Undilah

SULTANMUZAFFAR (26 Februari 2002 - sekarang)

Seorang blogger, pelayar internet, penyelam scuba dan penagih tegar televisyen dan Wii. Melihat seluruh dunia di laman blog menerusi kamera DSLR dan kacamata tebalnya (kadang-kadang kanta lekap).

Mengkritik tidak bererti menentang, menyetujui tidak semestinya menyokong, menegur tidak bermakna membenci, dan berbeza pendapat adalah kawan berfikir yang baik.
Entri oleh sultanmuzaffar 12 June 2007 0 komen

Nothing In Singapore !

Image Hosted by ImageShack.us

The Famous Esplanade

Image Hosted by ImageShack.us

The Famous Merlion

Gegar U

Kicking off on 13th June, 9.30pm; four groups consists of local university students across all over Malaysia will participate to complete their Challenge Of The Day ! Do or Die ! The mission is to help the less fortunate. This mission takes them as far as Sabah, Terengganu, Kota Kinabalu and Penang! Watch as they struggle and work hard to accomplish the mission in the name of charity. The programme is collaboration between Astro, Yayasan Budi Penyayang, Kumpulan Utusan & The Star.

Also catch Konsert Gegar U! LIVE and will be officiated by the Prime Minister on the 17th August, Friday. 9.00pm

AC Di Sini Live From Dataran Merdeka

First time LIVE from Dataran Merdeka, AC Mizal will rock the nation this Sunday, 17th June 2007. 9.00pm for AC Di Sini LIVE From Dataran Merdeka (harap-harap tak banjir) kalau tak jadi AC Di Sini LIVE From Venice. He will be accompanied by Akademi Fantasia Queen – Mila, Malaysia’s Number One Artist – Mawi and Malaysia’s Rock Icon Awie & Ella ! Come and join us there or sit back in front of your TV screen!

Image Hosted by ImageShack.us

The Sacred IKON Malaysia logo
IKON Malaysia

Competing for the coveted title IKON Malaysia, 10 solo & 9 group artists will perform on stage for Malaysian viewers. Watch Akademi Fantasia Stars : Adam, Farah & Mawi, Malaysian Idol fame : Daniel Lee, Jaclyn Victor & Dina, Dayang Nurfaizah, Ezlynn, Reshmonu & Shanon Shah this Tuesday. And don’t forget to catch Malaysian famous groups Amuk, Def GabC, Disagree, Flop Poppy, Gerhana Ska Cinta, Jinbara, May, Mirwana & OAG this Friday !

Catch
• Buzz IKON MALAYSIA – starting 27th May 2007 – 8th July 2007, every Sunday. 9.00pm
• Klip IKON Malaysia – starting 16th June 2007 – 21st July 2007, every Saturday. 9.00pm
• Pentas IKON Malaysia (Grup) – 19th June 2007, Tuesday. 9.30pm
• Pentas IKON Malaysia (Solo) – 22nd June 2007, Friday. 9.30pm
• Pentas IKON Malaysia Separuh Akhir – 7th July 2007, Saturday. 9.00pm
• Pentas IKON Malaysia Akhir – 28th July 2007, Saturday. 9.00pm

Image Hosted by ImageShack.us

Manifestasi Resolusi Isu (MRI)

Starting 10th June 2007, every Sunday. 7.00pm, a fast-pace, compact and concise magazine programme which highlights an investigative reporting on current issues within our country. Hosts Wan Kamarudin, Anne Edward dan Rusyilda Ismail will expose, analyse and resolve the issue in this 30 minutes programme. Catch Flat Terapung & Pemancar Telekomunikasi in the next episode.

Siapa kata NOTHING ? Balik Singapore terus jadi Mat Salleh ! Sebenarnya ada banyak benda menarik di Singapore. Yang paling best tentunya Anugerah Planet Muzik 2007.

Perkara Menarik Di APM 2007
1. Siti Nurhaliza membuat persembahan bersama Gita Gutawa, gadis cilik berumur 13 tahun anak kepada Erwin Gutawa. Down grade ? Mungkin juga. Tapi malam itu Siti Nurhaliza memang pukul habis lagu Biarlah Rahsia !
2. Tepukan untuk Taufik Batisah, Singapore Idol memang paling gemuruh. Tapi sayangnya beliau gagal untuk menggondol kembali anugerah Artis Lelaki Popular bila Mawi memenanginya untuk tahun ini.
3. Banyak pula anugerah yang dimenangi oleh artis Malaysia pada tahun ini walaupun bilangan pencalonan dari Malaysia adalah yang paling sedikit.
4. Pasangan paling popular dari filem My Heart menyanyi sumbang yaamat ! Seperti kata Cikgu Adnan seorang ke seberang laut dan singgah di New Zealand dan bawa balik kambing biri-biri. Seorang lagi terus ikut Dr.Sheikh Muzaffar bakal Angkawasan Malaysia dan jadi Angkasawan pertama Indonesia.
5. Diddy pula dipimpin oleh Kris Dayanti sewaktu membawakan lagu Saling Terpesona. Tapi Hady Mirza tidak berani nak pimpin Yanie pasal takut dengan kasut Fazura.
6. Kualiti audio memang membingitkan telinga lebih-lebih lagi bila Estranged membuat persembahan dengan lagu Itu Kamu. Tapi yang bestnya ramai penonton di rumah suka dengan persembahan Rich.
7. Lepas tengok Letto buat persembahan di APM, saya terus ke Mustafa Centre untuk cari CD Letto ! Memang lagu-lagu dari album Letto meletup !
8. Walaupun bilangan artis yang berulang kali membuat persembahan di APM tetapi persembahan mereka menghiburkan. Antara artis kitar semula ialah Kris Dayanti, Taufik Batisah dan Hady Mirza.
9. Lagu Biarlah Rahsia menang di APM sebagai Lagu Terbaik. Jika tidak dicalonkan di AIM, artis Malaysia yang menggunakan khidmat komposer Indonesia bolehlah mencalonkan lagu mereka di APM kerana menepati syarat kelayakan.
10. Sofaz menang Duo/Kumpulan Popular ??? Adakah orang Malaysia sahaja yang mengundi untuk APM ??? Atau pun adakah kerana demam AF mereka masih belum kebah lagi ??? Penyakit gatal nak mengundi lagi !
11. Bila agaknya Zainal Abidin nak buat konsert solo lagi ? Rasanya saya sudah terlalu rindu ingin dengar lagu-lagu seperti Hijau, Inayah, Damai, Ikhlas Tapi Jauh, Hanya Di Radio berkumandang di sebuah konsert yang besar.
12. Taufik Batisah & Imran Ajmain menang besar untuk kategori Singapura. Tak ingat keputusan kerana pada jam 8.30 malam tengah sibuk-sibuk di luar stadium kerana lambat sampai. Penonton RIA tidak dapat menonton pada waktu tersebut kerana mereka perlu menonton Berita BERNAMA. hahaha
13. Mawi menang dua kategori popular iaitu Lagu Paling Popular dan Artis Lelaki Popular dan tidak dicalonkan untuk kategori terbaik. Berbeza dengan Datuk Siti Nurhaliza yang menang kategori popular dan juga kategori terbaik.
14. Irwansyah, Taufik Batisah dan Syed Azmir bawa lagu-lagu popular masing-masing. Nyanyian Irwansyah tak payah cakap lah. Taufik & Syed Azmir boleh menyanyi dengan baik dan mencuba jugalah untuk membantu kepada orang kurang upaya.
15. Jaclyn Victor, bakal IKON Malaysia telah memberikan satu harapan baru kepada kualiti persembahan calon-calon artis IKON Malaysia. Harap-harap Jac bawa lagu tersebut di Pentas IKON Malaysia minggu depan.
16. Kenapa saya tengok Kris Dayanti bawa lagu I'm Sorry Goodbye dengan penuh perasaan. Macam dia nyanyi penuh penghayatan dan nyanyiannya datang dari hatinya sendiri. Lagu itu juga saya tujukan kepada perempuan sasau yang kini sedang sibuk mengajar. hahaha. Tapi saya tambah I'm Sorry Goodbye Get Lost and Go To Hell ! Hahaha.
17. No post party. Balik hotel salin baju dan keluar jalan-jalan survey harga. Mujur tak jumpa Singapore Stalker ! hahaha.

Nota : TQ Clinique !

Entri oleh sultanmuzaffar 11 June 2007 0 komen

SM Di Sini : Episod SMS Stalker Sasau

Artis Undangan

Teliti beg tangan Siti Nurhaliza yang pernah dijadikan hantaran perkahwinannya

Sebenarnya ada banyak lagi sms yang diterima sebelum pada 15 November 2006. Oleh kerana saya tidak begitu ambil pusing dengan sms-sms yang saya terima di peringkat awal maka saya telah padam sms-sms tersebut. Berikut merupakan sms-sms yang masih saya simpan dan akan dijadikan bahan bukti sekiranya keadaan mendesak. SMS yang diterima adakalanya seawal jam 7 pagi. Ada juga yang jam 3 pagi. Hampir setiap hari pada bulan November 2006 hingga Januari 2007. Senyap seketika dan bersambung semula pada bulan Mei 2007 hingga sekarang.

