Undilah

SULTANMUZAFFAR (26 Februari 2002 - sekarang)

Seorang blogger, pelayar internet, penyelam scuba dan penagih tegar televisyen dan Wii. Melihat seluruh dunia di laman blog menerusi kamera DSLR dan kacamata tebalnya (kadang-kadang kanta lekap).

Mengkritik tidak bererti menentang, menyetujui tidak semestinya menyokong, menegur tidak bermakna membenci, dan berbeza pendapat adalah kawan berfikir yang baik.

Below are my questions from Astro AWANI (501) to David Archuleta :

Video by KlueTV

1. Your success today was very much influenced by your dad who put you grounded. How do you thank your dad after getting the buzz not only in US but throughout the whole world ? 2:20

2. What are your advice to the younger generation of Malaysia who wants to be like you by competing in any reality singing competition ?

More updates in progress ! Stay tune !

David Archuleta will be performing at Amphitheatre, Sunway Lagoon Theme Park, 11 April 2009 at 3pm ! Malaysia's ArchAngels, lets rock the theatre !

Achuleta is waiting for his "kain samping"

Archuleta and Adrian from Sony Music Entertainment



Archuleta smiling all the way !











Persembahan Cemerlang Setakat Minggu Keempat

Entri oleh sultanmuzaffar 07 April 2009 0 komen

Menurut pandangan saya, persembahan pelajar yang saya senaraikan di bawah merupakan antara persembahan terbaik sepanjang empat minggu mereka di dalam Akademi Fantasia 7. Jika dilihat pada senarai ini hanya Hafiz, Claudia, Aishah, Zizi dan Akim sahaja yang layak berada dalam senarai tersebut. Namun merit harus diberikan kepada 13 pelajar sewaktu membawakan lagu Menuju Puncak secara choral pada Minggu Ketiga.

Konsert Minggu 1



AISHAH



HAFIZ

Konsert Minggu 2



HAFIZ



CLAUDIA

Konsert Minggu 3



MENUJU PUNCAK CHORAL



HAFIZ

Konsert Minggu 4



ZIZI



HAFIZ



HAFIZ & AKIM



AKIM



CLAUDIA

Pelajar Cemerlang : Mana Eksklusifnya ?

Entri oleh sultanmuzaffar 06 April 2009 2 komen

Terus terang saya katakan yang saya tidak sukakan kaedah pemilihan Pelajar Cemerlang. Itu satu, kedua saya tidak faham mengapa hadiah itu diberikan kepada ramai pelajar. Pada minggu pertama, saya boleh terima apabila diberikan kepada Hafiz. Hafiz boleh memilih seorang lagi pelajar. Dua orang masih boleh diterima, tetapi apabila minggu ini sampai empat orang. Jadi, di mana eksklusifnya hadiah untuk pelajar yang telah menunjukkan peningkatan ketara mengikut acuan tenaga pengajar ?

Saya melihat ia akan semakin menggalakkan pelajar yang lemah akan terus lemah dan pelajar yang cemerlang akan terus cemerlang. Ada kemungkinan yang cemerlang tidak berpeluang untuk mendapat hadiah tersebut. Semakin menggalakkan pelajar buat persembahan biasa kerana mereka sedar akan dapat peluang dipilih oleh pelajar cemerlang. Semakin mengarut !

PELAJAR LELAKI

AKIM – Jika Kau Tiada (Yusry/ Erra Fazira)
QHAUD – Di Bius Cinta (Yusry/ Melly Goeslow)
HAFIZ – Terlanjur Cinta ( Rossa/ Pasha/ Ungu)
ARIL – Aku Dan Dirimu (Ari Lasso/ Bunga Cinta Lestari)
YAZID – Terharu (Jamal Abdillah/ Mawi)
SIDI - Cinta Yang Sempurna (6ixth Sense/ Tirta Feat. Noe Letto)

PELAJAR WANITA

CLAUDIA – Kau Muzik Di Hatiku (Jaclyn Victor/ Vincent Chong)
ISMA – Kau Mawarku (Datuk Siti Nurhaliza/ 2 By 2)
AISHAH – Dua Hati Jadi Satu (Dafi/ Gita Gutawa)

LAGU BONUS - Lucky (Jason Mraz/ Colbie Caillat)

Minggu kelima, minggu separuh jalan dan saya akan menjadikan konsert ini sebagai aras tanda untuk menilai sama ada transformasi yang diwarwarkan menjadi atau pun sebaliknya.

Drama Itu Tradisi Akademi Fantasia

Entri oleh sultanmuzaffar 05 April 2009 8 komen

Sebagai penonton setia Akademi Fantasia, saya mengharapkan drama kejutan bersifat air mata kesedihan mahu pun kegembiraan dijelmakan dalam program realiti itu. Bersetuju atau pun tidak, Akademi Fantasia BUKAN merupakan pertandingan nyanyian semata-mata. Ya. Nyanyian adalah elemen paling utama dalam Akademi Fantasia tetapi elemen-elemen lain turut memainkan peranan yang penting bagi menjayakan program realiti itu.

Jika elemen nyanyian diutamakan, adalah mustahil untuk kita melihat Rosma, Sahri, Linda (kemudian diserap kembali) dan Aizat tersingkir dari Akademi Fantasia dan gagal ke Konsert Akhir. Musim ini berbeza apabila elemen lain diberikan perhatian khas bagi menampilkan kelainan. Itulah transformasi yang mahu dilihat oleh barisan tenaga pengajar terhadap program tersebut.

Saya melihat wujudnya kekeliruan di kalangan Pengkritik sendiri yang lebih melihat kesilapan dan melupakan elemen positif yang menjadi kekuatan pelajar. Contohnya, Aril sering dikritik dalam aspek vokal tetapi elemen persembahan pentasnya dilupakan.

