Undilah

SULTANMUZAFFAR (26 Februari 2002 - sekarang)

Seorang blogger, pelayar internet, penyelam scuba dan penagih tegar televisyen dan Wii. Melihat seluruh dunia di laman blog menerusi kamera DSLR dan kacamata tebalnya (kadang-kadang kanta lekap).

Mengkritik tidak bererti menentang, menyetujui tidak semestinya menyokong, menegur tidak bermakna membenci, dan berbeza pendapat adalah kawan berfikir yang baik.

Trigger dan Kejutan Berkongsi Makna Yang Sama

Entri oleh sultanmuzaffar 18 April 2009 10 komen

Penyingkiran memang suatu yang pedih apabila pelajar yang membuat persembahan terbaik. Itulah yang berlaku sejak Akademi Fantasia musim pertama lagi. Konsert minggu keenam merupakan konsert berbadi apabila Rosma, Zarina, Aidil, Diddy, Rizal (oh tidak !) dan Mama Rina (oh tidak !) tersingkir di konsert minggu itu. Minggu keenam ini menyaksikan Qhaud tersingkir. Saya lebih suka sekiranya pelajar yang tersingkir beri persembahan terbaik seperti Qhaud kerana penyingkiran mereka bermaruah. Hasilnya pihak media yang hadir ke Sidang Media merasa senang dengan Qhaud, lebih-lebih lagi dengan imej Qhaud yang merendah diri membuatkan pihak media senang dengannya. Semoga Qhaud akan berjaya di dunia sebenar artis kelak.

Apa Yang Saya Suka Dengan Konsert Minggu Keenam Akademi Fantasia 7


1. Dua pelajar buat persembahan dahulu dan disusuli sesi kritikan. Saya suka dengan elemen tersebut kerana dapat meningkatkan lagi semangat pelajar untuk beri persembahan terbaik. Lebih memeritkan untuk seseorang pelajar apabila komen untuk pelajar saingannya lebih berbunyi positif. Saya harap ia akan diteruskan kerana ia baik untuk menaikkan semangat pelajar.

2. Koreografi tarian Menuju Puncak. Tidak puas rasanya melihat perubahan yang dilakukan setiap minggu. Saya nampak hasil kerja Cikgu Aris lebih kreatif yang mana menampilkan gerak pantas dan diselitkan gerak yang lebih lembut. Saya puas hati melihat hasil yang diberikan oleh pelajar dan tidak sabar untuk melihat hasil pada minggu hadapan.

3. Minggu bertema sesuatu yang menarik walaupun pada dasarnya ada program realiti lain telah melakukannya. Ia lebih baik untuk pelajar kerana diberikan saingan yang sama dan pelajar harus menggunakan kelebihan masing-masing untuk mencorakkan persembahan terbaik mereka.

4. Satu perubahan yang saya mahu lihat pada Akim ialah keselesaannya di atas pentas. Akim apabila mendapat lagu makanannya, dia akan beri persembahan yang hebat tetapi sebaliknya. Akim berjaya melarikan dirinya dari gerak-gerak stereotype seorang penyanyi lagu rock. Satu percubaan yang baik untuk minggu ini.

5. Persembahan pentas Aril sungguh hebat. Aril seorang yang kreatif dan berani menampilkan gerak-gerak yang luar biasa. Jika pada beberapa minggu terdahulu, Adlin bosan dengan gerak-gerak tipikal yang ditawarkan oleh Aril, sepatutnya minggu ini Adlin memuji Aril kerana menampilkan style nyanyian yang sangat berbeza berbanding sebelum ini. Syabas ! I want to see you more !

6. Kelebihan Hafiz apabila dia berjaya mempopularkan lagu-lagu biasa menjadi lagu luar biasa. Setiap minggu Hafiz menerima lagu yang tidak mesra di telinga penonton tetapi berjaya membawakannya dengan hebat. Diperhebatkan lagi apabila Hafiz mencipta style-style bersahaja dalam persembahannya.

