Undilah

SULTANMUZAFFAR (26 Februari 2002 - sekarang)

Seorang blogger, pelayar internet, penyelam scuba dan penagih tegar televisyen dan Wii. Melihat seluruh dunia di laman blog menerusi kamera DSLR dan kacamata tebalnya (kadang-kadang kanta lekap).

Mengkritik tidak bererti menentang, menyetujui tidak semestinya menyokong, menegur tidak bermakna membenci, dan berbeza pendapat adalah kawan berfikir yang baik.
Entri oleh sultanmuzaffar 20 May 2007 0 komen

Ulasan Konsert Akhir Akademi Fantasia 5

Image Hosted by ImageShack.us

Pusingan Pertama
Heliza - Cinta Boneka

Image Hosted by ImageShack.us

Saya mahu tergelak bila terbaca ada yang mengatakan Heliza macam nyamuk aedes. Dua kali pandang macam alien sesat di Area 51. Lupakan soal pakaian, persembahan vokal Heliza masih biasa. Kelainan letaknya pada vokalnya yang semakin kasar. Sejak membawa lagu Kesal, vokal Heliza seakan sudah pecah macam kanak-kanak baru akil baligh. Kalau diberikan peluang untuk mengasah vokalnya yang sebegini, pastinya akan lebih menyengat kerana Heliza nampaknya lebih sesuai untuk lagu-lagu sebegini. Ia perlu untuk membawakan lari jauh-jauh dari imej Datuk Siti Nurhaliza. Saya suka dengan konsep persembahannya. Penuh kreativiti. Berakhir dengan duduk di tepi pentas, mengingatkan saya kepada persembahan Pupus oleh Mawi.

Aswad - Bila Mati Cinta Terhenti

Image Hosted by ImageShack.us

Vokal Aswad memang saya dengar jelas. Saya puas. Satu kekurangan Aswad ialah persembahannya membosankan. Aswad tidak berjaya untuk menangkap perhatian saya untuk menonton persembahannya, sekadar mendengarnya sahaja. Sudah berkali-kali ditegur tentang kreativiti dalam persembahan. Aswad kena tahu kreativiti penting dalam setiap persembahan. Tengok Sudirman Hj Arshad yang begitu popular kerana kreativitinya. Kalaulah vokal Aswad dan kreativiti Ebi digabungkan pasti meletup. Bayangkan selama-lamanya kita perlu menonton corak persembahan Aswad yang sama sahaja. Mawi pun dah pandai main silap mata untuk menaik-tambahkan nilai persembahannya.

Candy - Dedebu Cinta

Image Hosted by ImageShack.us

Vokal Candy terlalu kasar untuk lagu ini. Kurang latihan mungkin. Mungkin juga terlalu banyak latihan. Lagu yang sesedap ini menjadi lebih sedap didengar pada bahagian tinggi. Kalau pada nota rendah memang agak shacky. Satu lagi kekurangan Candy ialah wajahnya tidak begitu friendly. Beliau terlalu serius. Agak sukar untuk penonton meminatinya kerana personaliti semulajadi tersebut.

Ebi - Sinar Cinta

Image Hosted by ImageShack.us

Apabila mendapat lagu M.Nasir bukan satu tugas yang mudah. Lagu tersebut ada mirip-mirip lagu Lihatlah nyanyian Faizal. Persembahan vokal Ebi tidak seperti yang diharapkan. Sebelum ini pun ada ke yang boleh diharapkan ? Kekurangan utama Ebi ialah dia tidak melontarkan vokalnya dengan baik. Nampak terganggu benar persembahan Ebi. Kekuatan utama terletak pada pakej wajah yang ada pada beliau. Mempunyai tone yang sedap tanpa didikan yang betul, vokal tersebut tidak ke mana. Kalau dapat lagu yang baik tentu satu kelebihan untuk Ebi.

Mila - Persis Mutiara

Image Hosted by ImageShack.us

Wow ! Lagu tersebut memang typical Ajai. Ditambah dengan vokal Mila yang memang mantap malam tersebut, lagu tersebut menjadi lebih sedap. Mila antara pelajar yang menunjukkan peningkatan yang ketara. Dari menjadi pelajar yang hampir tersingkir, kini Mila bergelar Juara ! Mila bawa lagu tersebut dengan begitu relaks tetapi sampai kepada penonton.

Pusingan Kedua
Aswad - Mata Hati Jiwa

Image Hosted by ImageShack.us

Bosan... Masih di takuk lama. Tiada kreativiti dalam persembahannya. Suatu yang boleh dibanggakan dalam persembahan Aswad ialah interaksinya dengan penari latar. Aswad sudah mula rasa selesa di pentas.

Heliza - Cinta Di Lautan Lalang

Image Hosted by ImageShack.us

Bagus ! Nyanyian Heliza agak baik dalam lagu ini.

Candy - Demam

Image Hosted by ImageShack.us

Bingit ! Bertenaga tetapi menyakitkan telinga.

Ebi - Farhana (Puteri Bumi Kenyalang)

Image Hosted by ImageShack.us

Superb ! Dari aspek persembahan pentas. Dari aspek vokal Ebi kena cari lagu-lagu yang betul sesuai dengan dia.

Mila - Cinta Pura-Pura

Image Hosted by ImageShack.us

WOW ! Seluruh stadium memberikan tepukan paling gemuruh untuk Mila. Nak kata apa lagi ?

Tribute To Aznil

Image Hosted by ImageShack.us

Sudah 5 musim Aznil bersama AF. Ada yang belum puas. Ada yang sudah bosan. Masih banyak lagi yang belum digali. Beliau sudah berada di kelasnya yang tersendiri. Begitu juga dengan Akademi Fantasia. Mahu tidak mahu manusia perlu berhadapan dengan perubahan. Penonton perlu berani berhadapan dengan kejutan. Kalau ada musim akan datang, pasti perubahan tersebut akan sedikit mencanggungkan penonton. Itu pun kalau ada. Kalau boleh, berehatlah. Penatlah. Aznil begitu sinonim dengan AF. Sama ada mahu mengakuinya atau tidak, kita harus terima hakikat itu. Terima kasih kerana berjaya menceriakan, menghiburkan, mencetuskan duka dalam hidup penonton AF. Pelbagai emosi yang dirangkum menjadi satu dalam satu program unik bernama Akademi Fantasia.

Image Hosted by ImageShack.us

Keputusan

Image Hosted by ImageShack.us

Juara AF5 - Mila 32% (800,000 undian SMS)
Naib Juara AF5 - Ebi 26% (650,000 undian SMS)
Tempat Ketiga - Aswad 21% (525,000 undian SMS)
Tempat Keempat - Heliza 11% (275,000 undian SMS)
Tempat Kelima - Candy 9% (225,000 undian SMS)

Info SMS
Jumlah Keseluruhan Undian SMS : 6.6 juta
Malam Konsert Akhir AF5 : 1.9 juta
Minggu 10 (Ahad-Sabtu) : 600,000
Jumlah Keseluruhan Minggu 10 : 2.5 juta

Quote Dari Sidang Akhbar

Image Hosted by ImageShack.us

"Akademi Fantasia adalah program realiti terbaik yang ada di Malaysia." Roslan Aziz, Pengetua AF

"Mila mahu ucapkan terima kasih kepada Zana kerana menarik diri pada Minggu 1. Kalau tidak, Mila yang tersingkir pada minggu tersebut." Mila, Juara AF5

"Saya perlu berundur dari Akademi Fantasia dan Akademi Fantasia perlu bersedia untuk perubahan tersebut agar dapat meningkatkan lagi taraf Akademi Fantasia itu sendiri." Aznil Nawawi, Hos Akademi Fantasia

Persembahan Pilihan SM
Lagu Tugasan Cover Version
1. Mila - Cinta Pura-Pura - Ezlynn 10/10
2. Ebi - Farhana (Puteri Bumi Kenyalang) – Jinbara 9/10
3. Heliza - Cinta Boneka - D-Va 8/10
4. Aswad - Mata Hati Jiwa - Awie 7/10
5. Candy - Dedebu Cinta - Misha Omar 7/10

Lagu Tugasan Baru
1. Mila - Persis Mutiara 10/10
2. Heliza - Cinta Di Lautan Lalang 8/10
3. Candy - Demam 7/10
4. Aswad - Bila Mati Cinta Terhenti 6/10
5. Ebi - Sinar Cinta 6/10

Akademi Fantasia musim 5 sudah pun tamat. Satu pengalaman paling berbeza musim ini kerana bekerja dengan pasukan yang kebanyakannya kali pertama mengendalikan dan menggerakkan produksi AF. Orang baru biasalah. Jika pada musim ke 4 saya hanya terlibat dari aspek publisiti internet, pada musim ini beralih ke perancangan media baru yang melibatkan undian, trend pengundian, kandungan internet dan interaktif serta laporan harian produksi. Memang pening kepala buat segala analisa. Kenapa, mengapa, bagaimana, isu berbangkit, perbualan dan segala macam persoalan yang perlu dirungkai. Puas ! Aznil Nawawi pun dah tiada di musim akan datang (sekiranya ada). Aznil pun tahu berhenti, saya saja yang tak tahu bila nak berhenti tulis tentang AF !

