Undilah

SULTANMUZAFFAR (26 Februari 2002 - sekarang)

Seorang blogger, pelayar internet, penyelam scuba dan penagih tegar televisyen dan Wii. Melihat seluruh dunia di laman blog menerusi kamera DSLR dan kacamata tebalnya (kadang-kadang kanta lekap).

Mengkritik tidak bererti menentang, menyetujui tidak semestinya menyokong, menegur tidak bermakna membenci, dan berbeza pendapat adalah kawan berfikir yang baik.
Entri oleh sultanmuzaffar 17 September 2007 0 komen

Rumah Terbuka Akademi Fantasia 5

Dengan konsep ala game show, Rumah Terbuka Akademi Fantasia 5 bakal disiarkan pada Hari Raya Pertama jam 2 petang di Astro RIA. Ada macam-macam permainan yang mereka buat. Yang paling meriah bila game yang melibatkan seorang Mat Salleh dari Sweden. Pecah perut dibuatnya.































Nota : Macam dah nak raya pulak ! Ada lagi tau !

Entri oleh sultanmuzaffar 0 komen

Beban Yang Puas

Image Hosted by ImageShack.us

Terima kasih Akademi Fantasia

Sejak akhir-akhir ini saya agak sibuk. Sibuk menyiapkan diri untuk satu bidang serba baru. Minat yang telah bertaut sejak lima musim yang lalu nampaknya akan sampai ke penghujung.

Jika semua yang dirancang terlaksana, saya akan melangkah meninggalkan Akademi Fantasia. Dan Rumah Terbuka Akademi Fantasia 5 mungkin akan menjadi program terakhir saya bersama Akademi Fantasia.

Sekarang, saya bekerja lima hari seminggu untuk Program Melayu dan dua hari yang tinggal sepatutnya menjadi masa untuk berehat terpaksa dikorbankan. Dua hari hujung minggu yang ada menjadi hari latihan untuk saya menyiapkan diri menghadapi tugas yang lebih mencabar.

Bukan mudah untuk mencari berita dan menyiapkan berita. Lebih payah apabila perlu menerbitkan berita dan kemudian menayangkan berita. Itulah serba sedikit tugas-tugas baru saya. Dunia menjadi semakin mencabar dan masa menjadi semakin pendek.

Pejam celik pejam celik sudah jam 3 petang. Pejam celik pejam celik sudah jam 10 malam. Saya sudah mula nampak prospek kerjaya yang lebih besar. Jika itu bukan matlamat anda bekerja, tidak kepada saya.

Saya mahu setiap perjalanan kerjaya itu berjalan dengan lancar agar perjalanan ke puncak menjadi lebih mudah. Saya perlu membuktikan, “it is not about communication, it is about guidance.”

Sudah dua hari minggu saya dihabiskan di tempat baru yang lebih dekat dengan tempat tinggal. Bermesra dengan workstation, bergurau dengan aplikasi baru dan beramah dengan rakan-rakan baru.

Tidak kekok, tidak betah kerana rata-rata mereka telah saya kenali sebelum ini. Saya mula menyesuaikan diri untuk menulis cara baru. Lebih pendek kali ini. Berita mana boleh yang panjang-panjang. Kena pendek dan padat.

Saya menjadi lebih bersemangat kerana aplikasinya mudah. Dalam masa dua hari, saya sudah boleh menggunakannya. Itu pun dengan bantuan ramai yang tidak lokek membantu.

Sebelum melangkah, proses-proses biasa mendapatkan pengganti perlu dilalui. Saya akan habiskan masa dua minggu untuk fasa serah tugas. Banyak yang perlu diajar dan saya sendiri yakin mereka mampu untuk melakukannya.

Image Hosted by ImageShack.us

Di penghujung sana ada cahaya,
Di kiri kanan ada cinta...ops

Jalan ke puncak tidak semudah yang disangkakan...

