Undilah

SULTANMUZAFFAR (26 Februari 2002 - sekarang)

Seorang blogger, pelayar internet, penyelam scuba dan penagih tegar televisyen dan Wii. Melihat seluruh dunia di laman blog menerusi kamera DSLR dan kacamata tebalnya (kadang-kadang kanta lekap).

Mengkritik tidak bererti menentang, menyetujui tidak semestinya menyokong, menegur tidak bermakna membenci, dan berbeza pendapat adalah kawan berfikir yang baik.
Entri oleh sultanmuzaffar 06 August 2005 0 komen

Konsert 08 AF3

Konsert Kemuncak Akademi Fantasia : Mawi Menuju Kejayaan !
Sememangnya tiada kejutan konspirasi yang diwar-warkan akan dilakukan oleh Astro untuk menghalang Mawi dari terus menuju puncak kejayaan. Konsert Kemuncak Akademi Fantasia 3 membuktikan Mawi sememangnya layak dinobatkan sebagai Juara pilihan pengundi SMS yang telah dibuat selama 10 minggu berturut-turut. Secara keseluruhan, konsert ini merupakan konsert yang agak hambar bila mana keputusannya sudah boleh diduga sejak awal minggu. Berdasarkan trend undian pada awal minggu menyaksikan saingan sengit antara Felix dan Mawi yang sering berubah-ubah kedudukan tempat teratas sehinggalah sebelum bermulanya persembahan konsert tersebut. Laungan Marilah Menuju Kejayaan yang selama ini dilaungkan oleh Mawi anak seorang peneroka yang pada awalnya bercita-cita untuk menjadi Bilal telah pun bertukar kepada Menuju Puncak oleh para peminatnya yang mahu melihat beliau berjaya sebagai bintang besar seni suara di Malaysia. Anda telah melaksanakan tanggungjawab anda dengan cemerlang untuk menjadikan impian pemuda dari Kulai Johor ini satu realiti. Kini Mawi telah pun berjaya !

Pengenalan Diri
Segmen pengenalan empat finalis Akademi Fantasia dibuat dalam keadaan yang hambar tanpa muzik iringan seolah-olah hilang gemerlapan bintang mereka. Mereka turun meniti anak-anak tangga dari pentas hidraulik secara kosong dan hanya diiringi dengan laungan dan sorakan para peminat mereka. Barisan pemuzik orkestra yang ada tidak dipergunakan sepenuhnya.

Pengkritik Profesional
Seperti yang semua sedia maklum, Kudsia Kahar kekal sebagai Pengkritik Tetap untuk kali terakhir di Akademi Fantasia 3. Menurutnya ini merupakan Konsert Akademi Fantasia yang terakhir akan disertai oleh beliau. Manakala Adlin Aman Ramlie dan Syafinaz merupakan pilihan panel pengkritik yang tepat untuk Konsert Kemuncak edisi tahun ini. Apa kata sekiranya tahun hadapan sekiranya kedua-dua mereka ini dilantik pula untuk menjawat jawatan Tenaga Pengajar untuk Kelas Teknikal Vokal dan Seni Persembahan. Mereka telah menunjukkan trek rekod yang baik pada musim ini.

AFVOKAL
Saya agak terkilan kerana anugerah ini diperkenalkan dengan tujuan untuk mengaut keuntungan semata-mata. Saya juga agak terkilan apabila mereka hanya diadili berdasarkan persembahan mereka yang terdahulu. Adalah lebih baik sekiranya setiap daripada pelajar yang tercalon berpeluang untuk membuat persembahan pada Konsert tersebut agar mereka boleh dinilai dengan lebih objektif oleh para peminat mereka. Ya benar kemunculan sepuluh bekas pelajar Akademi Fantasia di awal Konsert akan menyebabkan konsert seperti anti-klimaks. Sememangnya Konsert Kemuncak edisi tahun ini sudah anti-klimaks sejak minggu ke sembilan lagi. Lebih mengejutkan apabila tiada persembahan pertemuan semula dilakukan di penghujung konsert sekaligus menyebabkan saya terkilan lagi. Pemenangnya ialah Mawi yang telah diumumkan di akhir konsert. Sebaliknya saya lebih suka untuk memilih Idayu. Sekiranya penglibatan juri profesional diambil kira tentunya keputusan lebih berbeza. Setidak-tidaknya keputusan ditentukan melalui 60% undian juri dan 40% undian SMS adalah lebih keputusan yang lebih berkualiti. Sudah rezeki tidak ke mana, satu jawapan escapism yang cuba digunakan untuk menolak sebarang hujah yang cuba menyangkal populariti Mawi.

AFBAIK
Tidak cukup dengan AFVOKAL, sekali lagi AFBAIK menjadi taruhan untuk Astro sekali lagi mengaut keuntungan berganda. Cubaan yang pada mulanya bertujuan untuk memecahkan undi Mawi nyata tidak menjadi. Sekali lagi kemenangan berpihak kepada Mawi. Saya mengharapkan Amylea menang dengan kategori ini. Melalui klip awal yang boleh dinilai oleh para peminat menunjukkan Marsha dengan lagu Destiny, Mawi dengan lagu Oh Fatimah, Amylea dengan lagu Don't Know Why dan Felix dengan lagu Aku Semut Merah. Saya benar-benar terkejut apabila Oh Fatimah terpilih. Apakah itu persembahan terbaik Mawi ? Saya lebih suka sekiranya Pupus terpilih untuk penilaian penonton.

Persembahan Pelajar : Pusingan Pertama
Konsert 10 AF3

Felix - Kuda Ku Lari
Sebuah persembahan yang biasa daripada Felix. Felix hilang separuh dari jiwanya pada minggu-minggu terakhir di Akademi Fantasia. Pilihan lagu walaupun ada yang menyifatkan seakan konsfirasi ke tas Felix, saya tidak menganggapnya sedemikian. Ini antara cabaran yang harus dilalui oleh Felix. Seperti kata Kudsia, Sham Kamikaze telah menaruh sepenuh kepercayaan kepada Felix untuk memberikan nafas baru kepada lagu tersebut dan secara tidak langsung khazanah muzik tempatan semakin berkembang. Saya melihat persembahannya dari sudut positif ke arah perkembangan industri muzik tempatan. Seperti musim-musim sebelum ini, kita pernah mendengar lagu Mentera Semerah Padi di R&B kan dan nyata tetap menjadi pilihan Kaer untuk didendangkan selagi ada permintaan dari peminatnya. Lama-kelamaan, muzik baru lagu tersebut akan dapat diterima peminat. Bersabarlah. Seperti lagu-lagu Tan Sri P.Ramlee yang dijazzkan oleh Sheila Majid dan ternyata sehingga kini ia masih segar bukan sahaja kepada generasi lama malah generasi baru. Mungkin satu hari nanti lagu Kuda Ku Lari ini akan terus diminati oleh anak-anak kita walaupun ia bukan versi asal tetapi pelbagai versi setelah melalui pelbagai proses transformasi zaman.

Dalam setiap persembahan Felix, upacara menarik suara adalah satu upacara ritual yang sentiasa kita ingin dengar. Sumbang, mendatar atau sempurna hasilnya ! Dalam lagu Kuda Ku Lari, teknik pernafasan memainkan peranan yang penting dalam beliau melaksanakan tugasnya. Ada empat kali beliau harus menarik nafas panjang. Saya melihat Felix agak tertekan dengan persekitarannya. Persembahan pentasnya tidak sehebat Hukum Karma tetapi jika dinilai dari aspek vokal, lagu ini lebih baik. Beliau banyak mengawal pergerakannya.

Konsert 10 AF3

Amylea - Ku Berserah
Apakah gunanya ada buaian jika sekadar untuk menjadi tempat duduk. Lebih sesuai jika digunakan Turkish Chair yang nampak jauh lebih elegan dan eksklusif. Buaian tersebut juga tidak dipergunakan sepenuhnya oleh Tenaga Produksi. Amylea boleh dibawa terbang sekiranya mahu tetapi memikirkan aspek keselamatan tentunya cadangan tersebut ditolak mentah-mentah. Sekiranya berlaku sesuatu yang di luar dugaan nanti akan wujud pula cerita-cerita konspirasi baru yang sudah semakin kronik penyakitnya dalam diri masyarakat Melayu khasnya.

Lagu Ku Berserah merupakan lagu terbaik dari Adnan Abu Hassan pada Konsert Kemuncak musim ini. Sekiranya dibandingkan dengan lagu Dambaan Pilu dan Cinta Seorang Teman, lagu ini masih agak terkebelakang. Hanya aura dari Amylea yang mampu mengangkat lagu ini untuk menjadi sebuah lagu popular.

Penghayatan Amylea untuk lagu ini juga semacam tersekat-sekat kerana pergerakannya yang terbatas angkara buaian tersebut. Saya dari awal kurang menggemari persembahan duduk di atas buaian tersebut. Amylea tidak dapat memberikan pose-pose menarik untuk melengkapkan showmanship persembahannya. Momentum persembahannya mula memuncak apabila beliau bangun dari buaian tersebut. Saya akui mesej lagu tersebut dapat juga sampai kepada saya walaupun dalam pergerakan Amylea yang agak terbatas. Persembahan nyanyiannya agak biasa dan Amylea harus bijak untuk mencari serta mencipta dinamik dalam lagu tersebut. Beliau harus berani mengambil risiko untuk memberikan kelainan kepada setiap rangkap lagu tersebut.

Konsert 10 AF3

Marsha - Manusia
Saya suka persembahan ini kerana saya fanatik Sheila Majid. Saya menyukai dengan susunan lagunya yang lebih ke arah latin. Sama seperti komen saya terhadap lagu Kuda Ku Lari, lagu ini juga perlu diberi nafas segar untuk terus subur dalam industri muzik tempatan. Bermula dengan versi Puan Sri Saloma dan melalui proses tranformasi moden ke zaman Sheila Majid dan kini kembali segar di tangan Marsha. Nescaya melodi lagu ini akan terus mekar sampai bila-bila. Bayangkan sekiranya lagu ini dikekalkan susunan muziknya sama seperti yang terdahulu tentunya Marsha akan terikat dengan gaya-gaya penyanyi asalnya. Kemunculan Sheila Majid ke Akademi Fantasia banyak membantu Marsha untuk mencari identiti dirinya dalam lagu tersebut.

Saya merasakan Marsha telah berjaya membawakan lagu ini dengan baik sekali. Saya terpegun seketika dengan persembahan pentasnya yang boleh saya sifatkan penuh dengan attitude untuk mengajak penonton untuk sama-sama mengikuti pesanannya dalam lagu tersebut. Mungkin kerana elemen auranya masih belum cukup untuk menggerakkan penonton untuk turut sama terbuai dalam lagu tersebut. Bagi yang fanatik seperti saya, ia sudah cukup baik untuk membuatkan saya sama-sama menghayati lagu tersebut. Satu yang kurang dalam persembahan Marsha apabila beliau masih was-was untuk mempraktikkan ajaran dari Sheila Majid untuk dengan berani mengajak penonton menyanyi bersamanya. Ini berbeza apabila beliau melakukannya di dalam persembahan ringkas di Imbasan Finale Akademi Fantasia.

Saya melihat Marsha sedikit berkeyakinan di pentas dengan lagu ini lebih-lebih lagi apabila berlaku kesilapan. Nampak benar wajahnya terganggu dengan kesilapan tersebut. Saya melihat Marsha mampu untuk pegi lebih jauh dengan lagu-lagu yang memerlukan attitude seksi seperti lagu ini. Aset yang dikurniakan itu boleh digunakan untuk terus popular asalkan tidak diselubungi dengan kontroversi-kontroversi busuk seperti yang melanda sepupunya. Marsha harus belajar dari kesilapan sepupunya, Linda. Aset dan bakat perlu bergerak selari dan seimbang dan jangan terlalu dibayangi elemen-elemen kontroversi yang lemau dan akhirnya memakan diri sendiri.

Konsert 10 AF3

Mawi - Seroja
Mawi hilang di sebalik kelibat Koir Kebangsaan sehingga degupan jantung para peminatnya ternanti-nanti kemunculan. Hilang beliau dalam bayangan mereka. Nampak tidak outstanding ! Susunan lagu ini tidak banyak bezanya dengan susunan lagu nyanyian jamal Abdillah. Maka secara tidak langsung tidak begitu menyerlahkan keupayaan sebenar Mawi dalam mempelbagaikan lagi bakatnya. Susunan muzik hanya ditambah mengikut keperluan muzik Koir Kebangsaan dan diadun dalam muzik orkestra. Sekiranya Kuda Ku Lari boleh dirockkan, maka Seroja boleh dipelbagaikan kepada muzik keroncong, R&B atau pun apa-apa genre muzik yang ada. Sedikit terkilan.

Saya harus akui persembahan vokal Mawi semakin menyerlah sekiranya mendapat lagu yang sesuai dengannya. Beliau belum dicabar dengan lagu-lagu yang jauh lari dari identitinya. Yang menjadi kekaguman saya, beliau nampak tidak tertekan dengan sokongan penonton dan masih menganggap persembahan di Konsert Kemuncak sama seperti persembahan biasa sahaja. Itulah kelebihan beliau apabila berjaya mengatasi tekanannya dengan cemerlang dan bertindak selamba sahaja. Kesilapan-kesilapan pada awal-awal kemunculannya ditebus dengan baik pada setiap minggu. Peningkatannya tidak mendadak tetapi naik dengan seimbang dari minggu ke setiap minggu. Kesilapan lupa lirik, tempo, melodi telah berjaya diatasi sedikit demi sedikit. Berbeza dengan Marsha dan Felix yang semakin tidak konsisten dan dibelenggu masalah-masalah yang telah dibaiki oleh Mawi.

Penghayatan beliau untuk lagu Seroja berjaya menusuk kalbu. Bantuan Koir Kebangsaan menyerlahkan lagi elemen unik dalam persembahannya. Sekiranya Atie mendapat Koir Classicom dan tidak memanafaatkan kehadiran mereka, sebaliknya oleh Mawi. Mawi telah menggunakan segala kelebihan bersama Koir Kebangsaan untuk memberikan persembahan yang lebih gah dari sudut emosinya. Mesej lagu sampai dengan jelas angkara lontaran vokalnya yang mantap. Tahap keyakinannya adalah sederhana tetapi kesederhanaan itulah yang telah menyelamatkannya dari membuat pelbagai macam kesilapan.

