Novel Bersiri Akademi Impiana: Bahagian 3
oleh Nizam Zakaria
“Eiii gelinya hemmmmmm!” Gundutz mencemikkan mukanya. Lidahnya sengaja dijelirkan. Timah rasa seperti mahu gunting sahaja lidah Gundutz yang panjang itu.
“Eh nyah, kalau tak diam tak boleh ke? Orang dah lah sebak.” Ujar Timah. Matanya seperti mula berkaca-kaca. Matanya kini terus ke kaca TV.
“Hem menyampah tengok budak-budak ni takde kerja lain, menangis, menangis, menangis!” Gundutz membuat aksi-aksi perempuan menangis seperti dalam filem-filem lama zaman P. Ramlee. Siap dengan aksi mengesat air mata dengan sapu tangan yang berenda.
“Alah, kan sedih masa belajar tu!” Suara Timah sedikit sedih.
“Hello! Macam ni ke keadaannya budak Melayu kita bila belajar? Hem rasa kalau anak Cina atau anak India belajar, takdelah nak menangis. Kalau cikgu marah, diorang dengar dengan tekun. Diorang ambik nota cepat-cepat. Biar apa yang ditegur dan diturunkan akan cepat masuk otak. Ini tidak! Menangis jer pandai!”
“Kau dulu, bila kau belajar menyanyi dengan Mei Lin cikgu vokal ko kat Cheras tu pon kau menangis kan?”
“Eh, hem menangis bukan sebab kena tegur suara hem pecah. Dia marah hem sebab hem lupa nak bayar duit yuran hem masa tu. Hem mintak tangguh, terus dia marah hem dengan suara tahap soprano dia tu. Boleh pecah gelas segala kalau dia dah start menjerits tau!” Gundutz menggaru-garu telinganya. “Ye lah, hem takde duit masa tu pun pasal kau kan? Beria-ia kau nak pinjam duit hem sebab nak bayar hutang bill handphone kau yang tak terbayar berbulan-bulan tu... Dek SMS AIUNDI si Khairi yang kau gila-gilakan tu, bill handphone kau naik RM 700. Tu pon hem jugak yang tolong kau untuk melangsaikan hutang kau tu! Kalau bukan hem, siapa lagi nak tolong?” Gundutz membebel panjang.
“Eh, aku dah lama bayar hutang ko tu tau! Sorry sikit.”
“Tak koserlah... Bayar hutang hem dengan duit spedo Haji Samsuri yang gilakan kau tu. Ntah-ntah hasil lendir. Choiii!”
“Lahanat molot pondan ni tau!” Timah mencubit betis Gundutz yang berlemak itu dengan kuat sehingga menjerit si Gundutz dibuatnya. Kemuan tumpuannya beralih ke kaca TV.
“Eiiii! Dah si Adlina ni pulak menangis! Overnyerrr! Tadi dia jadi tukang pujuk. Ni dia pulak dok melalak. Apa ni nok? Peraduan menangis ke?”
“Alah, kau mana paham? Kau pernah ke berada dalam situasi macam diorang? Berada jauh dari keluarga dan kawan-kawan?”
“Eh pompuan! Mak pon ada kawan study overseas tau! Diorang lagik berada jauh dari keluarga. Ada yang tak balik 2-3 tahun kat overseas. Tak kan masa study diorang nak melalak dalam kelas? Apa yang diorang study lagik susah, lagik very der susah sampai nak terberak pun ada. Cikgu-cikgu kat overseas tu lagik molot takde insurans, sundels! Kalau dah marah main sembur jer.” Kata Gundutz sambil bercekak pinggal ketika sedang duduk bersimpuh. “Kalau macam ni ler gayanya student-student kita belajar... Cikgu tegur jer menangis, cikgu cakap sikit jer air mata dah meleleh... Sampai kiamat pon belum tentu boleh dapat degree, occay!”
