Undilah

SULTANMUZAFFAR (26 Februari 2002 - sekarang)

Seorang blogger, pelayar internet, penyelam scuba dan penagih tegar televisyen dan Wii. Melihat seluruh dunia di laman blog menerusi kamera DSLR dan kacamata tebalnya (kadang-kadang kanta lekap).

Mengkritik tidak bererti menentang, menyetujui tidak semestinya menyokong, menegur tidak bermakna membenci, dan berbeza pendapat adalah kawan berfikir yang baik.



Setelah menjelajah di lebih 140 buah lokasi di seluruh Malaysia sejak Mei lalu, sepuluh kumpulan tari akhirnya berjaya dikenalpasti. Bakat tari serta kreativiti setiap kumpulan dinilai selain member peluang kepada golongan remaja di Malaysia mencuba sesuatu yang baru dan mempersembahkannya di khalayak ramai.


Kini, kita telah pun mengetahui sepuluh finalis untuk pertandingan F&N Freestylz “Show Ur Moves”. Dalam peringkat saringan sebanyak XX kumpulan telah bersaing sesama sendiri bagi merebut tempat ke peringkat akhir. Peringkat separuh akhir telah pun berlangsung di Pulau Pinang dan peringkat separuh akhir berlangsung di Johor. Antara kumpulan yang berjaya terpilih ialah Elecoldxhot, Wakaka Crew, N Crew, Project Elementz, Fresh Beat Rockers, Twister Randoms, Move, Enemy Style, Feasible Crew dan Borneo Crew.

Sepuluh kumpulan itu bakal merebut gelaran juara tari b-boys Malaysia sekaligus akan terbang ke Korea bagi menjalani latihan bersama kumpulan tari b-boys nombor satu di Asia, Gamblerz Crew. Bagi merealisasikan impian itu bukan sesuatu yang mudah bagi anak muda yang berusia di kalangan 15 – 25 tahun itu. Setiap kumpulan perlu meyakinkan juri pertandingan sama ada di peringkat ujibakat mahu pun secara rakaman video.



Fresh Beat Rockers

F&NCC (M) Sdn. Bhd. selaku penganjur pastinya mahukan yang terbaik. Mereka telah pun menyediakan platform kepada golongan remaja mencurahkan idea mereka terutamanya dalam bidang seni. Pertandingan sebegini dapat memupuk semangat berpasukan selain menyalurkan tenaga muda mereka ke arah yang positif dalam situasi pergolakan moral dan sosial yang dianggap semakin meruncing di zaman sekarang.

Selain mempersembahkan tarian mereka, setiap peserta turut diberikan peluang untuk mengiringi persembahan artis ternama Malaysia seperti Joe Flizzow, Point Blanc, Danny One, Phlowtron dan Estrella.


Kita mungkin sering mempunyai persepsi serong terhadap anak muda yang gemar menari di tepi-tepi jalan. Namun bakat yang ada dalam diri mereka tidak harus dipandang sepi oleh masyarakat. Keutuhan persahabatan kumpulan tersebut amat erat walaupun dipisahkan dengan perbezaan bangsa, jantina dan latarbelakang. Atas dasar minat yang sama, mereka terus berpadu merealisasikan impian 1Malaysia.

Pelbagai acara telah pun diatur untuk peminat tarian b-boys Ahad ini. Bermula jam 1 tengahari hinggalah ke tengah malam. Untuk menyaksikan sendiri kumpulan manakah yang berjaya mencuri hati juri professional tahun ini sekaligus menyandang gelaran F&N Freestylz 2009, mari kita beramai-ramai memeriahkan pertandingan tersebut di Piazza, The Curve Damansara, Ahad ini, 16 Ogos 2009 pada pukul 6 petang.



N Crew

Untuk maklumat lanjut tentang F&N Freestylz, anda boleh melayari laman web http://www.fnfreestylz.com atau pun laman sosial Facebook di http://www.facebook.com/pages/FN-Freestylz/72252783844?ref=mf.

Sebarkan virus ini kepada semua rakan anda !