Undilah

SULTANMUZAFFAR (26 Februari 2002 - sekarang)

Seorang blogger, pelayar internet, penyelam scuba dan penagih tegar televisyen dan Wii. Melihat seluruh dunia di laman blog menerusi kamera DSLR dan kacamata tebalnya (kadang-kadang kanta lekap).

Mengkritik tidak bererti menentang, menyetujui tidak semestinya menyokong, menegur tidak bermakna membenci, dan berbeza pendapat adalah kawan berfikir yang baik.
Showing posts with label filem mukhsin. Show all posts
Showing posts with label filem mukhsin. Show all posts

Dr. Sheikh Muszaphar & Mukhsin Lakar Sejarah

Entri oleh sultanmuzaffar 10 October 2007 0 komen



Nampaknya tuah Dr.Sheikh Muszaphar lebih menyerlah berbanding 27.3 juta rakyat Malaysia apabila beliau terpilih untuk menjawat jawatan idaman Malaysia, Angkawasan Negara. Selepas ini, di sebelah namanya akan terpahat gelaran Angkasawan Negara sampai bila-bila.

Malam ini tepat jam 9.21 malam (waktu Malaysia), Sheikh Muszaphar akan berlepas ke angkasa lepas bersama 2 kosmonaut. Mereka akan berada di ISIS selama 10 hari

Satu lagi sejarah dilakar oleh Malaysia apabila filem Mukhsin yang gagal menyerlah di Festival Filem Malaysia telah mendapat hak tayangan filem, video dan televisyen di Perancis dan juga hak tayangan televisyen di Korea.

Tahniah Dr.Sheikh Muszaphar & Mukhsin !

Foto Promo P.Ramlee The Musical

Entri oleh sultanmuzaffar 03 October 2007 0 komen

Sebarkan ke serata alam poster ini !

P.Ramlee (Sean Ghazi)

Saloma (Liza Hanim)

Azizah (Siti Nurhaliza)

Melissa Saila (Norizan)

P.Ramlee & Azizah

P.Ramlee & Norizan

P.Ramlee & Saloma

Junaidah (Atilia)

Foto-foto ini diambil dari Facebook seorang kawan saya, Datin Seri Tiara Jacquelina. Kalau mahu melihat foto Sukardi, kena klik cheddyusoff.blogspot.com, pemilik blog tersebut merupakan pemegang watak Sukardi. Kalau nak tonton klip video teaser "comel" Siti Nurhaliza pun kena klik blog Sukardi. Memang comel !


Itu cerita teater, cerita filem bawa kita ke Asia Pacific Screen Awards yang akan berlangsung di Gold Coast, Australia. FINAS hantar 5 buah filem, 4 daripadanya merupakan calon akhir Festival Filem Malaysia dan salah satu daripadanya pemenang Filem Terbaik Festival Filem Malaysia iaitu Chermin, The Red Kebaya, Tentang Bulan dan Cinta. Mengejutkan FINAS turut menyenaraikan Mukhsin. Lebih mengejutkan apabila pihak penganjur memilih Mukhsin untuk ke festival tersebut. Lebih membanggakan apabila Mukhsin tersenarai dalam calon akhir kategori "Best Children Feature Film" bersama :

THE BICYCLE (GULONG) (Philippines)
Produced by Menardo Jimenez and Socorro Fernandez
DENIAS, SINGING ON THE CLOUD (DENIAS, SENANDUNG DI ATAS AWAN) (Indonesia)
Produced by Ari Sihasale
LOCKSMITH (GHOFL-SAZ) (Iran)
Produced by Hassan Agha-Karimi
MOTHER NANNY (INANG YAYA) (Philippines)
Produced by Antonio Gloria
MUKHSIN (Malaysia)
Produced by Puad Onah

Hmmmmmm...

Nota : Beberapa minggu ini saya sibuk sedikit kerana terlalu banyak meluangkan masa di Facebook. Dalam pada itu juga terlibat dengan sebuah produksi teater bertajuk "Perempuan, Isteri dan Jambu" yang akan dipentaskan pada bulan November. Jika anda berminat dengan filem, wanita dan teater, inilah teater yang harus akan libatkan diri. Konsep teater ini agak berbeza kerana penglibatan secara interaktif akan diserapkan dalam penghasilan skrip dan juga produk akhirnya. Semuanya berlaku di Facebook, cari "Perempuan, Isteri dan Jambu".

Entri oleh sultanmuzaffar 03 August 2007 0 komen

Mukhsin Menang Silver Award di Jogjakarta

Walaupun mungkin akan tewas di bumi sendiri, Mukhsin menang Anugerah Perak di Jogja-NETPAC Asian Film Festival yang berlangsung sebentar tadi. Festival tersebut berlangsung pada 28 Julai hingga 2 Ogos di Jogjakarta, Indonesia. SMS kiriman Yasmin Ahmad benar-benar mengubat kekecewaan kegagalan filem tersebut mengungguli pelbagai kategori di Festival Filem Malaysia yang akan berlangsung Sabtu ini.

Filem dari Iran yang bertajuk Crossing The Dust berjaya menggondol Anugerah Emas di festival filem tersebut.

Selepas Berlin dan sebentar tadi Jogjakarta, apakah esok di Pulau Pinang bakal menjadi milik Yasmin Ahmad juga ? Berhenti berharap...