Entri oleh sultanmuzaffar 19 May 2007 0 komen

Persembahan Konsert Akhir Akademi Fantasia 5

Lagu Tugasan Cover Version
1. Ebi - Farhana (Puteri Bumi Kenyalang) – Jinbara
2. Mila - Cinta Pura-Pura - Ezlynn
3. Aswad - Mata Hati Jiwa - Awie
4. Heliza - Cinta Boneka - D-Va
5. Candy Dedebu Cinta - Misha Omar

Lagu Tugasan Baru
1. Mila - Persis Mutiara
2. Heliza - Cinta Di Lautan Lalang
3. Candy - Demam
4. Ebi - Sinar Cinta
5. Aswad - Bila Mati Cinta Terhenti

Pelbagai Wajah, Pelbagai Personaliti, Perbagai Bakat, Pelbagai Suara,
Pilihan Di Tangan Anda







AFUNDI (Nama Pelajar) ke 32999

Persembahan Sebenar Konsert Akhir AF5 Pilihan SM

Lagu Tugasan Cover Version
1. Mila - Cinta Pura-Pura - Ezlynn
2. Ebi - Farhana (Puteri Bumi Kenyalang) – Jinbara
3. Heliza - Cinta Boneka - D-Va
4. Aswad - Mata Hati Jiwa - Awie
5. Candy - Dedebu Cinta - Misha Omar

Lagu Tugasan Baru
1. Mila - Persis Mutiara
2. Heliza - Cinta Di Lautan Lalang
3. Candy - Demam
4. Ebi - Sinar Cinta
5. Aswad - Bila Mati Cinta Terhenti

Entri oleh sultanmuzaffar 17 May 2007 0 komen

Sembang-Sembang SMS : Siapa Juara ?

Saya bosan kerana terlalu banyak kerja yang perlu disiapkan menjelang Konsert Akhir Akademi Fantasia 5. Esok malam ada rehearsal. Saya agak terkilan kerana sesuatu yang akan saya ingat sepanjang zaman berlangsungnya Akademi Fantasia telah berlaku petang tadi. Memang saya akan ingat perkara tersebut sampai bila-bila.

Bila saya dah bosan, saya pun hantar SMS kepada beberapa orang kawan saya. Saya tanya mereka, Siapa Juara ? Ini jawapan mereka.

D Badrul-six – MILA

D Wink – AIZAT ! Hehe! Tapi if tak AIZAT aku predict EBI pasal factor aweks ramai vote.

D Izreen – ASWAD hahaha. Tp aku nak MILA !

D Fiebie – ASWAD. Tapi aku tak nak dia menang. Bencilah. Very hopeful first lady champion, MILA.

D Chail – Nakz MILA jadikz Juara!

D Najmie – MILA. Juara wanita pertama.

D Leen – Aku predict MILA. Please let it be MILA !

D Dream – Aku nak MILA tapi rasa mcm ASWAD je. :(

D Waiem – Nak EBI juara. Kalu ASWAD juara bagai pinang dibelah dua ngan Roslan Aziz. Haha. MILA pon OK. 3 ni je pilihan aku juara. Susah nak predict. Seme ada peluang.

FC JU K Charm – EBI Kornelis? Masin mulut! Tak pun MILA ! No hal

FC Heliza – Sape ni?

FC Yazer Atavader – Hehe..Aku xtgk sgt la muz. Bg aku AF kali nie xde yg menarik. Suara diorang pun byk xbest dari best. Drama2 yg astro cube buat pun xbest. Winner will be like Faizal. Nothing…Hahaha. Komen yg kejam.

FC Ayugiler – MILA. Wpun harap EBI

FC Farah Pendekar – I think…Jgn tkejut klu ASWAD mmgang title.

FC JU Liza – Apa2 pun nak EBI. Hehe.

FC Haziq Mosha – I teka MILA n second EBI

FC Adam Feeda – MILA boleh jd Juara. Hehe.

FC Heliza Ridzuan – Ikutkan EBI, klu HELIZA juara mmg kejutan.

FC Omot – Prediction: EBI, Harapan: MILA

S Budiey – MILA

S Helmey – MILA MILA MILA

S Joejoe – MILA kot

S Vads - Yg aku nak menang : MILA. Yg akan paling banyak undi : ASWAD @ yang kejang-kejang saja.

S Shaz – Juara AF5 : Kalau lelaki EBI, kalau perempuan MILA.

S Shay PFS – MILA atau EBI

S Ana luvsushi – MILA. She improves tremendously. Tp x mustahil if ASWAD menang – terus-terang undi simpati.

S Anne – MILA. Even tho support HELIZA and for selfish reasons want male to win. Ie EBI not ASWAD in a million yrs!

S Siti Ruzaimah – MILA

S Ted – First choice EBI ! 2nd choice MILA. Tamau ASWAD. Hehe

S Maman – Aha. Aku ingat si budak ASWAD tu lah. Tapi aku nak MILA mng. :) Boleh ke?

S Liha - ASWAD lah. Kena sokong gang akak !

Mujur tiada seorang pun yang saya SMS menjawab Manchester United. Tiada niat lain selain bosan dan mungkin akan menimbulkan kesan provokasi dua hari sebelum Konsert Akhir.

Nota : Sekarang anda sudah tahu apakah nama yang saya gunakan untuk nama anda dalam handphone saya. Hahaha. Saya bosan dan penat !

Ada pembaca yang nak tambah ? Sila lah tambah.

Makluman Tambahan
dari BadrulAftersix

anda benar-benar ingin membantu anak yatim piatu? anda ingin menghulurkan bantuan anda? anda ingin memberikan 'biasiswa' anda untuk membantu mereka meneruskan pelajaran? anda ingin memberikan sumbangan kepada anak-anak yatim piatu yang benar-benar memerlukan? anak-anak yatim piatu yang berumur antara 1 hingga 17 tahun ini benar-benar mengharapkan bantuan anda... mereka tidak mampu bekerja sendiri kerana mereka masih lagi di bawah umur... mereka memerlukan 'biasiswa' anda untuk membayar yuran persekolahan, membeli buku-buku sekolah dan keperluan harian... mereka mengharapkan bantuan anda agar dapat mengisi perut yang kosong kerana tidak ada sesiapa yang menaja makanan harian mereka... mereka menginginkan keperhatinan anda agar ada pakaian menyelubungi tubuh mereka kerana tiada yang menyediakannya untuk mereka setiap hari... rumah baitul fitrah di rawang memerlukan anda... anda tidak perlu menghantarkan afundi anda... untuk sumbangan anda, hubungi:

puan nadia di 012 - 375 1444 atau
puan liza di 012 - 266 3649

i'm going to do a garage sale soon and all proceed will go to baitul fitrah... anyone else interested?

Jom buat khidmat masyarakat...

Image Hosted by ImageShack.us

Nuur Qistina Hayani didapati menghidap kanser hati (hepatoblastoma) dan beliau baru berusia 6 bulan. Kini, Qistina sedang berhadapan dengan proses kemoterapi. Kos kemoterapi dan pembedahan akan menelan belanja lebih kurang RM100,000.

Entri oleh sultanmuzaffar 16 May 2007 0 komen

Semangat Kutub Utara

Seorang lagi tetamu VIP dibawa masuk ke Akademi Fantasia untuk menaikkan semangat finalis Akademi Fantasia musim ini. Tetamu VIP yang dimaksudkan ialah Sharifah Mazlinda yang pernah menjejakkan kakinya di Kutub Utara. Bersesuaian dengan konsep Menuju Puncak Akademi Fantasia, relevan kehadirannya amat penting kepada para finalis. Untuk mereka, ini bidang mereka. Mereka harus melakukan yang terbaik dan tidak mudah putus asa. Tidak seperti musim-musim yang terdahulu, rata-rata yang hadir melawat para finalis di Akademi adalah para selebriti dalam bidang hiburan berbanding pada musim ini yang lebih memberikan peluang kepada tokoh-tokoh negara yang dihormati. Satu pembaharuan yang boleh saya sifatkan positif. Bukan mudah untuk mereka meluangkan masa dan lebih-lebih untuk sebuah program realiti tv seperti Akademi Fantasia.

Sementara itu dalam Kelas Tambahan bersama Dr.Fazley, para finalis didedahkan dengan cara-cara menjawab soalan wartawan. Memang ramai yang nampak mudah tetapi sebenarnya amat sukar untuk mereka yang begitu naïf dan pertama kali menghadap para wartawan yang sememangnya dikenali dengan sifat ingin tahu dan cuba sedaya-upaya mereka mengorek cerita belakang tabir.

Bayangkan untuk pelajar yang tersingkir sahaja, masa selama satu jam diperlukan untuk menerangkan kepada mereka serta melatih mereka menjawab soalan-soalan wartawan sebelum melangkah masuk ke bilik di mana berlangsungnya siding akhbar. Lebih lama diperlukan untuk pelajar-pelajar bermasalah seperti Dekna dan Rizal yang mempunyai cerita-cerita menarik untuk dikorek dari dalam Diari/Konsert. Dalam masa satu jam itu mereka diasak dengan pelbagai soalan dari pelbagai pihak untuk menilai sejauh mana keberkesanan jawapan-jawapan mereka. Kalau dapat soalan begini, apa nak jawab. Macam yang Shawal kena. Kalau ditanya “siapakah wanita bertudung yang duduk di sebelah adik Shawal minggu lepas?”, apa yang perlu dijawab. Takut juga kalau-kalau mereka ini tersalah jawab.

