Undilah

SULTANMUZAFFAR (26 Februari 2002 - sekarang)

Seorang blogger, pelayar internet, penyelam scuba dan penagih tegar televisyen dan Wii. Melihat seluruh dunia di laman blog menerusi kamera DSLR dan kacamata tebalnya (kadang-kadang kanta lekap).

Mengkritik tidak bererti menentang, menyetujui tidak semestinya menyokong, menegur tidak bermakna membenci, dan berbeza pendapat adalah kawan berfikir yang baik.

Diari Akademi Fantasia 7 Ep.6 : Medley

Entri oleh sultanmuzaffar 16 March 2009 12 komen

Lagu Tugasan Minggu Kedua

Medley ? Satu kejutan di minggu kedua. Saya merasakan ianya terlalu awal tetapi ianya satu perubahan positif yang dilihat sebagai satu ujian besar kepada pelajar. Dalam tempoh yang singkat mereka perlu menggunakan ilmu yang diperolehi untuk mengaplikasikannya kepada kedua-dua buah lagu itu.

Dari aspek produksi konsert, penonton dapat melihat sejauh mana keupayaan pelajar atau pun kepelbagaian bakat yang dimiliki oleh setiap pelajar. Sekiranya ada di antara pelajar itu tersingkir, sekurang-kurangnya pelajar telah menyanyikan tiga jenis lagu.

Ini satu transformasi yang di luar dugaan. Saya anggap ianya satu kejutan. Bayangkan di konsert hujung minggu ini, momentum konsert akan turun naik dengan lagu-lagu yang dibawakan pelajar. Saya juga harus akui lagu-lagu yang dipilih merupakan lagu-lagu terkini yang agak popular dan masih segar di telinga penonton.

PELAJAR LELAKI

YAZID – Lelaki ini (Anuar Zain) + Fikirlah (Aizat)
ARIL – Benar-Benar (Adam) + Robot (Adam)
QHAUD – Bila Nak Saksi (Spider) + Lagu Untukmu (Meet Uncle Hussein)
SIDI – Selamat Ulang Tahun Sayang (Imran Ajmain) + Kukoo (Ferhad)
OBRI – Akan Tiba (Aliff) + Ada Untukmu (Nubhan)
Hafiz – Cinta Ini Membunuhku (D-Masiv) + Toyol (Aznil)
AKIM – Satu (Dewa 19) + Buronan Cinta (The Lima)

PELAJAR WANITA

RUBISA – Dingin (Ziana Zain) + Gagap (Stacy)
CLAUDIA – Kumahu (Siti Nurhaliza) + Wanita (Siti Nurhaliza)
ADILA – Merawat Luka Terpendam (Liza Hanim) + Asyik (Amelina)
AISHAH – Coba (Faizal Tahir) + Gila (Mila)
ZIZI – Sembilu (Ella) + Wonder Women (Mulan Jameela)
RINI – Aku Sindarela (Amylea) + Kiblatku (Hazami)
ISMA – Jat Da Da Da (Dia Fadilla) + Hello (Farah Asyikin)

Di musim ini diperkenalkan hadiah setiap minggu untuk pelajar terbaik. Saya berharap ia diteruskan sehingga minggu terakhir. Pada musim-musim terdahulu pernah dilakukan tetapi hanya pada minggu-minggu tertentu. Saya menganggap hadiah cabaran ini satu pencetus semangat untuk memberikan persembahan yang terbaik. Minggu pertama hadiah dimenangi oleh Hafiz dan dia diminta untuk memilih seorang pelajar untuk keluar dari Akademi bersamanya.

Saya harus puji pilihan Hafiz kerana memilih Sidi. Dia sedar Sidi terlalu rindukan isterinya dan tidak memberikan persembahan yang baik pada minggu pertama. Untuk menaikkan semula semangat Sidi, Hafiz memilihnya. Satu pilihan yang tepat dan bersifat setiakawan yang utuh. Undian Hafiz pasti semakin naik selepas pilihan tersebut.

Saya pastinya tidak sabar untuk menonton konsert minggu kedua ini.

Apakah Makna Transformasi Minggu Pertama ?

Entri oleh sultanmuzaffar 15 March 2009 8 komen

kredit foto : cheddyusoff

Apa makna transformasi pada anda ? Ramai yang bertanya pada saya soalan itu. Tidak kurang juga yang cuba menyuapkan jawapan-jawapan mereka kepada saya dalam usaha meraih sokongan. Namun saya punya pandangan saya sendiri.

Transformasi pada saya ialah usaha membentuk pelajar menjadi serba-boleh iaitu berkebolehan menyanyi, berupaya memberikan persembahan yang menghiburkan dan dapat menguasai pentas dengan cemerlang. Walaupun ada di antara pelajar itu tidak dapat menguasai salah satu daripadanya, saya masih mengganggapnya yang mereka berada di landasan yang betul kerana perubahan itu boleh dibentuk. Lagipun ini baru minggu pertama dan setiap pelajar perlu tahu kekurangan dan kelebihan masing-masing bagi meneruskan usaha mereka untuk berubah.

Saya sudah nampak beberapa orang pelajar yang sudah berada di landasan yang betul. Seperti contohnya Hafiz, Aril, Aishah, Rubisa, Qhaud, Claudia, Akim dan Zizi. Pelajar lain masih memberikan persembahan yang sama sahaja dengan persembahan pelajar musim-musim lepas yang lebih menitik-beratkan nyanyian sahaja. Namun itu tidak bermakna mereka tidak boleh ditransformasikan. Mereka boleh, asalkan mereka mahu.

Saya harus akui saya masih berkeras mahu melihat transformasi untuk menaiktarafkan Akademi Fantasia menjadi sebuah sekolah seni persembahan. Saya tidak peduli mereka yang hanya mahu melihat drama Akademi Fantasia seperti yang pernah kita tonton dalam musim-musim lepas. Saya mahu melihat pembaharuan. Memang tidak nampak di minggu pertama tetapi saya optimis akan melihatnya di minggu-minggu yang akan datang.

Kelebihan Hafiz apabila beliau mempunyai vokal yang baik dan itulah salah satu sebab mengapa beliau berada di tangga teratas pilihan transformasi saya. Penonton sanggup menonton dan mendengarnya menyanyi tetapi beliau masih belum diuji dengan lagu yang menguji sejauh mana kehebatannya menguasai pentas. Tumpuan utama Hafiz untuk minggu hadapan ialah mengukuhkan ilmu tarian dan teknik menguasai pentas dengan cemerlang untuk melengkapkan dirinya sebagai seorang penghibur yang lengkap.

Berbeza dengan Aril yang dapat menguasai pentas dengan baik selain saya dapat melihat keyakinannya di atas pentas namun persembahan vokalnya masih biasa dan banyak kekurangan yang perlu dibaiki. Aril telah memberikan sebuah persembahan yang menghiburkan tetapi dia perlu memberikan tumpuan yang lebih pada vokalnya di minggu-minggu akan datang.

Aishah sudah memiliki kedua-duanya. Saya berpuas hati dengan persembahannya tetapi jika standard yang diletakkan untuk Akademi Fantasia 7 menjadi ukuran, persembahan Aishah masih sesuatu yang biasa dan bukan luar biasa. Aishah harus memberikan tumpuannya pada aspek menjadikan persembahan vokal dan teknik menguasai pentasnya menjadi luar biasa.

Begitu juga dengan Rubisa dan Qhaud. Mereka berada di landasan yang betul cuma perlu diberikan penekanan pada aspek vokal. Bagaimana mereka memberikan persembahan dari aspek kosmetik sudah cukup baik cuma perlu memberikan tumpuan bagaimana untuk membaiki teknik nyanyian dan vokal mereka sahaja.

Masalah Claudia saya nampak saya seperti masalah Hafiz. Vokal Claudia agak baik tetapi belum cukup luar biasa menjadikan persembahannya biasa sahaja. Di tambah lagi dengan teknik menguasai pentasnya yang agak lemah membuatkan saya tidak begitu memberikan tumpuan. Saya tidak dihiburkan dengan elemen lain dalam persembahannya. Claudia mempunyai vokal yang baik tetapi masih kurang daya untuk mengekang mata penonton melihatnya di atas pentas.

Akim dan Zizi saya letak di pertengahan. Kedua-duanya mempunyai kelainan vokal yang masih banyak kelemahan yang perlu dibaiki. Di situ letaknya kelas vokal untuk melatih pelajar mengaplikasikan apa yang dipelajari untuk menjadikan yang biasa itu satu luar biasa. Bezanya Zizi lebih berani di atas pentas berbanding Akim. Jika mereka dilatih, saya pasti Akim akan memiliki kedua-duanya sekali sekaligus menjadikannya lebih lengkap. Sayang sekali kerana Akim mempunyai tone vokal yang lebih sedap berbanding bekas pelajar Akademi Fantasia musim lalu. Jika kena gaya dan lagu yang bersesuaian dengan vokalnya, di tambah dengan elemen lain dalam seni persembahan pasti persembahan Akim lebih menjadi. Sementara Zizi, walaupun ada yang kata persembahannya lebih baik dari penyanyi Elyana, namun saya tidak terpaku di depan TV menonton persembahannya tadi.

