Undilah

SULTANMUZAFFAR (26 Februari 2002 - sekarang)

Seorang blogger, pelayar internet, penyelam scuba dan penagih tegar televisyen dan Wii. Melihat seluruh dunia di laman blog menerusi kamera DSLR dan kacamata tebalnya (kadang-kadang kanta lekap).

Mengkritik tidak bererti menentang, menyetujui tidak semestinya menyokong, menegur tidak bermakna membenci, dan berbeza pendapat adalah kawan berfikir yang baik.
Entri oleh sultanmuzaffar 11 June 2006 0 komen

Konsert 02 Akademi Fantasia :

Sukar untuk saya membuat ramalan. Berdasarkan rekod-rekod Akademi Fantasia yang terdahulu, pelajar yang berada di kedudukan dua terakhir biasanya akan terselamat. Ini membuatkan Diddy (7%), Velvet (7%), Zila (7%), Haziq (7%), Karen (7%) dan Farhan (6%) berada di tempat yang kurang selamat. Zila dan Diddy berada dalam kedudukan yang agak bahaya kerana merupakan pelajar yang akan membuat persembahan pada penghujung konsert. Saya memilih Haziq untuk tersingkir pada minggu ini kerana beliau membawakan lagu Kian. Gaya Haziq yang terlalu memberikan lenggok asli dalam setiap lagu nyanyiannya akan memakan dirinya sendiri.

Berdasarkan sesi latihan, saya merasakan persembahan yang mantap adalah milik Diddy, Velvet, Faizal, Zila dan Farhan. Oleh yang demikian, sila AFUNDI DIDDY, VELVET, FAIZAL, ZILA & FARHAN.

~~~~~~

Wah ! Konsert dah berlalu. Karen yang tersingkir. Terkejut ? AF. Apa yang mahu dikejutkan. Saya terima saja. Siapa-siapa pun yang tersingkir tidak memberikan kesan apa-apa kepada saya. Sedih ? Sedikit saja. Kerana tersingkirnya pelajar, ada tanggungjawab yang perlu digalas di depan mata. Itu sudah menjadi rutin Akademi Fantasia.

Persembahan konsert pada minggu ini boleh saya katakan menghiburkan juga. Tidak banyak sedikit, saya terhibur juga. Nampaknya Adlin sudah sedikit kurang tegangnya berbanding minggu lepas. Hilang Adlin, timbul lagi seorang. Bob Lokman ! Komen Bob Lokman terlalu bersifat promosi diri sendiri. Dia lah yang menulis lirik, dia lah yang menjadi promoter 4U2C, dia lah yang pandai susun muzik, pendek kata dia lah segala-galanya. Fran mengambil langkah selamat. Fran tidak perlu ambil langkah selamat jika mahu kerana seseorang itu hanya perlu mengambil langkah selamat, jika mereka mempunyai album. Jika tiada album, tidak perlu mengambil langkah selamat. Lontarkan sahaja.

Kejutan-kejutan pada minggu ini tidaklah begitu mengejutkan. Kejutan untuk Karen menjerat beliau. Kejutan untuk Haziq dan Farhan sememangnya ingin membantu mereka. Haziq dapat slogan ”orang Johor”, Farhan pula mendapat kejutan yang pernah diberikan kepada Kaer dan Adam. Kejutan untuk Amirul menarik kerana membawa semula 4U2C ke atas pentas. Kalau ada AC tentu lebih menimbulkan nostalgia terutamanya kepada Ijin.

Lotter – Ibu Kota Cinta
Pertama kali terpandang Lotter muncul di atas pentas, dalam hati terdetik. Menyusahkan kerja saya saja. Terpaksa saya tukar gambar di laman web rasmi. Gaya rambutnya diubah ala Mohawk. Saya boleh kata saya terhibur dengan persembahan Lotter. Saya melihat Lotter memang selamba di atas pentas. Beliau nampak selesa benar dan benar-benar menguasai pentas tersebut. Dari satu hujung ke satu hujung beliau bergerak. Ada gaya, ada attitude dan ada energy.

Karen – Kerna Terpaksa
Pertama, persembahan Karen agak tawar. Walaupun nyanyiannya bagus tetapi masih belum cukup penghayatan untuk memberikan kekuatan pada persembahan ini. Kejutan budu dari kampung yang dibawakan oleh teman lelaki beliau merupakan jerat yang paling menyakitkan. Diumumkan sahaja tentang John, sudah satu malapetaka kerana ditampilkan sudah mempunyai pasangan. Ingat dahulu Zahid sendiri pernah menarik balik tentang teman wanitanya dan menukar konon-kononnya beliau mengatakan itu ibunya. Terus undiannya melonjak semula.

Haziq - Kian
Terselamat rupanya Haziq dengan slogan ”orang Johor” dari Mawi. Saya suka dengan kemerduan vokal Haziq. Memang sedap. Malangnya ada beberapa bahagian yang tidak sampai.

Velvet – Langit Ke Tujuh
Aura juara semakin jelas untuk Velvet walaupun agak sukar untuk seorang pelajar perempuan memenangi Akademi Fantasia. Kalau disuruh pilih antara Velvet dan Farhan, saya akan pilih Velvet kerana Velvet ada personaliti. Saya suka dengan gaya nyanyian Velvet yang boleh saya sifatkan lebih baik dari Syarifah Zarina. Velvet bawa lagu tersebut dengan amat baik sekali.

Faizal – Semalam Yang Hangat
Kekuatan Faizal adalah personalitinya. Dalam nyanyian, kekuatan utama beliau ialah vokal beliau. Gaya nyanyian beliau masih kaku. Masih terikut-ikut gaya penyanyi asal atau pun tidak tahu menggayakan lagu tersebut mengikut gayanya yang tersendiri. Lotter ada kedua-duanya kecuali mutu vokalnya masih rendah berbanding Faizal.

Farhan – Sayang Di Sayang
Farhan membawakan lagu Sayang Di Sayang dengan baik. Kekuatan utama Farhan adalah cara nyanyiannya, malangnya masih mengawal geraklakunya di dalam Akademi. Walaupun masih tidak terserlah, yang tahu tetap akan tahu. Kita tunggu sahaja tirai personaliti Farhan terserlah kelak.

Diddy – Lonely No More
Kekuatan utama persembahan Diddy adalah gerak tari yang sukar serta interaksinya dengan penari latar yang nampak begitu berkeyakinan. Persembahan vokal Diddy masih biasa dan harus mendapat sedikit kelebihan kerana membawakan lagu rancak dan masih mampu menari dengan baik.

Zila – Jika Kau Kekasih
Senasib dengan Karen, Zila juga merupakan penyanyi yang mempunyai vokal yang bagus tetapi tiada personaliti yang kuat untuk memikat penonton. Beliau sekadar mampu menyanyi dengan baik tetapi tidak mampu untuk membawa penonton terpukau dalam persembahannya. Terus terang saya katakan, Zila membawakan lagu ini lebih sedap dari rakaman studio oleh Linda AF2. Vokal Zila lebih merdu berbanding vokal kasar kejantanan Linda.

Amirul - Fiona
Saya suka dengan vokal Amirul sewaktu sebelum 4U2C muncul di atas pentas. Tiada harmoni pada vokal mereka. Lebih-lebih lagi dengan penyanyi latar yang ke laut. Untuk membawakan lagu bertajuk Fiona adalah tidak sukar dan Amirul boleh saya sifatkan berjaya memikat dengan persembahannya. Beberapa kali juga 4U2C cuba memintas Amirul dari sudut rakaman kamera. Sekali-sekala muncul kembali di TV, Amirul nampaknya berdiri kaku tanpa tahu berbuat apa-apa.

Salima – Kushiyon Aur Gham
Saya mohon maaf, saya tidak sempat menonton kerana menonton sesi latihan sahaja sudah cukup merimaskan. Sekadar menyanyi tanpa memberikan nyawa pada lirik-lirik lagu tersebut. Lagu Hindi yang saya juga tidak fahamkan makna lirik-liriknya. Saya sekadar mendengar nyanyiannya dari skrin tv di bilik kawalan sambil mengemaskinikan foto-foto konsert di peringkat awal.

Rich – Dendang Remaja
Beliau cuba untuk menyampaikan lagu ini dengan gaya rocknya. Sudah dua minggu Rich gagal untuk memberikan persembahan yang terbaik. Sebelum persembahannya saya sempat mengerling pada skrin peratus kedudukan undian dan Rich berada di tempat kedua paling bawah. Sempat juga saya mengundi untuk Karen dengan harapan, undian Karen akan naik dan Rich akan tersingkir. Nampaknya tindakan saya itu sia-sia.

Menuju Puncak
Puas hati dengan Menuju Puncak minggu ini. Nampak lebih sharp berbanding minggu lepas. Pelajar sudah selesa dengan koreografi yang telah dibaiki dengan baik. Ada beberapa gerak yang saya suka. Mungkin apabila pelajar semakin kurang, cantiknya koreografi tersebut akan lebih terserlah.

Pilihan sultanmuzaffar
Velvet – Langit Ke Tujuh
Faizal – Semalam Yang Hangat
Farhan – Sayang Di Sayang
Lotter – Ibu Kota Cinta
Zila – Jika Kau Kekasih
Diddy – Lonely No More
Karen – Kerna Terpaksa
Amirul - Fiona
Haziq - Kian
Salima – Kushiyon Aur Gham
Rich – Dendang Remaja

Ulasan Berhemah
Javard
SeniKami
BadrulAfterSix

Diari Akademi Fantasia 02 09 & 10

Berehat sambil takde kerja. Kerja mengedit video bukan kerja aku ! Itu kerja support team !

Sila ke SeniKami untuk ulasan. Oh ya ! Untuk pengetahuan semua, saya hanya diberikan tanggungjawab untuk memberikan sinopsis kepada video-video Diari Akademi Fantasia di dalam Portal AFXtra dan kerja-kerja mengedit video untuk Diari Xtended tidak termasuk di dalam Senarai Tugas Utama saya. Jika kerja-kerja mengedit video Diari Xtended juga merupakan tanggungjawab saya, harganya lain pula dan pihak-pihak tertentu boleh mengambil tindakan seterusnya untuk membuat sebarang tawaran. Sinopsis Diari Akademi Fantasia tersebut hanyalah sinopsis yang dicut & paste dari Promo Harian ERA. Harap maklum.

AMPLIFIED CONCERT!!!

HEY GUYS!
WATCH THE AMPLIFIED SEASON 2 CONCERT BY HITZ.TV AT STUDIO 8 ASTRO(Studio Ali Bawal, PJ).

CHECK THESE OUT!

14th June 2006 – 20:00pm – Jason Lo
15th June 2006 – 20:00pm – Deja Voodoo Spells
16th June 2006 – 20:00pm – Burn(AF1), Marsha & Amelia(AF3), Dina & Daniel(MI)
17th June 2006 – 20:00pm – OAG
18th June 2006 – 20:00pm - Ruffedge

* Strictly for Audience age 13 and above only
* Get 40 people and we will send a bus (Klang Valley only)
* Smart & Casual dress code but not sleepers at all.
*Should be there 1 hour before show start & the gate will close at 08:30pm.
*Please refer attachment for the direction to Studio Ali Bawal PJ.

GET LISTED IN OUR GUEST LIST!
FIRST COME FIRST SERVE…. CHEERS!

FOR QUERY AND REGISTRATION FORWARD TO:
TAC UNIT, PRODUCTION SERVICES, ASTRO
TEL NO: 03-9543 6688 ext 2552/2539
FAX NO: 03-9543 2053
EMAIL: talent_audience@astro.com.my

Entri oleh sultanmuzaffar 09 June 2006 0 komen

Diari Akademi Fantasia 02 07 & 08

Memandangkan saya tidak menonton, maka tiada ulasan. Saya telah menghabiskan masa di luar bersama teman-teman. Yang mahu dipautkan juga tiada. Saya hanya berkesempatan untuk menonton sebentar tadi, itu pun atas keperluan untuk mereka soalan peraduan. Untuk tidak menghampakan, tulisan-tulisan di AF4 Microsite yang juga tulisan saya dititipkan di sini. Sama sahaja gaya bahasanya.

