Berpaksikan pepatah “orang tamak selalu rugi” filem terbaru arahan Kabir Bhatia iaitu Setem merupakan sebuah filem yang sangat baik pembikinannya. Kerja sinematografinya sangat berkesan. Lakonan yang dipersembahkan juga sangat baik. Kerja seninya juga teliti.
Saya paling suka dengan lakonan Sathiya yang amat melucukan. Que Haidar juga cuba mencari kelainan dengan watak sebagai orang buta. Lain dari yang biasa kita lihat. Adegan pada babak permulaannya sahaja sudah cukup memberikan jalan cerita yang ingin dibawakan oleh Kabir selaku penulis skrip filem ini.
Dengan dialog bersahaja tetapi berkesan untuk meninggalkan bekas pada penonton menyebabkan saya tidak kering gusi menonton filem ini. Saya boleh sifatkan Setem sebagai sebuah filem komedi yang standing di peringkat antarabangsa.
Saya selalu pegang kata-kata seorang pengkritik filem terkenal iaitu Hassan Muthalib. Visual pertama yang ditonton akan beri gambaran penamat cerita dalam sesebuah filem. Dari situ kita boleh tahu ke arah mana filem itu akan membawa penontonnya.
Saya seperti mahu menontonnya lagi.
Jangan tamak dan sifat itu yang ditanam pada watak Sid lakonan Rashidi Ishak lalu membolehkan dia merealisasikan impiannya. Begitu juga dengan watak-watak yang lain. Filem ini agak panjang iaitu sepanjang 1 jam 50 minit. Saya agak hairan juga kerana filem ini berjaya memenangi anugerah Penyunting Terbaik. Mungkin juri melihatkan kesukaran editor mengadun adegan-adegan dari sudut sinematografi. Pada pandangan saya, di bahagian akhir filem ini agak longgar dan tidak begitu kemas suntingannya.
Jangan ketinggalan menyaksikan filem Setem arahan Kabir Bhatia yang kini sedang ditayangkan di pawagam seluruh Malaysia. Sebuah filem 1Malaysia berbentuk komedi yang disulam dengan bijak untuk membuatkan penontonnya terlekat di kerusi menonton dari saat pertama ke saat akhir.
Dengar cerita Kabir ingin membuat sekuel kepada filem Setem dengan tajuk Syiling. Watak Que Haidar wajar dikembangkan kerana saya lihat watak tersebut sangat menarik untuk dijadikan watak utama dalam filem Syiling.
Laman web rasmi Setem : www.setemmovie.com
Filem Setem dibintangi oleh Rashidi Ishak, Afdlin Shauki, Sathiya, Indi Nadarajah, Bront Palare, Chew Kinwah, Que Haidar, Vanidah Imran, Datuk Aziz Sattar, Harun Salim Bachik, Isma Yusoff dan ramai lagi.
Justin Timberlake tidak berlakon atau menyanyi dalam filem ini tetapi kelibatnya amat meninggalkan kesan buat saya. Siapa Justin Timberlake ?

i nak tgk setem tp bz gile.. I was a fan of your blog.. pls check out mine too k =p
http://thefairytalelifeofaprincess.blogspot.com/
Thank u =p
Aku dah tengok Setem dua kali!
tak mustahil kali ke-3.
Pada aku, yang agak tak sempurna ialah pada beberapa item yang nampak ketara ditokok tambah seperti peti pos yang cantik saja merahnya. Papan tanda rumah anak yatim yang nampak baru.
Benda ni juga wujud dalam Sepi. Kalau didetailkan lagi, mungkin lebih real. Pendapat aku la.
aku belom tengok lagi.. but i'm fan of kabir bhatia punya filem.. bagi aku, aku menghargai segala tenaga krew dalam setiap filem.. not easy to do.. easy to say for us yang tak pernah on set or tak selalu.. penat lol.. aku pernah join shooting yang kecik punya.. tu pun penat.. hahaa