Yazid dikatakan memiliki vokal yang baik. Saya harus akui perkara tersebut. Memang bukan mudah untuk membawakan lagu Jamal Abdillah. Kurangnya X-factor menyebabkan saya tidak begitu memberikan perhatian kepada persembahannya. Di tambah dengan tiadanya elemen luar biasa seni persembahan, maka nyanyiannya nampak kosong. Tumpuan utama yang harus diberikan penekanan oleh Yazid untuk minggu hadapan ialah memperbaiki teknik nyanyiannya selain mencari elemen-elemen luar biasa dalam seni persembahan untuk menjadikan persembahannya diingati.

Masalah yang sama dimiliki oleh Isma dan Adila. Saya boleh meletakkan Adila sebagai penyanyi yang kurang bernasib baik iaitu yang memiliki pakej rupa tetapi tiada tarikan. Tumpuan utama yang perlu diberikan perhatian oleh Adila pada minggu hadapan ialah mengangkat lagi ilmu-ilmu vokal yang dipelajarinya dan berusaha mencari elemen seni persembahan yang tidak beliau miliki. Keyakinannya di atas pentas sudah ada dan nampak keselesaannya di atas pentas tetapi idea untuk menjadikan persembahannya nampak hebat masih kurang. Kedua-dua pelajar itu perlu berusaha keras untuk merubah diri masing-masing.

Obri, Rini dan Sidi merupakan pelajar yang silap memilih lagu. Mereka terlalu hentam keromo. Saya tidak menyalahkan mereka kerana dalam tempoh yang singkat sewaktu mengisi boring tentunya tidak banyak kamus lagu yang tersimpan di dalam minda mereka. Minggu-minggu akan datang, mereka harus menebus kesilapan mereka pada minggu ini. Lagu Jeritan Batinku terlalu besar untuk Obri dan lebih-lebih lagi diberikan sentuhan jazz oleh Acis. Pada minggu pertama vokal Obri masih terlalu mentah untuk mengaplikasikan apa yang telah diajar pada minggu tersebut. Lebih malang sekali apabila elemen seni persembahannya tidak memberikan apa-apa makna lagi. Bezanya dengan Rini ialah beliau berani menggunakan vokal serak-serak basahnya dalam nyanyiannya tetapi tekniknya masih lemah. Ketiga-tiga mereka masih lemah dari aspek teknik vokal dan lebih memburukkan keadaan apabila elemen seni persembahannya yang lain tidak dapat menutup kelemahan tersebut.

Jadi apa makna transformasi pada anda ? Mungkin ada di antara penonton yang meletakkan nilai transformasi itu terlalu tinggi tetapi saya melihat ia baru bermula pada minggu ini. Minggu ini saya melihat setiap pelajar seperti sehelai kain putih dan akan dicorakkan sedikit demi sedikit mengikut kemampuan mereka untuk membiarkan diri mereka dieksploitasi oleh ilmu. Jika mereka sanggup membenarkan diri mereka dicorakkan dengan warna-warna indah, mereka akan dapat melihat hasilnya sendiri. Dan jika hanya membenarkan diri mereka dilorekkan dengan calitan-calitan warna, mereka akan dapat juga melihat hasilnya sendiri, cuma impaknya lebih kecil berbanding mereka yang membenarkan diri mereka dicorakkan dengan berus-berus lukisan yang lebih bermakna.

Anda boleh terus memberikan makna transformasi pelajar versi anda kerana ini makna transformasi pada saya. Apa yang saya nampak minggu ini barulah permulaannya namun saya optimis perubahan pasti berlaku. Saya amat yakin dengan barisan tenaga pengajar dan amat yakin pihak produksi matang dalam mengendalikannya untuk menjadikan program realiti ini terus popular di hati penonton.

Melihat pada aspek produksi saya sukakan set pentas yang agak minimalist. Menurut produksi set pentas juga akan melalui proses transformasi seperti pelajar. Set tersebut akan ditambah sedikit demi sedikit membawa ke Konsert Akhir musim ini. Apakah tatacahaya juga akan ditambah sedikit demi sedikit ? Mungkin juga itu makna transformasi pada produksi dan saya harus akui saya menyukainya kerana makna tersebut sama dengan makna transformasi pelajar yang telah saya letakkan.

Satu pujian buat hos program realiti tersebut iaitu AC Mizal yang mana persembahannya lebih cemerlang pada musim ini. Salah satu sebabnya adalah kerana beberapa elemen musim lepas dibuang seperti perbualan dengan pelajar sebelum dan selepas persembahan. Apabila elemen itu dibuang pada musim ini sekaligus mengurangkan kelemahan AC Mizal mengendalikan program itu sebelum ini. Walaupun ia lebih kepada peniruan daripada program realiti American Idol, namun ianya satu kelainan yang positif.

Namun demikian kelainan yang sepatutnya tidak dilakukan ialah ketiadaan tarian Menuju Puncak. Sebagai peminat Akademi Fantasia saya mempertikaikan ke mana perginya segmen kemuncak yang berlangsung setiap musim. Itulah satu-satunya momen untuk meraikan 14 pelajar Akademi Fantasia musim itu. Saya masih ingat bagaimana pentingnya segmen tersebut kepada jurugambar rasmi AF musim-musim terdahulu. Itulah momen untuk merakamkan foto 14 pelajar buat kali terakhir. Mujur tiada penyingkiran.

Sebab mengapa tiada segmen Menuju Puncak itu masih samar kerana terlalu banyak cerita yang bukan-bukan saya dengar dalam usaha menokok-tambah kebencian penonton terhadap pengemudi program tersebut. Namun biarlah mereka terus berkata-kata demi meraih sokongan kerana saya tahu cerita yang sebenarnya. Bukan cara saya untuk terus menjadi popular dengan meraih sokongan untuk menyebarkan perkara yang bukan-bukan.

Pada musim Akademi Fantasia berlangsung, saya lebih suka untuk tidak bercakap dengan orang yang bukan-bukan kerana mereka ada agenda mereka yang tersendiri untuk meraih sokongan. Saya hanya perlu bercakap dengan orang yang saya percayai untuk mendapatkan maklumat dan cerita di sebalik tabir. Kadang-kadang, kata-kata orang yang berada di sebalik tabir pun harus kita tapis dengan minda yang matang.

Pilihan Transformasi sultanmuzaffar
HAFIZ - Lagu Kita (Aizat)
ARIL - Rahasia Perempuan (Ari Lasso)
AISHAH - Dan Sebenarnya (Yuna)
RUBISA - Matahariku (Agnes Monica)
QHAUD - Phoenix Bangkit (M.Nasir)
CLAUDIA - Sempurna (Andra & The Backbone)
AKIM - Hatiku Kau Luka (Alleycats)
ZIZI - Molek (Elyana)
YAZID - Penghujung Rindu (Jamal Abdillah)
ISMA - Sepi (Yuni Shara)
ADILA - Di Bawah Pohon Asmara (Jaclyn Victor)
OBRI - Jeritan Batinku (P.Ramlee)
RINI - Elegi Sepi (Azharina)
SIDI - Terima Kasih Cinta (Afgan)

Pilihan Awal sultanmuzaffar di Stadium
HAFIZ - Lagu Kita (Aizat)
ARIL - Rahasia Perempuan (Ari Lasso)
RUBISA - Matahariku (Agnes Monica)
AISHAH - Dan Sebenarnya (Yuna)
QHAUD - Phoenix Bangkit (M.Nasir)
CLAUDIA - Sempurna (Andra & The Backbone)
AKIM - Hatiku Kau Luka (Alleycats)
OBRI - Jeritan Batinku (P.Ramlee)
ADILA - Di Bawah Pohon Asmara (Jaclyn Victor)
YAZID - Penghujung Rindu (Jamal Abdillah)
ZIZI - Molek (Elyana)
ISMA - Sepi (Yuni Shara)
RINI - Elegi Sepi (Azharina)
SIDI - Terima Kasih Cinta (Afgan)

Nota : Saya masih belum membuat keputusan sama ada mahu meneruskan live-blog Konsert untuk minggu hadapan. Namun saya agak terkejut dengan sambutan yang diberikan untuk live-blog tersebut. Live-blog itu ditonton oleh 187 tetamu dan 119 tetamu menontonnya lebih daripada 30 minit. Sehingga kini, 114 tetamu telah menonton ulang-tayangnya.

Ulasan Lain :-
Murai
MrManager
KlubbKidd
BadrulAfterSix

Live-Blog Konsert Minggu 1 Akademi Fantasia 7

Entri oleh sultanmuzaffar 14 March 2009 1 komen

































Badrulaftersix menulis di Murai
MrManager
Klubbkidd

Oleh Abie Abdullah

Rap
ASSALAMUALAIKUM! Ramai di kalangan kita yang suka sangat berprasangka buruk, mudah menjatuhkan hukum dan skeptikal tak tentu pasal. Biarpun angin sekadar bertiup sepoi, lagak mereka bagaikan tukang ramal, menjangkakan ribut taufan pasti membadai.

