Undilah

SULTANMUZAFFAR (26 Februari 2002 - sekarang)

Seorang blogger, pelayar internet, penyelam scuba dan penagih tegar televisyen dan Wii. Melihat seluruh dunia di laman blog menerusi kamera DSLR dan kacamata tebalnya (kadang-kadang kanta lekap).

Mengkritik tidak bererti menentang, menyetujui tidak semestinya menyokong, menegur tidak bermakna membenci, dan berbeza pendapat adalah kawan berfikir yang baik.
Entri oleh sultanmuzaffar 09 June 2004

Akademi Fantasia IIDiari Akademi Fantasia 01-05 dan 01-06

Olah Tubuh
Bahasa yang saya sering gunakan untuk aktiviti kelolaan Cikgu Fauziah Nawi tersebut ialah olah tubuh. Untuk memperlihatkan satu mutu lakonan yang baik, seseorang pelakon wajar membuat olah tubuh. Seperti satu sesi panas badan dalam sukan. Seorang pelakon memerlukan pergerakan yang bebas dan olah tubuh secara tidak langsung mampu melembutkan tubuh badan kita dan stailistik lakonan dapat dipamerkan. Mimik muka terutamanya. Perlu diregangkan agar kulit muka lembut dan bebas untuk berfungsi dengan baik dalam menghasilkan ekspresi yang diingini. Jangan malu untuk kelihatan buruk kerana sesi ini amat penting sekali. Rahang dan lidah juga merupakan salah satu bahagian yang perlu diregangkan dalam aktiviti tersebut untuk membolehkan lontaran suara serta sebutan yang jelas dapat dihasilkan.

Kuku Kaki Kakakku
Aktiviti sebegini memang nampak bodoh tetapi sebenarnya merupakan latihan yang baik untuk vokal dan sebutan. Setengah pelakon akan mendapat baris dialog yang pendek, ada yang panjang, ada yang satu muka surat, ada yang sepuluh muka surat. Perkara paling utama dalam aktiviti ini ialah tumpuan pelajar.

Anding dan Zarina berjaya mencipta suasana tegang. Zahid dan Farah telah berjaya mencipta satu suasana yang agak lucu. Saya lebih tertarik dengan pasangan Linda dan Kaer. Walaupun dialog mereka tidak jelas, tetapi ekspresi wajah mereka jelas dan tepat.

Weblog Afundi Online Sekarang !: http://www.afundi.com/weblog.php

Kelas Vokal
Anding saya lihat beliau trying hard to be good. Saya masih belum yakin dengan persembahan beliau. Zarina masih keliru dengan identitinya. Bob perlu memberikan perhatian pada tempo lagu tersebut. Farah kelihatan tersiksa membawakan lagu Seandainya Masih Ada Cinta. Persembahan Kaer saya lihat ada kelainan. Beliau perlu perbaiki beberapa bahagian yang ingin dinyanyikan secara falsetto. Sumbang bukan kerana tidak sampai, tetapi kerana teknik pernafasan. Saya amat yakin melihat persembahan Linda.

Kelas Tarian
Peluang terbaik Bob untuk mencuri perhatian kamera. Beliau kelihatan sedar dan tahu yang kamera tentu akan merakamkan aksi-aksi keletihan beliau. Koreograf tarian untuk lagu Tak Tahan Lagi juga agak menarik. Saya dapat melihat banyak gaya baru yang dipersembahkan dalam tarian. Satu perubahan yang agak besar. Baik dalam lagu Menuju Puncak juga untuk lagu-lagu individu.

Over-Exposed Fauziah Nawi
Improvisasi terhadap kuku kaki kakakku dengan menggunakan lagu Tiada Lagi Cinta dan Rasa Sayang. Satu usaha kreatif yang masih biasa dan saya mengharapkan satu yang luar biasa.

Kelas Vokal Cikgu Adnan
Mas beberapa kali diminta agar tidak melihat lirik lagu yang ada di tangan. Beliau sebenarnya sudah menghafal lirik lagu tersebut Cuma masih belum yakin untuk melepaskannya dari tangan. Saya kira masalah lirik lagu sudah boleh dilupakan dan kini masalah melodi lagu pula yang perlu dihadap oleh Mas. Cikgu Adnan sendiri telah menyatakan bahawa setiap penyanyi perlu menghafal lirik tanpa masalah. Lirik lagu bukan masalah besar untuk penyanyi.

Fitri telah menunjukkan satu perubahan pada gaya nyanyian beliau. Saya melihat beliau telah berjaya mendapatkan melodi lagu tersebut. Saya belum lagi terpukau dengan persembahannya.

Linda perlu lebih berlatih dalam teknik pernafasan. Tak Tahan Lagi adalah sebuah lagu rancak yang berentak techno. Agak laju. Tempo lagu tersebut perlu dijaga.