7. Isma tampilkan style pentas yang berbeza berbanding minggu lalu. Saya suka dengan movement Isma minggu ini. Rock tetapi lebih bersopan dan seksi. Saya cuba untuk menyukainya, tapi gagal.

8. Walaupun Adlin tidak menyukai pakaian yang diberikan untuk Aishah namun saya amat menyukainya. Memang pakaian itu sesuai dengan Aishah. Kelas Kak Zai ! Saya juga nampak Aishah seorang yang kental dan mempunyai impian untuk menang. Persembahannya juga nampak peningkatan yang ketara berbanding minggu lalu. Penghayatannya right on the spot !

9. Saya kagum dengan kehebatan Man Kidal mencuri limelight dari Yazid. Kelebihan Yazid minggu ini ialah penghayatannya. Itu saja.

10. Saya kagum dengan semangat Qhaud yang mahu membuktikan kehebatannya. Persembahan pentasnya bagus juga persembahan vokalnya. Satu peningkatan yang mendadak. Pergerakan Qhaud di atas pentas ditampilkan dengan elemen-elemen style yang menarik. Syabas !

11. Ramai kawan-kawan datang ke konsert minggu ini. Walaupun sedikit panas minggu ini, tapi berbaloi ! Seronok dapat berbual dengan mereka selepas konsert tamat.

12. Saya melihat Cikgu Siti Hajar, Cikgu Fatimah dan beberapa tenaga pengajar menangis minggu ini. Setiap kali penyingkiran saya akan menoleh ke barisan tenaga pengajar terutamanya Principal. Saya sempat berbual dengan Chedd dan bertanya dia yang mana lagi penat, AF7 atau pun PGL ? Itulah sisi lain yang jarang dapat saya lihat kecuali di pentas PGL. Di Akademi Fantasia, air mata amat senang mengalir lebih-lebih lagi dari seorang Puteri.

13. AFUNDI10 sememangnya merupakan "ganja" yang paling ditakuti musim ini. Kalau 10 kali SMS dah 100 AFUNDI dihantar. Sepanjang tempoh konsert selama dua jam, saya sempat hantar 50 SMS.

14. Kedudukan undian selepas konsert menyaksikan yang penonton mengundi kerana faktor yang mereka rasa paling sesuai untuk pelajar yang mereka minat. Ada yang minat vokal, ada yang minat personaliti dan itu adalah lumrah AF. Walaupun Aril beri persembahan terbaik tetapi Isma, Hafiz dan Akim masih mendahului kedudukan. Ini membuktikan yang penonton sudah mula memikirkan siapa yang sepatutnya layak berada di Final AF7.

15. Pertarungan sebenar baru bermula dengan penyingkiran Qhaud. Perbezaan undian antara pelajar yang tinggal sangat dekat selepas undian ditutup. Ini bermakna sesiapa saja boleh tersingkir minggu lalu. Kekuatan jumlah peminat dan dibantu jumlah SMS menjadi penentu untuk minggu hadapan.

16. Saya seronok melihat permainan strategi pelbagai pihak dalam meningkatkan pelajar kesukaan masing-masing. Tidak kurang juga yang berniat untuk menjatuhkan pelajar lain. Itulah fenomena Akademi Fantasia yang tidak boleh dinafikan oleh sesiapa sahaja.

17. Kejutan untuk Aishah yang memaparkan cinta bersegi-seginya di dalam Akademi Fantasia. Ada cerita di sebaliknya, namun ia tidak sesuai diceritakan di sini. Saya biarkan penonton membuat penilaian sendiri.

18. Musim ini merupakan musim paling seronok sekali dan saya akan menulis satu artikel berkenaan Dunia Maya Akademi Fantasia. InsyaAllah dalam minggu ini akan siap. Untuk siapa ? Akan diberitahu kelak.

19. Perbezaan yang bagus dari segi kostum pelajar. Saya sudah nampak ciri-ciri bintang pada mereka. Syabas Kak Zai & team !

20. Sistem audio yang hebat ! Kepuasan tahap maksima apabila berada di Stadium Seri Putra ! Ambiencenya nyata sangat berbeza !