“Eh mana aku tahu hal ni semua! Aku mana ada pernah pergi overseas. SPM aku tu pon gred 3.” Timah berpeluk tubuh. Matanya tetap kepada kaca TV. Dia menyuruh Gundutz diam. Dia kini bersama-sama menyanyikan lagu Bintang Hati seperti mana yang dinyanyikan oleh pelajar-pelajar Akademi Impiana untuk memujuk Adlina supaya berhenti menangis.
Abang Besar: Rosnani, you sendiri tahu kan, antara penaja utama kita adalah pembekal kertas tisu terulung di Malaysia, Prime. Jadi product placement tu penting! I nak you beritahu kat student-student perempuan suruh menangis banyak-banyak. Kalau boleh, kena marah jer menangis. Kena tegur sikit jer menangis. Kalau tak boleh menangis, kita boleh sediakan pati bawang merah untuk diorang hidu. Kalau tak, you beritahu kat diorang, peserta mana yang paling banyak menangis, sure boleh pancing vote penonton. You know lah our audience, mereka kan suka drama-drama over macam ni. Nak-nak audience Melayu kita kan? Bila you beritahu our girls pasal ni, sure diorang boleh menangis lepas tu. Bila diorang menangis, cepat-cepat you bagi kertas tisu Prime, ya!
Oh ya, you nak beritahu the guys to menangis pun boleh jugak. I dengar, si Azam tu menjerit dan nak menangis bila dia kena check darah kat medical centre hari tu. And some of them so der manja I think, you provoke sikit jer dah meleleh air mata. You terai lah ya!
Kakak Besar: The same goes to you also, John. We all dah suruh si Azam tu buat-buat cute bila dia tumpahkan air dalam kelas Ogy Nawawi. Dia akan lap air yang tumpah dengan kertas tisu Prime. Kalau tak cukup, you bagi dia satu kotak lagi. Don't forget to show the kotak prominently ya! Sebagai balasan, we all dah janji dengan Azam tu we all akan benarkan dia menyanyi sambil mengelap lantai dan “showcase”kan suara dia tu kepada penonton. Ye lah, bila lagi kan nak pancing undi?
Kelas Puan Ogy Nawawi pada pagi itu telah dimulakan dengan permainan bisik-bisik yang lebih dikenali dengan nama “Chinese whispers”. Dalam permainan ini, seorang pelajar dikehendaki mengingati beberapa perkataan yang pelik, dibisikkan kepada seorang pelajar lagi di sebelahnya dan seterusnya sehingga ke pelajar yang terakhir.
“Zaidi!” Puan Ogy memanggil nama pelajar lelaki yang suka bermain di dalam kelas ini. Zaidi bangun dari duduknya lantas berjalan ke arah Puan Ogy.
“Awak kena hafal ayat-ayat ini.” Ujar Puan Ogy sambil memegang kertas yang terkandung ayat-ayat yang perlu dihafal oleh Zahid.
Dengan tekun Zahid membaca ayat yang diberikan kepadanya di dalam hati: “Kolam nenek kecil dekat Chow Kit.”
“Dah hafal?” Tanya puan Ogy dengan matanya tepat kepada Zaidi.
“Dah.” Angguk Zaidi dengan yakin. “Kolam nenek kecil dekat Chow Kit.” Kalimah-kalimah ini terbuku di dalam hatinya.
“Pergi bisik dekat si Khir apa yang awak kena hafal tadi.” Perintah Puan Ogy.
Zaidi pergi menemui Khir. Terus dia membisikkan apa yang dihafalnya tadi kepada Khir. Khir cuba mendengar dengan tekun.
“Alahai! Satu kelas boleh dengar! Pelan sikit lah kalau ye pon!” Puan Ogy menegur. Zaidi berhenti sebentar. Dia mahu ketawa. Tetapi Zaidi terus berbisik. Kali ini diperlahankan lagi bisikannya.
Kini Khir dapat menghafal apa yang cuba diperkatakan oleh Zaidi kepadanya. Kini giliran Khir pula untuk berbisik kepada Lina yang duduk di sebelahnya.