SMS : selamat berkerja :-*
15 November 2006, 7.42am

SMS : selamat mlm :-* :-)
15 November 2006, 9.38pm

SMS : assalamualaikum. slmt pg. :o) ;-*
16 November 2006, 7.31am

SMS : rindu u. hehe
16 November 2006, 8.29pm

SMS : slmt pg. :o) ;-*
17 November 2007, 7.35am

SMS : i love u.
18 November 2006, 11.20pm

SMS : i miss u. :-*
20 November 2006, 10.50pm

SMS : miss u
23 November 2006, 2.55pm

SMS : love u so much in my heart. always.
23 November 2006, 10.50pm

SMS : assalammualaikum
26 November 2006, 11.29am

SMS : sweet dream.
27 November 2006, 11.12pm

SMS : JUJUR
28 November 2006, 6.03pm

SMS : love you!
29 November 2006, 4.05pm

SMS : i love u
30 November 2006, 6.15am

SMS : I LOVE YOU MORE THAN YOU KNOW
5 Disember 2006, 1.06pm

Mungkin kerana saya rasa nak muntah bila dapat sms seperti di atas, maka saya balas sms tersebut dengan kata-kata yang kurang enak tetapi untuk seorang perempuan yang murah sepertinya saya kira wajar saya lemparkan kata-kata tersebut. Dah lama dah tahan sabar. Saya dapat balasan yang berikutnya. Dah dikacaunya saya, alih-alih perempuan gila itu cuba meletakkan kesalahan di pihak saya. Macam sial kan ? Perempuan jenis apa ini kalau bukannya perempuan xxxxxx !

SMS : HMM. MMMUAAHS. U MAKI SAYA KE?
5 Disember 2006, 1.09pm

SMS : SAYA MINTA MAAF. SAYA XPERNAH TIPULAH.
5 Disember 2006, 1.11pm

SMS : SAYA MINTA MAAF KLU SAYA YG JDKAN AWAK MAKI SAYA. MAAF. TAPI SAYA XMAKI AWAK. MAAFKAN SAYA
5 Disember 2006, 7.52pm

SMS : CALL ME BACK
6 Disember 2006, 8.53pm

Eh ! Engkau siapa aku nak call balik. Perasan nak mampus lah perempuan sasau ni !

SMS : I LOVE YOU AND MISS YOU LAH.
8 Disember 2006, 3.08pm

SMS : ASSALAMUALAIKUM. MISS U
17 Disember 2006, 2.15pm

SMS : ASSALAMUALAIKUM. XTAU NAPE TP SY RINDU U. ;->
18 Disember 2006, 6.32pm

SMS : ASSALAMUALAIKUM. SLMT PG AND MISS U. :o)
21 Disember 2006, 6.50am

SMS : SORRY. CUBELAH JGN GARANG SGT. XPELAH. AMPUN MAAF SBB GANGGU. DAH XKCU DAH LEPAS NI. MAAF. MENGARUT SGT YA? HMMM XPELAH SORRY.
21 Disember 2006, 2.07pm

Mahunya saya tidak garang kalau dah mengganggu dengan sms-sms yang bukan-bukan. Apa lah bangang perempuan gila ni !

SMS : AS’KUM. SY XXXXXX XXXXXXXXX. ORG YG AWAK KATA GANGGU AWK DGN MSG2 MENGARUT. SY MINTA MAAF BYK2. ANGGAP SAJALAH SEMUA MSG2 TU SEKADAR DOA. SEKURANG2NYA SY XPERNAH MAKI AWK. MUNGKIN SILAP SY JUGA GANGGU U. MAAF KLU MSG2 TU GANGGU HIDUP U DAN PERSEKITARAN U. SELAMAT BERJAYA DLM APA JUA KERJAYA U MASUK. SY XBERNIAT JAHAT DAN ANGGAP SAJA MSG2 TU CUMA MSG2 SAMPAH YG PERNAH SINGGAH DLM HP U. HMM
21 Disember 2006, 7.27pm

Saya masih berhati perut dengan tidak menyiarkan nama penuh perempuan sasau tersebut walaupun tertulis di dalam sms tersebut. Sepeti biasa perempuan sasau ini tidak pernah faham makna terakhir, last, x kacau dah dan lain-lain yang semakna dengannya. Diganggunya lagi dengan sms yang berikut.

SMS : sy lupa nak beritahu awk 1 perkara. ubat utk 1thn, saya cintakan awak.:-p dan akan rindukan awak selalu. :-)
3 Januari 2007, 2.24pm

SMS : wlu dimana pun u berada, u ttp dlm hati sy. sy xkan menyesal apa2 klu akhirnya sy gagal pertahankan cinta ni. sy harap semua azam u thn ni tercapai. Love u.
5 Januari 2007, 9.42pm

Hahahahaha. Saya gelak panjang…..

SMS : kalau ada apa2 emergency dlm waktu terdekat ni sy akan minta tlg awak tau. Tq. Love u. 6 Januari 2007, 4.38pm

Lagi gelak panjang….

SMS : miss you! ;-p
10 Januari 2007, 7.01pm

SMS : miss u miss u miss u hehehe
13 Januari 2007, 6.41pm

SMS : RINDU AWAK.
22 Januari 2007, 5.34pm

SMS : Ok. Thank you.
22 Januari 2007, 5.37pm

Lama perempuan gila ni senyap. Atau mungkin juga saya telah padam sms-sms yang diterima kerana tidak ambil pusing. Ingatkan dah sedar diri dari lamunan rupanya tidak. Dapat lagi sms-sms yang berbau perasan !

SMS : 2-3 hari rasa xsedap hati. Jaga diri.
8 Mei 2007, 10.24pm

SMS : ADA 1 NAZAR. XABIS BACA LAGi. ADA LAGI 86.
***************************************************
***************************************************
***************************************************
. KIRA * ;-)
3 Jun 2007, 4.37pm

SMS : Itu nazar sayalah. Apalah dia ni. Haiyoo! Susah ckp dgn org pandai ni. Dahla degil. Nak tau sgt apa nazar tu? Check berapa surah dlm 1 al-quran. Sy xabis lg.
3 Jun 2007, 4.54pm

Nazar dari mazhab mana yang perempuan sasau ini amalkan ? Ustaz-ustaz saya ajar dulu kalau mahu tunaikan nazar, eloklah ditunaikan dengan perkara yang elok-elok seperti hantar pisang ke masjid atau beri sedekah kepada anak yatim. Tidak pernah pula saya diajar agar hantar sms-sms mengarut untuk tunaikan nazar. Nampak benar perempuan ini menganuti ajaran sesat !

SMS : I love u. jgn kata sy perempuan gila tau. Haha8kali. ;->
4 Jun 2007, 11.13pm

SMS : Jgn ckp sy bodoh la. Apalah dia ni.
4 Jun 2007, 11.15pm

Saya sendiri tidak faham. Nak kata tidak kena maki berkati-kati, dah kena dah. Nak kata tidak kena sindir berkali-kali, dah kena dah. Tapi perempuan sakit jiwa ini tidak pernah punya rasa malu untuk berhenti tetapi sebaliknya terus menebalkan mukanya untuk terus menghantar sms-sms menaruh harapan.

SMS : I LOVE YOU!
5 Jun 2007, 3.10am

Mungkin saya telah hilang sabar kerana menerima sms jam 3.10 pagi maka saya paparkan nombor telefon perempuan sakit jiwa itu di blog dalam entri pada hari tersebut. Pada hari yang sama pada jam lebih kurang 3 petang, perempuan sakit jiwa itu menelefon dari nombor telefon talian tetap. Dari rumah agaknya. Saya simpan nombor telefon tersebut. Perempuan gila itu merayu agar nombor telefonnya dipadam dari blog saya. Gila nak lawan ego aku ! Saya berkeras kerana tetap mahu mendapatkan jaminan daripadanya agar tidak mengganggu saya lagi dengan sms yang bukan-bukan. Itu saja yang saya pinta. Berhenti atau saya buat laporan polis. Perempuan gila itu tidak memberikan jawapannya.

Keesokkannya saya dapat lagi sms tetapi dari nombor telefon yang berbeza.

SMS : HAI. I’M D NEW DIGI MEMBER! ;-*
6 Jun 2007, 2.43pm

SMS : BIARLAH RAHSIA! ;-)
6 Jun 2007, 2.49pm

Saya tidak bodoh. Emotikon yang digunakan adalah emotikon yang biasa perempuan sakit jiwa itu gunakan. Menggunakan huruf besar juga merupakan trademark perempuan sakit jiwa tersebut. Saya balas dengan sms berbunyi “ok. Aku simpan juga nombor ini dan akan buat laporan polis.”

SMS : HEY STUPID BETUL LA DIA NI. TERBALIK. OK. CUKUP. XKACAU DAH. NI LAST.
6 Jun 2007, 2.52pm

SMS : AMIN YA RABALAMIN. MAY THE FORCE BE WITH YOU. ALWAYS.
6 Jun 2007, 2.55pm

Apa maknanya “NI LAST” sekiranya menyusul sms-sms yang berikutnya ?

SMS : MAAF. JGN LAPOR POLIS. HATI SY BERDEBAR. U OK? HARAP U OK.
7 Jun 2007, 11.45am

Saya peduli apa kalau hati perempuan sasau ni berdebar ? Kalau perempuan sasau tu kena sakit jantung atau darah tinggi sekalipun, saya tidak kisah. Saya tidak perlu kisah. Waima meninggal dunia sekali pun. Saya tahan hati saya dari menggunakan perkataan “mampus”. Nampaknya perempuan sasau itu tidak pernah sedar diri. Maka menyusul beberapa lagi sms pada sekitar jam 3.13 hingga 4.34 pagi pada hari saya bertolak ke Singapura untuk ke Anugerah Planet Muzik 2007.

SMS : I LOVE U
8 Jun 2007, 3.13am

SMS : I LOVE U
8 Jun 2007, 3.58am

SMS : PENAT
8 Jun 2007, 4,32am

SMS : OK
8 Jun 2007, 4.33am

SMS : XPERNAH GAGAL!
8 Jun 2007, 4.34am

Ingatkan sudah tamat. Di dalam perjalanan saya dihubungi oleh perempuan sakit jiwa tersebut. Dalam perbualan tersebut perempuan gila itu telah melahirkan rasa cintanya. Pirah ! Ko gila ke hapa ? Jatuh cinta dengan orang yang ko tak kenal. Saya cakap terus terang. Perempuan yang baik-baik tidak akan hantar sms-sms murahan macam tu pukul 3-5 pagi. Yang hantar sms-sms macam tu adalah perempuan yang tidak baik, perempuan murah, senang cakap xxxxxx! Stop it or I make a police report ! Ya ! Memang saya mengaku saya guna perkataan-perkataan tersebut.

