Undilah

SULTANMUZAFFAR (26 Februari 2002 - sekarang)

Seorang blogger, pelayar internet, penyelam scuba dan penagih tegar televisyen dan Wii. Melihat seluruh dunia di laman blog menerusi kamera DSLR dan kacamata tebalnya (kadang-kadang kanta lekap).

Mengkritik tidak bererti menentang, menyetujui tidak semestinya menyokong, menegur tidak bermakna membenci, dan berbeza pendapat adalah kawan berfikir yang baik.
Entri oleh sultanmuzaffar 19 June 2004

Akademi Fantasia IIKonsert II Akademi Fantasia: Kejutan Buat Semua

Konsert II Akademi Fantasia benar-benar berjaya mencipta satu lagi kejutan bukan sahaja kepada Mas tetapi juga kejutan buat penontonnya. Mas sebenarnya ibu tunggal yang menyara dua orang anak kecil yang comel. Mereka diterbangkan bersama ibu dan bapa Mas ke Petaling Jaya sebagai kejutan besar kepada penonton Konsert II Akademi Fantasia. Tidak ada siapa pun menyangka "gadis" dari Tawau yang periang dan berperwatakan selamba sebenarnya merupakan seorang ibu. Fenomena ini secara tidak langsung mengingatkan saya kepada Fantasia Barrino pemenang American Idol III baru-baru ini. Beliau yang berumur 19 tahun juga merupakan seorang ibu tunggal. Pihak ASTRO sengaja menyembunyikan status Mas daripada pengetahuan penonton agar penonton dapat menilai bakat yang ada pada Mas dan bukannya berdasarkan statusnya. Sama ada penonton menerima Mas seadanya hanya dapat dilihat pada minggu tiga di Akademi Fantasia sama ada peratus undian untuknya bertambah atau sebaliknya.

Banyak kejutan pada Konsert II Akademi Fantasia kali ini termasuklah dua ahli baru dalam keluarga Akademi Fantasia iaitu Dollah dan Syarifah, dua ekor ikan emas yang telah dihadiahkan kepada Farah.

Kedudukan Sebelum Konsert
Linda 13%
Kaer 12%
Adam 10%
Mas 10%
Zarina 8%
Bob 8%
Fitri 7%
Nurul 7%
Anding 6%
Farah 6%
Zahid 6%
Edlin 6%

Pengkritik Profesional
Minggu ini bersama Akademi Fantasia ialah Datuk Yusof Haslam seorang penerbit filem yang tidak asing lagi bersama Farihin Abdul Fatah, orang yang bertanggungjawab membawa Raihan ke industri muzik Malaysia.

Akademi Fantasia IIAnding – Melompat Lebih Tinggi 7/10
Saya melihat beliau mempunyai penampilan yang menarik di pentas. Beliau ada karisma apabila beraksi di atas pentas. Persembahan beliau juga baik dan bertenaga. Walaupun ada beberapa masalah pitching pada lagu tersebut tetapi persembahan bertenaga beliau telah berjaya menutup kelemahan tersebut. Dinamika beliau di atas pentas sangat bagus. Beliau menyanyikan lagu tersebut dengan penuh penghayatan. Aksi ligat beliau di pentas adakalanya menyebabkan vokal beliau kedengaran tenggelam.

Akademi Fantasia IINurul – Ke Hujung Dunia 6/10
Beliau memulakan persembahannya umpama bertanding dalam satu pertandingan bercerita. Pergerakan tangan beliau jelas statik dan tidak banyak berubah. Kawalan vokal beliau masih sederhana. Begitu juga dengan penguasaan pentas yang biasa sahaja. Penghayatan tidak diberikan seratus peratus untuk lagu tersebut. Saya tidak dapat menghayati mesej lagu tersebut dengan baik. Vokal beliau ada mirip-mirip Ramlah Ram. Begitu juga dengan tone nya. Originaliti persembahannya tiada.