Diari Tengahari :

Dalam Kelas Drama hari ini mereka bercerita tentang pengalaman lucu sewaktu pendaftaran ke Akademi Fantasia. Mari kita kongsi pengalaman-pengalaman mereka. Hari ini juga para pelajar perlu membuat persembahan di hadapan Tenaga Pengajar. Ada Cikgu yang marah-marah kerana tidak berpuas hati dengan persembahan pelajar. Dalam pada itu, Fifi telah masuk ke dalam Akademi Fantasia ?Siapa Fifi ? Bila Diddy bertemu Fifi tentu ada sesuatu yang melucukan berlaku. Diddy cuba untuk merapati Fifi walaupun dalam keadaan gementar. Dada Diddy berdebar. Selangkah semakin dekat dengan Fifi, jantung Diddy berdegup kencang. Fifi diam menunggu. Diddy tidak berani mengatur langkah. Dr.Fazley memaksa Diddy merapati Fifi...Apa yang terjadi seterusnya ? Menjelang Hari Bapa, pelajar dihujani airmata kerana teringatkan bapa-bapa mereka. Ada sebab mengapa Amirul bertemu dengan Dr.Fazley. Kenapa agaknya ya ?
Diari Malam :
Pertemuan misteri antara Amirul dan Dr. Fazley sebenarnya adalah untuk mengkhabarkan satu berita kurang baik untuk Amirul. Semoga Amirul terus tabah dan tidak menjejaskan persembahan beliau Ahad ini. Amirul berpeluang untuk berbicara dengan ibunya melalui telefon. Dalam Kelas Cikgu Linda Jasmine, ada sesuatu yang melucukan berlaku kepada Amirul, Lotter dan Faizal. Tiga budak nakal ini ada sahaja aksi yang melucukan dari mereka. Kesemua pelajar mendapat hadiah baru dari penaja. Dalam Kelas Drama pula, pelajar harus berdialog menggunakan satu huruf sahaja. Dalam pada itu, setelah melihat persembahan Rich, Cikgu Ajai dan Cikgu Sham mencadangkan sesuatu kepada Rich. Apakah cadangan tersebut ? Apa reaksi Rich dengan cadangan tersebut ? Ada pelajar mengadu tentang tekanan berada di Akademi.

Entri oleh sultanmuzaffar 07 June 2006 0 komen

Diari Akademi Fantasia 02 05 & 06

Ning Baizura di Akademi Fantasia

Terkena Kejutan Elektrik

Tak Sempat Review. Pasal kalau direview juga, bias jadinya. :) Tuding Di Sini !

Entri oleh sultanmuzaffar 06 June 2006 0 komen

Diari Akademi Fantasia 02 03 & 04

Maaf. Tidak berkesempatan untuk menulis apa-apa. Sekadar menjadi penonton sekejap-sekejap. Perlu bergegas ke Shah Alam untuk persediaan Academy Press Tour Jumaat ini. Beginilah jugalah yang akan terjadi sekiranya setiap kali ada tetamu kejutan hadir. Ada perkara lebih penting yang perlu disegerakan.

Ingin membaca ulasan perspektif yang berbeza sila ke SeniKami.

Amirul menangis ? Saya simpati. Al-Fatihah untuk arwah bapa beliau. Ada orang bertanya salahkah menangis ? Apa salahnya ? Mawi pun bergenang air matanya di depan para wartawan dihambat soalan panas setiap kali berdepan dengan mereka, Siti Nurhaliza pun menangis juga berdepan dengan masalah cetak rompak. Cuma kita harus tunggu apabila kita senasib dengan Amirul, kita juga akan menangis.

Entri oleh sultanmuzaffar 05 June 2006 0 komen

Diari Akademi Fantasia 02 01 & 02

Klik untuk meninjau Kediaman Pelajar dan Akademi Fantasia

Akademi Fantasia dan Kediaman Pelajar pada musim ini agak berbeza. Jika musim-musim yang sebelumnya mereka ditempatkan di beberapa buah banglo yang diubahsuai, pada musim ini mereka ditempatkan di sebuah gudang yang diubahsuai terletak di sebuah kawasan perindustrian pinggiran Shah Alam.

Bercakap tentang perkara baru dalam AF4, surat wasiat yang pernah dibuat sama seperti musim kedua dan ketiga ditiadakan pada musim ini. Pada musim ini, pelajar yang tersingkir akan dikuarantinkan di dalam satu bilik sejurus selepas tersingkir dan kemudian akan merakamkan audio ucapan selamat tinggalnya kepada setiap pelajar yang tinggal. Berbeza pada musim-musim lepas bila mana kandungan surat wasiat tidak begitu menyentuh hati apabila mereka sendiri tidak tahu siapa yang akan tersingkir. Emosi pelajar yang tinggal pasti akan terganggu dengan permainan ini lebih-lebih lagi mendengar rakaman audio yang dibuat dalam keadaan teresak-esak.

Kepada peminat-peminat Fabulous Faizal, anda harus terus mengundi dari sekarang kerana konsert pada minggu ini akan berlangsung pada hari Ahad. Banyak masa untuk anda mengundi. Jika anda fikirkan Faizal berbakat, peminat-peminat Faizal dari Pantai Timur juga seharusnya mengatur strategi dari sekarang dan tidak menunggu hingga saat-saat akhir. Hari Ahad adalah hari bekerja untuk rakyat Terengganu dan Kelantan. Oleh itu, anda harus mengundi dari sekarang. Kepada peminat Faizal yang berada di kawasan-kawasan lain juga harus mengatur strategi untuk mengukuhkan kedudukan Faizal. Perbezaan undi adalah agak dekat dan perbezaan 1% tidak seharusnya dianggap ringan.

Lagu Minggu Ini :
Amirul : Fiona (4U2C)
Diddy : Lonely No More (Rob Thomas)
Faizal : Semalam Yang Hangat (Wings)
Haziq : Kian (Mawi)
Lotter : Ibu Kota Cinta (Def Gab C)
Rich : Dendang Remaja (A.Romzi)
Farhan : Sayang Di Sayang (Kartina Dahari)
Karen : Kerna Terpaksa (Francessca Peter)
Salima : Kush Yon Aur Gham (Udit Narayan & Anuradha Paudwal)
Velvet : Langit Ke Tujuh (Sharifah Zarina)
Zila : Jika Kau Kekasih (Linda Nanuwil)

Rata-rata kebanyakan pelajar mendapat lagu yang kena dengan keupayaan vokal mereka. Yang paling kena tentulah Lotter dengan lagu Ibu Kota Cinta, Farhan (Sayang Di Sayang) yang bakal memberikan persembahan sehebat Kartina Dahari, Julie Sudiro atau Ning Baizura. Lagu Kian untuk Haziq memang ditunggu-tunggu. Bukannya apa, sekadar mahu melihat apakah ada artis/bintang/pelajar lain yang mampu membawakan lagu yang dikatakan kisah percintaannya dengan Ina itu. Ada variasi pada lagu minggu ini walaupun kebanyakannya lagu-lagu lama tetapi itu yang bagus kerana setidak-tidaknya generasi baru disemai kembali dengan lagu-lagu lama. Lagu Fiona contohnya, saya sendiri tidak menyangka yang lagu tersebut akan dipilih untuk konsert mingguan. Persembahan yang membuatkan saya tertunggu-tunggu ialah Lotter (Ibu Kota Cinta), Farhan (Sayang Di Sayang), Faizal (Semalam Yang Hangat) dan Haziq (Kian).

Entri oleh sultanmuzaffar 03 June 2006 0 komen

Konsert 01 Akademi Fantasia 4 : Kejutan Pertama Nora Tersingkir

Nora merupakan pelajar pertama yang tersingkir dari Akademi Fantasia 4 yang mana menyaksikan penyingkiran kejutan yang berlaku pertama kali dalam konsert pertama. Sebelum ini Liza pernah disingkirkan dalam konsert pertama dan kemudiannya diserap kembali sebelum meninggalkan Dewan Percubaan UPM. Ini merupakan penyingkiran pertama untuk musim ini.

Kedudukan Undian Sebelum Persembahan
Faizal 12%
Amirul 12%
Salima 11%
Rich 9%
Diddy 9%
Lotter 7%
Nora 7%
Velvet 7%
Haziq 7%
Zila 6%
Farhan 6%
Karen 6%

Juri Bertauliah
Hajjah Wan Chik Daud, Ahmad Fauzee dan Adlin Aman Ramlie. Antara komen-komen klasik yang akan diingati ialah "Aku nak kau balik, (pause) dan datang balik untuk konsert final"

Persembahan Pelajar
Rich – Ai Ai Twist


Zila – Jangan Tinggal Daku
Sebenarnya saya tertarik dengan persembahan Zila yang minima tetapi emosinya sampai kepada saya. Aznil sedikit menggangu emosi lagu tersebut dan merosakkan sedikit penghayatan penonton. Saya rasa kalau Aznil ingin turut serta dalam lagu Azizah, ia masih boleh difikirkan tetapi dengan menyuntik elemen jenaka pada sebuah susunan muzik yang sememangnya dibuat dengan penuh emosi ia adalah sesuatu yang kurang wajar. Zila saya kira telah menunjukkan sebuah persembahan yang bagus dan keyakinan dirinya mula terserlah walaupun masih belum cukup untuk berdiri dengan sendirinya.

Nora - Perwira

Haziq – Tidurlah Permaisuri

Farhan – Hujan Di Tengah Hari
Farhan merupakan jaguh vokal untuk Akademi Fantasia musim ini. Kalau musim lepas ia adalah milik Amylea, nampaknya nasib yang sama bakal menimpa Farhan apabila sering dilihat berada di tangga terbawah. Namun demikian ia sedikit pun tidak menggugat konsentrasi persembahannya untuk memberikan sesuatu yang wow ! Itu kelebihan Farhan yang nampak begitu profesional di atas pentas dan lebih berkeyakinan sewaktu membuat persembahan.

Amirul – Dengar Ini Cerita

Salima – Apa Guna Berjanji

Lotter - Azizah
Persembahan Lotter sememangnya melucukan. Lagu Azizah adalah sebuah lagu yang sedap dan kemudiannya diubah sedikit susunan muziknya. Tampil dengan sebuah persembahan yang memikat penonton, Lotter telah berjaya meyakinkan saya yang beliau sebenarnya berbakat besar untuk menjadi seorang pelawak juga penyanyi yang serba boleh. Kemunculan Fasha Sandha sebenarnya membuatkan beliau tergamam tetapi dapat dikawal dengan baik. Mujur tidak terlupa lirik atau tersasul lirik macam rehearsal.

Karen – Malam Pesta Muda Mudi

Diddy – Aduh Sayang
Aduh Sayang versi Diddy adalah sebuah persembahan yang menghiburkan. Rasanya kalau sebuah lagu yang berentak balada, postur tubuh Diddy sememangnya amat sesuai, tetapi apabila beliau membawakan lagu berentak agak rancak, nampak benar tubuhnya tidak begitu sesuai untuk menari. Tubuh tingginya seakan nampak begitu janggal apabila menari. Persembahan vokal Diddy agak biasa dan sedap apabila beliau menyebut satu persatu liriknya dengan jelas. Range vokal Diddy tidak begitu besar dan beliau harus gigih berlatih untuk meningkatkan mutu persembahannya.

Velvet – Darah Muda
Hampir setaraf dengan Farhan ialah Velvet yang permainan vokalnya sungguh memikat. Saya sendiri tidak menyangka vokal seindah Velvet dimiliki oleh orang seperti Velvet. Tapi ini Malaysia, penyanyi-penyanyi yang bersuara emas seperti Dayang Nurfaizah, Adibah Noor sering dipinggirkan. Velvet begitu selesa dengan lagu-lagu yang bernada tinggi tetapi nampak begitu selesa membawakannya. Pelbagai improvisasi yang dilakukan oleh Velvet dibuat dengan baik dan tidak berlebihan.

Faizal - Ingin Tahu
Kalau mengikut pilihan saya, Faizal dengan Ingin Tahu merupakan antara persembahan yang paling saya suka. Pertama kerana persembahan vokal beliau yang lain daripada yang lain. Lagu ini merupakan lagu duet P.Ramlee dan Nona Asiah dan disampaikan secara solo oleh Faizal. Itu antara satu kelebihan yang beliau ada. Sebenarnya saya terhibur dengan persembahan tariannya yang agak kayu, sama seperti peminat AF3 terhibur dengan kayunya tarian Mawi tahun lepas. Saya melihat beliau sama seperti Felix kerana ada sesuatu yang akan membuatkan saya tertunggu-tunggu untuk melihat persembahannya.

