Undilah

SULTANMUZAFFAR (26 Februari 2002 - sekarang)

Seorang blogger, pelayar internet, penyelam scuba dan penagih tegar televisyen dan Wii. Melihat seluruh dunia di laman blog menerusi kamera DSLR dan kacamata tebalnya (kadang-kadang kanta lekap).

Mengkritik tidak bererti menentang, menyetujui tidak semestinya menyokong, menegur tidak bermakna membenci, dan berbeza pendapat adalah kawan berfikir yang baik.
Entri oleh sultanmuzaffar 01 August 2003

Diari Akademi
Akademi Fantasia Hari Keempat Minggu Kelapan

Keativiti
Kali ini mereka ditugaskan untuk merekabentuk bangunan Petronas Twin Tower dan KL Tower dengan menggunkan straw. Vince, Nija dan Sahri di dalam kumpulan untuk Twin Tower, manakala Khai, Azizi dan Liza untuk bangunan KL Tower. Saya akui untuk bangunan KL Tower memang agak sukar terutamanya di bahagian utama yang paling atas iaitu di bahagian Menara Peninjau kerana rekabentuknya yang unik dan ada curve. Untuk bangunan Twin Tower memang mudah sedikit berbanding KL Tower. Setelah selesai, Nija memberi komen yang KL Tower seperti ada khemah di bahagian atasnya. Mulut Nija ni boleh tahan juga ! Memang melucukan apabila perkataan tersebut dilontarkan oleh Nija dengan bersahaja.

Gabungan Adnan Abu Hassan dan Fatimah Abu Bakar
Vida dendangan memang akan menjadi satu lagu yang menarik sekiranya dapat membuai perasaan penonton. Tapi sayang suara Khai tidak sesuai mendendangkan lagu sebegitu terutama di bahagian rendah lagu tersebut, adakalanya Khai tidak berjaya melakukannya dan kedengaran tenggelam. Arrangement baru lagu tersebut sedikit sebanyak membantu Khai. Puan Fatimah menyarankan agar beliau dapat mengawal pergerakan matanya. Adnan pula menasihatkan Khai agar perlu berlatih bahagian ad-lib dengan lebih lagi.

Azizi mempunyai suara yang agak besar dan kawalan suaranya perlu dijaga dengan baik. Lagu ini mampu membuatkan penonton menangis dan silap-silap penyanyinya juga akan menangis. Penghayatan lagu ini amat mudah bagi Azizi jika kita nilai di awal minggu apabila beliau menerima lagu ini. Beliau teringatkan abangnya/ayahnya saya tidak pasti. Azizi perlu mencipta satu emosi agar dapat melayan perasaan penonton agar terikut sama dengan perasaan penyanyi.

Liza mempunyai suara yang agak baik pada minggu ini. Keyakinan beliau mula terserlah. Tapi sayangnya, attitude beliau dan showmanshipnya masih kelihatan agak kaku. Mood beliau sendiri tidak sampai apatah lagi untuk penonton menghayati lagu tersebut. Facial expression beliau belum nampak over untuk menyanyikan lagu funky ini.

Nija telah dilatih untuk mempersiapkan dirinya untuk menyanyikan lagu ini. Sebutan beliau agak baik. Suara tingginya jelas walaupun pitching beliau agak berterabur. Beliau perlu menghayati melodi lagu tersebut agar pitchingnya sampai. Saya puji pronunciation beliau yang saya kira jauh lebih baik dari Siti Nurhaliza.

Berbeza dengan Nija, Vince menghadapi masalah di dalam sebutannya. Banyak perkataan yang saya kira Vince hanya hafal tanpa mengetahui mesej lagu tersebut. Saya kira ini satu kesilapan yang besar bagi seorang penyanyi. Saya sedar yang Vince bukan berbangsa Melayu, tetapi jika penyanyi Melayu ditegur tentang pronunciation bahasa Inggeris, tidak salah jika saya menegur pronunciation Vince apabila menyanyikan lagu Melayu. Lagu Rindu Bayangan dibawakan dengan stailnya yang tersendiri dan saya menyukainya. Saya terlalu menantikan kejutan persembahannya.

Suara Sahri tidak perlu saya pertikaikan. Koreograf tariannya untuk lagu ini agak baik dan menarik. Penampilan setiap penari latar diambil kira agar dapat memantapkan lagi persembahan Sahri. Lagu ini tidak popular dan Sahri perlu menghayati lagu tersebut agar penonton dapat capture mood lagu tersebut dan sama-sama menyanyikan lagu tersebut bersamanya.

Khai dan Nemo
Geli hati saya melihat mereka main sorok-sorok. Nemo memang seekor kucing yang cerdik dan comel. Yang si Khai pula boleh melayan karenah Nemo yang comel itu. Serasi sungguh mereka berdua. Saya berharap agar mereka akan terus dikekalkan di Akademi sehingga tamat.

Kelas Tarian Linda Jasmine
Koreograf Linda Jasmine semakin berubah. Lebih menarik dan gerak tari setiap pelajar dibuat dengan teliti. Vince masih menghadapi masalah untuk menari. Beliau kelihatan agak keras dan beliau kelihatan bersungguh-sungguh mempelajari gerak tari tersebut dan terlupa untuk menyanyi. Gerak tari Khai agak menarik dan beliau tidak menyanyi. Mereka sepatutnya turut sama menyanyi agar sewaktu persembahan sebenar mereka tidak kelihatan kekok.

Confession Camera
Kita dapat melihat gelagat Vince yang meminta dari confession camera untuk berurut dan beliau meniru gaya Nija sewaktu mendendangkan lagu Fatalistik. Nija pula bertanyakan sama ada Rumah Urut di KL dan Sahri meminta ingin melihat gambar Konsert VII.

Kelas Siti Hajar
Beliau menasihatkan pelajar agar menggunakan teknik dahulu dan barulah mendapat stail yang diingini. Sebutan Nija lebih baik pada hari ini berbanding semalam.

Tips Menawan Hati Lelaki
Nija tertangkap sedang membaca artikel berkenaan Tip Menawan Hati Lelaki oleh Vince. Terkeluar perkataan “Liza, kau tengok boyfriend kau ni” dari Nija. Sungguh beria-ria Nija membaca artikel tersebut.