Perdana Menteri Malaysia letak jawatan ? Seronok aku tengok sarkis live on Astro semalam. Jarang dapat tengok sarkis live on TV. Kekadang seronok gak. Tapi yang pasti selepas PM kembali dari bercuti mesti beliau akan announce perletakan jawatannya secara rasmi. Itu sudah pasti.
Sebelumnya aku pergi ker Chow Kit dengan Yusof dan Zul. Kitorang pergi makan dekat satu kedai jual Mee Sup. Sedap pulak mee sup kat situ. Aku mesti datang lagi. Lepas tu kitorang pergi tempat jual jamu. Aku try 2 bungkus. Aku tak lalu nak habiskan. Effect ke atas aku lambat jugak. Pagi tadi baru terasa.
Pagi Ahad macam biasa aku baca surat khabar. Penuh paper muka badut tengah buat lawak. Ada yang menangis, ada yang menjerit, ada yang buat mulut senget (Metro Ahad - Rafidah Aziz). Aku nak buat kerja sikit. Untuk presentation hari Rabu ni. Esok kena siap untuk hantar photocopy. Molar bands aku tercabut satu. Berdenyut-denyut gigi geraham aku. Aku kena call Dr esok untuk tanya effect tu.
Berita dari Corporate Planning betul-betul menggembirakan aku. Aku seronok dengar news tu. Aku dan rakan-rakan sudah boleh kembali semula ke dunia asal. Hati aku kembali tenang. Keputusan telah dibuat. Kerja-kerja perlu disiapkan dalam waktu pejabat sahaja. Kecuali jika dengan kerelaan hati. Berita dari Project Manager itu betul-betul menyejukkan hati aku, walaupun aku sebenarnya masih tidak puas hati dengan workflow kerja ini.
Mood aku memang tak baik hari ni. Sejak semalam. Aku blah dari office pukul 9 malam. Aku boring buat kerja gila tuh. Tak bawak kemana. Aku jumpa Project Manager pagi tadi. Aku cerita. Tapi tak cerita detail pasal aku telah diarahkan supaya tidak cerita dengan orang lain. AKu dapat rasakan hidup & pekerjaan aku sedang dikawal oleh seorang diktator. Aku memang tidak suka ada orang lain control hidup aku secara paksaan. Aku bosan. Aku boleh contribute something jika ditukar ke department lain.
Aku gi Imbi Plaza kejap tadi. Best gila plak ronda-ronda situ. Carik joystick & Force feedback steering. Tak ler mahal sangat. Murah jer. Aku mungkin pergi lagi nak beli digital camera & computer speaker surround system.
Aku pergi tengok wayang kejap tadi kat KLCC dengan Jinggo, Ina & Zul. Cerita tah hapa-hapa tah. Birthday Girl. Boring giler. Sampai tertidur aku dalam panggung wayang. Ina pulak cam pompuan lalok baru lepas makan ubat batuk. Budak-budak yang pergi Pulau Pemanggil banyak yang demam. Kesian pulak aku tengok.
Aku banyak kerja yang perlu dibuat tapi semuanya perlu tunggu greenlight dari MIT. Banyak perkara yang perlu dibincang dengan diorang ni. Esok aku perlu siapkan equation untuk brake & suspension simulation to be put inside the blockset. Lepas tuh kena integrate dengan excel.
Dia tak jadi datang KL malam ni. Jadi aku ikut plan aku untuk gi tengok wayang pukul 9 malam. Aku nak tengok citer ET.
Lepas meeting kul 12 tengahari tadi aku dapat kerja yang perlu aku selesaikan. Banyak kepada engineering report dalam excel format real-time. Perbincangan telah pun dibuat dengan beberapa insitusi pengajian luar negara untuk menjadikan projek ini satu realiti. Tak perlu aku sebutkan nama insititusi tersebut kerana pastinya satu dunia tahu kewujudan institusi tersebut. Yang pastinya sokongan dari institusi tersebut pastinya menjadikan projek ini satu kenyataan dalam penhasilan "cutting-edge application".
Aku hairan, hari ini aku menerima kunjungan yang banyak dari server sebuah pusat penyedia servis internet. Aku pun hairan. Adakah aku juga menerima tempias dari peristiwa semalam ?
Pusat Komputer, UM
Lembah Pantai
59100 Kuala Lumpur
KUALA LUMPUR
Malaysia
Mereka ini merupakan antara pembaca jurnal aku. Tapi aku tak pernah tahu kewujudan mereka. Mereka datang dari seluruh pelusuk dunia. Ada beberapa IP yang aku rahsiakan kerana mereka kawan rapat aku. Tapi yang pastinya aku curious nak tahu sapa yang datang dari University of Manchester ni dan seorang dari Amerika Syarikat.