Saya pernah ditegur sekitar tahun 2003. Sekiranya pergi menonton teater, jangan menonton melihat silapnya, sebaliknya tonton keseluruhannya. Oleh itu dalam setiap persembahan, ada baik dan buruknya perlu dijelaskan. Jangan jadi seperti blog Murai.

Persembahan pelajar musim ini harus dilihat secara keseluruhan mengambil kira aspek vokal, persembahan pentas, visual, sudut penghayatan dan sama ada sesuatu persembahan itu menghiburkan atau pun tidak. Itu antara elemen yang saya lihat dalam setiap persembahan mulai minggu ini.

Saat yang paling saya diingati dalam konsert minggu ini adalah pertamanya ialah drama air mata pertemuan Hafiz dan Akim dengan keluarga mereka. Kedua apabila tenaga pengajar diberikan peluang untuk bangun memberikan komen untuk kefahaman penonton AF keseluruhannya dan ketiga persembahan Zizi yang muncul membonceng motor berkuasa besar dan Akim menari untuk lagu Destinasi Cinta. Ketiga-tiga elemen itu adalah elemen hiburan yang melengkapkan Akademi Fantasia. Elemen itu yang menjadi rencah menyedapkan lagi program realiti itu. Elemen air mata, drama dan persembahan pentas merupakan elemen yang menjadikan AF berbeza dari program realiti yang lain.

Persembahan Pelajar

AISHAH – Mentari Di Ufuk Timur






Aishah memulakan persembahannya dengan cukup meyakinkan. Saya dapat mendengar kawalan vokalnya dengan baik terutamanya pada bahagian permulaan lagu tersebut. Sekiranya lagu ini susunan muziknya dibuat dengan lebih perlahan mungkin lebih baik. Apabila masuk pada bahagian kedua lagu tersebut, vokal Aishah semakin bagus tetapi ia tidak diiringi dengan pergerakan-pergerakan yang meyakinkan. Aspek visual pada persembahannya menjadi begitu menakutkan. Aishah faham cerita keseluruhan yang diangkat oleh lirik lagu tersebut tetapi tidak dibantu oleh susunan muzik yang kena dengan cerita tersebut. Namun demikian, saya masih menyukai persembahan Aishah yang amat bertenaga. Aishah sudah berada di landasan yang betul dalam membentuknya untuk menjadi seorang penghibur cuma perlu diperbaiki dari aspek persembahan pentas.

QHAUD – Di Taman Teman

Image Hosted by ImageShack.us

Image Hosted by ImageShack.us

Saya cuba melupakan lagu ini milik Datuk Siti Nurhaliza dan saya berjaya. Sebaliknya saya seperti mendengar ianya lagu milik Mawi. Vokal Qhaud memberikan intepretasi yang berbeza pada lagu tersebut. Lagu tersebut sememangnya bersesuaian dengan gaya Qhaud. Kekurangan Qhaud cuma dia harus meresapkan dirinya ke dalam lagu itu untuk mencetuskan elemen gerak pada persembahan pentasnya. Qhaud perlu menumpukan perhatian untuk memberikan penambahan gaya pada persembahannya.

CLAUDIA – Suralaya Dalam D Major

Image Hosted by ImageShack.us

Image Hosted by ImageShack.us

Wow ! Saya tertarik dengan gaya penampilannya minggu ini. Claudia nampak cantik sekali. Saya nampak beberapa gaya persembahan yang cuba beliau tampilkan. Claudia memulakan persembahannya dengan berteleku di atas pentas sebelum berdiri di pertengahan lagu tersebut. Satu perbezaan dapat dilihat dan saya melihat ada kesungguhannya untuk menampilkan gaya persembahan yang menarik minggu ini. Persembahan vokalnya tidak saya pertikaikan dan sememangnya telah diberikan dengan cemerlang. Sayang sekali apabila di pertengahan lagu Claudia tidak dapat mengekang perhatian saya dengan gaya-gaya baru yang lebih memukau. Saya kagum dengan penghayatannya membawakan lagu ini. Claudia kembali semula apabila menamatkan persembahannya.

Adlin - Teater muzikal lagunya dicipta untuk sebuah teater muzikal yang memerlukannya bercerita dalam nyanyian para pelakonnya. Lagu dalam teater muzikal lirik lagu itu berubah-ubah mengikut cerita. Berbanding lagu biasa yang selalunya akan mengalami proses pengulangan rangkap pertama atau kedua selepas korus. Oleh itu persembahan dalam teater muzikal boleh dicorakkan mengikut lirik lagunya yang telah bercerita secara semulajadi. Dalam lagu biasa, agak sukar kerana pengulangan yang ada dalam lagu tersebut.

ARIL – Lakaran Kehidupan

Image Hosted by ImageShack.us

Image Hosted by ImageShack.us

Kelebihan Aril yang paling utama adalah aset tariannya di atas pentas. Keberaniannya untuk melakukan aksi stunt harus dipuji. Aril amat selesa di atas pentas. Gaya persembahannya pelbagai tetapi kita baru berada di minggu yang keempat dan Aril harus mencari atau mencipta gerak-gerak yang berbeza untuk minggu-minggu hadapan untuk terus kekal relevan dalam persaingan Akademi Fantasia. Ini merupakan salah satu penyakit yang ada pada seorang penari di dalam AF, yang mana mereka lebih selesa dengan gerak-gerak yang mereka sudah biasa. Ia sepatutnya dihindarkan. Masalah yang sama ada pada Akim. Apabila sudah berasa terlalu selesa di atas pentas, harus diingat vokal juga harus diberikan tumpuan. Tone yang bagus sahaja tidak cukup kerana kedua-duanya iaitu tarian dan vokal harus seimbang. Tumpuan Aril harus diberikan kepada vokal dan mencipta gerak baru untuk minggu akan datang. Saya tidak bosan dengan persembahan Aril tetapi terlalu cepat untuk dilupakan.