Menuju Puncak
Sebuah koreografi yang paling tidak menarik dalam sejarah AF. Sesuatu perlu dilakukan agar tarian Menuju Puncak dapat menjadi nafas kepada Akademi Fantasia. Nampak begitu lesu di atas pentas lebih-lebih lagi dengan persembahan dan pergerakan pelajar yang tidak tajam dan berkesan. Faizal merupakan antara pelajar yang perlu kelas tambahan untuk tarian. Memang menjadi bahan ketawa semalam.

Kedudukan Undian Selepas Persembahan
Faizal 11%
Lotter 10%
Amirul 10%
Salima 10%
Farhan 9%
Karen 9%
Haziq 8%
Diddy 8%
Rich 7%
Zila 7%
Velvet 6%
Nora 5%

Saya suka musim ini apabila taburan undian SMS adalah sama rata antara pelajar. Tidak banyak perbezaan antara pelajar dan ini menjadikan sebarang kemungkinan boleh berlaku dalam Akademi Fantasia. Sesiapa sahaja boleh tersingkir jika tersilap strategi. Secara tidak langsung aura Akademi Fantasia 2 kembali lagi untuk musim ini. Berkenaan kualiti yang dihasilkan masih banyak yang perlu digali oleh Tenaga Pengajar. Lagi pun ini baru minggu pertama dan kita seharusnya memberikan peluang kepada pelajar untuk menonjolkan bakat yang mereka ada. Walaupun Adlin Aman Ramlie mengambil langkah drastik dengan memberikan komen-komen langtangnya tanpa mengambil kira usia mereka di dalam Akademi Fantasia, saya melihat ia sebagai satu cara untuk mempercepatkan usia kematangan pelajar-pelajar tersebut.

Pilihan sultanmuzaffar
Faizal - Ingin Tahu
Farhan – Hujan Di Tengah Hari
Velvet – Darah Muda
Lotter - Azizah
Zila – Jangan Tinggal Daku
Diddy – Aduh Sayang
Karen – Malam Pesta Muda Mudi
Rich – Ai Ai Twist
Salima – Apa Guna Berjanji
Haziq – Tidurlah Permaisuri
Nora - Perwira
Amirul – Dengar Ini Cerita

Entri oleh sultanmuzaffar 0 komen

Diari Akademi Fantasia 01 09 & 10
Maaf ! Tiada ulasan untuk hari ini. Seharian di Dewan Siviks MPPJ meninjau persembahan rehearsal. Untuk ulasan terperinci sila klik ke SeniKami.

Untuk tidak menghampakan, dihadiahkan sekeping gambar rakaman sesi latihan semalam. Antara yang bakal menyerlah pada malam ini ialah Velvet dengan lagu Darah Muda, Karen (Malam Pesta Muda Mudi), Faizal (Ingin Tahu), Zila (Jangan Tinggal Daku) dan mungkin juga Lotter dengan lagu Azizah.

Jangan lupa menonton Konsert sulung Akademi Fantasia 4 yang bertemakan Penghargaan Buat Seniman Agung dan Biduanita Negara pada malam ini di Astro RIA.

Entri oleh sultanmuzaffar 01 June 2006 0 komen

Diari Akademi Fantasia 01 07 & 08

1. Bila tengok Kelas Drama Umi Fauziah, teringat pula zaman main game The Sims. Gaya percakapan mereka sama. Siapa yang tidak pernah main game The Sims, baik main sekarang. Seronok dengar gaya percakapan mereka.

2. Nampaknya pelajar perempuan lebih mudah menghafal lirik berbanding pelajar lelaki. Dengan selambanya Rich, Amirul dan Diddy menghentam sajalah lirik-lirik dan buat lirik sendiri. Lagu P.Ramlee pulak tu. Faizal pula menghadapi masalah keras badan yang terlampau. Goyang sikit-sikit saja.

3. Nampak cuak juga antara pelajar lelaki bila lirik mereka diambil. Muka Faizal macam muka nak pukul orang pandang muka Encik Jamal, Penasihat Residen.

4. Perasan tak bila sesi berborak antara pelajar, mata Farhan terpandang-pandang kamera. Semacam sudah bersiap sedia menantikan kamera.

5. Faizal demam dan Diddy pula sakit kaki. Wah ! Macam berpakat pula ! Apa pula yang akan jadi esok ya ? Jangan lupa tengok Diari tengahari esok.

6. Saya melihat sesuatu yang menarik dalam Diari apabila ada Faizal. Lebih-lebih lagi bila Faizal bercakap. Sesuatu yang menguja untuk membuatkan saya menonton. Telo Terengganu semacam ada tarikan yang kuat. Entah mengapa ! Bila Faizal berbual dengan Dr.Fazley mahu pun Pengetua terasa macam sedang berada di perkampungan nelayan daerah Marang Terengganu. Terlalu asli Terengganunya.

7. Zila bersedih kerana teringatkan kisah keluarganya yang berpisah. Macam cerita keluarga Kaer pula.

8. Bila setiap pelajar harus memperkenalkan diri mereka dengan menggunakan gaya bahasa zaman 50an, saya merasakan ia terlalu dibuat-buat. Bunyi kartun pun ada. Bunyi doraemon pun ada. Mungkin mereka tidak terlalu terdedah dengan filem P.Ramlee dan menjadikan ianya seperti agak janggal apabila ia dituturkan sedemikian rupa.

9. Saya bersetuju dengan Cikgu Syafi yang Zila seorang yang lemah. Jelas persembahan vokalnya seperti tiada energy langsung. Zila ada vokal yang baik tetapi kelemahan dalam dirinya menjadikan persembahannya lesu. Nasihat yang sama pernah saya berikan kepada Zila, beliau harus lebih membawakan dirinya ke hadapan berbanding pelajar lain. Serlahkan diri beliau. Ada vokal, tetapi menyorok di belakang. Harap persembahan konsert nanti Zila menyerlah.

10. Gaya Pengetua yang sangat sempoi ! Dengan gitar beliau bertemu pelajar-pelajarnya.
Pada saya setelah 4 hari bersama Diari, saya melihat warna dalam diri Faizal, Lotter, Velvet dan Diddy. Itu sahaja karekter yang boleh saya terima setakat ini.

11. Kandungan Housecam Akademi AFXtra sudah dikemaskinikan. Masih tidak banyak video yang sudah dimasukkan. Masih dalam proses suntingan.

Entri oleh sultanmuzaffar 31 May 2006 0 komen

Diari Akademi Fantasia 01 05 & 06

Saya mahu tidur. Sudah dua malam saya tidur jam 2 pagi. zzzzzzzzzz

SenyuM SokMo

Entri oleh sultanmuzaffar 30 May 2006 0 komen

Diari Akademi Fantasia 01 03 & 04

1. Sesi Motivasi setiap hari ? Berbanding pada musim lepas, kelas motivasi jarang sekali diadakan. Kalau ada pun seminggu sekali. Pada musim ini nampaknya macam kerap akan kelihatan Dr.Fazley di skrin TV. Apa komen anda ?

2. Kelas Drama Umi Fauziah Nawi, mengembalikan nostalgia AF2 ke dalam kotak fikiran. Terbayang-bayang Farah menarik kain Fitri, terbayang-bayang Adam asyik tersasul bersama Nurul. Terbayang-bayang Kaer melakukan aksi raja ketam.

3. Sudah 2 hari berlalu, para pelajar masih belum menghafal lirik lagu. Pada musim 3, pelajar dipaksa menghafal lirik dalam tempoh 1 hingga 2 jam. Itupun ada juga yang lupa lirik, seperti Kefli dan Felix. Wajarkah mereka dipaksa menghafal lirik ?

4. Puas hati dengan koreografi lagu tema Menuju Puncak ? Masih belum boleh diperkatakan. Sekali pandang nampak seperti sukar dan berharap ditukar setiap minggu.

5. Persembahan siapakah yang anda tunggu-tunggu. Saya ternanti-nanti semua persembahan. Masing-masing nampaknya berusaha keras untuk memastikan persembahan vokal mereka baik dari hari ke sehari. Antara lagu-lagu yang saya suka ialah Azizah, Ingin Tahu, Jangan Tinggal Daku.

6. Ramai yang suka Hazama diserap kembali. Pada pendapat saya Hazama mampu menceriakan persekitaran Diari. Setakat ini saya nampak Lotter dan Faizal lebih menyerlah di dalam Diari. Apa yang ada pada Hazama ?

Entri oleh sultanmuzaffar 29 May 2006 0 komen

Diari Akademi Fantasia 01 01 & 02

1. Ramai yang menangis kegembiraan kerana berjaya ke Akademi Fantasia. Ada pula yang menangis kerana tidak berjaya ke Akademi Fantasia. Diddy menangis kerana berharap rakan-rakannya yang lain dapat bersamanya memasuki Akademi Fantasia. Apa komen anda ?

2. Musim ini ruang Akademi Fantasia nampak begitu luas. Tidak seperti musim-musim yang terdahulu apabila terlalu diserabutkan dengan barangan tajaan. Saya suka kerana banyak ruang kosong. Anda sukakan rekaan dalam Akademi musim ini ?

3. Banglo Akademi Fantasia kali ini merupakan sebuah gudang di sekitar Shah Alam. Apakah satu penderaan terhadap bakal bintang Akademi Fantasia 4. Apa komen anda ?

4. Dr.Fazley turut berfungsi sebagai guru agama di Akademi Fantasia. Selain mengajar bahasa Inggeris, Taekwando dan menjadi Perunding Motivasi. Cubaan Mawi berjaya pada musim lepas. Cubaan Salima juga semakin mula dikesan. Apa pula komen anda ?

5. Minggu ini merupakan tribute kepada Tan Sri P.Ramlee dan Puan Sri Saloma. Satu perubahan yang berani dalam industri hiburan berbicara sudah cukupkah penghargaan diberikan kepada beliau dan Akademi Fantasia mengambil langkah untuk memberikan penghargaan melalui penyampaian lagu oleh pelajar. Apakah langkah ini merupakan ciplak idea dari program American Idol ? Apa komen anda ?

6. Saya teruja menantikan setiap persembahan pelajar. Saya juga akan lebih teruja sekiranya Panca Sitara diundang menonton atau sebagai kejutan pada malam tersebut. Saya juga akan lebih gembira sekiranya Sheila Majid turut diundang sebagai kejutan ke dalam Akademi. Anda bagaimana pula ?

Pada minggu ini satu kelainan yang pertama kali ditampilkan oleh Akademi Fantasia apabila para pelajar Akademi Fantasia mengabadikan kenangan mereka terhadap jasa-jasa yang disumbangkan oleh Seniman Agung Allahyarham Tan Sri P.Ramlee dan Biduanita Negara Allahyarham Puan Sri Saloma. Bersempena dengan hari perginya Allahyarham Tan Sri P.Ramlee ke Rahmatullah pada 29 Mei 1973, dua belas pelajar Akademi Fantasia diberikan lagu-lagu nyanyian pasangan suami isteri tersebut untuk dipersembahkan pada hari Sabtu ini.

Farhan mendapat lagu Hujan Di Tengahari, Faizal (Ingin Tahu), Nora (Perwira), Amirul (Dengar Ini Cerita), Karen (Malam Pesta Muda Mudi), Lotter (Azizah), Velvet (Darah Muda), Rich (Ai Ai Twist), Diddy (Aduh Sayang), Salima (Apa Guna Berjanji), Zila (Jangan Tinggal Daku) dan Haziq (Tidurlah Permaisuri). Saksikan persiapan mereka di dalam Diari Akademi Fantasia setiap hari Isnin - Jumaat di Astro Ria.

Pilihan saya ada banyak musim ini : Fabulous Faizal, Dazzling Diddy, Lotter dan Farhan.

Entri oleh sultanmuzaffar 28 May 2006 0 komen

Konsert Prelude Akademi Fantasia
Studio 1, ASTRO

Malam ini jutaan rakyat Malaysia dan lima juri bertauliah akan menjadi saksi pemillihan dua belas pelajar untuk meneruskan pengajian mereka di akademi paling popular di Malaysia, Akademi Fantasia.

Siapakah pilihan saya ? Dua minggu saya bersama mereka. Berpeluang untuk mengenali personaliti mereka juga kebolehan vokal dan bakat yang mereka ada saya selidiki satu persatu. Saya sengaja tidak mahu menonton rehearsal Konsert Prelude kerana sebab yang tersendiri.