Pembuka bicara Zon Abie ini saya cuba sesuaikan dengan pemilihan Datin Seri Tiara Jacquelina sebagai Pengetua AF7 yang baru diumumkan Isnin lalu. Banyak kontradiksi timbul apabila ramalan tukang tilik tadi tidak mengena langsung, walau senipis kulit bawang.

Pelbagai pandangan timbul, kebetulan yang terpandang oleh saya banyak negatif. Baik di saluran @15 mahupun Internet yang menjadi tempat manusia melepas ketidakpuasan hati masing-masing dan tidak kurang juga cakap-cakap di kopitiam.

Dalam erti kata lain, mereka tak setuju dengan pelantikan itu. Mungkin mereka fikir, mereka lebih layak menentukan siapa yang layak duduk di kerusi Pengetua AF7. Perlu diingat juga yang Malaysia negara demokrasi, sesiapa saja boleh bersuara asalkan tidak tergolong dalam puak pelampau.

Belum sehari pengumuman pemilihan tonggak Puteri Gunung Ledang dilakukan Astro, sudah ramai menyatakan pandangan. Bagaikan ternanti-nanti untuk memberi komen dan saya percaya, kalau bukan nama Tiara yang naik sekalipun, komen tetap komen sebab ramai bijak pandai di luar sana.

Sebaik saja nama itu yang bakal mengetuai AF7, ramai yang meroyan kerana mereka tidak melihat perspektif positif. Sebenarnya yang meroyan dan meraban ini menggambarkan AF sememangnya mempunyai peminat dan pemerhati besar.

Bagaimanapun, komen itu seolah-olah tidak memberi ruang kepada Tiara untuk membuktikan kebolehannya. Belum sehari pun, mereka sudah mencemuh. Paling ramai mempertikaikan bakat nyanyian dan muzik Tiara yang kononnya tidak setara dengan beberapa calon Pengetua AF7 yang disebut-sebut sebelum ini.

Sesetengah mereka ada juga bertanyakan saya, siapa yang saya suka berada di kerusi itu? Jawapan saya - saya tidak ambil pusing pun hal itu kerana saya percaya Astro akan pilih yang terbaik untuk program terbitannya, itu yang pertama dan kedua 'mencungkil' bakat seni orang kita.

Selaku orang bercakap melalui tulisan ini, senang saja saya katakan. Kalau Aktres Terbaik Festival Filem Asia Pasifik ke-50 itu gagal melakukan tugasnya dengan baik, pasti ada kritikan panas dan andainya penyanyi Asmaradana itu berjaya melakukan transformasi, dia layak diberi pujian.

Seperti dimaklumkan di atas, selaku penerbit yang sudah enam tahun melangsungkan kepelbagaian gimik dan kejutan untuk penonton AF, Astro perlu lebih kreatif untuk mencari kelainan. Pun begitu, kelainan pastilah dibuat selaras dengan keperluan program itu sendiri.

Saya percaya, Astro takkan mahu 'membunuh AF7' melalui kelainan yang mereka cari. Jadi, sudah tentu pemilihan Tiara selain daripada kelainan untuk musim ini, Astro mempunyai percaturan sendiri untuk melihat AF7 semakin menarik daripada yang terdahulu. Insya-Allah!

Astro juga seperti penyiar lain yang mahu melahirkan bintang baru dari stesen masing-masing. Jenama itu perlu ada kerana era kini era mencari bakat, walaupun kita tahu bakat itu sendiri belum tahu ke mana destinasi masing-masing selepas tamat bergelar peserta realiti TV.

Berilah peluang kepada Tiara untuk bernafas. Yang penting, jangan musnahkan larva dalam kepompong yang sedang bergayut di ranting sebelum ia bertukar menjadi rama-rama cantik bakal terbang di halaman kita.

Saya percaya orang akan mengecop saya sebagai pro-Tiara. Terpulang, kerana saya tahu meletakkan posisi diri sebagai penulis.

Saya menyokong pelantikan Tiara selaku Pengetua AF7 biarpun ramai mempertikaikan dan cuba mengelirukan khalayak masyarakat akan kredibilitinya hanya kerana dia tidak mempunyai latar masa yang panjang sebagai penyanyi atau tidak memiliki vokal sehebat Datuk Siti Nurhaliza.

Tidak perlu saya melihat zaman KitKat Clubnya dulu, cukup dengan kesungguhannya membina filem Puteri Gunung Ledang sehingga naskhah itu semakin dihargai di Panggung Sari, Istana Budaya buat tiga musim serta P Ramlee The Musical selama dua musim.

Barangkali ada yang tidak setuju, pementasan ini menjadi ukuran, tetapi saya percaya kesungguhan Tiara dalam membuat apa saja, pasti ada tanda aras baru yang tercipta.

Bukan saja yang kita lihat di atas pentas, malah saya melihat daripada aspek pemasaran, publisiti dan belakang tabir. Tiara ada kesungguhan dan kreativiti itu yang menghalanya kepada kualiti.

Tidak perlu untuknya mempunyai trofi Anugerah Industri Muzik hanya untuk menjadi pengetua di akademi muzik kerana tidak semua komposer boleh menyanyi dengan baik, tidak semua pengkritik lagu tahu pasal muzik dan tidak semestinya pengulas filem mampu buat filem.

Bak kata Pengurus Kanan Astro Ria, Khairul Mizan Shagul: "Kalau ada yang tanya mengapa Tiara kerana dia bukan penyanyi, saya rasa dia juga ada banyak kelebihan."

Bagi saya, lebih penting adalah pengurusan pembentukan pelajar AF7 nanti sebagai artis yang benar-benar layak dipanggil artis dan berhala tuju.

Bukan bermakna lepasan AF sekarang tiada yang berjaya, cuma pandang sendiri berapa kerat yang menjadi penyanyi? Kalau nasib baik pun menjadi pelakon untuk teruskan survival sebagai artis dan selebihnya terpaksa akur dengan hakikat semasa yang memaksa mereka balik kampung.

Tujuh syarat diletakkan Tiara untuk menjadikan transformasi sebuah peralihan yang jitu. Bagaimanapun, kita merancang, Tuhan yang lebih tahu mana yang terbaik untuk kita.

Diari Akademi Fantasia 7 : Ep.5

Entri oleh sultanmuzaffar 13 March 2009 1 komen



Saya sedang menguji aplikasi ini untuk Konsert Akademi Fantasia 7 Minggu 1.

Kesilapan PALING BESAR : Claudia, Tunjukkan Gambar ?

Entri oleh sultanmuzaffar 12 March 2009 14 komen

Saya harus akui Diari mala mini merupakan Diari yang agak menyeronokkan. Pertama sekali apabila penonton dapat melihat koreografi lagu Menuju Puncak. Agak menarik koreografi musim ini. Memang nampak ada perbezaan pada koreografi yang dicipta oleh Cikgu Aris. Dalam episod Diari malam ini koreografi lagu itu agak panjang berbanding episod sebelumnya.

Paling menarik apabila Cikgu Aris tidak rasa jemu untuk terus memberikan tunjukajarnya pada seorang peserta perempuan bernama Zizi. Sampai meleleh lah juga air mata Zizi yang cuba mendapatkan rentak tarian lagu itu. Agak susah lebih-lebih lagi bila gerak bukan pada lirik lagu tetapi pada in between beat.

Selain tarian Menuju Puncak, agak menarik untuk menonton sesi peserta di confession room. Ada suara yang menemani peserta yang mahu mengadu sesuatu di bilik tersebut. Idea mewujudkan confession room memang baik. Emosi pelajar boleh dimanipulasi dan dieksploitasi sepenuhnya dengan elemen tersebut.

Saya memang suka bila pelajar diberikan kesempatan untuk bercakap dengan kamera seperti program realiti yang lain contohnya Survivor. Pertelagahan banyaknya bermula dari situ. Pertembungan emosi boleh terjadi di dalam bilik tersebut.

Idea memang boleh datang mencurah-curah tetapi executionnya bagaimana ? Perlu kena dengan keadaan. Tone suara tidak begitu meyakinkan saya dan tidak membuatkan saya mempercayai apa yang cuba diselongkar.

Satu kesilapan PALING BESAR apabila pemilik suara meminta Claudia menunjukkan gambar anaknya ke kamera. Kameranya di mana ? Selalunya sekiranya pelajar mahu menunjukkan sesuatu mereka akan menayangkannya pada external kamera yang ada di dalam Akademi. Kalau musim lepas nama kamera itu Kutip dan Pungut.

Persoalannya sekarang, Claudia perlu menunjukkan gambar anaknya di kamera mana ? Mana dia nampak kamera dari kedudukannya ??? Seingat saya tiada external kamera di dalam confession room. Oleh itu, Claudia diminta untuk menunjukkan gambarnya di kamera di sebalik cermin. Claudia nampakkah kamera itu di sebalik cermin. Saya yakin yang Claudia tidak nampak kamera itu. Sebagai peserta yang berada di dalam Akademi, mereka sepatutnya TIDAK TAHU yang wujud kamera di sebalik cermin tersebut. Lebih-lebih lagi wujudnya kamera di confession room.