SMS-SMS tersebut datang dari seorang perempuan sakit jiwa yang berumur 27 tahun dan merupakan graduan sebuah universiti tempatan yang tidak perlu saya sebutkan di sini. Hanya akan menjatuhkan maruah universiti tersebut sahaja. Difahamkan perempuan gila ini juga merupakan seorang guru. Sila ambil perhatian, sekiranya anda mempunyai anak-anak yang masih bersekolah, berdoalah bukan anak-anak anda yang diajar oleh perempuan gila ini.

Nantikan AC Di Sini Live Dari Dataran Merdeka 17 Jun ini !!

Entri oleh sultanmuzaffar 07 June 2007 0 komen

Anugerah Planet Muzik 2007
Logik ke ramalan saya ini ? Entah ! Tonton saja hari Jumaat ini jam 9 malam di Astro RIA. Saya masih dalam perancangan sama ada akan ke Kota Singa untuk bersiar-siar merehatkan diri selepas Akademi Fantasia tamat atau pun tidak. Dalam pada itu dalam usaha untuk menyelesaikan beberapa kekusutan yang telah berlaku. Moga semuanya dapat diselesaikan dengan aman.

Artis Lelaki Paling Popular
Ajai Malaysia
Awie Malaysia
Faizal AF4 Malaysia
Glenn Fredly Indonesia
Irwansyah Indonesia
Iwan Falls Indonesia
Hady Mirza Singapore
Marcell Indonesia
Mawi Malaysia
M.Nasir Malaysia
Once Indonesia
Taufik Batisah Singapore

Artis Wanita Paling Popular
Acha Septriasa Indonesia
Adibah Noor Malaysia
Agnes Monica Indonesia
Audy Indonesia
Ella Malaysia
Jaclyn Victor Malaysia
Kris Dayanti Indonesia
Melly Goeslaw Indonesia
Misha Omar Malaysia
Ning Baizura Malaysia
Rossa Indonesia
Siti Nurhaliza Malaysia

Kumpulan Paling Popular
Ahli Fiqir Singapore
Dewa 19 Indonesia
Gigi Indonesia
Letto Indonesia
Nidji Indonesia
Peterpan Indonesia
Pretty Ugly Malaysia
Radja Indonesia
Samsons Indonesia
Search Malaysia
Sofaz Malaysia
Ungu Indonesia

Lagu Paling Popular
Aku Ada Karena Kau Ada Radja
Biarlah Rahsia Siti Nurhaliza
Demi Waktu Ungu
Diari Seorang Lelaki Pretty Ugly
Juwita Citra Terindah M.Nasir
Kenangan Terindah Samsons
Kian Mawi
My Heart Irwansyah & Acha Septriasa
Sedang Ingin Bercinta Dewa 19
Sudah Itu Sudah Imran Ajmain
Tak Ada Logika Agnes Monika
Terlalu Istimewa Adibah Noor

Artis Lelaki Baru Terbaik
Faizal AF4 Best of Faizal AF4
Imran Ajmain Dengan Secara Kebetulan
Irwansyah Original Soundtrack 'Heart'
Izwan Pilus Erti Kasih

Artis Wanita Baru Terbaik
Acha Septriasa Original Soundtrack 'Heart'
Farhan AF4 Best of Farhan AF4
Noryn Aziz Alam Maya
Reika Roslan Bercerita
Terry Terry

Duo / Kumpulan Baru Terbaik
Kerispatih Kerispatih
Letto Truth, Cry, Lie
Nidji Breakthru
Rea 1/2 Gila
Samsons Naluri Lelaki

Artis Lelaki Terbaik
Aris Lasso Selalu Ada
Glenn Fredly Aku & Wanita
Iwan Fals Iwan Falls In Love
Marcell Marcell
M.Nasir Sang Pencinta

Artis Wanita Terbaik
Agnes Monica Whaddup A?1
Audy 2303
Jaclyn Victor Inilah Jac
Noryn Aziz Alam Maya
Siti Nurhaliza Transkripsi

Duo / Kumpulan Terbaik
Dewa 19 Republik Cinta
Kerispatih Kerispatih
Letto Truth, Cry, Lie
Samsons Naluri Lelaki
Ungu Melayang

Lagu Terbaik
Biarlah Rahsia Transkripsi
Cinta Terakhir Selalu Ada
Demi Waktu Melayang
Hapus Aku Breakthru
Juwita Citra Terindah Sang Pencinta
Kenangan Terindah Irfan

Album Terbaik
Breakthru Nidji
Kerispatih Kerispatih
Naluri Lelaki Samsons
Republik Cinta Dewa 19
Sang Pencinta M.Nasir
Transkripsi Siti Nurhaliza

Nota : Nampaknya ada juga pihak yang masih berdegil dan terus-terusan menghantar SMS sasau kepada saya. InsyaAllah, minggu hadapan saya akan paparkan beberapa SMS sasau tersebut di blog ini yang mana telah mengganggu kehidupan saya sejak bulan November 2006. Biar anda sendiri yang melihat dan menentukan sama ada wajar SMS sedemikian dihantar untuk tujuan yang saya sendiri tidak tahu untuk apa. Tunggu...

Entri oleh sultanmuzaffar 04 June 2007 0 komen

Penat IKON Malaysia dan dotNet !

Image Hosted by ImageShack.us

Orang kata bila dah habis musim Akademi Fantasia sudah boleh lepak. Tapi saya belum ada kesempatan untuk lepak, apatah lagi untuk bercuti. Habis AF5, muncul pula IKON Malaysia. Lepas satu-satu. Tiada gap langsung. Sewaktu musim AF masih berjalan dan kesibukan dengan AF masih lagi terasa saya sudah mula merancang untuk IKON. Kalau dua musim yang lepas hanya fikir untuk satu perkara : Akademi Fantasia. Sekarang ini agak berbeza bila kena fikirkan segala-galanya. Memang penat otak. Lebih memenatkan bila IKON Malaysia merupakan sebuah program baru, tidak seperti AF yang sudah meningkat usianya dan semuanya sudah tersedia hasilnya.

Image Hosted by ImageShack.us

Sebagai program baru tentulah ramai yang masih keliru dengan konsep rancangan tersebut. Seramai 10 orang artis solo dan 9 artis berkumpulan akan bertanding untuk merebut tempat mewakili Malaysia di IKON ASEAN. Calon-calon artis solo ialah Adam, Farah, Mawi, Daniel Lee, Dayang Nurfaizah, Dina, Ezlynn, Jaclyn Victor, Reshmonu dan Shanon Shah. Manakala calon-calon artis berkumpulah ialah Amuk, Def GabC, Disagree, Flop Poppy, Gerhana Ska Cinta, Jinbara, May, Mirwana dan OAG.

Sistem pemarkahan untuk IKON ialah 70% Juri dan 30% SMS. Kalau hanya undian SMS kita pun dah tahu siapa yang akan menang. Saya beri contoh : (kalau sahaja, bukan betul)

Mawi dapat 40 markah Juri + 30 markah SMS = 70
Jac dapat 70 markah Juri + 15 markah SMS = 85
Shanon dapat 70 markah Juri + 2 markah SMS = 72
Dayang dapat 25 markah Juri + 14 markah SMS = 39 (Kalau exam dah fail dah !)

Image Hosted by ImageShack.us

Secara logiknya, Jac yang akan menang. Ini kalau sahaja. Apa saja kemungkinan boleh berlaku. Panel Juri terdiri daripada Ramli MS, Mac Chew & Jenny Chin. Adakah mereka layak menduduki kerusi Juri ? Layak ! Siapa lagi yang mampu menduduki kerusi panas tersebut ? Farihin Abdul Fatah ? Sibuk dengan LG My Starz ! M.Nasir ? Sibuk cari Saliha !

Oleh itu, siapa IKON Malaysia pilihan anda ?

dotNet
Bukan bosan, bukan buang masa, saya telah bina satu portal yang masih dalam percubaan di www.sultanmuzaffar.net. URL tersebut sudah pun didaftar lama cuma belum ada masa untuk dibangunkan dan sebentar tadi saya bangunkan sedikit demi sedikit. Silap-silap haribulan kosong sampai bila-bila. Angan-angan saja. Lagipun saja seronok-seronok, bila tengok Shawal ada portal, Ebi ada portal, Heliza ada portal dan Dafi pun ada portal. Saya pun cubalah buat satu. Masih lagi kosong kecuali beberapa kategori telah pun diisi. Di situ ada Forum dan Galeri antara kategori utama. Yang lain-lain itu sekadar sampingan. Lagipun di situlah tempat saya bereksperimen. Saja cuba-cuba template dan sistem pengurusan kandungan (content management system) yang baru.

Sembang Kosong
Mohon maaf kerana saya benar-benar terpaksa menyediakan tagboard untuk kemudahan mereka yang gemarkan bersembang kosong. Setiap tahun pasti ada masalah ini selepas musim AF. Bukannya apa, saya selepas AF seboleh-bolehnya mahu move on, tetapi ada juga pembaca yang masih kuat penangan virus AFnya. Saya memang tidak boleh buat apa. Nak pergi Forum AF pun dah mati, nak pergi @15 kena pakai duit. Cara paling mudah adalah di sini.

Kalau boleh biarlah apa yang dibincangkan adalah yang berkaitan dengan isi artikel tersebut. Kadang-kadang kita kena jaga perasaan pembaca lain juga yang mungkin tidak kuasa untuk membaca cerita cinta, cerita keluar makan yang tertulis di komen. Sebaliknya hanya mahu membaca komen-komen yang berkaitan dengan artikel.