Taruhan saya untuk dua belas pelajar yang bakal menduduki kediaman mewah Akademi Fantasia ialah : Untuk perempuan saya merasakan Farhan, Karen, Salima, Velvet, Zila dan Liya. Manakala untuk lelaki saya merasakan Amirul, Diddy, Faizal, Haziq, Lotter dan Rich bakal meneruskan pengajian mereka di Akademi Fantasia. Siapa pilihan anda ?

Debaran semakin kencang kerana Bahana Akademi Fantasia semakin hampir...

Hazama tampil penuh berkeyakinan dengan lagu Zakia. Berbekalkan vokal serak-serak basahnya ada tone yang sedap untuk didengar. Saya melihat beliau lebih berkeyakinan di atas pentas berbanding di konti ERA. (hahaha). Dengan selamba beliau bergelek untuk menyesuaikan gayanya dengan lagu tersebut. Namun demikian, persembahannya belum cukup memikat saya.

Tasha membawakan lagu Sangkar Emas dengan biasa sahaja. Saya melihat beliau tidak memberikan sepenuh penghayatannya untuk lagu tersebut. Kehebatan vokal beliau tidak diserlahkan. Persembahannya nampak biasa sahaja. Penguasaan pentasnya juga tidak berjaya menarik perhatian saya.

Amirul tampil dengan penuh berkeyakinan pada awalnya untuk lagu Biru. Saya suka dengan cara beliau mengawal vokal falsettonya. Malangnya pada bahagian tengah lagu tersebut, nampak benar kurang stamina. Persembahan vokalnya tidak konsisten.

Kau Pergi Tanpa Pesan nyanyian Lynn disampaikan dengan baik. Beliau ada lenggok vokal yang bagus terutamanya untuk lagu-lagu lama. Percubaan geleknya juga berjaya menjadi tarikan tetapi sayangnya persembahan vokalnya masih tiada tarikan yang kuat untuk menarik perhatian penonton. Sebuah persembahan yang mendatar.

Setelah selesai segmen pertama, saya meletakkan Hazama mendahului rakan-rakannya yang lain. Lynn mengikuti dan kemudiannya Amirul dan Tasha.

Liya tampil membawakan lagu One Thousand Million Smile. Saya suka dengan nada suaranya yang agak berbeza dengan peserta-peserta yang sebelumnya. Vokal beliau ada kekuatan yang berbeza. Lagu yang dinyanyikannya juga dibawakan mengikut gayanya yang tersendiri tanpa terikut-ikut dengan Sudirman atau pun Siti Nurhaliza. Walaupun sedikit sumbang pada satu bahagian yang tinggi, ia tetap merupakan sebuah persembahan yang menarik.

Shaz tampil dengan lagu yang kini popular iaitu Mungkir Bahagia. Beliau terlalu mengawal vokalnya dan tidak begitu dilepaskan. Kesilapan tersebut menjadikan persembahannya tiada jiwa dan penghayatannya tidak sampai kepada penonton.

Kasih dibawakan dalam rentak jazz oleh Leez. Tiada apa yang menarik untuk diperkatakan kerana persembahan Leez biasa sahaja. Melodi lagu tersebut sudah diberikan nafas baru tetapi tidak berjaya dibawakan dengan penuh jiwa oleh Leez.

Rich menyampaikan lagu I’ll Be dengan bertenaga dan bersahaja. Beliau kelihatan seperti seorang profesional di atas pentas. Beliau mengawal vokalnya dengan baik serta memberikan penghayatan yang bagus untuk lagu tersebut. Kekuatan utama persembahan Rich ialah penguasaan pentasnya yang baik. Beliau nampak begitu selesa di pentas.

Selepas segmen kedua, Rich mendahului rakan-rakannya yang lain diikuti oleh Liya, Leez dan Shaz.

Faizal tampil bersahaja dengan lagu Pelangi Petang. Saya boleh katakan beliau mempunyai kekuatan vokal yang baik untuk diserlahkan. Beliau telah memberikan persembahan vokal yang seimbang. Vokalnya agak merdu. Saya melihat masalah utama Faizal ialah bahasa serta telo bahasanya. Beliau lebih berhati-hati dalam nyanyiannya kerana terlalu memikirkan sebutannya. Saya tertarik dengan showmanshipnya. Ada gaya yang tersendiri.

Farhan benar-benar memukul keseluruhan penonton dengan lagu Route 66nya. Tampil unik dengan irama jazz memberikan satu kelainan kepada Akademi Fantasia. Beliau begi berkeyakinan di atas pentas. Nampak bersahaja sahaja persembahannya. Saya tertarik dengan persembahan scatnya yang boleh saya sifatkan sebagai cemerlang. Beliau merupakan taruhan saya untuk menjadi juara bersandarkan mutu persembahan vokal dan persembahan pentas. Malangnya Akademi Fantasia bersandarkan faktor personaliti dan bukannya vokal.

Haider sekali lagi mencuba nasibnya dengan lagu Untukmu Ibu. Beliau terlalu bermuka-muka dalam persembahannya. Persembahan vokalnya masih kurang jelas dan masih terlalu dikawal. Satu kesilapan yang besar apabila beliau menukar gaya rock kepada balada tanpa ilmu yang cukup. Kawalan vokalnya tidak begitu konsisten.

Saya suka dengan keyakinan Karen dengan lagu Di Muara Sepi. Tampil dengan sebuah lagu yang agak rancak, Karen menguasai pentas dengan baik. Nyanyiannya masih konsisten walaupun terpaksa melakukan beberapa gerak tarian. Sebutannya juga agak baik dan beliau tidak terlalu mengawal penghasilan vokalnya.

Setelah segmen ketiga, Farhan mendahului jauh rakan-rakannya yang lain dan diikuti oleh Faizal, Karen dan Haider.

Velvet membawakan lagu Naluri dan telah memberikan persembahan vokal yang bagus. Beliau membawakan lagu tersebut dengan gayanya yang tersendiri. Nada suaranya juga tampil berbeza dan unik. Saya suka dengan penyampaiannya serta penghayatannya yang bagus.

Picture Of My Life di tangan Jeff masih biasa sahaja. Nyanyiannya tidak banyak berbeza dengan yang lain. Lagu yang terpilih juga kurang mesra di telinga penonton dan ini menyebabkan beliau tidak dapat menarik perhatian penonton.

Saya suka dengan persembahan Nora dengan lagu Kali Terakhir Ku Lihat Wajah Mu. Saya merasakan belliau mempunyai vokal yang bagus serta telah memberikan persembahan yang baik. Beliau menyanyikan lagu tersebut mengikut gayanya yang tersendiri.

Persembahan Haziq benar-benar memikat. Lagu Umpan Jinak di Air Tenang menyerlah kredibiliti anak muda tersebut. Beliau mempunyai vokal yang bagus terutamanya untuk lagu-lagu tradisional. Walaupun lenggok tariannya masih kaku, namun persembahannya ternyata menyerlahkan kecemerlangan dirinya.
Setelah segmen keempat, Haziq mendahului rakan-rakannya yang lain dan diikuti oleh Velvet, Nora dan Jeff.

Diddy tampil dengan lagu Mimpi Yang Tak Sudah. Beliau mempunyai vokal yang besar dan matang. Sayang sekali kawalan vokalnya kurang kemas. Tetapi tone vokal beliau ada kelainan dan lebih asli. Penghayatannya juga bagus untuk lagu tersebut.

Gelek Zila berjaya menarik perhatian penonton. Nyanyiannya juga lebih berkeyakinan dan beliau nampak selesa di pentas. Saya suka dengan tone vokal Zila yang boleh saya sifatkan ada kelainan dengan yang lain-lain.

Lotter merupakan underdog yang sebelum ini persembahannya tidak diberikan perhatian. Dengan lau Sunday Morning, saya menyukai persembahan vokalnya yang bagus serta gerak tari yang lincah. Saya melihat beliau amat berkeyakinan di atas pentas. Penguasaan pentasnya juga berjaya.

Salima dengan lagu Syurga Di Telapak Kaki Ibu benar-benar mengecewakan. Nyanyiannya tidak begitu membanggakan bersesuaian dengan publisiti yang diperolehinya. Persembahannya masih biasa dan belum diberikan keadilan yang cukup untuk diserlahkan.

Setelah segmen kelima, Lotter menyerlah berbanding rakan-rakannya yang lain dan diikuti oleh Diddy, Zila dan Salima.

Debaran Semakin Kencang
Kumpulan pertama dipanggil: Diddy, Leez dan Shaz. Diddy melepasi halangan pertama dan melangkah ke Akademi Fantasia. Leez dan Shaz diketepikan untuk calon piliha penonton. Kumpulan kedua dipanggil: Amirul, Lotter, Farhan, Nora dan karen. Lotter, Farhan dan Karen melangkah ke Akademi Fantasia. Amirul dan Nora diketepikan untuk pilihan penonton. Kumpulan ketiga dipanggil: Rich, Jeff dan Velvet. Rich dan Velvet melangkah ke Akademi Fantasia dan meninggalkan Jeff untuk menanti peluang kedua calon pilihan penonton. Kumpulan keempat dipanggil: Tasha, Salima, Haziq, Liya dan Haider. Hanya Salima dan Haziq melepasi halangan untuk melangkah ke Akademi Fantasia meninggalkan Tasha, Liya dan Haider mengintai peluang kedua. Kumpulan kelima dipanggil: Lynn, Faizal, Zila dan Hazama. Antara Lynn dan Zila, Zila terpilih ke Akademi Fantasia. Sementara antara Faizal dan Hazama, Faizal melangkahkan kakinya ke Akademi Fantasia.

Berdasarkan undian penonton, Amirul terpilih setelah meninggalkan jauh dari segi undian antara Hazama, Shaz, Haider dan Jeff. Manakala Nora terpilih setelah meninggalkan Lynn, Tasha, Leez dan Liya.

Saya berpuas hati dengan keputusan ? Segalanya menepati ramalan saya. Hanya tersasar dalam pemilihan antara Liya dan Nora. Saya terkilan kerana Salima terpilih walaupun memberikan persembahan yang tawar. Begitu juga dengan Amirul yang saya yakin akan terpilih ke Akademi Fantasia berdasarkan undian penonton setelah memberikan persembahan yang buruk semalam. Adakah ini bermakna persembahan Amirul tiada kredibiliti untuk dicalonkan ? Tidak sama sekali. Amirul menyerlah dalam lagu-lagu yang pernah saya dengar dan cuma ada kesilapan pada malam tersebut sehingga beliau tampak gagal di pentas.

Pilihan sultanmuzaffar
Farhan – Route 66
Haziq – Umpan Jinak di Air Tenang
Faizal – Pelangi Petang
Rich – I’ll Be
Karen – Di Muaa Sepi
Velvet - Naluri
Lotter – Sunday Morning
Diddy – Mimpi Yang Tak Sudah
Hazama - Zakia
Liya – One Thousand Million Smile
Zila - Rindu
Nora – Kali Terakhir Ku Lihat Wajah Mu
Lynn – Kau Pergi Tanpa Pesan
Salima – Syurga Di Telapak kaki Ibu
Leez - Kasih
Shaz – Mungkir Bahagia
Jeff – Picture Of My Life
Tasha – Sangkar Emas
Haider – Untukmu Ibu
Amirul – Biru

Nota : Al-Fatihah buat mangsa gempa bumi di Yogjakarta, Indonesia.

Entri oleh sultanmuzaffar 0 komen

70 weblog paling popular di Malaysia
Oleh Syed Syahrul Zarizi

Blogging atau budaya menulis jurnal atas talian adalah satu fenomena yang berkembangan hasil dari kemajuan pesat teknologi internet. Ia mudah untuk digunakan dan tidak melibatkan sebarang kos tambahan atau skil. Sehingga kini, kadar celik komputer dikalangan warga belia di Malaysia (bawah 40 tahun) terutamanya di kawasan bandar adalah amat menggalakkan. Kanak-kanak makin terdedah dengan. Harga komputer yang semakin murah dan kemudahan internet yang semakin berleluasa banyak membantu kepada berkembangan budaya menulis blog (singkatan untuk weblog)

Menurut Pew Internet study dianggarkan 11%, atau 50 juta pengguna internet adalah pembaca blog. Menurut data Technorati , terdapat 75,000 blog baru dalam sehari dan 50 000 blog dikemaskini setiap jam

...

Kenapa 70? Kenapa tidak 50 atau 100? Kenapa tidak.

