 2 dahulu, Mawi takler sampai 'lari ke laut, ke sungai, ke jeram' dan sebagainya. Dan dari persembahannya jelas bahawa beliau berusaha bersungguh-sungguh untuk mempertingkatkan diri.
Ketika saya mula-mula pulang dari UK dahulu, saya selalu berkunjung ke Salem Power Station untuk mendengar CD lagu-lagu Melayu terbaru ketika itu. Seingat saya masa tuh zaman 'rock cendawan' dan 'dangdut' berleluasa. Saya tukar 5-6 CD lagu Melayu balik-balik iramanya sama jer, dengan nama-nama kumpulan yang tah-pa-pa... 'Ekamatra', 'Kris', 'Mega', 'Spring' dan berbaris lagi (yang mana sekarang kebanyakannya dah hilang pun).
Saya kemudiannya mencuba CD Tan Sri SM Salim bertajuk 'Satu' dan dengan tak semena-mena saya merasakan hembusan angin yang begitu menyegarkan sebagai halwa telinga... Terus saya membawa CD tersebut ke kaunter dan membelinya tanpa berfikir panjang. Dan beberapa minggu selepas itu, CD berkenaan merupakan CD yang 'wajib' didengar setiap hari. Begitu juga dengan album 'Puji Pujian' dari Raihan... setelah sekian lama telinga dibelenggu dengan irama Hip-Hop KRU, Feminin, Res2 dan seumpamanya, it felt great to hear such different kind of music.
Begitu jugalah rasanya dengan Mawi. Pada saya dalam industri muzik Malaysia dibanjiri terlalu ramai klon hip-hop, pop dan R&B --- suara dan penampilan Mawi merupakan sesuatu yang memberangsangkan. A breath of fresh air. Mungkin telah ada Yassin atau Waheeda, namun pada saya belum ada lagi penyanyi dalam genre berkenaan yang telah mencapai populariti tahap Mawi.
AMYLEA OH AMYLEA
Dalam minggu lepas juga, setiap hari di Diari AF/Diari Xtended hangat diperkatakan tentang krisis Amylea dan pelajar-pelajar AF yang lain. Terdetik juga hati kecil saya ini melihat Amylea menangis teresak-esak selepas dihentam teruk oleh kesemua pelajar lain.
Sekali lagi, saya sebenarnya boleh 'relate' dengan Amylea, terutamanya ketika sekolah dahulu. Bukanlah nak kata saya ni pandai dalam kelas namun pada hakikatnya memang saya suka bertanya itu ini. Dalam kelumpuk masyarakat kita yang lebih gemar 'mendiamkan diri' dalam keramaian, selalunya juga orang yang 'rajin bertanya' ini dianggap sebagai 'nak tunjuk pandai' atau 'suka menyibuk'. Saya cuma musykil... salahkah kita bertanya andai kita tidak faham atau pasti dengan sesuatu itu yang mungkin jawapannya juga mampu menolong pelajar yang lain?
Masalah ini juga kengkadang masih berlarutan hingga sekarang. Satu ketika dahulu saya pernah dicemuh oleh barisan kakitangan seorang klien kerana 'cakap omputeh manjang' ketika meeting hingga yang lain 'takut nak cakap sebab BI mereka tak berapa bagus'. Well... I am just being myself dan saya akan menggunakan apa juga bahasa yang mudah bagi saya dalam memperkatakan sesuatu perkara.
Saya juga menganggap diri saya sebagai 'loner'. Kes Amylea yang 'tak mahu tidur bersama pelajar lain' kerana mahukan privacy juga dapat saya relate. Pada waktu bujang dahulu, saya rela membayar kos sewa keseluruhan apartmen kerana tidak mahu mengikut rakan serumah pindah ke rumah lain yang sedang didiami hampir 10 orang dalam 3 bilik! Dan oleh kerana itu saya dianggap sebagai 'anti-sosial'. Bukannya apa, pada saya setelah penat bekerja seharian, antara perkara yang akhir sekali ingin anda tempuh ialah rumah yang bersepah, hingar bingar dan segala yang berkaitan. Sebab itulah juga saya kini terfikir nak pindah dari kediaman saya sekarang yang makin hari makin teruk jam padahal satu ketika dahulu begitu aman tenteram...
Dan... he..he... saya juga pernah 'dihentam' ramai orang secara berkumpulan yang kononnya tidak menyukai atitut saya ketika sekolah. Ada antara konfrantasi tersebut yang merupakan hentaman literal (yakni dengan penumbuk dan penendang) dan ada juga yang sekadar cakap mulut.
Pertamanya, konfrantasi sebegini memang meluluhkan konfiden andai kita tidak kuat berpegang pada prinsip diri (tak termasuk badan lebam dan sakit-sakit). Keduanya dari pengalaman sebenarnya yang tak puas hati tu seorang dua saja... yang lain tu sekadar 'mengikut ramai' untuk tidak merasa 'left out'. Masyarakat memang gemar bersama menghentam seseorang yang mungkin berlainan atau 'deviant' dari mereka. Sejarah telah membuktikan ini --- Copernicus, Einstein, Orville/Wilbur Wright, Mahathir... the list is endless.
Namun selalunya juga si'deviant' inilah yang sering akan merubah tamadun atau pemikiran orang lain ke satu tahap yang mana orang tidak pernah menyangka!
Berbalik pada Amylea, setakat ini beliau merupakan satu-satunya pelajar yang paling konsisten dan nampak peningkatan berbanding pelajar lain. Persembahan terbaik beliau setakat ini pada saya ialah 'tie' antara "Asmara", "Don't Know Why" (duduk a'la Fantasia Barrino) dan "Hati Ini Telah Dilukai". Untuk persembahan yang akhir tu, my hats off to her kerana berjaya nail it down walaupun telah melalui satu minggu yang amat memeritkan.
Walaupun beliau berasal dengan negeri yang sama, namun saya memilih untuk mengundi Amylea kerana saya sebenarnya boleh relate dengan beliau... malah lebih banyak dari Mawi. Mungkin agak sukar untuk 'menolak' Mawi dan Felix dari dua tangga teratas namun pada saya dalam AF3 ini rebutan sebenarnya ialah untuk tempat ketiga. Dan ingatlah bahawa 'it only takes a day for things to change'. Sebelum ini agak ramai yang meminati Akma namun setelah mengikuti Diari Xtended mengenai cara pembawaannya (dan 'ugutannya') dalam kes Amylea, saya merasakan beliau tidak layak untuk menerima undian saya.
Mungkin bukan salah Akma sangat, namun she reminds me too much of my past dalam kes Amylea... betapa seorang yang 'memulakan', 'mengungkit' dan 'tikam belakang' telah memberikan saya 'hard time' selama ini... ahaksss... Jika Akma ingin 'bangun', beliau harus mengikis imej 'kakak tiri' beliau dalam minggu ini kerana dari peratusan undi, she'll be the next to go.
OH PELAJAR LAIN! OH ASTRO!
Yang lelain tu pada saya tidak begitu menyerlah atau mempunyai personaliti kuat berbanding mereka seperti Khai, Rosma, Nana, Zarina, Kaer atau Nija (malah Mas come to think of it!) sebelum ini. Yang pada saya agak sedikit menyerlah ialah Felix, Marsha dan Yazer. Felix dengan jenaka spontannya yang menghiburkan, Marsha dengan keunikan (dan keseksian?) bermain piano dan Yazer dengan imej rock a'la Bo Bice. Idayu, Akma, Amy dan Ekin walaupun memiliki suara bagus namun macam yang saya katakan di atas, suara saja tidak cukup. Manakala Aidil, Kefli dan Reza pula hanya sekadar 'nak cukup kuota'. Malah pada saya Isa dan Haider yang kecundang sewaktu konsert prelude dahulu adalah jauh lebih baik!
Apapun, dalam semua segi yang benar-benar untung ialah Astro dan Maxis. Pelanggan bertambah, untung meningkat. Kalau dahulu cuma setakat Afundi, chat di @15 dan merchandise AF, kini sudah ada perkhidmatan berbayar Diari Xtended dan Majalah mingguan. Itu belum termasuk jualan CD/VCD Diari dan Konsert Mingguan. Malah tak salah jika saya nyatakan bahawa sebagai Marketing/Communications practitioner, strategi Astro/Maxis untuk AF kini saya gunakan sebagai model dan case study dalam merangka strategi pemasaran baik untuk my personal undertakings mahupun untuk klien.
Ketika awal AF1 dahulu saya masih ingat betapa seorang pegawai Astro mengadu pada saya kerana kurangnya syarikat korporat yang sanggup sponsor program berkenaan. Mungkin ketika itu syarikat korporat masih berbekas dengan kegagalan atau 'low quality' program seperti 'Topstar', 'Who Will Win', 'Bintang RTM' dan 'Sinaran Paspot Kegemilangan'. Malah kemasukan Maxis pun saya kira banyak bergantung pada hakikat bahawa syarikat tersebut bernaung di bawah payung serupa dengan Astro. Pembabitan Country Heights yang meminjamkan banglo pula... well, mungkin kerana ia adalah kawasan elit paling hampir dengan HQ Astro dan hubungan dua syarikat tersebut amat baik.
Tapi sekarang syarikat lain berlumba-lumba join sekaki. Telekom Malaysia gah sponsor 'Malaysian Idol' manakala Time pula dengan 'Mentor'. Bagaimanapun, belum ada lagi siri realiti TV seumpamanya di Malaysia yang mampu menandingi AF. nTV7 telah cuba melakukan yang serupa dengan 'Audition' namun kini segala pemenangnya dah lenyap sunyi sepi tanpa berita. Mungkin Ramona atau Juliza selaku tulang belakang 'Topstar' dan 'Audition' dahulu patut ketepikan ego dan benar-benar meneliti success factor AF daripada menghentam dalam media massa akhir-akhir ini.
Satu-satunya komplen teknikal saya untuk AF3 ini ialah mutu bunyi dan 'cameraworks' ketika konsert. Saya menggunakan TV stereo beserta alatan Hi-Fi ketika menonton Konsert AF. Saya dapati mutu suara AF3 ni amat teruk (terbaik setakat ini ialah Konsert di Putrajaya). Manakala cameraworks pula hancus... kamera fokus pada perkara-perkara atau angle yang tak sepatutnya ketika sesuatu yang menarik berlaku di pentas. Penggunaan kamera 'tersekat-sekat' ketika lagu 'Menuju Puncak' juga tak kena pada tempatnya dan menganggu tumpuan penonton. Semoga ada wakil Astro yang membaca ini boleh membawa perkara ini ke tengah. Fire the producer... he..he...
AFUNDI AMYLEA dan AFUNDI MAWI!!!
Wassalam.
Asrul Muzaffar Mohammed
Pentadbir - Bandar Utopia
Diari Akademi Fantasia Minggu 07 Episod 03
Ulasan selanjutnya, sila ke Akademi Fantasia-Coretan Seorang Rakyat Jelata.
Seperti yang anda ketahui, saya sememangnya tidak menyukai untuk memberikan komen kepada lawak-lawak bodoh yang membosankan.
Diari Akademi Fantasia Minggu 07 Episod 04
Ulasan selanjutnya, sila ke Akademi Fantasia-Coretan Seorang Rakyat Jelata.
Keluar menonton Preview The Fantastic 4 di GSC One Utama (New Wing) bersama beberapa orang sahabat. Maka hanya sempat menonton Diari dan tidak berupaya untuk menulis ulasan.
Untuk Pengetahuan Semua
Mawi FC's 2nd Gathering - Ikatan Silaturahim
Satu gathering akan diadakan bagi mengukuhkan lagi ikatan silaturrahim antara ahli MawiFC sambil bersantai. Gathering yang bertemakan “Suara Kami Untukmu - Mawi” akan diadakan pada :
Tarikh : 22 Julai 2005
Hari : Jumaat
Masa : 8.00 malam
Tempat : Kawasan Kolam Renang, Intekma Resort & Convention Centre, Shah Alam Selangor Darul Ehsan
Tema : Putih
Menu Makan Malam pada majlis tersebut ialah “steamboat buffet”. Antara aktiviti pada malam tersebut ialah sesi beramah mesra, berkenalan dengan ahli jawatankuasa, pertandingan karaoke dan perbincangan secara santai bagi memajukan MawiFC.
Kadar bayaran yang dikenakan untuk menyertai gathering tersebut ialah :
RM35 (nett) seorang dewasa (13 tahun ke atas)
RM20 (nett) seorang kanak-kanak (7 tahun - 12 tahun)
Percuma untuk kanak-kanak berumur 6 tahun ke bawah
Ulasan maklumat lanjut tentang menu, sila ke blog Juan Danza.
Saya akan meluangkan masa untuk bersama-sama memeriahkan gathering tersebut.
Diari Akademi Fantasia Minggu 07 Episod 01
Komen saya hanya berkaitan dengan ucapan M.Nasir sebelum jamuan makan. Saya agak terkilan kerana beliau menyamakan cabaran meniti titian siratul mustaqim dengan cabaran meniti perjalanan menjadi seorang artis. Memang jauh beza cabaran titian siratul mustaqim dengan cabaran menjadi artis. Lebih mengeruhkan keadaan apabila beliau menyebutnya sebagai titian siraturrahim.
Majlis kenduri yang diadakan ini memang bagus, tetapi biarlah sekadar konsepnya sahaja. Apabila melibatkan sedikit aktiviti keagaaman seperti yang dipertontonkan seakan menafikan sensitiviti terhadap Felix dan Marsha. Bagaimana pandangan penonton sekiranya majlis tersebut dibuat seperti Majlis Thanksgiving, tentunya akan menimbulkan kemarahan penonton kerana tidak mengambil kira sensitiviti pelajar beragama Islam.
Bagaimana pula dengan meraikan sambutan Hari Lahir ? Saya ok aja. Apa-apa pun tidak mengapa.
Sememangnya menarik apabila dapat melihat pelajar dan Tenaga Pengajar makan bersama makanan kampong serta berkain pelikat dan berkain batik.
Ulasan selanjutnya, sila ke Akademi Fantasia-Coretan Seorang Rakyat Jelata.
Diari Akademi Fantasia Minggu 07 Episod 02
Kerja Encik Hasrul, selain mengambil berat badan adalah menjalankan jarumnya untuk pelajar. Bila masalah sudah menjadi terlalu berat seperti yang berlaku kepada Amylea minggu sudah, beliau akan mengugut untuk memberitahu Pengetua. Jijiknya perangai. Apa ingat budak-budak ke nak main ugut-ugut panggil Pengetua macam takutkan budak-budak kecil pula.
Encik Hasrul telah terlibat lama dalam Akademi Fantasia di sebalik tabir pada musim-musim lepas. Secara tidak langsung beliau berpengalaman untuk melihat perkembangan cerita dalam Akademi Fantasia. Berbekalkan earpiece yang pernah dipanggil wahyu oleh Atie, beliau berhubung dengan Bilik Kawalan untuk mendapatkan arahan tentang apa yang seharusnya dilakukan.