SINGAPORE CABLE VISION LTD
SINGAPORE CABLE NETWORK PROVIDER
Singapore
Manchester Computing
University of Manchester
Oxford Road
Manchester M13 9PL.
Pusat Komputer UPM
Universiti Pertanian Malaysia
43400 Serdang, Selangor
Telekom Multimedia of Telekom Malaysia Berhad
Telekom Exchange II, Jalan Lingkaran Fauna
63000 Cyberjaya, Selangor, MALAYSIA
Binariang Berhad
Telco provider in Malaysia
Telekom Malaysia Berhad
1st Floor, Kelana Parkview Tower,
Jalan SS6/2, Kelana Jaya,
47301 Petaling Jaya,
Selangor, Malaysia
Universiti Utara Malaysia
Pusat Komputer
Universiti Utara Malaysia
06010 Jitra Kedah
Jabatan Telekom Brunei
Ministry of Communication
Old Airport Berakas
Bandar Seri Begawan BB3510
Brunei Darussalam
Crescent Network (Terengganu) Sdn Bhd
No 108 Kuala Ibai
KM 8 Jalan Sultan Mahmud
20400 Kuala Terengganu Terengganu
Malaysia
2440 Research Blvd
Rockville, MD 20850
United States
Performance Calculator
Aku jumpa site ini untuk tujuan research aku. Site ni bagus pasal aku kena buat GUI untuk project ni. Boleh guna kesemua features yang ada.
Dah lewat sangat. Aku mengantuk. Aku dah hampir dapat solution untuk GUI. Guna Excel jer + sikit programming. Banyak contoh aku dapat dari surfing. Aku nak tidur.
Aku mengantuk sangat. Pukul 1 aku dah tertidur atas kerusi. Hassan suruh aku masuk tidur dulu. Jangan tidur atas kerusi. Aku bangun pukul 8 pagi tadi. Pagi ini aku kena cari maklumat pasal Open Source. Lagi satu benda baru yang aku kena explore.
dear all,
this is my problem scenario,
you're running *your* program. you have an excel file loaded in the
backgound (or in another open window). you need a *third* process
open and running that is constantly monitoring the joystick position
(x, y and z). at whatever time interval you define, it feeds the x y
and z values to the open excel spreadsheet *as they occur* so that
excel can plot the data in real time.
i have joystick connected & now need the data to be in excel. most
probably the solution will be in VBA macro.
can anyone help ?
TQ
muzaffar
Malam ni aku kena stay kat office sampai pukul 8 malam. Ada orang datang nak tengok. Aku nak gi Citibank kejap. Tak pun nak ambik baju kat rumah.
Aku gunting rambut pagi tadi. Nekad. Dah lama aku tak gunting rambut. Sayang jugak rambut panjang ni. 6 bulan aku simpan. Tapi tak pe. Aku suka rambut pendek ni.
Aku mengantuk. Aku nak tidur sekejap. Aku tak cukup tidur. Aku letih. Mata aku dah merah. Telinga aku dah panas. Tambah panas bila kena marah pagi-pagi buta.
Perkara utama dalam ProjectX ialah 3D Catalog dan Simulation and Analysis. Itu yang paling utama. Untuk melengkapkan dan memberi nilai kepada 3D Catalog tentulah dengan adanya Simulation and Analysis. To add value to the 3D Catalog. Sekarang ini 3D Catalog hampir 80% siap. Tinggal Simulation and Analysis. The most difficult parts.
Dah pun hari Ahad. Apa yang aku kena buat belum lagi dapat penyelesaiannya. Presentation esok hari Isnin. Project Owner pun cakap bahagian aku yang paling susah. Semalam dah dapat sikit solution tapi masih belum complete. Sekurang-kurangnya dah lepas tembok pertama dan kedua. Semalam Project Owner jumpa aku, dia bagitahu pasal the whole project. Dia minta aku faham semua berkenaan project tersebut. Dari A hingga Z. Semalam, seolah-olah dia bagi amanah kepada aku sebagai ketua untuk kumpulan project ini. Kenapa pemahaman aku terhadap project ini penting adalah kerana nanti Project Owner ini akan balik semula ke UK. Oleh itu pemahaman aku amat penting supaya perhubungan komunikasi antara kumpulan di Malaysia dengan dia dapat dikurangkan ke tahap seminimum yang mungkin. Oleh itu semua masalah dan jalan penyelesaiannya mesti dibuat oleh aku. Kadang-kadang CEO ini gila jugak. Project begini besar dia suruh aku lead. Dah le experience untuk project ini tak da.

