Sebarkan ke serata alam poster ini !
P.Ramlee (Sean Ghazi)
Saloma (Liza Hanim)
Azizah (Siti Nurhaliza)
Melissa Saila (Norizan)
P.Ramlee & Azizah
P.Ramlee & Norizan
P.Ramlee & Saloma
Junaidah (Atilia)
Foto-foto ini diambil dari Facebook seorang kawan saya, Datin Seri Tiara Jacquelina. Kalau mahu melihat foto Sukardi, kena klik cheddyusoff.blogspot.com, pemilik blog tersebut merupakan pemegang watak Sukardi. Kalau nak tonton klip video teaser "comel" Siti Nurhaliza pun kena klik blog Sukardi. Memang comel !Itu cerita teater, cerita filem bawa kita ke Asia Pacific Screen Awards yang akan berlangsung di Gold Coast, Australia. FINAS hantar 5 buah filem, 4 daripadanya merupakan calon akhir Festival Filem Malaysia dan salah satu daripadanya pemenang Filem Terbaik Festival Filem Malaysia iaitu Chermin, The Red Kebaya, Tentang Bulan dan Cinta. Mengejutkan FINAS turut menyenaraikan Mukhsin. Lebih mengejutkan apabila pihak penganjur memilih Mukhsin untuk ke festival tersebut. Lebih membanggakan apabila Mukhsin tersenarai dalam calon akhir kategori "Best Children Feature Film" bersama :
THE BICYCLE (GULONG) (Philippines)
Produced by Menardo Jimenez and Socorro Fernandez
DENIAS, SINGING ON THE CLOUD (DENIAS, SENANDUNG DI ATAS AWAN) (Indonesia)
Produced by Ari Sihasale
LOCKSMITH (GHOFL-SAZ) (Iran)
Produced by Hassan Agha-Karimi
MOTHER NANNY (INANG YAYA) (Philippines)
Produced by Antonio Gloria
MUKHSIN (Malaysia)
Produced by Puad Onah
Hmmmmmm...
Nota : Beberapa minggu ini saya sibuk sedikit kerana terlalu banyak meluangkan masa di Facebook. Dalam pada itu juga terlibat dengan sebuah produksi teater bertajuk "Perempuan, Isteri dan Jambu" yang akan dipentaskan pada bulan November. Jika anda berminat dengan filem, wanita dan teater, inilah teater yang harus akan libatkan diri. Konsep teater ini agak berbeza kerana penglibatan secara interaktif akan diserapkan dalam penghasilan skrip dan juga produk akhirnya. Semuanya berlaku di Facebook, cari "Perempuan, Isteri dan Jambu".
0 komen