SMS Gila
Semalam saya bengang angkara SMS gila dari seseorang yang saya kira pembaca blog ini. SMS dari nombor 0173912040 ini benar-benar membingungkan. SMSnya macam dari seseorang yang sudah terlalu desperate. Saya tinggalkan nombor telefon saya adalah untuk kemudahan komunikasi antara kita bukannya sehingga mengganggu waktu-waktu malam. Kadang-kadang kasihan tapi saya kena faham yang perangai manusia pelbagai macam ragam. Mungkin pemilik nombor tersebut sakit otak. Susah-susah saya buat saja laporan polis dengan alasan SMS tersebut telah mengganggu ketenteraman awam. Bukan susah nak buat laporan polis kat Malaysia ni.

Entri oleh sultanmuzaffar 03 June 2007 0 komen

Kelam Kabut !

Semuanya menjadi serba tak kena ! Serba salah ! Serba tak kena ! Kacau bilau ! Minggu lepas segala undang aku penuhi walaupun dalam keadaan kacau bilau. Mula-mula aku tolak jemputan Ketua Kampung Aizoners. Aku cakap aku ada hal lain. Sebenarnya setelah 10 minggu Akademi Fantasia, selama 10 minggu juga lah aku tak pergi pasar malam makan Mee Soto. Itu sebabnya aku tolak undangan ke Tonton Wayang Shrek 3 bersama Aizoners. Tapi bila dapat satu panggilan dari ayah Aizat sendiri, aku jadi serba salah. Aku tak dapat nak tolak. Akhirnya aku pergi juga tengok wayang dengan Aizat dan keluarga serta peminat-peminatnya. Nampaknya minggu depan lah baru aku dapat merasa Mee Soto yang dah 10 minggu aku tak rasa.

Sebelum pergi tengok wayang, aku lepak sama Shawal dan yang lain-lain. Shawal nak lancarkan Portal ShawalFC.net nya. Masing-masing ada Portal sekarang. Shawal kemudian habiskan masanya dengan chatting bersama peminat dia. Ramai yang ada malam tu. Antaranya MrManager, Klubbkidd, Ajami, JuanDanza dan Budiey.

Sabtu lepas aku pergi tengok Waris Jari Hantu ! Puas hati ! Shuhaimi Baba nampaknya sudah kembali. Lakonan Azean Irdawati, Maya Karin & Rusdi Ramli memang superb habis. Aku akan buat ulasan panjang tentang Waris Jari Hantu esok lusa kalau ada masa dan bila semua masalah sudah selesai. Dah ! Aku nak tidur. Aku dah bosan dan penat layan SMS nih ! Aku dah cancelkan wayang Waris Jari Hantu. Penat !

Entri oleh sultanmuzaffar 01 June 2007 0 komen

Jom Waris Jari Hantu

Image Hosted by ImageShack.us

Entri oleh sultanmuzaffar 30 May 2007 0 komen

My Name Is Remy

Setelah berjaya membuka mata masyarakat Malaysia dengan Teater Muzikal Puteri Gunung Ledang, Datin Seri Tiara Jacquelina tidak duduk diam. Malah beliau bersama pasukan yang sama terus bersengkang mata berusaha gigih menghasilkan sebuah lagi teater muzikal yang menjadikan P.Ramlee sebagai subjek utama mereka. Dengan tajuk "My Name Is Remy", pastinya naskhah ini ditunggu-tunggu oleh penggemar seni teater Malaysia khasnya. Akan berjayakah teater muzikal yang bertunjangkan kisah perjalanan hidup, percintaan dan inspirasi P.Ramlee ini merentas Selat Tebrau atau pun terbang menjelajah ke benua Barat ? Inilah peluang anda untuk bersama dengan pasukan gigih ini mencipta sejarah...

Image Hosted by ImageShack.us
“My Name is Remy”

Perjalanan hidup, Percintaan dan Inspirasi P. Ramlee

Sebuah lagi Teater Muzikal oleh Enfiniti Productions Sdn Bhd.

Jika anda berminat dan mempunyai bakat menyanyi, menari atau berlakon, sila hadiri sesi ujibakat di:

Tempat mendaftar Bilik Media, Istana Budaya, Kuala Lumpur
Tarikh 1 Jun hingga 3 Jun 2007
Masa 11 pagi hingga 5 petang

Sebarang pertanyaan, sila hubungi Enfiniti Productions Sdn Bhd di 03 – 7958 7877


“My Name is Remy”

The Life, The Love and The Inspirations of P. Ramlee

Another Musical Theater by Enfiniti Productions Sdn Bhd

If you have interest and talent in singing, dancing or acting, please attend the auditions at:

Registration venue Media Room, Istana Budaya, Kuala Lumpur
Date 1 June to 3 June 2007
Time 11am to 5pm

For inquiries, please contact Enfiniti Productions Sdn Bhd 03-7958 7877

Entri oleh sultanmuzaffar 29 May 2007 0 komen

Blog Bedah Siasat Akademi Fantasia 5

Entri blog di bawah dikarang berdasarkan komen-komen yang telah diterima daripada penonton dan juga pembaca blog ini. Terima kasih diucapkan kerana memudahkan kerja-kerja saya. Inilah yang terfikir oleh saya buat setakat ini. Jika ada komen-komen tambahan, amatlah dialu-alukan. Mungkin juga ada submenu yang tertinggal untuk diperdebatkan. Saya juga memerlukan cadangan sekiranya ada untuk submenu 12.0 Bagaimana Menarik Penyertaan Bukan Melayu.

1.0 Tirai
1.1 Kualiti Pelajar
Hampir separuh daripada pelajar musim 5 sangat berkualiti tetapi tidak digarap kualiti mereka sepenuhnya. Kualiti mereka hampir sempurna dan mampu mengalahkan bintang-bintang musim lepas. Antara yang berpontensi untuk melangkah jauh ialah Shawal, Ebi, Heliza, Aizat, Aswad, Candy dan Mila. Penonton musim ini menganggap kualiti pelajar pada musim ini agak baik tetapi masih belum mampu menandingi kualiti pelajar musim 2.

Kombinasi personaliti pada pelajar musim ini lebih menarik. Mereka datang daripada pelbagai latarbelakang, dari seorang anak Datuk, nelayan, yatim piatu dan cacat anggota. Undian simpati dan undian benci telah menyebabkan AF musim ini lebih meriah. Ada di antara bakat mereka tidak dinilai berdasarkan kualiti tetapi melalui cerita-cerita yang dipersembahkan melalui Diari Harian. Satu percubaan yang bagus untuk team produksi yang telah berjaya mengubah impian bakat-bakat muda ini melalui proses latihan dari tenaga pengajar terlatih.

Bilangan pelajar agak ramai pada musim ini sekaligus mengelirukan penonton untuk memilih mereka yang benar-benar berbakat. Minggu-minggu awal merupakan minggu yang agak kritikal untuk setiap pelajar menonjolkan bakat yang mereka ada. Diharapkan pada musim akan datang bilangan pelajar dihadkan kepada 12-14 orang sahaja.

Rata-rata penonton berpegang kepada perkataan AKADEMI. Produksi perlu mengambil calon pelajar yang boleh menyanyi tetapi tanpa pengalaman yang luas dalam mana-mana pertandingan besar atau pun pernah bekerja di kelab malam.

Pemilihan pelajar tidak perlu meminggirkan kualiti vokal mereka walaupun mempunyai karektor yang menarik untuk Diari Harian. Keutamaan harus diberikan kepada kualiti vokal dan mempunyai bakat besar untuk pergi lebih jauh. Kredibiliti juri yang membuat pilihan awal akan dipertikaikan dan akhirnya pelajar akan dikritik hebat oleh Pengkritik Tetap mahu pun penonton.

Keutamaan harus juga diberikan kepada pelajar yang pernah atau sedang belajar di sekolah muzik. Ini secara tidak langsung akan memudahkan proses pembelajaran asas. Penonton pula akan dapat mendalami ilmu muzik lebih daripada sekadar bubbling dan pitching apabila segmen pembelajaran disiarkan.

1.2 Kualiti Tenaga Pengajar
Tenaga Pengajar musim 5 lebih menarik jika dinilai berdasarkan karektor mereka. Ada di antara mereka yang paling bagus dan paling mesra dengan pelajar. Hubungan mereka nampak agak akrab dengan pelajar.

Secara keseluruhan kualiti Tenaga Pengajar agak bagus pada musim ini cuma kualiti Guru Teknikal Vokal perlu ditingkatkan untuk membolehkan bakat nyanyian pelajar diterokai sepenuhnya. Contoh GuruTeknikal Vokal terbaik ialah Cikgu Siti Hajar.

Guru Bahasa Inggeris tidak banyak membantu pelajar sebaliknya Kelas Masakan pula yang lebih banyak disiarkan. Gabungan Cikgu Linda Jasmine dan Cikgu Raimee banyak membantu pelajar. Cikgu Syafi pula perlu tahu kelemahan pelajar dan berusaha memperbaikinya. Kelas Cikgu Fatimah terlalu kehilangan idea tidak seperti Cikgu Fauziah Nawi dan Cikgu Marlia Musa. Sudah sampai masanya Cikgu Fatimah dinaikkan pangkat sebagai Pengetua. Aktiviti Kelas Cikgu Fatimah banyak diambil oleh Chedd yang bertindak sebagai Pelatih Pemanasan Vokal.

Koreografi tarian yang diajar kepada pelajar juga sudah agak ketinggalan zaman kerana usia Cikgu Linda bersama Akademi Fantasia sudah masuk tahun yang ke 5.

Fauziah Ahmad Daud yang kini merupakan Pengkritik Tetap perlu diberikan peluang untuk menjawat jawatan Pengetua atau pun sebagai Guru Persembahan Pentas.