Ranking Pusingan Pertama
Mawi - Seroja
Amylea - Ku Berserah
Marsha - Manusia
Felix - Kuda Ku Lari

Pusingan Kedua
Konsert 10 AF3

Felix - Warkah Berlagu Pilu
Sebuah lagu yang sepatutnya menjadi lagu yang sedap di Konsert Kemuncak menjadi sebuah persembahan yang hambar dari Felix. Saya semakin gusar melihat perkembangan bakatnya di minggu-minggu terakhir beliau di Akademi Fantasia. Beliau semakin jauh tersasar. Bermula dengan klip Diari yang menyatakan bagaimana beliau tidak sukakan lagu tersebut sehinggalah kepada sessi latihan terakhir beliau di hadapan Tenaga Pengajar. Beliau tidak menunjukkan daya usaha yang gigih untuk melawan cabaran tersebut. Berbalik kepada soal sikap. Jika Mawi boleh berjaya dengan kesederhanaannya, Felix sewajarnya mengikut gaya Mawi. Kesederhanaan yang ada dalam Felix pada minggu-minggu awal di Akademi Fantasia tidak berjaya dibawa ke minggu-minggu seterusnya. Kelalaian tersebut meragut banyak aspek dalam persembahannya.

Apakah Akma menjadi punca hilangnya fokus Felix ? Ia adalah satu yang sukar untuk saya jawab kerana saya sendiri tidak tahu kebenaran cerita-cerita tersebut. Apakah corak persembahan Felix akan menjadi lebih baik sekiranya Akma ditampilkan lebih awal untuknya ? Apakah penghayatan Felix serta tumpuannya akan diberikan seratus peratus sekiranya beliau mendapat kembali separuh daripada jiwanya yang telah dicuri oleh Akma ? Terlalu banyak misteri yang belum terjawab. Apakah saya harus meletakkan kesalahan Felix di bawah nama Akma ? Tentunya sesuatu yang tidak adil. Walau bagaimana sukarnya kehidupan Felix di minggu-minggu terakhir tidak sewajarnya dijadikan alasan untuk membuat kesilapan.

Sesuatu yang menarik tentang persembahan Felix apabila kemunculan Akma di atas pentas bersamanya walaupun hanya sebentar. Bagaimankan Prince Charming dan Cinderella mereka sepasang dan sedondon di atas pentas.Renungan Felix kepada Akma yang tertunduk sambil tangannya diletakkan di dada Felix. Dada saya pula yang bergoncang. Fanatik JU lah tuh ! Jelas terbayang wajah-wajah Jiwang United yang tersenyum simpul, hati mereka berbunga menantikan saat tersebut. Akhirnya ia menjadi kenyataan.

Saya tertarik dengan komen Syafinaz tentang key untuk lagu tersebut. Ya benar, pencipta lagu tersebut serta penyusun muzik untuk lagu tersebut berkeyakinan besar Felix mampu membawakan lagu tersebut dalam nada asalnya dengan baik. Percubaan untuk mencuba sesuatu yang di luar kemampuan penyanyi juga seakan boleh meranapkan peluangnya untuk terus menyerlah. Sekiranya dinilai dari aspek teknikal, tentunya Cikgu Siti Hajar juga berasa yakin dengan kebolehan vokal Felix tetapi sayangnya teknik-teknik yang diajar tidak dipraktikkan dengan berkesan. Bukan sahaja untuk Felix tetapi untuk semua pelajar dan kekecewaan tersebut telah diluahkan oleh Cikgu Siti Hajar dalam Diari Akademi Fantasia. Lagi satu nasihat Syafinaz agar Felix dapat mengambangkan lagi range vokal beliau dan ini hanya boleh diperolehi dengan mempraktikkan teknik-teknik nyanyian dengan betul.

Konsert 10 AF3

Amylea - Sweet Child of Mine
Apa yang boleh saya perkatakan terhadap persembahan Amylea hanya satu perkataan iaitu SUPERB ! Persembahannya mengingatkan saya kepada persembahan Nija dengan lagu Kenangan Pahit. Malam itu Hattan memberikan standing ovation dari atas kerusinya. Siapa yang boleh lupa. Saya tidak lupa.

Saya melihat bakat yang ada pada Amylea amat besar dan pengalamannya banyak membantu beliau untuk terus menyerlah dari minggu ke minggu. Ramai di antara kita yang seakan-akan menyalahkan pengalaman Amylea sebagai punca kepada persembahan mantapnya. Menurut mereka adalah sesuatu yang tidak adil apabila dibandingkan dengan mereka yang selama ini tiada pengalaman. Rezeki dan peluang manusia telah diberikan oleh Tuhan secara adil dan kita tidak sewajarnya menyalahkan kelebihan orang lain untuk menutup kelemahan diri kita.

Pengalaman yang Amylea ada telah dipergunakan seratus peratus untuk memberikan persembahan mantap lebih-lebih lagi dengan lagu yang sememangnya menjadi pilihan beliau. Saya paling menyukai persembahan pentasnya serta cara beliau menguasai pentas yang boleh saya sifatkan amat cemerlang. Ditampilkan kejutan untuk beliau tetapi beliau terus selesa berinteraksi dengan kejutan ciliknya. Adik penari yang pada mulanya saya sangkakan adik kepada Amylea itu telah memberikan tidakbalas yang positif dan membuatkan persembahan Amylea bertambah hangat. Adik tersebut merupakan pemain watak Ning Baizura sewaktu kecil dalam klip video Awan Yang Terpilu.

Jangan terkejut sekiranya banyak nama Amylea yang akan muncul dalam senarai Top 100 Persembahan Terbaik Akademi Fantasia kelak.

Sesuatu perkara yang ingin saya lontarkan untuk pemerhatian pembaca, mana yang lebih baik dan berkualiti : standing ovation dari pemerhati serta pengamal muzik tempatan atau pun standing ovation dari peminat pelajar ?

Konsert 10 AF3

Marsha - Untuk Terakhir Kali
Aduh ! Sayang sekali. Saya suka dengan lagu ini. Saya sudah hafal lagu ini. Saya sudah jatuh cinta dengan lagu ini. Saya berasa amat kejam apabila membandingkan lagu Untuk Terakhir Kali nyanyian Marsha dengan versi nyanyian Siti Nurhaliza. Saya terpikat dengan nyanyian Marsha. Mula terbuai dalam perasaan lagu tersebut.Sedikit demi sedikit perasaan itu mulai timbul.

Menjadi Marsha, sewajarnya tekanan bukan merupakan masalah utamanya. Sebaliknya adalah konsentrasinya. Minggu lepas juga masalah yang sama berlaku dan ia berlaku lagi pada Konsert Kemuncak. Masalah lupa lirik ini boleh saya sifatkan sebagai satu yang tidak sewajarnya berlaku lebih-lebih lagi pada konsert yang terakhir. Masalah ini apabila berlaku ia seakan merompak emosi penonton yang telah terbuai dalam mesej lagu tersebut. Tiba-tiba ia hilang. Kecewa benar saya.

Saya akui persembahan vokal Marsha untuk lagu Untuk Terakhir Kali amat bagus tetapi sayangnya penghayatan Marsha hilang separuh nyawa. Marsha seakan tidak bersedia dalam persembahannya dan tidak cuba untuk menutup kesilapannya.

Pada Konsert Kemuncak edisi kali ini, Untuk Terakhir Kali merupakan lagu terbaik yang dicipta untuk seorang finalis Akademi Fantasia.

Konsert 10 AF3

Mawi - Aduh Saleha
Sebuah lagu baru yang dicipta dengan amat bersesuaian dengan keupayaan vokal Mawi serta karisma di atas pentas beliau. Berkonsepkan world music, lagu Aduh Saleha menepati citarasa Mawi. Lagu tersebut mampu untuk pergi lebih jauh kerana popularitinya. Sekiranya dinilai dari aspek kualiti, ia adalah ciptaan M.Nasir yang biasa sahaja kerana lagu ciptaan M.Nasir yang luar biasa adalah untuk nyanyiannya sendiri. M.Nasir telah mencipta sebuah lagu yang agak catchy dan sehingga sekarang melodi lagu ini sering bermain di dalam kepala saya. M.Nasir hanya akan mencipta lagu yang berkualiti untuk nyanyiannya sahaja.

Mawi tampak selesa di atas pentas. Emosinya dalam lagu tersebut bercampur-aduk. Sekejap terbayang kesedihan di wajahnya, sekejap tersimpul senyuman di bibirnya. Karisma Mawi di atas pentas diperkukuhkan lagi dengan keupayaan beliau menari dengan baik untuk lagu ini.

Tampil segak dengan pakaian ciptaan Adnan Hassan, Mawi telah berjaya memberikan sebuah persembahan yang bertenaga. Setelah selesai semua persembahan, saya menerima apa sahaja keputusan yang telah dibuat oleh para pengundi dan akur bahawa Mawi adalah pemenang edisi tahun ini.

Pusingan Kedua
Amylea - Sweet Child Of Mine
Mawi - Aduh Saleha
Marsha - Untuk Terakhir Kali
Felix - Warkah Berlagu Pilu

Retro Juara Akademi Fantasia : Zahid dan Vince
Apakah saya sudah bersedia menerima serangan peminat Zahid dan Vince ? Ya, saya bersedia dan kemudian lupakan. Saya lebih bersedia untuk menerima dan memberi komen kepada Tenaga Produksi Akademi Fantasia agar mereka dapat menilai kembali kekurangan yang berlaku pada musim ini untuk dibaiki pada musim akan datang. Saya boleh menyifatkan persembahan ini sebagai sebuah persembahan penutup yang hambar pada sebuah konsert kemuncak yang hambar. Saya mengharapkan sepuluh bekas pelajar beraksi di atas pentas Konsert Kemuncak berbanding dua bekas Juara yang hanya sekadar tangkap muat dan tidak bersedia untuk beraksi dan menjadi contoh kepada adik-adik mereka. Sekiranya itulah contoh yang ditonjolkan oleh mereka, itulah yang akan menjadi ikutan mereka kelak. Vince tidak bersedia dalam persembahannya. Melihat lirik yang tertulis di tapak tangan. Masih ingat saya melabelkan Linda membawa toyol untuk lagu Bunga Melor ? Vince belajar perkara tersebut dari Linda nampaknya. Sayang sekali bekas Juara Akademi Fantasia perintis yang baru dinobatkan sebagai Artis Baru Terbaik gagal menunjukkan contoh yang baik kepada junior-junior mereka. Bagaimana pula dengan persembahan Zahid ? Itukah hasilnya yang kita bangga-banggakan tahun lepas ? Itukah hasilnya wang SMS bernilai RM15 juta yang kita berikan sebagai biasiswa kononnya untuk beliau mengembangkan bakatnya ? Lebih baik saya menonton video klipnya sahaja dari saya menonton persembahan tidak cukup masak itu. Bolehkah saya komen tentang pakaian pula ? Bolehlah, sekali saja lagi. Pakaian mereka seperti hendak ke pasar. Zahid hanya sekadar bert-shirt AFUNDI serta berjaket. Apakah itu nasib yang bakal menimpa bakal Juara Akademi Fantasia 3 kelak ? Itulah persoalannya sekarang. Maestro Talent boleh saya sifatkan sebagai air yang membajai bintang-bintang Akademi Fantasia. Di situlah mereka akan terus subur dalam persada seni tanah air. Bayangkan mee apabila terlalu lama direndam di dalam air, lama-lama ia akan kembang. Tidak ada sesiapa pun yang akan rela untuk makan mee yang telah kembang.

Konsert 10 AF3

Menuju Puncak : Keputusan
Anugerah Vokal Terbaik - Mawi
Anugerah Persembahan Terbaik - Mawi
Tempat Ke Empat - Marsha
Tempat Ke Tiga - Amylea
Naib Johan - Felix
Juara Akademi Fantasia 3 - Mawi

Belia Benci Dadah !
Ingin membuktikan bagaimana fenomena Mawi benar-benar memberikan impak kepada masyarakat Malaysia, saya ingin mencadangkan agar Tour Akademi Fantasia dibuat dengan kerjasama Persatuan Mencegah Dadah Malaysia dan Kementerian Belia dan Sukan Malaysia. Apakah benar fenomena tersebut mampu memberikan reaksi positif kepada kaedah pencegahan dadah di Malaysia. Tahun lepas, beberapa bintang Akademi Fantasia terpilih untuk menjadi Duta Rasmi Kerajaan kepada program memerangi bahaya dadah tersebut tetapi malangnya hanya selepas sidang media hasrat tersebut terkubur. Senyap begitu sahaja tanpa ada aktiviti-aktiviti susulan. Menggunakan Mawi sebagai idola, Tour Akademi Fantasia dan PEMADAM boleh menjelajah satu Malaysia menerangkan kepada golongan belia tentang bahayanya penggunaan najis dadah. Program ini boleh diteruskan semula mengambil Mawi sebagai role-model agar para belia tidak terjebak dalam penyalahgunaan najis dadah.

Jika Zahid membuat program Roti Canai bersama ERA, apakah pula sumbangan Mawi kepada para penyokongnya. Apa kata sekiranya dibuat Qiamullail Tour dengan kerjasama Jabatan Agama Islam Negeri untuk menggalakkan para remaja mendekati agama Islam. Bukan sekadar idola mereka iaitu Mawi yang mempunyai imej yang sedemikian, tetapi juga setidak-tidaknya dapat menarik golongan remaja ini agar turut sama terpanggil mendekatinya juga. Di situ barulah boleh dinilai sama ada fenomena TsuMawi yang benar-benar melanda Malaysia memberikan impak yang besar serta reaksi positif dari masyarakat Malaysia. Dalam keghairahan mengejar keuntungan, tuntutan sosial sebegini juga perlu dilakukan. Apakah peminat-peminat Mawi dan Akademi Fantasia amnya tertarik untuk mengikut personaliti idola yang mereka puja selama 10 minggu di Akademi Fantasia.

Menurut Zulkiflee Bakar dalam artikel bertajuk "Berakhirkah fenomena Mawi ?" beliau turut berkata, "Ibarat kata, Mawi bagaikan `artis dua alam', boleh memeriahkan majlis makan malam atau konsert dengan lagu-lagu pop serta mampu menyerikan majlis berbentuk keagamaan dengan nasyid melalui suaranya yang syahdu."

"Semoga melalui populariti Mawi, AF bukan lagi akan dianggap rancangan hiburan yang melalaikan sebaliknya mampu melahirkan bintang yang boleh menjadi idola kepada remaja menuju ke arah kebaikan. Selamat berjuang, Mawi!"


Berdasarkan komen yang diberikan oleh Zulkiflee Bakar, tidak keterlaluan saya katakan bahawa Mawi mampu memikul tanggungjawab tersebut untuk mengemudi para remaja ke jalan yang lebih positif. Soalnya sekarang, berapa ramai ?

Jarum Emas: Fantasi ‘artis segera’
"Paling bingung selepas dua tiga tahun, peminat galak bertanya mana album sulung? Kelu lidah nak menjawab. Lebih haru, puluhan ‘artis segera’ dilahirkan, tetapi yang dapat sambutan di pasaran cuma album kompilasi lagu era 1980-an. Lalu baru kita sedari, mereka cuma penyanyi fantasi."