Siapakah yang telah membongkar rahsia yang wujudnya kamera di belakang cermin, kalau bukan pemilik suara di confession room. Kita sendiri yang memecahkan rahsia besar kita sendiri. Besar implikasinya kepada produksi. Sekiranya Claudia bijak, dia akan memberitahu kepada peserta lain yang sebenarnya wujud kamera di sebalik cermin itu di confession room. Harap-harapnya Claudia tidak menyebarkan cerita itu kepada peserta lain.

Sekiranya tidak, kesilapan tersebut akan menyebabkan peserta akan lebih berhati-hati di bilik tersebut. Mereka sedar yang perbuatan mereka turut dirakamkan di dalam bilik itu selain aduan mereka. Sayang sekali kesilapan yang dianggap kecil boleh merosakkan program tersebut.

Kesilapannya sama BESAR jika pengkritik menyebut “Saya melihat dalam Diari awak menangis hari tu….bla bla bla…” Pengkritik amat dilarang untuk memberikan bayangan apa yang mereka tonton dalam Diari sekaligus membuatkan peserta membataskan pergerakan mereka dan tidak menjadi diri mereka sendiri dalam program tersebut.

Saya semakin seronok melihat sebuah produksi program yang sering menjadi minat saya menghasilkan kerja mereka. Saya mahu melihat transformasi yang ingin mereka lakukan tanpa mengira mereka pasukan produksi atau pun barisan tenaga pengajar.

Saya akan terus menjadi diri saya.














Soalan Terbuka Ajami Hashim

Entri oleh sultanmuzaffar 11 March 2009 9 komen

Sepuluh soalan di bawah ditanya oleh seorang blogger bernama Ajami. Saya dengan rasa senang ingin menjawab soalan-soalan tersebut.

TIARA THE PRINCIPAL ~ 10 poin/soalan terbuka Ajami Hashim

1. adakah Tiara akan 'mengajar' dlm ertikata yg sebenar atau dia akan semakin mempopularkan dirinya sendiri?

Apa guna populariti kalau hasilnya tiada ! Populariti akan hadir apabila hasilnya cemerlang dan memuaskan hati semua orang. Harapan saya cuma satu iaitu Tiara mencurahkan pengalamannya selama berbelas tahun dalam bidang seni kepada 14 orang peserta Akademi Fantasia.

2. apakah akan timbul perebutan limelite di antara 2 org DIVA iaitu Tiara vs. Ida Nerina?

Kedua-duanya kawan saya. Saya melihat barisan tenaga pengajar harus mengejar matlamat yang satu seperti yang telah digariskan dalam Tujuh Syarat Transformasi AF7. Saya tidak nampak mengapa perlu wujudnya perebutan limelight di antara dua orang pelakon hebat negara iaitu Tiara dan Ida Nerina.

3. Tiara bukan komposer/pemuzik profesional.. tapi yes beliau seorg performer yg profesional, maka ke manakah hala tuju AF7?.. ke pentas dewan Istana Budaya?

Akademi Fantasia perlu meningkat satu tahap lagi iaitu mencipta artis serba-boleh. Berapa banyak bekas pelajar Akademi Fantasia yang berjaya sebagai penyanyi. Boleh dikira dengan jari ! Selebihnya berjaya sebagai penyampai radio, pelakon, hos rancangan dan sebagainya. Matlamat yang dirancang bukan sekadar untuk pentas berprestij seperti Istana Budaya, bahkan melangkau lebih daripada itu.

4. apakah jawapan Tiara kalau ada pelajar AF7 yg bertanya kpdnya: "Madam, adakah lagu ini sesuai dgn tone suara saya?"

Memberikan pendapatnya adalah jawapan terbaik tetapi pelajar yang bertanya perlu juga mendapatkan pandangan dari Pengarah Muzik dan guru-guru yang lain.

5. wardrobe/costume department sure akan 'masakkk' kalau Tiara mahukan semua pelajarnya kelihatan cantik/hensem setiap kali konsert! unless Tiara berkompromi!

Yang pasti idea menggayakan peserta Akademi Fantasia datang dari stylist yang telah dilantik dan bukannya wardrobe/costume department. Menjadi tugas stylist mendapatkan apa yang diinginkan oleh Tiara dan stylist tersebut perlu bekerja keras dan mampu untuk melakukan kerja lebih waktu untuk memastikan pakaian peserta adalah yang terbaik untuk produksi televisyen. Harus diingat, setiap minggu peserta akan mendapat lagu yang berbeza berbanding sebuah produksi teater yang mana busana tidak berubah untuk satu pementasan.

6. adakah Tiara akan byk kerenah keperluannya yg bukan2 di lokasi AF7 yg setahu saya memang hectic ya amat setiap saat on-camera?

Saya pernah bekerja dengan Tiara dan sedar dia seorang yang amat detail. Namun Tiara harus juga memahami keperluan sesebuah produksi yang juga memiliki kekangan. Kalau boleh janganlah minta yang bukan-bukan dan perlu ada perbincangan antara dua pihak agar tidak berlaku salah faham atau bercakap belakang.

7. mampukah Tiara menghadapi kritikan apa saja dr semua angle & sumber media: tv, akhbar, majalah, radio, internet, @15 etc..

Akademi Fantasia milik masyarakat berbeza dengan teater muzikal PGL yang hanya ditonton oleh sekelompok penonton. Setiap aspek Akademi Fantasia akan dinilai oleh penonton dan setiap kekurangan AF akan dikritik segala sudut. Kritikan akan datang dari penonton, akhbar, majalah, radio, internet, forum, blog, chat@15 dan segala macam jenis. Ia merupakan kekuatan utama yang perlu dihadapi untuk berhadapan dengan segala jenis kritikan. Jika selama ini Tiara hanya dengan yang manis-manis sahaja, kali ini dalam AF pastinya berbeza.

8. berapakah sebenarnya budget utk perkhidmatan dr Tiara sbg Pengetua AF7 oleh penerbit AF7?

Soalan ini kena tanya Penerbit AF7.

9. mampukah semua pelajar AF7 mencapai tahap skala persembahan yg dikehendaki oleh Tiara?

Masih terlalu awal untuk diperkatakan tentang skala persembahan peserta kerana saya masih belum menonton hasilnya. Sekiranya semua peserta faham akan matlamat yang telah digariskan, saya tidak nampak kenapa ia tidak boleh dilaksanakan.

10. adakah sultanmuzaffar iaitu salah seorg diehardfan Tiara akan mengkritiknya bila perlu dikritik? larrikkk!

Saya akan cuba untuk memberikan komen seadil mungkin dan jika ada peluang tidak menerusi tulisan tetapi melalui perbualan. Saya menantikan hasil sulungnya di Konsert Minggu 1 Akademi Fantasia 7 yang akan berlangsung Sabtu ini di Stadium Seri Putra, Bukit Jalil.

Diari Akademi Fantasia Ep. 2 : Hatiku Kau Luka

Entri oleh sultanmuzaffar 10 March 2009 3 komen















Tidak banyak yang dapat saya perkatakan mengenai Diari malam ini kerana saya agak sibuk merancang wawancara bersama Pengetua Akademi Fantasia di Gala TV yang akan diadakan dalam minggu ini selain menyiapkan sedikit penyelidikan mengenai MINI Cooper.

Pelajar telah pun didedahkan dengan Tujuh Syarat Transformasi AF begitu juga dengan pihak media yang hadir di Majlis Pengumuman Pengetua AF7 malam semalam. Saya merasakan penonton perlu juga didedahkan dengan misi barisan tenaga pengajar musim ini.


Jika dalam Puteri Gunung Ledang The Musical dititahkan tujuh syarat kepada Sultan Melaka untuk ditunaikan, dalam Akademi Fantasia musim ketujuh Tiara Jacquelina menyenaraikan Tujuh Syarat yang perlu dicapai oleh setiap peserta Akademi Fantasia.

Saya akui impiannya amat besar kepada Akademi Fantasia. Terdetik juga di hati apakah syarat tersebut dapat ditunaikan oleh empat belas peserta Akademi Fantasia. Paling penting apakah produksi dapat menyediakan infrastruktur dalam menjadikan impiannya itu satu kenyataan.

Tiara menegaskan bajet bukan halangan untuk menggapai impian kerana bajet untuk PGLM tidaklah besar mana jika dibandingkan dengan produksi antarabangsa. Namun semuanya berjaya dicapai oleh pasukan produksi teater tersebut.

Tidak guna terus membebel tentang kredibiliti kerana tanpa hasil tidak datang kredibiliti itu. Hasil perlu ditunjukkan dan barulah datang kredibiliti. Seperti biasa, tidak semua yang kita lakukan akan disukai oleh semua orang.

Saya tidak melihat Tiara sebagai Pengetua dalam Akademi Fantasia perlu bekerja seorang diri untuk mencapai apa yang telah digariskan, sebaliknya seluruh pasukan produksi baik dari barisan tenaga pengajar mahu pun tenaga produksi yang telah dibayar harus berkerjasama menjadikan ianya satu realiti. Mereka harus bekerja dalam satu pasukan dengan matlamat yang sama.