Nota : Ada 40 keping gambar Rumah Terbuka Akademi Fantasia 5 dan akan disiarkan berperingkat-peringkat jika masa tidak mencemburui saya. :)

Entri oleh sultanmuzaffar 12 September 2007 0 komen

iTalk Buddy Dari Perspektif Pelajar Sekolah

Dengan tagline “Speak. Share. Sync. Services”, iTalk Buddy menawarkan beberapa perkhidmatan yang memudahkan untuk anda berkongsi dan bersuara di dalam dunia siber. Bukan sahaja untuk golongan pengguna tegar Internet, tetapi juga untuk golongan pelajar.

Jarang benar ada aplikasi servis yang membolehkan anda melakukan setiap aktiviti dalam satu aplikasi. Saya melihat penggunaan aplikasi ini kepada golongan pelajar. Dengan kemudahan yang ada, anda kini boleh menulis blog pada bila-bila masa. Berkongsi pendapat anda tentang pelajaran yang telah anda pelajari di sekolah dan kemudian berkongsi ilmu tersebut di Internet.

Saya kira aplikasi “Mobile Blogging” telah banyak memudahkan proses mengemas kini blog. Dengan satu telefon bimbit, anda kini boleh melakukan aktiviti blog anda pada bila-bila masa. Rata-rata golongan pelajar di sekolah dalam bandar turut memiliki telefon bimbit untuk memudahkan perhubungan.

Selain daripada itu, aplikasi ini turut memudahkan para pelajar untuk berkongsi skrin. Seorang pelajar di Kuala Lumpur boleh membantu rakan sibernya di Kuala Kangsar dalam pelajaran Geografi. Gambar rajah pergerakan angin monsun boleh ditayangkan kepada rakan-rakan yang kurang memahami subjek tersebut. Penguasaan minda pelajar generasi kini tidak hanya terhad di dalam kelas sahaja tetapi mampu melangkaui sempadan. Ia secara tidak langsung turut membuka ruang penggunaan teknologi Internet yang lebih positif lagi.

Tidak cukup dengan itu, pelajar boleh berinteraksi menggunakan teks ataupun secara video. Ia lebih kurang sama dengan menggunakan YM atau pun MSN. Perbincangan tidak hanya terhad kepada penggunaan aplikasi sahaja tetapi juga boleh menggunakan forum yang telah sedia ada untuk pengguna aplikasi ini.

Komuniti pelajar boleh dibentuk di dalam forum tersebut untuk kemudahan golongan pelajar. Dengan adanya penglibatan guru sebagai fasilitator di forum tersebut tentu memberi manfaat kepada golongan pelajar.

Penggunaan aplikasi ini tidak hanya terhad untuk digunakan di rumah, sebaliknya boleh juga digunakan di sekolah-sekolah. Bayangkan anda berada di dalam satu kelas yang dilengkapi dengan kemudahan wifi, dengan adanya aplikasi ini ia akan memudahkan anda berinteraksi di antara rakan sekelas anda sambil bertukar-tukar nota pengajian.

Salah satu kekurangan aplikasi ini ialah penggunaan webcam. Kalau aplikasi ini membenarkan penggunaan webcam tentunya lebih memudahkan pelajar untuk saling kenal-mengenali antara satu sama lain.

Kini teknologi Internet mampu untuk merubah pemikiran golongan pelajar jika mereka diberikan didikan yang terbaik untuk membuat perubahan pada diri mereka sendiri. Aplikasi iTalk Buddy merupakan jawapannya.

Speak. Share. Sync. Services !

Entri oleh sultanmuzaffar 09 September 2007 0 komen

Anugerah ERA 2007 - Lelaki Ini Memukau !

Segalanya sudah pun selesai. Setiap anugerah telah pun ada pemenangnya. Setiap penonton pastinya terpukau dengan persembahan mantap dari Anuar Zain dengan lagu Lelaki Ini. Tidak kurang hebat ialah Diddy dengan lagu Hilangnya diiringi oleh Nikki dengan vokal sopranonya.