Persembahan Keseluruhan
Sweet Child Of Mine
Seroja
Aduh Saleha
Ku Berserah
Manusia
Kuda Ku Lari
Untuk Terakhir Kali
Warkah Berlagu Pilu

Nota Akhir : Jika semuanya berjalan lancar, ini juga bakal merupakan ulasan Akademi Fantasia saya yang terakhir. Melihatkan kepada perkembangan positif dalam dunia blog Melayu khususnya, sudah sampai masanya untuk saya melihat sesuatu yang lebih positif dalam perkembangan kerjaya saya. Saya mengambil keputusan untuk tidak terlibat dengan ulasan Akademi Fantasia 4 sekiranya ada. Saya akan hanya terus memberikan berita-berita perkembangan pelajar serta aktiviti kelab peminat AF1, AF2 dan AF3.

Entri oleh sultanmuzaffar 05 August 2005 0 komen

AF3

Diari Akademi Fantasia Minggu 10 Episod 09
Sheila Majid !! Terkasima !

Diari Akademi Fantasia Finale
Ulasan ini ditulis sambil diiringi dengan lagu Untuk Terakhir Kali dendangan Siti Nurhaliza. Ada seribu satu macam kenangan yang berlaku dari dalam banglo Akademi Fantasia. Pelbagai kenangan itu dapat kita saksikan baik melalui Diari atau pun Diari Extended. Itulah bezanya antara Akademi Fantasia 1 dan 2 dengan Akademi Fantasia 3. Hubungan penonton dengan pelajar amat dekat dengan adanya teknologi tersebut. Kitalah yang sebenarnya mengenali mereka dengan begitu dekat. Kita jugalah yang memberikan komen yang adakalanya tidak enak didengar. Tetapi itulah Akademi Fantasia. Emosinya semacam terlekat dengan penonton. Ikatannya amat kuat.

Telinga kita seperti pembesar suara yang tersemat di baju para pelajar. Mata kita seperti 12 kamera yang terpasang di dalam Akademi. Setiap pergerakan dan percakapan pelajar kita teliti. Setiap kebaikan mereka kita serlahkan. Setiap keburukan mereka juga kita bongkarkan. Itulah kita selama 10 minggu yang lalu.

Mulai Ahad depan mereka bakal mengharungi sebuah lagi cabaran. Cabaran yang lebih hebat telah pun menanti di hadapan mereka. Setiap cabaran perlu diharungi dengan semangat jati diri yang tinggi. Jika dibandingkan cabaran mereka menerima lagu-lagu sukar di Akademi Fantasia, mahu pun cabaran-cabaran dipulau rakan-rakan atau pun cabaran menerima kejutan-kejutan yang di luar dugaan adalah tidak seberapa jika ingin dibandingkan dengan cabaran sebagai seorang artis di luar sana.

Selangkah mereka menapak ke luar dari Akademi Fantasia, seribu macam dugaan menanti. Di situlah realiti. Di situlah sesuatu yang pasti. Selama ini kita hanya disogokkan dengan sesuatu fantasi yang menjadi mainan emosi setiap dari kita. Selangkah itulah bermulanya segala realiti. Puncakkah yang berjaya didaki ataupun lurah kontroversi yang sering mengelilingi diri. Tiada siapa yang menentukan destinasi hidup mereka di luar sana kecuali iltizam mereka. Saban hari selama sepuluh minggu, jalan hidup mereka kita tentukan, corak jenaka yang kita dengar juga kita rencanakan, maka kini tiba giliran mereka untuk menentukan jalan mereka sendiri. Nasib yang menyebelahi mereka sama ada baik atau buruk bakal diredah. Apabila sudah berada di puncak, jangan mudah lupa diri. Itu antara nasihat Dr. Azahari, Pakar Motivasi Akademi Fantasia.

Anda rindukan kekecohan di Bilik Aktifkan ? Anda rindukan gelak tawa mereka di Meja Makan ? Anda rindukan kelincahan mereka di Dewan Tarian ? Anda rindukan kegigihan mereka di Bilik Latihan Vokal ? Kini semuanya sunyi sepi. Yang tinggal hanya kenangan yang mereka tinggalkan buat kita.

Latihan Akhir
Bersediakah Mawi untuk menghadapi gelombang yang beliau telah cetuskan sejak 10 minggu dahulu ? Mampukah gelombang itu membawa satu impak besar kepada industri muzik tempatan ? Mawi nampak selesa dengan lagu Aduh Saleha. Keyakinannya jelas tinggi dalam lagu tersebut. Sudah cukup emosinya ? Kerana terlalu selesa dalam lagunya, nampak beliau begitu bersahaja. Menurut Cikgu Fatimah, lagu ini memintanya menangis untuk lebih mendapat feel tersebut. Mawi belum dapat menceritakan kesengsaraannya melalui lirik lagu tersebut.

Mampukah Marsha membawakan lagu Untuk Terakhir Kali dengan baik ? Sesudah beberapa minggu saya meneliti persembahan Marsha, nampaknya minggu ini saya melihat persembahannya terlalu kejang. Postur badannya terlalu keras dan seperti terlalu menekan untuk menghasilkan lontaran vokal yang baik. M.Nasir turut berbicara tentang perkara yang sama apabila melihat komposisi tubuh Marsha yang terlalu keras untuk cuba menyampaikan lagunya. Marsha perlu lebih bersahaja dan menyampaikan lagunya dengan penuh emosi. Adakalanya pergerakan tubuhnya boleh dibahasakan serta memberikan makna-makna serta konotasi kesedihan yang tidak disampaikan melalui lirik lagu tetapi pergerakan tubuhnya. Cikgu Marlis memperbetulkan caranya berdiri agar nampak lebih berkeyakinan dan cantik di atas pentas.

Amylea antara pelajar yang mendapat lagu yang kurang menyerlah pada minggu terakhir ini. Lagunya sehingga sekarang masih belum dapat meresap ke dalam diri saya. Apakah kejutan yang bakal ditampilkan oleh Amylea ? Apakah beliau akan tampil dengan sebuah persembahan stereotype yang tidak banyak bezanya dengan minggu-minggu yang lepas. Rasa dari lagu tersebut kurang sampai kepada penonton.Amylea harus bijak menarik perhatian penonton untuk dikumpulkan emosi-emosi mereka ke dalam lagunya. Tarikan dari lirik lagu perlu beliau lakukan dan sedikit demi sedikit emosi penonton akan terserap ke dalam lagu tersebut.

Apa sudah jadi dengan Felix ? Terlalu yakin ? Atau hilang fokus ? Masalah lupa lirik ini merupakan masalah yang sewajarnya dibuang sejak minggu pertama lagi. Felix terlalu tertekan untuk menjadi Juara ? Apa yang beliau persembahkan turut diiringi dengan rasa tekanan yang amat menekan. Felix harus menumpukan sepenuh perhatiannya kepada lagu tersebut. Lagu itu senang untuk dihafal liriknya tetapi masih juga boleh dilupakan oleh Felix. Ini minggu yang terakhir, sebarang kesilapan boleh mengundang bencana.

Pesanan Pelajar
Marsha seboleh-bolehnya mahu enjoy pada hari-hari terakhir di Akademi Fantasia. Felix pula merasa sedih dan agak sukar bagi beliau melupakan kenangan tersebut. Amylea juga sedih tetapi perlu mengawal kesedihannya. Mawi gembira dan tidak sangka dapat beraksi di Konsert Akhir. Tidak semua orang mendapat pengalaman tersebut dan beliau merasa amat bertuah kerana dapat mempelajari sesuatu untuk melengkapkan dirinya untuk menjadi seorang penghibur.

Apa kata Tenaga Pengajar ?
Cikgu Siti Hajar merasa kecewa kerana ada pelajar yang tidak dapat memahami teknik yang telah mereka pelajari. Tidak nampak usaha yang mereka lakukan untuk memperbaiki kekurangan tersebut terutamanya teknik pernafasan. Beliau turut menganggap usahanya gagal kerana setiap pelajar tetap kembali kepada kebiasaannya. Pemikiran mereka masih tidak berjaya mengubah cara-cara lama yang telah dipraktikkan sebelum ini. Ada yang bertanya apa pentingnya teknik sekiranya vokal sudah sedap. Saya hanya mampu tersenyum. Selama hari ini apa yang kita dengar hanyalah sebuah lagu dari mereka. Paling tidak dua buah lagu yang perlu mereka nyanyikan. Tanpa teknik yang betul adalah mustahil untuk mereka menyanyikan rangkaian puluhan buah lagu secara sekaligus dalam sesebuah konsert. Tanpa teknik yang betul juga, mereka tidak akan mampu menahan diri mereka untuk terus bertahan sehingga akhir konsert. Siti Nurhaliza mempunyai vokal yang bagus, tetapi tanpa teknik yang betul Siti Nurhaliza tidak akan mampu membawakan 30 buah lagu dalam sebuah konsert berdurasi tiga jam. Itulah pentingnya teknik. Baik teknik nyanyian, teknik pernafasan dan segala macam teknik yang ada. Rasa ralat kerana saya perlu menerangkan kepada pembaca makna teknik pada hari terakhir minggu ke sepuluh.

Cikgu Linda Jasmine akan merindui saat-saat bersama mereka dan mengucapkan good luck kepada para pelajarnya. Manakala Dr. Azahari berasa amat yakin mereka boleh melakukannya. Semangat-semangat mereka amat tinggi untuk melakukan yang terbaik dari mereka.

Cikgu Adnan Abu Hassan merasakan pertemuan mereka di dalam Akademi Fantasia tentunya tidak sama setelah bertemu mereka sebagai artis di luar sana kelak. Beliau mengucapkan selamat berjaya dan yakin mereka mampu untuk menyerlah dengan lebih baik pada konsert akhir esok.

Cikgu Marlia tidak dapat mengawal emosinya kerana seperti kita beliau juga semacam sudah terikat emosinya dengan para pelajar di situ. Beliau yang pernah menjawat jawatan sebagai pensyarah di luar tentulah tidak sama dengan kerjayanya di dalam Akademi Fantasia. Tanggungjawabnya amat berat terutamanya apabila bekerja dengan anak-anak.

Cikgu Fatimah menyarankan agar budaya kasih sayang yang diterapkan dari Akademi Fantasia akan terus subur di luar sana. Budaya kutuk-mengutuk dan benci membenci harus dibuang dan ia mulai disemai oleh Akademi Fantasia.

Pengetua M.Nasir semacam sudah bersedia untuk berhadapan dengan masyarakat luar terutamanya para pemerhati yang melihat hasil kerja beliau di dalam Akademi Fantasia. Seakan menjawab persoalan pertama yang berlegar di dalam kepala setiap orang luar apakah beliau merasa kecewa setelah 10 minggu menjadi Pengetua Akademi Fantasia dan jawapannya tidak sama sekali. Beliau merasa bertuah kerana berada di sini. Harapan akan ada bermacam-macam harapan. Setiap orang boleh mengharapkan sesuatu dari hasilnya. Secara individu, beliau akan terus berada di dalam industri muzik tempatan. Manakala mereka baru bermula dan segalanya terbuka luas untuk bintang yang telah beliau ciptakan.

Kenangan bersama Elliza, Fuad, Idayu, Reza, Amy, Aidil, Ekin, Akma, Kefli, Yazer, Marsha, Amylea, Mawi dan Felix tentunya sukar untuk kita lupakan. Pelbagai karenah pelajar di bawah satu bumbung yang menjadi tontonan kita saban malam hampir kepada penghujungnya. Setiap yang bermula pasti akan berakhir. Musim ini antara pelajar yang memberikan impak besar kepada saya ialah Fuad, Reza, Aidil, Akma, Marsha, Amylea, Mawi dan Felix. Setiap dari mereka ada cerita suka, ada cerita duka untuk dikongsi bersama.

Terima kasih di atas sokongan anda. Jumpa lagi di Akademi Fantasia 4 dalam situasi yang berbeza !

Entri oleh sultanmuzaffar 04 August 2005 0 komen

AF3

Diari Akademi Fantasia Minggu 10 Episod 07
Berkerut-kerut muka Marsha membawakan lagu Untuk Terakhir Kali. Vokalnya kedengaran agak ketat dan tidak jelas serta lancar. Terlalu banyak alasan yang diberikan. Bukan itu yang penonton hendak dengar. Bukannya Marsha tidak boleh menyanyi lagu tersebut cuma kedengaran tidak begitu jelas. Saya mendengar dari demo cd tersebut yang dinyanyikan oleh Siti Nurhaliza. Memang tidak adil membandingkan Siti Nurhaliza dengan Marsha. Memang terlalu jauh, macam langit dengan bumi. Marsha boleh menggunakan lontaran vokalnya agar lebih jelas. Marsha perlu lebih relaks. Nampak sangat berkerut.

Felix perlu memperbaiki teknik pernafasannya. Beliau perlu lebih fokus untuk melontarkan vokalnya ke hadapan. Membawakan dua baris lirik dalam satu pernafasan tentulah sesuatu yang mustahil bagi penyanyi baru sepertinya.

Marsha dan Tipah Tipah
Walaupun terlalu seperti Farah, tetapi masih memadai. Adegan mengelap Tipah Tipah tetapi masih seperti biasa. Farah siap menangis. Marsha lebih banyak berbual-bual dan melayan kehendak Tipah Tipah.

Ulang Tayang Felix Akma
Dapat juga ditonton adegan ulang tayang Felix dan Akma yang dilakonkan oleh Cikgu Marsha dan Cikgu Fatimah. Siap diulang tayang dalam gerak perlahan. Tergelak-gelak mereka melihat adegan tersebut. Sekali sekala dapat melihat adegan ini tentunya mengingatkan kembali kenangan antara Felix dan Akma. Banyak juga cadangan yang meminta Amylea ditukar dengan Akma. Saya bersetuju jika Akma ditukar dengan Amylea. Lebih menarik dan feel Felix tentunya berbeza.

Jika Menjadi Bintang Di Langit, Jangan Lupa Rumput Di Bumi
Di meja makan mereka mengimbas kembali apa yang telah mereka lalui selama sembilan minggu. Sekiranya sudah menjadi seorang bintang di langit, jangan lupa rumput di bumi. Felix pernah menjadi seorang penoreh getah. Cikgu Siti Hajar menasihatkannya agar janganlah lupa kepada penoreh getah dan tidak lupa tentang pokok getah. Jangan berlagak.

Pengenalan Diri
Pengenalan pada minggu ini agak unik apabila setiap pelajar membawakan lagu-lagu yang mereka nyanyikan sewaktu ujibakat. Felix membawakan lagu Cinta Seorang Teman, Marsha dengan Ingin Bersamamu, Mawi dengan Pantun Budi. Berserta ucapan yang beliau anak peneroka yang mempunyai impian dan kini impiannya menjadi kenyataan. Sebuah ucapan yang manis.

Pakaian Marsha yang berwarna hitam agak simple dengan bunga-bunga biru di bahagian lengan. Kain pada bahagian tubuhnya berwarna hitam dan tidak ada corak yang banyak. Manakala baju keduanya berwarna merah jambu dan hijau. Kombinasinya lebih menarik dan kena dengan kulit Marsha.

Pakaian untuk Mawi juga penuh dengan style. Nampak penuh elegan dan maskulin. Hanya ukuran yang diperbaiki dan perubahan pada ukuran dilakukan. Pakaian sebenarnya hanya akan disiapkan beberapa hari lagi. Tentunya ia akan jadi lebih mengejutkan kepada para penonton.