Apa Yang Saya Tidak Suka Dengan Konsert Minggu Keenam Akademi Fantasia 7

1. Persembahan pelajar minggu ini terpaksa terikat dengan elemen rock memandangkan itulah temanya. Beberapa pelajar masih terikat dengan gerak stereotype rock yang agak ketinggalan. Mereka perlu menjadi seorang artis yang kreatif untuk mencantikkan persembahan mereka.

2. Oleh kerana elemen rock dilihat keterlaluan, maka aspek vokal sering diketepikan. Contohnya Akim dan Hafiz. Namun persembahan pelajar diselamatkan persembahan dari kumpulan band jemputan.

3. Yazid merupakan salah seorang pelajar yang masih terperangkap dalam dirinya sendiri. Saya tidak tahu apa yang dia inginkan. Persembahannya agak tidak konsisten.

Persembahan Pelajar

Pusingan Pertama - Akim VS Aril : Pemenangnya ialah ARIL
Pusangan Kedua - Hafiz VS Claudia : Pemenangnya ialah HAFIZ
Pusingan Ketiga - Isma VS Aishah : Pemenangnya ialah AISHAH
Pusingan Keempat - Yazid VS Qhaud : Pemenangnya ialah QHAUD

Pelajar cemerlang pilihan saya minggu ini ialah ARIL (persembahan pentas) dan AISHAH (peningkatan berbanding minggu lalu)

Foto-foto yang diambil merupakan hak milik persendirian yang dirakamkan menggunakan Canon EOS 450D milik persendirian. Saya tidak mampu untuk men"spedo" jurufoto khas untuk AF7. Mungkin untuk Final, ya. Ops !! Fokus !! Fokus !!

LAGU BONUS - I Want To Break Free (Queen) / What I've Done (Linkin Park)



AKIM - Aurora (Estranged)






ARIL - Yang Pernah (Estranged)






HAFIZ - Pak Belalang (Kristal)






CLAUDIA - Keindahan Pantai (Kristal)






ISMA – Salah (Cokelat)






AISHAH - Segi Tiga (Cokelat)






YAZID - Ku Dihalaman Rindu (Lefthanded)






QHAUD - Seruan (Lefthanded)










Pilihan Transformasi sultanmuzaffar

ARIL - Yang Pernah (Estranged) 9/10
HAFIZ - Pak Belalang (Kristal) 8/10
QHAUD - Seruan (Lefthanded) 8/10
AISHAH - Segi Tiga (Cokelat) 7/10
ISMA – Salah (Cokelat) 7/10
AKIM - Aurora (Estranged) 6/10
LAGU BONUS - I Want To Break Free (Queen) / What I've Done (Linkin Park) 6/10
CLAUDIA - Keindahan Pantai (Kristal) 6/10
YAZID - Ku Dihalaman Rindu (Lefthanded) 5/10

Kedudukan pelajar sebelum konsert bermula :

PELAJAR dan PERATUSAN (%)

ISMA - 28
HAFIZ – 19
YAZID - 13
CLAUDIA - 11
ARIL - 10
AISHAH - 8
AKIM 8
QHAUD - 4

Kedudukan pelajar selepas undian ditutup:

PELAJAR dan PERATUSAN (%)

HAFIZ - 20
ISMA - 19
AKIM – 11
ARIL – 11
YAZID – 10
CLAUDIA - 10
AISHAH – 10
QHAUD - 9





Proton Exora Dilancarkan : Anda Pasti Terpegun

Entri oleh sultanmuzaffar 15 April 2009 3 komen

















Yang ditunggu akhirnya tiba untuk rakyat Malaysia. Sebuah MPV buatan Malaysia ! Proton Exora boleh didapati dalam dua varian - 1.6 liter automatic high-line dan 1.6 liter automatic medium-line yang dijual pada harga RM75,998.00 dan RM69,998.00 masing-masing. Murah sangat !