Antara Tujuh Syarat yang telah disenaraikan ialah :

1. Berkemampuan Untuk Menyanyi Dengan Baik

- Syarat ini menjadi asas utama dalam musim ini seperti musim-musim terdahulu. Tugas kami (baca dengan teliti perkataan kami) adalah untuk mempersiapkan setiap pelajar dengan teknik dan turut mendedahkan pelajar dengan pelbagai genre muzik selain menggalakkan pelajar untuk mencari dan membina keunikan dalam diri masing-masing.

Pandangan SM : Saya harus akui nyanyian merupakan elemen utama dalam program Akademi Fantasia. Jika pada musim-musim lalu Pengetua memiliki kata putus akan lagu yang dibawakan oleh peserta, apakah musim ini Tiara memiliki kata putus tersebut ? Pengarah Muzik iaitu Acis harus banyak membantu Pengetua dalam melaksanakan tugas ini kerana pada pandangan saya pengetahuan Acis dalam bidang muzik lebih luas.

2. Penghibur Serba-Boleh
Justify Full
- Pelajar kami akan dilatih tidak hanya sebagai penyanyi tetapi juga sebagai penghibur serba boleh yang boleh berlakon dan menari dengan baik.

Pandangan SM : Ini merupakan kekuatan utama Tiara dan beliau bijak untuk mempelbagaikan selain menyelongkar bakat terpendam yang ada dalam setiap peserta. Tiara boleh dibantu oleh Ida Nerina, A.Aris Kadir dan juga Fatimah Abu Bakar yang memiliki pengalaman yang tidak kurang hebatnya. Ketiga-tiga elemen ini jika digabungkan dalam Akademi Fantasia ia pasti mewujudkan satu kelainan dalam AF musim ini.

3. Keyakinan

- Para pelajar akan dilatih untuk meletakkan sasaran yang tinggi dan berusaha mencapai kecemerlangan dalam apa saja aktiviti yang mereka lakukan. Mereka juga harus melihat jauh ke hadapan untuk masa depan industry seni tempatan.

- Selain itu mereka juga akan disiapkan untuk menjadi peneraju dalam industri yang mempunyai kualiti untuk berjaya bukan sahaja dalam industri tempatan bahkan di peringkat antarabangsa.

- Ini termasuklah dalam pengucapan umum dan berkemampuan untuk berkomunikasi dengan baik kepada peminat, pihak media atau pun di majlis-majlis rasmi tanpa rasa kekok.

- Pelajar juga dikehendaki belajar menggunakan Bahasa Inggeris dan digalakkan untuk berbahasa Inggeris sebagai langkah untuk menyiapkan mereka di persada antarabangsa.

Pandangan SM : Seharusnya keinginan itu datang dari peserta sendiri kerana kemahuan itu harus timbul dari dalam diri setiap peserta. Mereka harus menjadikannya sebagai satu tabiat dan menjadi rutin seharian mereka.

4. Peneraju Professional yang Berdisiplin, Berkerja Keras dan Mahu Mencipta Kejayaan

- Di dalam industri ini hanya mereka yang tabah dan kental sahaja yang akan terus bernyawa dan ianya perlu diserapkan dalam diri setiap pelajar. Populariti dan gemerlapan lampu tidak akan berkekalan tanpa bakat sejati, disiplin, kerja keras dan daya usaha untuk berjaya walaupun sesuatu kejayaan itu dianggap mustahil. Perjalanan menuju puncak bukan sesuatu yang mudah dan untuk terus kekal berada di puncak memerlukan ketahanan mental. Dalam dunia serba mengejar kebendaan ini, hanya yang terbaik sahaja yang akan dapat bertahan.

- Dalam Akademi Fantasia musim ini hanya ada 13 peserta yang tersingkir dan SAYA sebagai JUARA !

5. Menjaga Penampilan Diri dan Stail

- Selain bakat, setiap pelajar perlu menjaga penampilan diri untuk itu perhatian khusus akan diberikan. Pelajar akan didedahkan kepada pilihan dalam memilih gaya yang sesuai selain tip pemakaian, solekan, dandanan rambut dan juga asas etika sosial.

- Di penghujung musim Akademi Fantasia, kita akan dapat melihat transformasi pada setiap pelajar yang tidak pernah dilihat sebelum ini.

- Di pertengahan tempoh pengajian, setiap pelajar diberikan peluang untuk memilih gaya mereka yang tersendiri di bawah pengawasan penata gaya untuk memilih gaya yang mereka inginkan.

6. Karisma dan Menjadi Inspirasi Kepada Semua

- Pelajar diharapkan dapat menonjolkan personaliti yang menyerlah selain memiliki karisma. Mereka digalakkan untuk mendalami sesuatu isu dan juga mampu untuk berkomunikasi dengan baik.

- Mereka juga akan dilatih untuk menjawab soalan media dengan bijak dan lancar selain untuk menjadikan diri mereka sebagai satu jenama yang cemerlang untuk dijual kelak.

- Kejayaan mereka akan menjadi inspirasi kepada penonton.

7. Menjadi Contoh Penjagaan Kecergasan dan Kesihatan

- Setiap pelajar digalakkan untuk menjaga kecergasan dan kesihatan mereka, baik dari tabiat permakanan dan waktu rehat yang secukupnya juga kebersihan diri selain senaman.

- Mereka perlu tahu akan kepentingan menjaga kesihatan dan mengapa ianya amat penting kepada seorang penghibur. Mereka juga akan diajar untuk mengenalpasti makanan sihat yang sesuai untuk diri masing-masing.

- Tubuh yang sihat dapat mencetuskan minda yang sihat dan pelajar perlu memilih gaya hidup yang sihat dalam merealisasikan idea untuk menjadikan mereka IKON kepada industri hiburan.


ENGLISH

Our focus and target will be on producing outstanding talents who are:

1. ABLE to SING well

– This should go without saying. Our task is to provide students with technique, and to expose them to different musical genres and encourage him or her to discover and develop his or her own UNIQUE style.

2. All-Round Performers

- Our students will be trained, not just as singers, but all-round performers who can also act and dance with conviction.

3. Confident

- The students will be trained to aim high and strive for excellence in all they do, and to look beyond just being “good enough” for the local industry.

- Instead, they will be groomed to be industry leaders, and possess the quality to hold his or her own, anywhere in the world.

- This includes public speaking and the ability to address a crowd of fans, with the media as well as in any formal situation with equal ease.

- Students will also be required to learn English, and will be encouraged to speak English in order to prepare them for the world stage.

4. A true professional - disciplined, hard working & determined to succeed

- In this business, it is ultimately the survival of the fittest, and we must instil this in the students. They must understand that mere stardom and popularity alone cannot hold, without real talent, discipline, hard work and the determination to succeed, even when things seem impossible. The road to the top is never easy, and to stay on top requires even more mental resilience. Beyond a life on Reality TV, there lies a cruel, hard world where only the best will survive.

- Their mantra will echo the words of ex-tennis champion Jimmy Connors – In this season of AF7, there are 11 losers in the draw… and ME!

5. Well-groomed and have good sense of style

- This is one of the more tangible and visible success denominators for us. There will be a strong emphasis on grooming and style sense, for season 7. The students will be introduced to different style options, and will be given lessons and tips on dress sense, basic makeup and hair styling, and even basic deportment, table manners and etiquette.

- I hope that by the end of the day, we will see a clear transformation of these students into the swans they never thought they could be, as we watch them develop a sense of individuality and a style of their own.

- Students will, towards the second half of the “semester” be encouraged to choose their own styling image and work under the supervision of the program stylist to choose their own look.

6. Charismatic, PASSIONATE and inspiring

- Our students will stand out for their personality, charisma and carriage. They will be encouraged to be passionate about a cause, an issue, a personal interest, and learn to communicate this passion with conviction and ease.

- They will be trained to answer media questions intelligently and eloquently. They will be taught about how to “position” and “brand” themselves successfully.

- Their success stories will be an inspiration to others.

7. IS A ROLE MODEL OF FITNESS AND HEALTH

- This again can be a very visible and tangible factor that will differentiate AF7 from the previous seasons. The students will be encouraged to be fit and healthy, from their sleeping and eating habits to personal hygiene, as well as a good workout and fitness regime.

- I would like to see instilled in the students, a clear exposure and understanding of why being healthy and fit is so important to a performer. They will be taught to identify healthy food that’s good for their bodies and hopefully they will go for the healthier options.

- Healthy bodies also encourage healthy minds, so I am hoping our students will choose a positive lifestyle that is in tandem with the idea of them being inspiring ICONS of the industry.

Tujuh Syarat itu sememangnya kini perlu disimpan oleh setiap wartawan, blogger mahu pun penonton untuk disemak sama ada setiap satu syarat yang telah digariskan oleh Pengetua Akademi Fantasia musim ketujuh, Datin Seri Tiara Jacquelina berjaya direalisasikan.

Kita akan berjumpa lagi di Sidang Media Konsert Akhir Akademi Fantasia 7 !

Dari Puteri Ke Pengetua

Entri oleh sultanmuzaffar 09 March 2009 5 komen

Pemenang anugerah Pelakon Wanita Terbaik Festival Filem Asia Pasifik ke 50, Datin Seri Tiara Jacquelina terpilih sebagai Pengetua Akademi Fantasia Musim 7. Selepas mencipta fenomena luar biasa menerusi teater Puteri Gunung Ledang The Musical, kini Tiara bakal menggalas cabaran lebih besar dalam program realiti paling popular itu.