YAZID – Aku Cinta Padamu

Image Hosted by ImageShack.us

Image Hosted by ImageShack.us

Saya harus akui tekanan untuk Yazid terlalu berat. Lagu cinta memang sukar dibawakan. Hasilnya persembahan Yazid terlalu keras dan penari latar tidak berjaya membantu nyanyian dan mencorakkan persembahannya. Saya pada mulanya agak terkilan juga kerana lagu ini pernah diubah kepada beberapa genre oleh Siti Nurhaliza sendiri seperti dangdut, rock dan broadway tetapi itu tidak diberikan kepada Yazid. Yazid diberikan susunan asal menjadikan ianya lebih menyukarkan. Vokal yang ada pada Yazid juga tidak dapat diadun dalam lagu tersebut. Pergerakannya juga terbatas kerana natijahnya jiwa Yazid sememangnya tidak meresap ke dalam lagu tersebut. Untuk minggu hadapan, Yazid harus menumpukan pada aspek vokal.

AKIM – Destinasi Cinta

Image Hosted by ImageShack.us

Image Hosted by ImageShack.us

Image Hosted by ImageShack.us

Amat meyakinkan dan saya lihat banyak peningkatan yang ditunjukkan oleh Akim. Persembahan vokalnya baik. Begitu juga dari aspek persembahan pentas. Saya harus akur dengan apa yang diperkatakan oleh Datuk Siti Nurhaliza yang mana beliau melihat tumpuan Akim ditumpukan kepada vokal dan pergerakannya lebih berhati-hati. Walaupun pergerakan tariannya tidak begitu selari dengan penari latar, namun ia satu percubaan yang terbaik diberikan oleh Akim. Persembahannya di bahagian pertama, kedua dan korus dirancang dengan baik. Selepas korus, Akim mengulangi gerak-gerak badan lamanya yang dia sudah biasa. Mungkin kerana sudah terlalu penat mengingati gerak yang perlu diikut. Saya rasa saya mahu melihat Akim membawakan lagu balada atau pun lagu rancak kerana keupayaan vokal ada pada Akim begitu juga elemen hiburan untuk melihatnya menari. Saya berharap dia akan diberikan tugasan yang lebih mencabar minggu depan.

ISMA – Kerja Gila


Persembahan Isma agak baik minggu ini. Gaya nyanyian memang tidak banyak yang diubah berbanding penyanyi asal dan masih menggunakan pergerakan-pergerakan yang sama. Isma perlu beri intepretasi berbeza pada lagu ini. Kehebatan vokal merupakan kekuatan utama Isma. Secara keseluruhan Isma telah memberikan satu persembahan yang bertenaga. Isma berani untuk merobohkan tembok yang banyak menghalang dirinya sebelum ini.

RUBISA – Tiada Lagi

Image Hosted by ImageShack.us

Image Hosted by ImageShack.us

Seorang lagi pelajar perempuan yang telah menampilkan persembahan vokal yang baik, yang sedap berbanding sesetengah pelajar lelaki. Walaupun ada beberapa kali pada nyanyiannya di bahagian rendah tidak begitu kedengaran. Persembahan pentasnya masih agak terbatas dan masih banyak yang perlu dibaiki.

HAFIZ – Cinta Ini

Image Hosted by ImageShack.us

Image Hosted by ImageShack.us

Hafiz menjadikan lagu ini seperti lagunya sendiri. Standard yang tinggi diletakkan oleh Hafiz pada minggu pertama seakan memukau penonton. Saya tidak kata persembahan Hafiz minggu ini tidak bagus cuma nyanyiannya boleh lebih baik daripada apa yang dapat ditonton. Hafiz selesa benar di atas pentas dan dari segi itu Hafiz berjaya meyakinkan saya. Sama juga dengan standard nyanyiannya, saya percaya Hafiz boleh melakukan yang lebih baik lagi. Saya harus akui, Hafiz berada di dalam kelasnya yang tersendiri. Hafiz harus diuji dengan lagu-lagu yang lebih mencabar untuk saya melihat sejauh mana keupayaan dia mencorakkan lagu tugasannya.

KEJUTAN - Pertemuan Dengan Keluarga HAFIZ & AKIM

Image Hosted by ImageShack.us

Image Hosted by ImageShack.us

Inilah kejutan yang saya mahu tengok. Kalau orang lain tidak suka drama, saya suka drama. Lebih-lebih lagi drama air mata. I want to be entertained by good TV dan saya memperolehinya. Melurunya Akim dan pelajar lain secara spontan itulah yang mahu saya tonton. Saya tidak rasa penonton akan melihat ia sebagai taktik untuk meraih simpati buat Hafiz mahu pun Akim. Peluang keemasan yang diberikan untuk bertemu ibu mereka dimanafaatkan sepenuhnya oleh Hafiz dan Akim.

SIDI – Ku Milikmu

Image Hosted by ImageShack.us

Image Hosted by ImageShack.us
Keberanian Sidi menerima cabaran membawakan lagu secara unplugged sangat mengejutkan. Lagu Ku Milikmu merupakan lagu Siti yang pernah dipelbagaikan genrenya. Oleh itu apabila sewaktu latihan Sidi diberikan genre asal lagu itu sesuatu yang tiada perbezaan. Jika lagu itu diberikan genre berbeza bersesuaian dengan gaya Sidi, pasti persembahannya berbeza dan mungkin lebih baik. Saya mahu melihat peningkatan besar dari aspek vokal dan juga seni persembahan pentas yang masih kurang pada Sidi.

ZIZI – Aku Dah Bosan

Image Hosted by ImageShack.us

Image Hosted by ImageShack.us

Image Hosted by ImageShack.us

Sayang sekali inilah persembahan terbaik di konsert minggu ini. Zizi tampil penuh bertenaga dengan konsep persembahan yang unik. Vokalnya amat meyakinkan dengan gaya nyanyian yang penuh style ! Zizi memberikan intepretasi lagu tersebut dengan cemerlang dan wajar diangkat sebagai pelajar cemerlang. Segala ruang pentas dipergunakan sepenuhnya oleh Zizi dan menutup kelemahannya. Gaya memberontaknya benar-benar menakjubkan.