Diari Akademi Fantasia Minggu 10 Episod 08
Masing-masing menggayakan aksi-aksi yang mempersonakan untuk diperagakan kepada penonton. Masing-masing tampil dengan gaya tersendiri.

Gaun Amylea berwarna merah jambu yang agak terang. Merah jambu ? Memang warna yang terlalu garang untuk Amylea yang berkulit agak gelap. Digandingkan dengan tali-tali hitam di bahagian dada menyerlahkan lagi ketidak seimbangan warna pada pakaiannya. Saya merasakannya adalah satu kombinasi yang tidak kena. Tata gaya untuk rambutnya pula tidak saya ketahui. Bayangkan rambutnya yang mengerbang kerinting itu menutup sebahagian dari tali-tali hitam itu. Tentunya lebih serabut. Bergaun malam seperti ini Amylea harus mendandan rambutnya dengan lebih rapi lagi. Menurut Amylea, warna gaunnya akan ditukar kepada satu warna baru. Lebih sesuai.

Pakaian untuk Felix nampaknya agak simple. Dengan seluar warna krim dan jacket warna coklat tua nampak kena kedua-duanya. Dino turut mengenakan corak-corak denim pada bahagian kiri jaket Felix. Sekiranya corak denim itu digayakan pada jaket tidak mengapa tetapi sekiranya corak denim itu dijadikan semacam selendang tentunya tidak kena langsung.

Latihan Depan Pengetua
Gaya Amylea menyanyi lebih kurang sama seperti minggu lepas menurut Pengetua M.Nasir. Amylea harus lebih kreatif untuk mencantikkan lagi persembahannya. Ekspresi merayunya tidak begitu menyerlah. Nyanyian Amylea untuk lagu Ke Berserah ini banyak terpotong-potong. Baru hendak feel tiba-tiba lirik terpotong dengan cubaan vibratonya. Beliau perlu ada style apabila berjalan. Menurut M.Nasir tidak perlu ikut rhythm.

Mawi perlu melebihkan ekspresi dalam persembahannya. Beliau perlu menunjukkan emosi yang lebih. Sekiranya emosi dalam lagu Pupus dapat dimasukkan dalam lagu ini tentunya lebih baik. Lagu ini juga ada emosinya dan perlu diserlahkan lagi. Tarik nafas juga perlu dibunyikan dengan spontan bukan dengan dibuat-buat. Biar semuanya berlangsung secara spontan dan tidak direncanakan.

Marsha tidak berjaya menyampaikan mesej lagu tersebut dengan jelas. Dari ke hari saya semakin menyukai lagu Untuk Terakhir Kali. Nampaknya tidak banyak masalah pitching dalam lagu tersebut. Tonenya yang perlu dibaiki agar tidak terlalu nasal. Menurut Marsha beliau akan cuba menyanyikannya di head tone. Menurut M.Nasir pula beliau tidak peduli head tone atau apa janji sedap. Emosi dalam tonenya perlu diserlahkan dengan lebih lagi.

Lagu untuk Felix juga semakin baik. Dari segi tone, ada peningkatan terutamanya bahagian tinggi. Masalah lirik masih merupakan masalah utamanya. Begitu juga untuk Marsha. Pengetua M.Nasir memberikannya cadangan untuk memerhatikan penonton dan sekeliling. Beliau perlu mempunyai artist movement. Setiap pergerakannya perlu ada citarasa yang tersendiri.

Belum puas dengan Analisis Akademi Fantasia ? Di sini ada pelbagai pandangan bernas dari kawan-kawan saya yang telah memberikan analisa yang baik untuk setiap finalis. Anda boleh membaca pandangan Fiqarash di Mandat Dari Hati : Finalis Akademi Fantasia Musim Ke-3 dan pada minggu ini Najmie atau lebih dikenali dengan nama Elkapitan telah memberikan analisa terperinci beliau tentang setiap finalis dari kaca matanya di Akademi Fantasia-Coretan Seorang Rakyat Jelata. Oleh itu, undi dengan bijak ! Rancang strategi anda dengan teratur, nescaya pelajar pilihan anda menjadi Juara !

Entri oleh sultanmuzaffar 03 August 2005 0 komen

AF3

Diari Akademi Fantasia Minggu 10 Episod 05
Siapakah orang ketiga di antara Mawi dan Marsha ? Jelas keakraban mereka sukar untuk dipisahkan. Walaupun orang ketiga yang dimaksudkan sudah berpunya, namun hatinya tetap kepada pasangan Mawi dan Marsha.

Mampukah Felix mendapatkan moodnya untuk lagu persembahannya pada hujung minggu ini ? Apakah perasaannya terhadap Amylea sama dengan perasaannya terhadap Akma ? Bagaimana penerimaan Felix terhadap aksi-aksi sayang Amylea. Menerimanya atau buat-buat bodoh sahaja.

Gelagat Mawi, Marsha dan Felix yang sudah mencapai tahap klimaks kegilaan mereka dapat kita tonton dalam episod kali ini. Setelah hampir sepuluh minggu dikurung di dalam Akademi, tentunya sikap sebenar mereka menyerlah sedikit demi sedikit.

Bagaimana dengan latihan nyanyian mereka ? Saya dapat melihat kemampuan Marsha menyampaikan lagu barunya dengan bersahaja. Walaupun saya lebih sukakan demo CD yang dinyanyikan oleh Siti Nurhaliza.

Apa sudah jadi dengan rambut Felix ? Berjayakah Felix menarik perhatian penonton dengan gaya rambut barunya ? Kacakkah Felix dengan rambut perangnya ? Siapa pula yang sibuk mendandan rambut Felix ?

Menuju Puncak dengan hanya empat orang pelajar. Bagaimana koreografi lagu tersebut yang dicipta oleh Cikgu Linda Jasmine. Khabarnya ada adegan angkat-mengangkat. Tidak cukup dengan itu, Felix melakukan aksi kudanya dan kemudian ditunggang oleh Amylea. Menarik atau tidak ? Bincangkan di Forum.

Belum pernah melihat Seroja versi over dari Mawi ? Anda boleh saksikannya di dalam Diari Extended. Klik Akademi Fantasia Xtra untuk menonton gelagat Mawi dan Felix menari untuk lagu Aduh Saleha.

Cubaan untuk menjadi Webmaster Rasmi Akademi Fantasia. Gaya menulis pun sudah terikut-ikut gaya Nana. Sorry Nana !

Diari Akademi Fantasia Minggu 10 Episod 06
Belum puas menonton gelagat Mawi dan Marsha ? Lihat bagaimana seksinya Marsha cuba menghayati lagunya dengan penuh perasaan. Apakah Mawi membalas cintanya ? Mawi pun satu, buat endah tidak endah sahaja. Walaupun di dalam hati berlari kencang. Kerjasamalah sikit. Jangan pentingkan diri sendiri. Bantu membantu sesama rakan yang tinggal.

Cuba kita lihat apabila tarian untuk lagu Aduh Saleha. Bagaimana rakan-rakannya cuba memberikan kerjasama mereka untuk tarian lagu tersebut agar Mawi mendapat feel untuk lagunya. Beri keadilan pada rakan-rakan anda. Minggu terakhir lagipun.

Mak Mah turun dari puncak Gunung Ledang untuk menemui finalis Akademi Fantasia. Lancar betul percakapan Mak Mah walaupun beliau sudah berumur. Tidak seperti seorang blogger itu yang tersekat-sekat percakapannya. Nampaknya kena menuntut ilmu dari puncak Gunung Ledang jugalah macam ini. Paling tidak dari puncak Sendayu Tinggi. Berendam sahaja terus lancar bercakap. Bukankah bagus ?

Selamba sahaja percakapan Mak Mah dan beliau tahu apa yang diperkatakan. Rasa cemburu mula timbul. Tapi apa boleh buat. Mana ada orang yang boleh dapat semua benda di dunia ini. Kalau sempurna sangat, lain pula namanya nanti. Mestilah ada kekurangan yang boleh dijadikan kutukan oleh pihak-pihak yang tidak senang dengan kesenangan orang lain.

Jom ke Puncak Gunung Ledang atau Puncak Sendayu Tinggi, untuk menuntut ilmu lancar bercakap !

Entri oleh sultanmuzaffar 02 August 2005 0 komen

AF3

Diari Akademi Fantasia Minggu 10 Episod 03

Diari Akademi Fantasia Minggu 10 Episod 04
Trust Lighting
Setiap seorang pelajar mendapat hadiah dari Trust Lighting lagi. Mungkin kerana strategi promosi yang mereka lakukan dahulu tidak menjadi, maka ini merupakan cubaan kali ketiga mereka. Kali pertama mereka menaja lampu taman di Akademi Fantasia. Setiap lampu yang dihadiahkan kepada mereka disertakan dengan ucapan yang sinonim dengan mereka. Marsha disampaikan ucapan “takda maknanya”, Felix “susah susah aja”, Mawi dengan “world”nya dan Amylea dengan “you go girl”.

Dalam Kelas Seni Persembahan Cikgu Marlia, ada tugasan baru untuk para pelajar. Marsha dan Amylea diberikan tugasan untuk menjadi seorang penganggur yang sedang mencari pekerjaan. Mereka perlu melalui proses temuduga dan mesti meyakinkan penemuduga. Felix ialah penemuduganya. Marsha cuba untuk meyakinkan Felix, begitu juga Amylea.

Selain daripada itu, Mawi telah terpilih menjadi bodyguard kepada Marsha. Nama baru Marsha kini ialah Cik Saliha. Saya sebenarnya masih keliru. Apa motif mereka sebenarnya. Mungkin juga kejutan pada konsert akhir kelak. AMylea pula harus jatuh cinta dengan Felix.

Sesekali mendengar lagu nyanyian Marsha iaitu Untuk Terakhir Kali. Saya mula menyukai lagu tersebut kerana kelainan pada melodinya. Sesekali beliau mengacau Mawi yang sedang tidur. Manakala Amylea menjelaskan kepada Felix maksud sebenar lagunya. Marsha pula naik ke atas dan Mawi perlu mengikutinya ke atas juga.

Kelas Tarian Cikgu Ee
Koreografi untuk lagu Aduh Saliha Mawi memang menarik. Sesekali dilakukan koreografi yang pelik-pelik untuk mereka. Rupa-rupanya, sengaja Cikgu Ee menyimpan kreativitinya untuk minggu terakhir. Bersesuaian dengan genre lagu yang lebih ke arah world music, koreografi yang direka berbentuk tarian Arab. Memang agak mengelirukan bagi mereka yang baru berjinak-jinak dengan bidang tarian selama 10 minggu. Berpasang-pasangan dengan rakan masing-masing yang nampak secocok dengan mereka. Saya merasakan sekiranya tarian ini dibawakan dengan lebih sharp tentunya lebih menarik.

Kelas Teknikal Vokal Cikgu Siti Hajar / Cikgu Shahrol
Mereka duduk mengikut susunan yang seperti selalu mereka duduk. Cikgu Siti Hajar mengarahkan mereka bertukar tempat mengikut pasangan masing-masing. Setelah itu mereka melakukan hissing.

Mawi - Seroja
Lontaran vokal memang bersesuaian dengan lagu tersebut. Kali ini masalah yang beliau hadapi ialah masalah tempo. Namun demikian terdapat juga masalah terlalu menyimpan lontaran vokalnya. Mawi perlu membuka mulut untuk melontarkan vokalnya. Di dalam Diari Extended, Cikgu Siti Hajar banyak memperbetulkan masalah placement pada lontaran vokal Mawi. Mawi masih menghadapi masalah untuk melontarkan vokalnya di tempat yang betul. Banyak sebutannya ditarik ke belakang dan bukannya dilontar ke hadapan.

Marsha - Untuk Terakhir Kali
Setelah mendengar beberapa kali, saya semakin menyukai lagu ini. Melodinya adalah yang jarang-jarang kedengaran di radio Malaysia. Lagu ini semacam satu exploration baru untuk vokal Marsha yang selama ini begitu sinonim dengan jenis soprano. Saya kena dengar lagi lagu ini kerana semua lagu-lagu baru para pelajar pada musim ini agak bagus. Ada kelainan pada setiap lagu.

ERA
Setelah melihatkan Fahrin berpeluang bertemu mata dengan Marsha, maka Halim Othman juga tidak mahu melepaskan peluang tersebut. Bersama dengan Linda Onn, mereka singgah ke Banglo Akademi Fantasia. Linda Onn membunyikan hon dan berebut-rebut pelajar keluar mendapatkan mereka.

Setibanya di dalam banglo, Linda Onn menyiapkan makanan mereka. Empat orang pelajar berpeluang untuk ke udara di radio ERA. Linda telah membuat panggilan ke konti ERA dan dijawab oleh Nana. Ia adalah panggilan telefon mereka yang pertama ke udara di radio ERA. Masing-masing mengucapkan ucapan selamat kepada para pengundi dan teruskan mengundi mereka.

Sebelum penutup, Mawi saya lihat berkebolehan besar untuk menjadi Penyampai ERA yang baik. Gayanya sudah ada dan cara beliau berkomunikasi juga nampak begitu selesa. Saya tidak nampak yang beliau kekok apabila berbicara secara langsung di radio.

Entri oleh sultanmuzaffar 01 August 2005 0 komen

AF3

Diari Akademi Fantasia Minggu 10 Episod 01

Diari Akademi Fantasia Minggu 10 Episod 02
Lagu Baru Minggu Ini
Felix
Kudaku Lari oleh Datuk Sharifah Aini
Warkah Berlalu Pilu (Adnan Abu Hassan/Fariz)


Marsha
Manusia oleh Puan Sri Saloma / Sheila Majid
Untuk Terakhir Kali (Sharon Paul/Mohariz Yaakub)


Mawi
Seroja oleh S.Effendi / Jamal Abdillah
Aduh Saleha (M.Nasir/Loloq)


Amylea
Sweet Child of Mine oleh Guns & Roses
Ku Berserah (Adnan Abu Hassan)


Mesyuarat Tenaga Pengajar
Selalunya mereka bincang tentang pelajar, tetapi minggu ini mereka berbincang tentang corak perjalanan cerita yang bakal dipersembahkan di Konsert Final. Oleh kerana saya belum mengetahui lagi apa biji-butir lagu yang mereka perolehi, maka saya tidak faham apa yang mereka bincangkan. Nampak seperti mereka sedang mereka jalan cerita untuk disesuaikan dengan lirik lagu setiap pelajar.

Komen Pelajar Tentang Lagu
Marsha
Saya menyukai lagu Manusia kerana itu antara lagu popular yang sering didendangkan oleh Sheila Majid dalam konsertnya. Kedua-dua lagu yang Marsha perolehi agak sesuai dengannya. Lagu barunya agak perlahan dan agak mendayu-dayu. Melihat beliau menyanyikan lagu Manusia seperti terlalu serabut dengan melodi yang tidak masuk dengan sebutan liriknya. Apakah mereka ini tidak mengenali Sheila Majid dan mereka ini hanya mengenali Siti Nurhaliza sahaja ?