Saya pula lebih terpukau dengan persembahan Akhbar dan Tukang Kata dengan lagu Manusia Lupa. Mengakhiri persembahan dengan iringan air mata adalah sesuatu saat persembahan yang sukar dilupakan. Saya benar-benar terpukau dengan persembahan mereka. Lebih menarik apabila persembahan tersebut turut diiringi oleh barisan Feratik yang melompat-lompat menonton persembahan mereka. Mereka juga lupa agaknya. :)

Lebih menjadi anti-klimaks apabila Fauziah Ahmad Daud atau lebih dikenali sebagai Singa AF ditugaskan menjadi pengkritik untuk persembahan tersebut ala Akademi Fantasia. Mungkin tidak menonton persembahan tersebut, Ogy mengatakan persembahan Tukang Kata tidak cukup gali. Mana mungkin tidak cukup gali jika beliau sendiri sudah mengalirkan airmata. Persembahan tersebut sudah cukup malah terlebih gali. Orang kata "ada ubi ada batas, ada hari boleh balas", Ogy pula dikenakan oleh Kak Fatimah Abu Bakar yang telah ditugaskan untuk mengkritik persembahan Ogy bersama Urban Method. Ayat "gali kuboq sendiri" sungguh klasik dan akan menjadi antara saat yang diingati dalam penganjuran Anugerah ERA.

Persembahan pertama kali antara Ogy dan Urban Method dengan lagu Wajah Rahsia Hati juga menarik. Dengan gaya selamba walaupun bertudung, Ogy mampu untuk menarik perhatian saya untuk menonton persembahannya. Memang puas hati.

Berbalik semula kepada lagu berhantu Lelaki Ini dendangan Anuar Zain memang meremang bulu roma. Kekuatan utamanya adalah iringan muzik orkestra yang diketuai oleh Ramli MS. Memang dapat dengar segala instrumen yang ada di atas pentas tersebut. Memang sedikit kurang puas hati bila penonton pada tahun ini kurang memberikan tenaga kepada keseluruhan produksi walaupun Anuar Zain telah memberikan persembahan yang hebat.

Persembahan vokal Diddy menjadi malam tersebut dan vokal Nikki telah melengkapkan persembahan tersebut. Lagu Hilang dendangan Dayang Nurfaizah turut disertakan dalam segmen tersebut. Sewaktu lagu Hilang didendangkan, klip video beberapa selebriti yang telah meninggal dunia telah dipertontonkan. Yang peliknya hanya ada Tan Sri P.Ramlee, Sudirman Haji Arshad, Hani Mohsin Hanafi dan Izi Yahya. Mana yang lain ? Mungkin lagu Hilang agak pendek dan tidak muat untuk diletakkan semua klip video mereka yang telah meninggal dunia.

Mengimbau kegemilangan filem Gila-Gila Remaja, kumpulan Kristal ditugaskan untuk membawa lagu Memburu Impian yang dipetik dari filem tersebut. Gimik motor yang telah ditunggang oleh pelakon asal filem tersebut, Faizal Hussein meriuhkan Arena All Stars. Makin menggamatkan dewan tersebut bila Faizal Hussein menjemput Kazar, penyanyi asal lagu tersebut untuk naik ke pentas menyanyi bersama Kristal. Ramai budak-budak sekarang mungkin ingat lagu tersebut merupakan lagu Kristal, padahal lagu tersebut telah pun popular sejak tahun 1984 lagi. Sekurang-kurang generasi kini telah pun tahu yang Kazar dulu merupakan seorang penyanyi. Kazar dulu antara peserta Bintang RTM. Seangkatan siapa saya kurang pasti. Sama ada finalis atau pun semi finalis pun saya kurang pasti.

Vince selaku Juara sulung Akademi Fantasia manakala Mila selaku Juara terkini Akademi Fantasia tidak menghampakan apabila menyampaikan lagu-lagu finalis Vokal Lelaki Pilihan dan Vokal Wanita Pilihan. Dah lama Vince tidak muncul di kaca TV, sekali sekala muncul Vince nampak lebih bersedia kali ini. Bercakap tentang bersedia, nampaknya ada mulut busuk yang telah menyampaikan kepada pihak tertentu tentang blog saya tentang Konsert Reunion AF5. Yang pelik bila hanya gambar yang dipos tetapi mengikut sumbernya mengatakan saya telah bercerita buruk tentang Konsert Reunion. Mungkin yang diceritakan itu berdasarkan sembang-sembang kosong dan bukannya yang telah ditulis di blog. Tak tulis apa pun. :)