LAGU BONUS - Jerat Percintaan & Isabella

Image Hosted by ImageShack.us

Detik Penyingkiran

Image Hosted by ImageShack.us

Image Hosted by ImageShack.us

Image Hosted by ImageShack.us

Image Hosted by ImageShack.us

Permainan nasib dalam Akademi Fantasia sudah menjadi lumrah. Itulah yang telah dihadam oleh penonton selama tujuh musim. Tiada yang mengejutkan jika ada pelajar yang memberikan persembahan baik tersingkir awal. Ianya pernah dibuktikan pada beberapa musim menerusi Rosma, Sahri, Linda dan Aizat. Jadi tidak mustahil ia berlaku lagi minggu ini dan minggu-minggu akan datang. Sudah termaktub, permainan program ini adalah SMS. Kalau mahu mencuba nasib dalam program realiti yang melibatkan pertandingan nyanyian yang lain, dipersilakan. Amylea dan Tomok telah membuktikannya.

Pilihan TRANFORMASI sultanmuzaffar

ZIZI – Aku Dah Bosan
HAFIZ – Cinta Ini
CLAUDIA – Suralaya Dalam D Major
AKIM – Destinasi Cinta
ISMA – Kerja Gila
AISHAH – Mentari Di Ufuk Timur
RUBISA – Tiada Lagi
QHAUD – Di Taman Teman
ARIL – Lakaran Kehidupan
SIDI – Ku Milikmu
YAZID – Aku Cinta Padamu

Kedudukan pelajar sebelum konsert bermula:

PELAJAR dan PERATUSAN (%)
ISMA - 21
YAZID - 16
HAFIZ - 10
SIDI - 8
ARIL - 8
AISHAH - 8
ZIZI - 7
CLAUDIA - 6
AKIM - 6
RUBISA - 5
QHAUD - 5

Kedudukan pelajar selepas undian ditutup:

PELAJAR dan PERATUSAN (%)
ISMA - 16
HAFIZ - 14
YAZID - 12
QHAUD - 9
AKIM - 9
AISHAH - 8
ARIL - 8
CLAUDIA - 7
SIDI - 7
ZIZI - 6
RUBISA - 5

Merajuk ?

Entri oleh sultanmuzaffar 03 April 2009 7 komen

Image Hosted by ImageShack.us
Image Hosted by ImageShack.us

Tioman Underwater & 35 Is Just A Number

Entri oleh sultanmuzaffar 01 April 2009 10 komen












Happy 35th Birthday To Me !

Minggu Amy Search dan Siti Nurhaliza

Entri oleh sultanmuzaffar 30 March 2009 4 komen

Minggu ketiga ini pelajar dikehendaki membawakan lagu-lagu nyanyian Datuk Siti Nurhaliza dan Amy Search. Namun demikian, pelajar lelaki dikehendaki membawakan lagu Siti Nurhaliza dan pelajar perempuan membawakan lagu Amy Search.

Dua lagu terbaru dari album Lentera Timur oleh Siti Nurhaliza bakal dibawakan oleh Hafiz dan Qhaud. Masing-masing bakal membawakan lagu Cinta Ini dan Di Taman Teman. Pasti percubaan mereka menjadi semakin sukar kerana lagu itu baru saja di pasaran dan masih belum meresap ke telinga pendengar. Turut dipertaruhkan adalah lagu berhantunya Aku Cinta Padamu yang bakal dipersembahkan oleh Yazid. Lagu itu pernah dipersembahkan di Anugerah Juara Lagu dan merupakan antara lagu popular Siti Nurhaliza.

Sementara itu Akim bakal membawakan lagu yang mengimbau kenangan cinta penyanyi wanita paling popular di negara ini iaitu Destinasi Cinta dari album Transkripsi. Manakala Aril bakal membawakan lagu Lakaran Kehidupan yang merupakan antara lagu popular Siti dari album Safa. Menarik sekali untuk melihat Sidi membawakan lagu Ku Milikmu yang pernah terpilih sebagai Finalis di Anugerah Juara Lagu.

Dalam pada itu, Aishah bakal membawakan lagu Mentari Merah Di Ufuk Timur. Zizi dan Rubisa pula masing-masing akan mendendangkan lagu Aku Dah Bosan dan Tiada Lagi. Pelajar cemerlang minggu ketiga, Isma pula menerima lagu Kerja Gila dan Claudia bakal mendendangkan lagu Suralaya Dalam D Major. Selain lagu tugasan solo, lagu Isabella dan Jerat Percintaan pula akan dipersembahkan sebagai lagu bonus. Cabaran bukan sahaja kepada pelajar, malah pengarah muzik dan tenaga pengajar juga perlu menyesuaikan lagu tersebut dengan vokal pelajar.

Ia menjadikan satu pemangkin untuk saya terus menonton dan melihat peningkatan pelajar pada minggu ini. Sememangnya bukan mudah bagi seorang penyanyi lelaki untuk membawakan lagu penyanyi perempuan. Ianya tidak mustahil kerana Tomok telah pun membuktikannya menerusi lagu Ingin Bersamamu dalam One In A Million. Seboleh-bolehnya saya mahu mendengar susunan muzik yang lebih segar pada lagu-lagu tersebut. Dari aspek pemilihan lagu, saya merasakan ada banyak lagi lagu yang boleh diberikan. Sama-sama kita nantikan konsert hujung minggu ini.