Mawi
Lagu Seroja sebuah lagu yang sudah biasa beliau nyanyikan di dalam Akademi bersama rakan-rakannya. Kehadiran Jamal Abdillah ke hostel pelajar juga menyanyikan lagu tersebut. Secara tidak langsung Mawi sudah tahu sedikit sebanyak lagu tersebut. Mawi tidak menghadapi masalah yang besar untuk lagu tersebut. Range vokalnya lebih kurang dengan Jamal Abdillah, maka lagu tersebut sesuai dengannya. Lagu barunya juga merupakan sebuah lagu yang berkonsepkan world-music dan tentunya itulah genre yang sesuai untuknya.

Amylea
Beliau bernasib baik kerana mendapat lagu lama yang merupakan wishlist beliau. Beliau sering membawakan lagu Sweet Child of Mine sebelum ini. Maka lagu tersebut sememangnya sudah biasa pada beliau. Sebuah lagu berentak rock yang memang beliau gemari. Manakala lagu barunya berentak balada. Beliau nampaknya berpuas hati dengan lagu-lagu tersebut.

Felix
Felix nampaknya kurang menggemari lagu-lagunya. Felix mendapat lagu Kudaku Lari. Saya sendiri kurang berpuas hati dengan lagu tersebut. Walaupun susunan lagu tersebut telah ditukar ke rentak rock namun ia tetap merupakan sebuah lagu yang tidak saya gemari. Namun demikian, saya berfikiran positif yang Felix mampu memberikan attitude kepada lagu tersebut. Lagu barunya pula saya suka. Felix kena menerimanya sebagai satu cabaran. Ia perlu disesuaikan dengan kisah cintanya dengan Akma untuk mencantikkan lagi drama di Konsert Final. Formula yang sama pernah dilakukan untuk Khai dan Rosma dulu. Memberikan komen kepada lagu ciptaan Adnan Abu Hassan tidak membawa anda ke mana-mana. Dengar dulu, fahami melodinya, gali apa yang ada dalam lagu tersebut, nescaya ada sesuatu yang menarik di dalam lagu tersebut. Cikgu Adnan bukannya baru mencipta lagu. Beliau sudah tahu kesesuaian lagu tersebut untuk anda.

Latihan Pertama
Untuk lagu cover version, nampak Felix kurang selesa dengan lagu tersebut. Masih terlalu awal untuk dinilai. Penggunaan nafas yang panjang memang menyulitkan.
Mawi harus berhati-hati dengan lagu. Vokal beliau bagus dan sesuai untuk lagu ini tetapi pengulangan dalam lirik lagu agak membosankan. Tempo sebutan liriknya juga disebut satu-satu dan terlalu perlahan dan agak mendatar. Amylea pula telah pun menghafal lagunya. Lagu tersebut memang telah pun diketahui oleh Amylea. Marsha kena lebih berlatih sebutan lirik-lirik dalam melodi lagu tersebut agar kena dengan melodinya. Nyanyiannya seperti tidak kena dengan melodi lagu tersebut. Agaknya beliau tidak kenal siapa Sheila Majid dan tidak mengetahui lagu tersebut.

Untuk lagu baru pula, Marsha seperti kehilangan punca dan tiada siapa yang boleh untuk membantu beliau kerana lagu tersebut bukan cipta mereka. Mawi nampaknya tidak menghadapi kesukaran dan beliau nampaknya selesa dengan lagu tersebut. Felix agak sesuai dengan lagu tersebut tetapi nampaknya beliau yang kurang selesa dengan lagu itu. Amylea mendapat sebuah lagu slow dan lagu tersebut nampaknya sesuai dengan beliau.

Makin dekat menemui penghujungnya, makin membosankan. Cepatlah habis ! Aku mahu kembali ke dunia realiti !

Entri oleh sultanmuzaffar 30 July 2005 0 komen

Konsert 08 AF3

Konsert Akademi Fantasia 09 : Impian Menjadi Kenyataan !
Akhirnya, empat pelajar telah terpilih untuk menjejakkan kaki ke Konsert Final hujung minggu depan. Mereka terdiri daripada Felix, Marsha, Mawi dan Amylea. Ternyata pilihan penonton pada minggu ini amat tepat. Empat pelajar inilah yang telah menunjukkan peningkatan yang tinggi dan persembahan yang baik berbanding 10 pelajar yang lain.

Pengkritik Profesional
Kudsia Kahar, Suraya Al Attas dan Vince
Suraya merupakan penulis artikel bertajuk Akademi Fantasia: Get off Mawi’s back yang tersiar di New Straits Times hari ini. Vince seperti yang kita tahu merupakan Juara Akademi Fantasia 1 yang telah berjaya membolot Anugerah Artis Baru Terbaik di AIM baru-baru ini. Vince merupakan Juara Akademi Fantasia yang masih kekal popular sehingga kini dan bijak merancang perjalanan seninya dengan begitu baik.

Persembahan Pelajar
Konsert 09 AF3

Medley Tribute to M.Nasir 7/10
Memberikan penghormatan untuk Pengetua M.Nasir dalam Tribute to M.Nasir ini sama seperti menganugerahkan beliau Anugerah Sri Wirama tatkala beliau masih sibuk berkarya di dalam industri muzik tempatan. Semacam ada sesuatu yang tidak kena. Tribute harus diberikan kepada mereka yang telah pergi. Sebagai contohnya, Tan Sri P.Ramlee. Banyak lagu medley P.Ramlee yang sesuai, lebih-lebih lagi bilangan pelajar lelaki yang tinggal waktu itu ialah seramai empat orang. Agak janggal bilangan empat orang itu sekadar menyanyikan tiga lagu. Kecacatan paling nyata pada medley tersebut ialah vokal Kefli. Ada sumbang pada beberapa bahagian dan beliau banyak dibantu oleh Felix untuk latar. Keharmonian vokal mereka untuk lagu Ekspres Rakyat agak ketara apabila setiap pelajar menggunakan range vokal yang berbeza. Ini tidak berlaku pada lagu Apokalips. Showmanship mereka untuk lagu Apokalips juga menarik. Mereka bijak menguasai pentas dan berinteraksi dengan penonton. Lagu paling bagus sekali ialah Ghazal Untuk Rabiah. Mawi menggunakan segala kehebatan vokal beliau untuk lagu tersebut. Yazer turut mencuri tumpuan pada bahagian-bahagian tinggi. Titik kecemerlangan pada lagu tersebut dimiliki oleh Mawi dan Felix.

Kedudukan Sebelum Konsert
Mawi 36%
Felix 23%
Marsha 13%
Amylea 13%
Yazer 8%
Kefli 6%

Konsert 09 AF3

Yazer - This Love 6/10
Klip yang dipertontonkan sebelum Yazer membuat persembahan amat merisaukan kerana ia seperti salah satu taktik terakhir untuk meraih undian untuk Yazer. Yazer diperlihatkan keprihatinan beliau setelah mendapat peluang untuk melawat Rumah Sri Kenangan. Yazer tidak pernah mengecewakan apabila membawakan lagu rock atau pop-rock yang menjadi permainan jiwanya sejak awal kemunculannya di dalam Akademi Fantasia. Persembahan vokal yang ditampilkan oleh beliau dibuat dalam keadaan yang selesa dan penuh berkeyakinan. Saya menyukai gayanya yang menarik dalam corak persembahannya. Beliau ada identiti beliau yang tersendiri. Setiap pergerakannya sesuai dengan mood lagu tersebut. Ada stail yang seakan-akan menguja penonton untuk terus membuatkan penonton melihat persembahan beliau. Interaksi beliau dengan kamera dan penonton juga cukup. Sebuah persembahan yang bertenaga dan semakin menyukarkan untuk membuat pilihan ke Konsert Final.

Yazer - I’m Ready For Love (8/10 bintang)
Yazer - Sejati 5.5/10
Yazer - Suatu Masa 7.7/10
Yazer - Nyanyian Serambi 7/10
Yazer - Takdir Penentu Segala 5/10
Yazer - Cinta Kilat 7/10
Yazer - Nazraku 8.1/10
Yazer - Mengapa Harus Cinta 3.5/10

Persembahan Terbaik : Nazraku / I’m Ready For Love
Persembahan Terburuk : Mengapa Harus Cinta

Konsert 09 AF3

Marsha - Ku Pendam Sebuah Duka 5/10
Kejutan untuk Marsha apabila Fahrin Ahmad ditampilkan untuk menemaninya. Fahrin berpeluang untuk berinteraksi dengan Marsha dan kemudiannya Fahrin memperkenalkan Marsha untuk membuat persembahan. Aksi Aznil yang terpinggir agak melucukan. Marsha seperti biasa dengan imej manja dan geteknya pada waktu sebelum persembahan tetapi menjadi seorang penyanyi apabila membuat persembahan. Apabila Marsha memperoleh sedikit masa bersama Fahrin, maka ia membuatkan beliau agak hilang tumpuan pada permulaan persembahannya. Marsha terlupa lirik dan cuba menutup kesilapannya dengan melakukan improvisation tetapi disedari oleh penonton. Saya suka dengan gaya nyanyian yang ditampilkan olehnya. Ia nyata berbeza dengan penyanyi asalnya iaitu Khatijah Ibrahim. Memang nampak tumpuan beliau terganggu dalam persembahannya. Nyanyian tidak begitu konsisten dan berkeyakinan. Lontaran vokalnya mula memuncak pada pertengahan lagu tersebut. Keunikan persembahan beliau adalah cubaan beliau untuk memesongkan tumpuan penonton terhadap cara nyanyian Khatijah Ibrahim. Ia hanyalah sebuah persembahan yang biasa dari Marsha.

Marsha - Awan Yang Terpilu 4/10
Marsha - Ingin Bersamamu 6.8/10
Marsha - Lelaki Idaman 6/10
Marsha - Tunggu Sekejap 8/10
Marsha - Bossanova 7.9/10
Marsha - Destiny 9.8/10
Marsha - Jambatan Tamparuli 6/10
Marsha - Cobalah Untuk Setia 4.7/10

Persembahan Terbaik :Destiny
Persembahan Terburuk : Awan Yang Terpilu

Konsert 09 AF3

Felix - Anak 6.4/10
Klip untuk Felix juga terpapar segmen berkaitan Mawi sewaktu beliau menyanyikan lagu Pergi Tak Kembali. Terlalu berlebihan. Persembahan Felix mendapat bantuan dari Sham Kamikaze, Yazer, Kefli dan Mawi. Kecuali Mawi yang bermain tamborin, mereka yang lain bermain gitar. Saya merasakan persembahan Felix diganggu oleh back-up tersebut. Lebih-lebih lagi sistem bunyi yang tidak seimbang. Gitar dari Yazer dan Sham Kamikaze terlalu kuat sehingga menenggelamkan persembahan Felix. Mawi, walaupun sekadar bermain tamborin, saya anggap sebagai satu usaha untuk merendah-rendahkan beliau. Adalah lebih baik sekiranya Mawi tidak bermain tamborin jika hanya untuk menjadi bahan kejian. Sekadar tamborin ? Namun demikian, semangat kerjasama antara Sham Kamikaze, Mawi, Kefli, Yazer dan Felix amat ketara. Oleh kerana susunan lagu tersebut adalah seperti itu, maka tidak banyak yang boleh dilakukan oleh Felix untuk mengeksploitasi lagu tersebut. Selain menggunakan lirik bahasa Melayu, lagu tersebut menggunakan lirik dari bahasa Tagalog. Ia seakan untuk menyerlahkan lagi bakat yang ada pada Felix. Saya suka dengan ekspresi wajah Felix yang cuba menghayati lagu tersebut dengan baik. Beliau memberikan persembahan penuh ekspresi selamba. Saya suka matanya yang redup lalu dapat menyampaikan mesej lagu tersebut dengan jelas. Jika diminta untuk saya pilih antara bahasa Melayu dan Tagalog, saya lebih suka bahagian Tagalog. Lebih terasa penghayatannya.

Felix - Tiada Lagi Kidungmu 8.3/10
Felix - Berjuta Batu 8.5/10
Felix - Memori Bahagia 7.3/10
Felix - Aku Semut Merah 8.8/10
Felix - Hari Ini Dan Semalam 7.4/10
Felix - Smooth 4.3/10
Felix - Fantasia Bulan Madu 6.7/10
Felix - Hukum Karma 6.5/10

Persembahan Terbaik : Aku Semut Merah
Persembahan Terburuk : Smooth

Konsert 09 AF3

Kefli - Tak Tahu 4/10
Klip untuk Kefli juga menampilkan Kefli meniru gaya jalan Mawi. Lagi sekali. Kata peminat Mawi, kejutan untuk Mawi di konsert tidak ada. Sekarang apa kata mereka ? Kejutan untuk pelajar lain juga menyebut tentang Mawi sehingga berlebihan pula. Puas hati semua ? Persembahan Kefli sekadar persembahan koreografi. Kefli nampak bersesuaian di atas pentas dengan imej tersebut. Memang nampak beliau agak comel berpakaian sedemikian. Saya melihat ada usaha dalam diri beliau untuk memberikan persembahan yang menghiburkan. Penguasaan pentasnya baik tetapi staminanya hancur dan pernafasannya terganggu. Masalah lupa lirik berlaku lagi dan ini antara masalah yang masih tidak dapat dibaiki oleh Kefli sejak minggu pertama. Memang sukar untuk menyanyi rap dan menari pada waktu yang sama. Kelemahan vokal beliau masih seperti di minggu-minggu awal dan tidak banyak perubahan yang beliau lakukan. Yazer dan Mawi telah berjaya mencuri sedikit tumpuan penonton daripadanya. Mawi memang telah membuktikan dapat melakukan kelainan yang tidak pernah beliau lakukan. Sifat agresif Kefli dalam persembahan rap dan hip-hop sebegini agak kurang dan tidak mencukupi. Saya melihat tekanan yang melanda pada minggu ini banyak merosakkan persembahan pelajar.

Kefli - Nur Kasih 5/10
Kefli - Mungkin 5/10
Kefli - Keindahan Pantai 4/10
Kefli - Seksa 3/10
Kefli - Berhenti Berharap 8/10
Kefli - Kenang Daku Dalam Doamu 4/10
Kefli - You To Me Are Everything 4/10
Kefli - Hati Emas 6.3/10

Persembahan Terbaik : Berhenti Berharap
Persembahan Terburuk : Seksa

Konsert 09 AF3

Amylea - Gemilang 8/10
Sebuah persembahan yang mengkagumkan ! Jaclyn Victor lebih hebat ! Kelainan pada persembahannya apabila beliau menyanyikan lagu tersebut mengikut gayanya yang tersendiri. Improvisasi yang dilakukannya amat memadai dan begitu kena dengan range vokal beliau. Maka tidak banyak kejutan vokal yang mampu dilakukan oleh Amylea, namun ia tetap sebuah persembahan yang hebat darinya. Melihatkan beliau memulakan persembahan secara duduk di atas bangku memang merisaukan. Mujur beliau bangun sewaktu bahagian korus lagu tersebut. Aura kekaguman melihat Amylea mencorakkan lagu tersebut dengan baik begitu hebat. Amylea seorang penyanyi yang hebat. Uniknya beliau sekadar berdiri dengan pergerakan minima tetapi tumpuan mata tidak pernah terarah ke pandangan yang lain.