Lagu Baru Minggu 07
Akma - Bertahta Di Hati oleh Faradhiya
Felix - Fantasia Bulan Madu oleh Search
Ekin - Maafkan Kepergianku oleh Ruth Sahanaya
Yazer - Nazraku oleh Spider
Amylea - Penawar Rindu oleh Datin Orkid Abdullah
Mawi - Oh Fatimah oleh A Ramlie
Marsha - Jambatan Tamparuli
Kefli - You To Me Are Everything
Anekaragam - Black Dog Bone
Mesyuarat Tenaga Pengajar
Antara isu yang dibangkitkan adalah tentang sikap pelajar yang tidak memberikan seratus peratus sewaktu sesi latihan. Ada di antara mereka yang seakan-akan merahsiakan corak persembahan mereka pada hari Khamis dan juga hari Jumaat. Ini amat berkait rapat dengan disiplin sebagai seorang penghibur. Saya melihat taktik mereka itu sebagai disiplin sebagai seorang yang bertanding. Tentunya mereka mahu merahsiakan kekuatan yang mereka ada dan hanya dipertontonkan pada malam konsert.
Cikgu Ee turut membangkitkan isu tentang sesuatu yang masih belum mereka mampu gali dari dalam diri Akma dan kemudiannya mereka berbincang tentang Ekin. Secara tiba-tiba melompat.
Masalah utama Ekin adalah tidak serius dan pasif di dalam kelas. Ekin tidak mahu melibatkan diri dalam kegiatan kelas dan tidak mahu mencuba. Saya melihat tiada peningkatan yang ditunjukkan oleh Ekin. Persembahannya masih belum ada yang membanggakan. Sebuah persembahan yang senang dilupakan. Ini membuktikan yang beliau merupakan seorang yang tidak bersungguh-sungguh dalam melaksanakan tugasnya. Amat sayang sekali sekiranya ini berlaku kerana beliau mempunyai mutu vokal yang bagus tetapi telah tidak menggunakannya semaksima yang mungkin.
Mawi Dipanggil
Mawi telah dipanggil oleh Pengetua untuk melaporkan tentang apa yang berlaku semalam. Secara keseluruhan beliau memberitahu tiada masalah dengan pelajar lelaki tetapi pelajar perempuan agak senang terasa. Apabila diketawakan akan cepat merajuk. Sebagai ketua saya tidak nampak kekurangan yang ada pada diri beliau. Beliau merupakan seorang Ketua yang agak disenangi oleh pelajar lelaki dan perempuan. Cara beliau mungkin agak kasar kerana persekitaran beliau yang sememangnya begitu.
Sewaktu bermain galah panjang, Mawi telah tertampar muka Ekin dan beliau menangis. Sekarang semuanya telah diselesaikan dengan baik. Pengetua telah menasihatkan beliau agar lebih menggunakan diplomasi daripada mengarah.
Perkara sekecil ini turut dibawa ke pengetahuan Pengetua ? Apa gunanya Penasihat Residen sekiranya perkara sekecil ini tidak mampu diselesaikan oleh mereka ? Sewajarnya Pengetua tidak terlibat dengan perkara sekecil ini dan hanya merugikan masa beliau. Sebagai Pengetua beliau harus memberikan perhatian kepada isu-isu yang lebih besar dan mencabar. Ada lapan bakat yang perlu digilap untuk menjadi penghibur seperti yang pernah kita dengar pada awal-awal kemunculan beliau di televisyen beliau menyatakan “What it takes to be a performer !” Hal-hal picisan ini boleh diselesaikan oleh Encik Hasrul. Mungkin agaknya Encik Hasrul terlalu sibuk mencipta gossip dan juga menjalankan jarumnya untuk memasangkan pelajar.
Penilaian Lagu
Akma mendapat lagu yang sesuai dengan vokalnya. Beliau perlu memberikan seratus peratus kepada lagu tersebut dan cuba melarikan diri daripada menjadi klon kepada Faradhiya. Pertama kali saya mendengar latihan beliau, ia kedengaran seperti Faradhiya termasuk stail nyanyiannya. Felix mendapat lagu rock lagi setelah Tiada Lagi Kidungmu. Rasanya lagu ini boleh dibawakan oleh Felix dengan baik beserta showmanship yang jauh lebih memberangsangkan. Ekin harus memberikan perhatian dari aspek penghayatan untuk lagu ini. Lagu ini besar jiwanya dan Ekin harus menyampaikannya dengan penuh perasaan. Saya tidak begitu risaukan akan mutu vokalnya kerana sudah bagus. Beliau perlu meningkatkan ekspresi dan penghayatannya.
Yazer mendapat lagu makanannya. Lagu pop rock versi Spider tentunya dapat dibawakan oleh Yazer dengan baik. Beliau kembali ke dunia asalnya setelah diuji dengan pelbagai rentak beberapa minggu yang sudah. Amylea mendapat lagu irama Malaysia. Memang sedap lagu ini. Amylea bertuah kerana mendapat lagu-lagu lama yang berhantu. Lagu Penawar Rindu nyanyian Datin Orkid Abdullah sememangnya evergreen. Cabaran besar untuk Mawi pada minggu ini ialah menari. Vokal tidak menjadi masalah. Apabila ada menari, maka lagunya rancak. Untuk yang merisaukan kerana apabila Mawi menari, liriknya hilang. Marsha mendapat lagu rakyat kampuungnya. Tentunya lagu tersebut merupakan lagu kegemarannya. Marsha akan lebih dapat memperkenalkan kampong halamannya kepada penonton. Minggu ini Kefli dicabar dengan sebuah lagu Inggeris. Lagu tersebut memang sedap. Saya menantikan stail pembawakan Kefli untuk lagu tersebut.
Konsert Akademi Fantasia 06 : Marsha Memukau Seluruh Malaysia, Aidil Heart Attack !
Saya akan ingat Konsert ini bukan kerana persembahan cemerlang Marsha, Mawi atau Amylea. Juga bukan kerana persembahan buruk Felix. Saya ingat Konsert 06 ini kerana jenaka Aidil. Satu kejutan yang paling cemerlang dalam sejarah Akademi Fantasia. Saya dapat melihat bagaimana tertipunya rakan-rakannya yang lain. Kesedihan yang sepatutnya timbul di atas pentas kerana penyingkiran tersebut bertukar menjadi kemesraan yang tidak dapat kita saksikan lagi antara Aidil dan pelajar lain selepas ini. Saya tidak akan melupakan kemesraan tersebut yang jarang-jarang berlaku di Akademi Fantasia 3 sejak akhir-akhir ini.
Sekiranya dibaca secara keseluruhan, saya telah menyenaraikan pilihan saya untuk Lima Finalis Akademi Fantasia. Mereka terdiri daripada Marsha, Amylea, Felix dan Mawi. Satu lagi tempat kosong masih terbuka untuk rebutan antara Yazer dan Akma.
Kedudukan Sebelum Konsert
Mawi 24%
Felix 18%
Amylea 9%
Aidil 9%
Marsha 9%
Akma 9%
Yazer 8%
Ekin 8%
Kefli 7%
Pengkritik Profesional
Iman Wan muncul sebagai pengkritik malam ini. Beliau merupakan antara panel yang terpilih untuk mencari ke serata Malaysia bakal bintang Akademi Fantasia. Komen-komen beliau saya suka kerana sedikit mengimbangi komen-komen dari Adlin Aman Ramlie. Adlin Aman Ramli muncul menggantikan Kudsia Kahar lagi pada minggu ini. Saya memang menantikan komen-komen beliau. Apakah beliau akan tone down pada minggu ini atau sebaliknya. Komen-komennya lebih bersesuaian dan agak bernas pada minggu ini. Siapa sangka Datuk Sharifah Aini akan keluar dari persembunyiannya. Beliau menggunakan Akademi Fantasia sebagai platform untuk kembali ke dalam senario industri hiburan Malaysia. Satu langkah yang bijak kerana setidak-tidaknya beliau boleh mengumpulkan semula kekuatan dan dengan bantuan dari kelompok peminat Akademi Fantasia untuk bangkit semula di masa akan datang. Lebih-lebih lagi menggunakan Mawi yang kini tarafnya hampir menyamai populariti Siti Nurhaliza. Populariti ini semasa beliau di Akademi Fantasia, selepas Akademi Fantasia kita belum tahu lagi. Saya ingin juga mendengar apa komen mereka tentang tindakan Datuk Sharifah Aini yang memakai tudung semata-mata ingin memberikan komen untuk Mawi.
Persembahan Pelajar
Yazer - Cinta Kilat 7/10
Saya menyukai dengan tone vokal yang ada pada Yazer yang pada saya agak solid. Persembahannya bermula dengan agak bertenaga dan penuh dengan attitude untuk menyampaikan cerita di sebalik lagu tersebut. Satu kekurangan pada persembahan ini beliau hanyalah berinteraksi dengan kawan-kawannya sahaja dan tidak kepada penonton yang menonton. Saya suka dengan gerak-gerak spontan dan penampilan showmanship yang bagus. Beliau membawakan cabaran untuk lagu lama dan bukan sekadar lagu rock sahaja. Beliau telah berjaya melaksanakan dengan baik walaupun tidak begitu outstanding. Satu kaki beliau telah saya pilih untuk melangkah ke Konsert 10, beliau harus membuktikan kepada saya untuk tempoh tiga minggu akan datang.
Marsha - Destiny 9.8/10
Marsha tampil dengan gaun serba merah yang benar-benar memukau hadirin. Marsha juga tampil untuk persembahan khas kepada Adlin dengan lagu “Pokok Kelapa”. Semua mata tertumpu ke arahnya. Personaliti beliau menjadikan beliau disayangi. Marsha mempunyai satu aura yang membolehkan penonton menyukainya. Persembahan vokal beliau amat cemerlang dan merupakan antara pelajar yang amat konsisten sekiranya dinilai dari aspek tersebut. Saya nampak beliau begitu berkeyakinan menyanyi sambil bermain piano. Marsha telah berjaya membawa saya terbuai dalan alunan permainan pianonya. Satu kekurangan Marsha beliau nampak agak keterlaluan untuk menumpukan terhadap permainannya sehingga perasaan lagu tersebut tidak disusuli dengan pergerakan badan yang lebih menarik. Saya mahu melihat beliau di Konsert 10.
Kefli - Kenang Daku Dalam Doamu 4/10
Sekali lagi Kefli dikejutkan dengan kehadiran suara Siti Nurhaliza. Mujur bukan Siti Nurhaliza. Pandai sungguh kejutan ini. Balas dendam agaknya, bukan untuk Kefli. Memang agak mirip-mirip suara Siti Nurhaliza penyanyi tersebut. Bagaimana agaknya sekiranya Siti Nurhaliza yang muncul malam itu. Satu perkara yang dapat saya simpulkan, Kefli masih tidak menggunakan teknik mengawal lontaran vokalnya. Bunyi-bunyi yang dihasilkan oleh Kefli agak membingitkan. Sebuah lagu yang sedap seperti lagu tersebut menjadi begitu nyaring di telinga. Ekspresi wajahnya bagus dan agak konsisten sehingga lagu tersebut. Tetapi perasaan lagu tersebut tidak sampai kepada penonton. Beliau perlu melebihkan warna-warna pada teknik vokalnya. Banyak hujung-hujung note lagu tersebut sekadar mendatar tanpa warna-warna yang menarik. Membawakan lagu asli sememangnya bukan sesuatu yang mudah.
Amylea - Hati Ini Telah Dilukai 9.7/10
Amylea membawakan lagu ini dengan baik sekali. Ada masalah tempo sedikit di bahagian awal tetapi beliau dapat catch up. Tidak besar cuma sedikit sahaja. Pergerakan-pergerakan Amylea penuh dengan stail yang menarik dan amat profesional. Beliau dapat menghayati lagu ini dengan baik mungkin kerana masalah-masalah yang melanda beliau minggu sudah. Kemunculan Felix sebagai penyanyi lelaki yang mengiringi persembahan Amylea telah sedikit mencuri tumpuan penonton terhadap Amylea walaupun Felix menyanyi di dalam gelap. Ia boleh saya anggap kekurangan Amylea. Tidak besar, tetapi tetap ada impaknya terhadap penilaian saya. Saya suka dengan persembahan vokal beliau yang amat mantap dan amat konsisten berbanding pelajar lain. Saya mahu melihat beliau di Konsert 10.
Ekin - Warna 2/10
Persembahan Ekin penuh dengan kekurangan pada malam ini. Showmanshipnya tidak seiring dengan keistimewaan susunan muzik lagu tersebut. Lagu tersebut yang agak rancak tetapi pergerakan-pergerakan lemah Ekin merosakkan persembahannya. Ein tidak menghayati lagunya dengan baik dan tidak masuk ke dalam lagu tersebut untuk menampilkan keceriaan lagu tersebut. Ekin mampu menghasilkan gerakan seperti Lets Get Loud tetapi terlalu hambar dalam Warna. Satu lagi kekurangan Ekin adalah masalah wardrobe yang nyata tidak memihak kepadanya. Saya menyalahkan penyedia wardrobe. Sememangnya tiada siapa pun yang layak untuk membawakan lagu Sheila Majid kerana beliau hanya satu di dunia ini.
Felix - Smooth 4.3/10
Sebelum persembahan, klip Mawi dan Felix sedang melihat koleksi gambar-gambar mereka dipaparkan. Sungguh terharu melihat kemesraan mereka yang seperti adik-beradik. Adakalanya mereka bergurau sesama sendiri. Ayat “cute kepala otak” itu saya anggap sebagai gurauan adik-beradik.
Sebuah persembahan yang lebih teruk berbanding Beautiful Maria. Saya tidak faham apa yang disampaikan. Bukan sahaja saya, Felix juga tidak faham apa yang beliau sampaikan. Temponya juga hancur. Kelebihan Felix di sini ialah showmanship beliau yang bersahaja. Pergerakan-pergerakan itulah yang telah memikat penonton. Beliau seakan-akan mengacah penonton dengan pergerakan-pergerakan seksi. Semua ini tidak dapat kita tonton sewaktu latihan. Keyakinan yang tinggi ini timbul secara spontan dan itulah yang telah menyelamatkan persembahannya. Selain daripada itu personalitinya yang bersahaja serta lawak-lawak spontannya turut menyelamatkannya. Saya mahu melihat beliau di Konsert 10.