Panasnya Hujung Minggu Ini

Entri oleh sultanmuzaffar 4 komen

Saya baru pulang dari Pulau Tioman. Baru saja lulus Advanced Open Water certification. Banyak cerita hangat yang terjadi sepanjang saya berada di sana. Paling hangat pastinya berita mengambil-alihan artis-artis di bawah Maestro oleh Astro Entertainment Sdn. Bhd. mulai 1 April ini. Berikut merupakan kenyataan rasmi yang dikeluarkan oleh Zainir Aminullah, Pengarah Eksekutif Astro Entertainment Sdn. Bhd.
Komitmen Astro dalam hala tuju artis-artis naungan Maestro Sdn Bhd

Bagi merancakkan lagi prestasi syarikat, Astro Entertainment Sdn Bhd (AESB) telah memperhalusi proses perniagaan dan membuat keputusan untuk meperkukuhkan lagi aktiviti pengurusan seni artis bersama Maestro Sdn Bhd berkuatkuasa pada 1 April 2009.

AESB akan mengambil alih tugas dalam menguruskan kerjaya seni artis-artis di bawah naungan Maestro seperti yang tertera dalam kontrak masing-masing. Segala perjanjian yang telah termaktub tidak akan terjejas berikutan kepada perubahan ini kerana akan terus diuruskan oleh AESB.

AESB juga terus komited dalam melahirkan bintang-bintang tempatan yang bakal mewarnai dunia seni hiburan tanahair dan akan terus memberikan sokongan kepada mereka dalam mengembangkan kerjaya seni mereka.

Kenyataan akhbar oleh Encik Zainir Aminullah
Pengarah Eksekutif Astro Entertainment Sdn. Bhd.

Berita kedua paling hangat ialah apabila Rini telah memohon maaf daripada seorang penulis sebuah majalah yang tidak kurang hebatnya. Berita penyingkirannya menjadi tidak begitu hangat kerana tindakannya itu. Begitu juga berita penyingkiran Obri yang saya anggap tidak memberikan kesan kecuali kepada salah seorang peminatnya yang saya tidak dapat melihat reaksinya ketika penyingkiran dibuat.

Saya berpeluang menonton Konsert Akademi Fantasia Minggu Ketiga secara ulangan. Amat kagum dengan persembahan secara nyanyian harmoni oleh 13 orang pelajar yang dipimpin oleh Cikgu Syafi. Saya harus betulkan kenyataan MrManager yang menyatakan nyanyian sebegitu pertama kali dilakukan dalam sejarah Akademi Fantasia. Salah sebenarnya. Nyanyian sebegitu pertama kali diadakan sewaktu Minggu Keenam Konsert Akademi Fantasia Musim Pertama. Saya ingat lagi minggu itu Rosma menjadi peserta yang tersingkir dan mengejutkan seluruh Malaysia dan demam Akademi Fantasia pun bermula melanda seluruh Malaysia. Persembahan mereka memang saya sifatkan terbaik. Vokal pelajar perempuan dan lelaki bergabung memberikan intepretasi yang berlainan pada lagu tersebut. Suatu yang berlainan.

Ulasan persembahan lain sila baca blog orang lain. Saya rasa apa yang Adlin cakap semuanya tepat dan saya ikut cakap beliau. Itu komen saya.

YAZID - Pawana (Search)
Saya nampak ada peningkatan dalam persembahannya dan boleh dikatakan agak baik berbanding kesumbangannya minggu lalu. Tenaga yang dijanakan dalam persembahannya masih tipikal rock yang biasa. Minggu ini paling ketara adalah persembahan vokalnya yang menyerlahkan tenaga nyanyiannya. Yazid perlu memperbaiki geraknya di atas pentas untuk lari dari sesuatu yang bersifat tipikal.

ARIL - Andainya Aku Pergi Dulu (Alleycats)
Secara jujurnya saya suka dengan persembahan Aril minggu ini yang nyata berbeza dari minggu-minggu lalu. Boleh dengar yang Aril boleh membawakan lagu sebegini yang perlu diberikan penghayatan dan tidak hanya terkinja-kinja di atas pentas. Aril kena berani menolak keupayaan vokalnya pada minggu hadapan. Tone Aril agak sedap didengar iaitu mempunyai lebih “weight” berbanding seorang pelajar musim lalu iaitu Nubhan.

Adlin beri komen tentang tiadanya perbezaan di antara first verse dengan second verse pada lagu tersebut. Saya harus melihat kesilapan ini pada susunan muzik yang diberikan. Oleh itu sewajarnya pada minggu depan pengarah muzik (Acis) harus berani mencuba sesuatu yang berbeza pada susunan muzik yang tidak hanya sesuatu yang mendatar.

CLAUDIA - Lama Tak Jumpa (Zur Eda)
Saya tiada nampak Dayang Nurfaizah pada persembahan Claudia minggu ini. Persembahan vokalnya juga agak baik. Persembahannya secara keseluruhan agak menghiburkan dan pergerakannya masuk dengan melodi lagu tersebut. Claudia antara pelajar yang agak selesa apabila berada di atas pentas.

RINI - Seloka Cinta Remaja (Seha Freedom)
Permulaan yang baik tetapi Rini tidak buat seperti apa yang dipelajari olehnya di dalam Akademi. Peningkatan yang agak ketara dari aspek persembahan vokalnya. Saya juga suka dengan koreografi yang direka untuk lagu ini yang disesuaikan dengan nyanyiannya. Saya masih hairan kenapa kebanyakan pergerakan mereka di atas seperti tidak begitu masuk dengan style nyanyian dan persembahan mereka di atas pentas.

QHAUD - Pilihlah Aku (Latif Ibrahim)
Saya suka dengan susunan muzik lagu ini dan interaksi Qhaud dengan penyanyi latarnya. Persembahan vokalnya masih sesuatu yang biasa tetapi persembahannya agak bertenaga di pertengahan persembahannya.

AKIM - Anak Gembala (Sudirman)
Persembahan vokal Akim pada minggu tidak begitu baik. Pergerakannya di atas agak bertenaga dan saya suka interaksinya dengan penyanyi latar dan penonton. Ada pada beberapa bahagian nyanyiannya masih tidak begitu pasti dan menjadikan persembahannya pada rangkap kedua agak mendatar. Suaranya agak mendatar pada minggu ini. Kelebihannya pada minggu ini ialah tarikan pada pergerakan yang ditonjolkan di atas pentas.