Amylea - Inikah Cinta 4.5/10
Amylea - Asmara 8/10
Amylea - Anggapanmu 8.5/10
Amylea - Don’t Know Why 8.9/10
Amylea - Hak Milik Kekal 7/10
Amylea - Hati Ini Telah Dilukai 9.7/10
Amylea - Penawar Rindu 7.5/10
Amylea - Dua Insan Bercinta 8/10

Persembahan Terbaik : Hati Ini Telah Dilukai
Persembahan Terburuk : Inikah Cinta

Konsert 09 AF3

Mawi - Pergi Tak Kembali 6.5/10
Persembahan vokal yang bagus dari Mawi. Penghayatan Mawi masih kurang kerana rasa lagu tersebut tidak berjaya sampai kepada saya. Sebuah persembahan biasa dari Mawi walaupun lagu tersebut makanan hariannya. Berbeza dengan Yazer yang mampu memberikan persembahan yang lebih bertenaga untuk lagu rock atau pop-rock. Sekiranya makanan ini menjadi penilaian, saya suka untuk membandingkan persembahan ini dengan Intifada yang boleh saya sifatkan jauh lebih baik Pergi Tak Kembali. Semangat Intifada dapat dirasakan berbanding keinsafan dalam Pergi Tak Kembali. Kehadiran kejutan yang ditampilkan untuk Mawi iaitu kumpulan nasyid Wariqissalam yang terdiri daripada rakan-rakannya tidak banyak membantu menyerlahkan lagi keharmonian lagu nasyid. Sedar atau tidak, Mawi sekali lagi direndah-rendahkan dengan kejutan yang ditampilkan di atas pentas untuknya. Hanya sebuah kumpulan nasyid orang kampungnya yang ditampilkan dan bukan artis besar seperti yang diharapkan oleh sebilangan besar peminatnya.

Mawi - Kekasih Awal Dan Akhir 8.2/10
Mawi - Dari Kekasih Untuk Kekasih 3/10
Mawi - Gadis Melayu 8.1/10
Mawi - Nourel Ain 8.5/10
Mawi - Beautiful Maria 4.3/10
Mawi - Memori Cinta Luka 8/10
Mawi - Oh Fatimah 6.5/10
Mawi - Pupus 7/10

Persembahan Terbaik : Nourel Ain / Pupus
Persembahan Terburuk : Dari Kekasih Untuk Kekasih

Konsert 09 AF3

Medley Tribute to Adnan Abu Hassan 9/10
Bermula dengan Gubahan Rindu Puisi Syahdu oleh Amylea sememangnya bagus. Marsha mengambil gilirannya di bahagian korus. Lebih hebat. Mereka tidak cuba untuk overshadow persembahan masing-masing. Itu yang lebih baik. Jerat Percintaan kurang menyengat tetapi masih bagus. Memang sukar lagu tersebut kerana lagu Siti Nurhaliza. Lebih hebat apabila mereka membawakan lagu Bunga Bunga Cinta. Sememangnya kedua-dua orang pelajar perempuan ini merupakan bahan penting untuk Konsert Final. Sayang sekiranya mereka tersingkir di konsert paling kritikal ini. Tangisan Dalam Kerinduan (featuring Farah AF2) menjadi lebih baik dengan kemunculan Farah. Tidak banyak yang membantu kecuali range vokal Farah dan Amylea kedengaran agak sama rata. Amat mengkagumkan persembahan ini apabila masing-masing sedar ruang yang perlu mereka kuasai untuk memberikan sebuah persembahan yang mantap.

Konsert 09 AF3

Menuju Puncak
Bayangkan Menuju Puncak dengan hanya empat orang di atas pentas. Menuju Puncak bakal menjadi begitu hambar dengan koreograf yang masih sama tanpa banyak perubahan yang telah dilakukan. Nyata perlu dilakukan sesuatu terhadap koreograf lagu tersebut. Buat susunan lagu yang baru apa salahnya. Menuju Puncak Broadway pernah dibuat, bagaimana dengan Menuju Puncak Asli, Menuju Puncak Gamelan, Menuju Puncak Bali, Menuju Puncak Integrasi Muhibbah (Melayu, Cina, India, Sabah & Sarawak). Sebelum keputusan diumumkan, momen paling diingati tentulah apabila kesemua enam pelajar berdiri di atas pintu platform beg agar tidak dibuka. Namun demikian, realitinya harus diterima. Platform dibuka. Dua beg muncul di atas pentas. Felix pertama sekali diumumkan berjaya ke Konsert Final. Seketika kemudian nama Yazer diumumkan menjadi pelajar yang pertama tersingkir pada malam tersebut. Mawi kemudiannya diumumkan untuk terus mara ke Konsert Final dan fenomena Mawi sememangnya tidak dapat dinafikan. Marsha mengikut jejak langkah Mawi walaupun pernah tersingkir di Konsert Prelude. Hanya tinggal Kefli dan Amylea. Nama Kefli diumumkan sebagai pelajar kedua tersingkir pada malam tersebut dan menjadikan Amylea sebagai pelajar keempat terpilih ke Konsert Final.

Konsert 09 AF3

Didn’t We Almost Have It All - Bekas Pelajar Akademi Fantasia 2/10
Apa sudah jadi ? Sebuah lagu yang sedap akhirnya menjadi medan pertarungan syok sendiri untuk mempamerkan kehebatan vokal masing-masing lalu yang hanya didengar adalah jeritan-jeritan yang membingitkan. Setiap pelajar cuba mencanangkan “Lihatlah dunia ! Akulah yang paling layak untuk Anugerah Vokal Terbaik. AFVOKAL lah aku !” Lagu tersebut bermula dengan baik dan dimulakan oleh Aidil akhirnya menjadi hancur apabila bekas pelajar perempuan berusaha sedaya upaya mereka untuk menyerlahkan diri mereka berbanding bekas pelajar lain. Lagu tersebut sewajarnya menjadi antara kenangan paling manis setelah keputusan empat pelajar ke Konsert Final telah diumumkan. Dalam emosi yang berbaur-baur, setiap bekas pelajar harus menggunakan platform tersebut untuk mengingatkan pengundi mereka agar terus mengundi mereka bukannya membenci mereka.

Ranking sultanmuzaffar
Medley Tribute to Adnan Abu Hassan 9/10
Amylea - Gemilang 8/10
Medley Tribute to M.Nasir 7/10
Mawi - Pergi Tak Kembali 6.5/10
Felix - Anak 6.4/10
Yazer - This Love 6/10
Marsha - Ku Pendam Sebuah Duka 5/10
Kefli - Tak Tahu 4/10
Didn’t We Almost Have It All - Bekas Pelajar Akademi Fantasia 2/10

Imbasan 09 Akademi Fantasia
Tetamu : Madam Zora, Farah AF2, Suraya Al-Attas
Pelajar : Yazer, Kefli dan keluarga
Pesrsembahan : I’m Ready For Love & Berhenti Berharap

Kedudukan Selepas Konsert
Mawi 31%
Felix 22%
Amylea 15%
Marsha 13%
Yazer 11%
Kefli 8%

Ada usaha untuk menaikkan peratusan Kefli dan Yazer. Jika dilihat kepada usaha tersebut, ternyata ia merupakan satu usaha yang bersungguh-sungguh kerana mampu menjatuhkan peratusan undian Mawi sebanyak 5%, Felix sebanyak 1%. Ini menunjukkan para peminat Kefli dan Yazer mampu menaikkan peratus undian secara tiba-tiba dan mampu untuk merobohkan benteng peminat Mawi sebanyak 5%. Manakala Felix hanya dapat bertahan dengan sebanyak 1%. Jika mahu, kita mampu untuk merobohkan benteng tersebut dalam keadaan sekarang bila mana peratus undian tidak ditayangkan. Kini, semua peminat Akademi Fantasia ibarat orang buta yang mengundi tanpa tahu arah tujuan mereka. Mereka hanya perlu mengundi dan terus mengundi tanpa mengetahui peratusan undian. Satu taktik yang bagus dari Astro dan pernah dicadangkan sejak Akademi Fantasia 1 dan 2.

Ulasan Lain :
Javardkent
Klubbkidd
Elkapitan
Dah Demam

Entri oleh sultanmuzaffar 29 July 2005 0 komen

Konsert 08 AF3

Diari Akademi Fantasia Minggu 09 Episod 09
Persembahan dari Kefli agak membosankan. Beliau tidak menggunakan kelebihan badan yang kecil itu untuk menggunakan keseluruhan pentas. Beliau banyak terganggu dengan lirik lagu tersebut. Pergerakannya terbatas. Tabiat menjilat bibir masih diteruskan walaupun setelah minggu kesembilan. Cikgu Marlia dan Pengetua M.Nasir nampak kebosanan. Memang Kefli nampak tidak begitu berkeyakinan dengan lagu tersebut. Dalam sesi latihannya, step tariannya banyak ditinggalkan. Lagu rap Tak Tahu perlu ada attitude. Kalau Adam yang bawa, memang seluruh pentas akan beliau kuasai. Adam sudah biasa, Kefli perlu mencontohi Adam.Kefli semacam kaku dan tidak mahu berinteraksi dengan penonton. Beliau tidak mengajar penonton untuk sama-sama masuk ke dalam lagunya. Ekspresi wajahnya juga tidak memikat. Beliau perlu belajar lebih lagi untuk menjadi rapper yang baik. Gaya rappers sudah ada, cuma Kefli kena lebih berani.

Persembahan permulaan Mawi memang membosankan. Sekadar berdiri tegak dan menyanyi. Persembahan vokal memang tiada yang uniknya tetapi beliau saya lihat berjaya menghayati lagu tersebut kerana lagu tersebut memang kesukaannya. Lagu kesukaannya tetapi saya melihat tiada apa yang unik yang berjaya dipertontonkan kepada saya. Felix bertanya sama ada boleh bergoyang atau tidak untuk lagu tersebut. Pengetua M.Nasir pun semacam tidak tahu untuk menjawab apa. Apabila Pengetua menjawab, Felix semacam malu-malu. Nampak ceria tetapi tidak ceria sangat. Menurut Marsha, banyak nyanyian Mawi yang tidak melontarkan vokalnya ke hadapan. Kalau sekadar ini yang dipertontonkan, ia belum cukup lagi.

Marsha mengambil tugas sebagai pengacara pada minggu ini. Perangai gila-gila Marsha menyerlah apabila mengacau semua pelajar. Antaranya Felix yang ditanya tentang perasaan setelah terkeluarnya “A” bukan nama sebenar. Mawi pula dikacau dengan duduk berdekatan dengannya.

Pengetua M.Nasir nampaknya kurang berpuas hati dengan persembahan Mawi. Beliau tidak nampak kehebatan Mawi membawakan lagu tersebut. Nyanyiannya sudah baik tetapi tidak diiring dengan gerak yang bersesuaian. Persembahan Mawi masih kurang x-faktor yang betul-betul dapat mengkagumkan penonton. Mawi diarahkan naik ke atas dan mengulang persembahannya. Beliau kemudiannya perlu memberikan persembahan ulangan.

Rupa-rupanya muncul Rabbani untuk membantu mencantikkan persembahan Mawi. Mawi memberikan ideanya untuk permulaan lagu tersebut iaitu dengan menyebut kalimah Lailahaillallah sebelum muzik masuk. Menurut Ustaz Asri, Mawi perlu pandai mencuri nafas agar memperlihatkan nyanyiannya lebih dinamik. Perubahan note ke bahagian tinggi perlu dilakukan dengan lebih bertenaga agar lebih bagus. Ini hanya boleh dicapai dengan teknik pernafasan yang betul. Mesej lagu ini mengingatkan penonton agar mati dalam keadaan yang baik.

Setelah selesai bantuan dari kumpulan Rabbani, persembahan Mawi lebih baik pada kali ini. Permulaannya agak tinggi dan bahagian seterusnya agak bernada rendah. Nampak macam tidak seimbang. Soalan Felix dijawab oleh Ustaz Asri yang menyatakan tidak salah untuk melakukan gerakan-gerakan yang bersesuaian untuk lagu nasyid. Pergerakan tersebut untuk lebih mendapatkan penghayatan dan kekuatan pada nyanyiannya.

Ustaz Asri menasihatkan Mawi agar jangan mematikan lirik lagunya dengan note yang rendah, lebih menarik sekiranya ia dibiarkan tinggi. Idea ini bakal memberikan kehebatan pada vokal Mawi dan dinilai keupayaannya.

Amylea ke Small Wonders Children House
Sekali lagi seorang pelajar Akademi Fantasia dibenarkan untuk keluar. Kali ini peluang tersebut diberikan kepada Amylea. Amylea telah diberikan peluang untuk ke Small Wonders Children House, rumah penjagaan kanak-kanak. Amylea berpeluang untuk melepaskan rindunya kepada adik-adiknya yang telah lama tidak ditemui olehnya. Memang nampak gembira Amylea apabila mendapat peluang tersebut. Mereka saling berpelukan dengan kanak-kanak yang ada di situ. Ada juga yang telah melukis gambar Amylea berbadankan Mr. Bola-Bola. Kanak-kanak tersebut juga menari bersama Amylea lagu Menuju Puncak. Sebelum pulang, Amylea membacakan mereka buku cerita dan mereka pun tertidur beramai-ramai.

Konsert 08 AF3

Diari Akademi Fantasia Minggu 09 Episod 10
Diumumkan Anuugerah Vokal Terbaik untuk dipertandingkan di antara 14 pelajar Akademi Fantasia. Pemenang anugerah tersebut bakal ditentukan dengan undian SMS oleh penonton. Taip AFVOKAL dan hantar ke 32999 ! Saya melihat ini adalah satu cubaan untuk memecahkan undian Mawi. Namun demikian, apa pun nama anugerah tersebut, saya tetap tidak bersetuju.

Pokok Kelapak Unplugged
Kesemua pelajar berkumpul di hadapan Tipah Tipah sambil menyanyikan lagu Pokok Kelapak dalam versi unplugged. Yazer bermain gitar untuk lagu tersebut. Nyanyian kesemua pelajar masuk dengan lagu tersebut kecuali vokal Kefli yang kasar tiba-tiba. Pada bahagian seterusnya hanya tinggal Marsha dan Amylea yang membawakan lagu tersebut dalam gaya soprano seperti yang sering saya tonton dalam opera. Kefli pula menjadi konduktor.