Aidil - Matahari 4.5/10
Saya suka dengan persembahan Aidil apabila beliau membawakan lagu ini jauh berbeza dengan gaya Bandi Amuk membawakan lagu ini. Aidil mencorakkan lagu ini mengikut stailnya yang tersendiri. Sebutan-sebutannya jelas. Namun begitu nyanyiannya nampak kosong. Kelemahan beliau yang paling ketara apabila tidak dapat sustain note pada hujung-hujung lirik lagu tersebut. Sayang sekali Aidil tidak menggunakan susunan muzik lagu tersebut dengan lebih menyerlahkan persembahannya. Persembahannya agak mendatar. Kemunculan Bandi Amuk menyebabkan Aidil menjadi penyanyi latar kepada Bandi. Aidil tidak menggunakan kejutannya dengan sebaik mungkin. Nampak benar beliau tidak tahu untuk buat apa di atas pentas melihatkan kemunculan Bandi.
Mawi - Memori Cinta Luka 8/10
Saya kagum dengan kebolehan beliau untuk membuatkan saya terbuai dengan lagu Nassier Wahab. Penghayatan Mawi cukup untuk lagu ini. Amat sukar untuk mencari kesilapan beliau kali ini. Satu kekurangan yang beliau perlu baiki segera ialah masalah tempo. Saya tidak mahu masalah ini berlaku di Konsert 10 kelak. Apa gunanya sekiranya amanah dan peluang yang telah diberikan oleh penonton tidak berjaya dilaksanakan di Konsert 10. Saya sendiri terleka dalam lagu ini. Saya mahu melihat beliau di Konsert 10.
Komen dari Datuk Sharifah Aini dibuat dengan bertudung. Sekiranya komen yang diberikan oleh beliau bersifatkan negatif tentunya beliau akan dijadikan sasaran email layang dan dikatakan mempermainkan agama. Oleh kerana Datuk Sharifah Aini telah memuji Mawi, maka tindakannya semata-mata memakai tudung hanyalah gurauan sahaja sahaja. Asalkan idola mereka dipuji, mereka tentunya akan melupakan tentang isu ini. Saya menganggap tindakan Datuk Sharifah Aini bertudung hanyalah gurauan. Ini merupakan kes yang sama untuk Tanda-Tanda Anda Peminat Fanatik Mawi. Tepuk dada tanya selera.
Akma - Hati Keliru 6/10
Saya akui Akma telah menampilkan persembahan vokal yang mantap dalam persembahannya. Tetapi saya mahu melihat beliau menyerlahkan lagi sesuatu yang masih tidak dapat kita lihat setelah enam minggu di dalam Akademi Fantasia. Iman Wan sendiri tidak tahu apa yang kurang dalam persembahannya tetapi jelas ada kekurangan. Saya suka dengan persembahan vokal beliau tetapi beliau masih belum dapat membuatkan telinga saya tertumpu kepada persembahan vokalnya berbeza dengan Amylea dan Marsha. Sebuah lagu rancak dari Akma tetapi pergerakannya jelas hilang tumpuan. Rap dari Aidil juga tidak mampu menyerlahkan lagi persembahannya. Saya mempunyai tiga minggu lagi untuk membuktikan kepada saya mengapa saya harus memilih beliau di Konsert 10.
Menuju Puncak : Aidil Heart Attack, Aznil Pun Heart Attack 10/10
Wow ! Bersusah payah Aznil Hj Nawawi cuba mencipta suasana sedih untuk Konsert minggu ini tetapi dirosakkan oleh Aidil dengan jenakanya yang spontan. Saya suka dengan lakonan Aidil. Saya bagi 10/10 ! Siapa yang tidak panik, di dalam stadium atau pun di rumah. Yang menyukainya, atau yang membencinya. Semuanya panik. Saya panik melihat beliau rebah di atas pentas. Ibu dan abangnya juga panik. Tenaga produksi juga panik walaupun patah balik separuh jalan. Kejutan yang paling baik di dalam Akademi Fantasia 3 yang turut mendebarkan Aznil Haji Nawawi. Bukan sesuatu yang selalu dapat kita lihat. Kita pernah melihat aksi Anding di Konsert 03 Akademi Fantasia 2 tetapi saya melihat ia begitu dibuat-buat dan keterlaluan sehingga penonton mengejeknya. Tetapi tidak pada minggu ini apabila Aidil bijak mencuri lebih tumpuan yang sememangnya kepada beliau dan disulami dengan jenaka yang memadai. Walaupun beliau baru mahu menyerlahkan personalitinya di dalam Akademi, tetapi beliau tersingkir dengan bermaruah pada minggu ini. Penonton sendiri tersenyap seketika dan tidak bertepuk tangan dengan kuat.
Ranking sultanmuzaffar
Kejutan - Adil Heart Attack 10/10
Marsha - Destiny 9.8/10
Amylea - Hati Ini Telah Dilukai 9.7/10
Mawi - Memori Cinta Luka 8/10
Yazer - Cinta Kilat 7/10
Akma - Hati Keliru 6/10
Aidil - Matahari 4.5/10
Felix - Smooth 4.3/10
Kefli - Kenang Daku Dalam Doamu 4/10
Ekin - Warna 2/10
Imbasan 06 Akademi Fantasia
Satu artikel yang menarik untuk dibaca, bertajuk Mawi diancam populariti yang tersiar di dalam Mingguan Malaysia.
Adalah lebih baik jika istilah fanatik ini tidak dilihat dalam sudut yang sempit dan buruk semata-mata. Apa yang penting kita memikirkan bagaimana untuk memastikan sikap fanatik ini berterusan supaya apabila Mawi keluar dari AF sama ada beliau juara atau tidak, beliau tetap menjadi pujaan ramai berikutan karisma dan bakatnya.
Apa yang dibimbangi ialah sikap meminati yang ditafsirkan fanatik ini hanya bersifat sementara maknanya bermusim, ketika musim AF riuh-rendahlah menyokong Mawi, tetapi apabila musim itu berakhir maka sunyi sepilah sokongan kepada beliau.
Saya sudah menerangkan dengan jelas isu ini. Apakah peminat Akademi Fantasia fanatiknya bermusim ? Jika alang-alang mahu fanatik, biarlah sefanatik peminat Siti Nurhaliza. Mereka fanatik sampai bila-bila. Bukan sekadar ingatan untuk peminat Mawi sahaja, malah untuk para peminat Azza, Adi, Atie, Burn, Rosma, Nana, Sahri, Liza, Nija, Azizi, Khai, Vince, Edlin, Fitri, Anding, Zarina, Nurul, Linda, Mas, Kaer, Bob, Farah, Adam, Zahid, dan bintang Akademi Fantasia 3.
Adlin Aman Ramlie pula mempertahankan haknya sebagai seorang pengkritik. Hak pengundi perlu diperjelaskan dengan betul. Hak pengundi adalah untuk mengundi siapa yang mereka inginkan tanpa mempertikaikan komen-komen dari pengkritik. Hak pembaca blog juga harus diperincikan dengan jelas. Hak mereka ada untuk memberikan komen yang tidak berasaskan emosi dan tidak berkait langsung dengan tulisan sebaliknya menyerang penulis blog. Hak pensyarah dan juga hak pelajar. Semua ada hak mereka masing-masing.
Peminat harus memberikan ruang kepada pengkritik untuk melihat kesilapan Mawi dan memperbetulkan kesilapan tersebut. Tanpa niat serong, hanyalah untuk memperbaiki kelemahan-kelemahan tersebut.
Lebih Serius Minggu Akan Datang
Saya mengambil langkah lebih serius pada minggu-minggu akan datang terhadap komen-komen yang tersiar di blog ini. Ia dengan niat semata-mata ingin menjaga keharmonian rumah saya sendiri. Tidak salah saya memasang pagar di rumah sendiri dan menghalang anasir-anasir jahat untuk memporak-perandakan suasana di sini.
Sebarang komen kutukan dan sindiran peribadi akan saya ban. Ini adalah peringatan untuk semua untuk sahabat yang saya kenal, kawan yang baru kenali atau sesiapa yang tidak saya kenali. Saya tidak merasa rugi sekiranya pembaca berkurangan di blog ini, asalkan pembaca yang tinggal adalah pembaca yang berkualiti.
AFLAGU BONUS
Pada minggu ketujuh, penonton berpeluang untuk mengundi dua lagu bonus pilihan mereka untuk dinyanyikan oleh pelajar secara berkumpulan. Sebuah lagi kejutan yang menguntungkan ASTRO.
1. Boogie Wonderland – Earth, Wind & Fire (AFLAGU Boogie)
2. Circle of life – Elton John (AFLAGU Circle)
3. Seri Langkat – Jamal Abdillah & Amelina (AFLAGU Seri)
4. Persamaan – Freedom (AFLAGU Persamaan)
5. Ladki Badi Anjani Hai – Kumar Sanu/Alka Yagnik (AFLAGU Ladki)
Saya memilih lagu Seri Langkat oleh Jamal Abdillah & Amelina serta lagu Boogie Wonderland oleh Earth, Wind & Fire. Lagu-lagu ini akan lebih menyerlah kredibiliti dan personaliti pelajar. Lagu Seri Langkat mengangkat lagu Melayu Asli ke satu tahap yang lebih tinggi dan amat bersesuaian untuk diketengahkan oleh pelajar Akademi Fantasia. Mereka harus didedahkan dengan lagu Melayu Asli dengan lebih banyak lagi dan setidak-tidaknya semua pelajar dapat merasa membawakan lagu tersebut. Lagu Boogie Wonderland merupakan sebuah lagu disko era 70an. Tentunya saya mahu melihat kredibiliti mereka mewarnakan lagu disko lama ini di atas pentas Akademi Fantasia.
Kedudukan Selepas Konsert
Mawi 23%
Felix 17%
Amylea 12%
Marsha 10%
Yazer 8%
Kefli 8%
Ekin 8%
Akma 7%
Aidil 6%
Diari Akademi Fantasia Minggu 06 Episod 09
Ulasan selanjutnya, sila ke Akademi Fantasia-Coretan Seorang Rakyat Jelata.
Diari Akademi Fantasia Minggu 06 Episod 10
Hanya 4 orang pelajar yang perlu membuat persembahan mereka di hadapan Tenaga Pengajar. Mereka terdiri daripada Felix, Mawi, Kefli dan Marsha. Sememangnya saya melihat mereka antara pelajar yang berpotensi untuk memberikan persembahan yang terbaik pada malam konsert. Felix memikul cabaran membawakan lagu Inggeris. Mawi membawakan sebuah lagu balada biasa yang agak sukar pada bahagian korus. Kefli membawakan sebuah lagu berirama Malaysia. Manakala Marsha perlu bermain piano sambil menyanyi.
Dalam sesi latihan, saya masih berasa agak risau melihat persembahan Felix. Saya kurang faham apa yang sebenarnya dinyanyikan oleh beliau. Hari ini tahap keyakinan beliau agak ada peningkatan berbanding hari-hari awal menerima lagu tersebut. Beliau sudah mula menggoyangkan badan dan cuba mengikut irama lagu tersebut. Berdasarkan vokal, hilang habis tone suara beliau. Terlalu banyak lirik yang ditelan sehingga mesej lagu tenggelam. Kelebihan Felix ialah beliau harus lebih berani meningkatkan showmanshipnya dalam lagu tersebut. Penggunaan mata, senyuman merupakan antara elemen-elemen penting yang dapat meningkatkan lagi sokongan penonton terhadapnya.
Kefli umpamanya harus menggunakan peluang mendapat lagu berirama Malaysia ini untuk menyerlahkan lagi persembahan vokal beliau tetapi sebaliknya yang berlaku. Setelah beberapa minggu melihat perkembangan Kefli, saya dapat merumuskan yang beliau masih kurang dapat mengawal kekuatan vokal beliau. Sebuah lagu biasa berirama Malaysia boleh menjadi kedengaran bingit di telinga saya. Kefli harus lebih relax untuk lagu ini. Ketenangan pada dirinya membolehkan beliau lebih mampu untuk mengawal tone suara yang keluar. Volume vokalnya perlu dikawal.
Nyanyian Mawi masih belum cukup kemas dan tidak begitu kilat vokalnya. Berdasarkan aspek penghayatan, Mawi sudah cukup baik.Beliau harus menyerlahkan lagi mutu vokal beliau agar lebih mantap. Menyanyi bukan sekadar melontarkan suara tetapi turut mengawal vokalnya untuk menghasilkan bunyi yang lebih lancar dan sedap. Kekurangan ini adalah kerana kurangnya penekanan teknik vokal dan juga teknik pernafasan. Tempo juga perlu dijaga terutama pada bahagian perubahan di antara rangkap kedua dan korus. Memang agak mendadak dan pantas perubahan tersebut. Terlewat sedikit, habis tempo lagu tersebut.
Bermain grand piano di atas pentas. Superb ! Kalau itulah yang akan terjadi esok malam. Bakal menjadi sebuah persembahan yang nampak klasik. Sewaktu sesi latihan, apabila ada kesilapan sedikit dari segi chord atau key, Cikgu Siti Hajar akan pandang Pengetua M.Nasir. Apa yang saya lihat, gaya Marsha bermain piano sememangnya nampak keras. Beliau semacam not into the song. Pergerakan badannya tidak blow dengan mood lagu tersebut. Tekanan yang diberikan juga tidak mengikut mood lagu tersebut. Sememangnya sukar melakukan dua perkara dalam satu masa. Lebih-lebih lagi tekanan di atas pentas kelak. Marsha masih menggunakan piece di hadapannya. Marsha perlu mengawal tekanan tersebut untuk lebih berkeyakinan di atas pentas. Saya pernah menonton Syafinaz bermain piano sambil menyanyi, memang superb ! Marsha sewajarnya diberikan pembesar suara yang disangkutkan di kepala dan bukannya pembesar suara yang seperti biasa. Ia lebih memudahkan pergerakannya.
Mesyuarat Tenaga Pengajar
Tenaga Pengajar bermesyuarat lagi. Kali ini topik perbincangan difokuskan kepada Amylea. Sebagai moderator pada hari tersebut, Cikgu Siti Hajar menerangkan bagaimana beliau cuba untuk membuatkan Amylea bercerita tentang latar belakang keluarganya. Persekitaran hidup yang dilalui oleh Amylea agak sukar untuk diubah kerana ia melibatkan persekitaran hidup. Ia hanya boleh diubah dengan berjumpa pakar kaunseling. Saya akui perkara ini. Sememangnya sukar apabila persekitaran dan latar belakang keluarga amat berbeza antara setiap pelajar. Sukar tetapi tidak bermakna tidak boleh. Cuma kena perlu daya usaha. Saya mengakui pernah mengalami situasi yang sama. Perlu tinggal di Kampung Semadung, kampong daif di pedalaman negeri Perlis selama satu minggu. Saya tahan selama 1 hari dan kemudian lebih rela tinggal di asrama sekolah. Persekitaran saya yang saya lalui seakan-akan sukar untuk disesuaikan dengan apa yang perlu saya lalui selama 1 minggu. Pelajar lain boleh tinggal bersama keluarga angkat mereka setiap minggu, dan saya hanya pergi satu hari dan kemudian balik tinggal di asrama sekolah. Lebih rela mandi air berkapur dari mandi air telaga. Bukan maknanya Amylea tidak boleh berubah. Boleh, cuma sedikit sukar. Pelajar lain turut memainkan peranan masing-masing dan tidak mengetepikannya.