Cadangan untuk Guru Vokal Teknikal wajar diberikan kepada Syafinaz atau Cikgu Siti Hajar.

Cadangan untuk Guru Bahasa Inggeris boleh digalas oleh Cikgu Fatimah Abu Bakar sekaligus memegang peranan sebagai Penasihat Motivasi Pelajar.

1.3 Kualiti Pengetua
Lebih menarik sekiranya Pengetua lebih banyak menghabiskan masa dengan pelajar. Beliau mempunyai pengalaman yang luas dalam bidang muzik dan pengalaman tersebut perlu dikongsi dengan pelajar dan dipertontonkan kepada umum yang mahu mengetahui resam hidup dalam dunia penghibur. Karektor Roslan yang nampak garang akhirnya menjadi lebih lembut apabila berhadapan dengan pelajar dan terserlah sifat-sifatnya sebagai seorang ayah/abang kepada setiap pelajar. Terlalu banyak masa beliau dihabiskan di studio menyiapkan minus-one. Kerja-kerja minus one sepatutnya diberikan kepada tenaga pengajar lain. Contohnya Sham Kamikaze.

Ada di antara penonton yang mengharapkan seorang Pengetua dari kalangan professional wanita pula pada musim akan datang. Contoh, Anita Sarawak, Fatimah Abu Bakar atau Fauziah Ahmad Daud.Sebagai seorang Pengetua adalah tidak wajar baginya untuk mengeluarkan kenyataan-kenyataan yang berunsur pilih kasih lebih-lebih lagi sewaktu pertandingan masih berlangsung. Kenyataan siapakah Juara seharuskan tidak dihebahkan kepada akhbar/umum.

Pengetua tidak perlu memanjakan pelajar sebaliknya lebih tegas tetapi tidak bermakna terlalu garang. Pelajar perlu didedahkan kepada suasana industri hiburan yang sebenar-benarnya yang mana lebih bersifatkan siapa cepat dia dapat. Unsur persaingan antara artis/penghibur perlu ditanam sejak di dalam Akademi.

2.0 Hos
Tiada siapa pun yang mampu menggantikan Aznil Nawawi tetapi pembaharuan harus dilakukan. Antara calon-calon yang sesuai ialah Rosyam Nor, Sharifah Shahirah, Jimmy Shanley, Raja Azura, Awal Ashari, AC Mizal, Afdlin Shauki dan Sarimah Ibrahim. Antara nama lain yang sesuai ialah Amy Mastura kerana perwatakannya yang gila-gila serta kelakar.

Turut dicadangkan ialah Abby Fana yang mampu membuatkan penonton menangis dan ketawa secara spontan. Ini dinilai berdasarkan kredibiliti beliau di radio dan televisyen. Turut dicadangkan ialah Halim Othman dan personaliti-personaliti radio seperti Khairil Rashid. Astro harus berani mengikut jejak langkah Media Prima yang habis-habisan mempromosikan personaliti radio mereka seperti Fara Fauzana, Faizal Ismail (HotFM). Ia secara tidak langsung memberikan nilai tambah kepada kedua-dua medium yang berada di bawah satu bumbung.

Produksi harus mencuba untuk menggunakan personaliti-personaliti yang berbeza untuk setiap program Akademi Fantasia. Contohnya Diari (Sarimah Ibrahim), Debat (Linda Onn, Imbasan (AC Mizal) dan Konsert (Amy Mastura).

3.0 Diari
Fokus utama persembahan Diari Harian perlu lebih diutamakan kepada suasana pembelajaran dan selebihnya untuk personaliti. Sepatutnya kedua-dua elemen ini diseimbangkan untuk siaran penonton. Persembahan Diari pada musim ini agak menarik kerana kurangnya drama air-mata walaupun ada di kalangan penonton yang lebih menyukai drama air-mata seperti telenovela ini. Personaliti pelajar-pelajar lelaki lebih menumpukan perhatian kepada pembelajaran daripada berpeleseran bersama pelajar perempuan.

Diari boleh disifatkan sebagai kempen pilihanraya. Astro seharusnya lebih adil dalam membuat promosi (baik atau buruk) untuk setiap pelajar supaya penonton mendapat cerita yang sebenar. Usaha meminggirkan sesetengah pelajar tidak wajar dilakukan. Contohnya apabila wujud khabar angin yang mengklasifikasikan Mila sebagai Juara Terancang.

Masa siaran agak bersesuaian tetapi masa siaran ulangan perlu ditukar untuk memberikan peluang kepada penonton yang bekerja lewat malam menonton Diari pada ulangan jam 11.30 malam seperti musim ke 3. Tempoh siaran selama satu jam agak memadai. Lebih menarik sekiranya dilakukan 30 minit untuk setiap episod tengahari dan malam. Penonton yang bekerja akan lebih tertanya-tanya dan perbualan berkenaan AF akan berterusan. Suasana chatters di @15 akan lebih hidup dan meriah kerana tempoh ingatan penonton dan keterujaan penonton pada episod yang sebelumnya tidak begitu panjang.

Siaran Diari tengahari boleh dikhaskan kepada sesi pembelajaran manakala siaran Diari malam boleh dimasukkan elemen-elemen kejutan yang berlaku di dalam Diari kerana jumlah penonton pada waktu malam adalah lebih besar. Siaran ulangan Diari tengahari boleh dilakukan pada jam 11.30 malam bersama episod Diari malam.

Kaedah pemilihan lagu oleh pelajar bagus untuk menonjolkan personaliti pelajar dan baik untuk Realiti TV kerana boleh menimbulkan konflik, drama dan tekanan. Penonton lebih suka lagu diberikan kepada pelajar. Kaedah pelajar memilih lagu sendiri boleh dilakukan tetapi berselang-seli dan bukannya seperti sekarang iaitu Minggu 1 – Minggu 7 memilih lagu sendiri dan kemudiannya mendapat lagu tugasan dari Pengetua. Kaedah pemilihan lagu mencipta daya saing di dalam Akademi dan pelajar seharusnya didedahkan oleh Tenaga Pengajar agar tidak membawakan lagu tersebut seperti penyanyi asalnya. Kaedah memberi lagu tugasan memberikan peluang kepada pelajar untuk menerokai kebolehan dan kemampuan mereka apabila ada di kalangan pelajar yang mendapat lagu yang bukan pilihan mereka.

Modul pembelajaran pada musim ini lebih menarik kerana banyak ilmu yang diturunkan kepada pelajar. Kelas Bahasa Inggeris dan Kelas Memasak perlu dikurangkan. Kelas Bahasa Inggeris perlu ada silibus yang menepati kehendak seorang pelajar yang dididik untuk menjadi seorang penghibur. Skil berkomunikasi adalah sesuatu yang penting dan perlu ada. Belajar mengenai anatomi tubuh badan dan kelas memasak perlu ditiadakan. Kelas Etika Sosial yang bagus adalah pada musim ke 2 bersama Puan Mahani Awang.

Pada musim ini siaran Diari banyak memfokuskan kepada aktiviti-aktiviti yang tidak berkenaan. Cerita-cerita tersebut boleh disimpan untuk pelanggan AF Broadband. Penonton mahu melihat proses pembelajaran. Cerita-cerita santai boleh diselitkan sekiranya perlu dan amat penting. Penggunaan konsep cliffhanger sangat BAGUS untuk menampilkan elemen suspens kepada penonton.

Confession Room tidak perlu diadakan kerana ia tidak berfungsi pada musim ini. Ia agak bertindih dengan fungsi kamera di dalam Akademi (Mr.Cam). Untuk mengurangkan aksi-aksi pelajar berbicara dengan kamera, ia perlu ditiadakan dan hanya meninggalkan Confession Room sahaja. Rata-rata penonton telah muak dengan sikap suka bercakap dengan kamera kerana ianya pernah dilakukan oleh Farah (AF2).

Konsep Lampu Biru juga mencipta daya saing di antara pelajar dan juga penonton. Apabila ada di kalangan pelajar yang mendapat hadiah kerana berjaya mendapat empat lampu biru. Ia secara tidak langsung mencetuskan konflik bukan sahaja kepada pelajar tetapi juga kepada peminat pelajar. Daya saing bukan sekadar wujud untuk pelajar tetapi juga kepada peminat pelajar.

Sesi santai pelajar seharusnya didedahkan kepada aktiviti-aktiviti yang positif di antara pelajar dan bukannya menyiarkan cerita-cerita negatif. Aktiviti kekeluargaan seperti kenduri, BBQ perlu diperbanyakkan lagi di musim akan datang. Contohnya penganjuran kenduri untuk Maulidur Rasul.

Modul pembelajaran Bahasa Inggeris perlu lebih bersifat global dan tidak sekadar cara penggunaannya sahaja. Antara kelas lain yang perlu diberikan perhatian ialah Kelas Komunikasi Media dan Tatarias.

Fungsi Penasihat Residen perlu bertindak sebagai abang/kakak kepada pelajar. Contoh Penasihat Residen yang baik ialah Kak Sherry. Abang Hasrul terlalu banyak melakukan provokasi terhadap pelajar dan sikap ini telah menyakitkan hati penonton. Ada juga bagusnya kerana apabila penonton sakit hati, undian akan meningkat.

Koreografi pada musim ini nampak tidak begitu meriah seperti musim 2 dan 3. Ia tidak begitu memberangsangkan.

Pengisian diari untuk musim ke 2 lebih mantap berbanding musim ke 5. Karektor pelajar pada musim ke 5 membuatkan pengisian diari menjadi baik kerana kehadiran pelajar-pelajar yang agak nakal di dalam kelas seperti Shawal, Ebi dan Dekna. Apabila Shawal dan Dekna tersingkir, diari seakan hilang seri. Cerita di dalam Diari lebih tertumpu kepada sesetengah pelajar seperti Shawal, Ebi dan Mila kerana mereka mempunyai karektor yang menarik berbanding pelajar lain.