Maybank2u.com !
Cikgu Fatimah Abu Bakar menunjukajar para pelajar tentang penggunaan Maybank2u.com, sebuah aplikasi perbankan internet. Tanpa perlu pergi ke bank, para pelajar boleh melakukan pelbagai transaksi seperti membayar bil, memindahkan wang ke akaun lain dan melihat baki akaun. Nampak tercengang-cengang pelajar melihat kemudahan tersebut. Amylea nampaknya sudah biasa dengan penggunaan aplikasi tersebut. Kefli bertanya lebih lanjut mungkin kerana ini kali pertama mereka menggunakannya.

Mungkin pada musim akan datang, para pelajar boleh ditunjukkan dengan blog-blog Akademi Fantasia yang wujud untuk membaca komen-komen yang ada pada blog tersebut. Mereka seharusnya bersedia untuk membaca komen-komen baik positif atau pun yang negatif. Melihat bagaimana kemudahan internet dapat menaikkan nama pelajar dan menjatuhkan nama pelajar. Mereka seharusnya tidak gentar kerana pada Penyanyi Nombor Satu Malaysia, internet juga merupakan racun buatnya. Mereka perlu bersedia.

Kelas Motivasi Dr Azahari
Kali ini kelas motivasi Dr. Azahari hanya sekadar bertanya pengalaman pelajar selama seminggu. Apakah yang telah berlaku selama seminggu, baik yang pahit atau yang manis. Mawi menyatakan pengalaman pahitnya yang tidak sihar, selsema, ruam dan sakit tekak mungkin kerana silap makan. Pengalaman manisnya apabila mendapat lagu nasyid. Kejutan untuknya apabila Ustaz Asri dan kumpulan Rabbani membantunya mencantikkan lagi lagu tersebut. Selain daripada itu, perhubungannya dengan semua pelajar semakin rapat. Marsha contohnya menjadi semakin tidak betul.

Pengalaman manis Kefli ialah apabila mendapat lagu rap. Manakala pengalaman pahitnya apabila dibrainwash oleh Pengetua kerana tidak memberikan yang terbaik pada lagunya. Namun demikian, beliau tetap mengambil setiap teguran tersebut sebagai sesuatu yang positif.

Komen Terakhir Tenaga Pengajar
Sebelum memulakan sesi persembahan terakhir di hadapan Pengetua dan Tenaga Pengajar, Yazer dan Amylea telah menerima hadiah setelah menyelesaikan tugasan-tugasan luaran mereka dengan baik. Yazer telah ke Rumah Seri Kenangan dan Amylea telah ke Small Wonders Children House. Yazer mendapat sebuah patung dan Amylea mendapat sebuah bantal.

Persembahan Medley Lelaki
Nyanyian Ekspres Rakyat masih sebuah persembahan yang biasa. Persembahan vokal mereka adakalanya harmoni, adakalanya tidak. Persembahan tarian mereka nampak kebudak-budakkan dengan formasi seperti keretapi. Nyata Pengetua kurang berpuas hati dengan persembahannya, lebih-lebih lagi ia adalah lagu beliau.

Pertemuan dengan Cikgu Ee
Masih ingat bagaimana Felix melambung pembesar suaranya dalam lagu Hukum Karma ? Pada mulanya, tenaga pengajar tidak membenarkannya tetapi setelah ditanya sekali lagi kepada Cikgu Ee, beliau telah menasihatkan pelajar agar membuat mengikut keselesaan.

Bagaimana untuk membuat persembahan mengikut keselesaan, lebih-lebih lagi dalam sebuah persembahan berkumpulan. Keselesaan apa yang dimaksudkan ? Apakah setiap pelajar bebas untuk melakukan apa-apa sahaja gerakan yang mereka berasa selesa lakukan ? Melakukan mengikut keselesaan hanya sesuai untuk persembahan individu.

Persembahan Medley Perempuan
Gandingan dua orang pelajar perempuan ini sememangnya amat sesuai sekali. Ia mengingatkan saya kepada gandingan Jaclyn Victor dan Dina, serta Fantasia Barrino dan Diana DeGarmo. Persembahan vokal mereka sememangnya mantap. Mereka harus melebihkan lagi interaksi mata antara mereka dan memberikan penghayatan lagunya kepada penonton.

Surat Wasiat Terakhir !
Marsha menyerahkan tugas membaca surat wasiatnya kepada Amylea. Amylea pula menyerahkannya kepada Felix dan Marsha. Yazer meminta Kefli membacakan surat wasiatnya dan sebaliknya. Mawi masih setia dengan Felix dan sebaliknya.

Apa akan jadi sekiranya Yazer dan Kefli yang tersingkir pada minggu ini. Siapakah yang akan membacakan surat wasiat mereka. Tentunya empat orang pelajar akan sama-sama membacakan surat wasiat tersebut.

AFDIARI Episod 90 ke 32999 : Untuk Diari Terbaik Musim Ini
Tayangkan klip ini esok di Konsert esok ! Saya mahu merasakan aura sedihnya di stadium malam esok.

Perasaan sedih tiba-tiba hadir apabila menonton penghujung Diari episod 90 pada malam ini. Ia seperti menonton Diari episod 100. Memang terasa perubahan pada emosi apabila mendapat tahu pada awal minggu ini tentang bakal penyingkiran 2 orang pelajar. Siapa yang tidak terkejut dengan keputusan Akademi Fantasia, walaupun ia memang telah dijangka. Ia dilakukan seakan-akan diragut keakraban enam orang pelajar itu daripada mereka. Ikuti transkrip yang diperolehi dari Diari Extended 29 Julai 2005 1120-1220.

Kita sudah hampir sampai ke destinasi kita, saya kira ini minggu ke sembilan. Ini konsert terakhir kita bersama. Minggu depan hanya ada empat orang pelajar di Akademi.

Saya sedar selepas pengumuman Pengetua pada hari Selasa, mata semua orang tiada sparkle. Kita semua kena kuat, walaupun anda terkilan dan sedih dengan keputusan tersebut. Saya juga terkesan dengan keputusan tersebut.

Saya mahu kita semua gunakan semua ilmu yang anda dapat di Akademi. Gunakan sebaik mungkin untuk malam esok kerana sesiapa yang meninggalkan kumpulan ini adalah pemenang. Tiada siapa yang akan kalah kerana kita semua adalah pemenang. Saya mahu semua orang janji, bukan bangga dengan Tenaga Pengajar dan buat Tenaga Pengajar bangga dengan apa yang sudah anda pelajari.

Tiada apa yang boleh jatuhkan semangat anda semua, kerana anda sudah dapat yang terbak daripada kami. Saya harap anda akan gunakan semua ilmu yang anda dapat bukan untuk malam esok tetapi untuk masa depan.

Tiada yang kalah, kita semua adalah pemenang !

Komen Peribadi
Hari ini baru ada diantara kita yang terkenang-kenang zaman AF2 yang penuh dengan sifat harmoni dan saling hormat-menghormati sesama kita di dalam ruangan komen blog ini. Saya lebih senang dan terasa amam membaca komen-komen dahulu berbanding sekarang. Musim ini ia ditulis dengan penuh emosi, kebencian, suka dan sebagainya.

Adakalanya, manusia tidak pernah mahu maju malah mereka lebih melangkah ke belakang. Bukan untuk menilai kesilapan lama tetapi menambah kesilapan baru.

Ramalan Penyingkiran
Saya seboleh-bolehnya ingin melihat Mawi, Felix, Marsha dan Amylea beraksi di Konsert Final pada hujung minggu depan. Merekalah empat pelajar yang telah menunjukkan peningkatan dan perubahan serta mencipta fenomena di dalam Akademi Fantasia. Sukar untuk saya bayangkan sekiranya keputusan yang bakal diumumkan oleh Aznil tidak memihak kepada pilihan saya. Saya telah menyediakan RM60 untuk Marsha dan Amylea !

Blog Picisan
Susulan daripada komen saya dan nizamzakaria kepada artikel tulisan Azhan Jusoh di dalam artikel bertajuk Rimas gelagat masyarakat minat persoal isu picisan, turut memberikan komen ialah dunia-vovin dalam artikel bertajuk Pasal Blogger AF yang 'Picisan' dan gurisan intaglio dalam artikel bertajuk || PICISANKU ||. Artikel lain yang membincangkan topik yang sama boleh dibaca di Detik Jantung Waktu dalam artikel bertajuk Non-Conventional Malay Blog dan oleh Fiqarash bertajuk Blog Picisan.

Kredit Animasi : Klubbkidd ! Anda juga boleh dengarkan lagu-lagu tugasan pelajar-pelajar versi original dn nilaikan persembahan pelajar-pelajar malam ini dengan lebih arif ! Undi dengan BIJAK !

Entri oleh sultanmuzaffar 28 July 2005 0 komen

Diari Akademi Fantasia Minggu 09 Episod 07
Susulan daripada komen saya dan nizamzakaria kepada artikel tulisan Azhan Jusoh di dalam artikel bertajuk Rimas gelagat masyarakat minat persoal isu picisan, turut memberikan komen ialah dunia-vovin dalam artikel bertajuk Pasal Blogger AF yang 'Picisan' dan gurisan intaglio dalam artikel bertajuk || PICISANKU ||.

Komen lain :
Non-Conventional Malay Blog

Saya tidak menonton diari ini kerana keluar makan sambil merancang strategi mengundi pada minggu ini. Pilihan saya Felix, Amylea, Marsha dan Mawi ke Konsert Final. Ulasan lebih terpeinci selanjutnya, sila ke Akademi Fantasia-Coretan Seorang Rakyat Jelata.

Diari Akademi Fantasia Minggu 09 Episod 08
Siapa Yang Layak Bersama Mereka Ke Final ?
Amylea menyebut nama Marsha dan Felix. Yazer pula menyebut nama Amylea dan Felix. Kemudian beliau turut menyebut nama Marsha dan Mawi setelah menyedari akan kontroversi yang bakal menyusul. Mawi menyebut nama Kefli dan Marsha, setelah pilihannya Felix, Yazer dan Kefli bukan seperti yang diarahkan iaitu seorang lelaki dan seorang perempuan. Kenapa Kefli dan bukan sahabat baiknya ? Felix menyebut nama Yazer dan Amylea. Kenapa Yazer dan bukan kawan baiknya ? Marsha menyebut nama Amylea dan Felix. Kefli menyebut nama Marsha dan Yazer.

Pelik apabila kawan baik tidak menyebut nama kawan baik sendiri. Mereka sedar yang mereka di dalam sebuah pertandingan. Maka tentunya mereka mahu yang tidak kuat menjadi saingan mereka. Seperti di dalam Survivor, tentunya kita akan memilih peserta yang kurang dari segi kekuatannya berbanding kita untuk dijadikan saingan di Final Two. Ini juga nampaknya berlaku di dalam Akademi Fantasia.

Mawi secara tersirat memilih Kefli dan Marsha menjadi saingannya. Manakala Felix memilih Yazer dan Amylea menjadi saingannya. Tidak ada seorang pelajar pun menyebut nama Mawi. Baik bekas pelajar yang berada di luar, mahupun pelajar yang masih berada di dalam. Kerana mereka sedar sokongan yang besar yang diperolehi oleh Mawi.

Sekiranya saya harus memilih saingan saya, sudah tentu saya akan pilih pelajar yang lemah daripada saya untuk dijadikan saingan. Saingan yang melebarkan lagi peluang kita untuk menang. Maka tidaklah mengejutkan saya sekiranya Mawi memilih Kefli dan Marsha, dan Felix memilih Yazer dan Amylea sebagai saingannya.

Kebanyakan pelajar memilih nama Felix dan Yazer sebagai pilihan mereka kecuali Mawi yang memilih Kefli. Manakala Marsha dan Amylea mendapat pilihan yang sama rata. Mereka sesama sendiri tentunya tahu menilai siapa yang lebih layak, tetapi dalam Akademi Fantasia, undian terletak di tangan penonton.

Benar-benar mengejutkan saya apabila mereka diarahkan untuk memberitahu pilihan mereka di hadapan kamera. Ia semacam satu usaha untuk melaga-lagakan pelajar dan juga peminat-peminat pelajar. Diambil dari sudut positif, para peminat boleh melihat usaha ini sebagai satu alarm clock kepada mereka agar tidak terlena dari tidak mengundi pelajar pilihan mereka.

AFVOKAL
Buang masa ! AFVOKAL diwujudkan untuk memberi peluang kepada 14 orang pelajar Akademi Fantasia untuk meraih Anugerah Vokal Terbaik. Pemilihan dibuat berdasarkan undian SMS. Sekiranya yang demikian, anugerah tersebut wajar diberikan nama Anugerah Vokal Popular dan bukannya Terbaik. Siapa penonton untuk menilai yang terbaik. Penonton hanya layak untuk menilai yang paling popular.

Entri oleh sultanmuzaffar 27 July 2005 0 komen

Diari Akademi Fantasia Minggu 09 Episod 05
Masih teruja dengan CSI : Season Finale ! Selain daripada itu, masa banyak dihabiskan dengan merancang konspirasi dan strategi untuk mengundi pada konsert minggu ini. Ulasan lebih terpeinci selanjutnya, sila ke Akademi Fantasia-Coretan Seorang Rakyat Jelata.

Saya terpanggil untuk memberikan perspektif saya tentang artikel Rimas gelagat masyarakat minat persoal isu picisan.

Kata Azhan Jusoh,
Rata-rata blog ini adalah kepunyaan kaum Melayu yang mempunyai pekerjaan tetap. Saya hairan, mana mungkin mereka punyai begitu banyak masa untuk menulis perkara-perkara remeh sedemikian melainkan jika menggunakan masa di pejabat untuk berbuat demikian.

Kata sultanmuzaffar,
Saya tahu menyusun masa saya dengan teratur. Saya tahu bila waktu bekerja, bila waktu bersantai, bila waktu tidur. Jangan salahkan apa yang saya buat semata-mata kerana anda gagal untuk menyusun masa anda dengan baik. Lebih-lebih lagi bila anda tidak mampu melakukan apa yang telah saya lakukan. Jangan disamakan dunia saya dengan dunia anda. Dunia kita berbeza. Jika dunia anda sekadar bangun pagi, pergi pejabat, balik pejabat dan tidur, jangan salahkan saya jika dunia saya mampu melakukan lebih daripada itu.

Kata nizamzakaria,
Mengapa bangsa si penulis dijadikan isu? Tidakkah dia sedar (okay, kita tahu dia memang sengaja buat tak sedar), bahawa di antara penulis blog AF yang paling berketerampilan adalah penulis bukan Melayu? (dan saya berbangga sebagai rakyat Malaysia bahawa perkara ini dapat saya disaksikan apabila berlakunya jurang bangsa yang semakin hari semakin menjadi-jadi di negara ini). Apa yang ingin saya persoalkan di sini adalah; kenapa perlu wujudnya sikap rasis seperti ini? Mengapa orang-orang seperti Jusoh ini sering mengetepikan bangsa bukan Melayu di Malaysia (di dalam perbincangan mereka, kali ini melibatkan soal pembangunan negara), seolah-olah mereka tak wujud sama sekali? Mengapa di dalam kenyataan seterusnya dia menebalkan lagi sentimen-sentimen Melayu dan bukan bangsa Malaysia secara keseluruhan? Adakah dia ingin mengatakan bahawa AF ini hanya ditonton secara eksklusif oleh ORANG MELAYU SAHAJA? Perkara ini tidak benar sama sekali kerana ramai rakan-rakan saya dari golongan bukan Melayu yang menonton rancangan AF ini (sudah dua kali musim ini saya menonton konsert AF di kaca TV dengan seorang rakan berbangsa Cina yang berasal dari Pulau Pinang).