Ranking - Blog Name
Alexa Traffic Rank
Technorati (Rank)

1 - Liew CF
18,400
2,060 (4)

2 - Paul Tan
29,925
2,958 (5)

3 - Jeff Ooi
35,419
1,234 (3)

4 - TV Smith Dua Sen
38,579
9,040 (14)

5 -Kenny Sia
45,117
194 (1)

6 - Huai Bin
124,115
4,775 (7)

7 - Lim Kit Siang
141,978
527,346

8 - Shaolin Tiger
148,110
5,206 (8)

9 - Brand Malaysia
151,993
6,417 (11)

10 - Rojaks
162,679
6,542 (12)

11 - MGG Pillai
194,378
-

12 - Sultan Muzaffar
198,013
6,256 (10)

... sila ke blog Syed Syahrul Zarizi untuk senarai selanjutnya...

Entri oleh sultanmuzaffar 20 May 2006 0 komen

Tirai Akademi Fantasia 4 - Blog

Apakah pandangan anda tentang program pembuka gelanggang Tirai Akademi Fantasia 4 ? Saya sedikit terkilan kerana kejayaan Farah memenangi Artis Harapan di Anugerah Industri Muzik 12 tidak disebut.

Bagaimana pula dengan kejutan-kejutan yang ditampilkan sewaktu notis pemberitahuan dilaksanakan ? Sejak akhir-akhir ini penonton televisyen sering disogokkan dengan kejutan dari program Wakenabeb yang bersifat lebih segar dan meransangkan minat penonton. Tingkat harapan penonton sudah berbeza sejak menonton rancangan yang semakin popular itu. Kejutan untuk Haider boleh saya sifatkan agak menarik perlaksanaannya. Kejutan untuk Jeff juga agak menarik kerana ia menyerlah tabiat baik sebenar beliau. Begitu juga dengan Karen yang dikejutkan dengan penarik kereta. Cuma elemen ketegangan tidak begitu sampai kepada beliau sendiri dan penonton. Diddy nampak begitu selamba apabila kononnya disabitkan dengan kesalahan lalulintas.

Mereka nampaknya sudah bersedia untuk menerima sebarang kejutan dari Akademi Fantasia dan hanya menantikan masa emas itu tiba.

Apakah pula signifikannya pengalaman seorang nenek tua dengan Tirai Akademi Fantasia yang diletakkan di bahagian penghujung program tersebut ? Sebarang kaitan dengan fenomena Mawi sewajarnya diletakkan di bahagian awal rancangan sewaktu mengimbas kejayaan bintang-bintang AF yang lepas.

Saya suka dengan gandingan pengacara baru yang diketengahkan iaitu Nana, Farah dan Reza. Gandingan mereka nampak begitu segar dan bertenaga.

Pada musim ini, penonton berpeluang untuk mengundi dua pelajar kegemaran mereka untuk meneruskan pengajian mereka di Akademi Fantasia. Tekan sahaja AFPRE (NAMA PELAJAR) dan hantar ke 32999. Selain 10 pilihan juri, 2 orang pelajar pilihan penonton akan turut merasai bahana dan bahang menjadi pelajar Akademi Fantasia selepas berakhirnya Konsert Prelude Akademi Fantasia pada 28 Mei ini. Melangkah sahaja mereka keluar dari Studio Satu, mereka akan terus dikuarantinkan di banglo Akademi Fantasia.

Apa pula pandangan anda ?

Entri oleh sultanmuzaffar 17 May 2006 0 komen

Pelajar Baru Akademi Fantasia 2006
Semuanya telah terjawab ! Inilah wajah-wajah yang bakal menghantui hidup anda sepanjang tiga bulan yang akan datang. Mereka telah terpilih untuk satu ujibakat terakhir di Konsert Prelude Akademi Fantasia pada hari Ahad, 28 Mei ini.

Anda berpeluang untuk mengundi pelajar pilihan anda. Seorang lelaki dan seorang perempuan yang mendapat undian paling tinggi yang tidak terpilih dalam pilihan juri akan bersama-sama menyertai Akademi Fantasia dengan pilihan juri.

Proses undian akan bermula selepas program Tirai Akademi Fantasia disiarkan iaitu pada hari Sabtu, 20 Mei ini.

Dalam perkembangan yang lain, walaupun berlakunya kebocoran maklumat pada pagi ini sebelum pengumuman dibuat, siapakah yang menjadi dalang akan pasti dikenalpasti kelak.

Adakah ini bermakna saya akan menulis tentang Akademi Fantasia musim ini ? Saya akan cuba untuk memberikan maklumat dari perspektif yang berbeza pada musim ini. Namun demikian, ruangan ini tidak akan ditutup tetapi kita masih boleh berkongsi pandangan dan buah fikiran agar program ini terus diminati.

Setelah berkampung bersama mereka selama hampir dua minggu, ada banyak cerita yang boleh dijadikan rencah untuk program Akademi Fantasia pada musim ini. Menyelidiki biodata mereka sahaja sudah bermacam-macam andaian dan pelbagai cerita yang boleh dikongsi bersama peminat AF. Kita sama-sama nantikan apakah program ini berjaya seperti tahun-tahun sebelumnya.

AMIRUL
Nama Penuh : Amirul Azwan b. Mohd Ghazali
Bangsa : Melanau
Umur : 18 tahun
Asal : Kuching Sarawak
Tarikh Lahir : 3 Julai 1988
Zodiak : Cancer
Tinggi : 176 cm
Berat : 56 kg
Deskripsi : Dikenali dengan imej hip-hop, seluar besar dan baju besar serta bertopi, jejaka comel keturunan kacukan Melanau dan Cina ini tahu apa yang beliau inginkan. Kecil bukan sebarang kecil, Amirul mahu membuktikannya di AF !
DIDDY
Nama Penuh : Syamsul Hirdy b. Muhid
Bangsa : Melayu
Umur : 21 tahun
Asal : Kuala Lumpur
Tarikh Lahir : 5 Oktober 1985
Zodiak : Libra
Tinggi : 183 cm
Berat : 63 kg
Deskripsi : Lahir dari keluarga berdarah seni, lulusan diploma pentadbiran perniagaan ini mengimpikan untuk mengecap kejayaan di AF. Masa santai dihabiskan dengan sesi karaoke bersama rakan dan keluarga. Jom menyanyi bersama Diddy di AF !
FAIZAL
Nama Penuh : Mohammad Faizal b. Ramly
Bangsa : Melayu
Umur : 22 tahun
Asal : Marang, Terengganu
Tarikh Lahir : 17 Ogos 1984
Zodiak : Leo
Tinggi : 157 cm
Berat : 64 kg
Deskripsi : Menjadikan Sudirman sebagai idolanya, anak jati Terengganu ini gigih membantu ibu saudaranya menguruskan kedai emas dan memiliki kilauan bakat besar yang bakal dipersembahkan serta bakal memukau dengan senyuman manis wajah tampannya. Terpukau bersama Faizal menyinar di AF !
HAIDER
Nama Penuh : Haider bin Arif
Bangsa : Melayu
Umur : 21 tahun
Asal : Kota Kinabalu, Sabah
Tarikh Lahir : 7 Mac 1985
Zodiak : Pieces
Tinggi : 167 cm
Berat : 73 kg
Deskripsi : Jejaka Sabah ini seorang yang pendiam dan pemalu. Mampukah anak sulung dari sebelas adik beradik ini mara meneruskan pengajian musim ini ? Mencipta kejayaan tersendiri bersama Haider di AF !
HAZAMA
Nama Penuh : Hazama b Ahmad Azmi
Bangsa : Melayu
Umur : 22 tahun
Asal : Kuala Lumpur
Tarikh Lahir : 28 November 1984
Zodiak : Sagittarius
Tinggi : 173 cm
Berat : 57 kg
Deskripsi : Senyuman manisnya memikat sehingga kita terlupa beliau sebenarnya seorang bintang rock klasik yang menggegarkan. Berbekalkan vokal yang mantap, garau serta gaya rocknya yang akan memukau anda ! Dengarkan rock gaya Hazama di AF !

HAZIQ
Nama Penuh : Hazwan Haziq bin Rosebi
Bangsa : Melayu
Umur : 18 tahun
Asal : Kluang, Johor
Tarikh Lahir : 7 Januari 1988
Zodiak : Capricorn
Tinggi : 179 cm
Berat : 60 kg
Deskripsi : Jejaka tinggi lampai ini meminati permainan kriket hinggalah mengikuti konsert live, anak jati Johor ini menggemari irama tradisional dan gilakan PS2 ! Sama-sama kita nikmati variasi muzik Haziq di AF !
JEFF
Nama Penuh : Jeffry Haikel b Muhammad Nasir
Bangsa : Melayu
Umur : 23 tahun
Asal : Subang Jaya, Selangor
Tarikh Lahir : 15 Januari 1983
Zodiak : Capricorn
Tinggi : 178 cm
Berat : 75 kg
Deskripsi : Peminat kereta lumba ini menggemari muzik jazz dan peminat setia MU. Seorang yang peramah dan apabila sudah semakin rapat dengannya, semuanya bola, bola, bola ! Kenali Jeff dengan lebih dekat di AF !
LOTTER
Nama Penuh : Lotter P.Edwin Edin
Bangsa : Kadazan
Umur : 23 tahun
Asal : Membakut, Sabah
Tarikh Lahir : 30 April 1982
Zodiak : Taurus
Tinggi : 157 cm
Berat : 50 kg
Deskripsi : Jejaka periang dan sentiasa ketawa ini ialah peminat Stephen Chow. Anak jati Membakut ini turut menyukai muzik rock alternatif dan memasak untuk keluarganya. Lotter bakal menyerlah di AF !
RICH
Nama Penuh : Richael L. Gimbang
Bangsa : Kadazandusun
Umur : 23 tahun
Asal : Penampang, Sabah
Tarikh Lahir : 29 Julai 1982
Zodiak : Leo
Tinggi : 164 cm
Berat : 56 kg
Deskripsi : Anak jati bangsa Kadazan Dusun ini merupakan seorang jurutera audio, peminat fiksyen sains dan kini menjuruskan dirinya ke arah genre rock ! Siap sedia untuk imaginasi Rich di AF !
SHAZ
Nama Penuh : Shazroul Fazlie Zahari
Bangsa : Melayu
Umur : 20 tahun
Asal : Kuala Lumpur
Tarikh Lahir : 11 September 1985
Zodiak : Virgo
Tinggi : 177 cm
Berat : 57 kg
Deskripsi : Anak manja yang ingin menjadi bintang ini bakal membawa 50 ekor ikan emas bakal mengiringinya ke puncak kegemilangan ! Berdansa bersama Shaz di AF !


FARHAN
Nama Penuh : Nur Farhan bt Azizan
Bangsa : Melayu
Umur : 22 tahun
Asal : Kuala Lumpur
Tarikh Lahir : 21 Ogos 1984
Zodiak : Leo
Tinggi : 163 cm
Berat : 55 kg
Deskripsi : Shirley Bassey, Chaka Khan dan Sheila Majid ialah idolanya. Dengan imej muzik klasik dan meminati muzik band, Farhan mahu membuatkan anda terpegun dengan kebolehan besarnya. Dengarkan Farhan dengan vokal husky di AF !
KAREN
Nama Penuh : Karen Tan Lee Suan
Bangsa : Cina
Umur : 21 tahun
Asal : Kota Bharu, Kelantan
Tarikh Lahir : 28 Ogos 1984
Zodiak : Virgo
Tinggi : 153 cm
Berat : 43 kg
Deskripsi : Mek Kelate kecil molek berbangsa Cina ini suka menari dan menggilai Coco Lee dan Fauziah Latiff. Selami personaliti Karen di AF !
LEEZ
Nama Penuh : Rosliza bt Rosli
Bangsa : Melayu
Umur : 19 tahun
Asal : Kuala Lumpur
Tarikh Lahir : 12 November 1987
Zodiak : Scorpio
Tinggi : 161 cm
Berat : 48 kg
Deskripsi : Selesa dengan t'shirt dan seluar jeans, gadis feminin ini memiliki vokal yang mampu membuatkan anda teruja. Dengan imej Lara Croft, Leez mahu menonjolkan bakat besarnya di AF !
LIYA
Nama Penuh : Lydia Iryani bt Mohamed Khairul
Bangsa : Melayu
Umur : 21 tahun
Asal : Bandar Baru Bangi, Selangor
Tarikh Lahir : 23 Mac 1985
Zodiak : Aries
Tinggi : 168 cm
Berat : 51 kg
Deskripsi : Anak tunggal dari keluarga kacukan ini sangat bijak dan gemar membantu menyelenggarakan binatang yang terbiar serta melakukan kerja-kerja amal. Menyanyi merupakan asset utamanya. Saksikan Liya di AF !