Transformasi Penampilan Claudia dan Aishah

Entri oleh sultanmuzaffar 14 April 2009 3 komen

Mungkin akan ada di antara peminat tegar Akademi Fantasia mahu pun yang tidak khatam ilmu agama dengan cukup akan menyelar tindakan menghantar Aishah dan Claudia ke Livingwell untuk membaiki gigi mereka. Namun saya menganggap ia merupakan satu kejutan transformasi yang paling besar setakat ini.

Saya pernah menonton Akademi Fantasia versi asal dari Mexico yang pernah melakukan yang sama. Bukan sekadar membetulkan gigi malah melakukan pembedahan plastik demi untuk mencantikkan wajah pelajar mereka.

Kerjaya yang pelajar-pelajar ini pilih iaitu sebagai artis memerlukan mereka kelihatan cantik. Tiada gunanya memenangi hadiah wang tunai bernilai 1 juta ringgit tetapi tidak menggunakannya ke saluran yang terbaik demi memastikan perjalanan karier seseorang artis lebih lancar. Apabila pihak Livingwell sudi membantu pastinya pihak Akademi Fantasia dengan tangan terbuka akan menerimanya.

Tindakan itu dilakukan semata-mata untuk mengubah penampilan mereka. Sepatutnya tidak timbul soal tidak bersyukur kepada Tuhan kerana mana tahu dengan penampilan terbaru mereka akan lebih bersyukur kepada Tuhan apabila rezeki mereka mencurah-curah di masa akan datang.

Ia sepatutnya dibuat lebih awal kerana ditakuti akan mengganggu persembahan pelajar namun kerana kos yang dikeluarkan berbaloi, kesakitan itu hilang. Orang kata kalau ada duit, semuanya boleh dilakukan dengan perkembangan teknologi yang ada sekarang.

Cuma jangan tersilap ubah atau pun melakukan perubahan yang keterlaluan. Kita sendiri sudah banyak melihat kesannya kepada artis masa kini. Ada yang ubah bentuk hidung (ehem), bedah mata, cucuk Botox untuk menegangkan kulit dan macam-macam lagi sehingga perubahannya sangat ketara sehingga tidak kena gaya seperti meletak bumper BMW pada kereta Proton.

Teknologi sekarang macam-macam boleh buat. Ada LASIK untuk mata, pelbagai teknologi untuk gigi dan macam-macam lagi. Cuma jangan salah guna, kelak merosakkan wajah sendiri. Namun saya puji keputusan yang dibuat oleh Fakulti terhadap Aishah dan Claudia yang dibuat semata-mata untuk kebaikan penampilan mereka.

Syabas !

Lagu Tugasan Minggu Keenam

Entri oleh sultanmuzaffar 13 April 2009 0 komen

PELAJAR LELAKI

HAFIZ - Pak Belalang (Kristal)
YAZID - Ku Dihalaman Rindu (Lefthanded)
QHAUD - Seruan (Lefthanded)
AKIM - Aurora (Estranged)
ARIL - Yang Pernah (Estranged)

PELAJAR WANITA

CLAUDIA - Keindahan Pantai (Kristal)
AISHAH - Segi Tiga (Cokelat)
ISMA – Salah (Cokelat)

LAGU BONUS

I Want To Break Free (Queen)
What I've Done (Linkin Park)


Teater "Air Con" yang menerima lapan pencalonan di 7th BOH Cameronian Arts Awards bakal dipentaskan kembali di Kuala Lumpur Performing Arts Centre tidak lama lagi.

Teater arahan aktivis teater Jo Kukathas dan Zalfian Fuzi itu menerima pencalonan dalam kategori Pengarah Terbaik, Penataan Cahaya Terbaik (Loh Kok Man), Rekaan Set Terbaik (Melissa Teoh), Muzik dan Audio Terbaik (WASP Studios), Kostum Terbaik (Shegar), Pelakon Utama Terbaik (Amerul Affendi), Pelakon Pembantu Terbaik (Ryan Lee Bhaskaran) dan Skrip Asal Bahasa Malaysia Terbaik (Shanon Shah).