Apa lagi ya. Persembahan sudah. Senarai pemenang pun sudah. Lepas habis majlis anugerah, saya bergerak ke Post Party. Buat PR sikit. Jumpa Kak Fatimah Abu Bakar dan team Yassin dan beberapa lagi. Makan 5 ketul "chicken wing" dan kemudian saya kembali ke Kuala Lumpur pagi itu juga.

Belum puas komen lagi...Ada lagi...:)

Lelaki Ini - Anuar Zain

Lelaki Ini - Anuar Zain

Mawi

Mawi

Mawi

Kenapa lelaki sebelah Ella tu terkejut ?

Adam

Sarimah Ibrahim

Dato' Siti Nurhaliza

Dato' Siti Nurhaliza

Akhbar & Tukang Kata

Mila AF5

Aizat

Farah

Ebi

Dafi

Farhan

Vince

Que Haider

Mawi

Gaun Kontroversi Linda Onn...Ops...Silap pasangan

Linda Onn & Fahrin Ahmad

Ning Baizura & Omar Sharif

Nikki

Nana bersama Ning Baizura & Omar Sharif

Diddy

Adam - Joget Lambak

Mila - Finalis Vokal Wanita Pilihan

Dato' Siti Nurhaliza menang Vokal Wanita Pilihan untuk kali ke berapa entah !

Ogy & Urban Method - Wajah Rahsia Hati

Diddy ft. Nikki - Hilang

Pemenang Anugerah Era 07

Kategori Artis Harapan Pilihan
Pemenang: Mila AF5

Kategori Vokal Wanita Pilihan
Pemenang: Datuk Siti Nurhaliza

Kategori Vokal Lelaki Pilihan
Pemenang: M.Nasir

Kategori Vokal Duo/Berkumpulan Pilihan
Pemenang: Jamal Abdillah/Mawi

Kategori Band Pilihan
Pemenang: Spider

Kategori Irama Global Pilihan
Pemenang: Nafas Cahaya – Misha Omar

Kategori Lagu Nasyid Pilihan
Pemenang: Al-Jannah – Mawi

Kategori Artis Inggeris Tempatan Pilihan
Pemenang: Point Blanc/Jaclyn Victor

Kategori Lagu Rock Pilihan
Pemenang: Mahakarya Cinta – Faizal OIAM

Kategori Lagu Pop Pilihan
Pemenang: Persis Mutiara – Mila AF5

Kategori Pilihan Kaki Wayang
Pemenang: Jangan Pandang Belakang – Metrowealth Movies Production

Kategori Video Muzik Pilihan
Pemenang: Langit Biru – Mawi

Anugerah Seni Era
Pemenang: Alleycats

Anugerah Carta Era
Pemenang: Kenangan Terindah (Samsons)

Anugerah Nada Dering Pilihan Hotlink
Pemenang: Farhana (Puteri Bumi Kenyalang) Jinbara

Sofa Hotlink
Pemenang : Mashita Sham

Saat ERA Hotlink
Pemenang : Nur Aniqah Abdul Qahhar

Bukan di sini saja ada gambar, di sini-sini juga ada. Klik blog Budiey, Badrul, Izham, MrManager, KlubbKidd, dan Faidhi yang turut berada di Genting Highlands.

Entri oleh sultanmuzaffar 04 September 2007 0 komen

Dua Yang Pertama di Malaysia : Astro AWANI & Astro OASIS


Image Hosted by ImageShack.us

Ikon Astro Awani

Pagi tadi, tepat jam 11 pagi, dua saluran yang pertama seumpamanya di Malaysia telah dilancarkan dengan rasminya. Astro Awani dan Astro Oasis. Satu tentang berita dan maklumat, satu lagi tentang minda dan sanubari. Mengambil sempena sambutan 50 tahun Kemerdekaan Negara, saluran Astro Awani akan mempersembahkan berita antarabangsa mengikut pakej tempatan dari perspektif Malaysia.