Cikgu Siti Hajar turut menyuarakan pendapatnya tentang ketika Akma menyuarakan pendapatnya tentang Amylea. Akma ada menyebut “Bila kita tak nak tolong dia dan pulaukan dia, baru dia tahu...” Ayat tersebut ada sambungannya iaitu “tetapi kita tidak buat macam tu…” Benar, perkara pulau-memulau itu tidak terjadi, tidak mahu menolong juga tidak terjadi. Tetapi yang menyedihkan Cikgu Siti Hajar ialah wujudnya walaupun sekelumit niat tersebut dalam diri pelajar Akademi Fantasia. Inilah yang mengecewakan beliau sebagai tenaga pengajar. Ia turut disambut oleh Cikgu Adnan bahawa komplot-komplot sebegini apakah telah wujud di dalam Akademi Fantasia. Tangisan untuk Idayu apakah sesuatu yang ikhlas atau pun satu tangisan lega. Gejala-gejala ini perlu dihindarkan dengan cepat seperti saya melakukan penyemburan ubat nyamuk di blog petang tadi.
Mereka menyarankan agar diletakkan notice board yang mana pelajar boleh menyuarakan ketidakpuas-hatian mereka terhadap mana-mana pelajar. Tenaga pengajar harus sentiasa bersedia untuk menyelesaikan masalah mereka dan memanggil pelajar-pelajar yang terlibat secepat mungkin untuk kebaikan bersama.
Ramalan Penyingkiran : Satu Perspektif Peribadi
Minggu ini penuh dengan drama Amylea. Penuh dengan tangisan. Undian simpatinya melonjak dengan tinggi sehingga ke tempat ketiga. Beberapa minggu sudah, jari tangannya terpotong, kemudian terjatuh di dalam longkang pula. Apakah beliau seorang inginkan perhatian atau lebih mudah dahagakan perhatian ? Apabila perhatian diberikan, fokus kamera lebih tertumpu ke arahnya dan tempoh masa di kamera juga agak panjang.
Akma dilihat antara penyebab kemurungan Amylea pada minggu ini. Kenyataan yang dilemparkan oleh Akma sebenarnya mengundang petaka untuknya. Apakah nasibnya akan lebih selamat pada minggu ini. Dalam episod Amylea, Akma boleh dilihat sebagai penjahat. Saya meletakkan diri saya sebagai hanya menonton Diari Akademi. Tidak semua akan menonton Diari Extended. Berdasarkan editing yang dilakukan, nampak jelas Amylea kelihatan sebagai penjahat.
Aidil sudah dua minggu terselamat kerana berada di kedudukan yang kedua terakhir sebelum undian ditutup. Pada minggu ini, Aidil bermain permainan ini dengan pintar. Perwatakannya sederhana dan selesa ditonton di dalam Diari. Sekiranya diteliti, Aidil menggunakan baju yang agak ketat pada minggu ini sewaktu Kelas Tarian. Umpan tersebut boleh juga menaikkan undiannya dan menyelamatkannya sekali lagi.
Sebenarnya di dalam Akademi Fantasia, pelajar yang tidak sewajarnya perlu menulis surat wasiat ialah Mawi dan Felix. Pelajar lain ada kemungkinan untuk tersingkir kerana peratusan undian yang tidak jauh bezanya antara mereka. Teruskan mengundi, jangan kerana leka menyelamatkan Amylea dan Akma, ada yang lebih baik menjadi galang gantinya.
Turut disiarkan adalah pandangan Elkapitan tentang kontroversi yang melanda Kudsia Kahar, nyamuk di blog SM dan Amylea, sila ke Akademi Fantasia-Coretan Seorang Rakyat Jelata.
Diari Akademi Fantasia Minggu 06 Episod 07
Jika anda berminat untuk membaca Ulasan Diari Xtended, sila ke Dunia-dunia Luar Tempurung Kelapa. Jika ada kesempatan, saya ingin turut menyumbangkan tenaga, tetapi tiada kesempatan masa. Hanya berdasarkan ulasan-ulasan mereka saya mengetahui tentang Diari Xtended. Siapa kata AFXtra tidak bagus ?
Amylea tidak perlu menangis. Amylea harus bangkit dari derita yang telah dilalui olehnya pada beberapa hari yang lalu. Amylea harus membuktikan beliau pelajar paling konsisten dalam persembahannya. Apa guna menangis ? Beliau perlu terus berusaha untuk membuktikan kepada Akma yang beliau lebih bagus.
Tanggungjawab yang berat nampaknya perlu ditanggung oleh Encik Hasrul. Ambil sahajalah tanggungjawab tersebut, lagipun ianya bermula dari anda. Sejak dari minggu pertama, tugas anda tidak lebih dari sekadar tukang cucuk dan matchmaker di dalam Akademi Fantasia. Bersedialah untuk berhadapan dengan karenah pelajar kerana angkara anda itu.
Selepas menonton Diari, saya lebih bangga melihat Kefli dan Felix yang berusaha untuk memujuk Amylea. Saya melihat bahawa Amylea masih boleh respect kepada mereka berbanding pelajar lain. Amylea seperti dengar tidak dengar apa yang diperkatakan oleh Marsha. Akma pula tidak dipandang mukanya langsung oleh Amylea. Amylea sendiri merasakan yang beliau sebenarnya telah ditikam dari belakang oleh pelajar perempuan sendiri. Pelajar perempuan yang selalunya selalu bersama dan bersatu, tetapi tidak dalam isu tersebut.
Amylea harus terus berusaha membuktikan kehebatannya dalam persembahannya. Kalau perlu menangis dalam persembahan hujung minggu ini, menangislah. Tetapi kawal perasaan tersebut, jangan pula menangis macam di dalam Diari. Sekadar mengalirkan air mata sudah cukup baik. Buatkan Tenaga Pengajar, Pengkritik bangga dengan persembahan anda. Biarkan pelajar lain yang menangis mengusung bagnya hujung minggu ini.
Diari Akademi Fantasia Minggu 06 Episod 08
Apa nak cerita ya ? Cerita tentang Amylea dan keluarganya ? Entahlah. Nampak Amylea sedih, jadi sedih pun ya, lawak pun ya. Amylea bercerita tentang kesusahan keluarganya dan juga persekitaran keluarganya yang telah membentuk perwatakannya. Persekitaran keluarga memang amat berkai-rapat dengan perwatakan kita sendiri. Secara tidak langsung setiap pelajar tentunya memberikan perwatakan yang berbeza.Sedih juga melihat Cikgu Marlia turut mengalirkan air matanya menasihati Amylea.
Ekin Miang ?
Saya tidak berkesempatan untuk menonton Diari Xtended sesi bersama Amylea ini. Sesi ini penting untuk dinilai melalui Diari Xtended kerana saya berpeluang untuk menonton secara keseluruhan. Adalah tidak adil sekiranya saya hanya mengulas komen pelajar tentang beberapa orang pelajar sahaja. Mawi contohnya, dengan senangnya memberitahu Ekin akan sifat miangnya. Bagaimana pula dengan yang tukang cakap itu ? Tentunya tidak semua orang menyukai perangainya yang sering membuat lawak dan tidak serius di dalam kelas. Tidak mahu mengulas panjang. Jika ada kesempatan saya akan menonton Diari Xtended. Saya tidak mahu sehingga perlu menulis artikel sebegini kelak kerana perlu melayan komen-komen amarah dari golongan mereka ini kesan komen saya tentang Ekin miang.
Pemain CD Berbunyi
Sedang mereka berbual-bual di meja makan, pemain CD berbunyi memainkan lagu Seindah Biasa oleh Siti Nurhaliza. Felix telah diminta untuk menutup pemain CD tersebut. Felix ke pemain CD tersebut dan menutupnya dengan kaki. Kembali semula ke tempatnya. Ia berbunyi lagi. Kali ini beliau pergi menutupnya bersama Marsha juga dengan kaki. Kembali semula ke tempatnya. Kali ini berbunyi lagi tetapi hanya kedengaran suara Siti Nurhaliza. Memang kegembiraan setiap pelajar dapat bertemu dengan Siti Nurhaliza.
Siti Nurhaliza di Akademi Fantasia
Kehadiran Siti Nurhaliza memberikan cahaya kepada kesuraman Akademi Fantasia pada beberapa hari yang lalu. Ternyata aura bintang nombor satu negara ini begitu besar kesannya kepada para pelajar.
Mawi telah bertanyakan tentang jeritan penonton yang menganggunya sewaktu membuat persembahan, bagaimana untuk menangani masalah tersebut. Siti Nurhaliza menyarankan agar Mawi menukar sorakan tersebut kepada semangat. Ekin pula bertanyakan tentang minat Siti Nurhaliza untuk berlakon. Siti sendiri pernah berlakon atau muncul sebagai undangan dalam filem pendek Zaleha Ayam Patah. Minat beliau lebih kepada teater muzikal. Tentulah saya orang pertama yang akan menontonnya. Felix mewakili rakan perempuannya bertanyakan tentang cara menjaga kecantikan. Cikgu Fatimah menegur beliau bahawa soalan itu sebenarnya ingin ditanyakan oleh Felix.
Lebih baik menonton Diari Xtended yang lebih panjang durasinya. Selain dapat menonton sesi Siti Nurhaliza bersama pelajar, kita juga boleh menyaksikan keseluruhan sesi bersama Amylea untuk kita sama-sama menilai.
Tanda-Tanda Anda Anti Mawi Sekiranya...
Baca 11 komen di bawah dan bandingkan dengan yang selebihnya. Ada perbezaan dari segi emosinya.
1. Mendesak Encik Aman agar mendapatkan hakcipta terpelihara untuk perkataan “World” secepat mungkin supaya tidak boleh digunakan oleh Mawi lagi.
2. Sanggup ke Felda Taib Andak untuk mengumpulkan nama-nama teman wanita Mawi untuk diberikan kepada Editor KOSMO.
3. Membuat petisyen untuk mengekalkan Kudsia Kahar untuk menjadi Pengritik Tetap sampai bila-bila.
4. Jika sebelum ini ada American English, UK English, Jamaican English, kini anda mencadangkan agar Feldish English disertakan sekali.
5. Anda sanggup merasuah Sham Kamikaze agar dengan sengaja mempercepatkan tempo lagu-lagu nyanyian Mawi.
6. Anda sanggup merasuah Sedap Katering agar meletakkan semut di dalam makanan Mawi agar beliau terlupa lebih banyak lirik di dalam persembahannya.
7. Anda menyalahkan Mawi kerana menjadi ketua yang bacul kerana tidak mampu menyelesaikan masalah pelajar lain dengan Amylea. Anda mengharapkan Reza diAFMASUKkan untuk mengambil-alih tugas Ketua daripada Mawi.
8. Masih mempertikaikan sehingga sekarang tindakan ASTRO menyerap 2 pelajar pada Konsert 1.
9. Anda berharap agar Felix tersingkir dari Akademi agar perasaan Mawi terganggu dan tiada semangat untuk belajar.
10. Anda dengan sengaja memuji-muji Nurdianah lebih cantik dan bersopan-santun di hadapan peminat-peminat Mawi agar mereka merasa tercabar.
11. Mendapat SMS dan panggilan telefon memuji tindakan anda menyenaraikan “Tanda-Tanda Anda Peminat Fanatik Mawi Jika...”
Senarai telah dikumpulkan oleh meesua dalam keadaan amarah yang begitu membara. Beliau turut mendapat sokongan ramai untuk menghantar komen-komen secara peribadi ke email beliau. Banyak komen yang berunsurkan peribadi dan tidak secara umum.
Sila buat perbandingan dengan hasil santau minda sultanmuzaffar dan vadx7.
12. Anda sanggup mencari 50 alasan "Tanda Anda Peminat Fanatik Mawi" dan meletakkannya di blog anda. (SM lah ni)
13. Sanggup kumpul kawan-kawan dan duduk semeja untuk buat berpuluh-puluh tanda "Anda Fanatik Mawi Kerana.."
14. Sanggup mute or tutup terus tv kalau turn Mawi nyanyi seram dan fobia mendengar kelautan suaranya.
15. Sanggup suruh suami tidur di luar kamar sebab fanatik Mawi.
16. Anda terus menyalahkan Mawi apabila pelajar kesayangan anda dikritik oleh orang lain walaupun Mawi tiada kena-mengena dengan ini gambar.
17. Tiba-tiba anda merasakan filem Steven Spielberg “War Of The Worlds” tidak bagus kerana ada perkataan world.
18. Anda rasa tidak senang duduk bila tiada komen-komen dari fanatik Mawi untuk anda balas. Dah lama sangat tunggu, akhirnya anda yang mula-mula meletakkan komen berunsur provocation utk menarik perhatian fanatik Mawi.
19. Buat list "Tanda Anda Adalah Fanatik Mawi" dengan tujuan ingin memerli tetapi tidak mengaku dan cakap ini hanyalah lawak jenaka.
20. Sanggup memenatkan jari anda untuk menulis 50 sebab "Anda Adalah Fanatik Mawi"
21. Anda menyuruh orang lain jangan asyik memberikan komen tentang Mawi sahaja. Tetapi anda sendiri asyik melayan orang yang memberikan komen tentang Mawi.
22. Tetiba buka tudung sebab tak suka Mawi.
23. Lupa kawan sebab meminati Mawi.
24. Gembira sebab nama Mawi tersebut.
25. Bangga sebab tidak dilahirkan di Johor kerana kalau kahwin kena lulus ujian darah iaitu HIV –ve.
26. Sanggup melantik diri sendiri jadi presiden untuk Anti Mawi FC dan mencari gang-gang melalui yahoogroups
27. Sanggup bersengkang mata sehingga ulasan diari semalam tidak siap diulas, semata-mata untuk mencari "Tanda Anda Adalah Peminat Fanatik Mawi".
28. Sanggup mencari idea untuk membalas balik teori "Tanda2 Anda Adalah Anti-Mawi yg Fanatik" semata2 kerana anda terasa juga dgn teori itu.
29. Tengok Diari semata-mata nak kutuk Mawi walapun anda tidak menyokong sesiapa pun.
30. Walaupun kelakar anda tahan gelak dan buat muka pelik sebab lawak dalam diari tu dibuat oleh Mawi.
31. Semua pelajar terkeluar dari AF adalah disebabkan oleh Mawi, termasuk bekas pelajar AF1 dan AF2.
32. Harap sangat ada adegan Mawi berpeleseran dengan pelajar perempuan di dalam Diari supaya anda boleh jadikan modal untuk mengutuk Mawi di Saluran 15 atau blog.