Buat pertama kalinya dalam sejarah program realiti tersebut, seorang pelakon dipilih sebagai Pengetua. Pelakon yang berusia 41 tahun itu merupakan pelakon utama yang memegang peranan sebagai Gusti Puteri dalam teater Puteri Gunung Ledang The Musical.

Antara filem yang dibintangi oleh Tiara ialah Irisan-Irisan Hati pada tahun 1988, bergandingan bersama Imuda dalam filem Mat Som pada tahun 1988, mencipta nama menerusi filem Ringgit Kasorga dan sebuah filem antarabangsa berjudul Beyond Rangoon pada tahun 1995 dan mencetuskan fenomena menerusi filem Puteri Gunung Ledang pada tahun 2004.

Tiara memenangi anugerah Pelakon Wanita Terbaik menerusi filem Ringgit Kasorga di Festival Filem Malaysia ke 12 dan anugerah Pelakon Wanita Terbaik menerusi filem Puteri Gunung Ledang di Festival Filem Asia Pasifik ke 50 yang berlangsung di Kuala Lumpur.

Pemilihan Tiara sebagai Pengetua merupakan antara transformasi yang dilakukan oleh Astro untuk memantapkan program realiti tersebut. Keberanian Astro mempertaruhkan nasib Akademi Fantasia wajar disokong. Saya melihat pembaharuan yang cuba dilakukan ini amat penting dalam industri muzik yang kian tenat. Kita harus melihat pemilihan ini secara positif. Pertama, pengiktirafan kepada seorang wanita dan kedua pemilihan seorang pelakon.

Dalam industri muzik yang kian tenat, tidak ramai di antara bekas pelajar Akademi Fantasia yang menjadi penyanyi. Hanya seorang dua sahaja yang berjaya sebagai penyanyi, selebihnya ada yang menjadi pelakon dan selebihnya juga hilang entah ke mana. Pemilihan Tiara sebagai Pengetua menguatkan lagi barisan tenaga pengajar untuk melatih pelajar selain menjadi penyanyi tetapi juga sebagai seorang pelakon. Kredibiliti Tiara dalam bidang lakonan tidak harus dipertikaikan, baik di layar perak mahu pun di pentas teater.

Elemen nyanyian perlu dikekalkan dalam Akademi Fantasia malah disuntik elemen teaterikal menjadikan persembahan pelajar lebih bermakna. Antara persembahan-persembahan pelajar yang masih saya ingati juga merupakan persembahan yang disuntik elemen teaterikal seperti contohnya persembahan lagu Memories oleh pelajar AF2 dan persembahan Sekuntum Mawar Merah oleh Sahri.

Selain daripada pemilihan seorang Pengetua wanita, Astro turut membuat perubahan dalam pasukan produksi yang hampir keseluruhannya adalah orang baru. Ini termasuk pemilihan bekas wartawan Malay Mail iaitu Joe Lee yang sebelum ini sering mengkritik program realiti tersebut. Khabarnya, pemilihan wartawan itu untuk memantapkan program Diari.

Kemasukan Hashridz Murshim atau lebih dikenali sebagai Acis sebagai Pengarah Muzik, pelakon Ida Nerina dan seorang koreografer baru iaitu A.Aris Kadir turut dilihat sebagai salah satu transformasi yang ingin disuntik dalam Akademi Fantasia musim ini. Jika selama ini penonton AF sudah biasa menonton aksi Linda Jasmine, kini penonton diberikan seorang koreografer lelaki. Selain mereka, Siti Hajar Ismail, Fatimah Abu Bakar dan Syafizawati Sharif turut bakal mencetuskan transformasi dalam Akademi Fantasia.

Tahniah Tiara !


Gala TV, Astro AWANI

DARI PUTERI KE PENGETUA

(ANCHOR)

PEMENANG ANUGERAH PELAKON WANITA TERBAIK ASIA PASIFIK…DATIN SERI TIARA JACQUELINA TERPILIH SEBAGAI PENGETUA AKADEMI FANTASIA MUSIM KE TUJUH.

SELEPAS MENCIPTA FENOMENA MENERUSI TEATER PUTERI GUNUNG LEDANG THE MUSICAL, KINI TIARA BAKAL MENGGALAS CABARAN DALAM PROGRAM REALITI PALING POPULAR ITU.

(VT)

BUAT PERTAMA KALINYA DALAM SEJARAH, SEORANG PELAKON DIPILIH SEBAGAI PENGETUA AKADEMI FANTASIA.

TIARA YANG BERUSIA 41 TAHUN MERUPAKAN PELAKON UTAMA MEMEGANG PERANAN SEBAGAI GUSTI PUTERI DALAM TEATER PUTERI GUNUNG LEDANG THE MUSICAL.

ANTARA FILEM YANG DIBINTANGINYA IALAH MAT SOM, IRISAN-IRISAN HATI, RINGGIT KASORGA, BEYOND RANGOON DAN PUTERI GUNUNG LEDANG.

TIARA MEMENANGI ANUGERAH PELAKON WANITA TERBAIK MENERUSI FILEM RINGGIT KASORGA DI FESTIVAL FILEM MALAYSIA.

PEMILIHAN TIARA SEBAGAI PENGETUA MERUPAKAN ANTARA TRANSFORMASI YANG DILAKUKAN ASTRO UNTUK MEMANTAPKAN PROGRAM REALITI TERSEBUT.

SELAIN TIARA, ANTARA TENAGA PENGAJAR YANG TERLIBAT DALAM AF MUSIM INI TERDIRI DARIPADA HASHRIDZ MURSHIM, IDA NERINA, A.ARIS KADIR, FATIMAH ABU BAKAR, SITI HAJAR ISMAIL DAN SYAFIZAWATI SHARIF.

14 PELAJAR MUSIM INI BERTEMU BUAT PERTAMA KALINYA DENGAN PENGETUA DALAM EPISOD PERTAMA DIARI AKADEMI FANTASIA.//

END

Lagu Tugasan Minggu 1

ADILA - Di Bawah Pohon Asmara (Jaclyn Victor
ISMA - Sepi (Yuni Shara)
RINI - Elegi Sepi (Azharina)
CLAUDIA - Sempurna (Andra & The Backbone)
ZIZI - Molek (Elyana)
AISHAH - Dan Sebenarnya (Yuna)
RUBISA - Matahariku (Agnes Monica)

QHAUD - Phoenix Bangkit (M.Nasir)
YAZID - Penghujung Rindu (Jamal Abdillah)
SIDI - Terima Kasih Cinta (Afgan)
HAFIZ - Lagu Kita (Aizat)
OBRI - Jeritan Batinku (P.Ramlee)
ARIL - Rahasia Perempuan (Ari Lasso)
AKIM - Hatiku Kau Luka (Alleycats)

Finalis Akademi Fantasia 7

Entri oleh sultanmuzaffar 08 March 2009 9 komen

1. AKIM (Afiq Hakim bin Ahmad, 18, Johor Bahru, Johor)
2. OBRI (Ahmad Sobri bin Hasmuni, 24, Johor Bahru, Johor)
3. ARIL (Khairil Azam bin Pilus, 24, Kuala Lumpur)
4. HAFIZ (Mohd. Hafiz bin Mohd Suip, 19, Kuching, Sarawak)
5. QHAUD (Mohd Qhauhd bin Abdul Rashid, 25, Selangor)
6. SIDI (Mohd. Rashidi bin Mohamad Isa, 27, Ipoh, Perak)
7. YAZID (Mohd. Yazid bin Ibrahim, 22, Johor Bahru, Johor).
8. CLAUDIA (Claudia Fay Geres, 24, Kuching, Sarawak)
9. ISMA (Ismaliza binti Ismail, 30, Kuala Lumpur)
10. ADILA (Nas Adila binti Mohd Dan, 23, Johor Bahru, Johor)
11. ZIZI (Nur Fazelah @ Zizie binti Mohd Tahil)
12. RUBISA (Rubisa binti Tiasin; 23, Kota Marudu, Sabah)
13. AISHAH (Siti Aishah binti Bujang, 18, Kuching, Sarawak)
14. RINI (Zuzafrini binti Zulkifli, 26, Kajang, Selangor)

Apa Masalahnya PPSMI ?

Entri oleh sultanmuzaffar 07 March 2009 22 komen


Kuala Lumpur dilanda kesesakan jalanraya yang teruk hari ini. Semuanya angkara oportunis politik yang menangguk di air keruh menggunakan isu tersebut sebagai pemangkin untuk membangkitkan kemarahan orang ramai.


Saya tidak nampak apa masalanya apabila mata pelajaran Sains (Ilmu Sain) dan Matematik (Ilmu Hisab) diajar dalam Bahasa Inggeris. Pelajar sekolah di Malaysia sepatutnya didedahkan dengan Bahasa Inggeris sejak zaman persekolahan rendah lagi. Ia akan lebih memudahkan pembelajaran apabila berada di sekolah menengah dan apabila mereka melangkah ke alam universiti mereka akan berterima kasih kepada pelaksana sistem tersebut.