RUBISA - Angan-angan (Raja Ema)

Amat mendatar persembahan Rubisa ditambah dengan lagu yang tiada variasi pada susun melodinya. Ia menjadikan persembahan Rubisa agak hambar walaupun elemen dramatic cuba diserapkan di dalam persembahannya. Cuma Rubisa tampil yakin di atas pentas dan pengalamannya benar-benar membantu memberikan sedikit sentuhan hiburan.

Saya suka dengan komen Adlin yang melihat tidak jelas peningkatan pelajar. Rubisa dilihat pelajar yang bagus tetapi persembahan lagunya tidak begitu membantu peningkatan pelajar-pelajar tertentu.

ZIZI - Ini Rindu (Farid Harja)
Lagu ini benar-benar menguji Zizi untuk beraksi di atas pentas. Saya tertarik dengan gaya persembahannya secara keseluruhan. Bantuan nyanyian rap oleh teman rapat Zizi iaitu Isma dan Akim menghiburkan. Persembahannya bertenaga cuma Zizi perlu menjaga stamina untuk mempersembahkan lagu sebegini. Zizi beri harapan baru dari sudut transformasi musim ini.

SIDI - Hanya di Radio (Headwind)

Persembahan Sidi tidak memberikan apa-apa kesan kepada saya. Lagu yang sedap tetapi tidak diberikan keadilan yang sebaiknya untuk lagu tersebut. Persembahannya tiada kreativiti.

OBRI - Abang Beca (Broery Marantika)
Geraknya di atas pentas agak menghiburkan tetapi persembahan vokalnya masih di takuk lama dan tidak begitu meresap ke dalam lagu tersebut.

Bila habis saja persembahan Obri saya tarik nafas lega kerana selepas ini ialah Aishah, Isma dan Hafiz. Tiga orang pelajar yang diberikan harapan untuk memberikan sinar pada transformasi Akademi Fantasia.

AISHAH - Mata ( Noorkumalasari)
Saya paling suka dengan bantuan tarian dari pelajar lelaki untuk Aishah. Nyanyian Aishah minggu ini kurang hebat berbanding minggu-minggu lalu. Persembahannya banyak dibantu oleh penyanyi latar menjadikan persembahan Aishah agak terhad. Aishah juga tidak begitu berani untuk menari dengan kasut barunya. Lagu rancak tetapi tidak dipergunakan sepenuhnya oleh Aishah. Jika itulah yang dipelajari oleh Aishah selama 3 hari, saya amat tidak berpuas hati.

ISMA - Rambu Ramba (Nursheila Amin)
Isma beri saya satu sinar pada transformasi pelajar. Dari seorang ibu, Isma mengubah dirinya menjadi seorang penyanyi yang baik di atas pentas. Orang lupa Isma seorang ibu beranak lima. Nyanyian bagus selain pergerakannya di atas pentas yang agak berkeyakinan.

HAFIZ - Mat Disko (Sudirman)
Hafiz merupakan taruhan terbaik untuk Akademi Fantasia musim ini. Jika peningkatannya diteruskan untuk minggu-minggu akan datang, tidak mustahil beliau akan muncul sebagai Juara. Hafiz walaupun muda tetapi agak selamba di atas pentas dan itulah yang dipersembahkan. Tidak nampak kekok dia di atas pentas.

MrManager
Klubbkidd

Pilihan Transformasi sultanmuzaffar

13 Pelajar Akademi Fantasia 7 – Choral Menuju Puncak
HAFIZ - Mat Disko (Sudirman)
ISMA - Rambu Ramba (Nursheila Amin)
ZIZI - Ini Rindu (Farid Harja)
CLAUDIA - Lama Tak Jumpa (Zur Eda)
ARIL - Andainya Aku Pergi Dulu (Alleycats)
AKIM - Anak Gembala (Sudirman)
RINI - Seloka Cinta Remaja (Seha Freedom)
AISHAH - Mata ( Noorkumalasari)
YAZID - Pawana (Search)
OBRI - Abang Beca (Broery Marantika)
QHAUD - Pilihlah Aku (Latif Ibrahim)
RUBISA - Angan-angan (Raja Ema)
SIDI - Hanya di Radio (Headwind)



Calon Akhir Anugerah Industri Muzik 16

Entri oleh sultanmuzaffar 26 March 2009 22 komen

1. Artis Baru Terbaik – Artis

1. Hujan
2. Joe Flizzow
3. Malique
4. Meet Uncle Hussain
5. Suki

2. Persembahan Vokal Terbaik Di Dalam Album (Lelaki) – Artis

1. Aizat – Lagu Kita
2. Bob AF2 – Cinta Terhalang
3. Reshmonu – Doa Untuk Dia
4. Reshmonu – Sayu
5. Rithan (Deja Voodoo Spells) – Rock ‘N’ Roll (English)

3. Persembahan Vokal Terbaik Di Dalam Album (Wanita) – Artis

1. Ayu – Hanya Di Mercu
2. Dina – Sejauh Ini
3. Shila – Memori Tercipta
4. Dato’ Siti Nurhaliza – Di Kayangan Kita
5. Dato’ Siti Nurhaliza – Di Taman Teman

4. Persembahan Vokal Berkumpulan Terbaik Di Dalam Album – Artis


1. Ajai & Marsha – Sayang
2. All One – Bilal bin Rabah
3. Pop Shuvit – Marabahaya (International Version)
4. Rabbani – Bila Nur Melimpah Di Hati
5. Raihan – Assubhu Bada

