Undilah

SULTANMUZAFFAR (26 Februari 2002 - sekarang)

Seorang blogger, pelayar internet, penyelam scuba dan penagih tegar televisyen dan Wii. Melihat seluruh dunia di laman blog menerusi kamera DSLR dan kacamata tebalnya (kadang-kadang kanta lekap).

Mengkritik tidak bererti menentang, menyetujui tidak semestinya menyokong, menegur tidak bermakna membenci, dan berbeza pendapat adalah kawan berfikir yang baik.
Entri oleh sultanmuzaffar 08 July 2006

Konsert 06 Akademi Fantasia : Rosma Tersingkir Satu Malaysia Gempar !!

Apabila Konsert 06 saya pasti teringat kenangan ia merupakan konsert yang pertama saya tonton secara langsung di Dewan Percubaan UPM sewaktu musim Akademi Fantasia 1. Ketika itu ramai peminat yang beratur panjang menantikan saat pintu dibuka. Ketika itu tiket tidak dijual, hanya dibenarkan sesiapa sahaja masuk menonton. Tapi kita tahu jika mereka sanggup berpanas dan berhujan, maknanya mereka penonton yang setia.

Setelah tiga tahun berlalu, nama Rosma tetap terpahat sebagai pemangkin kepada demam Akademi Fantasia yang terus melanda Malaysia dan Brunei saban tahun sekitar bulan Mei hingga Ogos. Linda meneruskan tradisi kontroversi dalam Akademi Fantasia apabila disingkirkan dan kemudian dimasukkan kembali ke dalam Akademi Fantasia dan Mawi akan terus diingati sebagai pencetua aura kegemilangan Akademi Fantasia.

Apakah Konsert 06 bakal meninggalkan luka untuk sebilangan peminat Akademi Fantasia atau hanya sekadar sebuah konsert biasa yang tidak meninggalkan apa-apa kesan. Siapa pula yang akan tersingkir minggu ini ?

Peratus Undian Terkini :
Lotter 16%
Velvet 15%
Faizal 15%
Amirul 15%
Farhan 15%
Diddy 14%
Haziq 11%

Kalau diperhatikan dari persembahan rehearsal dan kejutan-kejutan yang akan mereka dapat pada malam ini, Lotter, Faizal, Amirul, Diddy dan Haziq bakal menyerlah. Itu sekadar pandangan saya sahaja. Seorang dari beribu pengundi yang ada. Membawakan lagu perlahan seperti Diddy dan Velvet harus betul-betul menangkap emosi penonton, jika tidak kedudukan mereka belum tentu selamat. Kedudukan giliran persembahan juga memainkan peranan yang penting kerana berdasarkan trend dapat dilihat pengundi tahun ini banyak menghabiskan kredit mereka sewaktu persembahan konsert.

Peratus undian yang sama antara pelajar juga membuktikan kedudukan yang tidak jauh bezanya antara satu sama lain. Silap langkah Farhan boleh tersingkir. Mungkin juga Amirul walaupun saya merasakan persembahannya bagus semalam. Kalau trend undian untuk Lotter kekal, mungkin beliau terselamat minggu ini kerana persembahannya semalam juga agak baik dan bertenaga. Penyokong Diddy harus melakukan sesuatu dan merangka strategi yang terancang untuk memastikan beliau terus kekal. Cuma harap-harap kejutan untuk beliau malam ini sedikit sebanyak dapat memberikan kesan di hati penonton.

Tahniah buat Harian Metro yang muncul sebagai Akhbar Paling Laris di Pasaran Malaysia !

Puas hati ? Pilihan saya siapakah yang layak untuk ke Konsert Akhir terpaksa diubah. Jika konsert akhir hanya ada tiga pelajar saya pilih Faizal, Farhan dan Velvet. Jika konsert akhir hanya ada empat pelajar saya pilih Faizal, Farhan, Velvet dan Amirul. Jika konsert akhir hanya ada lima pelajar saya pilih Faizal, Farhan, Velvet, Amirul dan Lotter.

Secara jujur saya tidak sempat menonton konsert yang baru lalu. Banyak masa saya habiskan di luar dewan dan tidak menonton kebanyakan persembahan. Mungkin menguruskan kejutan yang mengejutkan saya kerana saya sendiri tidak tahu ia akan berlaku.

Saya suka dengan kejutan kali ini yang boleh saya sifatkan sebagai mempermainkan perasaan pelajar. Saya dapat lihat bagaimana bingungnya Farhan untuk membuat keputusan. Segala perancangan perlu diatur di dalam kepalanya secepat mungkin. Mana mungkin membawa masuk Hazama yang namanya dijerit kuat di dewan tersebut. Rata-rata pelajar lelaki mahukan pelajar perempuan. Percaturan strategi yang melibatkan kepentingan diri sendiri harus diutamakan. Dalam kepala harus dimasukkan pelajar yang paling lemah prestasi mereka sewaktu Konsert Prelude. Itu pun kalau Farhan seorang manipulator yang bijak dan tahu merancang permainan Akademi Fantasia. Saya lihat pelajar lelaki bijak dengan memberikan cadangan agar perempuan dimasukkan. Keputusan gila kalau mencadangkan nama Hazama. Farhan juga bersetuju. Leez terpilih akhirnya yang boleh saya sifatkan agak lemah jika dinilai daripada prestasi di Konsert Prelude.