Cerita di dalam Diari lebih memfokuskan kepada sub subjek dan masih banyak yang perlu dibaiki.

Sesuatu yang wajar dipuji pada musim ini apabila pakaian pelajar di dalam Diari musim ke 5 lebih sopan berbanding musim-musim yang lepas.

Team Produksi Diari perlu mengemaskan lagi kerja-kerja suntingan Diari agar cerita-cerita yang dipersembahkan melekat pada fikiran penonton. Penonton masih mengingati adegan Zahid & Kaer mengusik Farah dan adegan berbasikal antara Mas dan Kaer serta permainan Pukul Berapa Datuk Harimau dalam AF2.

Diari pada hari Ahad terlalu banyak cerita-cerita yang berlaku pada hari Jumaat dan Sabtu. Oleh kerana tiada Imbasan pada musim ini, adalah lebih baik sekiranya pelajar yang tersingkir diberikan peluang untuk muncul di host-link Diari Ahad bersama Hos Program.

4.0 Debat
Topik perdebatan tiada yang menarik dan mampu untuk mencipta kontroversi. Aznil selaku moderator terlalu banyak melibatkan diri dalam perdebatan sebaliknya beliau patut menjadi perantara di antara dua pihak. Moderator perlu tahu menyeimbangkan pandangannya untuk kedua-dua belah pihak.

Tetamu jemputan yang terpilih untuk mewakili mana-mana pihak perlu tahu topik perbincangan dan berani menegakkan kebenarannya. Lebih sesuai sekiranya Debat AF ditukar kepada Forum AF.

Dibandingkan antara Debat dan Imbasan, ternyata penonton lebih menyukai Debat kerana mereka tidak begitu sukakan drama air mata di dalam Imbasan. Ada juga penonton yang masih menyukai Imbasan kerana mereka berpeluang untuk melihat kembali pelajar yang tersingkir dan mendengar kembali mereka membuat persembahan.

Topik perbincangan Debat AF perlu lebih menjurus kepada topik terhangat pada minggu tersebut atau minggu lepas. Debat juga boleh menjemput pelajar yang telah tersingkir dan dikorek cerita-cerita panas di dalam Diari. Dapatkan juga komen dari peminat atau pun orang luar berkenaan topik tersebut. Skop perbincangan di dalam Debat AF perlu diperluaskan kepada beberapa topik dan bukannya pada satu topik sahaja kerana ia akan membosankan. Contoh terbaik adalah AC Di Sini.

5.0 Konsert
5.1 Konsert Mingguan
Kualiti bunyi susunan muzik tidak begitu bagus. Walaupun pada musim ini pemilihan lagu untuk Konsert adalah sangat baik berbanding musim ke 4. Pada permulaan musim AF muzik sememangnya tahap polyphonic tetapi ada peningkatan pada kualiti muzik tersebut di pertengahan musim sehingga ke penghujung Konsert. Pengarah Muzik AF musim 3 & 4, Sham Kamikaze perlu dikembalikan ke dalam AF.

Ada juga baiknya kualiti muzik tidak begitu bagus di musim ke 4 kerana kehebatan muzik akan menutup kelemahan vokal pelajar. Pelajar sepatutnya lebih menyerlahkan mutu vokal mereka walaupun kualiti susunan muzik tidak bagus.

Penggunaan lagu tema Menuju Puncak yang asal sebenarnya telah menyelamatkan Konsert yang suram pada beberapa minggu. Lagu keramat tersebut mempunyai magik yang sukar ditafsirkan kepada penonton/peminat AF khasnya.

Pemilihan lagu perlu lebih menyeluruh dari zaman 40an ke zaman terkini. Pelajar perlu diberikan peluang yang adil untuk mempersembahkan sebarang jenis lagu pada minggu yang tidak begitu kritikal. Contoh ketidakadilan yang telah berlaku adalah apabila Shawal mendapat lagu Copacabana pada Minggu 9 yang mana lagu tersebut tidak begitu mesra di telinga penonton sedangkan pelajar lain mendapat lagu-lagu yang agak popular.

Pakaian dan solekan pelajar pada musim ini lebih baik berbanding musim-musim yang terdahulu kecuali Konsert Akhir. Salah satu sebabnya mungkin kerana pemberian lagu Konsert Akhir yang agak lewat.

Penggunaan Pengkritik Tetap sangat bagus kerana mereka membesar bersama peningkatan setiap pelajar.

Penggunaan lampu biru nampaknya banyak memberikan kesan negatif kepada penonton. Pilihan Pengkritik Tetap tidak disokong oleh piawaian yang jelas dan lebih kepada pilihan peribadi.

Menjemput selebriti terkemuka tanahair untuk memberikan nasihat kepada pelajar dalam salah satu Konsert agak membuang masa kerana ia boleh dilakukan di dalam Diari. Pada musim ini tidak banyak selebriti terkemuka yang hadir ke Akademi.

Lagu solo yang digunakan pada musim ini agak baik. Jika boleh diketepikan lagu-lagu dari Indonesia. Stok lagu di Malaysia agak banyak seperti lagu dari kumpulan Exists, Flop Poppy, Ekamatra, Nora, Norsheila Amin, Rafeah Buang, Sharifah Aini, Zaiton Sameon, Fauziah Latiff, Aman Shah, DJ Dave dan lain-lain lagi. Astro harus menggunakan platform AF untuk memperkenalkan lagi lagu-lagu ciptaan rakyat Malaysia.

Kualiti Pengkritik Tetap pada musim ini adalah seperti berikut:
· Fauziah Latiff lebih bagus kerana sedar yang pelajar di hadapannya masih belajar dan telah memberikan lampu biru dengan lebih efektif.
· Hattan terlalu bias kepada pelajar perempuan.
· Fauziah Ahmad Daud agak over dan komen-komen dari beliau boleh mengelirukan pelajar kerana beliau banyak menggunakan jargon yang agak asing pada telinga pelajar.

Pengkritik Jemputan yang bagus adalah Loloq, Khairil Johari Johar dan Shafinaz. Siti Nurhaliza terlalu mengambil jalan selamat dalam memberikan komen. Mamat Khalid dan Salleh Yaacob tidak perlu dijemput lagi kerana tidak memberikan komen-komen yang membina untuk pelajar.

Pada musim akan datang dapatkan seorang Pengkritik Tetap yang tahu tentang vokal teknikal kerana AF asasnya adalah pertandingan nyanyian. Contoh terbaik ialah Syafinaz. Pengamal media turut boleh dijemput untuk melihat peluang jangka panjang mereka di dalam industri.

Ada juga di kalangan peminat yang merasakan penggunaan lampu biru mampu menyuntik semangat kepada pelajar untuk memberikan persembahan yang terbaik. Jika berlakunya pilih kasih dalam memberikan lampu biru, maka penonton tidak dapat dididik untuk mengenali persembahan yang bagus.

Konsert yang mempunyai Tema agak bagus kerana mampu untuk menerokai bakat sebenar pelajar pada satu-satu genre. Pada musim akan datang boleh dibuat Tema Lagu Jamal Abdillah, Lagu Sudirman, Lagu Rock, Lagu Evergreen 70an untuk melihat kreativiti pelajar dalam membuat persembahan.

Lokasi Konsert yang berbeza pada setiap minggu. Pada musim ke 3, AF pernah mengadakan konsert terbuka di Putrajaya.

Kualiti arahan kamera pada musim ini agak hambar. Shot kamera lebih banyak yang diambil pada jarak jauh dan persembahan pelajar di atas pentas nampak agak kecil. Adakalanya dipertontonkan shot-shot yang tidak perlu seperti kereta Toyota VIOS dan kakak Heliza. Pernah beberapa kali shot penonton ketawa kerana sesuatu yang menggelikan hati berlaku di atas pentas tetapi tidak ditayangkan. Pelanggan membayar untuk menonton pelajar dan bukannya menonton gelagat penonton.

Penonton mengharapkan agar pada musim yang ke 6, AF tidak dibuat pada musim perlawanan bola sepak masih berlangsung. Contoh World Cup dan European Champion League. Masa yang paling sesuai adalah pada bulan Mei.

Penjualan tiket Konsert Mingguan perlu diteruskan untuk musim yang seterusnya. Pembeli tiket konsert adalah peminat setia AF dan bukannya penerima tiket mingguan yang terdiri daripada penaja dan rakan-rakan korporat Astro.

5.2 Konsert Akhir
Arahan kamera pada Konsert Akhir agak hancur kerana terlalu jauh dan terlalu banyak pergerakan. Rekaan pentas yang agak besar juga telah menyebabkan persembahan pelajar menjadi terlalu kecil di peti televisyen. Catwalk yang ada sebenarnya telah memberikan depth kepada pentas dan persembahan pelajar menjadi terlalu kecil.

5.3 Pengkritik Tetap
Idea menghasilkan 3 orang Pengkritik Tetap sangat bagus kerana ia memberikan peluang untuk setiap seorang daripada mereka menilai peningkatan pelajar setiap minggu. Ia akan menjadi lebih baik sekiranya 2 Pengkritik Jemputan dijemput pada minggu-minggu awal untuk menyeimbangkan pandangan Pengkritik Tetap yang mungkin mempunyai unsur-unsur pilih kasih.

Pemilihan Pengkritik Tetap/Jemputan perlu dilakukan dengan lebih teliti supaya tidak timbul komen-komen kosong yang tidak memberikan apa-apa manafaat kepada pelajar. Contohnya Salleh Yaakob dan Mamat Khalid.