5. Kulit Album Terbaik – Pereka

1. Florence Lee – Hawa – Nikki
2. Nadia Jasmin – President – Joe Flizzow
3. Nicholas Chong – Transit – Altered Frequency
4. Nizam Rahmat – Satu – Ferhad
5. Vignes Balasingam – Remain Unknown – Estranged

6. Rakaman Album Terbaik – Jururakam

1. JD Wong – Remain Unknown – Estranged
2. Nick Lee, Greg Henderson & CL Toh – Finally/Akhirnya – Suki
3. Paul Morisson – Satu – Ferhad
4. Puja, Edry, Bajai & Yudi – Adam 3 – Adam
5. Reshmonu, Murali, Will Quinell & CL Toh – Harapan – Reshmonu

7. Video Muzik Terbaik – Pengarah

1. Douglas Lim – Hanya Di Mercu – Ayu
2. Douglas Lim – Sampai Syurga – Faizal Tahir
3. Kerol – Mati Hidup Kembali – Butterfingers
4. Kerol – 1000 Tahun (Mahu Hidup) – Butterfingers
5. Reshmonu – Oh Anok Anok – Reshmonu

8. Album Pop Etnik Terbaik – Artis/Produser

1. Khazanah Pujangga – Syura
2. Lentera Timur – Dato’ Siti Nurhaliza
3. Selagi Ada Rindu – Pak Long (Shafie Ahmad)
4. Zapin Suri – Haziq

9. Lagu Pop Etnik Terbaik – Komposer/Penulis Lirik

1. Di Kayangan Kita – Johari The – Keon - Dato’ Siti Nurhaliza
2. Di Taman Teman – Fauzi Marzuki – Hairul Anuar Harun – Dato’ Siti Nurhaliza
3. Dirgahayu – Radeen Sri – Hairul Anuar Harun – Ramlah Ram
4. Nafas Cahaya – M.Nasir – Loloq – Misha Omar
5. Zapin Suri – Pak Ngah – Siso Kopratasa – Haziq

10. Album Nasyid Terbaik – Artis/Produser

1. Allah Habeebi – Mawi
2. Istimewa Tiada Dua – Nice
3. Nasyid Nostalgia Memori The Zikir – Nazrey Johari
4. Nostalgia Nadamurni – Rabbani
5. Setia – Wildan

11. Lagu Nasyid Terbaik – Komposer/Penulis Lirik

1. Allah Habeebi – Farihin – Yasin – Mawi
2. Bila Nur Melimpah Di Hati – Asri Ibrahim – Ito Lara – Rabbani
3. Kemuliaan Al-Quran – Amin InTeam – Amin InTeam – InTeam
4. Serulah Namanya – M.Nasir – AD Samad – Mawi
5. Teman Hakiki – Ku Sham – Dr.Mohd Asri – Mawi

12. Album Rock Terbaik – Artis/Produser

1. Bongkar – Kristal – Kristal & Bong
2. Hujan – Hujan – Noh Hujan
3. Keamanan – Nrocinu – Mus May
4. Kembali – Butterfingers – Butterfingers/Faizal Shahrin
5. Modern Minimals Glamour – The Times – Gizmo Records

13. Lagu Rock Terbaik – Komposer / Penulis Lirik

1. 1000 Tahun (Mahu Hidup) – Loque – Loque – Butterfingers
2. Aurora – Estranged – Estranged – Estranged
3. Bila Aku Sudah Tiada – Noh Hujan – Noh Hujan – Hujan
4. Dugaannya – Noh Hujan – Noh Hujan – Hujan
5. Yang Pernah – Estranged – Estranged – Estranged

14. Album Pop Terbaik – Artis / Produser

1. Alyah – Alyah
2. Arus Qudus – Yassin
3. Harapan – Reshmonu
4. Misha Omar – Misha Omar
5. Percubaan Pertama – Aizat

15. Lagu Pop Terbaik – Komposer / Penulis Lirik

1. Cinta Adam Dan Hawa – Azmeer – Loloq – Misha Omar
2. Dingin – Azlan Abu Hassan – Azalea – Ziana Zain
3. Ketentuan – Azlan Abu Hassan – AD Samad – Ramlah Ram
4. Lagu Kita – Aizat Amdan – Aizat Amdan – Aizat
5. Sampai Di Sini – Ajai – Slen – Misha Omar

16. Lagu Hip Hop Terbaik – Komposer / Penulis Lirik

1. Bergerak – Johan Ishak, Ceza Mutyara, Khalid Kamal & Saiful Amri – Johan Ishak, Ceza Mutyara, Khalid Kamal & Saiful Amri - Joe Flizzow feat Joeniar Arief
2. Isabella – Johan Ishak, Iman Ishak & Search - Johan Ishak, Iman Ishak & Search – Joe Flizzow feat Hady Mirza
3. Mengapa Harus Bercinta ? – Johan Ishak, Terrytyelee & H ady Mirza - Johan Ishak, Terrytyelee & H ady Mirza – Joe Flizzow
4. Mantera Beradu – Malique, D’Navigator & M.Nasir – Malique & M.Nasir – Malique feat M.Nasir
5. OK – DJ Fuzz, Malique & Cat Farish – Malique & Cat Farish – Malique feat Cat Fabuloso

17. Album Inggeris Tempatan Terbaik – Artis / Produser

1. Dark Sun Big Rain – Karen Nunis Blackstone
2. President – Joe Flizzow
3. Remain Unknown – Estranged
4. Take Five with Juita Suwito at Avanti – Juita Suwito
5. Tapestry of Life – Shal Sagan

18. Lagu Inggeris Tempatan Terbaik – Komposer / Penulis Lirik

1. All Around My World – Johan Ishak & Ceza Mutyara - Johan Ishak & Ceza Mutyara – Joe Flizzow
2. Dances of The Spirit – Estranged – Estranged – Estranged
3. In No Time – Estranged – Estranged & Chow Ken Chung – Estranged
4. KL Streets – Malique & D’Navigator – Malique – Malique feat Lah
5. Marabahaya (International Version) – Pop Shuvit & Dandee – Samsol Nahar, Dandee, Moots, Daly, Thaitanium & Jamir Garcia – Pop Shuvit