Angguk Angguk Geleng Geleng boleh saya anggap sebagai satu permulaan yang baik tetapi digagalkan kerana terlalu cepat ditamatkan ataupun tersilap waktu dihabiskan. Saya sedang sibuk mendapatkan kedudukan peratus undian terkini dan apabila keluar lagu sudah pun habis.

Faizal - Senandung Anak Laut juga agak baik. Saya suka dengan tone vokalnya dan juga cara nyanyiannya. Beliau nampak bersungguh-sungguh dalam nyanyiannya untuk menyampaikan pesanan-pesanan dalam lagu tersebut. Sebutannya juga jelas. Kekuatan dari aspek vokal merupakan aset pentingnya. Jika Faizal meningkatkan sedikit kualiti tariannya pasti akan lebih baik.

Lotter - Da'Bomb agak menghiburkan. Sebenarnya saya lebih tertarik kepada klip video yang ditayangkan sebelum persembahannya. Ia sedikit sebanyak berjaya mengumpan penonton untuk mengundinya. Saya suka dengan gerak-gerak tarian Lotter yang memukau. Gayanya berani dan lain dari pelajar yang lain. Itu kelebihan Lotter yang tiada pada pelajar lain. Lotter harus lebih tekun di dalam Kelas Vokal. Sudah beberapa kali diajar tetapi masih menggunakan gaya yang lama.

Haziq - Seruan seakan tiada fokus. Sebuah persembahan yang hancur dan tiada arah tujuan. Nyanyian Haziq juga berterabur. Showmanshipnya agak kurang memberikan kesan dalam lagu tersebut. Gaya nyanyian yang terlalu keMelayuan dan lupa asal-usul persembahan sendiri. Beliau cuba untuk beraksi dan kelihatan ganas tetapi terlalu lembut. Pergerakannya juga lemau. Banyak yang tidak dirancang dengan teliti. Haziq harus lebih berani untuk explore dunia baru dalam bidang muzik. Muzik Malaysia agak luas tetapi Haziq hanya terperangkap dalam dunia tradisional. Macam katak bawah tempurung yang tidak berani untuk membuang imej aslinya.

Velvet - Run Baby Run boleh berbangga dari aspek kawalan vokal. Tapi sayang, lagu yang perlahan kurang menarik perhatian penonton. Sebuah persembahan yang sekadar biasa dan mudah untuk dilupakan. Bila Velvet menarik suaranya, pasti sedap didengar. Kekurangannya adalah tidak sempurna attitude dalam lagu tersebut.

Diddy - Airmata Kasih adalah sebuah persembahan yang cuba disampaikan dengan penuh emosi. Tekanan pada wajah Diddy sedikit sebanyak menjauhkannya dari pengundi. Persembahan vokal untuk lagu ini agak menarik dan ada kualiti.

Farhan - Kopi Dangdut adalah persembahan yang biasa dari Farhan. Tiada apa yang boleh dibanggakan. Attitude beliau tidak cukup sampai untuk membawakan lagu dangdut. Persembahan vokalnya juga biasa.

Amirul - Sedang Ingin Bercinta saya suka kerana Amirul bersungguh-sungguh dan komited dengan persembahannya. Saya tertarik dengan kesungguhannya menari walaupun persembahan vokalnya banyak yang tersasar. Secara keseluruhan Amirul menunjukkan peningkatan yang tinggi dari aspek persembahan.

To Sir With Love adalah sebuah persembahan yang boleh dilupakan. Saya lebih ingat Save The Best For Last dari Atie dari persembahan tersebut.

Penyingkiran Diddy ? Beliau telah keluar dengan bermaruah. Beliau telah memberikan persembahan yang baik dan bukannya rezekinya untuk berada lebih lama. Segala perancangan telah diatur, dan mungkin juga rezekinya lebih besar menunggu di luar. Siapa tahu ? Sejarah telah membuktikan, semakin lama pelajar yang tidak menunjukkan peningkatan dan kualiti vokal yang setakat ada berada di dalam Akademi, semakin timbul perasaan benci terhadapnya. Lebih baik keluar awal dari terus dibenci.

Pilihan sultanmuzaffar
Angguk Angguk Geleng Geleng
Faizal - Senandung Anak Laut
Diddy - Airmata Kasih
Velvet - Run Baby Run
Farhan - Kopi Dangdut
Amirul - Sedang Ingin Bercinta
Lotter - Da'Bomb
To Sir With Love
Haziq - Seruan

Sudah sampai masanya untuk Haziq meninggalkan Akademi Fantasia minggu hadapan. Saya sudah bosan dengan imej tradisional masih terperangkap dalam dirinya. Selagi Haziq mengurungkan dirinya di bawah tempurung irama tradisional, selagi itulah beliau tidak akan berjaya mengubah atau menvariasikan imej serta skil nyanyiannya. Sekurang-kurangnya Lotter dan Amirul masih boleh menari dan bermain dengan ruang pentas untuk menghiburkan penonton dengan gerak-gerak penuh kesungguhan dari mereka. Kepada yang terus ingin melihat Haziq di dalam Akademi, teruskan mengundi. Begitu juga untuk Lotter dan Amirul. Jangan terpedaya, teruskan mengundi pilihan anda. Afundi Afundi Afundi !!! (hehehe)

Ulasan SeniKami

Related Posts with Thumbnails

www.gua.com.my

sultanmuzaffar - entertainment blogger