Buku-buku rujukan di universiti terutamanya hampir kesemuanya dalam Bahasa Inggeris. Bayangkan jika pelajar-pelajar ini tidak didedahkan dengan Bahasa Inggeris sejak awal. Akan lebih tertinggal mereka di belakang.

Sudahlah di rumah mereka didedahkan dengan Bahasa Melayu sejak mula melangkah. Ada di antara mereka ini yang memanggil bapa dan ibu mereka dengan panggilan Papa dan Mama. Tidak hilang Melayunya sekiranya subjek Sains dan Matematik diajar dalam Bahasa Inggeris.


Ada di antara pelajar-pelajar itu akan melangkah ke universiti luar negara. Adakah mereka akan terus berbahasa Melayu dengan pelajar antarabangsa yang sama-sama menuntut ilmu bersama mereka ? Atau pun mereka terus terperangkap dalam kelompok Melayu sahaja di sana kelak ?

Saya kira tidak ada apa masalahnya jika subjek itu terus diajar dalam Bahasa Inggeris kerana apabila mereka melangkah ke universiti dan alam pekerjaan kelak mereka akan berterima kasih.


Ya. Saya bangga dengan Bahasa Melayu saya. Saya menulis blog ini pun dalam Bahasa Melayu dan jarang sekali menulis dalam Bahasa Inggeris di blog ini. Saya tidak akan menjadi Orang Putih kalau diajar subjek Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris. Saya akan terus menjadi Melayu.

Jadi, apa masalahnya ?

Kredit Foto : MStar

Saya gembira apabila ada di antara pelayar blog ini yang menyukai Live-Blog yang saya gunapakai sewaktu Sidang Media Pelajar Akademi Fantasia 7. Petang itu saya menggunakan telefon bimbit. Ada beberapa feature dalam coveritlive yang tidak boleh digunakan dengan telefon bimbit seperti meluluskan komen pembaca. Satu cara untuk mengatasinya saya perlu juga menggunakan komputer. Agak sukar untuk saya menonton konsert di stadium (ops) sambil mengemaskinikan live-blog tersebut melainkan saya menggunakan live-blog di bilik kawalan. Selalunya mereka yang menggunakan live-blog di luar negara hanya menontonnya di rumah. Aniletto menggunakan live-blog ketika membuat liputan Pokok Demokrasi. Yang pastinya saya masih belum membuat sebarang keputusan muktamad mengenai di mana saya akan kemaskinikan live-blog saya.

Hari ini dan Ahad, Tirai Akademi Fantasia 7 (Bhg 1 & 2) akan disiarkan. Pelajar yang terplih menyertai Akademi Fantasia akan diumumkan. Seramai beberapa (ops) orang pelajar akan meneruskan pengajian mereka selain menjadi tontonan penonton. Gabungan akademik dan hiburan dijadikan taruhan untuk mengumpan penonton. Ada yang suka, ada juga yang tidak suka. Semuanya terletak di tangan penonton. Pilihan di tangan mereka. Mystarz(ops) juga ada elemen pendidikan dan hiburan tetapi jarang dipertikaikan oleh penonton berbeza dengan Akademi Fantasia yang terus diambil endah oleh penonton juga blogger. Siapa Pengetua AF juga semacam jadi topik utama yang wajib dibincangkan oleh mereka tetapi dalam waktu yang sama mereka tidak mengambil tahu siapa yang akan menerajui Mystarz(ops). Mungkin Akademi Fantasia lebih popular dari program realiti yang lain itulah sebabnya mereka mahu menjadikan ia sebagai topik perbualan dan perbincangan.

Mereka bebas untuk bersuara kerana suara mereka akan menjadi virus yang akan terus merebak menjadi wabak sepanjang musim Akademi Fantasia berlangsung. Biar orang bercakap mengenai kita kerana apabila orang tidak bercakap mengenai kita ada makna yang lebih mendalam yang perlu kita fikirkan. Maknanya kita sudah tidak relevan lagi. Online forum, blog, facebook, media arus perdana, majalah akan terus menyuarakan pandangan mereka. Kalau keputusan pilihan raya umum boleh dilanda tsunami kerana media baru, kenapa tidak keputusan Akademi Fantasia.

Saya gemar membaca blog yang ada kredibiliti untuk bercakap mengenai Akademi Fantasia berbanding blog yang sekadar menjadikan Akademi Fantasia sebagai platform untuk menjadi popular. Mereka boleh terus melontarkan pandangan mereka kerana pandangan sebagai penonton itu memang penting untuk produksi. Dari situ produksi mengetahui apa yang disukai dan tidak disukai oleh penonton. Selain blog, forum juga amat penting dalam melontarkan pandangan mereka mengenai program tersebut.

Baik atau buruk pun komen mereka, yang memberikan komen itu merupakan penonton dan mereka yang mengambil tahu tentang Akademi Fantasia.

Bercakap mengenai Pengetua, saya tiada jawapannya apabila setiap kali ditanya tentang perkara itu. Namun saya ada beberapa klu untuk mendapatkan jawapannya. Kata mereka, personaliti itu merupakan seorang lelaki, bukan warganegara Malaysia (non-Malaysian) dan tidak pernah memegang jawatan sebagai Pengetua sebelum ini. Siapakah Pengetua Akademi Fantasia 7 ?

HYPP.TV Hiburan Ekslusif Pengguna Streamyx

Entri oleh sultanmuzaffar 05 March 2009 3 komen

Pengguna internet di Malaysia sedang dimanjakan dengan teknologi-teknologi baru yang disediakan oleh penyedia perkhidmatan internet mahu pun hiburan di Malaysia. Ada banyak portal hiburan yang dibangunkan untuk memuaskan hati pelayar internet. Terbaru, sebuah lagi portal hiburan yang diberi nama Hypp.TV dilancarkan oleh Telekom Malaysia Berhad (TM)

Hypp.TV berbeza dengan portal hiburan yang telah dilancarkan sebelum ini kerana ia lebih kepada sebagai penyedia perkhidmatan televisyen secara online. Bagi yang sudah biasa dengan www.youtube.com pastinya portal ini tidak begitu asing buat mereka. Paling menarik apabila menggunakan hypp.tv tidak ada masalah buffering sewaktu menggunakannya dengan Streamyx 1mpb.

Anda mungkin sudah jelak menonton televisyen percuma atau pun merasakan pilihan program di skrin televisyen satelit anda tidak menepati citarasa anda, kini di hadapan mata anda tersedia televisyen jalur lebar atau pun broadband tv.
Untuk pengguna Streamyx, pengguna boleh mendaftar masuk ke www.hypp.tv dan menikmati rekaan terbaru penyedia portal tersebut dan melayari kandungan program pilihan anda. Anda hanya perlu memuat-turun pemain media daripada www.hypp.tv untuk membolehkan anda menikmati pengalaman menonton televisyen melalui internet secara lancar dengan segera.

Pilihan terbahagi kepada saluran berita, sukan, wanita, mistik, hiburan Bollywood, siri Korea dan Kantonis dan gosip panas dunia hiburan Hollywood. Secara eksklusif di Malaysia, saluran Luxe TV, Warner Bros‘, Sorority Forever dan Wedding TV diperkenalkan pertama kali di sini.

Jika anda merasakan pilihan program yang anda masih tidak cukup untuk anda, kandungan Video-Atas-Permintaan atau video-on-demand turut disediakan selain perkhidmatan interaktif seperti membeli-belah secara online dan banyak lagi.

Menyedari keperluan portal ini dalam pembangunan pendidikan di Malaysia, peluang turut diberikan kepada pelajar-pelajar jurusan kreatif untuk menayangkan karya-karya mereka kepada penonton. Dalam saluran Aniworkz, filem-filem pendek, filem animasi yang dihasilkan oleh pelajar Malaysia dapat ditonton.

Bagi saya yang meminati saluran hiburan dan berita pastinya saluran Al-Jazeera English menjadi pilihan saya. Saya mempunyai jadual yang cukup padat dan ada waktunya saya tidak berkesempatan untuk menonton televisyen, oleh itu Hypp.TV menjadi pilihan saya untuk mendapatkan berita-berita terkini yang saya terlepas.


Selain daripada itu, sebagai seorang wartawan hiburan saya perlu berada di hadapan untuk mendapatkan sebarang berita terkini hiburan, baik yang berlaku di Malaysia, Hollywood mahu pun Bollywood. Oleh itu saluran NDTV dan WOW TV pastinya sering menjadi pilihan utama saya. Contoh terbaru berita mengenai kejayaan filem Slumdog Millonaire yang pastinya menjadi tajuk utama di Hollywood dan Bollywood. Menonton kedua-dua saluran membolehkan saya melihat pandangan wartawan di sana mencari sudut berita yang bersesuaian dengan penonton mereka.

Hanya ikuti 3 langkah mudah ini untuk mula menonton Hypp.TV:

Langkah 1 : Dapatkan akaun Hypp.TV di www.hypp.tv dengan mendaftar
sebuah akaun secara percuma di bawah butang “Free Sign Up”.
Langkah 2 : Lancarkan Pemain Media Hypp.TV di bawah butang “Watch Now’.
Langkah 3 : Daftar masuk ke Pemain Media Hypp.TV untuk menikmati
kandungan yang sedia ada.