6.0 Microsite
Kandungan laman web rasmi AF pada musim ini lebih menarik. Ada stail dan meriah. Berpandukan konsep ala American Idol kerana terdapatnya Blog Gaya yang memberikan komen tentang pakaian pelajar serta Blog Pelajar yang mana pelayar internet boleh membaca coretan pelajar dari masa ke semasa. Gambar-gambar yang digunakan juga lebih cantik pada musim ini.

Tempoh kemaskini Blog Pelajar perlu dibuat lebih kerap dan masa nyata. Sesuatu isu yang dibincangkan oleh pelajar di dalam Blognya agak ketinggalan zaman. Pelajar perlu juga diyakinkan bahawa mereka dibenarkan berkongsi segala apa yang terbuku di dalam hati mereka dan bukannya sekadar bercerita tentang kelas yang mereka ikuti.

Kandungan Blog Gaya telah memberikan satu perspektif baru kepada penonton Akademi Fantasia. Penonton boleh mengetahui bagaimana kesusahan yang dialami oleh Team Produksi Pakaian dalam mendapatkan imej yang sesuai kepada setiap pelajar.

Pada musim yang akan datang, Blog Tenaga Produksi boleh dilakukan untuk penonton mendapatkan maklumat-maklumat di sebalik tabir yang tidak dapat ditonton di dalam siaran Diari, Konsert, Debat, AF Broadband atau mana-mana program berkaitan. Di dalam Blog tersebut, tenaga produksi boleh menjawab setiap gossip yang timbul berkenaan pelajar AF yang tersiar di dada-dada akhbar.

Update Diari Harian juga pada musim ini agak lewat berbanding pada musim lepas. Adakalanya ia dilakukan pada jam 6 petang.

Kebanyakkan ulasan Diari yang dibuat adalah berdasarkan pra Diari iaitu teaser kepada penonton untuk menonton Diari. Adalah lebih baik sekiranya turut diletakkan komen ulasan pasca Diari. Seorang Content Editor yang benar-benar telus diperlukan untuk tugas ini kerana sebagai manusia beliau juga mempunyai pilihan masing-masing.

Begitu juga untuk pra Konsert iaitu meletakkan pilihan persembahan sewaktu Rehearsal untuk penonton menjangkakan apa yang akan dipersembahkan pada hari Sabtu. Ulasan pasca Konsert juga perlu lebih menyeluruh kepada setiap pelajar dan bukannya hanya pada persembahan-persembahan yang tertentu sahaja.

7.0 Forum
Sebagai sebuah forum yang dikawa-lselia oleh Moderator, maka kandungan Forum Rasmi AF pada musim ini tidak begitu meriah. Konsep yang digunakan adalah pre-moderation. Pelayar internet lebih menggemari Forum Cari yang menggunakan konsep reactive moderation.

Moderator mengambil masa yang terlalu lama untuk meluluskan posting-posting di forum menyebabkan topik perbincangan sudah terlalu basi dan ketinggalan zaman.

Sememangnya wajar untuk diedit komen-komen yang berbaur perkauman, kenegerian dan kata-kata caci yang melibatkan pelajar Akademi Fantasia.

Komuniti yang positif telah berjaya dibentuk melalui blog, myspace, friendster dan lain-lain lagi. Berbeza dengan komuniti di Forum AF yang tidak berjaya membentuk komuniti kerana beberapa kekangan peraturan yang perlu dipatuhi. Contohnya forummer tidak dibenarkan meletakkan URL link dan alamat email. Kemeriahan Forum AF tidak dirasai kerana forumer turut tidak dibenarkan meletakkan imej. Forum nampak begitu kosong dan malap.

Kemunculan myspace, blog, laman web rasmi pelajar juga telah mematikan fungsi Forum AF itu sendiri. Kemeriahan lebih dirasai di laman luar dari Forum AF.

8.0 Blogs
Topik perbincangan di blog lebih menjurus kepada semua topik berkaitan Akademi Fantasia. Ini termasuklah blog sultanmuzaffar, klubbkidd, badrulaftersix, budiey, mrmanager dan lain-lain.
Komen-komen di blog lebih menjurus kepada pilihan peribadi pembaca blog dan mereka telah berkongsi pengalaman tersebut sejak 5 musim yang lepas. Komuniti yang positif telah berjaya dibentuk melalui beberapa blog.

Pada musim ini, laman web rasmi pelajar juga lebih cepat dibuat oleh peminat masing-masing. Peminat akan berkongsi pengalaman dan bertukar-tukar pendapat serta merancang strategi di laman web rasmi pelajar masing-masing.

Jika terdapat Pengacara, Tenaga Pengajar atau Kakitangan Astro yang mempunyai blog dan meminati sesetengah pelajar adalah tidak wajar sekiranya mereka menunjukkan kecenderungan minat tersebut.

9.0 Broadband
Kandungan AF Broadband pada musim ini telah dikemaskinikan dengan pantas iaitu dalam tempoh 3 jam selepas rakaman di Akademi. Sesuatu yang wajar dipuji.

Beberapa kali telah berlaku masalah teknikal yang telah menyebabkan pelanggan servis tersebut marah dengan kejadian tersebut.

Kandungan AF Broadband boleh dipanjangkan walaupun selepas musim AF tamat. Aktiviti Juara dan Naib Juara boleh dilakukan dengan bantuan Maestro. AF Broadband perlukan kandungan-kandungan yang eksklusif untuk tontonan pelayar internet.

10.0 @15
Terlalu banyak komen-komen yang diterima dari chatters di @15.

11.0 VCD
Astro perlu menghasilkan VCD untuk Konsert 8, 9 dan Konsert Akhir. Jika perlu, Astro perlu mengeluarkan juga dalam satu VCD Persembahan Terbaik Pelajar seperti Al-Jannah, Kasihnya Laila, Bukan Diriku, Kesal, Pudar, My Heart, Korban Cinta, Perpisahan, Puncak Kasih, Drama & Aku Takkan Bersuara.

12.0 Bagaimana Menarik Penyertaan Bukan Melayu
Jika ada cadangan, sila berikan.

13.0 Diddy - Hilang (Audi Mok/Bash)
Tiada pernah aku menduga
Kasih kau pergi tinggalku sendiri
Dusta cinta mengeruh jiwa
Pedihnya mencengkam dihatiku yang sepi

Sangkaku kasih selamanya
Janjimu setia di hatiku

Seribu penyesalan
Hilang harapan ku impikan
Bahagia kuidam bersamamu
Kasih yang kuserahkan
Hilang meredah luka dalam
Hatiku luluh parah keranamu

Malam dingin ku sendirian
Berteman rindu mimpi yang keliru
Sayang musnah tak kesampaian
Hanya derita rundung duka membelenggu

Sangkaku kasih selamanya
Janjimu setia di hatiku

Seribu penyesalan
Hilang harapan ku impikan
Bahagia kuidam bersamamu
Kasih yang kuserahkan
Hilang meredah luka dalam
Hatiku luluh parah keranamu

Akan ku ubati…
Kasih yang pergi dari sisi
Takkan ku biarkan ia
Terus terluka, musnah dan hilang

Bahagia kuidam bersamamu
Sangkaku kasih selamanya
Janjimu setia di hatiku

Seribu penyesalan
Hilang harapan ku impikan
Bahagia kuidam bersamamu
Kasih yang kuserahkan
Hilang meredah luka dalam
Hatiku luluh parah keranamu

Entri oleh sultanmuzaffar 27 May 2007 0 komen

Post Mortem Akademi Fantasia 5

Dokumen post-mortem AF5 masih dalam pembikinan. Saya akan postkan laporan tersebut di sini esok atau lusa atau tulat. Itu pun kalau siap lah.

Sekitar Wrap Party AF5

Image Hosted by ImageShack.us

Menuju Puncak

Image Hosted by ImageShack.us

Separa Anti Tak Pernah Fanatik Heliza bersama Heliza.
Takut pulak aku tengok mata dia macam dlm avatar. hahahaha
disclaimer : Gurau je!

Image Hosted by ImageShack.us

Fanatik Heliza bersama Heliza. Separa rapat !
Saya memang selalu gaduh dengan mamat ni hanya kerana menegakkan benang basah masing-masing. Aku dah letak gambar ko kat sini. Kau jangan ganggu hidup aku lagi.

Menuju Puncak

Image Hosted by ImageShack.us

Apa tah lagu diorang nyanyi !

Image Hosted by ImageShack.us

Bersama Juara AF5, Mila

Image Hosted by ImageShack.us

Bersama The One And Only Hos Akademi Fantasia 1-5

Image Hosted by ImageShack.us

Bersama Naib Juara AF5, Ebi

Image Hosted by ImageShack.us

Rizal bersama Cikgu Fatimah. Takde peminat ke Rizal ni ? hahahaha

Image Hosted by ImageShack.us

Juara AF5, Mila "I Will Always Love You"

Image Hosted by ImageShack.us

Bintang AF5
Ada yang takde pasal dah balik ataupun masih berbual di dalam. Bukan sengaja dibuang gambar mereka atau pun crop gambar mereka. "Jangan main tuduh-tuduh", Jeff dalam Ali Setan

Entri oleh sultanmuzaffar 25 May 2007 0 komen

Persona Bintang Akademi Fantasia 5

Kali pertama berkenalan dengan mereka adalah pada hari mereka mendaftar untuk rakaman audio. Waktu itu memang begitu terhad dan dilakukan dalam keadaan yang sembunyi-sembunyi kerana kelibat mereka tidak boleh kelihatan di mana-mana. Setiap laluan mereka disita dengan pita merah. Kalau pun pintu dibuka hanya sekejap sahaja. Buka pintu, tutup pintu. Buka pintu lain, jalan pun kena laju-laju. Masuk saja dalam bilik, duduk diam-diam. Memang parah waktu itu. Sekitar jam 8 malam hingga jam 5 pagi adalah untuk sesi Microsite dan Mobile. Waktu yang pendek itulah saya cuba untuk kenal seorang demi seorang.