Oleh itu, masa yang diberikan untuk Dr.Fazley bertemu para finalis dan melatih mereka amat dialu-alukan. Itulah saja masa yang ada. Mereka dilatih walaupun tanpa situasi yang sebenar. Kalau macam Aswad, pasti sudah ramai yang ingin bertanyakan sama ada benarkah Aswad sudah berkahwin dan mempunyai dua orang anak. Kalau macam Ebi, pasti ada yang mahu mendapatkan penjelasan Ebi berkenaan kerakyatannya. Mungkin juga mereka ingin mendapatkan penjelasan daripada pelajar sendiri tentang misteri kehilangan yang berlaku di Akademi Fantasia. Kadang-kadang bila sidang akhbar, memang ramai yang tidak senang duduk dibuatnya.

Beberapa sesi latihan finalis bersama tenaga pengajar telah pun dijalankan. Sebenarnya saya lebih gemar menonton Diari Extended untuk minggu-minggu yang terakhir kerana dapat menonton latihan mereka secara penuh. Lebih-lebih lagi dengan lagu-lagu tugasan baru yang memang belum pernah didengari sebelum ini. Hanya melalui menonton Diari Extended saya baru dapat menilai lagu-lagu mereka.

Memang agak janggal bila pada musim ini tajuk-tajuk lagu seakan tidak diumumkan kepada penonton seperti biasa pada hari Isnin. Hari ini sudah hari Rabu tetapi penonton masih tidak mengetahuinya. Penonton yang boleh melayari laman web sudah pun mengetahui tajuk-tajuk lagu mereka, juga dengan bait-bait lirik lagu tersebut.

Bila diulang berkali-kali dalam Diari Extended beberapa lirik juga telah ditukar bila komposer-komposer mula masuk ke dalam Akademi. Oh ! Ini dalam Diari esok.

Tatarias para finalis juga nampaknya telah ditukar. Apakah perubahan itu memberikan kesan kepada penonton?

Entri oleh sultanmuzaffar 15 May 2007 0 komen

Pencapaian Finalis AF5 Menurut SM

Aswad
Bilik VVIP Hospital Akademi Fantasia
Nak Kahwin Duit Tak Ada 6/10
Hijau Bumi Tuhan (No. 10)
Hakikat Sebuah Cinta 7.2/10
60’s TV 1/10
Yang Sedang Sedang Saja 4/10
Penyu Menangis (No. 1)
Korban Cinta 7.5/10
Mungkin Langitmu Lebih Biru 6.5/10
Joget Cinta Sakti 5.5/10

Candy
Ka-Ching (Persembahan Pilihan Minggu 1)
Semua Jadi Satu 7/10
Terlalu Istimewa (No.1)
Setiaku Korbankan 7/10
Berdua Lebih Baik 4/10
Gadis Dan Bunga 8.5/10
Tari Silat Melayu (No. 9)
Perhaps Perhaps Perhaps 8/10
Cahaya Cinta 4/10
Menari Dengan Ku 6.5/10
Let's Dance Together (6/10)
Lagu Gembira (5/10)

Ebi
Milik Siapakah Gadis Ini
Ebi - Bailamos 6/10
Al-Jannah (No. 2)
Kasihnya Laila 10/10
Layu Sebelum Berkembang 5/10
Jujur 6.5/10
Berdendang Dalam Tangisan (No. 10)
Kisah Kau Dan Aku 7/10
My Heart 10/10
Bukan Diriku 9/10
Let's Dance Together (6/10)
Lagu Gembira (5/10)

Heliza
Kau Pergi Jua (Persembahan Pilihan Minggu 1)
Aku Bukan Untukmu 6/10
Melodi Ahlan (No. 6)
Torn 3/10
Diam Diam Jatuh Cinta 1.3/10
Nafas Cahaya 4.5/10
Rindu Merindu (No. 8)
Kesal 8.5/10
Ya Atau Tidak 8/10
Joget Cinta Sakti 5.5/10
Let's Dance Together (6/10)
Lagu Gembira (5/10)

Mila
Bersamamu
Gotta Tell You 6/10
Melukut Di Tepi Gantang (No. 7)
Benci Tapi Rindu (8.5/10)
Puncak Kasih 5.5/10
Drama 9/10
Dondang Dendang (No. 7)
Aku Takkan Bersuara 8/10
My Heart 10/10
Pudar 10/10
Let's Dance Together (6/10)
Lagu Gembira (5/10)

Nota
1. Minggu 1 Aswad tidak membuat persembahan
2. Minggu 1 hanya persembahan Heliza dan Candy yang menepati citarasa saya.
3. Minggu 3 dan 7 hanya menyenaraikan berpandukan nombor 1 hingga n (bilangan pelajar pada minggu tersebut)

Anda mahu membuat penilaian sendiri ? Dipersilakan.

Ironi kan bila keluarga saya sendiri mengundi untuk Aswad dan Heliza ! HAHAHA !

Berikut adalah pembeli tiket dari saya. Pembeli ya. Diulangi. Pembeli. Tiada beza merah dan hitam. Jangan ada salah faham atau buat andaian sendiri untuk menjatuhkan mana-mana pihak. Saya telah email nama-nama di bawah. Sila check email anda. Harap maklum.

Image Hosted by ImageShack.us

Entri oleh sultanmuzaffar 14 May 2007 0 komen

Artikel Yang Menarik

Kalau sudah bosan baca artikel di blog yang menyokong Mila ini, sila ke blog ini. Ada artikel paling menarik tentang Konsert 09.

Lagu Tugasan (Cover Version) Konsert Akhir AF5
Aswad - Mata Hati Jiwa (Awie)
Ebi - Farhana (Puteri Bumi Kenyalang) (Jinbara)
Mila - Cinta Pura-Pura (Ezlynn)
Candy - Dedebu Cinta (Misha Omar)
Heliza - Cinta Boneka (D-va)

Kuiz 1
Soalan : Masa mereka mendapat lagu tugasan, siapakah pelajar yang tidak cium tangan Tenaga Pengajar ?
Jawapan : Heliza dan Aswad !

Seribu Satu Wajah Shawal

Image Hosted by ImageShack.us
Image Hosted by ImageShack.us
Image Hosted by ImageShack.us
Image Hosted by ImageShack.us
Image Hosted by ImageShack.us
Image Hosted by ImageShack.us
Image Hosted by ImageShack.us

Untuk muat turun versi lebih besar, sila klik di sini.

Entri oleh sultanmuzaffar 12 May 2007 0 komen

Persembahan Pilihan Rehearsal SM

Image Hosted by ImageShack.us

Good Job Guys !

Jika dinilai dari persembahan rehearsal pelajar yang berlangsung jam 9 malam tadi, berikut merupakan ranking persembahan yang akan menggegarkan penonton Akademi Fantasia esok menurut perhatian saya. Pelajar seperti Candy & Aswad agak terganggu tadi kerana mereka masih kurang sihat. Itu masalah kesihatan. Persembahan Candy turut terganggu dengan pakaiannya yang agak meleret. Mungkin ditukar, mungkin tidak. Jika kesihatan mereka bertambah baik esok, pasti ada perubahan yang akan berlaku.

1. Mila - Pudar
2. Ebi - Bukan Diriku
3. Mila & Ebi - My Heart
4. Heliza - Ya Atau Tidak
5. Shawal & Candy - Menari Dengan Ku
6. Shawal - Copacabana
7. Candy - Cahaya Cinta
8. Aswad - Mungkin Langitmu Lebih Biru
9. Aswad & Heliza - Joget Cinta Sakti
10. Semua Pelajar - Let's Dance Together

Sebarang kemungkinan boleh berlaku esok, pastikan anda terus mengundi calon Finalis Akademi Fantasia musim ke 5. Mahukah anda melihat mereka mengikut jejak langkah Diya, Afiq, Fatin, Farha, Noni, Dekna, Rizal, Aizat & Dafi ?

Jangan berasa selesa dengan undian pelajar-pelajar kesayangan anda. Apa saja kemungkinan boleh berlaku. Nasib mereka di tangan anda. Jari anda menjadi juri untuk mereka.

Jangan ketinggalan untuk menyaksikan Konsert 09 Akademi Fantasia 5 yang akan disiarkan secara langsung dari Dewan MBPJ pada hari Sabtu, mulai jam 9 malam dan akan dipancarkan secara langsung terus ke TV anda menerusi Astro RIA !