33. Tiba-tiba benci dgn Ketua Jabatan anda yg selama ini suka melawak dengan anda hanya kerana Mawi sudah menjadi ketua pelajar.
34. Dulu anda benci Kudsia, macam-macam anda mengata dia, tetapi sejak Kudsia hentam habis Mawi, anda mula agung-agungkan Kudsia dan kata Kudsia memang efektif !
35. Pilihan untuk pasangan hidup anda jadi makin limited kerana "Gadis Melayu" anda tidak suka, "Gadis Arab" anda benci, "Gadis Latin" anda menyampah.
36. Sudah mencuba-cuba minum Pepsi sebab tidak suka Mawi membuat iklan Vanilla Coke dalam diari.
37. Anda terus percaya dengan komen-komen fanatik Mawi di Saluran 15 walaupun anda tahu Saluran 15 itu hanyalah untuk budak-budak bawah 17 tahun.
38. Anda sanggup tulis lirik atas banner dan duduk depan masa konsert untuk membantu Mawi agar dia tak silap lirik lagi.
39. Bila jenaka seperti sujud sawi, nak jadik ustazah, pakai tudung pun dah dianggap serius oleh golongan anti Mawi.
40. Mengatakan peminat Mawi cepat melatah, padahal diri sendiri yang cepat melatah sebab menyampah dan bengang tengok komen banyak sangat pasal Mawi. Oleh itu keluarlah komen2 yang berbentuk provokasi.
41. Mula-mula meminati Mawi, tetapi sebab kawan-kawan ramai yang jadi Anti Mawi, joinlah sekali nanti tak genglah pulak. Kalau tak pun, senyap jer, takut nak bersuara.
42. Sanggup memperli kawan sendiri moblog kat blog orang di blog satu lagi.
43. Lost contact/sms dengan kawan-kawan yang peminat Mawi.
44. Berulangkali cakap Mawi lupa lirik, lari tempo, diction tak betul tetapi bila Reza lupa lirik senyap, Marsha lupa lirik pun senyap juga.
45. Marahkan peminat Mawi sebab peminat Mawi sebab tidak setuju dengan Cikgu Adnan pasal FC, padahal backing gila Reza bila Adlin cakap dia tak jantan, macam Bedah-lepas tu salahkan Cikgu Ee pula.
46. Jadi Anti Mawi sebab, favourite mereka tidak mendapat peratus yang tinggi. Cuba kalau favourite mereka berada di tempat Mawi, mesti backing punya.
47. Mengatakan pengundi Mawi undi Mawi berdasarkan simpati, faktor alim, populariti , sebab tidak mengundi pelajar lain yang pada mereka lebih berbakat dan patut dapat peratus yang lebih.
48. Dengan selambanya mengatakan peminat Mawi tidak pandai berfikir dan menilai padahal peminat-peminat Mawi pun terdiri dari golongan bijak pandai.
49. Anda menolak pinangan boyfriend anak anda kerana muka budak itu macam Mawi.
50. Anda tidak suka mendengar lagu-lagu versi asal yang pernah dinyanyikan oleh Mawi dlm konsert.
51. Orang bersorak world dikatakan memboo Syafinaz.
52. Anda alih channel lain sewaktu anak anda tengah kusyuk tengok Mr. Bean.
53. Cabar Mawi menyanyi lagu Inggeris. Sudah dapat buat, komplen lak diction tak betul. (dapat buat ke ? bukan lari tempo ke ?)
54. Kawan anda di turunkan hidayah pakai tudung, kutuk dia pakai tudung sebab Mawi, hanya semata-mata anda tahu dia minat Mawi.
55. Tulis surat rasmi kat Perodua sebab keluarkan kereta jenama Myvi. Macam ler tak ada nama lain nak taruk... dulu nama kancil, kenari, rusa. Sekarang ni letak ler cipan ke, babun ke, tenggiling ke... kenapa mesti guna nama Myvi.
56. Berhasrat nak simpan rambut panjang macam Reza sebab nampak funky, mula benci pada mat-mat botak yg berlegar-legar di Kotaraya masa hari Ahad
57. Walaupun anda kidal macam Mawi, berusaha bersungguh-sungguh menggunakan tangan kanan untuk makan, minum, menulis melukis
58. Membatalkan tempahan MyVi sebab dikaitkan dengan Mawi.
59. Sanggup membakar VCD Mambo King sebab Mawi membawakan lagu Beautiful Maria.
60. Merasa geli geleman apabila isteri anda mengurut badan anda.
61. Pergi ke salon rambut untuk menanam rambut sebab tidak mahu botak macam Mawi
62. Mengumpat best friend sendiri di belakang. (Terasa ke ?)
63. Sanggup mencari idea untuk mengutuk Mawi sedangkan budak tu tidak buat apa-apa salah pun kat anda.
64. Favorite coverline phrase, tidak suka Mawi disebabkan peminat2 Fanatik Mawi.
65. Mati-mati tidak mahu mengaku berasal dari Felda Taib Andak, walhal anda memang dibesarkan dan bersekolah di situ.
66. Anda baru saja mendapat kereta Myvi yang anda tempah dulu, tetapi terus menjual balik sebab tidak suka nama kereta tersebut ada bunyi-bunyi Mawi.
67. Anda rasa anak orang Felda memang tak patut berjaya
68. DJ Supermarket tidak layak bergaul dengan DJ ERA.
69. Diction anda berterabur tetapi anda boleh kata diction Mawi teruk.
70. Kutuk Mawi dan sekeluarga semata-mata tak puas hati dengan sesetengah peminat Mawi.
71. Teliti setiap butir yang keluar dari mulut Mawi semata-mata nak carik salah dia....Kalau dia menyanyi okay pun, carik alasan lain untuk mengutuk Mawi.
72. Lebih-lebihkan cerita tentang kesalahan Mawi sewaktu persembahan supaya orang lupa nak bahas kesilapan calon kegemaran anda.
73. Berpeluh ketiak setiap kali Mawi menyanyi takut Mawi tidak buat silap langsung.
74. Tidak senang duduk bila pengkritik puji Mawi, bagi alasan pengkritik takut ngan Fanatik Mawi, itu sebab puji.
75. Tidak mahu menjamah sayur sawi walaupun sawi goreng kicap adalah kegemaran anda sejak kecik.
76. Rasa macam nak tumbuk je muka member yang guna caller ring tone Mawi.
77. Harap sangat agar mawi diberi tugasan menyanyi lagu India ke, Cina ke, Rusia ke, nak sangat world, ambik ko punye world.
78. Anda gelakkan isteri/girlfriend anda yang minat Mawi bila anda dapat tahu mawi telah bertunang.
79. Segala aspek fizikal Mawi anda kutuk padahal sebelum ini tidak kisah pun kalau orang lain tu botak ke, kurus ke.
80. Bila Mawi menyanyi ... anda menanti-nanti bila Mawi buat silap ... ammo utk blog anda
81. Bengang sebab Mawi dapat 1 lagu English ... Kalau boleh semua lagu Mawi mesti lagu English
Mari kita panaskan lagi.
1. Menyuruh anak anda memutuskan pertunangannya yg telah 10 tahun diikat semata2 kerana mawi juga bertunang
2. Membakar kain pelikat bapa mertua anda apabila melihat mawi berkain pelikat kat dlm akademi
3. Membuang VCD Sepet,Trauma yg turut dibintangi oleh anak Pn Fatty iaitu Aleya dan Amani smata2 kerana mendakwa Pn Fatty menyokong mawi apabila dia menangis sebab feel lagu Beatiful Maria yg dibawa Mawi
4. Mencadangkan AF mengadakan AFKELUAR bagi mengeluarkan mawi
5. Memukul anak anda yang mengucapkan petikan dari filem P Ramlee,Ali Baba Bujang Lapuk-"Mari kita kasi pecahlaa" hanya kerana mawi meniru ungkapan tu dlm Xtended
6. Meletak jawatan selaku Presiden Sepak Takraw kampung anda kerana xtelah membenci takraw sejak bermula AF3 ni
7. Berpakat dgn Zorro(org astro) supaya mencadangkan dia meyunting babak yg melibatkan mawi daripada diari AF sebaliknya menyuruh astro hanye menyiarkan babak amylea menangis je hari2
8. Menubuhkan FC pelajar lain dan mengangkat diri sndri sebagai presiden kepada 19 FC tersebut semata2 nak menyaingi Mawi FC
9. Marah2 xtentu pasal bila pembaca berita menyebut "Rakyat Palestin telah menlancarkan kempen intifada"
kerana menyangka ia adalah kempen meyokong mawi
10. Menjual semua harta pusaka,merembat wang KWSP bapa anda semata2 nak beli kad topup dan undi 8 peljar lain kecuali mawi semata2 nak dia terkuar
11. Menuduh mawi ialah Osama Bin Laden yg menyamar dgn menyertai AF3 smate2 nak lari dari ditangkap US
12. Mengebom 3 stesen keretapi di london kelmarin untuk mengalihkan perhatian pengundi2 mawi agar terlupa nak vote mawi
13. Anda pindah dari bumi dan menetap di Marikh semata2 xnak duduk kat WORLD
14.Sebagai guru Geografi,anda melukis peta Malaysia tanpa melukis bahagia selatan semenanjung lelebih lagi kat kawasan Felda Taib Andak
15.Sanggup memfitnah Metro menyiarkan kenyataan palsu yang album Jamal Abdillah-Aku Penghibur telah terjual sebanyak 20 000 unit setelah lagu Gadis Melayu dinyanyikan Mawi dan telah mengemukakan aduan anda kepada Tribunal Pengguna semata2 terasa diri ditipu setelah membaca artikel tu
Diari Akademi Fantasia Minggu 06 Episod 05
Ulasan selanjutnya, sila ke Akademi Fantasia-Coretan Seorang Rakyat Jelata. Tengah penat kemaskini senarai Tanda Tanda Anda Anti Mawi Jika...yang akan dikemaskinikan menjelang tengahari nanti.
Diari Akademi Fantasia Minggu 06 Episod 06
Nampak tersiksa juga Yazer membawakan lagu Cinta Kilat itu. Saya merasakan yang vokal Yazer semacam tenggelam dalam melodi lagu tersebut. Itu belum lagi dimasukkan elemen-elemen persembahan dalam lagunya. Pergerakan Yazer untuk sketsa juga sedikit sebanyak menenggelamkan vokal beliau. Sungguh rendah juga tone lagu tersebut. Melodi lagu tersebut sedap tetapi lirik lagunya semacam berkata-kata sahaja. Banyak yang perlu dibaiki oleh Yazer. Beliau perlu menambah perisa dalam persembahannya. Attitude beliau juga perlu ditingkatkan untuk lagu ini.
Felix nampak begitu tertekan. Memang nampak beliau agak kerisauan dengan lagu tersebut. Saya masih tidak faham apa yang beliau nyanyikan. Nada lagu tersebut sudah kena dengan vokal beliau. Beliau hanya perlu melontarkan vokalnya dengan lebih berkeyakinan agar apa yang dinyanyikan dapat didengar dengan jelas. Yang baru dibaiki adalah aspek nyanyian sahaja dan belum ditambah elemen persembahan.
Rupanya bukan sahaja peminat Akademi Fantasia yang bergaduh di luar, mereka di dalam Akademi Fantasia juga turut berselisih faham. Para pelajar menyuarakan ketidak-puashatiannya terhadap Amylea. Kehadiran Cikgu Siti Hajar adalah untuk menjadi orang tengah untuk menyelesaikan masalah tersebut.
Sebagai seorang Tenaga Pengajar beliau tentu perasan perubahan yang berlaku di dalam kelasnya lebih-lebih lagi bilangan pelajar semakin berkurangan. Berdasarkan pengalamannya, beliau telah meneka dan bertanya. Beliau turut melihat ada yang terganggu emosi dan fikiran mereka.
Memang sukar juga apabila dikritik oleh teman sendiri di hadapan semua orang dan juga turut ditonton oleh jutaan rakyat Malaysia. Tentunya menjadi Amylea amat sukar dengan situasi tersebut. Yang peliknya, apabila Amylea seakan tidak diberi peluang untuk membela diri, hanya sekadar mendengar komen-komen dari rakannya. Mungkin juga tidak ditayangkan di dalam Diari. Mungkin juga ia boleh disaksikan di dalam Diari Xtended.
Kefli menasihatkan Amylea agar membaiki dirinya. Amylea harus bersifat lebih matang dari umurnya. Beliau banyak bercakap di dalam kelas dan terlalu banyak bertanya sehingga mengganggu pelajar lain. Yazer pula berpendapat AMylea tidaklah sampai menyakiti hatinya. Amylea seorang yang hyperactive dan bertindak pantas di dalam kelas. Beliau berbangga kerana Amylea sentiasa terfikirkan soalan yang tidak pernah mereka sangkakan. Ini menjadikan beliau jauh di hadapan dan adakalanya seperti tunjuk pandai.
Felix beranggapan Amylea seorang yang panas baran. Adakalanya apabila beliau bertanya soalan, Amylea pula yang menjawab. Beliau seakan-akan tidak tahu mengawal pergerakannya dan ini menjelekkan pelajar lain. Saya melihat seakan Cikgu Siti Hajar turut menyokong tindakan para pelajar lain.
Berbeza dengan Akma yang sebelum ini tidak berani menegur secara berhadapan. Akma sendiri dengan berani membuat kenyataan untuk memulaukan Amylea. Satu kenyataan yang berani dari mereka yang hanya tinggal 9 orang di dalam Akademi. Kurangnya sifat kekeluargaan dan persahabatan di dalam Akademi pada musim ini.
Memang sukar untuk menerima apabila dikomen sebegini. Lebih-lebih lagi menyedari yang Amylea sendiri akan menghadapi laluannya sendiri pada minggu-minggu akan datang. Dalam keadaan beliau tahu ada cubaan untuk memulaukannya dari kalangan pelajar dan juga ada di antara pelajar yang tidak berpuas hati dengan tingkah lakunya.
Amylea harus lebih terbuka dan menerima komen secara lebih positif. Di dalam adik-beradik juga ada yang bergaduh ini kan pula sesama berkawan. Kita harus lebih telus bersama kawan-kawan. Tetapi apabila dibuka pekungnya di hadapan semua kawan-kawannya tanpa mengira perasaannya tentu agak mengaibkan. Perkara-perkara peribadi sedemikian lebih sesuai dibuat secara lebih personal.
Antara kegusaran pelajar terhadap Amylea :
Amylea agak rapat dengan Tenaga Pengajar untuk kepentingan ilmunya. Apa salahnya sekiranya rapat dengan Tenaga Pengajar untuk tujuan tersebut. Pelajar lain sekiranya tidak mahu mengambil serius tentang ilmu, mereka boleh terus bermain-main. Amylea juga merupakan pelajar yang banyak bertanyakan soalan. Apa salahnya bertanya soalan ? Mungkin salah sekiranya dilakukan bukan pada masanya sehingga menganggu sessi pengajian. Pelajar yang terlalu pendiam dan tidak mahu bertanya, apakah ini sesuatu yang adil untuk Amylea dipersalahkan ? Kegusaran pelajar yang paling besar ialah AMylea merupakan pelajar yang paling konsisten dan menunjukkan peningkatan dalam setiap persembahannya. Ini semacam suatu ancaman kepada pelajar lain.
