Undilah

SULTANMUZAFFAR (26 Februari 2002 - sekarang)

Seorang blogger, pelayar internet, penyelam scuba dan penagih tegar televisyen dan Wii. Melihat seluruh dunia di laman blog menerusi kamera DSLR dan kacamata tebalnya (kadang-kadang kanta lekap).

Mengkritik tidak bererti menentang, menyetujui tidak semestinya menyokong, menegur tidak bermakna membenci, dan berbeza pendapat adalah kawan berfikir yang baik.
Entri oleh sultanmuzaffar 11 July 2006

Diari Akademi Fantasia 07 03 & 04

Secara jujur saya nampak keceriaan dalam Akademi Fantasia hari ini. Haziq nampak lebih ceria. Lotter nampak ceria. Faizal pun nampak ceria. Saya pun nampak ceria juga. At least ada sesuatu untuk dilihat. Kita pernah lihat Leez gagal dan seharusnya Leez menggunakan peluang yang diberikan dengan sebaiknya. Buktikan yang beliau bukan calon pilihan terdesak yang harus dipilih kerana keadaan mendesak. Tentu ada sebab mengapa Leez dipilih oleh Farhan dan kawan-kawannya. Penonton di dewan mahukan Hazama dipilih tetapi ia tidak menjadi kenyataan apabila Farhan nekad untuk memilih Leez.

Leez secara jujur memberitahu yang beliau kecewa kerana tidak terpilih sewaktu Konsert Prelude. Dalam hatinya beliau terfikir apa kekurangannya yang menyebabkan beliau tidak terpilih. Beliau bertuah kerana masih mendapat undangan di luar bersama-sama dengan bintang-bintang Akademi Fantasia yang lain. Itu kelebihan Leez kerana sudah tahu apa yang berlaku di luar dari Akademi.

Adilkah Leez berada di dalam Akademi Fantasia ? Adil kerana beliau dipilih oleh rakan-rakannya. Katakan Leez dapat menyamakan prestasinya dengan pelajar lain dalam masa seminggu. Ia merupakan satu peningkatan prestasi yang benar-benar tinggi dalam sejarah Akademi Fantasia. Katakan Leez dapat menari lagu Menuju Puncak menyaingi tarian Faizal, tentu itu satu yang membanggakan. Katakan Leez dapat menyanyi dengan baik lagu Ku Gembira Disampingmu dengan baik, tentu ia sesuatu yang harus diberikan perhatian.

Kadang kala kita menjadi lebih menghargai apabila kita dapat semula apa yang pernah kita hilang. Pelajar sedia ada sekiranya masih lalai dan mengambil lewa peluang yang ada kerana menyangka apa yang ada di depan mereka telah pun menjadi milik mereka. Mereka yang terlalai harus disentakkan dengan keputusan mereka sendiri. Adakalanya kita sering mengabaikan apa yang ada di depan mata kita, dan kita merasa kehilangannya setelah apa yang kita miliki hilang sekelip mata. Ini nasihat saya untuk Leez dan pelajar sedia ada di Akademi Fantasia ya. Bukannya nasihat untuk Mawi atau Ina. Apa kata anda ?

Sesuatu yang menarik boleh berlaku jika ada pemangkin masuk dalam Akademi. Mungkin hari ini Leez dianggap sebagai bukan saingan, siapa tahu akan menjadi saingan esok lusa. Sesuatu yang lain dari Haziq timbul bila Leez masuk ke dalam Akademi. Manusia berubah. Bila dapat atau bertemu sesuatu yang baru. (hahaha) Tetap nak masuk topik tu! Ok Ok Back on track ! Bila Leez masuk seakan menceriakan Haziq. Kira kita dapat melihat the other side of Haziq. Itulah yang menariknya.

Apa yang akan jadi jikalau Leez lebih menyerlah dari 6 pelajar yang lain ? Bagaimana kalau tarian Menuju Puncak yang Leez hanya ada 5 hari untuk berlatih menjadi lebih baik dari tarian Faizal atau pelajar-pelajar yang lain ? Bagaimana kalau nyanyian Leez lebih baik dari Lotter, Amirul atau Haziq ? Mungkin juga lebih baik dari Farhan, Velvet dan Faizal ? Bagaiamana kalau mutu lakonan Leez lebih serius dan menjadi dari pelajar yang lain ?

Gaya Leez catwalk untuk lagu Menuju Puncak pukul habis pelajar lain. Kalau ada pun yang menyaingi mungkin gaya jalan Faizal. (hahaha) Berlakon sekejap dah siap boleh menangis. Kira power juga tu ! Tapi mana ada Leez kat situ lah ada Lotter dan Haziq !

SeniKami