Inginkan Kelainan ? Inilah Pilihan SM sebagai Juara Akademi Fantasia 5

Image Hosted by ImageShack.us


Bukan Diriku


Pudar


My Heart

Persembahan Pelajar
1. Mila & Ebi - My Heart (10/10)

Image Hosted by ImageShack.us

Nak cakap apa lagi. Memang puas hati saya tengok persembahan mereka berdua. Masa latihan memang mereka susah nak serius, tapi bila hari yang betul mereka pukul habis. Akhir sekali ada persembahan pelajar dalam suasana penuh romantis ialah persembahan Akma dan Felix dengan lagu Bertakhta Di Hati. Semalam Mila dan Ebi mengembalikan kenangan jiwangan itu. Bahagian paling menarik dalam persembahan mereka ialah apabila mereka bertukar-tukar mic. Rasa syahdu gilaaa !! Macam mereka berkongsi hati. Boleh tak guna analogi macam tu. Lagi over dari Ogy pulak saya hari ini. Persembahan vokal Mila memang outstanding untuk lagu ini. Vokal Ebi melengkapkan kecemerlangan tersebut.

2. Mila - Pudar (10/10)

Image Hosted by ImageShack.us

Memang power habis Mila semalam. Persembahan Mila lengkap. Pergerakan di atas pentas, vokal, ekspresi dan segala-galanya. Kalau ada lagi lampu biru, saya nak tekan banyak-banyak. Hattan yang tengah tengok kat rumah pun mesti tengah tekan lampu kat rumah dia. Memang puas hati dapat tengok Mila pukul habis persembahan dia. Terasa lagu tu macam lagu Mila sendiri.

3. Ebi - Bukan Diriku (9/10)

Image Hosted by ImageShack.us

Ebi nampaknya sudah kembali. Magik Ebi terserlah semalam. Memang Ebi nampak serius ingin membuktikan yang diri beliau bukan calang-calang. Lagu tersebut pun memang sesuai dengan vokal dia. Elemen paling menarik dalam persembahan Ebi ialah penghayatannya terutamanya pada bahagian korus. Bila Ebi tarik suara, perrghhh memang puas hati. Ebi merupakan seorang pelajar yang bijak bila tahu mengambil peluang yang terbaik untuk menyerlahkan kebolehannya pada waktu-waktu yang kritikal seperti semalam.

4. Heliza - Ya Atau Tidak (8/10)
Memang saya suka pergerakan badan Heliza dalam persembahan lagu rancak seperti Ya Atau Tidak. Heliza berani dan sudah mula berani untuk menonjolkan ruang-ruang dalam dirinya yang selama ini tersorok untuk diberikan kepada penonton. Satu pencapaian yang berani dan bijak lebih-lebih lagi sebelum melangkahkan kaki untuk ke Konsert Akhir. Sama macam Ebi, pelajar yang bijak ialah pelajar yang tahu untuk menyerlahkan bakatnya bila masa yang perlu. Heliza adalah salah satu contoh yang terbaik.

5. Shawal - Copacabana (7/10)

Image Hosted by ImageShack.us

Sedaya upaya saya cuba untuk menyukai persembahan ini. Shawal mempunyai mutu vokal yang baik. Tonenya sedap. Tapi sayang mendapat lagu Inggeris yang menjadi kelemahan utama mana-mana pelajar di Akademi Fantasia musim ini. Ada tone suara yang baik sahaja tidak cukup untuk pertandingan seperti AF kerana pelajar dinilai dari segi persembahannya dan personalitinya. Nasib mungkin tidak menyebelahi Shawal kerana kedudukannya semakin kritikal sejak 3 minggu yang sebelum ini. Shawal ada bakat, dia ada peminat tetapi undiannya tidak cukup.

6. Shawal & Candy - Menari Dengan Ku (6.5/10)

Image Hosted by ImageShack.us

Sebuah persembahan yang menghiburkan. Ada keserasian pada mereka berdua. Kekurangan utama pada persembahan ini saya nampak ialah kurangnya latihan antara mereka. Mereka telah cuba untuk memberikan yang terbaik. Memang bukan mudah untuk mendapatkan rentak rap yang betul. Kalau tersilap langkah macam baca buku sekolah cuma lebih laju sahaja. Vokal Candy untuk lagu duet ini lebih baik berbanding tugasan individunya. Begitu juga dengan Shawal.

7. Aswad - Langitmu Lebih Biru (6.2/10)

Image Hosted by ImageShack.us

Vokal Aswad memang sedap untuk sesetengah lagu sahaja. Macam lagu Mungkin Langitmu Lebih Biru memang sedap tetapi tiada originaliti. Sama saja gaya nyanyian dia seperti Mawi. Kalau boleh dipuji sedikit, lebih sedap daripada Mawi. Cara Aswad membawakan lagu tersebut masih menggunakan gaya-gaya yang terdahulu. Aswad kurang kreativiti dalam persembahannya. Mindanya tidak berfungsi dengan baik untuk menjana elemen kreativiti pada persembahannya. Kelainan perlu ada untuk setiap persembahan diingati.

8. Semua Pelajar - Let's Dance Together (6/10)

Image Hosted by ImageShack.us

Sebuah persembahan pembukaan yang cukup makan. Memang ada tenaga yang besar pada lagu ini. Lagu ini kalau silap langkah memang berhantu dan bisa membuatkan penonton turut merasai tenaga yang tersalur dari pelajar kepada penonton. Muzik lagu ini lebih menghantui. Sayang sekali persembahan vokal tidak begitu dijaga oleh pelajar. Persembahan ini jadi lebih menghiburkan apabila koreografinya menjadi lebih menarik tanpa Aswad yang terpaksa direhatkan kerana masalah kekejangan otot.

9. Aswad & Heliza - Joget Cinta Sakti (5.5/10)
Seorang control cun, seorang nak jadi polis trafik. Nyanyian Heliza lebih menyerlah berbanding nyanyian Aswad yang sumbang ke Lautan Pasifik. Gerak tari Heliza juga jauhhhhh lebih baik berbanding Aswad. Sewaktu persembahan ini saya sibuk melancarkan gerak gempur kalau-kalau sempat.

10. Semua Pelajar - Lagu Gembira (5/10)
Sebuah persembahan yang membosankan walaupun tanpa Aswad yang duduk diam membisu di kerusi selesanya.

11. Candy - Cahaya Cinta (4/10)

Image Hosted by ImageShack.us

Lagu ini terlalu besar untuk Candy. Nyanyian Candy tidak sampai untuk lagu Cahaya Cinta. Pengalaman 8 minggunya belum cukup untuk membolehkannya membawa lagu sebegini. Nyanyian pada low note tidak begitu kedengaran. Berdasarkan konsistensi persembahan Candy selama 8 minggu, Candy layak untuk meneruskan kemaraannya di Konsert Akhir AF5.

Finalis Akademi Fantasia 5

Image Hosted by ImageShack.us

Perghhhh !!

Akhirnya, Shawal tersungkur di garisan akhir sebelum meneruskan langkahnya ke Konsert Akhir AF5. Tidaklah begitu mengejutkan kerana kedudukan Shawal agak goyah sejak 3 minggu yang lepas. Ebi nampaknya hilang seorang kawan. Tak pe Ebi ada Mila untuk satu minggu lagi. Saya tertarik untuk memberikan komen tentang gaya Aswad sewaktu mendapat keputusan yang diumumkan oleh Aznil. Tanpa rasa segan atau malu kepada kawan-kawannya yang berusaha gigih selama 9 minggu dan dinilai oleh mereka, Aswad telah mendepangkan kedua belah tangannya tanda gembira melangkah ke Konsert Akhir. Dengan wajah yang angkuh, Aswad melangkah penuh bangga sambil tersenyum. Ada banyak cerita di belakang tabir tetapi tidak wajar dikongsi bersama di sini. hehehe. Semalam saya sengaja tidak bawa kamera kerana menjangkakan Heliza yang akan tersingkir. Rugi pulak tak bawak kamera. hahaha. Takper, hari Isnin ada lagi.

Penyiaran Kedudukan Undian di Konsert 09

Image Hosted by ImageShack.us

Hancur hatiku mengenang dikau, menjadi keping-keping setelah kau pergi

Ada yang tidak suka. Ada yang suka. Saya secara peribadi menyukainya kerana ia menyuntik elemen debaran kepada penonton untuk terus mengundi pelajar kegemaran mereka. Mungkin ada peminat yang tidak suka kerana pelajar kesayangan mereka sudah berada di kedudukan yang kukuh dan kesan daripada penyiaran tersebut menyebabkan undian pelajar yang berada dalam kelompok saingannya mampu untuk menggoyahkan kedudukan pelajar kesayangan mereka. Harus diingat, kalau elemen ini dilakukan lagi untuk minggu hadapan, anda harus memberikan tumpuan kepada pelajar yang anda rasakan layak untuk menjadi Juara dan bukannya usaha menyelamatkan pelajar. Tiada pelajar yang akan tersingkir minggu hadapan. Kalau ada pun mereka tersingkir, mereka tersingkir oleh media.