Gila Akademi Fantasia
Memang sengsara juga minggu ini. Sahabat saya juga menghadapi kesuraman di dalam blog beliau. Entahlah, pada musim ini Akademi Fantasia semakin gila sifatnya sehingga mampu membuatkan sesiapa sahaja cepat terasa sejak akhir-akhir ini. Saya tidak peduli apa kesannya kepada yang lain tetapi jika ia memberikan kesan kepada kawan-kawan saya tentunya saya turut merasa terpukul sekali. Memang seronok gaduh-gaduh manja dengan mereka ini. Kutuk sana, kutuk sini kerana saya tahu mereka boleh bergurau dan saya juga boleh bergurau. Mujur tahun ini saya tidak ada pelajar yang benar-benar saya minati. Kalau ada pun, pelajar yang saya minati itu berada di kedudukan yang agak selesa. Kadang-kadang, ada juga terkutuk pelajar yang lain. Memang seronok tengok orang meroyan. Lebih-lebih lagi bila kita pun turut sama meroyan. Kadang-kadang apabila terlalu berseronok di conference sehingga akhirnya mengundang kesedihan di penghujungnya. Walau apapun saya sudah mengenali mereka hampir tiga musim, ada juga yang dua musim. Saya masih ingin mengenali mereka lebih dekat. Biar kita teguh bersama, jangan diberikan peluang pihak musuh menggunakan kita. Ingat tu KA ! Hehehehehehehe !
Tanda Anda Adalah Peminat Fanatik Mawi Jikalau...
hasil santau minda sultanmuzaffar dan konco-konconya.
Kredit untuk dreamfinder, leen dan vadx7 yang bersengkang mata sehingga ulasan diari semalam tidak siap diulas. Sekiranya ada mana-mana pihak yang berminat untuk mengambil artikel ini, sila beri kredit seadanya. Terima kasih
1. Anda tetiba terbuka hati dan sanggup bertudung - kerana Mawi dan bukan kerana...
2. Anda boleh lupa kawan semata-mata kawan anda tidak meminati Mawi. Tidak bertegur itu perkara biasa.
3. Anda cepat terasa bila nama Mawi disebut.
4. Anda tiba-tiba berasa rugi tidak dilahirkan di Johor. Tapi ingat, jika ingin berkahwin di Johor kena lulus ujian darah iaitu HIV –ve.
5. Anda merasakan lagu Negaraku terlalu cepat temponya kerana khuatir Mawi tidak dapat mengikuti tempo sebenar lagu tersebut. Minta kerajaan ubah kembali tempo lagu Negaraku ke tempo lama.
6. Anda ke sanggup ke Indonesia untuk mencantikkan wajah menjadi seperti Nurdianah, tunang Mawi semata-mata dengan harapan Mawi akan mengahwini anda. (cucuk Botox lah)
7. Anda rasa hati anda diremuk-remuk apabila Mawi mengaku dia sudah mempunyai kekasih hati walaupun anda sudah bersuami dan beranak empat.
8. Anda sanggup menceroboh blog orang semata-mata ingin mempertahankan komen yang membacking Kudsia Kahar.
9. Anda cepat melenting walaupun komen anda di blog ini di jawab di blog orang lain.
10. Anda merasakan Pengetua M.Nasir sebagai evil kerana telah memberikan komen di Imbasan dan bertukar menjadi angel setelah menasihati dengan nada yang lemah lembut.
11. Anda bersetuju dengan Cikgu Adnan kerana beliau telah membacking Mawi walaupun sebelum ini beliau mengutuk MawiFC.
12. Suami anda semakin mengurangkan aktiviti spanya kerana anda kini sudah pandai mengurut.
13. Anda tetap berkeras mengatakan yang World adalah dicipta oleh Mawi dan bukannya Encik Aman. Siapa Encik Aman tu ? Mawi tetap world !
14. Jika dahulu anda adalah orang yang sanggup mengeluarkan belanja untuk membelikan sarung tangan untuk Mawi, kini hanya tinggal kenangan kerana anda gembira melihat Mawi bersentuhan tanpa segan-silu.
15. Anda cepat merasa phobia sekiranya pengkritik memberikan komen negatif kepada Mawi kerana Mawi seorang yang syumul.
16. Anda melakukan sujud syukur kerana masalah CD jump tidak berlaku kepada Mawi. Jika tidak, entah apalah yang akan terjadi.
17. Anda puji Kudia kerana memuji Mawi dan mengeji Kudsia kerana memberikan komen negatif terhadap Mawi.
18. Sanggup mendengar Klasik FM semata-mata anda bencikan Kudsia Kahar dan ERA
19. Anda merasakan yang botak itu handsome.. Pili bomba di tepi jalan pun silap-silap anda sangkakan Mawi.
20. Anda rasa anda ada kelebihan untuk tackle Mawi semata-mata anda seorang tukang urut, setakat pakai tudung tu apa la sangat. Dah ramai sangat!
21. Anda merasakan mana-mana menteri yang berambut palsu sebagai tidak cool. Botak pun handsome juga !
22. Selama ini anda merupakan pengutuk majalah Mangga Nombor Satu, tetapi membelinya kerana ada poster Mawi bersama model iklan Sunsilk.
23. Baru kini anda berani mengaku anda adalah anak peneroka Felda.
24. Curi-curi melihat muqaddam adik untuk memastikan ejaan AFUNDI MAWI dalam jawi betul ejaannya.
25. Anda sudah tidak peduli berapa pelajar yang akan masuk final, ada AFMASUK ke AFSINGKIR ke, sebab anda sudah yakin siapa yang akan menang AF3.
26. Anda tidak kenal pelajar-pelajar yang lain, kerana bagi anda AF3 hanya ada Mawi dan Felix. Itu pun kerana Mawi dan Felix sentiasa berkepit.
27. Anda mula menggunakan celak mata Mekah semata-mata dapat berfantasi menjadi Nor el Ain.
28. Peluang bergambar di papan tanda Felda Taib Andak, riaknya mengalahkan dapat bergambar dengan Perdana Menteri.
29. Anda mempercayai bulat-bulat yang gimmick atau kejutan yang telah dilakukan pada konsert yang ke Tiga (Ke Empat?) di mana pembaca berita ASTRO telah melaporkan yang jualan tudung makin mendadak sejurus selepas kenyataan Mawi yang sukakan perempuan yang bertudung.
30. Anda tidak hirau jika pelajar-pelajar AF lain dimarahi ketua pelajar, atau jika pelajar-pelajar AF luka berdarah merembes-rembes sekalipun, tetapi jika Mawi terluka paper cut akibat salah cukur pagi itu, hati anda sudah berdebar-debar. (”OK ke dia nanti? Boleh ke dia nyanyi nanti?”)
31. Jika Mawi mendapat lagu Inggeris, pengetua dikatakan tidak adil kerana member Mawi lagu-lagu yang susah, tetapi jika pelajar-pelajar AF lain yang diberi lagu Inggeris, anda mengatakan ini bagus kerana menjana versatiliti seseorang pelajar.
32. Hati anda berdebar-debar dan anda mengingatkan peminat-peminat Mawi yang lain untuk tidak bising kerana takut Mawi akan menerima ”aura” nervous anda (dan kemudiannya akan membuatnya lari tempo/melodi etc.)
33. Anda amat gembira apabila Reza dikeluarkan dari AF – dan lebih gembira lagi apabila Reza telah melantik Mawi sebagai Ketua Pelajar.
34. Jika pelajar-pelajar AF tidak dengar kata Mawi, anda rasakan yang pelajar-pelajar itu ”kurang hajar” dan tidak menghormati Mawi sebagai Ketua Pelajar. Isu ini tidak pernah ditimbulkan semasa Reza menjadik Ketua Pelajar dahulu.
35. Tiba-tiba anda rasa anda hendak balik beraya di rumah Mak Ngah anda yang bermastautin di Johor Bahru – walaupun anda tidak berjumpa dengannya sejak 1989.
36. Dahulu anda amat membenci budak-budak skinhead dan menganggap mereka sekelompok kaki lepak tepi jalan dan mat-mat ganja. Sekarang, anda senyum ke setiap skinhead yang sedang melepak di tepi jalan.
37. Anda tiba-tiba rasa terpanggil untuk belajar bahasa Arab dan Tajwid supaya anda dapat mengaji dengan lagu dan grammar yang betul.
38. Anda yang dahulunya hanya mengagungkan martial arts luar negara seperti karate-do, tae-kwon-do, jujitsu, thai kickboxing dan gusti, sekarang menggangap yang silat pukul pelaga adalah senaman mempertahankan diri yang terbestest in the world!
39. Dahulu anda mencemuh DJ-DJ di pasaraya kerana anda merasakan mereka ”poyo” dan ”yo-yo-oh” aje, tetapi sekarang anda senyum dan berasa begitu respek kepada mereka.
40. Anda rasa jelik dan menyampah kepada Marsha kerana anda rasa Marsha ”choba” menggoda Mawi dengan sengaja mengenakan tudung di depan Mawi pada Diari AF hari itu. Sebelum, anda tidak rasa Marsha begitu – malah, anda mengganggap yang Marsha itu manis dan cute sungguh.
41. Sebelum ini anda begitu kritikal terhadap pelajar-pelajar AF semasa konsert. Begitu besar salahnya jika pelajar-pelajar itu lupa lirik dan salah masuk lagu APATAH lagi jika pelajar-pelajar itu lupa melodi dan menanyi lagu Inggeris dengan begitu hampehnya (remember Atie’s ”Sap de Bears for Laaast”?). Sekarang, anda defend Mawi beriya-iya ”OK apa dia nanyi”.
42. Anda rasa Mawi sudah bagi 200% hanya kerana Mawi (i) tidak lupa lirik (2) tidak salah masuk lagu dan dengan itu, dia tidak sepatutnya dia dimarahi oleh para juri dan tenaga pelajar.
43. Dahulu anda sangat membenci Sharifah Aini kerana telah menulis surat yang kejam terhadap penyanyi kesayangan anda Siti Nurhaliza (walaupun mahkamah belum lagi menjatuhkan kesalahan itu kepada Sharifah Aini), tetapi tiba-tiba anda merasakan yang Sharifah Aini ni OK apabila anda teringat yang dia pernah mendendangkan lagu Nour-El-Ain.
44. Anda rasa anda tidak perlu menjelaskan alasan mengapa anda rasa Mawi itu World dan mengapa anda sangat suka kepadanya. Pada anda, hanya cukup jika anda kata yang Mawi itu Magik!
45. Anda rasa anda bukan peminat fanatik Mawi tetapi cepat melenting jika anda dituduh sedemikian.
46. Anda rasa anak anda anak derhaka dan lupa daratan kerana tidak menyokong Mawi walaupun dia dilahirkan di Johor seperti Mawi (mak aku lah tu).
47. Anda rasa anak anda derhaka apabila anak anda tidak mahu menolong anda mengAFUNDI Mawi (kerana anda sendiri tidak tahu menggunakan telefon bimbit untuk SMS).
48. Anda rasa Linda Jasmine itu getek apabila dia memegang Mawi di dalam kelas tarian (Diari AF minggu ke 2).
49. Anda sentap dan amaroh apabila membaca entry blog ini dan berjanji untuk tidak berkawan dengan penulis-penulis entry blog ini. Mwahahahahha.
