Undilah

SULTANMUZAFFAR (26 Februari 2002 - sekarang)

Seorang blogger, pelayar internet, penyelam scuba dan penagih tegar televisyen dan Wii. Melihat seluruh dunia di laman blog menerusi kamera DSLR dan kacamata tebalnya (kadang-kadang kanta lekap).

Mengkritik tidak bererti menentang, menyetujui tidak semestinya menyokong, menegur tidak bermakna membenci, dan berbeza pendapat adalah kawan berfikir yang baik.

Fail Sulit : Hos AF6

Entri oleh sultanmuzaffar 19 February 2008

Setelah lima musim Akademi Fantasia diceriakan dengan kelincahan Aznil Nawawi sebagai hos rancangan paling popular itu, kini AF6 bakal menyambut kehadiran hos barunya iaitu AC Mizal dan Sarimah Ibrahim.

Dua pengacara serba boleh itu bakal mengacarakan program Akademi Fantasia yang bakal bermula 14 Mac depan di Astro Ria.

Pengumuman tersebut dibuat dalam Fail Sulit Akademi Fantasia istimewa yang disiarkan secara langsung dari Studio Satu Astro pukul 5.30 petang tadi di Astro Ria.

AC Mizal yang dikenali menerusi program bual bicara, AC Di Sini akan mengendalikan konsert mingguan AF, manakala Sarimah Ibrahim yang dikenali menerusi program hiburan, Fail Sulit AF bakal mengendalikan diari harian dan sebuah program baru yang akan diumumkan.

Akhirnya terhapuslah segala spekulasi yang bertiup kencang sejak berita pengunduran Aznil Nawawi dari program realiti paling popular itu dibuat tahun lepas.

Desas-desus AC Mizal terpilih sebagai hos Akademi Fantasia hebat diperbincangkan apabila beliau dikhabarkan menamatkan khidmatnya sebagai Penyampai Radio dalam Segmen Pagi di ERA.

Kesibukan tugas sebagai hos AF6 menjadi alasan kukuh untuk AC meninggalkan stesen radio paling popular itu.

Namun demikian, baru-baru ini AC menafikan akan meninggalkan ERA, sekaligus menutup mulut banyak pihak.

Penonton yang mula menerima kehadirannya setelah mengacarakan program bual bicara, AC Di Sini menghadiahkan berita paling bermakna buatnya apabila beliau tercalon untuk tiga kategori dalam ABPBH 2007.

Persembahannya dalam program tersebut amat diyakini penonton apabila berjaya menyuntik elemen humor dan spontan menerusi watak Cik Mat Poi.

Bakat beliau dalam bidang filem dan teater juga tidak disangkal.

Berbanding Sarimah Ibrahim yang sejak dari awal dijangka akan menggalas tugas tersebut kerana penerimaan penonton yang menggemari aksi lucunya sebagai hos Fail Sulit AF.

Dua musim mengacarakan Fail Sulit AF, beliau antara calon yang dilihat mempunyai pengetahuan yang luas tentang program realiti itu.

Pemilihan Sarimah membuatkan wajah beliau bakal menghiasi skrin TV Astro bermula awal tahun ini hinggalah ke bulan Ogos depan.

Persoalannya, adakah penonton program Akademi Fantasia bersedia untuk perubahan besar ini ?

Segalanya tentang hos telah dibongkar dan siapa pula tenaga pengajar dan barisan pelajar yang bakal terpilih ke Akademi Fantasia 6.

Related Posts with Thumbnails

www.gua.com.my

sultanmuzaffar - entertainment blogger