Persembahan Pilihan Konsert 09 SM
1. Mila & Ebi - My Heart (10/10)
2. Mila - Pudar (10/10)
3. Ebi - Bukan Diriku (9/10)
4. Heliza - Ya Atau Tidak (8/10)
5. Shawal - Copacabana (7/10)
6. Shawal & Candy - Menari Dengan Ku (6.5/10)
7. Aswad - Mungkin Langitmu Lebih Biru (6.2/10)
8. Semua Pelajar - Let's Dance Together (6/10)
9. Aswad & Heliza - Joget Cinta Sakti (5.5/10)
10. Semua Pelajar - Lagu Gembira (5/10)
11. Candy - Cahaya Cinta (4/10)

Kedudukan Peratus Undian Selepas Konsert 09
1. Mila 19%
2. Aswad 19%
3. Ebi 17%
4. Candy 15%
5. Heliza 15%
6. Shawal 14%

Entri oleh sultanmuzaffar 11 May 2007 0 komen

Pusat Penjagaan Kanak-Kanak Cacat Taman Megah
Seorang pembaca telah menghantar email gambar-gambar aktiviti Kelab Rotary Kajang yang telah melawat Rumah Penjagaan Kanak-Kanak Cacat Taman Megah tahun lepas. Beliau ternyata merasa gembira apabila melihat kanak-kanak istimewa tersebut berada di dalam Akademi Fantasia semalam. Tentunya perasaan bangga itu timbul apabila melihat ada di antara kanak-kanak tersebut yang telah membesar.

Image Hosted by ImageShack.us

Image Hosted by ImageShack.us

Image Hosted by ImageShack.us

Image Hosted by ImageShack.us

Untuk menghantarkan sumbangan anda, sila hubungi :
Pusat Penjagaan Kanak-Kanak Cacat Taman Megah
2, Jalan SS 24/10, Taman Megah,
47301 Petaling Jaya
Selangor, Malaysia
Tel: 03-7806 1143

Entri oleh sultanmuzaffar 09 May 2007 0 komen

Dato’ Seri Azalina Dato' Othman Ke Akademi Fantasia

Semalam Menteri Belia dan Sukan datang melawat pelajar di Akademi. Apa pentingnya lawatan tersebut ? Perlu ke seorang Menteri datang melawat pelajar AF ? Sama ada penting atau tidak perlu bukan soalnya. Asalkan aspirasi kerajaan dapat disampaikan kepada pelajar. Sama ada mereka mendengar atau tidak atau pun mempraktikkan nasihat-nasihat tersebut, ia tetap bergantung kepada mereka. Ada lah juga nasihat-nasihat Pengkritik sebelum ini yang tidak diikut oleh pelajar AF pun. Apa pun kehadiran Dato' Seri Azalina membawa seribu erti kepada Akademi Fantasia. Memang agak stress semalam kerana terpaksa berhadapan dengan pelbagai karenah manusia. Biarkan. Biarkan. Biarkan.

Komen Pembaca
tak bst ar skarang..sejak SM terlibat dgn af,SM jarang update review. pastu ulasan dan tak sepedas dulu..cam banyak benda jer nak disembunyikan..=(
fizone 05.09.07 - 8:13 pm #

Kalau tulis benda-benda yang disembunyikan di sini, alamatnya saya yang akan tarik beg. Lagipun kalau pun tulis benda-benda yang disembunyikan di sini, ada ke yang mahu percaya kerana apa yang ditulis tidak disiarkan di dalam Diari atau Konsert. Tentulah tidak adil. Biarlah cerita di belakang tabir kekal berada di belakang tabir. Ia tidak begitu penting untuk saya menceritakannya di sini.

Lagu Gembira
Lagu Gembira memang uji vokal setiap pelajar. Aswad nampak malas. Dah minggu kesembilan baru tanya apa itu key ? Pembaca yang dah sembilan minggu bersama AF pun dah boleh tahu apa itu key. Bukan setakat key, pitching, melodi semua mereka dah tahu. Suara Ebi tidak begitu dilontarkan. Yang lead lagu ini memang Shawal.

Masa makan lah waktu yang terbaik untuk dengar pelajar berborak tentang rakan masing-masing. Saya memang suka bila mereka gosip. Macam Mila bila bercerita memang penuh bersemangat. Sama juga dengan Shawal.

Lagu tugasan Aswad memang ada bunyi-bunyi Mawi lah.

Kanak-Kanak Istimewa
Kehadiran kanak-kanak istimewa telah benar-benar menyentuh hati. Jika kita merasakan diri kita ada kekurangan, rupanya ada insan lain yang lebih kekurangan. Sekurang-kurangnya ia dapat menghiburkan hati mereka walaupun sekejap berada bersama pelajar-pelajar AF5. Candy, Mila dan Aswad antara pelajar yang tersentuh melihatkan nasib kanak-kanak tersebut. Macam yang saya sebutkan di awal artikel ini, cerita-cerita belakang tabir, tidak perlu saya ulas lebih lanjut.

Mila & Candy Jumpa Diddy
Semalam juga Mila & Candy dapat keluar dari Akademi. Yang menariknya Mila dan Candy telah dibawa ke studio rakaman Fuse untuk melihat rakaman album terbaru Diddy. Yang menonton semalam dapatlah mendengar sedikit lagu Hilang yang merupakan single terbaru Diddy yang akan disiarkan tidak lama lagi. Saya dah dengar keseluruhan lagu tersebut. Memang best. Kalau saya, saya puas hati lah.

Ramalan Konsert Akhir AF5
Ramai yang tertanya-tanya dan juga tertunggu-tunggu apakah ada penyingkiran pada hari Sabtu ini. Ada juga di kalangan pembaca yang mungkin telah berasa selesa mengharapkan tiada penyingkiran.Tiga pasang pelajar yang ada sudah cukup sesuai, kata mereka. Bakat yang mereka ada juga cukup seimbang. Tidak begitu banyak perbezaan pun. Kalau melihatkan pencapaian mereka, hanya empat orang pelajar yang saya fikirkan layak untuk ke pusingan yang seterusnya. Mila, Candy, Ebi & Shawal.

Tiket Konsert Akhir telah pun mula dijual.Saya tidak mahu menjanjikan apa-apa. Cuma mahu menghargai penglibatan positif anda di sini. Yang telah setia saban hari memberikan komen-komen yang positif mahu pun negatif. Tapi harus diingat, saya akan membuat tapisan dahulu. Keutamaan diberikan kepada sahabat, rakan dan kawan saya baik yang lama mahu pun yang baru. Untuk itu, anda boleh membuat pesanan di sini.

Hantarkan email anda ke muzaffar_mustapa@astro.com.my
cc ke sultanmuzaffar@gmail.com

Subjek : Tiket Konsert Akhir AF5
Nick di Blog : (contoh : KA)
Phone :
Bilangan :
Pelajar Kegemaran Anda : (Contoh : Aizat)

Nota : Takut ada yang tersalah faham. Tiket-tiket diatas adalah tiket beli yang berharga RM50 di Arena. Cuma ia untuk memudahkan anda untuk tidak perlu beratur di kaunter. Itu saja. Kelompok ini akan duduk bersama-sama ahli keluarga dan sahabat-sahabat sejentik saya.

Jangan rasa kalau anda meminati Aizat anda tidak punya peluang. Tidak perlu ada rasa sangsi tersebut. Atau rasa gusar. Silap-silap yang tulis nama pelajar kegemaran saya pula yang tak dapat peluang tersebut. Image Hosted by ImageShack.usImage Hosted by ImageShack.usImage Hosted by ImageShack.us

Entri oleh sultanmuzaffar 07 May 2007 0 komen

Minggu Kritikal Untuk Shawal

Image Hosted by ImageShack.us

Macam Adam di Minggu ke 9, begitulah Shawal di Minggu ke 9 ini. Memang Shawal down habis dengan persembahan dia minggu lepas. Mengulangi nasib Adam yang mendapat lagu Bila Larut Malam, minggu ini Shawal dapat lagu Copacabana. Sebuah lagu lama. Bezanya cuma Inggeris. Harap-harap Shawal akan dapat buat sebaik yang mungkin untuk meyakinkan pengundinya yang sedang berperang dengan jiwa kacau mereka sendiri. Kalau kemunculan Razak Mohaideen dijadikan alasan, ia tidak sepatutnya berlaku. Kejutan adalah perkara rutin dalam AF. Mereka sudah perlu bersedia sejak awal.

Image Hosted by ImageShack.us

Gali, Bongkar & Roh !
Saya suka permainan dalam Kelas Dr.Love hari ini. Patut berikan pelajar jigsaw puzzle 1000 pieces, baru lagi seronok tengok IQ pelajar. Setiap seorang kena sambungkan sebuah helikopter. Kumpulan Shawal & Candy yang paling happening sekali. Cute pulak main sorok-sorok takut kumpulan lain nampak. Shawal & Candy tak bagi orang lain tengok, buat helikopter bawah meja, sampai terhantuk kepala Candy kat bucu meja makan. Mila & Ebi punya helikopter cacat. Tak boleh berdiri elok. Aswad & Heliza punya helikopter yang tak siap.

Image Hosted by ImageShack.us


Moral permainan tersebut yang paling penting. Dari sekotak bahagian helikopter yang bercampur-aduk, pelajar harus sambungkan untuk mendapat sebuah helikopter. Begitu juga dengan sebuah lagu. Cari makna lirik tersebut untuk hasilkan sebuah cerita.

Nama kumpulan pelajar duet minggu ini ialah Labi, Shandy dan Lizard. Nama Shandy saja yang kurang molek sikit.

