Undilah

SULTANMUZAFFAR (26 Februari 2002 - sekarang)

Seorang blogger, pelayar internet, penyelam scuba dan penagih tegar televisyen dan Wii. Melihat seluruh dunia di laman blog menerusi kamera DSLR dan kacamata tebalnya (kadang-kadang kanta lekap).

Mengkritik tidak bererti menentang, menyetujui tidak semestinya menyokong, menegur tidak bermakna membenci, dan berbeza pendapat adalah kawan berfikir yang baik.
Entri oleh sultanmuzaffar 02 August 2003

Diari Akademi
Akademi Fantasia Hari Kelima Minggu Kelapan

Tuduhan Liar
Adakalanya saya tidak mahu melayan private message yang dihantar kepada saya melalui email atau Yahoo Messenger yang dihantar oleh pembaca weblog ini kerana akhirnya percakapan tersebut akan berakhir dengan masing-masing akan cuba untuk menegakkan hujah masing-masing. Itulah sebabnya saya membina weblog ini agar saya dapat menggunakan ruang saya sendiri untuk melontarkan pendapat saya sendiri serta bertanggungjawab sepenuhnya terhadap setiap tulisan yang saya tulis di sini. Melemparkan tuduhan-tuduhan liar tanpa usul-periksa setelah menilai luaran adalah satu tindakan yang saya kira tidak bermoral. Itulah sebabnya perlu bagi anda yang “keras kepala”, “degil”, “kaki hasut” dan tetap berkeras mahu menegakkan hujah-hujah anda mempunyai ruang sendiri dan tidak memporak-perandakan ruang orang lain. Anda sebagai pembaca weblog ini telah saya beri kemudahan untuk memberikan komen anda. Hanya kemudahan dan ianya tidak akan menjadi hak anda untuk mengutuk tulisan saya. Itu asas “freedom of speech” yang saya kira rakyat Malaysia masih belum terdidik sepenuhnya. Sayang sekali !

Jika pembaca saya masih ingin terus melabel pelajar tanpa mengetahui dengan mendalam pelajar tersebut mereka boleh melakukannya di tempat lain dan bukannya di sini. Jangan sesuka hati menilai dan meletakkan label ke atas orang lain tanpa kita melihat nilai kita sendiri dahulu. Orang sebegini tempatnya bukan di sini.

TGI Fridays
Makan mereka hari ini ditaja oleh TGI Fridays. Sahri berpeluang untuk makan kek coklat kegemarannya.

Panggilan telefon dan Bersama Pengetua
Mereka dibenarkan untuk membuat panggilan telefon. Kelihatan mereka agak seronok apabila dapat berbual dengan keluarga masing-masing. Sewaktu ditanya oleh Pengetua tentang perasaan mereka pada hari-hari akhir sebelum Konsert VIII, rata-rata melahirkan rasa lega dan bersyukur kerana berjaya sehingga ke peringkat sekarang. Liza contohnya bersyukur kerana masih kekal sehingga sekarang memandangkan beliau sepatutnya sudah pulang ke kampung kerana tersingkir di Konsert I. Beliau ingin meneruskan apa sahaja aktiviti di dalam bidang ini jika diberi peluang. Nija pula perlu memberi perhatian untuk lagu bahasa Inggerisnya. Penguasaannya terhadap bahasa tersebut agak lemah dan beliau perlu belajar lebih lagi. Sahri menerima apa sahaja keputusan jika rezekinya hanya setakat ini sahaja begitu juga dengan Khai. Apa-apa pun mereka perlu melakukan yang terbaik kerana ini merupakan langkah terakhir sebelum Konsert Akhir.


Latihan Persembahan
Vince
Saya kira Vince sudah mampu menyanyikan lagu tersebut dengan gayanya tersendiri tetapi beliau perlu berhati-hati agar tidak terlalu lari jauh dari melodi lagu tersebut sehingga mencacatkan melodi lagu tersebut. Lagu Rindu Bayangan adalah lagu klasik dan cara penyampaian yang terlalu dibuat-buat akan kelihatan terlalu “fake”. Vince perlu melakukan yang terbaik kerana ini merupakan langkah terakhir sebelum Konsert Akhir.

Liza
Nampak perubahan terhadap Liza yang banyak berbeza penampilannya. Walau apa pun yang akan terjadi malam ini, Liza perlu memberikan persembahan yang terbaik. Sekiranya beliau yang akan menjadi peserta terakhir tersingkir dari Akademi, beliau telah memberikan persembahan yang terbaik. Beliau akan keluar dengan bermaruah. Apa yang pasti malam ini Liza perlu membuktikan yang beliau mampu mengeluarkan dirinya dari kepompong malu yang terlampau. Beliau perlu membuang jauh-jauh perasaan malu tersebut sehingga meningkatkan tahap kegugupan beliau itu. Idea untuk melompat perlu dilakukan dan sangat baik kerana lagu ini lagu funky. Beliau perlu beraksi cergas di atas pentas. Jika permulaan lagu ini dilemahkan oleh Liza, maka lemahlah sehingga penghabisan persembahan. Liza perlu melakukan yang terbaik kerana ini merupakan langkah terakhir sebelum Konsert Akhir.

Khai
Terus terang saya risaukan persembahan Khai. Saya mahu beliau kekal sehingga Konsert Akhir, tetapi apabila menonton sessi latihannya semalam saya dapat merasakan kedudukannya amat goyah. Beliau menghadapi masalah pitching yang paling besar. Banyak part yang tidak kena dengan melodi asal lagu tersebut. Ad-libnya berterabur dan tidak kena. Kadangkala kedengaran beliau tidak sampai pada bahagian rendah lagu tersebut dan bahagian tinggi berbunyi rock. Khai perlu melakukan yang terbaik kerana ini merupakan langkah terakhir sebelum Konsert Akhir.

Nija
Saya agak yakin Nija mampu melakukan kejutan malam ini. Pronunciation beliau saya kira agak baik berbanding semalam. Penghayatan beliau untuk lagu ini juga terbaik. Beliau hanya perlu berdiri sahaja sambil mendendangkan lagu tersebut. Jika Dayang Nurfaizah tidak muncul untuk persembahan Vince, mungkin Dayang Nurfaizah untuk Nija. Ini andaian sahaja. Nija perlu melakukan yang terbaik kerana ini merupakan langkah terakhir sebelum Konsert Akhir.

Azizi
Azizi juga telah menunjukkan peningkatan berbanding semalam. Kelemahan di dalam persembahannya nanti mungkin dari aspek lakonan. Memasukkan unsur-unsur video-clip di dalam persembahan memang baik agar mesej lagu dapat sampai kepada penonton, tetapi jika tidak dibuat dengan serius akan menimbulkan unsur humor. Gerak badan dan postur badan perlu meyakinkan penonton. Azizi perlu melakukan yang terbaik kerana ini merupakan langkah terakhir sebelum Konsert Akhir.

Sahri
Sahri telah membuat yang terbaik dan saya kira persembahannya malam ini akan meningkatkan keyakinan saya yang beliau akan terpilih untuk meneruskan kemaraannya ke Konsert Final lalu pulang dengan sebuah Suzuki Vitara. Interaksi beliau dengan penonton di awal persembahan perlu dilatih dengan lebih lagi. Biarlah interaksi itu dibuat dengan jujur jika tidak lebih baik ditiadakan. Sahri perlu melakukan yang terbaik kerana ini merupakan langkah terakhir sebelum Konsert Akhir.