Akademi Fantasia IIBob – Jangan Bersedih Lagi 7.5/10
Kawalan vokalnya mantap. Beliau menyanyikan lagu Anuar Zain dengan gayanya yang tersendiri. Persembahan vokal beliau hebat tetapi penghayatan beliau terhadap lagu tersebut masih kurang. Terlalu banyak bergerak sebenarnya mencacatkan sedikit persembahannya. Lagu ini jika dinyanyikan tanpa banyak bergerak dan mata penonton terfokus ke arahnya sudah lebih dari mencukupi. Originaliti persembahannya sudah kelihatan. Vokal lemak merdunya memang memukau. Kata Kudsia beliau terlalu profesional untuk berada di Akademi Fantasia.

Akademi Fantasia IIEdlin – Can’t Fight The Moonlight 6/10
Sebelum persembahan dipertontonkan klip Edlin memohon maaf kepada Anding kerana bermain bahasa isyarat dengan Zahid yang sedikit sebanyak akan menyinggung perasaan Anding. Sudah dua minggu Anding dan Edlin dipasangkan oleh Aznil. Beliau cuba meyakinkan penonton dengan gerak seksi yang dapat beliau berikan. Penampilan beliau di pentas baik. Persembahan yang bertenaga daripada beliau. Masih terdapat beberapa masalah falsetto pada lagu tersebut. Bukan kerana beliau tidak pandai melakukannya tetapi kerana tidak yakin dengan nyanyian sendiri. Originaliti persembahan beliau juga agak sederhana. Kata Farihin, kebanyakan persembahan mempunyai masalah rasa yang agak kritikal.

Akademi Fantasia IIAdam – Kerna Dia 7/10
Saya suka dengan persembahan Adam. Senyuman beliau dilahirkan dengan penuh berkeyakinan. Showmanship beliau memang hebat. Gerak tari beliau seiring dengan penari latar. Vokal beliau masih boleh diperbaiki terutamanya di bahagian nada rendah. Agak tenggelam. Bahagian bridge yang dilenggokkan dengan gaya Arab amat memukau. Sebuah lagu yang sukar untuk dinyanyikan. Improvisasi beliau terhadapa lagu ini dikira agak berjaya. Kelantangan vokal beliau masih sederhana dan mesej lagu ini masih belum dicapai.

Akademi Fantasia IIFitri – Kasih Latifah 6/10
Interaksi beliau dengan kamera agak lemah kerana terlalu memikirkan persembahannya. Showmanship beliau agak kaku walaupun cuba beraksi dengan penuh bertenaga. Pergerakannya kosong. Skala vokal beliau di antara rendah dan tinggi agak tenggelam. Penguasaan pentas hebat tetapi tanpa tenaga. Kata Farihin, Fitri keliru antara lontaran vokal dari hidung dan tekak. Beliau harus meningkatkan staminanya untuk lagu-lagu sebegini.

Akademi Fantasia IIMas – Kaulah Segalanya 9/10
Sebelum beliau memulakan persembahan, emosi Mas sudah terganggu. Namun berjaya ditempuh di baris kedua lagu tersebut. Penonton memberikan semangat kepada beliau. Kelihatan Zahid dan Bob mengesat airmata kerana lagu tersebut benar-benar menyentuh perasaan mereka. Vokal beliau sememangnya unik. Kata Kudsia, vokal husky hanya boleh didapati daripada Liza Aziz. Setelah Liza Aziz, kini muncul Mas yang mempunyai vokal sedemikian. Emosi beliau sewaktu menyanyikan lagu tersebut memang sempurna. Kata Farihin, emosinya sehingga terlebih rasa. Beliau harus pandai mengawal emosinya agar tidak terganggu dengan emosi-emosi di luar lagu tersebut.

Selesai mendendangkan lagu tersebut, Aznil mengumumkan ada hadiah buat Mas. Keluarga Mas yang terdiri daripada ibu dan bapanya serta dua orang anak kecil itu didatangkan khas dari Tawau. Dua orang anak kecil itu rupanya ialah anak kepada Mas sendiri. Aznil mengumumkan buat pertama kali bahawa Mas sebenarnya ibu tunggal yang menyara dua orang anaknya. Demi mengejar impiannya, Mas sanggup meninggalkan dua orang anaknya tersebut. Penonton yang sebentar tadi bergelak ketawa dengan gelagat Mas menjawab pertanyaan Yusof Haslam, kini sama-sama bersedih melihatkan pengorbanan seorang ibu tunggal ini. Kini, kita tahu bahawa Mas menangis pada awal lagu Kaulah Segalanya ada sebab iaitu untuk anak-anaknya.