Image Hosted by ImageShack.us

Kemunculan Fasha Sandha dalam Akademi tidak dipergunakan oleh Shawal sepenuhnya. Semua pelajar terkilan dengan sikap Shawal. Dr.Love pun frust habis. Shawal yang sedang down patut menggunakan peluang tersebut. Macam Adam dulu pun down jugak, diorang bawa masuk KRU. Terus berseri-seri muka dia seminggu.

Image Hosted by ImageShack.us

Dafi

Dalam pada itu, TAHNIAH dan SYABAS untuk produksi Puteri Gunung Ledang The Musical yang menang besar di Anugerah Seni BOH Cameronian 2007 yang berlangsung Ahad lepas. Antara anugerah yang dimenangi oleh PGLtM ialah :

Kategori Utama

Produksi Teater Terbaik:
Puteri Gunung Ledang, The Musical (PGLM)

Anugerah Pilihan Penonton Kakiseni (Teater):
Puteri Gunung Ledang, The Musical (PGLM)

Kategori Teater

Aktor Pembantu Terbaik:
Sukania Venugopal (PGLM)

Rekaan Cahaya Terbaik:
Mac Chan (PGLM)

Rekaan Muzik dan Bunyi Terbaik Dalam Teater:
Dick Lee (PGLM)

Rekaan Set Terbaik:
Raja Malek (PGLM)

Rekaan Kostum Terbaik:
Akma Suriati Awang (PGLM)

Pengarah Terbaik:
Zahim Albakri & Adlin Aman Ramlie (PGLM)

Skrip Original Terbaik Bahasa Melayu
Adlin Aman Ramlie (PGLM)

Walaupun Datin Seri Tiara gagal memenangi kategori Pelakon Watak Utama Terbaik yang telah dimenangi oleh Jit Murad, ia tetap merupakan satu kejayaan yang membanggakan buat PGLtM. Syabas juga buat AC Mizal yang turut tercalon dalam kategori Pelakon Pembantu Terbaik yang gagal di tangan rakan sepasukannya, Sukania Venugopal. Syabas untuk Datin Seri Tiara dan juga pasukannya !!! Jom pi Indonesia & London pulak !!!!

Entri oleh sultanmuzaffar 06 May 2007 0 komen

Lagu Tugasan Minggu 9

Lagu Tugasan Individu
Ya Atau Tidak - Erra Fazira : Dinyanyikan oleh Heliza
Bukan Diriku - Samsons : Dinyanyikan oleh Ebi
Cahaya Cinta - Siti Nurhaliza : Dinyanyikan oleh Candy
Pudar - Rossa : Dinyanyikan oleh Mila
Mungkin Langitmu Lebih Biru - Mawi : Dinyanyikan oleh Aswad
Copacabana - Barry Manilow : Dinyanyikan oleh Shawal

Lagu Duet
Joget Cinta Sakti - Rosma feat Haziq : Dinyanyikan oleh Heliza & Aswad
Menari Dengan Ku - Siti Sarah (Featuring Zahid) : Dinyanyikan oleh Shawal & Candy
My Heart - Irwansyah & Acha : Dinyanyikan oleh Ebi & Mila

Lagu Bonus
Lagu Gembira - Jamal Abdillah feat Ning Baizura : Dinyanyikan oleh Semua Pelajar
Let's Dance Together - Melly Goeslow (feat BBB) : Dinyanyikan oleh Semua Pelajar

Pengkritik ?
Saya terbaca wawancara Pancaindera bersama Khir Rahman dalam artikel bertajuk “Ilmu pengkritik tak panjang’’. Banyak komen Khir yang boleh diambil secara positif oleh Akademi Fantasia dan industri muzik secara amnya. Mula-mula saya mahu ambil intipati wawancara tersebut tetapi ia berakhir dengan saya mengambil hampir keseluruhan wawancara tersebut. Sebabnya cuma satu. Wawancara ini terlalu bagus !

Apa masalah utama pengkritik AF ni?

Pengkritik kena tahu ‘post’ dia. Sebenarnya pengkritik bukan tiga orang, tetapi ada berapa juta lagi di luar tetapi mereka ini tak ada kerusi, tak ada mikrofon. Di rumah, di belakang tu semua pengkritik. Tiga orang saja yang ada kerusi di AF. Jadi pengkritik yang tiga orang ni jangan gelabah sangat dalam memberi kritikan. Ikut padang masing-masing. Jangan semberono saja.

Apa yang perlu ada pada pengkritik yang ada kerusi ni?

Apabila mengkritik, kritikan perlu datang dulu, bukannya persembahan pengkritik itu sendiri.

Ada bezanya antara pengkritik yang ada kerusi dan pengkritik di rumah. Mereka kena ingat, pendapat mereka didengar dan dinilai. Dia orang harus jadi kualiti manusia yang dipanggil ‘‘bijaksana’’ dan ‘‘tahu’’. Ini bukan level yang mudah untuk dicapai. Orang keliru antara orang pandai dan orang tahu. Orang pandai kadang-kadang tahu bercakap saja sebab itu saja kepandaiannya. Lagi satu, pengkritik yang jenis suka buat persembahan. Performance. Yang lebih gaya bercakap dari apa yang dia cakap itu sendiri. Itu yang banyak berlaku sekarang ni. Lain dengan Syafinaz. Dia bagus, dia bercakap dalam sudut teknikal, disiplin seni sebab itu yang dia tahu. Tapi yang lain-lain, maaf cakaplah. Saya tak nampak apa yang membina pada komen dia orang. Pengkritik kena tahu apa yang dikritik. Dia kritik budak itu ke atau persembahan?

Yang berlaku di AF?

Mereka banyak kritik peserta, budak-budak tu sendiri. Budak tu yang kena. Buat apa? Budak-budak AF tu naif sangat. Kita ambil dia dari luar bandar, macam-macam asal usul. Jadi ada yang tak tahu langsung tentang seni. Apa yang selalu disentuh pengkritik adalah pasal budak itu jadi sangat personal.

Dia akan menjadi personal kerana ilmu pengkritik tidak jauh, tak panjang. Lebih kepada ‘‘rasa-rasa’’ saja. Main agak-agak, hendak bantai, bantai sajalah. Budak itu tak akan melawan. Rasa-rasa tak boleh memimpin. Pengkritik kena ada ilmu. Terma yang digunakan mesti sekurang-kurangnya difahami. Misalnya ada pengkritik AF kata lagu kena ada ‘roh’ kena ikut ‘air lagu’. Apa benda tu? Budak-budak tu faham ke? Okeylah cikgu-cikgu awak faham. Satu faham, takkan orang lain pun faham sama. Akhirnya ruang pengkritik itu dijadikan tempat mengangkat diri mereka sendiri.

Platform untuk pengkritik angkat diri sendiri, begitu maksud Khir?

Iya. Sama ada dirinya sebagai pak lawak, orang yang laser atau orang yang bijaksana ia ruang persembahan untuk pengkritik. Kalau pengkritik tak tahu makna antara ‘menggunakan pentas’ dan ‘menguasai ruang’, macam mana tu? Apa yang boleh dikritik? Tunjuk kebolehan diri sendiri sajalah..

Dalam hal ini siapa yang patut dipersalahkan?

Tak ada sesiapa yang patut dipersalahkan. Tetapi ada yang patut dikasihankan. Budak-budak itu yang patut dikasihani. Setiap minggu kalau saya tengok rancangan itu, saya memang kasihan sangat sebab mereka ini naif. Dia orang ni, 98 peratus tak boleh menyanyi, masih belajar. Tapi bukan salah mereka ada di situ. Mereka dipilih. Bohong pula kalau dia orang yang memilih tu tak tahu peserta ini boleh menyanyi ke tak? Jadi AF ni apa? Asasnya adalah mencari penyanyi. Itu yang kita tahu, tapi budak-budak ni tak boleh. Jadi, mereka sendiri keliru. Disiplin antara satu pengkritik dengan pengkritik berlanggar-langgar pula tu. Ada dari pentas, ada teater ada yang tahu menyanyi, apa ni? Kenapa hendak cuba campur-aduk? Menyanyi bukan macam ‘acting’. Menyanyi, nyanyian datang dulu. Gayanya atau persembahannya soal kedua. Nyanyiannya dulu perlu okey. Yang pergi sibuk sangat pasal lakonan ni kenapa?

Mungkin Khir ada jawapannya, mana arah tuju AF sebenarnya?

Entah. Saya sendiri tak tahu AF ni hendak cari apa. Penyanyi ke, bintang ke, pelakon ke, tak tahu. Itu yang akhirnya kita tengok budak-budak ni kat Roda Impian, buka huruf, buka kotak, jadi juruhebah. Kita suka dapat duit tanpa bekerja, tanpa gunakan otak. Kita sudah rasa rancangan ini boleh buat duit. Buat sajalah. Tak payah maju sangat pun tak apa sebab stesen dah boleh buat duit.

Tapi bukankah inilah rancangan yang dikehendaki penonton hingga sanggup habiskan duit sokong AF?