LYNN
Nama Penuh : Mazlinda bt Mat Khalil
Bangsa : Melayu
Umur : 24 tahun
Asal : Shah Alam, Selangor
Tarikh Lahir : 5 Ogos 1982
Zodiak : Leo
Tinggi : 158 cm
Berat : 47 kg
Deskripsi : Beliau membantu perniagaan andaman keluarganya dan tinggal bersama sembilan ekor kucing yang cantik-cantik. Menjahit adalah hobi waktu lapangnya. Jangan lupa untuk mendengar nyanyian Lynn di AF ! Anda pasti terpesona !
NORA
Nama Penuh : Nordawati bt Daud
Bangsa : Melayu
Umur : 20 tahun
Asal : Sandakan, Sabah
Tarikh Lahir : 12 Mei 1985
Zodiak : Taurus
Tinggi : 160 cm
Berat : 47 kg
Deskripsi : Gadis comel dari Sandakan ini boleh menyanyi dalam bahasa Tagalog dan bermain gitar, piano dan drum. Menggemari muzik R&B dan klasik dan saksikan Nora menyerlahkan bakatnya di AF !
SALIMA
Nama Penuh : Nor Salima bt Habibi
Bangsa : Melayu
Umur : 18 tahun
Asal : Ipoh, Perak
Tarikh Lahir : 1 Januari 1988
Zodiak : Capricorn
Tinggi : 165 cm
Berat : 54 kg
Deskripsi : Gadis bertudung manis ini terlalu manja dengan adik kecilnya. Seorang yang sangat peramah dan anda pasti terpukau dengan gaya bicaranya yang kental jiwa Arabnya. Selami diri Salima di AF !
TASHA
Nama Penuh : Natasha bt Nordin
Bangsa : Melayu
Umur : 24 tahun
Asal : Seremban, Negeri Sembilan
Tarikh Lahir : 18 Jun 1982
Zodiak : Gemini
Tinggi : 165 cm
Berat : 53 kg
Deskripsi : Model dan pelakon separuh masa ini merupakan peminat setia filem Titanic dan grup genius Dewa serta sukakan muzik ballroom. Selidiki keajaiban yang akan diberikan oleh Tasha di AF !

VELVET
Nama Penuh : Velvet Lawrence Aduk
Bangsa : Dusun
Umur : 19 tahun
Asal : Penampang, Sabah
Tarikh Lahir : 14 Februari 1987
Zodiak : Aquarius
Tinggi : 169 cm
Berat : 67 kg
Deskripsi : Bekerja sebagai tukang masak pada waktu siang dan menyanyi pada waktu malam, gadis gipsi ini menyukai gaya nyanyian Nora. Sentiasa mengutamakan keluarga dan terokai warna diri Velvet di AF !

ZILA
Nama Penuh : Nur Azilah bt Seeron
Bangsa : Melayu
Umur : 18 tahun
Asal : Jempol, Negeri Sembilan
Tarikh Lahir : 17 November 1988
Zodiak : Scorpio
Tinggi : 152 cm
Berat : 47 kg
Deskripsi : Anak penoreh getah dari Jempol, Negeri Sembilan ini menggemari muzik dangdut dan terpengaruh dengan keseksian Inul ! Zila mahu membuktikan kepelbagaian bakatnya yang tersendiri dan jangan lupa dengan dangdut versi Zila di AF !

Entri oleh sultanmuzaffar 13 May 2006 0 komen

Festival Futsal NingClix 2006
Tarikh : 28 Mei 2006
Jam : 11 pagi - 5 petang
Tempat : Ampang Sports Planet
Klik poster untuk imej yang lebih besar

Entri oleh sultanmuzaffar 10 May 2006 0 komen

Penat Tapi Puas

Minggu ini saya amat penat. Tapi saya puas ! Walaupun saya penat, tapi saya amat puas !

Sudah dua minggu saya puas. Hari ini saya semakin puas. Walaupun penat, tapi saya puas sekali.

Macam-macam yang saya kena buat. Memang penat, tapi saya puas. Lemah dibuatnya, tapi saya puas. Puas sekali !

Dari utara ke timur ke hutan belantara berperang dengan cicak yang mengacau sekali-sekala. Tapi saya puas. Sungguh puas !

Selalunya satu, sekali-sekala dua, belum pernah lagi mencecah tiga. Tapi saya puas. Amat puas !

Sekali-sekala merah berlalu, saya semakin puas sepuas-puasnya.

Aduh ! Penat sungguh. Belum lagi yang keempat ini muncul. Tapi saya puas dan belum pernah puas hati.

Satu permulaan...

Entri oleh sultanmuzaffar 04 May 2006 0 komen

Ulasan Album Transkripsi Siti Nurhaliza


Transkripsi adalah album terbaik Siti Nurhaliza. Pemilihan lagu yang telah dibuat dengan baik. Begitu juga dengan kedudukan lagu dalam album ini bila ia menjadikan album ini tidak membosankan. Saya puas dengan album ini. Album ini telah menyerlahkan kredibiliti Siti Nurhaliza dalam bidang muzik. Terserlahnya vokal Siti Nurhaliza telah dibuktikan melalui album ini. Siti Nurhaliza tidak lagi statik dan tidak mahu mencuba sesuatu yang baru, sebaliknya beliau telah berani untuk membuka ruang-ruang baru untuk meningkatkan lagi mutu vokal beliau.

Saya puas dengan album ini apabila dapat mendengar bagaimana cerdiknya Siti Nurhaliza menggunakan keseluruhan kemantapan vokal beliau untuk memenuhi permintaan setiap peminatnya. Malangnya saya belum lagi puas selagi tidak mendengar Siti Nurhaliza membawakan lagu-lagunya dari album ini secara langsung dalam persembahan secara langsung. Di situ satu lagi kelebihan Siti Nurhaliza apabila beliau mampu untuk memberikan nafas baru kepada lagunya dan adakalanya menjadikan lagu-lagu dari rakaman studio menjadi lebih menarik di pentas konsert. Beliau berani untuk melakukan improvisasi berpandukan muzik iringan.

Melihat kulit luar album ini, saya sudah terpegun dengan kecantikan luarannya. Rekaan grafik pada foto Siti Nurhaliza dibuat dengan penuh elegan. Saya sekali foto yang cantik di kulit luar tidak konsisten pada bahagian dalam kulit album ini. Lebih-lebih lagi pada buku lirik album ini. Menyelak satu-persatu helaian buku lirik, saya melihat tiada konsep dan cerita yang ingin disampaikan melainkan pada bahagian tengah buku lirik tersebut. Imej-imej pelbagai mimik muka pada helaian Siti Nurhaliza menyatakan rasa penghargaannya, adalah salah satu helaian yang menceritakan keseluruhan album ini.Saya mengharapkan sesuatu yang luar biasa seperti album Prasasti Seni dan EMAS yang jelas konsep rekaan kulit albumnya. Rakaman foto yang menarik dengan fotografi yang dirakamkan di luar studio lebih menarik minat saya. Album Transkripsi lebih memaparkan shot-shot rakaman di dalam studio. Satu hasil yang tergesa-gesa mungkin. Ia hanya memaparkan shot dalam studio tanpa apa-apa props melainkan imej Siti Nurhaliza berseorangan. Akan menjadi lebih menarik sekiranya ia dibuat dengan menggunakan props. Seperti untuk menggambarkan Siti sedang kegembiraan, ia dibuat di luar studio tengah padang melepaskan burung merpati. Atau untuk meluahkan kesedihan Siti Nurhaliza, ia dibuat di atas sofa seperti Siti sedang termenung. Atau untuk meluahkan kerinduan Siti Nurhaliza, ia dibuat di tepi tingkap atau pintu seperti Siti Nurhaliza sedang menantikan seseorang. Nizam Rahmat dari AD.verse boleh mencipta magik yang melangkaui akal fikiran sekiranya diberikan masa untuk merakamkan kulit album ini di luar studio.

Siti Situ Sana Sini : Setelah membuat perubahan mengejut dengan lagu Dua Dunia, Siti Nurhaliza kembali dengan irama pop yang agak moden yang diselitkan elemen hip-hop yang menjadi penarik kepada lagu ini. Dengan irama yang agak catchy ia cepat menangkap pendengaran kita disertakan dengan liriknya. Tajuknya saja sudah cukup membuatkan pendengar ingin mendengar selanjutnya lagu ini. Track seterusnya memperdengarkan sebuah lagu berhantu yang kini sedang popular di corong-corong radio iaitu Biarlah Rahsia. Pertama kali mendengar lagu ini yang didendangkan oleh Siti Nurhaliza secara langsung di APM yang baru lalu sudah menguja saya untuk memiliki album ini walau apa pun yang akan berlaku. Biarlah Rahsia adalah sebuah lagu yang boleh saya sifatkan luahan hati Siti Nurhaliza dan telah disampaikan dengan baik sekali oleh beliau. Baik secara langsung ataupun secara rakaman dalam album ini. Harus saya akui, lagu ini disampaikan dengan cemerlang oleh Siti Nurhaliza secara langsung berbanding rakaman studio. Susunan muzik untuk lagu ini lebih menarik berbanding versi secara langsung. Penggunaan strings yang lebih padat dan lengkap. Untuk menerajui kedudukan teratas, lagu ini bersaing dengan lagu Bisakah. Lalu saya meletakkan pilihan saya lebih untuk lagu Bisakah. Saya paling suka bila lagu ini diakhiri dengan bait pernahkah kau bermimpi seketika berada di tempatku…

Destinasi Cinta begitu mengejutkan saya ! Sebuah lagu up-beat yang mampu membuatkan saya terpesona dengan iramanya. Saya kata lagu ini antara lagu yang begitu menangkap pada telinga saya. Catchy ! Sebuah pop rock yang menarik dan satu percubaan yang berani dari Siti Nurhaliza. Melodi lagu ini kuat pengaruh rock 80an tetapi di tangan Siti Nurhaliza ia kedengaran lebih segar. Walaupun lagu rock, Siti Nurhaliza menyampaikannya dengan bersahaja tanpa perlu terjerit-jerit. Setelah mendengar tiga lagu, Siti Nurhaliza telah dengan berani mencuba tiga genre, hip-hop balada dan rock. Berani untuk mempertaruhkan kredibiliti vokal beliau. Dengan lagu Cuba Untuk Mengerti, beliau kembali dengan sebuah lagi lagu balada yang mencengkam perasaan apabila dihayati liriknya. Semacam mahu saja saya mengalirkan air mata apabila membaca dalam-dalam dan menghayati luahan Siti Nurhaliza melalui keperitan lirik lagu tersbebut. Pada satu bahagian, lagu ini cuba disuntik nada gembira dalam kesedihan apabila dimasukkan rangkap nyanyian dari suara penyanyi latar. Ia lebih meruntun perasaan sebenarnya. Kerana kesedihan yang ditanggung sukar untuk diucapkan. Entah mengapa saya terbayang lagu ini sewaktu menonton filem Ada Apa Dengan Cinta.

Saya sekali sukar untuk saya terima lagu Hidup Penuh Bicara. Sekejap world music, sekejap berbunyi elemen Timur Tengah. Saya jadi keliru. Yassin berkebolehan besar untuk menghasilkan lagu yang lebih baik daripada lagu ini. Sekali-sekala ia kedengaran seperti lagu Berkobar-Kobar oleh Vince dan Yassin. Lagi pun lagu ini dicipta oleh Yassin. Saya berani mengatakan Lagu Rindu lebih baik ciptaan Yassin berbanding lagu ini. Lagu Rindu lebih catchy. Bila Harus Memilih merupakan sebuah balada yang lembut. Saya dapat mendengar vokal Siti Nurhaliza yang merdu melalui lagu ini. Susunan muzik dalam lagu ini agak baik. Melodinya agak melankolik, itu antara kekurangan lagu ini.

Begitu juga dengan lagu Pastikan. Terlalu tipikal Melly. Yang membuatkan saya suka dengan lagu ini adalah melodinya. Tebal bunyi Indonesianya. Sesuatu yang lain dari yang biasa kita dengar dalam lagu Melayu. Hati Berbisik merupakan antara cubaan pertama Siti Nurhaliza mencipta lagu. Ramai yang cakap lagu ini ada bunyi-bunyi I Still Believe. Sekali lagi saya sukakan liriknya yang seakan-akan menceritakan apa yang telah beliau lalui.