Saya suka dengan gaya persembahan nyanyian Zahid. Beliau telah cuba untuk mencorakkan lagu tersebut mengikut stailnya dan gaya nyanyian tersebut diterima pendengar. Itu lebih penting.

Forum Komuniti Online Sekarang !: http://www.afundi.com/komuniti

Fauziah Nawi Lagi
Mesej utama permainan pada hari tersebut ialah menyampaikan maklumat dengan betul. Saya kira ramai di antara kita yang tahu tentang permainan ini dan tidak perlu saya terangkan di sini.

Minggu Menangis
Memang sukar apabila berjauhan dari keluarga. Lebih-lebih lagi kepada mereka yang belum pernah berjauhan dengan keluarga untuk tempoh yang agak lama. Cikgu Fauziah Nawi pun agak tegas di dalam kelasnya. Saya tahu beliau seorang yang profesional dalam bidangnya. Seorang pelakon yang telah memenangi beberapa anugerah utama dalam lakonan. Agak mengejutkan juga pada beberapa pelajar yang agak manja.

Adam Mop Lantai
Alert ! Akademi Fantasia akan menjadi satu akademi yang agak tension akan datang. Penuh dengan tangisan, denda dan entah apa-apa lagi. Aktiviti yang dianjurkan mewujudkan semangat kerjasama antara pelajar. Pelajar perlu sedar tentang ruang, sedar diri dan konsentrasi terhadap sesuatu perkara.

Adam melakukan kesilapan kerana menumpahkan air tin tajaan Coke dan telah didenda. Umpama Cinderella beliau mengemop lantai parquet di Akademi tersebut. Mop saya tidak tahu tajaan siapa. Tidak cukup dengan itu beliau perlu mengeringkan lantai tersebut dengan tisu tajaan Primere. Adam telah menggunakan peluang tersebut dengan baik. Tidak merungut atau melawan sebaliknya akur dengan kehendak mereka.

AFChat Sekarang !: http://www.technerd.net/ircstats/channelspy.php

Menangis Lagi dan Fauziah Nawi Lagi
Selesai kelas seni persembahan, Cikgu Fauziah Nawi mendapat Nurul. Nurul antara pelajar perempuan yang kuat menangis sebentar tadi dimarahi oleh beliau. Sebagai seorang ibu beliau memeluk Nurul. Memang tangisan sudah menjadi terlalu murah dalam Akademi Fantasia minggu ini. Baru tiga hari tetapi telah terlalu banyak air mata yang jatuh. Mas juga menangis. Pelajar perempuan yang datang dari jauh ini jika menangis saya faham sangat kenapa. Tentu mereka rindukan keluarga mereka. Tetapi yang duduk KL pun menangis apa kejadahnya. Tidak cukup dengan itu, Cikgu Fauziah pula menunjukkan bakat nyanyian beliau. Saya tidak pasti lagu apa. Mungkin juga lagu tema dalam salah satu teater beliau. Saya tidak pasti.

Edlin juga Menangis
Kaer mendapatkan Edlin yang sibuk menangis di ruang tamu. Cuba memujuk Edlin. Sebentar kemudian datang pelajar yang lain. Turut sama menyanyikan lagu Bintang Hati beramai-ramai.

Akademi Fantasia IIParti I Akademi Fantasia
Malam ini tonton Diari Akademi Fantasia di rumah seorang sahabat. Ada housewarming party merangkap parti AF. Sama-sama tonton Diari Akademi Fantasia dan ulangannya. Makanan yang disediakan enak-enak. Sambil membelai Nemo. Nemo sudah besar, jika berada di dalam sangkar suara Nemo macam suara bayi sedang menangis. Jika rindu pada Nemo, saya ada merakamkan beberapa gambar Nemo yang tidak mahu pandang kamera. Nemo sudah bosan dengan flash kamera agaknya. PFS, bila lagi ?

Housewarming party ini turut dihadiri oleh sahabat-sahabat yang lain.

Akademi Fantasia sebenarnya telah berjaya merapatkan persahabatan. Malam-malam Akademi Fantasia pada tahun lepas merupakan malam-malam yang indah lebih-lebih lagi pada malam Ahad. Kami berkumpul sambil menonton Konsert dan sesekali mengkritik secara lantang kepada pelajar yang membuat persembahan. Memang menyeronokan. Tahun ini sekali lagi akan melakukan perkara yang sama.

Kedudukan Terkini
Linda 19%
Adam 15%
Kaer 14%
Zarina 8%
Mas 7%
Anding 6%
Fitri 6%
Zahid 5%
Edlin 5%
Nurul 5%
Farah 5%
Bob 5%

Nemo
Akademi Fantasia II
Akademi Fantasia II
Akademi Fantasia II

Related Posts with Thumbnails

www.gua.com.my

sultanmuzaffar - entertainment blogger