Mereka akan kata penonton nak macam itu, beri sajalah. Jadi sekarang kita ikut penontonlah? Bukan mendidik penonton? Mana pergi tanggungjawab tu? Mana? Penonton dirasuah dengan benda murah. Di Malaysia, orang yang bagus, yang ada ilmu payah hendak ke depan. Kebanyakannya tak hendak susah, lebih suka kepada senang-senang. Attitude kita tak membenarkan benda-benda bagus dari terserlah. Itulah cara kita. Rasuahlah penonton dengan bakat. Bukan dengan luaran. Kalau aku menyanyi, aku tak perlu mikrofon berbunga-bunga, hanya perlukan pembesar suara. Pakaian kau akan nampak cantik saja bila engkau punya persembahan cantik. Kemiskinan engkau akan terlihat kaya, gah kalau engkau menarik di pentas.

Benarkah ada pengkritik yang tak senang dengan komen Khir dalam Debat AF baru-baru ini?

Tak dengar dekat telinga saya sendiri lagi. Saya hendak bagi tahu kat sini. Tak payah terasa pun dengan apa yang saya cakap tu. Nasihat sayalah, Kalau hendak terasa tak payahlah pengkritik itu menasihatkan orang we must be strong. Kalau hendak cakap pasal profesional, segala sudut kena profesional. Jawab dengan rasional, bukan dengan emosional. Apa yang saya cakap tu tak betul ke?

Siapa pengkritik tu?

Tak tahulah. Tapi apa juga kenyataan saya tentang pengkritik, bukan sahaja tentang Akademi Fantasia. Tetapi khas kepada sesiapa saja yang pernah jadi pengkritik dari dulu, sekarang dan akan datang. Pengkritik kena tahu apa haluannya, kena bijak dan bertoleransi. AF satu bidang yang besar, jangan cuba disempitkan.

Katakanlah Khir diberi peluang sebagai Pengetua AF suatu hari nanti, mampukah anda mengubah keadaan ini?

Aku tak akan kemana-mana, kalau yang mengelilingi aku bukan pasukan yang menarik. Sungguh.

Adakah itu yang berlaku kepada Roslan Aziz sekarang, sehingga ada yang kata taringnya seakan hilang?

Mungkin saja. Sebab post yang paling besar dan dahsyat ialah penerbit. Pengetua mungkin juga disuruh-suruh saja. Mungkin saja terpaksa mengikut rules and regulation rancangan tu yang sudah tercipta. Formula untuk menyukakan penonton di Malaysia amat mudah. Tapi untuk mendidik bukan mudah. Memerlukan attitude penggiat seni yang inginkan kemajuan, bukan hanya yang mahu cari makan. Berat tu!

Kenapa Khir dengan berani menyatakan ini semua? Tidak risau ada yang kecil hati?

Orang tanya, saya jawab. Sama macam dalam Debat AF tu juga. Dan bila jawab saya tak pandai menipu. Saya tak kutuk sesiapa dan tak angkat sesiapa. Semua orang di dunia ini baik. Kalau kita ukur sesuatu dengan ilmu dan bercakap tentang profesional, baru benda itu ada salah dan benarnya. Apa juga yang saya cakap ialah pasal kerja, bukan personal. Kalau personal, baik aku mati saja. Buat apa hendak cari gaduh? Attitude kena betul. Komen harus diterima secara profesional. Bukan personal.

Dengarnya di luar sana ada yang bertanya, siapa Khir untuk cakap benda-benda ini semua. Layak ke dia hendak kritik orang lain? Apa yang Khir hendak jelaskan?

Itu adalah attitude yang paling buruk. Ada masa kita tak perlu lihat siapa yang bercakap, tetapi apa yang dia cakap. Kalau penagih dadah ajak kita pergi sembahyang. Kalau kita tengok, buat apa hendak ambil cakap dia, dia penagih dadah. Tapi apa yang dia cakap betul, sembahyanglah. Kalau anda melihat saya, barangkali saya belum mencetuskan apa-apa. Sebab saya tak buat kerja-kerja murah, orang tak anggap saya hebat, tak apa. Tapi dengar apa yang saya cakap. Ambil yang baik. Dan ketiga, saya juga boleh tanya soalan yang sama, engkau siapa? Tapi saya tak pernah persoalkan siapa yang cakap. Saya dengar dulu apa yang dia cakap. Macam mana kita hendak buat yang bagus kalau orang lain tidak dibenarkan bercakap hanya semata-mata kerana dia bukan sesiapa?

Entri oleh sultanmuzaffar 05 May 2007 0 komen

Benarkah Ada Kejutan Di Konsert 08?

Di bawah ini adalah Persembahan Pilihan Rehearsal SM :

1. Heliza - Kesal
2. Mila - Aku Takkan Bersuara
3. Aswad - Korban Cinta
4. Candy - Perhaps Perhaps Perhaps
5. Dafi - It's Gonna Be Me
6. Ebi - Kisah Kau Dan Aku
7. Shawal - Kaulah Segalanya

Sebarang kejutan boleh berlaku jika anda tidak melakukan tanggungjawab anda.

Persembahan Pelajar Konsert 08

Dafi - It's Gonna Be Me

Image Hosted by ImageShack.us

Secara jujur, saya tabik dengan tarian Dafi. Memang sharp habis. Kalau nak dibandingkan dengan persembahan Dafi minggu lepas, memang lagi best minggu lepas lagi. Lagu yang sepatutnya jadi makanan Dafi tidak begitu menyerlah dari aspek vokal. Menag agak terkejut juga Dafi tersingkir, kerana sokongan untuk Dafi datang dari satu Malaysia termasuk Brunei. Maklumat ini adalah berdasarkan sokongan kelab peminat yang besar untuk Dafi.

Vokal : 2/5
Showmanship : 4/5

Mila - Aku Takkan Bersuara

Image Hosted by ImageShack.us

Persembahan Mila disokong oleh kumpulan Jari Jemari. Inisiatif membawa kanak-kanak Jari Jemari ke skrin TV memang bagus. Sekurang-kurangnya bakat mereka turut diketengahkan. Dulu pernah sekali menonton persembahan Jari Jemari bersama Konsert sulung Siti Nurhaliza di Bukit Jalil. Sekurang-kurangnya ada tanggungjawab stesen TV terhadap sosial terutamanya golongan yang kurang bernasib baik. Mila merupakan taruhan utama saya untuk bergelar Juara Wanita Pertama AF ! Saya nak Mila jadi JUARA ! Vokal Mila dah semakin menyerlah. Dah semakin keluar. Mila memang layak dapat empat biru.

Vokal : 4/5
Showmanship : 4/5

Ebi - Kisah Kau Dan Aku

Image Hosted by ImageShack.us

Mujur Ebi dapat kembalikan magiknya minggu ini. Kalau grafnya semakin menurun, saya sendiri tidak tahu nak cakap apa. Gaya Ebi menyanyikan lagu Kisah Kau Dan Aku memang gayanya yang tersendiri. Vokalnya juga bagus dan sedap di dengar cuma masih belum keluar sepenuhnya. Ebi malang kerana pilih lagu-lagu yang bagus pada minggu-minggu awal kerana semangat Ebi belum kukuh untuk meneruskan pencapaiannya ke minggu-minggu hadapan. Saya mahu melihat Ebi seperti Al-Jannah dan Kasihnya Laila. Ebi yang hilang harus dijelmakan kembali. Klip video Kak Yam dan Nila Kurnia memang lawak.

Vokal : 3/5
Showmanship : 3.5/5

Candy - Perhaps Perhaps Perhaps

Image Hosted by ImageShack.us

Candy telah memberikan satu persembahan yang menarik. Satu perkara yang menarik tentang Candy, berilah apa lagu sekali pun dia akan bawa dengan gayanya yang tersendiri. Candy nampak begitu berkeyakinan. Memang puas hati tengok persembahan Candy. Menarik apabila dapat melihat Safura tampil ke pentas AF berwatak Rokiah Ronggeng yang merupakan watak sinonim padanya. Tiga orang penonton yang dikenakan oleh Aznil juga amat sporting sekaligus terasa AF menjadi Macam-Macam Aznil. Aznil juga turut dikenakan oleh Safura yang menggelarkannya Jantan Kabaret.

Vokal : 4/5
Showmanship : 3.5/5

Shawal - Kaulah Segalanya

Image Hosted by ImageShack.us

Secara jujur, saya tidak suka persembahan Shawal. Latihan sewaktu sesi rehearsal lebih baik daripada persembahan yang sebenar. Walaupun persembahan rehearsal pun tak lah baik mana pun. Memang kemunculan Razak Mohaideen dan krewnya mengganggu mood Shawal. Dia nampak panik dan teragak-agak. Tetapi sebagai seorang pelajar yang dah tahu perjalanan rutin AF, kejutan adalah sesuatu yang biasa dan perlu ditempuh dengan penuh yakin. Shawal ada vokal yang baik tetapi nyanyian masih sumbang.

Vokal : 2.5/5
Showmanship : 2.5/5

Heliza - Kesal

Image Hosted by ImageShack.us

Itulah Heliza yang saya mahu lihat dalam Diari tetapi angkara kamera Heliza masih tidak mahu keluar dari kepompongnya. Saya boleh menerima Heliza seperti yang ada di atas pentas walaupun untuk skrin tv. Heliza agaknya kena lagu yang rancak-rancak untuk membenarkan dirinya ditulenkan biar jauh-jauh pergi dari imej Datuk Siti Nurhaliza. Heliza memang layak dapat empat biru. Minggu depan Heliza kena buat lebih baik kalau mahu ke Konsert Akhir. Drama Rempit yang dilakonkan oleh Farid Kamil dan Norlia memang best. Kalau sedar, tiba-tiba heliza jadi kontrol balik bila berlakon drama tersebut. Nak tegur balik pun malu-malu.