Setelah beberapa lama, akhirnya kesemua pelajar selesai melakukan tugasan mereka ini. Pelajar terakhir yang perlu menghafal apa yang telah dibisikkan kepadanya adalah Nur.
“Nur... Beritahu kepada kelas apa yang dibisikkan kepada awak tadi!” perintah Puan Ogy.
“Lolo cek nek cik cil dekat cik sit...” Ujar Nur dengan serius. Boboy ketawa besar. Diikuti dengan Indra dan Fyrul. Khir pula cuba mengawal dirinya dari ketawa. Yang lain hanya ikut ketawa walaupun mereka sebenarnya tidak faham apa yang telah membuatkan Boboy, Indra, Fyrul dan Khir ketawa macam tak ingat dunia.
“Eh seswatuhnya!” Gundutz mendekatkan dirinya ke kaca TV.
“Apa lagi ni nyah? Apa lagi yang tak kena?” tanya Timah marah-marah.
“Sia dengan Adlina ni seswatuh kan?”
“Tak paham lah. Kau ni ada jer!”
“Diorang berpeluk ala-ala berlezzi gituh kan? Mak tengok hubungan diorang ni very der seswatuh one!”
“Alah... Apa salah pompuan peluk-peluk. Biasa lah tu! Diorang kawan baik lah. Kau ni, tahu mengaibkan orang jer!”
“Ohh... diorang peluk-peluk ko tak kisah. Kalau hem manja-manja dengan Rahmat mat rempit laki kau tu sikit ko dah melenting! Hanjs betul!” Mulut Gundutz terkumat-kamit. Dia menjeling ke arah Timah dengan perasaan tidak puas hati.
Gundutz sedang memerhatikan rakaman para pelajar yang sedang belajar dalam kelas Ogy Nawawi. Gundutz dapat melihat bahawa sekali lagi para pelajar diberikan tugasan dalam bentuk permainan untuk latihan vokal dan sebutan. Para pelajar Akademi Impiana diberi beberapa perkataan yang berbunyi seperti: “Kok kuku kaki kakakku”. Dengan perkataan-perkataan ini, mereka diminta untuk berlakon.
Apa yang jelas, para pelajar nampaknya memang pandai berlakon. Mereka dengan bersungguh-sungguh melakonkan sketsa dengan menggunakan perkataan yang diberi.
“Hem memang pandai bab berlakon ni nok.” Ujar Gundutz dengan bersungguh-sungguh kepada Timah.
“Ko memang pandai berlakon!” sambut Timah dengan nada yang sinis. “Ye lah, walaupun pecah lobang, walaupun dari satu batu lagi orang dah tahu kau pondan.. Tu pon ko masih mahu berlakon ala-ala jantan kat opis kau tu kan? Lepas tu bagitahu satu dunia aku ni awek kau kan, semata-mata untuk cover line! Ingat orang tak tahu ke?”
“Alah nok, sekali-sekala. Apa salahnya? Kau kan sesssuaiizzz jadi bini hem.”
“CHOIII!”
“Ni... tengok mak berlakon ala-ala Kok kuku kaki kakak ku, ni yer--”
Timah mengejek. Dia buat-buat tak dengar. Dalam jelingannya, dia dapat melihat Gundutz seolah-olah melakonkan sketsa seorang wanita yang baru sahaja ditinggalkan suami.
“Kok kuku kaka kakak kek--”
“Eh bingitlah!”
“KOK KAKAK KU TIMAH KEK KAKI KONGKEK... KUI KUI KUI!”
“Lahanat tau molot pondan ni! Tak habis-habis mencarut jer!” Timah menjerit-jerit sambil mengambil bantal baldu kecil kepunyaan Gundutz, lalu dilemparkan ke arahnya. Gundutz mengelak sambil ketawa sehingga satu flat boleh dengar dia ketawa.
Segala yang dipaparkan dan dikisahkan di sini adalah cerita rekaan semata-mata. Tiada yang kena mengena dengan sesiapa jua, samada yang masih hidup, ataupun yang telah mati ataupun yang glamor.
0 komen