Saya hanya akan bercerita yang penting-penting saja. Pandangan pertama terhadap Dekna jelas kelihatan beliau seorang yang masih takut-takut. Setiap soalan pasti ditanya untuk mendapat kepastian. Diya nampak seperti seorang yang peramah. Beliau yang banyak membantu saya mengingati nama setiap seorang pelajar perempuan sampai buat kuiz untuk membolehkan saya ingat seorang demi seorang. Klik Diya pada malam itu ialah Heliza. Dia pun banyak tolong. Memang kecoh sekejap bilik tersebut. Klik Diya dan Heliza pada malam itu memang menceriakan malam dan awal pagi tersebut. Itu sebab saya hairan bila itu tidak kelihatan di dalam Diari. Mungkin kerana ada kamera. Antara yang nampak pendiam dan tidak begitu berani untuk berbual ialah Mila dan Candy. Bila Noni sampai lagi happening !! Memang Noni memeriahkan malam tersebut pada mata yang semakin kuyu menahan rasa mengantuk. Fatin pula diingati kerana antara pelajar yang terlalu kurus.

Sementara pelajar lelaki pula Dafi antara yang paling banyak bertanya. Semua benda dia tanya walaupun dia dah tahu jawapannya. Memang ada jenis yang seperti ini. Dah tahu jawapan tapi sengaja tanya. Mungkin ada tujuan lain yang ingin dibuktikan. Bila sekali pandang memang nampak Dafi seorang pelajar yang akan kena buli dalam Akademi. Memang itulah yang menjadi kenyataan di dalam Akademi. Ebi pula personalitinya menarik. Dia duduk kat satu sudut. Diam membisu. Sepatah pun saya tak dengar keluar apa-apa dari mulut dia. Dengan rambut serabainya, jelas sifat misteri itu timbul pada Ebi. Cuba mencipta perbualan dengannya pun tidak menjadi sampai saya jadi bosan bila sepatah ditanya, sepatah yang dijawab. Berbeza dengan Rizal yang akan duduk berdekatan dan bertanya segala macam benda. Terover peramah pulak budak ni sampai naik rimas. Ada saja benda yang akan diceritakan oleh Rizal. Berbeza dengan Farha dan Afiq yang cuba mengelakkan sebarang perbualan dengan rakan-rakan yang lain. Mereka seakan menjauhkan diri dan mengelak untuk berbual. Itulah sebabnya Farha merupakan antara suspek utama saya untuk identiti TeNuK. Orang Forum Cari tahulah siapa TeNuK ni. Shawal pula merupakan seorang ketua pada malam tersebut. Sudah nampak sifat kepimpinan pada diri Shawal pada malam tersebut. Dalam kata lain, persona Shawal pada malam tersebut agak outstanding. Aizat pula seorang yang agak bubbly. Muka dia senyum memanjang. Aswad pula duduk diam dan hanya bertanya bila perlu. Aswad nampak macam takut-takut kerana mungkin masalah bahasa/loghat. Dia macam malu dengan loghat Penangnya. Saya pun satu. Suka sangat minta dia ulang apa yang dia tanya kerana tidak faham apa yang ditanya.


Image Hosted by ImageShack.us

Image Hosted by ImageShack.us

Image Hosted by ImageShack.us

Image Hosted by ImageShack.us

Image Hosted by ImageShack.us

Image Hosted by ImageShack.us

Image Hosted by ImageShack.us

Apa pula yang jadi selepas Akademi Fantasia ? Saya cerita yang baik-baik saja. Saya suka dengan perwatakan Aswad ! Tidak percaya ? Suka hati korang lah ! Bila berbual dengan dia saya rasa senang sekali. Banyak topik yang dibualkan. Kalau dulu dia rasa rendah diri dengan loghat negerinya, nampaknya kini dia sudah lebih selesa. Segala macam loghat-loghat negeri yang saya belajar. Ghoplah Jingga dan macam-macam lagi. Nana pun cakap Aswad memang happening. Ebi sudah boleh bersuara. Tapi apa yang dia cakap kena minta diulang sekali lagi. Tak dengar ! Dia macam cakap seorang diri. Tapi at least nak juga dia bersuara. Mila pula nampaknya telah digroom sebagai seorang Juara. Nak tak nak dia kena menjadi seorang Juara. Berpelaku sebagai seorang Juara. PR semua kena baik. Farha yang dulu tidak bersuara pun sudah boleh berbual benda-benda kosong. Dia pun dah nampak selesa cuma terlalu sopan lah pulak. Semua benda dia nak mintak kebenaran. Boleh ke itu ? Boleh ke ini ? Eh ! Buat je lah... Shawal pula masih terkejut dengan tepukan gemuruh yang dia dapat masa Konsert Akhir. Dia cuba juga nak berbual kalau perlu. Aizat sudah mengetahui apa yang berlaku sewaktu dia di dalam Akademi. Perbualan antara saya dengan Aizat berjalan seperti biasa. Tak payah cerita lebih lanjut, nanti banyak tukang cucuk yang menjalankan jarumnya kerana tidak senang duduk. Rizal pula masih sama macam dulu. Segala benda dia tanya sampai tak larat nak layan dia ni. Berdasarkan pemerhatian, saya lihat Dekna dan Mila antara bintang Akademi Fantasia yang disenangi para wartawan. Yang lain-lain tu nampak macam biasa saja. Oleh itu, siapa TeNuK ? (ketawa)

Entri oleh sultanmuzaffar 23 May 2007 0 komen

Anugerah Akademi Fantasia 5

A. Persembahan Konsert Paling Diingati
1. Mila & Ebi - My Heart
2. Mila - Pudar
3. Ebi - Bukan Diriku
4. Heliza - Kesal
5. Mila - Aku Takkan Bersuara
6. Aizat - Perpisahan
7. Ebi - Kasihnya Laila
8. Ebi - Al-Jannah
9. Aizat - La Camisa Negra
10. Aswad - Penyu Menangis

B. Adegan Paling Romantik Pilihan

C. Kejutan Pilihan

D. Persembahan Konsert Bukan Pilihan

Kalau ada kategori lain yang difikirkan sesuai, boleh tambah. Mdmee memang terror bila ada macam ini. Dalam pada itu, Bedah Siasat AF5 masih boleh diteruskan.

Aswad di ERA

Image Hosted by ImageShack.us

Image Hosted by ImageShack.us

Image Hosted by ImageShack.usImage Hosted by ImageShack.usImage Hosted by ImageShack.usImage Hosted by ImageShack.us

Entri oleh sultanmuzaffar 22 May 2007 0 komen

Bedah Siasat Akademi Fantasia 5

Masih belum terlewat untuk melakukan bedah siasat untuk Akademi Fantasia 5. Saya sendiri dalam proses mengumpul bahan-bahan untuk dibincangkan pada penghujung minggu hadapan. Saya perlu mendapatkan persepsi penonton dan pandangan mereka.

Perbincangan boleh dibahagikan kepada beberapa topik utama. Boleh ditambah, sekiranya perlu untuk dibincangkan.

Tirai
Kualiti Pelajar
Kualiti Tenaga Pengajar
Pengetua ?

Hos
Persembahan
Pengganti Aznil : pilihan anda ?

Diari
Kandungan Cerita : Suntingan, tiada cerita menarik ?
Perlaksanaan : Masa siaran ? Lama siaran ?
Sensitiviti : Baling pinggan, urut kaki ?
Pilih Lagu/Beri Lagu
Penasihat Residen : Tukang provoke ?
Modul Pembelajaran : Kelas Inggeris, Pemakanan, Grooming, Pertahanan Diri?

Debat
Topik : Basi ?
Tetamu Jemputan :
Soalan AFDEBAT : Buang masa ?
Debat vs Imbasan : Mana pilihan anda ?

Konsert
Lagu : Menarik ? Bagus ? Tak mesra telinga ?
Susunan Muzik : Polifonik ?
Pakaian : Buruk ? Ada Style Lah !
Kerja Kamera : Jauh nak mati ? Meraban ?
Pengkritik Tetap (Ogy Ahmad Daud, Fauziah Latiff & Hattan)
Pengkritik Jemputan (Siti Nurhaliza, Mamat Khalid, Loloq dan lain-lain)
Lampu Biru : Bagus atau Bias ?

Microsite www.astro.com.my/akademi_fantasia
Kandungan : Informatif ?
Interaktiviti
Blog Pelajar
Blog Gaya

Forum
Kaedah Moderator
Terlalu diedit

Blogs Peminat
Topik Perbincangan

Ebi di Studio ERA

Image Hosted by ImageShack.us

Image Hosted by ImageShack.us

Image Hosted by ImageShack.us

Image Hosted by ImageShack.us

Image Hosted by ImageShack.us

Image Hosted by ImageShack.us

Image Hosted by ImageShack.us

Image Hosted by ImageShack.us

Entri oleh sultanmuzaffar 21 May 2007 0 komen

Post Akademi Fantasia

Briefing di Akademi...
Bagaimana agaknya apabila berada di belakang cermin dan melihat gelagat mereka tanpa mereka sedar yang mereka sedang ditonton?

Image Hosted by ImageShack.us

Image Hosted by ImageShack.us

Image Hosted by ImageShack.us

Image Hosted by ImageShack.us

Ini EBI punya !

Image Hosted by ImageShack.us

Ini pun EBI punya tapi imej lebih besar

Image Hosted by ImageShack.us

Image Hosted by ImageShack.us

EBI dengan majalah AKSI

Mila di ERA
Tadi Mila di Studio ERA. Riuh lah jugak studio ERA tu penuh dengan manusia. Memang gamat lah sekejap.

Image Hosted by ImageShack.us

Image Hosted by ImageShack.us

Image Hosted by ImageShack.us

Image Hosted by ImageShack.us

Image Hosted by ImageShack.us