Teater itu mengisahkan tentang pelajar sebuah sekolah elit, Sekolah Menengah Sultan Ahmad Tajuddin Mukarran Shah iaitu Chep (Amerul Affendi) dan Burn (Zahiril Adzim) yang juga merupakan pelajar terbaik di sekolah tersebut. Burn, anak emas sekolah itu bersahabat baik dengan Chep seorang pelajar senior yang digeruni pelajar lain baik di sekolahnya mahu pun di padang hoki.

Sekolah itu yang dihormati kerana pencapaian akademik serta rekod sukan yang cemerlang digemparkan dengan penemuan mayat seorang pelacur di trek keretapi berdekatan sekolah itu sekaligus membongkar dunia buli, jenayah seks dan keganasan yang berlaku di sekolah tersebut.

Dua sahabat baik, William dan Asif berhadapan dengan pelbagai laluan sukar menempuh alam remaja dipaksa untuk berhadapan dengan kesan akibat pembunuhan tersebut. Namun siapakah yang bertanggungjawab terhadap pembunuhan itu ?


Subteks teater itu sangat menarik untuk ditelah dan diterjemah. Dalam situasi politik yang semakin memuncak konfliknya, teater ini melihat kelompok kecil permasalahan remaja di sekolah dan mengingatkan kita agar tidak lupa apa yang berlaku di sekitar negara kita sendiri.

Air Con mencabar dan menyiasat budaya hipokrasi yang sering menjadikan remaja sebagai kambing hitam di waktu-waktu genting. Ditulis oleh Shanon Shah, juga pemenang anugerah Persembahan Vokal Lelaki Terbaik Di Dalam Album AIM dan diarahkan oleh Jo Kukathas dan Zalfian Fuzi, teater ini menampilkan pelakon-pelakon hebat seperti Amerul Affendi, Dara Othman, Firdaus Che Yahaya, Hazarul Hasnain, Nick Davis, Ryan Lee Baskaran dan Zahiril Adzim (Kami The Movie) serta dibantu oleh Nam Ron (aktivis teater terkenal), Chew Kin Wah dan Naa' Murad.

Saya berpeluang menyaksikan sesi latihan teater ini minggu lalu dan pastinya tidak sabar untuk menontonnya buat kali yang ke entah berapa kali. Ulasan {SPOILER ALERT} pementasan musim pertama {SPOILER ALERT} telah pun saya tulis di blog ini. Jika anda berhasrat untuk menonton teater ini, pastikan anda membeli tiket dengan segara.

Teater ini akan dipentaskan mulai 15 hingga 19 April 2009 pada pukul 8.30 malam (Khamis hingga Sabtu) dan persembahan petang pada pukul 3 petang (Sabtu dan Ahad).

Tiket berharga RM47 dan RM27 untuk pelajar dan warga emas dengan ID)

Namun demikian, persembahan pada 19 April merupakan Malam Persembahan Amal yang mana tiket menyaksikan pementasan itu boleh dibeli dengan derma minima RM100. Sila hubungi 017-871 6802 untuk maklumat lanjut.

Anugerah Bintang Popular baru saja selesai. Tidak mahu bercerita panjang lebar berkenaan perjalanan acara mahu pun persembahan kerana tidak banyak yang boleh diperkatakan. Melihatkan kepada kemenangan Nabil sebagai Bintang Paling Popular sebenarnya sudah diduga. Popularitinya melonjak tinggi sejak memulakan jejaknya di dalam program realiti Raja Lawak Astro. Walaupun ada yang cuba menafikan yang Nabil sebenarnya lahir dari program itu, ia adalah satu hakikat yang sukar untuk dinafikan. Hakikat itu walaupun pahit harus ditelan.

Sepanjang saya mengenali personaliti-personaliti yang dilahirkan dan dibentuk oleh Astro, tidak pernah saya mendengar mereka melupakan asal-usul mereka. Begitu juga yang saya harapkan dilakukan oleh Nabil. Mentor saya di Astro AWANI iaitu Suhaimi Sulaiman dan juga mentor hiburan saya di Astro iaitu Aznil Haji Nawawi pastinya tidak pernah melupakan dari mana asal-usul mereka.