Antara lagu kegemaran saya ialah Rupanya Kita Serupa. Saya suka dengan lagu ini kerana elemen jazz yang diserapkan ke dalam melodi lagu ini. Dengan irama yang agak moderate, persembahan vokal Siti Nurhaliza amat menyerlah dalam lagu ini. Teknik vokal beliau dipergunakan sepenuhnya dalam lagu ini untuk menyampaikan lagu ini dengan bersahaja. Saya tidak menyangka yang lagu ini merupakan sebuah lagu ciptaan Cat. Kembali dengan lagu Tanpa Dendam Di Hati, sebuah lagu balada yang biasa sahaja pada pendengaran saya. Lagu ini dicipta oleh Erwin Gutawa yang tidak kuat pengaruh Indonesianya. Lagu ini kedengaran lebih Malaysia. Kekuatan lagu ini adalah kerana liriknya yang jika dihayati dengan baik seakan menceritakan apa yang telah dilalui olehnya. Segala apa yang berlaku, tiada dendam yang disimpan di dalam hati.

Tajuknya saya sudah cukup menguja saya untuk mendengar lagu ini dengan teliti. Intrig Cinta. Orang kata saya suka lagu ini kerana saya suka Siti Nurhaliza. Saya suka lagu ini kerana saya suka bunyi bunyi yang unik dan pelik. Melodi lagu sebegini jarang-jarang dapat kita dengar. Pengaruh perkusi menjadi antara kekuatan lagu ini terutama pada permulaan lagu ini. Walaupun berulang-ulang, lagu ini tidak kedengaran biasa tetapi suatu yang luar biasa. Sebagai satu percubaan pertama dalam penciptaan lagu, saya boleh puji lagu-lagu sebegini. Elemen-elemen keTimuran tidak dilupakan dalam lagu ini antara salah satu sebab mengapa saya suka lagu ini. Saya kurang menggemari lagu Impiankan Nyata ini kerana melodinya yang agak ketinggalan. Ia semacam lagu-lagu lama dari album-album Siti Nurhaliza yang terdahulu. Lagu-lagu sebegini pernah saya dengar dalam albumnya yang terdahulu. Ia kedengaran terlalu berbunyi Siti Nurhaliza. Namun demikian lagu sebegini perlu agar dapat memenuhi permintaan peminat Siti Nurhaliza yang terdiri daripada pelbagai latarbelakang. Saya mengharapkan sebuah lagu yang lebih segar penciptaannya.

Bisakah menjadi penutup kepada album Transkripsi. Menghayati bait demi bait lirik yang telah ditulis oleh Tessh RS, saya dapat merasakan perasaan cinta Siti Nurhaliza yang kuat terhadap cinta-cintanya yang terdahulu. Melalui lirik lagu ini beliau bercerita melalui nafas vokalnya dan sampai satu persatu dalam minda saya. Saya kata lagu ini lebih terasa perasaannya berbanding lagu Biarlah Rahsia secara rakaman studio. Saya tertarik dengan permulaan melodinya yang sedap pada pendengaran saya. Sebuah balada yang kuat pengaruh Indonesia dan agak seimbang untuk disesuaikan dengan pasaran Malaysia.

Apa selepas ini ? Pelbagai cubaan telah dilaksanakan dengan cemerlang oleh Siti Nurhaliza. Pelbagai genre lagu telah dicuba oleh beliau. Setelah mendengar hasil album ini, saya menantikan hasil muzik videonya pula. Apa pula kreativiti yang akan diketengahkan oleh Siti Nurhaliza pada muzik videonya. Apakah sehebat Percayalah ?

Sudah sampai masanya agar Siti Nurhaliza memikirkan semula keputusannya untuk terus berehat dari Anugerah Juara Lagu. Saya merasakan Siti Nurhaliza perlu kembali ke AJL. Dalam waktu yang sama beliau bolehlah berehat dari Anugerah Bintang Popular, sama seperti apa yang dilakukan oleh Rosyam Noor. Untuk menang dalam pertandingan yang pengundian dilakukan oleh peminat, adalah sesuatu yang biasa sahaja bagi Siti Nurhaliza. Beliau adalah jaguh di mata peminat. Tetapi untuk menguji sejauh mana perubahan dan kematangan beliau dalam bidang muzik, Siti Nurhaliza harus kembali ke dalam pertandingan yang menggunakan juri profesional sebagai pengadilnya seperti AJL dan AIM. Di pertandingan seperti inilah tahap di mana beliau berada dapat diukur. Saya merasakan tidak rugi sekiranya beliau berehat dari menyertai ABP dan merasa amat rugi sekiranya bakat dan kredibiliti Siti Nurhaliza tidak dapat dinilai oleh juri profesional di AJL atau AIM. Fikirkan ya...

Hari ini merupakan hari majlis pelancaran album Transkripsi. Semoga ia berjalan dengan lancar. Mahu sahaja saya menjadi halimunan dan menyelinap keluar dari pejabat...

Rating : 5/5 bintang (Mesti Beli)

Pilihan sultanmuzaffar
Bisakah 5/5
Biarlah Rahsia 5/5
Cuba Untuk Mengerti 5/5
Rupanya Kita Serupa 5/5
Destinasi Cinta 5/5
Intrig Cinta 4.5/5
Pastikan 4/5
Tanpa Dendam Di Hati 4/5
Hati Berbisik 4/5
Bila Harus Memilih 3.5/5
Siti Situ Sana Sini 3.5/5
Hidup Penuh Bicara 3/5
Impiankan Nyata 3/5

Ulasan Lain :
Kejutan dan Keluhan Klubbkidd
Komen Faiz Nordin

Entri oleh sultanmuzaffar 30 April 2006 0 komen

Ulasan Anugerah Industri Muzik 13


Saya ambil keputusan pada minit terakhir untuk hadir ke AIM 13 memandangkan ramai kawan-kawan saya yang tidak dapat hadir kerana pelbagai sebab dan akibat. Ada di antara mereka yang telah dihalang untuk hadir kerana penyiaran artikel yang kononnya bersifat mencemuh penganjuran AIM. Ada juga di antara mereka yang nama-nama mereka telah dibuang dari senarai jemputan kerana pelbagai sebab. Ada juga kerana tidak begitu sihat.

Mahu tidak mahu, saya harus pergi kerana telah berjanji untuk hadir dan mendapatkan album Transkripsi dari seseorang. Selain ingin menyaksikan Siti Nurhaliza menang anugerah Persembahan Vokal Terbaik Di Dalam Album (Wanita) untuk kali kelapan, saya juga ingin melihat sejauh mana berjayanya penganjuran kali ini.

Sebelum majlis bermula, saya mendapatkan album terbaru Siti Nurhaliza berjudul Transkripsi dari salah seorang yang amat rapat dengan Siti Nurhaliza. Mana tahu jika tidak berpeluang untuk bertemu di Post Party selepas majlis AIM tamat. Selalunya seperti kebiasaan Siti Nurhaliza jarang sekali singgah ke Post Party. Tetapi tidak malam itu. Siti Nurhaliza pergi Post Party siot !!!!

Antara persembahan yang boleh saya sifatkan agak cemerlang pada edisi kali ini ialah Jason Lo diiringi oleh pelajar-pelajar Sekolah Sri Inai dengan lagu bertajuk Sleepy Head, Ridzuan dengan vokal matangnya untuk lagu Permata Kasih, Shanon sambil diiringi petikan piano untuk lagu Dilanda Cinta dan persembahan Jamal Abdillah dengan lagu-lagu nostalgianya yang telah disusun kembali oleh maestro Ramli MS sebelum digandingkan bersama M.Nasir untuk lagu Ghazal Untuk Rabiah. Itu sahaja persembahan yang boleh membuka mata saya dari terus tertidur. Kalau ikutkan hati selepas Siti Nurhaliza membuat persembahan dan menang anugerah, mahu sahaja saya pulang. Siksa duduk dalam dewan lama-lama menonton perjalanan majlis yang membosankan. Saya kurang pasti apa silapnya ? Keputusan ? Atau persembahan ? Atau hos rancangan ? Sudah sampai masanya AIM membuat perubahan pada hos rancangan dan memberikan sentuhan baru dan segar kepada majlis tersebut.

Walaupun ramai yang kurang menyukai medley spontan memperkenalkan barisan pemuzik oleh Afdlin Shauki dan Bob Lokman, tetapi saya menyukainya. Yang boleh diperbaiki ialah lirik-liriknya perlu dirancang terlebih dahulu. Bukan sekadar spontan caca marba. Konsepnya jelas iaitu ingin menghargai pemuzik yang mengiringi pada malam tersebut. Pemuzik juga yang menjadi pemenang Anugerah Wirama pada malam itu. S.Atan ialah seorang komposer yang disegani ramai. Jadi sememangnya tidak salah sekiranya pemuzik diberikan kelebihan pada malam tersebut. Afdlin Shauki sememangnya sudah biasa dengan konsep improvisasi teater tetapi tidak Bob Lokman. Habis semua jenaka-jenaka panahan petir yang keluar dari mulut Bob Lokman. Kena ingat ! Sekarang ini musim hujan. Sudah banyak kes panahan petir berlaku di sekitar negara.

Lagi satu yang mengecewakan saya adalah persembahan Siti Nurhaliza digandingkan bersama Hazami yang tidak cukup wow pada malam tersebut. Lagu Getaran seperti tiada signifikan apabila dipersembahkan oleh mereka. Semacam tiada tujuan dan konsep yang jelas. Nak kata Famieza (siapa dia ni ?) atau Anita Sarawak menang Anugerah Wirama tidak pula. Kenapa pula lagu tersebut dipilih ? Mungkin penciptanya. Persembahan Siti dan Hazami akan menjadi lebih menarik sekiranya masing-masing membawakan lagu-lagu baru masing-masing yang dapat menyerlahkan lagi kehebatan vokal mereka.

Bercerita tentang keputusan, adakah saya kecewa dengan keputusan ? Tidak sama sekali. Keputusan AIM13 kali ini telah membuka horizon pemikiran saya dengan lebih luas lagi untuk melihat sesuatu secara lebih menyeluruh skopnya tanpa terhad kepada pandangan peribadi tetapi lebih kepada melihat industri secara keseluruhannya. Inilah industri muzik yang kita ada. Tidak begitu besar tetapi penuh dengan pelbagai andaian dan misteri yang masih tersorok dari diketahui penonton, baik pendengar atau pun peminat muzik.

Seperti yang saya jangkakan Siti Nurhaliza buat kali kelapan menang Persembahan Vokal Terbaik Di Dalam Album (Wanita). Memang sukar untuk dinafikan bahawa album Siti Nurhaliza In Concert Royal Albert Hall merupakan sebuah album yang begitu menyerlahkan kehebatan vokal Siti dengan lagu-lagu yang diberi nafas baru oleh Roslan Aziz dan pasukannya.

Saya suka apabila Too Phat melalui album Rebirth Into Reality menang Kulit Album Terbaik. Memang kulit album tersebut menarik sekali termasuklah konsep rekaan grafiknya. Ia dibuat penuh teliti.

Rakaman Album Terbaik dimenangi oleh Dayang menerusi album Kasih dan saya puas hati. Walaupun tercalon dalam Album Pop Terbaik, album tersebut tidak menang. Pelik bukan ? Jika keseluruhan produksi album tersebut telah menang anugerah, mengapa pula tidak berjaya untuk Album Pop Terbaik.

Susunan Muzik Terbaik Di Dalam Lagu pula seperti jangkaan saya pasti akan dipilih juri untuk dimenangi oleh Ramli MS menerusi lagu Gemilang setelah menang untuk kategori yang sama menerusi lagu Merisik Khabar dan Seri Langkat. Ramli MS memang jaguh susunan muzik.

VE menang anugerah Persembahan Vokal Berkumpulan Terbaik Di Dalam Album dengan album For You. Sudah sampai masanya VE pula diiktiraf kerana persembahan vokal mereka yang mantap sejak beberapa tahun yang lalu. Namun demikian, persembahan pembukaan VE dengan lagu Rentak Disko tidak begitu memikat hati saya. Persembahan pembukaan mestilah sesuatu yang wow. Walaupun Tiara Jacquelina miming tahun lepas, tetapi aksi terbangnya orang ingat sampai sekarang. Begitu juga Sheila Majid dengan lagu Ku Mohon. Ini saya seorang saja yang ingat kot !