Untuk menggunakan Pemain Media Hypp.TV, anda memerlukan sekurang - kurangnya .Net Framework 2.0 dan ke atas, Adobe Flash Player terkini, Windows Media Player 9 dan ke atas ataupun Microsoft Internet Explorer 6.0 dan ke atas.

Harus diingat, portal hiburan ini hanya untuk pelanggan Streamyx dan mereka kini boleh mula melanggan Hypp.TV dengan hanya RM9.90 sebulan untuk semua kandungan yang disediakan.

Untuk maklumat lanjut mengenai Hypp.TV, sila layari www.hypp.tv atau www.tm.com.my.

Senarai Pelajar Akademi Fantasia 7

Entri oleh sultanmuzaffar 03 March 2009 6 komen

Senarai 10 calon pelajar lelaki

1. AMIM (Abdul Hamim bin Haji Suleiman, 21, Johor Bahru, Johor)
2. AB (Abraham Edwin Dungot, 26, Ranau, Sabah)
3. AKIM (Afiq Hakim bin Ahmad, 18, Johor Bahru, Johor)
4. OBRI (Ahmad Sobri bin Hasmuni, 24, Johor Bahru, Johor)
5. KELANA (Kelana bin Ayu, 40, Bintulu, Sarawak)
6. ARIL (Khairil Azam bin Pilus, 24, Kuala Lumpur)
7. HAFIZ (Mohd. Hafiz bin Mohd Suip, 19, Kuching, Sarawak)
8. QHAUD (Mohd Qhauhd bin Abdul Rashid, 25, Selangor)
9. SIDI (Mohd. Rashidi bin Mohamad Isa, 27, Ipoh, Perak)
10. YAZID (Mohd. Yazid bin Ibrahim, 22, Johor Bahru, Johor).

Senarai 10 calon pelajar perempuan

1. FAEZAH (Alpaezah binti Manaf, 20, Keningau, Sabah)
2. CABBY (Cabrine Blaire Bernard Solibun, 20, Kota Kinabalu, Sabah)
3. CLAUDIA (Claudia Fay Geres, 24, Kuching, Sarawak)
4. ISMA (Ismaliza binti Ismail, 30, Kuala Lumpur)
5. LIZDA (Lizda Nuryanti binti Abidin, 27, Tawau, Sabah)
6. ADILA (Nas Adila binti Mohd Dan, 23, Johor Bahru, Johor)
7. ZIZI (Nur Fazelah @ Zizie binti Mohd Tahil)
8. RUBISA (Rubisa binti Tiasin; 23, Kota Marudu, Sabah)
9. AISHAH (Siti Aishah binti Bujang, 18, Kuching, Sarawak)
10. RINI (Zuzafrini binti Zulkifli, 26, Kajang, Selangor)

ADILA - JOHOR
AKIM - JOHOR
AMIM - JOHOR
OBRI - JOHOR
YAZID - JOHOR
ARIL - KUALA LUMPUR
ISMA - KUALA LUMPUR
SIDI - PERAK
AB - SABAH
CABBY - SABAH
FAEZAH - SABAH
LIZDA - SABAH
RUBISA - SABAH
ZIZI - SABAH
AISHAH - SARAWAK
CLAUDIA - SARAWAK
HAFIZ - SARAWAK
KELANA - SARAWAK
QHAUD - SELANGOR
RINI - SELANGOR

Jika mahu cerita di sebalik tabir Akademi Fantasia 7, sila ke blog Klubbkidd. Ada banyak juga gambar yang diambil. Saya jika sempat akan menulis pandangan saya secepat mungkin. InsyaAllah.

Sidang Media Pengumuman Pelajar Akademi Fantasia 7 akan diadakan pada pukul 2.30 petang. Saya sedang mencuba teknologi baru yang dinamakan coveritlive. Teknologi ini membolehkan saya menceritakan apa yang berlaku sewaktu sidang media tersebut dari masa ke semasa. Semoga wujud 3G di lokasi tersebut. Anda boleh menghantar komen, tetapi saya belum uji lagi sama ada aplikasi versi mobile membenarkan saya untuk meluluskan komen yang diberikan. Boleh cuba try test uji tengok. Hahaha

SEARCH : Farewell Tour Concert 2009

Entri oleh sultanmuzaffar 02 March 2009 0 komen

Tarikh Konsert Farewell Kumpulan Search telah diumumkan.

1. Terengganu
Saturday, 25 April 2009
Stadium Sultan Ismail Nasiruddin
Shah, Kuala Terengganu

2. Pulau Pinang
Saturday, 2 May 2009
Tapak Expo, Seberang Jaya Pulau Pinang

3. Pahang
Saturday, 9 May 2009
Stadium Mini Jengka, Maran

4. Perak
Saturday, 16 May 2009
Stadium Mini Teluk Intan, Teluk Intan

5. Johor
Saturday, 23 May 2009
Stadium Kluang,Johor

6. Kelantan
Saturday, 13 June 2009
Stadium Sultan Muhammad Ke-IV, Kota Bharu

7. Sarawak
Saturday, 27 June 2009
Stadium Sarawak, Kuching

8. Sarawak
Saturday, 4 July 2009
Miri Indoor Stadium, Miri Sarawak

9. Sabah
Saturday, 11 July 2009
Kompleks Sukan Sandakan, Sabah

10. Sabah
Saturday, 16 July 2009
Kompleks Sukan Tawau, Tawau Sabah

11. Selangor
Saturday, 1 August 2009
Stadium Shah Alam, Shah Alam

Ulangtahun ke Tujuh Blog sultanmuzaffar

Entri oleh sultanmuzaffar 26 February 2009 1 komen

Percaya atau tidak, blog sultanmuzaffar sudah berusia 7 tahun hari ini. Masa berlalu begitu pantas. Akademi Fantasia juga sudah masuk musim yang ketujuh. Anda pastinya teruja untuk melihat transformasi pelajar Akademi Fantasia yang baru atau pun menantikan apakah transformasi yang akan saya lakukan pada blog ini menjelang musim Akademi Fantasia yang bakal menjelma bulan Mac ini. Saya masih kekal sebagai wartawan hiburan Gala TV untuk Astro AWANI yang mana berita terkini mengenai program realiti paling popular itu akan dimuatkan dalam program tersebut. Saya akan cuba untuk mengemaskinikan blog ini sekerap yang mungkin. Selain itu saya akan mengemaskinikan sebuah lagi blog yang masih perlu saya rahsiakan lagi sekarang. Sampai masanya, saya akan umumkan. Oleh itu, kalau ikut prioriti saya perlu berikan kepada Gala TV dan yang selainnya.

Baru-baru ini pada 18 Februari yang lalu saya telah menikmati satu pengalaman luar biasa yang jarang sekali orang biasa dapat rasai. Pengalaman menaiki Boeing 747-400 Flight Simulator Malaysia Airlines. Saya boleh anggap ia satu pengalaman yang tidak akan saya lupakan seumur hidup saya.

Saya bersama beberapa orang blogger diberikan peluang keemasan itu oleh Malaysia Airlines. Saya tiba di Kompleks B, MAS lebih kurang pukul 2 petang dan terus dibawa ke Bilik Operasi Simulasi. Saya tidak mengalami perasaan gerun atau takut kerana saya sememangnya suka naik kapal terbang. Kalau boleh pergi ke pejabat naik kapal terbang pun saya akan usahakan kerana tempoh perjalanan yang singkat.
|
Apabila menaiki sebuah simulasi, tiada apa yang perlu ditakutkan kerana kalau terhempas sekali pun tidak akan cedera melainkan kalau operasi simulasi itu bertindak diluar dugaan, itu lain cerita. Operasi simulasi pada petang itu dikendalikan oleh Kapten Kamarudin Kamilin. Beliau membawa kami ke London Heathrow Airport (LHR). Simulasi penerbangan bermula di landasan LHR dan kemudiannya membuat pusingan dan mendarat di lapangan terbang yang sama.

Kami berlepas dan mendarat di LHR sebanyak empat kali. Saya bertindak selaku juruterbang kedua yang duduk di sebelah kanan simulasi. Apabila kapten suruh tarik saya tarik, apabila kapten suruh tolak, saya tolak. Saya hanya mengikut arahan yang diberikan. Selain meneliti panel kawalan yang ada pelbagai jenis suis memang agak memeningkan dan sebagai juruterbang, mereka perlu bersiap sedia dengan sebarang kemungkinan yang akan berlaku.

Kapten Kamarudin turut mengarahkan pembantunya menukar kepada beberapa situasi seperti gangguan “turbulence” dan sebagainya. Saya juga diberikan peluang untuk merasa bagaimana sekiranya berlaku kesilapan sewaktu pendaratan seperti mana berlakunya pesawat terhempas atau terbabas. Namun semuanya ada butang “restart” kecuali pada situasi sebenar yang mana Allah swt sahaja yang akan menentukan nasib anda. Saya difahamkan anda juga boleh menikmati pengalaman ini sekiranya operasi simulasi tidak penuh dengan latihan juruterbang.