Undilah

SULTANMUZAFFAR (26 Februari 2002 - sekarang)

Seorang blogger, pelayar internet, penyelam scuba dan penagih tegar televisyen dan Wii. Melihat seluruh dunia di laman blog menerusi kamera DSLR dan kacamata tebalnya (kadang-kadang kanta lekap).

Mengkritik tidak bererti menentang, menyetujui tidak semestinya menyokong, menegur tidak bermakna membenci, dan berbeza pendapat adalah kawan berfikir yang baik.
Entri oleh sultanmuzaffar 06 July 2006

Diari Akademi Fantasia 06 07 & 08

Elok juga meja pool tidak dibawa masuk ke dalam Akademi. Biar saja diletakkan di luar. Kalau tengok dari gaya, Lotter nampaknya berbakat besar untuk menghabiskan masanya bermain pool sepanjang berada di Akademi. Farhan siap boleh buka satu kelas Bermain Pool dan mengajar Cikgu Linda.

Nasihat-nasihat yang diberikan oleh bapa Haziq sememangnya amat berguna jika dan hanya jika nasihat-nasihat itu dipraktikkan. Semua aspek telah diteliti oleh bapa Haziq. Dari bagaimana untuk tidak terlalu gemuruh sehinggalah teknik membawakan nota-nota tinggi. Sama ada Haziq akan gunakan, adalah di luar jangkaan saya sendiri. Kalau dia guna, baguslah. Kalau dia tidak guna, apa boleh kita lakukan.

Saya suka dengan bagaimana mesranya Velvet bercakap dengan ibunya. Tetapi kemesraan tersebut tidak berlaku sewaktu ibunya berada di atas pentas. Apabila beliau dapat bercakap dengan ibunya di atas pentas sewaktu konsert pertama juga adalah sesuatu agedan yang klasik di Akademi Fantasia.

Diddy turut ditegur perkara yang sama seperti topik-topik yang sama ditegur oleh guru-gurunya. Lagu Airmata Kasih sebuah lagu yang perlahan dan begitu sentimental tetapi dinyanyikan oleh Diddy dalam wajah yang tertekan. Beberapa kali juga Cikgu Ajai bagi isyarat agar lebih tenang, tetapi gayanya masih sebegitu.

Wajah Lotter terkejut juga bila dikatakan ada peminat-peminatnya yang kecewa dengan persembahannya yang terdahulu. Kalau pernah menonton AF1, AF2 dan AF3 tidak sepatutnya terkejut kerana semua orang tahu Akademi Fantasia memang banyak peminat. Mengenali bapa Lotter secara dekat memang beliau seorang yang berbudi bahasa. Kata orang biar miskin harta, tetapi jangan miskin budi bahasa. Kerisauan terpancar di wajahnya apabila melihatkan gelagat anaknya yang mengajuk gaya-gaya cikgunya. Mujur beliau mendapat peluang untuk menasihati anaknya sendiri agar cepat-cepat memohon maaf dengan tenaga pengajar yang diajuknya.

Antara persembahan minggu ini yang saya teruja untuk menontonnya ialah Airmata Kasih (Diddy), Da'Bomb (Lotter), Kopi Dangdut (Farhan), Seruan (Haziq) dan Sedang Ingin Bercinta (Amirul). Saya mahu lihat bagaimana emosi Diddy membawakan lagu ibunya. Saya mahu lihat kelainan Lotter yang dikatakan berbakat besar dalam bidang tarian. Saya mahu melihat semangat Haziq membawakan lagu rock yang agak tinggi. Saya mahu lihat Farhan berdangdut dan bergelek. Saya mahu lihat rock versi Amirul, adakah jiwa pada lagu tersebut.

Itu antara adegan yang saya ingat untuk Diari malam ini. Oh ya ! Sendayu Tinggi. Saya hampir terlupa. Ini membuktikan pengiklanan paksaan ini gagal sama sekali. Saya rasa rimas dengan pengiklanan secara paksaan yang ditampilkan pada musim ini tetapi merekalah yang telah sudi menjadi penaja. Kita tidak boleh menyalahkan mereka kerana mereka telah mengeluarkan wang dan tentunya mengharapkan sesuatu daripadanya. Dulu-dulu masa Nikki : The Glass House Project pun sebesar-besar logo IKEA pada ruang tamu rumahnya. Semua orang menerima dengan hati terbuka walaupun sebenarnya terbuku. Kekeringan idea menyebabkan kemunculan mereka tidak begitu natural dan seperti dibuat-buat. Dulu-dulu masa AF1, hanya hos program Astro sahaja yang menjadi tetamu kerana waktu itu tiada pun pihak penaja yang banyak. Kini, semua orang mahu datang menaja. Baik yang dijemput, mahu pun yang datang menawarkan diri.

Peratus Undian Terkini pada jam 10.30 malam
Velvet 15%
Faizal 15%
Farhan 15%
Lotter 15%
Diddy 15%
Amirul 15%
Haziq 10%

Cantik nombor-nombor peratus mereka hari ini. Nampak benar saingan yang sengit antara pelajar. Kalau betul-betul peak, memang para peminat akan memasang strategi untuk memastikan pelajar kegemaran mereka terus berada di puncak. Demam Bola pun semakin reda, kalau kena gayanya dan perubahan dilakukan dan mana yang kurang dibaiki, demam AF pula yang akan menjangkit. Kita tengok sajalah.

Nota : Kepada pembaca yang tertanya-tanya tentang Puteri Gunung Ledang The Musical Season 2, ia akan diadakan pada 6-21 Ogos ini. Masih tidak berubah ? Tunggu sahaja. Berubahlah nanti.

Dalam perkembangan lain, masih ada ruang-ruang kosong untuk peminat Akademi Fantasia yang ingin hadir menonton Konsert dan memberikan sokongan kepada pelajar-pelajar kegemaran mereka. Kepada yang berminat untuk menonton dan tidak malu untuk membuat bising dan menyediakan banner untuk mereka, anda bolehlah emailkan butiran lanjut dan pelajar kegemaran anda kepada saya di muzaffar_mustapa@astro.com.my. Sila sertakan nama & nombor telefon.

Related Posts with Thumbnails

www.gua.com.my

sultanmuzaffar - entertainment blogger