Artis Baru Terbaik dimenangi oleh Jaclyn Victor menerusi album keduanya Gemilang. Apa yang barunya kalau album Gemilang merupakan album kedua. Adibah Noor lebih layak untuk menang kategori ini. Saya bercakap berdasarkan teknikal bukan mempersoalkan kredibiliti nyanyian yang ada pada Jac, sebaliknya mempertikaikan peraturan yang telah dibuat yang boleh diubah sewenang-wenangnya. Lebih menarik untuk ditafsirkan apabila pakej trofi tersebut dihantar secara khas oleh FeDex dengan kurier berbeza dengan trofi-trofi yang lain. Dari manakah agaknya alamat yang telah menghantar pakej tersebut ? Sila buat tafsiran sendiri. Kalau ia sekadar product placement, pihak penganjur telah tersilap langkah kerana pelbagai tafsiran boleh dibuat melalui kurier khas tersebut.

Album Pop Rock Terbaik dimenangi oleh Awie melalui album Santai, sebuah album yang tidak begitu meluas promosinya. Album tersebut seakan tidak disedari oleh peminat muzik tempatan akan penjualannya.

Raihan kekal memenangi kategori Album Nasyid Terbaik dengan album Ameen. Ternyata promosi yang dilaksanakan oleh Raihan bukan sekadar rantau Asia Tenggara malah seluruh dunia telah membuahkan hasil terhadap penerimaan album ini untuk diiktiraf di AIM13.

Album Inggeris Tempatan Baru Terbaik dimenangi oleh Deja Voodoo Spells. Mengapa saya kata Deja Voodoo Spells pasti menang dalam kategori ini kerana penyanyi utamanya Rithan tercalon dalam kategori Persembahan Vokal Terbaik Di Dalam Album (Lelaki). Jika persembahan vokal penyanyinya sudah cukup baik untuk tercalon, tentunya kumpulan ini pasti mendahului kedudukan untuk menang kategori ini.

Video Muzik Terbaik dimenangi oleh Henry Ooi dengan muzik video Sleepy Head oleh LO. Saingannya agak sengit terutamanya dari Terlalu Istimewa oleh Adibah Noor. Namun kedua-duanya merupakan calon terbaik untuk menang kategori tersebut.

Padi berjaya memenangi Album Terbaik Indonesia menerusi album Padi yang memuatkan lagu Menanti Sebuah Jawaban. Mereka tidak hadir dan diwakili oleh salah seorang wakil syarikat rakaman.

Artis Harapan. Tidak begitu mengejutkan. Benar, Ridzuan amat memerlukan anugerah ini untuk dikenali. Lihat bagaimana anugerah tersebut telah berjaya menaikkan nama Farah sekaligus menenggelamkan nama Zahid, Linda dan Adam yang muncul tiga tempat teratas di Akademi Fantasia. Mampukah Ridzuan menenggelamkan nama Felix, Marsha atau pun Amylea ? Yang pasti kesilapan besar yang telah dilakukan oleh Boon Tan hampir pasti menenggelamkan bintang harapan ciptaannya. Kenyataan pedasnya menempelak editor akhbar yang dikatakan tidak menyokong industri muzik dalam sebuah siaran langsung benar-benar telah mengguris hati sebahagian dari mereka. Jika benar sekalipun ingin menujukan kenyataan tersebut kepada akhbar The Malay Mail, biarlah ia dilakukan secara budiman dan tanpa memikirkan akibat yang bakal ditanggung. Apakah penggiat dan peneraju industri muzik tidak boleh ditegur di dalam akhbar ? Atau mereka sekadar mengharapkan pujian semata-mata ? Jika sudah terdesak, tidak mustahil nama Ridzuan akan diterima kembali dalam barisan peserta One In A Million tidak lama lagi.

Shanon akhirnya diiktiraf oleh penggiat seni muzik tempatan. Bermula secara indie, akhirnya bakat beliau disedari secara tidak langsung apabila menang anugerah Persembahan Vokal Terbaik Di Dalam Album (Lelaki). Nasib Shanon sama dengan nasib yang menimpa Adibah Noor. Pakej fizikal tidak berjaya menutup kehebatan vokal yang dimiliki oleh mereka. Minggu hadapan, akan berlangsungnya BOH Cameronian Arts Awards, anugerah di mana buat pertama kalinya Shanon diiktiraf tahun lepas untuk Bakat Harapan. Saya mengharapkan agar Shanon akan menjual albumnya di sana untuk dimiliki oleh mereka yang belum memilikinya.

Too Phat kembali mengungguli kategori Album Inggeris Tempatan Terbaik menerusi album Rebirth Into Reality. Walaupun gagal dalam saingan Vokal Berkumpulan Terbaik Di Dalam Album, nyata album ini merupakan sebuah album yang mantap dari sudut produksinya.

Apabila diumumkan pemenang Album Pop Terbaik, saya sudah menjangkakan yang album tersebut akan menang Album Terbaik tanpa perlu difikirkan apakah kriteria yang dilihat untuk menang kategori tersebut. Berbekalkan persembahan vokal Jaclyn yang gagal kepada Siti Nurhaliza, rakaman album yang gagal kepada Kasih oleh Dayang Nurfaizah, album ini muncul pemenang menewaskan Kasih yang boleh saya sifatkan sewajarnya menang kategori ini.

Warkah Buat Laila menang kategori Lagu Terbaik. Ini membuktikan bahawa lagu yang baik tidak semestinya lagu yang popular. Ayob Ibrahim dan Habsah Hassan tidak hadir di majlis tersebut. Begitu juga dengan Zahid. Aman yang ambil anugerah ini mewakili Zahid. Sejak bila pula anugerah Lagu Terbaik diberikan kepada penyanyi ? Ini bukan Juara Lagu. Ini antara kategori yang saya tunggu-tunggu untuk melihat sama ada Aduh Saliha atau pun Gemilang berjaya untuk memintas kualiti lagu Warkah Buat Laila. Ternyata Warkah Buat Laila unggul di Malaysia dan di Asia Pasifik.

Sebuah album yang dibuat dalam keadaan tergesa-gesa, Gemilang akhirnya dinobatkan untuk muncul sebagai album Terbaik. Setelah gagal dalam kategori Rakaman Album Terbaik, Persembahan Vokal Terbaik Di Dalam Album (Wanita) dan juga Lagu Terbaik, apakah kekuatan album Gemilang hanya bersandarkan susunan lagu Gemilang dan barunya artis seperti Jaclyn Victor ? Sesuatu untuk ditafsirkan sendiri oleh akal manusia yang waras.

Lengkap sudah sebuah projek mega Media Prima yang berusaha untuk menaikkan rating bintang ciptaan mereka ke peringkat yang lebih tinggi bukan bersandarkan kredibiliti artis dan produksinya tetapi bersandarkan politik media yang semakin meruncing sejak akhir-akhir ini.

Apa pula yang akan berlaku tahun hadapan ? Daniel menang Persembahan Vokal Terbaik Di Dalam Album (Lelaki). Kalau Daniel menang Anugerah Kembara saya bersetuju kerana muziknya telah diterima di Taiwan, Hong Kong dan Singapura.

Selain Album Mini Terbaik, kategori lain yang wajar dilihat keperluannya di dalam industri muzik tempatan ialah Album Cina Terbaik. Sekiranya Album Inggeris boleh diiktiraf oleh orang kita, sewajarnya Album Cina Terbaik juga diberikan pengiktirafan sewajarnya. Pengaruhnya semakin besar. Kita lihat ramai artis cina Malaysia yang berjaya bukan sekadar di Malaysia tetapi juga di Hong Kong, Taiwan dan Singapura. Penjualan album mereka juga melebihi penjualan keseluruhan album Melayu yang berada di pasaran kini.

Mahukah kita melihat perubahan drastik berlaku pada industri muzik Malaysia tahun hadapan ? Apalah ertinya trofi platinum tersebut jika album yang dipasarkan boleh dimuat-turun di internet dan dicetak rompak. Lebih baik menerima cakera platinum bukan satu bukan dua tetapi enam berkembar dari menerima trofi platinum AIM. Itu membuktikan yang muzik kita diterima masyarakat dan bukan syok sendiri.

Bertemu Siti Nurhaliza di Post Party, saya sempat berbual seketika berkenaan album beliau yang terbaru. Waktu itu suasana di Post Party masih lengang dan tidak ramai tetamu yang tiba. Tergamam adalah perkara biasa tetapi dapat juga meneruskan bicara walaupun sempat juga mata mengerling ke jari manis beliau. Berbeza kali pertama saya berbual dengannya sekitar tahun 1998 di persembahan Antara Dua Selat, Siti Nurhaliza nampak kelihatan begitu mesra dan lebih matang. Sempat juga beliau bertanya tentang ramalan AIM saya. Dalam hati terdetik, apakah beliau punya waktu yang lapang untuk membaca blog yang saya tulis. Dalam kegembiraan apabila dapat berbicara bersama Siti Nurhaliza, saya terlupa untuk merakamkan gambar bersamanya.

Nantikan sahaja ulasan tentang album Transkripsi yang akan saya cuba siapkan dalam sedikit waktu lagi. Rata-rata kawan media yang saya temu mengharapkan saya memberikan ulasan yang baik tentang album tersebut. Sempat juga saya berbual-bual dengan beberapa tunggak utama akhbar Kosmo dan Metro Ahad. Khabarnya Klubbkidd pun mahu mengulas tentang album tersebut tetapi bukan di akhbarnya, di blognya. Kita tunggu...

Ulasan Maut : Fiebie
Ulasan Maha Maut : Klubbkidd
Ulasan Separuh Maut : MamanView
Ulasan Antara Hidup dan Mati : Javardkent

Entri oleh sultanmuzaffar 29 April 2006 0 komen

Papa Rock, Raja Platinum dan Rupanya Kita Serupa

Malam ini malam seni muzik Malaysia. Malam semalam bermulanya fenomena baru di Akademi Fantasia. Semalam dunia hiburan muzik Malaysia menyaksikan Mawi menerima Anugerah Platinum Berkembar Enam kerana pencapaian album The Best of Mawi World.

Semalam juga merupakan hari yang meletihkan. Sepanjang malam dan pagi menyiapkan hal-hal berkaitan Majlis Pengumuman Barisan Tenaga Pengajar Akademi Fantasia 4. Setelah tiga tahun saya menghadiri majlis tersebut sebagai star, tahun ini saya hadir sebagai staf. Dua huruf, r dan f yang memberikan begitu banyak perbezaan.

Kalau beberapa tahun yang lalu, anda sering merungut yang cadangan anda tidak diterima atau tidak didengari atau mungkin tidak dibaca. Tahun ini saya suka untuk menjadikan blog ini sebagai satu medan untuk anda memberikan cadangan-cadangan anda. Diterima atau tidak, itu bukan kerja kita. Sekurang-kurangnya kita telah meluahkannya melalui saluran yang betul.

Memang sudah tidak menjadi rahsia lagi, setelah dua blog yang separa star telah pun membocorkan rahsia tersebut hanya semata-mata cubaan mereka mahu merebut takhta yang saya kosongkan.

Kalau ada kesempatan, saya akan terus menulis tentang apa sahaja yang terlintas. Cuma saya memerlukan sedikit masa untuk menyesuaikan dengan keadaan masa agar semuanya kembali seperti sedia kala. I will be back !

Malam ini kita akan bertemu lagi setelah kali pertama kita bertemu di Antara Dua Selat. Debaran semakin kencang. Sekitar perbualan yang kebanyakannya berkisar tentang album Transkripsi, rata-rata menyukai album tersebut. Ada yang menyatakan produksi album tersebut sangat mantap. Tidak kurang juga yang merasakan album Prasasti Seni lebih baik.

Dari hari ke hari saya semakin menggemari banyak lagu dalam album tersebut. Antaranya yang tidak jemu saya putar adalah lagu Biarlah Rahsia, Rupanya Kita Serupa, Bisakah, Intrig Cinta dan Cuba Untuk Mengerti.

Saya masih belum membuat keputusan untuk hadir atau pun tidak ke AIM13 walaupun jemputan sudah berada di tangan. Kalau ada pun, mungkin singgah sebentar awal petang untuk mengambil album Transkripsi dari yang disayangi. (ketawa)

Nota : Saya tidak perlukan gambar press-kit untuk update blog. Star hanya guna gambar lebih berkualiti dan terkini.