Vokal : 4/5
Showmanship : 5/5

Aswad - Korban Cinta

Image Hosted by ImageShack.us

Persembahan Aswad memang bagus. Cemerlang habis. Tapi sampai bila Aswad hanya mampu untuk mendendangkan lagu sebegitu ? Sekali-sekala tidak menjadi salahnya, tetapi untuk menjadi seorang Juara kena jadi seorang yang versatile. Ini telah terbukti, empat juara AF yang telah dilahirkan adalah Juara yang versatile. Aswad dapat empat lampu biru kerana vokalnya, bukan kerana simpati minggu lepas yang dibawa ke minggu ini.

Vokal : 4/5
Showmanship : 4.5/5

Joget Lambak
Puas hati dapat tengok Heliza menggedik dalam lagu Joget Lambak. Tapi dalam Diari kita tak dapat tengok tu, hanya bila dapat lagu tertentu sahaja. Vokal Heliza dan Mila antara yang menyerlah dalam lagu ini. Lagu Joget Lambak bukanlah lagu yang begitu susah untuk dinyanyikan.

Vokal : 3.5/5
Showmanship : 4/5

Wajah Rahsia Hati
Memang agak frust lagu Wajah Rahsia Hati ini dibawakan oleh pelajar lelaki. Kalau berduet pun lagi best. Tapi persembahan vokal pelajar lelaki tidak begitu mengecewakan. Memang best. Bila dah tinggal empat orang, vokal mereka sudah boleh mula dinilai oleh penonton.

Vokal : 4/5
Showmanship : 4/5

Dafi Tersingkir : It's Gonna Be Me !

Image Hosted by ImageShack.us

Terkejut ! Tidaklah terkejut sangat. Kuasa rakyat telah melebihi kuasa rupa. Lebih baik tersingkir dari dikeji masyarakat. Kalau sebelum ini rata-rata peminat tidak menyokong keputusan AFMASUK, sepatutnya selepas penyingkiran Dafi janganlah pula ura-ura AFMASUK diungkit semula. Patutnya ditimbus dalam-dalam. Dafi akan lebih berjaya di luar sana kalau kena pakejnya. Ramai yang sudah menunggu untuk mendapatkan Dafi. Orang Malaysia sama ada nak mengaku atau pun tidak akan tetap memandang rupa. Kualiti belakang kira. Jadinya bila dah masuk alam realiti, Dafi sudah melangkah satu tapak ke hadapan berbanding yang lain. Cuma, buktikan saja !

Ucapan dari Kak Ning Baizura di Kota London di blog Manager Ning Baizura yang akan datang akan jadi Manager Dafi. :)

Persembahan Pilihan Konsert 08 SM

1. Heliza - Kesal (8.5/10)
2. Mila - Aku Takkan Bersuara (8/10)
3. Candy - Perhaps Perhaps Perhaps (8/10)
4. Aswad - Korban Cinta (7.5/10)
5. Ebi - Kisah Kau Dan Aku (7/10)
6. Dafi - It's Gonna Be Me (6.5/10)
7. Shawal - Kaulah Segalanya (6.5/10)

Kedudukan % Undian Selepas Konsert

1. Aswad 20%
2. Mila 16%
3. Ebi 15%
4. Heliza 14%
5. Candy 12%
6. Shawal 12%
7. Dafi 10%

Kalau dilihat dari ulasan berdasarkan persembahan sewaktu rehearsal, memang tidak jauh beza. Saya rasa saya sepatutnya meletakkan ranking tersebut untuk minggu-minggu akan datang. Sepatutnya ia diletak lebih awal lagi kerana saya dapat merasakan ianya memberikan sedikit impak kepada pembaca internet. Walau tak banyak, ada juga yang tercuit dengan provokasi yang dijalankan, walaupun ianya dibuat dengan jujur tanpa rasa bias. Kutukan-kutukan yang diterima tidak bisa melunturkan semangat saya. Normallah tu. Bila apa yang diperkatakan benar, mulut-mulut busuk yang mengkritik pada mulanya, akan terus busuk tidak mahu mengakui kebusukan mereka itu. Normallah tu ! :)

Dalam Trek Selebriti, Dekna telah memperkenalkan tunangnya. Memang berani mati Dekna ! Tapi sebagai seorang yang yakin dan tidak merasa bimbang dengan statusnya, keputusan Dekna seharusnya kita hormati. Tidak pernah berlaku pelajar AF memperkenalkan tunangnya sebelum ini. Memang saya tabik Dekna !

Untuk Anda Minggu Depan
Lewat sedikit pulang selepas konsert kerana berbincang sedikit berkenaan lagu-lagu untuk minggu depan. Minggu depan, akan ada lagu duet antara pelajar. Lagu tugasan seorang sebuah. lagu bonus lagi dan lagu Menuju Puncak. Ada tiga lagu yang perlu dihafal seorang. Ada banyak lagu-lagu yang best untuk minggu depan. Ada lagu Erra Fazira, ada lagu Rossa, ada lagu Siti Nurhaliza dan macam-macam lagi.

Aznil Nawawi
Saya tidak mahu bercerita lanjut tentang persaraan Aznil Nawawi dari Akademi Fantasia.

Entri oleh sultanmuzaffar 04 May 2007 0 komen

Persembahan Pilihan Rehearsal SM

Terkejut ? Tak perlu terkejut. Tanpa pilih kasih, berikut merupakan pilihan persembahan rehearsal saya. Aspek utama kualiti yang saya nilai pada persembahan rehearsal adalah vokal dan persembahan. Tetapi pengundi menilai berdasarkan vokal, rupa dan personaliti. Salah satu pincang, kejutan pasti berlaku. Itu tidak mustahil.

1. Heliza - Kesal
2. Mila - Aku Takkan Bersuara
3. Aswad - Korban Cinta
4. Candy - Perhaps Perhaps Perhaps
5. Dafi - It's Gonna Be Me
6. Ebi - Kisah Kau Dan Aku
7. Shawal - Kaulah Segalanya

Anda boleh merubah keputusan. Provokasi telah pun dilaksanakan, tanggungjawab di tangan anda. Gempur !!!

Entri oleh sultanmuzaffar 01 May 2007 0 komen

Seandainya ada AFMASUK

Umum mengetahui sehingga hari ini telah heboh diperkatakan umum yang AFMASUK bakal digunakan. Debat esok pun akan membincangkan tentang AFMASUK. Kenapa wujud AFMASUK walaupun telah dididik penonton sedari awal bermulanya AF5 yang tiada AFMASUK, pelajar akan balik kampung, pergi tak kembali dan segala macam momokan yang telah dipropagandakan agar penonton yakin yang pelajar yang tersingkir tidak akan dikembalikan.

Di mana letaknya kredibiliti pengundi yang telah saban hari mengundi pelajar yang ingin mereka lihat meneruskan pengajian. Pelajar yang berjaya meneruskan pengajian mereka adalah pelajar yang menjadi pilihan penonton. Pelajar yang tersingkir adalah pelajar yang mendapat undian rendah dan yang tidak mahu ditonton oleh penonton. Penonton mahu melihat mereka balik kampung. Jangan jejak dewan lagi. Duduk di rumah. Itu yang penonton mahu kesan dari momokan yang telah disuntik dalam minda mereka sedari awal.

Cukup cerita tentang AFMASUK.Dalam Diari semalam, Mila melahirkan rasa syukur dan bertuahnya kerana berjaya meneruskan pengajian sehingga minggu ketujuh. Itulah namanya rezeki. Bukan sebab berangan influential blog, bukan sebab Pengkritik Tetap, bukan sebab sesiapa. Mereka bukan Tuhan.

Tiada berkesannya pengaruh blog untuk merubah corak pengundian. Ada sejuta dekoder yang terpasang sewaktu konsert. Jika ada empat penonton dalam satu rumah, maka ada empat juta penonton yang menonton konsert. Berbanding blog yang hanya ada empat ribu pembaca pada setiap hari secara purata. Go figure !

KesalMinggu ini Heliza dapat lagu rock dari Ella yang bertajuk Kesal. Kalau lagu ini boleh dipilih sudah pasti ia bukan menjadi pilihan Heliza. Dalam sesi latihan bila melihat Heliza sebegitu, rasa malu pun timbul. Tapi kalau itu yang perlu dilakukan, teruskan lah.

Perang Pun BermulaPerang antara peminat nampaknya sudah bermula angkara ad aura-ura AFMASUK akan digunakan lagi untuk musim ini. Dah boringlah AFMASUK. Baik buat AFKELUAR. Baru seronok sikit berperang. Pelajar yang mendapat undian paling sikit AFKELUAR akan dimasukkan ke dalam Akademi. Siapa yang nak Farha masuk semula ke Akademi, kena undi AFKELUAR untuk pelajar lain. Baru seronok sikit.