Ia akan menjadi CNN untuk Malaysia. Itu pandangan saya ya. Bukan mengayat ! Dengan itu, berita-berita antarabangsa akan menjadi lebih relevan kepada penonton Malaysia. Seperti contohnya berita Madonna mengambil anak angkat akan dikaitkan dengan cerita Umie Aida menjaga anak angkat. Kaitan itu penting agar berita menjadi lebih dekat dengan penonton.

Selain daripada berita antarabangsa, kami (eh, kami pulak ! hahaha) Astro Awani akan turut memberikan kupasan terperinci berkenaan isu-isu semasa yang membabitkan Malaysia melalui program terbitannya sendiri yang merangkumi gaya hidup, dokumentari, majalah, hiburan serta wawancara bersama sumber tempatan dan antarabangsa.

Image Hosted by ImageShack.us

Kejar berita...

Rangkaian ini beroperasi dari pusat berita, penerbitan dan penyiaran bersepadu di tengah Bandar Raya Kuala Lumpur dan berada di puncak bukit. (Sila rujuk gambar di entri sebelum ini.)

Sementara Astro Oasis pula merupakan saluran gaya hidup famili untuk memenuhi citarasa penonton dari pelbagai usia yang tampil untuk menyajikan pengisian untuk santapan minda dan sanubari masyarakat.

Image Hosted by ImageShack.us

Nadi Astro Oasis
Astro Oasis turut memilih Heliza dan Mawi sebagai ikon saluran tersebut bersesuaian dengan konsep programnya yang berteraskan program ilmiah, maklumat, drama, dokumentari dan juga hiburan.

Ia akan menjadi platform untuk masyarakat Melayu memperolehi input yang membawa kepada kebaikan dan kedamaian selain menjadi sumber informasi tentang kehidupan umat Islam di seluruh dunia.

Antara buletin yang akan dipersembahkan oleh Astro Awani kepada penonton ialah :
(dari Siaran Akhbar)

Image Hosted by ImageShack.us

OK ! OK ! Aku letak side ko jugak...
a) Awani Global:
Awani Global merupakan buletin jenama utama Astro Awani. Ia akan menjadi bulletin pertama disiarkan pada pukul 6.00 pagi dan akan dimuatkan dengan perkembangan terkini termasuk buletin terkini pada tengahari dan waktu perdana. Awani Global akan memberi kupasan terperinci bagi empat isu utama antarabangsa dari perspektif Malaysia.

b) Atma Asia:
Atma Asia akan memfokuskan kepada laporan dan peristiwa di rantau Asia terutamanya negara jiran, Asia Tenggara. Dimuatkan dengan berita dan perkembangan terkini Negara serantau merangkumi isu semasa, sukan, perniagaan, kemanusiaan dan hiburan.

c) Nadi Global:
Nadi Global akan menumpukan kepada tajuk utama harian dengan menampilkan pandangan dari penganalisis, pakar dan lain-lain.

d) Mozaik Dunia
Mozaik Dunia adalah berita berentak pantas dan disampaikan dengan penuh bertenaga. Menyentuh secara ringkas perkembangan terkini politik dunia, peperangan, pasaran saham, sukan serta hiburan.

e) Gala TV
Buletin hiburan bermaklumat ini memuatkan perkembangan terkini dunia hiburan tempatan, serantau dan antarabangsa. Gala TV akan keudara setiap hari dan bakal menjadi penanda aras corak laporan berita hiburan TV yang baru di Malaysia. (perghhh ! penanda aras tu !)

Di samping berita, Astro Awani juga akan menerbitkan program isu semasa seperti wawancara, rencana dan majalah. Program ini mengetengahkan isu global dengan ciri serta konteks tempatan. Penerbitan seumpama ini bertujuan memberi pendedahan kepada penonton Malaysia tentang cabaran global yang relevan dan mampu mempengaruhi serta memberi kesan kepada mereka.