Kata Azhan Jusoh,
Kaum Melayu haruslah bangkit dan menyalurkan daya kreativiti mereka untuk menaiktarafkan daya pemikiran dan daya saing mereka sendiri sejajar dengan hasrat pertubuhan UMNO untuk menjana Melayu Glokal - yang mampu berdiri di atas kaki sendiri dan tidak takutkan kepada persaingan tempatan atau global.

Saya menyeru kepada mereka yang terlibat ini, gunakanlah fikiran kamu seadanya untuk terus memartabatkan bangsa. Banyak lagi isu semasa yang boleh dikupas untuk tujuan perbahasan bersama.

Kata sultanmuzaffar,
Inilah Melayu Pasca Mahathir. Yang hanya tahu mencari silap dan membebel tetapi duduk terkangkang tidak buat apa. Saya cabar untuk melihat blog anda dan berbicara tentang isu-isu tersebut. Setakat jam 12 tengah malam, keputusan carian di Google apabila saya menaip “Azhan Jusoh”, masih kosong. Kita mulakan dulu, apa salahnya. Melayu jenis ini, akan berasa iri hati apabila ada pihak yang telah melakukannya. Lebih menyakitkan hati mereka apabila formula orang lain berjaya.

Kata nizamzakaria,
Ye lah, kalau saya nak sarankan satu-satu perkara, saya akan MELAKUKANNYA DAHULU. Saya tak mahu lah pula jadi jenis manusia Melayu yang hanya tahu bercakap (dan bergoyang kaki dalam masa yang sama) tapi tak mahu melakukannya sendiri. Ketika saya mahu memulakan revolusi penulisan kritikan seni, saya melakukannya di dalam blog saya. Ketika saya mahu berganjak mengajak anak-anak muda agar menulis novel, saya menjadikan blog saya sendiri sebagai contoh bahawa perkara ini dapat dilakukan selagi ada daya.

Diari Akademi Fantasia Minggu 09 Episod 06
Terus hilang mood saya untuk mengulas Diari pada malam ini. Lebih-lebih lagi kerana masih teruja setelah menonton CSI : Season Finale. Menonton CSI : Season Finale lebih hebat penangannya berbanding menonton Akademi Fantasia. CSI : Season Finale pun ada housecam. Menarik sekali.

Kelas Tarian Cikgu Ee
Tarian untuk lagu medley lelaki memerlukan mereka menari dengan formasi keretapi untuk lagu Ekspres Rakyat. Pergerakan Kefli nampak malas dan Mawi masih memegang lirik. Sementara itu, di tingkat atas, Amylea dan marsha berlatih lagu medley mereka pula.

Kelas Seni Persembahan Cikgu Marlia
Yazer mendapat lagu yang menjadi kegemarannya. Saya tidak begitu risau dengan persembahannya. Sekiranya beliau ingin memberikan persembahan yang lebih baik, beliau perlu menjaga staminanya. Berikan persembahan yang bertenaga.

Cara Marsha membawakan lagu tersebut mengikut gayanya yang tersendiri. Saya agak suka dengan lenggok yang beliau gunakan. Persembahannya sekadar berdiri sahaja untuk menampilkan imej elegan pada persembahannya.

Pengumuman Pengetua
Berjanji pada saya yang anda akan terus berusaha. Tidak merasa kecewa dan terus rajin menimba ilmu. Dalam bidang ini, ilmu amat penting. Pada Konsert minggu ini akan dilakukan dua penyingkiran. Kesemua pelajar terdiam. Walaupun dua orang pelajar bakal tersingkir pada minggu ini, mereka perlu memberikan persembahan yang terbaik.

Apa sahaja kemungkinan boleh berlaku. Mawi dan Felix boleh saya sifatkan sudah selesa di carta paling atas. Taruhan dua tempat berpihak antara Marsha, Amylea, Yazer atau Kefli. Bagaimana sekiranya Marsha dan Amylea tersingkir dan empat pelajar lelaki terpilih ke Konsert Akhir ? Bagaimana pula sekiranya Yazer dan Kefli pula yang tersingkir ? Saya berpuas hati walaupun sedikit terkilan kerana Yazer tidak dapat beraksi di Konsert Akhir. Mungkin juga Amylea dan Yazer tersingkir kerana benteng Kefli terlalu kuat sentiment simpatinya atau strategi menurut mereka.

Rata-rata kesemua pelajar terkejut, sedih, terperanjat dengan keputusan tersebut. Apa boleh buat, keputusan telah ditetapkan.

Kejutan Adam
Kadang-kadang geli hati juga apabila melihat Adam mengajar Kefli akan teknik pernafasan. Vokal Adam ternyata lebih baik daripada Kefli. Adam mengajar Kefli untuk mencantikkan bahagian-bahagian yang sukar. Adam ajar teknik whisper tu ! Gelak guling-guling. Makin poyo pun ada. Saya berbangga apabila melihat Adam mampu membawa dirinya dengan baik di hadapan kamera. Tahap keyakinan beliau amat tinggi. Bolehkah Kefli menari sehebat Adam ?

Entri oleh sultanmuzaffar 26 July 2005 0 komen

Diari Akademi Fantasia Minggu 09 Episod 03
Sebuah artikel berkenaan Akademi Fantasia yang amat mendalam penyelidikan yang telah dilakukan untuk menyelami pemasalahan masyarakat dan organisasi, sila ke || EKSTRASI SENI BUDAYA FANTASI ||.

Antara petikan yang membuatkan saya terfikir,
Trend Akademi Fantasia ini memang menarik tetapi bukan kerana potensi pelajarnya, tetapi lebih kerana daya tarikan dunia pasaran yang amat bijak diterokai oleh pemodal atau kapitalis.

Pengalaman Yazer melawat Rumah Seri Kenangan dipaparkan di dalam Diari hari ini. Yazer kelihatan mencuci lantai, menyiapkan makanan, menyediakan makanan untuk para penghuni di situ. Yazer juga telah memberikan hadiah yang telah dikirimkan oleh rakan-rakannya kepada mereka. Kunjungan Yazer amat bermakna sekali apabila turut dibawa melawat ke dalam asrama penghuni tersebut.

Bayangkan banglo Akademi Fantasia dengan asrama penghuni Rumah Seri Kenangan. Jauh benar bezanya. Bayangkan makanan yang mereka makan. Dimasak menggunakan kawah. Amat tidak adil sekiranya pelajar di Akademi Fantasia tidak menunjukkan peningkatan yang kita mahukan. Apabila diulang tayang kepada pelajar yang lain, Yazer menyatakan yang pandangan setiap seorang dariapa penghuni di situ melihatnya seperti anak sendiri. Penghuni-penghuninya terdiri daripada pelbagai bangsa.

Yazer sempat berbual dengan salah seorang penghuni di situ. Beliau mempunyai 5 orang anak tetapi telah memilih untuk tinggal di situ. Sekali-sekala cucunya ada juga melawatnya. Kelihatan Marsha mengalirkan air-mata.

Untuk Akademi Fantasia 4, acara sebegini perlu dilakukan bermula dari minggu pertama. Ada banyak pilihan lawatan boleh dilakukan seperti rumah kanak-kanak spastic, down-syndrome, rumah anak yatim, rumah orang-orang tua dan juga tempat penjagaan binatang.

Tikus masuk ke dalam Akademi Fantasia. Amylea melompat. Marsha melompat. Cikgu Shahrol pun melompat.

Kelas Vokal Cikgu Adnan Abu Hassan
Latihan untuk lagu medley perempuan berlangsung dengan baik. Nampaknya nyanyian mereka sesuai dengan lagu-lagu tersebut. Pembahagian lirik turut dilakukan. Lagu Gubahan Rindu Puisi Syahdu turut dilatar oleh Felix dan Yazer. Lagu Bunga-Bunga Cinta, Jerat Percintaan dan Tangisan Dalam Kerinduan juga dibawakan oleh mereka dengan baik. Ini antara persembahan yang saya tunggu-tunggu kerana ingin melihat kebolehan dua orang pelajar perempuan membawakan lagu empat penyanyi perempuan yang berlainan latarbelakang vokal masing-masing.

Sebelum mengakhiri Diari, klip video Yazer ke Rumah Seri Kenangan ditayangkan sambil Felix menyanyikan lagu Anak.

Diari Akademi Fantasia Minggu 09 Episod 04
Korus Ghazal Untuk Rabiah sememangnya perlu dikekalkan momentumnya dalam lagu tersebut. Impak paling penting pada lagu tersebut adalah bahagian korusnya. Maka bahagian tersebut perlu dilakukan dengan baik dan dikekalkan punchingnya. Ia akan dilakukan mengikut susunan Mawi, Felix, Kefli dan Mawi. Segmen ini dibantu oleh Sham Kamikaze.
Kefli menerima perkhabaran buruk tentang kematian kawannya Azahar atau lebih dikenali sebagai Abang Panjang. Beliau mengucapkan salam takziah kepada keluarga Allayarham.

Menuju Puncak
Koreografi Menuju Puncak pada minggu menampilkan keempat-empat pelajar melakukan aksi akrobatik. Sewaktu latihan, dipaparkan lenturan tangan kanan Marsha yang boleh dibengkokkan. Rata-rata kesemua pelajar telah dapat menarikan lagu Menuju Puncak dengan baik, yang perlu dibaiki hanyalah stail agar lebih cantik lagi. Felix melakukan banyak kesilapan dalam tarian tersebut. Banyak kali diulang lagu tersebut. Mungkin juga beliau hilang fokus agaknya.

Marsha - Ku Pendam Sebuah Duka oleh Khatijah Ibrahim
Marsha telah mendapat lagu baru iaitu Ku Pendam Sebuah Duka, lagu yang dipopularkan oleh Khatijah Ibrahim. Sebuah lagu evergreen yang pernah dipertandingkan di Juara Lagu. Lagu ini juga merupakan lagu tema drama Adam dan Hawa. Sebuah lagu penuh emosi untuk Marsha. Beliau berharap agar diberikan lagu Misha Omar atau lagu-lagu penyanyi baru. Pertukaran lagu Marsha dilakukan kerana masalah teknikal. Tentunya ia akan menjadi isu besar kepada yang tidak berpuas hati dengan Marsha.

Kelas Teknikal Vokal Cikgu Siti Hajar
Amylea seakan-akan didera untuk mendapatkan intonasi yang betul pada lagu Gemilang. Beliau perlu menyampaikan makna lagu tersebut dengan penuh penghayatan. Amylea telah menyampaikan makna lirik lagu tersebut walaupun adakalanya hilang beberapa patah perkataan. Menurut Cikgu Siti Hajar, apabila kita tidak boleh menghafal secara begini, makna kita tidak tahu mesej lagu tersebut. Memang sukar juga. Adakalanya Amylea akan menyanyikannya semula.

Pereka Pakaian Konsert Final
Seperti yang dijangkakan pada minggu ini akan hadir beberapa pereka fesyen untuk mereka pakaian pelajar untuk Konsert Final. Sama seperti musim lepas, mereka hadir untuk melakar idea dan berbincang dengan pelajar. Mereka terdiri daripada Izal Ismail, Wan Huzairil dan Amin Jauhary. Mereka akan mendapatkan idea dari pada pelajar dan kemudian akan menggabungkan idea-idea tersebut untuk menghasilkan rekaan terbaru untuk mereka. Imej yang dibentuk hendaklah sesuai dengan gaya bintang yang profesional. Tugas utama mereka adalah untuk menatarias seorang bintang. Izal Ismail bakal mereka untuk Marsha, Wan Huzairil mereka pakaian Kefli dan Amin Jauhary mereka pakaian Amylea.

Marsha inginkan pakaian seperti evening gown. Sekiranya boleh mempunyai leher yang luas dan tidak terlalu kecil. Kefli pula inginkan yang lebih formal tetapi tidaklah terlalu nampak baik sangat. Seluarnya lebih longgar dan tidak terlalu ketat. Sekiranya ada, ingin jaket disertakan sekali. Pakaian Kefli mempunyai stail Hong Kong. Warna bajunya ialah merah dan seluarnya hitam Sama pula warnanya dengan pakaian Adam di Konsert Final musim lepas. Amylea agak sesuai dengan fabrik-fabrik jenis lembut dengan menggunakan warna-warna yang hangat. Sekiranya dapat disesuaikan dengan angin pada malam persembahan tentu akan lebih menarik.

Bakal menjadi satu topik konspirasi apabila Mawi, Felix dan Yazer tidak mendapat rekaan pakaian mereka pada hari tersebut. Tentunya pereka pakaian untuk mereka lebih hebat. Saya menjangkakan Bill Keith, Salikin atau Bernard Chandran akan hadir untuk mereka. Tentunya pereka pakaian untuk Mawi dan Felix datang dari mereka yang hebat dalam bidang tersebut kerana kedua-duanya bakal pemenang utama.

Khas untuk peminat Akma & Felix,
Kini dibuka untuk pendaftaran Jiwang United !

Aidilistic
Atas permintaan Aidil, sebarang email kepada beliau hendaklah dialamatkan ke aidilistic@yahoo.com. Laman web Aidil iaitu Aidilistic sedang dalam pembikinan. InsyaAllah akan mula beroperasi pada bulan Ogos. Terima kasih di atas sokongan anda kepada Aidilistic !

Kenangan Akademi Fantasia 3
5 Kejutan Paling Best:
1. Kejutan Aidil heart attack!
2. Kejutan tudung Mawi world
3. Kejutan birthday surprise Cikgu MM.
4. Kejutan background black & white masa lagu Aidil
5. Kejutan Siti Nurhaliza

5 Scene Yang Paling Kelakar:
1. Mawi berlakon Ibu Mertuaku versi BI
2. Masa main game observation dalam kelas Cikgu MM
3. Scene Felix main sembunyi-sembunyi dengan Tipah Tipah.
4. Scene Marsha goda Mawi masa lepas lunch
5. Scene masa Felix & Marsha berlakon jadik waiter kat warung nak pujuk amylea yang tengah bersedih

5 Scene Yang Paling Sedih:
1. Ucapan Hari Bapa oleh students
2. Amylea menangis sepanjang hari selepas kena tegur dalam meeting
3. Bila Idayu tersingkir
4. Bila Aidil tiba-tiba rebah unexpectedly
5. Scene Akma dengan Dr Love citer pasal dia sedih bila mak dia tak datang konsert sbb mungkin malu pasal kes dia & amylea

ada lagi ? Jom tambah !