50. Semuanya kerana Mawi. Apa yang anda buat semuanya kerana Mawi.
51. Anda sanggup mencari 50 alasan "tanda anda adalah peminat fanatik mawi" dan menempeknya di blog anda. (Kredit : vrooom)
52. Anda membayangkan alangkah comey nyer sifu M Nasir kalau kepala dia turut botak macam Mawi, malahan cikgu adnan pun anda masukkan dalam imaginasi anda itu. (Kredit : vrooom)
52. Anda tak kisah pun nak download ke handphone segala-gala tentang Mawi, ringtone, wallpaper, clip, apatah lagi afundi. Tetapi nak sms Bersamamu TV3 tu rasa cam mahal je. (Kredit : sweetmk)
53. Demi mempertahankan Mawi setiap komen anda akan didahului dulu dgn kutukan utk pelajar lain utk cover apa2 kelemahan Mawi. (Kredit : Rina)
54. Turut membayangkan alangkah comey nyer abg asrul klu dia ada simpan sideburn mcm mawi dan juga janggut sejemput macam Mawi. (kredit : vrooom)
55. Sanggup beli album Jamal Abdillah 'Aku Penghibur' sebab memuatkan lagu Gadis Melayu. Nak bandingkan dengan Mawi nyanyi. Sebelum ni tak penah beli album Jamal pon walaupun ada lagu Azura. (Kredit : waiem the orangkuat MawiFC)
56. Gara-gara terlalu minat kat Mawi, sanggup panggil Marsha bermacam nama tak elok utk menyakitkan hati peminat no.1 Marsha (eh, yeke no.1?)kat konsert dan anda kini dilabel sbg the 'notorious Makcik Terlampau' dlm blog2 AF. (Kredit : Rina)
57. Sanggup beli mp3 player utk dengar lagu mawi bila2 masa dan dimana2 walaupun tengah sengkek waktu tu. (Kredit : mawar)
58. Kalau anda jumpa penulis2 "tanda2 anda fanatik MAWI' ni, anda rasa nak telan diaorang hidup2....ataupun buat masak asam pedas ataupun nak blender daging2 diaorang buat meatball...(Kredit : meesua yang macam tengah lepas geram)
59. Anda peminat mawi, kalau hari2 dok refresh kat blog sm semata2 nak baca diari extended dari setankuning. (Kredit : doremon)
60. Sanggup suruh suami dan semua anak lelaki anda botak cam Mawi. (Kredit : Anonymous)
61 : SM, it's enuff, K! Seems like you hate 'this creature' named Mawi. I just could find the significance of the items that you've listed. What's the correlation bet those and liking Mawi. Too bad. All this while I respect your blog. But now, it seems to me that you are trying to inject people's minds with your virus. What is it actually? Be fair. I love others too. (Kredit : marimba) Jangan risau ! Kalau komen pengkritik tetap tidak dapat mengubah pendirian pengundi, apatah lagi komen dari blogger marhaen sepertiku ini. :)
62. Tetiba tak reti sebut perkataan tsunami lalu menjadi tsumawi. (Kredit : AkuKot)
63. Sanggup membeli semua majalah hiburan asalkan ada yg menulis tentang Mawi, sedangkan selama ini anda tidak berminat untuk membeli majalah hiburan (membazir katanya) (Kredit : Awekcute)
64. Sanggup memenatkan jari anda untuk menulis 50 sebab " Anda adalah fanatik Mawi" (Kredit :Awekcute)
65. Anda sanggup masukkan ASTRO di rumah (walaupun selama ini hidup bahagia tanpa astro) semata-mata nak tengok Mawi menyanyi. (Kredit : watcher_8)
66. Dulu anda benci gila babas kat lagu intifada sbb masa anugerah era, feratik era joget lagu tu sambil cucuk2 langit... tapi skarang anda rasa lagu tu cool jek...(Kredit : vrooom)
67. tahun ni nak ambil kelas tarian gelek nour el ain kat dancing class cikgu LJ sbb nak gelek2 utk mawi...(Kredit : vrooom)
68. tetiba rasa bangga jadi gadis melayu walaupun anda sedar hidung tak mancung macam nour el ain atau pipi tak gebu macam maria...(Kredit : vrooom)
69. semua lagu yg anda nyanyi anda dengungkan mcm masa mawi nyanyi lagu kekasih awal dan akhir... (Kredit : vrooom)
70. sanggup pdg 2 3 kali mamat yang lalu sebelah anda sebab idung dia mcm mawi(dari tepila) (Kredit : yanti)
71. nak beli Myvi cakap kat amoi kereta nak beli Mawi. (Kredit : yanti)
72. Ban blog SM sbb ada article yg sebenarnya cuma menjatuhkan maruah mawi.. dan bukannya fanatik mawi dan tujuan sebenar article ini hanya lah sebagai membantu seorg kawan yg sakit hati bila kudsia di keji oleh fanatik mawi (Kredit :nak jugak komen)
73. Anak anda menukar nama kucingnya menjadi mawi (ini jadi betul-betul kat aku). (Kredit : Adiputra)
74. Anda sanggup perabis duit untuk pasang Astro di rumah bapak anda di kg, kerana anda kena balik kg hujung minggu ni sebab ada kenduri. (Kredit : twin tower)
75. Bila masuk blog klubbkids RADIO BLOG nak dengar Kefli nyanyi ' "Berhenti Mengharap" atau nyanyian students yang lain tapi tertekan "Beautiful Mariaaaaaa". (Kredit : Laidz)
76. Bila baca kisah mawi & family tak pernah layan AF (sebab tak de astro), sanggup nak masukkan astro kat umah mawi so that parents dia dapat tengok muka anak dia hari2.... (Kredit : BALENCIAGA)
77. Sanggup cari merata jeket yang mawi pakai masa awal2 kemasukan dalam AF. Kalau boleh nak beli jeket yang mawi bagi pada M Nasir tu walau berapa harga sekalipun. (Kredit : elf)
78. 2 min skali refresh blog SM pasal nak tgk kot2 ade comment baru pasal MAWI (Kredit : watcher_8)
79. Telampau teruja nak becerite pasal mawi ... hatta dengan maksik cleaner pon boley layan gak (Kredit : watcher_8)
80. Mula menghayati lirik lagu nasyid utk menjadi orang yang berguna
81. Kanak-kanak dan remaja mula merasakan mengaji dan berzanji adalah perkara yang cool
82. Gagal sekali tak bermaksud gagal selamanya kerana Mawi telah buktikan pada anda
83. Anda mula mendengar dan pratikan nasihat orang yang lebih arif sebagaimana Mawi dan Sifu.
84. Secara malu-malu membeli album nasyid kerana anda sebenarnya rock kapak
85. Mulanya fenomena baru ... "nasyid"kan lagu-lagu lama atau rock
86. Sekejap cakap "Magic" lepas tu "World" lepas tu "Colourful" ... tak sabar tunggu meeting tenaga pengajar utk dapat perkataan baru
87. Bila Mawi berdiri aje .. yeeaaaaaahh ... Bila Mawi bersuara aje ... yeaaaahhhhhh !!! ... Bila Mawi lupa lirik ... alaaamaaakk ... Bila Mawi lari tempo .... pulaaakkk dahhh ... Bila Mawi habis menyanyi ... yeaaaahhh
88. Menjerit bila Mawi menyanyi .. "Mawi !!! aku tak pandai urut tapi aku ada kerusi urut osim !!!"
89. Lega sebab Mawi tak perlu lagi menyanyi lagu English !!!!
90. Takut bila % undian Mawi jatuh dibawah 23 %
91. Pelik kenapa Mawi dan Felix perlu surat wasiat !!!
92. Marah pada Astro sebab tak beri lagu Jawa kat Mawi (Kredit :mdmee)
93. Anda fanatik mawi, # sanggup tempah tiket kapal terbang dan pulak tu..flight byk transit byk tempat pon tak kesah..asal dpt tengok mawi dekat2.. (Kredit : rosnisa)
94. Sanggup belajar cara nak pakai ken pelikat walaupun sebelum nih tak suka pakai.. (Kredit : Batrisya88)
95. Berebut2 penyapu dengan adik-beradik, housemate, suami,isteri, anak2, emak,bapak,atuk & nenek atau sesiapa yang tinggal serumah kerana ingin mmebersihkan lantai sesudah makan setelah menghumban vaccum clenaer dalam setor. (Kredit : mambang angin)
96. Last year buat tanda2 anda fanatik AF semua orang happy, tahun nih buat tanda2 fanatik mawi, ada yang tak suka. SM
97. Anda sanggup berkelahi dengan adik-beradik anda atau dengan bofriend anda atau dengan kawan-kawan anda yang mengharapkan agar Mawi diberikan lagu yang susah-susah dan sangat mencabar seperti lagu-lagu Hip Hop atau lagu-lagu Rap. Anda yang mahu melihat versatiliti Mawi tetap dengan keputusan anda supaay Mawi diberi lagu-lagu yang lebih selamat pada setiap minggu. (Kredit : Seacrest)
98. Anda pura-pura senyum tak terasa membaca artikel ini padahal dalam hati menyumpah-nyumpah SM ! (Kredit : JM)
99. Anda menangis lepas baca artikel ni kerana terasaaaaaaaaa!!! (Kredit : JM)
100. Anda terus tutup blog kerana marahkan SM (refer: Blog Alisejuk) (Kredit : JM)
101. Anda terus delete phone no SM dari phone anda... (Kredit : JM)
102. Anda sanggup abiskan masa me'reverse' balik 50 sebab yang SM tulis untuk buat list 50 sebab anti-mawi (refer mdmee heheh..) (Kredit : setankuning)
103. Walaupun mawi sumbang nyanyi lagu memori cinta luka..tetap sokong dia.. (Kredit : sweetmk)
104. Anda sanggup bersengkang mata menulis "1000 Tanda-tanda Anda Fanatik NT-Mawi" karana tak puas hati dengan artikel ini... (Kredit : JM)
105 Sanggup pegi shopping mall semata2 nak carik baju belang itam merah cam mawi pakai which turn out that baju tuh adalah baju hotlink yg takde dijual dimana2 (Kredit : shay)
106. Anda sanggup mengundi Mawi "walaupun dia lupa datang Stadium malam sabtu ni".. (Kredit : JM)
107. Anda tak sanggup tengok muka SM di kaca tv anda lagi untuk ulangan Imbasan (sebab dia anti fanatik Mawi). Kalau muka SM keluar TV, anda sanggup switch-off power supply di kawasan perumahan tempat anda tinggal... (Kredit : JM)
108. Anda kutuk Hasmawi Hassan pakai nama Mawi dlm majalah sbb tanak sama ngan Mawi AF3 walhal Hasmawi tu dr dulu lagik kengkawan dia pangge dia Mawi. (Kredit : Shay)
109. Anda akan menulis email kepada SM /call SM HARI INI juga menyatakan rasa tidak puas hati anda terhadap artikel ini... (Kredit : JM)
110. Anda tak dapat tidur malam ni kerana panas hati kengan komen-komen di sini... (Kredit : JM)
111. Anda tak berselera makan malam kerana teringatkan 'tanda-tanda' di blog SM... (Kredit : JM)
112. Terasa ingin memulakan kerjaya sebagai DJ
113. Tengok cermin sambil dalam hati kata "ada iras² mawi jugak aku ni, patutler ramai yg pandang"
114. Sanggup berusaha keras utk dapat info pasal mawi walaupun itu bukan bidang kerja anda (Kredit : Mukaka)
115. Anda memberi nama Mawi kpd anak anda yg baru lahir (Kredit : andeng)
116. Anda sanggup tulis lirik atas banner dan duduk depan masa konsert untuk membantu Mawi agar dia tak silap lirik lagi... (Kredit : JM)
117. Nama boss mat salleh anda adalah "Matthew Witkinson" ... u guess it .. anda panggil Mawi
118. Bila Mawi menyanyi .. anda perpeluh-peluh kerana takut Mawi lupa lirik atau salah tempo
119. Bila pelajar lain menyanyi .. anda marah kat kamera man sebab tak focus kepada Mawi
120. Gelak berguling-guling setiap kali nampak Mawi dalam Diari.
121. Tension sebab bf/hubby anda takde hidung bengkok macam Mawi
122. Marah kat Ciku Fatty sebab nak beri masa 5 jam utk Mawi lukis muka Sifu ... Anda percaya Mawi memang pandai lukis.
123. Anda mula memikirkan nama-nama yang ada iras-iras nama MAWI untuk anak dalam kandungan anda...cth: mohd mawi, nurmawidiah, Asmawiwati dll (Kredit : xoxo)
124. Anda cuba mengalihkan tumpuan ramai dengan berborak mengenai bola di sini... (agar list ini tidak bertambah) (Kredit : JM)
125. Time konsert live ajak kengkawan ramai2 clap ala2 CTH supaya Mawi tak lari tempo. (Kredit : Rina)
126. Muka hensem si gerrard tu pun anda kata 'sebijik macam muka Mawi"...(Kredit : JM)
127. Sanggup beli slimming pil Sendayu Tinggi mcm Mawi makan walaupun selama ini tak pernah kisah nak diet pun, sanggup makan pil tu walaupun badan tak perlu d slimming kan lagi. (Kredit : pemerhati af3)
128. Anda siap ingatkan Meesua berulang-kali supaya masukkan idea anda dalam list yg akan dibuat malam ni.. (Kredit : JM)
129. Anda tak akan balik rumah malam ni selagi list "1000 dalil.." tu tak siap.. JM
anda pi forwardkan link blog SM kat smer kengkawan anda N citer kat diorg that ari2 & every second anda dok memerap kat blog tuh..... tiba2 baru anda teperasan yg anda ter CC kat bos anda sama .... (Kredit : watcher_8)
130. Favorite english word...World (Kredit : wink)
131. Favorite misused bahasa melayu sentence... 'jgn kutuk mawi' walaupun takde sape yg kutuk pun. (Kredit : wink)
132. Favorite coverline phrase 'aku bukan fanatic mawi' (Kredit : wink)
133. Perangai/Sifat baru yg diperolehi... cepat melenting. (Kredit : wink)
134. Kebolehan mendengar semakin terjejas pasal lain orang cakap, lain yg die
dengar. (Kredit : wink)
135 Kebolehan memahami pun effected gak... lain org tulis lain yg die tafsir. (Kredit : Wink)
136. Anda tidak lagi menghormati penulisan SM dan ini adalah entry terakhir SM yang anda baca dan hari ini adalah hari terakhir anda melawat blog SM. (Kredit : Affandi)
137. Membakar semua album M.nasir kerana beliau memberikan lagu Inggeris kepada Mawi... (Kredit : JM)
138. tiap2 hari ulang tayang klip gadis melayu sbb nak tgk mawi goyang punggung... (Kredit : vrooom)
139. Ajar anak yg baru nak pandai cakap sebut WORLD dengan dengung WERLLL! (Kredit : vrooom)
140. Tulis sajak bertajuk "untuk suamiku" tapi tertulis "untuk sumawiku" (Kredit : vrooom)
141. Anda tak akan mengunjungi blog ini beberapa hari ... (Kredit : JM)
142. Anda sanggup menyamar sebagai Affandi walaupun anda sebenarnya adalah Sumie kerana malu diketahui umum sebagai fanatik Mawi... (Kredit : JM)
143. Marah gila kat penari latar time lagu Nour El Ain sebab pegang2 pipi mawi
144. Sanggup edit gambar guna photoshop kononnya pernak tangkap gambat ngan Mawi -kawan aku tue...
145. Harapkan lagu yang Mawi nyanyi cepat2 habis supaya dia takde lakukan kesalahan...puding
146. Anda outstation dan hotel takde astro ria, anda gelisah, lalu sanggup call husband/family di rumah dan minta diaorg letakkan telefon betul2 depan TV untuk dengar suara mawi - bermula dia ditemubual hinggalah dia habis dkritik oleh pengkritik ke 3.
147. Marahkan adik/family anda yg buat cerita seram sebelum konsert bermula "malam nie mawi mesti lupa lirik", "malam nie mawi suara pecah.. bla..bla" anda mudah naik darah dan mengatakan itu adalah doa yg tak baik.
150 Sebelum Mawi perform masa konsert, anda sakit perut, asyik masuk toilet. Dada anda berdebar2. Selera makan takde. Nak minum air pun tekak perit. Anda risau mengalahkan anak anda nak ambik upsr. (Kredit : Lynsutera)
151. Anda akan associate semua benda didunia dengan mawi walaupun tiada correlation yang jelas disitu e.g. mengaitkan ubat gigi dengan mawi, mengaitkan pertandingan bola sepak dengan mawi dsb. (Kredit : CPK)
152. Anda tak dapat terima yang ini semua hanyalah gurauan... (Kredit : Anonymous)
153. Sanggup ketepikan dan lukakan perasaan kawan2 hatta hilang kawan sekalipun semata-mata nak kutuk/pertahankan Mawi
Diari Akademi Fantasia Minggu 06 Episod 03
Penyampai ERA Pasti Datang
Bila setiap kali pelajar Akademi Fantasia diberikan tugasan sebegini, itu tandanya Penyampai ERA akan masuk Akademi. Sedang mereka berlatih-latih menjadi DJ Radio, Kieran dan Farah Fauzana muncul di Akademi Fantasia.
Ilmu-ilmu yang dibawa oleh Kieran dan Farah amat besar ertinya kepada para pelajar. Mawi contohnya lebih sesuai menjadi penyampai radio. Tone suara beliau ada nilai komersial untuk menghuni Konti Radio ERA. Kehadiran mereka ini lebih besar maknanya berbanding kehadiran Linda Onn, Halim Othman dan Khairil Rashid pada musim lepas. Kieran memberikan gambaran sebenar tentang bagaimana sesebuah konti radio. Bagaimana rutin harian yang perlu mereka lalui serta pemilihan lagu. Kesemua lagu telah pun siap dipilih dan mereka hanya perlu tekan butang sahaja dan berbicara di pembesar suara.