Kejutan untuk Mas itu merupakan kejutan untuk semua. Kita seharusnya menilai bakat seseorang dan bukannya bersandarkan statusnya.

Akademi Fantasia IIFarah – Tua Mengejar Kita 7/10
Sebelum persembahan, penonton dapat melihat klip Farah dan Linda mengorek telinga. Memang sesuatu yang melucukan apabila adegan-adegan tersebut disiarkan. Lebih-lebih lagi banyak aksi yang melibatkan Linda dan Farah sejak akhir-akhir ini. Beliau mempunyai vokal yang agak hebat. Kawalan vokal beliau sangat bagus. Tetapi sayangnya persembahan beliau kurang umph. Vokalnya jelas dan dilontarkan dengan penuh berkeyakinan. Kata Farihin, lagu Tua Mengejar Kita seakan-akan dibuat untuk beliau. Saya menyukai persembahannya tetapi lakonan dari penari latar sedikit mencacatkan persembahan Farah.

Akademi Fantasia IIZahid – Istana Menanti 8/10
Saya akui beliau antara pelajar lelaki yang mempunyai vokal yang power. Beliau harus lebih lagi berlatih pada bahagian nada rendah. Masih kedengaran tenggelam di beberapa bahagian. Interaksi dengan kamera juga baik. Vokal beliau mampu membuatkan penonton terpukau untuk mengikuti persembahannya dari mula hingga akhir. Beliau jelas amat berkeyakinan dengan lagu tersebut. Mempunyai tone yang sedap. Dinamik yang baik serta penghayatan beliau terhadap lagu tersebut jugak cemerlang. Kata Farihin, lagu tersebut memang yang paling mudah untuk sumbang, tetapi Zahid telah menyanyikannya tanpa sumbang. Originaliti lagu tersebut kekal dan gaya pembawaannya divariasikan oleh Zahid dan telah dilakukan dengan cemerlang.

Akademi Fantasia IIZarina – Awallah Dondang 7.5/10
Seperti Anding dan Edlin, kisah Zarina, Rosma dan Khai dijadikan topik utama perbincangan pada konsert minggu ini. Seperti Zarina, Rosma juga menerima sebuah lagu nyanyian Noraniza Idris untuk dipersembahkan pada Konsert Akademi Fantasia yang lalu. Seperti Rosma, pada persembahan malam itu Noraniza Idris muncul untuk menyaksikan persembahan beliau. Namun demikian persembahan Rosma diiringi dengan penari latar, tidakkah beliau cemburu dengan Rosma ? Sebagai kejutan malam tersebut yang tidaklah terkejut sangat kerana saya telah pun mencadangkannya di catatat Diari hari Khamis, rakan-rakan Zarina dari Badan Yayasan Warisan Johor tampil untuk mengiringi persembahan Zarina. Vokal Zarina memang agak unik. Lebih-lebih lagi apabila menyanyikan lagu irama tradisional. Sebuah persembahan yang profesional dan amat berkeyakinan tinggi. Vokal beliau terkawal dengan baik. Sebutannya perlu lebih jelas lagi. Perlu dibuka rasa lagu tersebut seluas-luasnya. Kudsia memberikan standing ovation kepada Zarina untuk lagu Awallah Dondang. Standing ovation pertama di Akademi Fantasia II.

Akademi Fantasia IIKaer – Ikhlas Tapi Jauh 7.5/10
Saya kagum dengan beliau. Beliau mempunyai vokal yang sedap didengar. Cara beliau menyanyi mengingatkan saya kepada Vince. Beliau seboleh-bolehnya akan mengubah lagu tersebut mengikut caranya yang tersendiri. Kaer banyak bermain dengan falsetto. Penguasaan pentas beliau juga bagus. Beliau dengan selamba mengawal vokalnya dengan cemerlang. Kerana terlalu memberi penghayatan kepada nyanyiannya, sehingga beliau terlupa lirik. Tone vokal beliau juga bagus dan jelas. Kata Farihin, inilah persembahan yang mempunyai rasa. Barulah beliau menemui rasa dalam persembahan malam ini. Barulah saya faham apa makna rasa yang dimaksudkan oleh beliau sejak awal tadi. Rupanya rasa adalah cara pembawakan yang tersendiri. Persembahan yang original tanpa meniru gaya nyanyian artis asal lagu tersebut. Dinamik lagu tersebut juga berjaya. Bahagian adlib akan lebih menarik sekiranya diselitkan elemen tradisional.