Astro bijak melahirkan tetapi bagaimana dengan usaha membentuk bakat dan personaliti yang dilahirkan ? Tiga daripada calon teratas dalam kategori Bintang Paling Popular dilahirkan atau pun dibentuk menerusi Astro. Ini bermakna sebanyak 201,468 undian pembaca daripada 242,928 undian pembaca adalah untuk personaliti yang dilahirkan atau pun dibentuk menerusi Astro. Pembaca Berita Harian tersebut yakin dengan produk yang dilahirkan atau pun dibentuk menerusi Astro walaupun cerita yang tersiar tidaklah semuanya yang manis.

Jumlah Undian Bintang Paling Popular 2008

1-NABIL 127,524
2-MAWI 55,080
3-DATO SITI NURHALIZA 29,676
5-AZNIL NAWAWI 18,864
4-MEET UNCLE HUSSEIN 11,784

Apakah langkah seterusnya yang harus difikirkan selepas mereka ini dilahirkan ? Sememangnya bukan sesuatu yang mudah untuk membesarkan seorang bayi, apatah lagi membentuk mereka untuk terus mengekalkan apa yang mereka miliki sekarang.

Jika tidak dididik atau pun dijaga dengan betul, tidak mustahil akan ada yang beralih arah. Bukan sesuatu yang mustahil kerana pemenang bagi beberapa kategori seperti pengacaraan televisyen dan perantara radio telah membuktikannya.

Kita pernah menguasai televisyen dan radio tetapi sejak setahun dua yang lalu, kita telah gagal untuk mengekalkan populariti itu di radio. Jika tidak dikawal dengan baik, pasti satu hari nanti kita juga akan terlepas genggaman kuasa di bidang televisyen.

Akademi Fantasia masih kekal relevan dan buktinya Juara AF musim keenam memenangi kategori Artis Baru Wanita Popular, walaupun tewas dalam kategori Penyanyi Wanita Popular yang terus didominasi oleh Datuk Siti Nurhaliza untuk kali kedua belas berturut-turut.

Dalam keadaan industri hiburan yang semakin tenat dan ini telah dibuktikan dengan kesuraman perjalanan majlis sebentar tadi, program realiti masih merajai pencalonan. Raja Lawak Astro terus berjaya menarik minat penonton dan hasilnya Nabil muncul sebagai pemenang besar malam itu. Nabil yang dicop seperti Mawi dalam Raja Lawak Astro berpeluang untuk memegang takhta tersebut beberapa tahun sekiranya dia tahu apa yang dia mahukan.

Bersediakah kita untuk membentuk jalan personaliti yang ada ke arah jalan yang lebih terancang perjalanannya ? Atau bersediakah kita untuk melihat mereka memilih jalan sendiri ? Lahir dan bentuk lebih baik dari lahir dan abai.

Senarai Pemenang ABP 2008

Bintang Paling Popular - Nabil
Pelakon Filem Lelaki Popular - Que Haidar
Pelakon Filem Wanita Popular - Maya Karin
Penyanyi Lelaki Popular - Mawi
Penyanyi Wanita Popular - Datuk Siti Nurhaliza
Pelakon TV Lelaki Popular - Rosyam Nor
Pelakon TV Wanita Popular - Dynas
Penyanyi Berkumpulan/Duo Popular - Meet Uncle Hussein
Artis Nasyid Popular - Rabbani
Artis Komedi Lelaki Popular - Nabil
Artis Komedi Wanita Popular - Norkhiriah
Artis Baru Lelaki Popular - Nabil
Artis Baru Wanita Popular - Stacy
Pengacara TV Lelaki Popular - Aznil Nawawi
Pengacara TV Wanita Popular - Fara Fauzana
Penyampai Radio Lelaki Popular - Faizal Ismail
Penyampai Radio Wanita Popular - Fara Fauzana
Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat - Jamal Abdillah