Ulasan selanjutnya, sila ke Akademi Fantasia-Coretan Seorang Rakyat Jelata. Mulai pada hari ini saya akan mengulas Diari 12.30 tengahari secara sambil lewa kerana tidak sanggup berjaga lewat malam untuk menulis. Saya hanya akan menulis isu yang saya fikirkan penting sahaja. Ulasan tengahari boleh diperolehi di Akademi Fantasia-Coretan Seorang Rakyat Jelata, kecuali jika beliau tidak menulis. Sama sahaja tidak banyak bezanya.
Diari Akademi Fantasia Minggu 06 Episod 04
Rupanya semalam punya Birthday Party belum habis lagi. Pengetua M.Nasir memotong kek dan kemudiannya makan beramai-ramai. Hidangan untuk mereka nampaknya enak iaitu set steamboat.
Merajuk Betul-Betul
Ini pertama kali rasanya ada merajuk betul-betul di Akademi Fantasia. Yazer sampai tidak boleh menumpukan perhatian dalam Kelas Cikgu Siti Hajar dan Kelas Tarian Cikgu Ee. Ada sahaja yang tidak betul terutama sewaktu bubbling. Kelas Tarian yang biasanya disukai oleh Yazer tetapi semacam tidak bermaya. Apakah sebabnya ?
Marsha menjadi Tenaga Pengajar membantu rakan-rakannya bubbling dengan lagu Twinkle Twinkle Little Stars.
Kelas Teknikal Vokal Cikgu Siti Hajar
Antara nasihat paling berguna yang diberikan oleh Cikgu pada hari ini ialah tentang mengawal perasaan dalam setiap persembahan. Membuat persembahan adalah menyampaikan mesej lagu melalui lirik-lirik lagu tersebut dan bukannya melalui perasaan yang keterlaluan seperti menangis. Sebagai seorang penghibur, mereka harus mengawal perasaan tersebut. Perasaan sedih itu boleh wujud dalam persembahan mereka tetapi untuk mengalirkan air mata yang keterlaluan perlu dikawal. Kawalan ini hanya boleh diperolehi melalui pengalaman sahaja.
Kris Dayanti
Kemunculan Kris Dayanti ke dalam Akademi Fantasia mengejutkan Amylea yang sedang berlatih lagu Hati Ini Telah Dilukai nyanyian Kris Dayanti. Antara tips yang diberikan oleh beliau ialah menyanyi untuk penonton paling belakang. Semangat dalaman perlu diberikan untuk memberikan perasaan kepada lagu tersebut. Sebagai seorang penyanyi, mereka harus membawakan lagu mereka dengan relaks sahaja.
Setiap penyanyi harus membuang sifat-sifat pesimis dan perlu bersifat optimis dalam kerjaya mereka. Menurut Kris Dayanti, persediaan dari segi mental juga harus disiapkan terutama untuk bekalan di masa hadapan apabila zaman popularitinya semakin menurun. Satu nasihat yang amat berguna untuk bakal bintang Akademi Fantasia yang mana populariti mereka hanya bertahan selama satu tahun atau kurang. Mereka harus dipekakan dengan keadaan bahawa populariti tidak semestinya berpanjangan.
Marsha mendapat satu bear yang amat besar dari keluarganya. Ia telah diserahkan kepadanya oleh Kris Dayanti. Sementara itu, AMylea telah membawa Kris Dayanti turun ke ruang Aktifkan dan melawat persekitaran banglo tersebut. Memandangkan banglo ini dihuni oleh pelajar yang rata-ratanya Melayu, apalah salahnya sekiranya Kris Dayanti membuka kasutnya apabila masuk ke dalam rumah tersebut. Tidak manis memakai kasut di dalam rumah. Ziana Zain pun buka kasut. Nak menari sempat pula buka kasut.
Kris dayanti diterangkan tentang rutin pelajar di Akademi Fantasia. Setiap minggu, pasti bertukar lagu baru dan tekanan yang dihadapi akan kembali pada setiap awal minggu. Lebih-lebih lagi tanpa perhubungan dengan dunia luar melalui telefon, televisyen, majalah, radio, internet dan surat khabar. Ini adalah asrama untuk mencipta penghibur.
Untuk menjadi seorang penghibur yang berstamina, Amylea telah dinasihatkan agar melakukan senaman. Ini merupakan peluang yang datang sekali seumur hidup dan tidak harus dilepaskan.
Sebelum pulang, Kris Dayanti telah menghadiahkan setiap pelajar sekeping CDnya dan mengucapkan sukses untuk semua pelajar.
Ekin Merajuk, Yazer Merajuk
Wah, dua-dua merajuk. Minta saling dipujuk. Ekin merajuk kerana Yazer telah menolak kepala Ekin. Mungkin niatnya hanya bergurau tetapi kerana Ekin waktu itu sedang tension kerana Discman tidak berfungsi, menjadi lebih marah. Encik Hasrul ini sekarang sudah menjadi matchmaker di dalam Akademi Fantasia pula. Itu agaknya kerja beliau. Dibantu Felix dan Kefli, Ekin akhirnya terpaksa mengaku.
Sebelum berpisah, Kris Dayanti menyanyikan lagu Hati Ini Telah Dilukai. Macam tidak sedap saja.
Diari Akademi Fantasia Minggu 06 Episod 01
Malas nak update !
Diari Akademi Fantasia Minggu 06 Episod 02
Tipah Merajuk
Kuat makan juga mereka ini. Sambil-sambil makan, Tipah juga ingin makan. Ekin tidak melayani permintaan Tipah Tipah. Terus Tipah Tipah merajuk. Pandai juga Tipah Tipah ini berlakon. Untuk memujuk Tipah Tipah, Ekin meminta maaf kepadanya. Kalau dibuat pun, yang makannya Ekin juga.
Berat Badan
Perlu ulas juga ke adegan berat-berat badan ni ? Yang pastinya, penimbang berat badan sudah bertukar ke format digital. Manalah tahu jika masih guna versi penunjuk berat, tidak mampu menampung berat badan Yazer kelak di minggu-minggu akan datang.
Lagu Baru Konsert 06
Mawi - Memori Cinta Luka (Nassier Wahab)
Akma - Hati Keliru (Misha Omar)
Yazer - Cinta Kilat (Broery Marantika)
Ekin - Warna (Sheila Majid)
Kefli - Kenang Daku Dalam Doamu (Tan Sri SM Salim)
Amylea - Hati Ini Telah Dilukai (Kris Dayanti)
Aidil - Matahari (Amuk)
Marsha - Destiny (Jim Brickman)
Felix - Smooth (Rob Thomas)
Pujian Untuk Pelajar
Kefli dan Ekin telah dipuji kerana menunjukkan peningkatan yang besar. Mereka ini ada peningkatan pada pandangan pengetua. Pada pandangan peminat, Mawi telah memberikan peningkatan yang amat besar juga. Pada pandangan saya ada pelajar yang menunjukkan peningkatan, walaupun kecil. Ada juga yang peningkatan mereka tidak konsisten. Pengetua M.Nasir sendiri berkata dalam bidang profesional kelak, harus diberikan peningkatan yang konsisten. Ada kemahuan untuk berubah.
Mesyuarat Tenaga Pengajar
Satu mesyuarat Tenaga Pengajar nampaknya menjadi rutin mingguan yang akan diadakan setiap hari Isnin. Dalam waktu yang sama, pelajar menghafal lirik lagu mereka. Bagus, satu perubahan yang positif yang telah dilakukan untuk kebaikan semua. Di waktu yang sama, penonton sendiri boleh menilai apa yang diperkatakan oleh para tenaga pengajar. Sekiranya mahu mengambil apa yang diperkatakan oleh Tenaga Pengajarlah. Jika tidak mahu pun tiada siapa yang memaksa.
Menurut Cikgu Adnan, rata-rata semua pelajar telah memberikan persembahan yang terbaik mereka. Kefli umpamanya telah memberikan persembahan yang buruk sewaktu rehearsal dan hampir-hampir menyerah kalah. Berbeza dengan Mawi yang telah memberikan persembahan yang baik sewaktu rehearsal. Ini berdasarkan komen-komen yang saya baca di ruangan Pendapat. Apa yang membezakan mereka ? Kalah dengan sorakan peminat ? Sehingga tumpuan terganggu ?
Kefli telah menghasilkan magik ! Bermula dengan lagu Mungkin dan minggu lepas dengan lagu Berhenti Berharap. Cikgu Marlia berpendapat, lagu-lagu sedemikian merupakan lagu yang amat bersesuaian dengan Kefli. Setengah orang boleh menyanyi dengan baik, suara mereka hebat, vokal mereka outstanding, tetapi tidak dapat menangkap perasaan penonton. Itu yang berlaku kepada Akma. Akma seorang penyanyi yang boleh menyanyi dengan baik. Pengalamannya mematangkan persembahannya. Dari situ beliau banyak mengikut acuan-acuan yang telah ada sejak mula-mula menyanyi.
Sesetengah vokal penyanyi mempunyai dinamik tetapi tidak mempunyai vocal colour. Apabila tiada vocal colour ia tidak akan membawa penyanyi tersebut ke mana-mana. Felix merupakan contoh seorang penyanyi yang tidak tahu menggunakan vocal colournya dengan sepenuhnya. Menurut Pengetua ini adalah kerana beliau telah dibesarkan dengan lagu-lagu pop yang tidak banyak ragam pada persembahan mereka. Mawi pula merupakan contoh pelajar yang mempunyai vocal colour yang baik tetapi mempunyai masalah besar pada bahagian tempo. Ini M.Nasir yang cakap. Sila kutuk M.Nasir.
Ada di antara pembaca-pembaca saya yang menggunakan alasan bahawa Mawi seorang yang masih baru dalam bidang nyanyian. Beliau tiada pengalaman dalam bidang ini. Sebelum ini beliau hanya seorang qari. Jadi, masalah temponya perlu saya maafkan. Dalam mengaji juga ada tempo. Harakat itu yang menentukan panjang atau pendek sesuatu bacaan. Ada yang dua, ada yang enam harakat. Kalau dah tertulis dua harakat, dibaca enam harakat, saya dulu kena rotan. Kalau dah perlu masuk nyanyian apabila lagu bermula, tapi nyanyian tidak bermula, mereka beri undi. Hahahhahahaha ! Dalam mengaji juga ada lagu, seperti Taranum Al-Quran. Ada lagu sikah, ada lagu rast. Berkonsepkan yang sama, cuma perlu disesuaikan dengan keadaan.
Berkenaan dengan diction yang sering menjadi topik hangat di dunia seni suara Malaysia. Diction kena betul, kena perfect, baru boleh menyanyi lagu Inggeris. Tetapi sekiranya ia dilakukan di Amerika Syarikat, mereka tidak hairan kerana di sana terlalu banyak versi Inggeris yang ada. Contohnya American English, British English, Jamaican English, Australian English dan bermacam-macam lagi.
Selamat Hari Lahir Pengetua
Belum pernah Pengetua Akademi Fantasia menyambut hari lahir di dalam Akademi. Musim ini M.Nasir menyambutnya di dalam Akademi. Menarik juga kejutan yang dibuat oleh mereka. Setiap pelajar menjadi patung dengan poster potret M.Nasir yang telah mereka lukis pada awalnya bersama-sama mereka. Selesai bermesyuarat, M.Nasir menuruni anak tangga untuk ke bawah dan kehairanan melihat Marsha duduk membisu di tepi tangga. Melihatkan poster potretnya, beliau terus ketawa dan perasan apa yang berlaku. Digegarkannya badan Kefli di tepi pagar tangga. Ditariknya poster di dada Yazer. Digomolnya muka Ekin dengan poster dan ditariknya hidung Felix. Semacam dilayannya mereka dengan penuh sifat kebapaan.
Mawi menyarungkan jaket keramatnya ke badan Pengetua M.Nasir. Manakala Cikgu Marlia menyuruh suaminya mengajuk cara Mawi berjalan. Memang menjadi. Ucapan Pengetua sangat ringkas. Mahu melihat semua mereka menjadi profesional.
Ramai-ramai mereka menyanyikan lagu Tanya Sama Itu Hud-Hud. Yazer bermain gitar mengiringi Pengetuanya. Dah lama tidak mendengar lagu tersebut. Sekali sekala sedap pula. Adakalanya Pengetua juga terlupa lirik sambil terpandang Yazer untuk memperbetulkan mainannya. Saya suka dengan cara nyanyiannya, setiap kali membuat persembahan pasti beliau akan memberikan lenggok yang berbeza untuk lagu-lagunya.
Persembahan Percubaan Pertama
Yazer saya melihat mampu membawakan lagu tersebut dengan baik. Kali ini sebuah lagu yang agak lama. Menurut M.Nasir macam-macam boleh dibuat untuk lagu tersebut.
Saya merasakan lagu ini amat bersesuaian dengan Aidil. Tone suaranya kena dengan lagu tersebut. Beliau seorang yang jarang mendengar lagu Melayu. Hanya sekadar mendengar Sudirman dan Jamal Abdillah. Pengetua menasihatkan beliau agar mendengar semua jenis lagu agar pengetahuannya tentang muzik boleh dikembangkan lagi.
Mawi mendapat lagu Memori Cinta Luka. Saya nampak lagu ini mudah tetapi agak pantas perubahan dari verse biasa ke korus. Kalau hilang fokus, temponya pasti ke laut. Sebuah lagu yang mementingkan teknik pernafasan yang betul. Jangan pula dicincang lirik-lirik lagu tersebut.
Kefli mendapat sebuah lagu irama Malaysia. Untuk seorang penyanyi yang biasa menyanyikan lagu rock dan balada tentunya agak sukar bagi beliau. Pengetua pula merasakan lagu tersebut terlalu standard biasa.
Tangan Akma diikat kerana sering membuka genggaman pada pembesar suara yang sekaligus mengganggu tumpuan penonton.
Persembahan Amylea untuk lagu Hati Ini Telah Dilukai agak menarik dan banyak teknikal vokal yang boleh dipraktikkan.
Ekin juga saya nampak mampu untuk membawakan lagu tersebut. Beliau perlu menggunakan tenaga luar biasa yang datang untuk lagu Let’s Get Loud pada lagu Warna. Bantuan dari kawan-kawan juga dapat menyemarakkan persembahannya.
Nyanyian Marsha tanpa minus one. Mungkinkah beliau akan bermain piano sambil menyanyi. Jika ini mampu dilakukan oleh Marsha, beliau menjadi pelajar yang mengikut jejak langkah Linda yang bermain alat muzik sendiri untuk lagunya sendiri. Hanya pelajar yang benar-benar berbakat yang mampu bermain sendiri sambil menyanyi.
Felix pula perlu menampilkan vokal macho untuk persembahannya. Minggu ini amat penting bagi Felix untuk membuktikan yang beliau mampu membawakan lagu Inggeris dengan baik.