Akademi Fantasia IILinda – Semoga Abadi 7/10
Pada awal minggu kita dikejutkan dengan cerita pembedahan jantung ayah Linda. Keluarga Linda mengirim SMS kepada Aznil agar dapat disampaikan kepada Linda tentang keadaan bapanya.

Ini kali pertama saya mendengar lagu Semoga Abadi. Seperti kebanyakan pelajar, Linda turut menghadapi masalah untuk menyanyikan lagu pada nada yang rendah. Pada bahagian tinggi, Linda tidak mempunyai apa-apa masalah. Saya tidak dapat membandingkan nyanyiannya dengan Misha Omar. Saya kira vokal beliau agak power dan beliau perlu melatih pernafasannya untuk low tone. Beliau mempunyai karisma sebagai seorang penghibur di masa akan datang. Wajahnya mempunyai potensi untuk menjadi seorang bintang. Kata Farihin, Linda mempunyai tone yang bagus, rasa yang bagus dan telah menjadi dirinya sendiri.

Akademi Fantasia IIMenuju Puncak
Koreografi minggu ini berubah dan lebih menarik. Nampak lebih terancang dengan baik dan para pelajar telah melaksanakan tanggungjawab mereka dengan baik sekali. Setelah dua minggu, mereka nampak lebih bertenaga dan konfiden dengan tarian mereka sendiri. Gerak mereka lebih seiring pada minggu ini.

Kejutan Dua Ahli Baru
Pada Konsert II Akademi Fantasia tiada penyingkiran pelajar dibuat, sebaliknya telah ditambah dua ahli baru untuk sama-sama mewarnai Akademi Fantasia II. Kemunculan Vince dan Khai agak mengejutkan pelajar dan juga penonton. Berkemungkinan mereka dibawa masuk ke Akademi Fantasia II agak besar kerana Survivor Pearl Island juga pernah membawa kembali peserta yang tersingkir untuk bertarung kembali. Setelah diredakan ketegangan itu oleh Aznil, mereka mengumumkan ketibaan dua ahli baru ke Akademi Fantasia iaitu Dollah dan Syarifah, dua ekor ikan emas. Hadiah itu telah diberikan kepada seorang pelajar perempuan iaitu Farah.

Hadiah tersebut setidak-tidaknya akan sedikit melonjakkan undian untuk Farah yang agak ketinggalan berbanding pelajar lain. Farah perlu diberikan sedikit kelebihan dan dua ekor ikan emas itu merupakan kelebihan untuk Farah memancing undi. Linda sudah terkenal dengan kecantikan dan vokal beliau, Mas sudah terkenal kerana perwatakan beliau yang agk selamba, Edlin yang hangat digossipkan dengan Anding, Nurul seorang yang kuar menangis dan Zarina seperti biasa kisah hubungannya dengan Khai.

Yang pasti, minggu hadapan akan ada penyingkiran pelajar. Sudahkah anda bersedia ?

Ranking Persembahan Terbaik SM
Mas – Kaulah Segalanya 9/10
Zahid – Istana Menanti 8/10
Bob – Jangan Bersedih Lagi 7.5/10
Kaer – Ikhlas Tapi Jauh 7.5/10
Zarina – Awallah Dondang 7.5/10
Linda – Semoga Abadi 7/10
Adam – Kerna Dia 7/10
Farah – Tua Mengejar Kita 7/10
Anding – Melompat Lebih Tinggi 7/10
Edlin – Can’t Fight The Moonlight 6/10
Nurul – Ke Hujung Dunia 6/10
Fitri – Kasih Latifah 6/10

Related Posts with Thumbnails

www.gua.com.my

sultanmuzaffar - entertainment blogger