Image Hosted by ImageShack.us

Puas hati ?

a) Sudut Pandang
Wawancara langsung dari studio yang akan mengupas tajuk berita utama pada waktu perdana. Program ini dikendalikan Kamarul Bahrin Haron.

b) Perspektif Kita
Wawancara mingguan mengenai isu semasa. Rancangan ini memberi peluang kepada penonton untuk turut serta dalam perbincangan atau debat bersama tetamu yang juga pakar dalam tajuk yang dibincangkan. Rancangan ini dikendalikan Suhaimi Sulaiman.

c) Temujanji
Merupakan rancangan wawancara mingguan menampilkan personaliti terkemuka tempatan atau antarabangsa. Penonton juga berpeluang menemu bual secara bersemuka personaliti di studio. Ia akan dihoskan oleh Amir Mahmood Razak.

d) WW
Rancangan temubual yang menyelami pelbagai tajuk serta isu menyentuh kepentingan dan aspirasi wanita ini disiarkan secara langsung pada waktu pagi. Dangsuria Zainurdin akan mengacarakan WW.

Astro Awani akan mula bersiaran secara langsung pada 6 September ini di Saluran 95. (ucapkan selamat tinggal kepada kehidupan lama korang !) Manakala Astro Oasis pula akan memulakan siarannya pada Hari Raya Pertama. (habislah korang tak balik kampung !)

Klik Laman Web Astro Awani untuk maklumat lebih lanjut.

Nota : Alhamdulillah. Hati mereka nampaknya telah mula lembut.

Entri oleh sultanmuzaffar 0 komen

Menuju Puncak!

Image Hosted by ImageShack.us

Jalan ke puncak memang berliku

Ahad lepas saya mengambil satu keputusan nekad. Tanpa menghiraukan beberapa amaran, saya meneruskan hasrat saya. Temu janji telah pun diatur. Tepat jam 8 pagi saya keluar. Sempat untuk bersarapan pagi sambil membaca akhbar mingguan untuk mendapatkan perkembangan terkini dunia hiburan tempatan dan antarabangsa. Mana tahu kalau-kalau ditanya.

Tepat jam 9.30 pagi, saya beredar. Saya melangkah yakin. Tidak ada apa yang perlu ditakutkan. Sekitar jam 9.45 pagi, saya sampai. Tidak sukar untuk mencari tempat tersebut. Tiba saja di perkarangan bangunan tersebut, beberapa muka-muka biasa yang pernah saya temui sebelum ini menyapa dengan satu soalan,

"Ko pun kat sini ke ?"

"Belum tahu lagi..." Saya jawab ringkas.

Pengawal di muka pintu pun menyapa saya,

"Aik, ko pun kat sini ke ?"

Saya masih belum boleh tersenyum kerana ada banyak kemungkinan yang akan berlaku.

Seorang yang asing datang menyapa saya. Diberikannya saya beberapa borang untuk diisi.

"Ahh ! Bosannya. Borang ni lagi... Dulu-dulu pun isi borang sama gak. Dah banyak kali isi borang ni."

Saya isi juga tanpa banyak soal. Sedang leka mengisi butiran-butiran yang biasa, telefon berbunyi.

"Babe ! Dah text your bosses?

"Belum lagi lah. I takut. Hahaha."

"You must !"

"OK. I will..."
.
.
.
.
.

Segala-galanya sudah pun berlalu. Berdepan dengan lima orang sekaligus merupakan pengalaman paling menyeronokkan. Selepas tamat temujanji tersebut saya sempat melihat operasi perjalanan tempat tersebut. Saya tidak boleh bercerita panjang mengenainya sehingga hari Selasa, jam 10 pagi.

Saya sudah membuat keputusan. Kini mereka harus membuat keputusan. Mereka perlu berbincang.

Jika harus saya melangkah pergi, apakah ada yang mengganti ? Itu masalah yang melanda mereka kini. Saya akui masalah itu besar.

Kalaupun saya perlu meninggalkan Akademi Fantasia, saya rela meninggalkannya kerana saya mahu Menuju Puncak !

Tuhan, tolong lembutkan hati-hati mereka untuk membenarkan saya pergi...