19. Album Cina Tempatan Terbaik – Artis / Produser

1. Homely Life – Rynn Lim – Ryan Lim
2. Man Jiang Hong – Man Jiang Hong – Alex San
3. Meet to Listen – Cheng Lee – Cheng Lee
4. The Real Hou Ren – Hou Ren – Lee Nai Kong
5. Will Be Good – Will Ng – Cheng Lee, Will Ng & David Koon

20. Lagu Cina Tempatan Terbaik – Komposer / Penulis Lirik

1. He, She & Me – Cheng Lee – Cheng Lee – Cheng Lee
2. Man Jiang Hong – Alex San – Ah Guan – Man Jiang Hong
3. Missy Missy – Will Ng – Will Ng – Will Ng
4. Prisoner – Will Ng – Will Ng – Will Ng
5. Zhong Du – Alex San – Yap Kah Heng – Man Jiang Hong

21. Album India Tempatan Terbaik – Artis / Produser

1. Agarem – Agarem
2. Ethirrpaarkiren – Anbarasan & Anuratha
3. Veera Puranam – Chakra Sonic

22. Lagu India Tempatan Terbaik – Komposer / Penulis Lirik

1. Enna Venum – Coco Nantha – Coco Nantha – Agarem
2. Ethirrpaarkiren – Anbarasan – Divya Saraswathy – Anbarasan & Anuratha
3. Sottu Sotta Remix – Sundrra – Coco Nantha – Agarem
4. Sudum Mannil – Sundrra – Coco Nantha – No Entry
5. Tu Khendi She – Goldkartz – Arvinder Raina – Goldkartz feat Arvin

23. Lagu Bahasa Melayu Terbaik yang Dipersembahkan oleh Artis Luar Negara – Artis

1. Aku Dan Dirimu – Ari Lasso & Bunga Citra Lestari
2. Ayat-Ayat Cinta – Rossa
3. Bila Rasaku Ini Rasamu – Kerispatih
4. Matahariku – Agnes Monica
5. Menjaga Hati – Yovie & Nuno

24. Susunan Muzik Terbaik Di Dalam Lagu – Penggubah

1. Audi Mok – Pada Cintanya – Dato’ Siti Nurhaliza
2. Azlan Abu Hassan – Tiada Maaf – Danell Lee
3. Estranged – Aurora – Estranged
4. Fauzi Marzuki – Di Taman Teman – Dato’ Siti Nurhaliza
5. Sham Kamikaze – Bukan Mimpi – Farhan

Nota : Bertanda merah ada makna tersendiri.

Lagu Tugasan Minggu Ketiga Akademi Fantasia 7

Entri oleh sultanmuzaffar 23 March 2009 12 komen

PELAJAR WANITA
CLAUDIA - Lama Tak Jumpa (Zur Eda)
ZIZI - Ini Rindu (Farid Harja)
AISHAH - Mata ( Noorkumalasari)
RUBISA - Angan-angan (Raja Ema)
ISMA - Rambu Ramba (Nursheila Amin)
RINI - Seloka Cinta Remaja (Seha Freedom)

PELAJAR LELAKI
HAFIZ - Mat Disko (Sudirman)
AKIM - Anak Gembala (Sudirman)
YAZID - Pawana (Search)
QHAUD - Pilihlah Aku (Latif Ibrahim)
OBRI - Abang Beca (Broery Marantika)
ARIL - Andainya Aku Pergi Dulu (Alleycats)
SIDI - Hanya di Radio (Headwind)

Irama retro bakal berkumandang pada minggu ketiga musim ini. Saya mengaku saya tahu kesemua lagu yang akan dinyanyikan oleh pelajar minggu ini. Memang saya membesar dengan lagu-lagu tersebut.

Mungkin saya agak kecewa kerana penyanyi lagu-lagu tersebut memiliki lagu-lagu yang lebih popular berbanding lagu-lagu yang telah dipilih. Namun saya menganggap kalau bukan program realiti yang bernama Akademi Fantasia, orang akan terus melupakan lagu-lagu tersebut. Akademi Fantasia selaku program realiti paling popular di Malaysia menggunakan kuasa populariti mereka untuk mengingatkan sejarah muzik kita masa lalu. Satu pujian untuk mereka !

Jika anda di antara anda yang ingin cari lagu-lagu itu di Youtube jangan terkejut jika melihat kualiti video tersebut tidak seperti yang diharapkan. Mungkin juga anda menyangkakan yang anda telah dibawa ke zaman silam apabila menonton visual lewat era 70an dan 80an.

Kesemua lagu adalah lagu yang agak rancak dan moderate tempo, tiada lagu yang mendayu-dayu. Minggu ini sekali lagi seni persembahan pentas perlu dipraktikkan di atas pentas. Kalau masih kayu, kelas tarian perlu diberikan perhatian. Kalau masih sumbang, kelas vokal perlu diberikan perhatian.

Lagu-lagu yang mereka dapat wujud sebelum mereka semua lahir dan hanya menjadi kegemaran ibu-bapa mereka. Satu kelainan untuk kita lihat. Apakah akan ada pelajar yang mengamuk kerana mendapat lagu yang tidak popular. Minggu lalu kita dapat melihat Aril tidak begitu menyukai lagu Adam yang boleh saya sifatkan masih sebuah lagu yang agak terkini, ini kan pula terpaksa membawakan lagu Alleycats.

Sayang sekali saya tidak dapat menonton konsert minggu ketiga secara langsung kerana berada di Pulau Tioman.

Rupanya mereka melakukan undian untuk memilih lagu mereka. Hanya sekadar memilih nombor. Sama macam konsep main tikam-tikam. Peliknya mereka macam pernah dengar lagu-lagu yang dipilih untuk mereka.