Undilah

SULTANMUZAFFAR (26 Februari 2002 - sekarang)

Seorang blogger, pelayar internet, penyelam scuba dan penagih tegar televisyen dan Wii. Melihat seluruh dunia di laman blog menerusi kamera DSLR dan kacamata tebalnya (kadang-kadang kanta lekap).

Mengkritik tidak bererti menentang, menyetujui tidak semestinya menyokong, menegur tidak bermakna membenci, dan berbeza pendapat adalah kawan berfikir yang baik.
Entri oleh sultanmuzaffar 23 June 2004

Akademi Fantasia IIDiari Akademi Fantasia 03-06

Kelas Cikgu Adnan : Perubahan Hebat
Masing-masing saya melihat tampil membawakan lagu tugasan masing-masing dengan gaya mereka tersendiri tanpa terikat dengan gaya penyanyi asal. Pertamanya saya melihat perubahan dalam diri Adam. Adam sudah berani melenggokkan lagu nyanyiannya mengikut gayanya. Agak sengsara melihat beliau membawa lagu tersebut ke bahagian tinggi. Tetapi sebuah improvisasi yang menarik. Agak berbeza dengan nyanyian asal. Cikgu Adnan mengatakan ada ciri-ciri Yusry KRU dalam lagu tersebut. Beliau sewajarnya membayangkan Fredo yang menyanyikan lagu tersebut dengan relax tetapi penuh penghayatan.

Kaer seperti biasa mencipta melodi baru untuk lagu Kenanganku. Lagu zaman 60an itu menjadi begitu up-to-date bila dibawa oleh Kaer. Cuma saya mengharapkan agar pernafasan beliau dijaga dengan baik. Vibrato pada lagu tersebut diindahkan lagi oleh Cikgu Adnan. Saya mengharapkan sebuah persembahan hebat dari beliau.

Nurul berjaya meyakinkan saya beliau mampu membawakan lagu Seri Dewi Malam dengan baik. Masalah utama Nurul ialah kegugupan di pentas. Sama seperti Liza. Sewaktu latihan memang bagus, tetapi keadaannya berbeza sewaktu Konsert. Nyanyian Nurul untuk lagu tersebut amat kena dengan vokal beliau.

Keupayaan Edlin juga mengejutkan saya. Perubahan drastik dapat saya dengar melalui vokalnya dalam lagu Kau dan Aku. Seperti Adam dan Kaer, Edlin juga telah berjaya mencipta stail terbaru untuk lagu tersebut.

Persembahan Linda akan diiringi oleh rakan-rakan yang lain. Lebih menarik ia akan melibatkan semua pelajar. Saya berasa agak sangsi dengan situasi ini. Adakalanya persembahan penyanyi latarlah yang akan merosakkan persembahan ini. Mereka perlu banyak berlatih agar persembahan Linda itu tidak nampak serabut.

Farah sesuai menyanyikan lagu berentak balada. Vokal beliau agak lunak dan perlu perbaiki bahagian selepas korus tinggi tersebut. Memang sampai tetapi nampak perit.

Seksis kelihatan hebat di tangan Mas. Vokal Mas sesuai dengan lagu tersebut. Saya mengharapkan Mas dapat melontarkan sebutan yang jelas untuk lagu ini. Lirik lagu ini mudah, tetapi perlu lebih jelas. Driver, bukan driber. Profesor bukan propeser.

Zarina menghadapi sedikit kesulitan dalam sebutan. Saya tidak berapa jelas dengan sebutan-sebutannya. Lagu emosi ini perlu jelas lebih-lebih lagi dalam Bahasa Inggeris.

Kau Ilhamku
Mereka ramai-ramai menyanyikan lagu Kau Ilhamku bersama-sama Cikgu Siti Hajar dengan diiringi oleh mainan gitar oleh Adam. Zahid tidak kelihatan.

Kelas Cikgu Siti Hajar: Pelajar Bermasalah
Kelas hari ini adalah untuk kelas pelajar yang bermasalah dengan lagu masing-masing. Cikgu Siti Hajar banyak memberi tunjukajar kepada Bob untuk nada rendah pada lagu Tanya Sama Itu Hud Hud. Beliau perlu lebih selesa. Beberapa nada kedengaran agak mendatar.

Fitri terlalu mengawal vokalnya lalu menjadi terlalu bergetar. Nyanyiannya bagus tetapi vokal mesti dilontarkan dengan yakin.

Zahid membawa lagu Bila Resah dengan tidak tenang. Terlalu hebat tekanannya. Vokalnya kedengaran agak serak dan membingitkan.

Anding mula berasa yakin dengan lagu tersebut. Vibratonya menjadi. Tempo nyanyiannya harus tampak lebih enjoy. Lagu tersebut memang tidak disukai oleh Anding. Beliau harus mencari pengisiannya supaya menjadi lagunya sendiri. Itulah rasa yang dimaksudkan oleh Farihin. Kita bawa lagu yang tidak kita gemari itu menjadi lagu kita. Kita bencikan lagu itu kerana kita tidak dapat membawa seperti penyanyi asalnya dan kita akan hanya sukakan lagu itu jika kita dapat menyanyikannya dengan acuan kita sendiri.

Zarina Buat Pengakuan
Hari ini satu pengakuan dibuat oleh Zarina. Beliau telah pun mempunyai pengganti Khai. Sekaligus menutup cerita-cerita lamanya dengan Khai. Setelah putus dengan Khai, memang pada mulanya beliau sukar untuk menerima. Ia berlaku sewaktu Khai berada di Akademi Fantasia. Kata Zarina, rupanya ada iras-iras Fitri. Cuma berlaku kekeliruan kerana Edlin tersilap tunjuk.

Komen Gambar
Mereka duduk beramai-ramai di satu ruang dan kemudian memberi komen terhadap album gambar yang memuatkan gambar dari Konsert I dan Konsert II. Masing-masing memberikan komen mereka kepada para pelajar yang lain. Mas kata Anding macam betul-betul artis. Nurul nampak matang di pandangan mata Kaer. Fitri memberitahu Bob nampak kurus apabila berpakaian serba hitam. Rata-rata memuji Edlin yang nampak comel. Zahid menyatakan yang Adam nampak spastik di Konsert I. Menurut Fitri, Mas kelihatan cantik. Begitu juga Zarina. Kaer yang rahangnya lebih terbuka menjadi bahan ketawa. Begitu juga Linda yang ada lebihan dagu di Konsert II.

Menuju Puncak
Mereka sama-sama menyanyikan lagu Menuju Puncak bersama-sama. Berkumpul ramai-ramai seramai 12 orang di ruang tamu pada hampir kepada penghujung minggu ketiga sebelum penyingkiran pertama dibuat.

Related Posts with Thumbnails

www.gua.com.my

sultanmuzaffar - entertainment blogger